Jumaat, 17 Disember 2010

Sekarang Kita Memberang

(Puisi yang dibaca sempena Festival Budaya anjuran Negeri Selangor, MDKL, MKN dan PESAT di Pantai Morib 12 Januari 2010)


Sekarang kita memberang,

kerana mereka begitu lantang,

mempersoalkan hak kita dan Raja-raja berdaulat,

lebih biadap lagi,

mereka mencabar kesucian Islam;


- isu kalimah Allah,

- mempersendakan laungan azan,

- beri tazkirah dalam masjid,

- membaca petikan Al-Quran di pentas politik,

- menghumban kepala babi di masjid,

- menghina Allah dan Nabi Muhammad dalam Facebook dan Internet,

- mempersendakan solat,

- menderma wang judi,

- menggunakan wang zakat,

- menyaman kerajaan kerana tak membenarkan...

kad pengenalan Lina Joy dibuang aksara Islam,

- menuduh Islam sebagai pengganas,

- tindakan ethnic cleansing

dan pelbagai lagi.


Semua perlakuan mereka semakin mencuar,

ketika ini, undi mereka adalah ‘Tuhan’,

kita begitu menyembah mereka supaya hulurkan undi,

bapa kita pula terpaksa mengikut rentak,

dengan berlembut terhadap mereka,

dan semua pihak yang mencabar Islam dibiarkan semakin biadap,

perkembangan ini masih dapat mendiamkan kita,

tetapi apakah mereka benar-benar fikir,

kita diam bererti kita pengecut?

Kerana bapa dan pemimpin politik Islam,

tak mampu mempertahankan kesucian Islam,

maka sebagai rakyat biasa,

sebagai hamba kepada Allah,

pengetua di Johor dan di Kedah,

dua beradik membakar gereja,

dan ramai lagi telah bertindak sendiri,

sifat amarah kita meningkat,

setiap kali mereka menghina Allah, Rasul dan Islam,

kenapa tidak dahulu pengetua itu bertindak sedemikian?

kerana dulu bapa adalah jaguh mempertahankan Islam,

tapi kini bapa sudah terkulai di kaki mereka,

dulu bapa begitu tegas terhadap mana-mana individu,

yang mengancam dan memprovokasi agama lain.


Jika mereka tak mulakan dulu tindakan provokasi itu,

apakah kita yang lemah lembut ini akan memulakannya?

lebih malang lagi kita yang disiat-siat kesabarannya,

setiap kali orang kita atau akhbar kita mengeluarkan kenyataan,

kita akan dituduh rasis,

sedang yang sebenarnya rasis adalah mereka.

Tepuk dada, tanyalah selera,

kenapa sekarang kita memberang?

tapi percayalah,

pilihan dalam tangan kanan kita adalah yang terbaik,

marilah kita sama-sama belajar menghormati undang-undang,

yang sudah termaktub dan tertulis hak kita,

dan marilah kita menghormati kesucian semua agama,

jika tidak, buruk padahnya.


SMAHADZIR,

Taman Damai, Banting

2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan