Mari kita
genggam kata sepakat,
teguh
pelihara warisan silam yang hebat,
hakikat
sejarah telah lama tercatat,
warisan
lama adalah lambang kudrat,
bangsa
berilmu yang pernah tercegat.
Dalam kenangan kegemilangan
masa lalu,
kini warisan silam bagai di
balik pintu,
tidak pernah diberi waktu,
khali hidup di celah zaman
berliku,
tidak ada yang ingin memecah
dinding sejarah,
kau disisih atas alasan purba
tiada indah,
sedangkan kau adalah warisan
yang megah.
Globalisasi adalah sebuah
hakiki,
bukan alasan untuk warisan
diborgol khali,
di mana lagi harus dicari
ganti?
monumen warisan ini bukan
ukiran mainan,
tetapi anugerah indah ciptaan
Tuhan,
warisan ini adalah selembar
sejarah dalam peradaban,
yang wajar didokumentasikan
menjadi kamus ingatan,
berdosa jika terpadam dalam
kenangan.
Warisan bangsa ini perlu kita
semarakkan,
beriring pecutan langkah ke
medan wawasan,
memecah pintu prahara yang kini
terkuak lebar,
selebar ruang maya jangkauan
siber,
kau adalah pemangkin segala
sumber.
Warisan budaya sudah sampai ke
puncak perubahan,
alaf baru adalah satu titik
pembaharuan,
buruk purba bukan lagi kemelut
persoalan,
mencuar kegemilangan negara dan
bangsa,
bukan tugas bangunan pencakar
langit cuma,
monumen lama adalah penyumbang
saksama.
Gelombang globalisasi ini akan
terus berlari,
pencinta warisan bangsa perlu
siap berlengkap diri,
buat meredah zaman berduri,
kita warga negara tergantung
harapan murni,
penegak warisan budaya dengan
gerbak setanggi.
Warisan
budaya ini, mandala semua bangsa berpadu,
duduk
dan berdiri dalam kasih yang satu,
ini
warisan negara tinggalan leluhur jitu,
di
sini tersimpan segala pusaka nusa,
hitam
dan putih warna sejarah bangsa.
Bersatulah
atas nama sepakat!
agar
warisan budaya tercegat di puncak hebat,
jadikanlah
warisan budaya pusaka mulia,
unik
negara pelbagai bangsa menyanjung jata nusa,
darah
milik kita sama merah,
mimpi
tidur kita sama indah,
biar
kemelut datang menerjah,
warisan
budaya ibunda kita tetap tertegak megah.
Hulurkan
tanganmu semua warga tanah air,
kita
berpimpin erat ke mercu indah terukir,
semarakkan
warisan budaya, lenyapkan segala khuatir,
demi
tamadun bangsa, pertahankanlah hingga hayat berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan