Ahad, 14 November 2010

Jaringan Maklumat Ikan Lumba-Lumba Mengungguli Internet

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM


PENEMUAN-PENEMUAN seorang ahli zologi telah memandu para jurutera yang membina jaringan-jaringan rumit seperti World Wide Web dan jejaring kisi-kisi elektrik ke arah baru: ikan lumba-lumba.


David Lusseau dari Universiti Otago mempelajari suatu kelompok yang terdiri dari 64 ekor ikan lumba-lumba hidung botol selama rentang masa tujuh tahun. Beliau mencari di antara mereka adanya suatu tatanan sosial yang mirip dengan yang ada pada manusia dan jaringan buatan manusia. Telaah matematik Lusseau diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal-Society.


Banyak jaringan rumit, termasuk masyarakat manusia, memiliki ciri-ciri yang memungkinkan pertukaran cepat maklumat di kalangan anggotanya. Kajian oleh pengkaji dari Universiti Otago ini menunjukkan bahawa masyarakat binatang juga tersusun sedemikian rupa sehingga memungkinkan penerusan maklumat secara cepat dan efisien. Makhluk-makhluk berumur panjang seperti gorila, kijang, gajah, dan ikan lumba-lumba hidung botol bergantung pada lingkungan mereka dalam penyampaian maklumat.


Dalam kajian-kajiannya, Lusseau memusatkan diri pada anggota-anggota kawanan yang lebih sering jelas bersama. Beliau menyedari bahawa kelompok ini terdiri sebahagian besar betina dewasa, dan mereka berfungsi sebagai pusat penyampaian maklumat bagi masyarakatnya.


Untuk mengukur aliran maklumat dalam sebuah sistem, cukuplah dengan melihat pada titik pusat yang dilalui aliran maklumat itu dan menghitung jumlah unsur yang diperlukan dalam perjalanan dari titik pangkal hingga titik hujung. Lusseau menggunakan teknik pengukuran tersebut, yang disebut sebagai ‘diameter.’ Ketika hasil-hasil yang diperolehnya menggunakan cara ini dibandingkan dengan data yang diungkapkan oleh Internet, beliau mendapati dirinya berhadapan dengan kenyataan yang menakjubkan.


Lamanya penyampaian maklumat bertambah ketika sejumlah besar titik yang membentuk hubungan-hubungan pada Internet dibuang. Ketika hanya 2% simpul dengan kaitan terbanyak pada Internet dikeluarkan dari sistem, diperlukan dua kali jauhnya untuk berjalan dari satu unsur ke unsur lainnya. Akan tetapi, di kalangan ikan lumba-lumba, keadaannya berbeza.


Lusseau memantau ikan lumba-lumba menggunakan tanda pada sirip-sirip belakang dan mengamati bahawa ketika anggota-anggota yang bertindak sebagai pusat komunikasi meninggalkan kelompoknya, masyarakat ikan lumba-lumba menunjukkan daya tahan yang besar. Kepaduan masyarakat ikan lumba-lumba tidak terpengaruh oleh ketiadaan anggota-anggota kunci. Daya tahan ini memungkinkan masyarakat ikan lumba-lumba tetap terus berada dalam keadaan sihat bahkan jika sepertiga anggotanya hilang.


Lusseau menyatakan bahawa berkat sistem ini, jaringan dapat tetap bertahan bahkan di hadapan bencana kematian. Lebih lagi, beliau berpendapat bahawa sifat-sifat ini dapat diterapkan pada jaringan buatan manusia seperti World Wide Web.


Sebagaimana yang kita lihat, ada penataan pada ikan lumba-lumba yang terlindung lebih baik daripada jaringan komunikasi yang membina Internet dan berfungsi lebih ampuh pada ketika simpul-simpul utama tercabut. Adanya ciri seperti itu pada ikan lumba-lumba bermakna bahawa aneka syarat mesti diperhitungkan. Misalnya, beberapa tahap, seperti menghitung beban yang akan ditimpakan pada titik-titik hubungan dalam rangka menata Internet dan menaksir di awal bagaimana keseluruhan jaringan akan terpengaruh jika titik-titik itu tercabut dari sistem, dilakukan oleh para jurutera jaringan dan ini membuatkan maklumat berjalan dalam sistem seefisien mungkin.


Kewujudan para jurutera yang menghitung dan menata aliran maklumat pada Internet menunjukkan adanya kecerdasan unggul yang mengatur jaringan maklumat pada ikan lumba-lumba dan banyak makhluk hidup lain sejenisnya di alam. Tidak dapat dinafikan bahawa kecerdasan unggul ini adalah Allah Yang Maha Tahu, Maha Kuasa. Penciptaan jaringan maklumat pada ikan lumba-lumba ini adalah perwujudan dari nama-Nya yang Maha Pengasih. Kasih Allah s.w.t. diwujudkan dalam jaringan maklumat ini sebagaimana berikut:


Cara makhluk-makhluk hidup seperti ikan lumba-lumba, yang tinggal dalam perairan terbuka dan dekat dengan permukaan, berperilaku sebagai satu kelompok amatlah penting. Gaya hidup ini memberikan keuntungan dalam hal bersiaga terhadap pemangsa, mahupun ketika berburu. Berkat arus maklumat yang berkesinambungan di kalangan betina-betina dewasa di dalam kelompok, anggota-anggota lain dipasok dengan maklumat tentang kedudukan mangsa dan pemangsa, yang akibatnya kelompok ini dibantu dalam berperilaku secara padu.


Jika aliran maklumat pada ikan lumba-lumba ini menjadi tempang kerana kehilangan seekor ikan lumba-lumba yang diakibatkan oleh pemangsa, maka larinya ikan lumba-lumba lain akan tidak bermakna, dan anggota-anggota yang tidak berpeluang berkomunikasi akan terpaksa menyebar dan akhirnya menjadi santapan pemangsa-pemangsa lainnya. Akan tetapi, jaringan maklumat yang diciptakan pada ikan lumba-lumba oleh Allah s.w.t. tidak terputus pada ketika-ketika seperti itu, dan membuatkan para anggota kawanan bertahan hidup dengan menjaga kepaduan kelompok.


Allah s.w.t. mewahyukan hal berikut ini dalam salah satu ayat Al-Quran: ‘Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.’ (Asy Syu’araa, 26:9)


Rujukan:


1. David Lusseau, The Emergent Properties Of A Dolphin Social-Network, http:,, arxiv. org, ftp, cond-mat, papers, 0307, 0307439. pdf

2. Lusseau, 2003 The Emergent Properties Of A Dolphin Social-Network. Proceedings of the Royal-Society of London - Series B (Supplement): DOI 10. 1098, rsbl. 2003. 0057

Tiada ulasan:

Catat Ulasan