SMAHADZIR
DIKISAHKAN dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka
Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000
gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap
lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah
itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap
ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah boleh.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat
nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah
kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan
muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di
belakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan
kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh
70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada
diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah
jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan
yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka
nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan