SMAHADZIR
Ceria nelayan
memunggah pelata,
Tangan bertepuk
hati gembira,
Beli seraga dibawa
pulang,
Bahasa kebangsaan
jiwa kita,
Dijaga dipupuk
segenap warga,
Jatidiri bangsa
negara gemilang,
Kain basahan
dihinggap kelekatu,
Anak disakat
harimau mengaum,
Berangan tumbang
menimpa tempua,
Berbahasa
kebangsaan menerjah waktu,
Penyatu masyarakat
berbilang kaum,
Semarak berkembang
ke serata benua.
Ke rumah penghulu
di Taman Setanggi,
Bawa sejadah tanda
ziarah,
Singgah di Jengka
membeli toman,
Bahasa Melayu
martabatnya tinggi,
Tercatat sudah di
lipatan sejarah,
Lingua franca
zaman-berzaman,
Pokok sugi berdaun
layu,
Dikerat-kerat
dibuat jambatan,
Tempat asmara dua
pahlawan,
Tidak rugi
berbahasa Melayu,
Warga erat
sejahtera watan,
Kukuh negara teguh perpaduan.
Bakar jerami
tepian pengandar,
Kain basahan
tersidai di telaga,
Biji cemara
disebar merata,
Bicara difahami
wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan
penyatu warga,
Kukuhlah negara
Malaysia tercinta.
Kain basahan
dibawa ke huma,
Pondok papan di
hujung laman,
Perdu berangan
nampak berbalam,
Bahasa kebangsaan
milik bersama,
Kita ungkapkan
sepanjang zaman,
Hasil perjuangan
pahlawan silam.
Dibuang sembilu
jadi mengkawan,
Akar kedangsa
dibebat-bebat,
Tempat berlari
sekawan rusa,
Bahasa Melayu
bahasa perpaduan,
Kesantunan bahasa
tinggi martabat,
Pembentuk jatidiri
bangsa Malaysia.
Pokok cemara di
tanah rata,
Tempat bermesra
sepasang murai,
Hinggap di dahan
burung pekaka,
Segar dan mesra
bahasa kita,
Pusaka negara usah
terburai,
Nadi keutuhan negara
merdeka.
Di perdu gemuyu
tempat bertemu,
Cincin diikat
bersalut gangsa,
Pinggan nasi
tepian cangkir,
Bahasa Melayu
wacana ilmu,
Penyatu masyarakat
pelbagai bangsa,
Penjana generasi
tuntas berfikir.
Hinggap kenari di
kubur keramat,
Berjatuh-jatuhan
buah pulasan,
Atas biara
berbumbung gangsa,
Bahasa dilestari
mendukung matlamat,
Pengukuh perpaduan
satu wawasan,
Satu negara satu
bahasa.
Enak terasa
hirisan keladi,
Buat makanan
sekawan angsa,
Masak bendi
bersama turi,
Indahnya bahasa
santunan budi,
Jadi cerminan
sahsiah bangsa,
Teras peribadi
nilaian diri.
Burung jentayu di
dahan gedangsa,
Berwarna-warni
cantik dipandang,
Bersiul ceria
senandung merdu,
Bahasa penyatu
pelbagai bangsa,
Wawasan murni
bakal terjulang,
Satu Malaysia
wadah berpadu.
Suara mendayu
sekawan angsa,
Dahan patah
kenanga mengharum,
Di atas ranting
melekat sialang,
Bahasa Melayu
maruah bangsa,
Wadah muhibah
antara kaum,
Aset terpenting
negara cemerlang.
Burung jentayu
gagah perkasa,
Di atas gunung
makanan disiat,
Girang hatinya
tidak terhingga,
Bahasa Melayu
mahkota bangsa,
Dijulang dijunjung
sepanjang hayat,
Martabat dan
mutunya harus dijaga.
Cantik kenari di
hujung desa,
Di dahan pulasan
terbang turun,
Buah pepaya kuning
bersaga,
Bangsa dikenali
kerana bahasa,
Budaya warisan
sejak berkurun,
Semarakkan ia di
hati warga.
Ukiran kayu
bersalut suasa,
Mari diikat di
atas bata,
Cantik warna
memikat hati,
Bahasa Melayu
penyatu bangsa,
Semua masyarakat
seia sekata,
Perlu dicakna
dijiwai dihayati.