SMAHADZIR
TENAGA merupakan
elemen penting dalam memacu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Tenaga juga bukan
sahaja diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap
aspek kehidupan manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian,
pengangkutan, pertanian, pencahayaan dan sebagainya.
Sukar
dibayangkan sekiranya negara kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau
kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu
tempat tanpa kenderaan. Suri rumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat
menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalan raya juga mungkin
kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak
berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi
juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi lantaran
ketiadaan elektrik. Justeru, tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana
kehidupan di dunia kini.
Sumber Tenaga Semula Jadi
Malaysia
dikurniakan sumber-sumber tenaga semula jadi seperti minyak dan gas asli,
tetapi tidak terkecuali daripada berhadapan dengan situasi kepupusan sekiranya
sumber-sumber tersebut tidak diuruskan dengan baik. Sumber-sumber semula jadi
tersebut dijangkakan semakin menyusut dan peningkatan kebergantungan kepadanya
secara berterusan memerlukan negara mengimportnya dari luar negara.
Kebanyakan
sumber penjanaan elektrik di Malaysia berasaskan kepada sumber-sumber bahan api
fosil. Contohnya di Sabah, penjanaan elektrik menggunakan 50.1% bahan api gas,
40.5% berasaskan diesel dan medium fuel
oil, 6.5% daripada sumber hidro dan selebihnya dari sumber tenaga boleh diperbaharui.
Kebergantungan yang besar kepada bahan api fosil dengan sumbernya diimport akan
memberikan satu cabaran kepada jaminan keselamatan tenaga. Oleh itu,
langkah-langkah yang sewajarnya telah dirangka dalam memastikan negara dapat
menghadapi pasaran tenaga yang semakin kompetitif pada masa hadapan dengan
memastikan energy security yang
sentiasa berterusan.
Di
samping energy security yang
merupakan agenda utama Kerajaan dalam memastikan pembekalan elektrik negara
yang mapan, aspek alam sekitar juga telah diberi penekanan yang serius. Sektor
industri dan penjanaan elektrik mewakili sekitar dua pertiga daripada global energy-related carbon dioxide (CO2)
emission dan memainkan peranan
penting dalam menangani isu perubahan iklim ekoran daripada fenomena pemanasan
global. Fenomena ini adalah satu keadaan di mana alam sekitar mengalami
peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Peningkatan suhu
ini kemudiannya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kesan buruk seperti
banjir, kemarau, krisis makanan dan sebagainya.
Keprihatinan Dan Keseriusan Kerajaan
Keprihatinan
dan keseriusan Kerajaan dalam membantu menangani fenomena tersebut telah
dizahirkan melalui komitmen yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada United
Nations Climate Change Conference 2009 (COP15) di Copenhagen, Denmark. Malaysia
komited secara sukarela untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - emission
intensity of GDP sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding tahap pada
tahun 2005.
Pelbagai
dasar telah digubal oleh Kerajaan dalam memastikan kemapanan sektor pembekalan
elektrik negara termasuklah di Sabah dan Sarawak. Antara aspek penting yang
dititikberatkan adalah kecekapan tenaga yang mana telah ditekankan sejak
pengenalan Dasar Tenaga Negara 1979 lagi. Dasar ini telah menggariskan tiga objektif
utama yang mana salah satu daripadanya adalah untuk mempromosikan penggunaan
tenaga dengan cekap serta mengelakkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang
tidak produktif. Objektif dasar ini bertujuan untuk membantu usaha ke arah
memastikan sumber-sumber tenaga dipelihara dan diuruskan dengan baik untuk
kemapanan masa hadapan. Secara tidak langsung, ia akan dapat membantu
memastikan jaminan energy security
yang berterusan di Malaysia serta menyumbang kepada usaha menangani fenomena
pemanasan global.
Pelbagai Inisiatif Dan Langkah
Kerajaan
juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan langkah untuk menggalakkan
lagi penggunaan tenaga secara cekap di sektor industri, bangunan, domestik dan
sebagainya. Sebagai contoh, insentif fiskal bagi menggalakkan amalan kecekapan
tenaga telah mula diperkenalkan sejak tahun 2001 lagi dan disemak dari tahun ke
tahun bagi memastikan ianya lebih menarik.
Di
bawah insentif fiskal tersebut, pihak yang membekalkan dan menggunakan
perkhidmatan kecekapan tenaga serta mematuhi kriteria-kriteria kelayakan yang
ditetapkan akan dapat menikmati pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan,
Pioneer Status (PS) dan Investment Tax Allowance (ITA). Peluang sebegini
seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pihak terutamanya pihak
industri kerana ia dapat membantu mengurangkan kos operasi. Pengurangan kos
operasi sedemikian, kemudiannya akan dapat meningkatkan lagi daya saing oleh
industri terlibat dalam pasaran yang kian kompetitif kini.
Pelan Induk Kecekapan Tenaga Negara
Dalam
pada itu, Kerajaan juga telah menggubal Pelan Induk Kecekapan Tenaga Negara.
Pelan induk ini menjadi pemangkin kepada penggunaan tenaga dengan cekap di Malaysia,
dan menghasilkan impak yang lebih besar. Beberapa inisiatif kecekapan tenaga
telah dikenal pasti dan digariskan di bawah pelan induk ini yang merangkumi
sektor industri, bangunan, komersial dan domestik. Pelan induk tersebut juga
telah dinilai oleh pakar-pakar kecekapan tenaga daripada negara-negara Asia
Pacific Economic Cooperation (APEC) dan pandangan yang positif telah diterima
daripada mereka. Dengan adanya pelan induk tersebut, pelaksanaan kecekapan
tenaga di Malaysia dapat ditingkatkan dan ditambah baik ke arah membantu
penggunaan dan pengurusan sumber tenaga secara cekap dan mapan setanding dengan
negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan sebagainya.
Dalam
usaha Kerajaan untuk memastikan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga
dengan lebih meluas, Peraturan-Peraturan Pembekalan Elektrik 1994 telah disemak
semula untuk menguatkuasakan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga di Malaysia.
Antara aspek pelaksanaan yang dirancang untuk dimulakan adalah menghentikan
penggunaan lampu pijar yang tidak cekap tenaga secara berperingkat-peringkat di
negara ini untuk tempoh sehingga Disember 2013.
Selain
daripada Malaysia, langkah yang sama turut dilaksanakan oleh beberapa negara
lain dan pelaksanaannya akan dapat mencegah negara kita dijadikan sebagai
lokasi bagi lambakan lampu pijar kelak. Di samping itu, penggunaan lampu yang
lebih cekap tenaga bagi menggantikan lampu pijar juga dijangkakan dapat
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia sebanyak 1074 gigaWatt-jam
setahun iaitu bersamaan dengan penjimatan 1% keperluan bekalan elektrik negara.
Ia juga akan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 732,000 tan
karbon dioksida setahun.
Penggunaan
lampu kebiasaannya akan menyumbang kepada 10% atau kurang bagi keseluruhan
jumlah bil elektrik. Kos ini boleh dikurangkan dengan penggunaan lampu cekap
tenaga dan dianggarkan pengguna-pengguna akan dapat menjimatkan sebanyak RM336
juta setahun dalam penggunaan elektrik negara. Terdapat beberapa jenis lampu
cekap tenaga yang boleh digunakan, antaranya ialah lampu Compact Flourescent
Light (CFL), lampu flourescent tube
T5, lampu Light Emitting Diode (LED) dan sebagainya. Lampu Compact Flourescent
Light (CFL) umpamanya, menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan
pencahayaan yang sepadan. Selain itu, jangka hayatnya juga adalah lapan kali
lebih lama daripada lampu mentol biasa.
Sistem Penarafan
Selain
daripada penggunaan lampu, kecekapan peralatan elektrik lain yang digunakan di
rumah seperti peti sejuk, penyaman udara, televisyen, kipas, mesin basuh,
pemanas air dan sebagainya juga boleh membantu penjimatan dalam bil elektrik
bulanan. Pihak Suruhanjaya Tenaga telah membangunkan sistem penarafan atau rating system untuk peralatan elektrik
di Malaysia bagi membantu pengguna membuat pemilihan peralatan elektrik yang
sesuai di rumah. Di bawah sistem pelabelan ini, sesuatu peralatan elektrik akan
diuji berpandukan Minimum Energy Performance Standard (MEPS) untuk menentukan
penggunaan elektriknya sebelum ia dikategorikan sebagai peralatan elektrik
bertaraf 1, 2, 3, 4 atau 5 bintang. Sehingga kini, empat peralatan elektrik
yang biasa digunakan di rumah telah dilabelkan iaitu peti sejuk, penyaman
udara, televisyen dan kipas.
Aspek
kecekapan tenaga turut didokong dalam National Key Economic Areas (NKEA)
melalui Entry Point Project 9 (EPP9) iaitu meningkatkan kecekapan tenaga. Di
bawah EPP9 tersebut, strategi untuk meningkatkan kecekapan tenaga telah
dilaksanakan yang antaranya melibatkan pelaksanaan Program Sustainability
Achieved Via Energy Efficiency atau dikenali sebagai Program SAVE. Program SAVE
ini telah dilancarkan pada 7 Julai 2011 merupakan satu program khas kerajaan
dengan mensasarkan penjimatan tenaga bagi tempoh jangka masa singkat dan
panjang. Pada peringkat awal, program SAVE telah melibatkan pelaksanaan
inisiatif new appliances yang
memperkenalkan prinsip pemberian rebat kepada pengguna untuk pembelian
peralatan elektrik cekap tenaga bertaraf lima bintang iaitu peti sejuk dan
penghawa dingin bagi sektor domestik serta chillers
untuk sektor komersial.
Sumber Tenaga Diperbaharui
Sesungguhnya,
Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencari dan menjana tenaga
diperbaharui sebagai bekalan tenaga untuk masa depan khususnya untuk kehidupan
sejahtera generasi akan datang. Antara usaha yang telah dijalankan oleh
kerajaan ialah dengan menubuhkan Pusat Tenaga Malaysia (PTM) pada 1998 untuk
mengkoordinasi dan mengurus program kajian dan pembangunan mengenai tenaga dan
mempromosikan penggunaan tenaga diperbaharui di Malaysia.
Tidak
dapat dinafikan, Malaysia bergantung kepada tenaga untuk pembangunan dan
perkembangan ekonominya. Walaupun Malaysia mengeluarkan petroleum sendiri untuk
kegunaan tempatan tetapi dalam jangka masa panjang, bahan mentah di perut bumi
ini akan kehabisan. Justeru kerajaan telah membangunkan sendiri tenaga yang
diperbaharui untuk memastikan bekalan tenaga ini dapat dipertahankan dan
seterusnya negara dapat terus membangunkan ekonominya.
Tenaga
diperbaharui berbeza dengan bahan api fosil kerana bekalan tenaga ini akan
kekal untuk selama-lamanya. Umumnya, tenaga diperbaharui boleh dijana daripada beberapa
sumber seperti tenaga geoterma, tenaga ombak, tenaga suria, tenaga hidro,
tenaga nuklear, tenaga angin, tenaga biogas, tenaga biomass dan tenaga biojisim.
Tenaga
suria diperolehi melalui pancaran cahaya matahari. Malaysia berpotensi untuk
projek menjana tenaga suria kerana menerima pancaran cahaya matahari selama
enam jam sehari dan tenaga ini adalah percuma serta menyeluruh. Tenaga suria
banyak digunakan di kawasan pedalaman untuk mendapatkan bekalan elektrik dengan
menggunakan panel Solar PV. Penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dapat
menikmati bekalan elektrik dengan adanya kemudahan solar. Selain itu, tenaga
suria ini juga membekalkan tenaga untuk alat perhubungan telefon awam seperti
di Pulau Aman dan kawasan pedalaman Sawarak. Tenaga ini juga digunakan dalam
bidang pertanian iaitu untuk mengasingkan kepingan getah. Di kawasan bandar,
penggunaan alat pemanas solar popular di rumah serta di hotel. Di Malaysia,
projek menjana tenaga suria telah dibina di Teluk Apan di Pulau Langkawi dan
Kampung Hulu Tembeling di Pahang.
Selain
tenaga suria, tenaga hidro juga adalah tenaga yang amat penting sebagai salah
satu sumber tenaga diperbaharui. Tenaga hidro digunakan sebagai bekalan air,
kawalan banjir, pengairan dan tujuan rekreasi. Malaysia adalah negara yang
berpotensi untuk menjana tenaga hidro. Melalui tenaga hidro inilah terjadinya
hidroelektrik. Bekalan elektrik di negara banyak bergantung kepada tenaga
hidro. Antara tempat penjanaan kuasa hidroelektrik ialah di Empangan Chenderoh dan
Empangan Bakun. Kuasa hidroelektrik ini sesuai digunakan kerana mudah
diperbaharui, tidak habis, murah dan bersih serta tidak mencemarkan alam
sekitar.
Selain
tenaga suria, ombak juga merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang
boleh dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita bersyukur kerana hampir
keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan
Sarawak dikelilingi oleh laut. Negara maju seperti Portugal telah lama
memajukan tenaga ombak untuk bekalan elektrik mereka. Tenaga ombak boleh
digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan juga untuk
operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara.
Tenaga
geoterma pula dihasilkan oleh aktiviti magma dalam perut bumi. Jika tenaga
ombak terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut,
tenaga nuklear pula dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak
stabil bahan radioaktif. Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat
untuk memajukan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik. Sehingga kini
ia masih di peringkat perbincangan dan keputusannya belum diumumkan lagi oleh kerajaan.
Banyak isu keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum
memutuskan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik.
Namun begitu teknologi sinaran nuklear telah banyak dimajukan untuk kegunaan
dalam bidang perubatan dan pertanian yang sedang giat dijalankan oleh Agensi
Nuklear Malaysia.
Manakala
tenaga biomass diperolehi daripada hampas kelapa sawit. Sisa pertanian itu menghasilkan
biogas seperti metana sebagai bahan pembakar untuk tujuan memasak. Tenaga ini
sesuai digunakan kerana terdapat banyak ladang kelapa sawit di Malaysia dan
menghasilkan 8.5 juta tan sisa buangan buah kelapa sawit yang dapat
menghasilkan dua juta tan minyak (metana). Secara tidak langsung, ia telah
menyumbangkan enam peratus keperluan bekalan tenaga negara. Penggunaan tenaga
biomass ini semakin meluas digunakan di seluruh negara kerana ia menjimatkan
sumber tenaga dan murah.
Malaysia
juga mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan sumber tenaga dengan menggunakan
tenaga angin sebagai sumber tenaga diperbaharui. Angin telah digunakan sebagai
sumber kuasa berjuta-juta tahun dulu. Kincir angin telah dibina di kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak pada Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Kincir
angin ini telah membekalkan kapasiti 150 kiloWatt (KW).
Satu
lagi sumber tenaga yang diperbaharui ialah tenaga biogas dan tenaga biojisim. Tenaga
suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam bentuk biojisim dan
juga biogas. Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber
tenaga boleh diperbaharui kerana tumbuhan boleh ditanam berulangkali. Biogas
pula terhasil daripada bahan organik yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma
tanpa kehadiran oksigen atau udara yang menghasilkan gas metana dan karbon
dioksida. Gas metana merupakan bahan bakar paling baik dan tidak mencemarkan
alam, tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh mengakibatkan kesan rumah
hijau.
Sementara
biodiesel adalah sejenis bahan api yang boleh diperbaharui sama ada dalam
bentuk cecair atau gas yang diperolehi dari biomass (bakteria, tumbuhan atau haiwan).
Paling utama, ia boleh diperbaharui dan diperolehi dengan cepat, tidak seperti
bahan api fosil, yang juga datang dari bahan biologi, tetapi mengambil berjuta-juta
tahun untuk membentuk. Biodiesel terutamanya merujuk kepada bahan api diesel yang
berasaskan minyak tumbuhan atau lemak haiwan. Biodiesel biasanya dihasilkan
melalui tindak balas kimia lipid dan dihasilkan dari minyak tumbuhan atau lemak
haiwan, Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiesel.
Ini dapat mengurangkan kegunaan bahan api fosil yang semakin berkurangan.
Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu
berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin
diesel diubah suai.
Kesimpulan
Tenaga
adalah istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini iaitu selepas
internet, bioteknologi dan nanoteknologi. Bak kata Geoffrey Carr, seorang
kolumnis majalah The Economist ‘masa
hadapan bergantung kepada kuasa dan tenaga’. Tenaga sangat diperlukan dalam
semua aktiviti manusia. Oleh yang demikian tenaga amat diperlukan terutama
dalam proses pembangunan sesebuah negara. Lebih pesat pembangunan yang
dijalankan, lebih banyak tenaga yang perlu dihasilkan untuk memenuhi
pembangunan tersebut.
Masa
hadapan dalam menghadapi krisis tenaga kesan dari kenaikan harga minyak dan kos
penggunaan tenaga elektrik yang tinggi ialah penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui. Negara kita Malaysia telah pun bergerak ke hadapan dengan
pelbagai usaha ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui demi kelangsungan
pembangunan negara dan juga kesejahteraan hidup generasi yang akan datang.
Kerajaan juga telah melaksanakan satu sistem pengurusan sumber yang berkesan
bagi menjamin bekalan dan penggunaan tenaga berterusan bagi kegunaan manusia
pada masa depan.
Sebenarnya
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui bukanlah perkara baharu di negara
kita. Pada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang
digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui
terutamanya biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam
industri kelapa sawit. Contohnya, loji biojisim yang dibina oleh Felda Holding
Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 megawatt
daripada sumber tandan kosong kelapa sawit.
Malaysia
sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk membangunkan
tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. Dengan memanfaatkan
peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap tenaga boleh
diperbaharui seperti tenaga angin, solar, hidro, nuklear dan juga biojisim,
kita mampu menjadi contoh kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga
yang semakin meruncing.
Malaysia
merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas
penting dalam penghasilan tenaga. Selaras dengan matlamat Dasar Tenaga Negara
untuk membekalkan Malaysia dengan tenaga yang mencukupi, terjamin dan murah, kerajaan
telah bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan harga bahan api
dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif.
Terima kasih atas info2 di atas.
BalasPadamsaya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
BalasPadampengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatu...
BalasPadamMohon ijin berbagi cerita kisah nyata yang benar-benar saya rasakan walaupun itu di larang agama tapi apa boleh buat kondisi sudah tidak memungkinkan... Saya hanya berbagi informasi siapa tau bermanfaat Jika anda butuh angka togel mulai 2D 3D 4D silahkan konsultasi dengan MBAH WIRANG... Duluhnya shi saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel tapi sekarang saya udah percaya karna saya sudah buktikan sendirii... Saya sangat berterima kasih atas bantuan ramalan angka togel ritualnya, Angka yang MBAH berikan kemaren 4D benar-benar tembus 100% dan alhamdulillah semua hutang piutang udah pada lunas... Siapa tau ada salah satu saudara lagi butuh angka togel silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomor>>> 082-346-667-564 Kepercayaan itu adalah suatu keberhasilan dan saya udah rasakan...