SMAHADZIR
UMAR AL-KHATTAB kadang-kadang dipanggil juga
sebagai Umar Al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah
daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Bani Adi,
Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada tanggal 23 Ogos (633-644)
bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di
dalam Khulafa Al-Rasyidin.
Kehidupan
Awal
Saiyidina Umar Al-Khattab dilahirkan di Mekah. Bapanya
bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada
golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang
amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang
gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
Memeluk
Islam
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula
menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saiyidina Umar
mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saiyidina Umar ialah antara
orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu. Menurut ahli sejarah
Islam, semasa Saiyidina Umar Al-Khattab dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa
beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah
memeluk Islam. Saiyidina Umar Al-Khattab pergi ke rumah adiknya dan mendapati
adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa
beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf
dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al-Quran kepada adiknya.
Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran yang begitu indah
sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Selepas peristiwa
terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah
terakhir.
Saiyidina
Umar Di Madinah
Saiyidina umar merupakan antara individu
yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali
sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat
Rasulullah s.a.w. Pada tahun 625, anak perempuan Saiyidina Umar
iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
Kewafatan
Nabi Muhammad
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masehi. Saiyidina
Umar Al-Khattab dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w.
sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau
kemudiannya kembali tenang selepas Saiyidina Abu Bakar (khalifah
pertama umat Islam) berucap, ‘Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa
baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t.,
ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati.’ Saiyidina Abu Bakar
kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al-Quran untuk
mententeramkan umat Islam.
Saiyidina Abu Bakar dengan sokongan Saiyidina Umar
Al-Khattab menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan
singkat Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar Al-Khattab merupakan penasihat Saiyidina
Abu Bakar. Saiyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyidina Umar Al-Khattab sebagai
penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 Masehi. Dengan itu Saiyidina
Umar Al-Khattab menjadi khalifah kedua umat Islam.
Pemerintahan
Saiyidina Umar
Semasa pemerintah Saiyidina Umar Al-Khattab, empayar Islam
berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan
Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan
menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantium (Rom
Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam
seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah
40,000 orang menumpaskan tentera Byzantium yang berjumlah 120,000 orang. Hal
ini mengakhiri pemerintahan Byzantium di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitul
Muqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Paderi besar Baitul Muqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu
kepada Saiyidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saiyidina Umar Al-Khattab
supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu
gereja Church of the Holy Sepulchre. Saiyidina Umar Al-Khattab menolak dan
sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana
tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan
Kristian. Lima puluh tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid
Umar dibina di tempat Saiyidina Umar Al-Khattab menunaikan solat.
Saiyidina Umar Al-Khattab banyak melakukan transformasi
terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di
kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang
berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saiyidina Umar Al-Khattab juga amat dikenali kerana kehidupannya yang
sederhana.
Kematian
Saiyidina Umar
Saiyidina Umar Al-Khattab meninggal dunia pada tahun 644
selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi menyembah api Parsi yang bernama Abu
Lu’lu’ah atau Fairuz. Abu Lu’lu’ah menikam Saiyidina Umar Al-Khattab
kerana menyimpan dendam terhadap Saiyidina Umar. Dia menikam Saiyidina Umar
Al-Khattab sebanyak enam kali sewaktu Saiyidina Umar Al-Khattab
menjadi imam di Masjid al-Nabawi di kota Madinah. Saiyidina
Umar Al-Khattab meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah
makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Uthman
Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.
Pemerintah Contoh
Pemerintahan Islam yang sebenarnya, yang sesuai dengan
kehendak-kehendak Al-Quran dan Hadis, hanya dapat ditegakkan oleh beberapa
orang saja dalam sejarah. Itu pun terjadinya tidak lama, sekitar beberapa tahun
saja. Memang demikianlah sunnatullah bahawa kebenaran yang tulen itu tidak
panjang umurnya. Bak bunga asli, tidak lama kembangnya dan cepat layu.
Sedangkan bunga plastik, tahan lama. Allah s.w.t memunculkan pemerintahan
contoh sesekali supaya manusia dapat membuat perbandingan antara
pemerintah-pemerintah yang hak dan yang batil. Supaya manusia tahu makna
kebatilan dan kebenaran. Supaya manusia mengakui kelemahannya dan sedar akan
kehebatan Tuhannya. Pemerintahan Islam contoh itu hakikatnya pemerintah dari
Allah s.w.t. Allah s.w.t sendiri langsung campur tangan dalam urusan-urusan
pemerintahan tersebut.
Mula-mula Allah s.w.t melahirkan wakil-Nya, yakni
seorang manusia, kemudian Allah s.w.t memberi ilmuNya. Allah s.w.t tanggung
rezekinya, Allah s.w.t jadwalkan langkah-langkah perjuangannya, Allah s.w.t
tipu musuh-musuhnya, Allah s.w.t menjayakan segala-galanya. Hingga berakhirlah
dengan satu bentuk kehidupan yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah
s.w.t. Itulah yang terjadi pada Rasulullah s.a.w, yang kemudian disambung oleh
Khulafaur Rasyidin (Saiyidina Abu Bakar As Siddiq, Saiyidina Umat Al-Khattab, Saiyidina
Usman Ibnu Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib). Pemerintahan mereka hanya
mengambil masa lebih kurang 30 tahun saja iaitu di awal-awal tahun hijrah.
Hingga tahun 100 hijrah atau awal kurun kedua, lahir pula Khalifah Umar Abdul
Aziz, diikuti 100 tahun selepas itu dengan lahirnya Imam Syafi’i sebagai
mujaddid kurun kedua dan pemimpin thoifah untuk zamannya.
Demikianlah seterusnya 600 tahun kemudian, muncullah
Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Konstantinopel sebagaimana yang disabdakan
oleh Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu telah lahir Salahuddin Al-Ayyubi yang
menawan kembali Baitul Muqaddis. Mereka semua membawa pemerintahan contoh
bertaraf ummah dan thoifah.
Terutama Rasulullah s.a.w, betul-betul mewakili Allah
s.w.t untuk memimpin manusia kepada kebenaran hingga terbentuklah oleh baginda
sebuah masyarakat dan kerajaan Islam kecil, tepat seperti yang Allah s.w.t
inginkan. Hakikatnya itulah kerajaan yang dibentuk oleh Allah s.w.t sendiri sebagai
satu-satunya negara dan masyarakat terbaik untuk dicontoh dan ditiru oleh dunia
sepanjang zaman. Bila Rasulullah s.a.w wafat, maknanya selesailah tugasnya
memimpin dan memerintah umat, Saiyidina Abu Bakar menyambung kerja-kerja
tersebut. Diikuti oleh Saiyidina Umar Al-Khatttab, yang turut meniru
kerja-kerja Rasulullah s.a.w pada zaman pemerintahannya. Demikianlah seterusnya
hingga kerajaan Islam yang adil dan baik itu tidak dapat ditiru oleh
pemerintah-pemerintah selepas Khulafaur Rasyidin itu. Generasi selepas Saiyidina
Ali tidak cukup layak dan tidak memenuhi syarat-syarat untuk menegakkan
pemerintahan yang adil. Hingga Allah s.w.t melahirkan seorang pemimpin di
setiap awal 100 tahun yang bertaraf mujaddid.
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Allah s.w.t akan mengutus
untuk umat ini, setiap awal 100 tahun mereka yang memperbaharui (mujaddid)
urusan agama-Nya.’
Dengan cara-cara yang sesuai untuk mujaddid
tersebut, Allah s.w.t sendiri yang mendidik dan menjaganya, memberi rezeki dan
ilmu serta kecerdikan dan lain-lain hingga berulanglah satu pemerintahan yang
benar-benar adil, di tangan para mujaddid. Mereka dapat menepati
kehendak Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya pada zaman mereka.
Sebenarnya apa yang mereka bawakan, betul-betul
pembaharuan yang memeranjatkan orang sezamannya. Sebab apa yang
diperjuangkannya tidak terduga dan tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Orang
lain pun tidak terfikir untuk berbuat apa-apa. Kerana mujaddid itu
sebenarnya orang yang Allah s.w.t janjikan. Hadis di atas menjadi hujah (bukti)
kenyataan ini. Mujaddid adalah orang yang dijanjikan. Selain mujaddid,
belum pernah diceritakan adanya individu yang berjaya menegakkan pemerintahan
yang adil. Banyak yang memerintah tetapi tidak adil. Memang mereka ingin
berlaku adil tetapi ternyata tidak mampu. Sebab halangan, ujian dan masalahnya
cukup banyak dan besar. Tidak ada yang tahan kecuali hanya orang-orang Allah
s.w.t.
Saya sebutkan itu bukan bermaksud untuk melemahkan
semangat pejuang-pejuang Islam dan yang berjuang menegakkan Islam. Sekali-kali
tidak, kerana berjuang itu memang tuntutan agama. Siapa yang melakukannya
sangat besar pahalanya. Terbunuh kerananya, syahid. Saya berkata demikian,
kerana melihat pejuang- pejuang Islam di dunia hari ini, cita-cita mereka
begitu besar, sedangkan kemampuan dan potensi yang ada kecil saja. Mereka
berbincang tentang persoalan antarabangsa dan Islamic Country.
Sedangkan diri, keluarga dan jemaah atau parti (harakah)
sendiri, tidak memiliki cukup kemampuan. Pengikut diajak berangan-angan besar.
Sedangkan usaha, pengorbanan, tenaga, perpaduan dan jiwa, lemah sekali. Hingga
perjuangan Islam yang dielu-elukan dianggap hal yang lucu oleh para peninjau.
Oleh pendukungnya tidak lagi disegani, kerana jelas tidak ada wibawa.
Para mujaddid, pemimpin yang Allah s.w.t lantik
itu, bukan meminta kuasa memerintah dan tidak juga merebutnya. Sebab itu mereka
tahu tugas memimpin itu tidak boleh diperebutkan. Bahkan mereka dapat
menasihati, itu pun sudah cukup baik. Dalam keadaan mereka takut dengan
kekuasaan itu, tapi sebaliknya manusia sangat menginginkan kepemimpinan dari
mereka. Dengan kekuasaan Allah s.w.t, Allah s.w.t juga akan menyerahkan kuasa
memerintah itu kepada mereka. Ramai orang tertarik dengan kepemimpinan mereka.
Lalu mereka pun mendapat banyak pengikut. Jemaah mereka menjadi begitu
berwibawa, kepemimpinan mereka sangat dikagumi. Dalam keadaan demikian,
walaupun dia tidak meminta kuasa memerintah, namun Allah s.w.t serahkan juga
padanya.
Demikianlah hasilnya pemerintahan yang adil. Tetapi
selain itu, pemimpin yang naik melalui demokrasi, umumnya tidak mampu berlaku
adil, walaupun keinginannya begitu besar sekali. Sebab itulah saya peringatkan
tadi, supaya pejuang-pejuang Islam jangan berangan-angan. Kalau kita rasa kita
bukan orang yang dijanjikan Allah s.w.t, rasanya cukuplah kita berjuang secara
kecil-kecilan saja. Baiki diri, keluarga dan masyarakat serta jemaah dengan
sungguh- sungguh. Kalau usaha itu berjaya, itu pun sudah cukup besar rasanya.
Apa
Maknanya kita memerintah negara tetapi Islam tidak tertegak
oleh kita. Orang hilang kepercayaan terhadap kita. Lebih baik kita menjadi
penasihat kepada pemerintah, itulah yang lebih bijaksana rasanya. Hal itulah
yang telah dibuat oleh Imam Syafi’i ketika dia ditawarkan memerintah, lalu
ditolaknya. Demikian juga Imam Ahmad, menolak tawaran memerintah. Mereka tidak
malu memerintah tetapi tetap menasihati pemerintah agar berlaku adil. Orang
yang bertakwa itu, sangat takut dengan Allah s.w.t dalam urusan memimpin. Yang
jelas mereka tidak memperebutkannya.
Bertindak adil dalam pemerintahan tidaklah mudah.
Sedangkan pemerintah yang tidak adil, tidak dapat lepas dari Neraka. Dalam
pengalaman dunia, hanya beberapa orang saja pemerintah yang adil, yakni yang
layak untuk ke syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka. Apakah anda suka
kiranya jawatan memerintah itu membuka pintu neraka untuk anda? Tidak bukan?
Sebab itu takutlah pada Allah s.w.t kiranya anda dicalonkan untuk menjadi
pemimpin. Umumnya pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit yang berjaya.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sukar. Kerana itu tidak
munasabah untuk dijadikan rebutan. Kalau ada orang yang mampu lebih
melaksanakannya, kita sepatutnya bersyukur.
Apakah kita ingin berebut untuk memanjat pohon kelapa?
Tentu tidak, bukan? Kalau ada orang lain yang dapat membuatnya, kita merasa
lega bukan? Demikianlah menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah
dari kerja memanjat pohon kelapa. Apa pendapat anda?
Berikut saya paparkan satu contoh pemerintahan adil,
yang sangat sukar dan berat untak dijayakan. Moga-moga kita dapat menirunya,
kalau kita betul-betul ingin memimpin umat ini. Saiyidina Umar Al-Khatab
setelah menjadi khalifah sangat memperhatikan urusan manusia. Selepas dilantik
menjadi khalifah, Beliau tidak berupaya tidur pada waktu malam. Beliau berkata,
‘Aku tidak dapat tidur pada waktu siang, takut urusan rakyat tidak sesuai. Aku
tidak dapat tidur pada waktu malam, takut urusanku dengan Allah s.w.t tidak
selesai.’
Pada waktu sembahyang malam, hatinya tidak dapat bertumpu
pada solat, kerana fikirannya diganggu oleh urusan manusia, kemudian beliau pun
menangis. Setiap hari selepas solat Subuh, Saiyidina Umar Al-Khatab duduk
memikirkan urusan manusia serta membahagi-bahagikan rampasan perang (ghanimah)
kepada orang-orang yang berhak. Iaitu rampasan perang yang disampaikan
kepadanya oleh ketua-ketua tentera yang menawan negara-negara musuh. Setiap
kali Saiyidina Umar Al-Khatab menerima harta, beliau senantiasa berfikir kepada
siapa harta itu hendak diberikan. Saiyidina Umar pernah duduk di hadapan harta
yang banyak dan rampasan perang yang sangat besar sekali. Kemudian beliau
menyuruh sebahagian sahabat menghitungnya.
Selepas itu Saiyidina Umar Al-Khatab mengisytiharkan
dasar pembahagian harta. Ucapannya kepada orang banyak, ‘Demi Allah s.w.t,
tiada Tuhan melainkan Dia, tiada seorang pun di kalangan manusia melainkan
baginya ada hak atas harta itu. Tiada seorangpun yang lebih berhak daripada
orang yang lain. Saya juga tidak berhak, melainkan saya sama seperti salah
seorang dari mereka.’
Saiyidina Umar Al-Khatab senantiasa bergaul dengan
manusia. Kemana saja beliau pergi, beliau senantiasa membawa tongkat kecil di
tangannya. Siapa yang bersalah (melakukan kemungkaran dan dosa) dipukul dengan
tongkatnya. Saiyidina Umar pernah melihat penjual susu menipu di sebuah pasar,
lantas beliau memukulnya, kemudian mengancam untuk memenjarakannya. Selepas
itu, susu tersebut dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin dan beliau memberi
peringatan bahawa sesiapa yang menipu akan diazab dengan azab yang menyakitkan.
Kemudian beliau mengingatkan manusia tentang Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Barang
siapa menipu, maka bukanlah dari golongan kami.’
Waktu siang Saiyidina Umar Al-Khatab mengelilingi pasar
Madinah untuk memperhatikan keadaan rakyatnya. Pada waktu malam beliau
berjalan-jalan keluar untuk mengetahui keperluan rakyat dan di tangan kanannya
ada tongkat.
Saiyidina Umar pernah melihat ada di kalangan
orang-orang yang beribadah di dalam masjid, yang tidak bekerja, lantas beliau
memukulnya. Saiyidina Umar selalu bertanya kepada orang-orang yang ditemuinya
di dalam masjid selepas solat tentang usaha-usaha mereka. Jika didapat ada yang
tidak mempunyai usaha, Saiyidina Umar Al-Khatab menggalakkan berniaga atau
mendorong untuk menambah kemahiran.
Saiyidina Umar tidak memberi zakat kepada muallaf
kerana beliau berijtihad bahawa Islam telah kuat, berwibawa dan tidak
berkeinginan mengambil hati seseorang. Saiyidina Umar sangat keras
mendisiplinkan diri dan keluarganya. Beliau dan keluarganya tidak sampai terlalu
kenyang dan berpakaian berlebih-lebihan. Saiyidina Umar Al-Khatab pernah
melihat seekor unta yang gemuk dan cantik lantas bertanya, ‘Siapa pemilik unta
ini?’
Ada yang menjawab, ‘Itu unta Abdullah bin Umar (anak Saiyidina
Umar)’. Mendengar jawaban itu, Saiyidina Umar Al-Khatab mengutus seseorang
memanggil Abdullah. Setelah Abdullah hadir, Saiyidina Umar berkata,
‘Beruntunglah engkau wahai anak Amirul Mukminin. Unta apa ini?’
Abdullah menjawab, ‘Aku membeli dengan wangku sendiri.
Aku berniaga dan melakukan apa yang dikehendaki oleh kaum Muslimin.’
Saiyidina Umar Al-Khatab berkata, ‘Orang yang melihat
akan berkata, jagalah unta itu kerana unta itu milik anak Amirul Mukminin. Hal
itu membuatkan untamu gemuk dan bertambah subur. Keuntungan yang engkau peroleh
dari unta Amirul Mukminin! Wahai Abdullah Ibnu Umar, ambillah modal yang dulu
engkau gunakan untuk membeli unta itu dan untungnya kau berikan kepada
Baitulmal.’
Saiyidina Umar Al-Khatab pernah memanggil anggota
keluarganya, kemudian berkata, ‘Manusia semua melihat kepada kamu sebagaimana
burung melihat daging. Apabila kamu melakukan sesuatu, mereka akan melakukan.
Jika kamu hati-hati, mereka juga akan hati-hati. Sesungguhnya demi Allah s.w.t,
tidak ada seorangpun dari kalangan kamu yang melakukan apa yang kularang
dilakukan oleh manusia melainkan aku akan azab dia berganda-ganda kerana
kedudukannya sebagai keluargaku.’
Seorang Arab Badwi pernah berkata kepadanya, ‘Ya Umar!
Bertakwalah kepada Allah s.w.t!’
Lantas seorang yang ada di dalam majlis itu berkata,
‘Orang yang seperti engkau hendak berkata kepada Amirul Mukminin bertakwalah
kepada Allah s.w.t?’
Lantas Saiyidina Umar Al-Khatab berkata, ‘Biarlah dia
berkata, maka tidak ada kebaikan bagi kamu yang tidak mengucapkannya, juga
tidak ada kebaikan bagi kami kalau tidak mahu mendengarnya. Biarlah dia ucapkan
kepadaku, maka itulah ucapan yang sebaik-baiknya.’
Saiyidina Umar Al-Khatab pernah mengajak manusia
berhimpun di masjid. Kemudian naiklah beliau ke atas mimbar dan berpidato,
’Wahai sekalian Muslimin, apa yang akan kamu katakan kalau aku sudah cenderung
dengan dunia, sedangkan kerana kalian takut bersalah, maka tiada seorang pun di
kalangan kamu yang sanggup menegah kerana membesarkan aku. Jika aku baik,
tolonglah aku. Jika aku bersalah, betulkan aku.’
Kemudian seorang lelaki berkata, ‘Demi Allah s.w.t, jika
kami lihat engkau telah keluar dari kebenaran, nescaya kami akan kembalikan
kamu kepada kebenaran.’
Kemudian melompat seorang lelaki yang lain lantas
berkata, ‘Demi Allah s.w.t, ya Amirul Mukminin, jika kami melihat kamu
menyeleweng, nescaya kami membetulkan engkau dengan pedang-pedang kami.’
Kemudian Saiyidina Umar Al-Khatab berkata, ‘Moga-moga
Allah s.w.t merahmati kamu. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah membuat ada
di kalangan kamu, orang yang akan meluruskan Umar dengan pedang-pedangnya.’
Saiyidina Umar Al-Khatab pernah berucap di atas mimbar,
‘Wahai manusia, aku akan berdoa, aminkanlah.’ Dia pun mengangkat dua tangan dan
berdoa, ‘Wahai Tuhan, aku ini kasar, lembutkanlah aku untuk orang yang mentaati
Engkau sesuai dengan kebenaran, kerana menuntut keredhaan-Mu dan Hari Akhirat.
Dan berilah aku rezeki kekerasan dan ketegasan terhadap musuh-musuhmu dan
orang-orang yang fasik dan munafik dengan tidak menzalimi mereka dan tidak juga
memusuhi mereka.’
‘Wahai Tuhanku, aku bakhil. Maka jadikanlah aku pemurah
dengan tidak membuang-buang harta, mubazir dan tidak riya’ serta
bermegah-megahan. Jadikanlah aku dengan demikian itu, bertujuan kerana Zat-Mu
dan Negeri Akhirat.’
‘Jadikanlah aku merendahkan sayap dan diri terhadap
orang-orang Mukmin. Ya Allah s.w.t, aku ini telah banyak lalai, dan ilhamkan
aku untuk mengingat-Mu di dalam keadaan apapun. Dan ingatkanlah aku kematian di
setiap ketika. Wahai Tuhanku, aku ini lemah beramal untuk mentaati-Mu, berilah
aku rezeki, kegagahan dan kekuatan ke atasnya dengan niat yang baik dan yang
tidak akan terjadi, kecuali dengan taufiq dan kemuliaan-Mu.’
‘Wahai Tuhan tetapkan aku dengan keyakinan, kebajikan
dan kekuatan. Dan berilah aku khusyuk pada apa saja yang membuat Engkau redha
padaku, dan berilah aku rezeki untuk muhasabah diri dan memperbaiki segala niat
serta senantiasa mengawasi terhadap segala yang syubhat. Wahai Tuhan,
rezekikanlah aku berfikiran dan mengambil perhatian pada apa saja yang akan
diucapkan oleh lidahku dari kitab-Mu dan berilah aku kefahaman dan sangat
memperhatikan pengertiannya dan mengkaji rahsia-rahsia dan beramal dengan apa
yang tersimpan.’
Selepas berdoa Saiyidina Umar Al-Khatab berucap, ‘Wahai
manusia, sesungguhnya Arab itu seumpama unta yang lemah dan akan menuruti orang
yang menuntunnya, di mana saja dia dituntun. Sesungguhnya demi Tuhan, aku akan
membawa kamu di atas hal kebenaran.’
Kemudian Saiyidina Umar Al-Khatab pun turun dari mimbar
dan menulis satu surat kepada petugas-petugasnya, meminta mereka sangat
memperhatikan untuk memperbaiki urusan mengatur keuangan orang banyak dan
bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan manusia.
Selepas itu Saiyidina Umar Al-Khatab berucap,’Wahai para
gubernur sekalian, sesungguhnya kalau kami lihat harta ini halal bagi kami
nescaya kami akan menghalalkan untuk kamu. Apabila tidak halal bagi kami, kami
akan larang untuk diri kami, maka hendaklah kamu hindarkan untuk diri-dirimu.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat aktif mengirim
tenteranya ke negara-negara lain seperti Iraq dan Syam, tetapi bukan untuk
menjajah atau untuk kekayaan dunia. Beliau melakukan seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Abu Bakar dengan tujuan mempertahankan
Islam dari serangan musuh, menyebarkan ajaran Islam dan membebaskan manusia
dari belenggu kehinaan dan penghambaan sesama manusia (oleh bangsa Parsi dan
pemerintahan Rom), dan juga untuk membangun masyarakat manusia atas asas
meneguhkan rasa persaudaraan di bawah satu naungan, satu agama, bertoleransi,
adil dan memberi kebaikan. Caranya ialah mengajak manusia dengan cara yang
bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik. Hanya jika mereka memerangi, barulah
akan diperangi.
Saiyidina Umar Al-Khatab pernah menasihati para kadhi
(hakim) agar jangan menghukum dengan melihat yang zahir semata-mata. Beliau
mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf a.s. Sesungguhnya saudara Nabi Yusuf
a.s. mencampakkannya ke dalam perigi, kemudian mereka kembali kepada bapa
mereka dengan menangis. Saiyidina Umar Al-Khatab sangat mesra dengan Saiyidina
Ali. Beliau selalu bersababat dengannya walaupun perbedaan umur di antara
keduanya sangat jauh. Persahabatan antara keduanya sangat rapat dan mereka
sangat berkasih sayang. Di antara satu sama lain senantiasa mengiktiraf
kedudukan masing- masing.
Apabila Saiyidina Ali menyebut namanya di sisi Saiyidina
Umar, Saiyidina Umar akan berkata: ‘Ali orang yang paling pandai menghukum di
kalangan kami.’
Apabila Saiyidina Umar menghadapi kesamaran dalam suatu
masalah, dan Saiyidina Ali tidak ada bersamanya, hatinya tidak tenang dalam
menghukum, lalu dia akan berkata, ‘Tidak ada keputusan sedangkan Abal Hassan
tidak ada.’ Seringkali beliau menyebut, ‘Allah s.w.t tidak akan menghidupkan
saya di satu bani yang Abal Hassan tidak ada padanya.’
Saiyidina Ali juga mengakui kelebihan yang ada pada Saiyidina
Umar Al-Khatab. Beliau selalu saja menyebut tentang kelebihan Saiyidina Umar
Al-Khatab kerana beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w menyebut,
‘Sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w ialah Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina
Umar.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat amanah dalam menjaga
harta Baitulmal. Pada satu ketika dia naik ke atas mimbar hendak memberi
nasihat, tiba-tiba dia merasa sakit. Ada orang mengatakan bahawa obatnya ialah
madu lebah. Sedang pada waktu itu di dalam Baitulmal (Perbendaharaan Negara)
ada tersimpan setong (segariba) madu lebah. Namun beliau berkata, ‘Kalau
tuan-tuan izinkan, saya akan mengambilnya sedikit, tetapi kalau tidak, haramlah
saya mengambilnya.’
Saiyidina Umar Al-Khatab juga pernah berkata, ‘Wahai
umat, kamu harus maklum bahawa harta Baitulmal itu bukanlah kepunyaanku atau
keluargaku. Harta Baitulmal adalah kepunyaan kamu, dan kamu berhak menerimanya.
Aku diamanahkan supaya menjaga harta kamu ini. Dan kelak aku akan ditanya oleh
Allah s.w.t tentang bagaimana caranya aku menjaga harta itu dan bagaimana
caranya aku mengurus kepentingan umat Islam. Celakalah aku nanti sekiranya
Allah s.w.t mendapatkan aku tidak amanah terhadap harta Baitulmal itu.’
Melayani seluruh rakyat dengan rasa persamaan dan
bersikap adil walaupun kepada orang yang dipandang rendah. Pada satu hari Saiyidina
Umar Al-Khatab pergi naik haji, Safyan Ibn Umayyah menyediakan dan mengajaknya
makan. Lalu dikeluarkanlah sebuah nampan besar makanan diangkat oleh empat
orang khadam. Mereka pun makan tetapi khadam-khadam itu berdiri saja. Lalu Saiyidina
Umar Al-Khatab berkata, ‘Mengapa saya lihat khadam-khadam tuan tidak makan
bersama.’ Lalu mereka menjawab, ‘Tidak, demi Allah s.w.t ya Amirul Mukminin,
tetapi mereka makan sesudah kita untuk menunjukkan kebesaran kita.’
Mendengar itu Saiyidina Umar Al-Khatab marah, lalu
berkata, ‘Tiap-tiap kaum yang merendah-rendahkan khadamnya akan direndahkan
Allah s.w.t. Ayuh, khadam-khadam, mari makan bersama-sama!’ Maka khadam-khadam
itunpun makan bersama-sama sehingga tidak ada lagi makanan yang dimakan oleh
Amirul Mukminin.
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat tegas bila berhadapan
dengan penganiayaan dan sikap mementingkan diri seorang Muslim terhadap
saudaranya yang lain. Pernah terjadi seorang lelaki datang ke kampung di sebuah
oasis meminta air minum. Malangnya penduduk kampung pedalaman itu tidak mau
memberinya, hingga orang itu mati. Maka oleh Saiyidina Umar Al-Khatab seluruh
penduduk kampung itu dikenakan diat (denda kerana membunuh).
Saiyidina Umar Al-Khatab tidak pilih kasih, tidak takut
dalam urusan pemerintahan sekalipun kepada tokoh-tokoh besar yang berpengaruh.
Suatu masa ketika tangan kanannya memegang tongkat (cambuk) Saiyidina Umar
Al-Khatab pergi ke Mekah. Beliau telah bertemu dengan Abu Sufyan (seorang
pembesar yang terkenal) yang sedang duduk berdekatan dengan batu-batu.
Saiyidina Umar Al-Khatab berkata, ‘Angkat batu ini!’
Lalu batu itu diangkat oleh Abu Sufyan. ‘Ini juga, ini juga,’ kata Saiyidina
Umar Al-Khatab lagi. Semuanya diangkat oleh Abu Sufyan dengan tidak bertanya
apa sebabnya, untuk apa, sampai 5 atau 6 buah batu.
Selepas itu Saiyidina Umar Al-Khatab terus mengadapkan
mukanya ke Kaabah lantas menangis, ‘Segala puji bagi-Mu ya Allah s.w.t yang
telah membuat Umar sanggup memerintah Abu Sufyan di pusat kelahirannya sejati
(Mekah) dan diturutinya perintah itu.’
Saiyidina Umar Al-Khatab berdaya upaya menyeimbangkan
sikap lunak dan kerasnya semasa memerintah. Pernah orang mengadu kepadanya
melalui Abdul Rahman bin Auf, ‘Umar, engkau telah menimbulkan rasa takut
sehingga mata kami tidak kuat menentang matamu.’
Lalu berkata Saiyidina Umar Al-Khatab kepada Abdul
Rahman bin Auf, ‘Benarkah mereka berkata demikian? Demi Allah s.w.t, aku telah
cuba melunakkannya sehingga disebabkan sikap itu aku takut dimurkai oleh Allah
s.w.t. Aku telah mencoba berkeras, sehingga aku juga takut dimurkai Allah s.w.t
kerananya. Oh bagaimana lagi? Bagaimana nasibku dibandingkan dengan mereka?’
Bila rakyat melihatnya, mereka takut kepada Allah s.w.t.
Seorang lelaki Quraisy telah menemui Saiyidina Umar Al-Khatab dan berkata,
‘Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami sudah amat gentar melihatmu.’
Saiyidina Umar Al-Khatab menjawab, ‘Apakah di situ
tersimpan perbuatan saya yang zalim?’
‘Tidak,’ jawab lelaki itu.
Maka kata Saiyidina Umar Al-Khatab, ‘Kalau demikian,
biarlah Allah s.w.t menambah takut dalam hatimu terhadap aku.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat takut kepada Allah s.w.t
dalam urusan pemerintahannya. Pada satu ketika Anas bin Malik sengaja mengikuti
Saiyidina Umar tanpa sepengetahuannya. Sampai di satu kamar yang kecil, Umar
masuk ke dalamnya sedang Anas mendengarnya dari sebelah dinding. Anas
melaporkan, ‘Setelah dia bersunyi diri dalam kamar itu terdengarlah dia berkata
kepada dirinya sendiri, bolehkah engkau bersenang diri wahai Umar, takutlah
kepada Allah s.w.t, jika tidak kau akan diazab-Nya.’
Saiyidina Umar Al-Khatab tidak berbangga dan sangat
menjaga hatinya ketika menjadi khalifah. Pada satu ketika dia mengangkut air di
belakang badannya. Maka beliau ditegur oleh sahabat-sahabatnya, ‘Hai Amirul
Mukminin, mengapa tuan sendiri yang memikul air ini?’
Jawabnya, ‘Aku merasa bahawa diriku telah merasa
takabur, lalu kupikul air ini untuk menundukkannya.’ Saiyidina Umar Al-Khatab
sangat menganjurkan rakyatnya hidup berdikari. Saiyidina Umar pernah berkata,
‘Pelajarilah hidup susah, kerana mungkin engkau kelak akan menderita dengan
kesusahan.’ Saiyidina Umar Al-Khatab juga pernah berpesan, ‘Pekerjaan yang
kelihatannya rendah lebih mulia dari sikap meminta-minta.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat toleransi dengan
rakyatnya sekalipun bagi mereka yang bukan Islam. Pada suatu hari, iaitu ketika
Baitul Muqaddis telah dibebaskan oleh tentera Islam, beliau pergi ke Gereja
Al-Qiamah di Baitul Muqaddis untuk menziarahi pendeta Kristian untuk bertukar
fikiran dan bermesra dengan mereka.
Dalam percakapan itu, pendeta Kristian itu sangat kagum
dengan sifat tawaduk, sopan santun dan pekerti mulia yang dilahirkannya.
Sifat-sifat itu jarang ada pada pemimpin-pemimpin Kristian Kerajaan Rom yang
memang keras dan zalim. Ketika mereka berbincang, tiba waktu solat. Memang
tidak salah kalau Saiyidina Umar Al-Khatab solat di dalam gereja sekalipun.
Tetapi sebaliknya beliau melakukan solat di luar bangunan itu.
Ketika ditanya, ‘Mengapa tuan solat di luar? Bukankah
lebih nyaman solat di dalam?’ Saiyidina Umar menjawab, ‘Benar tuan. Memang
tidak ada salahnya. Tetapi saya tidak mahu kemudian hari kelak orang menuduh
saya menukar gereja menjadi masjid lalu perbuatan saya dicontoh oleh kaum
Muslimin.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat mementingkan nasib
rakyatnya. Beliau selalu duduk bersama rakyatnya, makan dan berbincang bersama
tanpa kelihatan perbedaan tingkat hidup di antara beliau dan rakyatnya. Pernah
terjadi satu musim kemarau yang sangat dahsyat hingga makanan begitu begitu
sukar didapati di Madinah. Saiyidina Umar Al-Khatab bersama-sama rakyatnya
begitu menderita dengan ujian ini. Satu ketika dibawa oleh pelayannya sedikit
minyak sapi dan susu ke rumahnya. Kata pelayan itu, ‘Ya Amirul Mukminin, saya
membeli sedikit minyak sapi dan susu ini dari uang saya sendiri untuk tuan...’
Mendengar kata-kata pelayannya, Saiyidina Umar Al-Khatab
berkata, ‘Pergilah engkau hadiahkan kepada orang Islam yang lebih memerlukan.
Aku tidak akan makan makanan seperti susu dan minyak sapi itu selagi aku masih
melihat ada orang Islam yang lapar dan susah di negara ini.’
Saiyidina Umar Al-Khatab selalu solat dan berdoa pada
malam hari di masjid. Suatu malam datanglah seorang utusan dari Iraq ke Madinah
untuk bertemu dengan Khalifah Umar. Kerana waktu itu haripun telah jauh malam
utusan itu singgah bermalam di masjid. Waktu itu Saiyidina Umar Al-Khatab baru
selesai solat. Melihat tetamu itu masuk beliau pun mendekatinya seraya
bertanya, ‘Anda nampaknya datang dari jauh. Dari mana anda datang? Apa yang
anda inginkan?’
Jawab utusan itu (tanpa mengetahui orang yang bertanya
itu ialah Saiyidina Umar Al-Khatab sendiri), ‘Aku datang untuk bertemu Khalifah.
Tetapi hari telah jauh malam, aku keberatan sekali mengganggu beliau di
rumahnya...’
Saiyidina Umar Al-Khatab memberitahu orang itu bahawa ia
boleh bertemu dengan khalifah di mana pun dan bila-bila saja. Bila melihat
utusan itu kurang percaya tentang apa yang didengarnya, Saiyidina Umar
Al-Khatab pun berkata, ‘Sayalah Saiyidina Umar Al-Khatab...’
Utusan itu terkejut kerana khalifah masih berjaga
walaupun hari telah larut malam dan sanggup melayani tetamu. Tidak tidak
menyangka sama sekali! Amirul Mukminin berkata, ‘Wahai saudaraku... jika saya
tidur pada malam hari maka bermakna saya menyia-nyiakan diri saya sendiri. Jika
saya tidur pada siang hari, bermakna saya mengabaikan umat!’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat adil sekalipun kepada
orang bukan Islam. Pada satu masa beliau melihat seorang tua menadahkan tangan
kesana kemari meminta sedekah. Beliau amat terharu lantas bertanya, ‘Pak,
mengapa hidup jadi begini? Tidakkah bapak punya anak?’
‘Saya orang susah tuan. Kalau tidak meminta sedekah bagaimana
saya hendak membayar jizyah?’
Maka sedarlah Saiyidina Umar Al-Khatab bahawa orang tua
itu beragama Yahudi. Saiyidina Umar Al-Khatab berkata, ‘Hai orang tua. Engkau
tidak patut bekerja mencari nafkah untuk keluarga lain. Dan aku tidak mahu
melihat kau hidup meminta-minta. Mulai hari ini biaya hidupmu dan keluargamu
akan dibiayai oleh Baitulmal setiap bulan!’
Setelah orang tua itu berlalu, Saiyidina Umar Al-Khatab
berkata kepada pembantunya, ‘Sedih sekali aku melihat orang Yahudi tua itu.
Tidak adil kalau kita biarkan dia meminta-minta sedangkan semasa mudanya dia
telah penat lelah mencari nafkah untuk keluarganya dan menunaikan tanggungjawab
kepada negara. Tetapi setelah tua dia masih terus mencari wang untuk membayar
cukai. Itu tentu tidak sesuai. Segera tulis namanya sebagai golongan yang
berhak mendapat bantuan dari kita setiap bulan.’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat mengasihi rakyatnya
sekalipun kepada anak-anak. Satu ketika sewaktu melantik seorang gabenor baru
di satu wilayah, Saiyidina Umar berjalan-jalan melihat keadaan rakyat bersama
gabenor barunya. Beliau telah melihat seorang anak kecil lalu diangkat,
ditimang serta diciumnya.
Melihat keadaan Saiyidina Umar Al-Khatab yang sangat
halus dan penyantun itu, gabenornya berkata, ‘Wahai Amirul Mukminin, patutkah
tuan melayani anak kecil seperti ini? Saya fikir tidak perlu bagi seorang
pemerintah melayani anak kecil. Demi Allah s.w.t saya sendiri tidak pernah
berbuat demikian.’
Mendengar itu Saiyidina Umar Al-Khatab menjawab, ‘Demi
Allah s.w.t, tahukah engkau bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai belas
kasihan dan santun terhadap orang lain maka ia tidak sepatutnya diberi amanat
untuk memelihara kepentingan umat. Tidakkah engkau tahu wahai pejuang Allah
s.w.t, bahawa anak-anak kecil juga sebahagian rakyat kita? Aku bukan saja
khalifah untuk umat Islam. Tetapi juga khalifah untuk anak-anak!’
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat ditaati oleh rakyatnya
hingga air Sungai Nil pun mematuhi perintahnya. Ketika gabenornya di Mesir Amru
Al-Ash mengirim surat bahawa air Sungai Nil telah semakin surut dan kering.
Menurut kepercayaan penduduk asal (bangsa Qibti), seorang anak dara mestilah
dikorbankan untuk membuat air mengalir seperti biasa, Saiyidina Umar Al-Khatab
cuma mengirim surat dengan pesannya surat itu hendaklah dijatuhkan ke dalam
Sungai Nil.
Surat itu berbunyi: ‘Surat ini dikirimkan oleh Umar,
Amirul Mukminin kepada Sungai Nil. Hai Sungai Nil... kalaulah air yang mengalir
pada tubuhmu itu bukanlah dari kuasa Allah s.w.t maka kami tidak memerlukan engkau
sama sekali. Tetapi kami percaya Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan kepada-Nya
kami mohon supaya engkau mengalir seperti biasa.’ Ketika surat itu jatuh ke
dalam Sungai Nil, airnya pun mengalir seperti sedia kala.
Saiyidina Umar Al-Khatab sangat takut dengan amanah
kekhalifahan yang disandangnya dari awal hingga akhir hayatnya. Ketika dilantik
menjadi khalifah beliau berkata, ‘Kalaulah aku tahu ada di antara kamu lebih
baik dan lebih kuat dariku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah,
aku lebih rela leherku dipotong daripada menerima jabatan ini...’
Ketika hampir meninggal dunia setelah ditikam, Saiyidina
Umar Al-Khatab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), ‘Wahai Abdullah,
keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah
di kalangan mereka Umar Al-Khattab saja yang akan ditanya oleh Allah s.w.t
tentang tanggungjawabnya terhadap umatnya. Anakku... sekali kali jangan, jangan
engkau mengingat ingat akan jabatan khalifah ini...’
Umar Al-Khattab Memeluk Islam
Saiyidina Umar Al-Khattab sangat dibanggakan oleh seluruh
umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau
sangat kuat menentang Rasulullah s.a.w dan merupakan seorang musuh Islam yang
sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk
agama Islam. Peristiwa pengislaman Saiyidina Umar Al-Khattab bermula apabila
pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk
menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah s.a.w. Umar Al-Khattab
menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu.
Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin
memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan
handal. Umar Al-Khattab lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus
pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Dalam perjalanan, beliau
bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.
‘Mahu ke mana engkau wahai Umar Al-Khattab?’
‘Aku mahu membunuh Muhammad!’ jawab Umar Al-Khattab.
‘Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan
Bani Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu.’
Umar Al-Khattab tersinggung dengan kata-kata yang
dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian
untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keislamannya. Pertarungan
hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:
‘Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik perempuanmu
dan iparmu telah memeluk Islam.’
Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar Al-Khattab
meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu
rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima
pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar Al-Khattab mengetuk pintu dan
memanggil adiknya supaya membuka pintu.
Mendengar suara Umar Al-Khattab, Khabbab r.a terus
menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa
lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar Al-Khattab terus memukul
adiknya sambil berkata: ‘Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah
meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah kamu lakukan?
Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’
Adik iparnya menjawab: ‘Kami sedang bercakap antara satu
sama lain.’
Umar Al-Khattab bertanya kepadanya: ‘Adakah kamu juga
meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?’
Adik iparnya menjawab: ‘Tetapi apa salahnya sekiranya agama
yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’
Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu,
Umar Al-Khattab bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan
membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul
muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan
perasaannya: ‘Umar Al-Khattab, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang
muslim. Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu
bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama
kami.’
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat
adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak
sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran
Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya. Adiknya berkata: ‘Tidak! Badanmu
bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh
Al-Quran.’
Umar Al-Khattab mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik
perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya
terlebih dahulu. Akhirnya Umar Al-Khattab akur. Setelah beliau mandi beliau
mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha.
Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut,
pemikirannya bertukar sama sekali: ‘Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan
selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati
Aku.’ (Surah Thaha: 14)
Lantas Umar Al-Khattab bersuara:
‘Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad.’
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari
tempat persembunyiannya dan berkata: ‘Wahai Umar Al-Khattab! Berita gembira
untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah.’Ya Allah!
Perkuatkanlah Islam melalui Umar Al-Khattab atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau
kehendaki. Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu.’
Umar Al-Khattab pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu
terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar Al-Khattab memberikan
pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat
Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang
musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan
melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar Al-Khattab r.a, orang
Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata: ‘Pengislaman Umar Al-Khattab
adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan
kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang
Islam.’
Ketakutan
Umar Al-Khattab Terhadap Allah
Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang
penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal
kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar Al-Khattab r.a lalu memukul bahu
pemuda itu sambil berkata: ‘Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut,
kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara
yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh.’
Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar Al-Khattab r.a
memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata: ‘Pukullah aku dengan
cemeti ini supaya kesalahanku terbalas.’
Pemuda itu berkata; ‘Aku maafkan kamu kerana Allah.’
Umar Al-Khattab r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat
dua rakaat serta mencela dirinya sendiri: ‘Wahai Umar Al-Khattab! Kamu
dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah
memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah
memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang
apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang
telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan
yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?’
Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak
kecil. Suatu hari Umar Al-Khattab membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama
hambanya Aslam. Nun jauh di sana kelihatan suatu cahaya api. Beliau berkata:
‘Mungkin di sana ada sebuah khemah. Mungkinkah suatu khalifah yang tidak dapat
memasuki Bandar kerana waktu telah gelap. Marilah kita melihat hal mereka dan
menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka.’
Apabila tiba di sana didapati seorang wanita dan beberapa
orang kanak-kanak sedang menangis. Sebuah periuk berisi air sedang terjerang.
Umar Al-Khattab menyapanya dengan salam dan dengan keizinan daripada wanita itu
beliau datang menghampirinya. Lalu Umar Al-Khattab bertanya: ‘Mengapa
kanak-kanak itu menangis?’
Wanita itu tidak mengenali Umar Al-Khattab dan dia menjawab
pertanyaan Umar Al-Khattab dengan sedih: ‘Mereka lapar.’
‘Apakah yang ada dalam periuk?’ Umar Al-Khattab bertanya.
‘Hanyalah air dijerang bagi mendiamkan kanak-kanak itu agar
mereka pergi tidur dengan harapan makanan sedang disiapkan untuk mereka apabila
meraka bangun nanti. Ah! Allah akan mengadili Umar Al-Khattab pada hari kiamat
kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan’, kata wanita itu.
Umar Al-Khattab menangis apabila mendengar kata-kata wanita
itu. ‘Semoga Allah merahmatimu. Bagaimanakah Umar Al-Khattab dapat mengetahui
kesusahanmu ini?’
Wanita itu menjawab: ‘Apabila dia menjadi amir kami, dia
perlulah tahu mengenai kami.’
Umar Al-Khattab pun kembali ke bandar dan terus ke
Baitulmal. Beliau mengisi tepung, kurma, lemak dan pakaian serta wang dinar ke
dalam karung. Apabila telah siap diisi beliau berkata kepada Aslam: ‘Sekarang
letakkanlah karung ini di belakangku wahai Aslam.’
Aslam enggan lalu menjawab: ‘Wahai Amirul Mukminin, biarlah
aku sahaja yang memikulnya.’
Umar Al-Khattab enggan mendengar kata-kata Aslam malah
beliau mendesaknya agar membenarkannya memikul barang itu di atas pundaknya
sambil berkata: ‘Apa! Mahukah kamu memikul beban dosaku pada hari akhirat? Aku
mesti membawa karung ini kerana aku akan disoal mengenai wanita ini pada hari
akhirat kelak.’
Dengan perasaan yang berat Aslam meletakkan barang tersebut
di atas belakang Umar Al-Khattab lalu bergerak pantas ke khemah wanita tadi.
Aslam mengikut beliau dari belakang. Beliau memasukkan sedikit tepung, kurma
dan lemak ke dalam periuk dan mengacaunya. Beliau menghidupkan api untuk
memasaknya.
Aslam berkata; ‘Aku lihat asap melalui celah-celah janggut
Umar Al-Khattab yang tebal.’
Seketika kemudian masakan tersebut siap. Beliau sendiri
yang melayani keluarga itu. Setelah kenyang beliau menyimpan bakinya untuk
kegunaan mereka di kemudian hari. Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah
memperolehi makanan dan mereka bermain dengan riangnya selepas itu. Wanita itu
sangat gembira dan berkata: ‘Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu kerana
kebaikanmu. Selayaknya kamulah yang mengambil tempat Umar Al-Khattab sebagai
khalifah.’
Beliau duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan
sambil memerhatikan kanak-kanak tersebut. Kemudian kembali ke Madinah. Dalam
perjalanan pulang beliau berkata kepada Aslam: ‘Tahukah kamu Aslam, mengapa aku
duduk di situ? Aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku mahu
melihat mereka riang dan ketawa untuk seketika.’
Dikatakan bahawa tatkala Umar Al-Khattab mengimami solat
Fajar, beliau selalu membaca Surah Kahf, Thaha dan lain-lain surah sambil
menangis begitu kuat sehingga kedengaran tangisannya sehingga ke beberapa saf
di belakangnya. Suatu ketika beliau membaca Surah Yusuf dalam solat Fajar sampailah
beliau ayat 86 yang bermaksud: ‘Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku
mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang
tidak kamu ketahui.’
Lantas beliau menangis bersungguh-sungguh sehingga tidak
boleh meneruskannya lagi. Dalam solat Tahajjudnya kadang kala beliau akan jatuh
dan mendatangkan keuzuran disebabkan terlampau banyak menangis.
Bayaran
Bantuan Harian Kepada Umar Al-Khattab
Umar Al-Khattab juga hidup dengan berniaga. Apabila beliau
dilantik menjadi khalifah selepas Saiyidina Abu Bakar, beliau pun mengumpul
orang ramai dan berkata kepada mereka: ‘Aku menyara hidupku dengan berniaga.
Disebabkan kamu semua telah melantikku sebagai khalifah, aku tidak dapat lagi
pergi berniaga. Jadi bagaimana dengan saraanku sekarang?’
Berbagai saranan diberikan agar bayaran harian daripada
Baitulmal diberikan kepadanya. Ali r.a tidak berkata apa-apa. Lalu Umar
Al-Khattab pun meminta pandangannya: ‘Wahai Ali! Apakah pendapat kamu?’
Beliau menjawab: ‘Aku cadangkan agar sejumlah wang diambil
mencukupi bagi keperluan keluargamu.’
Umar Al-Khattab menerima cadangannya dan jumlah bayaran
harian yang sederhana ditetapkan untuknya. Kemudian beberapa orang termasuk
Ali, Uthman, Zubair dan Talhah mencadangkan agar bayaran itu ditambah kearana
bayaran sebelum itu jauh daripada mencukupi. Tetapi tiada seorang pun yang
berani mengesyorkannya kepada Umar Al-Khattab r.a.
Mereka pun berjumpa dengan Ummul Mukminin Hafsah, anak
perempuannya dan memintanya mendapatkan persetujuan daripada Umar Al-Khattab
tanpa menyebutkan nama orang-orang yang mengesyorkannya. Apabila perkara ini
dibawa oleh Hafsah, Umar Al-Khattab menjadi begitu marah dan berkata: ‘Siapakah
yang mengesyorkan perkara ini?’
Hafsah menjawab: ‘Berikan pendapatmu dahulu.’
Umar Al-Khattab: ‘Jika aku mengetahui mereka, nescaya aku
akan ku tampar muka mereka. Hafsah! Ceritakanlah kepadaku pakaian Rasulullah
yang terbaik yang ada di rumahmu?’
Hafsah: ‘Sepasang kain kemerah-merahan yang dipakai oleh
Rasulullah pada hari Jumaat atau tatkala menerima perutusan.’
Umar Al-Khattab: ‘Apakah jenis makanan yang terbaik yang
pernah dimakan oleh Rasulullah di rumahmu?’
Hafsah: ‘Kami makan roti barli biasa. Pada suatu hari daku
telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan dengan
penuh selera dan menyungguhkannya kepada orang lain.’
Umar Al-Khattab: ‘Apakah jenis hamparan tidur yang terbaik
yang digunakan oleh Rasulullah di rumahmu?’
Hafsah: ‘Sehelai kain tebal. Pada musim panas ia dilipat
empat dan pada musim sejuk ia dilipat dua, sebahagian dijadikan selimut untuk
menutupinya.’
Umar Al-Khattab: ‘Hafsah! Pergilah beritahu orang-orang ini
bahawa Rasulullah telah menunjukkan satu tauladan peribadinya. Aku mesti ikut
teladan itu. Perumpamaan bagi kami bertiga yakni aku, Rasulullah dan Abu Bakar
adalah seumpama tiga orang yang bermusafir melalui sebatang jalan yang sama.’
Orang yang pertama (Rasulullah) yang memulakannya dengan
perbekalan dan telah mencapai matlamatnya. Yang kedua (Abu Bakar) mengikuti
jejaknya dan telah bertemu dengannya. Sekarang orang yang ketiga sedang dalam
perjalanan. Jikalau dia menuruti jejak mereka nescayalah dia juga akan bertemu
dengan mereka. Jika tidak menyimpanglah dia.
Suatu ketika beliau terlewat untuk solat Jumaat lalu beliau
memberitahu jemaah: ‘Maafkan aku tuan-tuan semua. Aku terlewat disebabkan
pakaianku sedang dibasuh dan aku tidak punya pakaian lain.’
Suatu ketika beliau sedang menghadapi makanan, seorang
sahabat ‘Utbah bin Abi Farqad meminta izin untuk berjumpa dengannya. Beliau mengizinkannya
dan menjemputnya makan bersamanya. ‘Utbah pun mulalah makan tetapi roti terlalu
kasar sehinggalah beliau tidak dapat menelannya. Beliau pun bertanya: ‘Kenapa
tuan tidak menggunakan tepung yang lebih baik untuk rotimu wahai Umar
Al-Khattab?’
Beliau berkata: ‘Adakah setiap orang Islam mampu
memperolehi tepung yang baik untuk membuat rotinya?’
Lalu ‘Utbah menjawab: ‘Tidak. Tidak semua orang Islam mampu
untuk berbuat sedemikian.’
Umar Al-Khattab berkata lagi: ‘Oh! Kamu ingin agar aku
mengecapi segala kelazatan ketika aku masih di dunia.’
Begitulah antara kisah mengenai kezuhudan para sahabat
nabi. Dengan menjadikan sahabat nabi sebagai contoh, sekurang-kurangnya kita
merasa malu untuk berlumba-lumba di antara satu sama lain dalam mengejar kemewahan
duniawi.
Kecintaan
Terhadap Rasulullah
Sesiapa pun tidak dapat menafikan keberanian, ketabahan dan
kekuatan Umar Al-Khattab yang apabila disebutkan namanya sahaja bisa
menggentarkan hati dengan penuh ketakjuban dan penghormatan walaupun itu semua
sudah berlalu lebih 1400 tahun dahulu.
Sebelum Umar Al-Khattab memeluk Islam, penyeruan dan
pengakuan iman tidak dapat dilakukan secara terang-terangan. Sebaik sahaja
beliau memeluk Islam, mulalah orang-orang Islam bersolat di Tanah Haram kerana
seorang pun tidak berani mendatangkan mudarat apabila Umar Al-Khattab berada di
belakang mereka.
Walaupun ciri-ciri kepimpinan ada terdapat pada Umar
Al-Khattab, namun gelombang kejutan dengan kewafatan Rasulullah s.a.w sukar
dibendungnya. Beliau berdiri dengan pedang terhunus di tangannya, bingung dan
keliru sambil berkata: ‘Daku akan memancung kepala sesiapa sahaja yang berkata
Rasulullah telah wafat. Rasulullah hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana
Musa a.s pergi ke Bukit Thur. Baginda akan segera kembali dan akan mengerat
tangan dan kaki mereka yang menyebarkan berita palsu mengenai kewafatannya.’
Sementara itu Uthman terpegun dan sedih dengan kejadian
ini. Sepatah perkataan pun tidak terekeluar dari mulutnya sehinggalah keesokan
harinya. Beliau mundar mandir seolah-olah kehilangan kata-kata. Ali dalam
keadaan yang berdukacita yang teramat sangat. Beliau kaku tanpa bergerak-gerak.
Hanyalah Abu Bakar, didorong dengan cinta kasih terhadap
Rasulullah tetap teguh seumpama batu menghadapi keadaan berdukacita. Beliau
tidak kehilangan punca. Dengan tenang beliau masuk ke rumah Rasulullah lalu
mencium dahi baginda. Kemudian beliau muncul kembali kepada orang ramai.
Katanya seperti firman Allah: ‘Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, sungguh
telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau
dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad). Barangsiapa yang berbalik ke
belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun,
dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.’ (Surah Ali
Imran: 144)
Sumbangan
Khalifah Umar Al-Khattab
Saiyidina Umar Al-Khattab telah memerintah selama 10 tahun
dari 13- 23 Hijrah dan perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu
Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau
telah melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan
wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu, telah berlaku
kegemilangan Islam terutama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama.
Khalifah Umar Al-Khattab telah meninggal dunia pada 23 Hijrah.
Nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal bin
Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab. Di
lahirkan pada tahun 583 Masehi dan berasal daripada Bani Adi iaitu salah satu
bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan
tinggi. Sewaktu kecil, beliau pernah mengembala kambing dan apabila dewasa
beliau berniaga dengan membawa barang dagangan berulang-alik ke Syam.
Pada zaman Jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai ketika
terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang
yang berani, tegas dalam berbicara, dan berterus terang ketika menyatakan
fikiran, serta pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga
terkenal sebagai seorang pemidato dan juga seorang ahli gusti.
Saiyidina Umar Al-Khattab memeluk Islam pada tahun ke enam
selepas kerasulan Nabi Muhammad. Beliau merupakan pemberi sumbangan yang sangat
besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum itu beliau merupakan musuh ketat
kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Ramai orang Islam
yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbang akan orang Quraisy yang
selalu merancang untuk mengusir mereka.
Setelah beliau memeluk Islam, ramai dari kalangan
orang-orang Islam yang tidak berasa curiga lagi untuk mengerjakan ibadat.
Beliau digelar ‘Al-Faruq’ yang bermaksud orang yang membezakan hak dan yang
batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan
umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka buat pertama
kali dalam sejarah Islam.
Hijrah
Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar
dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Khalifah Umar Al-Khattab keluar secara
terang-terangan bersama pedang di tangan. Beliau sedia untuk menghunus sesiapa
sahaja yang cuba menghalangnya keluar berhijrah.
Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya
akan tiba, beliau memanggil para sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk
mencari tokoh Islam bagi menggantikan pentadbiran beliau sebagai khalifah.
Khalifah Abu Bakar mencadangkan nama Saiyidina Umar Al-Khattab untuk dicalonkan
memegang jawatan tersebut dan seterusnya mendapat persetujuan dari kalangan
sahabat dan orang ramai.
Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia pada malam Rabu di
akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun iaitu setelah
beliau memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Beliau wafat
kerana ditikam oleh Abu Lu’luah yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi.
Beliau dimakamkan di Madinah, berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan
Khalifah Abu Bakar.
Corak Pentadbiran
Umar Al-Khattab
Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan
oleh Khalifah Umar Al-Khattab sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang
telah ditempuh oleh Khalifah Abu Bakar iaitu dalam memperluaskan wilayah Islam
ke luar Semenanjung Arab. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab,
terjadinya perluasan kuasa Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan
nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Pasukan Islam berjaya
menduduki Syria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi berturut-turut (Umar
Al-Khattab Reformis Dunia Islam,2010).
Penubuhan
Majlis Syura
Khalifah Umar Al-Khattab telah menubuhkan Majlis Syura yang
merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara) yang tertinggi. Ia terbahagi kepada
2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi
terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin
Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial
negara akan dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab
menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui
amalan sistem syura, Umar Al-Khattab telah membuka peluang dan kebebasan yang
seluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka
dari kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menganggap bahawa manusia yang
tidak dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak berguna.
Perbahagian
Wilayah Islam
Umar Al-Khattab telah membahagikan Kerajaan Islam yang
semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pemerintahan Islam.
Ia terdiri daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir, Palestine, Juzirah dan
Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka dikehendaki
datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan
haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai
yang ditugaskan itu.
Antara pegawai yang terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian,
Amru Bin al-As, Zaid Bin Smyah dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang
dilantik di setiap wilayah adalah Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir
awam dan panglima tentera, pengarah perbendaharaan, pemungut cukai, ketua
polis, hakim (Qadi). Sebelum seseorang Gabenor dilantik, mereka haruslah
mengisytiharkan harta-benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah.
Mereka juga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki atau memakai
pakaian yang mahal.
Memperbaharui
Undang-undang Pentadbiran Tanah
Apabila wilayah jajahan Islam menjadi semakin luas,
beberapa pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah telah diperkenalkan.
Misalnya, di Iraq, Syria dan Mesir, segala tanah awam (sawafi) adalah
hak kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah-tanah itu akan digunakan
untuk membiayai kemudahan awam negara. Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk
Iraq tidak boleh dirampas tetapi dikenakan cukai oleh Kerajaan Islam.
Tanah-tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syiria
dirampas dan dibahagikan kepada para petani. Tentera atau umat Islam tidak
dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan pembelian. Hal ini
berbeza dengan amalan sebelumnya di mana tanah-tanah jajahan akan dibahagikan
kepada tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan
Dalam Ekonomi
Kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah. Cukai
dikenakan mengikut perbezaan jenis tanaman dan kualiti tanah. Sebagai contoh,
kadar cukai untuk tanaman gandum adalah 2 kali ganda daripada cukai untuk
tanaman barli. Ladang-ladang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi.
Peraturan-peraturan yang tidak adil telah dihapuskan.
Umar Al-Khattab sering meninjau daripada golongan Dhimmi
dan pegawai-pegawai pemungut cukai untuk menentukan sama ada cukai atau jizyah
yang dikenakan menyusahkan mereka atau tidak. Sistem pemungutan cukai menjadi
cekap dan perbendaharaan negara bertambah. Umar Al-Khattab turut memajukan
sektor pertanian negara. Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru. Hak
milik tanah-tanah pertanian diserahkan kepada sesiapa yang mahu
mengusahakannya. Namun hak tersebut akan terlupus jika ia gagal menunjukkan
hasil dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pengairan telah dilaksanakan di Mesir dan
Iraq untuk meningkatkan lagi hasil pertanian. Umar Al-Khattab turut memberikan
perhatian supaya amalan penindasan ke atas petani tidak berlaku.
Pembaharuan
Pentadbiran Ketenteraan
Umar Al-Khattab adalah khalifah pertama yang memberikan
gaji kepada tenteranya. Tentera Islam telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
tentera tetap dan sukarela. Tentera tetap diberikan gaji, pakaian seragam dan
keluarga mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah
ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Mawsil,
Fustat, Hims dan sebagainya.
Tentera-tentera akan dikenakan peraturan dan disiplin
tertentu yang sesuai dengan ajaran Islam. Pusat-pusat tentera ini kemudiannya
telah tumbuh sebagai pusat kebudayaan Islam. Umar Al-Khattab telah mengarahkan
Abdullah Bin Qaisy untuk membina kubu-kubu pertahanan di sempadan yang
menghadap negara musuh demi keselamatan.
Tentera-tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan
seperti menunggang kuda, berjalan kaki tanpa kasut dan sebagainya. Ia bertujuan
untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa. Umar Al-Khattab juga
menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.
Pembaharuan
Bidang Kehakiman
Umar Al-Khattab telah mengetatkan syarat-syarat perlantikan
seseorang untuk menjadi hakim supaya golongan yang layak sahaja akan memikul
tugas tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai ilmu yang lengkap, dihormati
oleh masyarakat. Gaji untuk hakim telah dinaikkan supaya mengelakkan
kecenderungan menerima rasuah. Para hakim tidak dibenarkan melibatkan diri
dalam perniagaan. Jabatan kehakiman telah dipisahkan sepenuhnya daripada
jabatan-jabatan lain dan mempunyai mahkamah keadilan dan kadi-kadi khas untuk
menguruskan perbicaraan serta peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.
Pembaharuan
Dalam Bidang Sosial
Golongan Dhimmi ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung
di bawah negara Islam dengan dikenakan cukai jizyah. Umar Al-Khattab telah
memperkenalkan beberapa polisi baru ke atas golongan ini supaya kedudukan
sosioekonomi dan politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai
jizyah dan cukai tanah yang rendah kadarnya supaya tidak menyusahkan mereka. Taraf
dan hak awam ke atas golongan ini diberikan sama seperti yang dinikmati oleh
masyarakat Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Kerajaan Islam akan
dihalau keluar negara. Namun, harta-benda mereka tidak akan dirampas manakala
harta benda yang tidak boleh dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi
oleh Kerajaan Islam.
Taraf
Baru Untuk Golongan Hamba
Beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk menjaga
kepentingan sosial, taraf dan kedudukan golongan hamba dalam masyarakat. Hal
ini bertujuan supaya mereka tidak dihina atau ditindas. Hanya orang-orang yang
benar-benar terlibat menentang Islam dalam peperangan sahaja akan dijadikan
hamba. Hal ini bermakna penduduk awam dalam negara yang dijajah akan terus
dibenarkan hidup bebas.
Hamba perempuan yang menjadi ibu pula tidak boleh dijual
beli sewenang-wenangnya seperti harta-harta yang lain. Hamba yang berkeluarga
tidak boleh dipisahkan dari anggota keluarganya yang lain. Oleh itu, hamba yang
berkeluarga mestilah dibeli atau dijual bersama-sama dengan anggota
keluarganya. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam hal-hal
tertentu. Pegawai-pegawai yang tidak menghormati kebajikan hamba di bawah
jagaannya akan dikenakan tindakan oleh Umar Al-Khattab. Beliau pernah
melucutkan jawatan salah seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya
yang sakit.
Menggalakkan Kegiatan Keilmuan Dan Pelajaran
Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mengembangkan
pengajaran Al-Quran. Guru-guru telah disediakan bagi mengajar pelbagai ilmu
berhubung dengan keilmuan dan mereka dihantar ke serata tempat yang
memerlukannya serta diberikan gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah telah
ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajar pelajaran Al-Quran di seluruh
wilayah Islam. Umat Islam telah diwajibkan untuk menghafal surah-surah tertentu
dalam Al-Quran yang menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti
Surah al-Baqarah, al-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan yang menghafal
seluruh isi kandungan Al-Quran akan diberi pelbagai ganjaran sebagai usaha
untuk menggalakkan mereka menghafal kandngan Al-Quran.
Kemudahan-kemudahan
Lain
Umar Al-Khattab bertanggungjawab memulakan sistem kalendar
Islam dengan menggunakan Tahun Hijrah yang umat Islam gunakan hingga kini. Umar
Al-Khattab adalah khalifah yang pertama memperkenalkan pasukan polis yang
digelar ‘Andath’. Hukum buang daerah telah diperkenalkan
oleh Umar Al-Khattab. Baginda telah menjatuhkan hukuman buang daerah ke sebuah
pulau ke atas Abu Mihjan Thaqafi kerana bersalah minum arak. Baginda turut membangunkan kota-kota baru seperti Basrah,
Kufah, Fustat dan Mausil. Basrah (Iraq) dibina pada tahun 14 H. Penduduk
asalnya berjumlah 800 orang telah meningkat kepada 100,000 orang. Dalam zaman
Kerajaan Umayyah, ia mempunyai penduduk seramai 120,000 orang. Kufah di Iraq
mempunyai penduduk asal seramai 40,000 orang.
Umar Al-Khattab menunjukkan minatnya kepada pembinaan kota
ini dengan menyediakan sendiri sebahagian daripada pelan dan peta kota itu.
Jalan raya yang dibina seluas 60 kaki dan masjid negerinya boleh memuatkan
seramai 40,000 orang jemaah. Umar Al-Khattab pernah menggelarkan kota Kufah
sebagai ‘Rasulul-Islam’ atau pusat Islam. Fustat dibina oleh Amru Bin al-As
atas arahan Umar Al-Khattab. Ia dipanggil sebagai kota Islam yang paling indah
selepas kota Baghdad.
Umar Al-Khattab telah membina banyak masjid dan
memerintahkan gabenor Islam supaya membina sekurang-kurangnya sebuah masjid di
setiap bandar. Beliau juga mengarahkan pembinaan pejabat-pejabat Baitulmal di
seluruh wilayah Islam. Rumah-rumah rehat untuk pengembara turut dibina.
Memajukan
Sektor Pertanian
Umar Al-Khattab telah membina tali air dan terusan supaya
hasil pertanian bertambah. Di antaranya ialah Terusan Amirul Mukminin (Mesir)
yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laur Merah sepanjanag 69 batu dari Bandar
Fustat. Di Iraq, dibina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigris)
dengan bandar Basrah. Satu kaji selidik telah dilangsungkan di Iraq untuk
memudahkan penaksiran cukai dan menentukan jenis tanaman untuk pertanian.
Rakyat digalakkan membuka tanah-tanah pertanian dan akan dikenakan syarat
bahawa hak milik ke atas tanah tersebut akan ditarik balik sekiranya gagal
mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun.
Menggalakkan
Kegiatan Keilmuan Dan Pembelajaran
Khalifah Umar Al-Khattab telah melakukan pelbagai langkah
untuk mengembangkan pelajaran Al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi
mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan guru-guru dihantar ke
serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Banyak
sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh
wilayah Islam. Bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti
surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya, umat Islam diwajibkan
menghafal surah-surah tertentu didalam Al-Quran. Golongan ini akan diberikan
pelbagai ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandungan
Al-Quran (Siti Hajar Abdullah,2009).
Menguatkan
Sistem Pertahanan
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau telah menubuhkan
pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau telah membina
penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Beliau juga
merupakan seorang pahlawan yang telah berjaya menundukkan Parsi dan Rom selain
turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam.
Selain itu, beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem
pelajaran Islam demi meningkatkan sistem pertahanan negara (sumbangan Saiyidina
Umar Al-Khattab, 2010).
Baitulmal
Umar Al-Khattab telah menubuhkan Baitulmal untuk menyimpan
harta dan khazanah kerajaan. Sumber utama kewangan negara dikutip daripada
orang Islam melalui zakat dan usyur (zakat tanaman). Daripada orang
bukan Islam, cukai diperolehi melalui jizyah dan kharaj (cukai tanah).
Baitulmal juga memperolehi hasilnya daripada al-Fai iaitu harta benda rampasan
daripada pihak musuh tanpa peperangan dan ghanimah iaitu harta rampasan perang.
Umar Al-Khattab adalah seorang pentadbir yang amat cekap
dan bijak serta banyak melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran negara Islam.
Dalam zaman pemerintahannya, beliau berjaya memperluaskan wilayah Islam dan
membebaskan rakyat yang ditindas oleh penjajahan Parsi dan Rom.
Pemerintahan Umar Al-Khattab dianggap sebagai ‘zaman
keemasan Kerajaan Islam’. Beliau telah memperkenalkan sebanyak 41 buah
pembaharuan berdasarkan Al-Quran dan Hadis dan digelarkan Awliat-i-Umar
Al-Khattab. Beliau telah meninggal dunia dalam Zulhijah 23 H setelah dibunuh
oleh seorang hamba berbangsa Parsi bernama Fairuz.
Bersifat
Inovatif
Umar Al-Khattab merupakan khalifah Islam kedua yang
bersifat inovatif lakukan pembaharuan dari segi kepemimpinan serta perluasan
wilayah. Umar Al-Khattab adalah penyandang pertama gelaran Amir Al-Mukminin
(ketua kaum beriman) dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam.
Pengalaman luas sebagai hakim, duta dan penasihat pada zaman Rasulullah s.a.w
dan Abu Bakar As-Siddiq menjadikannya pentadbir unggul ketika menduduki
kedudukan puncak sebagai khalifah kedua. Ini ditambah pula dengan keistimewaan
lain yang dimilikinya termasuk keberanian, ketajaman akal dan
kepetahannya.
Antara dipelopori Umar Al-Khattab dalam bidang pentadbiran
dan pengurusan termasuk apa yang kini disebut ‘Pengurusan Turun Padang’ dan
ketika ini disebut sebagai Management by Walking Around (WO) dan
sentiasa bersiap sedia. Ketika menjadi khalifah beliau sering meninjau sendiri
keadaan kehidupan rakyat dengan menyamar diri. Dengan demikian, beliau
mendapat gambaran secara langsung mengenai realiti sebenar seterusnya beliau
membuat keputusan serta mengambil langkah penyelesaian dengan
serta-merta.
Dasar
Pentadbiran
Dasar pentadbiran yang mementingkan kerja kuat, cekap dan
cepat demi kebajikan serta kesejahteraan rakyat, Umar Al-Khattab berjaya
memberi contoh terbaik bagaimana pentadbiran berasaskan tindakan dan
mementingkan pelanggan itu dilaksanakan. Selain itu, Umar Al-Khattab terus
mengekalkan dan mengembangkan gaya pengurusan partisipatif menerusi institusi
dan amalan syura yang memberi ruang seluasnya kepada semua pihak terbabit
(terutama gabenor, panglima tentera dan pegawai) untuk berperanan dalam proses
membuat keputusan, nasihat-menasihat dan ingat-mengingat.
Dalam sejarah tamadun Islam, era Khalifah Umar Al-Khattab
dicatat sebagai era pembaharuan sistem pentadbiran. Beliaulah yang mula-mula
membentuk pelbagai dewan. Institusi formal pentadbiran itu diilhamkan daripada
sistem jawatan gaya Parsi dan Romawi. Umar Al-Khattab memang seorang yang
inovatif dan memiliki kemampuan istimewa mencipta pembaharuan khususnya dalam
bidang pentadbiran. Di samping itu, beliau juga seorang yang bersikap
akomodatif seperti terbukti daripada kesediaannya menyerap unsur baik dan
bermanfaat daripada tamadun asing (Parsi dan Romawi). Sikap Umar Al-Khattab
menggambarkan semangat ajaran Islam yang melihat segala yang baik dan
bermanfaat (al-Hikma Hijrah) adalah barang hilang milik orang beriman,
maka di mana saja ditemui beliau harus diambil.
Dengan demikian beliau berjaya melakukan pelbagai
pembaharuan meliputi gaya kepemimpinan, struktur organisasi, persekitaran dan
budaya kerja. Zaman pemerintahan Umar Al-Khattab dilihat sebagai babak
sejarah cukup mengagumkan. Pada zaman itulah gerakan perluasan wilayah Islam
terlaksana dengan pesat dan jaya hingga meliputi Syria, Iraq, Mesir dan
Parsi. Wilayah seluas itu berjaya ditadbir dengan baik dan ini tentu saja
berkait dengan pembaharuan pentadbiran Umar Al-Khattab yang meliputi pelbagai
bidang termasuk ketenteraan (sistem tentera bergaji), kehakiman (pemisahan
daripada eksekutif) dan perkhidmatan awam.
Keseluruhannya, tidak banyak perubahan pentadbiran berlaku
pada zaman kedua-dua khalifah selepasnya. Mereka hanya mengekalkan dasar dan
sistem diwarisi daripada khalifah terdahulu khususnya Umar
Al-Khattab. Hujung pemerintahan Uthman dan sepanjang era pemerintahan Ali,
Khalifah Islamiyah dilanda krisis berat termasuk perang saudara yang berlarutan
hingga tidak banyak masa dapat ditumpukan kepada pembangunan
pentadbiran. Bagaimanapun, di tengah situasi seperti itu sempat juga Saiyidina
Ali memberikan sumbangan cukup bererti. Sesuai dengan kekuatannya sebagai
seorang ilmuwan, beliau meletakkan dasar falsafah, garis panduan dan kod etika
pentadbiran Islam seperti didokumenkan dalam surat dan perutusan kepada gabenor
wilayah. Selepas zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidun (Abu Bakar, Umar
Al-Khattab, Uthman dan Ali) sistem pemerintahan Islam mengalami perubahan
drastik sistem khalifah (berasaskan syura) kepada sistem warisan (kelompok
eksklusif keluarga tertentu).
Implikasi
Besar
Implikasi terbesar daripada perubahan itu, lemahnya
institusi dan amalan syura dalam pentadbiran Islam. Perkembangan pentadbiran
zaman itu ialah penubuhan dan penyusunan semula jawatan ketenteraan,
percukaian, persuratan, cap mohor dan kewangan pada peringkat pusat dan jawatan
ketenteraan, persuratan dan kewangan pada peringkat wilayah. Pada zaman
kerajaan ‘Abbasiyyah diwujudkan beberapa jawatan baru seperti Jawatan Pengaduan
Awam (Al-mazalim), Jawatan Pengawasan Harta Khalifah dan Jawatan Kelengkapan
Perang.
Zaman itu juga dianggap sebagai zaman pertembungan tamadun
Islam dengan tamadun asing khususnya Parsi dan Rom. Dialog ketamadunan yang
pesat ketika itu memperkayakan tamadun Islam termasuk bidang pentadbirannya
dengan penyerapan lebih banyak pengaruh Parsi dan Rom. Perkembangan itu
berlaku ekoran pentadbiran wilayah bukan Arab yang memang sudah sedia memiliki
tradisi pengurusan pentadbiran tersendiri. Dengan demikian bahasa Parsi dan
Yunani turut digunakan sebagai bahasa pentadbiran wilayah di samping bahasa
Arab. Dasar pengekalan unsur tradisi pentadbiran tempatan ini menyebabkan
sebilangan peneliti berkesimpulan bahawa dalam banyak segi pentadbiran Islam
zaman itu berasaskan model pentadbiran Byzantium dan Sasan (Al-Buraey).
Antara institusi penting pentadbiran zaman itu ialah
institusi dewan dan hisbah yang ditubuhkan di semua peringkat pusat, wilayah
dan daerah. Dewan diperkemaskan hingga dapat berfungsi sebagai jabatan dan
kementerian. Antaranya, Jabatan Percukaian atau Perbendaharaan, Jabatan
Ketenteraan, Jabatan Mohor dan Jabatan Persuratan. Hisbah adalah institusi
penegak kemakrufan dan pencegah kemungkaran. Ketua Hisbah (muhtasib)
dipertanggungjawabkan mengawal ketertiban dan kesusilaan rakyat khususnya di
persekitaran pasar.
Wilayah pemerintahan Dar Al-Islam ketika itu meliputi
daerah cukup luas dan keadaan ini membawa implikasi pentadbiran yang menjadi
bertambah kompleks. Keadaan itu mendorong usaha penulisan buku, risalah dan
surat arahan mengenai pentadbiran dan tatanegara. Pada zaman itu, pelbagai
karya dijelaskan sebagai genre siyasah shar’iyyah oleh ulama besar seperti
Al-Ghazali dengan kitabnya Nasihatu ‘l-Muluk (Nasihat Untuk Raja-raja), Al-Mawardi
dengan Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Hukum-hukum Mengenai Pemerintahan) dan
Abu Yusuf, Kitab Al-Kharaj (Buku Mengenai Percukaian).
Pembaharuan
Era Pemerintahan Umar Al-Khattab
- Pertubuhan
institusi dan sistem Majlis Syura (Majlis Perundingan) terdiri daripada
dua peringkat utama (Majlis Syura Tertinggi (Khalifa Hijrah) dan Majlis
Syuara Am).
- Penubuhan
Baitulmal bagi menyimpan khazanah negara pada peringkat pusat dan
wilayah.
- Penubuhan
jawatan awam (dewan) untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai seperti
Jawatan Ketenteraan, Jawatan Pengaduan Awam dan Jawatan Dokumentasi.
- Pembinaan
bandar seperti Kufah, Basrah, Fustat dan lain-lain.
- Penubuhan
Dana Wakaf (Dar Al-Daqiq) dengan tujuan mengumpul sumbangan (sedekah, derma)
yang kemudian diagihkan kepada pihak memerlukan.
- Pembaharuan
dasar berkaitan sistem percukaian, tanah dan taraf kaum hamba.
- Pengenalan
sistem kalendar Islam.
- Penubuhan
pasukan polis.
- Pembinaan
intelektual: memperbanyak pembinaan sekolah.
- Perumusan
kod etika bagi pemimpin, hakim dan tentera.
- Pengemasan
syarat perlantikan jawatan utama dalam pentadbiran seperti Gabenor (Wali),
Pengarah Perbendaharaan (Sahib Bayt Al-Mal), Pemungut Cukai (Sahib
Al-Kharaj), Ketua Polis (Sahib Al-Ahdat Hijrah) dan Hakim (Qadi).
Sistem Politik
Khalifah Umar Al-Khattab
* Perluasan Wilayah-Wilayah Kerajaan Islam
Melalui
dasar pembukaan negara-negara dan kawasan baru (futuhat) yang dijalankan oleh Saiyidina Umar
ibn Al-Khattab, pengaruh kekuasaan kerajaan Islam terus berkembang luas. Dalam
masa pemerintahan beliau penguasaan kerajaan Islam tidak sahaja terhad di
kawasan empayar Parsi dan Byzantium, malahan telah melewati kawasan-kawasan
luar sehingga sampai ke perbatasan negeri China dan Benua Kecil India di
sebelah Timurdan ke Afrika Utara dan Eropah di sebelah Barat. Melalui kejayaan
yang telah dicapai Islam dapat disebarkan kepada para penduduk setempat di
kawasan-kawasan tersebut.
* Pentadbiran wilayah
Membahagikan
wilayah-wilayah yang ditakluki oleh tentera-tentera Islam kepada beberapa
bahagian, iaitu: Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia), Mausil, Yaman dan
Bahrain. Penduduk-penduduk wilayah yang dikuasai oleh tentera Islam telah
disusun mengikut sistem unit (‘Arafah) yang terdiri daripada tujuh unut suku:
suku Kinanah dan sekutunya, Jadilah Bani Amr ibn Qays Alan, Buda dan
sekutunya, Madhhij dan sekutunya, Tamin dan
sekutunya,Iyad dan sekutunya. Setiap unit sosial ini mempunyai
perkampungan dan ketua masing-masing yang dibayar gaji dan elaun mengikut kadar
yang ditetapkan.
* Struktur dan Organisasi Pentadbiran Umar ibn
Al-Khattab
Pentadbiran
kerajaan Islam Wilayah diketuai oleh gabenor (Wali) yang bertanggungjawab
secara lansgsung kepada khalifah, dibantu oleh seorang setiausaha (katib),
jabatan setiausaha tentera (Katib al-Diwan), jabatan percukaian (Sahih
al-Kharraj), pegawai polis (Sahih al-Shurtah), pegawai perbendaharaan negara
(Sahih Baytilmal) dan seorang kadi.
Semua
pegawai yang dilantik oleh khalifah Umar ibn Al-Khattab, termasuklah
gabenor, telah diberikan surat perintah oleh Khalifah Umar ibn Al-Khattab.
Surat perintah ini menyebutkan bidang tugas dan kuasa mereka. Sebelum seseorang
pegawai itu dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu
diberitahu tentang kuasa dan tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul
kekeliruan kemudian hari.
Demikian
juga apabila seorang pegawai dilantik, terlebih dahulu diperiksa harta benda
dan juga peribadinya sebagai langkah ke arah mencegah berlakunya penyalahgunaan
kuasa untuk kepentingan peribadinya. Demikian pula apabila seseorang
pegawai berhenti kerja segala hartanya dihitung sekali lagi. Jika terdapat
hartanya berlebihan dan terbukti harta itu didapatinya dengan cara melanggar
peraturan negara, maka harta itu akan diambil dan diserahkan kepada perbendaharaan
negara (Bayt al-Mal).
Setiap
tahun pada musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke Tanah Suci
Mekah untuk memberikan laporan tentang sebarang perkara berhubung dengan
pentadbiran wilayah. Di samping itu pula, rakyat jelata yang mengerjakan ibadat
haji diberikan hak untuk menyuarakan sebarang perkara atau aduan tentang
pegawai-pegawai tersebut. Jika sekiranya terdapat sebarang kezaliman yang
dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan, Khalifah Umar ibn Al-Khattab
tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka.
* Penubuhan Bayt al-Mal (Perbendaharaan
Negara)
Khalifah Umar
ibn Al-Khattab merupakan orang yang pertama menubuhkan institusi Bayt
al-Mal atau Perbendaharaan Negara, tempat semua harta kerajaan disimpan.
Sebuah buku kira-kira negara telah disediakan untuk mengetahui wang
keluar-masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber-sumber
kewangan negara adalah daripada pendapatan bayaran zakat, harta rampasan perang
(ghanimah), harta rampasan tanpa
perang (fay’), cukai perlindungan (jizyah), cukai tanah (kharj), cukai perniagaan (ushur) dan harta peninggalan orang
mati yang tidak mempunyai waris.
* Pentadbiran Tanah
Tanah-tanah
yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis:
tanah dhimmah iaitu tanah yang bertuan dan
tanah sawf iaitu tanah yang tidak bertuan. Tanah dhimmah
ditadbir oleh pemilik-pemiliknya yang asal, sementara tanah sawf ditadbir oleh
pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl
al-Ayym, iaitu golongan peneroka atau juga disebut juga Ahl
al-Fay.’ Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa
bagi mengelakkan daripada berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.
* Pembinaan Bandar-bandar Tentera (maslih)
Khalifah Umar
ibn al-Khattab telah membina bandar-bandar tentera masalih seperti bandar
Kufah, Basrah, Damsyik, dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat
tentera dan di sini didirikan khemah-khemah tentera. Tujuannya adalah apabila
mereka selesai menjalani ekspedisi, mereka akan kembali ke situ dan tidak perlu
balik ke Madinah kerana terlalu jauh.
Tujuan
lain adalah untuk mengawal sempadan wilayah-wilayah yang sudah ditakluki dari
bandar-bandar tersebut. Di tengah-tengah bandar tersebut didirikan pula
masjid-masjid sebagai tempat ibadat dan pusat penyatuan masyarakat Islam. Dari
bandar-bandar tentera tersebut kemudiannya agama dan kebudayaan Islam
disebarkan. Bangunan-bangunan masjid yang terdapat di bandar-bandar itu
kemudiannya menjadi lambing seni bina dan keagungan Islam.
* Peraturan dan Arahan Baru
Bagi
menjaga kemurnian ajaran Islam, beliau membuat suatu peraturan baru, iaitu
tidak membenarkan para sahabat Rasulullah s.a.w berhijrah ke luar daripada
Hijaz kerana takut dan bimbang dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya asing.
Oleh sebab itulah apabila selesai sahaja ekspedisi, para sahabat yang terdiri
daripada kaum Muhajiran dan Ansar yang merupakan tunggak ilmu dan pemikiran
Islam pada waktu itu diarah pulang ke Hijaz (Madinah, Mekah dan Ta’if).
Untuk
melincinkan urusan pentadbiran negara Umar ibn al-Khattab telah membentuk
Majlis Shara yang dianggotai oleh enam orang tokoh Islam yang terdiri daripada
sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal iaitu ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Ala ibn Aba
Talib, Sacd ibn Aba Waqas, ‘Abd Rahman ibn Awf, Talhah dan al-Zubayr. Fungsi
utama badan ini untuk memberi nasihat dan menentukan jawatan khalifah selepas
beliau.
Kesimpulan
Khalifah Umar Al-Khattab adalah profil seorang pemimpin
yang berjaya, mujtahid (ahli ijtihad) yang ulung, dan sahabat Rasulullah s.a.w.
yang sejati. Kejayaan dalam mengibarkan panji-panji Islam mengundang rasa iri
dan dengki dalam hati musuh-musuhnya. Salah seorang musuhnya, Abu Lu’lu’ah,
telah mengakhiri hidupnya dengan cara yang amat tragis. Dia menikam Khalifah
Umar Al-Khattab tatkala sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.
Beliau wafat pada usia 63 tahun setelah lebih kurang 10 tahun memegang amanah
sebagai khalifah.
Sumbangan dan jasa Khalifah Umar Al-Khattab adalah menyusun
pentadbiran dan pembentukan syura. Selain itu, beliau menubuhkan beberapa
jabatan seperti ‘dewan al-janad’ dan ‘dewan al-jarah.’ Khalifah Umar Al-Khattab
juga telah mengadakan peraturan tanah negara, menetapkan kalendar Islam bermula
dari Hijrah Rasulullah s.a.w. dan menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.
Khalifah Umar Al-Khattab yang merupakan khalifah yang kedua
dalam kerajaan khulafa ar-Rasyidin telah memberi banyak sumbangan kepada umat
islam dan seterusnya memberi teladan yang baik untuk dijadikan ikutan umat
islam. Kegigihan dan perjuangan Khalifah Umar Al-Khattab bin al Khattab di
dalam menegakkan ajaran agama Islam telah memberi kesan yang mendalam pada
kerajaan Islam pada masa itu.
Kepimpinan beliau adalah berpandukan akidah yang benar dan
sanggup berkorban bagi mempertahankan agama. Merealisasikan Al-Quran terutama
dalam akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik.
Kehebatan Umar Al-Khattab
Ubaidullah Bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para
sahabat melihat Umar Al-Khattab memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka
bertanya: ‘Wahai Amirul Mukminin! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini?’
Jawab Umar Al-Khattab: ‘Saya merasakan bahawa diri
saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya.’
Keperibadian
Umar Al-Khattab
Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin
Auf. Kata mereka: ‘Umar Al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga
mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya.’
Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar
Al-Khattab berkata: ‘Benarkah mereka berkata demikian?’
‘Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga
lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap
keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi? Bagaimana
nasib saya yang berbeza dengan mereka?’
Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki
bertemu dengan Umar Al-Khattab dan berkata: ‘Bersikap lunaklah kepada kami,
sebab kami amat gentar melihatmu!’
Umar Al-Khattab menjawab: ‘Adakah saya berbuat sesuatu yang
zalim?‘
Jawab lelaki itu: ‘Tidak!’
Kata Umar Al-Khattab lagi: ‘Kalau begitu, biarlah Allah
s.w.t menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku.’
Menurut Barrak bin Makrur: ‘Pada suatu hari Umar Al-Khattab
naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para
jemaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah.
Kata beliau: ‘Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak
diizinkan haram ke atas saya mengambilnya.’
Saiyidina Umar Al-Khattab memeluk Islam pada tahun ke 6
kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat
Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi
kuat.
Rasulullah s.a.w pernah berdoa; ‘Ya Allah kuatkan Islam dengan
Umar Al-Khattab Al-Khatab atau Abu Jahal bin Hisyam.’ (Hadis riwayat
At-Thabarani)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani
bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: ‘Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar
Al-Khattab Al-Khatab.’
Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah bahawa Rasulullah s.a.w berkata: ‘Apabila Umar Al-Khattab memeluk Islam,
Jibril pun datang dan berkata: ‘Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk
langit bergembira dengan Islamnya Umar Al-Khattab.’
Setelah memeluk Islam, Rasulullah s.a.w telah mengelarnya
sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar
dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran
tersebut, Saiyidina Umar Al-Khattab menjawab: ‘Pada suatu hari, aku bertanya
kepada Rasulullah s.a.w: ‘Ya Rasulullah s.a.w, adakah kita dalam kebenaran?’
Jawab Rasulullah s.a.w: ‘Benar!’
Aku berkata lagi: ‘Kenapakah kita beribadah secara
sembunyi?’
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, satu
saya dan satu lagi Saiyidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy
melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka lihat sebelum ini, lalu Rasulullah s.a.w mengelarkan aku Al-Faruq!
Dengan Islamnya Umar Al-Khattab, maka umat Islam yang
sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara
terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping
itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang
beribadah kerana takut kepada Umar Al-Khattab.
Keberanian
Umar Al-Khattab
Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Mekah ialah
apabila Saiyidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara
terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa
berhijrah secara rahsia.
Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa
kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum
meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, Saiyidina Ali r.a. yang
menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: ‘Setelah Saiyidina Umar
Al-Khattab membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang
disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut
di bahunya, sebatang anak panah tergenggam di tangannya dan melangkahkan kaki
menuju ke Kaabah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi
Kaabah menyaksikan kehadiran Umar Al-Khattab.’
‘Saiyidina Umar Al-Khattab melakukan tawaf tujuh kali dengan
penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang
memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim
dan mendirikan solat.’
‘Selesai solat, Umar Al-Khattab berdiri di sisi Maqam
Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar
Quraisy. Kata Umar Al-Khattab: ‘Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan
membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang
memusuhi agama Allah.’
Kata Umar Al-Khattab lagi: ‘Barangsiapa yang sanggup
menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak
mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri
kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di
sebalik bukit ini.’
Cabaran Saiyidina Umar Al-Khattab terhadap tokoh-tokoh
Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar Al-Khattab dengan pedang terhunus itu,
ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka
mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar Al-Khattab, mereka terpegun tanpa
seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar Al-Khattab berlawan senjata.
Dari sudut psikologi, cara Umar Al-Khattab mencabar puak
Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak
Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar Al-Khattab
mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah s.w.t. Dalam keadaan
puak Quraisy lemah semangat, Umar Al-Khattab mengajaknya adu senjata.
Saiyidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar
Al-Khattab itu berkata: ‘Sesudah itu Umar Al-Khattab melangkahkan kaki
meninggalkan kota Mekah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy.
Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum Muslimin yang
letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya
meninggalkan kota Mekah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk
berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang
gangguan.
Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum Muslimin Mekah
telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w.
yang tinggal di Mekah, kecuali Nabi s.a.w., Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Saiyidina
Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak
kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak
Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam
Hadis
Tentang Umar Al-Khattab
- Semasa
tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang
perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa
istana ini. Katanya: Untuk Umar Al-Khattab. - Hadis riwayat Shiekhaini
(Bukhari dan Muslim)
- Sesungguhnya
Allah menjadikan lidah dan hati Umar Al-Khattab itu di atas kebenaran. -
Hadis riwayat At-Turmizi
- Sekiranya
selepas aku ada nabi, sudah pasti Umar Al-Khattablah orangnya. - Hadis
riwayat At-Turmizi
- Sesungguhnya
aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang
pukang dari Umar Al-Khattab. - Hadis riwayat At-Turmizi
- Umar
Al-Khattab cahaya bagi penduduk syurga.
- Semua
malaikat di langit menyayangi Umar Al-Khattab dan semua syaitan di dunia
melarikan diri dari Umar Al-Khattab
- Sesungguhnya
ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai
(kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah
tentu Umar Al-Khattablah orangnya. - Hadis riwayat Bukhari.
- Tidak
ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian
diperkatakan oleh Umar Al-Khattab, nescaya turunlah Al-Quran sebagaimana
yang dilafazkan oleh mulut Umar Al-Khattab. (Kata-kata Abdullah bin Umar
Al-Khattab)
Umar
Al-Khattab Sebagai Orang Yang Pertama
- Pertama
digelar Amirul Mukminin
- Pertama
menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
- Pertama
mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
- Pertama
mengharamkan nikah mut’ah
- Pertama
mewajibkan zakat ke atas kuda
- Pertama
menubuhkan jabatan-jabatan
- Pertama
sunatkan Qiyyam Ramadhan
- Pertama
mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
- Pertama
memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Umar
Al-Khattab Dan Al-Quran
Saiyidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat
hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya Al-Quran. Di antara
ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah:
- Kisah
tawanan Badar - ayat 28 Surah Al-Anfal
- Ayat
Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125 Surah Al-Baqarah
- Ayat
Hijab - Ayat 53 Surah Al-Ahzab
- Ayat
tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12 Surah Al-Mukminun
- Ayat
tentang arak - Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’
- Ayat
Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafik - Ayat 84 Surah At-Taubah
- Kisah
orang Munafik - Ayat 6 Surah Al-Munafikun
- Ayat
5 Surah Al-Anfal
- Ayat
16 Surah An-Nur
- Ayat
tentang penghalalan jimak di malam bulan Ramadhan - Ayat 187 Surah
Al-Baqarah
- Ayat
97 Surah Al-Baqarah
- Ayat
65 Surah An-Nisa’
- Ayat
13 Surah Al-Waqiah
Saiyidina Umar Al-Khattab memeluk Islam pada tahun ke enam
selepas kerasulan Nabi. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada
Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang
berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang
selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar Al-Khattab memeluk Islam
ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi
dalam mengerjakan ibadat.
Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar
dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar Al-Khattab keluar secara
berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja
yang cuba menghalangnya. Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa
ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk
mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar
mencadangkan nama Umar Al-Khattab untuk dicalonkan memegang jawatan itu.
Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang
ramai.
Ketokohan
Umar Al-Khattab
Sejarah pemerintahan Khulafaur-Rasyidin penuh dengan
pelajaran dan ibrah (iktibar). Para sahabat pada ketika itu, benar-benar
mengamalkan hukum-hukum Islam dan menyebarkan syiarnya ke seluruh penjuru
dunia. Zaman mereka adalah sebaik-baik zaman. Merekalah yang mengajarkan
Al-Quran kepada umat dan meriwayatkan sunnah dan atsar daripada Rasulullah
s.a.w.
Hakikatnya, sejarah mereka adalah harta simpanan yang
memelihara pusaka umat Islam berupa pemikiran, budaya, ilmu pengetahuan, perjuangan,
gerakan perluasan wilayah dan kaedah berinteraksi dengan bangsa dan umat lain.
Justeru Rasulullah s.a.w menganjurkan dan menyuruh kita
untuk mengikuti sunnah mereka dan berpedoman dengan petunjuk mereka. Sabda
Rasulullah yang bermaksud: ‘Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah
Khulafaur-Rasyidin yang memperoleh petunjuk sesudahku.’ (Hadis riwayat Abu Daud
dan Tirmizi)
Lantas salah satu tujuan penulisan buku berjudul, Umar
Al-Khattab bin Khattab: Kepimpinan dan Kewibawaannya oleh pengarangnya, Dr.
Ali Muhammad As-Shallabi adalah untuk menghadirkan kembali hari-hari kehidupan
yang indah pada zaman lampau dan memberi isyarat kepada generasi sesudahnya
bahawa sebuah generasi tidak akan baik pada akhirnya, kecuali pada awalnya juga
baik.
Karya besar itu merupakan buah tangan istimewa penulisnya
selepas kejayaan beliau menghasilkan buku pertama yang berjudul, Abu Bakar
Ash-Shiddiq: Syakhsyiyyatuhu wa Ashruhu yang telah beredar luas di pelbagai
kedai buku di dunia Arab dan pameran-pameran buku antarabangsa. Maklum
balas hebat serta desakan para pembaca, pendakwah, ulama, pelajar dan
masyarakat umum menjadi dorongan dan pemangkin semangat kepada Dr. Ali Muhammad
As-Shallabi untuk terus mengkaji pemerintah lain pada zaman Khulafaur
Rasyidin.
Umar Al-Khattab adalah sebaik-baik orang soleh sesudah para
nabi, para rasul dan Abu Bakar. Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Umar
Al-Khattab dan Abu Bakar: ‘Ikutilah jejak orang yang datang sesudahku, iaitu
Abu Bakar dan Umar Al-Khattab?’ (hadis riwayat Tirmizi)
Malah terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang
keutamaan-keutamaan Umar Al-Khattab. Antaranya; ‘Di antara umat-umat yang hidup
sebelum kamu ada orang-orang yang dianugerahi ilham. Jika dalam umatku ada
orang yang mendapat ilham, maka beliau adalah Umar Al-Khattab.’ (riwayat
Bukhari dan Muslim)
Selain itu, Rasulullah s.a.w ada bersabda: ‘Aku pernah
bermimpi seolah-olah aku sedang mengambil air dengan timba di sebuah sumur. Abu
Bakar datang, kemudian beliau mengambil air, satu atau dua timba. Tetapi air
yang ditimbanya tetap kurang (tidak cukup). Semoga Allah mengampuninya.
Kemudian Umar Al-Khattab datang untuk mengambil air dan air yang ditimbanya
melimpah. Sesungguhnya aku belum pernah melihat orang yang genius yang mampu
melakukan seperti yang dilakukannya, sehingga orang ramai dapat memenuhi bekal
air mereka dan membawa unta-unta mereka pulang ke kandang.’ (hadis riwayat
Muslim)
Begitu juga Amru bin Al-Ash pernah bertanya kepada Nabi:
‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling engkau cintai? Baginda menjawab:
‘Aisyah.’ Amru bertanya: ‘Dari kalangan lelaki.’ Baginda menjawab: ‘Ayahnya
(Abu Bakar).’ Amru bertanya lagi: ‘Kemudian siapa?’ Baginda menjawab: ‘Umar bin
Khattab.’ Kemudian baginda menyebut nama beberapa orang sahabat.’ (hadis
riwayat Ibnu Hibban)
Kehidupan Umar Al-Khattab merupakan lembaran yang cemerlang
di dalam sejarah Islam yang menyinari dan mengungguli setiap sejarah. Sejarah
Umar Al-Khattab ini berupa kemuliaan, kejayaan, ketulusan, perjuangan dan
dakwah di jalan Allah s.w.t.
Qudwah
Buat Umat Islam
Sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebuah
rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan
pendoman untuk umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah
s.a.w dihiasi dengan kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah
hakikat pengorbanan yang sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya
kepada Allah s.w.t, dan contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan
sepanjang zaman.
Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t, bahawa segala apa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w adalah contoh
panduan kepada umat Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda umpama ‘manual’
panduan untuk dilihat dan dijadikan contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya
kita fahami bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh dan
ikutan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.’
(surah Al-Ahzab: 21)
Rasulullah s.a.w telah berjaya membina satu ketamadunan
yang hebat dan gemilang. Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis barat
iaitu Michael H. Hart, beliau telah meletakkan Nabi Muhammad s.a.w di tempat
pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, malah
baginda mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri.
Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential
Persons In History, menyatakan bahawa satu faktor yang menyebabkan Nabi
Muhammad s.a.w menjadi insan berpengaruh adalah kerana kualiti yang ada pada
diri baginda. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti integriti dan kualiti
kompetensi. Inilah yang menjadikan kehidupan baginda sangat signifikan kepada
manusia lain terutamanya kepada para sahabat di bawah didikan baginda.
Di dalam Islam, kualiti ini kita namakan ia sebagai akhlakul
karimah atau budi pekerti yang mulia. Bermula dari kualiti ini akhirnya
Rasulullah s.a.w berjaya membentuk dan membina satu tamadun yang sangat
gemilang dan dihormati seantero dunia. Sudah pasti terdapat satu rahsia yang
perlu dilihat secara terperinci terhadap proses pembentukan ketamadunan Islam
yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana di dalam hanya masa yang
singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu
ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun!
Justeru itu, melihat dan meneliti sejarah perjuangan
Rasulullah s.a.w adalah menjadi keutamaan kita di dalam menjadikan Rasulullah
s.a.w sebagai contoh dan murrabi di dalam perjuangan menegakan Islam.
Sejarah
Sebelum Islam
Sebelum zaman kedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab
jahiliyah pada ketika itu berada dalam kehidupan yang porak peranda dan hilang
aspek nilai kemanusiaannya. Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan
yang jahil disebabkan sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama
manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai
aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial
kehidupan. Di dalam buku sejarah, para ahli sejarahawan menamakan zaman ini
sebagai zaman jahiliyah atau zaman kegelapan.
Pada dasarnya, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki
sifat-sifat positif seperti berani, setia, ramah, sederhana, cintakan kebebasan
dan menghormati tetamu. Mereka juga mempunyai kelebihan-kelebihan lain seperti
ingatan yang kuat dan pandai bersyair. Namun kerana sifat jahiliyah yang
menyelimuti kehidupan mereka, segala kebaikan itu tenggelam dalam sifat
keburukan. Mereka berpaling daripada kebenaran, menyembah berhala yang pelbagai
jenis rupa dan bentuk, melanggar hak orang lain dan menindas sesama manusia. Kejahilan
ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Cahaya keislaman itu telah
menyinari kehidupan mereka yang gelap kepada kehidupan yang terang benderang
dan akhirnya mereka dapat hidup dengan aman serta bahagia dipimpinan Rasulullah
s.a.w.
Sejarah
Semasa Zaman Rasulullah
Namun, selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dengan
membawa risalah kebenaran kepada masyarakat arab, kehidupan mereka berubah sama
sekali. Risalah Islam yang benar ini telah mengubah kehidupan yang penuh dengan
kegelapan kepada kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah
s.w.t. Proses dakwah baginda Rasulullah s.a.w di Mekah telah menekankan kepada
aspek keimanan kepada Allah s.w.t sebagai teras dan tunjang pembinaan
masyarakat Islam yang tulen dan kukuh.
Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah seruan dan
ajakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w
membina ummah Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang
sehinggalah lahirnya satu kelompok Muslim yang beriman kepada Allah s.w.t
dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima
didikan Rasulullah s.a.w secara terus-menerus sehinggalah mereka digelar
sebagai ‘sebaik-baik generasi’ di dalam sejarah peradaban manusia.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali-Imran: 110 yang
bermaksud: ‘Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, kerana (kamu) menyuruh berbuat yang maruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kepada Allah s.w.t. Sekiranya ahli kitab yang beriman,
tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun
kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.’
Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah
melakukan proses pembinaan individu Muslim secara terancang dan proses ini
mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada
proses penanaman aqidah dan keyakinan kepada Allah s.w.t secara mendalam.
Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses
pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.
Rasulullah s.a.w telah menggunakan beberapa kaedah untuk
melaksanakan usaha dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah
dengan menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk
diproses dengan didikan keimanan kepada Allah s.w.t. Pemilihan individu ini
tidak berlaku secara kebetulan, tetapi ia dilakukan secara sedar dan penuh
keyakinan kepada Allah s.w.t.
Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah
generasi awal di bawah didikan Rasulullah s.a.w mulai bertambah dari satu masa
ke satu masa. Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang memfokuskan
kepada proses didikan hati dan pembinaan individu Muslim secara kolektif.
Pendidikan yang dijalankan oleh baginda Rasulullah s.a.w adalah proses yang
mensasarkan kepada pendidikan hati. Pendidikan hati ini ditekankan dengan
nilai-nilai keimanan, ketakwaan, keikhlasan dan ihsan kepada Allah s.w.t
sehinggalah melahirkan suatu keperibadian yang murni dan berakhlak mulia.
Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w
adalah tunjang kepada pendidikan yang mendidik jiwa dan hati untuk patuh dan
mengesakan Allah s.w.t. Pada peringkat ini, sumber rujukan baginda hanyalah
Al-Quran semata-mata. Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal
mendapat satu kefahaman yang benar-benar bersih dan tulen berkaitan Islam.
Penekanan kepada sumber rujukan yang satu ini boleh digambarkan melalui satu
sirah Rasulullah s.a.w.
Pernah satu ketika Saiyidina Umar Al-Khattab membawa satu
kitab yang dikatakan sebagai kitab Taurat untuk dijadikan bahan didikan Islam.
Pada ketika itu, merah muka baginda Rasulullah s.a.w, dan sambil berkata:
‘Sekiranya, Nabi Musa ada pada ketika ini, nescaya beliau juga mengikut aku.’
Zaman
Ketamadunan Islam
Zaman pemerintahan Islam sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w
diteruskan dengan gagasan pemerintan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan
Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan
Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan
pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang. Sejarah telah
menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya
sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam.
Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah ialah Umaiyyah bin Abdul
Syams, seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh. Pada zaman ini,
perkembangan penyebaran Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah
Umar Al-Khattab Abdul Aziz. Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir,
sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci
air.
Kemudian sistem pemerintan Islam diteruskan dengan
pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M. Penubuhan Kota Baghdad sebagai
Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah menjadi dimensi perubahan
kerajaan Islam ketika itu. Pada tahun 786 Masehi merupakan zaman Keemasan Bani
Abbasiyah (Pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid dan anaknya Al-Makmum).
Ketika itu ilmu berkembang pesat dan masyarakat Islam
sangat dihormati kerana kemajuan yang dikecapi oleh mereka. Pembinaan Baitul
Hikmah telah merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun
Islam. Baitul Hikmah telah menjadi pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang
mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dengan jumlah
buku yang banyak ini, pihak pengurusan baitul hikmah yang memerlukan 120-400
ekor unta untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Pada era ini,
lahirlah tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusdh
dan ramai lagi.
Zaman
Keruntuhan Islam
Setelah melalui sejarah ketamadunan yang panjang, umat
Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka. Akhirnya
ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang amat
memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. Jika dilihat dan diamati,
antara faktor keruntuhan ini adalah berpunca daripada umat Islam itu sendiri. Bertarikh
pada 3 Mac 1924, ia merupakan tarikh kesedihan dan saat yang memilukan umat
Islam seluruh dunia kerana pada tarikh ini runtuh dan berakhirnya sebuah
empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan kerajaan Islam di seluruh
dunia. Keruntuhan kerajaan Turki Uthamaniyah memberi tamparan yang hebat kepada
umat Islam dan ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sejarah umat
Islam dalam sejarah dunia.
Dalam kajian sejarah, punca-punca keruntuhan yang paling
ketara ialah masalah perebutan kuasa di kalangan Khalifah Islam pada ketika
itu, sikap sambil lewa pemerintah yang lebih sukakan hiburan serta mengejar
kemewahan dan sekaligus menunjukan kepimpinan yang sangat lemah. Selain
daripada itu, masalah konflik dalaman sesama umat Islam dan konflik luaran
daripada musuh Islam itu sendiri, menambahkan lagi masalah kepimpinan Islam
pada zaman tersebut untuk terus mengekalkan kegemilangan Islam.
Suasana
Umat Islam Kini
Ketamadunan Islam telah melalui satu rentetan sejarah yang
panjang bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah kepada zaman pemerintahan
Khalifah Uthmaniyah yang berakhir dengan kejatuhan sistem khalifah islamiyah.
Sejarah ketamadunan islam yang panjang ini, memberi kesan yang sangat mendalam
kepada pembinaan, pembentukan dan keberadaan ketamadunan Islam sehingga kini.
Kini, kita dapat lihat keadaan umat Islam yang semakin hari
semakin lemah dan tiada perpaduan di kalangan mereka sendiri. Kelemahan inilah
yang banyak memberi kesan kepada kemajuan dan kemunduran umat Islam pada hari
ini. Sekiranya, tiada usaha-usaha yang bersepadu ke arah pemulihan dan
kebangkitan semula ketamadunan Islam ini, nescaya umat Islam akan terus berada
dalam krisis perpecahan dan kehancuran.
Negara Islam secara umumnya dan umat Islam secara
khususnya, sangat lemah dari segi pelbagai bidang dan aspek. Jika kita nyatakan
satu per satu bidang yang ada, tiada satu pun Negara Islam yang mampu
menandingi negara-negara barat yang ada di dunia ini. Hampir semua aspek umat
Islam lemah. Antaranya, aspek ekonomi, pendidikan, keilmuan, pembangunan
negara, dan sebagainya. Satu contohnya mudah, dari segi ekonomi dan
pembangunan, tidak ada satu pun negara Islam yang tersenarai dalam negara yang
maju dan hanya beberapa buah negara Islam sahaja yang terletak dalam senarai
negara yang membangun.
Penyelesaian
Ke Arah Kebangkitan Islam
Justeru itu, usaha ke arah pemulihan ini harus dimulakan
dan diteruskan sehinggalah umat Islam kembali kepada acuan yang sebenar seperti
yang digariskan oleh Allah s.w.t. Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang
dinyatakan di atas, kita akan dapati formula untuk membina dan membentuk
sesuatu generasi dan tamadun itu telah pun ditunjukan serta dilaksanakan oleh
baginda Rasulullah s.a.w.
Seharusnya, jalan, kaedah, cara dan juga panduan yang
ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w dijadikan kaedah utama dalam membentuk
generasi yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Perkara inilah yang
seharusnya menjadi perkara utama yang kita tekankan dan fokuskan sekiranya kita
ingin membina semula generasi Islam yang dapat mengembalikan kegemilangan
Islam.
Fokus penekanan Rasulullah s.a.w adalah membangunkan sumber
manusia itu sendiri. Inilah modal utama pembangunan dan pembinaan ketamadunan
Islam. Peringkat awal perkembangan Islam, tapak asas kepada tamadunan Islam
yang dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah penanaman ‘aqidah yang jitu dan kukuh
di dalam jiwa dan hati para sahabat dan pengikut Rasulullah s.a.w. Kekuatan
aqidah inilah yang menjadi tonggok utama kepada penyebaran dan perjuangan
Rasulullah s.a.w di dalam mengerakan jentera dakwah selepas era dakwah rahsia
kepada dakwah terbuka. Seharusnya, pembinaan sumber manusia bermula dengan
aspek aqidah dan kepercayaan ini. Ia boleh diserapkan melalui proses pendidikan
kerohanian dan ini wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh Umat Islam di dalam
kehidupan seharian mereka.
Seharusnya inilah penghayatan yang perlu dilakukan oleh
umat Islam dalam mencontohi perjuangan Rasulullah s.a.w. Sunnah yang paling
besar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w adalah perjuangan dan
penyebaran ajaran Islam itu sendiri. Lantas, segala kehidupan yang ditunjukan
oleh baginda mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan
seharian secara penuh sedar dan faham. Inilah kejayaan utama yang harus dilihat
secara serius dan seterusnya dilakukan sebagai agenda utama dalam kehidupan
kita.
Wasiat
Umar Al-Khattab
Suatu hari Umar Al-Khattab Bin Khattab r.a. bertutur kepada
sebahagian sahabatnya; Aku berwasiat kepadamu enam perkara:
- Jika
engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka
cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
- Bila
engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana,
tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
- Bila
engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang
manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut
kepadamu selain DIA.
- Jika
engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia.
Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
- Bila
engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana,
jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh
penyesalan.
- Bila
mana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau
tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.’
Umar Al-Khattab: Keterampilan Dalam Pentadbiran Negara
Sejarah pemerintahan Khulafaur-Rasyidin penuh dengan
pelajaran dan ibrah (iktibar). Para sahabat pada ketika itu, benar-benar
mengamalkan hukum-hukum Islam dan menyebarkan syiarnya ke seluruh penjuru
dunia. Zaman mereka adalah sebaik-baik zaman. Merekalah yang mengajarkan
Al-Quran kepada umat dan meriwayatkan sunnah dan atsar daripada Rasulullah
s.a.w.
Sejarah
Adalah Harta Simpanan
Hakikatnya, sejarah mereka adalah harta simpanan yang
memelihara pusaka umat Islam berupa pemikiran, budaya, ilmu pengetahuan,
perjuangan, gerakan perluasan wilayah dan kaedah berinteraksi dengan bangsa dan
umat lain. Justeru Rasulullah s.a.w menganjurkan dan menyuruh kita untuk
mengikuti sunnah mereka dan berpedoman dengan petunjuk mereka. Sabda Rasulullah
yang bermaksud: Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah
Khulafaur-Rasyidin yang memperoleh petunjuk sesudahku. (riwayat Abu Daud dan
Tirmizi)
Banyak hadis yang menjelaskan tentang keutamaan-keutamaan
Umar Al-Khattab. Antaranya; ‘Di antara umat-umat yang hidup sebelum kamu ada
orang-orang yang dianugerahi ilham. Jika dalam umatku ada orang yang mendapat
ilham, maka beliau adalah Umar Al-Khattab.’ (riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain itu, Rasulullah s.a.w ada bersabda: ‘Aku pernah
bermimpi seolah-olah aku sedang mengambil air dengan timba di sebuah sumur. Abu
Bakar datang, kemudian beliau mengambil air, satu atau dua timba. Tetapi air
yang ditimbanya tetap kurang (tidak cukup). Semoga Allah mengampuninya.
Kemudian Umar Al-Khattab datang untuk mengambil air dan air yang ditimbanya
melimpah. Sesungguhnya aku belum pernah melihat orang yang genius yang mampu
melakukan seperti yang dilakukannya, sehingga orang ramai dapat memenuhi bekal
air mereka dan membawa unta-unta mereka pulang ke kandang.’ (riwayat Muslim)
Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. juga terkenal sebagai ahli
sastera yang hebat, syair yang bijaksana, pahlawan yang berani, orang yang adil
dan mematuhi perintah Allah s.w.t. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab
banyak negara telah berada di bawah pemerintahan Islam termasuklah Palestin di
mana terdapat kota Baitul Muqaddis.
Membebaskan
Baitul Muqaddis
Umar Al-Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Muqaddis
atau Al-Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al-Quds ketika itu
majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam
kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom
sebelum itu.
Setelah Al-Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk
beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar
Al-Khattab sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di
kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri
wajah Khalifah Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya
kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu
kedatangan Umar Al-Khattab.
Khalifah Umar Al-Khattab memahami hasrat rakyat Al-Quds,
maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta
sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai
tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang
unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas
itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al-Quds.
Apabila hampir tiba di ibu kota Al-Quds, tibalah giliran
pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan
menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan
khalifah Umar Al-Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang
menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagipun penduduk menunggu
kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan
menunggang unta bukan pembantunya.
Khalifah Umar Al-Khattab marah dengan sikap pembantunya
kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir
menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar Al-Khattab dengan tegas
tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar Al-Khattab ‘inilah
ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada takwa, aku tidak sedikit pun
keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali
tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul
Muqaddis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika
mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu,
naiklah unta ini.’
Setelah memasuki kota Al-Quds, berduyun-duyunlah penduduk
menyambut kedatangan khalifah Umar Al-Khattab, alangkah terkejutnya mereka
melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan
pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka
menyaksikjan kejadian yang mengusik kalbu tersebut.
Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom
yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka
pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Umar
Al-Khattab. Berapa ramai pemimpin dan raja-raja yang sanggup mencontohi
peribadi mulia ini zaman sekarang?
Tidak
Dapat Terima Hakikat
Waktu Rasulullah s.a.w wafat dan berita kewafatannya
tersebar di kalangan umat Islam, ramai di kalangan mereka yang tidak percaya.
Kerana mereka menganggap bahawa Rasulullah s.a.w mustahil boleh wafat. Malahan
Omar bin Khattab waktu mendengar kewafatan Rasulullah s.a.w itu berkata dengan
amat marah:
‘Sesiapa yang berani mengatakan bahawa Nabi wafat adalah
pengkhianat. Tidak! Rasulullah s.a.w tidak wafat. Rasulullah s.a.w sedang
menghadap Tuhannya sebagaimana ia pernah terjadi dengan Nabi Musa a.s. dan
baginda akan segera kembali ke tengah-tengah kita. Sesiapa yang masih berani
mengatakan Rasulullah s.a.w wafat, akan aku pancung lehernya.’
Dalam waktu-waktu genting dan penuh kebimbangan itu,
datanglah Abu Bakar sambil berkata kepada orang ramai: ‘Kalau saudara-saudara
menyembah Muhmmad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Tetapi kalau
saudara-saudara menyembah Allah, maka sesungguhnya Dia tetap hidup
selama-lamanya.’
Kemudian Abu Bakar membacakan Al-Quran surah Ali Imran ayat
144: ‘Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun
didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika
demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling
tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir)
maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan
(sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang
bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).’ (surah Ali
Imran ayat 144)
Setelah Abu Bakar selesai mengucapkan kata-kata tersebut,
maka Omar berkata: ’Demi Allah! Setelah Abu Bakar membaca ayat-ayat itu,
solah-olah aku tidak dapat berdiri tegak lagi, kerana terasa kaki aku amat
gementar lamah. Aku hampir-hampir terjatuh pingsan, sebab waktu itulah baru aku
insyaf, bahawa Rasulullah s.a.w. kekasih umat benar-benar telah wafat.’
Untuk memelihara supaya tidak ada perhambaan terhadap diri
peribadi Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berbunyi:
‘Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.’ (surah Al-Kahfi ayat 110)
Dalam kehidupan seharian diriwayatkan, bahawa pergaulan
Rasulullah s.a.w. dengan keluarga serta sahabat-sahabatnya adalah sebagaimana
biasa yang dilakukan oleh manusia dengan manusia lainnya.
Kalau Rasulullah s.a.w. datang di suatu tempat di mana para
sahabat sedang berkumpul, maka diucapkannya salam. Oleh sahabat-sahabat
salamnya itu disambut sambil berdiri memberi hormat. Maka Rasulullah s.a.w.
menegur mereka, supaya jangan berdiri menghormatinya sebagaimana kebiasaannya
pada orang-orang Parsi menghormati pemimpin-pemimpinnya. Di mana ada tempat
yang kosong, maka di situlah baginda duduk sehingga tidak berbeza sedikit pun
dengan sahabat-sahabatnya.
Satu ketika Rasulullah s.a.w. pergi berbelanja ke pasar dan
membeli sehelai kain (seluar). Waktu itu Abu Hurairah ikut bersama baginda.
Setelah harga pembelian barang itu dibayar, maka Abu Hurairah ingin menunjukkan
perasaan cinta dan hormatnya kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata: ‘Biarlah
aku yang membawa kain itu ya Rasulullah. Sambil tersenyum baginda menjawab: ’Si
empunya kain lebih layak membawanya wahai Abu Hurairah.’
Di rumah, Rasulullah s.a.w. sering membantu keluarganya
meringankan pekerjaan mereka, baginda suka membantu di dapur, menghidupkan api
atau mengambil air dan kalau ada pakaiannya yang perlu ditampal, ditampalnya
sendiri, sekalipun Muhammad adalah seorang rasul, seorang ketua negara dan
seorang panglima yang sering memimpin peperangan, sebagaimana yang dikatakan
oleh Jawaharlal Nehru: ‘King and Pope in one.’
Sewaktu Perang Badar, Rasulullah s.a.w. mengatur penempatan
tentera di suatu tempat, di mana ia dipandang oleh Hubab Al-Anshary sebagai
satu kesalahan besar. Hubab memberanikan diri untuk bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. apakah Rasulullah s.a.w. menempatkan tentera di tempat itu dengan
perantaraan wahyu atau tidak.
Dijawab oleh Rasulullah s.a.w. bahawa penempatan itu
menurut perhitungannya sendiri. Dengan spontan waktu itu Hubab Al-Anshary
menyatakan bahawa penempatan tentera di tempat yang ditentukan Rasulullah
s.a.w. itu akan berakibat kerugian besar bagi pasukan umat Islam, dan setelah
diberinya penjelasan-penjelasan secara lengkap, maka Rasulullah s.a.w.
menyedari akan kesilapannya dan mengarahkan supaya pasukan itu segera
dipindahkan ke tempat lain.
Jelas, bahawa masalah-masalah keduniaan ada sahaja terdapat
kekurangan pada diri peribadi Rasulullah s.a.w., dan baginda pernah bersabda
yang maksudnya: ’Kalau ada sesuatu yang mengenai agamamu, maka itu soal aku;
dan kalau ada yang mengenai soal keduniaanmu, dalam hal ini kamu lebih
mengetahui.’
Demikianlah beberapa contoh yang mana menunjukkan bahawa
Rasulullah s.a.w. dalam pergaulan hidup seharian sentiasa berusaha supaya diri
baginda tidak dipuja-puja, didewa-dewakan atau disembah-sembah.
‘Laa Ilaaha Illallah,
Muhammadur-Rasulullah.’ Hanya Allah-lah yang patut disembah dan hanya kepada
Allah-lah setiap hamba-Nya patut meminta ampun dan pertolongan. Agama
Islam adalah agama amal. Agama yang mengajarkan bahawa seorang Muslim hanya
akan mendapat pahala dan ganjaran dari amal yang dikerjakannya, dari hasil
keringat peluh dan pengurbanan yang diberikannya.
Adalah ia satu kesilapan yang amat besar dan kefahaman yang
tidak mempunyai asas, apabila ia ada anggapan dikalangan umat Islam , bahawa
hanya dengan memuja atau membaca salawat ke atas Rasulullah s.a.w seseorang itu
akan mendapat kehidupan yang baik diakhirat. Kesenangan atau kebahagiaan hidup
diakhirat hanya dapat ditebus dengan amal pengurbanan yang syarat rukunnya
ditentukan oleh Allah s.w.t.
Agama Islam adalah agama perjuangan atau agama jihad.
Rasulullah s.a.w hanyalah seorang utusan, seorang Rasul Allah yang membawa misi
(risalah) dari Tuhannya Allah swt. bagi umat manusia, supaya manusia berbuat
dan beramal sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang diberikannya untuk mendapat
karunia serta keridaan Allah s.w.t. Di dunia dan di akhirat. Tiada daripada
itu. Dalam Islam tiada ada penghambaan manusia ke atas manusia. Tidak pula
terhadap Nabi, lebih-lebih lagi terhadap manusia biasa!
Umar
Al-Khattab Sebelum Islam
Seorang pemuda yang gagah perkasa berjalan dengan langkah
yang mantap mencari Rasulullah s.a.w hendak membunuhnya. Beliau sangat membenci
Rasulullah s.a.w, dan agama baru yang dibawa baginda. Di tengah perjalanan
beliau bertemu dengan seseorang yang bernama Naim bin Abdullah yang menanyakan
tujuan perjalanannya tersebut. Kemudian diceritakannya niatnya itu.
Dengan sinis, Naim mengatakan agar beliau lebih baik
memperbaiki urusan rumah tangganya sendiri terlebih dahulu. Ketika itu juga
pemuda itu kembali ke rumah dan mendapatkan ipar lelakinya yang sedang asyik
membaca kitab suci Al-Quran. terus iparnya dipukul dengan ganas, pukulan yang
tidak membuatkan ipar mahupun adiknya meninggalkan agama Islam.
Pendirian adik perempuannya yang teguh itu akhirnya justeru
mententeramkan hatinya dan malahan beliau memintanya membaca kembali
baris-baris Al-Quran. Permintaan tersebut dipenuhi dengan senang hati.
Kandungan makna dan alunan ayat-ayat Kitabullah ternyata membuatkan si pemuda
itu begitu terpesonanya, sehingga beliau bergegas ke rumah Rasulullah s.a.w dan
terus memeluk agama Islam. Begitulah pemuda yang bernama Umar Al-Khattab, yang
sebelum masuk Islam dikenali sebagai musuh Islam yang berbahaya.
Rahmat
Dan Hidayah
Dengan rahmat dan hidayah Allah s.w.t, Islam telah
bertambah kekuatannya dengan masuknya seorang pemuda yang gagah perkasa.
Ketiga-tiga bersaudara itu begitu gembiranya, sehingga mereka secara spontan
mengumandangkan ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar). Gaungnya bergema di
pergunungan di sekitarnya.
Umar Al-Khattab memeluk agama agama Islam pada usia 27
tahun. Beliau dilahirkan di Mekah, 40 tahun sebelum hijrah. Salasilahnya
berkaitan dengan garis keturunan Rasulullah s.a.w pada generasi ke lapan.
Moyangnya memegang jawatan duta besar dan leluhurnya adalah pedagang. Beliau
merupakaan salah seorang dari 17 orang Mekah yang terpelajar ketika kenabian
dianugerahkan kepada Muhammad s.a.w.
Dengan masuknya Umar Al-Khattab ke dalam agama Islam,
kekuatan kaum Muslimin makin bertambah tangguh. Beliau kemudiannya menjadi
penasihat utama Abu Bakar selama masa pemerintahan dua setengah tahun. Ketika
Abu Bakar meninggal dunia, beliau dipilih menjadi khalifah Islam yang kedua,
jawatan yang diembannya dengan sangat hebat selama sepuluh tahun setengah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 644 Masehi, dibunuh sewaktu menjadi imam
sembahyang di Masjid Nabi. Pembunuhnya bernama Feroz alias Abu Lu’lu,
seorang Majusi yang tidak puas hati dengqan corak pentadbiran beliau.
Revolusi
Terbesar Dalam Sejarah Manusia
Ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w telah mengubah suku-suku
bangsa Arab yang suka berperang menjadi bangsa yang bersatu, dan merupakan
suatu revolusi terbesar dalam sejarah manusia. Dalam masa tidak sampai 30
tahun, orang-orang Arab yang suka berkelana telah menjadi tuan sebuah kerajaan
terbesar pada waktu itu. Tentera-tenteranya melanda tiga benua terkenal di
dunia, dan dua kerajaan besar Caesar (Romawi) dan Chesroes (Parsi) bertekuk
lutut di hadapan pasukan Islam yang perkasa.
Rasulullah s.a.w telah meninggalkan sekelompok orang yang
tidak mementingkan diri, yang telah mengabdikan dirinya kepada satu tujuan,
yakni berbakti kepada agama yang baru itu. Salah seorang di antaranya adalah
Umar Al-Khattab, seorang tokoh besar, pada masa perang mahupun pada waktu
damai.
Tidak ramai tokoh dalam sejarah manusia yang telah
menunjukkan kepintaran dan kebaikan hati yang melebihi Umar Al-Khattab, baik
sebagai pemimpin tentera di medan perang, mahupun dalam mengemban tugas-tugas
terhadap rakyat serta dalam hak ketaatan kepada keadilan. Kehebatannya
kelihatan juga dalam mengkonsolidasikan negeri-negeri yang telah berjaya
ditaklukkan.
Islam pernah dituduh disebarluaskan melalui hujung pedang.
Tetapi kajian sejarah moden yang dilakukan kemudiannya membuktikan bahawa
perang yang dilakukan orang Muslim selama kekhalifahan Khulafaur Rasyidin
adalah untuk mempertahankan diri. Sejarawan Inggeris, Sir William Muir, melalui
bukunya yang termasyhur, Rise, Decline and Fall of the Caliphate,
mencatatkan bahawa setelah penaklukan Mesopotamia, seorang jenderal Arab yanag
bernama Zaid memohon izin Khalifah Umar Al-Khattab untuk mengejar tentera Parsi
yang melarikan diri ke Khurasan. Keinginan jenderalnya itu ditolak Umar
Al-Khattab dengan berkata, ‘Aku ingin agar antara Mesopotamia dan negara-negara
di sekitar pergunungan-pergunungan menjadi semacam batas penyekat, sehingga
orang-orang Parsi tidak akan mungkin menyerang kita.’
‘Demikian juga kita, kita tidak boleh menyerang mereka.
Dataran Iraq sudah memenuhi keinginan kita. Aku lebih menyukai keselamatan
bangsaku dari pada ribuan barang rampasan dan melebarkan wilayah penaklukkan.’
Muir menjelakasnnya demikian: ‘Pemikiran melakukan misi
yang meliputi seluruh dunia masih merupakan suatu embrio, kewajiban untuk
memaksakan agama Islam melalui peperangan belum lagi timbul dalam fikiran orang
Muslimin.’
Pakar
Strategi Ketenteraan
Umar Al-Khattab adalah pakar strategi ketenteraan yang
besar. Beliau mengeluarkan perintah operasi ketenteraan secara lengkap. Pernah
ketika mengadakan operasi ketenteraan untuk menghadapi kejahatan orang-orang
Parsi, beliau yang merancang komposisi pasukan Muslim, dan mengeluarkan
perintah dengan teratur dan simtematik.
Waktu beliau menerima khabar hasil pertempurannya beliau
ingin segera menyampaikan berita gembira atas kemenangan tentera kaum Muslimin
kepada penduduk, lalu Khalifah Umar Al-Khattab berpidato di hadapan penduduk
Madinah: ‘Saudara-saudaraku! Aku bukanlah rajamu yang ingin menjadikan kamu
hamba. Aku adalah hamba Allah dan pengabdi hamba-Nya. Kepadaku telah
diamanahkan tanggungjawab yang berat untuk menjalankan pemerintahan khilafah. Adalah
tugasku membuat kamu senang dalam segala hal, dan akan menjadi hari nahas
bagiku jika timbul keinginan barang sekalipun agar kamu melayaniku. Aku
berhasrat mendidik kamu bukan melalui perintah-perintah, tetapi melalui
perbuatan.’
Pada tahun 634 Masehi, pernah terjadi pertempuran yang
dahsyat antara pasukan Islam dan Romawi di dataran Yarmuk. Pihak Romawi
mengerahkan 300,000 tenteranya, sedangkan tentera Muslimin hanya 46,000 orang
sahaja. Walaupun tidak terlatih dan berkelengkapan buruk, pasukan Muslimin yang
bertempur dengan gagah berani akhirnya berjaya mengalahkan tentera Romawi.
Sekitar 100,000 orang tentera Romawi terkorban sedangkan di pihak Muslimin
tidak lebih dari 3,000 orang yang terkorban dalam pertempuran itu. Ketika
Caesar diberitakan dengan kekalahan di pihaknya, dengan sedih beliau berteriak:
‘Selamat tinggal Syria,’ dan beliau berundur ke Konstantinopel.
Beberapa orang tentera yang melarikan diri dari medan
pertempuran Yarmuk, mencari perlindungan di antara dinding-dinding benteng kota
Jerussalem. Kota dijaga oleh pasukan tentera yang kuat dan mereka mampu
bertahan cukup lama. Akhirnya uskup agung Jerussalem mengajak berdamai, tetapi
menolak menyerah kecuali secara langsung kepada Khalifah Al-Khattab sendiri.
Khalifah Umar Al-Khattab mengabulkan permohonan itu,
menempuh perjalanan di Jabia tanpa pengawalan dan perarakan kebesaran, kecuali
ditemani seorang pembantunya. Ketika Umar Al-Khattab tiba di hadapan uskup
agung dan para pembantunya, Khalifah menuntun untanya yang ditunggangi pembantunya.
Para pendeta Kristian lalu sangat kagum dengan sikap rendah
hati Khalifah Islam dan penghargaannya pada persamaan martabat antara sesama
manusia. Uskup agung dalam kesempatan itu menyerahkan kunci kota suci kepada
Khalifah Umar Al-Khattab dan kemudian mereka bersama-sama memasuki kota. Ketika
ditawarkan bersembahyang di gereja kebaktian, Umar Al-Khattab menolaknya dengan
mengatakan: ‘Kalau aku berbuat demikian, kaum Muslimin pada masa depan akan
melanggar perjanjian ini dengan alasan mengikuti contoh aku.’
Syarat-syarat perdamaian yang adil ditawarkan kepada orang
Kristian. Sedangkan kepada orang-orang Yahudi, yang membantu orang Muslimin,
hak milik mereka dikembalikan tanpa harus membayar apa-apa pun cukai. Penaklukan
Syria sudah selesai. Seorang sejarawan terkenal mengatakan: ‘Syria telah tunduk
pada tongkat kekuasaan Khalifah, 700 tahun setelah Pompey menurunkan tahta raja
terakhir Macedonia. Setelah kekalahannya yang terakhir, orang Romawi mengaku
takluk, walaupun mereka masih terus menyerang daerah-daerah Muslimin.
Orang Romawi membina sebuah rintangan yang tidak boleh
dilalui, antara daerahnya dan daerah orang Muslim. Mereka juga mengubah sisa
tanah luas miliknya di perbatasan Asia menjadi sebuah padang pasir. Semua kota
di jalur itu dihancurkan, benteng-benteng dibongkar, dan penduduk dipaksa
berpindah ke wilayah yang lebih utara. Demikianlah keadaannya apa yang dianggap
sebagai perbuatan orang Arab Muslim yang biadab sesungguhnya hasil kebiadaban Byzantium.’
Namun kebijaksanaan bumi hangus yang sembrono itu ternyata
tidak dapat menghalang gelombang maju pasukan Muslimin. Dipimpin oleh Ayaz yang
menjadi panglima, tentera Muslim melewati Tarsus, dan maju sampai ke pantai
Laut Hitam. Menurut sejarawan terkenal, Baladhuri, tentera Islam seharusnya
telah mencapai Dataran Debal di Sind. Tetapi, kata Thabari, Khalifah Al-Khattab
menghalangi tenteranya maju lebih ke timur dari Mekran.
Suatu kajian pernah dilakukan untuk menunjukkan
faktor-faktor yang menentukan kemenangan besar operasi ketenteraan Muslimin
yang diraih dalam waktu yang begitu singkat. Kita ketahui, sewaktu pemerintahan
khalifah yang kedua, orang Islam memerintah daerah yang sangat luas. Termasuk
di dalamnya Syria, Mesir, Iraq, Parsi, Khuzistan, Armenia, Azerbaijan, Kirman,
Khurasan, Mekran, dan sebahagian Baluchistan.
Pernah sekelompok orang Arab yang bersenjata tidak lengkap
dan tidak terlatih berjaya menggulingkan dua kerajaan yang paling kuat di
dunia. Apa yang memotivasikan mereka? Ternyata, ajaran Rasulullah s.a.w telah
menanamkan semangat baru kepada pengikut agama baru itu. Mereka merasa berjuang
hanya demi Allah semata-mata. Kebijaksanaan Khalifah Umar Al-Khattab, khalifah
Islam kedua dalam memilih para jenderalnya dan syarat-syarat yang lunak yang
ditawarkan kepada bangsa-bangsa yang ditaklukan telah membantu terciptanya
serangkaian kemenangan bagi kaum Muslimin yang dicapai dalam waktu sangat
singkat.
Bersifat
Badani Dan Rohani
Bila diteliti kitab sejarah Thabari, dapat diketahui bahawa
Umar Al-Khattab, kendati berada ribuan batu dari medan perang, berjaya menuntun
pasukannya dan mengawasi gerakan pasukan musuh. Suatu kelebihan anugerah Allah
s.w.t yang luar biasa. Dalam menawan musuhnya, Khalifah Umar Al-Khattab banyak
menekankan pada segi moral, dengan menawarkan syarat-syarat yang lunak, dan
memberikan mereka segala macam hak yang bahkan dalam abad moden ini tidak
pernah ditawarkan kepada suatu bangsa yang kalah perang.
Hal ini sangat membantu memenangkan simpati rakyat, dan itu
pada akhirnya membuka jalan bagi konsolidasi pentadbiran secara efisien. Beliau
melarang keras tenteranya membunuh orang yang lemah dan menodai kuil serta
tempat ibadah lainnya. Sekali suatu perjanjian ditandatangani, ia harus
ditaati, yang tersurat mahupun yang tersirat. Berbeza dengan tindakan
penindasan dan kebuasan yang dilakukan oleh Alexander, Caesar, Atilla, Ghengiz
Khan, dan Hulagu. Penaklukan model Umar Al-Khattab bersifat badani dan rohani.
Ketika Alexander menawan Sur, sebuah kota di Syria, dia
memerintahkan para jenderalnya melakukan pembunuhan terhadap orang awam, dan
menggantung seribu warga negara terhormat pada dinding kota. Demikian juga
ketika dia menawan Astakher, sebuah kota di Parsi, dia memerintahkan memenggal
kepala semua laki-laki.
Raja lalim seperti Ghengiz Khan, Atilla dan Hulagu bahkan
lebih ganas lagi. Tetapi empayar mereka yang luas itu hancur berkeping-keping
sebaik sahaja sang raja meninggal. Sedangkan penaklukan oleh Khalifah Umar
Al-Khattab, khalifah Islam kedua berbeza sifatnya. Kebijaksanaannya yang arif, dan
pentadbiran yang efisien, membantu mengonsolidasikan kerajaannya sedemikian
rupa. Sehingga sampai masa kini pun, setelah melewati lebih dari 1,400 tahun,
negara-negara yang ditaklukannya masih berada di tangan orang Muslim. Khalifah
Umar Al-Khattab sesungguhnya penakluk terbesar yang pernah dihasilkan oleh
sejarah dunia.
Sifat mulia kaum Muslimin umumnya dan Khalifah Umar
Al-Khattab khususnya, telah memperkuatkan kepercayaan kaum bukan Muslim pada
janji-janji yang diberikan oleh pihak Muslimin. Suatu ketika, Hurmuz, pemimpin
Parsi yang menjadi musuh kaum Muslimin, tertawan di medan perang dan dibawa
menghadap Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah.
Beliau sedar kepalanya pasti akan dipenggal kerana dosanya
sebagai pembunuh sekian ramai orang Muslimin. Dia tampaknya merancang sesuatu,
dan meminta segelas air. Permohonannya dipenuhi, tetapi anehnya dia tidak mahu
minum air yang dihidangkan. Dia rupanya merasa akan dibunuh sewaktu mereguk
minuman, Khalifah Umar Al-Khattab meyakinkannya, dia tidak akan dibunuh kecuali
jika Hurmuz meminum air tadi.
Hurmuz yang cerdik ketika itu juga membuang air tersebut.
Beliau lalu berkata, kerana dia mendapat jaminan dari Khalifah, dia tidak akan
minum air itu lagi. Khalifah Umar Al-Khattab memegang janjinya. Hurmuz yang terkesan
dengan kejujuran Khalifah Umar Al-Khattab, akhirnya masuk Islam.
Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Kata-kata seorang
Muslim biasa sama beratnya dengan ucapan komandannya atau khalifahnya.’
Demokrasi sejati seperti ini diajarkan dan dilaksanakan sewaktu kekhalifahan
ar-Rasyidin hampir tidak ada persamaannya dalam sejarah umat manusia. Islam
sebagai agama yang demokratik, seperti digariskan oleh Al-Quran, dengan tegas
meletakkan dasar kehidupan demokrasi dalam kehidupan Muslimin, dan dengan demikian
setiap masalah kenegaraan harus dilaksanakan melalui runding dan perundingan.
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah mengambil keputusan penting tanpa
melakukan rundingan.
Pohon
Demokrasi
Pohon demokrasi dalam Islam yang ditanam Rasulullah s.a.w
dan dipelihara oleh Abu Bakar mencapai puncaknya pada zaman Khalifah Umar
Al-Khattab. Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab telah dibentuk dua badan
penasihat. Badan penasihat yang satu merupakan sidang umum yang diundang
bersidang bila negara menghadapi bahaya. Sedang yang satu lagi adalah badan
khusus yang terdiri dari orang-orang yang integritinya tidak diragukan untuk
diajak membicarakan hal rutin dan penting. Bahkan masalah pengangkatan dan
pemecatan pegawai awam serta lainnya dapat dibawa ke badan khusus ini, dan
keputusannya dipatuhi.
Rasulullah s.a.w hidup seperti orang biasa dan setiap orang
bebas menanyakan tindakan-tindakannya. Suatu ketika beliau berkata: ‘Aku tidak
berkuasa apa pun terhadap Baitulmal (harta umum) selain sebagai petugas penjaga
milik yatim piatu. Jika aku kaya, aku mengambil wang sedikit sebagai pemenuh
keperluan sehari-hari. Saudara-saudaraku sekalian! Aku abdi kalian, kalian
harus mengawasi dan menanyakan segala tindakanku. Salah satu hal yang harus
diingat, wang rakyat tidak boleh dihambur-hamburkan. Aku harus bekerja di atas
prinsip kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.’
Suatu kali dalam sebuah rapat umum, seseorang berteriak:
‘Oh, Umar Al-Khattab, takutlah kepada Tuhan.’ Para hadirin bermaksud membungkam
orang itu, tetapi Khalifah Umar Al-Khattab mencegahnya sambil berkata: ‘Jika
sikap jujur seperti itu tidak ditunjukan oleh rakyat, rakyat menjadi tidak ada
ertinya. Jika kita tidak mendengarkannya, kita akan seperti mereka.’ Suatu
kebebasan menyampaikan pendapat telah diamalkan dengan baik.
Ketika berpidato suatu kali di hadapan para gabenor,
Khalifah Umar Al-Khattab berkata: ‘Ingatlah, aku mengangkat kamu bukan untuk
memerintah rakyat, tetapi agar kamu melayani mereka. kamu harus memberi contoh
dengan tindakan yang baik sehingga rakyat dapat meneladani kamu.’
Pada waktu perlantikkannya, seseorang gabenor yang dilantik
harus menandatangani pernyataan yang mensyaratkan bahawa ‘Dia harus memakai
pakaian yang sederhana, makan roti yang kasar, dan setiap orang yang ingin
mengadukan suatu hal bebas menghadapnya setiap waktu.’
Menurut pengarang buku Futuhul-Buldan, pada masa itu
dibuat sebuah daftar barang bergerak dan tidak bergerak sebaik sahaja pegawai
tinggi yang terpilih dilantik. Daftar itu akan diteliti pada setiap waktu
tertentu, dan penguasa tersebut harus mempertanggungjawabkan terhadap setiap
hartanya yang bertambah dengan sangat mencolok. Pada waktu musim haji setiap
tahun, semua pegawai tinggi harus melaporkan kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Menurut penulis buku Kitab ul-Kharaj, setiap orang
berhak mengadukan kesalahan pegawai negara, yang tertinggi sekalipun, dan
pengaduan itu harus dilayani. Bila terbukti bersalah, pegawai tersebut mendapat
ganjaran hukuman. Muhammad bin Muslamah Ansari, seorang yang dikenali
berintegriti tinggi, diangkat sebagai pemantau. Dia mengunjungi berbagai negara
dan meneliti pengaduan masyarakat. Suatu waktu, Khalifah Umar Al-Khattab
menerima pengaduan bahawa Saad bin Abi Waqqash, gabenor Kufah, telah membina
sebuah istana. Ketika itu juga Umar Al-Khattab mengutuskan Muhammad Ansari
untuk menyaksikan adanya bahagian istana yang ternyata menghalang jalan masuk
kepemukiman sebahagian penduduk Kufah. Bahagian istana yang merugikan
kepentingan umum itu kemudian dipecahkan. Kes pengaduan lainnya menyebabkan
Saad Abi Waqqash dipecat dari jawatannya.
Seorang sejarawan Eropah menulis dalam The Encyclopedia
of Islam: ‘Peranan Umar Al-Khattab sangatlah besar. Pengaturan warganya
yang bukan Muslim, pembentukan lembaga yang mendaftar orang-orang yang mendapat
hak untuk pencen tentera (divan), pengadaan pusat-pusat ketenteraan (amsar)
yang kemudian hari berkembang menjadi kota-kota besar Islam, pembentukan
pejabat kadhi (qazi), semuanya adalah hasil karyanya. Demikian juga
seperangkat peraturan, seperti sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan,
keharusan naik haji, hukuman bagi pemabuk, dan hukuman pelemparan dengan batu
bagi orang yang berzina.’
Khalifah Umar Al-Khattab menaruh perhatian yang sangat
besar dalam usaha perbaikan kewangan negara, dengan menempatkannya pada
kedudukan yang sihat. Beliau membentuk ‘diwan’ (jabatan kewangan) yang
diamanahkan untuk menjalankan pentadbiran pendapatan negara.
Pendapatan persemakmuran berasal dari sumber:
- Zakat
atau cukai yang dikenakan secara bertahap terhadap Muslim yang berharta.
- Kharaj
atau cukai bumi
- Jizyah
atau cukai perseorangan. Dua cukai yang disebut terakhir, yang membuatkan
Islam banyak dicerca oleh sejarawan Barat, sebenarnya pernah berlaku di
kerajaan Romawi dan Sasanid (Parsi). Cukai yang dikenakan pada orang bukan
Muslim jauh lebih kecil jumlahnya dari pada yang dibebankan pada kaum
Muslimin.
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan cukai bumi menurut
jenis penggunaan tanah yang terkena. Beliau menetapkan 4 dirham untuk satu jarib
gandum. Sejumlah 2 dirham dikenakan untuk luas tanah yang sama tetapi ditanami gersb
(gandum pembuat ragi). Padang rumput dan tanah yang tidak ditanami tidak
dipungut cukai. Menurut sumber-sumber sejarah yang boleh dipercayai, pendapatan
cukai tahunan di Iraq berjumlah 860 juta dirham. Jumlah itu tidak pernah lebih
pada masa selepas kematian Khalifah Umar Al-Khattab.
Memperkenalkan Transformasi
Khalifah Umar Al-Khattab memperkenalkan transformasi
(penataan) yang luas di lapangan pertanian, hal yang bahkan tidak terdapat di
negara-negara berkebudayaan tinggi pada zaman moden ini. Salah satu dari transformasi
itu ialah penghapusan zamindari (tuan tanah), sehingga pada gilirannya
terhapus juga beban buruk yang mencekik petani penggarap. Ketika orang Romawi
menawan Syria dan Mesir, mereka menyita tanah petani dan membahagi-bahagikannya
kepada anggota tentera, kaum ningrat, gereja, dan anggota keluarga kerajaan.
Sejarawan Perancis mencatatkan: ‘Kebijaksanaan liberal
orang Arab dalam menentukan cukai dan mengadakan land reform sangat
banyak pengaruhnya terhadap berbagai kemenangan mereka di bidang ketenteraan.’
Khalifah Umar Al-Khattab membentuk jabatan kesejahteraan
rakyat, yang mengawasi pekerjaan pembangunan dan meneruskan
rancangan-rancangan. Sejarawan terkenal Allamah Maqrizi mengatakan, di Mesir
saja lebih dari 20,000 pekerja terus-menerus dipekerjakan sepanjang tahun.
Sejumlah terusan dibina di Khuzistan dan Ahwaz selama masa itu. Sebuah terusan
yang bernama ‘Nahr Amiril Mukminin,’ yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut
Merah, dibina untuk menjamin pengangkutan padi secara cepat dari Mesir ke Tanah
Suci.
Selama masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab diadakan
pemisahan antara kekuasaan mahkamah dan kekuasaan eksekutif. Von Hamer
mengatakan, ‘Dahulu hakim dilantik dan sekarang pun masih dilantik. Hakim
ush-Shara ialah penguasa yang ditetapkan berdasarkan undang-undang, kerana
undang-undang menguasai seluruh keputusan mahkamah, dan para gabenor dikuasakan
menjalankan keputusan itu.
Dengan demikian dengan usianya yang masih sangat muda,
Islam telah mengumandangkan dalam kata dan perbuatan, pemisahan antara
kekuasaan mahkamah dan kekuasaan eksekutif.’ Pemisahan seperti itu belum lagi
dicapai oleh negara-negara paling maju, meskipun pada zaman moden ini.
Tegas
Menegakkan Hukum
Khalifah Umar Al-Khattab sangat tegas dalam penegakan hukum
yang tidak memihak dan tidak pandang bulu. Suatu ketika anaknya sendiri yang
bernama Abu Syahma, dilaporkan terbiasa meminum khamar. Khalifah memanggilnya
menghadap dan ia sendiri yang mendera anak itu sampai meninggal. Cemeti yang
dipakai menghukum Abu Syahma ditancapkan di atas kuburan anak itu.
Kebesaran Khalifah Umar Al-Khattab juga kelihatan dalam
perlakuannya yang simpatik terhadap warganya yang bukan Muslim. Beliau
mengembalikan tanah-tanah yang dirampas oleh pemerintahan jahiliyah kepada yang
berhak yang sebahagian besar bukan Muslim. Beliau berdamai dengan orang
Kristian Elia yang menyerah. Syarat-syarat perdamaiannya ialah: ‘Inilah
perdamaian yang ditawarkan oleh Umar Al-Khattab, hamba Allah, kepada penduduk
Elia. Orang-orang bukan Muslim diizinkan tinggal di gereja-gereja dan
rumah-rumah ibadah tidak boleh dihancurkan. Mereka bebas sepenuhnya menjalankan
ibadahnya dan tidak dianiaya dengan cara apa pun.’
Menurut Imam Syafi’e ketika Khalifah Umar Al-Khattab
mengetahui seorang Muslim membunuh seorang Kristian, dia mengizinkan ahli waris
almarhum menuntut balas. Akibatnya, si pembunuh dihukum penggal kepala.
Khalifah Umar Al-Khattab juga mengajak orang bukan Muslim
berrunding tentang sejumlah masalah kenegaraan. Menurut pengarang kitab al-Kharaj,
dalam wasiatnya yang terakhir Khalifah Umar Al-Khattab memerintahkan kaum
Muslimin menepati sejumlah jaminan yang pernah diberikan kepada bukan Muslim,
melindungi harta dan jiwanya, dengan taruhan jiwa sekalipun. Khalifah Umar
Al-Khattab bahkan memaafkan penghianatan mereka, yang dalam sebuah pemerintahan
beradab pada zaman sekarang pun tidak akan mentolerirnya.
Orang Kristian dan Yahudi di Hems bahkan sampai berdoa agar
orang Muslimin kembali ke negeri mereka. Khalifah Umar Al-Khattab memang
membebankan jizyah, iaitu cukai perlindungan bagi kaum bukan Muslim, tetapi
cukai itu tidak dikenakan bagi orang bukan Muslim, yang bergabung dengan
tentera Muslimin.
Khalifah Umar Al-Khattab sangat mengambil berat tentang
rakyatnya, sehingga pada suatu ketika secara diam-diam beliau turun meronda
pada malam hari untuk menyaksikan secara langsung keadaan rakyatnya. Pada suatu
malam, ketika sedang berkeliling di luar kota Madinah, di sebuah rumah
dilihatnya seorang wanita sedang memasak sesuatu, sedang dua anak perempuan
duduk di sampingnya menjerit-jerit minta makan. Perempuan itu, ketika menjawab
pertanyaan Khalifah Umar Al-Khattab, menjelaskan bahawa anak-anaknya lapar,
sedangkan dalam cerek yang dia jerang tidak ada apa-apa selain air dan beberapa
ketul batu. Itulah caranya dia menenangkan anak-anaknya agar mereka percaya
bahawa makanan sedang disiapkan.
Tanpa menunjukkan identitinya, Khalifah Umar Al-Khattab
bergegas kembali ke Madinah yang berjarak tiga batu. Beliau kembali dengan
memikul sekarung terigu, memasakkannya sendiri, dan baru merasa puas setelah
melihat anak-anak yang malang itu sudah merasa kenyang. Keesokan harinya,
beliau berkunjung kembali, dan sambil meminta maaf kepada wanita itu beliau
meninggalkan sejumlah wang sebagai sedekah kepadanya.
Khalifah Umar Al-Khattab yang agung itu hidup dengan cara
yang sangat sederhana. Tingkat kehidupannya tidak lebih tinggi dari kehidupan
orang biasa. Suatu ketika Gabenor Kufah mengunjunginya sewaktu beliau sedang
makan. Gabenor menyaksikan makanannya terdiri dari roti gersh dan minyak
zaitun, dan berkata, ‘Amirul mukminin, terdapat cukup di kerajaan kamu; mengapa
kamu tidak makan roti dari gandum?’
Dengan agak tersinggung dan nada murung, Khalifah Umar
Al-Khattab bertanya, ‘Apakah kamu fikir setiap orang di kerajaanku yang begitu
luas boleh mendapatkan gandum?’
‘Tidak,’ jawab gabenor.
‘Lalu, bagaimana aku dapat makan roti dari gandum? Kecuali
bila itu boleh dengan mudah didapati oleh seluruh rakyatku,’ tegas Khalifah
Umar Al-Khattab.
Dalam kesempatan lain Khalifah Umar Al-Khattab berpidato di
hadapan suatu pertemuan. Katanya, ‘Saudara-saudara, apabila aku menyeleweng,
apa yang akan kalian lakukan?’ Seorang laki-laki bangkit dan berkata, ‘Kamu
akan kami pancung.’
Khalifah Umar Al-Khattab berkata lagi untuk mengujinya,
‘Beranikah kamu mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seperti itu kepadaku?’
‘Ya, berani!’ jawab laki-laki tadi.
Khalifah Umar Al-Khattab sangat gembira dengan keberanian
orang itu dan berkata, ‘Alhamdulillah, masih ada orang yang seberani itu di
negeri kita ini, sehingga bila aku menyeleweng mereka akan memperbaikiku.’
Seorang ahli falsafah dan penyair Muslim dari India menulis
nukilan seperti berikut untuk Khalifah Umar Al-Khattab: ‘Jis se jigar-i-lala
me thandak ho who shabnam Daryaan ke dil jis se dabel jaen who toofan.’
(Seperti embun yang mendinginkan hati bunga lily, dan bagaikan taufan yang
menggelagakkan dalamnya sungai.)
Sejarawan Kristian Mesir, Jurji Zaidan terhadap prestasi
Khalifah Umar Al-Khattab berpendapat: ‘Pada zamannya, berbagai negara dia
taklukkan, barang rampasan kian menumpuk, harta kekayaan raja-raja Parsi dan
Romawi mengalir dengan derasnya di hadapan tenteranya, namun dia sendiri
menunjukkan kemampuan menahan nafsu serakah, sehingga kesederhanaannya tidak
pernah ada yang mampu menandinginya. Dia berpidato di hadapan rakyatnya dengan
pakaian bertampalkan kulit haiwan. Dia mengamalkan satunya kata dengan
perbuatan. Dia mengawasi para gabenor dan jenderalnya dengan cermat dan dengan
cermat pula menyelidiki perbuatan mereka. Bahkan Khalid bin Walid yang perkasa
pun tidak terkecuali. Dia berlaku adil kepada semua orang, dan bahkan juga bagi
orang bukan Muslim. Selama masa pemerintahannya, disiplin yangkental diterapkan
secara utuh.’
Dasar
Pentadbiran Khalifah Umar Al-Khattab
Ketika Khalifah Umar Al-Khattab menyoal sahabat-sahabatnya
tentang sama ada dia telah menunaikan tugasnya dengan melantik mereka yang
terbaik sahaja serta menasihatkan mereka agar berlaku adil dan bijaksana,
mereka mengiakan. Sebaliknya Umar Al-Khattab membantah dengan mengatakan:
‘Belum, aku belum menunaikan kewajipanku selagi aku belum memeriksa apakah
mereka ada menjalankan apa yang aku nasihatkan atau tidak.’
Jadi bagi Umar Al-Khattab, dengan melantik orang yang
terbaik sahaja tidak memadai jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab. Sebab
itu telah menjadi kebiasaan baginya untuk meronda tengah malam dalam usahanya
untuk mengetahui denyut nadi rakyatnya. Maka bertemulah dia dengan mereka yang
daif dan yang memerlukan bantuan. Dan dengan tangannya sendirilah dia berusaha
menolongnya tanpa sedikit pun diketahui oleh mereka bahawa dialah Khalifah Umar
Al-Khattab!
Sungguh besar perhatiannya terhadap kebajikan rakyat
sehingga pada zamannyalah bermulanya sistem pentadbiran yang serba teratur.
Dengan berdasarkan kepada prinsip ‘syura’, Umar Al-Khattab telah membentuk
Majlis Tertinggi dan Majlis Umum. Majlis Tertinggi adalah semacam jawatankuasa
kabinet yang terdiri dari tokoh-tokoh besar seperti Usman Affan, Ali bin Abu
Talib, Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad Abi Waqqash bin Abi Waqas
dan Muaz bin Jabal. Sedangkan Majlis Umum pula sifatnya terbuka untuk rakyat
dengan masjid sebagai tempat pertemuannya.
Untuk melicinkan pentadbiran wilayah, Umar Al-Khattab telah
melaksanakan dasar disentralisasi dengan membahagikan kepada lapan wilayah,
iaitu Mekah, Madinah, Sham, Basrah, Syria, Kufah dan sebagainya yang
masing-masirgnya mempunyai seorang Gabenor, seperti Amru ibnul-Ass, Muawiyah
bin Abu Sufyan, Abu Musa Al-Shaari, Al-Mughjrah bin Abu Shu’bah, Abu Aidah
Al-Jarrah dan lain-lainnya.
Pada tiap-tiap wilayah itu dilantik pegawal-pegawai untuk
mengetuai jabatan-jabatan tentera dan polis, cukai, kadhi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun sebelum gabenor-gabenor tersebut dilantik, mereka haruslah
mengisytiharkan harta benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah.
Mereka juga disyaratkan susaha tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian
yang mahal. Dan pada tiap-tiap musim Haji dikehendaki berada di Mekah untuk
mendengar pengaduan rakyat.
Suatu langkah Umar Al-Khattab yang nampaknya telah
mendahului sejarah ialah apabila beliau menjalankan sistem pentadbiran yang
dalam istilah perundangan moden dipanggil prinsip ‘perasingan kuasa (separation
of power). Meskipun caranya agak berbeza dengan fahaman dan amalan masa
kini, tetapi Umar Al-Khattab telah berjaya melaksanakannya apabila para kadhi
diberi kebebasan untuk menjalan tugas-tugasnya, tanpa takutkan kuasa-kuasa
politik.
Pernah terjadi seorang Muslim meminta fatwa dari Hakim Ali
bin Abu Talib, sedangkan Umar Al-Khattab tidak sependapat dengan keputusan Ali
tersebut. Namun Umar Al-Khattab tidaklah bertindak agar keputusannyalah yang
dipakai, apa lagi untuk memecat Hakim yang bertentangan pendapat dengannya.
Dari segi ekonomi, Umar Al-Khattab telah menubuhkan
Baitulmal. (perbendaharaan). Sumber utama kewangan negara tentunya dari kutipan
zakat atau ‘Usyur (zakat tanaman), iaitu 1 atau 10 jika menggunakan air hujan
atau 1 atau 20 jika menggunakan tenaga. Terhadap orang-orang bukan Islam pula,
mereka dikenakan cukai Kharaj (cukai tanah) serta cukai jizyah, iaitu cukai
kepala kerana tinggal di dalam negara Islan. Selain dari itu, Baitulmal juga
memperolehi hartanya dari al-Fai’, iaitu harta-harta rampasan musuh tanpa
melalui peperangan, dan juga Ghanimah, iaitu harta-harta rampasan perang.
Dengan adanya sumber-sumber kewangan seperti ini, dapatlah
Umar Al-Khattab melaksanakan program-program sosialnya, seperti memberi
elaun-elaun khas kepada rakyat. Dan dalam hal Ini, Umar Al-Khattab mengutamakan
keluarga Nabi (Ahlul-bait), seperti isteri-isteri Rasulullah s.a.w serta
anak-anak cucunya dan lain-lain. Kepada mereka diberikan 12,000 dirham setahun,
sedangkan kepada kaum Muhajirin dan Ansar di antara 4,000-5,000 dirham setahun,
golongan tentera biasanya 500-6000 dirham dan golongan kanak-kanak serta
perempuan mendapat 200-400 dirham setahun. Dan kepada mereka yang tidak berdaya
diberi imbuhan khas dan perlindungan, meskipun mereka adalah orang Yahudi!
Dengan wujudnya sistem pembahagian sara hidup tersebut,
Umar Al-Khattab seolah-olah telah berjaya mengasaskan sebuah negara kebajikan (welfare
state) seperti yang pernah diamalkan oleh setengah negara Barat masa kini. Dalam
bidang pentadbiran tanah pula, Umar Al-Khattab telah dapat menghapuskan
pemerasan tuan-tuan tanah (landlords) terhadap kaum petani. Umar Al-Khattab
juga menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru dengan memberikan hak milik kepada
pengusahanya. Tentang soal ketenteraan; Umar Al-Khattab telah membahagikan
tentera Islam kepada dua bahagian; mereka yang bertugas sepenuh masa (standing
army) dan orang-orang awam yang dapat dikerahkan pada masa-masa tertentu (volunteer).
Sebagai tentera sepenuh masa, mereka mendapat gaji tetap
serta kemudahan-kemudahan sampingan lain, tetapi mereka tidak diberikan habuan
tanah demi untuk mengelakkan mereka menetap di sesuatu tempat. Hanya tentera ‘volunteer’
atau sukarela sahaja mendapat habuan tanah tersebut. Dari segi pendidikan,
pusat-pusat pengajian Islam telah didirikan di kota-kota Basrah, Kufah, Fustat
dan sebagainya. Guru-guru agama telah dihantar ke pusat-pusat ini, sedangkan
imam-imam diadakan di masjid-masjid. Dan buat pertama kalinya Umar Al-Khattab
mengadakan kalendar (taqwim) Islam sendiri yang bermula dari peristiwa
Hijrah Nabi ke Madinah.
Dengan adanya perubahan-perubahan pertadbiran seperti ini,
serta sumbangan-sumbangan lain yang tidak disebutkan, maka tidak hairanlah jika
Umar Al-Khattab digelar ‘Amirul-Mukminin; atau Raja orang-orang yang beriman.
Bahkan di kalangan rakyat, istilah ‘Keadilan’ itu sinonim dengan nama Umar
Al-Khattab sendiri.
Gerakan-Gerakan
Ketenteraan
Gerakan-gerakan ketenteraan pada zaman Umar Al-Khattab
tertumpu kepada jajahan-jajahan Rom serta wilayah Parsi sendiri, sebagai
penerusan daripada gerakan-gerakan pada zaman Abu Bakar dulu. Mengenai jajahan
Rom, telah pun disentuh bahawa Khalid Al-Walid telah dipecat oleh Umar
Al-Khattab sebagai Pemimpin Umumnya sebaik sahaja beliau menjadi Khalifah.
Sebab-sebab pemecatannya hingga diganti oleh Abu Ubaidah Al-Jarrah agak kabur.
Ada pendapat mengatakan bahawa Khalid ikut menyokong Ali bin Abu Talib sebagai
khalifah, dan ada pula yang menganggap bahawa Umar Al-Khattab takut keperwiraan
Khalid menyebabkan ramai yang akan menjadi mangsanya, atau mengkaguminya secara
berlebih-lebihan.
Pendapat mengatakan bahawa kecekapan Khalid hanyalah di
bidang ketenteraan sahaja, sedangkan Abu Ubaidah mempunyai kelebihan di bidang
diplomasi. Walau bagaimanapun pemecatannya tidaklah menggugat perasaannya,
lagipun sebelum kedatangannya dulu Abu Ubaidahlah yang merupakan Pemimpin
Umumnya. Kekalahan di Damsyik menyebabkan Heraclius mengumpul semula
kekuatannya sehingga dapat membentuk suatu ketumbukan berjumlah kira-kira 1.5
juta orang. Pimpinannya diserahkan kepada Jabalah ibnul-Aiham, raja terakhir
kerajaan Ghassan dengan bantuan Mahan dari Armenia.
Tentera Islam yang berjumlah 24,000 orang dipimpin oleh Abu
Ubaidah sendiri. Maka berlakulah Peperangan Yarmuk pada 636 Masehi, dan ianya
begitu sengit sehingga Heraclius terpaksa sekali lagi berangkat dari Antioch
menuju Konstantinopel (ibu kota Byzantium) pula setelah tenteranya dipukul.
Kemudiannya tentera Islam terpecah dua, sebahagian menuju ke utara di bawah
pimpinan Abu Ubaidah dan Khalid, dan bahagian lain menuju ke selatan dengan
ketuanya Shurahbil dan Amru ibnul Ass. Adapun Yazid bin Abu Sufyan sendiri
harus menjaga Damsyik.
Dalam perjalanannya itu Abu Ubaidah dan Khalid telah
menakluki Hems, Hama, Qinnisria, Laziqiyah dan Aleppo. Amru dan Shurahbil pula
berjaya merebut Acre, Haifa, Jaffa, Ghazzah dan lain-lainnya, kecuali Baitul
Muqaddis sahaja yang belum menyerah. Tetapi ini pun tidak lama sebab
penduduk-penduduknya sendiri ingin berdamai dengan syarat khalifah sendiri
datang ke Jerusalem buat mengadakan perundingan.
Demikianlah yang berlaku apabila Jerusalem menyerah kepada
Umar Al-Khattab pada 15 H. Kemudian Amru berangkat ke Qisariyah lalu mara pula
ke Mesir dengan keizinan Umar Al-Khattab. Dengan melalui Padang Pasir Sinai,
Amru sampai ke Arisy dan seterusnya ke Farma. Sebulan lamanya kaum Muslimin
mengepung Farma, akhirnya jatuh juga dengan sokongan penduduk-penduduk Mesir
sendiri.
Dari Farma Amru mara ke Bulbais dengan menghadapi tentera
Rom pimpinan Artibun yang sebelumnya melarikan diri dari Baitul Muqaddis. Di
sini juga tentera Islam memenanginya, tetapi dalam pertempuran di Ummu Dunain
kemudiannya tentera Islam mengalami kesukaran. Oleh Amru diminta bantuan pusat,
maka tibalah 4000 tentera tersebut yang dipimpin oleh Zubair Al-Awwam, Miqdad
Al-Aswad, Muslimah bin Mukhlid dan Ubaidah Al-Samit. Maka bertemulah mereka
dengan tentera Rom pimpinan Theodore yang berjumlah 20,000 di Ainus-Sham.
Dengan kebijaksanaan Amru tercapailah kemenangan, tetapi
sebahagian tentera Rom dapat melarikan diri ke benteng Babylon. Selama 7 bulan
kaum Muslimin mengepungnya, akhirnya baru diberi tiga pilihan kepada Muqauqis
(Gabenor Rom di Mesir) sama ada mahu masuk Islam, membayar jizyah atau
berperang. Melihat kekuatan tentera Islam yang cukup berdisiplin itu Muqauqis
memilih perdamaian saja dengan membayar cukai. Meskipun tindakannya ini
dibantah keras oleh Heraclius, tetapi Muqauqis tidak mempedulikannya.
Buat mengakhiri sin serangan terhadap Rom, kaum Muslimin
terus mara ke Iskandariyah, ibu kota Mesir. Disebabkan benteng pertahanannya
agak kuat, sukarlah kaum Muslimin menyerangnya. Maka timbullah semacam
kelemahan semangat untuk meneruskan pertempuran. Hanya setelah tibanya surat
dari Umar Al-Khattab yang membidas sikap tersebut itulah baru mereka bertekad
untuk berjuang habis-habisan sehingga sanggup memanjati benteng tersebut. Ini
menyebabkan tentera Rom melarikan diri ke kapal mereka yang berlabuh di laut.
Akhirnya dengan penerimaan syarat-syarat perdamaian oleh Muqauqis itu maka
jatuhlah seluruh Mesir ke bawah kekuasaan Islam setelah sekian lama dijajah
oleh kerajaan Rom.
Mengenai Parsi pula, sebaik sahaja Umar Al-Khattab
menggantikan Abu Bakar, segera dikirimkannya bantuan tentera pimpinan bersama
Abu Ubaid Al-Saqafy dan Sulait Al-Ansary kepada Al-Muthana yang baru mengambil
alih pimpinan Khalid Al-Walid dulu. Maka berlakulah Peperangan Jambatan
sebanyak dua kali berhampiran dengan Al-Hirah pada 13 Hijrah. Tentera Parsi
yang dipimpin oleh Rustum telah mencapai kemenangan sehingga Abu Ubaid dan Sulait
sendiri terbunuh. Ini menyebabkan Umar Al-Khattab membekukan gerakan
ketenteraan selama setahun sambil melengkapi persiapannya. Untuk menebus
kekalahan tersebut, pada 15 Hijrah.
Umar Al-Khattab lalu menghantar satu pasukan tentera
pimpinan bersama Al-Muthana dan Jarir bin Abdullah yang hasilnya berjaya
memukul tentera Parsi pimpinan Mahran. Kemenangan ini mendorong Umar Al-Khattab
melantik Saad Abi Waqqash mengetuai angkatan tentera seramai 10,000 untuk
menghadapi tentera Parsi yang berjumlah 120,000 pimpinan Rustum. Turut membantu
Saad Abi Waqqash ialah Al-Mugirah bin Abi Shu’bah, Dais bin Hubairah dan dan
Tulaihah bin Khuailid, salah seorang nabi palsu dulu.
Ketika bertemu, kedua belah pihak cuba mencari penyelesaian
agar peperangan dapat dihindari. Malangnya satu rombongan diplomatik untuk
mengadap Maharaja Parsi di Madain telah dibunuh oleh Rustum, kecuali ketua
rombongan Nukman bin Al-Mughirah. Akibatnya tercetuslah Pertempuran
Al-Qadisiyah yang hebat selama tiga hari yang menyebabkan kekalahan teruk di
pihak Parsi, sementara tentera Islam telah memperoleh banyak harta rampasan.
Malah Rustum sendiri telah dibunuh oleh Hilal bin Al-Qamah.
Dengan kemenangan ini memaksa mereka untuk mencapai
kemenangan muktamad. Ketika tentera Islam berjaya merebut Bahrain yang terletak
di bahagian bandar Madain; ibu kota Parsi, tentera Parsi terus menyeberangi
Sungai Dajlah lalu membinasakan jambatannya. Begitu pun tentera-tentera Islam
dapat juga menyeberanginya dengan kuda sehingga gugup tentera Parsi dibuatnya.
Akhirnya Madain dapat ditawan, tetapi Maharaja Yazdajird bin Shahriar telah
berangkat ke Helwan dengan memindahkan segala alat-alat kebesarannya di situ.
Di Helwan Yazdajird lalu menyusun kembali angkatannya di
samping meminta bantuan di sana-sini. Dengan terkumpulnya bala tentera tersebut
di suatu tempat bersama Jalaula, mereka menggali parit di sekelilingnya. Tetapi
tentera Islam berjaya juga merempuhnya sehingga dapat memenanginya. Ini
menyebabkan Yazdajird sekali lagi berangkat dari Helwan menuju Nihawand.
Di sini dia sempat mengumpul kembali tenteranya seramai
100,000 orang pimpinan Firzan. Dan agar mereka tidak melarikan diri, tenteranya
telah dirantaikan sesamanya. Pimpinan tentera Islam dipegang oleh Nukman
Al-Muqarrin setelah Saad Abi Waqqash bin Abi Waqas dipecat kerana setengah
tindakannya di Kufah tidak direstui oleh Umar Al-Khattab. Dalam Pertempuran
Nihawand pada 19 Hijrah. ini kaum Muslimin mencapai kemenangan gemilang.
Dan buat menamatkan siri ini tentera Islam terus menakluki
Ahwaz, Kashan, Qam dan Azerbaijan. Ada pun Yazdajird sendiri tidaklah berdaya
lagi untuk melawan, dan pada 31 Hijrah dia dibunuh di Khurasan. Sejak ini
jadilah wilayah Parsi di bawah perintah Islam.
Demikianlah pada zaman Umar Al-Khattab jatuhnya Empayar
Parsi serta jajahan-jajahan Rom ke tangan Islam. Kejatuhan Rom dan Parsi
sesungguhnya amat memalukan, kerana selama berabad-abad kedua-duanya sangat
terkenal sebagai kuasa-kuasa besar yang sangat menggerunkan.
Al-Quran
Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
Pada hakikatnya usaha-usaha pengumpulan Al-Quran tidaklah
dimulakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Meskipun ke semua ayat-ayat Al-Quran
sudah sedia tertulis pada zaman baginda, tetapi tidaklah diusahakan
pengumpulannya dalam suatu mashaf. Ini memandangkan bahawa ayat-ayat Al-Quran
sentiasa dalam proses nuzul (turun) malah setengahnya ada yang memansukhkan
ayat sebelumnya. Maka jika dikumpulkan, terpaksalah diperbaiki selalu. Jadi
biarlah kesemuanya selesai diturunkan meskipun terpaksa menunggu sehingga
wafatnya Rasulullah s.a.w.
Dengan gugurnya 70 orang Huffaz (penghafaz) dalam Perang
Yamamah tersebut, barulah timbul kesedaran dan keperluan buat menghimpunkannya.
Atas cadangan Umar Al-Khattab yang disetujui oleh Abu Bakar, ditugaskanlah Zaid
bin Thabit melaksanakan usaha-usaha pembukuannya. Demikianlah selama setahun
baru dia dapat menyelesaikannya dengan cara menemui para-para Huffaz serta dari
catatan-catatan. Atas inisiatif Abu Bakar itulah Ali bin Abu Talib kemudiannya
berkata: ‘Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas Abu Bakar sebagai orang
pertama yang mengumpulkan kitab Allah di antara dua Luh.’
Dengan kewafatan Abu Bakar, mashaf itu berpindah ke tangan
Umar Al-Khattab sampailah masa ketiadaannya pula. Kemudian baru disimpan oleh
anaknya Hafsah yang juga isteri Rasulullah s.a.w. Ini bukan sahaja kerana dia
sendiri menghafalnya serta pandai pula membaca dan menulis, bahkan juga kerana
belum jelas lagi siapa pengganti Umar Al-Khattab agar dapat diserahkan naskhah
itu kepadanya.
Pada zaman Uthman Affan, timbullah beberapa faktor yang
mendorong Al-Quran disalin semula. Pernah Huzaifah Al-Yaman ketika berada di
Azerbaijan dan Armenia menyaksikan pertelingkahan yang berlaku antara orang
Sham dengan orang Iraq sekitar bacaan Al-Quran. Lalu dilaporkanlah kepada
Uthman dengan kiranya masalah itu dapat diatasi.
Malah Uthman sendiri pun pernah melihat kejadian yang sama,
sebab itu dia berkata: ‘Sedangkan engkau berada berhampiran denganku bercakaran
dan salah-menyalahi antara satu sama lain, maka apatah lagi mereka yang tinggal
jauh dariku, sudah tentu perbalahan mereka lebih dahsyat dari kamu. Wahai para
sahabat Rasulullah s.a.w, berhimpunlah kamu dan tuliskan Al-Ouran untuk menjadi
pedoman ikutan sekalian orang.’
Sekali lagi tugas penyusunannya diketuai oleh Zaid bin Thabit.
Maka dimintalah mashaf yang disimpan oleh Hasfah sebagai sandaran. Pedomannya
ditetapkan oleh Uthman, iaitu hendaklah ditulis menurut loghat (dialek) kaum
Quraisy, sebab Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Hasilnya lahirlah
beberapa naskhah yang kemudiannya dihantar ke Mekah, Syria, Basrah, Kufah dan
satu lagi disimpan oleh Uthman sendiri.
Dan bersama mashaf tersebut diutuskan kepada setiap wilayah
itu seorang Huffaz khas untuk membetuli bacaan di dalam mashaf yang dibawanya.
Oleh Uthman diperintahkan agar dibakar segala mashaf peribadi yang nampaknya
mendapat sokongan ramai, kecuali tentangan yang tidak bertenaga dari Abdullah
bin Mas’ud. Terhadap tindakan Uthman ini, Ali mengatakan: ‘Jangan kamu
mengata-ngatakan kepada Uthman sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya demi
Allah, segala sesuatu yang dilakukannya terhadap mashaf itu adalah dengan
persetujuan dan kehendak dari kami semua.’
Mashaf Uthmani ditulis tanpa tanda bacaan, jadi beliau
berkemungkinan dibaca dengan berbagAl-bagai cara. Selama lebih 40 tahun mashaf
ini dipakai oleh umat Islam, hinggalah ke zaman pemerintahan Abdul Malik bin
Marwan (685-705 Masehi) yang sejak:itu bermacam-macam kesamaran timbul mengenai
bacaannya. Oleh pembesar-pembesar negeri seperti Al-Hajjaj bin Yusuf Al-Saqafy
dan Ubaidullah bin Ziyad diperelokkanlah perkataan-perkataannya agar Iebih
jelas serta senang difaham. Pembetulan ini dilakukannya terus-menerus, dan
kemuncaknya ialah pada akhir abad ke-3 Hijrah. apabila Al-Quran dibubuh titik
dan baris. Tokoh-tokoh yang terlibat ialah Abul-Aswad Saad Abi Waqqash Abi
Waqqashh-Dualy, Yahya bin Yakmar dan Nasim bin Asim Al-Laisy.
Kemudiannya disusuli oleh penulisan nama-nama surah,
membahagikan Al-Quran kepada juzuk-juzuk dan sebagainya. Semuanya ini berlaku
meskipun selepas wafat Rasulullah s.a.w, namun ianya dilakukan secara tauqifi
(menurut pandangan Rasulullah s.a.w).
Pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik (705-715 Masehi)
diperintahkannya Khalid Abi Hiyaj mencantikkan tulisannya. Mulanya hingga akhir
kurun ke-4 Hijrah. dipilih seni khas gaya Kufi, tetapi kemudiannya pada awal
abad ke-5 Hijrah. Iebih disukai gaya Nasakh. Mulai abad ke-6 Hijrah. (1145
Masehi) diusahakanlah terjemahan pertama Al-Quran dalam bahasa Latin untuk
keperluan Gereja Clugni, tetapi baru dapat diterbitkan pada 1543 oleh
penerbitan Bibliander di Basle. Dan berdasarkan naskhah Latin inilah Al-Quran
diterjemahkan ke bahasa Itali, Jerman dan Belanda. Adapun terjemahan dalam
Bahasa Melayu telah dirintis oleh Syeikh Abdur Rauf Singkel pada abad ke-17 Masehi,
di Acheh berdasarkan Tafsir Al-Baidhawi.
Dengan sejarah ringkas ini dapatlah difahamkan betapa
terjaminnya keselamatan Al-Quran dari semasa ke semasa. Sejarah pembukuannya
jelas, demikian juga sejarah pemeliharaannya. Tidak pernah terdapat sebarang bukti
yang ada pihak yang berjaya menyebarkan Al-Quran, palsu, atau
sekurang-kurangnya berjaya menyelewengkan ayat-ayat tertentu.
Tiadanya penyelewengan ini dan terjaminnya keselamatan
Al-Quran bukannya secara kebetulan saja, tetapi memang kerana ianya telah
dipelihara oleh Allah sendiri dalam firman-Nya: ‘Sesungguhnya Kami yang
menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami tetap memeliharanya.’ (surah
Al-Hijr: 9)
Keistimewaan seperti ini tidak ada pada kitab Injil; suatu
kitab yang telah mengalami banyak perubahan, baik dalam bentuk pembuangan atau
penyisipan pada ayat-ayatnya. Contoh terkemuka tentang adanya perubahan ini
temyata sekali pada ayat yang dikenalii sebagai ‘Comma Johaeum’ atau Tiga
Kesaksian Langit: ‘Kerana Tiga yang menjadi saksi di syurga, iaitu Bapa dan
Firman dan Ruhul-Kuddus, maka ketiganya itu menjadi satu’ (St. John 5:7).
Menurut Rev. Dr. Charles Francis Potter, ayat ini dianggap
sebagai ‘a deliberate to forgony’, suatu pemalsuan yang disengajakan.
Malah untuk kesemua 25 ayat dalam Fasal 21 Injil St. John itu, oleh Jemaah
Penyunting The Holy Bible, Catholic ed. RSV, Nelson 1966 ditegaskan bahawa: ‘This
chapter was added later, either by the evangelist or by a disciple,‘ bahawa
fasal ini ditambah kemudian, sama ada dari evangelist atau oleh seorang murid.
Begitu juga dalam 101 St. Mathews (15:24) dikatakan bahawa
Agama Kristian hanyalah khusus buat kaum Yahudi sahaja. Tetapi ini ditolak oleh
para penganut Kristian dengan mengemukakan bukti dari Injil St. Marks (16:15).
Anehnya menurut Jemaah Penyunting yang sama, ‘it is possible that Mark did
not write it,‘ iaitu ada kemungkinan yang Mark tidak menulisnya.
Demikianlah perbezaan besar antara sejarah Al-Quran dengan
sejarah Injil; yang satu masih terpelihara keasliannya, sedangkan yang satu
lagi sudah dikotori oleh tangan manusia. Dan dalam hal ini, sesungguhnya jasa
Abu Bakar tidaklah ternilai.
Lahirnya
Mazhab-Mazhab Politik
Kelahiran mazhab-mazhab politik dalam Islam adalah
berasaskan persoalan-persoalan sekitar masalah kepimpinan, yakni siapakah yang
Iebih berhak untuk menjadi Khalifah (pengganti Rasulullah s.a.w). Sebetulnya
masalah-masalah tentang pemilihan Khalifah ini bermula sejak wafatnya
Rasulullah s.a.w, apa lagi baginda sendiri tidak pula menentukan siapakah
penggantinya, dan bagaimana pula cara pemilihannya.
Ini menimbulkan beberapa aliran tertentu, seperti
golongan-golongan penyokong Ansar, penyokong Quraisy dan penyokong Ali bin Abu
Talib. Bagaimanapun aliran yang penyokong Quraisy menang, maka naiklah Abu
Bakar dan Umar Al-Khattab sebagai Khalifah. Tetapi aliran yang penyokong Ali
terus hidup, cumanya kurang berpengaruh berkat keadilan dan kebijaksanaan
kedua-dua khalifah tersebut.
Dengan naiknya Uthman bin Affan barulah aliran penyokong
Ali hidup kembali, apa lagi dilihatnya bahawa Uthman mengamalkan polisi
nepotisme, yakni mementingkan keluarga Umayyah saja. Bagaimanapun
tentangan-tentangan terhadap Khalifah Uthman kelihatan terpencar-pencar di
sana-sini, hinggalah munculnya Abdullah bin Saba’ yang menyatukannya di bawah
slogan ‘Ahlul-bait.’
Lalu dipropagandanya bahawa Rasulullah s.a.w telah
berwasiat kepada Ali untuk menjadi khalifah sesudahnya. Dan untuk memperkuatkan
teorinya, disebarkannya fahaman ‘Hak Ilahi’ (Devini Right) bahawa Allah yang
berhak menjadi khalifah, kerana hal itu sudah ditentukan oleh Allah, dan Uthman
telah merampas hak itu dengan kekerasan. Jadinya pengasas gerakan penyokong Ali
ialah Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang memeluk Islam semata-mata untuk
meruntuhkannya dari dalam.
Tetapi dengan berlakunya peristiwa Tahkim tersebut,
terpecahlah pengikut-pengikut Ali kepada dua golongan; golongan Syiah yang
menyokongnya dan golongan Khawarij yang menentangnya. Mengenai puak Syiah,
pokok kepercayaan mereka berasaskan kepada fahaman bahawa Alilah yang lebih
berhak menjadi khalifah, sedang Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman telah
merampas hak Ali tersebut.
Maka adalah menjadi tugas mereka untuk mengembalikan
hak-hak tersebut kepada yang empunya, iaitu keluarga Ali. Bagi mereka, soal
Imamiah (kepimpinan) tidak termasuk kepentingan umum yang dapat diserahkan saja
kepada rakyat untuk menetapkan siapa yang mereka kehendaki, sebaliknya
merupakan ketetapan dari Rasulullah s.a.w sendiri yang harus diterima sebagai
dasar agama. Soal siapa pengganti Rasulullah s.a.w dikatakan telah diwasiat
lebih dulu kepada Ali, seperti yang terdapat pada Hadis ‘Ghadir Khum.’
Ada pun mengenai puak Khawarij, mereka dulunya adalah
penyokong Ali juga. Tetapi kerana Ali menerima Tahkim (yang mereka sendiri
memaksanya), mereka lalu menentangnya pula. Terdapat khalifah-khalifah
sebelumnya, sikap mereka agak moderate. Mereka menyokong Abu Bakar, Umar
Al-Khattab dan juga tahun-tahun pertama pemerintahan Uthman.
Malah mereka juga menyokong Ali, tetapi kemudiannya
menyalahkannya kerana menerima perundingan, dan kerana Ali dituduh kafir.
Mereka juga mengkafirkan Abu Musa Al-Shaari, Amru ibnul-Ass, Muawiyah dan
Uthman. Mengenai soal pemerintahan, mereka berpendapat bahawa khalifah harus
dipilih secara bebas dari segenap rakyat umat Islam; tidak semestinya dari puak
Quraisy sahaja. Dan andai kata sudah dipilih maka dia adalah pemimpin umat
Islam yang harus tunduk kepada hukum-hukum Allah, dan sekiranya dia menyeleweng
dia harus dipecat.
Selain dari kedua-dua mazhab tersebut, timbul juga mazhab
Murji’ah. Golongan ini timbul setelah mengetahui bahawa Khawarij mengkafirkan
Uthman dan Ali serta penyokong-penyokong Tahkim, juga setelah dilihatnya bahawa
dalam Syiah juga ada mengkafirkan Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman dan
pengikut-pengikut mereka. Setiap golongan dari umat Islam menganggap bahawa
mereka saja yang benar sedangkan golongan lain sesat dan kafir. Maka datanglah
aliran Murji’ah yang cuba mengkompromi semua golongan dan tidak mengkafirkan
salah satunya. Bagi mereka, baik Syiah, Khawariji mahupun pengikut-pengikut
Umayyah adalah orang-orang Mukmin, ada salahnya dan ada benarnya.
Mereka tidak menentukan mana yang salah dan mana yang
benar, sebaliknya menyerahkan saja kepada Allah. Sebab itulah mereka digelar
Murji’ah, yakni golongan yang menangguhkan atau mengakhirkan
persoalan-persoalan sehingga Hari Pembalasaan nanti. Antara mereka yang dapat
digolongkan dalam puak ini ialah seperti Abi Bakarah, Abdullah bin Umar
Al-Khattab, Imran bin Al-Hussain dan Saad Abi Waqqashh. Mereka terdiri daripada
golongan yang enggan terlibat dalam penentangan-penentangan yang berlaku pada
akhir pemerintahan Uthman tersebut.
Demikianlah mazhab-mazhab yang timbul pada zaman-zaman
akhir Khulafaur-Rashidin. Baik golongan Syiah, Khawarij mahupun Murji’ah,
semuanya itu asalnya bersifat politik semata-rnata. Bagaimanapun akhirnya
mereka berubah menjadi mazhab agama, lantaran kecenderungan membicarakan
soal-soal akidah dan syariat.
Ceritera
Khalifah Umar Al-Khattab
Sejarah telah mencatatkan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab
telah melantik Saad Abi Waqqash r.a seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w
sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafik yang
amat benci kepada Saad, lalu membuat aduan palsu kononnya Saad Abi Waqqash
tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan
ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke
Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan
kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh
Khalifah Umar Al-Khattab tetapi beliau masih meraikannya secara serta merta
dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Khalifah Umar
Al-Khattab seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap
gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil
ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan
Saad Abi Waqqash lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Saad Abi Waqqash.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Saad Abi
Waqqash tidak adil dan tidak memimpin perang. Saad menafikan dengan sumpah
serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi
sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh
seperti Saad Abi Waqqash, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati. Usamah pula
menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa. Walaupun
Saad Abi Waqqash terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan
perpecahan dan menjaga status Saad Abi Waqqash, Umar Al-Khattab meminta Saad
Abi Waqqash untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah
Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Saad Abi Waqqash sebelum ini.
Manakala Saad Abi Waqqash di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura
Khalifah di Madinah.
Harta
Gabenor Dan Pegawai Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam
urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan
harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta
melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu
kerap. Jika peningkatan berlaku, Khalifah Umar Al-Khattab akan mengambil
separuh untuk baitulmal dan dalam beberapa keadaan Khalifah Umar Al-Khattab
mengambil semuanya. Selain itu, Khalifah Umar Al-Khattab turut melakukan
lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta
secara syubhah.
Berikut beberapa kisah prihatinnya Khalifah Umar Al-Khattab:
- Gabenor
kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama
‘Amr bin Al-’As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya
di Mesir. Ini menyebabkan Umar Al-Khattab menjadi marah lalu menghantar
surat kepada ‘Amru yang menyebut: ‘Aku mendengar kamu telah membina satu
mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup
kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera
meruntuhkan mimbarmu.’
- Dalam
satu keadaan lain, Saad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya
(di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya),
sehingga orang ramai menggelarkannya ‘Istana Saad.’ Dinyatakan bahawa Saad
Abi Waqqash membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan
amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan.
Apabila berita sampai kepada Umar Al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar
itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad
bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.
- Khalifah
Umar Al-Khattab telah melantik Mujasha’ bin Mas’od untuk beberapa tugasan,
dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha’ bernama al-Khudayra kerap
membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Khalifah Umar Al-Khattab
menghantar surat kepada Mujasha’ agar mengoyakkan semua hiasan dinding.
Mujasha’ menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera
beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah
dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli
isterinya. Sebenarnya, Khalifah Umar Al-Khattab tahu ia dibeli dengan
harta syubhah akibat jawatan Mujasha’, kerana itu diarahkan sedemikian.
kamu juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai
dengan keikhlasan dan kejujuran Khalifah Umar Al-Khattab.
- Khalifah
Umar Al-Khattab pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian
Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Khalifah Umar
Al-Khattab memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding
bergantungan. Khalifah Umar Al-Khattab mula mengambilnya sambil berkata:
‘Barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi
diri mereka dari kesejukan dan panas.’
- Khalifah
Umar Al-Khattab juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik
gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati
keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu
Bakarah. Namun Abu Bakarah cuba membantah dengan mengatakan: ‘Aku tidak
pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan).’ Khalifah Umar
Al-Khattab menjawab: ‘Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia
Baitulmal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu
boleh berniaga dengannya.’
Kesimpulannya, semua tindakan Khalifah Umar Al-Khattab ini
tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan
tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan peluang untuk meraut
kekayaan. Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Khalifah Umar Al-Khattab tadi
bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan
pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata
disebabkan oleh jawatannya.
Khalifah
Umar Al-Khattab Dan Denda Anaknya
Abdul Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar
Al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan
meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-’As untuk melaksanakan
hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-’as r.a merasa serba salah kerana ia adalah
anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur
kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur
di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu
yang sama di hadapan khalayak ramai. Peristiwa ini bocor kepada Khalifah Umar
Al-Khattab lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut:- ‘Engkau
telah menyebat dan mencukur Abdul Rahman di dalam rumahmu dan kamu tahu ia
bertentangan dengan apa yang aku harapkan (hukuman seperti orang lain). Abdul
Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (di akhirat), dan
kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu
aku tidak sesekali berkompromi dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah
terhadap Allah s.w.t.’
Khalifah
Umar Al-Khattab Dan Khalid Ibn Walid
Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai ‘Pedang Islam’
dilucutkan jawatan sebanyak dua kali oleh Khalifah Umar Al-Khattab, iaitu pada
tahun 13 Hijrah sejurus selepas Khalifah Umar Al-Khattab dilantik sebagai
khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan
kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, namun ia adalah dari sebab berikut:
- Menjaga
keyakinan umat Islam terhadap Allah s.w.t, ia jelas dari surat umum yang
dihantar Khalifah Umar Al-Khattab kepada umat Islam memberitahu agar
mereka tidak terlalu ’attached’ dengan Khalid sehingga tersilap
sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana
bantuan Allah s.w.t swt.
- Pentadbiran;
iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
- Pentadbiran:
Khalifah Umar Al-Khattab inginkan keteletian dan laporan berterusan dari
setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari
penelitian sentiasa oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Pada waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor
di Syria, belia berkata: ‘Amir al-Mukminin (Khalifah Umar Al-Khattab) melantik
aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau
melucutkan jawatanku.’
Lalu seorang lelaki berkata: ‘Sabarlah wahai ketua, ia
waktu untuk bermulanya fitnah.’
Kahlid membalas: ‘Selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi
itu tiada ruang fitnah untuk berlaku.’
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Khalifah Umar
Al-Khattab walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya
tindakan Khalifah Umar Al-Khattab adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta
fitnah.
Ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H),
beliau berkata kepada Abu Darda r.a: ‘Wahai Abu Darda, bila Khalifah Umar
Al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku.’
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya: ‘Aku memang
merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku
fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa
Khalifah Umar Al-Khattab melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan
rahmat Allah s.w.t dari setiap tindakannya.’
Khalid juga melantik Khalifah Umar Al-Khattab sebagai waasi
(pengurus harta pusakanya), ketika Khalifah Umar Al-Khattab menrima surat
wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Khalifah Umar Al-Khattab
tersebut dan bagaimana tingginya takwa beliau dan juga para sahabat yang
bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan
sebagainya? Kerana Umar Al-Khattab sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam,
dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah
pentadbirannya makan terlebih dahulu.
Ijtihad Umar Al-Khattab
Berkaitan erat dengan asas pembahasan tentang
reaktualisasi ajaran-ajaran agama yang dibawakan oleh Munawir Syadzali ialah
persoalan pertimbangan kemaslahatan atau kepentingan umum dalam usaha menangkap
makna dan semangat berbagai ketentuan keagamaan. Pertimbangan itu terlebih lagi
berlaku berkenaan dengan ketentuan agama yang tercakup dalam pengertian istilah
‘syari’at’ sebagai hal yang mengarah kepada sistem hukum dalam masyarakat.
Konsep Tentang Mencari Kebaikan
Dalam teori-teori dan kaedah atau sistem baku pemahaman
agama, hal tersebut dituangkan dalam konsep-konsep tentang istihsan
(mencari kebaikan), istislah (mencari kemaslahatan), dalam hal ini
kebaikan atau kemaslahatan umum (al-maslahat al-’ammah, al-maslahat
al-mursalah) disebut juga sebagai keperluan atas kepentingan umum (umum
al-balwa).
Contoh klasik untuk tindakan mempertimbangkan kepentingan
umum dalam menangkap makna semangat agama itu ialah yang dilakukan oleh
Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a., berkenaan dengan masalah tanah-tanah
pertanian berserta garapan-garapannya yang baru dibebaskan oleh tentera Islam
di negeri Syam (Syria Raya, meliputi keseluruhan kawasan pantai timur Laut
Tengah), Iraq, Persia dan Mesir.
Pendirian Saiyidina Umar untuk mendahulukan pertimbangan
tentang kepentingan umum yang menyeluruh, baik secara ruang (meliputi semua
orang di semua tempat) mahupun waktu (mencakupi generasi sekarang dan masa
datang) mula-mula mendapat halangan hebat dari para sahabat Rasulullah s.a.w,
dipelopori antara lain oleh ‘Abd al-Rahman ibn Awf dan Bilal (bekas muazin yang
sangat disayangi Rasulullah s.a.w).
Mereka ini berpegang teguh kepada beberapa ketentuan
(lahir) di beberapa tempat dalam Al-Quran dan dalam Sunnah atau amalan
Rasulullah s.a.w pada peristiwa pembebasan Khaybar (sebuah kota beberapa ratus
kilometer di utara Madinah), dari sekelompok orang Yahudi yang khianat. Tetapi,
sebaliknya, sejak dari awal para sahabat Rasulullah s.a.w yang lain, termasuk
tokoh-tokoh seperti ‘Utsman ibn ‘Affan dan ‘Ali ibn Abi Talib (kedua-duanya
kelak menjadi Khalifah, berturut-turut yang ketiga dan keempat), sepenuhnya
menyetujui pendapat Saiyidina Umar dan sepenuhnya menyokong pelaksanaannya.
Pertikaian pendapat itu berlangsung panas selama
berhari-hari di Madinah, sehingga akhirnya dimenangi oleh Saiyidina Umar dan
sahabat-sahabat dengan hujah-hujah yang tepat, juga berdasarkan
ketentuan-ketentuan Kitab Suci Al-Quran.
Dalam banyak hal, Saiyidina Umar memang dikenali sebagai
tokoh yang sangat bijaksana dan kreatif, bahkan genius, tetapi juga penuh
kontroversi. Tidak semua orang setuju dengan Saiyidina Umar, dari dahulu sampai
sekarang. Kaum Syi’ah, misalnya, menolak keras ketokohan Saiyidina Umar,
khususnya kalangan ekstrim (al-ghulat) dari mereka. Yang moderat pun
masih melihat pada Saiyidina Umar hal-hal yang ‘menyimpang’ dari agama. Atau,
seperti dikatakan oleh seorang tokoh ‘ulama Syi’ah, Muhammad al-Husayn Al
Kashif al-Ghita’, banyak tindakan Saiyidina Umar, seperti dalam kes beliau
melarang nikah mut’ah, adalah semata-mata tindakan sosial-politik, yang
tidak ada sangkut-pautnya dengan bukan keagamaan (madaniyyan la diniyyan).
Untuk memperolehi gambaran yang hidup dan langsung
tentang ijtihad Saiyidina Umar dan kemelut yang ditimbulkannya di Madinah
selama berhari-hari itu, di bawah ini disajikan terjemahan dari dua penjelasan
oleh dua orang ahli. Tanpa membuat teori yang abstrak, dari kedua penjelasan
itu dapat kita tarik inspirasi untuk melihat dan memecahkan berbagai masalah
kita sendiri sekarang, sesuai dengan tuntutan ruang dan waktu, sama dengan halangan
yang dihadapi dan diselesaikan oleh Saiyidina Umar.
Yang pertama dari kedua penjelasan itu berjudul Dari
Celah Fiqh Saiyidina Umar Di Bidang Ekonomi Dan Kewangan oleh al-Ustadh
al-Bahi al-Khuli, sebagai berikut: ‘Berita-berita telah sampai kepada Saiyidina
Umar r.a. dengan membawa khabar gembira tentang telah terbebaskannya Syam, Iraq
dan negeri Khusru (Persia), dan beliau mendapati dirinya berhadapan dengan
persoalan ekonomi yang rumit. Harta benda musuh yang terdiri dari emas, perak,
kuda dan ternakan telah jatuh sebagai harta rampasan perang (ghanimah)
di tangan bala tentera yang menang dengan pertolongan Allah s.w.t. Dan
tanah-tanah pertanian mereka pun termasuk dalam penguasaan tentera itu.’
‘Berkenaan dengan harta (yang bergerak) maka Saiyidina Umar
telah melaksanakan hukum Allah mengenainya. Beliau ambil seperlimanya, dan
membahagi-bahagikan empat perlima lainnya kepada masing-masing anggota tentera
sebagai pelaksanaan firman Allah s.w.t, ‘Dan ketahuilah olehmu sekalian bahawa
apa pun yang kamu peroleh sebagai rampasan perang dari sesuatu (harta kekayaan)
itu maka seperlimanya adalah untuk Allah dan untuk Rasul, kaum kerabat (dari
Rasulullah s.a.w), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibn al-sabil
(orang terlantar di perjalanan), jika kamu sekalian benar-benar beriman kepada
Allah dan kepada apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran) atas hamba Kami
(Muhammad) pada hari penentuan, iaitu hari ketika kedua golongan manusia
(Muslim dan Musyrik) bertemu (dalam peperangan, yakni, Perang Badar). Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu.’ (surah al-Anfal/8:41)
Tetapi berkenaan dengan tanah-tanah pertanian itu, Saiyidina
Umar berpendapat lain iaitu, ‘Pendiriannya ialah bahawa tanah-tanah itu harus
disita, dan tidak dibahagi-bahagikan, lalu dibiarkan seolah-olah tanah-tanah
itu kepunyaan negara di tangan para pemilik (aslinya setempat) yang lama,
kemudian mereka ini dikenakan cukai (kharaj), dan hasil cukai itu
dibahagi-bahagikan kepada keseluruhan orang-orang Muslim setelah disisihkan
daripada gaji tentera yang ditempatkan di pos-pos pertahanan (al-thughur,
seperti Basrah dan Kufah di Iraq) dan negeri-negeri yang terbebaskan.’
Tetapi kebanyakan para sahabat menolak kecuali jika
tanah-tanah itu dibahagikan di antara mereka kerana tanah-tanah itu adalah
harta kekayaan yang dianugerahkan Allah s.w.t sebagai rampasan (fay’)
kepada mereka.
Adapun titik pandangan Saiyidina Umar ialah bahawa
negeri-negeri yang dibebaskan itu memerlukan tentera pendudukan yang tinggal di
sana, dan tentera itu tentulah memerlukan perbelanjaan. Maka jika tanah-tanah
pertanian itu habis dibahagi-bahagikan, lalu bagaimana tentera pendudukan itu
akan memperolehi logistik mereka?
Demikian itu, ditambah lagi bahawa Allah s.w.t tidak
menghendaki harta kekayaan hanya berkisar atau menjadi sumber rezeki kaum kaya
saja. Jika habis dibahagi-bahagikan tanah-tanah pertanian yang luas di Syam,
Mesir, Iraq dan Persia kepada beberapa ribu orang sahabat, maka menumpuklah
kekayaan di tangan mereka, dan tidak lagi tersisa sesuatu apa pun untuk mereka
yang masuk Islam kemudian hari kelak. Sehingga terjadilah adanya kekayaan yang
melimpah di satu pihak, dan keperluan (kemiskinan) yang mendesak di pihak lain
... Itulah keadaan yang hati nurani Saiyidina Umar tidak boleh menerimanya.
Tetapi dalil dari Kitab dan Sunnah berada di pihak mereka
yang menentang pendapat Saiyidina Umar, yang terdiri dari mereka yang mahukan
kekayaan yang memang halal dan telah dianugerahkan Tuhan kepada mereka itu.
Mereka ini mengajukan hujah kepadanya bahawa harta kekayaan itu adalah fay’
(jenis harta yang diperoleh dari peperangan), dan tanah rampasan serupa itu
telah pernah dibahagi-bahagikan oleh Rasulullah s.a.w sebelumnya, dan baginda
(Rasul) tidak pernah melakukan sesuatu seperti yang ingin dilakukan oleh Saiyidina
Umar.
Terutama Bilal r.a. sangat keras terhadap Saiyidina Umar,
dan mempelopori gerakan penentangan sehingga menyesakkan dada Saiyidina Umar
dan menyusahkannya, sehingga kerana susah dan sedihnya itu Saiyidina Umar
mengangkat kedua tangannya kepada Tuhan dan berseru, ‘Oh Tuhan, lindungilah aku
dari Bilal dan kawan-kawan.’
Fahaman Agama Yang Mendalam
Akhirnya memang Tuhan melindunginya dari Bilal dan
sahabat-sahabat dengan fahaman keagamaannya yang mendalam, yang meneranginya
dengan suatu cahaya dari celah baris-baris dalam Kitab Suci, dan dengan hujah
yang unggul, yang semua golongan tunduk kepada kekuatannya.
Begitulah Saiyidina Umar yang suatu ketika berkata kepada
sahabat-sahabatnya yang hadir bahawa Sa’d ibn Abi Waqqas menulis surat
kepadanya dari Iraq bahawa masyarakat (tentera Muslim) yang ada bersama dia
telah memintanya untuk membahagi-bahagi harta rampasan di antara mereka dan
tanah-tanah pertanian yang dianugerahkan Allah kepada mereka sebagai rampasan
juga. (Kemudian terjadilah dialog berikut):
Sekelompok dari mereka berkata: Tulis surat kepadanya dan
hendaknya ia membahagi-bahagikan tanah itu antara mereka.
Saiyidina Umar: Lalu bagaimana dengan orang-orang Muslim
yang datang kemudian sesudah itu, yang akan mendapati tanah-tanah telah habis
terbagi-bahagikan, terwariskan dari orang-orang tua serta telah terkuasai? Ini
bukanlah pendapat yang benar.
Abd al-Rahman ibn ‘Awf: Lalu apa pendapat yang benar?
Tanah-tanah itu tidak lain daripada sesuatu yang dianugerahkan Tuhan kepada
mereka sebagai rampasan.
Saiyidina Umar: Memang seperti yang kamu katakan tapi aku
tidak melihatnya begitu. Demi Tuhan, tiada lagi suatu negeri akan dibebaskan
sesudahku melainkan mungkin akan menjadi beban atas orang-orang Muslim. Jika
tanah-tanah pertanian di Iraq dan Syam dibahagi-bahagikan, maka dengan apa
biaya pos-pos pertahanan ditutup, dan apa yang tersisa bagi anak yatim dan para
janda di negeri ini dan di tempat lain dari kalangan penduduk Syam dan Iraq?
Orang ramai: Bagaimana mungkin sesuatu yang dianugerahkan
Tuhan kepada kami sebagai harta rampasan dengan perantaraan pedang-pedang kami
akan engkau serahkan kepada kaum yang belum ada dan belum bersaksi, serta
kepada anak-cucu mereka turun-temurun yang belum ada?
Saiyidina Umar (dalam keadaan bingung dan termangu): Ini
adalah suatu pendapat.
Orang ramai: Bermusyawarahlah!
Maka Saiyidina Umar pun bermusyawarah dengan kaum
Muhajirin yang terkemuka, yang memiliki kepeloporan dan keperintisan yang
mendalam dalam Islam:
Abd al-Rahman ibn ‘Awf: Aku berpendapat hendaknya kamu
bahagi-bahagikan kepada mereka itu hak-hak mereka.
Ali ibn Abi Talib: Tapi pendapat yang benar ialah
pendapatmu, wahai Amir al-Mu’minin!
Al-Zubayr ibn al-’Awwam: Tidak! Sebaliknya, apa yang
dianugerahkan Tuhan kepada kita sebagai rampasan dengan pedang kita itu harus
dibahagi-bahagi.
Utsman ibn ‘Affan: Pendapat yang benar ialah yang
dikemukakan Saiyidina Umar.
Bilal: Tidak! Demi Tuhan, sebaliknya kita harus
melaksanakan hukum Tuhan terhadap harta yang dianugerahkan sebagai rampasan
kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.
Talhah: Aku berpendapat bahawa yang benar ialah yang
dianut Saiyidina Umar.
Al-Zubayr: Ke mana kalian, wahai kaum, hendak pergi dari
Kitab Allah?
Abdullah ibn Saiyidina Umar: Teruskan, wahai Amir
al-Mu’minin, dengan pendapatmu itu. Sebab aku harap bahawa di situ ada kebaikan
bagi umat ini.
Bilal (menjerit dan marah): Demi Tuhan, tidak berlaku di
umat ini kecuali apa yang telah ditentukan Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya
Saiyidina Umar (dalam keadaan sesak dada dan sedih): Oh
Tuhan, lindungilah aku dari Bilal dan kawan-kawan.
Pertengkaran itu memuncak selama tiga hari, dan
kegelisahan orang ramai sekitar masalah itu pun menjadi-jadi. Saiyidina Umar
berfikir untuk memperluaskan musyawarahnya keluar ke kalangan Muhajirin
sehingga mencakup para pemuka Ansar, dan dipanggillah oleh Umar sepuluh orang
dari mereka, lima orang dari suku al-Aws dan lima orang dari suku al-Khazraj,
kemudian beliau berucap di depan mereka dengan pernyataan yang indah dan
bijaksana ini: (Saiyidina Umar membaca hamdalah dan memuji Tuhan sesuai
dengan yang patut bagi-Nya, kemudian berkata):
‘Aku tidak bermaksud mengejutkan kalian kecuali hendaknya
kalian menyertaiku dalam amanat mengenai urusan kalian yang dibebankan
kepadaku. Sebab aku hanyalah salah seorang saja dari antara kalian. Dan kalian
hari ini hendaknya membuat keputusan dengan benar, siapa saja yang hendak
berbeza pendapat denganku, silakan ia berbeza, dan siapa saja yang hendak
bersepakat denganku, silakan ia bersepakat.’
‘Aku tidaklah ingin kalian mengikuti begitu saja hal yang
menjadi kecenderunganku ini. Di tangan kalian ada Kitab Allah yang menyatakan
kebenaran. Dan demi Tuhan, kalau aku pernah menyatakan suatu perkara yang
kuinginkan, aku tidak menginginkannya kecuali kebenaran.’
Kaum Ansar: Bicaralah, dan kami semua akan mendengarkan,
wahai Amir al-Mu’minin!
Saiyidina Umar: Kalian telah mendengar pembicaraan
mereka, kelompok yang menuduhku berbuat zalim berkenaan dengan hak-hak mereka.
Aku benar-benar berlindung kepada Allah dari melakukan kezaliman. Jika aku
telah berbuat zalim kepada mereka berkenaan dengan sesuatu yang menjadi milik
mereka dan aku memberikannya kepada orang lain, maka benar-benar telah
celakalah diriku. Tetapi aku melihat bahawa tidak ada lagi sesuatu (negeri)
yang dibebaskan sesudah negeri Khusru (Persia), dan Allah pun telah merampas
untuk kita harta kekayaan mereka dan tanah-tanah pertanian mereka. Maka aku
bagi-bahagikanlah semua kekayaan (yang bergerak) kepada mereka yang berhak,
kemudian aku ambil seperlimanya, dan aku atur menurut aturan tertentu, dan aku
sepenuhnya bertanggungjawab atas pengaturan itu. Tetapi aku berpendapat untuk
menguasai tanah-tanah pertanian dan aku kenakan cukai atas para penggarapnya,
dan mereka berkewajiban membayar jizyah sebagai fay’ untuk
orang-orang Muslim, untuk tentera yang berperang serta anak turun mereka, dan
untuk generasi yang datang kemudian. Tahukah kalian pos-pos pertahanan itu? Di
sana harus ada orang-orang yang tinggal menetap. Tahukah kalian, negeri-negeri
besar seperti Syam, al-Jazirah (Lembah Mesopotamia), Kufah, Basrah dan Mesir?
Semuanya itu harus diisi dengan tentera dan disediakan perbekalan untuk mereka.
Dari mana mereka akan mendapat perbekalan itu jika semua tanah pertanian telah
habis dibahagi-bahagi?
Semua yang hadir: Pendapat yang benar ialah pendapatmu.
Alangkah baiknya apa yang kamu katakan dan lihat itu. Jika pos-pos pertahanan
dan kota-kota itu tidak diisi dengan pegawai-pegawai, serta disediakan bagi
mereka perbekalan, maka tentulah kaum kafir akan kembali ke kota-kota mereka.
Kebenaran Datang
Kemudian terlintas dalam benak Saiyidina Umar suatu
cahaya seperti biasanya jika kebenaran datang ke lisan dan hatinya, lalu
berkata: ‘Sungguh telah kudapatkan hujah dalam Kitab Allah, ‘Sesuatu apa pun
yang dianugerahkan Allah sebagai harta rampasan untuk Rasul-Nya dari penduduk
negeri-negeri (yang dibebaskan) adalah milik Allah, Rasul, kaum kerabat,
anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang terlantar dalam perjalanan, agar
supaya tidak berkisar di antara orang-orang kaya saja dari kamu. Maka apa pun
yang diberikan Rasul kepadamu sekalian hendaklah kamu ambil, dan apa pun yang
Rasul melarangnya untuk kamu hendaklah kamu hentikan. Dan bertakwalah kamu
sekalian kepada Allah, sesungguhnya Allah itu keras dalam siksaan.’ Selanjutnya,
kata Saiyidina Umar, ‘Allah berfirman, ‘Dan bagi orang-orang miskin dari
kalangan Muhajirin yang diusir dari rumah-rumah dan harta kekayaan mereka, guna
mencari kemurahan Allah dan redha-Nya, serta membantu Allah dan Rasul-Nya.
Mereka itulah orang-orang yang benar.’
Kemudian, kata Saiyidina Umar lagi, ‘Allah tidak rela
sebelum Dia mengikutsertakan orang-orang lain dan berfirman, ‘Dan mereka (kaum
Ansar) yang telah bertempat tinggal di negeri (Madinah) serta beriman sebelum
(datang) mereka (kaum Muhajirin); mereka itu mencintai orang-orang yang
berhijrah kepada mereka, dan tidak mendapati dalam dada mereka keinginan
terhadap apa yang diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, bahkan
mereka lebih mementingkan orang-orang yang berhijrah itu daripada diri mereka
sendiri meskipun kesusahan ada pada mereka. Barangsiapa yang terhindar dari
kekikiran dirinya sendiri, maka mereka itulah orang-orang yang bahagia.’
Firman ini, jelas Saiyidina Umar, adalah khusus tentang
kaum Ansar. Kemudian Allah tidak rela sebelum menyertakan bersama mereka itu
orang-orang lain (dari generasi mendatang), dan berfirman, ‘Dan orang-orang
yang muncul sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) itu semuanya berdoa: ‘Oh Tuhan
kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam
beriman, dan janganlah ditumbuhkan dalam hati kami perasaan dengki kepada
sekalian mereka yang beriman itu. Oh Tuhan, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun
dan Maha Penyayang.’ (surah al-Hashr/59:7-10)
Ayat ini, kata Saiyidina Umar, ‘Secara umum berlaku untuk
semua orang yang muncul sesudah mereka (kaum Muhajirin dan Ansar) itu, sehingga
harta rampasan (fay’) adalah untuk mereka semua. Maka bagaimana mungkin
kita akan membahagi-bahaginya untuk mereka (tentera yang berperang saja), dan
kita tinggalkan mereka yang datang kemudian tanpa bahagian? Kini menjadi jelas
bagiku perkara yang sebenarnya.’
Para pembahas dapat menarik kesimpulan dari pendirian Saiyidina
Umar itu tentang banyak hukum sosial dan ekonomi. Di situ kita dapat melihat Saiyidina
Umar sangat cermat memperhatikan agar harta kekayaan tidak menumpuk hanya di
tangan sekelompok orang-orang kaya saja.
Sebab penyerahan pemilikan atas berpuluh-puluh juta
hektar tanah pertanian di Iraq, Syam, Persia dan Mesir kepada sekelompok
tentera dan bawahannya akan membentuk sejumlah orang kaya yang pada mereka
terdapat harta benda melimpah-ruah, dengan peredarannya pun terpusat kepada
mereka saja. Hal itu akan membawa kesan sosial dan moral yang akibatnya tidak
terpuji.
Di dalamnya kita melihat Saiyidina Umar memandang harta
sebagai hak semua orang dan menempuh kebijaksanaan yang memperhitungkan
kemaslahatan generasi mendatang. Itu adalah pandangan yang cermat dan mendalam,
yang dalam Al-Quran diketemukan sandaran yang sangat kuat.
Di dalamnya juga terdapat tindakan sejenis nasionalisasi
tanah-tanah pertanian atau yang mendekati itu, iaitu ketika beliau mencegah
sekelompok orang-orang Muslim sezamannya dari menguasai tanah-tanah yang
dianugerahkan Tuhan sebagai harta rampasan (fay’), dan beliau tidak
bergeser dari pendapatnya untuk menjadikan tanah-tanah itu milik negara, yang
dari hasil cukainya beliau membuat anggaran untuk tentera, dan dengan hasil itu
pula beliau menanggung kesulitan-kesulitan pada masa depan.
Di dalamnya juga terdapat banyak hal yang lain, berupa
pandangan-pandangan kewangan dan ekonomi yang menunjukkan luasnya ufuk dan
keluwesan pemikiran serta daya cakup Islam yang hanif (secara semula
jadi selalu mencari yang benar dan baik) terhadap masalah-masalah yang pelik.
Penjelasan kedua berjudul Bagaimana Para Sahabat
Rasulullah s.a.w Menggunakan Akal Mereka Untuk Memahami Al-Quran oleh Dr
Ma’ruf al-Dawalibi. Barangkali dari antara banyak masalah ijtihad dan kejadian
yang mucul pada zaman para sahabat setelah wafat Rasulullah s.a.w, yang paling
menonjol ialah masalah pembahagian tanah-tanah (pertanian) yang telah
dibebaskan oleh tentera (Islam) melalui peperangan di Iraq, Syam (Syria) dan
Mesir.
Telah terdapat nas Al-Quran yang menyebutkan dengan jelas
tanpa kesamaran sedikit pun di dalamnya bahawa seperlima harta rampasan
(perang) harus dimasukkan ke bait al-mal, dan harus diperlakukan sesuai
dengan pengarahan yang ditentukan oleh ayat suci. Allah telah berfirman dalam
surah al-Anfal, ‘Dan ketahuilah olehmu sekalian bahawa apa pun yang kamu rampas
(dalam perang) dari sesuatu (harta) maka seperlimanya adalah untuk Allah,
Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang yang
terlantar dalam perjalanan (ibn al-sabil).’[6]
Sedangkan yang empat perlima selebihnya maka dibahagi
sama antara mereka yang merampas (dalam perang) itu, sebagai pengamalan
ketentuan yang boleh difahami dari ayat suci tersebut dan amalan Rasulullah s.a.w
ketika baginda membahagikan (tanah pertanian) Khaybar kepada para tentera.
Maka, sebagai pengamalan Al-Quran dan al-Sunnah,
datanglah para perampas (harta rampasan perang) itu kepada Saiyidina Umar ibn
al-Khaththab, dan meminta agar beliau mengambil seperlima daripadanya untuk
Allah dan orang-orang yang disebutkan dalam ayat (dimasukkan dalam bait
al-mal), kemudian membahagi bakinya kepada mereka yang telah merampasnya
dalam perang. (Kemudian terjadi dialog berikut):
Kata Saiyidina Umar: Lalu bagaimana dengan orang-orang
Muslim yang datang kemudian? Mereka mendapati tanah-tanah pertanian beserta
garapannya telah habis terbahagi-bahagi, dan telah pula diwariskan
turun-temurun dan dikuasai? Itu bukanlah pendapat (yang baik).
Abd al-Rahman ibn ‘Awf, menyanggah Saiyidina Umar: Lalu
apa pendapat (yang baik)? Tanah pertanian dan garapannya itu tidak lain adalah
harta rampasan yang diberikan Allah kepada mereka!
Saiyidina Umar menjawab: Itu tidak lain adalah katamu
sendiri, dan aku tidak berpendapat begitu. Demi Tuhan, tidak akan ada lagi
negeri yang dibebaskan sesudahku yang di situ terdapat kekayaan besar, bahkan
mungkin akan menjadi beban atas orang-orang Muslim. Jika aku bahagi-bahagikan
tanah-tanah di Iraq beserta garapannya, tanah-tanah di Syam beserta garapannya,
maka dengan apa pos-pos pertahanan akan dibiayai? Dan apa yang tersisa untuk anak
cucu dan janda-janda di negeri itu dan di tempat lain dari kalangan penduduk
Syam dan Iraq?
Orang pun ramai berkumpul sekitar Saiyidina Umar, dan
mereka semua berseru: Apakah engkau akan memberikan sesuatu yang oleh Allah
diberikan untuk kami dengan perantaraan pedang-pedang kami kepada kaum yang
belum ada dan belum bersaksi? Dan kepada anak-anak mereka itu serta cucu-cucu
mereka yang belum ada?
Namun Saiyidina Umar tidak tergugat kecuali berkata:
Itulah pendapatku.
Mereka menyahut: Bermusyawarahlah!
Maka Saiyidina Umar pun bermusyawarah dengan kaum
Muhajirin yang terkemuka, dan mereka ini berselisih pendapat. Adapun Abd
al-Rahman ibn ‘Awf, pendapatnya ialah agar diberikan kepada para tentera itu
apa yang telah menjadi hak mereka. Sedangkan pendapat ‘Utsman, ‘Ali, Thalhah
dan Ibn Saiyidina Umar sama dengan pendapat Umar.
Kemudian Saiyidina Umar memanggil sepuluh orang dari
golongan Ansar, lima orang dari suku al-Aws dan lima orang dari suku
al-Khazraj, terdiri dari para pembesar dan tokoh mereka. Setelah mereka
berkumpul, Saiyidina Umar membaca hamdalah dan memuji Tuhan, kemudian
berkata (penuturan al-Dawalibi ini tidak jauh berbeza dengan al-Khuli di atas):
‘Aku tidak bermaksud mengejutkan kalian kecuali hendaknya
kalian menyertaiku dalam amanatku dan dalam urusan kalian yang dibebankan
kepadaku. Sebab aku hanyalah salah seorang saja dari kalian, dan kalian hari
ini hendaknya membuat keputusan dengan benar: siapa saja yang hendak berbeza
pendapat dengan aku, silakan ia berbeza, dan siapa saja yang hendak bersepakat
dengan aku, silakan ia bersepakat. Aku tidaklah ingin kalian mengikuti begitu
saja hal yang menjadi kecenderunganku ini. Di tangan kalian ada Kitab Allah
yang menyatakan kebenaran. Dan demi Tuhan, kalau aku pernah menyatakan suatu
perkara yang kuinginkan, aku tidak menginginkannya kecuali kebenaran.’
Semuanya serentak berkata: Bicaralah, dan kami semua akan
mendengarkan, wahai Amir al-Mu’minin!
Dan Saiyidina Umar berkata lagi: Kalian telah mendengar
pembicaraan mereka, kelompok yang menuduh aku berbuat zalim berkenaan dengan
hak-hak mereka. Aku benar-benar berlindung kepada Allah dari melakukan
kezaliman. Jika aku telah berbuat zalim kepada mereka berkenaan dengan sesuatu
yang menjadi milik mereka dan aku berikan kepada orang lain, maka benar-benar
telah celakalah diriku. Tetapi aku melihat bahawa tidak ada lagi sesuatu
(negeri) yang dibebaskan sesudah negeri Khusru (Raja Persia), dan Allah pun
telah merampas untuk kita harta kekayaan mereka dan tanah-tanah pertanian
mereka, garapan-garapan mereka, maka aku bahagi-bahagikanlah semua kekayaan
(yang bergerak) kepada mereka yang berhak, kemudian aku ambil seperlimanya, dan
aku atur menurut aturan tertentu, dan aku sepenuhnya bertanggungjawab atas
pengaturan itu. Tetapi aku berpendapat untuk menguasai tanah-tanah pertanian
beserta garapan-garapannya, dan aku terapkan cukai atas para penggarap
tanah-tanah itu, dan mereka berkewajiban membayar jizyah sebagai fay’
untuk orang-orang Muslim, baik yang berperang mahupun anak cucu mereka, dan
untuk generasi yang kemudian. Tahukah kalian pos-pos pertahanan itu? Di sana
harus ada orang-orang yang tinggal menetap. Tahukah kalian, kota-kota besar
seperti di Syam, al-Jazirah (Mesopotamia), Kufah, Basrah dan Mesir? Semuanya
itu memerlukan tentera untuk mempertahankan dan biaya besar untuk mereka. Dari
mana mereka diberi biaya itu jika semua tanah pertanian dan garapannya telah
habis dibahagi-bahagi?
Serentak semuanya menjawab: Pendapat yang benar ialah
pendapatmu. Alangkah baiknya apa yang kau katakan dan lihat itu. Jika pos-pos
pertahanan dan kota-kota itu tidak diisi dengan pegawai-pegawai, serta
disediakan bagi mereka keperluan-keperluan mereka, maka tentulah kaum kafir
akan kembali ke kota-kota mereka.
Kata Mu’adz kepada Saiyidina Umar: ‘Jika engkau sampai membahagi-bahaginya,
maka akan terjadilah kekayaan yang amat besar berada di tangan kelompok orang
tertentu, kemudian mereka akan mati, lalu harta itu akan bergeser ke tangan
satu orang, baik laki-laki ataupun perempuan, dan sesudah mereka itu muncul generasi
yang benar-benar melihat adanya kebaikan pada Islam iaitu mereka mendapati
dalam Islam suatu keuntungan namun mereka tidak mendapatkan apa-apa. Kerana itu
carilah sesuatu yang menguntungkan baik generasi pertama mahupun generasi
akhir.’
Sungguh menakjubkan pernyataan Mu’adz itu: Jika
tanah-tanah pertanian itu dibahagi habis, maka terjadilah kekayaan amat besar
pada kelompok tertentu, dan kalau mereka ini semuanya telah tiada, kekayaan itu
akan pindah ke tangan satu dua orang, sehingga orang-orang (dari kalangan
penduduk setempat) yang muncul sesudah itu dan memeluk Islam tidak lagi
mendapatkan sesuatu apa pun! Alangkah cemerlang pernyataannya itu!
Menentang
Dengan pernyataannya itu, Mu’adz seolah-olah hendak
menentang banyak orang sebagaimana kaum sosialis sekarang menentang para tuan
tanah agar jangan sampai tanah yang luas milik Tuhan itu jatuh ke tangan hanya
satu dua orang, sama ada lelaki mahupun wanita, yang dengan pemilikan tanah itu
orang tersebut memetik buah kerja keras sejumlah besar para petani untuk
dinikmati sendiri tanpa disertai kalangan manusia lainnya.
Para sahabat Rasulullah s.a.w itu terus melakukan
perbincangan sesama mereka selama beberapa hari. Mereka yang berpendapat harus
dibahagi-bahagikan, berhujah dengan amalan Rasulullah s.a.w dalam
membahagi-bahagikan tanah Khaybar di antara para tentera yang membebaskannya,
dan dengan firman Allah, ‘Ketahuilah bahawa apa pun dari sesuatu (kekayaan)
yang kamu rampas dalam peperangan maka seperlimanya adalah untuk Allah, Rasul,
para kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang terlantar di
perjalanan.’
Kerana ayat itu hanya mengemukakan ketentuan untuk
menyisihkan seperlima saja dari kekuasaan para tentera pelaksana rampasan dalam
perang dan menyerahkannya kepada bait al-mal untuk digunakan bagi
keperluan pihak-pihak yang berhak yang tersebutkan dalam ayat tersebut,
sedangkan ayat itu tidak memberi ketentuan apa-apa tentang bahagian yang empat
perlima lagi, maka ‘Abd al-Rahman ibn ‘Awf berkata kepada Saiyidina Umar:
‘Tanah-tanah pertanian dan garapannya itu tidak lain ialah harta yang
dirampaskan oleh Tuhan untuk mereka, yakni harta yang diberikan Tuhan kepada
mereka dari musuh.’
Sedangkan Saiyidina Umar, dalam menjawab hujah ‘Abd
al-Rahman itu, menyatakan: ‘Itu tidak lain hanyalah pendapatmu, dan aku tidak
berpendapat begitu. Demi Tuhan, tidak ada lagi sesudahku negeri yang dibebaskan
yang di situ terdapat kekayaan yang besar, bahkan mungkin akan menjadi beban
atas orang-orang Muslim. Maka jika aku bagi habis tanah Iraq dan garapannya,
juga tanah Syam dan garapannya, maka bagaimana membiayai pos-pos pertahanan?
Dan apa yang tersisa untuk anak cucu dan janda-janda di negeri itu dan di
tempat lain dari kalangan penduduk Syam dan Iraq?’
Saiyidina Umar terus melakukan musyawarah dan pembahasan.
Ramai orang berargumentasi untuk melakukan pembahagian sesuai dengan pengertian
lahir nas-nas, dan Saiyidina Umar berargumentasi untuk tidak melakukan
pembahagian demi kemaslahatan masyarakat Muslim sendiri. Seolah-olah Saiyidina
Umar membezakan antara apa yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w di tanah-tanah
pertanian Khaybar yang kecil pada permulaan Islam yang dituntut oleh
kemaslahatan masyarakat Muslim ketika itu tanpa menyimpang daripadanya, dan
tanah-tanah pertanian lembah yang subur di Iraq, Mesir dan Syam, yang
seandainya diterapkan di sana apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di
tanah-tanah pertanian Khaybar itu maka tentu masyarakat Muslim akan kehilangan
kemaslahatannya.
Orang ramai tetap saja pada pendirian mereka, sehingga akhirnya
Saiyidina Umar datang dan menyatakan: ‘Aku telah mendapatkan hujah terhadap
mereka dengan bahagian akhir dari ayat-ayat al-Hasyr.’
Di situ Tuhan telah memperincikan mereka yang berhak atas
harta rampasan perang dengan firman-Nya: ‘Sesuatu (harta kekayaan) yang
diberikan Tuhan sebagai rampasan perang untuk Rasul-Nya dari penduduk negeri
adalah milik Tuhan, Rasul, para kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
dan ibn al-sabil, agar supaya harta itu tidak berkisar di antara
orang-orang kaya saja dari antara kamu...’
Maksudnya supaya harta rampasan itu tidak berputar di
kalangan para orang kaya saja tanpa ikut sertanya para fakir miskin, sampai
dengan firman Allah s.w.t: ‘Bagi orang-orang miskin para Muhajirin yang diusir
dari rumah-rumah dan harta benda mereka ...’ terus ke firman-Nya, ‘Dan mereka
yang telah menetap di negeri (Madinah) dan beriman sebelum (datang) mereka
(Muhajirin) itu...,’ serta diakhiri dengan firman, ‘Dan mereka yang datang
sesudah mereka itu ...’
Kemudian kata Saiyidina Umar: ‘Aku tidak melihat ayat ini
melainkan meliputi semua orang manusia sampai termasuk pula seorang penggembala
kampung Kidd’.’
Lalu Saiyidina Umar berseru kepada orang ramai: ‘Apakah
kalian menghendaki datangnya generasi kemudian tanpa mendapatkan sesuatu apa
pun? Lalu apa yang tersisa untuk mereka sepeninggal kalian itu? Kalau tidak
kerana generasi kemudian itu, tidaklah ada suatu negeri yang dibebaskan
melainkan pasti aku bahagi-bahagikan sebagaimana Rasulullah s.a.w telah
membahagi-bahagikan tanah Khaybar.’
Demikianlah Saiyidina Umar memutuskan untuk menyita
tanah-tanah pertanian tersebut dan tidak membahagi-bahagikannya kepada tentera
pembebas, dan membiarkan tanah-tanah itu tetap berada di kalangan para penduduk
penggarap yang dari hasilnya mereka membayar cukai untuk dibelanjakan bagi
kemaslahatan masyarakat Muslim pada umumnya, dan orang-orang Muslim pun
kemudiannya bersepakat dengan Saiyidina Umar.
Jelas bahawa tindakan bijaksana dari Saiyidina Umar r.a.
yang menyimpang dari tindakan Rasulullah s.a.w bukanlah bermakna peniadaan
suatu Sunnah yang tetap yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, melainkan kerana
berpegang teguh kepada Sunnah itu dengan dalil-dalil berbagai nas yang lain
mengikuti kemaslahatan umum.
Jika Rasulullah s.a.w membahagi-bahagikan antara
orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri dari tanah-tanah
pertanian pada waktu itu tanpa menyisakan sedikit pun untuk generasi yang
datang kemudian, maka hal itu ialah kerana masalah zaman menghendaki hal
demikian sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk menolong orang-orang
miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat-tempat kediaman dan harta
kekayaan mereka.
Dan jika Saiyidina Umar tidak membahagi-bahagikannya,
maka hal itu pun kerana kemaslahatan ketika itu, sebagaimana beliau sendiri
telah menjelaskannya, menghendaki kebijaksanaan demikian itu. Itulah sebabnya
al-Qadli Abu Yusuf berkata: ‘Pendapat yang dianut Saiyidina Umar r.a. untuk
tidak membahagikan tanah-tanah pertanian itu antara mereka yang membebaskannya,
ketika Tuhan memberinya kearifan tentang apa yang disebutkan dalam Kitab Suci
sebagai penjelasan pendapatnya itu, adalah suatu petunjuk dari Tuhan.’
Kebaikan Pendapat
Pada Saiyidina Umar dengan tindakan tersebut - yang di
situ terdapat kebaikan pendapatnya - berupa pengumpulan cukai dan
pembahagiannya di antara orang-orang Muslim, terkandung kebaikan umum bagi
masyarakat mereka. Sebab jika seandainya pendapatan dan kekayaan (negeri) tidak
diserahkan kepada manusia (secara umum), maka pos-pos pertahanan tidak lagi
terpenuhi keperluannya, dan tentera tidak lagi mendapat bekalan untuk
melanjutkan perjuangan suci (jihad) mereka.
Demikianlah dua penjelasan tentang ijtihad Saiyidina Umar
r.a. Semoga kita dapat belajar dari kearifan tokoh dalam sejarah Islam yang amat
tersohor itu, yang sering dikemukakan sebagai teladan seorang pemimpin dan
penguasa yang adil, demokratik dan terbuka.
Catatan:
Diambil dari kitab al-Huquq al Madaniyyah (Hak-hak
Umum) oleh al-Zarqa, halaman 76. Al-Zarqa telah menjabarkan ayat ghanimah
(harta rampasan perang) dalam s. al-Anfal/8:41, ‘Dan ketahuilah olehmu sekalian
bahawa apa pun dari sesuatu (harta kekayaan) yang kamu rampas dalam peperangan
maka sesungguhnya seperlima daripadanya adalah untuk Allah dan untuk Rasul,
para kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang dalam perjalanan.’
Kata al-Zarqa, ‘Sebenarnya ayat suci itu menentukan
pembelanjaan seperlima dari harta rampasan itu untuk urusan umum, dan Sunnah
menjelaskan tindakan Rasulullah s.a.w tentang cara membagikan sisanya (yang
empat perlima) kepada para anggota mereka yang merebut harta rampasan itu.
Kemudian datang ayat fay’ dalam Surah al-Hasyr/59:6-10, yang mengatakan,
‘Apa pun yang diberikan Tuhan bahawa harta fay’ kepada Rasul-Nya ...’ yang ayat
itu memberi kejelasan bahawa harta fay’ harus dimanfaatkan oleh
orang-orang Muslim secara keseluruhan, baik yang sekarang mahupun yang bakal
datang, dan tidak hanya terbatas untuk para pejuang pembebas saja, melainkan
semuanya harus ditempatkan di bawah bait al-mal.
Beza antara ghanimah dan fay’ dalam istilah
shar’i ialah bahawa ghanimah adalah harta yang dirampas dari musuh
dengan kekuatan senjata, sedangkan fay’ adalah harta yang ditinggalkan
musuh kerana ketakutan, atau yang mereka bayarkan kerana terpaksa dan kalah, dan
tidak diperolehi dari musuh itu dengan pengerahan kavaleri ataupun komando
tentera dalam medan peperangan.
Lantaran itu fay’ meliputi pula pungutan-pungutan
yang dibebankan kepada mereka seperti jiryah atas individu-individu dan
cukai (kharaj) atas bumi. Telah terbukti dalam Sunnah ketika Rasulullah s.a.w
membebaskan Khaybar, yang dibebaskan dengan kekerasan, bukan dengan jalan
damai, dan penduduk Yahudinya yang diperangi itu meninggalkannya atas dasar
hukum pelarian diri, maka tanah-tanah pertanian mereka itu dianggap termasuk fay’,
dan Rasulullah s.a.w mengambil separuhnya - sebelum seperlimanya - kemudian
ditinggalkan untuk para pengawas dan penghuni setempat, kemudian baginda
bahagi-bahagikan bakinya kepada para tentera pembebas.
Kemudian al-Ustadh menjelaskan kisah pembebasan Lembah
Iraq (Mesopotamia), dan mentafsirkan pendirian Saiyidina Umar yang bijaksana
dalam membezakan antara harta rampasan perang yang bergerak dan tanah-tanah
pertanian, bahawa sesungguhnya beliau justeru berpegang kepada dalil-dalil nas
dan menggabungkan semuanya, dan melaksanakan setiap dalil nas itu dengan
meletakkan pada tempatnya yang dibimbing oleh pandangannya yang menyeluruh dan
tepat, tidak seperti yang dikesankan oleh mereka dari zaman sekarang yang
mengira dalam masalah ini Saiyidina Umar menyalahi nas-nas agama, dan
menganggap sikap menyalahi itu menurut perkiraan mereka sebagai suatu
kepintaran dalam berijtihad.
Dari yang telah dikutip itu pembaca boleh melihat bahawa Saiyidina
Umar menggunakan hujah-hujah dari nas Al-Quran sendiri yang dengan nas-nas itu
beliau membungkam para penentangnya dan membuktikan keunggulan pemahamannya
mengenai nas-nas tersebut. Menyertai pendapat Saiyidina Umar dalam pandangannya
itu ialah para pembesar sahabat yang mendalami pemahaman agama seperti ‘Ali dan
Mu’adh.
Kerajaan
Khulafa Al-Rasyidin
Sejarah telah mencatatkan bahawa Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi. Baginda telah
berjaya membentuk sebuah pemerintahan Islam. Baginda berjaya menyatupadukan
golongan Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun
622 Masehi lebih menyerlahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin
kerajaan Islam sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan pusat
perdagangan semata-mata.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 632
Masehi, sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda telah
diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. Zaman
pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. Tokoh-tokoh
yang memegang jawatan ini ialah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq, Saiyidina Uma
bin Al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abu Talib.
Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq
Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq dilahirkan pada tahun 573
Masehi iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasullullah s.a.w. Nama sebenar beliau
ialah Abdullah bin Abi Khuhafah. Beliau berasal daripada keturunan Bani Tamim.
Beliau diberi gelaran as-Siddiq kerana beliau sentiasa meyakini kebenaran segala
kata-kata dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Selain itu, beliau juga bersifat
ikhlas, jujur dan setia kepada baginda. Beliau telah menjadi khalifah pertama
dan memerintah selama dua tahun dari 11-13 Hijrah (632-634 Masehi) sebelum
wafat pada tahun 13 Hijrah (634 Masehi).
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, berlaku perselisihan
faham antara kaum Ansar dan Muhajirin. Orang Ansar bercadang untuk melantik
Saad bin Ubadah untuk menggantikan tempat Nabi Muhammad, apabila perkara ini
diketahui golongan Muhajirin; satu pertemuan telah dilakukan untuk
membincangkan perkara ini.
Setelah berbincang, Abu Bakar telah mencadangkan Saiyidina
Umar Al-Khattab dan Ubaidah tetapi cadangan ini telah ditolak sama sekali oleh Saiyidina
Umar Al-Khattab. Kemudiannya Saiyidina Umar Al-Khattab telah mencadangkan
kembali Saiyidina Abu Bakar sebagai Khalifah pertama kerajaan Islam Madinah dan
cadangan ini telah dipersetujui oleh semua pihak.
Sumbangan
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Sepanjang pemerintahannya selama dua tahun sebagai
pentadbir kerajaan Islam Madinah, beliau telah berjaya mengatasi perpecahan
masyarakat Islam Madinah yang berpunca daripada pelbagai permasalahan yang
terbentuk daripada golongan-golongan murtad sebagai contoh. Dalam
pemerintahannya, beliau telah berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan
golongan yang enggan membayar zakat. Hal ini kerana beliau telah berijtihad
bahawa orang yang mengingkari kewajipan membayar zakat adalah dikira sebagai
menafikan rukun Islam.
Selain itu, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq turut menggerakkan
semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghasan yang telah
membunuh utusan Rasullullah kerana berpendapat beliau tidak patut merubah
bendera yang telah diikat baginda. Malah, ketika beliau sedang sakit,
kebijaksanaannya telah membantu golongan selepasnya untuk melantik khalifah
seterusnya kerana beliau telah menamakan penggantinya iaitu Saiyidina Umar
Al-Khattab sebelum beliau wafat.
Seterusnya, sumbangan beliau kepada tamadun Islam pada
zaman tersebut turut diteruskan apabila beliau telah berjaya membebaskan
negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi. Tentera Islam yang diketuai
panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah daripada
ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan kerajaan Byzantium
(Rom Timur) di sebelah Barat. Di samping itu, beliau turut berusaha untuk
melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan lagi Tanah Arab
kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin,
Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar pemerintahannya, beliau turut
melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.
Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran
gaji untuk tentera melalui Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah
undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah
atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan melindungi golongan mawali iaitu
orang bukan Arab yang memeluk Islam. Akhir sekali, sumbangan terbesar Saiyidina
Abu Bakar as-Siddiq ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah Al-Quran
dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam sehingga
kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan kemunculan golongan
murtad dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya
mengumpulkan semua tulisan ayat Al-Quran serta menyalinnya semula.
Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah
diamanahkan kepada Saiyidina Umar Bin Al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi
Muhammad) dan Saiyidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya
itu, beliau telah digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.
Khalifah
Umar Bin Al-Khattab
Saiyidina Umar Bin Al-Khattab telah dilahirkan pada 13
tahun selepas kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad iaitu pada tahun 583
Masehi. Nama sebenar beliau ialah Umar Bin Al-Khattab bin Naufal. Beliau
berketurunan Bani A’di daripada golongan Arab Quraisy. Beliau telah diberi
gelaran al-Farouk yang membawa maksud pemisah antara hak dan batil; dan beliau sangat
terkenal dengan sikapnya yang tegas, berani dan berterus-terang. Tarikh
perlantikannya sebagai Khalifah kedua kerajaan Islam ialah pada hari Selasa, 22
Jamadilawal tahun ke 13 Hijrah bersamaan 634 Masehi. Beliau telah memerintah
selama 10 tahun 6 bulan hingga tahun 644 Masehi sebelum wafat di usia 63 tahun
di bulan Zulhijjah bersamaan tahun 23 Hijrah.
Berkenaan cara perlantikan beliau pula, Saiyidina Abu Bakar
as-Siddiq telah menamakan beliau sebagai penggantinya ketika sedang sakit
sebelum Saiyidina Abu Bakar wafat. Malah, Saiyidina Abu Bakar turut meminta
pendapat dan pandangan orang ramai mengenai keputusannya untuk melantik Saiyidina
Umar Al-Khattab sebagai penggantinya. Wasiat Saiyidina Abu Bakar untuk melantik
beliau sebagai waris Khalifah empayar Islam Madinah telah ditulis oleh Saiyidina
Uthman bin Affan.
Sumbangan
Khalifah Umar Al-Khattab
Zaman pemerintahan Saiyidina Umar Bin Al-Khattab turut
dianggap pengkaji sejarah Islam sebagai zaman keemasan tamadun Islam
terutamanya kerajaan Islam Madinah kerana polisi pentadbiran dan pemwujudan
beberapa pembaharuan dalam pentadbiran yang telah membawa banyak perubahan yang
berjaya kepada kerajaan yang unggul pada ketika itu telah disusun rapi oleh
pentadbiran Saiyidina Umar Bin Al-Khattab.
Antara sumbangan terpenting Saiyidina Umar Al-Khattab
kepada ketamadunan Islam ialah menyusun semula majlis Syura yang dianggotai
oleh wakil daripada golongan muhajirin dan ansar. Malah, beliau turut
mengisytiharkan penggunaan kalendar mengikut tahun Hijrah. Selain itu, beliau
turut menyusun semula undang-undang tanah negara dan menyusun semula
pentadbiran tanah yang di bawah penguasaan kerajaan Islam di mana tanah-tanah
tersebut dinamakan sebagai harta negara.
Saiyidina Umar Al-Khattab juga telah membahagikan jajahan
takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai
ketua untuk bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Malah,
wilayah yang telah dibahagikan turut dipecahkan lagi kepada beberapa kawasan
seperti Mekah, Madinah, Palestin, Kufah, Jazirah dan Basra untuk melancarkan
lagi sistem pentadbiran.
Di samping itu, Saiyidina Umar Al-Khattab juga telah
menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis,
Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Seorang khatib atau
setiausaha diletakkan di setiap jabatan tersebut untuk mengetuai pentadbiran
jabatan tersebut. Selain itu, beliau telah memisahkan Jabatan Kehakiman
daripada jabatan lain. Seorang hakim pula telah dibayar gaji bulanan yang tinggi,
sekitar 500 dirham untuk mengelakkan salah laku dalam menjalankan tugas.
Dalam bidang sosial, terutamanya pendidikan; Saiyidina Umar
Al-Khattab telah mengembangkan pengajaran Al-Quran dengan penyediaan madrasah
di kawasan masjid dan beliau turut menghantar guru-guru agama ke seluruh
wilayahnya untuk mengembangkan sistem pendidikan. Sebagai contoh, Abu Sufyan
pernah diutuskan ke kawasan pedalaman untuk mengajar orang Badwi di kawasan
tersebut.
Dalam pada itu, Saiyidina Umar Al-Khattab juga telah
mempertingkatkan lagi ketamadunan Islam pada masa itu dengan menyusun semula
tentera Islam dengan mewujudkan pasukan tentera sukarela dan pasukan tentera
tetap. Mereka juga diberikan gaji yang tetap dan pakaian seragam. Markas
tentera dan kubu-kubu pertahanan turut dibina di bandar-bandar utama dan
sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan
Basrah. Pada zaman pemerintahannya juga, harta ghanimah tidak lagi diberi
kepada tentera Islam setelah sistem gaji diperkenalkan.
Dalam bidang ekonomi pula, beliau juga telah membina
terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan
Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di
Mesir. Rakyat juga telah digalakkan untuk meneroka tanah baru untuk pertanian
di samping mengusahakan tanah terbiar.
Saiyidina Umar Al-Khattab turut memperkenalkan pelbagai
jenis cukai untuk mempertingkatkan lagi pendapatan negara. Contonhya jizyah
yang dikenakan kepada golongan zimmi (golongan bukan Islam yang hidup dalam
pemerintahan kerajaan Islam) adalah tidak memberatkan mereka. Begitu juga
dengan kharaj yang dikenakan ke atas hasil tanaman. Melalui sistem cukai ini,
beliau telah berjaya menubuhkan Baitulmal. Saiyidina Umar Bin Al-Khattab juga
telah diberi gelaran sebagai amirul mukminin atas kepimpinannya.
Khalifah
Uthman Bin Affan
Khalifah ketiga dalam kerajaan Islam Madinah ialah Saiyidina
Uthman bin Affan atau nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin al-Aus bin
Umaiyah. Beliau berasal daripada keturunan Bani Umaiyah. Beliau telah
dilahirkan pada 576 Masehi iaitu enam tahun selepas tahun Gajah. Beliau telah
dilantik pada tahu ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masehi untuk menggantikan Saiyidina
Umar Al-Khattab yang wafat. Telah memerintah selama 12 tahun sehingga 656 Masehi,
beliau dikenali sebagai seorang hartawan dan pakar perniagaan yang sangat
dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur dan mempunyai sikap simpati
terhadap golongan yang memerlukan.
Beliau juga terkenal dengan gelaran Zu Nurain kerana beliau
telah berkahwin dengan 2 orang puteri Nabi Muhammad. Tarikh kewafatannya ialah
pada 18 Zulhijjah tahu 35 Hijrah; beliau telah dibunuh oleh pemberontak ketika
sedang membaca Al-Quran. Saiyidina Uthman bin Affan telah dilantik dengan cara
wasiat daripada pemimpin terdahulu iaitu Saiyidina Umar Bin Al-Khattab. Saiyidina
Umar Al-Khattab telah mencalonkan enam orang sahabat untuk menggantikan beliau
ketika beliau sedang sakit. Mereka ialah Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina
Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah, Zubair bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqas
dan Abdul Rahman bin Auf.
Talhah, Zubair dan Saad telah menarik diri manakala Abdul
Rahman pula memilih untuk menjadi pemegang amanah di mana beliau telah menemui
orang ramai untuk mengumpulakn pendapat apabila hanya tinggal Saiyidina Uthman
dan Saiyidina Ali yang mendapat undian yang tertinggi. Akhirnya, dengan
persetujuan orang ramai, Saiyidina Uthman bin Affan telah dilantik menjadi
khalifah ketiga dalam kerajaan Islam Madinah.
Sumbangan
Khalifah Uthman Bin Affan
Dari segi politik, Saiyidina Uthman bin Affan terkenal
dengan perluasan kuasa empayar Islam sehingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus
dan Tripoli. Dengan kekayaan yang diperolehi daripada kepintarannya dalam
perniagaan, beliau juga telah membelanjakan hampir semua hartanya dalam
membentuk pasukan tentera Islam yang terhebat pada zaman itu yang digeruni.
Beliau juga telah mengukuhkan lagi keselamatan negaranya dengan menubuhkan
pasukan tentera laut pertama Islam dalam sejarah khulafah ar-Rasyidin.
Antara sumbangan terbesar khalifah Uthman ialah apabila
jajahan takluk Islam semakin meluas, berlaku pula kepelbagaian cara bacaan
(qiraat) ayat Al-Quran di pelbagai wilayah tersebut. Maka, untuk menyelaraskan
bacaan-bacaan tersebut Saiyidina Uthma bin Affan telah mengumpulkan dan
membukukan Al-Quran dalam satu naskah yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani
untuk memudahkan orang ramai untuk membacanya dengan betul.
Selain itu, pembinaan infrastruktur juga telah berkembang
pesat pada zaman pemerintahan beliau. Saidin Uthman bin Affan telah membina
banyak sekolah, jalan raya, jambatan dan juga rumah rehat untuk kemudahan
pengembara. Beliau telah menyambung konsep pemimpin sebelumnya dalam memakai
cukai untuk menampung pendapatan negara. Daripada pendapatan yang diperoleh,
beliau telah membelanjakannya dengan bijak untuk memajukan lagi negara Islam
pada ketika itu.
Melalui harta negara yang begitu banyak, beliau telah
melonggarkan syarat-syarat Baitulmal supaya dapat membantu rakyatnya yang
susah. Melalui pengurusan Baitulmal yang efisyen pada zaman perintahannya,
harta Baitulmal dapat digunakan untuk pembangunan negara contohnya membiayai
kos infrastruktur dan mempertingkatkan sistem ketenteraan dengan pembelian
peralatan senjata dan kapal-kapal untuk pertahanan negara.
Khalifah
Ali Bin Abi Talib
Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saiyidina
Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masehi iaitu sepuluh tahun sebelum
Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama
sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal
daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau
telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masehi
sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman
bin Muljan di Kufah. Saiyidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran
sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama
yang memeluk Islam.
Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang membawa
maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah karana tidak
pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga sangat terkenal dengan sifat
keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas
dalam perundangan Islam. Berkaitan dengan cara pemilihannya pula, Saiyidina Ali
dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat
kewafatan Saiyidina Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris penggantinya.
Pihak pemberontak pula telah sebulat suara meminta untuk melantik Saiyidina Ali
bin Abi Talib sebagai khalifah.
Memandangkan keadaan negara yang kian meruncing, beliau
menerima jawatan tersebut dan disokong oleh ramai pihak berlandaskan kemahiran
dan pengetahuan beliau yang luas dan kepakarannya tentang selok belok hukum.
Perlantikannya juga telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan masyarakat dan undang-undang Islam.
Sumbangan
Khalifah Ali Bin Abi Talib
Sumbangan terbesar Saiyidina Ali bin Abi Talib kepada
kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi
kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana
bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai
pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua.
Saiyidina Ali bin Abi Talib telah berusaha
bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan
dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad. Beliau
juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian
negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun
tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi
disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat Al-Quran, maka
beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses
perundingan.
Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saiyidina
Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau
telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
Sumber dan rujukan:
- Rosnani
Rifin.(2007). Masteri Memori Melalui Peta Minda. Selangor Darul Ehsan: PNI
NEURON.
- Razlina
Abd. Rahman. (2005). Bimbingan Skor, Intensif SPM, Pendidikan Islam. Selangor
Darul Ehsan: PAN ASIA PUBLICATIONS SDN.BHD)
- Siti
Hajar Abdullah. (2009). My Gred A, Pendidikan Islam Tingkatan 5. Selangor
Darul Ehsan: INFO-DIDIK SDN. BHD)
- Fiqh
Al-Harakah 1 & 2 - Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang
- Hayatus-Sahabah
1,2,3 dan 4 - Syeikh Myuhamad Yusuf Al-Qardhawi.
- Tokoh-tokoh
Islam dulu dan sekarang edisi 5 - H. Luqman Hakim
- Al-Quran,
Tafsir Usmani - Allama Shabbir Ahmad Usmani.
- Abdul
Aziz, Dr., 1996. ‘Poverty Among Muslims and Strategies For Its
Alleviation’, dlm. T. Abdur Rahman and K.G. Munshi, eds., Poverty
Alleviation Among Muslims in Tamilnadu, New Delhi: Institute of Objective
Studies, ms 1-6.
- Abul-Laits
Assamarqandi, terj. H. Salim Bahreisy, 1978. Tanbihul Ghafilin
(Peringatan Bagi Yang Lupa), Jakarta dan Surabaya: Pt Bina Ilmu, cetakan
kedua.
- Akram
Diya’ Al-’Umar Al-Khattabi, terj. Zainab Abdul Kadhir,
2000. Masyarakat Madani Pada zaman Nabi, Kuala Lumpur; The
International Institute of Islamic Thought Malaysia dan Thinker’s Library
Sdn Bhd.
- Al
Imam Al Bukhary, 1997. (terj. H.Zainuddin Hamidy, H. Fachruddin Hs, H.
Nasharuddin Thaha, Johar Arifin, A. Rahman Zainuddin M.A), Terjemahan
Hadis Shahih Bukhari, Jilid I, II, III & IV, Klang, Selangor: Klang
Book Centre, Cetakan Kelima.
- Asghar
Ali Engineer, 1991 atau 1992. ‘An Islamic Approach to the Challenge of
Poverty’, Ilmu Masyarakat, No.21, Oktober 1991 - Jun 1992, ms.26-36.
- Ashaari
Muhammad, Abuya Syeikh Imam, 1993. Falsafah Kemiskinan dan Jalan
Penyelesaiannya Menurut Islam, Lumpur: Minda Abuya Agency.
- Faisal
bin Othman, 1993. ‘Kepapaan Adalah Musuh Islam’, dlm. Nik Mustapha Haji
Nik Hassan dan Siti Fatimah Abdul Rahman, sunt., Islam, Budaya Kerja
dan Pembangunan Masyarakat - Satu Kefahaman, Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), ms.137-141.
- Fauzian
Mohammad, 1997. Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani, Batu Caves:
Pustaka Ilmi.
- Ibn
Majah, 1984. Sunan Ibn Majah, Riyadh: Sharikah at-Tiba’ah
al-’Arabiyah as-Sa’udiyah, Vol.2, p.344.
- Imam
Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali), disesuaikan oleh
Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, terj. Syed Ahmad Semait,
1978. Bimbingan Mu’minin: Pada Mencari Redha Rabil-’Alamin, Jilid
2, Singapura: Pustaka Nasional.
- Imam
Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali), 1980. Ihya
Ulumiddin, Jilid 5 dan 7, Indonesia: Penerbit Asli.
- K.H.
Firdaus, 1997. Tokoh Kepimpinan dan Pejuang Keadilan Khalifah Umar
Al-Khattab bin Abdul Aziz, Selangor D.E.: Pustaka Ilmi.
- K.S.S.
Uduman Mohideen, Dr., 1996. ‘Islamic Concept of Poverty’, dlm. T. Abdur
Rahman and K.G. Munshi, eds., Poverty Alleviation Among Muslims in
Tamilnadu, New Delhi: Institute of Objective Studies, ms 7-19.
- Maulana
Muhammad Zakariya Kandhahlawi, 1998. Kisah-Kisah Para Sahabat, Jilid
1-2 (Edisi Baru), Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.
- M.
Basheer Ahmed Khan, Dr., 1996. ‘Management of Poverty Alleviation - A
Strategy’, dlm. T. Abdur Rahman and K.G. Munshi, eds., Poverty
Alleviation Among Muslims in Tamilnadu, New Delhi: Institute of Objective
Studies
- Muhammad
Akram Khan, 1985. ‘Economic Growth and Development in Islam’, The
Search, Brattleboro, USA, Vol.6, No.24, ms 142-166.
- Muhammad
Syukri Salleh, 1999. ‘Islam dan Kemiskinan’, Pemikir, Bil.18,
Oktober-Disember, hal. 153-174.
- Muhammad
Yusuf Al-Kandahlawi, 1997 (Diolah dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait), Untaian
Kisah Nabi dan Para Sahabat, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
- Seers,
Dudley, 1969. ‘The Meaning of Development’, International Development
Review, Vol.11, No.4; diulang-terbit dalam IDS Communication Series,
No.44; Revista Brasileira de Economia, Vol.24, No.3;International
Spectator, Vol.XXIV, No.21; Ekistics, 1970; Sociological Abstracts,
USA, 1970; The Political Economy of Development, ed. Ilchman and
Uphoff, 1971; dan Insight, July 1971.
- Siddiq
Fadil, 1992. Minda Melayu Baru, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
- Surtahman
Kastin Hassan, 1996. ‘Kemiskinan dan Pembasmian Kemiskinan Mengikut
Perspektif Islam’, dlm. Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj Idris,
sunt., Kemiskinan Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia, Bangi,
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, ms.70-81.
- Syed
Ahmad Semait, 1995. Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga, Singapura:
Pustaka Islamiyyah Pte Ltd.
- Syed
Ahmad Semait, 1996. Kuliah Subuh - Pada Membicarakan Hadis 40,
Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd., Cetakan Ketujuh.
- Syed
Othman Alhabshi, 1993. ‘Tidakkah Islam Menggalakkan Kita Mengumpul
Harta?’, dlm. Nik Mustapha Haji Nik Hassan dan Siti Fatimah Abdul Rahman,
sunt., Islam, Budaya Kerja dan Pembangunan Masyarakat - Satu
Kefahaman, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
ms.127-135.
- Syeikh
Yusuf Qardhawi, terj. Umar Al-Khattab Fanany, 1980. Problema
Kemiskinan: Apa Konsep Islam, Surabaya, Indonesia: P.T. Bina Ilmu,
Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd dan Johor Bahru, Malaysia: Penerbitan
Pena Mas.
- T.
Abdur Rahman, Dr. and K.G. Munshi, Dr., eds., Poverty Alleviation
Among Muslims in Tamilnadu, New Delhi: Institute of Objective Studies.
- Ziauddin
Ahmad, 1991. Islam, Poverty and Income Disteribution, Leicester, UK:
The Islamic Foundation.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan