Kasut dan Kasih Ibu
Sudah setahun Baharin bekerja sambilan di kedai runcit Pak Amat. Waktu itu
dia dalam darjah lima. Syukurlah, Pak Amat baik hati, sanggup mengambilnya
bekerja walaupun secara sambilan.
Penglihatan ibunya menjadi
buta menyebabkan Baharin terpaksa mencurahkan tenaganya di kedai runcit ini.
Sebagai penoreh getah, ibunya terpaksa bekerja untuk menyara persekolahannya.
Ayahnya sudah meninggal dunia sejak Baharin dilahirkan.
Hari itu amat malang dalam
hidup ibunya. Sekumpulan agas telah menyerang ibunya sewaktu sedang menoreh
getah. Akibat gigitan yang banyak, ibunya pengsan di dalam kebun itu. Nasib
baiklah ditemui Pak Samad dan Mak Munah yang kebetulan lalu di situ. Merekalah
yang mengusung ibunya pulang ke rumah.
Mata ibunya bengkak, merah
dan berair hampir dua minggu. Masuk minggu ketiga, mata ibunya menjadi buta.
Dengan pertolongan Ketua Kampung, ibunya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk perbelanjaan hidup.
Tetapi, wang itu tidak mencukupi. Sebab itulah Baharin
bekerja di kedai runcit ini, untuk meringankan beban yang ditanggung oleh
ibunya.
“Ibu sanggup kurangkan makan
asalkan pelajaran kamu tidak terganggu,” ujar Mak Tijah sewaktu Baharin
menyuarakan hasrat mahu bekerja sambilan.
“Ibu janganlah bimbang,”
pujuk Baharin. “Saya… saya cuma mahu bekerja sambilan saja,”
“Di mana kamu nak
bekerja?” tanya Mak Tijah lagi.
“Di kedai runcit Pak Amat,”
jawab Baharin.
“Tapi, ibu bimbang pelajaran
kamu akan terabai sebab bekerja sambilan itu,” Mak Tijah menyuarakan kebimbangan
hatinya.
“Ibu janganlah risau,”
balas Baharin. “Saya berjanji tak akan mengabaikan pelajaran. Lagipun, saya
cuma bekerja sebelah pagi sampai tengah hari saja. Selepas itu saya akan ke
sekolah,” ujar Baharin.
“Tentu kamu keletihan dan
tak dapat mengulangkaji pelajaran. Ini akan menggagalkan kamu dalam
peperiksaan,” tegas Mak Limah.
“Percayalah kepada saya,
ibu! Saya akan berkorban masa main semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran,”
tegas Baharin.
Mak Limah akhirnya
membenarkan Baharin bekerja. Sejak hari itulah, dia mula bertekad untuk
mencegatkan segala janji dan kepercayaan ibunya. Baharin tidak mahu
menghampakan harapan ibunya yang mahu dia berjaya dalam pelajaran.
Mereka orang miskin. Tiada harta yang ditinggalkan
arwah ayahnya. Sebab itu, ilmulah bakal menjadi harta paling berguna dalam
hidup.
“Eh, kamu bekerja di sini?” tiba-tiba satu suara
menerpa telinga Baharin. Dia terpinga-pinga sejenak. Segala lamunannya hilang.
Dia segera menoleh. Dengan jelas wajah Ustazah Aminah berdiri di sisinya.
“Sudah lama dia bekerja
dengan saya, ustazah,” ujar Pak Amat sebelum sempat Baharin menjawab. Ketika
itu dia sedang menimbang sayur dan ikan di hadapan kedai.
Baharin sekadar tersengih-sengih.
“Baguslah, Baharin,” balas
Ustazah Aminah. “Kerjalah baik-baik. Jujur dan amanah,”
“Terima kasih, ustazah,” ujar Baharin.
“Tak lama lagi kamu akan
menduduki peperiksaan. Jangan lupa pula mengulangkaji pelajaran,” ujar Ustazah
Aminah.
“Saya tetap ingat itu semua, ustazah,” balas Baharin.
“Pandai-pandailah bahagikan masa supaya kamu dapat
belajar, bermain dan berehat dengan selesa. Itu semua penting untuk kamu,” ujar
Ustazah Aminah lagi.
Baharin hanya mengangguk.
“Jangan lupa juga sembahyang. Ingat Tuhan selalu.
Insya-Allah, segala usaha yang kamu lakukan akan diberkati,” tambah lagi
Ustazah Aminah sebelum membuat bayaran barangan yang dibelinya.
Sewaktu pelanggan
berkurangan, Baharin mengemas semua barangan yang bersepah di dalam kedai.
Selepas itu dia berehat sebentar di hadapan kedai sambil menikmati angin yang
menderu segar.
Hari ini dia akan menerima upah dari Pak Amat
berjumlah RM100.00. Dengan wang itu, Baharin sudah berangan-angan akan membeli
sepasang kasut sekolah yang baru.
Kasut yang dipakainya sekarang sudah terkoyak
bahagian depan menyebabkan jari kakinya sering keluar. Selebihnya akan
diserahkan kepada ibunya untuk perbelanjaan rumah. Dia terpaksa membeli kasut
itu kerana sering saja ditegur oleh Cikgu Hamid. Guru disiplin itu amat
mengambil berat soal pakaian pelajar.
Menjelang jam dua belas
tengah hari, tamatlah kerja Baharin untuk hari itu. Selepas menerima upah kerja
untuk bulan tersebut, Baharin segera pulang. Sepanjang perjalanan, hatinya
tersangat gembira. Tidak seperti bulan-bulan yang lalu kerana bulan ini upahnya
telah dinaikkan oleh Pak Amat.
Dia tidak lagi dibayar RM100.00 seperti selalu
tetapi dibayar RM150.00. Barangkali berkat kerajinan, jujur dan amanah, bisik
hatinya sambil tersenyum.
Sebaik tiba di hadapan
tangga rumah, Baharin terus memanggil ibunya. Dia berasa tidak sabar lagi
hendak memberitahu ibunya berita gembira itu. Namun, segalanya hampa kerana
sewaktu dia menjengah anjung rumah, kelihatan ibunya sedang terbaring kaku. Baharin
segera menerpa.
“Kenapa bu? Kenapa ibu
terbaring begini?” tanya Baharin dengan dada yang berdebar-debar.
“Ibu demam, Baharin,” ujar
Mak Tijah perlahan.
Baharin meraba-raba leher
dan seluruh tubuh ibunya. Benar. Ibunya demam. Seluruh tubuh Mak Tijah panas
membahang.
“Ibu mesti dihantar ke
hospital untuk menerima rawatan,” ujar Baharin.
“Tapi, kita tak ada wang, Baharin!
Wang yang ada sudah habis ibu gunakan untuk membeli barang makanan,” balas Mak
Tijah dengan sedih.
Baharin terdiam sejenak.
“Kamu bukan tak tahu, hospital jauh dari rumah
kita. Kita terpaksa menyewa teksi untuk ke sana. Belanjanya banyak…” ujar Mak
Tijah lagi.
“Itu ibu jangan bimbang,”
pintas Baharin. “Saya baru saja terima upah dari Pak Amat,” Dengan segera dia
menghulurkan wang yang diterimanya itu kepada Mak Tijah.
Mak Tijak agak terperanjat
ketika menerima wang RM150.00 dari tangan anaknya. “Kenapa banyak sangat, Baharin?”
soalnya ingin tahu.
Baharin hanya tersenyum
tanpa bersuara.
“Di mana kamu dapat wang sebanyak ini? Setahu ibu,
upah kamu cuma RM100.00 saja,” Mak Tijah kehairanan.
“Upah saya telah dinaikkan
oleh Pak Amat, bu,” jawab Baharin terus-terang. “Saya tidak berbohong. Wang ini
adalah wang yang halal. Bukan wang yang dicuri dari sesiapa. Percayalah bu,”
“Kalau begitu kata kamu,
ibu percaya! Tapi, simpanlah wang itu untuk membeli kasut kamu, belanja sekolah
kamu,” balas Mak Tijah. Sesungguhnya dia tidak sampai hati untuk menghampakan
niat Baharin hendak membeli kasut baru. Dia tahu, sudah lama Baharin
menyuarakan niat itu tetapi tidak pernah tercapai kerana tidak cukup wang.
“Tak apalah ibu! Soal
kasut bukannya soal yang penting bagi saya. Kesihatan ibu lebih penting dari
segalanya,” ujar Baharin dengan ikhlas.
Mak Tijah terdiam dengan
kata-kata Baharin. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi. Dia
tahu, Baharin adalah seorang anak yang baik dan berbudi tinggi.
Hari itu Baharin tidak
dapat ke sekolah kerana menghantar ibunya ke hospital. Dia juga tidak dapat
membeli kasut baru kerana wangnya telah digunakan untuk rawatan ibunya.
Namun begitu, hati Baharin berasa bangga kerana
dapat berbakti kepada ibunya dengan wang hasil titik peluhnya sendiri.
Untuk Emak
OLEH kerana terlalu lama sangat menunggu bas
di tepi jalan, akhirnya pagi itu Dawam dan ibunya, Mak Kiah terpaksa menumpang
lori milik Pak Khalil. Mereka berdua hendak pergi ke bandar.
Pak Khalil membeli buluh dan rotan dari
penduduk kampung mereka. Kebetulan lalu di hadapan mereka, berhenti dan
menawarkan bantuan membawa mereka ke bandar.
“Sekali-sekala naik lori, apa salahnya!” kata
Pak Khalil.
“Kami memang tak kisah, pak cik!” balas Dawam
sambil tersenyum. Memang sudah lama dia teringin naik lori. Kesempatan yang
baik ini tidak boleh dilepaskan begitu saja, fikirnya.
Sebenarnya Dawam amat rapat dengan Pak
Khalil, pemilik lori itu. Pak Khalil adalah pembeli tetap buluh dan rotan dari
Pak Cik Usman. Sebaik pulang dari sekolah, Dawam selalu membantu Pak Cik Usman menyusun
buluh dan rotan, sambil memelihara itik.
“Khabarnya kamu semalam ke Kuala Lumpur,
Wam?” kata Pak Khalil sewaktu dalam perjalanan.
“Ya, pak cik!”
“Buat apa di sana?” tanya Pak Khalil lagi.
“Mewakili sekolah dalam pertandingan melukis
Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negara, pak cik!” jawab Dawam.
“Bapa
saudara kamu beritahu pak cik, kamu menjuarai pertandingan itu?”
Dawam tersenyum sambil mengangguk tetapi Mak
Kiah bersuara, “Tentu berkat doa rakan-rakan dan gurunya juga,” katanya sambil
tersenyum.
“Ha.. ha.. ha... ha.. syukurlah kamu jadi
pelajar yang berbakat besar dalam bidang lukisan. Pak cik turut bangga,” kata
pemandu lori itu sambil tertawa, “Apa hadiahnya yang kamu dapat, Wam?”
“Tak begitu banyak, pak cik!” jawab Dawam.
Dia teringat wang di sakunya sejumlah enam ratus lima puluh ringgit. Sebahagian
dari wang itu adalah hadiah pertandingan yang diperolehinya di Kuala Lumpur,
ditambah hasil penjualan telur itik, dan hasil kerja membantu Pak Cik Usman menyusun
buluh dan rotan. Wang itu dia simpan sejak dua tahun lalu. Mudah-mudahan cukup
untuk membeli sebuah mesin jahit untuk emak, fikirnya.
Mak Kiah bekerja membantu menjahit baju di
rumah Mak Cik Halimah, jiran mereka. Itulah sebabnya sejak dua tahun lalu Dawam
sangat ingin membelikan emaknya sebuah mesin jahit. Agar emaknya mampu bekerja
sendiri menerima tempahan jahitan.
“Wam, kita sudah sampai. Buluh dan rotan akan
diturunkan di sini. Di sebelah itu akan dibangunkan sebuah bank. Nanti kamu boleh menabung di situ pula,” kata
Pak Khalil sambil ketawa.
“Oh ya, terima kasih, pak cik!” ujar Dawam.
“Kedai jual mesin jahit terletak di hujung
jalan sana. Boleh jalan kaki,” jelas Pak Khalil, kerana tadi Dawam mengatakan
akan mengajak emaknya ke kedai tersebut. “Dan nanti pulangnya sama-sama pak cik
lagi ya. Pak cik tunggu di sini!”
Dawam dan Mak Kiah mengangguk. Mereka segera
berjalan kaki menyusuri jalan yang lebih tinggi, melalui beberapa buah warung.
Langkah Dawam tiba-tiba terhenti. Dia menatap wajah emaknya yang sedang menyeka
air mata dengan hujung tudungnya.
“Kenapa, mak? Emak pening ke naik lori tadi?”
tanya Dawam sedikit cemas.
“Tidak! Emak hanya teringat pada ayah kamu.
Dulu, ayah kamu sering berdoa agar kamu berjaya sampai masuk universiti.
Entahlah, emak tak tahu adakah kamu akan berjaya seperti mana yang ayah kamu
cita-citakan,” ujar Mak Kiah lirih. Dia juga sedih mengenangkan Dawam yang
perlu bekerja keras membantunya mencari nafkah dan belanja sekolah.
“Entahlah, mak! Tapi saya memang ada cita-cita
nak belajar sehingga berjaya masuk universiti,” jawab Dawam tertunduk.
Mak Kiah memang sering bercerita tentang
arwah ayahnya, seorang pekerja kontrak buat bangunan. Ayahnya sering diajak
para pemaju mendirikan berbagai bangunan di bandar. Bahkan Mak Kiah juga sering
memuji Dawam yang semangat kerjanya mirip sekali dengan arwah suaminya.
“Ayuhlah mak, kita ke kedai itu!” Dawam
menghela tangan emaknya.
Di kedai tersebut terdapat berbagai jenis
mesin jahit. Dari yang harganya murah sehingga yang paling mahal. Mereka berdua
akhirnya memilih mesin jahit jenama Singer. Seperti milik Mak Cik Halimah yang
biasa digunakan oleh Mak Kiah setiap hari.
“Ini hadiah untuk ulang tahun emak. Selamat
hari jadi, semoga emak panjang umur,” kata Dawam menyalami tangan emaknya.
Perempuan separuh abad itu terkejut. Baru dia
ingat bahawa hari itu bertepatan dengan hari ulang tahunnya yang ke-52.
Diusapnya rambut Dawam dengan penuh kasih sayang. Hampir saja air matanya mahu
jatuh kerana terharu.
“Barangnya nanti petang akan dihantar, ya,”
ujar penjual sewaktu Dawam membayar wang untuk harga mesin jahit tersebut.
Langkah Dawam terasa begitu ringan ketika
keluar dari kedai itu. Hatinya lega kerana apa yang diinginkannya selama ini
sudah tercapai. Jika dia tidak rajin bekerja dan berjaya dalam pertandingan
melukis di Kuala Lumpur, keinginan itu tentu masih tertunda entah berapa tahun
lagi.
Dalam hati Dawam berkali-kali mengucap syukur
kepada Tuhan. Kerana kemurahan-Nya-lah dia mampu memberikan hadiah kepada
emaknya. Semoga dengan hadiah mesin jahit itu emaknya mampu bekerja sendiri,
seperti pesan arwah ayahnya sebelum meninggal dunia.
“Laa? Kamu beli apa, Wam? Tak nampak kamu
bawa apa-apapun?” tanya Pak Khalil yang sudah cukup lama menunggu mereka
berdua.
“Ini ha! Dawam dah belikan saya mesin jahit,”
kata Mak Kiah dengan perasaan yang bangga, “Nanti mesinnya dihantar pekedai itu
ke rumah,”
“Ha... ha... ha.. ha... bagus, Wam! Biar emak
kamu besok buka syarikat jahit-menjahit sendiri di rumah,” Pak Khalil tertawa
senang.
Dawam tersenyum. Mereka kemudiannya menuju ke
arah lori yang sudah kosong muatannya kerana buluh dan rotan telah diturunkan.
Pak Khalil membuka pintu lorinya dan mengambil dua bungkusan yang terletak di
hadapan.
“Wam,
pak cik juga turut berbangga atas bakat besar kamu menang dalam pertandingan
melukis di Kuala Lumpur. Nah, ini kasut dan beg sekolah sebagai kenang-kenangan
untuk kamu. Kamu mesti rajin belajar dan selalu membantu emak kamu!” kata Pak
Khalil sambil menepuk bahu Dawam.
“Terima kasih, pak cik!” ujar Dawam.
Pak Khalil memang menganggap Dawam seperti
anaknya sendiri. Pak Khalil pernah bercerita tentang Zulham, satu-satu anaknya.
Jika anak itu masih ada, sekarang pasti sudah sebaya dengan Dawam. Sayang
Zulham meninggal dunia sewaktu masih kecil kerana menderita penyakit polio.
Sampai sekarang Pak Khalil belum lagi dikurniakan anak sebagai pengganti
Zulham.
Sejurus kemudian lori itupun beranjak
perlahan-lahan meninggalkan kawasan bandar.
aku jatuh longlai di kakimu,
tubuh tinggi lampai,
dengan pening yongyat separuh masak,
entah berapa kali dituai,
seperti tubuhku yang nanar,
malam itu,
hingga kau bertanya,
bila ini akan berganti,
jawabku.
di tabir malam, mendekatlah, menyilau kaca bercahaya,
antara tarawih dan doa, bertabur hasrat dalam minat,
di saluran drama ada fatah amin dan nelofa,
juga otai masih berbisa dan dangdut,
mereka semarak impian yang ghaib,
cagun ajaib di moniter kaca,
di hujung malam, di pinggir subuh, di bibir suria,
ia terus memikat, terus mengikat, tanpa mampu bangkit,
dengan gagah megah acara - waktu sakit untuk zikir.
pahala beradu bersesakan plot drama dan slot iklan,
siraman rohani sekelip nafas,
pesan guru disepak goyangan penyanyi dangdut,
yang mengapung jadi ratu pentas,
bagaimana memilih ketika sebenarnya banyak godaan,
antara nafsu dan iman,
dan waktu tayangan utama,
kita jadi penonton yang rabak,
pahala yang terkoyak.
arif menyaring, jernih, sejuk dan bening,
yang ternyata berkeledak dan kohong,
dajjal pun menyebar, alat-alat hibur ditebar,
beranak bercucu bercicit, dakyah menjalar membakar,
rumah-rumah, ada yang tersamar: jalan hidup,
dan ketika mendadak gelap,
kita berfikir menambah cahaya,
tapi sudah lenyap caranya.
tahajud daun-daun,
kuinsafi dalam luka dan batu-batu,
bunyi guruh meluap dan membutakan diamku,
bau hujan seperti berahi musim,
menggeram dengan kapak dan sekalian palu,
dan ketika kilatan petir memecut,
membakar langit dan pohon randu,
seperti radang kesunyian melesatkan bara,
dan tombak unggun,
ribuan anggur kureguk,
lewat geliat gelubat kabus memeriahkan sedu,
seperti peronda kota yang selalu bertanggungjawab,
setiap hening dan lelehan salji,
dari setiap sakit yang tak mampu disembuhkan,
atau kudeta panjang yang bergerak lambat,
seperti kristal nafasmu.
memerah seperti gincu, meledak seperti ratusan peluru,
akar membasah, tapi waktu seperti kemaluan,
bumi rapuh.
kebeningan kelabu dan jejak kaktus merancak,
menusuk kakiku,
mengajarku bercakap dengan ratusan bangkai atau patung,
patung batu,
mengikhlaskan seratus pembunuhan seperti permainan marak,
dari cahaya dan kepompong embun:
tempat di mana sajak bermula dan para pejalan,
menyaksikan bendera dikibarkan seperti gelombang rambutmu.
Tuhan kehilangan kawan
kerana kebenaran dihina
jangan kau ragu dalam perjuangan
- kadang-kadang lawan jadi kawan
para pejuang selalu kekurangan
jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
lihatlah para rasul mulia
lebih tersiksa dan menderita
tetapi mereka merasai ramai
walaupun keseorangan
mereka memadai dengan Tuhannya
itulah kebahagiaan sewaktu sempit seorang diri
- mereka kaya dalam papa
agung penuh kesetiaan lestari,
Kulihat kiri-kanan; pohon memudar, bangunan kaca meruncing, tahun yang melencun peluh dan bah rancangan dan aku bertanya: Apakah penat kami sudah berbayar oleh lidah janji? Apakah kemajuan sama dengan kebajikan? Ayahku berkata: Hati! Hanya hati yang tahu. Kadang-kadang perahu ini bergegar dan bergoncang, tahun yang terasa garang dan menggaring dan aku bertanya: Mungkinkah kami tersesat dan hilang arah? Mampukah tempat berpijak ini goyah dan terus punah? Ayahku berkata: Doa! Hanya doa yang kuasa.
Gerakan perahu ini panjang kami lalui sudah, tiada hujung kutangkap, tiada awal kukelih dan aku bertanya: Akankah kami bertahan? Sebagai negara, sebagai Islam, sebagai bangsa, sebagai manusia? Ayahku berkata: Fahami lautan tempat perahu ini belayar, kenali kekuatan waktu, dalami pengetahuan hati, selami kekalnya doa.
Gebar kabus menyelimut perahu dan ayahku menghilang meninggalkan gugusan pulau tak berjudul dan samudera tak bernama namun di sini aku menganyam waktu, memerah hati dan membina dermaga doa, demi perahu ini sebahagian kami mati, sebahagian bertahan hidup. Aku bertanya: Inikah kedaulatan sesungguhnya? Sewaktu manusia bersatu dengan apa yang mengelilinginya, samudera waktu, hati, dan doa; iapun merdeka, sebuah bangsapun merdeka, negarapun layak ada
UCIN memegang surat itu dengan kedua-dua belah tangannya. Dia sungguh-sungguh ingin tahu. Tadi Cikgu Hamizan telah berpesan, jangan buka sampul surat ini. Tetapi dia begitu ingin tahu. Mengapa tidak boleh dibuka? Adakah isinya sangat rahsia?
Di atas sampul surat bertulis: Kepada Encik
Osman dan Puan Hamidah. Itu bapa dan ibu Ucin. Apa sebabnya Cikgu Hamizan
menulis surat kepada bapa dan ibuku? Ucin tidak henti-henti berfikir sambil
melangkah pulang.
Sebelum ini tidak pernah pula Cikgu Hamizan
menulis apa-apa surat kepada bapa dan ibu. Hanya selalu dikirim ialah
pemberitahuan jadual ujian, atau jemputan mesyuarat PIBG. Bentuknyapun bukan
surat, hanya sekeping kertas dilipat dua saja.
Sikap Cikgu Hamizan tadipun pelik. Tersenyum
seperti biasa, tetapi nada suaranya berbeza. Serius sekali memperingatkan Ucin
agar jangan sekali-sekali membuka sampul surat ini. Cikgu Hamizan juga telah
memanggil Ucin secara peribadi, bertemu secara empat mata.
Ucin rasa takut sekarang. Mungkinkah Cikgu
Hamizan telah melihatnya meniru sewaktu ujian matematik tiga hari lalu? Ucin
mengaku, malam sebelum ujian itu dia tidur awal, terlalu letih. Akhirnya
sewaktu ujian, dia terpaksa meniru jawapan Muna yang duduk di tepinya. Tentu
Cikgu Hamizan hendak melaporkan perbuatan buruk Ucin itu.
Ucin yakin, Cikgu Hamizan menganggapnya murid
yang malas dan suka meniru. Jelaslah hari ini Cikgu Hamizan hendak melaporkan
tingkah-laku buruknya kepada bapa dan ibunya.
Hampir tiba di rumah, Ucin menimang-nimang
sampul surat di tangan. Kalau bapa dan ibu tahu kenakalan Ucin, dia mungkin
akan dirotan.
Ucin melihat jam tangan. Waktu begini ibu
sedang sibuk memasak, bapa belum pulang dari pejabat. Ucin memasukkan sampul
surat ke dalam begnya. Dia berlari, tergesa-gesa membuka pagar, membuka kasut,
mengucapkan salam kepada ibu, masuk ke bilik dan terus mencari bukunya.
Ucin pernah membaca disalah sebuah buku
tentang cara membuka sampul surat tanpa merosakkannya. Dia harus tahu apa yang
telah ditulis oleh Cikgu Hamizan kepada bapa dan ibunya. Setidak-tidaknya, dia
boleh menyiapkan jawapan bila disoal nanti.
Mana bukunya? Aha, ini dia! Ucin segera
menyelak halaman buku tersebut. Hmm, panaskan air hingga mendidih, biarkan
sampul surat terkena wap air, lalu gamnya akan terbuka sendiri. Bagus, selepas
itu Ucin boleh melekatkannya kembali.
Hati Ucin berdebar-debar mengambil sebiji
mangkuk besar. Dia berjingkat ke sisi dapur, menuangkan air panas dari dalam
cerek. Wap air mengepul-ngepul. Ucin tersenyum, segalanya berjalan lancar
tetapi dia perlu cepat, jangan sampai wapnya habis.
“Laa, Ucin, nak buat apa air panas sebanyak
itu?”
Ucin hampir menjatuhkan mangkuk kerana
terkejut. Alamak! Rupanya sejak tadi ibu memerhatikannya dari belakang. Ucin
berusaha menenangkan diri, tentu ibu tidak tahu apa yang sedang dia rancangkan.
“Rahsia, bu!” Ucin menjawab ringkas.
“Eh, dengan ibupun nak rahsia juga?” Mak Seri
mengerutkan keningnya.
“Ini penting, nanti ibu akan tahu juga,” ujar
Ucin seraya bergegas membawa mangkuk itu ke biliknya.
Mak Seri mengangkat bahu dan meneruskan kerja
memasaknya. Setiba di bilik, Ucin menghembuskan nafas penuh kelegaan. Untung
ibu tidak banyak bertanya, jadi dia tidak perlu berbohong. Ucin paling takut
membohongi bapa dan ibu. Walau dia agak nakal tetapi dosa berbohong selalu
diingatnya. Ya, langkah berikutnya ialah wapkan sampul surat.
Satu minit, dua minit. Cuba dibuka
perlahan-lahan, perlahan-lahan. Sampul surat mulai jadi lembab dan terbuka.
Ayuh, ayuh, sedikit lagi. Tahan nafas dan... bret!
Muka Ucin pucat seketika. Alamak, sampul
suratnya terkoyak. Koyaknya besar. Macam mana ni? Bapa dan ibu pasti tahu
bahawa surat ini sudah dibuka. Ucin mesti menukar sampul surat, tetapi dia tidak
mempunyai sampul surat bercap sekolah. Tulisan Cikgu Hamizan pula macam mana?
Mustahil Ucin mampu meniru bentuk tulisan Cikgu Hamizan yang cantik itu.
Beberapa minit Ucin hanya menatap sampul
surat yang sudah koyak itu. Pening!!
Apa agaknya yang ditulis Cikgu Hamizan ni?
Ucin terus menarik kertas dari dalam sampul surat. Tidak peduli ketika
mencabutnya telah menambah lebar koyaknya sampul surat. Biarkan saja, dah
telanjur koyak biar koyak terus. Yang penting Ucin mahu tahu isi surat Cikgu
Hamizan.
Hei, apa ni? Ucin terkejut. Kertas itu
ternyata kosong. Iya, betul-betul kosong, tidak ada tulisan satu hurufpun. Ho...
ho, barangkali Cikgu Hamizan salah memasukkan kertas ke dalam sampul surat.
Surat kosong macam ini tidak perlu disampaikan kepada bapa dan ibu. Jadi,
sampul surat koyakpun tidak jadi masalah. Ucin sungguh lega. Dengan wajah ceria
dia meluru keluar bilik.
“Ucin, kamu buat apa dalam bilik? Kenapa lama
baru keluar? Tadi ibu panggil kamu tak menyahutpun!”
Ucin tersengih.
“Laa, pakaian sekolahpun belum ditukar lagi?”
“Ada kerja penting tadi, bu!”
“Dah siap ke?”
“Dah siap dah!”
Hari ini Mak Seri tidak masak ikan
kesukaannya, tetapi Ucin merasa lapar sekali lalu menjamu selera dengan lahap.
Empat hari berlalu. Ucin gembira kerana Cikgu
Hamizan tidak memanggilnya untuk bertanya tentang surat tersebut. Hari kelima
Ucin hampir melupakan surat itu. Pada akhir pelajaran, Cikgu Hamizan
mengetukkan penggaris kayu pada papan tulis. Seisi kelas diminta tenang.
“Pandang ke hadapan semua!” perintah Cikgu
Hamizan. “Sebelum pulang, cikgu ingin tanya kamu, adakah kamu telah membuat
ulangkaji untuk ujian Pengajian Islam minggu hadapan?”
Hampir semua menjawab, “Sudah, cikgu!”
“Bagus,” Cikgu Hamizan tersenyum senang.
“Tentang apa itu?”
“Bersikap jujur dan amanah, cikgu!”
“Baiklah! Cikgu ingin mengingatkan, bersikap
jujur dan amanah itu penting. Bukan hanya untuk dihafal, tetapi perlu
diamalkan. Kamu faham?”
“Faham, cikgu!”
“Sekarang cikgu nak tanya. Siapa antara kamu
yang tidak menyampaikan surat cikgu kepada ibu bapa di rumah?”
Kelas sunyi senyap. Ucin turut diam seribu
bahasa. Matanya melirik ke
kanan dan ke kiri, rakan-rakannya juga kelihatan gelisah. Mata mereka saling
bertatapan.
“Ayuh, kamu mesti jujur dan berkata benar.
Siapa yang tidak menyampaikan surat harap berdiri. Siapa yang membuka sendiri surat itu tanpa
pengetahuan ibu bapa harap datang ke hadapan. Cikgu sudah menelefon ibu bapa
kamu. Jadi cikgu sudah tahu siapa bercakap benar,”
Dengan
perasaan bersalah Ucin berdiri lalu berjalan ke hadapan kelas. Rupa-rupanya dia
tidak sendirian. Amir, Faizal, Zali, Kamil, Acik dan juga Abdul. Semua itu
adalah murid-murid yang kurang pandai dalam pelajaran, sering mendatangkan
masalah dan gemar melanggar disiplin sekolah.
”Kalau dalam diri tidak ada sikap jujur dan amanah, macam-macam perkara boleh berlaku,” ujar Cikgu Hamizan dengan nada yang sinis.
Penyesalan Faizal
“SSSTTT... Cikgu Yati dah datang!!!!” kata
Zaidi. Murid-murid Darjah 4 Melati Sekolah Rendah Tawar bergegas duduk ke
tempat masing-masing.
“Selamat pagi semua!” sapa Cikgu Yati ramah
sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kelas.
“Selamat pagi, cikgu!” balas murid-murid di
kelas itu dengan suara yang nyaring.
“Errr, semalam cikgu telah menyuruh kamu mencipta
pantun. Semua sudah ada pantun yang cikgu suruh tu?” tanya Cikgu Yati.
“Sudah cikguuuuu!” terdengar suara ramai di hadapannya.
Cikgu Yati tersenyum. “Faizal, cuba bacakan pantun
kamu supaya rakan-rakan kamu dengar,” minta Cikgu Yati kepada Faizal.
Dengan wajah nakalnya, Faizal terus bangun
lalu membacakan pantunnya sambil tersengih:
“Jalan ke hutan mencari salak,
Sambil melihat pokok yang tua,
Ayam ketawa terbahak-bahak,
Melihat Mirah giginya dua.”
‘Ha!! Ha!!! Ha!!!’ Rakan-rakan sekelasnya
tertawa terbahak-bahak. Hanya seorang saja murid yang tidak ketawa iaitu Mirah.
Wajahnya masam sambil merenung Faizal dengan tajam.
“Faizal, kamu tak boleh begitu dengan rakan
sekelas,” tegur Cikgu Yati yang sedar bahawa Mirah tentu sekali telah
tersinggung hatinya.
Faizal segera tunduk merenung meja di
hadapannya.
“Kekurangan orang lain bukan untuk
ditertawakan. Cuba kamu buat pantun lain,” ujar Cikgu Yati
“Baiklah, cikgu,” jawab Faizal sambil masih
mahu tersenyum.
Itulah Faizal, murid paling nakal di kelas
itu. Ada saja gelagat nakalnya untuk mengganggu rakan-rakannya yang lain,
terutama rakan-rakan perempuan di kelasnya.
Pernah suatu hari Nirmala gelabah mencari
buku kerja matematiknya yang telah hilang. Sedangkan Cikgu Johan, guru
matematik, sudah masuk kelas dan sedia meneliti kerja rumah murid-muridnya.
Nirmala ketakutan sehingga hampir-hampir mahu menangis.
Yang menghairankan, buku itu telah ditemui
oleh Cikgu Johan di dalam laci meja guru di hadapan kelas. Tentu saja perbuatan
Faizal yang nakal itu.
Hari itu, sebaik pulang dari sekolah, Mirah
mendepani Faizal dengan wajah yang marah.
“Faizal, kenapa kamu selalu sangat mengata saya?
Kenapa kamu selalu mengejek saya? Kamu suka ke kalau kamu diejek begitu?” tanya
Mirah dengan nada yang marah.
Faizal tersengih-sengih. “Aduh... maaflah! Saya
tak sangka pula kamu marah. Saya ingat kamu seronok,” ujarnya bersahaja.
“Ooo... seronok!! Kamu ingat saya seronok ke?
Kamu ingat saya
seronok bila kamu mengejek saya? Kamu pula, seronok ke kalau saya mengejek kamu
begitu?” balas Mirah.
“Saya tak kisah... siapapun nak ejek saya,
ejeklah! Saya seronok sebab hidup dalam dunia ni, kita mesti seronok. Lagipun,
kita mesti bergurau. Saya memang suka bergurau dengan kamu. Janganlah marah
sebab saya cuma bergurau saja...”
“Saya tak suka kamu mengejek saya. Saya tak
suka kamu bergurau dengan saya,” bentak Mirah dengan suara yang mulai tinggi.
“Eh, kamu betul-betul marah ye? Jangan Mirah...”
“Kenapa saya tak boleh marah?” cantas Mirah.
“Sebab doktor kata, kalau marah akan
melambatkan pertumbuhan gigi, nanti gigi kamu dua terus sampai tua,” suara
Faizal bernada mengejek.
Kupin yang berada di sisi Faizal juga ikut
ketawa.
“Huh! Kamu memang jahat!” jerit Mirah. “Saya
tak akan bercakap lagi dengan kamu!”
Dengan wajah yang merah Mirah meninggalkan
kedua-dua murid yang masih ketawa itu.
“Sudahlah Mirah, tak usah difikirkan
budak-budak tak cukup akal tu! Faizal tu memang jahat. Nanti kalau kita marah,
dia lagi seronok. Lebih baik kita diamkan saja,” ujar Anira, sahabat baik Mirah.
Hari berikutnya, Anira pula menjadi mangsa
kenakalan Faizal. Hari itu, sewaktu rehat, Faizal duduk di sisi Anira dan bertanya,
“Nira, nama kamu memang cantik tau! Nak eja nama kamu macam mana ya?”
“Apa hal? Yang kamu nak eja nama saya tu,
buat apa? Ejalah nama orang lain,” balas Anira sungguh kurang senang.
“Elehh... saya kan cuma bertanya, nak eja
nama kamu tu macam mana. Takkan itupun kamu nak marah?”
“Apa sebabnya kamu nak eja nama saya?” tanya Anira
dengan wajah yang jengkel.
“Sebab saya tak tahu nak eja nama kamu...
sebab itulah saya tanya,” jawab Faizal bersahaja.
“A.. N.. I.. R.. A...
ha.. puas? Itupun tak tahu?!”
“Itu bukan nama kamu laa!” balas Faizal
sambil ketawa.
“Habis, macam mana eja nama saya?” tanya Anira
sedikit hairan.
“Eja nama kamu
bukan macam tu.. tapi macam ni... G-E-M-U-K....” jawab Faizal sambil meneruskan
ketawanya.
Anira terus
mencebek.
“Badan kamu kan
gemuk gedempul.. G-E-M-U-K memang
sesuai untuk nama kamu. Bukan A.. N.. I.. R.. A. Apa la kamu ni... dah nak masuk darjah limapun
belum pandai eja nama sendiri lagi,” perli Faizal dengan wajah yang sinis.
Anira amat sedih dengan ejekan begitu.
“Maaflah Gemuk! Saya hanya bergurau saja!”
ujar Faizal lagi bersahaja.
“Faizal, kamu memang dah melampau! Tak boleh
ke kamu suruh emak kamu ajar kamu supaya jangan melampau sangat. Kalau tidak,
kamu pergi mati lebih baik. Kamu ada di sekolah nipun buat menyakitkan hati
orang saja!” marah Anira tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Faizal tetap saja tersengih seolah-olah tidak
ada apa-apa yang berlaku.
Suatu hari yang panas, Mirah dan Anira
berjalan pulang dari sekolah. Tiba-tiba di belakang mereka terdengar bunyi
loceng basikal berdering-dering.
“Hoi... tepi... tepi... Faizal nak lalu. Diharap
ke tepi!!!”
Mirah dan Anira cuma menoleh jengkel. Faizal
lalu di tepi mereka, ketawa terkekeh-kekeh sambil berpaling melihat riak wajah Mirah
dan Anira. Tiba-tiba... gubrak! Basikal Faizal melanggar sebatang pokok jati
yang ada di pinggir jalan. Faizal tersembam jatuh. Mukanya mencium tanah.
“Rasakan! Balasan untuk kamu!” jerit Mirah
kesukaan. “Itulah balasan untuk
orang yang suka mengejek orang lain!!!”
“Iya,” tambah Anira. “Nasib baik langgar
pokok, kalau langgar lori... dah tentu muka kamu terpenyek. Seronok ke cium
tanah tu?”
Faizal termonyeh-monyeh malu sambil
menyeringai kesakitan. “Aduh... tolong laaaa... saya tak boleh bangun niiii?”
rayunya minta bantuan.
“Tak ingin kami nak tolong kamu, Faizal!!
Kamu kan suka mengejek kami. Biar kamu tahu rasa sakit sekarang. Sakit kamu tu
tak seberapa dibandingkan sakit hati kami ni.. tau tak?” kata Mirah sambil
menjuihkan bibirnya.
“Aduh... saya tak main-main. Kaki saya sakit
sungguh... tolonglah!!!!” rintih Faizal. “Saya janji tak akan mengejek kamu
lagi.”
Akhirnya Mirah tidak tergamak melihat Faizal
yang meringis kesakitan dan tidak boleh berdiri itu.
“Begini saja Nira, kamu ke sekolah cari Pak
Hamid jaga sekolah. Dia ada motor. Faizal boleh dibawa ke klinik. Pergilah, saya di sini
jaga Faizal,” ujar Mirah
Faizal betul-betul
menepati janjinya. Sejak kejadian itu, dia tidak pernah mengganggu
rakan-rakannya lagi. Faizal juga sudah mempunyai ramai kawan termasuk Mirah dan
Anira. Mereka sering belajar bersama.u Penipu
LOCENG tanda pulang dari sekolah baru
berbunyi. Rakan-rakanku
berpusu-pusu keluar dari kelas. Dengan langkah longlai aku pun meninggalkan
kelas.
Hari ini aku berasa malas hendak pulang ke
rumah. Aku teringat leteran
emak pagi tadi. Emak marah kerana semalam aku membeli beg yang mahal tanpa izin
emak. Padahal aku membeli dengan wang simpananku sendiri. Lebih-lebih lagi
rakan-rakanku sudah ramai yang memakai beg jenis itu.
Aku memutuskan untuk pergi ke rumah Mak Cik
Odah saja. Jaraknya memang agak jauh, di pinggiran bandar. Biarlah pembantu
rumah, Kak Suriati itu gelisah menunggu aku di meja makan. Biarlah emak
kebimbangan mencariku.
Hup! Aku melompat naik ke atas sebuah bas
yang menghala ke arah rumah Mak Cik Odah. Aku sudah hafal jalannya kerana sudah
beberapa kali aku pergi ke rumah Mak Cik Odah.
Setibanya di rumah Mak Cik Odah, suasana sepi menyambutku. Tentu saja Mak Cik Odah belum pulang dari pejabatnya. Mak Cik Odah bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah kanak-kan
Kita Harus Tabah
ZULAIKHA sedang membersihkan lantai, namun
fikirannya melayang-layang. Baru seminggu dia tinggal di Kuala Lumpur dan
rasanya dia tidak tahan lagi. Pak Cik Hairi dan Mak Cik Jamilah baik kepadanya.
Kawan-kawan di sekolah juga baik.
Namun, dia selalu
rindu untuk kembali ke kampung di Utara Semenanjung. Dia teringat rumahnya,
halamannya yang luas, pokok petai, pokok pisang, reban ayam, kandang kambing,
air telaga yang sejuk, dan suasana akrab dengan jiran.
Namun, ayah Zulaikha
yang bekerja di sebuah kilang memproses kertas di Pulau Pinang kini tidak
memiliki pekerjaan lagi. Kilang tempat kerjanya sudah ditutup. Buat sementara
Zulaikha terpaksa ditinggalkan pada Mak Cik Jamilah, adik ayahnya di Kuala
Lumpur.
Pak Cik Hairi dan Mak
Cik Jamilah bekerja, jadi mereka mampu membiayai Zulaikha. Bila ayah Zulaikha
sudah mendapat pekerjaan, Zulaikha akan kembali ke kampung. Di rumah mewah
berpagar tinggi ini Zulaikha merasa sepi dan terasing. Baru saja dia selesai mencuci
sarung bantal, loceng pintu sudah berbunyi:
‘Ding, dong!’
Zulaikha berlari
ke hadapan sambil membawa kunci pintu. Aaah, kalau di kampungnya, pintu rumah
tidak perlu dikunci.
“Selamat petang,
mak cik!” sapa Zulaikha sambil membukakan pintu.
“Petang... bagaimana kerja-kerja sekolah kamu?
Sudah disiapkan? Cuti pun mesti belajar juga!” ujar Mak Cik Jamilah. Dia
membawa beg kerja dan beg plastik.
“Sudah, mak cik! Saya baru selesai buat ulang
kaji pelajaran matematik dan bahasa Inggeris tadi. Lepas tu saya cuci lantai,
basuh sarung bantal!” jawab Zulaikha.
Mak Cik Jamilah tersenyum lalu masuk ke dalam
dan Zulaikha kembali mengunci pintu. Di atas meja makan Mak Cik Jamilah
mengeluarkan sebuah kotak.
“Makanlah, ada roti sedap. Selepas tu, tolong
hantar dua potong roti ke rumah nombor 25 Jalan Sari 1, belakang rumah kita. Di
situ tinggal Nek Asniah dan cucunya!” kata Mak Cik Jamilah.
“Baiklah, mak cik! Biar saya hantar roti ini
dulu untuk Nek Asniah. Makan rotinya nanti saja!” kata Zulaikha sambil
memisahkan dua potong roti untuk Nek Asniah.
“Nombor 25, nombor 25!” gumam Zulaikha sambil
mencari rumah Nek Asniah. Dia berbelok ke kiri. Tangan kanannya memegang kunci
pintu. Zulaikha masih merasa aneh, ke mana-mana harus membawa bersama kunci
pintu tersebut.
Rumah nombor 25 tidak berapa besar, halamannya
seolah-olah kurang dijaga rapi. Zulaikha menekan loceng dan kemudian muncul
seorang gadis lewat dua puluh tahun. Dia cucu Nek Asniah.
“Kakak, saya Zulaikha, anak saudara Mak Cik
Jamilah. Ini ada roti untuk Nek Asniah dari Mak Cik Jamilah!” kata Zulaikha
dari balik pagar.
“Ooh, masuklah! Nenek memang suka kalau ada
tetamu!” gadis itu membuka kunci pintu dan mengajak Zulaikha masuk.
Di ruang tamu, ada seorang tua bertudung putih
sedang duduk di atas kerusi roda. Wajahnya kelihatan sedih.
“Nek, ini Zulaikha, anak saudara Mak Cik
Jamilah. Ada roti untuk nenek dari Mak Cik Jamilah!” ujar gadis tadi.
Nek Asniah tersenyum. Ada kilatan kegembiraan
di matanya dan sedikit keceriaan di wajahnya, namun kemudian redup kembali. Nek
Asniah menghela nafas.
“Sampaikan terima kasih nenek pada emak
saudara kamu. Masih ada yang mahu mengambil berat pada nenek, orang tua yang
tidak berguna ini!” kata Nek Asniah.
Kemudian Nek Asniah minta Zulaikha bercerita
tentang keluarganya. Zulaikha tidak keberatan.
“Nenek memang kenal ayah kamu. Dulu nenek
juga tinggal di kampung kamu tu!” kata Nek Asniah. Nek Asniah bertanya juga
tentang sungai tempat orang-orang kampung mencuci pakaian, tentang Lebai Kiman
pembuat bubu dari rotan sega, Mek Kesom bidan kampung yang dulu menjadi rakan
baiknya, dan sebagainya. Sewaktu berbual, Zulaikha melihat kegembiraan di wajah
Nek Asniah. Namun kegembiraan itu tidak lama, redup kembali disertai helaan
nafas yang panjang.
“Sekarang nenek sudah tua, lumpuh, tidak
berguna lagi! Tetapi, nenek harus
tabah! Kita semua harus tabah!”
Aneh! Zulaikha tiba-tiba berasa bersemangat
apabila teringat kata-kata Nek Asniah: ‘Kita harus tabah!’ Dan kerinduannya
terhadap kampung halaman pun seolah-olah dapat diubati.
Tiba-tiba Zulaikha tersedar yang dia harus
pulang. Mungkin Mak Cik Jamilah gelisah menantinya.
“Nek, saya harus pulang. Terima kasih ya,
nek! Saya sering rasa ingin kembali ke kampung dan tidak seronok tinggal di
Kuala Lumpur ini. Tapi bila dengar nenek berkata ‘kita harus tabah’, semangat
saya menjadi kuat. Saya harus tabah tinggal di sini! Terima kasih, ya nek!”
Zulaikha menjabat dan mencium tangan Nek Asniah.
Tiba-tiba wajah Nek Asniah bersinar.
Tangannya menjadi hangat dan air mata menitis turun membasahi pipinya.
“Oooh, Zulaikha! Neneklah yang harus
berterima kasih kepada kamu. Rupanya masih ada gunanya nenek hidup di dunia
ini. Tidak disangka nenek masih boleh memberi semangat kepada orang lain!” kata
Nek Asniah. Dia menatap Zulaikha dengan sorot mata penuh terharu. Zulaikha pun
merasakan air matanya mengalir turun ke pipi.
“Zulaikha, mari kita sama-sama berjuang. Nenek akan berjuang melawan penyakit nenek.
Kamu pun harus berjuang untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur ini. Datanglah
ke sini bila saja kamu rasa mahu berbual dengan nenek!” kata Nek Asniah.
Zulaikha mengesat air matanya. Beban berat
perasaannya sudah mulai melenyap
“Aisyah, tolong tolak kerusi roda ini ke
depan. Nenek mahu menghantar Zulaikha pulang!” Nek Asniah memanggil cucunya.
Sekejap saja Aisyah sudah muncul.
“Wah, ada perubahan. Nenek nak hantar
Zulaikha sampai depan rumah? Bagus juga, dah lama kita tak jalan-jalan ke luar!” kata
Aisyah.
“Sampai di hadapan
pintu cukuplah. Besok pagi bolehlah kamu tolak nenek di jalan sana!” kata Nek
Asniah.
“Terima kasih, Zulaikha!
Kamu dah beri nenek semangat baru!” kata Aisyah dengan wajah ceria dan penuh
semangat.
“Sebenarnya,
neneklah yang telah memberi semangat pada saya, kak!” balas Zulaikha.
Di dalam
perjalanan pulang, hati Zulaikha terasa berbunga riang. Aneh, tetapi nyata.
Pertemuan tadi ternyata membuatkan Nek Asniah dan Zulaikha mendapat satu
semangat baru. Aisyah turut menjadi ceria. Dan semua itu dimulai dengan
keikhlasan hati Mak Cik Jamilah, yang ingin memberi sedikit perhatian kepada
jirannya yang kurang berkemampuan.
Zulaikha tidak
lagi berfikir bahawa dirinya terkurung di dalam sebuah rumah berpagar tinggi.
Kini dia berasa syukur boleh menumpang di rumah Mak Cik Jamilah yang baik hati
itu.
Selain dapat belajar dengan sempurna, dia juga dapat melih
Rahsia Dua Sahabat
HARI belum begitu malam. Nathan sedang
menonton televisyen di ruang tamu rumahnya. Sendiri saja. Ayah, ibu dan kedua-dua
adiknya pulang ke kampung untuk melihat nenek. Mereka tidur di kampung dan akan pulang
semula pada petang Ahad.
Nathan tidak ikut. Besok pagi dia sudah
berjanji akan pergi memancing bersama rakan-rakan sekelasnya. Semua rakan akan berkumpul di sekolah pada
pukul lapan pagi. Itu lebih menyeronokkan daripada pulang ke kampung nenek.
Begitu fikir Nathan.
Rumah jiran di sebelah kiri rumah Nathan,
sangat sepi. Encik Muniandy
baru meninggal dunia semalam. Isteri dan pembantunya mungkin sudah tidur.
Anjing mereka, Jonhny mendengus-dengus gelisah di halaman. Mungkin Jonhny
sedih, kehilangan majikan yang selalu mengajaknya bermain itu.
Di rumah sebelah kanan lebih sepi lagi. Rumah
itu sedang diubahsuai. Batu bata, pasir dan batang-batang kayu berlonggok di
halamannya. Alangkah berbeza suasana malam dengan siang hari. Siang tadi ramai
pekerja pembinaan di rumah sebelah.
Petang tadi Siva, Cheng Beng, dan Fahiman
telah pulang ke rumah masing-masing setelah datang untuk menyelesaikan
kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru kelas bersama dengan Nathan. Kini
setelah malam tiba, suasana jadi sepi sekali.
“Ah, lebih baik saya tidur sekarang. Supaya
besok tidak kesiangan,” fikir Nathan. Dia segera mematikan televisyen.
Tiba-tiba terdengar bunyi anjing menyalak nyaring.
“Itu suara Jonhny. Jangan-jangan dia
telah melihat arwah majikannya,” bisik hati Nathan.
Dia menjadi takut. “Ah, Cheng Beng dan
Fahiman tu tak ada hati perut langsung!! Tidak mahu bila saya ajak tidur di
sini,” fikir Nathan lagi. Cheng Beng dan Fahiman menyakatnya petang tadi,
“Pasti kamu takut ya? Badan besar macam gajah, tetapi takut macam tikus! Nak
tidur seorangpun takut. Kamu nak takut apa, Nathan? Bukannya ada hantu,”
Kini terdengar bunyi batang-batang kayu dipijak
orang. Apakah itu pencuri? Dag dig dug... hati Nathan berdebar mendadak.
Nathan boleh mendengar detak jantungnya
sendiri.
“Aaaaaauung....” Terdengar lagi lolongan
Jonhny.
“Ah, lebih baik saya siasat. Mungkin ada
pencuri di rumah sebelah,” Nathan berdoa dengan penuh keberanian. Lalu
mengambil sebatang kayu hoki, lampu suluh dan sebatang tukul besi.
Perlahan-lahan Nathan membuka pintu utama dan
mulai mengendap-endap. Dia mengintip dari sebalik dinding rumahnya ke rumah
sebelah. Ada makhluk berbaju putih dan bertopi sedang membongkok. Kelihatannya
seolah-olah sedang mencari sesuatu. Nathan segera menyalakan lampu suluh.
Makhluk itu menoleh.
Wajahnya kuning, hidungnya aneh, giginya
besar-besar bagaikan gigi raksasa. Nathan gementar dan segera masuk ke dalam
rumah, lalu mengunci pintu.
Makhluk itu ternyata tidak mempedulikannya.
Nathan semakin ingin tahu. Mungkin makhluk itu dari angkasa luar yang perlukan
pertolongan. Perlahan-lahan Nathan keluar semula. Kali ini dia terus keluar
pagar, menuju ke rumah sebelah.
Ternyata makhluk itu masih ada. Dia sedang
mencari sesuatu dengan lampu suluh. Keberanian Nathan timbul. Tidak mungkin
hantu membawa lampu suluh.
“Siapa kamu? Kalau pencuri, saya akan
menghubungi polis!” gertak Nathan.
Tiba-tiba makhluk itu menoleh. Rupa-rupanya
dia memakai topeng. Jelas wajahnya berwarna kuning dan bentuk hidungnya aneh.
“Ayuh lekas jawab, atau saya akan hentam kamu
dengan kayu hoki ni,” desak Nathan.
Makhluk itu tertegun. Kemudian terdengar
suaranya.
“Jangan pukul saya, Nathan! Ini saya, Siva!” Siva segera membuka topi dan
topengnya.
Nathan terkejut.
“Kamu... kamu buat apa di sini malam-malam
begini? Pakai topeng... pakai topi... pakai jaket abang kamu...” Nathan
menggeleng-gelengkan kepala.
“Maaf, Nathan! Saya berpakaian begini supaya
tidak dikenali orang. Saya sedang mencari...” Siva agak ragu-ragu hendak
meneruskan kata-katanya.
“Cari apa, Siva? Kamu kehilangan barang
berharga ke?” Nathan ingin tahu.
“Iya. Saya akan beritahu kamu, asal jangan
beritahu rakan-rakan kita yang lain ya!” kata Siva lagi.
“Saya berjanji akan merahsiakannya,” janji
Nathan tambah kehairanan.
“Tadi siang kan kita makan nasi goreng di sini.
Dalam nasi goreng
tu ada pasir. Sayapun ludahkan lalu
keluar bersama gigi palsu saya. Dekat-dekat kawasan ni, pasir-pasir ni. Saya takut
disedari rakan-rakan kita yang lain. Saya malu memakai gigi palsu, walau hanya
satu batang. Selepas saya, Fahiman, dan Cheng Beng pulang dari rumah kamu,
sebenarnya saya mahu kembali ke sini. Tetapi waktu tu pekerja sedang bekerja di
sini. Jadi saya tunggu sehingga malam. Gigi palsu itu harus saya cari juga,
kalau tidak mulut saya ompong. Lagipun ibu saya tentu marah, sebab harga gigi
palsu itu mahal,”
Nathan tersenyum geli bercampur kasihan.
“Jadi sampai sekarang gigi palsu kamu tu
belum jumpa lagi? Jangan-jangan dah dibawa lari dek tikus, tak?” kata Nathan.
“Bentuknya seperti apa ya?”
“Macam gigi biasa. Ada plastik merah jambu
pada tapak giginya,” kata Siva.
Nathan segera membongkok. Mengamati sekitar
tempat itu dengan sepenuh perhatian. Dan di antara batu-batu pasir kelihatan
kepingan berwarna merah jambu. Nathan terus mengambil dan menunjukkannya pada
Siva.
“Ini ke yang kamu cari, Siva?” tanya Nathan.
Siva cepat menyambar benda itu,
menggosokkannya di bajunya.
“Ya, ya, benar. Jumpa juga akhirnya. Terima
kasih banyak. Kamu telah menolong saya menyelesaikan masalah yang genting ni,”
kata Siva riang.
“Kamu memang hebat, Siva! Kamu berani sendirian
malam-malam buta begini,” puji Nathan.
“Ah, ini kan terpaksa!” kata Siva. “Ingat ya,
Nathan! Jangan ceritakan rahsia saya ini pada sesiapapun rakan kita yag lain,”
“Iya, saya sendiripun ada juga satu rahsia,
Siva!”
“Rahsia?”
“Ya... sebenarnya saya takut tidur sendirian.
Jiran sebelah rumah
saya baru meninggal dunia semalam. Anjingnya melolong sepanjang malam.
Suasananya menyeramkan. Cheng Beng dan Fahiman tidak mahu menginap di sini
temankan saya,” Nathan tiba-tiba memecahkan rahsianya pada Siva.
“Bagaimana kalau saya menginap di rumah kamu
malam ini? Saya sangat berterima kasih pada kamu. Saya juga takkan cerita pada
siapa-siapa yang kamu takut tidur seorang diri,” kata Siva.
“Wah, bagus sekali tu! Kamu benar-benar dah
menolong saya menyelesaikan satu masalah yang genting,” kata Nathan dengan
wajah yang gembira.
Malam itu Siva tidur di rumah Nathan. Esok
harinya Cheng Beng dan Fahiman bertanya apakah Nathan boleh tidur semalaman.
Nathan menjawab dengan penuh yakin.
“Tentu saja, saya tertidur nyenyak macam
orang mati.”
Rahsia Nathan dan Siva tidak tersebar di antara kawan-kawan mereka yang lain.
at suasana kehidupan masyarakat
bandar yang terkenal bagai enau dalam belukar itu.
Dan dia juga kini
memiliki seorang nenek yang sama-sama perlu berjuang dengan tabah melawan
cabaran hidup masing-masing.ak terkenal. Mak Cik
Odah juga seorang pengarang.
Semua pintu dan jendela rumah Mak Cik Odah
terkunci. Rumah besar dan tua itu terasa hening. Aku tahu dari emak bahawa
rumah itu peninggalan zaman Inggeris dulu. Emak menyuruh Mak Cik Odah tinggal
di situ setelah nenek meninggal dunia.
Aku sedar kedatanganku tidak tepat waktunya.
Tetapi untuk pulang ke rumah, ah, aku tak ingin pulang lagi!! Biarlah aku
tunggu sehingga Mak Cik Odah pulang dari pejabatnya.
Tiba-tiba aku teringat pintu stor di belakang
rumah yang tidak terkunci rapat. Mak Cik Odah selalu lupa untuk memperbaiki
kuncinya yang rosak itu. Mudah-mudahan keadaaannya masih demikian. Jadi aku
boleh menunggu Mak Cik Odah di stor itu saja.
Ternyata tekaanku tepat. Setelah
menggoyang-goyangkan pintunya beberapa kali, akhirnya pintu stor itu terbuka.
Udara sedikit pengap. Aku membuka jendela kecil. Udara segar masuk dan keadaan
dalam stor sedikit terang.
Di sudut stor terdapat tumpukan kotak yang
entah apa isinya. Di satu sudut lain pula ada kerusi-kerusi tua yang sudah
rosak, sofa usang, dan meja belajar yang disusun rapi.
Di sudut sebelah kanan terdapat sebuah almari
besar tua. Aku bergegas ke sana lalu membuka kedua-dua pintunya lebar-lebar.
Barisan buku-buku yang tersusun rapi menyambutku. Ini yang aku cari. Jadi aku
boleh membaca sambil menunggu Mak Cik Odah pulang.
Semua buku itu adalah koleksi Mak Cik Odah.
Tentu Mak Cik Odah tidak akan membuang buku-buku lama itu. Aku mengambil sebuah
buku cerita tentang pengembaraan. Kemudian duduk di atas sofa. Debu
berterbangan. Aku menutup hidung dan bersin. Selepas itu aku hanyut ke dalam
kisah pengembaraan dalam buku tersebut. Dan tanpa sedar aku pun tertidur.
Aku terbangun ketika hari menjelang senja.
Cahaya matahari redup remang-remang memasuki stor kerana terhalang oleh
pepohonan.
“Sudah bangun rupanya!!”
Suara yang menjelma di telingaku membuatkan
aku terperanjat. Seorang budak perempuan sedang menatap wajahku sambil
tersenyum mesra. Di tangannya ada sebuah buku cerita. Aku tertanya-tanya. Siapakah
dia? Aku merasa hairan kerana di rumah Mak Cik Odah tidak ada budak perempuan
kecil seperti itu.
“Siapa kamu?” sejurus kemudian aku bertanya
dengan wajah yang kehairanan.
Budak perempuan itu tersenyum sebelum
menjawab. “Namaku Nina, pemilik stor ini. Dan kamu memasukinya tanpa izin
dariku terlebih dahulu!” katanya sambil merapikan rambutnya yang ikal tidak
berurus.
Aku terkebil-kebil.
Bukankah stor yang aku masuk ini dipunyai
oleh Mak Cik Odah? Kenapa budak perempuan ini berani mengatakan stor ini hak
miliknya?
”Kenapa kamu diam? Jawablah!” ujar Nina
sambil mencebekken bibirnya kepadaku.
“Stor ini kepunyaan mak cik aku, Mak Cik Odah
namanya. Aku bebas masuk sesuka hatiku sambil menunggu Mak Cik Odah pulang!” jawabku
dengan tegas.
“Kamu budak yang keras kepala, degil. Kamu
lari dari rumah, ya?” ujar Nina.
Aku melotot menatap budak asing itu.
“Buktinya kamu masih pakai pakaian seragam
sekolah,” ujarnya lagi.
“Ya, aku sedang marah pada emakku,” jawabku
terus terang.
“Tidak baik menderhaka lalu lari dari rumah. Nanti kamu akan menyesal seperti aku.”
“Apa kena dengan kamu?” kataku mulai marah.
“Dulu aku pun pernah marah pada emakku.
Emakku lupa pada hari ulang tahunku. Aku pura-pura lari dengan bersembunyi di dalam
stor ini. Aku tahu stor ini mempunyai ruang bawah tanah. Aku masuk ke dalamnya
dengan membawa buku harian. Aku menguncinya dari dalam. Aku seronok
membayangkan emak akan kegelisahan mencariku. Tetapi lama-lama aku menyesal
bila ingat emak tentu sekali menangisi kehilanganku. Aku ingin keluar. Tetapi
aku tidak boleh keluar, sebab aku lupa membawa kuncinya. Aku terkurung di ruang
bawah tanah kerana kesalahanku sendiri. Selama bertahun-tahun. Aku perlu
bantuan kamu, tolong bebaskan aku....”
Aku menatap wajah Nina yang redup itu.
Matanya menjadi berair. Wajahnya kelihatan pucat. Nina terus menatapku dengan pandangan yang
aneh. Dengan segera aku terus meluru keluar dari stor tersebut kerana ketakutan.
Ternyata Nina itu adalah hantu!!
Di halaman aku melihat kereta Mak Cik Odah
berhenti. Oh, syukurlah, Mak Cik Odah sudah pulang.
“Mak Cik, hantarkan Harin pulang,” ujarku
sambil memeluk Mak Cik Odah.
“Aduh, Harin, kamu buatkan emak kamu sedih
dan cemas. Emak suruh Mak Cik Odah mencari kamu. Emak kamu menangis kesedihan,”
jelas Mak Cik Odah.
“Iya, hantarkan Harin pulang. Harin mahu
minta maaf,” kataku sungguh-sungguh. “Mak Cik Odah, tadi di stor Harin bertemu
dengan Nina. Dia terkurung di ruang bawah tanah selama bertahun-tahun. Sekarang
Nina sudah jadi hantu. Tadi dia minta dibebaskan,” ceritaku sejurus kemudian.
Mak Cik Odah segera tertawa.
“O, jadi sebab itulah kamu minta dihantar
pulang? Nina berjaya
membuatkan kamu takut. Si degil itu memang kaki temberang. Dia anak Pak Jamal,
jiran Mak Cik,” jelas Mak Cik Odah sambil tertawa lagi.
Kereta Mak Cik Odah mulai bergerak. Aku menoleh ke belakang. Di bawah pohon rambutan aku melihat Nina melambaikan tangan kepadaku sambil tersenyum. Huh, hantu penipu!!
Gaun Cantik
Tinggalan Ayah
NANA dan Puan Khalilah tiba di rumah ketika
hampir malam. Mereka baru saja pulang dari pusat membeli-belah.
“Amboi, senyum-senyum saja. Senang hati ya,
dapat baju cantik!” puji Puan Khalilah.
Nana hanya tertawa. Sewaktu di dalam bilik,
dengan gembira dicuba baju barunya. Benar-benar cantik. Akhirnya, keinginannya
untuk mempunyai baju seperti ini tercapai juga. Baju baru Nana ini hampir sama
dengan baju yang dibelikan ayahnya setahun lalu. Nana menyimpannya di dalam
laci almari pakaiannya.
Nana membuka laci almari dan diambil beg
plastik berwarna hitam. Dari dalamnya dikeluarkan baju yang sangat istimewa itu
dan Nana tempelkan di badannya. Tentu saja sudah kecil dan singkat. Baju itu
diberikan ayahnya ketika umurnya 9 tahun.
Seketika rasa terharu muncul di hatinya. Ya,
waktu berjalan terlalu cepat. Tidak terasa sudah setahun Encik Fahmi
meninggalkan Nana dan Puan Khalilah. Nana menghela nafasnya dengan berat,
dipeluk baju baru yang tidak pernah dipakai itu. Kejadian setahun lalu
seolah-olah terbayang di ruang matanya.
Hari itu adalah hari yang tidak dapat Nana
lupakan sepanjang hidupnya. Encik Fahmi pulang setelah dua bulan meninggalkan
rumah untuk bertugas. Nana berlari-lari menuju halaman, dan Encik Fahmi berdiri
dengan kedua-dua belah tangannya mendepang.
“Nana rindu pada ayah,” kata Nana ketika tiba
dalam pelukan Encik Fahmi.
Encik Fahmi tertawa. “Ayah juga rindu pada
Nana. Ini ayah bawa hadiah untuk kamu,”
Segera dibuka bungkusan dari ayahnya. Sehelai
gaun yang cantik.
“Ini untuk dipakai sewaktu menyambut hari
raya nanti,” ujar Encik Fahmi.
Ketika itu hari raya memang tinggal beberapa
hari saja lagi. Puan Khalilah mulai sibuk menyiapkan kuih-muih. Encik Fahmi
membantu Puan Khalilah mengganti tirai dan memasang permaidani baru. Sementara
Nana, Ira dan Didi menyiapkan sampul duit raya untuk rakan-rakan. Semua sibuk
tetapi merasa bahagia kerana dapat menyambut hari raya bersama.
Tetapi kebahagiaan itu lenyap ketika Nana dan
Puan Khalilah mendengar berita mengejutkan pada hari raya. Encik Fahmi
mengalami kemalangan jalan raya sebaik pulang dari menghantar Siti, pembantu
rumah mereka, ke kampung halamannya. Encik Fahmi meninggal dunia di tempat
kejadian.
Rasanya Nana tidak mahu mempercayai berita
itu. Bagaimana mungkin ayahnya meninggalkan Nana secepat itu? Baru sebentar
tadi Nana dan ayah memuji emaknya yang sedang sibuk mengisi ketupat. Baru
sebentar tadi ayahnya memberikan sekeping coklat untuk dimakan ketika berbuka
puasa. Tetapi kini, yang ada di hadapan Nana, Didi dan Puan Khalilah adalah
sekujur tubuh yang kaku. Oh, ayah…
Nana, dan emaknya saling berpelukan. Tangisan
mereka bergema di antara suara takbir yang berkumandang ke udara.
Tidak disedari air mata mengalir di pipinya.
Nana memeluk gaun cantik dari ayahnya itu.
Oh ayah… Nana rindu untuk merayakan hari raya
bersama ayah, seperti dulu…
Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Dengan segera
Nana menyeka air mata yang sedang mengalir di pipinya.
“Hai lama benar, Nana! Ayuh kita makan…”
Sudah terlambat. Puan Khalilah sudah melihat
gaun cantik pemberian arwah Encik Fahmi yang sedang Nana peluk.
“Ini baju dari ayah dulu, kan? Kenapa tidak
pernah dipakai?” tanya Puan Khalilah. “Kebetulan… kalau begitu…”
“Kenapa mak?” soal Nana ingin tahu.
“Kamu ingat tak lagi Suria, err... anak Pak
Hassan?” tanya Puan Khalilah.
Nana mengangguk. Pak Hassan pernah bekerja
sebagai pemandu mereka. Peristiwa kemalangan setahun lalu tidak hanya
mengakibatkan Encik Fahmi meninggal dunia, tetapi juga Pak Hassan menjadi buta.
“Bagaimana kalau baju ini diberikan pada
Suria?” tanya Puan Khalilah.
Nana sangat terkejut mendengarnya. “Jangan,
mak!!” jawabnya spontan.
“Kenapa?” tanya Puan Khalilah.
Kenapa? Emak tidak tahu betapa Nana amat
menyayangi baju ini. Emak tidak mengerti bahawa baju ini menyimpan seribu
kenangan bagiku. Emak tidak tahu bahawa inilah satu-satunya pemberian terakhir
ayah untukku. Tiba-tiba Nana merasa sedih.
“Ini baju dari ayah, mak! Nana sengaja
menyimpannya kerana baju ini adalah pemberian ayah yang terakhir. Tidak mungkin
Nana mahu berikan kepada orang lain,” jawab Nana tegas.
“Hei, jangan cepat marah, Nana!!” jawab Puan
Khalilah cuba menenangkan keadaan. “Emak cuma beri cadangan, boleh diterima
boleh tidak. Kalau kamu tak suka, tak apalah. Emak bukannya nak paksa kamu,”
Puan Khalilah keluar dari bilik Nana.
Nana terkedu. Rupanya dia tadi terlalu kasar
sehingga emaknya tersinggung. Nana sungguh menyesal. Sebaik habis dari kerja
tadi Puan Khalilah terus pulang dan membawa Nana ke pusat membeli-belah untuk
membeli baju. Pasti emaknya itu letih sekali.
Ya, gaun cantik ini adalah bukti sayang ayah
kepadaku. Penghapus rasa sedihku. Tidak mungkin dapat kuberikan kepada orang
lain. Nana menghela nafasnya. Dia menyayangi ayah, dan emaknya tentu tahu
hakikat itu. Seketika Nana tercenung. Matanya terasa panas dan basah.
Segera Nana menghampiri Puan Khalilah di
ruang makan. Ketika itu Puan Khalilah sedang makan sendirian.
“Mak…,
maafkan Nana, ya mak! Nana terkejut waktu dengar baju itu akan diberikan pada
Suria. Baju itu… sangat bermakna buat Nana, kerana pemberian ayah. Nana…,” Nana
tidak mampu meneruskan kata-katanya.
Puan Khalilah menyeka air mata yang mengalir
perlahan-lahan di pipi Nana. Nana lihat mata emaknya juga berkaca-kaca.
“Emak
juga minta maaf, sayang! Emak tidak tahu baju itu sengaja tidak pernah kamu
pakai dan sengaja kamu simpan sebagai kenang-kenangan. Emak fikir akan lebih
berguna bila diberikan kepada orang yang lebih memerlukannya. Emak memang sudah
banyak membantu Pak Hassan, tetapi tentu saja tidak cukup. Nah, sekarang kita
makan saja dulu, ya…” Suara Puan Khalilah begitu lembut dan sejuk di telinga
Nana.
Nana mengangguk.
Sewaktu makan fikiran Nana melayang pada
Suria dan keluarganya. Kerana mata Pak Hassan buta, dia tidak mampu bekerja
lagi untuk membiayai keluarganya.
Ah, Nana jadi resah tidak menentu. Di
hadapannya ketika ini terhidang bermacam lauk-pauk. Dan dia baru sahaja membeli
sehelai baju yang harganya mahal, ditambah sepasang kasut yang mahal juga.
Sementara Suria... jangankan mahu memikirkan
berbagai keperluan hari raya, untuk makan sahur dan berbuka puasapun harus
sesederhana mungkin. Tetapi… tetap saja, tidak mungkin Nana dapat memberikan
gaun cantik dari ayahnya itu kepada Suria.
“Mak… begini saja. Nana akan ambil sebahagian
dari wang simpanan Nana. Emak tolong belikan baju raya untuk Suria,” kata Nana
memecah keheningan.
Puan Khalilah tersenyum dengan riak mata
berkaca-kaca.
“Emak gembira
sekali mendengarnya. Bererti kamu sudah mahu membahagikan sebahagian dari
rezeki yang kamu ada kepada orang lain,” ujar Puan Khalilah seraya memeluk
Nana. “Semoga Tuhan selalu memberi kita kekuatan untuk melakukan apa juga
kebajikan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan