Syed Mahadzir Syed
Ibrahim
Sesungguhnya kaum
muslimin dewasa ini telah ditimpa oleh cubaan yang besar. Musibah-musibah telah
mengepung mereka dari segala penjuru. Kebanyakan kaum muslimin pun telah
terjerumus di dalammya. Kemungkaran di mana-mana dan manusia pun telah
terang-terangan berbuat maksiat tanpa ada rasa takut dan malu. Sebabnya ialah
sikap suka meremehkan terhadap agama Allah s.w.t dan tidak adanya pengagungan
terhadap hukum dan ajaran-Nya serta lalainya kebanyakan dari orang-orang yang
soleh untuk menegakkan syari’at Allah s.w.t dan amar makruf dan nahi mungkar.
Sesungguhnya tiada
pilihan bagi kaum muslimin dari bencana dan musibah ini kecuali dengan taubat
yang benar kepada Allah s.w.t dan mengagungi segala perintah dan larangannya.
Mencegah tangan-tangan yang jahil dan memberikan sanksi kepada mereka.
Sesungguhnya musibah
yang terbesar yang jelas dewasa ini ialah apa yang dilakukan oleh para pedagang
kerosakan dan agen-agen kekejian serta penyebar kemungkaran di kalangan kaum
mukminin: dengan menerbitkan majalah-majalah keji yang menentang Allah s.w.t
dan Rasul-Nya pada perintah dan larangan-Nya. Majalah-majalah ini mencantumkan
di dalam halaman-halamannya gambar-gambar telanjang dan wajah-wajah yang
menggoda yang membangkitkan nafsu syahwat, dan mengajak kepada kerosakan.
Telah dibuktikan
dengan penelitian yang dalam bahawa majalah-majalah ini mencakup kaedah-kaedah
yang banyak dalam mengiklankan kejahatan dan maksiat serta membangkitkan nafsu
syahwat dan pelampiasannya kepada apa yang diharamkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Seperti yang dipaparkan di bawah ini:
1. Gambar-gambar seksi
di cover majalah dan di dalamnya.
2. Wanita-wanita dengan
seluruh perhiasaannya yang mengoda dan mengghairahkan.
3. Ucapan-ucapan yang
kotor, untaian puisi dan kalimat yang jauh dari etika malu dan kemuliaan yang
menghancurkan akhlak dan merosakkan umat.
4. Cerita-cerita roman
yang keji, dan berita-berita artis dan aktor, penari, penyanyi dan pelakon
laki-laki dan wanita dari kalangan orang-orang yang suka berbuat maksiat.
5. Dalam majalah-majalah
ini terdapat seruan yang terang-terangan untuk
mempertontonkan kecantikan kepada orang lain, bersolek dan
bercampurbaurnya antara laki-laki dan wanita serta pengoyakkan hijab.
6. Pameran busana-busana
seksi yang menutup tetapi hakikatnya telanjang kepada kaum wanita mukminin
untuk mengajak mereka kepada telanjang dan buka-bukaan serta menyerupai para
pelacur dan pelaku maksiat.
7. Dalam majalah ini
terdapat rangkulan, pelukan dan ciuman antara laki-laki dan wanita.
8. Di dalam
majalah-majalah ini terdapat perkataan-perkataan yang bergejolak yang
membangkitkan nafsu seksual yang mati pada jiwa para pemuda dan pemudi,
sehingga mendorong mereka dengan segala kekuatan untuk menempuh jalan
kesesatan, melencong dan jatuh di dalam perzinaan, perbuatan dosa,
berkasih-kasihan dan cinta yang menggebu-gebu.
Entah berapa banyak
majalah yang beracun ini disenangi oleh para pemuda dan pemudi, sehingga mereka
binasa kerananya dan keluar dari batas-batas kefitrahan dan agama. Dan sungguh
majalah ini telah merubah hukum-hukum agama dan dasar-dasar kefitrahan yang
lurus pada pemikiran kebanyakan manusia disebabkan oleh tulisan-tulisan dan
pemikiran-pemikiran yang disebarkannya.
Kebanyakan manusia
telah berani melakukan maksiat, dosa-dosa besar (zina), dan melampaui
hukum-hukum Allah s.w.t disebabkan oleh kecenderungan kepada majalah-majalah
ini dan penguasaannya terhadap akal dan pemikiran mereka. Walhasil:
sesungguhnya majalah-majalah ini dasarnya adalah perdagangan terhadap tubuh
wanita yang dibantu oleh syaitan dengan segala faktor yang memikat dan segala
sarana yang menggoda dengan tujuan menyebarkan ajaran ibahiyah
(menghalalkan seluruh yang haram), merobek-robek kehormatan, dan merosakkan
para wanita kaum mukminin, dan merubah masyarakat Islam menjadi kumpulan
binatang yang tidak mengenal ma’ruf (kebaikan) dan tidak mengingkari
kemungkaran, dan tidak menegakkan syari’at Allah s.w.t yang suci sedikit pun,
bahkan kepala pun tidak diangkat terhadap ajaran ini.
Seperti keadaan
kebanyakan masyarakat, bahkan perkaranya sampai kepada bersenang-senang dua
jenis insan (laki-laki dan wanita) dengan cara telanjang bulat, yang mereka
namakan ‘kota telanjang,’ semoga Allah s.w.t melindungi kita dari fitrah yang
terbalik dan keterjerumusan di dalam apa yang telah diharamkan Allah s.w.t dan
Rasul-Nya.
Inilah dan
berdasarkan kepada yang telah disebutkan di atas, tentang realiti
majalah-majalah ini dan kesan-kesannya serta tujuannya yang keji dan kerana
banyaknya berita yang datang kepada mata kita dari kalangan orang-orang yang
mempunyai ghairah (kecemburuan) terhadap agama dari kalangan ulama dan penuntut
ilmu serta seluruh kaum muslimin tentang bersebarnya penayangan majalah-majalah
ini di kedai-kedai buku dan pusat-pusat membeli-belah serta tempat-tempat
perniagaan, maka sesungguhnya saya melihat gejala ini sebagai berikut:
1. Wajar diharamkan
menerbitkan majalah-majalah hina seperti ini baik majalah-majalah umum atau
khusus dengan pakaian-pakaian wanita. Barang siapa yang melakukan itu, maka dia
mendapat bahagian dari firman Allah s.w.t: Maksudnya: ‘Sesungguhnya orang-orang
yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan
orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.’
(surah An Nur: 19).
2. Wajar diharamkan
bekerja di organisasi majalah-majalah ini dari segi mana pun, baik tugasnya di
bahagian pentadbiran atau redaksi atau percetakkan atau pengedaran. Kerana
perbuatan itu termasuk ke dalam menolong dalam perbuatan dosa dan kebatilan
serta kerosakan. Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu tolong
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t
sesungguhnya Allah s.w.t amat berat siksa-Nya.’ (surah Al Maidah: 2).
3. Wajar diharamkan
mengiklankan majalah-majalah ini dan memasarkannya dengan sarana apa pun,
kerana hal itu merupakan indikasi-indikasi terhadap kejahatan dan dakwah
kepadanya. Sungguh telah tetap dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:
‘Barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka mendapatkan dosa seperti dosa
orang yang mengikutinya tanpa dikurangi dosanya dari dosa-dosa orang yang
mengikutinya itu sedikit pun ‘ (Muslim dalam Sahih Muslim).
4. Wajar diharamkan
menjual majalah-majalah ini dan penghasilan yang diperolehinya dari majalah ini
adalah penghasilan yang haram. Barang siapa yang pernah melakukan hal ini maka
haruslah dia bertaubat kepada Allah s.w.t dan keluar dari penghasilan yang keji
ini.
5. Wajar diharamkan
kepada kaum muslimin untuk membeli majalah-majalah ini dan menyimpannya
disebabkan kerana di dalamnya terdapat dosa dan kemungkaran. Sebagaimana
membeli majalah itu adalah memperlariskan jualan majalah-majalah ini dan
mengangkat pendapatan mereka dan menyokong mereka untuk mengeluar dan memasarkannya.
Seseorang muslim wajib waspada terhadap keluarganya baik laki-laki atau wanita
dari mendapatkan majalah-majalah ini demi menjaga mereka dari bencana dan
terpengaruh dengannya. Seseorang muslim harus mengetahui sesungguhnya dia
adalah khalifah dan akan ditanya tentang kepemimpinannya pada hari kiamat.
6. Seseorang muslim
wajib memejamkan matanya dari melihat majalah-majalah yang merosakkan itu demi
ketaatan kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya dan demi menjauhi bencana dan
tempat-tempatnya. Rasulullah s.a.w telah bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan itu
mengalir di tubuh anak adam seperti mengalirnya darah.’ Imam Ahmad berkata:
‘Entah berapakah suatu pandangan yang menimbulkan bencana di hati orang yang
melihat itu.’ Maka barang siapa yang bergantung dengan apa yang terdapat di
dalam majalah-majalah itu dari gambar-gambar dan yang lainnya telah merosakkan
hati dan kehidupannya serta memalingkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat
baik dunia mahupun akhirat. Kerana, baiknya hati dan kehidupannya hanya disebabkan
oleh kebergantungan dengan Allah s.w.t dan mengibadatinya, lazatnya bermunajah
kepadanya dan ikhlas serta penuhnya kecintaannya kepada Allah s.w.t.
7. Barang siapa yang
dipilih Allah s.w.t menjadi pemimpin di negeri Islam mana pun wajib memberikan
nasihat kepada kaum muslimin dan menjauhkan mereka dari kerosakan dan pelakunya
dan menjauhkan mereka dari segala yang membahayakan di dalam agama dan dunia
mereka. Di antaranya melarang majalah-majalah yang merosakkan ini untuk disebar
dan jual-belikan. Dan menahan kerosakannya dari mereka. Tindakan ini merupakan
menolong Allah s.w.t dan agama-Nya dan merupakan sebab kemenangan dan kejayaan
menguasai bumi sebagaimana firman Allah s.w.t: ‘Sesungguhnya Allah pasti
menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Kuat lagi Maha Perkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat,
menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan
kepada Allah-lah kembali segala urusan.’ (Al Hajj: 40-41).
Dan segala
puji bagi Allah s.w.t semesta alam dan selawat dan salam atas Rasulullah s.a.w
kita dan keluarganya dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti
mereka dengan baik sampai hari kiamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan