Ahad, 14 November 2010

Jejak Sejarah Yahudi Di Indonesia

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM


SEJAK gerakan zionis antarabangsa Freemasonry didirikan di Britain pada tahun 1717, orang Yahudi lebih suka menyelubungi aktiviti mereka dengan selimut perkumpulan teosofi yang bertujuan ‘kemanusiaan.’ Pengumpulan dana dipusatkan di New York.


Sejak 17 November 1875, pimpinannya adalah seorang Yahudi di Rusia, Blavatsky. Jurnal The Theosofist, yang diterbitkan di New York, pada terbitan tahun 1881 menyiarkan khabar bahawa Blavatsky mengutus Baron van Tengnagel untuk mendirikan loge, rumah ibadat kaum Vrijmetselarij, Freemasonry di Pekalongan. Kota ini dipilih kerana sejak 1868 berubah status dari desa menjadi kota, di samping dikenali sebagai pusat pengajian di Jawa Tengah. Loge didirikan tahun 1883, tetapi tidak berkembang kerana reaksi keras masyarakat berhubung pengamal ritualisme mereka iaitu memanggil arwah. Lantaran itu, penduduk menyebut loge sebagai bangunan syaitan.


Pengalaman Pekalongan memaksa mereka mengalihkan kegiatan ke Batavia. Dua buah loge besar didirikan di Jalan Merdeka Barat (sebelumnya bernama Blavatsky Straat), dan Jalan Budi Utomo (sebelumnya bernama Vrijmetselarijweg). Dua loge itu, di samping loge yang didirikan di Makassar, Bandung, Surabaya, Yogyakarta, menjadi pusat kegiatan ritual saja, untuk Yahudi Belanda dan Eropah, yang bekerja di Hindia Belanda di sektor birokrasi VOC, Pemerintah Hindia Belanda, dan swasta.


Hindia Belanda dianggap negeri yang aman sebagai wilayah operasi mereka, kerana penduduk menganggap Yahudi Belanda, Eropah sebagai orang Nasrani. Di samping itu, Gabernor Hindia Belanda selalu menjadi pembina Rotary Club. Aktiviti ritual belaka berhujung pada kebuntuan: gerakan zionis jalan di tempat. Maka, gerakan zionisme intenasional untuk Asia, yang berpusat di Adyar, India, pada 31 Mei 1909 mengutus Ir. A. J. E. van Bloomenstein ke Jawa.


Untuk mengubah pola pergerakan, pada 12 November 1912 Bloomenstein berjaya mendirikan Theosofische Vereeniging (TV), yang kemudiannya mendapatkan rechtpersoon, pengakuan, dan dimuatkan dalam Staatblaad No. 543.


Theosofische Vereeniging bekerja di kalangan intelektual dan calon intelektual bumiputera. Theosofische Vereeniging juga membiayai Kongres Pemuda I, 1926. Kongres itu bahkan diadakan di loge Broederkaten di Vrijmetselarijweg. Akibatnya, sebahagian pemuda memboikot kongres tersebut, dan reaksinya pada 27 dan 28 Oktober 1928, pemuda-pemuda tersebut mengadakan Kongres Pemuda II yang menghasilkan Sumpah Pemuda.

Aktiviti zionis yang kian meningkat di Hindia Belanda tidak saja di kalangan masyarakat, melainkan juga di kalangan pemerintah. Menjelang pasca Perang Dunia Pertama telah menggelisahkan orang-orang Jerman terutama peranan Snouk Hurgronje, Belanda Yahudi, dalam Perang Aceh.


Seperti yang diketahui, Turki sebagai sekutu Jerman gagal membantu Aceh kerana panjangnya jalur bekalan. Kehadiran agen zionis antarabangsa Sneevliet di Jawa, yang berjaya melatih pemuda intelektual Indonesia, makin menguatkan tekad Jerman untuk meruntuhkan pemerintah zionis Hindia Belanda. Hal itu tercium oleh agen Belanda. Tersebarlah isu bahawa H. O. S. Tjokroaminoto menerima dana 2 juta gulden untuk mengkudeta kompeni. Untuk mengonfirmasi kebenaran isu tersebut, Agus Salim ditugaskan mengekori Tjokroaminoto. Ironisnya, kewibawaan Tjokroaminoto malah mempesonakan Salim, dan pada tahun 1918 Salim mengetok kawat dari Surabaya, mengkhabarkan bahawa beliau masuk SI (Syarikat Islam) dan berhenti sebagai agen.


Di bidang perniagaan, orang Yahudi di Jakarta menguasai pusat perniagaan elit di Pasar Baru, Jalan Juanda, dan Jalan Majapahit. Mereka menguasai perdagangan permata, jam tangan, dan kacamata. Pusat hiburan elit di Jakarta juga diramaikan oleh pemuzik Yahudi Poland. Akhirnya, Batavia menjadi salah sebuah kota zionis yang terpenting di Asia.


Maka, tidak menghairankan ketika Jepun sebagai sekutu Jerman merebut Indonesia dari tangan Belanda, Jepun melakukan kempen anti-zionis tersebut. Tokoh-tokoh zionis Hindia Belanda seperti Ir. Van Leeweun, dikirimkan ke kem tahanan dan terkorban di situ. Kesedaran anti-zionis juga merebak di kalangan rakyat. Pada bulan Mac 1943 Dr. Ratulangi telah memimpin rapat raksasa di Lapangan Ikada, mengutuk zionisme.


Usaha menghidupkan lagi gerakan zionisme masih dilakukan pada pasca kemerdekaan. Pada 14 Jun 1954, berdiri Jewish Community in Indonesia, dipimpin oleh F. Dias Santilhano dan Panitera I, Khazam. Di dalam anggaran dasarnya dinyatakan, perkumpulan itu merupakan lanjutan dari Vereeniging Voor Joodsche Belangen in Nerderlandsch-Indie te Batavia, yang ditubuhkan pada 16 Julai 1927.


Tidak jelas, apakah perkumpulan itu pada masa reformasi kini masih eksis atau tidak. Namun, pembicaraan yang menyeruak akhir-akhir ini, tentang operasi zionis antarabangsa di Indonesia, kiranya mempunyai dasar yang kuat. Baik ditilik dari sejarah mahupun data muktahir, seperti kesaksian mantan Pangkopkamtib Jenderal-Soemitro, yang termuat dalam memoir yang ditulis oleh Ramadhan KH. Di situ antara lain dikatakan, ‘Saya sendiri tidak pernah punya hubungan dengan Israel, paling-paling, saya ingat, saya pernah datang ke Jalan Tosari memenuhi undangan mata rantai Israel yang ada di Jakarta.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan