Rabu, 11 September 2013

Salahuddin Al-Ayyubi



SMAHADZIR

APABILA kita bercakap tentang Perang Salib yang berlaku antara Islam dan Kristian, kita tentunya tidak dapat melupakan seorang mujahid Islam yang kental semangat juangnya iaitu Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) merupakan pengasas dinasti Ayyubi bangsa Kurdish di Mesir dan Syiria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Beliau juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Menurut catatan sejarah, Salahuddin Al-Ayyubi dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan beliau telah dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya iaitu Najm ad-Din Ayyub, merupakan gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin Al-Ayyubi tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.

Salahuddin Al-Ayyubi menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya iaitu Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin Al-Ayyubi kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, beliau mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang Tentera Salib di bawah Kerajaan Latin Baitul Muqaddis pimpinan Almaric I.

Kemampuan Salahuddin Al-Ayyubi diragui pada peringkat awal pelantikannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syiria, Salahuddin Al-Ayyubi tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin Al-Ayyubi mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin Al-Ayyubi yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin Al-Ayyubi melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din.

Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas Tentera Salib. Dengan kemangkatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudiannya telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan  Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

Penentangan Terhadap Tentera Salib

Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin Al-Ayyubi berundur setelah satu siri serangan oleh Tentera Salib. Salahuddin Al-Ayyubi berharap bahawa kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syiria. Nur ad-Din dan Salahuddin Al-Ayyubi hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa itu tetapi dengan mangkatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun beliau meninggal dunia pada tahun 1181.

Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin Al-Ayyubi berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, beliau diberi sambutan yang sangat meriah. Beliau mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin Al-Ayyubi tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayyubi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syiria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas Tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun beliau kalah atau tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Beliau ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitul Muqaddis, Raynald dari Chatillon dan Kesateria Templar.


Keamanan di antara Salahuddin Al-Ayyubi dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin Al-Ayyubi meneruskan serangannya pada tahun 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat Tentera Salib beliau berjaya menumpaskan Tentera Salib. Walau bagaimanapun, Tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. 


Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya beliau adalah orang yang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayyubi Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.

Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin Al-Ayyubi menyerang negeri-negeri Salib. Pada tanggal 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin Al-Ayyubi.

Kekalahan Tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai Tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitul Muqaddis (Jerussalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai Tentera Salib. Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Beliau mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Pada tahun 1188, Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitul Muqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitul Muqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin Al-Ayyubi’. Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin Al-Ayyubi bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191.

Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin Al-Ayyubi mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England dengan adik lelaki Salahuddin Al-Ayyubi, Al-Adil, dengan kota Baitul Muqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitul Muqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayyubi mangkat pada tanggal 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin Al-Ayyubi untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati beliau tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin Al-Ayyubi hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar). Salahuddin Al-Ayyubi telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.

Pengiktrafan

Menurut catatan sejarah, sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorang kesateria yang berjaya, sehinggakan wujudnya sastera epik mengenai kejayaannya pada abad ke-14, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo.

Salahuddin Al-Ayyubi muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun di sebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa Tentera Salib menawan Baitul Muqaddis pada tahun 1099, Salahuddin Al-Ayyubi memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Kristian Katolik dan juga kepada Tentera Salib Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang Tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya boleh dibaca dalam sebuah novel yang berjudul Salahuddin Al-Ayyubi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.

Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayyubi amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin Al-Ayyubi sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin Al-Ayyubi juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitul Muqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin Al-Ayyubi bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Makam

Salahuddin Al-Ayyubi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syiria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin Al-Ayyubi bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin Al-Ayyubi yang diperbuat daripada kayu.

Masjid Ummaiyyah: Masjid Agung Damsyik

Masjid Agung Damsyik, juga dikenali sebagai Masjid Umayyad atau Masjid Ummaiyyah adalah salah sebuah masjid yang terbesar dan tertua di dunia. Masjid ini mempunyai makam kepala Nabi Yahya a.s. yang dipancung oleh orang Yahudi. Pada tahun 2001, Paus John Paul II telah melawat masjid ini dan melawat makam Nabi Yahya a.s. yang terletak di dalam masjid tersebut. Itu adalah kali pertama seorang Paus melawat sebuah masjid

Salahuddin Al-Ayyubi Dalam Media

Saladin ialah nama siri animasi 3D di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2006. Beliau berkisar mengenai sejarah hidup Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi juga adalah antara watak utama di dalam filem Kingdom of Heaven (2005) dan Ghassan Mahmoud memegang watak sebagai beliau.

Panglima Pembebasan Baitul Muqaddis

Salahuddin Al-Ayyubi Yusuf Bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit, Iraq pada tahun 532 Hijrah atau 1138 Masehi dan mangkat pada tahun 589 Hijrah atau 1193 Masehi di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulah Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Muqaddis dari tangan kaum salib Kristian.

Hasutan Paderi Jerussalem merupakan kota suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman dan menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Mekah. Ketika Nabi Muhammad s.a.w Isra’, baginda singgah dan bersolat di masjid ini sebelum Mikraj ke langit.

Nabi Isa a.s. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalem ini. Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 Hijrah atau 634-644 Masehi) Jerussalem dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius. Berabad-abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tetapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agama masing-masing tanpa ada sebarang gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan ibadah di kota suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya.

Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan ibadah mereka dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap. Sebelum Jerussalem ditadbir oleh Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibenarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara.

Disebutkan bahawa pada tahun 1064 Ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7,000 orang jemaah yang terdiri dari kumpulan baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan jemaah Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempen bahawa kebebasan agama mereka telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam. Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus-lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Beliau asalnya adalah seorang tentera, tetapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah.

Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Patriach Ermite telah berkeliling Eropah dengan menunggang seekor kaldai sambil memikul sebatang kayu salib yang besar, berkaki ayam dan berpakaian compang-camping. Beliau telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Beliau menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Muqaddis. Katanya, beliau melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, beliau menyeru orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam.

Hasutan Patriach Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan keampunanan seluruh dosa bagi sesiapa sahaja yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya orang tersebut merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda salib di badannya. Oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi keberangkatan Tentera Salib menuju Timur Tengah, tetapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20,000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan.

Sepanjang perjalanan, mereka diizinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya. Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walaupun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan salib itu hanya 7,000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan Paderi Patriach Ermite.

Apabila pasukan salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran yang sengit antara kaum salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan salib tersebut.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum salib yang dipimpin oleh para rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 orang askar, kemudian menyeberang Selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan bermati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum ssalib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum salib dapat mara dan mengepung Baitul Muqaddis, tetapi penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Muqaddis jatuh ke tangan pasukan salib, tercapailah cita-cita mereka. Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membunuh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum salib.

Keganasan kaum salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa. Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: ‘Pada ketika penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibunuh di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid.

Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari buruan orang-orang Kristian itu. Tentera salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.’

Raymond d’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: ‘Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.’ Aksi pembunuhan hanya berhenti beberapa ketika saja, yakni ketika pasukan salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tetapi sebaik saja upacara itu selesai, pembunuhan diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: ‘Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembunuhan pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibunuh dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang gantungan. Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berjaya melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.’

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum salib Kristian sebagaimana kata-katanya: ‘Kaum salib kita yang ‘bertakwa’ itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Muqaddis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlahnya mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semuanya dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.’

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: ‘Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibunuh dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.’

Kemunculan Panglima Salahuddin Al-Ayyubi

Jatuhnya kota suci Baitul Muqaddis ke tangan kaum salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini.

Usaha mereka berhasil. Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau Tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh. Setelah hampir empat puluh tahun kaum salib menduduki Baitul Muqaddis, Salahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masehi. Keluarga Salahuddin Al-Ayyubi taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau jugalah yang memberikan pendidikan awal kepada Salahuddin Al-Ayyubi.

Selain itu, Salahuddin Al-Ayyubi juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh, seorang negarawan dan panglima perang Syiria yang telah berhasil mengalahkan Tentera Salib sama ada di Syiria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Salahuddin Al-Ayyubi sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda. Pada tahun 549 Hijrah atau 1154 Masehi, panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik. Salahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558 Hijrah atau 1163 Masehi, panglima Asasuddin membawa Salahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulah Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.

Usahanya berhasil. Khalifah Daulah Fatimiyah terakhir iaitu Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan rakyat. Dengan senyap-senyap beliau pergi ke Baitul Muqaddis dan meminta bantuan dari pasukan salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum salib, panglima Asasuddin dan Salahuddin Al-Ayyubi dibenarkan balik ke Damsyik.

Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam.

Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali. Panglima Shirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, beliau sendiri melarikan diri dan bersembunyi.

Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua. Suatu hari panglima Salahuddin Al-Ayyubi Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Salahuddin Al-Ayyubi segera menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Salahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang Sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah.

Menutup Daulah Fatimiyah

Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau mangkat pada tahun 565 Hijrah atau 1169 Masehi. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Salahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki.

Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulah Fatimiah, Salahuddin Al-Ayyubi tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Salahuddin Al-Ayyubi agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulah Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulah Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Salahuddin Al-Ayyubi tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh. Barulah pada tahun 567 Hijrah atau 1171 Masehi, Salahuddin Al-Ayyubi mengumumkan penutupan Daulah Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulah Abbasiah.

Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulah Abbasiah. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi.

Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid mangkat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulah Fatimiyah yang dikuasai oleh kaum Syiah selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar Shawar berkomplot dengan kaum salib musuh Islam.

Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki. Mereka sangat berterima kasih kepada Panglima Salahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Salahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenali sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah.

Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam

Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Salahuddin Al-Ayyubi berhati lembut, tidak mahu menipu pihak atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia pada pihak atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang dilaksanakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau Tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatupadukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi. Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tetapi masih tetap taat setia kepada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad.

Tahun 1173 Masehi, Emir Nuruddin Zanki mangkat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al-Soleh. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Salahuddin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Soleh kerana selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang.

Akan tetapi Salahuddin Al-Ayyubi tetap taat setia dan mendoakan Mulk al-Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling. Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum salib, barulah Salahuddin Al-Ayyubi menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh.

Tidak lama kemudian Ismail mangkat, maka Salahuddin Al-Ayyubi menyatukan Syiria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afrika yang telah diduduki oleh Tentera Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat.

Dengan ini kekuasaan Salahuddin Al-Ayyubi telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Muqaddis selama berpuluh tahun. Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, warak dan sederhana membuatkan kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.

Perjuangan Merebut Baitul Muqaddis

Setelah merasa kuat, Salahuddin Al-Ayyubi menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan Tentera Salib yang menduduki Baitul Muqaddis dan merebut kota suci itu semula. Banyak rintangan dan masalah yang dialami oleh Salahuddin Al-Ayyubi sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah mengajak Tentera Salib supaya berdamai. Pada lahirnya, kaum salib memandang bahawa Salahuddin Al-Ayyubi telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Salahuddin Al-Ayyubi sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan.

Untuk ini, beliau telah membuat persiapan secukupnya. Ternyata memang betul, baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Salahuddin Al-Ayyubi segera bergerak melancarkan serangan, tetapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar. Suatu kejadian yang mengejutkan Salahuddin Al-Ayyubi dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk menyerang kota suci Mekah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa digempur oleh mujahid Islam di Laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem.

Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat seorang saudara perempuan Salahuddin Al-Ayyubi. Tanpa berfikir panjang, Count Rainald dan konco-konconya telah menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan Salahuddin Al-Ayyubi. Dengan angkuh Count Rainald berkata: ‘Apakah Muhammad, nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?’

Seorang anggota kafilah yang berjaya meloloskan diri terus lari dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Salahuddin Al-Ayyubi, apa yang telah terjadi. Salahuddin Al-Ayyubi sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan beliau mengirimkan perutusan ke Jerussalem meminta agar semua tawanan dibebaskan. Tetapi mereka tidak memberikan sebarang jawapan. Ekoran kejadian ini, Salahuddin Al-Ayyubi keluar membawa pasukannya untuk menghukum kaum salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat besar di Gunung Hittin sehingga dikenali sebagai Perang Hittin. Dalam pertempuran ini, Salahuddin Al-Ayyubi menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebahagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri.

Semuanya diangkut ke Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Salahuddin Al-Ayyubi dan mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w itu digiring ke hadapan beliau. ‘Nah, bagaimana jadinya yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad s.a.w untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau itu?’ tanya Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi mengajak Count Rainald agar masuk Islam, tetapi beliau tidak mahu. Maka beliau pun dihukum bunuh kerana telah menghina Nabi Muhammad s.a.w.

 Kembali Ke Pangkuan Kaum Muslimin

Setelah melalui berbagai peperangan dan menakluk berbagai benteng dan kota, sampailah Salahuddin Al-Ayyubi pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Muqaddis. Kini beliau mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuatkan penduduk di dalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam Perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.

Pada mulanya Salahuddin Al-Ayyubi menyerukan seruan agar kota suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Salahuddin Al-Ayyubi, bahkan mereka telah melantik seorang Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu.

Kerana mereka menolak seruan, Salahuddin Al-Ayyubi pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan serangan ke atas kota tersebut dengan anak panah dan manjanik. Kaum salib membalas serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan kaum Muslimin. Para pemimpin kaum salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk menyerbu masuk.

Beberapa orang pemimpin Kristian telah keluar menemui Salahuddin Al-Ayyubi menyatakan hasrat untuk menyerahkan kota suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan. Akan tetapi Salahuddin Al-Ayyubi menolak sambil berkata: ‘Aku tidak akan menaklukkan kota ini keculai dengan kekerasan sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. Aku tidak akan membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.’

Setelah usaha diplomatik mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Salahuddin Al-Ayyubi dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Salahuddin Al-Ayyubi tidak menjawabnya. Akhirnya ketua Kristian itu berkata: ‘Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4,000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?’

Setelah mendengar kata-kata nekad dan ugutan itu, Salahuddin Al-Ayyubi menjadi lembut dan kasihan dan bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar kifarat sebagaimana yang telah disyariatkan.

Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka diberi tempoh selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehingga lewat dari waktu itu, beliau akan menjadi tawanan.

Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba. Maka pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Muqaddis. Mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’ dan bersyukur ke hadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu.

Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Salahuddin Al-Ayyubi di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhankan oleh kaum Kristian.

Barulah pada Jumaat berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku khatib atas izin Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuatkan Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut ‘Saladin tithe’, yakni derma wajib untuk melawan Salahuddin Al-Ayyubi yang hasilnya digunakan untuk membiayai Perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota suci itu semula.

Maka terjadilah Perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Salahuddin Al-Ayyubi masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas Perang Salib ke tiga itu, Salahuddin Al-Ayyubi pulang ke rahmatullah.

Peribadi Seorang Panglima

Salahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, warak, zuhud, khusyuk, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan. Seorang penulis sejarah mengatakan: ‘Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.’

Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa sepanjang hayatnya Salahuddin Al-Ayyubi tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengar bacaan Al-Quran, hadis dan ilmu pengetahuan.

Dalam bidang hadis, Salahuddin Al-Ayyubi memang mendengarnya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenali jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengar hadis. Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Salahuddin Al-Ayyubi sebagai berikut: ‘Keberanian dan keberhasilan Salahuddin Al-Ayyubi itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Salahuddin Al-Ayyubi membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke hadapan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam.’

Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kemangkatannya menitiskan air mata apabila Salahuddin Al-Ayyubi yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang digunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat.

Menyingkap Kehidupan Salahuddin Al-Ayyubi

Salahuddin Al-Ayyubi dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka sebelum berjaya menguasai Mesir dan menentang Tentera Salib bahawa anak Kurdish ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun Allah s.w.t telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah s.w.t telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika beliau menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, beliau diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syiah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin Al-Ayyubi telah menulis bahawa Salahuddin Al-Ayyubi sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak dibawa ke tempat pembunuhan.

Perangai Salahuddin Al-Ayyubi

Siapa yang rapat dengannya mengatakan beliau adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin Al-Ayyubi telah mencatatkan bahawa beliau telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini beliau disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya.

Beliau sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, beliau tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka.

Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Ulama

Salahuddin Al-Ayyubi memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Beliau juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan beliau mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun beliau sebenarnya orang Kurdish. Beliau sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawan dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negeri. Di samping Al-Quran beliau juga banyak menghafal syair-syair Arab. Salahuddin Al-Ayyubi mempunyai pengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Al-Quran.

Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi

Ketika Salahuddin Al-Ayyubi menguasai Mesir, beliau tiba-tiba berubah. Beliau yakin bahawa Allah s.w.t telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika beliau tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin Al-Ayyubi sebaik-baik sahaja beliau menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah s.w.t beliau telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya

Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin Al-Ayyubi pernah berkata, ‘Ketika Allah s.w t menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.’ Ini menyebabkan beliau memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan beliau telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Fikiran Salahuddin Al-Ayyubi sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah s.w.t. Semangat Salahuddin Al-Ayyubi yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang Tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuatkan pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Sehubungan dengan ini beliau lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila beliau telah memulakan jihad melawan Tentera Salib beliau akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin Al-Ayyubi dengan Tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki Bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 Hijrah, Tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan bersama adiknya Reginald dari Chatillon. Ramai juga Tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahawa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin Al-Ayyubi untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Muqaddis. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583 Hijrah, iaitu pada hari Isra’ Mikraj, Salahuddin Al-Ayyubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit.

Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama dari Mesir dan Syiria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin Al-Ayyubi. Boleh dikatakan hampir semua pembesar datang. Laungan ‘Allahhu Akbar’ dan ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’ telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin Al-Ayyubi semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099 begitu kejam terhadap orang-orang Islam.

Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerussalem, jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Selain itu mereka juga dirogol, disembelih hidup-hidup lelaki perempuan termasuk orang-orang tua dan kanak-kanak. Tetapi sewaktu Salahuddin Al-Ayyubi berjaya menawan baitul Muqaddis, tidak seorang pun orang Kristian yang ditawan dibunuh. Begitulah lembutnya hati dan perasaan Salahuddin Al-Ayyubi terhadap sesama manusia walaupun mereka adalah orang-orang kafir yang pernah menentang Islam.

Kejatuhan Palestin

Perang Salib Pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490 Hijrah) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin Al-Ayyubi dalam peperangan Hittin pada tahun 583 Hijrah (1187 Masehi) di mana beberapa hari kemudian beliau telah menawan Baitul Muqaddis tanpa penentangan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin Al-Ayyubi yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara-maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah s.w.t mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada tahun 588 Hijrah. Perjanjian ini mengakui Salahuddin Al-Ayyubi adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan salib ketiga.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putera Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerussalem kepada pemerintahan Kristian.

Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin Al-Ayyubi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tentera dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin Al-Ayyubi memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syiria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin Al-Ayyubi telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Allah s.w.t daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Dalam peperangan ini Salahuddin Al-Ayyubi sentiasa syura. Beliau mempunyai majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin Al-Ayyubi sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin Al-Ayyubi. Semuanya sama sahaja.

Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin Al-Ayyubi.

Mangkatnya Salahuddin Al-Ayyubi

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589 Hijrah, pulanglah Salahuddin Al-Ayyubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin Al-Ayyubi telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin Al-Ayyubi.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas beliau jatuh sakit, beliau telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin Al-Ayyubi di istana supaya jika beliau nazak, bacaan Al-Quran dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Salahuddin Al-Ayyubi tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau mangkat, bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin Al-Ayyubi Yang Warak

Beliau tidak pernah membayar zakat kerana beliau tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Beliau sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika mangkatnya beliau hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Beliau tidak meninggalkan harta.

Salahuddin Al-Ayyubi sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah s.w.t. Beliau biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika beliau berada di Jerussalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak beliau enggan untuk meninggalkan kota suci tersebut. Beliau berserah kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dari-Nya dengan sepenuh hati.

Kejayaan Seorang Panglima

Kejayaan terbesar Salahuddin Al-Ayubi ialah mengalahkan Tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1193 di Damsyik, Syiria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari Tentera Salib menakluk Jerussalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerussalem.

Tetapi apabila Salahuddin al-Ayubi menakluk kembali Jerussalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerussalem, malah pada keesokan harinya Salahuddin al-Ayubi telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Salahuddin al-Ayubi ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlangsung, Raja Richard jatuh sakit lalu Salahuddin al-Ayubi mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang doktor. Kerana terharu dengan kebaikan Salahuddin al-Ayubi maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahuddin Al-Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Salahuddin Al-Ayyubi berpesan kepada anak-anaknya; ‘Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur.’

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin Al-Ayyubi telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin Al-Ayyubi. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, beliau telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin Al-Ayyubi di istana supaya membaca Al-Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin Al-Ayyubi. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Al-Quran. Dalam masa ini Salahuddin Al-Ayyubi selalu pengsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, ‘Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata...’ (Al-Hasyr: 22), Salahuddin Al-Ayyubi membuka matanya sambil tersenyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira beliau berkata, ‘Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah.’ Selepas beliau mengucapkan kata-kata itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Islam Palestin

Semenjak awal sejarah Islam, Palestin, dan kota Jerussalem khususnya, telah menjadi tempat suci bagi umat Islam. Sebaliknya bagi Yahudi dan Nasrani, umat Islam telah menjadikan kesucian Palestin sebagai sebuah kesempatan untuk membawa kedamaian kepada daerah ini. Dalam bab ini kita akan membahas beberapa contoh sejarah dari kenyataan ini.

‘Isa (Yesus), salah seorang nabi yang diutus kepada umat Yahudi, menandai titik penting dalam sejarah Yahudi. Orang-orang Yahudi menolaknya, dan kemudian diusir dari Palestin serta mengalami banyak ketidakberuntungan. Pengikutnya kemudian dikenali sebagai umat Nasrani. Akan tetapi, agama yang disebut Nasrani atau Kristian ketika ini didirikan oleh orang lain, yang disebut sebagai Paulus (Saul dari Tarsus).

Beliau menambahkan pandangan peribadinya tentang Isa ke dalam ajaran yang asli dan merumuskan sebuah ajaran baru di mana Isa tidak disebut sebagai seorang nabi dan Al-Masih, seperti seharusnya, melainkan dengan sebuah ciri ketuhanan. Setelah dua setengah abad ditentang di antara orang-orang Nasrani, ajaran Paulus dijadikan doktrin Trinitas (Tiga Tuhan). Ini adalah sebuah penyimpangan dari ajaran Isa dan pengikut-pengikut awalnya. Selepas ini, Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda mampu mengajar Islam, agama Ibrahim, Musa, dan Isa, kepada seluruh umat manusia.

Jerussalem itu suci bagi umat Islam kerana dua alasan: kota ini adalah kiblat pertama yang dihadapi oleh umat Islam selama ibadah solat, dan merupakan tempat yang dianggap sebagai salah satu mukjizat terbesar yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w: mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menuju Masjid Aqsa di Jerussalem, kenaikannya ke langit, dan kembali semula ke Masjid Haram.

Al-Quran menerangkan kejadian ini sebagai berikut: ‘Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’ (Al-Quran, 17:1)

Dalam wahyu-wahyu Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebahagian besar ayat-ayat yang berkesesuaian mengacu kepada Palestin sebagai ’tanah suci, yang diberkati.’ Ayat 17:1 menggambarkan tempat ini, yang di dalamnya ada Masjid Aqsa sebagai tanah ’yang Kami berkati di sekelilingnya.’ Dalam ayat 21:71, yang menggambarkan keluarnya Nabi Ibrahim dan Luth, tanah yang sama disebut sebagai ’tanah yang Kami berkati untuk semua makhluk.’ 

Pada waktu bersamaan, Palestin secara keseluruhan penting ertinya bagi umat Islam kerana begitu ramai nabi Yahudi yang hidup dan berjuang demi Allah, mengorbankan hidup mereka, atau meninggal dunia dan dikuburkan di sana. Oleh kerana itu, tidaklah menghairankan dalam 2,000 tahun terakhir, umat Islam telah menjadi satu-satunya kekuatan yang membawa kedamaian kepada Jerussalem dan Palestin.

Khalifah Umar Membawa Perdamaian

Setelah Roma mengusir Yahudi dari Palestin, Jerussalem dan sekitarnya menjadi lenyap. Akan tetapi, Jerussalem kembali menjadi pusat perhatian setelah Pemerintah Romawi Constantine memeluk agama Nasrani. Orang-orang Roma Kristian membina gereja-gereja di Jerussalem, dan menjadikannya sebagai sebuah kota Nasrani. Palestin tetap menjadi daerah Romawi (Bizantium) hingga abad ketujuh, ketika negeri ini menjadi sebahagian Kerajaan Persia selama masa yang singkat. Akhirnya, Bizantium kembali menguasainya.

Tahun 637 menjadi titik penting dalam sejarah Palestin, kerana selepas masa ini daerah ini berada di bawah kendali kaum Muslimin. Peristiwa ini mendatangkan perdamaian dan ketertiban bagi Palestin, yang selama berabad-abad telah menjadi tempat perang, pengasingan, penyerangan, dan pembunuhan. Lebih-lebih lagi, setiap kali daerah ini berganti penguasa, seringkali menyaksikan kekejaman baru. Di bawah pemerintahan Muslim, penduduknya, tanpa melihat keyakinan mereka, hidup bersama dalam damai dan ketertiban.

Palestin ditaklukkan oleh Umar Bin Khattab, khalifah kedua. Ketika memasuki Jerussalem, toleransi, kebijaksanaan, dan kebaikan yang ditunjukkannya kepada penduduk daerah ini, tanpa membeza-bezakan agama mereka menandai awal dari sebuah zaman baru yang indah. Seorang pemerhati agama terkemuka dari England, Karen Armstrong menggambarkan penaklukan Jerussalem oleh Khalifah Umar dalam hal ini, dalam bukunya Holy War:

‘Khalifah Umar memasuki Jerussalem dengan menunggang seekor unta putih, dikawal oleh pemuka kota tersebut, Uskup Yunani Sofronius. Khalifah minta agar beliau dibawa segera ke Haram asy-Syarif, dan di sana beliau berlutut berdoa di tempat sahabanta Muhammad s.a.w melakukan perjalanan malamnya. Uskup melihatnya dengan ketakutan: ini, beliau fikir, pastilah akan menjadi penaklukan penuh ngeri yang pernah diramalkan oleh Nabi Daniel akan memasuki rumah ibadat tersebut; Beliau pastilah Anti Kristus yang akan menandai Hari Kiamat.’

Kemudian Umar minta melihat tempat-tempat suci Nasrani, dan ketika beliau berada di Gereja Holy Sepulchre, waktu solat umat Islam pun tiba. Dengan sopan uskup menyilakannya solat di tempat beliau berada, tetapi Umar dengan sopan pula menolak. Jika beliau berdoa dalam gereja, jelasnya, umat Islam akan mengenang kejadian ini dengan mendirikan sebuah masjid di sana, dan ini bererti mereka akan memusnahkan Holy Sepulchre. 

Justeru Umar pergi solat di tempat yang sedikit jauh dari gereja tersebut, dan cukup tepat (perkiraannya), di tempat yang berhadapan dengan Holy Sepulchre masih ada sebuah masjid kecil yang dipersembahkan untuk Khalifah Umar. Masjid besar Umar lainnya didirikan di Haram asy-Syarif untuk menandai penaklukan oleh umat Islam, bersama dengan Masjid Al-Aqsa yang mengenang perjalanan malam Muhammad s.a.w. Selama bertahun-tahun umat Nasrani menggunakan tempat reruntuhan biara Yahudi ini sebagai tempat pembuangan sampah kota. Khalifah Umar membantu umat Islam membersihkan sampah ini dengan tangannya sendiri dan di sana umat Islam membina tempat sucinya sendiri untuk mengembangkan Islam di kota suci ketiga bagi dunia Islam.

Pendek kata, umat Islam membawa peradaban bagi Jerussalem dan seluruh Palestin. Bukan memegang keyakinan yang tidak menunjukkan hormat kepada nilai-nilai suci orang lain dan membunuh orang-orang lain hanya kerana mereka mengikuti keyakinan yang berbeza, budaya Islam yang adil, toleran, dan lemah lembut membawa kedamaian dan ketertiban kepada masyarakat Muslim, Nasrani, dan Yahudi di daerah itu. Umat Islam tidak pernah memilih untuk memaksakan agama, meskipun beberapa orang bukan Muslim yang melihat bahawa Islam adalah agama sejati pindah agama dengan bebas menurut keinginan sendiri.

Perdamaian dan ketertiban ini terus berlanjutan sepanjang orang-orang Islam memerintah di daerah ini. Akan tetapi, di akhir abad kesebelas, kekuatan penakluk lain dari Eropah memasuki daerah ini dan merampas tanah beradab Jerussalem dengan tindakan tidak berperikemanusiaan dan kekejaman yang belum pernah terlihat sebelumnya. Para penyerang ini adalah Tentera Salib.

Kekejaman Tentera Salib Dan Keadilan Salahuddin Al-Ayyubi

Tentera Salib merampas Jerussalem setelah pengepungan selama lima minggu, dilanjutkan perampasan perbendaharaan kota dan membunuh orang-orang Yahudi dan Islam. Ketika orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam hidup bersama dalam kedamaian, Paus memutuskan untuk membangun sebuah kekuatan Perang Salib. Mengikuti ajakan Paus Urbanius II pada 27 November 1095 di Dewan Clermont, lebih dari 100,000 orang Eropah bergerak ke Palestin untuk ‘memerdekakan’ tanah suci dari orang Islam dan mencari kekayaan yang besar di Timur.

Setelah perjalanan panjang dan melelahkan, dan banyak rampasan dan pembunuhan di sepanjang perjalanannya, mereka sampai ke Jerussalem pada tahun 1099. Kota ini jatuh setelah pengepungan hampir 5 minggu. Ketika Tentera Salib masuk ke dalam, mereka melakukan pembunuhan yang sadis. Seluruh orang-orang Islam dan Yahudi dicantas dengan pedang.

Seorang ahli sejarah mengatakan: ‘Mereka membunuh semua orang Saracen dan Turki yang mereka temui, lelaki mahupun wanita.’

Salah seorang Tentera Salib, Raymond dari Aguiles, merasa bangga dengan kekejaman ini: ‘Pemandangan mengagumkan akan terlihat. Beberapa orang lelaki kami (dan ini lebih mengasihi sifatnya) memenggal kepala-kepala musuh-musuh mereka; lainnya menusuk mereka dengan panah-panah, sehingga mereka berjatuhan dari menara-menara; lainnya menyiksa mereka lebih lama dengan memasukkan mereka ke dalam nyalaan api. Longgokan kepala, tangan, dan kaki akan kelihatan di jalan-jalan kota. Perlu berjalan di atas mayat-mayat manusia dan kuda. Tetapi ini hanya masalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang terjadi pada Biara Sulaiman, tempat di mana ibadah keagamaan kini dinyanyikan kembali. Di biara dan serambi Sulaiman, para lelaki berdarah-darah disuruh berlutut dan dibelenggu lehernya.’

Salahuddin Al-Ayyubi, yang mengalahkan Tentera Salib dalam pertempuran Hattin, tercatat dalam sumber sejarah dengan keadilan, keberanian, dan wataknya yang terhormat. Dalam dua hari, Tentera Salib membunuh sekitar 40,000 orang Islam dengan cara tidak berperikemanusiaan seperti yang telah digambarkan. Perdamaian dan ketertiban di Palestin, yang telah berlangsung semenjak Khalifah Umar, berakhir dengan pembunuhan yang amat mengerikan.

Tentera Salib menjadikan Jerussalem sebagai ibu kota mereka, dan mendirikan Kerajaan Katolik yang terbentang dari Palestin hingga Antakiyah. Namun pemerintahan mereka berumur pendek, kerana Salahuddin Al-Ayyubi mengumpulkan seluruh kerajaan Islam di bawah benderanya dalam suatu perang suci dan mengalahkan Tentera Salib dalam pertempuran Hattin pada tahun 1187.  Setelah pertempuran ini, dua pemimpin Tentera Salib, Reynald dari Chatillon dan Raja Guy, dibawa ke hadapan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau menghukum mati Reynald dari Chatillon, yang telah begitu keji kerana kekejamannya yang hebat yang beliau lakukan kepada orang-orang Islam, namun membiarkan Raya Guy pergi, kerana beliau tidak melakukan kekejaman yang serupa. Palestin sekali lagi menyaksikan makna keadilan yang sebenarnya.

Tiga bulan setelah pertempuran Hattin, dan pada hari yang tepat sama ketika Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan dari Mekah ke Jerussalem untuk perjalanan mikrajnya ke langit, Salahuddin Al-Ayyubi memasuki Jerussalem dan membebaskannya dari 88 tahun pendudukan Tentera Salib. Sebaliknya dengan ‘pembebasan’ Tentera Salib, Salahuddin Al-Ayyubi tidak menyentuh seorang Nasrani pun di kota tersebut, sehingga menyingkirkan rasa takut mereka bahawa mereka semua akan dibunuh. Beliau hanya memerintahkan semua umat Nasrani Latin (Katolik) untuk meninggalkan Jerussalem. Umat Nasrani Ortodoks, yang bukan Tentera Salib, dibiarkan tinggal dan beribadah menurut yang mereka pilih.

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kedua kalinya atas Jerussalem ini dengan kata-kata berikut ini: ‘Pada tanggal 2 Oktober 1187, Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya memasuki Jerussalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerussalem tetap menjadi kota Muslim. Salahuddin Al-Ayyubi menepati janjinya, dan menaklukkan kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi. Beliau tidak berdendam untuk membalas pembunuhan tahun 1099, seperti yang Al-Quran anjurkan (16:127), dan sekarang, kerana permusuhan dihentikan, beliau menghentikan pembunuhan (2:193-194). Tidak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Jumlah tebusan juga sangat rendah.’

Salahuddin Al-Ayyubi menangis tersedu-sedu kerana keadaan mengerikan keluarga-keluarga yang hancur terpecah-belah dan beliau membebaskan ramai dari mereka, sesuai dengan imbauan Al-Quran, meskipun menyebabkan keputusasaan bendaharawan negaranya yang telah lama menderita. Saudara lelakinya Al-Adil begitu tertekan kerana penderitaan para tawanan sehingga beliau meminta Salahuddin Al-Ayyubi membawa seribu orang di antara mereka bersamanya dan kemudian membebaskan mereka di tempat itu juga.

Semua pemimpin Muslim merasa tersinggung kerana melihat orang-orang Kristian yang kaya melarikan diri dengan membawa kekayaan mereka, yang boleh digunakan untuk menebus semua tawanan. (Uskup) Heraclius membayar tebusan dirinya sebesar sepuluh dinar seperti tawanan yang lain dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre.

Pendek kata, Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya memperlakukan orang-orang Nasrani dengan kasih sayang dan keadilan yang agung, dan menunjukkan kepada mereka kasih sayang yang lebih dibandingkan dengan apa yang telah diperlihatkan oleh pemimpin mereka. Ketika Raja Richard I dari England merampas Kastil Acre, beliau membunuh orang-orang Islam. Mayat-mayat mereka dan kepala-kepala terpenggal ditumpuk di bawah pentas. Selepas Jerussalem, Tentera Salib meneruskan perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka dan orang-orang Islam meneruskan keadilannya di kota-kota Palestin lainnya.

Pada tahun 1194, Richard The Lion Hearts, yang digambarkan sebagai seorang pahlawan dalam sejarah England, memerintahkan untuk menghukum mati 3,000 orang Islam, yang kebanyakan mereka adalah wanita-wanita dan anak-anak, secara tidak berkeadilan di Kastil Acre. Meskipun orang-orang Islam menyaksikan kekejaman ini, mereka tidak pernah memilih cara yang sama. Mereka malah tunduk kepada perintah Allah: ’Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka).’ (Al-Quran 5:2) dan tidak pernah melakukan kekejaman kepada orang-orang awam yang tidak bersalah. Di samping itu, mereka tidak pernah menggunakan kekerasan yang tidak perlu, bahkan kepada Tentera Salib sekalipun.

Kekejaman Tentera Salib dan keadilan orang-orang Islam sekali lagi terungkap sebagai kebenaran sejarah: Sebuah pemerintahan yang dibina di atas dasar-dasar Islam memungkinkan orang-orang dari keyakinan berbeza untuk hidup bersama. Kenyataan ini terus ditunjukkan selama 800 tahun setelah Salahuddin Al-Ayyubi khususnya selama masa Uthmaniyyah.

 Pemerintahan Uthmaniyyah Yang Adil Dan Toleran

Setelah penaklukan Sultan Salim atas Jerussalem dan sekitarnya pada 1514, masa kedamaian dan keamanan selama 400 tahun dimulai di tanah Palestin. Pada tahun 1514, Sultan Salim menakluk Jerussalem dan daerah-daerah sekitarnya dan sekitar 400 tahun pemerintahan Uthmaniyyah di Palestin pun dimulai. Seperti di negara-negara Uthmaniyyah lainnya, masa ini menyebabkan orang-orang Palestin menikmati perdamaian dan stabil meskipun kenyataannya pemeluk tiga keyakinan berbeza hidup berdampingan antara satu sama lain.

Kesultanan Uthmaniyyah diperintah dengan ‘sistem bangsa (millet),’ yang gambaran dasarnya adalah bahawa orang-orang dengan keyakinan berbeza diizinkan hidup menurut keyakinan dan sistem hukumnya sendiri. Orang-orang Nasrani dan Yahudi, yang disebut Al-Quran sebagai Ahli Kitab, menemui toleransi, keamanan, dan kebebasan di bumi Uthmaniyyah.

Alasan terpenting dari hal ini adalah bahawa, meskipun Kesultanan Uthmaniyyah adalah negara Islam yang diatur oleh orang-orang Islam, kesultanan tidak ingin memaksa rakyatnya untuk memeluk Islam. Sebaliknya kesultanan ingin memberikan kedamaian dan keamanan bagi orang-orang bukan Muslim dan memerintah mereka dengan cara sedemikian sehingga mereka nyaman dalam aturan dan keadilan Islam.

Negara-negara besar lainnya pada ketika yang sama mempunyai sistem pemerintahan yang lebih kejam, menindas, dan tidak toleran. Sepanyol tidak membiarkan kewujudan orang-orang Islam dan Yahudi di tanah Sepanyol, dua masyarakat yang mengalami penindasan hebat. Di banyak negara Eropah lainnya, orang Yahudi ditindas hanya kerana mereka adalah orang Yahudi (misalnya, mereka dipaksa untuk hidup di kampung khusus minoriti Yahudi (ghetto), dan kadangkala menjadi korban pembunuhan massal (pogrom).

Orang-orang Nasrani bahkan tidak dapat berdampingan antara satu sama lain: Pertikaian antara Protestan dan Katolik selama abad keenam belas dan ketujuh belas menjadikan Eropah sebuah medan pertempuran berdarah. Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648) adalah salah satu akibat dari pertikaian ini. Akibat perang tersebut, Eropah Tengah menjadi sebuah ajang perang dan di Jerman saja, 5 juta orang (sepertiga jumlah penduduknya) lenyap.

Bertolak ke belakang dengan kekejaman ini, Kesultanan Uthmaniyyah dan negara-negara Islam membangun pemerintahan mereka berdasarkan perintah Al-Quran tentang pemerintahan yang toleran, adil, dan berperikemanusiaan. Alasan keadilan dan peradaban yang dipertunjukkan oleh Khalifah Umar, Salahuddin Al-Ayyubi, dan sultan-sultan Uthmaniyyah, serta banyak penguasa Islam, yang diterima oleh Dunia Barat ketika ini, adalah kerana keimanan mereka kepada perintah-perintah Al-Quran, yang beberapa di antaranya adalah seperti berikut:

  1. ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.’ (Al-Quran, 4:58)

  1. ‘Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika beliau kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.’ (Al-Quran, 4:135)

Penelitian tentang Palestin selama masa Uthmaniyyah terakhir mengungkap suatu kemajuan dalam kesejahteraan, perdagangan, dan industri di seluruh wilayah ini. ‘Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.’ (Al-Quran, 60:8)

‘Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tetapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau beliau telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.’ (Al-Quran, 49:9)

Ada sebuah ungkapan yang digunakan dalam politik bahawa ‘kekuasaan itu menyimpang, dan kekuasaan mutlak itu mutlak menyimpang.’ Ini bermakna bahawa setiap orang yang menerima kekuasaan politik kadangkala menjadi menyimpang secara akhlak kerana kesempatan yang beliau peroleh. Ini benar-benar terjadi pada sebahagian besar manusia, kerana mereka membentuk kehidupan akhlak mereka menurut tekanan sosial.

Dengan kata lain, mereka menghindari perbuatan tidak berakhlak kerana mereka takut pada ketidaksetujuan atau hukuman masyarakat. Namun pihak berkuasa memberi mereka kekuasaan, dan menurunkan tekanan sosial atas mereka. Akibatnya, mereka menjadi menyimpang atau merasa jauh lebih mudah untuk berkompromi dengan kehidupan akhlak mereka sendiri. Jika mereka memiliki kekuasaan mutlak (sehingga menjadi para diktator), mereka mungkin mencuba untuk memuaskan keinginan mereka sendiri dengan cara apa pun.

Dinasti Uthmaniyyah membawa perdamaian, stabiliti, dan peradaban ke seluruh tanah yang mereka taklukkan. Kita masih boleh menemui air pancut, jambatan, penginapan, dan masjid dari masa Uthmaniyyah di seluruh Palestin. 

Satu-satunya contoh manusiawi yang tidak disentuh oleh hukum penyimpangan tersebut adalah orang yang dengan ikhlas percaya kepada Allah, memeluk agamanya kerana rasa takut dan cinta kepada-Nya dan hidup menurut agama itu. Kerana itu, akhlak mereka tidak ditentukan oleh masyarakat, dan bahkan bentuk kekuasaan mutlak pun tidak mampu mempengaruhi mereka. Allah s.w.t menyatakan ini dalam sebuah ayat: ‘(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.’ (Al-Quran, 22:41)
Dalam Al-Quran, Allah menjadikan Daud a.s, sebagai contoh tentang penguasa yang ideal, yang menerangkan bagaimana baginda mengadili dengan keadilan orang-orang yang datang untuk meminta keputusannya dan bagaimana baginda berdoa dengan pengabdian seutuhnya kepada Allah. (Al-Quran, 38:24)

Sejarah Islam, yang mencerminkan akhlak yang Allah ajarkan kepada umat Islam dalam Al-Quran, penuh dengan penguasa-penguasa yang adil, berkasih sayang, rendah hati, dan bijaksana. Kerana para penguasa Muslim takut kepada Allah, mereka tidak boleh berperilaku dengan cara yang menyimpang, sombong atau kejam. Tentu ada penguasa Muslim yang menjadi menyimpang dan keluar dari akhlak Islam, namun mereka adalah pengecualian dan penyimpangan dari norma tersebut. Oleh kerana itu, Islam terbukti menjadi satu-satunya sistem keimanan yang menghasilkan bentuk pemerintahan yang adil, toleran, dan berkasih sayang selama 1,400 tahun terakhir.

Tanah Palestin adalah sebuah bukti pemerintahan Islam yang adil dan toleran, dan memberi pengaruh kepada banyak kepercayaan dan gagasan. Seperti telah disebutkan sebelumnya, pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Khalifah Umar, Salahuddin Al-Ayyubi, dan sultan-sultan Uthmaniyyah adalah pemerintahan yang bahkan orang-orang bukan Muslim pun sepakat dengannya. Masa pemerintahan yang adil ini berlanjutan hingga abad kedua puluh, dengan berakhirnya pemerintahan Muslim pada tahun 1917, daerah tersebut jatuh ke dalam kekacauan, keganasan, pertumpahan darah, dan perang.

Jerussalem, pusat tiga agama, mengalami masa stabiliti terpanjang dalam sejarahnya di bawah Uthmaniyyah, ketika kedamaian, kekayaan, dan kesejahteraan berkuasa di sana dan di seluruh kerajaan. Umat Nasrani, Yahudi, dan Muslim, dengan berbagai golongan, beribadah menurut yang mereka sukai, dihormati keyakinannya, dan mengikuti kebiasaan dan tradisi mereka sendiri. Ini dimungkinkan kerana Uthmaniyyah memerintah dengan keyakinan bahawa membawa keteraturan, keadilan, kedamaian, kesejahteraan, dan toleransi kepada daerah mereka adalah sebuah kewajiban suci.

Ramai ahli sejarah dan ilmuwan politik telah memberi perhatian kepada kenyataan ini. Salah satu dari mereka adalah pakar Timur Tengah yang terkenal di seluruh dunia dari Columbia University, Profesor Edward Said. Berasal dari sebuah keluarga Nasrani di Jerussalem, beliau meneruskan penelitiannya di universiti-universiti Amerika, jauh dari tanah airnya. Dalam sebuah wawancara dengan surat khabar Israel Ha’aretz, beliau menganjurkan dibangkitkan ‘sistem bangsa Uthmaniyyah’ jika perdamaian kekal ingin dibina di Timur Tengah.

Dalam pernyataannya, ‘Sebuah minoriti Yahudi boleh bertahan dengan cara minoriti lainnya di dunia Arab bertahan. Ini cukup berfungsi baik di bawah Kesultanan Uthmaniyyah, dengan sistem millet-nya. Sebuah sistem yang kelihatannya jauh lebih manusiawi dibandingkan sistem yang kita miliki sekarang.’

Memang, Palestin tidak pernah menyaksikan pemerintahan ‘manusiawi’ lain sebaik sahaja pemerintahan Uthmaniyyah berakhir. Antara dua perang dunia, England menghancurkan orang-orang Arab dengan strategi ‘memecah dan menaklukkannya’ dan serentak memperkuatkan Zionis, yang kemudiannya terbukti menentang, bahkan terhadap mereka sendiri.

Zionisme memicu kemarahan orang-orang Arab, dan dari tahun 1930-an, Palestin menjadi tempat pertentangan antara kedua kelompok ini. Zionis membentuk kelompok teroris untuk melawan orang-orag Palestin, dan selepasnya, mulai menyerang orang-orang England pula. Sebaik sahaja England lepas tangan dan menyerahkan kekuasaannya atas daerah ini pada 1947, pertentangan ini berubah menjadi perang dan pendudukan Israel serta pembunuhan (yang terus berlanjutan hingga hari ini) mulai bertambah parah.

Agar daerah ini dapat menikmati pemerintahan ‘manusiawi’ kembali, orang-orang Yahudi harus meninggalkan Zionisme dan tujuannya tentang ‘Palestin yang secara khusus bagi orang-orang Yahudi,’ dan menerima gagasan berbahagi daerah dengan orang-orang Arab dengan syarat yang sama. Bangsa Arab, demikian juga, harus menghilangkan tujuan yang tidak Islam seperti ‘melemparkan Israel ke laut’ atau ‘memenggal kepala semua orang Yahudi,’ dan menerima gagasan hidup bersama dengan mereka.

Menurut Said, ini bermakna mengembalikan semula sistem Uthmaniyyah, yang merupakan satu-satunya pemecahan yang akan memungkinkan orang-orang di daerah ini hidup dalam perdamaian dan ketertiban. Sistem ini mungkin dapat menciptakan sebuah lingkungan perdamaian wilayah dan keamanan, seperti yang pernah terjadi pada masa lalu.

Salahuddin Al-Ayyubi Dan Perang Salib

Sewaktu Salahuddin Al-Ayyubi berkuasa, Perang Salib sedang berjalan dalam fasa kedua dengan dikuasai Jerussalem oleh pasukan salib. Namun pasukan salib tidak mampu menakluk Damaskus dan Kaherah. Ketika itu terjadi gencatan senjata antara Salahuddin Al-Ayyubi dengan Raja Jerussalem dari pasukan salib, Guy de Lusignan.

Perang Salib yang disebut-sebut sebagai fasa ketiga dipicu oleh penyerangan pasukan salib terhadap rombongan peziarah Islam dari Damaskus. Penyerangan ini dipimpin oleh Reginald de Chattilon penguasa kastil di Kerak yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Jerussalem. Seluruh rombongan kafilah ini dibunuh termasuk saudara perempuan Salahuddin Al-Ayyubi. Insiden ini menghancurkan kesepakatan gencatan senjata antara Damaskus dan Jerussalem. Mac 1187 setelah bulan suci Ramadhan, Salahuddin Al-Ayyubi menyerukan Jihad Qittal. Pasukan Islam bergerak menakluk benteng-benteng pasukan salib. Puncak kegemilangan Salahuddin Al-Ayyubi terjadi di Perang Hattin.

Perang Hattin terjadi di bulan Julai yang kering. Pasukan Islam dengan jumlah 25,000 orang mengepung Tentera Salib di daerah Hattin yang menyerupai tanduk. Pasukan Islam terdiri dari 12,000 orang pasukan berkuda (kavaleri) bakinya adalah pasukan jalan kaki (infanteri). Kavaleri pasukan Islam menunggang kuda Yaman yang gesit dengan pakaian dari katun ringan (kazaghand) untuk mengurangi beban panas terik di padang pasir. Mereka tersusun dengan baik, berkomunikasi dengan bahasa Arab. Pasukan dibahagi menjadi beberapa skuadron kecil dengan menggunakan taktik hit and run.

Pasukan salib terdiri atas tiga bahagian. Bahagian hadapan pasukan adalah pasukan hospitaler, bahagian tengah adalah batalion kerajaan yang dipimpin oleh Guy de Lusignan yang juga membawa salib besar sebagai lambang kerajaan. Bahagian belakang adalah pasukan ordo Knight Templar yang dipimpin oleh Balian dari Ibelin. Bahasa yang mereka gunakan bercampur antara bahasa Inggeris, Perancis dan beberapa bahasa Eropah lainnya. Seperti umumnya tentera Eropah mereka menggunakan baju zirah dari besi yang berat, yang sebetulnya tidak sesuai digunakan di perang padang pasir.

Salahuddin Al-Ayyubi memanfaatkan perkara ini. Malam harinya pasukan Muslimin membakar rumput kering di sekeliling pasukan salib yang sudah sangat kepanasan dan kehausan. Besok paginya Salahuddin Al-Ayyubi membahagikan anak panah tambahan kepada pasukan kavalerinya untuk memanah kuda tunggangan musuh. Tanpa kuda dan payah kepanasan, pasukan salib menjadi jauh berkurang kekuatannya.

Sewaktu peperangan berlangsung dengan keadaan suhu yang panas hampir semua pasukan salib tewas. Raja Jerussalem Guy de Lusignan berjaya ditawan sedangkan Reginald de Chattilon yang pernah membunuh khalifah kaum Muslimin terus dipancung. Kepada Raja Guy, Salahuddin Al-Ayyubi memperlakukan dengan baik dan dibebaskan dengan tebusan beberapa tahun kemudian.

Menuju Jerussalem

Dari Hattin, Salahuddin Al-Ayyubi bergerak menuju kota-kota Acre, Beirut dan Sidon untuk dibebaskan. Selanjutnya beliau bergerak menuju Jerussalem. Dalam pembebasan kota-kota ataupun benteng, Salahuddin Al-Ayyubi selalu mengutamakan jalur diplomasi dan penyerahan daripada terus melakukan penyerbuan ketenteraan. Pasukan Salahuddin Al-Ayyubi mengepung Kota Jerussalem, pasukan salib di Jerussalem dipimpin oleh Balian dari Obelin.

Empat hari kemudian Salahuddin Al-Ayyubi menerima penawaran menyerah dari Balian. Jerussalem diserahkan ketangan kaum Muslimin. Salahuddin Al-Ayyubi menjamin kebebasan dan keamanan kaum Kristian dan Yahudi. Fragmen ini diabadikan dalam filem Kingdom Of Heaven oleh pengarah Ridley Scott. Tanggal 27 Rejab 583 Hijrah atau bertepatan dengan Isra Mikraj Rasulullah s.a.w, Salahuddin memasuki Kota Jerussalem.

Ada suatu dialog dalam filem Kingdom Of Heaven yang menarik bagi penulis, yang kurang lebih seperti ini:

Balian: Saya serahkan kunci kota Jerussalem kepada anda, tetapi anda harus boleh menjamin keselamatan kami, orang-orang bukan Muslim.

Salahuddin: Saya akan jamin keselamatan anda.

Balian: Apa yang dapat menjamin kami bahawa anda akan menepati janji anda? (Balian masih ingat ketika Jerussalem jatuh ke tangan pasukan salib, ramai penduduk awam Islam yang dibunuh sehingga kota Jerussalem sesak oleh mayat, dan Balian bimbang Salahuddin Al-Ayyubi melakukan hal yang sama)

Salahuddin: (diam sejenak... menatap tajam Balian) Saya akan menepati janji, Insya Allah, saya adalah Salahuddin Al-Ayyubi saya bukan seperti orang-orang anda. 

Di Jerussalem, Salahuddin Al-Ayyubi kembali menampilkan kebijakan dan sikap yang adil sebagai pemimpin yang soleh. Masjid Al-Aqsa dan Masjid Umar bin Khattab dibersihkan tetapi untuk Gereja Makam Suci tetap dibuka serta umat Kristian diberikan kebebasan untuk beribadah di dalamnya. Salahuddin Al-Ayyubi berkata: ‘Muslim yang baik harus memuliakan tempat ibadah agama lain’. Sikap Salahuddin Al-Ayyubi yang pemaaf dan murah hati disertai ketegasan adalah contoh kebaikan bagi seluruh alam yang diperintahkan ajaran Islam.

Salahuddin Al-Ayubi tidak tinggal di istana megah. Beliau justeru tinggal di masjid kecil bernama Al-Khanagah di Dolorossa. Ruangan yang dimilikinya luasnya hanya boleh menampung kurang dari 6 orang. Walaupun sebagai raja besar dan pemenang perang, Salahuddin Al-Ayyubi sangat menjunjung tinggi kesederhanaan dan menjauhi kemewahan serta korupsi.

Salahuddin Al-Ayyubi berhasil mempertahankan Jerussalem dari serangan musuh besarnya Richard The Lion Heart, Raja England. Richard menyerang dan mengepung Jerussalem pada bulan Disember 1191 dan Julai 1192. Namun penyerangan-penyerangannya dapat digagalkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Kepada musuhnya juga Salahuddin Al-Ayyubi berlaku penuh murah hati. Sewaktu Richard sakit dan terluka, Salahuddin Al-Ayyubi menghentikan pertempuran serta mengirimkan hadiah serta pasukan perubatan kepada Richard. Richard pun kembali ke England tanpa berjaya mengalahkan Salahuddin Al-Ayyubi.

Sepanjang sejarah Jerussalem sebagai kota suci bagi tiga agama, sejak ditakluk oleh Salahuddin Al-Ayyubi, Jerussalem belum pernah jatuh ke tangan pihak lain. Hanya selepas Perang Dunia Pertama, Jerussalem jatuh ke tangan England yang kemudiannya diserahkan ke tangan Israel.

Semasa hidupnya Salahuddin Al-Ayyubi lebih banyak tinggal di berek tentera bersama para perajuritnya dibandingkan hidup dalam lingkungan istana. Salahuddin Al-Ayyubi mangkat pada tanggal 4 Mac 1193 di Damaskus. Para pengurus jenazah kehairanan kerana ternyata Salahuddin Al-Ayyubi tidak memiliki harta. Beliau hanya memiliki selembar kain kafan yang selalu dibawanya dalam setiap perjalanan dan wang senilai 66 dirham nasirian (mata wang Syiria waktu itu).

Salahuddin Al-Ayyubi Dan Baitul Muqaddis

Baitul Muqaddis ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitul Muqaddis memainkan peranan yang penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam. Baitul Muqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. ‘Kota Lama’ Baitul Muqaddis (juga dikenali sebagai Baitul Muqaddis Timur’) dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan iaitu Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitul Muqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitul Muqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitul Muqaddis. Israel juga menjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitul Muqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitul Muqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Sejarah

Sejarah Baitul Muqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap iaitu Zaman Kuno, Zaman Pemerintahan Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Mandat British dan Zaman Pendudukan Israel. Menurut orientalis Barat, Baitul Muqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitul Muqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitul Muqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Kuil Sulaiman.

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitul Muqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar II, Raja Babylon kemudiannya menakluk Baitul Muqaddis dan memusnahkan Kuil Sulaiman. Beliau kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitul Muqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, Raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitul Muqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod Si Agung tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom.

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitul Muqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat. Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitul Muqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan oleh tentera Rom. Baitul Muqaddis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitul Muqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantiumeee iaitu Constantine I membina Baitul Muqaddis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Gereja Makam Suci pada tahun 335 Masehi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitul Muqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.

Zaman Pemerintahan Islam

Walaupun Al-Quran tidak menyebut mengenai nama ‘Baitul Muqaddis’ tetapi hadis ada menyebut mengenainya. Menurut hadis sahih, adalah di Baitul Muqaddis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masehi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitul Muqaddis untuk menerima penyerahan Baitul Muqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Gereja Makam Suci tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al-Aqsa.

Enam tahun kemudian, Qubbat As-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid Al-Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitul Muqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat bahawa Baitul Muqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitul Muqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi. Baitul Muqaddis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Jerussalem. Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitul Muqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1187. Salahuddin Al-Ayyubi juga membenarkan semua orang beribadat di Baitul Muqaddis tidak kira sama ada Kristian Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitul Muqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1517, Baitul Muqaddis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitul Muqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

Mandat British

British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia Pertama. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitul Muqaddis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitul Muqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitul Muqaddis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.

Baitul Muqaddis Dan Konflik Arab-Israel

Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitul Muqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala bahagian timurnya termasuk kota lama Baitul Muqaddis menjadi milik Jordan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan supaya Baitul Muqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitul Muqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitul Muqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid Al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitul Muqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.

Status Semasa

Menurut satu pelan PBB, Baitul Muqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandar raya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitul Muqaddis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitul Muqaddis Timur menjadi milik Jordan. Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitul Muqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitul Muqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitul Muqaddis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Kedudukan Baitul Muqaddis masih lagi tidak terjawab.

Baitul Muqaddis Dan Islam

Bagi Muslim, Baitul Muqaddis ialah tempat ketiga paling suci dalam Islam. Apabila kembali ke sejarah Baitul Muqaddis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari Mekah dan dan Madinah. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Mekah. Apabila Tentera Salib menguasai kota ini semua penduduk kota ini yang bukan beragama Katolik Rom dibunuh dengan kejam.

Selepas Salahuddin Al-Ayyubi menawan kota ini kembali, Baitul Muqaddis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang Islam, Kristian, dan Yahudi dapat beribadat tanpa sebarang gangguan.

Usaha Menjatuhkan Salahuddin Al-Ayyubi

Empat puluh tahun sebelum terjadinya Perang Salib, bangsa Saljuk Turki telah mendominasi Baghdad diambil dari kekuasaan Bani Abbasiah. Orang-orang Saljuk berusaha menguasai sebahagian Wilayah Parsi, wilayah Utara Iraq, Armenia dan Asia Kecil pada tahun 1040 Masehi. Kemudian Sultan Saljuk, Toghrol Bic berjaya menguasai wilayah Bain pada 1055 Masehi.

Orang-orang Saljuk mula menyebarkan kekuasaan mereka ke atas Byzantiumeee di Asia Minor. Pada tanggal 19 Ogos 1081 Masehi, terjadi Perang Malathkard di bawah komando Saljuk yang bernama Alb Arsalan yang benar-benar menimbulkan malapetaka besar bagi orang-orang Byzantiumeee hingga akhir abad ke 11 Masehi.

Pada tahun 1071 Masehi bangsa Saljuk meluaskan cengkaman kekuasaan mereka di sebahagian besar wilayah Palestin kecuali Arsout. Dengan kekuasaan ini mereka mengakhiri dominasi Fatimiyah dari tanah ini dan terus meluaskan jajahannya atas wilayah Syiria yang dikuasai oleh Fatimiyah dan menguasai sebahagian daerahnya.

Pada tahun 1092 Masehi - 485 Hijrah, Sultan Saljuk Malikshah meninggal dunia. Paska kematiannya menandakan permulaan kehancuran dominasi orang Saljuk dan meletusnya berbagai peperangan sengit antara mereka berkecamuk untuk memperebutkan dominasi dan kekuasaan. Pada tahun 1096 Masehi, kerajaan mereka terbahagi menjadi lima: Kesultanan Persia (di bawah kekuasaan Birkiyarouq), Kerajaan Khurasan dan wilayah di seberang sungai (di bawah kekuasaan Singer), Kerajaan Aleppo (di bawah penguasa Radwan), Kerajaan Damaskus (di bawah penguasa Daqaq) dan Kesultanan Saljuk Romawi (di bawah penguasa Qalj Arsalan).

Sebahagian besar wilayah Palestin berada di bawah rejim Damaskus. Pada ketika dua penguasa Syiria (Radwan dan Daqaq) melemah, banyak penguasa persendirian bermunculan namun tidak ada satupun yang dapat mendominasi lebih dari satu kota.

Konspirasi Menjatuhkan Salahuddin Al-Ayyubi 

Oleh kerana Salahuddin Al-Ayyubi masih muda, ramailah orang yang iri hati dan berhasad dengki dengannya. Ada 3 konspirasi besar yang cuba menjatuhkannya.

KONSPIRASI PERTAMA

Setiausaha Khalifah Fatimiyyah yang bernama Najah, seorang yang penuh dengan muslihat jahat. Pada 564 Hijrah, beliau berpakat dengan sebahagian rakyat Mesir untuk mengundang Perancis mengalahkan Salahuddin Al-Ayyubi. Menurut rencananya, pasukan Najah akan menyerang Salahuddin Al-Ayyubi dari belakang ketika tentera Perancis menyerang Mesir.

Najah mengutus surat rahsia kepada tentera Perancis. Surat itu dimasukkan ke dalam sepasang sepatu baru dan diberikan kepada pengawalnya. Pengawal Salahuddin Al-Ayyubi menemui surat itu tetapi Salahuddin Al-Ayyubi tidak mengambil tindakan drastik kerana khawatir para penyokong Najah akan memberontak. Lagipun Najah dalam istananya yang sukar ditembus. Salahuddin Al-Ayyubi mahu bersedia sepenuhnya sebelum membuat perhitungan terakhir.

Pada suatu hari, Najah keluar dari istananya. Peluang ini diambil oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau mengerahkan orangnya membunuh Najah. Pembunuhan Najah menyebabkan 50,000 tentera Khalifah Fatimiyyah berbangsa Sudan mengangkat senjata memerangi Salahuddin Al-Ayyubi, namun ia berjaya dipatahkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi.

KONSPIRASI KEDUA

Imarah al-Yamani adalah seorang sejarawan. Beliau merancang untuk menurunkan Salahuddin Al-Ayyubi dari jawatannya lalu menggantinya dengan anak khalifah. Oleh itu beliau mulai mengumpulkan pengikut dan seterusnya meminta bantuan tentera Perancis. Dengan kuasa Allah s.w.t, salah seorang pengikutnya membocorkan rahsia kerana menginginkan ganjaran. Salahuddin Al-Ayyubi menangkap Imarah al-Yamani dan semua pengikutnya lalu dibunuh.

KONSPIRASI KETIGA

Kanz adalah gabenor Aswan dan Sudan. Askar-askarnya membunuh 10 orang amir yang telah dilantik oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi mengirim tentera di bawah pimpinan saudaranya Al-Malikul Adil dan mendapat kejayaan.

Perang Dengan Tentera Perancis

Tentera Perancis di Syam, Sepanyol (Andalusia) dan Sisilia bergabung lalu menyerang dan menguasai Dimyat pada 568 Hijrah. Mereka melakukan kekejaman di sana. Salahuddin Al-Ayyubi terpaksa meminta bantuan Nuruddin Zanki. Tentera Perancis ketakutan lalu berundur dari Dimyat. Mereka hanya bermaharajalela di Dimyat selama 50 hari saja.

Tentera Perancis dari Sisilia cuba menyerang Iskandariah pada 569 Hijrah. 1,500 tentera laut dan 30,000 tentera lainnya dikerahkan. Tentera laut mendarat dan membunuh 7 orang Islam dan menenggelamkan kapal-kapal tentera Islam di pantai. Kemudian mereka mendirikan 300 buah khemah di tepi pantai. Salahuddin Al-Ayyubi bergegas ke sana dan berjaya mengalahkan mereka.

Pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi

Ramai rakyat Mesir pada zaman itu taksub kepada ahlul bait yang berada dalam Kerajaan Fatimiyyah. Kebanyakan mereka terpengaruh dengan ajarah Syiah yang ekstrem. Salahuddin Al-Ayyubi yang berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah berusaha memperbaiki fahaman rakyat lalu mendirikan dua lembaga pendidikan iaitu Madrasah An-Nasiriyyah dan Madrasah Al-Kamiliyyah.

Salahuddin Al-Ayyubi juga mengubah doa dan pujian kepada pemerintah Fatimiyyah dalam khutbah Jumaat kepada pemerintah Abbasiyyah. Hal ini sesuai dengan kehendak Nuruddin Zanki yang bernaung di bawah kekhalifahan Abbasiyyah. Ketika khalifah pemerintah Fatimiyyah iaitu Khalifah Al-Adid gering, Nuruddin mendesak Salahuddin Al-Ayyubi kumpulkan orang-orangnya agar bermusyawarah tentang perubahan isi doa dan pujian dalam khutbah tersebut. Semua orang khawatir kalau-kalau perubahan itu nanti tidak dapat diterima oleh rakyat Mesir.

Seorang yang bergelar Al-Amir Al-Alim bangun dan menyatakan kesanggupannya untuk menjadi pengkhutbah pertama melakukannya. Mengejutkan, rakyat menerima perubahan itu dengan tenang. Bila Khalifah Al-Adid meninggal pada 567 Hijrah atau 1171 Masehi, berakhirlah era pemerintahan Fatimiyyah. Salahuddin Al-Ayyubi pun diterima sebagai pemerintah sebenarnya Mesir. Beliau memberikan layanan yang baik kepada keluarga Khalifah Fatimiyyah.

Selanjutnya Salahuddin Al-Ayyubi mengarahkan agar doa dan pujian dalam khutbah juga diberikan kepada Nuruddin Zanki selain kepada Khalifah Abbasiyyah. Beliau juga sering mengirim hadiah kepada Nuruddin. Jelaslah bahawa hubungan Salahuddin Al-Ayyubi dengan tuannya Nuruddin sangat baik.

Namun ada pihak yang iri hati cuba menjadi batu api antara Salahuddin Al-Ayyubi dengan Nuruddin. Hampir-hampir tercetus perang antara mereka. Salahuddin Al-Ayyubi tetap memberikan walaknya (kesetiaan) terhadap Nuruddin sehingga Nuruddin meninggal dunia pada 569 Hijrah atau 1173 Masehi.

Setelah Kematian Nuruddin Zanki

Ketika Nuruddin Zanki meninggal dunia, anaknya As-Salih Ismail baru berusia 11 tahun. Pemangku yang dilantik oleh Nuruddin bernama Syamsuddin Al-Miqdam, sayangnya beliau tidak pandai mengatur pemerintahan. Orang-orang kanan Nuruddin pula masing-masing ingin menjadi penguasa Syam. Keadaan ini memicu konflik politik di Syam.

Seorang anak saudara Nuruddin yang bernama Saifuddin (Gabenor Mausul) memulai kempen. Beliau berjaya menguasai wilayah-wilayah yang pernah berada di bawah Nuruddin. Namun beberapa orang amir meminta bantuan Perancis untuk mendapatkan kekuasaan. Salahuddin Al-Ayyubi faham akan situasi ini tetapi beliau tidak bertindak terburu-buru. Beliau berusaha mencari solusi yang terbaik. Beliau mengakui ketuanan anak Nuruddin iaitu Raja Al-Salih Ismail dan terus menempa mata wang yang tertera nama As-Salih Ismail dan meneruskan doa dan pujian khutbah terhadapnya.

Salahuddin Al-Ayyubi Datang Ke Syam

Pemangku raja iaitu Syamsuddin Al-Miqdam berusaha untuk membatasi kekuasaan Saifuddin (anak saudara Nuruddin Zanki) lalu meminta bantuan Raja Baitul Muqaddis. Penduduk Damaskus cemas melihat bunga-bunga perang besar ini lalu meminta Salahuddin Al-Ayyubi datang ke Syam untuk mencari solusi. Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya pun datang ke Syam.

Kehadiran Salahuddin Al-Ayyubi berjaya menenangkan keadaan. Beliau diberi kepercayaan oleh Syamsuddin untuk mengelola Damaskus, pusat pentadbiran Syam ketika itu. Bila suasana sudah teratur, Salahuddin Al-Ayyubi meninggalkan pentadbiran Damaskus kepada saudaranya iaitu Sauful Islam Taghtakin. Sepanjang berada di Syam, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan beberapa daerah pemberontak Syiah.

Banyak pihak dengki akan Salahuddin Al-Ayyubi. Oleh itu beberapa percubaan membunuhnya dilakukan tetapi semuanya gagal. Pernah satu ketika 3 orang lelaki menyamar sebagai pengawal peribadi Salahuddin Al-Ayyubi dan berjaya masuk ke dalam khemahnya. Salahuddin Al-Ayyubi ditikam tetapi diselamatkan oleh pakaian perangnya.

Kamasytakin adalah Gabenor wilayah Halab. Beliau meminta bantuan Perancis untuk menjatuhkan Salahuddin Al-Ayyubi. Tentera Perancis datang dengan dipimpin oleh Raymond III. Tentera itu kemudiannya lari pulang kerana tidak mahu mengambil risiko.

Anak Nuruddin Zanki iaitu Raja Al-Malik Salih iri akan segala kejayaan yang telah dicapai oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau berpakat dengan beberapa orang amir bahkan meminta bantuan Saifuddin Ghazi (sepupunya) di Mausul. Peperangan antara mereka dengan Salahuddin Al-Ayyubi tidak terelakkan. Akhirnya Salahuddin Al-Ayyubi memperoleh kemenangan di 570 Hijrah.

Salahuddin Al-Ayyubi mengepung Halab dalam usahanya mengakhiri penentangan musuh-musuhnya. Anak perempuan Nuruddin Zanki yang masih kecil datang menemui Salahuddin Al-Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi memperlakukannya dengan sangat baik. Kakaknya iaitu Raja Al-Malik As-Salih memohon damai lalu diperkenankan oleh Salahuddin Al-Ayyubi yang berhati mulia. Salahuddin Al-Ayyubi pun pulang ke Mesir. Dalam perjalanan, beliau mendapat berita kematian Al-Malik As-Salih yang baru berusia 19 tahun. Dengan itu boleh dikatakan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi merupakan pemerintah sebenarnya Mesir dan Syam.

Langkah-Langkah Salahuddin Al-Ayyubi

Di selatan - tercetus perang saudara di Yaman. Ada seorang yang mengakui dirinya sebagai Al-Mahdi. Salahuddin Al-Ayyubi mengutus saudaranya Tauran Syah ke Yaman. Tauran Syah berjaya membawa kedamaian. Pemerintah Ayyubiyyah memerintah Yaman selama hampir 80 tahun.

Di Barat - Salahuddin Al-Ayyubi sendiri membuka Barqah, Tripoli dan Kabut di 569 Hijrah. Di bahagian pusat atau sentral - Pada 579 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengumpulkan semua pemerintah utama dalam muktamar Islam di Damaskus, Syam. Tujuannya adalah untuk menyatukan gerak kerja. Semua pihak setuju kecuali wakil Mausul. Salahuddin Al-Ayyubi terpaksa mengirim tenteranya mengepung Mausul. Akhirnya pemerintah Mausul meminta damai.

Meskipun sudah menjadi raja yang besar, tetapi Salahuddin Al-Ayyubi tetap mengakui ketuanan Khalifah Ababsiyyah di Baghdad, sebagaimana pada zaman Nuruddin Zanki juga. Oleh itu Salahuddin Al-Ayyubi mengirim hadiah kepada Khalifah Al-Mustadi di Baghdad. Khalifah sangat gembira dan mengakui segala kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi.

Keperibadian Salahuddin Al-Ayyubi

Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah. Oleh kerana terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, beliau tidak sempat mengerjakan ibadah haji meskipun beliau seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan ibadah haji.

Salahuddin Al-Ayyubi sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Beliau sendiri mengajarkan pelajaran akidah kepada anak-anaknya. Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia dan sastera. Beliau mampu memberikan kritikan terhadap syair-syair yang dibacakan di hadapannya. Beliau berpesan kepada para pengawalnya agar mengundang masuk para ilmuwan dan ahli tasawuf yang melintas ke dalam khemahnya kerana kasihnya beliau akan kaum ini.

Dikatakan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali dalam 3 hari terakhir hayatnya kerana beliau tidak sedarkan diri. Salahuddin Al-Ayyubi tidak punya harta. Sebab itu beliau tidak pernah mengeluarkan zakat, kerana memang tidak punya harta untuk dizakatkan. Pemimpin besar ini juga mati tanpa punya harta. Pernah suatu ketika Salahuddin Al-Ayyubi menegaskan: ‘Mungkin ada dalam kalangan manusia, orang yang melihat harta dan tanah sama saja baginya.’ Menurut Ibnu Syaddad, kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri.

Sejarah Perang Salib

Perang Salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masehi. Misi asal Tentera Salib adalah menawan Baitul Muqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain dari matlamat sampingan seperti menawan Kota Konstantinopel (yang berjaya semasa Perang Salib Keempat).

Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantiumeee di timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai sateria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani.

Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir sateria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah. Pada tahun 1009, Khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitul Muqaddis dan merosakkan Gereja Makam Yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib.

Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.

Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana sateria Kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik.

Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama. Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitul Muqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.

Kehadiran Islam di Tanah Suci Kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitul Muqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.

Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila Khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam Yang Suci di Baitul Muqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin yang disebarkan mengenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam menyemarakkan terjadinya Perang Salib pada abad-abad seterusnya.

Penyebab

Adalah mustahak mencari asal-usul satu perjuangan ideal dalam perjuangan di antara orang-orang Kristian dan orang Islam di Sepanyol dan mempertimbangkan bagaimana idea satu perang jihad timbul daripada latar belakang ini. — Norman F Cantor

Perang Salib Pertama berpunca daripada rayuan Alexius I kepada Paus Urban II meminta tentera upahan menolongnya menyekat kemaraan tentera Islam ke dalam wilayah Empayar Bizantine. Pada1071, Empayar Bizantine ditumpaskan di Pertempuran Manzikert, dan kekalahan ini menyebabkan Empayar kehilangan kesemua wilayah kecuali kawasan pesisiran Asia Minor (Turki baru).

Walaupun Perpecahan Timur-Barat sedang bergolak antara penganut Roman Katolik di Barat dan gereja Yunani Ortodoks di Timur, Alexius I masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain. Jawapan yang diterimanya adalah menggalakkan, Paus telah memanggil satu bala tentera penakluk yang besar bukan sahaja mempertahankan Empayar Byzantiumeee, malah mengambil semula Baitul Muqaddis.

Apabila Perang Salib Pertama mula diseru pada 1095, pemuda-pemuda Kristian di utara Iberia telah pun berperang bersama di pergunungan Galicia dan Asturias, negara Basque dan Navarre, dengan memperoleh banyak kejayaan untuk kira-kira seratus tahun. Kejatuhan kerajaan Islam Moor di Toledo kepada kerajaan LeĂ³n pada 1085 adalah dianggap satu kemenangan yang besar, namun Reconquista masih mahu diteruskan.

Pada masa itu terdapat perpecahan di kalangan amir-amir Islam, dan kebanyakan keluarga orang Kristian berada di negara yang selamat. Mereka (orang Kristian) tidak tahu apa-apa kecuali bergaduh, mereka juga tiada sebarang taman mahupun perpustakaan untuk dipertahankan, dan mereka harus mara ke wilayah asing yang dihuni oleh orang ‘kafir’.

Semua faktor ini digunakan sebagai alasan berperang dengan orang Islam. Sejarawan Sepanyol melihat Reconquista sebagai acuan penting membentuk sebuah pasukan yang berwatak Castilian, dengan kesedaran ‘kebaikan tertinggi adalah untuk mati bertarung demi agama Kristian sesuatu negara’. Reconquista adalah contoh paling ketara perang Kristian terhadap penaklukan Islam selain beberapa contoh lain seperti penjelajah seorang Norman, Robert Guiscard, untuk menakluki ‘toe of Itali,’ Calabria, pada 1057 dan mempertahankan kawasan yang secara tradisinya wilayah Bizantine, daripada orang Islam di Sicily.

Negeri-negeri maritim Pisa, Genoa dan Catalonia semuanya berjuang menentang kubu Islam di Majorca dan Sardinia, membebaskan susur Itali dan Catalonia daripada serangan-serangan Islam. Terdahulu dari itu tanah air Kristian di Syiria, Lebanon, Palestin, Mesir, dan sebagainya pernah menjadi taklukan askar-askar Islam. Sejarah berpanjangan yang menyaksikan kejatuhan wilayah-wilayah Kristian ke tangan musuh berlainan agama telah menghasilkan satu dorongan kuat untuk menerima seruan maharaja Byzantiumeee, Alexius I, melancarkan perang agama demi mempertahankan seluruh penganut Kristian, dan mengambil semula tanah-tanah yang telah jatuh ke tangan Islam bermula dengan Baitul Muqaddis.

Paus Gregory VII pada mulanya ragu-ragu untuk mengorbankan darah orang awam bagi perang agama. Keraguan hilang apabila tindakan perang dilihat sebagai keganasan yang bersebab antaranya kerana penyeksaan orang-orang Kristian yang melakukan lawatan suci ke Tanah Suci. Dan pada orang Kristian, yang menentang Arianisme dan fahaman menyeleweng lain, keganasan kepada kaum ‘kafir’ adalah perkara biasa yang diterima.

Santos Augistine daripada Hippo misalnya menunjukkan bahawa penggunaan kekerasan untuk berkhidmat kepada Tuhan di Bandar Raya Tuhan adalah wajar dan bagi seorang penganut Kristian ‘perang yang adil’ dapat meninggikan kedudukan seorang pemimpin yang agresif dan bercita-cita tinggi di Eropah seperti Paus Gregory sendiri.

Di utara Rome, sateria yang menyusahkan boleh digunakan dalam perang. Di selatan Rom, tentera Norman menunjukkan potensi untuk dipergunakan bagi menghadapi orang Arab (di Sicily) dan pihak Byzantiumeee di tanah besar. Menguasai Konstantinopel juga akan memperkukuhkan kuasa Papal setelah perlaku perpecahan agama Kristian pada tahun 1054.

Di Byzantiumeee, kelemahan maharaja terserlah berikutan kekalahan dalam Pertempuran Manzikert pada 1071, yang menguncupkan Empayarnya di wilayah Asia kepada sebuah rantau di barat Anatolia dan di sekitar Konstantinopel. Dalam keadaan terdesak, maharaja Byzantiumeee, Alexius I Comnenus, meminta bantuan daripada musuhnya iaitu Paus. Tetapi Paus Gregory pada ketika itu begitu sibuk dengan Kontroversi Istiadat Pengurniaan dan tidak dapat membantu maharaja tersebut dan Perang Salib ini tidak terjadi. Bagi pengganti Gregory yang lebih sederhana iaitu Paus Urban II, Perang Salib akan menyatukan semula seluruh penganut Kristian, menyokong Papal, dan mungkin membawa negara di timur di bawah kawalannya. Rakyat Jerman dan Norman yang tidak puas hati tidak perlu dijadikan sandaran kerana ‘jantung’ dan ‘tulang belakang’ perang agama ini boleh diperoleh di kalangan orang Perancis utara.

Selepas Perang Salib Pertama

Perang Salib Pertama melakarkan gelombang keganasan keagamaan seperti pembunuhan beramai-ramai Yahudi, serta layanan ganas terhadap orang-orang Kristian Ortodoks Timur yang ingin berpisah daripada Kristian di barat. Keganasan pada orang-orang Kristian Ortodoks memuncak semasa penggeledahan Konstantinopel pada 1204, di mana kebanyakan askar-askar salib turut terlibat.

Selepas Acre jatuh buat kali terakhirnya pada 1291, dan selepas penghapusan Occitan Cathars dalam Perang Salib di Albigensian, idea perjuangan ini semakin surut akibat permainan politik Papal untuk kepentingan dirinya. Pasukan sateria Order of Knights terakhir berada di wilayah Acre adalah Kesateria Darjah Hospitaller. Selepas kejatuhan Acre mereka melarikan diri ke Pulau Rhodes, dan dalam abad ke-16 mereka dihalau ke Malta. Pasukan ini akhirnya telah disingkirkan oleh Napoleon pada tahun 1798.

Perang Salib Yang Utama

Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah. Selain itu terdapat beberapa perang Salib kecil-kecilan terhadap fahaman yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian dan musuh-musuh peribadi Paus atau raja-raja berkuasa yang lain. Perang Salib seperti ini telah berterusan ke abad ke-16 hingga Zaman Pembaharuan dan reformasi apabila iklim politik dan keagamaan Eropah berubah.

Perang Salib Pertama

Perang Salib Pertama dilancarkan oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan dua matlamat; membebaskan Baitul Muqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam. Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantiumeee, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah.

Ramai kesateria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke Baitul Muqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

Latar Belakang

Asal-usul Perang Salib amnya, dan Perang Salib Pertama khususnya, berpunca dari peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih awal pada Zaman Pertengahan. Kejatuhan Empayar Carolingin pada kurun-kurun sebelumnya, ditambah pula dengan kestabilan perbatasan-perbatasan Eropah yang agak baik setelah pengkristianan bangsa Viking dan Maygar, telah menyebabkan kemunculan kelompok kesateria yang hanya asyik berperang sesama sendiri.

Sehingga awal kurun ke-8, Bani Umaiyyah dengan pantas menawan Afrika Utara, Mesir, Palestin, Syiria, dan Sepanyol dari kekuasaan Empayar Byzantiumeee yang beragama Kristian. Semasa kurun ke-9, Reconquista  mengambil potensi ideologi yang dianggap sebagai contoh pertama bagi usaha bersama orang Kristian untuk menawan kembali wilayah yang dilihat sebagai jatuh ke tangan orang Islam, sebagai sebahagian usaha perluasan kerajaan Kristian sepanjang Teluk Biscay.

Kerajaan-kerajaan bangsa Sepanyol, gerombolan-gerombolan kesateria dan tentera upahan mula berkerah dari seluruh Eropah untuk menentang Bani Umaiyyah yang masih wujud di Cordoba. Kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul akibat kejatuhan Bani Umaiyyah pada kurun ke-8, seperti Bani Aghlabiyah, memasuki Itali pada kurun ke-9.

Kerajaan Bani Kalb yang muncul di kawasan tersebut tetapi menjadi lemah akibat pergolakan dalaman, menjadi mangsa bangsa Norman yang menakluki Sicily pada tahun 1091. Pisa, Genoa dan Aragon mula memerangi kerajaan-kerajaan Islam lain untuk merebut penguasaan ke atas Mediterranean, seperti yang ditunjukkan oleh Kempen Mahdia serta pertempuran-pertempuran di Mallorca dan Sardinia.

Idea sebuah perang suci menentang orang Islam nampaknya dapat diterima oleh kuasa-kuasa sekular dan keagamaan Eropah Zaman Pertengahan, dan juga khalayak umum secara amnya, kerana beberapa alasan, seperti kejayaan-kejayaan ketenteraan oleh kerajaan-kerajaan Eropah sepanjang Mediterranean.

Di samping itu, wujud konsep politik Dunia Kristian yang sedang bangkit yang menyaksikan penyatuan kerajaan-kerajaan Kristian di bawah seliaan Pope buat kali pertama (dalam Zaman Pertengahan) dan pembentukan sebuah ketumbukan tentera Kristian untuk memerangi orang Islam. Akhir sekali, Baitul Muqaddis beserta dengan tanah-tanah di sekelilingnya termasuklah tempat-tempat Nabi Isa menjalani kehidupan baginda, adalah suci kepada orang-orang Islam dan Kristian.

Dalam tahun 1074, Paus Gregory VII membuat seruan milites Christi (askar-askar al-Masih) untuk pergi membantu Empayar Byzantiumeee di Timur. Empayar Byzantium telah mengalami kekalahan teruk di tangan bangsa Turki Seljuk dalam Pertempuran Manzikert tiga tahun sebelumnya.

Seruan ini, walaupun diabaikan malahan ditentang, yang ditambah dengan bilangan ziarah yang besar ke Tanah Suci pada kurun-11, memfokuskan perkara berkenaan perhatian kepada Timur. Gesaan rahib-rahib seperti Peter the Hermit dan Walter the Penniless yang menyebarkan cerita-cerita orang Islam mengganggu jemaah haji Kristian yang menziarahi Baitul Muqaddis dan tapak-tapak suci lain, selanjutnya menyemarakkan lagi semangat Perang Salib.

Pope Urban II adalah orang pertama yang menyebarkan idea Perang Salib untuk menawan Tanah Suci kepada khalayak umum. Sebaik sahaja selesai mendengar ucapan Urban II yang penuh dramatik dan rangsangan, para bangsawan dan paderi yang hadir mula melaungkan perkataan yang terkenal, Deus vult (Tuhan menghendakinya).

Jiran terdekat Eropah Barat di tenggara adalah Empayar Byzantium, rakan seagama tetapi telah lama mengikuti mazhab Ortodoks. Di bawah pemerintahan Maharaja Alexios I Komnenos, empayar tersebut terbatas sehingga ke Eropah dan pantai barat Anatolia, dan menghadapi banyak musuh; bangsa Norman di barat dan bangsa Seljuk di timur. Jauh ke timur, Anatolia, Syiria, Palestin, dan Mesir semuanya berada dalam kekuasaan orang Islam.

Tetapi wilayah-wilayah ini berpecah-belah dalam politik, dan dalam sesetengah kes, budaya pada masa Perang Salib Pertama, yang pastinya menyumbang kepada kejayaan Perang Salib. Anatolia dan Syiria dikuasai bangsa Seljuk yang bermazhab Sunnah, pada asalnya dalam sebuah empayar yang besar (Seljuk Raya) akan tetapi pada ketika ini berpecah kepada negeri-negeri kecil. 

Alp Arslan telah menewaskan tentera Empayar Byzantium di Manzikert pada tahun 1071 dan menyerap masuk banyak kawasan di Anatolia ke dalam Seljuk Raya, akan tetapi empayar ini berpecah akibat perang saudara, dan setelah kematian Malik Shah I pada tahun 1092. Dalam Kesultanan Rum di Anatolia, Malik Shah diwarisi oleh Kilij Arslan I dan di Syiria oleh saudaranya, Tutush I yang meninggal dunia pada tahun 1095.

Putera-putera Tutush I, Ridhwan dan Duqaq masing-masing mewarisi Aleppo (Halab) dan Damsyik. Ini memebahagi-bahagikan Syiria di kalangan para amir yang saling berlawan antara satu sama lain, juga dengan Kerbogha,  atabeg Mosul. Negeri-negeri ini lebih berminat untuk mengukuhkan wilayah-wilayah masing-masing dan mendapatkan penguasaan ke atas negeri-negeri jiran, berbanding saling bekerjasama menentang Tentera Salib. Di kawasan lain dalam wilayah Seljuk, dinasti Artuqid menguasai barat daya Syiria dan utara Mesopotamia. Mereka menguasai Baitul Muqaddis sehingga tahun 1098. Di timur Anatolia dan utara Syiria, sebuah negeri diasaskan oleh dinasti Danishmend, tentera upahan Seljuk. Tentera Salib tiada pertembungan bermakna dengan kedua-dua kumpulan ini hingga selepas Perang Salib. Puak Hashshashin juga mula menjadi penting dalam permasalahan Syiria.

Ketika Palestin berada di bawah kekuasaan Empayar Parsi dan pemerintahan Islam awal, jemaah haji Kristian ke Tanah Suci pada umumnya dilayan dengan baik. Pemerintah Islam awal, Khalifah Umar ibn al-Khattab membenarkan orang Kristian melaksanakan upacara mereka. Pun begitu, bermula pada awal kurun ke-11 Khalifah Syiah Fatimiyyah di Mesir, al-Hakim bi Amrillah mula menganiaya orang Kristian Palestin dan membakar banyak bangunan Kristian.

Pada tahun 1009, al-Hakim memusnahkan makam Kristian yang paling suci, Kuburan Suci (Holy Sepulcher). Al-Hakim akhirnya berlembut hati dan menghentikan pembunuhan dan pembakaran, sebaliknya mengenakan cukai tol ke atas jemaah haji Kristian yang mahu memasuki Baitul Muqaddis. Namun begitu, tiba perkara terburuk. Sekumpulan orang Islam berbangsa Turki, orang Seljuk yang sangat kuat, agresif dan penganut Islam yang sangat tegas, mula mencapai kuasa. Orang Seljuk memandang jemaah haji Kristian dengan pandangan negatif sebagai kotor dan ‘kasar’ terhadap penganut Kristian Palestin. Cerita-cerita penganiayaan itu mula disaring kembali ke Dunia Kristian Latin; berbanding melemahkan semangat jemaah haji itu, beliau membuatkan haji ke Tanah Suci menjadi lebih suci.

Mesir dan sebahagian besar Palestin dikuasai Kerajaan Syiah Fatimiyah yang kecil empayarnya sejak ketibaan kuasa Seljuk; Alexius I telah menasihati Tentera Salib supaya bekerjasama dengan kerajaan Fatimiyah menentang musuh mereka yang sama, orang Seljuk.

Pada ketika ini, kerajaan Fatimiyah yang diperintah oleh Al-Musta’li (kuasa sebenar dipegang oleh wazir Al-Afdal Shahanshah), kehilangan Baitul Muqaddis ke tangan orang Seljuk pada tahun 1076, tetapi menawan kembali kota tersebut dari tangan orang Artuqid dalam tahun 1098 ketika Tentera Salib dalam perjalanan. Pada mulanya, kerajaan Fatimiyah menganggap Tentera Salib sebagai satu ancaman, hanya menganggap mereka dihantar oleh Byzantiumeee dan mereka berpuas hati dengan penawanan Syiria serta membiarkan Palestin bersendirian; kerajaan Fatimiyah tidak mengirim bala tentera menentang Tentera Salib hinggalah Tentera Salib itu sudah tiba di Baitul Muqaddis.

Persidangan Clermont

Pada Mac 1095, Alexius I menghantar utusan ke Persidangan Piacenza untuk meminta bantuan Urban II menentang orang Turki. Permintaan maharaja itu mendapat jawapan yang menggalakkan daripada Urban yang berharap agar mengubati Perpecahan Besar 40 tahun sebelumnya dan menyatukan kembali gereja di bawah kekuasaan Pope sebagai ‘ketua bishop dan paderi ke atas seluruh dunia’ (seperti yang dirujuknya terhadap dirinya sendiri di Clermont) dengan membantu gereja Timur pada masa mereka memerlukannya.

Persidangan Piacenza telah mengukuhkan kuasa pope di Itali semasa tempoh krisis pope (seramai lebih 3000 orang paderi dan lebih kurang 30 000 orang sukarelawan gereja menghadirkan diri; begitu juga dengan perwakilan-perwakilan Timur yang merayu ‘bantuan Dunia Kristian menentang ‘orang kafir’). Setelah matlamat Pope Urban II untuk mengukuhkan kuasanya di Itali tercapai, beliau sekarang dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha menyeru dan mengambil tindakan untuk Perang Salib yang menjadi tujuan asal kehadiran perwakilan-perwakilan Timur dari Empayar Byzantiumeee. Urban juga menyedari bahawa Itali bukanlah kawasan yang dapat ‘menyedari cetusan semangat keagamaan dengan panggilan Pope; seorang yang juga memiliki gelaran yang masih dipertikaikan’.

Gesaannya untuk memujuk ‘ramai orang supaya berjanji dengan bersumpah untuk membantu maharaja Byzantiumeee dengan tulus hati sekadar kemampuan mereka dalam menentang penyembah berhala’ hanya membuahkan hasil yang sedikit.

Di Persidangan Clermont, hadirin berkumpul di tengah-tengah Perancis pada 27 November 1095, Urban menyampaikan khutbah yang penuh perasaan kepada sekumpulan besar pendengar yang terdiri daripada bangsawan dan paderi Perancis. Beliau mengajak para pendengar supaya merebut penguasaan Baitul Muqaddis dari tangan orang Islam.

Perancis, ujarnya, penuh sesak dan tanah Kan’an dilimpahi dengan susu dan madu. Beliau bercakap mengenai masalah-masalah keganasan para bangsawan dan penyelesaiannya adalah dengan mengalihkan pedang kepada tugas Tuhan itu sendiri: ‘Biarkan para perompak menjadi kesateria’. Beliau bercakap mengenai ganjaran di dunia dan di langit, perlepasan daripada dosa ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mati dalam perang ini.

Urban menjanjikan perkara ini melalui kuasa Tuhan yang dikurniakan kepadanya. Orang ramai dipanaskan oleh keghairahan yang kegila-gilaan dan mengganggu ucapannya dengan teriakan ‘Deus lo volt’! (Itu adalah kehendak Tuhan). Khutbah Urban adalah antara ucapan-ucapan paling penting dalam sejarah Eropah. Terdapat banyak wersi yang dicatatkan, tetapi semuanya ditulis setelah Baitul Muqaddis ditawan, dan sukar untuk dikenalpasti apa sebenarnya yang diperkatakan dan apa yang telah direka semula ekoran kejayaan Perang Salib Pertama itu.

Bagaimanapun, jelas bahawa gerak balas terhadap ucapan tersebut lebih besar daripada yang dijangkakan. Pada hujung 1095 dan awal 1096, Urban menyebarkan mesej tersebut ke seluruh Perancis, dan menggesa para biskop dan duta Vatikannya supaya menyampaikan mesej tersebut dalam kawasan keuskupan masing-masing di Perancis, Jerman dan Itali.

Urban cuba melarang orang tertentu (wanita, rahib dan orang sakit) daripada menyertai Perang Salib, sebaliknya mendapati perkara ini hampir mustahil dilakukan. Kesudahannya majoriti mereka yang menyahut seruan tersebut bukanlah para kesateria, tetapi petani-petani yang miskin dan mempunyai sedikit kemahiran berperang, tetapi mereka yang berkeinginan millennialisme dan apokaliptisme mendapati kebebasan daripada tekanan harian dalam kehidupan mereka, dalam curahan perasaan satu kewarakan emosi dan perseorangan baru yang tidak mudah dimanfaatkan oleh gereja dan golongan aristokrat.

Perang Salib Orang Awam

Urban merancang perlepasan Tentera Salib pada 15 Ogos 1096 (Pesta Kenaikan Maryam Ke Langit), tetapi beberapa bulan sebelum itu sejumlah tentera petani yang tidak dijangkakan dan kesateria bawahan berkumpul dan bertolak ke Baitulmaqdis bersendirian. Mereka diketuai oleh seorang rahib berkarisma dan pemidato berpengaruh yang bernama Peter dari Amiens.

Tindak balas adalah di luar jangkaan: ketika Urban menjangkakan beberapa ribu orang kesateria sahaja, kesudahannya seramai 100,000 menyertai pergerakan itu - namun begitu kebanyakannya adalah pejuang-pejuang yang tidak berkemahiran termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Kekurangan disiplin tentera, dan dengan apa yang dilihat oleh para peserta sebagai tanah yang ganjil dengan adat resam yang ganjil, tentera-Tentera Salib pertama dengan segera menjejakkan kaki di wilayah Kristian dalam keadaan diselubungi kesulitan. Masalah yang dihadapi mereka adalah bekalan dan juga budaya: orang ramai perlukan makanan dan bekalan, dan mereka menjangkakan bandar-bandar tuan rumah akan memberi kepada mereka makanan dan bekalan - atau sekurang-kurangnya menjual kepada mereka dengan harga yang berpatutan. Kerana mereka terlalu awal meninggalkan Eropah Barat, mereka terlepas penuaian besar-besaran musim bunga ketika itu, disambung pula dengan tahun-tahun kemarau dan hasil tuaian yang buruk.

Malang bagi Tentera Salib, penduduk tempatan tidak selalunya bersetuju, dan ini dengan cepat membawa kepada pertelagahan dan pertempuran kecil. Dalam perjalanan menyusuri Sungai Danube, para pengikut Peter menjarah wilayah Bulgaria dan telah diserang oleh orang-orang Hungary, Bulgaria dan malahan tentera Byzantiumeee dekat Nish.

Hampir seperempat daripada pengikut Peter terbunuh, tetapi yang lainnya tiba diKonstantinopel dalam bulan Ogos. Konstantinopel adalah bandar besar di Eropah pada masa itu, tetapi ‘tentera’ Peter juga amat besar bilangannya, dan perbezaan budaya serta keengganan untuk menyalurkan bekalan kepada orang-orang yang sebegitu besar jumlahnya membawa kepada ketegangan.

Selanjutnya di Konstantinopel, para pengikut Peter bukanlah satu-satunya kumpulan Tentera Salib - mereka menyertai tentera-Tentera Salib lain dari Perancis dan Itali. Alexius yang tidak tahu apa patut dibuat lagi terhadap tentera (asing) yang besar dan ganjil itu, dengan pantas mengangkut mereka merentasi Selat Bosporus.

Setelah merentasi Asia Kecil, Tentera Salib mula bertelagah dan pasukan tentera itu berpecah kepada dua kem berasingan. Orang Turki berpengalaman, cerdik dan mempunyai pengetahun tempatan; kebanyakan tentera Perang Salib Orang Awam - sekelompok pejuang amatur dan wanita tidak bersenjata - telah dibunuh beramai-ramai sebaik sahaja memasuki wilayah Seljuk. Bagaimanapun, Peter terselamat dan kemudiannya menyertai pasukan utama Tentera Salib. Pasukan tentera lain yang terdiri daripada orang Bohemia dan Saxon tidak sempat melepasi Hungary sebelum beliau bercerai-berai.

Perang Salib Jerman, 1096

Perang Salib Pertama telah menyalakan tradisi panjang keganasan terancang terhadap orang Yahudi dalam budaya Eropah. Ketika mana anti-Semitisme telah wujud di Eropah berabad-abad lamanya, Perang Salib Pertama menandakan keganasan terancang besar-besaran pertama terhadap masyarakat Yahudi.

Di Jerman, pemimpin-pemimpin tertentu memahami perang terhadap orang kafir ini dapat digunapakai tidak sahaja kepada orang Islam di Tanah Suci, malah juga kepada orang Yahudi di tanahair mereka. Bertolak pada awal musim panas tahun 1096, sepasukan tentera Jerman dengan bilangan sekitar 10,000 orang askar yang diketuai oleh Gottschalk, Volkmar, dan Emicho mara ke arah utara melalui lembah Sungai Rhine, berlawan arah dengan Baitul Muqaddis, dan memulakan satu siri progrom yang disebut sesetengah sejarawan sebagai ‘Holocaust pertama’.

Bagaimanapun, pemahaman idea Perang Salib ini tidak bersifat universal, dan orang Yahudi menerima perlindungan di tempat-tempat suaka, sebagai contohnya cubaan Ketua Biskop Cologne untuk melindungi orang Yahudi bandar tersebut daripada disembelih oleh penduduk bandar tersebut. Anjuran Perang Salib mengilhamkan lagi anti-Semitisme. Menurut beberapa pengajar, orang Yahudi dan Islam adalah musuh al-Masih, serta musuh yang perlu diperangi atau dipaksa memeluk agama Kristian. Orang ramai nampaknya menganggap bahawa ‘memerangi’ bererti ‘memerangi sehingga mati’, atau ‘membunuh’.

Penaklukan Baitul Muqaddis oleh orang Kristian dan penubuhan maharaja Kristian di situ dikatakan akan memulakan Hari Kiamat, semasa orang Yahudi dikatakan akan memeluk agama Kristian. Di beberapa tempat di Perancis dan Jerman, orang Yahudi dituduh bertanggungjawab terhadap penyaliban Jesus, dan mereka lebih segera kelihatan berbanding orang Islam yang berada nun jauh di sana.

Ramai orang tertanya-tanya mengapa mereka perlu mengembara ribuan batu semata-mata untuk memerangi orang yang tidak beriman walhal ada orang yang tidak beriman di tanah air mereka sendiri. Tentera salib bergerak ke utara melalui lembah Rhine masuk ke dalam masyarakat-masyarakat Yahudi yang dikenali ramai seperti di Cologne, dan kemudian ke arah selatan. Masyarakat Yahudi diberi pilihan sama ada memeluk agama Kristian atau akan disembelih. Kebanyakan mereka tidak memeluk agama Kristian dan, apabila berita pembunuhan beramai-ramai tersebar luas, banyak masyarakat Yahudi melaksanakan pembunuhan diri beramai-ramai dalam pemandangan yang mengerikan.

Ribuan orang Yahudi dibunuh beramai-ramai, di sebalik beberapa cubaan oleh pendeta Kristian dan pihak berkuasa sekular tempatan untuk memberi perlindungan kepada mereka. Pembunuhan beramai-ramai itu dihalalkan oleh dakwaan bahawa ucapan Urban di Clermont menjanjikan balasan ganjaran daripada Tuhan atas pembunuhan orang bukan Kristian tanpa mengira kelompok, bukan sahaja orang Islam.

Walaupun pihak Pope membenci dan menganjurkan pembersihan penduduk Islam dan Yahudi semasa Perang Salib ini dan akan datang, terdapat banyak serangan ke atas orang Yahudi pada setiap gerakan Perang Salib.

Perang Salib Pangeran Atau Bangsawan

Perang Salib Pangeran, juga dikenali sebagai Perang Salib Baron, dilancarkan kemudian pada tahun 1096 dalam bentuk yang lebih terancang dan dipimpin oleh pelbagai bangsawan beserta pasukan-pasukan kesateria dari pelbagai kawasan di Eropah.

Empat buah pasukan yang paling nyata di kalangan mereka ini ialah Raymond IV dari Toulouse yang mewakili kesateria-kesateria dari Provence, dan ditemani oleh duta Vatikan, Adhemar dari Le Puy; Bohemond dari Taranto yang mewakili bangsa Norman dari selatan Itali bersama anak saudaranya, Tancred; orang Lorraine di bawah pimpinan Godfrey adik beradik, Eustace dan Baldwin dari Boulogne; orang Perancis utara pimpinan Count Robert II dari Flanders, Robert dari Normandy (abang Raja William II dari England), Stephen, Count Blois, dan Hugh dari Vermandois (adik Raja Philip I dari Perancis) yang membawa panji-panji Pope. Raja Philip sendiri dilarang menyertai kempen itu kerana beliau telah dikucilkan oleh gereja (excommunication).

Berarak Ke Baitul Muqaddis

Meninggalkan Eropah sekitar waktu yang ditetapkan dalam bulan Ogos, pelbagai pasukan tentera itu mengambil pelbagai laluan berbeza ke Konstantinopel dan berkumpul di luar dinding bandar itu antara November 1096 dan Mei 1097, dua bulan selepas penghancuran pasukan tentera Perang Salib Orang Awam oleh orang-orang Turki.

Menemani para kesateria ini adalah orang-orang miskin yang mampu menyediakan pakaian asasi dan mungkin senjata lama. Peter Si Pertapa yang menyertai Perang Salib Pangeran di Konstantinopel dianggap bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka, dan mereka mampu mengatur diri mereka sendiri ke dalam kumpulan-kumpulan kecil, mungkin seakan-akan ketumbukan tentera, yang kerap kali dipimpin oleh seorang kesateria yang jatuh miskin. Salah satu pasukan terbesar di kalangan tentera-tentera ini yang terdiri daripada mereka yang terselamat semasa Perang Salib Orang Awam menamakan diri sebagai ‘pasukan Tafur’.

Para pangeran tiba di Konstantinopel dengan bekalan makanan yang sedikit dan bantuan daripada Alexius I. Alexius sememangnya difahami berasa sangsi selepas merasai pengalaman Perang Salib Orang Awam, dan juga kerana para kesateria itu terdiri daripada musuh lamanya orang Norman, Bohemond. Pada masa yang sama, Alexius meletakkan harapannya untuk mengawal tentera-Tentera Salib itu yang dilihatnya mempunyai berpotensi untuk berfungsi sebagai proksi Byzantiumeee.

Oleh itu, sebagai balasan untuk makanan dan bekalan, Alexius meminta para pemimpin itu supaya bersumpah taat setia kepadanya dan berjanji untuk memulangkan sebarang kawasan yang ditawan kembali daripada orang Turki kepada Empayar Byzantiumeee. Tanpa makanan atau bekalan, mereka akhirnya tiada pilihan selain membuat ikrar tersebut, walaupun mereka tidak berbuat demikian sehinggalah semua pihak bersetuju untuk bertolak ansur, dan hanya setelah pertempuran hampir meletus di luar bandar.

Hanya Raymond yang mengelak bersumpah, dengan pintar mencagarkan dirinya sendiri kepada Alexius jika maharaja itu sendiri akan memimpin Perang Salib. Alexius menolak, tetapi kedua-dua mereka menjadi sekutu yang berkongsi ketidakpercayaan yang sama terhadap Bohemond.

Alexius bersetuju untuk mengirim sepasukan tentera Byzantiumeee di bawah perintah Taticius untuk menemani Tentera Salib merentasi Asia Kecil. Matlamat pertama mereka ialah Nicea, sebuah bandar lama Byzantiumeee, tetapi kini telah menjadi ibu kota Kesultanan Rum Seljuk di bawah pemerintahan Kilij Arslan I.

Bandar itu tertakluk kepada pengepungan yang panjang, yang agak kurang berkesan kerana Tentera Salib tidak dapat menyekat tasik di tempat bandar itu terletak dan menjadi sumber bekalan bagi bandar itu. Dari sebelah luar bandar itu, Arslan menasihatkan garison bandar supaya menyerah kalah sekiranya mereka tidak mampu bertahan lagi. Alexius yang khuatir sekiranya Tentera Salib akan menjarah Nicea dan memusnahkan kekayaannya, secara rahsia menerima penyerahan diri bandar itu; Tentera Salib yang bangun pada pagi 19 Jun 1097 hanya mampu menyaksikan panji-panji Byzantiumeee berkibar di atas tembok kota.

Tentera salib dilarang menjarah bandar itu, dan tidak dibenarkan masuk ke dalamnya kecuali dalam pasukan kecil yang diiring. Ini menyebabkan lagi perselisihan antara Byzantiumeee dan Tentera Salib. Tentera salib kini memulakan perjalanan ke Baitul Muqaddis. Stephen dari Bolis menulis kepada tanahairnya, menyatakan bahawa beliau percaya perjalanan itu akan memakan masa selama lima minggu. Hakikatnya, perjalanan itu mengambil masa selama dua tahun.

Tentera salib yang masih ditemani oleh beberapa askar di bawah perintah Ttaicius, berarak ke Dorylaeum, tempat Bohemond diperangkap oleh Kilij Arslan. Dalam Pertempuran Dorylaeum pada 1 Julai, Godfrey memecah masuk barisan tentera Turki, dan dengan bantuan askar-askar yang dipimpin oleh Adhemar, menewaskan orang Turki dan menjarah kem mereka.

Kilij Arslan berundur dan Tentera Salib berarak hampir tanpa tentangan melalui Asia Kecil menuju ke Antioch, kecuali satu pertempuran pada September yang dalam pertempuran itu mereka sekali lagi menewaskan orang Turki. Sepanjang jalan, Tentera Salib dapat menawan sejumlah bandar seperti Sozopolis, Iconium dan Caesarea walaupun kebanyakan bandar ini jatuh kembali ke tangan orang Turki pada tahun 1101.

Perarakan melalui Asia ini tidak menyenangkan. Ketika itu adalah di tengah-tengah musim panas dan Tentera Salib mempunyai hanya sedikit bekalan makanan dan air; ramai yang mati, begitu juga dengan kuda-kuda. Orang Kristian di Asia seperti di Eropah, kadang kala memberi makanan dan wang, tetapi kerap kali Tentera Salib menjarah dan merompak setiap kali berpeluang.

Pemimpin-pemimpin perseorangan terus bertelagah mengenai kuasa pimpinan keseluruhan, walaupun tiada seorang pun daripada mereka yang cukup berkuasa untuk memberi arahan; pun begitu, Adhemar selalu diiktiraf sebagai pemimpin kerohanian. Setelah melepasi Pintu Gerbang Cilicia, Baldwin dari Boulogne bertolak dengan diri sendiri menuju ke kawasan orang Armenia di sekitar Sungai Furat. Di Edessa pada awal tahun 1098, beliau diambil angkat sebagai pewaris oleh Raja Thoros, pemerintah Ortodoks Yunani yang tidak disukai rakyatnya yang berbangsa Armenia. Tidak lama kemudian Thoros dibunuh dan Baldwin menjadi pemerintah baru, dengan itu membentuk Wilayah Edessa, negeri Salibi pertama.

Pengepungan Antioch

Sementara pasukan Tentera Salib mara ke Antioch yang terletak lebih kurang setengah jalan antara Konstantinopel dan Baitul Muqaddis. Mereka tiba pada Oktober 1097 dan mengepungnya selama hampir lapan bulan, semasa tempoh mereka juga perlu menewaskan dua buah pasukan tentera bantuan yang besar di bawah pimpinan Duqaq dari Damsyik dan Ridwan dari Aleppo.

Antioch sangat besar sehinggakan Tentera Salib tidak mempunyai askar yang cukup untuk mengepung keseluruhannya, dan dengan itu beliau mampu bertahan menerima bekalan separa. Apabila pengepungan itu berlarutan, jelas bahawa Bohemond mahukan bandar itu untuk dirinya sendiri.

Pada Mei 1098, Kerbogha dari Mosul mendekati Antioch untuk memecahkan pengepungan itu. Bohemond merasuah seorang pengawal bandar itu yang berbangsa Armenia supaya menyerahkan menara kawalannya, dan pada Jun Tentera Salib memasuki bandar itu dan membunuh hampir kesemua penghuninya.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian orang Islam tiba dan melancarkan pengepungan ke atas bekas para pengepung itu. Pada ketika ini seorang rahib biasa bernama Peter Bartholomew telah mendakwa bahawa beliau telah menemui Tombak Suci di dalam bandar itu, dan walaupun sebahagiannya berasa sangsi, ini telah dilihat sebagai satu petanda bahawa mereka akan menang.

Pada 28 Jun, Tentera Salib menewaskan Kerbogha dalam satu pertempuran sengit di luar kota, kerana Kerbogha tidak mampu lagi menyusun atur pelbagai puak dalam pasukan tenteranya. Ketika Tentera Salib sedang mara kepada orang Islam, seksyen Fatimiyah dalam pasukan tentera itu meninggalkan kontigen Turki itu kerana mereka bimbang Kerbogha akan menjadi terlalu berkuasa sekiranya beliau berjaya menewaskan Tentera Salib. Menurut legenda, sepasukan tentera wali-wali Kristian datang membantu Tentera Salib semasa pertempuran dan memporak-perandakan pasukan tentera Kerbogha.

Bohemond berhujah bahawa Alexius telah meninggalkan Tentera Salib dan dengan itu membatalkan semua sumpah setia mereka kepadanya. Bohemond mempertahankan tuntutannya ke atas Antioch, tetapi tidak semua bersetuju, terutamanya Raymond dari Toulouse, dan Perang Salib ditangguhkan selama sepanjang tahun itu manakala para bangsawan bertelagah sesama sendiri.

Menjadi anggapan historiografi yang umum bahawa tentera Frank dari utara Perancis, tentera Provence dari selatan Perancis dan tentera Norman dari selatan Itali menganggap diri mereka adalah ‘bangsa-bangsa’ berasingan dan bahawa masing-masing mahu menaikkan status masing-masing. Ini mungkin berkaitan dengan pertelagahan itu, tetapi keinginan perseorangan sahaja nampaknya yang dipersalahkan.

Sementara itu, satu wabak (berkemungkinan tifus) telah melanda dan membunuh ramai orang termasuklah Adhemar. Sekarang bilangan tentera lebih kecil daripada kuda berbanding sebelum ini, dan petani-petani Islam enggan memberi makanan kepada mereka. Pada Disember, penawanan bandar Arab Ma’arrat al-Numan pun berlaku, dan dengannya terjadi insiden kanibalisme oleh Tentera Salib yang pertama diketahui.

Askar-askar dan kesateria bawahan kekurangan rehat dan mengancam untuk terus ke Baitul Muqaddis tanpa ketua-ketua mereka yang sering bergaduh. Akhirnya, pada awal tahun 1099, perbarisan itu diperbaharui dengan meninggalkan Bohemond di belakang sebagai penguasa Antioch yang pertama.

Pengepungan Baitul Muqaddis

Sambil mara ke pantai Mediterranean, Tentera Salib hanya menerima sedikit tentangan, kerana pemerintah-pemerintah tempatan lebih suka membuat perjanjian damai dengan mereka dan memberi mereka bekalan berbanding melawan.

Pada 7 Jun Tentera Salib sampai di Baitul Muqaddis yang ditawan kembali daripada orang Seljuk oleh kerajaan Fatimiyyah Mesir setahun yang lalu. Ramai Tentera Salib menangis apabila memandang kota yang disebabkannya mereka telah membuat perjalanan yang begitu panjang untuk sampai.

Seperti di Antioch, Tentera Salib membuat pengepungan panjang ke atas kota ini yang di situ Tentera Salib menderita banyak kesusahan disebabkan kekurangan makanan dan air di sekitar Baitul Muqaddis. Daripada 7,000 orang kesateria yang mengambil bahagian dalam Perang Salib Pangeran, hanya 1,500 orang yang tinggal. Berhadapan dengan tugasan yang kelihatannya mustahil, moral mereka meningkat apabila seorang paderi bernama Peter Desiderius, telah mendakwa mempunyai mimpi ilahi yang menyuruh mereka supaya berpuasa dan kemudian mara dalam perarakan sambil berkaki ayam di sekeliling dinding kota itu, yang akan jatuh ke tangan mereka selepas sembilan hari, menurut contoh Joshua dalam Bible semasa mengepung Jericho.

Pada 8 Julai 1099, Tentera Salib melaksanakan perarakan seperti yang diarahkan Desiderius. Askar-askar Genoa yang dipimpin oleh komander Guglielmo Embriaco mencerai-beraikan kapal-kapal yang dinaiki orang Genoa untuk datang ke Tanah Suci sebelum; Embriaco menggunakan kayu kapal-kapal itu untuk membina beberapa menara-menara pengepung dan tujuh hari kemudian pada 15 Julai, Tentera Salib dapat mengakhiri pengepungan itu dengan memecahkan bahagian-bahagian dinding dan masuk ke dalam kota itu. Sesetengah Tentera Salib juga masuk melalui pintu masuk jemaah haji terdahulu. Sepanjang tengah hari dan petang hari itu serta pagi keesokannya, Tentera Salib membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Muqaddis . Orang Islam, Yahudi dan malahan orang Kristian Timur semuanya dibunuh beramai-beramai. Walaupun ramai orang Islam mencari perlindungan di Masjid al-Aqsa dan orang Yahudi di sinagog mereka di Tembok Barat, Tentera Salib hanya membiarkan sedikit sahaja yang hidup.

Menurut Gesta Francorum yang tidak diketahui penulisnya, yang dipercayai sesetengah orang sebagai laporan yang dibesar-besarkan mengenai pembunuhan beramai-ramai itu yang kemudiannya berlaku di situ, ‘...penyembelihan itu sangat hebat sehinggakan orang-orang kita mengharungi lautan darah sehingga ke takat buku lali mereka...’

Laporan-laporan lain mengenai darah yang mengalir sehingga ke takat kekang kuda ialah kenangan satu petikan daripada Book of Revelation (14:20). Tancred menuntut hak Temple of Mount untuk dirinya sendiri dan menawarkan perlindungan kepada sebahagian orang Islam di situ, namun beliau tidak mampu menghalang kematian mereka di tangan konco-konco Tentera Salibnya.

Menurut Fulcher dari Chartres: ‘Sememangnya, jika kamu berada di sana kamu akan menyaksikan kaki kami diwarnai dengan darah mereka yang dibunuh sehingga ke buku lali. Tetapi apa yang saya dapat ceritakan lagi? Tiada seorang pun daripada mereka yang dibiarkan hidup; tiada wanita mahupun kanak-kanak dibiarkan hidup’.

Bagaimanapun, Gesta Francorum menyatakan bahawa sesetengah penduduk berupaya menyelamatkan diri daripada pengepungan dengan selamat. Penulisnya menulis, ‘Apabila orang jahiliyah itu (yakni orang Islam) telah dapat ditundukkan, orang-orang kita menawan sejumlah yang besar, lelaki dan wanita, sama ada membunuh mereka atau menjadikan mereka sebagai tawanan perang, menurut suka hati mereka’.

Kemudian, tertulis, ‘Para pemimpin kami juga mengarahkan semua mayat Saracen dilempar ke luar kota disebabkan bau busuk yang amat sangat, kerana keseluruhan kota dipenuhi dengan mayat-mayat mereka; dan orang Saracen yang masih hidup dipaksa mengheret mayat-mayat sehingga pintu keluar gerbang kota dan menyusun mereka secara longgokan, seolah-seolah rumah. Tiada seorang pun yang pernah menyaksikan atau mendengar penyembelihan orang jahiliyah itu (yakni orang Islam) sebegitu, kerana unggun bakar mayat dibentuk daripada mereka seperti piramid, dan tiada seorang pun yang mengetahui bilangan mereka kecuali Tuhan sendiri’.

Raymond dari Toulouse ditawarkan dengan hak kerajaan Baitul Muqaddis namun beliau menolak sambil berkata bahawa beliau tidak akan memakai ‘mahkota emas’ di tempat al-Masih telah memakai ‘mahkota duri’. Dalam beberapa selepas pembunuhan beramai-ramai itu, Godfrey dari Bouillon dilantik sebagai Advocatus Sancti Sepulchri (Pelindung Kuburan Suci).

Dalam aksi terakhir Perang Salib ini, beliau memimpin sepasukan tentera yang menewaskan sepasukan tentera Fatimiyyah yang datang menyerang semasa Pertempuran Ascalon. Godfrey meninggal dunia pada Julai 1100 dan digantikan oleh adik lelakinya Baldwin dari Edessa yang mengambil gelaran Raja Baitul Muqaddis.

Perang Salib Tahun 1101

Dengan penawanan Baitul Muqaddis dan Kuburan Suci, ikrar Perang Salib kini telah dipenuhi. Bagaimanapun, terdapat ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Muqaddis, dan ramai juga yang tidak pernah meninggal Eropah sama sekali. Apabila kejayaan Perang Salib ini diketahui, mereka ini dipersenda-senda dan dicemuh oleh keluarga mereka dan diancam dengan kucilan daripada gereja oleh para pendeta.

Ramai Tentera Salib yang kekal bersama dengan Perang Salib sepanjang jalan ke Baitul Muqaddis juga pulang ke kampung halaman; menurut Fulcher dari Chartres, hanya ratusan orang kesateria yang tinggal dalam kerajaan yang baru ditubuhkan itu pada tahun 1101.

Pada tahun 1101, satu lagi Perang Salib dilancarkan, termasuklah Stephen dari Blois dan Hugh dari Vermandois, kedua-duanya pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Muqaddis. Perang Salib ini hampir-hampir digagalkan oleh orang Seljuk di Asia Kecil, tetapi mereka yang terselamat membantu memperkukuhkan kerajaan Baitul Muqaddis apabila mereka tiba di kota tersebut. Pada tahun-tahun berikutnya, bantuan juga disediakan oleh pedagang-pedagang Itali yang menempatkan diri sendiri di pelabuhan-pelabuhan Syiria, dan dari order-order keagamaan dan ketenteraan seperti Knights Templar dan Knights Hospitaller yang dicipta semasa era pemerintahan Baldwin I.

Analisis Perang Salib Pertama

Kejayaan Perang Salib Pertama adalah luar biasa. Kestabilan yang baru dicapai di Barat meninggalkan lapisan aristokrat pahlawan dalam mencari penaklukan dan patrimoni baru, dan kemakmuran baru di bandar-bandar utama juga bermakna bahawa wang tersedia untuk membiayai ekspedisi-ekspedisi.

Negara-negara kota maritim Itali, khususnya Venice dan Genoa, berminat dalam perluasan perdagangan. Pihak Pope melihat Perang Salib sebagai satu cara untuk mengukuhkan pengaruh Katolik sebagai kuasa penyatu, dengan peperangan sebagai satu misi agama. Ini merupakan satu sikap baru terhadap agama: beliau membawa disiplin agama yang dahulunya terpakai hanya kepada para rahib, kepada ketenteraan - konsep baru mengenai pahlawan keagamaan dan etika kesateriaan.

Perang Salib Pertama berjaya menubuhkan ‘negeri-negeri Salibi’ seperti Wilayah Edessa, Wilayah Antioch, Kerajaan Baitul Muqaddis dan Wilayah Tripoli di Palestin dan Syria. Berbalik ke kampung halaman di Eropah Barat, mereka yang selamat sampai di Baitul Muqaddis telah dilayan sebagai hero. Robert dari Flanders telah diberi nama timangan ‘Hierosolymitanus’ kerana kehandalannya. Riwayat hidup Godfrey dari Bouillon menjadi lagenda hanya beberapa tahun selepas kematiannya. Dalam sesetengah kes, situasi politik di kampung halaman parah dengan teruk akibat ketiadaan Tentera Salib: ketika Robert Curthose berada di luar, England diserahkan kepada adiknya Henry I dari England, dan konflik mereka mengakibatkan Pertempuran Tinchebrai pada tahun 1106.

Sementara itu, penubuhan negeri-negeri Salibi di Timur membantu mengurangan tekanan Seljuk ke atas Empayar Byzantiumeee yang memperoleh semula sebahagian daripada wilayah Anatolianya dengan bantuan Tentera Salib dan menikmati satu tempoh yang agak aman dan makmur pada kurun ke-12. Kesan terhadap dinasti-dinasti Islam di Timur adalah beransur-ansur tetapi penting. Ekoran daripada kematian Malik Shah I pada tahun 1092, ketidakstabilan politik dan perpecahan Seljuk Raya yang dahulunya telah memaksa Byzantiumeee meminta bantuan daripada Pope, telah melemahkan pertahanan yang koheren daripada seranga negeri-negeri Latin yang agresif.

Kerjasama antara mereka kekal sukar buat beberapa dekad, tetapi dari Mesir hingga ke Syiria dan Baghdad terdapat seruan-seruan bagi pengusiran Tentera Salib yang memuncak dengan penawanan semula Baitul Muqaddis di bawah Salahuddin Al-Ayyubi kemudiannya dalam kurun apabila Bani Ayyub menyatukan kawasan-kawasan sekeliling. Sebab-sebab Pope Urban II membuat seruan Perang Salib di Tanah Suci ialah untuk mendapatkan semula kekuasaan rohani agung pihak Pope di dunia Kristian Latin sambil meluaskan kuasa realpolitiknya. Beliau gagal untuk merapatkan jurang perpecahan yang semakin membarah antara gereja Timur dan Barat serta secara tidak sengaja, dengan penjarahan Konstantinopel semasa perang-perang salib terkemudian, sebenarnya telah menguatkan lagi perpecahan itu.

Perang Salib juga secara ketenteraan telah membantu Empayar Byzantiumeee yang semakin lemah itu dengan menangkis ancaman Seljuk yang semakin bertambah dari Tanah Suci dan membentuk kerajaan-kerajaan perseorangan kecil.

Rombongan-rombongan Haji

Walaupun perang ini dipanggil sebagai Perang Salib Pertama, tiada seorang pun yang melihat diri sendiri sebagai seorang ‘Tentera Salib’. Istilah Perang Salib ialah istilah awal kurun ke-13 yang pertama kali muncul di Latin lebih daripada 100 tahun selepas Perang Salib Pertama. Tentera salib sendiri tidak melihat diri mereka sebagai golongan pertama, kerana mereka tidak tahu bahawa akan ada lagi Perang Salib sesudah itu. Mereka hanya melihat diri mereka sebagai jemaah haji (pilgrim, peregrinatores) yang berada dalam satu perjalanan (iter), dan dirujuk sebegitu dalam laporan-laporan sezaman.

Janji setia kepada gereja untuk menyempurnakan perjalanan itu, dan hukuman pengucilan jika seseorang gagal untuk berbuat demikian adalah faktor-faktor kuat pelaksanan Perang Salib sebagai ibadat haji rasmi. Tentera salib bersumpah bahawa perjalanan mereka hanya akan sempurna apabila mereka menjejakkan kaki di dalam Kuburan Suci di Baitul Muqaddis. Ibadat haji terbuka kepada semua orang yang ingin mengambil bahagian, oleh itu calon-calon yang tidak berkeinginan, wanita-wanita, golongan tua dan tidak berdaya tidak digalakkan untuk menyertai namun tiada cara untuk menghalang mereka.

Populariti Perang Salib

Perang Salib telah menarik perhatian bilangan terbesar petani-petani dan apa yang bermula sebagai seruan kecil bagi bantuan ketenteraan berubah kepada perpindahan besar-besaran orang awam. Seruan pergi menyertai Perang Salib adalah sangat popular.

Dua buah peranan zaman pertengahan, pahlawan suci dan pehaji, bergabung menjadi satu. Seperti seorang pahlawan suci berjuang dalam perang suci, seseorang akan membawa senjata dan berjuang demi Gereja dengan faedah-faedah rohaninya termasuklah hak istimewa memperolehi surat pengampunan atau kesyahidan sekiranya seseorang terkorban dalam pertempuran. Sama seperti seorang pehaji yang dalam ibadat haji, seorang Tentera Salib berhak menerima layanan baik dan perlindungan perseorangan bagi diri dan harta oleh pihak gereja. Faedah-faedah surat pengampunan adalah dua, bagi berjuang sebagai seorang perwira gereja dan berkelana sebagai pehaji.

Oleh itu, surat pengampunan dapat diberikan tidak kira sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati. Namun Perang Salib bukanlah surat pengampunan pada erti kata Zaman Pertengahan, surat-surat pengampunan Zaman Pertengahan dijualbeli. Perang Salib bukan satu penyelesaian mudah bagi dosa-dosa tetapi satu bentuk keinsafan kerana beliau ditunaikan secara sukarela dan merupakan sejenis hukuman paksa diri. Perbezaan genting ini mengasingkan surat pengampunan Zaman Pertengahan dan idea asal Perang Salib.

Di samping itu, terdapat kewajipan-kewajipan feudal disebabkan ramai Tentera Salib pergi berperang kerana mereka dikehendaki berbuat demikian oleh tuan mereka. Golongan miskin mencari panduan daripada kaum bangsawan tempatan dan jika seorang aristokrat yang berpengaruh dapat menggerakkan orang lain untuk menyertai perang itu.

Hubungan dengan seorang pemimpin yang kaya dapat membantu petani biasa untuk menyumbang dan memperolehi sedikit perlindungan semasa perjalanan, tidak seperti mereka yang menunaikan ikrar secara bersendirian. Terdapat juga kewajipan keluarga, dengan ramai orang menyertai Perang Salib untuk menyokong kaum kerabat yang juga membuat ikrar Perang Salib.

Sebahagian kaum bangsawan termasuklah beberapa orang raja dan pewaris takhta yang dilarang menyertai disebabkan kedudukan mereka. Semua faktor ini telah menggerakkan orang-orang yang berbeza untuk sebab-sebab yang berbeza-beza dan menyumbang pada populariti Perang Salib.

Ganjaran Kerohanian

Seruan kepada Perang Salib datang pada masa ketika tahun-tahun hasil tuaian yang baik yang telah meningkatkan populasi Eropah Barat menyebabkan pasukan tentera dunia Kristian yang lebih besar memulakan penaklukan semula dan Perang Salib ini. Walau bagaimana pun, tarikan untuk mencuba hidup baru di Timur yang jauh lebih menjanjikan kejayaan menyebabkan ramai orang meninggalkan tanah mereka.

Populasi yang semakin berkembang bererti bahawa Eropah bukan lagi sebuah tempat yang dapat menyediakan peluang besar sama sekali dan kebarangkalian untuk memperolehi sesuatu sama ada yang berbentuk rohani, politik atau ekonomi menggoda ramai peserta.

Perang Salib Kedua

Perang Salib Kedua (1145-1149) adalah Perang Salib utama yang dilancarkan dari Eropah bermula pada tahun 1145 sebagai tindak balas terhadap kejatuhan Wilayah Edessa pada tahun sebelumnya. Edessa adalah bandar salib pertama yang ditubuhkan semasa Perang Salib Pertama (1095-1099) tetapi yang pertama jatuh.

Perang Salib Kedua diisytiharkan oleh Paus Eugene III dan adalah yang pertama dipimpin oleh Raja dari Eropah khasnya Louis VII dari Perancis dan Conrad III dari Jerman dengan pertolongan pembesar-pembesar Eropah yang lain. Tentera kedua-dua raja tersebut mara berasingan merentasi benua Eropah tetapi terhalang seketika oleh tindakan Maharaja Byzantiumeee Manuel I Komnenos.

Selepas melintasi wilayah Byzantiumeee ke Anatolia, kedua-dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama saki-baki tentera mereka sampai ke Jerussalem (Baitul Muqaddis) tetapi gagal dalam usaha menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan Tentera Salib di timur adalah kemenangan besar orang Islam. Ini membawa kepada kejatuhan Jerussalem dalam Perang Salib Ketigapada akhir kurun ke-12.

Satu-satunya kejayaan yang dicapai Tentera Salib adalah di Mediterranean. Ketika bangsa Flem, Frisia, Norman, Inggeris, Scotland, dan beberapa Tentera Salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Jerussalem dengan kapal, mereka berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisboa pada tahun 1147. Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut SantarĂ©m pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra, Almada, Palmela dan SetĂºbal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah ditakluk. Sementara itu, di Eropah Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan usaha untuk merubah orang-orang pagan menjadi Kristian, dan perjuangan ini berlangsung selama berabad-abad lamanya.

Latar Belakang

Kejayaan Tentera Salib dalam Perang Salib Pertama lebih banyak disebabkan oleh perpecahan di kalangan orang Islam. Tetapi orang Islam belajar dari kesilapan. Jeneral Imad-ed-din Zangi, seorang Mamluk, berjaya menyatukan orang Turki dan Arab serta menyerang kerajaan Kristian. Zangi tidak menawan Jerussalem tetapi beliau berjaya menawan Edessa pada tahun 1144, sebuah kota salib di timur.

Berita kejatuhan Edessa dikhabarkan oleh pengunjung tanah suci yang balik ke Eropah pada awal 1145, dan juga oleh utusan-utusan dari Antioch, Jerussalem dan Armenia. Kejatuhan kota Edessa memberi tamparan hebat kepada Eropah barat yang terasa kerajaan mereka terancam.

Paus Eugene III kemudian menyeru Perang Salib pada 1 Disember tahun itu juga. Paus memerintahkan Bernard dari Clairvaux (di Perancis) untuk menyeru Perang Salib merampas kembali Edessa dan mengalahkan Zangi. Raja Louis VII dari Perancis bersetuju untuk berperang. Begitu juga Conrad III dari Jerman, maharaja Empayar Rom Suci.

Perang Salib Yang Gagal

Dari mula hingga ke akhir, Perang Salib ini adalah satu kegagalan. Kebanyakan tentera Conrad terbunuh ketika mara melalui Turki sama ada dalam pertempuran dengan Turki Seljuk atau pun sakit dan kelaparan kerana perjalanan yang mengambil masa yang panjang. Apabila Louis dan Conrad sampai ke Jerussalem, mereka memutuskan untuk menyerang Damsyik sebagai balasan kehilangan Edessa. Tetapi serangan mereka ke atas Damsyik gagal. Raja-raja ini terpaksa berundur ke negara mereka

Kejatuhan Jerussalem (1187)

Nuruddin memimpin Edessa dan Aleppo, daerah kekuasaan yang diwarisi dari ayahnya, dan memperluas daerahnya dengan mengalahkan Tentera Salib di Inap di bulan Julai 1149. Tahun 1154, Nuruddin telah berjaya menyatukan Syiria. Tahun 1163, Amalric naik tahta menjadi pemimpin Tentera Salib yang baru. Semasa inilah cabaran Nuruddin bermula.

Amalric melihat peluang besar untuk menguasai Mesir dari penguasaan Fatimiyyah yang lemah akibat kematian menteri mereka. Nuruddin, selain memerangi kaum Frank, juga melakukan campur tangan masalah dalaman mereka. Usaha Nuruddin berjaya kerana Syawar, menteri Fatimiyyah, memohon pertolongan Nuruddin untuk menggulingkan musuh politiknya, Dirgham, yang menggulingkannya melalui bantuan kaum Frank. Nuruddin mengirim pasukannya di bawah Syirkuh yang merupakan bapa saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi untuk mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah. Pertempuran di Kaherah akhirnya dimenangi dan Syawar menjadi menteri Fatimiyah.

Operasi ketenteraan kedua dibiayai terus oleh Nuruddin dan memperoleh kemenangan kecil pada tahun 1168. Kaum Frank kembali ingin menguasai Kaherah pada tahun yang sama. Ini memaksa Syawar kembali meminta bantuan Nuruddin. Nuruddin kembali memberi kepercayaan kepada Syirkuh untuk memimpin pasukan Islam melawan kaum Frank. Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh tewas pada tahun 1169 dan digantikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Pasukan Islam memperoleh kemenangan atas kaum Frank.

Salahuddin Al-Ayyubi mengusir kaum Frank dari tanah Mesir menjadikan khalifah Fatimiyah menaruh Salahuddin Al-Ayyubi untuk memerintah Kaherah. Karier Salahuddin Al-Ayyubi semakin naik dengan terpilihnya beliau sebagai menteri di bawah Khalifah al-Adid. Apabila Khalifah al-Adid mangkat, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil langkah penting, iaitu menghancurkan Dinasti Fatimiyah dan mengembalikan Mesir di bawah kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad.

Operasi ketenteraan Salahuddin Al-Ayyubi ini masih di atas nama Nuruddin. Ketaatan Salahuddin Al-Ayyubi kepada Nuruddin berakhir pada tahun 1172 kerana Salahuddin Al-Ayyubi menganggap Nuruddin tidak memimpin umat Islam. Perseteruan bagaimanapun tidak terjadi kerana Nuruddin mangkat pada tahun 1174. Kematian Nuruddin ini mengelakkan perseteruan anatara Islam. Jika Nuruddin masih hidup, Islam mungkin terpecah menjadi dua, antara pendukung Nuruddin dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin Al-Ayyubi mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Nuruddin, walaupun ditentang oleh keluarga Nuruddin. Salahuddin Al-Ayyubi menunjukkan kredibilitinya dengan memerangi kelompok-kelompok Islam penentangnya. Dengan jatuhnya Aleppo tahun 1183, Salahuddin Al-Ayyubi telah menyatukan Mesir dan Syiria di bawah satu komando. Salahuddin Al-Ayyubi pun mengalihkan perhatiannya ke musuh utama umat Islam sebenarnya, iaitu Tentera Salib.

Salahuddin Al-Ayyubi dan Raja Baldwin IV, penguasa Jerussalem mengadakan perjanjian damai. Semasa damai ini, kehidupan di Mediterania Timur kembali berjalan normal. Perjanjian antara kedua raja ini retak akibat hasutan Reynald the Chatillon, salah seorang pembesar kaum Frank yang sangat membenci Islam. Tindakan Reyald the Chatillon membuat umat Islam marah. Bahkan di mata umat Islam, Reynald the Chatillon dianggap pembesar kaum Frank terburuk.

Tindakan Reynald yang mengundang kemarahan umat Islam adalah seperti keinginan Reynald menghancurkan kota-kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah serta tindakannya menyerang kafilah-kafilah Islam sewaktu perjanjian damai. Salahuddin Al-Ayyubi mengirim pasukan Islam untuk menyerang kaum Frank ke Kerak, tempat Reynald tinggal. Balwin juga mengirim pasukannya ke Kerak setelah mendengar Salahuddin Al-Ayyubi hendak menyerang salah satu wilayahnya. Peperangan ini berhenti dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan kaum Frank.

Setahun kemudian, Salahuddin Al-Ayyubi sakit dalam waktu yang sangat lama. Setahun kemudian, Baldwin IV meninggal dunia dan digantikan oleh Guy the Lusigna. Dengan Guy, yang merupakan teman rapat Reynald the Chatillon, maka perjanjian antara Islam dengan kaum Frank telah berakhir. Salahuddin Al-Ayyubi, yang telah sembuh, segera menngumpulkan pasukan-pasukan umat Islam untuk berperang melawan Tentera Salib. Guy juga segera mengumpulkan pasukan untuk menyerang Islam. Berlakulah Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahuddin Al-Ayyubi.

Reynald dibunuh oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan Guy diseret Salahuddin Al-Ayyubi ke Jerussalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahuddin Al-Ayyubi pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya menawan Jerussalem.

Jatuhnya Jerussalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerussalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahuddin Al-Ayyubi dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

 Perang Salib Ketiga

Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerussalem dari Salahuddin Al-Ayyubi Al-Ayubbi. Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zengid menguasai Syiria sepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi.

Tentera gabungan Mesir dan Syiria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin Al-Ayyubi menawan semula Baitul Muqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). 

Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air. Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin Al-Ayyubi memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitul Muqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarah Kristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut.

Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.

Latar Belakang

Apabila Jeneral Imad-ed-din Zangi mangkat, tempatnya diganti oleh anaknya Nuruddin. Nuruddin yang ketika itu menguasai Damsyik dan seluruh Syiria turut ingin menguasai Mesir yang diperintah Kerajaan Fatimiyyah. Nuruddin menghantar panglimanya Asaduddin Shirkuh ke Mesir. Shirkuh ditemani oleh anak saudaranya Salahuddin Al-Ayyubi. Selepas kematian pakciknya pada 1169, Salahuddin Al-Ayyubi Al-Ayubbi menggantikan tempatnya sebagai panglima, dan seterusnya menjadi sultan kedua-dua Mesir dan Syiria selepas kemangkatan Nuruddin pada tahun 1174. Dengan penyatuan itu, Salahuddin Al-Ayyubi menjadi cukup kuat untuk berlawan dengan kerajaan Kristian di Palestin dan Lubnan. Pada tahun 1187, Salahuddin Al-Ayyubi menawan Jerussalem (Baitul Muqaddis).

Sekali lagi penduduk Eropah merasa terhina. Mereka mendesak raja-raja Eropah untuk bersatu-padu menentang Salahuddin Al-Ayyubi. Akhirnya Richard si Hati Singa, raja England, Philippe Augustus, raja Perancis dan Friedrich Barbarossa, raja Jerman dan Empayar Suci Rom, berpadu tenaga menuju ke Jerussalem. Cukai istimewa dikenakan di kedua-dua negara, Perancis dan England, untuk membiayai Perang Salib ini.

Masalah

Tetapi sebagaimana Perang Salib Kedua, perang ini juga menghadapi masalah. Friedrich mati dalam perjalanan ke Jerussalem dan kebanyakan tentera beliau pulang ke tanah air. Sementara itu Richard dan Philippe menaiki kapal ke Jerussalem. Richard menawan Cyprus dalam perjalanan ke Jerussalem tetapi beliau menawannya dari saudara Maharaja Rom yang kemudiannya bermusuh dengan Richard. Tentera Perancis dan Inggeris mengepung Acre, sebuah kota pelabuhan dan berjaya menawannya setelah hampir dua tahun. Richard membunuh 2,700 orang tahanan dari Acre kerana duit tebusan yang diminta beliau tidak dibayar.

Perang Salib Keempat

Perang Salib Keempat (1202-1204) pada awalnya dirancang untuk menawan Jerussalem daripada orang Islam dengan meenceroboh Mesir. Sebaliknya pada bulan April 1204, Tentera Salib menyerang dan menawan kota Konstantinopel, ibu negara Empayar Byzantiumeee. Tindakan ini dilihat sebagai satu tindak balas hasil daripada Perpecahan Besar dalam agama Kristian yang menyaksikan perpecahan antara Kristian Katolikdan Kristian Ortodoks. Pencerobohan dan penggeladahan kota Constatinople merupakan salah satu penggeladahan yang jelek dalam sejarah manusia.

Latar Belakang

Selepas kegagalan Perang Salib Ketiga (1187-1192), minat bangsa Eropah untuk melancarkan satu lagi Perang Salib pudar. Jerussalem pada ketika itu dikuasai oleh Dinasti Ayubiyyah yang menguasai keseluruhan Syiria dan Mesir kecuali sejumlah kecil bandar-bandar di sepanjang persisiran pantai yang dikuasai oleh Tentera Salib yang berpusat di Acre, di samping kerajaan kristian salib di Cyprus.

Pada tahun 1198, Paus Innocent III yang baru menjadikan Perang Salib sebagai matlamatnya yang tidak boleh disanggah. Tetapi seruan beliau tidak dihiraukan kalangan monarki di Eropah. Atas pujukan seorang paderi, Fulk dari Neuilly, Tentera Salib akhirnya dapat dikumpulkan dalam satu pertandingan sukan di Ecry oleh Count Thibaut dari Itali, Boniface.

Boniface dan pemimpin lain menghantar utusan ke Venice, Genoa dan negera kota lain untuk mendapatkan kapal pengangkutan ke Mesir yang menjadi sasaran Tentera Salib. Genoa tidak berminat tetapi pada bulan Mac 1202, Venice bersetuju untuk menyiapkan kapal yang dapat mengangkut 33,500 orang Tentera Salib. Tentera salib dianggarkan mengandungi 4,500 sateria berkuda, 9,000 tentera sokongan pasukan berkuda dan 20,000 tentera. Majoriti Tentera Salib yang akan bertolak dari Venice pada bulan Oktober 1202 berasal dari Perancis. Pasukan lain datang dari Flanders dan Empayar Rom Suci termasuk tentera di bawah Biskop Martin.

Serangan Ke Atas Zara

Pasukan Tentera Salib yang bertolak dari Venice berjumlah 12,000, kurang dari jumlah yang dijangkakan. Venice yang sudah bersiap sedia dengan kapal-kapal besar cukup untuk tiga kali ganda jumlah tentera yang sepatutnya bertolak dari Venice. Tentera salib tidak mampu membayar Venice jumlah yang dijanjikan. Perkara ini merugikan pihak Venice kerana mereka terpaksa menghentikan kegiatan perdagangan untuk menyiapkan keperluan ekspedisi tentera.

Pihak Venice dan Tentera Salib akhirnya berjaya mencapai kata sepakat. Venice mahukan Tentera Salib membantunya menyerang kota Zara yang juga sebuah kota kristian[5]. Zara pernah didominasi oleh pedagang Venice tetapi memberontak pada tahun 1181 dan bersekutu dengan Raja Emeric dari Hungary yang merupakan musuh kepada Venice.

Terdapat dari kalangan Tentera Salib tidak bersetuju menyerang Zara dan kembali ke tempat mereka tetapi wakil Paus dalam Tentera Salib bersetuju dengan syarat Venice untuk mengelakkan kegagalan Perang Salib. Paus Innocent bimbang dengan perkembangan ini dan menulis surat kepada pemimpin Tentera Salib mengancam untuk menyisihkan (excommunicate) mereka sekiranya Tentera Salib meneruskan hasrat mereka menyerang Zara. Surat ini bagaimanapun disembunyikan dan serangan ke atas Zara diteruskan.

Walaupun menzahirkan mereka sebagai Kristian Katolik dengan menggantung kain bercorak palang di tingkap dan dinding kota, Zara jatuh ke tangan Tentera Salib dan Venice dalam kepungan yang singkat.

Penggeladahan Konstantinopel

Selepas berjaya menawan Zara, Tentera Salib bersiap sedia berangkat ke Mesir dengan kapal mereka. Belum pun sempat berangkat, Alexius Comnenus, yang baru diusir dari takhtanya di Konstantinopel, meminta bantuan dari Tentera Salib untuk berkuasa kembali. Baginda berjanji membayar wang yang banyak apabila baginda berjaya menjadi maharaja kembali. Baginda juga berjanji untuk kembali ke pangkuan Gereja Katolik.

Tentera salib bersetuju dengan tawaran Alexius. Pada tahun 1203, dengan bantuan tentera Venice, mereka berjaya menawan Konstantinopel dan meletakkan Alexius IV kembali di atas takhta. Alexius IV bagaimanapun tidak mempunyai wang untuk membayar Tentera Salib dan Venice seperti yang dijanjikan. Maharaja Byzantiumeee sebelumnya sempat melarikan diri dengan wang yang banyak menyebabkan kantung perbendaharaan negara kering.

Alexius IV tidak disukai rakyat Konstantinopel kerana hubungan baginda dengan orang Latin yang kebanyakannya juga adalah Tentera Salib. Apabila Alexius IV cuba untuk menaikkan cukai untuk meningkatkan perbendaharaan negara dan membayar wang kepada Tentera Salib dan pihak Venice, baginda semakin dibenci oleh rakyat.

Akibatnya baginda dan ayahanda baginda dibunuh dan maharaja baru, Alexius V, menaiki takhta. Tentera salib dan Venice mendesak Alexius V menunaikan janji maharaja sebelumnya. Apabila maharaja Byzantiumeee menolak, Tentera Salib dan Venice menyerang Konstantinopel sekali lagi.

Pada 12 April 1204, Konstantinopel jatuh ke tangan Tentera Salib dan Venice. Tentera salib dan Venice dengan rakus menggelidah kota Konstantinopel dan mengambil wang, permata dan emas, serta membawa barangan berharga ini ke tempat mereka. Mereka tidak jadi ke Jerussalem dan tidak juga berlawan dengan kerajaan dinasti Ayub.

Dikhabarkan 900,000 wang perak yang dirompak dari Konstantinopel. Pihak Venice merampas 150,000 yang sepatutnya dibayar kepada mereka dan 50,000 untuk Tentera Salib. 100,000 pula dibahagi-bahagikan antara Tentera Salib dan Venice. Baki 500,000 wang perak pula disimpan secara rahsia oleh sateria Tentera Salib.

Empayar Byzantiumeee pula dibahagikan antara pihak Venice dan pemimpin-pemimpin Tentera Salib. Empayar Latin di Konstantinopel ditubuhkan dan Baldwin dari Flanders dimahkotakan sebagai maharaja Empayar latin.

Legasi

Lapan ratus tahun selepas Perang Salib Keempat, Paus John Paul II melahirkan perasaan sedih ke atas apa yang berlaku. Pada tahun 2001, beliau menulis surat kepada Christodoulus, Paderi Besar Athens: ‘Tragis sungguh apabila penyerang, iaitu mereka yang berangkat untuk membebaskan laluan masuk untuk orang Kristian ke tanah suci, menikam saudara seagama mereka sendiri. Bahawa mereka ini Kristian Latin membuatkan penganut Katolik amat menyesal.’

Pada bulan April 2004, dalam ucapan sempena ulangtahun ke-800 penawanan kota, Ketua Ecumnical Bartholomew I secara rasmi menerima permohonan meminta maaf tersebut. Bartholomew mengatakan beliau menerima permohonan maaf berdasarkan semangat Pascha (Easter). 

Perang Salib Keempat adalah salah satu antara Perang Salib terakhir yang dipimpin oleh pihak Paus walaupun beliau juga tidak dapat dikawal oleh Paus sendiri. Selepas perselisihan faham antara orang biasa dan gereja yang membawa kepada kegagalan Perang Salib Kelima, Perang Salib seterusnya dipimpin oleh raja-raja, kebanyakannya menentang Mesir.

Hanya Perang Salib Keenam berjaya menawan Jerussalem, itu pun dalam masa yang singkat. Akibat dari kejadian seperti ini, Perang Salib menjadi perang yang dipengaruhi faktor politik dan ekonomi serta lebih kepada untuk mengaut keuntungan dunia dan bukannya kerana semangat keagamaan.

Perang Salib Albigensian

Perang Salib Albigensian atau Perang Salib Kathar (1209-1229) merupakan kempen ketenteraan selama 20 tahun yang dimulakan olehGereja Roman Katolik untuk membasmi penyelewengan mazhab Kristian Kathar di Languedoc. Perang Salib ini dilaksanakan oleh Perancis dan berbaur politik, yang menyebabkan bukan sahaja pengurangan besar amalan Kathar tetapi juga membawa wilayah Occitania ke dalam kerajaan diraja Perancis dan pengurangan pengaruh Mahkota Aragon yang wujud ke atas wilayah tersebut.

Perang Salib ini diisytiharkan oleh Paus Innocentius yang menawarkan tanah yang dimiliki para penyeleweng agama kepada mana-mana bangsawan Perancis yang sanggup memerangi pengikut Kathar tersebut. Keganasan Perang Salib ini menyebabkan Perancis melakukan rampasan tanah yang mempunyai hubungan kebudayaan dan bahasa dengan Catalonia dan lebih kurang 200,000 kepada 1,000,000 orang mati. Perang Salib Albigensian juga berperanan dalam penubuhan dan penginstitusian kedua-dua Order Dominikan dan Inkuisisi Zaman Pertengahan

Perang Salib Kanak-kanak

Perang Salib Kanak-kanak ialah nama yang diberikan kepada pelbagai peristiwa rekaan atau sebenar yang berlaku pada tahun 1212. Kesemua peristiwa ini mengandungi unsur berikut: visi seorang budak lelaki dari Perancis atau Jerman; hasrat untuk mengkristiankan orang Islam di Tanah Suci secara aman; sekumpulan kanak-kanak berjalan ke Itali; dan kanak-kanak ini dijual sebagai hamba.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 1977 melemparkan keraguan ke atas peristiwa ini dan kebanyakan ahli sejarah sekarang percaya mereka ini bukan (atau bukan hanya) kanak-kanak tetapi beberapa kumpulan orang miskin di Jerman dan Perancis yang sesetengahnya mahu ke Tanah Suci dan sebahagian yang lain tidak. Kebanyakan versi awal peristiwa ini yang diceritakan selama berabad-abad diragui kesahihannya.

Versi Cerita

Pandangan tradisi mengenai Perang Salib Kanak-kanak yang terdapat pelbagai versi mempunyai tema yang serupa. Seorang budak lelaki mula berdakwah sama ada di Perancis atau Jerman dengan mendakwa Jesus melawatnya dan memberitahu beliau supaya memimpin pasukan untuk mengkristiankan orang Islam secara aman.

Melalui beberapa siri keajaiban, budak ini mendapat pengikut yang boleh dikatakan ramai termasuk lebih kurang 30,000 kanak-kanak. Beliau memimpin pengikutnya ke selatan ke arah Laut Mediterranean, dengan kepercayaan laut itu akan terbelah apabila mereka tiba dan membolehkan mereka mara ke Jerussalem. Tetapi ini semua tidak berlaku.

Dua orang saudagar menumpangkan kanak-kanak ini dalam bot mereka seramai yang mungkin. Kanak-kanak ini sama ada dibawa ke Tunisia dan dijual sebagai hamba atau mati kerana kapal mereka karam di Pulau San Pietro semasa ribut kencang. Dalam versi yang lain, mereka gagal sampai ke laut kerana mati kelaparan.

Versi Moden

Dalam kajian terkiri menunjukkan terdapat dua pergerakan manusia pada setiap peringkat umur pada tahun 1212 di Jerman dan Perancis. Persamaan kedua-dua pergerakan ini dicantumkan untuk mengaitkan dengan cerita ini. Dalam pergerakan pertama, Nicholas, seorang pengembala dari Jerman, memimpin satu kumpulan merentasi Alps ke Itali pada awal musim bunga tahun 1212. Seramai 7,000 sampai di Genoa pada akhir bulan Ogos. Tetapi rancangan mereka gagal apabila air laut tidak terbelah seperti yang dijanjikan dan kumpulan itu berpecah.

Sesetengah kembali ke kampung halaman, ada yang ke Rome dan mungkin ada yang ke Marseilles di mana kemungkinan mereka dijual sebagai hamba. Hanya sedikit yang kembali ke kampung halaman dan tiada seorang pun sampai ke Tanah Suci.

Dalam pergerakan kedua dipimpin oleh pengembali Perancis bernama Stephen dari Cloyes yang mendakwa beliau mempunyai surat untuk Raja Perancis dari Jesus. Beliau berjaya menarik 30,000 orang di mana beliau dikatakan mempunyai keajaiban. Dengan arahan Raja Philip II dan nasihat daripada Universiti Paris, mereka dihantar balik

 Perang Salib Kelima

Perang Salib Kelima (1217–1221) merupakan satu cubaan untuk merampas kembali Baitul Muqaddis dan kawasan Tanah Suci selebihnya yang berada di tangan orang Islam dengan langkah pertama menakluki Dinasti Ayyubiah yang kuat di Mesir.

Paus Honorius III telah menyusun pasukan-pasukan Tentera Salib yang diketuai Leopold VI dari Austria dan Andrew II dari Hungary, dan mengatur satu serbuan terhadap Baitul Muqaddis yang pada kesudahannya berada dalam tangan orang Islam. Kemudian pada tahun 1218, sepasukan tentera Jerman yang diketuai Oliver dari Cologne dan satu ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada askar-askar Belanda, Belanda Belgium dan Belanda Jerman yang diketuai oleh William I, Count Holland tiba.

Dalam usaha menyerang Damietta di Mesir, mereka bersekutu dengan Kesultanan Seljuk RĂ»m di Anatolia yang telah menyerang kerajaan Ayyubiah di Syiria dalam satu cubaan untuk membebaskan Tentera Salib daripada pertarungan di dua barisan hadapan. Selepas menduduki pelabuhan Damietta, Tentera Salib mara ke selatan menuju ke Kaherah pada Julai 1221, tetapi mereka berpatah balik selepas bekalan mereka yang semakin susut memaksa mereka berundur. Satu serangan mengejut pada waktu malam telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa Tentera Salib dan akhirnya penyerahan diri tentera-tentera tersebut. Al-Kamil bersetuju untuk mencapai perjanjian damai selama lapan tahun dengan Eropah.

Seruan Kepada Perang Salib

Pada musim bunga tahun 1213, Paus Innocent III telah mengeluarkan piagam kepausan Quia maior, yang menyeru semua umat Kristian untuk menyertai satu Perang Salib yang baru. Walau bagaimanapun, raja-raja Eropah leka dengan perperangan sesama sendiri.

Pada masa yang sama, Paus Innocent III tidak inginkan bantuan mereka, kerana satu Perang Salib terdahulu yang diketuai raja-raja telah gagal pada masa yang lalu. Beliau mengarahkan perarakan, sembahyang dan khutbah diadakan untuk membantu dalam menyusun Perang Salib tersebut dengan membabitkan orang awam, bangsawan kelas bawahan dan kesateria.

Perancis

Risalah Perang Salib tersebut telah disampaikan di Perancis oleh Robert dari Courçon; walau bagaimanapun, tidak seperti Perang-perang Salib yang lain, tidak ramai kesateria Perancis yang menyertainya disebabkan mereka sudah pun berperang menentang mazhab sesat Kathar di selatan Perancis dalam Perang Salib Albigensian.

Pada tahun 1215, Innocent III telah menganjurkan Persidangan Lateran Keempat. Dalam persidangan ini, bersama-sama dengan Latin Patriarch dari Jerussalem, Raoul dari Merencourt, beliau membincangkan penawanan kembali Tanah Suci di samping hal-hal gereja yang lain. Innocent mahu Perang Salib ini berada dalam kawalan penuh pihak Pope sebagaimana yang sepatutnya berlaku pada Perang Salib Pertama, untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan Perang Salib Keempat yang diambilalih oleh orang-orang Venice. Innocent merancang bagi Tentera Salibuntuk bertemu di Brindisi pada tahun 1216, dan melarang perdagangan dengan orang Islam untuk memastikan bahawa tentera-Tentera Salib dapat memiliki kapal-kapal dan senjata.

Setiap Tentera Salib akan menerima surat pengampunan dosa, termasuklah mereka yang hanya membantu membiayai perbelanjaan seorang Tentera Salib tetapi mereka sendiri tidak pergi menyertai Perang Salib tersebut.

Jerman Dan Hungary

Oliver dari Cologne telah berkhutbah mengenai Perang Salib tersebut di Jerman, dan Maharaja Frederick II cuba menyertainya pada tahun 1215. Frederick merupakan penguasa terakhir yang dikehendaki Innocent untuk menyertai Perang Salib tersebut disebabkan beliau pernah mencabar kewibawaan pihak Pope. Bagaimanapun, Innocent meninggal dunia pada tahun 1216.

Beliau digantikan oleh Paus Honorius III yang menghalang Frederick daripada mengambil bahagian dalam Perang Salib tersebut, namun telah menyusun pasukan-pasukan Tentera Salib yang diketuai RajaAndrew II dari Hungary dan Duke Leopold VI dari Austria. Andrew mempunyai pasukan tentera diraja yang terbesar dalam sejarah Perang Salib (20,000 orang kesateria dan 12,000 buah garison kota).

Kempen Ketenteraan

Andrew dan pasukan tenteranya belayar pada 23 Ogos 1217 di Spalato. Mereka mendarat pada 9 Oktober di Cyprus. Dari situ mereka belayar ke Acre dan menyertai John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerussalem, Hugh I dari Cyprus, dan Putera Bohemund IV dari Antioch untuk menentang Dinasti Ayyubiyah di Syiria. Di Baitul Muqaddis, tembok-tembok dan kubu-kubu telah dimusnahkan supaya orang Kristian tidak dapat menggunakannya untuk mempertahankan bandar tersebut sekiranya mereka dapat mengambil alih bandar tersebut. Orang Islam lari meninggalkan bandar tersebut kerana bimbang akan berulang kembali penumpahan darah semasa Perang Salib Pertama pada tahun 1099.

Pasukan tentera Andrew yang lengkap berkuda telah menewaskan Sultan Al-Adil I di Bethsaida di atas Sungai Jordan pada 10 November. Pasukan tentera orang Islam berundur ke benteng-benteng pertahanan dan bandar-bandar mereka. Ali-ali dan manjanik tidak sampai pada waktunya, jadi serangannya ke atas kubu-kubu di Lubnan dan di atas Gunung Tabor tidak membuahkan hasil.

Sesudah itu, Andrew menghabiskan masanya dengan mengumpulkan barang-barang yang didakwa sebagai relik. Andrew dan pasukan tenteranya bertolak ke Hungary pada Februari 1218, dan Bohemund serta Hugh juga pulang ke negara masing-masing.

Perikatan Dengan Kesultanan Rum

Kemudian pada tahun 1218 Oliver dari Cologne tiba dengan satu pasukan tentera Jerman yang baru dan Count Belanda William I tiba dengan satu ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada askar-askar Belanda, Flemish dan Frisia. Mereka berbincang dengan Leopold dan John mengenai serangan ke atas Damietta di Mesir. Untuk mencapai matlamat ini, mereka bersekutu denganKeykavus I, Sultan RĂ»m yang berbangsa Seljuk di Anatolia yang telah menyerang kerajaan Ayyubiyah di Syiria sebagai satu cubaan untuk membebaskan Tentera Salib daripada berperang di dua barisan hadapan.

Mesir

Pada bulan Jun tahun 1218, Tentera Salib memulakan Pengepungan Damietta dan di sebalik tentangan daripada Sultan Al-Adil yang tidak bersedia itu, menara yang terletak di luar bandar tersebut telah ditawan mereka pada 25 Ogos. Mereka tidak berjaya menawan Damietta itu sendiri, dan dalam bulan-bulan berikutnya wabak penyakit telah meragut banyak nyawa Tentera Salib termasuklah Robert dari Courcon.

Al-Adil juga mangkat dan digantikan oleh Al-Kamil. Sementara itu, Honorius III menghantar Pelagius dari Albano untuk memimpin Perang Salib tersebut pada tahun 1219. Al-Kamil cuba merundingkan perdamaian dengan Tentera Salib. Beliau menawarkan Damietta sebagai ganti Baitul Muqaddis, namun Pelagius menolak tawaran tersebut.

Setelah mendengar tentang perkara ini, Count William I dari Belanda meninggalkan Perang Salib itu dan belayar pulang ke negara asal. Pada bulan Ogos atau September, Francis dari Assisi tiba di kem Tentera Salib dan menyeberang untuk berkhutbah kepada al-Kamil. Pada November, Tentera Salib berjaya melemahkan pasukan tentera sultan dan akhirnya berjaya menakluki bandar pelabuhan tersebut.

Dalam sekelip mata, pihak-pihak berkuasa Pope dan sekular berebut untuk menguasai bandar tersebut, dengan John dari Brienne mendakwa bandar tersebut adalah miliknya dalam tahun 1220. Pelagius tidak dapat menerima dakwaan ini dan John kemudiannya pulang ke Acre pada tahun tersebut.

Pelagius berharap agar Frederick II dapat tiba dengan satu pasukan tentera baru, tetapi beliau tidak berbuat demikian; sebaliknya, selepas setahun tidak aktif di Syiria dan Mesir, John of Brienne kembali dan Tentera Salib mara ke selatan ke arah Kaherah pada bulan Julai 1221.

Pada ketika ini, al-Kamil sudah mampu bersekutu dengan kerajaan-kerajaan Ayyubiah di Syiria yang telah menewaskan Keykavus I. Tentera salib yang sedang mara ke Kaherah dilanda bencana; Sungai Nil telah banjir terlebih dahulu daripada mereka lalu menghalang kemaraan Tentera Salib.

Sebatang terusan kering yang sebelumnya dilalui Tentera Salib juga dipenuhi air justeru menyekat mereka daripada berundur. Dalam keadaan bekalan yang semakin susut, mereka terpaksa mula berundur, berkesudahan dengan serangan kilat pada waktu malam oleh al-Kamil yang mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa Tentera Salib dan akhirnya penyerahan diri pasukan tentera tersebut di bawah Pelagius.

Kesudahan

Syarat-syarat penyerahan diri ini menyaksikan pelepasan Damietta kepada al-Kamil sebagai tukaran pada pembebasan Tentera Salib. Al-Kamil bersetuju dengan perjanjian perdamaian dengan Eropah dan pemulangan secebis salib sebenar. Kegagalan Perang Salib ini telah menyebabkan limpahan sentimen anti-Paus dari pemuisi Occitan, Guilhem Figueira. Gormonda de Monpeslier yang lebih ortodoks menjawab D’un sirventes far Figueira dengan satu lagunya sendiri, Greu m’es a durar. Beliau tidak menyalahkan Pelagius atau pihak Pope, sebaliknya menyalahkan ‘kebodohan’ orang yang jahat.

Perang Salib Keenam

Perang Salib Keenam bermula pada tahun 1228 sebagai cubaan untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Perang ini berlaku selama tujuh tahun selepas kegagalan Perang Salib Kelima.

Frederick II Dan Pihak Paus

Frederick II, Maharaja Suci Rom, melibatkan diri secara umumnya dalam Perang Salib Kelima dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun beliau gagal untuk menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi galakan oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan beliau perlu mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk melancarkan Perang Salib.

Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji untuk keluar berperang selepas dimahkotakan sebagai maharaja oleh Paus Honorius III pada tahun 1220. Pada tahun 1225, Frederick mengahwini Yolande dari Jerussalem (juga dikenali sebagai Isabella), puteri John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerussalem pada nama, dan Maria dari Montferrat. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun 1227, setelah Gregory IX menjadi paus, Frederick dan pasukan tenteranya belayar dari Brindisi keAcre, tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke Itali. Gregory mengambil peluang ini untuk mengucilkan Frederick kerana melanggar sumpah Perang Salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Paus.

Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory, Perang Salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan maharaja tersebut. Frederick cuba berunding dengan paus tersebut, namun akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar ke Syiria pada tahun 1228 di sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam bulan September.

Frederick tidak terus menuju ke Tanah Suci, sebaliknya beliau mula-mula sekali belayar ke Cyprus yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawanannya oleh Richard si Hati Singa dalam perjalanan ke Acre semasa Perang Salib Ketiga. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun beliau dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, John dari Ibelin.

Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John di tanah besar, Beirut kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini beliau telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerussalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan beliau tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap Perang Salib tersebut apabila beliau mengalihkan puak Ibelin yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka menentang maharaja tersebut.

Sebagai ibu kota Kerajaan Jerussalem pada nama dan kerusi Kepatriarchan Latin, Acre berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan Kesateria Teutonik menyokongnya, namun Patriarch Gerald dari Lausanne menyebelahi pihak Paus yang bermusuhan dengannya. Apabila berita pengucilan Frederic tersebar, sokongan umum terhadapnya merosot dengan mendadak.

Kedudukan Kesateria Hospital danKesateria Kuil adalah lebih rumit; walaupun mereka enggan menyertai pasukan tentera maharaja tersebut secara langsung, mereka menyokong Perang Salib tersebut apabila Frederick bersetuju untuk membuang namanya daripada perintah-perintah rasmi.

Pada mulanya para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut Frederick, tetapi mereka berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut dan keinginannya untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan Frederick terhadap John dari Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata terhadap urusan perlembagaan para pembesar tersebut.

Meskipun berada bersama-sama dengan pasukan-pasukan kesateria tersebut di atas kapal, pasukan tentera Frederick hanyalah bayang-bayang pasukan tentera tersebut semata-mata yang dikumpulkan apabila Perang Salib itu dilancarkan pada asalnya.

Beliau sedar bahawa satu-satunya harapan yang tinggal untuk mencapai kejayaan di Tanah Suci ialah rundingan penyerahan Jerussalem disebabkan beliau kekurangan tenaga manusia untuk bertempur dengan empayar Bani Ayyubiyah dalam medan pertempuran. Frederick berharap agar satu tanda kekuatan angkatan bersenjata, satu ancaman kemaraan ke pantai cukup untuk menyakinkan al-Kamil, sultan Mesir supaya menghormati perjanjian yang disyorkan yang telah dirundingkan beberapa tahun dahulunya sebelum kemangkatan al-Muazzam, gabenor Damsyik.

Sultan Mesir itu yang sibuk dengan pembanterasan angkatan-angkatan bersenjata di Syiria, bersetuju untuk menyerahkan Baitul Muqaddis kepada orang Frank beserta dengan koridor sempit ke pantai. Ketuanan-ketuanan yang lain mungkin kembali ke dalam penguasaan orang Kristian, namun ada sumber yang tidak bersetuju. Ini bagaimana pun adalah perjanjian tolak ansur. Orang Islam masih tetap menguasai kawasan Al Haram Al Sharif di Baitul Muqaddis, Masjid al-Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah.

Kota-kota di Transjordan kekal dalam tangan Bani Ayyubiyah, dan sumber-sumber Arab menyebutkan bahawa Frederick tidak dibenarkan membaikpulih kubu pertahanan Baitul Muqaddis. Perjanjian itu yang disempurnakan pada 18 Februari 1229 melindungi kedamaian sementara selama 10 tahun.

Frederick memasuki Baitul Muqaddis pada 17 Mac 1229, dan menghadiri majlis kemahkotaan pada hari berikutnya. Tidak diketahui sama ada beliau menginginkan ini ditafsirkan sebagai pemahkotaan rasminya sebagai Raja Baitul Muqaddis; walau apa sekalipun ketidakhadiran patriarch Gerald menyebabkan beliau tidak sah.

Wujud bukti yang menunjukkan bahawa mahkota yang dipakai Frederick sebenarnya adalah mahkota diraja, tetapi apa sekalipun tindakan mengisytiharkan ketuanannya ke atas Baitul Muqaddis adalah satu perkara yang bersifat provokatif. Dari segi undang-undang, beliau sebenarnya hanyalah pemangku bagi anaknya Conrad II dari Jerussalem, satu-satunya anak Yolande dan cucu Maria dari Montferrat dan John dari Brienne yang dilahirkan sejurus sebelum pemergian Frederick pada tahun 1228.

Warisan

Kerana mempunyai hal-hal yang perlu diuruskan di tanah air sendiri, Frederick meninggalkan Baitul Muqaddis pada bulan Mei. Walaupun beliau gagal membuatkan Paus menarik balik pengucilan, namun kini Frederick telah menunjukkan bahawa satu-satu Perang Salib mampu berjaya sekali pun tanpa kelebihan dari segi ketenteraan mahu pun sokongan pihak Paus. Perdamaian sementara itu yang tidak diterima pada mulanya berakhir pada 1239; Baitul Muqaddis diambilalih oleh orang Turki Khwatrezm dalam satu pengepungan pada tahun 1244.

Frederick telah mewujudkan duluan dalam mencapai kejayaan Perang Salib tanpa penglibatan pihak Paus. Perang-Perang Salib selanjutnya dilancarkan oleh raja-raja perseorangan seperti Louis IX dari Perancis (Perang Salib Ketujuh dan Perang Salib Kelapan) dan Edward I dari England (Perang Salib Kesembilan) yang sebenarnya menunjukkan penghakisan kekuasaan pihak Paus.

Perang Salib Ketujuh

Perang Salib Ketujuh ialah satu Perang Salib yang diketuai Louis IX dari Perancis dari tahun 1248 hingga 1254. Dianggarkan sebanyak 50,000 bezant emas (satu jumlah yang setara dengan keseluruhan hasil tahunan Perancis) telah dibayar untuk menebus Raja Louis yang telah ditawan dan ditewaskan beserta ribuan bala tenteranya oleh pasukan tentera Mesir yang diketuai Sultan Bani Ayyubiyyah Turanshah yang disokong orang Mamluk Bahriyyah yang diketuai Faris ad-Din Aktai, Baibars al-Bunduqdari, Qutuz, Aybak dan Qalawun.

Latar Belakang

Pada tahun 1244, orang Khwarezm yang baru sahaja berpindah akibat kemaraan orang Mongol telah mengambilalih Baitul Muqaddis sebagai satu cara untuk bersekutu dengan orang Mamluk Mesir. Ini menyebabkan penguasaan Baitul Muqaddis kembali ke tangan orang Islam tetapi kejatuhan Baitul Muqaddis tidak lagi merupakan kejadian malapetaka bagi orang Kristian Eropah yang telah menyaksikan peralihan bandar tersebut dari tangan orang Kristian ke tangan tangan orang Islam beberapa kali dua kurun yang lalu. Kali ini, tiada lagi keghairahan besar terhadap Perang Salib baru meskipun seruan tersebut datang daripada Pope.

Pope Innocent IV dan Frederick II, Maharaja Rom Suci terus bertelagah sesama sendiri. Frederick telah menawan dan memenjarakan pendeta-pendeta gereja yang dalam perjalanan ke Persidangan Lyons, dan pada tahun 1245 secara rasmi beliau digulingkan oleh Innocent IV. Pope Gregory IX juga terlebih dahulu takhta Jerman kepada saudara Raja Louis, Count Robert of Artois, tetapi Louis menolaknya.

Dengan demikian, Maharaja Rom Suci tidak berkedudukan untuk pergi berperang. Henry III of England masih lagi bertarung dengan Simon de Montfort dan masalah-masalah lain di England. Henry dan Louis berada dalam hubungan yang kurang baik, sedang terlibat dalam pertelagahan Capetian-Plantagenet, dan ketika Louis keluar berperang, raja Inggeris itu menandatangani satu perjanjian yang berjanji tidak akan menyerang Perancis.

Louis IX juga menjemput Raja Haakon IV of Norway keluar berperang dengan menghantar pembabad Inggeris Matthew Paris sebagai duta, namun gagal sekali lagi. Hanya Louis IX yang berminat memulakan Perang Salib lain yang mengisytiharkan niatnya untuk pergi ke Timur pada tahun 1245.

Pertarungan

Diperkirakan bahawa Perancis adalah negara terkuat di Eropah pada masa itu, dengan Perang Salib Albigensian telah membawa Provence ke dalam penguasaan Paris. Poitou diperintah oleh saudara Louis IX, Alphonse of Poitiers yang menyertainya dalam Perang Salib itu pada tahun 1245. Seorang saudaranya yang lain, Charles I of Anjou juga menyertai Louis.

Untuk tiga tahun berikutnya, Louis telah mengumpulkan sepersepuluh kegerejaan (kebanyakannya datang daripada zakat gereja) dan pada tahun 1248, beliau dan pasukan tenteranya yang berjumlah lebih kurang 15,000 orang yang melibatkan 3,000 orang kesateria dan 5,000 orang pemanah telah belayar dengan 36 buah kapal dari pelabuhanAigues-Mortes yang dibina khas sebagai persediaan bagi Perang Salib tersebut, dan Marseille.

Persediaan kewangan Louis bagi ekspedisi ini agak terancang dengan baik, dan beliau mampu mencapai lebih kurang 1,500,000 livres tournois. Bagaimana pun, ramai bangsawan yang menyertai Louis pada ekspedisi terpaksa meminjam wang daripada Perbendaharaan Raja, dan Perang Salib tersebut bertukar menjadi perang yang sangat mahal.

Mula-mula mereka belayar ke Cyprus dan menghabiskan masa musim sejuk di pulau tersebut sambil berunding dengan pelbagai kuasa di Timur; Empayar Nicaea Bizantin, dan Kerajaan Antioch dan Kesateria Kuil mahukan bantuannya di Syiria, di sana orang Islam baru sahaja menawan Sidon.

Pun begitu, Mesir adalah sasaran Perang Salibnya, dan beliau mendarat di Damietta pada tahun 1249 di atas Sungai Nil. Pada fikiran Louis, Mesir dapat menyediakan pengkalan untuk menyerang Baitul Muqaddis, dan kekayaaan dan bekalan bijirinnya dapat menjadikan pasukan Tentera Salib mempunyai bekalan makanan dan peralatan.

Pada 6 Jun, Damietta dapat ditakluki walaupun menerima sedikit tentangan daripada orang Mesir yang berundur jauh ke hulu Sungai Nil. Bagaimana pun, banjir Sungai Nil tidak dimasukkan ke dalam laporan, dan beliau kemudian memakukan Louis dan pasukan tenteranya di Damietta selama enam bulan, di sana kesateria-kesateria itu pulang dan menikmati harta rampasan perang.

Louis tidak mengendahkan perjanjian yang telah dipersetujui semasa Perang Salib Kelima bahawa Damietta sepatutnya diserahkan kepada Kerajaan Jerussalem yang kini merupakan sebuah negara serpihan di Acre, tetapi beliau meletakkan ketua biskop (yang berada di bawah kekuasaan Patriarch Latin Jerussalem) dan menggunakan bandar itu sebagai pengkalan untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas orang Islam di Syiria.

Louis IX telah mengirimkan sepucuk surat kepada Salahuddin Al-Ayyubi yang berbunyi: ‘Seperti mana yang tuan ketahui bahawa saya adalah pemerintah umat Kristian dan saya tahu bahawa tuan adalah pemerintah umat Muhammad. Orang Andalusia memberi wang dan hadiah kepada saya ketika mana kami menunggang mereka bagaikan lembu. Kami membunuh kaum lelaki mereka dan kami buatkan kaum wanita mereka menjadi janda. Kami ambil budak-budak lelaki dan perempuan sebagai tawanan perang dan kami buatkan rumah-rumah mereka kosong. Saya sudah cukup katakan pada tuan dan saya nasihatkan tuan habis-habisan, oleh itu sekarang sekiranya tuan melafazkan sumpah terkuat pada saya dan sekiranya tuan pergi kepada paderi-paderi dan rahib-rahib Kristian dan sekiranya tuan membawa lilin di hadapan mata saya sebagai tanda kepatuhan pada salib, semua ini tidak dapat memujuk saya daripada mencapai dan membunuh tuan di tempat kesayangan di atas dunia. Sekiranya tanah tersebut akan menjadi milik saya maka beliau adalah hadiah buat saya. Sekiranya tanah tersebut adalah milik tuan dan tuan mengalahkan saya maka tuan berada di pihak yang menang. Saya sudah mengatakan pada tuan dan telah memberi amaran pada tuan mengenai askar-askar saya yang taat pada saya. Mereka dapat memenuhi padang-padang terbuka dan gunung-ganang, bilangan mereka seperti batu kerakal. Mereka akan dihantar kepada tuan dengan pedang kebinasaan.’

Pada bulan November, Louis mara ke Kaherah, dan hampir pada masa yang sama, sultan Dinasti Ayyubiyyah Mesir, Salahuddin Al-Ayyubi, meninggal dunia. Satu pasukan tentera yang diketuai Robert of Artois dan Kesateria Kuil telah menyerang perkhemahan tentera Mesir di Gideila dan mara ke Al-Mansurah yang di situ mereka mengalami kekalahan dalam Pertempuran Al Mansurah, dan Robert terbunuh.

Sementara itu, pasukan tentera utama Louis telah diserang Baibars dari golongan Mameluk, komander tentera Mesir dan bakal sultan Mesir itu sendiri. Louis telah kalah, namun beliau tidak berundur ke Damietta selama berbulan-bulan, beliau memilih untuk mengepung al-Mansurah yang berakhir dengan kelaparan dan kematian para Tentera Salib berbanding tentera Islam.

Bagi menunjukkan penderitaan yang teramat sangat, seorang kesateria kuil mengeluh: ‘Keberangan dan kesedihan bersarang di dalam hatiku... sungguh kukuh sehinggakan aku takut untuk meneruskan kehidupan. Nampaknya Tuhan mahu menolong orang Turki untuk mengalahkan kami... ah, ya Tuhan... aduhai, wilayah Timur telah hilang sungguh banyak sehinggakan beliau tidak akan bangun lagi. Mereka akan membina masjid di atas runtuhan biara Maryam Suci, dan disebabkan pencurian menyenangkan hati Anak-nya yang menangisi hal ini, kami terpaksa menurut sahaja... Sesiapa yang berkeinginan untuk melawan orang Turki adalah gila, kerana Isa al-Masih tidak lagi melawan mereka. Mereka telah menawan dan mereka akan menawan. Setiap hari mereka mengejar kami, tahu bahawa Tuhan yang dahulunya jaga kini tidur, dan Muhammad berkuasa.’
Pada bulan Mac 1250, Louis akhirnya cuba kembali ke Damietta, tetapi beliau ditawan dalam Pertempuran Fariskur yang dalam pertemupran itu pasukan tenteranya hancur. Louis jatuh sakit akibat terkena disenteri, dan telah dirawat oleh seorang doktor Arab.

Pada bulan Mei, beliau ditebus dengan 50,000 bezant emas, dan beliau dengan segera meninggalkan Mesir dan menuju ke Acre, salah satu kepunyaan Tentera Salib yang masih tinggal di Syiria. Pada tahun 1250, Turanshah, pewaris al-Salih, telah dibunuh di Fariskur oleh orang Mamluk yang mengesyakinya mengetepikan mereka.

Akibat

Louis membuat perikatan dengan orang Mamluk yang merupakan saingan bagi Sultan Damsyik, dan dari pangkalan barunya di Acre, beliau membangunkan kembali bandar-bandar Tentera Salib yang lain, khususnya Jaffa and Saida. 

Walaupun Kerajaan Cyprus mendakwa bahawa beliau berkuasa di situ, Louislah yang merupakan pemerintah de facto. Louis juga membuat rundingan dengan orang Mongol yang mula muncul di Timur dan menjadi bangsa yang diharapkan oleh orang Kristian yang diransang oleh lagenda sebuah kerajaan Nestorian yang wujud di kalangan mereka (Prester John), dapat membantu mereka melawan orang Islam dan memulihkan kembali negeri Tentera Salib.

Seperti orang Islam yang juga membuat rundingan dengan orang Mongol bagi melawan orang Kristian, mereka tidak menyedari bahawa orang Mongol tidak berminat untuk membantu kedua-dua belah pihak dan akhirnya membawa malapetaka bagi kedua-dua belah pihak. Dua orang utusan daripada orang Mongol yang bernama David dan Marc telah mengunjungi Louis di Cyprus. Sebagai jawapan, Louis mengirim seorang duta bernama AndrĂ© de Longjumeau, dan kemudian William of Rubruck. Khan menolak pelawaan Louis untuk memeluk agama Kristian dan sebaliknya menyarankan agar Louis tunduk padanya.

Pada tahun 1254, wang Louis mula habis, dan kehadirannya diperlukan di Perancis yang di sana ibu dan pemangkunya Blanche of Castile baru meninggal dunia. Sebelum meninggalkan Tanah Suci, beliau menubuhkan garison tetap Perancis di Acre, ibukota Kerajaan Jerussalem setelah kehilangan Baitul Muqaddis, sehingga beliau menjejaskan mahkota Perancis, beliau kekal di situ hinggalah kejatuhan Acrepada tahun 1291.

Perang Salibnya berakhir dengan kegagalan, tetapi beliau dianggap sebagai santa oleh ramai orang, dan kemasyhurannya menjadikan beliau berkuasa besar di Eropah berbandingMaharaja Rom Suci. Pada tahun 1270, beliau cuba melancarkan satu lagi Perang Salib, walaupun beliau juga berakhir dengan kegagalan.

Respons Kesusasteraan

Kegagalan Perang Salib Ketujuh menimbulkan beberapa respons puisi daripada troubadour Occitan. Austorc d’Aorlhac yang mengubah sejurus selepas Perang Salib tersebut, berasa terkejut bahawa Tuhan membenarkan Louis IX dikalahkan, tetapi tidak berasa terkejut apabila sesetengah penganut Kristian dengan itu memeluk agama Islam.

Dalam satu puisi yang agak terkemudian, D’un sirventes m’es gran voluntatz preza, Bernart de Rovenac menyerang peribadi James I of Aragon dan Henry III of England kerana mengabaikan tanggungjawab mempertahankan ‘tanah jajahan mereka’ yang dimiliki rei que conquer Suria (‘raja yang menakluki Syiria’). ‘Raja yang menakluki Syiria’ ialah satu jolokan yang mengejek Louis yang masih berada di Syiria (1254) apabila Bernart sedang menggubahnya, mungkin dengan harapan agar raja-raja Inggeris dan Aragon itu akan mengambil kesempatan atas ketiadaan raja Perancis itu.

Salah satu karya terakhir Bertran d’Alamanon yang mengkritik Charles of Anjou pada tahun 1247 kerana mengabaikan Provence dan mengutamakan Perang Salib, telah ditulis antara Perang Salib Ketujuh dan Perang Salib Kelapan (1260–1265) dan meratapi kejatuhan kerajaan Kristian di Tanah Syam.

Perang Salib Kelapan

Perang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Perancis Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitung sebagai Perang Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib Keenam yang dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu Perang Salib tunggal. Perang Salib Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib Kelapan.

Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syiria yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri Tentera Salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiri antara bandar-bandar Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkan pelabuhan-pelabuhan Syiria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut. Pada tahun 1265, Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf. Hugh III dari Cyprus, raja Jerussalem pada nama, telah mendarat di Acre bagi mepertahankan bandar tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauh Armenia yang berada dalam penguasaan Mongol pada masa itu.

Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu Perang Salib baru pada tahun 1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan; Jean de Joinville, pembabad yang menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertai Perang Salib baru ini. Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinya Charles dari Anjou untuk menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberi pangkalan yang kuat kepada mereka untuk menyerang Mesir, fokus Louis dalam Perang Salib Keenam dan juga dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang menyaksikan kekalahan Tentera Salib.

Sebagai Raja Sicily, Charles juga memiliki kepentingan sendiri di dalam kawasan Mediterranean. Khalifah Tunis,Muhammad I al-Mustansir juga mempunyai hubungan dengan Sepanyol dan dianggap sebagai calon yang sesuai untuk kemasukan ke dalam agama Kristian. Pada tahun 1270, Louis mendarat di atas pantai Afrika dalam bulan Julai, satu musim yang amat tidak sesuai untuk pendaratan.

Ramai tentera menjadi sakit akibat kekurangan air minuman, anaknya yang dilahirkan di Damietta John Sorrow meninggal dunia pada 3 Ogos dan pada 25 Ogos Louis sendiri meninggal dunia akibat ‘fluks di dalam perut’, sehari selepas ketibaan Charles. Kata-kata terakhirnya ialah ‘Baitul Muqaddis’. Charles mengisytiharkan anak Louis, Philip III sebagai raja yang baru, tetapi disebabkan beliau masih muda, Charles bertindak sebagai pemimpin sebenar Perang Salib ini.

Akibat penyakit yang berlanjutan, kepungan terhadap Tunis diabaikan pada 30 Oktober melalui satu persetujuan dengan sultan tersebut. Dalam persetujuan ini, orang Kristian memperolehi kebebasan berdagang dengan Tunis, dan kediaman untuk rahib dan paderi di dalam bandar tersebut dijamin keselamatannya, jadi Perang Salib ini dapat dianggap sebagai kejayaan separa.

Setelah mendengar berita kematian Louis dan pemindahan Tentera Salib dari Tunis, Sultan Baibars di Mesir membatalkan rancangannya untuk menghantar pasukan tentera Mesir bagi menentang Louis di Tunis. Charles kini bersekutu dengan Putera Edward dari England yang tiba sementara itu. Apabila Charles menarik balik serangan ke atas Tunis, Edward meneruskan perjalanan ke Acre, kota kara Tentera Salib terakhir di Syiria. Masanya yang dihabiskan di situ kerap kali dinamakan Perang Salib Kesembilan.

Kesusasteraan Pengiring

Bertran d’Alamanon, seorang diplomat yang berkhidmat dengan Charles dari Anjou, dan Ricaut Bonomel, seorang Kesateria Kuil di Tanah Suci, kedua-duanya telah menggubah lagu-lagu sekitar tahun 1265. Bertran mengkritik kejatuhan agama Kristian di Outremer, manakala Bonomel mengkritik polisi pihak Pope yang mengejar perang di Itali dengan wang yang sepatutnya dihantar ke seberang laut.

Kegagalan Perang Salib Kelapan, seperti perang-Perang Salib sebelumnya, membangkitkan respons yang dipahat dalam puisi Occitan oleh para troubadour. Kematian Louis dari Perancis terutamanya mencetuskan hasil karya mereka yang kreatif, ketara memandangkan permusuhan yang ditujukan para troubadour terhadap institusi pemerintahan beraja Perancis semasa Perang Salib Albigensian. Tiga planh, lagu-lagu ratapan, digubah sempena kematian Louis IX.

Guilhem d’Autpol telah menggubah Fortz tristors es e salvaj’a retraire bagi Louis. Raimon Gaucelm de Bezers telah menggubah Qui vol aver complida amistansa untuk meraikan persediaan Perang Salib ini pada tahun 1268, tetapi dalam tahun 1270 beliau terpaksa menggubah Ab grans trebalhs et ab grans marrimens untuk memperingati raja Perancis tersebut. 

Austorc de Segret telah menggubah No sai quim so, tan sui desconoissens, sebuah lagu Perang Salib yang lebih umum, yang meratapi Louis tetapi juga bahawa sama ada Tuhan atau syaitan yang menyesatkan orang Kristian. Beliau juga menyerang saudara Louis, Charles yang digelarnya sebagai caps e guitz (kepala dan pembimbing) orang kafir, kerana beliau memujuk Louis untuk menyerang Tunis dan bukannya Tanah Suci, dan beliau dengan segera membuat rundingan damai dengan orang Islam selepas kematian Louis.

Selepas Perang Salib ini, troubadour berumur Peire Cardenal telah menulis sebuah lagu, Totz lo mons es vestitiz et abrazatz yang memberi galakan kepada pewaris Louis, Philip III untuk pergi ke Tanah Suci bagi membantu Edward Longshanks.

Syair-syair sindiran telah digubah di Tunis tentang rancangan baru Louis untuk menakluki Tunis: ‘Wahai Louis, Tunis adalah saudara perempuan Mesir! Maka tunggulah pengalaman pahitmu! Kamu akan menemui kuburmu di sini dan bukannya di rumah Ibn Luqman; dan sida-sida Sobih akan digantikan oleh Munkar dan Nakir.’

Perang Salib Kesembilan

Perang Salib Kesembilan yang kadang kala dikumpulkan dengan Perang Salib Kelapan, ialah biasanya dianggap Perang Salib Zaman Pertengahan utama terakhir ke atas Tanah Suci. Perang Salib ini berlangsung pada 1271-1272. Kegagalan Louis IX dari Perancis untuk menawan Tunis dalam Perang Salib Kelapan telah mendorong Putera Edward dari England belayar ke Acre dalam apa yang dikenali sebagai Perang Salib Kesembilan.

Perang Salib Kesembilan gagal sebahagian besarnya disebabkan semangat Perang Salib yang hampir ‘pupus’ dan disebabkan peningkatan kuasa Mamluk di Mesir. Beliau juga dibayangi benteng-benteng Tentera Salib terakhir yang masih terbaki di sepanjang pantai Mediterranean yang berada di ambang keruntuhan.

Prolog

Selepas kejayaan Mamluk ke atas tentera Mongol pada tahun 1260 dalam Pertempuran Ain Jalut oleh Qutuz dan panglimanya Baibars, Qutuz telah dibunuh, lalu meninggalkan Baibars untuk menuntut kesultanan bagi dirinya sendiri. Sebagai sultan, Baibars meneruskan serangan ke atas Tentera Salib di Arsuf, Athlith, Haifa, Safad, Jaffa, Ascalon, dan Caesarea. Ketika kota-kota pertahanan Tentera Salib jatuh satu demi satu, orang Kristian meminta bantuan daripada Eropah, tetapi bantuan datang lambat.

Pada tahun 1268, Baibars menawan Antioch, dan dengan itu memusnahkan saki-baki terakhir Kerajaan Antioch, lalu menjamin perbatasan utara Mamluk dan mengancam wilayah kecil Tentera Salib, Kerajaan Tripoli. Louis IX dari Perancis yang sudah pun menyusun satu ketumbukan Tentera Salib yang besar dengan niat menyerang Mesir, sebaliknya beralih kepada Tunis, tempat Louis sendiri meninggal dunia pada tahun 1270. Putera Edward dari England tiba di Tunis agak lewat untuk membantu saki-baki Tentera Salib di Tunis. Sebaliknya beliau meneruskan perjalanan ke Tanah Suci untuk membantu Bohemund VI, penguasa Antioch dan Tripoli menentang ancaman Mamluk terhadap Tripoli dan saki-baki Kerajaan Jerussalem.

Operasi Tentera Salib Di Tanah Suci

Telah diputuskan bahawa Edward bersama-sama dengan saudara Louis, Charles dari Anjou akan memimpin pasukan tentera mereka mara ke Acre, ibukota saki baki Kerajaan Jerussalem dan matlamat terakhir kempen ketenteraan Baibars.  Pasukan tentera Edward dan Charles tiba pada tahun 1271, pada ketika Baibars sedang mengepung Tripoli yang dipenuhi dengan puluhan ribu orang pelarian Kristian sebagai wilayah terakhir yang masih terbaki dalam Kerajaan Tripoli. Dari pangkalan mereka di Cyprus dan Acre, Edward dan Charles berjaya menyerang barisan dalam Baibars dan memecahkan kepungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di Acre, Edward telah melakukan beberapa cubaan untuk membentuk perikatan Perancis-Mongol dengan menghantar utusan kepada pemerintah Mongol di Parsi, Abagha yang merupakan musuh orang Islam. Utusan itu diketuai Reginald Rossel, Godefroi of Waus and John of Parker.

Misinya adalah untuk memperoleh sokongan ketenteraan daripada orang Mongol. Dalam satu jawapan bertarikh 4 September 1271, Abagha bersetuju untuk bekerjasama dan menanyakan tarikh serangan bersama terhadap orang Mamluk akan dilancarkan.

Ketibaan tentera tambahan pimpinan Hugh III dari Cyprus mengukuhkan lagi keberanian Edward yang sedang menyerang bandar Qaqun. Pada penghujung bulan Oktober 1271, satu pasukan tentera kecil orang Mongol tiba di Syiria dan menjarah kawasan-kawasan dari Aleppo ke arah selatan. Bagaimanapun, Abagha yang sibuk dengan konflik lain di Turkestan hanya dapat mengirim 10,000 orang tentera berkuda Mongol diketuai panglima Samagar. Di sebalik pasukan tentera yang agak kecil, ketibaan mereka masih mencetuskan eksodus populasi orang Islam (yang mengingati kempen Kithuqa sebelumnya) ke selatan sejauh ke Kaherah.

Tetapi tentera Mongol tidak tinggal lama di situ, ada apabila pemimpin tentera Mamluk Baibars melancarkan satu serangan balas dari Mesir pada 12 November, tentera Mongol sudah pun berundur ke seberang Sungat Furat.

Sementara itu, Baibars mengesyaki bahawa terdapat satu serangan padu darat dan laut terhadap Mesir. Berasakan bahawa kedudukannya cukup tergugat, beliau berikhtiar untuk menghalang serangan sebegitu dengan membina sebuah armada. Setelah menyiapkan pembinaan armada itu, berbanding menyerang pasukan Tentera Salib secara terus, Baibars cuba mendarat di pulau Cyprus pada tahun 1271 dengan harapan agar Hugh III of Cyprus dan armadanya keluar daripada Acre dengan tujuan menakluki pulau tersebut dan meninggalkan Edward dan pasukan Tentera Salib terasing di Tanah Suci. Bagaimana pun, dalam kempen laut armada itu dimusnahkan dan tentera Baibars terpaksa berundur.

Ekoran kejayaan ini, Edward sedar bahawa beliau perlu menamatkan pergolakan dalaman negeri Kristian bagi memastikan tentangan jangka panjang, dan dengan demikian beliau menjadi orang tengah antara Hugh dan para kesateria yang kurang bersemangat dari keluarga Ibelin di Cyprus. Berikutan usahanya sebagai orang tengah itu, Putera Edward dari England mula berunding perdamaian sementara selama 11 tahun dengan Baibars, walaupun rundingan ini hampir berakhir apabila Baibars cuba membunuhnya dengan mengirimkan orang yang berpura-pura menerima baptis sebagai penganut Kristian.

Edward dan para kesaterianya sendiri membunuh pembunuh-pembunuh itu dan segera memulakan persiapan untuk menyerang terus Baitul Muqaddis. Bagaimanapun, apabila berita kematian bapa Edward, Henry III sampai ke pengetahuannya, satu perjanjian ditandatangani bersama Baibars yang memberi peluang pada Edward pulang ke tanahair untuk dimahkotakan sebagai Raja England pada tahun 1272.

Edward selalu ditemani oleh Theobald Visconti yang menjadi Pope Gregory X pada tahun 1271. Gregory menyeru satu Perang Salib baru di Persidangan Lyons pada tahun 1274, tetapi tidak mendapat jawapan. Sementara itu, keretakan baru timbul di kalangan negeri-negeri Kristian apabila Charles of Anjou mengambil kesempatan atas pertikaian antara Hugh III, Kesateria Kuil, dan orang-orang Venice bagi membawa negeri Kristian yang masih terbaki ke dalam genggamannya.

Dengan membeli tuntutan Mary of Antioch ke atas Kerajaan Jesusalem, beliau menyerang Hugh III lalu menyebabkan perang saudara tercetus di dalam kerajaan itu. Pada tahun 1277 Roger of San Severino menawan Acre untuk Charles. Walaupun perang yang saling menghancurkan di kalangan lapisan Tentera Salib telah terbukti melemahkan barisan Tentera Salib, akan tetapi beliau juga memberi peluang pada seorang komander untuk mengawal Perang Salib itu dalam peribadi Charles. Bagaimana pun, harapan ini berkecai apabila Venice mencadangkan satu Perang Salib dilancarkan bukan ke atas orang Mamluk tetapi ke atas Konstantinopel, tempat Michael VIII baru sahaja menubuhkan kembali Emapyar Byzantiumeee dan mengusir keluar orang Venice.

Pope Gregory tidak mungkin menyokong serangan sebegitu, tetapi pada tahun 1281 Pope Martin IV merestui cadangan itu; kegagalan berikutnya menyumbang pada Pemberontakan Sicily pada 31 Mac 1282 yang dimulakan oleh Michael VIII, dan Charles terpaksa pulang ke tanahair. Ini merupakan ekspedisi terakhir yang dilancarkan ke atas Byzantiumeee di Eropah atau orang Islam di Tanah Suci.

Perang Salib Utara

Perang Salib di kawasan Laut Baltik dan Eropah Tengah adalah usaha-usaha orang Kristian (kebanyakannya berbangsa Jerman) untuk menakluki dan membawa penduduk di kawasan ini ke dalam agama Kristian. Perang Salib ini bermula dari kurun ke-12, sewaktu dengan Perang Salib Kedua, hingga kurun ke-16.

Antara tahun 1232 dan 1234, tercetus perang Salib terhadap penduduk Stedingen. Perang Salib ini adalah istimewa, kerana penduduk Stedingen bukanlah orang kafir atau sesat (dalam agama Kristian), tetapi adalah rakan semazhab (Gereja Katolik Rom). Mereka adalah petani-petani bebas Frisia yang marah dengan cubaan pembesar Oldenburg dan ketua biskop Bremen-Hamburg yang mahu menamatkan kebebasan mereka. Ketua biskop itu menyingkirkan mereka dan Paus mengisytiharkan Perang Salib pada tahun 1232. Penduduk Stedingen ditewaskan pada tahun 1234.

Tinggalan Perang Salib

Perang Salib telah meninggalkan kesan-kesan sejarah yang mendalam dan berkekalan. Perang Salib telah memberikan pengaruh yang sangat besar ke atas Zaman Pertengahan Eropah. Pada ketika sebahagian besar benua tersebut disatukan di bawah Paus yang begitu berkuasa, tetapi pada kurun ke-14 konsep lama mengenai Dunia Kristian menjadi pecah, dan kemajuan birokrasi berpusat (pembentukan negara bangsa moden) sedang rancak berjalan di Perancis, England, Burgundy, Portugal, dan sebahagian Castile serta Aragon kerana penguasaan gereja pada permulaan era Perang Salib.

Walaupun Eropah terdedah kepada kebudayaan Islam buat beberapa kurun menerusi perhubungan di Semenanjung Iberia dan Sicily, banyak pemikiran Islam seperti sains, perubatan dan senibina telah dipindahkan ke Barat semasa Perang Salib. Pengalaman ketenteraan dari Perang Salib juga memberi kesan ke atas Eropah; sebagai contoh, kubu-kubu Eropah mula memiliki struktur batu yang besar sebagaimana yang terdapat di Timur, berbanding bangunan kayu yang kecil sebagaimana yang biasa wujud pada masa lalu.

Keperluan untuk membina, mengangkut dan membekalkan pasukan tentera yang besar membawa kepada perdagangan yang rancak di segenap Eropah. Kebanyakan jalan-jalan kurang digunakan sejak zaman Empayar Rom menyaksikan pertambahan trafik dengan pedagang-pedagang tempatan mula meluaskan ruang lingkup mereka.

Ini bukan hanya disebabkan Perang Salib tetapi juga kerana ramai orang ‘mahu’ mengembara setelah bertemu dengan hasil keluaran Timur Tengah. Ini juga membantu permulaan Renaissance di Itali, kerana pelbagai negara kota di Itali sejak dari mula lagi mempunyai koloni-koloni perdagangan yang penting dan lumayan di negeri-negeri Tentera Salib, sama ada di Tanah Suci mahupun di wilayah Empayar Byzantiumeee yang ditawan kemudiannya. Di sebalik kekalahan di Timur Tengah, Tentera Salib memperoleh kembali Semenanjung Iberia dan melambatkan perluasan ketenteraan Islam.

Dunia Islam

Perang Salib telah memberi kesan mendalam terhadap Dunia Islam dengan perkataan ‘Frank’ dan ‘Tentera Salib’ kekal setara dengan ungkapan yang mewakili penghinaan. Orang Islam secara tradisi menyanjung Salahuddin Al-Ayyubi, pahlawan Kurdish sebagai hero menentang Tentera Salib.

Pada kurun ke-21 ini, sesetengah orang di Dunia Arab seperti pergerakan kemerdekaan Arab dan gerakan Pan-Islam menggelar campur tangan pihak Barat dalam hal-ehwal Timur Tengah sebagai ‘Perang Salib’. Perang Salib dianggap oleh Dunia Islam sebagai serangan hebat yang kejam dan dahsyat oleh orang Kristian Eropah.

Masyarakat Yahudi

Kekejaman Tentera Salib terhadap orang Yahudi di bandar-bandar Jerman dan Hungary, juga kemudiannya di Perancis dan England, dan dalam pembunuhan golongan yang tidak bersenjata beramai-ramai dengan kejam di Palestin dan Syiria menjadi bahagian bermakna dalam sejarah anti-Semitisme, walaupun tiada Perang Salib yang dilancarkan terhadap orang Yahudi.

Serangan-serangan ini meninggalkan perasaan yang kuat di kedua-dua belah pihak. Kedudukan sosial orang Yahudi di Eropah Barat semakin memburuk, dan sekatan undang-undang bertambah semasa dan selepas Perang Salib. Mereka menyediakan jalan kepada undang-undang anti-Yahudi oleh Paus Innocent III dan menjadi titik peralihan kepada anti-Semitisme Zaman Pertengahan.

Tempoh Perang Salib diceritakan dalam banyak riwayat dari sumber-sumber Yahudi. Antara riwayat Yahudi yang diketahui ramai ialah babad-babad oleh Solomon Bar Simson dan Rabbi Eliezer bar Nathan, Riwayat Penganiayaan Lama (The Narrative of the Old Persecutions) oleh Mainz Anonymous, dan Sefer Zekhirah (Buku Peringatan) oleh Rabbi Ephraim dari Bonn.

Caucasus

Di pergunungan Caucasus dalam negara Georgia, dalam kawasan tanah tinggi terasing yang disebut Khevsureti, sebuah kabilah yang dipanggil orang Khevsurdi andaikan berkemungkinan keturunan langsung bagi sekumpulan Tentera Salib yang terpisah dari pasukan yang lebih besar dan kekal dalam pengasingan dengan beberapa budaya Tentera Salib terpelihara.

Tinggalan perisai, senjata dan baju besi masih lagi digunakan dan diwarisi turun temurun dalam masyarakat tersebut hatta sehingga kurun ke-20. Anggota tentera dan ahli etnografi Rusia, Arnold Zisserman yang menghabiskan masa selama 25 tahun (1842-67) di Caucasus, percaya bahawa kumpulan luar biasa penduduk tanah tinggi Georgia tersebut adalah keturunan Tentera Salib terakhir berdasarkan adat resam, bahasa, dan kesenian mereka. Pengembara Amerika, Richard Halliburton (1900-1939) menyaksi dan mencatatkan adat resam kabilah tersebut dalam tahun 1935.

Penggunaan Istilah ‘Perang Salib’

Perang Salib tidak pernah digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam perang tersebut. Tentera Salib yang asal dikenali dengan pelbagai istilah termasuklah fideles Sancti Petri (orang yang beriman dengan St. Peter) atau milites Christi (tentera al-Masih). Mereka melihat diri mereka sebagai iter (perjalanan), atau peregrinatio (ziarah suci), walaupun jemaah ziarah ke tempat suci selalunya dilarang membawa senjata.

Seperti jemaah ziarah suci, setiap Tentera Salib bersumpah mengangkat sumpah yang akan dipenuhi untuk berjaya sampai ke Baitul Muqaddis, dan mereka diberikan salib kain yang dijahit pada pakaian mereka. Perbuatan ‘mengambil salib’ (crux) ini akhirnya dikaitkan dengan keseluruhan perjalanan itu; perkataan ‘crusade’ (masuk ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Perancis croisade, bahasa Itali crociata atau bahasa Portugis cruzada) terbina daripada sini.

Sejak kurun ke-17, istilah ‘perang Salib’ telah membawa satu konotasi dalam Dunia Barat iaitu satu kempen yang wajar, pada kebiasaannya untuk ‘membanteras kejahatan’, atau berperang untuk alasan yang wajar. Dalam penggunaan umum atau keagamaan bukan sejarah, ‘perang Salib’ mempunyai makna yang lebih tegas dan keagamaan - sebahagian besarnya dibuang dari ‘perjuangan bersenjata’.

Dalam makna yang lebih luas, ‘perang Salib’ dapat digunakan, selalunya dalam makna bersifat retorik dan metafora, untuk mewajarkan sebarang perang yang mendapat justifikasi agama. Aktivis-aktivis fanatik juga merujuk alasan mereka sebagai ‘Perang Salib’, sebagaimana dalam ‘Perang Salib terhadap Buta Huruf Orang Dewasa’, atau ‘Perang Salib terhadap Pembuangan Sampah’. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bagaimana pun, penggunaan ‘Perang Salib’ sebagai istilah positif telah menjadi kurang untuk mengelak daripada menyinggung perasaan orang Islam atau sesiapa sahaja yang terasa tersinggung hati dengan istilah tersebut. Istilah ini juga mencorakkan kefanatikan pendukung agenda, contohnya kempen-kempen ‘Perang Salib buat hak wanita untuk memilih’ dan ‘Perang Salib untuk bersembahyang di sekolah awam’.

Reputasi Popular

Di Eropah Barat, secara tradisi Perang Salib dipandang tinggi oleh orang awam sebagai kisah pengembaraan keperwiraan, walaupun semangat tinggi orang biasa sebahagian besarnya habis dalam Perang Salib Pertama yang menyaksikan ramai golongan kelas ini tidak dapat kembali dengan selamat.

Kini, pihak musuh, orang Saracen dibentuk dalam hanya seorang tokoh, Salahuddin Al-Ayyubi; musuh beliau, Richard the Lionheart, dalam dunia yang berbahasa Inggeris, adalah raja Tentera Salib yang unggul, sementara Frederick Barbarossa dan Louis IX memenuhi kedudukan yang sama dalam budaya Jerman dan Perancis. Hatta di kawasan yang sezaman, perang Salib dan pemimpin mereka telah diolah secara romantik dalam kesusateraan popular; Chanson d’Antioche adalah sebuah chanson de geste yang menyentuh Perang Salib Pertama, dan Lagu Roland (Song of Roland) yang menyentuh era Charlemagne dipengaruhi secara terus oleh pengalaman perang Salib, pergi begitu jauh sehingga menggantikan penentang Charlemagne, orang Basque dengan orang Islam. Satu tema popular bagi troubador ialah kesateria memenangi hati wanitanya dengan pergi menyertai perang Salib di Timur.

Pada kurun ke-14, Godfrey of Bouillon disatukan dengan Perang Trojan dan kisah pengembaraan Iskandar Agung (Alexander the Great) terhadap latar belakang bagi keberanian Nine Worthies yang berdiri sebagai hero budaya sekular yang popular ke dalam kurun ke-16, apabila citasara kesusasteraan yang lebih kritikal beralih kepada Torquato Tasso dan Rinaldo dan Armida, Roger dan Angelica.

Kemudiannya kemunculan makna sejarah yang lebih sahih di kalangan golongan berpendidikan membawa Perang Salib ke dalam satu fokus baru bagi penjanaan romantik dalam roman Sir Walter Scott pada awal kurun ke-19. Malah gambaran Perang Salib boleh ditemui dalam Perang Crimea yang United Kingdom dan Perancis bersekutu Empayar Turki Uthmaniyyah, dan dalam Perang Dunia Pertama, terutamanya penawanan Baitul Muqaddis oleh Edmund Henry Hynman Allenby pada tahun 1917. Di Sepanyol, reputasi popular mengenai Perang Salib disinari dengan sejarah Reconquista Sepanyol. El Cid adalah tokoh utama.

Dunia Kristian Ortodoks Timur

Sama seperti orang Islam, penganut Kristian Ortodoks Timur juga melihat Perang Salib sebagai serangan oleh orang gasar Barat, tetapi tertumpu kepada Penjarahan Konstantinopel dalam tahun 1204. Banyak relik dan artifak yang diambil dari Konstantinopel masih lagi berada dalam tangan orang Katolik Rom, di dalam Vatican dan tempat lain.

Perselisihan faham yang wujud sekarang antara orang Turki dan orang Yunani mengenai hak tuntutan ke atas Kuda-Kuda Yunani di atas muka bangunan Basilika St. Mark di Venice. Orang Yunani berhujah bahawa friz tersebut adalah sememangnya sebahagian daripada warisan budaya dan identiti Yunani, sama dengan Marmar Elgin, dan orang Turki membalas bahawa friz itu berasal dari tempat yang disebut Istanbul hari ini.

Sebuah gambar sejarah Perang Salib Turki yang popular dapat dihimpunkan dengan menyusun teks risalah rasmi Turki mengenai kubu-kubu Tentera Salib di pantai dan kepulauan pantaiLaut Aegean. Negara-negara Eropah Tengah, di sebalik fakta bahawa mereka secara formal tergolong dalam agama Kristian Barat, adalah yang paling mencurigai idea Perang Salib. Banyak bandar di Hungary telah dijarah oleh kumpulan-kumpulan Tentera Salib yang melaluinya; seorang pemerintah Poland enggan menyertai satu Perang Salib, kononnya disebabkan kekurangan bir di Tanah Suci.

Kemudiannya, Poland dan Hungary sendiri menjadi sasaran penaklukan oleh Tentera Salib, dan oleh kerana itu memperjuangkan tanggapan bahawa orang pagan mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan mempunyai hak memiliki tanah-tanah mereka.

Rujukan:

  1. Anonymous. De expugniatione Lyxbonensi. The Conquest of Lisboa. Edited and translated by Charles Wendell David. Columbia University Press, 1936.
  2. Odo dari Deuil. De profectione Ludovici VII in orientem. Edited and translated by Virginia Gingerick Berry. Columbia University Press, 1948.
  3. Otto dari Freising. Gesta Friderici I Imperatoris. The Deeds of Frederick Barbarossa. Edited and translated by Charles Christopher Mierow. Columbia University Press, 1953.
  4. The Damascus Chronicle of the Crusaders, extracted and translated from the Chronicle of Ibn al-Qalanisi. Edited and translated by H. A. R. Gibb. London, 1932.
  5. William dari Tirus. A History of Deeds Done Beyond the Sea. Edited and translated by E. A. Babcock and A. C. Krey. Columbia University Press, 1943.
  6. City of Byzantium, Annals of Niketas Choniat?s, trans. Harry J. Magoulias. Wayne State University Press, 1984.
  7. John Cinnamus, Deeds of John and Manuel Comnenus, trans. Charles M. Brand. Columbia University Press, 1976.
  8. Michael Gervers, ed. The Second Crusade and the Cistercians. St. Martin’s Press, 1992.
  9. Jonathan Phillips and Martin Hoch, eds. The Second Crusade: Scope and Consequences. Manchester University Press, 2001.
  10. Steven Runciman, A History of the Crusades, vol. II: The Kingdom of Jerussalem and the Frankish East, 1100-1187. Cambridge University Press, 1952.
  11. Kenneth Setton, ed. A History of the Crusades, vol. I. University of Pennsylvania Press, 1958 (available online).
  12. Crusading and the Crusader States, Jotischky, (Edinburgh, 2004), 225.
  13. Jerussalem (Israel) - Britannica Online Encyclopedia
  14. Watterson, Barbara. The Egyptians. Blackwell Publishing, 1998. page 261
  15. Joinville and Villehardouin: Chronicles of the Crusades, translated by Masehi. R. B. Shaw, pages 295-316, Penguin Classics: New York, 1963
  16. Abu al-Fida, Tarikh al-Mukhtasar fi Akhbar al-Bashar.
  17. Al-Maqrizi, Al Selouk Leme’refatt Dewall al-Melouk, Dar al-kotob, 1997. In English: Bohn, Henry G., The Road to Knowledge of the Return of Kings, Chronicles of the Crusades, AMS Press, 1969
  18. Ibn Taghri, al-Nujum al-Zahirah Fi Milook Misr wa al-Qahirah, al-Hay’ah al-Misreyah 1968
  19. Jean de Joinville, Histoire de Saint Louis, 1309
  20. Keen, Maurice (editor). Medieval Warfare. Oxford University Press, 1999. ISBN 0-19-820639-9
  21. Konstam, Angus (2002). Historical Atlas of The Crusades, Thalamus Publishing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan