Syed Mahadzir Syed
Ibrahim
1. SELALU BANGUN
SEBELUM SUBUH
Rasulullah s.a.w
selalu mengajak umatnya supaya bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah,
solat fardhu, dan solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antara lain:
1. Berlimpah pahala dari
Allah s.w.t
2. Kesegaran udara subuh
yang bagus untuk kesihatan danterapi penyakit TB
3. Memperkuatkan fikiran
dan menyihatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA
KEBERSIHAN
Rasulullah s.a.w
selalu senantiasa rapi dan bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat baginda mencuci
rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersikat dan berminyak
wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian juga menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. TIDAK PERNAH
BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak
terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia
ada 3 ruang untuk 3 benda iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi
umat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN
KAKI
Rasulullah s.a.w
selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat,
dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori kulit
akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk
mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah s.a.w:
“Jangan marah,” - diulangi sampai 3
kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak
pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan
dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah iaitu:
1. Mengubah kedudukan
ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
2. Membaca ta’awwudz,
kerana marah itu dari syaitan
3. Segeralah berwuduk
4. Solat 2 rakaat untuk
meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK
PUTUS ASA
Sikap optimis akan
memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap
sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI
HATI
Untuk menjaga
keseimbangan hati, kesihatan jiwa dan kesegaran mentaliti maka menjauhi iri
hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
“Ya Allah s.w.t,
bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan
sifat sifat mahmudah.”
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.
Wallhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan