Rabu, 11 September 2013

Saiyidina Uthman Bin Affan



SMAHADZIR

UTHMAN BIN AFFAN merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan di kalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Saiyidina Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Saiyidina Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Saiyidina Uthman. Salinan Mushaf Saiyidina Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Latar Belakang

Saiyidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Mekah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Mekah ke Madinah.

Khalifah Uthman bin Affan dilahirkan semasa Rasulullah s.a.w berumur 5 tahun. Beliau telah memeluk agama Islam melalui perantaraan Abu Bakar. Beliau adalah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang rapat dan dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan yang banyak mengorbankan harta untuk kepentingan Islam. Beliau menyertai semua peperangan pada zaman Nabi kecuali Perang Badar. Beliau merupakan seorang juru tulis wahyu. Beliau telah diberikan gelaran Zun-Nurain kerana memperisterikan 2 orang puteri Rasulullah s.a.w iaitu Rokiah dan Ummi Khalsum.

Pelantikan Saiyidina Uthman Sebagai Khalifah

Saiyidina Uthman dilantik sebagai khalifah selepas kematian Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar yang telah ditikam sempat menamakan 6 orang sahabatnya iaitu Saiyidina Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Abu Waqqas untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai bakal khalifah dalam tempoh 3 hari. Anak Khalifah Umar turut disenaraikan sebagai pemilih tetapi tidak dibenarkan untuk dipilih.

Akhirnya pemilihan tersebut tertumpu kepada Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali sahaja setelah calon yang lain menarik diri. Dengan kebijaksanaannya sebagai pengerusi pemilihan, Abdul Rahman bin Auf telah melakukan tinjauan dari kalangan sahabat dan umat Islam dan mendapati bahawa Saiyidina Uthman lebih popular kerana ciri Saiyidina Uthman sebagai pemimpin yang lembut, bertoleransi, pemaaf, mudah berbicara dan mendapat sokongan penuh dari kalangan keluarganya iaitu Bani Ummaiyah. Dengan itu, beliau telah dilantik sebagai khalifah umat Islam yang ketiga.

Perkembangan Islam Semasa Pemerintahan Saiyidina Uthman

Saiyidina Uthman menjadi khalifah selepas Saiyidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saiyidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam.

Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al-Quran yang dimulakan oleh Saiyidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. Seorang sahabat Nabi dermawan, semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewakafkan ianya untuk keperluan masyarakat Islam.

Pandangan Ahli Sunah Mengenai Saiyidina Uthman

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza (beliau digelar Zun Nurain). Saiyidina Uthman merupakan salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga.

Pandangan Syiah Mengenai Saiyidina Uthman

Golongan Syiah percaya bahawa Saiyidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka percaya bahawa Saiyidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.

Saiyidina Uthman Tokoh Saudagar Dan Peniaga Paling Berjaya

Pada zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa orang sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaan mereka untuk membela agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman r.a baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasulullah s.a.w yang banyak mengorbankan harta bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.

Saiyidina Uthman bin Affan r.a adalah Khalifah Islam yang ketiga selepas Saiyidina Umar Al-Khattab r.a Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masehi 644 hingga 655 Masehi. Beliau memperoleh gelaran ‘Zun Nurain’ yang ertinya yang memiliki dua orang cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puteri baginda iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman r.a. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah berkata kepadanya, ‘Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau kuambil sebagai menantu.’

Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w, iaitu puak Ummaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Saiyidina Uthman r.a termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidina Uthman bin Affan r.a terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu.

Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda Rasulullah s.a.w untuk dikahwinkan dengan puteri-puteri baginda seorang demi seorang selepas meninggal dunia seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, ‘Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman.’

Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabat baginda dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman r.a akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat itu.

Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Aku bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka.’ Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman r.a kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Saiyidina Uthman adalah temanku di dalam syurga.’

Saiyidina Uthman Turut Berhijrah Ke Abyssinia

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman r.a berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telah pun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.

Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman r.a pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi seorang saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikit pun bagi menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian agama Islam.

Membeli Telaga Bir Ruma

Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman bin Affan terhadap Islam. Pada zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman bin Affan telah membeli sebuah telaga yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada sewaktu itulah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Barangsiapa yang antara kamu yang membeli telaga Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air telaga tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga.’

Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin ramai orang yang bersolat di dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima buah rumah yang sederet di samping masjid untuk dipecah dan dibuka, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagi. Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman bin Affan r.a juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam Hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong dalam salah seorang yang paling diredhai oleh Rasulullah s.a.w pada waktu wafat baginda.

Pemalu Dan Warak

Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman r.a ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat takwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbang rasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah s.w.t, bila beliau mendengar bacaan Al-Quran darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.

Saiyidina Uthman bin Affan r.a telah dipilih sebagai khalifah apabila Saiyidina Umar Ibnul Khattab meninggal dunia apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai orang tengah. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik menjadli khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Saiyidina Uthman bin Affan seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar r.a yang menjadi khalifah sebelum daripadanya. Mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya.

Pada masa zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin Affan, keadaan pemerintahan Islam dan dari semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal. Orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada zaman beliaulah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.

Dalam zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin Affan orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah.

Tegahan Dihapuskan

Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah bermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dibenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman r.a tegahan itu dihapuskan.

Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar r.a yang sangat mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.

Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas sesiapa juga yang bersalah yang melanggar larangan agama Islam.

Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak mendatangkan hasil yang baik, berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa pemerintahannya dan ini menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai. Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang bernama Marwan bin Hakkam.

Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta pelantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.

Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu daripada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam bin Abi Al-As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah keluar dari Madinah kerana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta beliau membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar r.a dan Saiyidina Umar r.a dia tidak dibenarkan juga kembali.

Apabila Saiyidina Uthman dilantik menjadi khalifah, bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah, bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara pelantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al-Hakam yang bernama Marwan menjadi menteri kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam.

Membantah Pelantikan

Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah pelantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai kembalinya bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian. Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tidak puas hati juga terhadap pemecatan yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah, pusat pemerintahan Islam pada masa itu.

Sementara di lain-lain wilayah Islam tidak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tidak puas hati terhadap Saiyidina Uthman r.a. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.

Tatkala itulah seorang musuh Islam yang bernama Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman r.a dengan tujuan untuk memecahbelahkan kaum Muslimin sesama sendini.

Seorang sahabat yang terkenal bernama Abu Zar Al-Ghifari juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman r.a dengan membuat cabaran ke atas khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil khalifah memerintah kota Damsyik. Di negeri Syam Abu Zar Al-Ghifari telah termakan hasutan dan Abdullah bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Muawiyah mendakwa bahawa harta Baitul-mal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan orang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta Baitul-mal tersebit kepada orang ramai.

Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah bin Saba kepada sahabat terkenal iaitu Abu Zar Al-Ghifari yang memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar Al-Ghifari itulah maka akhirnya Saiyidina Uthman bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al-Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat yang bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu Abu Zar Al-Ghifari terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman r.a hingga akhir hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.

Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah bin Saba untuk memecahbelahkan umat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah berjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a. Di Mesir Muhammad bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali r.a iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar r.a iaitu Asma binti Umais ibu Muhammad bin Abu Bakar.

Penentangan Keras

Muhammad bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah bin Saba, Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh khalifah maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman bin Affan.

Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman bin Affan yang terkenal kerana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al-Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan tersebut disanggah oleh isteri Saiyidina Uthman yang bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhirnya Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.

Keyakinan Khalifah Uthman Bin Affan

Khalifah Uthman bin Affan yakin sungguh-sungguh bahawa Zat Yang Maha Suci, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidaklah mungkin akan ingkar janji-Nya. Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu semua dikembalikan.’ (surah Al-Baqarah 2:245)

Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.’ (surah As-Saff 61:10-12)

Oleh kerana manfaat memberi sedekah sama ada sedekah wajib ataupun sedekah sunat adalah cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Latihlah diri kita untuk mengeluarkan zakat dan juga bersedekah. Jangan tangguh-tangguh untuk bersedekah, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita akan rugi kerana rezeki yang datang daripada Allah s.w.t itu kita tidak tahu dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah s.w.t untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.’ (surah At-Talaaq 65:2-3) 

Seharusnya juga kita mengambil pengajaran daripada firman Allah seperti berikut:

  1. ‘Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.’ (surah Ali’ Imraan 3:92)

  1. ‘Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.’ (surah Ali’ Imraan 3:133)

  1. ‘Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?’ (surah Ali’ Imraan 3:180)

Kata-Kata Hikmah Khalifah Uthman Bin Affan

  1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
  2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
  3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
  4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. 
  5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 
  6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan yakin, tetapi masih mengingat selain-Nya. 
  7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya

Sejarah telah mencatatkan bahawa A’ishah melaporkan: Rasulullah s.a.w sedang duduk di bawah rumahnya dengan paha atau betisnya terdedah. Abu Bakar meminta izin untuk masuk ke rumah dan telah diizinkan sedangkan Rasulullah s.a.w yang berada dalam kedudukan demikian dan beliau datang dan berbicara dengan baginda. Kemudian Umar meminta izin untuk masuk. Dia telah diberikan izin datang dan berbicara dengan Rasulullah s.a.w masih dalam kedudukan tadi. Kemudian Uthman bin Affan meminta izin dan Rasulullah s.a.w bangun dan pakaiannya itu dibetulkan.

Dia kemudian diizinkan dan datang dan berbicara dengan Rasulullah s.a.w. Setelah beliau telah pergi, A’ishah berkata, ’Abu Bakar masuk dan anda tidak membetulkan pakaian untuk dia atau bimbang tentang dia dan Umar datang dan anda tidak membetulkan pakaian untuk dia dan tidak bimbang tentang dia tetapi bila Uthman bin Affan datang, anda luruskan pakaian!’ Rasulullah s.a.w berkata, ‘Patutkah saya tidak segan dengan seorang lelaki yang malaikat sangat malu dengannya?’ (hadis riwayat Muslim).

Sirah Saiyidina Uthman

Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura). Nama beliau yang sebenarnya ialah Saiyidina Uthman bin Affan bin Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad s.a.w berumur 5 tahun. Saiyidina Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau diberikan gelaran ‘al-Ghani’. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saiyidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam secara percuma.

Saiyidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang bertakwa dan bersikap warak. Tengah malamnya tidak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir, dari matanya mengalir air mata terharu. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman bin Affan telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke Madinah.

Perjalanan Kepada Islam

Era sebelum Islam memerintah, orang Arab menyembah berhala dan hidup dalam keadaan jahiliyyah seperti menanam anak perempuan hidup-hidup dan menumpahkan darah yang jumlahnya bukan sedikit walaupun tanpa alasan. Semangat perkauman antara kabilah sangat kuat, dan menjadikan tuan menghina dan menzalimi hamba mereka. Perempuan diperlakukan dengan kejam, dianggap sebagai objek pemuas nafsu lelaki. Mereka semata-mata hidup untuk melahirkan anak dan kegunaan peribadi.

Sebagai pemuda yang penuh dengan kekuatan, Uthman bin Affan menjelajah ke banyak tempat untuk berdagang. Kerana itu dia mendapat kesempatan untuk mengenali berbagai orang dari berbagai bangsa dan belajar banyak tentang pelbagai kepercayaan lain, yang berbeza dengannya. Pandangannya tentang berhala dan gaya hidup orang Arab berubah ketika dia mengetahui tentang Kristian dan Yahudi.

Satu hari ketika Uthman bin Affan kembali ke Mekah setelah selesai berdagang, dan ketika itu orang berbicara tentang Muhammad bin Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Nabi, kepada semua orang diseru untuk menyembah hanya satu Tuhan yakni Allah s.w.t yang layak disembah dan tidak harus dikaitkan dengan apa pun.

Muhammad meminta mereka untuk meninggalkan kebiasaan menyembah semua berhala dan beribadah kepada Allah s.w.t saja. Meskipun Arab mengetahui Allah, dakwah Muhammad nampaknya aneh, kerana mereka telah sejak lama menyembah Tuhan lain selain Allah.

Uthman bin Affan mengetahui tentang Muhammad dengan sangat baik. Muhammad adalah seorang yang luar biasa yang sangat baik keperibadiannya. Walaupun dia tidak segera menerima kepercayaan Islam, ia tidak menentang Muhammad atau Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin Quraisy. Dia ingat akan pengalaman yang diperolehi dalam perjalanannya berdagang, dia mendengar cendekiawan Kristian dan Yahudi berbicara tentang kedatangan Nabi akhir di tanah Arab.

Apabila Uthman bin Affan mendengar tentang Nabi akhir dari Kristian dan orang-orang Yahudi, beliau berharap bahawa nabi yang mereka cakapkan akan memimpin Arab ke dalam jalan terang dan lurus. Dia berfikir tentang apa yang Kristian dan Yahudi bicarakan dan akhirnya dia memutuskan untuk mengunjungi salah seorang temannya, Abu Bakar, untuk mengetahui tentang kepercayaan baru ini.

Dia tahu bahawa Abu Bakar telah menerima Islam dan dia sangat rapat dengan Muhammad. Abu Bakar menjelaskan banyak hal tentang Islam. Dia mengatakan bahawa orang Islam diminta untuk beribadah kepada Allah saja dan untuk melepaskan dari menyembah Tuhan palsu atau berhala. Kemudian Abu Bakar mengundang dia untuk memeluk agama Islam. Uthman bin Affan merasa bahawa Islam adalah agama yang benar dari Allah dan segera masuk Islam atas undangan Abu Bakar. Setelah itu, Uthman bin Affan bertemu Nabi dan menyatakan bahawa dia menerima Islam dengan penuh keikhlasan.

Uthman bin Affan digelarkan ‘Zun Nurain’ yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah menikahkan beliau dengan puteri baginda iaitu Ummi Kalthum. Saiyidina Uthman berkahwin sebanyak tujuh kali selepas kematian Ummi Kalthum dan semua anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar al-Khattab yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa syura yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kedermawanan Saiyidina Uthman

Dalam tahun kesembilan hijrah, Rasulullah s.a.w telah mendapat berita bahawa Rom sedang merancang untuk memusnahkan negara Islam yang baru muncul. Baginda seterusnya mengarahkan kaum Muslimin untuk melengkapi diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar kerana pada tahun itu, kaum Muslimin nampaknya kekurangan sumber tanaman, dan mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat panas. Mereka tidak memiliki kelengkapan yang cukup seperti tentera, kerana sebahagian besar Muslimin terdiri dari golongan yang miskin.

Situasi ini tidak menghentikan usaha Rasulullah s.a.w. Baginda mendesak para sahabat mempersiapkan diri untuk berperang. Setiap sahabat mencuba segala yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan Muslimin. Perempuan menjual perhiasan emas dan permata yang mereka miliki untuk membantu persiapan perang. Walaupun ratusan sahabat yang sedia untuk masuk ke medan perang, mereka kekurangan banyak perkara yang diperlukan untuk berperang, seperti kuda, unta, dan bahkan pedang. Rasulullah s.a.w mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah persoalan yang hidup atau mati untuk negara Islam yang baru. Rasulullah s.a.w lantas membuat pengumuman yang jelas: ‘Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan untuk para perajurit, akan diampuni segala dosa oleh Allah s.w.t.’

Uthman bin Affan sewaktu mendengar ucapan Rasulullah s.a.w, dia menyiapkan dua ratus ekor unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan dengan 200 pauns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1,000 dinar dan meletakkannya ke atas riba Rasulullah s.a.w. Lagi dan lagi Uthman bin Affan memberi sumbangan dengan menambah 900 ekor unta dan 100 ekor kuda, selain wang yang dihulurkan dengan ikhlas. Melihat kedermawanan Uthman bin Affan, Rasulullah s.a.w membuat pernyataan berikut: ’Daripada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membahayakan Uthman bin Affan walaupun apa yang dilakukannya.’

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertama zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman ‘Fitnatul-Kubra’ iaitu zaman fitnah.
Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman bin Affan banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapat perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman bin Affan telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman bin Affan telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai. Oleh itu Khalifah Uthman bin Affan telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman bin Affan sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

Detik-Detik Pemilihan, Kelebihan Dan Pemberontakan

Khilafah menurut makna bahasa merupakan mashdar dari fi’il madhi khalafa, bererti: menggantikan atau menempati tempatnya. Makna khilafah adalah orang yang datang setelah orang lain lalu menggantikan tempatnya. Dalam kitab Mu’jam Maqayis al-Lughah dinyatakan, khilafah dikaitkan dengan penggantian kerana orang yang kedua datang setelah orang yang pertama dan menggantikan kedudukannya. Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya (Kitab Tafsir Ath-Thabari, juz: hal: 199).

Pengertian Khalifah Dari Sudut Istilah

Menurut Imam al-Baidhawi, khilafah adalah pengganti bagi Rasulullah s.a.w. oleh seseorang dari beberapa orang dalam penegakan hukum-hukum syariah, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib diikuti oleh seluruh umat (Hasyiyah Syarah ath-Thawali’, hal. 225).

Menurut Ibn Khaldun, khilafah adalah pengganti seluruh (urusan umat) sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka baik ukhrawiyah, mahupun duniawiyah yang kembali kepada kemaslahatan ukhrawiyah (Kitab al-Muqaddimah, hal: 166 & 190).

Menurut Syah Waliyullah ad-Dahlawi: Khalifah adalah kepimpinan umum untuk menegakkan agama dengan menghidupkan ilmu-ilmu agama, menegakkan rukun-rukun Islam, melaksanakan jihad, melaksanakan peradilan, menegakkan hudud dan juga sebagai pengganti dari Rasulullah s.a.w. (Lihat dalam kitab Iklil al-Karamah fi Tibyan Maqashid al-Imamah, oleh: Shadiq Hasan Khan, hal. 23).

Konsep Khalifah

Menurut Afzalur Rahman dalam bukunya, Ensiklopedia Sirah, perkataan khalifah terdiri daripada tiga maksud yang berbeza.

  1. Merujuk kepada tanggungjawab terhadap kuasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dalam hal ini seluruh keturunan nabi Adam a.s. merupakan khalifah di muka bumi.
  2. Merujuk kepada orang yang mengetuai kerajaan Allah s.w.t dan menggunakan segala kuasa khalifah di bawah syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasul-Nya. Dalam hubungan ini hanya orang yang benar-benar beriman yang dapat dipanggil sebagai khalifah Allah di bumi ini.
  3. Merujuk kepada penggantian seseorang atau umat yang mempunyai kuasa oleh seseorang atau umat lain.

Dua makna yang pertama berasal daripada perkataan khalifah yang bererti wakil, manakala yang ketiga adalah digunakan dalam erti kata mengambil alih atau mewarisi daripada seseorang atau satu-satu umat. Tegasnya, pengertian khalifah yang dinyatakan di dalam ayat yang telah dicatatkan di atas merujuk kepada kekuasaan kerajaan yang ikhlas dan benar-benar percaya kepada kerajaan Allah s.w.t serta mengendalikan urusan negara selaras dengan syariat yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Orang yang memahami istilah khalifah yang dinyatakan dengan maksud kekuasaan semata-mata mungkin akan membuat kesimpulan yang salah tentang institusi khalifah. Prinsip khalifah seperti yang dijelaskan ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran: Maksudnya: ‘Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Nabi Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa’ (surah al-Nur, 24:55).

Ayat di atas menjelaskan tentang tiga asas utama khalifah dalam Islam;

  1. Negara Islam diketuai oleh orang yang bergelar khalifah.
  2. Gelaran khalifah diberi kepada seluruh masyarakat Islam bukan kepada mana-mana individu, kumpulan atau keluarga.
  3. Prinsip khalifah hanyalah untuk orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan mengerjakan amalan kebajikan. Dalam perkataan yang lain orang yang benar-benar baik dan bertakwa. Golongan ini benar-benar bebas daripada tuhan-tuhan yang lain serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan dan mengakui-Nya sebagai Tuan, Raja dan Pemilik kerajaan. Orang seperti ini adalah khalifah yang sebenarnya seperti yang dijanjikan di muka bumi ini dan bukannya orang yang mengabdikan dirinya di bibir mulut sahaja sedangkan amalan kebajikannya kosong. Orang yang seperti ini tidak layak menjadi khalifah dan janji Allah s.w.t itu tidak sesuai untuknya.

Ciri-Ciri Khalifah

Konsep khalifah menurut Islam adalah berasaskan kepada tiga prinsip yang utama iaitu:

  1. Tauhid (Keesaan Allah),
  2. Risalah (Kenabian) dan Khalifah
  3. Wakil atau pengganti

Ianya mengakui realiti alam yang kekal iaitu ia dicipta, dipelihara dan ditadbirkan oleh Allah Yang Satu, Yang merupakan Pencipta, Pengawal serta Raja kepada seluruh makhluk. Dialah sahaja yang berhak menerima ketaatan daripada seluruh makhluk termasuk manusia. (Abu A’la Maududi, 1977: 8)

Pada masa yang sama hukum-hukum dan kehendak-Nya disampaikan melalui Rasul-rasul-Nya di dalam bentuk Kitab yang menerangkan hukum dengan interpretasi serta contoh-contoh yang disampaikan oleh Rasul-rasul melalui contoh-contoh mereka daripada segi kata-kata dan perbuatan, yang akhirnya membentuk satu model sistem kerja. Khalifah bererti wakil manusia bertindak sebagai seorang wakil Allah di dunia dan menjalankan perintah Allah melalui kuasa yang diamanahkan oleh Allah kepadanya dalam batas-batas yang ditentukan oleh-Nya. Khalifah menggambarkan empat syarat penting sebagai fungsi wakil.

  • Pertama: Kuasa yang sebenarnya berada di tangan Allah;
  • Kedua: Manusia hanyalah semata-mata pentadbir hokum-Nya;
  • Ketiga: Pentadbiran hukum-hukum-Nya mestilah selaras dengan batas-batas yang telah ditetapkan-Nya;
  • Keempat: Dalam mentadbir hokum-Nya manusia akan melaksanakan kehendak-Nya dan memenuhi tujuan-Nya. Oleh itu pelantikan manusia sebagai khalifah yang diwujudkan dalam kerajaan Allah adalah untuk memenuhi tujuan dan objektif-Nya di dalam batas-batas yang telah ditentukan-Nya. (Abul A’la Maududi, 1979: 42)

Menurut Abu A’la Maududi lagi, seluruh manusia diberi kuasa sebagai khalifah, bukan hanya satu kelas atau kumpulan manusia yang tertentu sahaja. Sesiapa sahaja yang bersedia untuk menerima syarat-syarat khalifah, akan memikul tanggungjawab khalifah untuk seluruh masyarakat.

Ini merupakan titik permulaan demokrasi Islam yang setiap ahlinya menikmati hak-hak dan kuasa sebagai khalifah Allah s.w.t. Pada masa yang sama semua rakyat akan menikmati hak ini secara saksama, tanpa sebarang perbezaan. Agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan-urusan negara akan dibentuk melalui persetujuan rakyat.

Berdasarkan kepada fakta inilah bolehlah disimpulkan bahawa kuasa seorang khalifah akan menjadi kuasa yang diamanahkan kepada orang yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan atau kekuasaan. Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah menggambarkan bahawa seorang khalifah itu mestilah seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan seorang khalifah yang tiada tolok bandingnya ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah merupakan seorang negarawan yang sempurna sama ada sebagai seorang pemimpin masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin politik, pendidik (guru), perancang ekonomi, ketua rumah tangga mahupun sebagai seorang sahabat.

Kaedah Pemilihan Khalifah

Di antara kaedah pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ialah:

1. Cara Perundingan Beramai-ramai

Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Saiyidina Abu Bakar telah dilantik melalui bai’at yang dilakukan melalui dua peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Bai’at Khas di Balai Saqifah Bani Sa’adah, manakala peringkat kedua dikenali sebagai Bai’at Am, iaitu diadakan di Masjid Nabi.

2. Usul Dari Seorang Calon

Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saiyidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.

3. Usul Dari Sekumpulan Calon

Khalifah Uthman bin Affan dilantik melalui ‘syura’ di mana Khalifah Uthman bin Affan adalah salah seorang dari anggota majlis pelantikan khalifah. Khalifah Umar telah mencalonkan enam orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. Keenam-enam orang yang dimaksudkan ialah Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar.

4. Usul Oleh Sekelompok Masyarakat

Saiyidina Ali bin Abu Talib telah dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Khalifah Uthman bin Affan dan akhirnya membunuh Khalifah Uthman bin Affan. Saiyidina Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

Syarat Kelayakan Khalifah

  1. Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
  2. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
  3. Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
  4. Mesti kifayah atau berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
  5. Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
  6. Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
  7. Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.

Sejarah Pelantikan Sebagai Khalifah

Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat itu, yang terdiri daripada Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau berada di luar Madinah. Mesyuarat diadakan di rumah al-Mansur bin Mukhramah atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagai ’Majlis Syura’, dan berlangsung dalam tempoh waktu yang panjang tanpa keputusan yang muktamad.

Untuk mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saad bagaimanapun, masing-masing mencalonkan Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali, lalu keputusan belum tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saiyidina Umar. Abdul Rahman mengambil langkah terakhir dengan memilih Saiyidina Uthman bin Affan, dan demikian, secara majoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Saiyidina Uthman bin Affan terpilih sebagai khalifah yang baru.

Selepas itu, para sahabat tadi melahirkan ikrar kesetiaan melalui ‘bai’ah’, dengan meletakkan tangan setiap orang di atas tangan Khalifah Uthman bin Affan, dengan jemaah Muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah seorang anggota ‘Majlis Syura’ dan juga salah seorang golongan ‘al-Asyaratu’l Mubasyarah’, akan tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar Madinah.

Kelebihan Khalifah Uthman Bin Affan

Hadis Abu Musa Al-Asy’ariy r.a katanya: ‘Ketika Rasulullah s.a.w sedang menguis tongkatnya di atas tanah yang berair di dalam salah sebuah kebun atau taman di Madinah datang seseorang ingin menemui Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata: Bukakanlah pintu dan sampaikan kepadanya khabar gembira tentang Syurga, aku terus pergi dan mendapati orang itu adalah Abu Bakar.’

‘Aku mempersilakan beliau masuk dan menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang seorang lagi meminta supaya dibukakan pintu. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikan khabar gembira kepadanya mengenai Syurga. Aku pergi untuk membukanya dan mendapati orang itu adalah Umar lalu aku menpersilakannya masuk dan menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w.’

‘Kemudian datang lagi seseorang meminta supaya dibukakan pintu, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikanlah khabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya. Aku pergi menemui orang itu, ternyata beliau adalah Uthman bin Affan, maka aku bukakan pintu untuknya dan sampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Ya Allah, berilah aku kesabaran. Hanya Allah-lah tempat meminta pertolongan.’

Jasa-Jasa Khalifah Uthman Bin Affan

Antara jasa-jasa Khalifah Uthman bin Affan yang tercatat dalam sejarah Islam ialah:

  1. Menumpaskan gerakan pemberontakan wilayah-wilayah yang telah ditakluki pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seperti Khurasan, Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijan.
  2. Meneruskan gerakan penaklukan dan perkembangan Islam. Pada zamannya tertakluklah daerah-daerah Jurjan, Talkan dan Balkh, sampai dapat melampaui Sungai Jihun (Amu Dada). Demikian juga pulau-pulau Cyprus dan Rhodes.
  3. Menyalin semula Al-Quran menurut dialek yang betul.

Pemberontakan Pada Khalifah Uthman

Zaman pemerintahan Khalifah Uthman dapat dibahagikan kepada dua peringkat: sepanjang enam tahun yang pertama suasananya aman tenteram, tetapi sepanjang enam tahun yang terakhir timbul huru-hara dan pemberontakan terhadap pemerintahannya. Mengkaji faktor-faktor yang mencetuskan pemberontakan itu kita tidaklah dapat menyalahkan Khalifah Uthman sahaja, malah penting juga disebutkan peranan-peranan yang dimainkan oleh pembantunya Marwan Al-Hakam, Abdullah bin Tsaba’dan Muawiyah bin Abu Sufyan sendiri pada waktu-waktu akhimya.

Tentang faktor Khalifah Uthman sendiri, sikapnya yang terlalu penyantun dan pemaaf itulah yang banyak memuncakkan merebaknya perlakuan jenayah. Para opportunis tidak lagi gentar kepadanya lantaran segeranya Khalifah Uthman mengampunkan kesalahannya, malah ada yang terus terlepas dari penjara. Sikap ini mungkin sesuai bagi seorang pendidik, tetapi tidak selayaknya menjadi pakaian setiap masa bagi seorang pemimpin. Kelemahan-kelemahan seperti ini diperburukkan lagi oleh keengganannya untuk mendengar teguran-teguran yang dihadapkan kepadanya tentang polisi-polisi pentadbirannya.

Pernah suatu ketika Saiyidina Ali bin Abu Talib mengirim puteranya Hassan untuk tujuan tersebut, tetapi lantaran sering sangat mendatanginya, Khalifah Uthman lalu menempelak: ‘Bapamu berpendapat bahawa orang tidak tahu apa yang dia tahu. Kami lebih tahu tentang apa yang kami lakukan dan tinggalkanlah kami ini.’ Sehubungan dengan sikapnya juga ialah dasarnya yang tidak sejalan dengan Khalifah Umar yang dulunya melarang para sahabat meninggalkan Madinah, demi mengelakkan perpecahan umat. Hikmat larangannya ialah agar mereka tidak mempengaruhi penduduk-penduduk tempatan dengan pengalaman-pengalaman peribadi mereka bersama Rasulullah s.a.w, yang dengan cara ini pengaruhnya dapat ditanam.

Tetapi Khalifah Uthman mengubah polisi ini, maka mulailah wujud susun lapis masyarakat kepada yang berada dan yang kurang berada. Tidak cukup setakat itu sahaja, wang Baitul-Mal telah dihamburkan semahu-mahunya saja di samping memberi kebebasan kepada gabenor-gabenor mengatur masalah kewangan sendiri. Pernah Khalifah Uthman memberi hadiah 400,000 dirham kepada Abdullah bin Khalid, seorang Bani Ummaiyah. Demikian juga diberinya 100,000 dirham kepada Al-Hakam Abul-Ass, seorang keturunan Ummaiyah yang pernah diusir oleh Rasulullah s.a.w. Sikapnya yang boros ini sering dikaitkan dengan sifat dermawannya, tetapi masalahnya kedermawanan ini melibatkan wang negara.

Tidak hairanlah jika kerananya timbul kegelisahan rakyat terhadap cara pentadbirannya. Kegelisahan tersebut mungkin tidak serancak mana tanpa penglibatan Marwan Al-Hakam, sepupunya yang dilantik sebagai pembantunya atau penasihatnya. Maka atas nasihat Marwan Al-Hakam dilantik tokoh-tokoh dari keluarga Bani Ummaiyah saja sambil melucutkan tokoh-tokoh lantikan Khalifah Umar dulu. Dengan itu terlucutlah Abu Musa As-Shaari yang warak itu sebagai Gabenor Basrah dengan digantikan oleh Abdullah bin Amir, anak sebagai Gabenor Basrah digantikan oleh Abdullah bin Amir, anak saudara Khalifah Uthman yang baru berusia 25 tahun. Gabenor Mesir Amru ibnul-Ass digantikan oleh Abdullah bin Sarah, saudara sesusu Khalifah Uthman.

Sedangkan Gabenor Sham yang seketurunan dengannya iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan dikekalkan jawatannya, malah bidang kuasanya diluaskan sehingga meliputi kawasan Hems dan Palestin. Dan banyaklah lagi berlaku pemecatan-pemecatan yang kemudiannya diserahkan kepada suku-sakatnya; suatu amalan nepotisme yang membawa keruntuhannya sendiri. Kiranya amalan seperti inilah yang akhirnya menimbulkan gerakan-gerakan penentangan dari wilayah-wilayah yang jauh.

Semarak Kemarahan Masyarakat

Api kemarahan yang sedia menyala akan terus menggila jika dicurahkan minyak ke atasnya. Demikianlah peranan yang dimainkan oieh Abdullah bin Tsaba’, seorang Yahudi yang pura-pura memeluk Islam. Berkat kelicinannyalah yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi suasana sehingga bibit kemarahan yang baru bertunas itu terus menanjak naik bagai tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sesungguhnya Abdullah bin Tsaba’ telah memberi sumbangan yang tersangat besar dari segi:

  1. Membentuk kesatuan yang padu dalam kalangan penentang-penentang Khalifah Uthman, yang mana sebelumnya mereka adalah bercerai-berai dan terpancar-pancar.
  2. Menabur fikiran-fikiran yang sesat serta hadis-hadis palsu dalam menguatkan idea ‘Ahlul-bait’ (keluarga Rasulullah s.a.w) yang mana menjadi asas kepada pemikiran Syiah.

Peranan Abdullah bin Tsaba’ itu kemudiannya membawa kejayaan yang besar disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah:

  1. Kegagalan Khalifah Uthman sendiri berbanding dengan khalifah-khalifah sebelumnya.
  2. Naluri masyarakat yang sekian lama menyokong ‘Ahlul bait’ (keluarga Rasulullah s.a.w) serta mengangkat mereka sebagai pemimpin.
  3. Keistimewaan Saiyidina Ali yang sudah, terkenal, baik sebagai pahlawan perang, mahupun sebagai ahli ilmu.
  4. Perasaan umum bahawa Saiyidina Ali telah disingkirkan dari haknya sebagai khalifah.
  5. Sokongan dari orang-orang Parsi yang telah memeluk Islam atau pura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk menghancurkannya dari dalam.

Di Parsi terdapat teori ‘Hak Suci Raja-Raja’ (Divine Right) yang menganggap bahawa keluarga raja adalah suci dan mereka saja yang berhak memerintah. Wujudnya pemikiran seperti ini cukup membantu dalam menjayakan teori ‘Wisayah’ Abdullah bin Tsaba’; bahawa Rasulullah s.a.w telah pun mewasiatkan kepada Saiyidina Ali sebagai penggantinya.

Hasil dari peranannya itu Abdullah bin Tsaba’ telah berjaya mengumpulkan penyokong-penyokongnya seperti Ammar bin Yasir, Abu Zar Al-Ghifary dan Abdullah bin Masud. Dan untuk menghangatkan lagi api tersebut, ditulisnya surat-surat palsu atas nama tokoh-tokoh sahabat. Misalnya melalui seorang lelaki kulit hitam ditulisnya surat kepada Gabenor Mesir Abdullah bin Sarah atas nama Khalifah Uthman bin Affan agar membunuh pemberontak dari Mesir itu termasuk pemimpinnya Muhammad bin Abu Bakar.

Kepada para pemberontak dihasutnya melalui siaran suratnya atas nama Saiyidina Ali agar bangun menentang Khalifah Uthman. Malah Abdullah bin Tsaba’ juga menggunakan nama Aishah r.a. sehingga Marwan sendiri menganggap yang Aishah turut terlibat dalam mengeruhkan suasana. Demikianlah peranan Abdullah bin Tsaba’ sehingga akibatnya pemberontak-pemberontak yang sedia mendidih semangatnya itu tidak kuasa lagi menahan perasaan mereka lalu terus mengepung rumah Khalifah Uthman. Dalam suasana yang kritikal ini, beberapa orang sahabat termasuk Ali cuba menjadi orang tengah atau pengawal pintu rumah Khalifah Uthman.

Jemaah-jemaah haji yang tidak begitu ramai itu juga turut menahan permberontakan ini. Sepatutnya dalam waktu-waktu seperti ini Bani Ummaiyah serta Muawiyah khususnya datang segera membantunya, tetapi malangnya mereka lebih senang bersikap berkecuali dalam hal ini. Sikap seperti inilah yang rupanya mempercepatkan pemberontakan tersebut mencapai matlamatnya. Demikianlah yang terjadi, setelah 22 hari dikepung, akhirnya Khalifah Uthman telah dibunuh oleh mereka ketika sedang membaca Al-Quran, iaitu dalam usia 82 tahun.

Khalifah Uthman Bin Affan Menjadi Sasaran Fitnah

Rasulullah s.a.w berasa sempit dadanya melihat keadaan masyarakat Jahiliyyah yang penuh rencam perangai mereka yang jelas menunjukkan kebodohan pemikiran manusia kala itu. Baginda s.a.w bersendirian di Gua Hira’ memikirkan tentang keadaan masyarakatnya ketika itu yang dibina dengan semangat kesukuan dan kepuakan, merendah-rendahkan orang lain, judi, penzinaan, peperangan yang sangat mudah tercetus hasil semangat kepuakan yang menjahanamkan.

Hadirnya Rasulullah s.a.w di tengah masyarakat setelah menerima wahyu mengubah segala-galanya. Jika sebelumnya, bangsa Rom dan Parsi yang telah maju ke hadapan ketika itu melihat bangsa Arab sebagai bangsa yang tiada nilai sedikit pun untuk dijajah, bangsa hina, bodoh pemikirannya, lintang-pukang sistem kehidupannya, sehinggakan bertawaf dalam keadaan bogel! Namun Allah s.w.t memuliakan mereka dengan Islam, bahasa mereka luas dipergunakan di seluruh pelosok dunia, tamadun mereka memasuki buku-buku sejarah sehingga sekalian alam mengetahui tentang mereka, begitu Islam memuliakan manusia.

Kata Saiyidina Umar al-Khatab: ‘Dahulunya kita adalah bangsa yang hina, kemudian Allah s.w.t memuliakan kita dengan Islam, jika kita ingin mencari kemulian yang selainnya (Islam), maka Allah s.w.t pasti akan menghina kita.‘ (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala Sahihain) Semangat asabiyyah (kepuakan) dihakis dan digantikan dengan semangat persaudaraan yang kukuh, semangat yang berpaksikan cinta Ilahi, bukan sogokan material keduniaan. Firman Alah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan ingatlah akan nikmat Allah ke atas kamu, ketika kamu (pada zaman Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hatimu, maka kalian, dengan nikmat Allah menjadi orang yang bersaudara.’ (surah Ali ‘Imran: 103)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: ‘Dan Allah yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman), walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka.’ (surah Al-Anfal: 63)

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, bermula lembaran persengketaan sesama Muslim, sehinggalah ianya memuncak ketika Khalifah Uthman bin Affan menjadi khalifah umat Islam, pelbagai fitnah dilemparkan oleh golongan syaitan manusia, fitnah munafik yang dikepalai oleh Abdullah bin Tsaba’ demi memecah-belahkan kaum Muslimin, perbalahan para sahabat diidamkan munafik, gembira bukan kepalang mereka melihat kaum Muslimin bersengketa, pembunuhan yang sangat terancang dilakukan ke atas Khalifah Uthman bin Affan. Di situlah titiknya tercetus peperangan Jamal antara tentera yang dikepalai Saiyidina Ali r.a berhadapan dengan tentera Aishah r.a, disusuli peperangan Siffin antara tentera Saiyidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a, para sahabat yang terlibat dalam peperangan tersebut, semuanya merasakan mereka berada di kedudukan yang benar dan segalanya dilakukan demi membela darah syahid Khalifah Uthman bin Affan al-Affan.

Ibn Umar menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w sedang bercerita tentang fitnah, kemudian lalu di hadapan kami seorang lelaki, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Suatu hari kelak, akan dibunuh lelaki yang sentiasa merasa cukup ini secara zalim.’ Ibn Umar berkata, ‘Aku melihat lelaki yang lalu itu ialah Saiyidina Uthman bin Affan.’ (Riwayat Tirmidzi dan al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi).

Kata-kata Rasulullah s.a.w ini benar-benar berlaku ke atas Khalifah Uthman bin Affan r.a, beliau dibunuh secara zalim, namun kekallah kemuliaannya di sisi Allah s.w.t sebagai seorang yang syahid. Beraneka fitnah dilontarkan demi memburukkan Khalifah Uthman bin Affan r.a, antaranya;

  1. Dituduh melakukan bid’ah mengumpulkan dan membukukan Al-Quran, membakar mushaf yang lain
  2. Memukul ‘Ammar sehingga pecah ususnya
  3. Dipukul Ibn Mas’ud sehingga patah rusuknya
  4. Membatalkan sunnah meng-qasar-kan solat ketika musafir
  5. Tidak menyertai peperangan Badar
  6. Tewas dan lari dari medan Uhud
  7. Tidak hadir ketika perjanjian Bai’ah al-Ridhwan, dan pelbagai lagi

Sehinggalah surat palsu ciptaan munafik keparat yang disandarkan kepada Saiyidina Ali, Talhah, dan al-Zubair yang kononnya mengarahkan mereka untuk mencetuskan pemberontakan ke atas Khalifah Uthman bin Affan bahkan dibunuh jika enggan melepaskan jawatan khalifah kaum Muslimin.

Sesungguhnya, semua fitnah tersebut adalah batil Tuduhan yang tiada asal-usul, menyeleweng daripada cerita sebenar. Entah bagaimana dan di mana diperolehi cerita Khalifah Uthman bin Affan memukul Ibn Mas’ud dan ‘Ammar, jika benar sekalipun, bagaimana ‘Ammar masih boleh terus hidup ketika ususnya telah pecah?

Khalifah Uthman bin Affan membersihkan mushaf yang lain adalah demi menjadikan ketidakcelaruan umat mentelaah Al-Quran, maka disatukan dan kita menggelarnya sebagai Mushaf Uthmani, hal pengumpulan Al-Quran telah pun dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar lagi setelah melihat ramainya huffaz Al-Quran syahid dalam peperangan, bagaimana usaha murni sebegini dianggap bid’ah dan batil?

Tidak disetainya Badar kerana di bawah jagaannya, anak Rasulullah s.a.w, Ruqayyah yang sedang sakit, Rasulullah s.a.w menyebut bahawa Saiyidina Uthman bin Affan mendapat pahala mereka yang syahid di Badar, kekalahan dan larinya dari medan Uhud telah Allah s.w.t ampuni, bagaimana mungkin ditimbulkan semula oleh mereka?

Bai’ahnya diwakilkan dengan tangan Rasulullah s.a.w ketika peristiwa Bai’ah al-Ridhwan, ketidakhadirannya kerana diperintah oleh Rasulullah s.a.w untuk mengawasi kota Mekah. (riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Sahabat).

Setelah semua hujah fitnah mereka dipatahkan, hasilnya, sepucuk surat palsu yang disandarkan kepada Saiyidina Ali bin Abu Thalib, jatuhkan Khalifah Uthman bin Affan! Cetuskan pemberontakan! Perangai yang sungguh keji dan syaitan ditunjukkan oleh munafik, padanlah Allah s.w.t menjanjikan mereka dengan neraka yang paling bawah!

‘Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan di neraka yang paling bawah (paling dahsyat azabnya) maka kamu sekali-kali tidak akan mendapati penolong bagi mereka.’ (surah al-Nisa’: 145)

Bagaimana seorang insan yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w boleh difitnah sedemikian teruk, telah disebut ketika hayat baginda s.a.w, bahawa Khalifah Uthman bin Affan akan mati sebagai seorang syahid. Sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda berada di atas Bukit Uhud bersama dengan Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, dan Khalifah Uthman bin Affan, tiba-tiba Uhud bergegar, sabdanya: ‘Tetaplah wahai Uhud! (berhenti dari bergoncang) sesungguhnya di atas engkau seorang nabi, seorang yang membenarkan dan dua orang syahid.’

Kata Ibn Hajar al-Asqolani ketika menceritakan tentang Khalifah Uthman bin Affan di dalam kitabnya, al-Isobah: ‘Sesungguhnya telah datang riwayat yang mutawatir bahawa Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira kepada Khalifah Uthman bin Affan dengan syurga.’

Khalifah Uthman bin Affan r.a sangat bersabar dengan tuduhan ke atas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam.

Khalifah Uthman bin Affan sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah: ‘Adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?’ (Sahih Muslim)

Para sahabat mempertahankan kebenaran Khalifah Uthman bin Affan sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga pada ketika itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama Muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk pulang ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah.

Zaid bin Tsabit datang menemui Khalifah Uthman bin Affan: ‘Sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu. Mereka berkata, jika engkau hendak (kami mempertahankan engkau), sesungguhnya kami adalah Ansarullah! Namun Khalifah Uthman bin Affan menolaknya, katanya, ‘Aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah. (Tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).’ (hadis riwayat Ibn ‘Asakir)

Ketika harinya dibunuh, Khalifah Uthman bin Affan seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika Jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama Rasulullah s.a.w, Khalifah Umar al-Khatab dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh Khalifah Uthman bin Affan, pintu rumahnya dibakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

‘Aku tidak akan menanggalkan pakaian (jawatan khalifah) yang telah Allah s.w.t pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada di kedudukanku sekarang sehingga Allah s.w.t memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’ (orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah).’

Demikian kata Khalifah Uthman bin Affan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum Muslimin. Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya, mengalir darah syahid, menitis darah di mushaf yang berada di tangannya.

Bergelap dunia Islam tanpa khalifah, akhirnya Saiyidina Ali bin Abu Thalib diangkat menjadi khalifah menggantikan Khalifah Uthman bin Affan, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dalam keadaan yang sangat susah, ketika pemberontak bersenang-lenang di tengah masyarakat Muslim.

Fitnah tersebar, Ummu al-Mukminin, Aishah, yang berada di Mekah menjadi gundah-gulana dengan hal yang menimpa dunia Islam, beliau merasakan perlu melakukan sesuatu demi menebus darah khalifah yang ditumpahkan secara zalim, dikumpulkan kekuatan tentera, turut bersamanya dua orang sahabat yang turut dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w, al-Zubair ibn ‘Awwam, dan Talhah ibn ‘Ubaidillah, mereka mara menuju ke kota Basrah, bukan untuk menafikan pemerintahan Saiyidina Ali, tetapi dengan maksud yang satu, iaitu mencari kesepakatan dengan kepimpinan Saiyidina Ali untuk membela darah Khalifah Uthman bin Affan.

Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai, mereka tidur dan berehat dengan keadaan yang sangat tenang pada malam setelah kesepakatan tercapai, pemberontak yang turut berada di dalam tentera Saiyidina Ali sudah merasa tidak senang dengan kesepakatan tersebut, ini kerana ia membawa maksud, tidak lama lagi, pedang-pedang kebenaran akan dihalakan ke tengkuk mereka pula, akhirnya kesepakatan itu dicemari lagi oleh keparat munafik yang menyerang secara sembunyi tentera ‘Aishah dan juga tentera Saiyidina Ali, sehingga ‘Aishah menyangka Saiyidina Ali belot! Mereka menyerang kita pada waktu malam! ‘Ali juga menyangka sedemikian ke atas ‘Aishah! (al-Bidayah wa al-Nihayah: Ibn Kathir)

Tercetuslah peperangan yang dinamakan sebagai peperangan Jamal antara tentera Aishah dan tentera Saiyidina Ali, kedua-dua pihak berasa sedih dan sesak dada mereka dengan hal yang berlaku ini, kaum munafikin bergembira bertepuk tangan, Talhah gugur syahid dalam peperangan ini, Saiyidina Ali menangisinya, disapu wajah Talhah yang dipenuhi tanah. ‘Alangkah bagusnya jika aku mati dua puluh tahun dahulu sebelum berlakunya hal ini,’ kata Saiyidina Ali. (al-Awasim min al-Qawasim, tahqiq Muhibbudin al-Khatib)

Kesan fitnah pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan ini berentetan sehingga tercetusnya pula peperangan Siffin antara tentera Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah, yang merupakan Gabenor Syam yang sangat berwibawa, beliau dilantik ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

Saiyidina Ali menuntut bai’ah - janji setia - ke atas pemerintahannya dari Mu’awiyyah, namun beliau enggan memberikan bai’ah sehingga darah Khalifah Uthman bin Affan dibela, bunuh dahulu pembunuh Khalifah Uthman bin Affan! Atau serahkan sahaja tengkok pemberontak itu kepada kami!

Bukan Saiyidina Ali tidak berusaha mencari dan menegakkan hukuman ke atas pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan, tetapi kerana bukti yang sangat kurang kerana penjahat sebenar sangat pandai berselindung bertopengkan Muslim, kemungkinan yang berlaku apabila bunuh seorang pencetus kekacauan, tiada lagi jalan untuk menutup fitnah, ditakuti tersalah menjatuhkan hukuman, maka kekacauan yang lebih besar di dalam dunia Islam akan berlaku dan tidak mampu lagi dibendung.

Hal ini hampir sahaja berjaya dilakukan, namun, akibat tercetusnya peperangan Jamal yang dicetuskan oleh pemberontak yang bersembunyi di dalam tentera Saiyidina Ali, menyebabkan kesukaran untuk dihadapkan penjahat sebenar ke muka pengadilan.

Hasilnya tercetuslah peperangan antara dua pasukan tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, masing-masing merasakan mereka berada di kedudukan yang benar demi menuntut bela ke atas darah Khalifah Uthman bin Affan. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengelakkan tercetusnya peperangan, mereka berdua adalah dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.

Namun alangkah sedihnya hari ini kedengaran suara sumbang mereka yang cuba mencemari sejarah Islam, mentohmah para sahabat, mencaci Mu’awiyah yang enggan berbai’ah kepada Saiyidina Ali, sehinggakan berperang dengan kepimpinan Saiyidina Ali, sedang Rasulullah s.a.w melarang daripada mencaci para sahabatnya!

Sabda baginda; ‘Jangan kamu mencaci para sahabatku! Demi jiwaku yang berada di tangan Allah, walaupun kamu membelanjakan harta di jalan Allah emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, nescaya tidak sama dengan seorang pun daripada mereka atau separuh sekalipun.’

Hari ini banyak kedengaran suara sumbang golongan yang merendah-rendahkan sekalian sahabat yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sedang perbalahan mereka para sahabat adalah atas dasar ijtihad, mereka tetap digelarkan sebagai Mukmin.

Firman Allah s.w.t: ‘Jika ada dua kelompok dari kaum Mukminin bertelagah, maka damaikanlah keduanya dengan adil dan saksama, sesungguhnya Allah sangat suka orang yang adil.’ (surah al-Hujurat: 9)

Para ulama ada yang menyatakan kedua-dua mereka berada di kedudukan yang betul, ada yang menyatakan Saiyidina Ali berada di kedudukan yang betul dan Mu’awiyyah tersalah ijtihad di dalam hal ini, sebahagian ulama pula menyebut bahawa mereka yang tidak terbabit langsung di dalam peperangan ini adalah yang paling betul. (Minhaj Sunnah: Ibn Taimiyyah)

Walau bagaimanapun, kekallah kemuliaan para sahabat di sisi Allah s.w.t, mereka bertelagah, namun di hati mereka sesak dengan hal yang ditelagahkan, jiwa mereka saling mencintai. Pelbagai tohmahan kedengaran sehingga hari ini, perdamaian yang dicapai antara Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah dalam peristiwa tahkim dingkari, timbul pula satu puak yang tidak berpuas hati dengan perdamaian tersebut, berpecah mereka yang tidak berpuas hati itu menubuhkan satu puak baru yang digelari sebagai Khawarij, habis sekalian sahabat dikafirkan.
Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Orang yang dibunuh dan membunuh, kedua-duanya di dalam neraka.’ Sahabat bertanya, ‘Orang yang membunuh di dalam neraka, bagaimana orang yang dibunuh juga dimasukkan ke neraka?’ Sabda baginda, ‘Sesungguhnya dia juga berusaha untuk membunuh saudaranya.’ (sahih Bukhari)

Mereka menganggap kedua-dua puak Mukmin yang bertelagah dimasukkan ke dalam neraka, sesungguhnya ini adalah kefahaman yang batil! Mentakwil nas secara batil. Bagaimana Saiyidina Ali dan Aishah boleh dikatakan akan dihumban ke dalam neraka kerana berperang di peperangan Jamal? Bagaimana Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah dikatakan akan dicampak ke dalam neraka kerana bersengketa di peperangan Siffin?

Sedang mereka telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w? Kerana itu para ulama menyatakan dosa perbalahan mereka dibebankan ke atas bahu pencetus huru-hara. Kepalanya ialah Abdullah bin Tsaba’. Ketahuilah, mereka para sahabat saling mencintai antara satu sama lain, tidak pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk bersengketa, lebih-lebih lagi untuk berbunuhan! Mereka tidak termasuk di dalam hadis yang dinyatakan di atas tadi.

Demikian kucar-kacir dunia Islam ketika itu, semuanya bermula dari pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan, beliau tidak bersalah, beliau dizalimi, porak-peranda kaum Muslimin. Semoga ini menjadi iktibar kepada kita, sentiasalah kita mencintai dan menyayangi sekalian sahabat, berimanlah kita dengan firman Allah: ‘Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita perkhabaran dari orang fasik, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa kamu mengetahui keadaannya yang sebenar, menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan itu.’ (surah al-Hujurat: 6)

Demikian sejarah hitam dalam dunia Islam, yang kesannya berlarutan sehingga hari ini. Pengasas Syiah yakni Abdullah ibn Tsaba’ yang mencetuskan huru-hara di dalam dunia Islam, kononnya menzahirkan sokongan dan kecintaan kepada Saiyidina Ali r.a, sehinggalah hari ini, golongan ini terus mendakwa hal yang sama, kejahatan dan kezaliman Syiah sama ada di Syria dan di mana jua, bukanlah hal yang baru, tetapi bermula sejak tertubuhnya fahaman ini.

Kata al-Imam at-Tabari: ‘Telah berlaku pada hari Jumaat, 18 Zulhijjah tahun 35 hijrah, hari musibah terbesar dalam Islam, pembunuhan si syahid yang dizalimi, Khalifah Uthman bin Affan Zun-Nurain, Allah meninggikan martabatnya di dunia yang kekal abadi, pada hari tersebut, lahirnya Syiah dari perut Ibn Tsaba’, Yahudi yang berpura-pura Islam, si hitam yang menzahirkan Islam dan berlakunya kejadian berdarah di atas tangannya.‘ (Tarikh at-Tabari juzuk 4 m/s 416)

Fitnah Pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan 

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda malapetaka yang hebat. Sasaran fitnah tersebut adalah Saiyidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab.

Saiyidina Ali bin Abi Thalib r.a bermati-matian membela Saiyidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saiyidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka, ‘Saiyidina Uthman telah membakar mushaf-mushaf, solat tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Ummaiyah (golongannya) melebihi orang lain.’

Pada hari Jumaat, Saiyidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, ‘Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepada-Mu. Aku bertaubat atas perbuatanku.‘

Saiyidina Ali r.a menjawab, ‘Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama kesahihannya. Adapun solat yang tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu solatnya tidak diqasar.’

Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya sendiri. Khalifah Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut.’

‘Rasulullah s.a.w juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Ummaiyah, kerana Rasulullah s.a.w sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Ummaiyah ke dalam syurga.’

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka yang memburukkan Saiyidina Uthman. Mereka juga menuntut agar Saiyidina Uthman dibunuh.

Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas diri Saiyidina Uthman, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan ‘Al-Fitnah al-Kubra’ yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.


Kronologi Fitnah

Kebanyakan fitnah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Tsaba’ iaitu seorang Yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam menentang Islam dari dalam di mana dia telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh dengan cuba menguasai dan menghasut penduduk di tiga buah negeri utama iaitu Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir.

Banyak fitnah dan pengkhianatan yang dilakukan dengan matlamat yang besar iaitu menghancurkan Islam itu sendiri daripada terus berkuasa walaupun mereka bergerak atas alasan untuk memastikan gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman bin Affan mesti berlaku adil. Beberapa pertukaran gabenor selari dengan kehendak penduduk terpaksa dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan hasil desakan penduduk tempatan yang termakan dengan racun fitnah yang dilakukan oleh Ibnu Tsaba’ itu.

Khalifah Uthman bin Affan melakukannya bukanlah kerana beliau takut atau terlalu berlembut dengan permintaan pemberontak itu tetapi bertujuan untuk memastikan keamanan negara tidak terjejas dan cubaan untuk membunuhnya dapat dilambatkan. Ini adalah kerana Khalifah Uthman bin Affan begitu yakin dengan dua buah hadis Rasulullah s.a.w di mana yang pertama menyatakan bahawa beliau antara dua sahabat yang paling hampir dengan Nabi akan mati syahid dan hadis kedua Nabi meminta agar beliau menjaga amanah pemerintahan dengan baik dan jangan sekali-kali mematuhi tuntutan munafik yang cuba melucutkan amanah tersebut.

Kemuncak kepada fitnah itu berlaku apabila masuknya tahun 35 Hijrah sehingga Khalifah Uthman bin Affan sendiri memberitahu kepada para Muslimin tentang perancangan jahat golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Tsaba’. Para sahabat meminta agar mereka dibunuh kerana memberontak terhadap khalifah tetapi Khalifah Uthman bin Affan melarangnya kerana mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w yang menegah daripada membunuh golongan munafik di mana dibimbangi musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh sahabatnya sendiri.

Fitnah terbesar ialah apabila serombongan penduduk Mesir sekitar seribu orang di samping rombongan dari Kufah dan Basrah yang datang ke Madinah bertujuan meminta Khalifah Uthman bin Affan supaya menukar Gabenor Mesir lalu beliau bersetuju untuk melantik Muhammad bin Abu Bakar. Ketika pulang kira-kira tiga hari perjalanan dari Madinah maka rombongan dari Mesir terlihat seorang hamba suruhan berkulit hitam melintasi mereka dalam keadaan tergesa-gesa lalu mereka meminta agar hamba itu berhenti untuk disoal.

Hamba itu menjelaskan segala tujuannya untuk ke Mesir bagi menyampaikan surat yang didakwa daripada Khalifah Uthman. Apabila surat yang mempunyai cop mohor Khalifah Uthman itu dibaca oleh Muhammad bin Abu Bakar lalu rombongan ini terkejut besar apabila melihat isi surat itu di mana antara lainnya meminta agar Gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi gabenor serta mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya serta membatalkan surat pelantikan Muhammad bin Abu Bakar sebagai gabenor yang baru.

Selepas itu rombongan dari Mesir ini dengan perasaan yang begitu marah terhadap Khalifah Uthman bin Affan berdasarkan kepada isi kandungan surat tersebut lalu mereka kembali semula ke Madinah. Setelah menerangkan tentang surat tersebut maka Saiyidina Ali dan beberapa orang sahabat terus menemui Khalifah Uthman bin Affan di mana beliau bersumpah serta menafikan penulisan surat tersebut dan ia merupakan antara usaha jahat pihak Ibnu Tsaba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cop mohornya.

Saiyidina Ali dan para sahabat mengakui kebenaran Khalifah Uthman bin Affan ditambah lagi kedatangan rombongan dari Mesir disusuli pula oleh ketibaan Khawarij dari Kufah dan Basrah sedangkan mereka telah berpisah dan sudah pasti tidak akan mengetahui isi surat tersebut melainkan perkara ini telah dirancang terlebih dahulu sebelum mereka pulang dari Madinah sebelum ini.

Surat layang ini digunakan sepenuhnya dalam menjatuhkan Khalifah Uthman bin Affan terutama keadaan Madinah yang sememangnya pada waktu itu begitu kurang penduduknya terutama golongan lelaki kerana ramai di kalangan mereka sedang keluar berperang, ada juga pergi berdakwah dan tidak kurang yang ke Mekah menunaikan haji. Jumlah yang ada begitu sedikit berbanding puak Khawarij seramai 3 ribu orang.

Setelah melihat keadaan Madinah yang begitu tegang maka Khalifah Uthman bin Affan telah mengutuskan surat bagi meminta bantuan para Muslimin terutama di Mesir, Kufah dan Basrah untuk datang ke Madinah bagi mengusir puak Khawarij. Para Muslimin begitu bersemangat dan bersedia untuk membantu Khalifah Uthman bin Affan yang kini dikepung di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35 Hijrah.

Pada hari Jumaat pertama selepas pengepungan Madinah oleh Khawarij maka Khalifah Uthman bin Affan bangun membaca khutbah di masjid yang turut dihadiri oleh puak pemberontak Khawarij di mana dalamnya beliau telah melaknat puak yang memberontak itu. Puak Khawarij begitu marah lalu mereka menghalau para Muslimin dari masjid dengan melontar batu sehingga Khalifah Uthman bin Affan sendiri terpaksa dipapah ke rumahnya kerana terkena lontaran batu itu.

Khalifah Uthman bin Affan yang tahu tentang Muslimin bersedia berperang dengan pemberontak lalu mengutuskan utusan untuk menegah para Muslimin daripada berperang. Malah semasa dikepung Khalifah Uthman bin Affan yang ditemani oleh hampir 700 orang sahabat tetap menegah para sahabat daripada berperang dengan pemberontak.

Pertemuan terakhir Khalifah Uthman bin Affan dengan para Muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan di mana beliau menyeru agar mereka bersabar. Selepas itu Khalifah Uthman bin Affan terus terkepung di dalam rumahnya sehingga keputusan air. Ketika Saiyidina Ali dan isteri nabi Ummu Habibah meminta kebenaran daripada pemberontak untuk memberi air kepada Khalifah Uthman bin Affan maka ia ditolak mentah-mentah oleh pemberontak

Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Khalifah Uthman bin Affan terutama mereka bimbang tibanya bantuan tentera Muslimin. Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap rumah Khalifah Uthman bin Affan di mana beberapa orang yang berada dalam rumah itu berusaha memadamkan api sedangkan Khalifah Uthman bin Affan sedang sembahyang.

Para Muslimin yang bertindak mengawal rumah Khalifah Uthman bin Affan mula bertempur dengan pemberontak di mana dua orang Muslimin gugur syahid iaitu Mughirah dan Aslami. Melihat perkara itu lalu Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah masing-masing. Para Muslimin akur dengar perintah khalifah tersebut.

Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Khalifah Uthman bin Affan iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca Al-Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca Al-Quran.

Pemberontak meminta agar 3 orang daripada kalangan mereka untuk masuk membunuh Khalifah Uthman bin Affan secara bergilir tetapi ketiga-tiganya keluar dari rumah khalifah tanpa membunuhnya apabila mendengar nasihat Khalifah Uthman bin Affan antaranya bahawa mereka bertiga merupakan antara orang yang pernah didoakan oleh Rasulullah s.a.w dan mereka bukanlah pembunuhnya.

Selepas itu 3 pimpinan Khawarij masuk di mana Ghafiqi telah memukul Khalifah Uthman bin Affan dengan besi dan menyepak Al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Khalifah Uthman bin Affan sehingga darah yang mengalir dari muka Khalifah Uthman bin Affan terkena ayat 137 surah al-Baqarah yang berbunyi: maksudnya: ‘Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’

Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Khalifah Uthman bin Affan tetapi isterinya Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jari isteri Khalifah Uthman bin Affan itu. Sudan yang hilang perikemanusian terus menetak Khalifah Uthman bin Affan beberapa kali sehingga beliau gugur syahid.

Dua anak Khalifah Uthman bin Affan iaitu Najih dan Sobih turut gugur syahid dibunuh oleh pembunuh ayah mereka. Kewafatan Khalifah Uthman bin Affan sebelum Maghrib hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam usia 83 tahun. Jasad enam orang termasuk jenazah Khalifah Uthman bin Affan dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala tiga mayat pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing.

Para Muslimin begitu sedih dengan kewafatan Khalifah Uthman bin Affan dan para sahabat melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam itu.

Pembunuhan Saiyidina Uthman

Saiyidina Uthman r.a syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Saiyidina Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ar-Rasyidin.

Saiyidina Uthman Syahid

Anas bin Malik meriwayatkan hadis berikut: ‘Rasulullah s.a.w pernah naik Gunung Uhud dengan Abu Bakar, Umar, dan Uthman bin Affan. Gunung menggocangkan mereka. Rasulullah s.a.w berkata (kepada gunung), Teguhlah wahai Uhud! Untuk anda ada Nabi, seorang Siddiq, dan dua orang syahid.’ (hadis riwayat Bukhari)

Dasar Pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan

Saiyidina Uthman merupakan khalifah yang ketiga di mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Antara dasar pemerintahan Khalifah Uthman ialah:

Melantik Pegawai Dari Kaum Keluarga Sendiri

Khalifah Uthman bin Affan banyak melantik keturunan Ummaiyah memegang jawatan penting dalam pentadbirannya. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai Setiausahanya, Said bin al-As sebagai Gabenor Kufah, Abdullah bin Amir sebagai Khalifah Basrah, Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah sebagai Gabenor Mesir dan sebagainya. Bagi Khalifah Uthman bin Affan, keturunan Ummaiyah sememangnya terkenal dengan pengalaman mereka di dalam bidang pentadbiran di samping mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Bagi Saiyidina Uthman juga, kedua-dua faktor ini tidak sahaja dapat melancarkan pentadbiran, malah akan mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Membina Dan Menguatkan Angkatan Tentera Laut

Khalifah Uthman bin Affan banyak membelanjakan wang negara bagi mengukuhkan kedudukan angkatan tentera laut khususnya di Mesir dan Syria. Angkatan tentera laut hanya diwujudkan pada zaman Saiyidina Uthman. Hal ini tentu memerlukan banyak belanja. Kebetulan gabenor di kedua-dua tempat ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Gabenor Mesir adalah Abdullah bin Said bin Abi Sarrah manakala Gabenor Syria ialah Muawiyah bin Abu Sufian. Akibatnya, timbul tuduhan yang mengatakan Saiyidina Uthman menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri.

Memperkenalkan Dasar Pertukaran Tanah

Khalifah Uthman bin Affan telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu Dasar Pertukaran Tanah di Iraq dengan tanah di Hijaz dan Yaman. Melalui dasar ini, mereka yang memiliki tanah di Hijaz dan Yaman boleh menukarkannya dengan yanah sawafi (terbengkalai) di Iraq yang terkenal dengan kesuburannya. Tujuan Saiyidina Uthman adalah untuk membalas jasa golongan tentera. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang memiliki tanah di kedua-dua tempat tersebut. Di antara mereka yang menikmatinya termasuklah Talhah bin Ubaidullah, Marulan bin al-Hakam dan Ashath bin Qais al-Kindi.

Memihak Kepada Quraisy

Khalifah Uthman bin Affan telah menggubal dasar yang dibuat oleh Khalifah Umar dengan memberikan kuasa pemilikan tanah kepada orang Quraisy. Said bin al-As, Gabenor Iraq (Kufah) telah mengisytiharkan bahawa tanah-tanah sawad di Iraq adalah kepunyaan kaum Quraisy. Dalam hal ini, Saiyidina Uthman telah berdiam diri seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan Said. Hal ini menimbulkan kemarahan orang bukan Quraisy terutamanya golongan ahl al-ayyam yang kemudiannya dikenali sebagai al-Qurra. Sebelum pengisytiharaan ini, merekalah diberi kuasa untuk mengerjakan tanah-tanah tersebut.

Penghijrahan Bebas

Khalifah Uthman bin Affan juga telah merombak dasar penghijrahan yang dibuat oleh Khalifah Umar. Khalifah Uthman bin Affan membenarkan para sahabat berhijrah ke luar dari Semenanjung Tanah Arab. Hal ini menyebabkan ramai tokoh yang berhijrah ke luar terutamanya ke kawasan baru yang dibuka atau ditakluki, khususnya di Mesir, Syria dan Iraq.

Khalifah Umar melarang penghijrahan ini kerana bimbang mereka akan terpengaruh dengan kebudayaan asing dan kemewahan hidup sedangkan bagi Khalifah Uthman bin Affan, penghijrahan ini boleh menyebabkan proses penyebaran Islam berjalan dengan lebih lancar.

Menerbitkan Naskhah Tunggal Al-Quran

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah Islam agak luas. Hal ini menyebabkan wujudnya perbezaan bacaan atau sebutan Al-Quran antara satu tempat dengan tempat yang lain. Mereka membaca loghat masing-masing disebabkan mereka gagal menguasai nahu Arab dengan baik. Khalifah Uthman bin Affan akhirnya telah bertindak menerbitkan naskhah tunggal Al-Quran yang dikenali sebagai ‘Mushanf Uthmani’ dan dihantar ke setiap wilayah Islam. Beliau juga memastikan agar Al-Quran dibaca mengikut loghat Quraisy kerana ia diturunkan dalam bahasa Quraisy. Naskhah-naskhah lain telah dikumpul dan dibakar.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyatakan bahawa sekiranya kita sebagai umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan hadis nescaya kita tidak akan tersesat ke lembah kejahatan dan kejahilan. Al-Quran merupakan kalam Allah dan kitab suci umat Islam yang akan Allah pelihara sehingga kiamat. Semasa zaman Rasulullah s.a.w dahulu, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur melalui wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail dan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan itu ditulis pada kulit binatang, tulang, pelepah tamar, dan diukir di batu.

Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam dan merupakan pegangan dan panduan hidup umat Islam mempunyai pelbagai keistimewaan. Al-Quran merangkumi pelbagai aspek misalnya peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku, ilmu perundangan, akhlak, akidah, dan sebagainya. Malah, tidak dapat disangkal lagi bahawa bahasa Al-Quran merupakan bahasa yang sangat indah dan tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ini dan kita tidak akan pernah jemu membacanya.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar telah dilantik untuk menjadi khalifah dan semasa pemerintahan beliau peperangan telah berlaku dan mengakibatkan ramai sahabat yang menghafal Al-Quran mati syahid. Lantas, Saiyidina Abu Bakar telah menghasilkan satu suhuf yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran. Usaha penulisan Al-Quran dijalankan sekali lagi semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan kerana berlaku perselisihan faham mengenai cara pembacaan Al-Quran antara umat Islam yang telah disampaikan oleh Huzaifah. Selesai dalam penghasilan salinan Al-Quran kepada beberapa naskhah, Khalifah Uthman bin Affan telah menghantar setiap satu salinan naskhah tersebut dan bersama-sama salinan tersebut adalah guru yang akan mengajar cara membaca Al-Quran yang betul.

Hasil daripada tindakan Khalifah Uthman bin Affan itu telah dapat menyatukan umat Islam dan jasa beliau adalah amat besar kepada seluruh umat Islam.

Lemah-lembut Dalam Pentadbiran

Khalifah Uthman bin Affan adalah seorang khalifah yang lemah-lembut berbanding dengan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan kesalahan seseorang. Misalnya, Saiyidina Uthman telah menggunakan ‘diyad’ (wangnya sendiri) untuk membayar ‘diat’ (hutang darah) berhubung dengan pembunuhan Khalifah Umar. Beliau juga telah memaafkan kesalahan Jundah al-Azdi yang telah dikenakan hukum bunuh oleh kadi Kufah. Sikapnya yang lemah-lembut ini mungkin dipengaruhi oleh sesiapa yang agak tua, iaitu 70 tahun ketika mula memerintah.

Faktor Yang Mempengaruhi Kekacauan

a. Perbalahan

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, telah berlaku pelbagai perbalahan di mana ia bukan sahaja melibatkan penduduk di Semenanjung Tanah Arab, tetapi juga penduduk di luar Semenanjung Tanah Arab. Misalnya, perbalahan telah berlaku di antara Arab Utara (Mudar, Qais) dan Arab Selatan (Rabi’ah, Yaman), antara Quraisy dan Yanan, antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah, antara penduduk Hijaz dan luar Hijaz dan sebagainya. Akibatnya, keadaan politik di Semenanjung Tanah Arab semakin tidak stabil sehingga menimbulkan pelbagai kekacauan.

b. Dasar Penghijrahan

Khalifah Uthman bin Affan telah mengubah dasar penghijrahan yang dibuat oleh Khalifah Umar di mana beliau membenarkan umat Islam berhijrah ke wilayah baru yang dikuasai di Mesir, Syria dan Iraq. Tindakan beliau telah membolehkan kebanyakan orang Arab yang berhijrah itu hidup dalam kemewahan di tengah-tengah kesusahan penduduk tempatan. Akibatnya, wujud jurang ekonomi antara pendatang baru dan penduduk tempatan sehingga mencetuskan peperangan.

c. Munculnya Golongan Pemegang Amanah (Ahl Al-Ayyam)

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, beliau telah mengambilalih tanah sawafi yang diusahakan oleh golongan ahl al-ayyam dan diserahkan kepada kaum Quraisy. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan golongan ahl al-ayyam dan kemarahan mereka memuncak apabila Saiyidina Uthman memperkenalkan dasar pertukaran hak milik tanah yang berada di Iraq dengan tanah-tanah di luar Iraq.

Hal ini menyebabkan golongan yang menikmatinya hanya mereka yang memiliki tanah di kawasan tersebut sahaja. Akibat dari rasa tidak puas hati, ahl al-ayyam telah bangun menentang Saiyidina Uthman sehingga mencetuskan kekacauan politik.

Usia Dan Sifat

Khalifah Uthman bin Affan kerap terlalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan yang dirasakan boleh dimaafkan. Usianya yang lanjut iaitu 82 tahun semasa kemuncak kekacauan berlaku telah menambahkan lagi sifat lembutnya. Sikapnya ini telah dipergunakan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan kekacauan.

Sikap Memihak Kepada Ketua Kabilah

Bagi mengukuhkan kedudukannya, Saiyidina Uthman telah bersikap memihak kepada ketua-ketua kabilah di mana mereka telah ditawarkan kepada jawatan-jawatan penting. Antara mereka termasuk juga bekas murtad. Sebagai contoh, Ash’ath bin Qais al-Kindi telah dilantik sebagai Gabenor Azrabaijan.

Membenar Para Sahabat Berhijrah ke Luar Hijaz

Khalifah Uthman bin Affan juga membenarkan para sahabat berhijrah ke luar Hijaz yang sebelum ini dilarang oleh Khalifah Umar. Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan kemewahan dan kebendaan.

Melantik Keluarga Ke Jawatan Penting

Dalam menjalankan pentadbiran, Khalifah Uthman bin Affan telah dituduh mengamalkan dasar nepotisme, iaitu mengutamakan keluargannya dalam menentukan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Misalnya, Saiyidina Uthman telah melantik Marwan bin Hakam sebagai Setiausaha, Abdullah bin Amir sebagai Gabenor Basrah, Abdullah bin Saad sebagai Gabenor di Mesir dan sebagainya. Dasar ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Menggunakan Wang Baitul-Mal

Khalifah Uthman bin Affan dituduh menyalahgunakan kekayaan negara dan harta rampasan perang. Hal ini berpunca dari tindakan beliau yang tidak mahu mendengar pandangan sahabatnya, dalam soal pembahagian harta-benda Baitul-Mal. Khalifah Uthman bin Affan beranggap tidak menjadi satu kesalahan jika beliau menggunakan Baitul-Mal yang berlebihan untuk dirinya dan keluarganya dengan alasan beliau telah banyak mengorbankan harta dan wang untuk perjuangan Islam. Namun, hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat jelata.

Membebaskan Ubaidullah Dari Qisas

Ubaidullah bin Umar sepatutnya dijatuhkan hukuman qisas kerana membunuh Hurmazan dan Jafainah. Tetapi Saiyidina Uthman telah menyelamatkan Ubaidullah dengan menganggapkan dirinya sebagai wali kepada Hurmazan dan dua orang lagi yang telah dibunuh oleh Ubaidullah itu dengan membayar dilab dari wangnya sendiri kepada Baitul-Mal. Tindakan Saiyidina Uthman telah tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan orang Islam termasuk Saiyidina Ali bin Abu Talib.

Memaafkan Jundab al-Azdi

Khaalifah Uthman bin Affan telah memaafkan Jundab al-Azdi yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh Gabenor di Kufah, iaitu al-Walid bin Uqibah. Hal ini telah menyebabkan suasana Kufah semakin buruk di mana Jundab telah menggunakan peluang tersebut untuk menghuru-harakan keadaan di Kufah. Akhirnya, al-Walid telah difitnah dan dipecat dari jawatannya.

Kegagalan Meluaskan Jajahan Taklukan

Semasa Saiyidina Uthman menjadi khalifah, beliau tidak berjaya meluaskan wilayahnya. Peluasan wilayah hanya dapat dilakukan semasa peringkat awal pemerintahannya. Kegagalan tersebut telah memberi kesan kepada ekonomi negara Islam lebih-lebih lagi di Kufah. Ekonomi di Kufah menjadi semakin tidak stabil akibat pertambahan penduduk di bawah dasar penghijrahan bebas.

Pemusnahan Salinan Al-Quran

Khalifah Uthman bin Affan juga ditentang akibat tindakannya yang memusnahkan salinan Al-Quran yang ditulis dalam pelbagai loghat dan menerbitkan salinan yang standard yang dikenali sebagai ‘Mushaf Uthmani’. Walaupun usaha beliau baik, namun golongan tertentu menganggapnya sebagai usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya dalam bidang keagamaan.

Keengganan Menerima Nasihat Dan Melepaskan Jawatan Khalifah

Polisi pentadbiran Saiyidina Uthman telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu. Akibatnya, sahabat beliau telah menasihatinya supaya mengubah polisi pentadbiran. Walau bagaimanapun, beliau tidak menerima nasihat tersebut, malah Saiyidina Uthman juga telah diminta untuk melepaskan jawatan khalifahnya tetapi juga ditolak oleh Saiyidina Uthman. Akibatnya, berlakulah pelbagai kekacauan bagi menentang Saiyidina Uthman.

Pengaruh Luar

Pengaruh luar turut menyebabkan kekacauan berlaku. Misalnya, Abdullah bin Tsaba’ dikatakan cuba memecahbelahkan umat Islam. Beliau telah menghasut umat Islam supaya menentang Saiyidina Uthman dengan memperkembangkan fahaman qisayah yang menyatakan jawatan khalifah adalah menjadi warisan dan hak Bani Hasyim.

Pengingkiran Abu Dzar al-Ghifari

Abu Dzar al-Ghifari adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau telah mengkritik politik pentadbiran Khalifah Uthman bin Affan dan gabenor-gabenor yang hidup mewah. Akibatnya, Saiyidina Uthman telah menyingkirkan Abu Dzar al-Ghifari ke sebuah kampung kecil. Hal ini kemudiannya dieksploitasikan oleh sesetengah golongan untuk menentang pemerintahan Islam.

Memanggil al-Hakam bin al-As

Khalifah Uthman bin Affan juga dikecam kerana memanggil semula bapa saudaranya iaitu al-Hakam bin al-As bersama keluarganya ke Madinah padahal beliau telah dihukum buang daerah oleh Rasulullah s.a.w kerana kebiadapannya yang dilakukan terhadap baginda Nabi. Tindakan Saiyidina Uthman seolah-olah mengingkari perintah Rasulullah s.a.w. Isu ini kemudiannya dieksploitasikan untuk menentang Khalifah Uthman bin Affan.

Detik-Detik Pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan

Nailah Binti Furaifisha adalah isteri terakhir Khalifah Uthman bin Affan. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah sebelum memeluk agama Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar. Nailah berkahwin dengan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 29 Hijrah. Apabila Khalifah Uthman bin Affan dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan penting dipegang oleh keturunan Ummaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat Islam.

Pada suatu hari, Marwan memberitahu ada sekumpulan orang di sebalik pintu rumah Uthman. Khalifah Uthman bin Affan membenarkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang itu. Marwan mengeluarkan kata-kata kesat berbunyi, ‘Kamu semua datang merebut kerajaan daripada tangan kami. Keluarlah kamu daripada pihak kami. Demi Allah, sekiranya kamu membangkang kami, pasti kamu semua akan menghadapi kesulitan dan tidak suka pada akibatnya.’

Perbuatan Marwan mengeluarkan ucapan kasar kepada kumpulan orang yang berkunjung ke rumah Khalifah Uthman bin Affan menimbulkan kemarahan Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Saiyidina Ali bergegas ke rumah Khalifah Uthman bin Affan dan berjumpa dengannya. Saiyidina Ali berkata kepada Khalifah Uthman bin Affan dengan nada marah, ‘Kenapa kamu mengizinkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang yang datang tadi? Demi Allah, Marwan tidak layak diminta pandangan tentang agama atau dirinya sekalipun.’

Nailah yang terkejut mendengar kata-kata Saiyidina Ali terus berlari mendapatkan suaminya yang masih duduk membatu selepas Saiyidina Ali meninggalkan rumah itu.

‘Aku dengar kata-kata Saiyidina Ali yang dia tidak akan berjumpa kamu lagi kerana kamu mengikut kata-kata Marwan.’ Berkata Khalifah Uthman bin Affan kepada isterinya, ‘Apa pendapat kamu tentang hal ini?’

Nailah memberikan pendapatnya, ’Takutlah kepada Allah kerana tidak sekutu baginya. Ikutlah sunah kedua-dua sahabat kamu iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Sekiranya kamu mengikut kata Marwan, nescaya dia akan membunuh kamu. Marwan adalah orang yang tidak memiliki maruah di sisi Allah, apatah lagi rasa takut dan cinta. Hantarlah utusan berjumpa dengan Saiyidina Ali bagi berdamai kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kamu. Dia tidak layak dimusuhi.’

Khalifah Uthman bin Affan segera menghantar seorang utusan kepada Saiyidina Ali tetapi Saiyidina Ali menolak kedatangannya lalu berkata: ‘Aku telah memberitahu Khalifah Uthman bin Affan bahawa aku tidak akan kembali lagi.’

Dalam tahun 35 hijrah, satu rombongan penduduk Mesir sekitar 1,000 orang telah datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Khalifah Uthman bin Affan. Tujuan mereka ialah meminta Khalifah Uthman bin Affan menggantikan Gabenor Mesir. Khalifah Uthman bin Affan bersetuju dengan permintaan mereka lalu melantik Muhammad bin Abu Bakar. Mereka pulang dengan hati yang gembira.

Namun demikian, ketika berada tiga hari perjalanan dari Madinah, mereka terserempak dengan hamba kulit hitam menaiki unta dengan tergesa-gesa melintas di hadapan mereka. Mereka menahan unta tersebut kerana mengesyaki ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

‘Anda mahu ke mana dengan tergesa-gesa?’ soal salah seorang ahli rombongan Mesir itu.

‘Aku adalah pembantu Khalifah Uthman bin Affan yang diutus bagi menemui Gabenor Mesir,’ jawab hamba itu dengan pantas.

‘Kamu utusan siapa?’ tanya ahli rombongan itu lagi untuk kepastian.

‘Aku pembantu Khalifah Uthman bin Affan,’ jawab hamba itu dengan gagap dan ragu dan kadangkala dia menjawab: ’Aku pembantu Marwan.’

Mereka mengeluarkan surat dari beg bawaan hamba itu lalu diserahkan kepada Muhammad bin Abu Bakar untuk membacanya. Semua ahli rombongan terkejut apabila mendengar isi surat yang bercop mohor Khalifah Uthman bin Affan meminta agar Gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi gabenor. Kemudian dia mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya dan membatalkan surat pelantikannya sebagai gabenor yang baru.

Rombongan itu menjadi marah lalu berpatah balik ke Madinah untuk menunjukkan surat itu kepada Saiyidina Ali. Saiyidina Ali bersama beberapa orang sahabat bertemu dengan Khalifah Uthman bin Affan untuk meminta kebenaran tentang surat itu. Khalifah Uthman bin Affan menafikan menulis surat itu dan bersumpah dengan nama Allah.

Kemudian mereka menjalankan penyiasatan dan terbongkarlah rahsia, Marwan yang menulis surat itu. Mereka meminta Khalifah Uthman bin Affan menyerahkan Marwan kepada mereka namun beliau tidak bersedia melakukannya. Mereka mengepung rumah khalifah dan menghalang bekalan air ke rumahnya. Mereka mengepung rumahnya selama 30 hari dan mula kedengaran berita ada orang ingin membunuhnya. Saiyidina Ali meminta anaknya, Hasan dan Husain dan beberapa orang sahabat mengawal pintu rumah Khalifah Uthman bin Affan daripada dicerobohi oleh pihak pemberontak Mesir.

Cubaan menyerbu masuk ke rumah Khalifah Uthman bin Affan digagalkan oleh Hasan dan Husain serta sahabat menyebabkan pihak pemberontak mencari jalan lain untuk masuk ke dalam rumah khalifah untuk membunuhnya. Akhirnya tiga orang pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah Khalifah Uthman bin Affan melalui atap rumah. Ghafiqi terus memukul Khalifah Uthman bin Affan dengan besi dan menyepak Al-Quran yang dibaca oleh Khalifah Uthman bin Affan. Khalifah Uthman bin Affan tidak melepaskan Al-Quran dari tangannya dan darah menitis dari mukanya lalu jatuh ke atas muka surat Al-Quran yang terbuka itu.

Kemudian Sudan pula menghampiri Khalifah Uthman bin Affan, lalu dilibas pedangnya ke arah khalifah itu tetapi Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya. Sudan yang hilang peri kemanusiaan terus menetak Khalifah Uthman bin Affan beberapa kali sehingga khalifah gugur syahid.

Najih, anak Khalifah Uthman bin Affan terus menerkam ke arah Sudan lalu membunuhnya. Kemudian Qatirah, seorang lagi ahli pemberontak membunuh Najih. Para pemberontak cuba menganiaya mayat Khalifah Uthman bin Affan, namun jeritan tangisan Nailah mengejutkan Hasan dan Husain yang mengawal di pintu hadapan.

Mereka meluru masuk untuk melihat apa yang berlaku. Mereka sedih melihat Khalifah Uthman bin Affan mati terbaring bersama anaknya dan mereka gagal menghalang pembunuhan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan meninggal dunia pada 8 Zulhijah 35 Hijriah. Khalifah Uthman bin Affan menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.

Perang Saudara Islam Pertama

Perang saudara Islam yang pertama (656–661), juga disebut sebagai Fitnah Pertama (Fitnat Maqtal Uthman - Fitnah Pembunuhan Ustman), adalah perang saudara besar pertama pada sewaktu Kekhalifahan Islam. Peperangan ini diakibatkan kerana pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan.

Fitnah ini dimulai dengan serangkaian pemberontakan terhadap Khalifah Ali ibn Abi Talib, yang diakibatkan oleh pembunuhan terhadap khalifah sebelumnya iaitu Utsman bin Affan. Hal ini berlangsung sepanjang Ali memerintah dan diakhiri dengan pengangkatan Muawiyah sebagai khalifah menggantikan putera Saiyidina Ali yang bernama Hasan bin Ali yang menjadi khalifah selama beberapa bulan menggantikan Khalifah Ali yang meninggal dunia. Muawwiyah menandatangani perjanjian damai dengan Hasan bin Ali dan Muawwiyah mendirikan Dinasti Ummaiyah yang berkuasa selama beberapa abad di Semenanjung Arab.

Doa Khalifah Uthman Bin Affan

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Milik-Nya-lah kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah orang yang rugi.’ (surah az-Zumar: 63).

Menurut ayat di atas, Khalifah Uthman bin Affan telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, apakah yang dimaksudkan dengan ‘kunci-kunci langit dan bumi’? Rasulullah s.a.w menjawab, ‘bahawa kunci-kunci itu adalah dibukakan kekayaan langit dan bumi.’ Jadi bayangkan apa yang ada di langit dan bumi.

Khalifah Uthman bin Affan adalah antara sahabat Rasulullah s.a.w yang terkaya. Beliau mengamalkan doa ini. Pernah dikisahkan pada zaman dahulu, terdapat satu gerombolan unta yang membawa barang-barang dagangan Khalifah Uthman bin Affan r.a. Diriwayatkan bilangan unta sebanyak 1,000 ekor semuanya. Kemudian unta-unta tersebut dibawa ke pintu hadapan kawasan Madinah. Ramailah saudagar dan pemborong jualan keluar Madinah untuk melihat barang-barang dagangan tersebut.

Mereka bertanya, ‘Barangan milik siapakah ini? Kami ingin membeli untuk berjual beli di Madinah.’ Pembawa unta itu menjawab, ‘Kesemua barang ini milik Khalifah Uthman bin Affan r.a. Jika kamu mahu membeli, berurus niagalah dengan beliau.’

Dipendekkan cerita, lalu berlangsunglah proses tawar menawar dalam urusan jual beli ini. Akhirnya saudagar yang paling kaya di situ menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak tidak sampai 10 dirham. Lalu Khalifah Uthman bin Affan berkata, ‘Jika hanya dengan ini tawaranmu, maka aku lebih rasa beruntung berniaga dengan Allah.’

Dibacakan ayat surah al-baqarah ayat 261 yang bermaksud: ‘Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta-harta di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.’

Subhanallah, itulah ganjaran yang Allah s.w.t kurniakan kepada mereka yang menafkahkan harta ke jalan Allah. Asalnya sebutir benih, kemudian dicambahkan kepada hampir 700 biji, malah lebih lagi dari itu. Semuanya dengan izin Allah.

Lalu Khalifah Uthman bin Affan r.a. memerintahkan kepada pembawa-pembawa unta untuk memberikan kesemua harta dagangan tersebut kepada setiap fakir miskin di kota itu. Jangan tinggalkan walau satu pun. Begitulah betapa kayanya Khalifah Uthman bin Affan, kekayaannya membawa kepada sifat pemurahnya memahami erti berurusan dengan Allah.

Hadis qudsi yang bermaksud: ‘Kamu berkehendak, Aku pun berkehendak. Semua yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan kehendak-Ku. Kalau kamu serahkan kehendak kamu dan mengikuti kehendak-Ku, maka Aku akan menuruti kehendakmu. Tetapi jika sebaliknya, kamu tidak mengikuti kehendak-Ku, maka kamu akan menghadapi kesusahan untuk mencapai kehendakmu itu. Tawakal kepada Allah.’

Pengumpulan Dan Penulisan Al-Quran Zaman Khalifah Uthman Bin Affan

Peringkat ketiga penghimpunan Al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a dan beliau sendirilah yang mengarah melakukannya. Usaha pengumpulan dan penulisan semula Al-Quran ini menjadi suatu yang serius sekali pada zaman pemerintahan beliau. Isu-isu yang timbul pada zaman tersebut telah menyebabkan mushaf Al-Quran yang sempurna itu ditulis kesemuanya semula dalam bentuk naskhah Al-Quran yang lengkap. Faktor-faktor yang mendorong kepada pengumpulan semula Al-Quran pada tahap ketiga ini ialah seperti berikut:

  1. Wujudnya mushaf peribadi para sahabat
  2. Perbezaan qiraat yang membawa pertikaian umat Islam

Kedua-dua sebab di atas telah mencetuskan idea kepada berlakunya pengumpulan dan penulisan Al-Quran pada peringkat ketiga ini.

1. Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat

Mushaf Khalifah Abu Bakar tersimpan di bawah jagaan Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab. Selain daripada mushaf tersebut, terdapat juga di kalangan para sahabat lain yang menulis Al-Quran untuk rujukan dan simpanan mereka sendiri. Antara mushaf-mushaf yang masyhur ialah mushaf Abdullah bin Mas’ud, mushaf Ubai bin Kaab, mushaf Abu Musa Al-Asyari dan lain-lain lagi.

Sesetengah mushaf yang ditulis adalah untuk tujuan peribadi. Al-Quran yang mereka tulis itu ada yang ditambah dengan catatan mereka sendiri tentang maksud atau peringatan mengenai sesuatu ayat. Ada juga di antara mushaf itu yang terputus dan tidak lengkap susunan ayat-ayat atau surah-surahnya.

Perkara sedemikian berlaku kerana tempoh penurunan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. yang mengambil masa selama 23 tahun. Oleh yang demikian, tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan penurunan ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. Ada juga yang tidak sempat memperolehinya secara terus daripada Rasulullah s.a.w. atau para sahabat yang lain. Maka setelah selesai penulisan semula Al-Quran, Khalifah Uthman bin Affan r.a. mengarahkan semua mushaf lain dimusnahkan bagi menyatukan umat Islam di bawah satu mushaf sahaja.

Ini dibuktikan melalui Anas bin Malik, beliau menceritakan bahawa: ‘Setelah selesai (Khalifah Uthman bin Affan) menulis Al-Quran, beliau telah menulis surat kepada para sahabat yang menjadi wakil beliau di setiap pelosok; ‘Aku telah melakukan begitu dan begini (mengumpul dan menulis keseluruhan Al-Quran), setelah itu aku musnahkan mushaf yang aku ada, maka kamu juga hendaklah musnahkan mushaf yang ada pada kamu.’ (Surur Shihabuddin An-Nadawi. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An-Asim. m.s. 25)

2. Perbezaan Qiraat Membawa Pertikaian Umat Islam

Pengumpulan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah berbeza daripada pengumpulan pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a. Ini disebabkan permasalah yang timbul juga berbeza antara dua zaman tersebut.

Pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Islam telah tersebar luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam telah hidup di pelbagai tempat di pelosok dunia, sama ada di kota mahupun di desa. Di setiap wilayah dan daerah terdapat seorang ‘qari’ dari kalangan sahabat yang masyhur mengajarkan Al-Quran kepada penduduk setempat. Bacaan mereka menurut kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. Di antara para sahabat yang masyhur itu ialah:

  1. Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin Al-Khattab mengajar penduduk Mekah dan Madinah.
  2. Khalifah Uthman bin Affan dan Abu Darda’ mengajar bacaan Al-Quran kepada penduduk Syam (Syria).
  3. Saiyidina Umar bin Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Khalifah Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa Al-Asy’ari juga mengajar kaedah bacaan Al-Quran kepada penduduk Basrah.
  4. Manakala penduduk Kufah juga mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit.

Kesemua kaedah bacaan dan cara penyampaian para sahabat ini berbeza antara satu sama lain. Mereka hanya mengajar qiraat yang mereka tahu sahaja, di samping itu mereka tidak mengajar qiraat yang tujuh kepada penduduk tempatan. Tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah. Ekoran daripada keadaan itu, timbul perbezaan bacaan atau sebutan di kalangan penduduk pelbagai wilayah tersebut. Mengikut satu riwayat, perbezaan kaedah bacaan itu membawa ke kancah pertentangan dan perpecahan.

Diriwayatkan dari Abu Qilabah, ia berkata: ’Pada masa Khalifah Uthman bin Affan r.a., seorang guru mengajar qiraah kepada seorang murid. Sementara seorang guru lain mengajar murid yang lain pula. Kemudian apabila setiap murid tadi bertemu, mereka akan bertengkar dan pertengkaran itu memuncak sehingga melibatkan guru masing-masing, sehingga di antara mereka saling kafir mengkafir.’ 

Maka peristiwa itu sampai kepada Khalifah Uthman bin Affan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 24 Hijrah. Insiden itu telah membuatkan Khalifah Uthman bin Affan r.a terfikir dan tergerak untuk mengatasi permasalahan itu sebelum ia merebak dengan lebih luas.

Manakala pada tahun 25 Hijrah telah berlaku pula perbalahan yang hebat di kalangan Muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan. Seterusnya mendatangkan masalah dan berlakunya perselisihan dari segi pembacaan Al-Quran.

Mengikut satu riwayat; Pada masa pemerintahan Al-Walid bin Uqba, Yazid bin Muawiyah bersama Huzaifah berada di dalam sebuah masjid. Tiba-tiba seorang pegawai berkata: ‘Sesiapa yang mengikut bacaan Abu Musa pergilah berhampiran pintu kinda. Dan sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah ke sudut berhampiran rumah Abdullah.’

Mereka tidak sepakat membaca surah al-Baqarah ayat 196. Huzaifah menjadi sangat marah, matanya sangat merah lalu bangun dan membuka qamis-nya sehingga ke pinggang, walaupun pada waktu itu beliau berada di masjid, beliau berkata: ‘Adakah sesiapa yang akan menemui Amirul Mukminin atau aku sendiri akan pergi?’

Keadaan yang tidak sihat itu telah disampaikan oleh Huzaifah bin Al-Yaman kepada Khalifah Uthman bin Affan r.a. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum Muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tentang bacaan tersebut.

Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dibantu oleh beberapa sahabat yang lain yang terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Said bin Al-As dan Abdul Rahman bin Harith. Jawatankuasa ini dipanggil ‘Panitia Empat.’ Tiga dari kalangan mereka adalah dari kalangan Muhajirin (Quraisy), kecuali Zaid bin Thabit seorang sahaja dari kalangan kaum Ansar.

Tugas Panitia Empat ini ialah menyusun dan menyalin lembaran-lembaran suhuf yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah untuk dijadikan beberapa mushaf yang lain. Khalifah Uthman bin Affan berkata kepada tiga orang Quraisy itu: ’Bila kamu berbeza pendapat dengan Zaid bin Thabit mengenai sesuatu daripada Al-Quran, maka tulislah dengan bahasa Quraisy, kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Quraisy.’

Mereka melaksanakan perintah itu dengan baik. Penyalinan semula kepada beberapa mushaf laki ini mengambil masa selama lima tahun, bermula dari tahun 25 Hijrah sehingga ke tahun 30 Hijrah. Setelah kerja menyalin semula Al-Quran kepada beberapa mushaf, Khalifah Uthman bin Affan mengembalikan semula mushaf yang asal itu kepada Saiyidatina Hafsah. Seterusnya khalifah menghantar mushaf-mushaf yang baru tersebut ke pelbagai wilayah, dan memerintahkan agar semua mushaf yang lain dibakar.

Jumlah Naskhah Mushaf Uthmani Dan Ciri-cirinya

Jawatan kuasa Penulisan Semula Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit telah menyusun dan menyalin semula sebanyak enam mushaf. Jumlah ini adalah mengikut pendapat yang muktamad. Abu Amr Ad-Dani menyatakan jumlah naskhah Mushaf Uthmani itu ada enam. Ianya dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq dan satu lagi di Madinah.

Manakala Jalaluddin As-Suyuti pula menyatakan jumlah naskhah Mushaf Khalifah Uthman bin Affani yang dikirim itu ada lima iaitu untuk Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq, Madinah. Dan beliau menambah, ada satu lagi mushaf sebagai simpanan Khalifah Uthman bin Affan yang dinamakan ‘Al-Mushaf Al-Imam.’ Dinamakan sebagai Mushaf Imam kerana mushaf tersebut adalah mushaf pertama yang ditulis. Daripada Mushaf Imam itulah dibuat salinan mushaf-mushaf yang lain.

Mushaf tersebut bukan sahaja dikirim dan dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah tersebut, bahkan dihantar seorang imam (qari) yang adil dan mutaqin di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:

  1. Abdullah bin As-Saib r.a dihantar ke Mekah
  2. Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a dihantar ke Syam
  3. Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi r.a dihantar ke Kufah
  4. ‘Amar bin Qais r.a dihantar ke Basrah
  5. Zaid bin Thabit r.a di Madinah. 

Apa yang perlu kita ketahui ekoran daripada Mushaf Khalifah Uthman bin Affani yang berasal daripada beberapa naskhah itu telah berkembang percetakannya dengan pesat. Naskhah-naskhah Al-Quran yang dicetak kemudian ini digelar ‘Al-Quran Mushaf Uthmani’ atau ‘Al-Quran Rasm Uthmani’ sebagai memperingati jasa beliau yang amat agung itu.

Antara ciri utama Mushaf Uthmani ialah ia ditulis bersesuaian dengan perbezaan bacaan ‘Tujuh Qiraat.’ Ia juga meliputi ciri-ciri Al-Quran yang dibaca oleh Rasululah s.a.w di hadapan Malaikat Jibril a.s pada tahun terakhir hayat baginda.

Kelebihan Dan Keistimewaan Mushaf Uthmani

Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat dicungkilkan dan diberi perhatian. Antara keistimewaan Mushaf Uthmani ialah:

1. Bersifat Tauqifi Daripada Rasulullah s.a.w.

Mushaf Uthmani merupakan satu kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat secara langsung. Ini bermakna mushaf ini sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan perintah wahyu daripada Allah s.w.t.

Kenyataan ini dibuktikan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).’ (surah Al-Najm: 3 – 4)

2. Mushaf Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dan mendapat ganjaran pahala bagi yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa rukun bacaan Al-Quran yang betul ada tiga perkara iaitu hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani, sama ada yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam ataupun mushaf yang disimpan oleh Khalifah Uthman bin Affan iaitu Mushaf al-Imam.

Selain daripada itu, bacaan Al-Quran hendaklah mutawatir iaitu sampai sanad-nya kepada Rasulullah s.a.w serta bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab. Seharusnya kita ingat bahawa pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan itu ditolak.

3. Meliputi Tujuh Huruf

Satu lagi faktor yang sangat penting sehingga menjadikan Mushaf Uthmani itu perlu itu perlu diberi keutamaan ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.

Terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan tujuh huruf, dan pelbagai pendapat ulama mengenai maksudnya. Antara hadis yang menunjukkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf ialah sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: ‘Jibril a.s. telah mengajar kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya ia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.’

Salah satu pendapat yang disepakati oleh para ulama ialah tujuh huruf bacaan itu merangkumi perselisihan nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada muzakkar atau muannath, perselisihan pada cara i’rab, perselisihan pada tasrif, perselisihan sama ada mendahulukan atau mengakhirkan sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal, nipis, tashil, isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir

Terdapat satu lagi faktor yang penting yang membuktikan bahawa Mushaf Uthmani sangat diutamakan dalam penulisan Al-Quran, iaitu ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s.

Semasa Rasulullah s.a.w melakukan semakan terakhir Al-Quran di hadapan Malaikat Jibril a.s, salah seorang daripada sahabat Nabi iaitu Zaid bin Thabit turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila beliau diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan Al-Quran pada masa khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Uthman bin Affan r.a, maka beliau menulis dengan berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

Sebab itulah Zaid tidak menulis ayat yang tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir dalam suhuf atau mushaf, kerana beliau menganggap ayat itu telah di-nasakh-kan.

Perbezaan Pengumpulan Al-Quran Zaman Khalifah Abu Bakar Dan Khalifah Uthman

Terdapat perbezaan di antara pengumpulan Al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Abu Bakar dengan pengumpulan Al-Quran yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Daripada perbincangan sebelum ini, dapatlah disimpulkan bahawa pengumpulan yang dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah memindahkan ayat-ayat Al-Quran daripada pelepah tamar, kepingan-kepingan batu, kulit-kulit dan tulang-tulang binatang ke dalam satu mushaf.

Ayat-ayat Al-Quran disusun dalam surah-surah yang tertentu setelah diperiksa dengan begitu teliti dan sempurna, di samping membuang ayat-ayat yang telah di-mansukh-kan. Manakala faktor yang mendorong kepada pengumpulannya pula ialah kekhuatiran terhadap kehilangan para penghafaz Al-Quran, kerana ramai di kalangan mereka yang gugur syahid di dalam peperangan al-Yamamah.

Pengumpulan yang dibuat pada zaman Khalifah Uthman bin Affan pula adalah untuk memperbanyakkan salinan mushaf yang telah dikumpulkan oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq untuk dikirimkan ke merata tempat wilayah Islam. Adapun faktor yang membawa kepada usaha pengumpulannya ialah untuk menghapuskan perselisihan faham kaum Muslimin tentang perbezaan qira’ah dalam membaca Al-Quran. Ekoran daripada pengumpulan menjadikan Al-Quran dalam satu mushaf yang lengkap yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan inilah adanya Al-Quran yang seperti mana yang ada pada kita sekarang ini.

Inilah perbezaan pengumpulan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Uthman bin Affan. Manfaatnya dapat kita kecapi sehingga ke hari ini. Namun apa yang perlu diketahui ialah salinan Mushaf Uthmani tidak berbaris dan tidak bertitik.

Kemajuan Umat Islam Zaman Khalifah

Kemajuan tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w tidak dapat di bandingkan dengan kemajuan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin lain. Oleh sebab itulah segala yang ditinggalkan oleh baginda diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda iaitu Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq, Saiyidina Umar al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib.

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ini meneruskan corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh baginda dan melakukan banyak perubahan dalam melaksanakan sistem Islam. Pelantikan sahabat-sahabat baginda dilakukan dengan mengunakan sistem syura iaitu sistem yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana setiap sahabat baginda yang dilantik hendaklah melaksanakan pemerintahan seperti yang ditunjukan dan dilakukan oleh baginda berdasarkan Al-Quran dan tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.

Oleh sebab itu sahabat-sahabat mengunakan gelaran-gelaran tertentu, misalnya Saiyidina Abu Bakar mengunakan gelaran ‘khalifah’, Saiyidina Umar al-Khattab mengunakan gelaran ‘Amirul Mukminin’ dan Saiyidina Ali bin Abi Talib mengunakan gelaran ‘Imam.’ Selain itu mereka telah mencapai pelbagai kemajuan dan kejayaan berdasarkan apa yang di tinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. Mereka telah meletakan Islam adalah kuasa yang disegani dan dihormati oleh masyarakat lain.

Kemajuan Tamadun Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Pelantikan beliau sebagai khalifah di-baiah oleh lebih kurang 300 orang yang berlangsung di Masjid Nabawi. Semasa pemerintahan beliau dalam masa lebih kurang 2 tahun tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan kerana timbul pelbagai masalah iaitu masalah riddah dan nabi-nabi palsu.

Ini kerana golongan riddah ini tidak mahu mengeluarkan zakat kepada baitul-mal manakala masalah nabi-nabi palsu ditimbulkan oleh individu-individu yang mengaku diri mereka sebagai nabi antaranya ialah Musallamah al-Kazzab di Yamamah, al-Aswad Qais bin Yagus di Yaman, Tulailah bin Khawailid al-Asady di Bazaakhah dan Malik bin Nuwairah di Battah.

Oleh sebab itu beliau telah menubuhkan 11 pasukan tentera bagi menghapuskan pemberontakan tersebut sehinggalah mereka dapat disatukan. Selain itu beliau meneruskan usaha Rasulullah s.a.w mengirim tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke Qudha’ah dan Abna di Syria dengan melindungi orang-orang Islam dari ancaman Rom dan Parsi.

Pengumpulan Al-Quran dilakukan setelah menerima pandangan beliau yang bimbang pihak penghafaz Al-Quran yang semakin kecil bilanganya disebabkan ramai di antara mereka yang telah syahid di medan peperangan.

Beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat sehingga beliau telah memperuntukan sebanyak 600 dirham setahun untuk di belanjakan kepada rakyat dan negara. Sementara itu dalam soal pertadbiran wilayah beliau membahagikan Semenanjung arab kepada Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal di mana setiap wilayah tersebut di lantik seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada pertadbiran khalifah yang berpusat di Madinah dalam mengendalikan urusan kebajikan rakyat, pengurusan zakat, menjalankan keadilan, kehakiman dan menjadi imam.

Setelah pasti negara Islam dalam kaadaan stabil beliau mengalihkan perhatian kepada dasar-dasar luar. Walaupun dalam jangka masa yang singkat beliau nyata dapat meletakan asas-asas yang kukuh dan demokratik terhadap pemerintahan Madinah. Ini memudahkan peganti-peganti beliau untuk meneruskan dasar-dasar tersebut.

Kemajuan Tamadun Zaman Khalifah Umar Al-Khattab

Beliau juga dilantik sebagai khalifah melalui sistem syura di mana beliau telah dipersetujui olah seluruh kaum Muslimin. Beliau telah menggunakan gelaran Amirul Mukminin. Sempena pelantikan dirinya, beliau telah berjanji akan menjaga orang ramai dengan penuh kejujuran. Beliau adalah seorang yang sederhana dalam urusan hidupnya seharian tetapi dapat dedikasikan sepenuh tenaga dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Dalam pertadbiranya beliau mengikut sepenuh polisi yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya. Justeru itu tidak hairanlah beliau dapat melaksanakan pemerintahanya dalam masa lebih kurang 10 tahun dengan mencapai kecemerlangan dalam semua dasar-dasar di samping dapat dapat mengukuhkan kedudukan kaum Muslimin di Madinah. Oleh itu ramai pengkaji sejarah mengakui zaman pemerintahan beliau sangat menyerlah sehingga dikenali sebagai ‘Golden Age.’ Terdapat pelbagai kemajuan yang dicapai oleh beliau antaranya ialah:

1. Pendidikan

Beliau telah menubuhkan ‘kuttab’ di mana pendidikan yang dititik beratkan ialah membaca dan menulis, membaca Al-Quran dan menghafalnya, belajar mengambil wuduk, solat dan puasa. Selain itu beliau juga memperkenalkan mata perlajaran berenang, memanah, menunggang kuda, serta menghafal syair, madah dan peribahasa.

Sementara itu pula di peringkat yang lebih tinggi diajar Al-Quran dan hadis, tafsir serta pelajaran yang berhubung dengan tasyri. Beliau juga mewajibkan umat Islam merpelajari sekurang-kurangnya 5 surah daripada Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah, Al-Nisa, Al-Maidah, Al-Haj dan Al-Nur kerana surah-surah itu mengandungi perintah-perintah dan arahan-arahan Allah s.w.t.

Beliau juga mewajibkan menghafal Al-Quran. Selain itu beliau juga mengutuskan beberapa orang sahabat seperti Abu Darda, Abdul Rahman bin Maqal dan Abdul Rahman bin Ghuman ke wilayah-wilayah lain sekitar Madinah untuk mengajar bagi membolehkan penduduknya bermuamalat secara Islam. Sementara itu Abu Sufyan ditugaskan untuk mengajar Al-Quran kepada orang-orang Badwi.

2. Politik

Gerakan untuk memperluaskan wilayah berlaku dengan pesat dan berjaya hingga meliputi Afrika Utara, Asia Timur dan Khurasan. Bagi memudahkan pentadbiranya beliau telah membahagikan kapada lapan wilayah iaitu Madinah, Mekah, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Di mana setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh seorang setiausaha (al-khatib), ketua tentera, pemunggut cukai (sahib al-Kharaj), pegawai polis, pegawai perbendaharan dan hakim. Walau bagaimanapun ada wilayah yang ditadbir terus oleh beliau dari Madinah.

Sistem politik yang pada zaman Khulafa’ Al-rasyidin ialah dilakukan mengikut beberapa cara dan sistem. Misalnya khalifah yang dilantik adalah berdasarkan pemilihan orang ramai melalui sistem syura. Mereka adalah terdiri daripada orang yang benar-benar berkelayakan memegang jawatan berkenaan. Seorang khalifah yang dilantik hendaklah meliputi orang Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, beriman, cekap, adil serta tabah dalam menghadapi segala cabaran yang datang.

Tugas sebagai seorang khalifah kepada sesebuah negara Islam adalah menjalankan tanggungjawab seperti melaksanakan hukum-hakam yang dikehendaki oleh Islam. Selain itu mengawal keamanan kesejahteraan serta keselamatan negara. Melaksanakan bentuk pertadbiran yang adil bagi menjamin hak-hak terhadap individu dan masyarakat.

Bentuk pentadbiran yang dilakukan adalah berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah. Sementara itu masjid dijadikan pusat pentadbiran di samping menjadi pusat ibadat dan perkembangan kegiatan dakwah Islamiah. Dasar pemerintahan adalah berdasarkan musyawarah dan mendapat persetujuan ramai. Khalifah yang dilantik dengan persetujuan ramai dari kalangan orang yang berkelayakan yang mempunyai sifat-sifat amanah, bijak, adil, dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Oleh itu apabila khalifah dilantik mereka hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, menyusun pentadbiran dengan lebih tersusun dan mengadakan berbagai usaha untuk kesejahteraan rakyat.

Bagi memudahkan pertadbiran negara mereka telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah dan melantik seorang gabenor untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut. Untuk menjamin kesejahteran, keselamatan dan keamanan negara dari ancaman musuh, pertahanan negara diperkuatkan dengan melatih anggota tentera dengan pelbagai teknik peperangan.

3. Menubuhkan Jabatan

Memandangkan negara Islam semakin meluas dengan pengaruhnya dan hasil perhatian Khalifah Umar terhadap keperluan rakyat, masyarakat dan negara, beliau telah menubuhkan satu institusi baru iaitu ‘Dewan’ atau dikenali sebagai ‘Jabatan.’ Sejarah telah mencatatkan Khalifah Umar adalah orang yang pertama meletakan asas bagi sistem pentadbiran yang lebih tersusun dengan memperkenalkan sistem jabatan.

Hari ini sistem-sistem ini diikuti dengan meluas di seluruh dunia malah masyarakat Barat pun turut meniru sistem-sistem tersebut pada abad ke-19 dan 20 dan digunakan sampai hari ini. Antara jabatan-jabatan tersebut adalah:

  1. Jabatan Tentera
  2. Jabatan Ganjaran dan Pengagihan
  3. Jabatan Cukai
  4. Jabatan Pos

Beliau mendapat idea untuk menubuhkan jabatan-jabatan tersebut dicadangkan oleh Hisyam bin al-Qalid bin al-Mughirah dan seorang dari pemimpin Parsi yang menganut agama Islam setelah melihatnya pernah dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah Parsi yang berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul di Parsi.

Khalifah Umar turut memberi perhatian serius terhadap kepada Jabatan tentera (Dewan al-Junud). Ini disebabkan sebahagian besar masyarakat terlibat dalam aktiviti ketenteraan sama ada secara tetap atau sukarela. Unit-unit tentera terdiri dari pasukan berkuda, berjalan kaki, perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.

Di dalam melaksanakan sistem-sitem ini agar berkesan pusat-pusat tentera didirikan di Madinah, Basrah, Mushal, Fustat, Damsyik, Jordan dan Palestin. Mereka bertugas bukan sahaja untuk memastikan negara Islam tidak diserang tetapi juga menghapuskan apa saja pemberontakan yang timbul di dalam negara. Pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Qaid, Amir dan ketua turus angkatan tentera.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti rumah-rumah untuk tentera yang dibina di Kufah, Basrah, dan Fustat. Manakala gaji yang diperuntukan untuk seorang tentera ialah sebanyak 600 dirham setahun di samping elaun dan sumbangan kepada setiap anggota tentera dan kerluarga mereka dan setiap satu bala tentera akan disertai oleh seorang pegawai tentera yang turut merangkap sebagai seorang akauntan, qadi, dan doktor. Contohnya semasa berlakunya peperangan Qasidiah, Abdul Rahman bin Rabitah ditugaskan sebagai seorang qadi sementara itu Ziyad bin Abu Sufyan ditugaskan sebagai seorang akauntan.

4. Sosial

Secara keseluruhanya hasil daripada pungutan cukai yang sistematik dapat membantu khalifah menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti sistem peparitan, jalan raya dan perigi. Manakala sistem Usyur juga diperkenalkan, hasilnya masyarakat Islam pada zaman Saiyidina Umar telah dapat menikmati satu tahap yang lebih sempurna dan selesa dan membanggakan masyarakat Islam.

Sementara itu rakyat diberi kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga boleh memberi dan berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama. Sementara itu khalifah bertindak adil terhadap individu dan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan, dan darjat.

Kaum dan kabilah yang hidup dalam negara Islam diperdamaikan supaya mereka hidup sebagai satu ummah. Jurang perbezaan antara orang miskin dan orang kaya dirapatkan supaya mereka sama-sama menikmati hasil kekayan negara. Sementara orang-orang yang lemah didalam masyarakat seperti anak-anak yatim, wanita dan orang-orang tua dibantu supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan harmoni.

Kemajuan Tamadun Zaman Khalifah Uthman Bin Affan

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut apa yang ditinggalkan oleh khalifah sebelumnya. Walau bagaimanapun sumbangan yang paling besar adalah beliau telah melakukan perubahan dengan melaksanakan sistem penulisan Al-Quran yang lebih sistematik.

Beliau telah melaksanakan sistem ini kerana disebabkan pada masa itu ramai orang Islam iaitu terdiri daripada penghafal-penghafal Al-Quran telah berpindah ke negeri yang baru dibuka oleh orang-orang Islam seperti di Mesir, Syria, Iraq, Armenia dan Azerbaijan. Oleh itu timbul masalah dalam pembacaan dan sebutan Al-Quran sebagaimana yang di sebut oleh Huzaifah al-Yaman seorang pegawai tentera Islam di Armenia kepada Khalifah di Madinah.

Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan Zaid bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith supaya membukukan Al-Quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah, Basrah, Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan oleh beliau di Madinah, tujuannya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk kegunaan khalifah.

Semua orang Islam di wilayah-wilayah Islam diperintahkan membaca Al-Quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. Sumbangan beliau terhadap perkara ini sangat berharga dari dulu hingga sekarang, di mana sistem pembacaan masih diikuti oleh umat Islam pada masa kini.

Melalui pembacaan Al-Quran orang Islam dapat membangunkan diri, masyarakat, negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah s.w.t. Selain itu Al-Quran dapat menbentuk peribadi yang baik dan akhlak yang mulia serta terpuji. Ilmu yang diperolehi daripada Al-Quran dapat digunakan untuk memajukan alam dan mengambil manfaat daripadanya untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan hidup.

Apabila seseorang itu berilmu dia akan dapat mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t yang akan menbentuk diri kepada ketakwaan dan keimanan yang tinggi kepada-Nya. Dengan memahami isi kandungan Al-Quran seseorang dapat menangkis gejala-gejala buruk seperti pecah amanah, penyelewengan, permusuhan kaum, penyalahan kuasa, jenayah dan mementingkan diri sendiri.

Kemajuan Tamadun Zaman Khalifah Ali Bin Abi Talib

Pemerintahan beliau masih mengikut dasar-dasar pemerintahan terdahulu di mana beliau juga dilantik mengikut sistem syura. Semasa pemerintahan Khalifah Ali tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul. Pemberontakan ini timbul kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan.

Beliau masih meneruskan cara pemerintahan yang dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. pemerintahan beliau masih berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-sunnah di mana perkara-perkara yang dilaksanakan adalah tidak mengikut pandangan diri sendiri tetapi menerima pandangan orang lain melalui sahabat –sahabat ataupun pandangan masyarakat Islam. Beliau sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan orang lain dan mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dan memberi bantuan sekiranya terdapat orang Islam yang di dalam kesusahan. Beliau juga mengambil berat tentang masyarakat yang bukan beragama Islam.

Ekonomi

Pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin baitul-mal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara. Di sinilah terkumpulnya harta-harta yang diperolehi oleh negara untuk merancang kegiatan okonomi. Sumber ekonomi pada zaman ini berasaskan zakat, kharaj, jizyah, al-fai, dan ghanimah. Harta-harta tersebut menjadi sumber pendapatan utama negara dan ia ditakbirkan mengikut sistem ekonomi Islam. Dalam menguruskan harta-harta tersebut Khulafa’ Al-Rasyidin tidak mengunakan harta dalam baitul-mal untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi mereka lebih rela hidup zuhud dan sederhana walaupun mampu hidup mewah.

Kesimpulan

Pemerintahan yang dibawa oleh Rasullalah s.a.w adalah corak pemerintahan yang telah membawa masyarakat Islam mencapai tamadun pertama di dunia. Tidak ada tamadun yang dapat menandingi tamadun yang dicapai oleh orang Islam. Ini kerana tamadun Islam yang dicapai adalah berpandukan kalam Allah s.w.t iaitu Al-Quran dan as-sunnah. Tambahan pula apa yang ditunjukan oleh Al-Quran adalah bersesuaian dengan fitrah alam ciptaan-Nya.

Kebanyakan cara-cara pemerintahan orang Islam di dalam mencapai tamadun dunia ditiru oleh bangsa lain di dalam mencapai tamadun mereka. Misalnya kebanyakan ilmu-ilmu yang dicapai oleh orang Islam telah ditiru oleh mereka dan mengunakan ilmu-ilmu tersebut untuk mencapai tamadun mereka. Malah ahli-ahli cendekiawan asing mengakui tamadun moden terbaik adalah tamadun yang telah dicapai oleh orang Islam dan ia tidak dapat dinafikan lagi tetapi ada orang-orang Barat masih mengakui tamadun mereka adalah tamadun terbaik.

Tuduhan Dan Jawapan Fitnah Terhadap Khalifah Uthman Bin Affan

Sewaktu dilantik menjadi khalifah, Khalifah Uthman bin Affan bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar tetapi perubahan masyarakat begitu cepat menyebabkan beliau menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh-musuh Islam terhadap beliau yang akhirnya membawa kepada pembunuhan ke atasnya.

Tuduhan 1 - Mengamalkan Dasar Nepotisme 

Khalifah Uthman bin Affan dituduh bersikap nepotisme atau memihak kepada kaum keluarganya dalam pelantikan jawatan-jawatan seperti Gabenor Mesir yang dipegang oleh Amru bin al-As telah digantikan dengan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat Khalifah Uthman bin Affan.

Jawapan

Pelantikan pegawai dan gabenor yang dibuat oleh Khalifah Uthman bin Affan di kalangan keluarganya berdasarkan kebolehan dan kepimpinan mereka. Selain Abdullah, Al-Walid bin Uqbah bin Sa’id bin al-As, Gabenor Kufah, Abdullah bin Amir, Gabenor Basrah dan Marwan bin Al-Hakam, setiausaha negara; mereka ini adalah sepupu Khalifah Uthman bin Affan. Khalifah Uthman bin Affan melantik keluarganya menjadi pegawai kerajaan dan ada juga kewajaran kerana mereka boleh dipercayai.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa seperti zaman Bani Ummaiyah. Banyak perkara pentadbiran di peringkat wilayah diselesaikan oleh gabenor di wilayah tersebut tanpa merujuk kepada khalifah. Tambahan pula usia Khalifah Uthman bin Affan telah lanjut tentulah memerlukan gabenor yang boleh dipercayai untuk mengelakkan banyak masalah yang timbul.

Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik atau ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti mereka akan dipecat seperti yang berlaku ke atas al-Walid. Seandainya Khalifah Uthman bin Affan bersifat taksub kepada kaum keluarganya tentulah beliau menghalang pemecatan al-Walid kerana beliau mempunyai kuasa untuk tujuan tersebut.

Tuduhan 2 – Gabenor Mesir Tidak Adil

Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat Khalifah Uthman bin Affan dituduh sebagai gabenor yang tidak adil kerana memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera yang baru berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana memaksa penduduk Mesir untuk membayar cukai yang lebih dan tidak membahagikan harta rampasan perang seperti yang dilakukan oleh khalifah-khalifah yang terdahulu, ada juga yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah seorang bekas murtad.

Jawapan

Tuduhan terhadap Gabenor Mesir iaitu Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah tidak sepatutnya diterima begitu sahaja tanpa mengkaji secara mendalam situasi yang dihadapi oleh beliau ketika itu. Semasa beliau dilantik menjadi gabenor, Mesir menghadapi ancaman tentera laut Byzantine. Untuk menyekat serangan tersebut beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera laut.

Angkatan tentera laut baru dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Pembinaan angkatan tentera laut memerlukan perbelanjaan yang besar. Tindakan beliau tidak mengagihkan harta rampasan perang juga mempunyai tujuan yang sama. Tambahan pula kedudukan ekonomi lembab berbanding masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Khalifah Uthman bin Affan juga terpaksa mengenakan kadar cukai yang tinggi di kalangan rakyatnya untuk menambah pendapatan negara sekali gus dapat membangun angkatan tentera laut yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membeli kelengkapan peralatan perang.

Tuduhan 3 - Memihak Kepada Quraisy Dan Bekas Murtad

Jawapan

Kedudukan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah sebagai bekas murtad tidak perlu diungkitkan lagi kerana beliau sudah lama bertaubat. Rasulullah s.a.w sendiri telah memaafkannya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, kejujuran dan keikhlasan mereka masih diragui tetapi ianya telah hilang pada zaman Khalifah Umar.

Khalifah Uthman bin Affan melantik ramai di kalangan pegawainya terdiri daripada bekas murtad kerana kebolehan mereka. Misalnya, Asy’ath bin Qais al-Kindi salah seorang ketua kaum murtad yang terdiri daripada suku kaum Kindah, telah dilantik menjadi tentera dan Gabenor Azerbaijan.

Tuduhan 4 - Hidup Boros Dan Menggunakan Harta Baitul-Mal

Khalifah Uthman bin Affan juga dituduh sebagai khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak yang dikatakan diambil dari baitul-mal. Beliau juga dituduh membelanjakan wang itu untuk diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai contoh beliau memberi kuasa kepada Gabenor Mesir, Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, menggunakan 1/5 daripada harta rampasan perang di Tripoli. Kesannya, penduduk Mesir marah dan memberontak.

Jawapan

Tuduhan Khalifah Uthman bin Affan seorang yang boros dan menggunakan harta baitul-mal adalah palsu kerana beliau terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Semenjak zaman Jahilliyah lagi. Pada zaman Rasulullah s.a.w beliau telah menderma sebanyak 100 unta dan 1,000 dinar. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau banyak memberi hartanya kepada keluarganya.

Khalifah Uthman bin Affan juga tidak perlu mengambil wang daripada baitul-mal kerana beliau seorang yang kaya. Pelantikan beliau sebagai khalifah menyebabkan aktiviti perniagaannya terhenti supaya beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya sebagai seorang khalifah. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa untuk mengurus hartanya beliau telah memberikan harta tersebut kepada kaum keluarganya.

Mengenai 1/5 harta rampasan perang yang diberi kepada Abdullah iaitu Gabenor Mesir bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk menampung perbelanjaan tentera laut dan membayar gaji pegawai kerajaan. Tambahan pula, Khalifah Uthman bin Affan mempunyai hak untuk mendapatkan 1/5 daripada harta rampasan perang seperti yang terdapat dalam Al-Quran surah al-Anfal bagi kegunaan awam.

Tuduhan 5 - Membenarkan Sahabat Memiliki Harta Di Iraq

Khalifah Uthman bin Affan dituduh memberi tanah dan ladang kepada para sahabat dan ketua-ketua kabilah. Tanah tersebut dikenali sebagai tanah Sawafi iaitu tanah yang tiada bertuan yang dahulunya diuruskan oleh golongan Ahl al-Ayyam. Beliau juga dituduh membenarkan para sahabat nabi berhijrah keluar daripada Hijjaz.

Jawapan

Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khatab, tanah-tanah Sawafi ditadbir oleh golongan Ahl al-Ayyam iaitu masyarakat Islam yang menyertai ekspedisi ketenteraan di Iraq. Mereka terdiri daripada kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w diberi peluang mendapatkan saham mereka melalui penyertaan mereka dalam ekspedisi tersebut iaitu melalui skim pertukaran tanah yang disediakan oleh khalifah.

Melalui skim ini sahabat yang memiliki tanah dibenarkan menukar tanah mereka dengan tanah yang terdapat di Iraq. Misalnya, Talhah bin Ubaidilah merupakan bekas tentera Iraq telah menukarkan tanahnya di Khaibar dengan tanah Sawafi di Nashstaj di Iraq.

Mereka yang terlibat dalam skim ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar tetapi juga bekas murtad seperti Asy’ath bin Qais. Tambahan pula para sahabat mendapat tanah bukan secara percuma tetapi melalui skim pertukaran tanah. Tindakan Said mengisytiharkan tanah Iraq menjadi kepunyaan kaum Quraisy kerana mengenang jasa dan kedudukan kaum Quraisy yang sentiasa dipandang tinggi oleh oleh masyarakat pada masa itu.

Dengan mengendalikan tanah-tanah di Iraq mereka dipandang dan dihormati. Sebelum ini hampir semua pemimpin yang dilantik sama ada dalam tentera atau pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Quraisy.

Tuduhan 6 - Membakar Naskhah Al-Quran

Khalifah Uthman bin Affan juga dituduh mencemar kesucian Al-Quran kerana bertindak membakar naskhah Al-Quran.

Jawapan

Untuk mewujudkan sebuah Al-Quran yang standard dan seragam, Khalifah Uthman bin Affan telah melantik sebuah jawatankuasa bagi mengkaji naskhah Al-Quran yang ditulis dan disebarkan. Hasil kajian didapati Al-Quran ditulis dalam pelbagai loghat tempatan dan tersebar di wilayah-wilayah Islam. Keadaan ini menyulitkan masyarakat Islam. Khalifah Uthman bin Affan memutuskan hanya perlu wujud satu bentuk Al-Quran sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy yang dikenali sebagai Masyaf Uthmani. Lain-lain Al-Quran dibakar untuk menjaga kesucian Islam.

Kesimpulan

Jika dilihat keseluruhan tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Khalifah Uthman bin Affan kebanyakannya bertumpu kepada sikap dan tindakannya secara kebetulan berketurunan Bani Ummaiyah. Setiap tindakan dianggap salah oleh musuh-musuh Bani Ummaiyah.

Tuduhan yang serupa juga berlaku terhadap Muawiyah dan pemimpin-pemimpin Bani Ummaiyah. Keadaan ini berbeza pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar kerana mereka memandang tinggi dengan menghormati kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani Ummaiyah terutama dalam bidang pertabiran. Terbukti ramai di kalangan mereka dilantik memegang jawatan penting negara pada kedua-dua zaman tersebut.

Fitnah dan Hasutan Dalam Sejarah Pemerintahan Empayar Islam

Sejarah kejatuhan dan keruntuhan negara atau empayar Islam sepanjang zaman di mana-mana sahaja adalah berpunca daripada faktor fitnah, hasutan dan adu domba sesama sendiri. Penghasutnya adalah bijak pandai daripada kalangan mereka, termasuk golongan yang mendakwa dirinya sebagai ahli agama. Hukum-hakam agama adalah alat yang paling berkesan bagi maksud tersebut.

Perkataan hasut membawa erti cocoh, acum, batu api, agitasi dan sebagainya. Dalam bahasa agama disebut fitnah. Semuanya memberi maksud tuduhan jahat yang diada-adakan atau memanjangkan berita buruk yang tidak benar bertujuan kecelakaan dan kemusnahan. Hasutan fitnah ini sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi yang dikepalai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pada zaman Khulafa Rasyidin pula hanya Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sahaja yang mati dalam keadaan biasa. Tiga khalifah yang lain, Khalifah Umar, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Thalib semuanya syahid dibunuh oleh penjahat-penjahat yang menerima hasutan.

Peristiwa Majlis Tahkim yang berslogankan tidak ada hukum melainkan daripada hukum Allah adalah peristiwa pembohongan dan penyalahgunaan agama yang paling ketara. Amru Ibnul As mewakili pihak Muawiyah bin Abu Sufian berjaya menggunakan helah politik bagi memperdaya Abu Musa al-Asyaari yang mewakili pihak Khalifah Ali bin Abi Thalib.

Khalifah Ali bin Abi Thalib amat kecewa dan kesal dengan perundingan itu dan merasai dirinya dan orang ramai tertipu dengan slogan tersebut. Beliau memberi komentar dengan ucapannya yang masyhur: ‘Kata-kata itu benar, tetapi maksudnya adalah batil.’

Berikutan daripada peristiwa Tahkim itulah akhirnya Khalifah Ali bin Abi Thalib dibunuh, runtuhnya kerajaan Khulafa Rasyidin, lahirnya kelompok politik (firqah) dalam masyarakat Islam dan lahirnya kerajaan Ummaiyah, iaitu kerajaan Islam yang sah yang diterima oleh majoriti umat Islam pada waktu itu.

Perang Jamal (36H/656M) merupakan perang saudara pertama dalam masyarakat Islam yang dicetuskan oleh segelintir penghasut yang tidak senang dengan pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Peperangan ini yang berlaku di sekitar bandar Basrah telah mengorbankan kira-kira 10,000 umat Islam. Antaranya ialah Talhah bin Ubaidullah dan az-Zubir bin al-Awwam, dua sahabat termulia dan terkemuka di sisi Rasulullah s.a.w dan antara sepuluh sahabat yang dijanji mendapat syurga.

Saiyidatina Aisyah, isteri Nabi, juga terlibat dalam peperangan ini yang berakhir dengan kekalahan dan ditawan oleh Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dia dilayan baik oleh Khalifah Ali bin Abi Thalib dan kemudiannya dihantar balik ke Madinah. Setahun kemudian, berlaku pula Perang Siffin antara Khalifah Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abi Sufian. Muawiyah kalah dalam peperangan ini, tetapi menang di meja perundingan.

Amru Ibn al’As bagi pihak Muawiyah telah membuat helah politik mengajak pengikut-pengikutnya menjulang Al-Quran di hujung pedang menyeru gencatan senjata dan kembali berhukum dengan hukum Allah. Orang ramai tertipu dengan helah tersebut. Banyak tragedi yang menyayat hati berlaku selepas itu. Antaranya yang paling sedih ialah peristiwa pembunuhan ramai sahabat Rasulullah s.a.w terkemuka, termasuk dua cucunya Hasan dan Husein, putera-putera Siti Fatimah binti Rasulullah s.a.w. Kesan buruknya berlarutan sehingga hari ini.

Semua permusuhan dan pembunuhan adalah atas nama Islam. Masing-masing dilemparkan tuduhan kononnya tidak melaksanakan keputusan dan pentadbiran menurut ajaran Islam sebenar. Khalifah Uthman bin Affan dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme serta menyalahgunakan wang negara (baitul-mal). Khalifah Ali bin Abi Thalib yang merupakan sepupu dan menantu Rasulullah s.a.w sendiri pun terpalit dengan tuduhan seumpama itu seperti kononnya beliau terlibat dengan pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan menyokong pemberontak. Kesannya Khalifah Khalifah Ali bin Abi Thalib kemudiannya syahid dibunuh oleh pembunuh upahan Khawarij.

Muawiyah kemudiannya berjaya mendirikan kerajaan Islam yang baru di atas keruntuhan kerajaan Khulafa Rasyidin. Pusat pentadbirannya berpindah dari Madinah ke Damsyik (Syria). Kerajaan Ummaiyah juga tidak terlepas daripada gerakan penghasutan dan agitasi daripada musuh-musuh politiknya sesama Islam. Musuh paling utama ialah Khawarij dan Syiah. Gerakan perseteruannya paling keras dan amat sengit. Orang ramai keliru dengan propaganda mereka, kerana pemimpin mereka adalah terdiri daripada sahabat-sahabat yang hafaz Al-Quran dan banyak menyimpan hadis.

Akhirnya, setelah kira-kira 90 tahun memimpin negara Islam, kerajaan dari keluarga Ummaiyah pula menerima nasib yang sama seperti kerajaan Khulafa Rasyidin. Kerajaan ini digulingkan oleh keluarga Bani Abbassiyah dan golongan Syiah secara paksa hasil daripada gerakan mereka yang sangat lama.

Kerajaan Abbassiyah yang berpusat di Baghdad (Iraq) ditubuhkan selepas keruntuhan kerajaan Umaiyyah dan kerajaan-kerajaan Islam lain yang didirikan kemudian juga tidak terlepas daripada kejadian-kejadian yang sadis dan kejam. Ramai khalifah, gabenor dan ulama dibunuh dengan zalim dan menyayat perasaan.

Ajaran Islam adalah jelas. Islam tiada cacat celanya. Yang cela adalah penganutnya yang terpesong. Allah s.w.t memerintahkan umat Islam supaya menyatukan barisan dan menghindar diri daripada perpecahan. Ditegah sama sekali benci-membenci, cerca-mencerca, pulau-memulau dan menumpahkan darah. Malangnya perintah seumpama itu tidak dipatuhi. Umat Islam terus-menerus berkelompok dan bercerai-berai. Paling malang apabila hukum-hukum agama dijadikan senjata bagi maksud tersebut.

Berlakunya demikian adalah kerana kesilapan mereka yang terlibat terutama para penyokong yang fanatik dan ketidakfahaman ajaran Islam sebenar, atau kerana kedegilan sebilangan mereka dan keingkaran terhadap ajaran agama, atau kerana desakan politik dan kumpulan, atau menjaga kepentingan keduniaan melebihi segala-galanya. Walau bagaimanpun, kita wajar berlapang dada dan menghormati ‘ijtihad’ yang dilakukan oleh para Khalifah Rasyidin dan para sahabat dalam menangani permasalahan pada ketika itu. Cuma penerimaan masyarakat, rakyat serta penyokong terhadap keputusan ketua menyebabkan tindakan dan fahaman yang berbeza-beza telah diambil.

Perselisihan Yang Merugikan Umat Islam

Sebelum Saiyidina Uthman bin Affan dibunuh, beliau sempat membaca surah-surah dari Al-Quran. Dan riwayat menyatakan Saiyidina Uthman mati dibunuh dalam keadaan sedang membaca Al-Quran. Baju yang dipakai oleh Saiyidina Uthman semasa beliau dibunuh dan jari-jari isteri Saiyidina Uthman yang putus akibat ditetak oleh pemberontak semasa mempertahankannya dibawa oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Nu’man bin Basyir ke Syam dan dipersembahkan kepada Gabenor Syam. Ketika itu, jawatan Gabenor Syam dipegang oleh Muawiyyah bin Abi Sufian, yang juga merupakan sepupu kepada Saiyidina Uthman bin Affan.

Kemudian, Muawiyyah meletakkan baju yang berdarah dan jari-jari isteri Saiyidina Uthman tadi di atas mimbar masjid supaya dapat dilihat oleh penduduk Syam. Melihat keadaan ini, semua penduduk Syam menangis mengenangkan peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman. Lalu, penduduk Syam yang tidak berpuas hati menggesa khalifah mengambil tindakan Qisas terhadap pembunuh Saiyidina Uthman.

Ketika itu, jawatan khalifah yang kosong diganti oleh Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Apabila Saiyidina Ali diangkat menjadi khalifah, beliau dituduh lambat mengambil tindakan terhadap pemberontak yang membunuh Saiyidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan bulan berlalu, Khalifah Ali masih belum mengambil tindakan. Namun, hakikatnya bukan begitu. Saiyidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi beliau berijtihad bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi: ‘Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah.’

Saiyidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu dijalankan. Selain itu, Saiyidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang baru dipegangnya. Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba.’ Dia menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam mengatakan bahawa Saiyidina Ali bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saiyidina Uthman.

Di Madinah pula, timbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu membai’ah dan mengakui Saiyidina Ali sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Rasulullah s.a.w untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah al-Bahili dan Abu Dharda r.a. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah. Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, ‘Wahai Muawiyah! Mengapakah kamu tidak mahu bai’ah dan mengakui Saiyidina Ali sebagai Khalifah yang keempat? Lupakah kamu tentang siapakah Saiyidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Saiyidina Ali bin Abi Thalib merupakan orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal dari bapa kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saiyidina Ali itu merupakan sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah s.a.w?’

‘Wahai Muawiyah, jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saiyidina Ali, dan dengan segala keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai’ah kepadanya?’

Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab: ‘Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui Saiyidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak mengambil tindakan terhadap pembunuh Saiyidina Uthman. Aku tidak berpuas hati pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang yang baik dan dia tidak patut dibunuh.’

Namun jawapan yang diberikan tidak mampu menenangkan keadaan. Fitnah dan khabar angin terus menular. Akhirnya, apabila mendengar bahawa Muawiyah tidak mahu membai’ah kepadanya, lalu Saiyidina Ali bersama dengan angkatan perang yang terdiri daripada 150,000 orang tentera menuju ke Syam.

Setelah menerima berita mengatakan terdapat angkatan perang dari Madinah sedang menuju ke Syam, lalu Muawiyah mengutuskan angkatan perangnya dengan kekuatan 130,000 orang tentera. Akhirnya kedua-dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Dan di sinilah terjadinya pertumpahan darah besar yang tercetus sesama umat Islam. Ramai dari kalangan sahabat di mana di dalam dada mereka tersemat 30 juzuk Kalam Ilahi gugur di dalam peperangan ini. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini yang diriwayatkan di dalam sejarah ialah az-Zubair, Talhah dan ‘Ammar bin Yasir r.a.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: ‘Apabila pintu yang kukuh itu dirobohkan, akan bermulalah fitnah yang besar di alam Islam ini.’ Lalu Saiyidina Umar al-Khattab bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ‘Ya Rasulullah, siapakah pintu yang kukuh itu?’ Baginda s.a.w bersabda, ‘Engkau.’

Sesungguhnya, terbukti kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. Bermula dari pembunuhan Saiyidina Umar al-Khattab, pelbagai fitnah yang timbul, dan dalang yang berada di belakang fitnah ini adalah munafik, yang mengaku Islam tetapi sebenarnya berpura-pura masuk Islam dengan tujuan untuk merosakkan Islam.

Imam Al-Lalika’i meriwayatkan di dalam as-Sunnah (no. 2359) bahawa Imam Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad al-Hanbal Rahimahullah berkata, ‘Jika kau melihat seorang berbicara buruk tentang sahabat, maka ragukanlah keislamannya.’

Apabila kita menulusuri Peristiwa Perang Siffin, jangan sesekali timbul di benak kita mengatakan Muawiyah seorang sahabat yang jahat. Di sini dikongsikan dua buah hadis untuk renungan kita bersama. Daripada Ummu Haram binti Milhan, dia berkata: ‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Tentera yang mengangotai angkatan laut Islam yang pertama, mereka semuanya wajib masuk syurga.’ Lalu aku bertanya kepada Rasulullah, ‘Ya Rasulullah, adakah aku berada bersama dalam angkatan laut Islam yang pertama ini?’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya, kamu bersama di dalamnya.’ Kemudian, baginda s.a.w bersabda, ‘Tentera yang mula-mula terlibat di dalam perang di bandar Qaisar, mereka itu diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.’ Kemudian aku bertanya kepada Rasullulah, ‘Adakah aku terlibat di dalam pasukan perang ini ya Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Tidak.’ (hadis sahih riwayat al-Bukhari)

Keterangan:

Ummu Haram merupakan ibu saudara kepada Anas Bin Malik, khadam kepada Rasulullah s.a.w. Namanya tercatat di dalam sejarah sebagai wanita yang banyak berkorban di dalam perjuangan Islam. Semasa hadis ini dikeluarkan, tentera Islam hanya terdiri daripada tentera darat. Armada laut Islam yang pertama dibentuk semasa pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab sebagai Khalifah, di mana angkatan ini belayar ke Cyprus untuk melebarkan empayar Islam ke sana. Ummu Haram ada bersama di dalam peperangan ini, dan panglima perang yang mengepalai armada laut Islam yang pertama ini adalah Muawiyah bin Abu Sufian r.a. Selain itu, isterinya juga turut terlibat di dalam perang ini.

Di dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w pernah mendoakan Muawiyah bin Abi Sufian, ‘Ya Allah, ajarkan Muawiyah al-Kitab dan selamatkan dirinya dari siksa api neraka.’ (Hadis riwayat Ahmad (IV/127) dan Ibnu Hibban (566))

Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa Muawiyah merupakan sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga telah memilih Muawiyah sebagai katibun wahyu. Hal ini membuktikan bahawa ternyata Muawiyah mempunyai kemuliaan dan keistimewaan. Jika tidak, mana mungkin Rasullullah s.a.w memilih beliau untuk menulis wahyu yang Allah turunkan kepada baginda.

Ibnu Katsiir berkata di dalam al-Ba’its al-Hatsits (hal. 182), ‘Adapun perselisihan mereka selepas wafatnya Rasulullah s.a.w, yang di antara perselisihan tersebut, ada yang terjadi tanpa didasari oleh kesengajaan seperti peristiwa Jamal, ada di antaranya yang terjadi kerana faktor ijtihad seperti peristiwa Siffin. Ijtihad itu boleh salah dan boleh benar. Namun, pelakunya dimaafkan jika ia salah, bahkan ia mendapat satu pahala. Adapun ijtihad yang benar, maka ia mendapat dua pahala.’

Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran, ‘Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’ dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.’ (surah at-Taubah; 100)

Syiah Terus Melebarkan Fitnah

Antara sahabat Rasulullah yang menjadi mangsa kutukan dan cercaan mereka ini ialah salah satunya Penulis Al-Quran, Muawiyah bin Abi Sufyan serta keturunannya termasuk Yazid bin Muawiyah. Mereka yang menghina dan mengkafirkan sahabat ini tidak lain adalah mereka yang terdoktrin dengan doktrin Syiah. Antara dakwaan mereka terhadap keluarga Muawiyyah ialah Yazid bin Muawiyyah yang membunuh cucunda Rasulullah s.a.w. Benarkah dakwaan ini?

Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Saiyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa daripada kalangan Bani Ummaiyah.

Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.

Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah sama ada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya.

Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.

Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Saiyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Saiyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.

Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang bernama Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husain ini turut serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam kerajaan pimpinannya.

Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:

1. Hubungan Baik Antara Muawiyah Dan Saiyidina Hasan Dan Husain

Ibnu Katsir menulis, ‘Pada zaman pemerintahannya, Saiyidina Muawiyah melayan Saiyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua.’ (Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8 m/s 50).

Ibnu Abil Hadid menulis, ‘Muawiyah memberikan habuan terutama kepada Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja’afar (ipar Saiyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya).’ (Syarah Nahjul Balaghah).

Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Saiyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Saiyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.

Saiyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Saiyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Saiyidina Hasan, Saiyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m/s 150-151)

Pernah pada sutu ketika Saiyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain pula Saiyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m/s 137).

Pernah Saiyidina ‘Aqil (abang Saiyidina Ali r.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m/s 223).

Saiyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukan-nya) pada hari itu juga. Pada suatu ketika pernah Saiyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu. Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.

Pernah Saiyidina Hussain dan Abdullah bin Ja’far At-Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Saiyidina Hassan, Abdullah bin Ja’far At Thayyar, Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.

Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Saiyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah bin Abbas, ‘Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu atas kematian Hassan ini.’ Ibnu Abbas lantas menyahut, ‘Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu.’ (Al-Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8 m/s 136 – 138.)

2. Menyandang Jawatan Istimewa Dalam Kerajaan Muawiyah

Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadi dan lain-lain) di dalam pemerintahan Muawiyah.Di Madinah, Marwan bin Al-Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah bin Al-Harith bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul Muttalib sebagai qadi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadi yang mula-mula dilantik di Madinah.

Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqat-nya: daripada Abi Al-Ghaits, katanya: ‘Aku mendengar Abu Hurairah berkata, ‘Setelah Marwan Al-Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al-Harith sebagai qadi di Madinah. Abu Hurairah berkata, ‘Itulah qadi yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah).’ (Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m/s 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m/s 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.

3. Qustam Bin Abbas Dan Saiyidina Hassan Ikut Serta Dalam Jihad Yang Dilancarkan Oleh Muwiyah Zaman Pemerintahannya

Qustam bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah s.a.w. Beliau adalah saudara sesusu dengan Saiyidina Husin bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said bin Uthman bin Affan. Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.

Demikian tersebut di dalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m/s 101, Nasabu quraisyin, m/s 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m/s 292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m/s 72.

Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Saiyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan rela hati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam jihad itu.

Ibn Katsir menulis, ‘Setelah Saiyidina Hassan meninggal dunia, Saiyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Konstantinopel di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 Hijrah.’ (Al-Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m/s 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni Asakir, jilid 4, m/s 311, Tazkirah Husain bin Ali.

4. Hubungan Persemendaan Di Antara Bani Ummaiyah Dan Bani Hasyim

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Ummaiyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.

Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman Jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya. Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar sama ada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.

Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat.
Rasulullah s.a.w sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Ummaiyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri, jilid 5, m/s 1, Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, m/s 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, m/s 191, Al-Mustadrak, jilid 3, m/s 96, Mumtahar Al-Amal, jilid 1 m/s 9).

Aban, anak Saiyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum binti Abdullah bin Ja’far, cucu saudara Saiyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m/s 86).

Sakinah, anak perempuan Saiyidina Husain dan cucu kepada Saiyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az-Zubairi, jilid 4, m/s 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah, m/s 94, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m/s 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m/s 349).

Cucu Saiyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Saiyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Saiyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, m/s 348, Al-Ma’arif, m/s 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m/s 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m/s 534).

Kemudian cucu Saiyidina Hassan iaitu anak Saiyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m/s 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m/s 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m/s 438).

Cucu saudara Saiyidina Ali iaitu Ramlah binti Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian. (Kitabu Al-Muhabbar, m/s 449).

Ramlah anak perempuan Saiyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj. (Nasabu Quraisyin, m/s 45, Jamharatu Ansabil Arab, m/s 87).

Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, m/s 52, Jamharatu Ansabil Arab, m/s 228.

Selain daripada cicit kepada Saiyidina Ali, Hafisah binti Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan meninggal dunia sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah binti Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘Umdatu At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m/s 70).

Hasil perkahwinan Saiyidina Husain dengan Laila binti Abi Muruah bin Urwah bin Masud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah binti Abu Sufian bin Harb bin Ummaiyah. Ini bererti Saiyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu isteri kepada Saiyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, m/s 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat, jilid 1, m/s 255).

Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani Ummaiyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara mereka seperti yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.

5. Ahlil Bait Berimamkan Pemimpin Dari Kalangan Bani Ummaiyah Dalam Sembahyang

Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husain.

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Saiyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjemaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjemaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.

Perhatikan riwayat ini:

Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, ‘Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.’ Ja’far berkata, ‘Kerana itu ayahnya ditanya: ‘Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?’ Beliau menjawab, ‘Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu.’ (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m/s 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m/s 258).

Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghir mengemukakan riwayat tentang selalunya Saiyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m/s 57).

Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Ummaiyah. Beliau berkata, ‘Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah.’ (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m/s 158).

Kitab-kitab Syiah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud: Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya: ‘Hasan dan Husain selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, ‘Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?’ Beliau menjawab, ‘Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan.’ (Biharu Al-Anwar, Al-Majlisi, jilid 10, m/s 139-141).

Selain daripada sembahyang fardu yang lima itu, pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Ummaiyah juga mengimamkan sembahyang jenazah daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al-Isti’aab, Al-Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.

Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al-Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m/s 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan jenazah anak saudara Saiyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al-Isobah, jilid 2, m/s 281, Al-Isti’aab, jilid 2, m/s 287 dan Usdu Al-Ghobah, jilid 3, m/s 135)

Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Ummaiyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Saiyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah s.a.w dan juga bapa saudara kepada Saiyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al-Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, m/s 162, Al-Isti’aab, jilid 3, m/s 100).

Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Ummaiyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka, itu adalah permusuhan pada zaman Jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala pada zaman Jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan Semesta Alam.

Perkembangan Tamadun Islam Zaman Khalifah

Sistem pemerintahan Islam merupakan sebuah sistem yang terbaik, diakui oleh ramai pakar sejarah sebagai sebuah sistem yang telah berjaya mewujudkan sebuah tamadun masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi fizikal tetapi juga dari segi akidah, akhlak, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain lagi.

Masyarakat Mekah Dan Madinah Sebelum Kedatangan Islam

Kota Mekah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua-dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, kota Mekah merupakan pusat ibadat dan perdagangan.

Kedudukannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua-dua kota ini dirakam oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. Pada tahun 610 Masehi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Mekah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari sewaktu itu, masyarakat kota-kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna. Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Mekah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Mekah pada tahun 440 Masehi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup berpuak-puak merenggangkan hubungan sesama mereka.

Pauk Abdul Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abdul Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Mekah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al-Fijr adalah bukti permusuhan mereka.

Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4,000-5,000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluk oleh tentera Kristian. Puak Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa puak. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku-suku hasil daripada adu domba daripada puak Yahudi. Permusuhan di antara suku Arab Aus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

Agama Dan Kepercayaan

Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan di sekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Mekah menjadi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.

Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan Tuhan iaitu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa-bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut Kristian di Madinah memusuhi orang-orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a.s. Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan di kalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

Moral Dan Akhlak

Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan.

Sesiapa yang menang dalam apa-apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secara lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

Sistem Ekonomi

Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya.

Sistem perdagangan bebas diamalkan secara riba di pasar yang dibina khas menjadikan kota Mekah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan di kedua-dua pihak mendapat keuntungan.

Pengisytiharan bulan-bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Mekah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara (Syam). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.

Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

Sistem Politik

Masyarakat Mekah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, keberanian dan kebijaksanaan.

Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Mekah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku.

Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahanan Kota Makakh. Selepas kematiannya, jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakan di antara golongan kaya dan miskin.

Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya Perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj pun berlaku.

Ilmu Pengetahuan

Masyarakat Mekah kebanyakannya tidak menguasai ilmu-ilmu yang boleh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang-pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira-kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.

Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walau bagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

Kesimpulan

Masyarakat kota Mekah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka adalah golongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota-kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempur-naan kehidupan mereka.

Kaitan Ummah Dengan Politik Islam Di Madinah

Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Rasulullah s.a.w menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.

Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentera Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.

Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Rasulullah s.a.w telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam.

Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melaga-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut.

Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Rasulullah s.a.w di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang.

Hal ini terbukti semasa Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Rasulullah s.a.w di Mekah.

Piagam Madinah

Pada masa ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Mekah pula digelar Muhajirin. Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah Bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya.

Orang-orang Munafik selalu menjadi musuh dalam selimut. Di samping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

a. Huraian Mengenai Piagam Madinah

Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.

b. Beberapa Aspek Utama Piagam Madinah

  • Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu ummah yang tidak terpengaruh dengan apa-apa elemen yang tidak baik dari luar.
  • Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa-apa serangan musuh.
  • Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi.
  • Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
  • Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

Kepentingan Piagam Madinah kerana ianya mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

  • Penerimaan Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua Hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  • Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Mekah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh mengganggu penganut-penganut agama lain. Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
  • Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy Mekah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Mekah dalam Perang Khandak.

Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.

Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Struktur Pemerintahan

Nabi Muhammad s.a.w dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu keturunan Bani Hashim. Setelah baginda dilantik menjadi Rasul Allah pada 610 Masehi, Nabi Muhammad s.aw mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat Quraisy Mekah. Penentangan demi penentangan menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke Madinah seterusnya mengasaskan sistem pemerintahan negara Islam pertama di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar penting antaranya membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada empat perkara iaitu:

  1. Menghapuskan semangat Assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
  2. Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat.
  3. Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam pentadbiran.
  4. Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

Pembentukan Ummah

Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep Pembentukan Ummah. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk Islam.

Setelah itu tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyyah. Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Mempertahankan Negara

Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan dan undang-undang yang tertinggi di Madinah. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati.

Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

Musyawarah Dalam Pentadbiran

Baginda berjaya memperkenalkan Sistem Syura (musyawarah) dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.

Rasulullah s.a.w juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan golongan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah. Baginda juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Mekah bagaimana umat Islam dapat menghadapi serangan orang-orang Quraisy.

Membina Angkatan Tentera Islam

Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya dari kaum musyrikin.

Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada, pertama disertai oleh Nabi Muhammad yang dipanggil ‘ghazwah’ dan kedua ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dikenali sebagai ‘sariyah’. Nabi Muhammad s.a.w telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.

Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri peperangan menghadapi serangan orang Musyrikin Mekah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud dan Khandak. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan pemimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

Membina Masjid

Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah Nabi yang dikenali sebagai Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan pusat penyebaran Islam. Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid al-Nabawi juga berfungsi sebagai mengajar, membimbing, memberi nasihat kepada orang-orang yang baru menganuti Islam.

Ciri-Ciri Kepimpinan Rasulullah

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos 610 Masehi) iaitu surah al-Alaq dan dilantik secara mushafi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam Al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negara yang disegani.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Agama

Baginda Rasulullah s.a.w berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam Al-Quran. Sebagai seorang pendakwah, baginda menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh baginda.

Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al-Quran dan hadis. Dalam amanat terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada Al-Quran dan hadis.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Politik

Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu:

  1. Meletakkan semula batu hitam atau Hajar al-Aswad dipenjuru Kaabah.
  2. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua.
  3. Diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui Sahifah Madinah.
  4. Mengadakan hubungan diplomatik, contohnya menghantar perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir.
  5. Memperkenalkan Sistem Syura untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Tentera

Rasulullah s.a.w menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan baginda telah menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Akidah, syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.

Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. baginda sentiasa mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Baginda juga sentiasa adil kepada kawan sama ada kawan atau musuh, contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan-kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah. Baginda juga telah berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam. Selain itu baginda juga telah memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:

  • Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaan-Nya.
  • Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah dan berperang.
  • Melarang bertindak kejam terhadap tawanan dan musuh yang telah mati.
  • Melarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua.
  • Melarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
  • Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
  • Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
  • Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
  • Patuh kepada ketua.
  • Tidak boleh lari dari medan peperangan.
  • Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Masyarakat

Baginda talah berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan. Juga menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan. Selain itu baginda juga telah berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.

Antara lain perubahan yang baginda telah lakukan ialah:

  1. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
  2. Menaikkan taraf wanita.
  3. Menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui Konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi (di peringkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah).
  4. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing-masing.
  5. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah, ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan Bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menentukan hukuman kerana baginda lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Ketua Hakim

Baginda s.a.w. menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama di dalam beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim. Sebagai contoh: ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fathimah anak yang paling baginda sayangi.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Perancang Ekonomi

Baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda juga berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.

Kesimpulan

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Institusi Khalifah

Institusi Khalifah wujud selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Profesor K. Ali dalam bukunya yang berjudul A Study of Islamic History telah mengambarkan tentang sejarah perkembangan tamadun Islam zaman Khulafa al-Rasyidin dengan cemerlang. Menurut beliau, institusi khalifah bermula dengan pelantikan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara Islam. Pemilihan ini adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh umat Islam. Rasulullah s.a.w tidak menamakan seorang pun sebagai pengganti untuk memimpin umat Islam selepas baginda wafat.

Ini merupakan satu masalah yang besar ketika itu. Umat Islam ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan Ansar menyokong Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin menyokong Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq dan golongan Bani Hasyim mencadangkan Saiyidina Ali bin Abi Talib.

Walau bagaimanapun perpaduan umat Islam tetap terpelihara. Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah yang pertama. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz (bai’ah) dalam himpunan ramai di masjid Madinah.

Sistem Pelantikan

Sistem pelantikan khalifah dianggap sebagai sesuatu yang sangat menarik. Ini kerana terdapat dua peringkat lantikan. Pertama pelantikan khalifah yang baru dan lafaz taat setia dari semua para sahabat. Seseorang khalifah yang terpilih biasanya dicalonkan oleh seorang atau lebih daripada sahabat. Majlis Syura mencalon dan melantik secara langsung dan sebulat suara.

Sesiapa sahaja di dalam Majlis Syura boleh menyanggah sebarang pencalonan. Tetapi ia mesti menerima keputusan majoriti. Jika terdapat ahli yang tidak menyetujui pelantikan ia mesti mengangkat lafaz ikrar bersama. Sistem pelantikan Khulafa al-Rasyidin menampakkan satu kecenderungan iaitu kecenderungan yang lebih berbentuk demokrasi dan republik. Di mana sentimen perkauman dapat dihapuskan.

Tugas Khalifah

Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam melalui sistem pelantikan yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam perlembagaan atau badan politik. Namun demikian tidak bererti ia bebas dari melakukan sesuka hati dan mempunyai kuasa yang tidak tebatas. Kerana Al-Quran dan sunah adalah merupakan panduan yag membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah.

Khulafa al-Rasyidin amat bebeza dari Rasulullah s.a.w dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan. Namun demikian mereka mempunyai tugas keagamaan yang tersendiri (menjadi imam di dalam sembahyang, membaca khutbah). Mereka juga bertugas sebagai ketua panglima tentera. Mereka bertanggungjawab melantik penglima-panglima tentera dan menghantar pesukan-pasukan tentera keluar negeri untuk menentang musuh-musuh Islam. Kadang-kadang mereka sendiri yang memimpin tentera apabila berperang. Sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam peperangan Qadisiyah.

Majlis Syura adalah tempat rujukan kepada Khulafa al-Rasjidin sebelum mendapat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan ke atas musuh. Mereka sekali gus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Di peringkat wilayah jawatan hakim disandang gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka.

Pada zaman Khulafa al-Rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Khalifah Umar perpisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari pertambahan keluasan wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan bertambahnya beban dalam kadar di luar keupayaan bagi menghauskan jawatan itu disandang oleh gabenor.

Justeru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Khalifah Umar untuk mengatasi masalah ini. Khulafa al-Rasyidin juga mempunyai tanggungjawab untuk menyelia dan mengurus pemungutan hasil dalam negeri, pembinaan infrastruktur seperti pembinaan hasil tali-tali air dan sebagainya. Dalam banyak hal Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar kerapkali berbincang terlabih dahulu dengan Majlis Syura sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Tugas Majlis Syura

Majlis Syura adalah merupakan satu badan perundingan yang dianggotai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang terdekat. Majlis inilah yang menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh Khalifa al-Rasyidin dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Penubuhannya adalah sebagai pematuhan kepada perintah Al-Quran sendiri.

Di antara ayat yang menjelaskan hal ini ialah: ‘Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah meeka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulat tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.’

Merujuk kepada Majlis Syura bukan sahaja dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidin, malah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang dari masa ke semasa sentiasa mendampingi para sahabat setianya dan berunding dalam banyak perkara dalam melakukan suatu tindakan khususnya perkara yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran.

Di dalam penubuhan Majlis Syura dijelaskan oleh Profesor K. Ali tidak terdapat sebarang formula. Juga tidak mempunyai satu jumlah tetap tentang jumlah ahlinya. Biasanya golongan sahabat Muhajirin menjadi teras kepada Majlis Syura dan disertai juga oleh sahabat dari golongan Ansar. Malah sesiapa juga boleh menjadi ahlinya berdasarkan keperluan semasa. Di mana pernah dikatakan rakyat biasa dan tetamu yang menziarahi Madinah pernah diundang untuk menyertai mesyuarat majlis tersebut.

Mesyuarat diadakan di Masjid Nabawi. Apabila ia hendak diadakan pengumuman disampaikan kepada semua ahli majlis tersebut. Nasihat Majlis Syura diutamakan oleh Khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam khusus di dalam memilih panglima tentera, gabenor, pegawai kanan, kadar ckai yang harus dikenakan, jawatan-jawatan baru yang harus diwujudkan dan sebagainya. Majlis Syura sama sahaja kedudukanya dengan khalifah dari segi syariah di mana mereka berada di bawah titah perintah Al-Quran dan Sunah.

Pentadbiran Wilayah

Khalifah Umar disifatkan oleh Profesor K. Ali sebagai pengasas pentadbiran politik negara Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Di bawah pemerintahannya negara Islam dibahagikan kepada lapan wilayah untuk memudahkan pentadbiran iaitu Mekah, Madinah, Syiria, Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, dan Palestin. Setiap wilayah ini diketuai oleh seorang gabenor yang menjalankan tugas yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar di Madinah.

Pegawai-pegawai lain juga dilantik diwilayah-wilayah tersebut di bawah penyelian gabenor. Setiap pegawai yang dilantik seperti Amil untuk memungut hasil negara diberikan senarai tugas dan tanggungjawab serta batas-batas kekuasaan masing-masing. Harta mereka disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakkan penyelewengan kuasa rasuah dan sebagainya.

Jika setelah memegang jawatan itu dalam jangka masa tertentu didapati harta mereka luar biasa jumlahnya ia akan dirampas oleh Khalifah Umar. Khalifah Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru bin As. Kadi yang dilantik oleh Khalifah Umar ditetapkan jumlah gajinya dan ditetapkan juga tugas-tugasnya di samping sebagai hakim dan pengurusan pentadbiran kehakiman, ia juga mengurushan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya. Terdapat jawatan lain pada zaman Khalifah Umar iaitu kitab Al-Diwan dan Sahib Baitulmal, yang pertama menguruskan tentera dan kedua menguruskan kewangan.

Polis

Tanggungjawab memelihara keselamatan awam negara Islam atau tugas-tugas polis dipikul bersama oleh masyarakat awam secara umum. Namun demikian, Khalifah Umar telah memperkenalkan pasukan kawalan malam dan rondaan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali sistem polis diperkenalkan.

Tentera

Pada zaman Khulafa al-Rasyidin tentera terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Dari segi persenjataan pula tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin memakai perisai, pedang dan lembing atau tombak dan panah.

Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi, pasukan berjalan kaki memakai seluar dan kasut sepeti orang Afghanistan dan Punjab. Dijelaskan oleh Profesor K. Ali, pakaian tentera Eropah pada hari ini meniru pakaian tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Semasa peperangan gendang digunakan. Pusat-pusat kem tentea yang terbesar pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan Mansurah.

Khulafa al-Rasyidin juga berusaha bagi memberikan segala kemudahan bagi keselesaan tentera Islam. Perhatian khusus diberikan bagi memastikan kesihatan tentera Islam berada di paras yang memuaskan. Berek tentera Islam dikatakan luas dan selesa dan dibina di tempat-tempat yang terjamin kesihatan alam sekitar. Setiap tentera diletakkan di bawah jagaan doktor untuk menjaga kesihatannya.

Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji dari zakat dan cukai. 600 dirham adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa setahun. Keluarga tentera juga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma. Selepas berlaku sesuatu perperangan harta rampasan peperangan juga dibahagikan kepada mereka iaitu sebanyak 4/5.

Tentera Laut

Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi amat masyhur sebagai pusat perdagangan antarabangsa, yang menjadi perantara antara Eropah dengan timur. Dari segi geogrfi sendiri menunjukan ia dikelilingi oleh Laut Merah, Laut Hindi dan Teluk Parsi. Bangsa Arab kesimpulanya adalah bangsa perdagangan dan pelayaran.

Terbukti bahawa masyarakat Arab telah pun menguasai laut sekali gus menguasai ilmu pelayaran. Dilaporkan Profesor K. Ali bahawa umat Islam telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah ke Habsyah dalam tahun ke-6 setelah seruan Islam dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. yang berjumlah 15 orang itu, tiba ke Habsyah melalui jalan laut ialah dengan menumpang dua kapal dagangan Arab yang kebetulan hendak berniaga ke Habsyah.

Pada zaman Khulafa al-Rasyidin wilayah Islam semakin bertambah luas sampai ke Mesir, seluruh Teluk Parsi dan sebagainya. Pada zaman merekalah umat Islam menguasai pelabuhan seperti Oballah di Teluk Parsi yang sibuk disinggahi oleh pedagang yang membawa barang dagangan ke India dan China. Begitu juga umat Islam kemudianya menguasai Laut Merah dan Laut Mediterranian. Untuk meluaskan lagi menentang kekuasaan Rom dan sebagainya.

Pada mulanya Khalifah Umar sendiri enggan untuk menggunakan angkatan tenteranya melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai laut ketika itu. Cadangan itu pernah dikemukakan oleh Mua’wiyah ketika menjadi gabenor di Syria dan menghadapi serangan tentera Rom dari laut.

Tetapi Khalifah Umar mengubah fikiranya apabila negara Islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir. Jalan darat bukan sahaja jauh tetapi memakan masa yang amat panjang. Oleh itu beliau telah menggali terusan sejauh 69 batu dari Sungai Nil ke Laut Merah. Sebanyak 20 buah kapal boleh belayar di terusan tersebut membawa makanan dari Mesir ke Laut Merah dan sampai di Madinah dengan selamat.

Dilaporkan oleh Profesor K. Ali bahawa serangan tentera Islam melalui laut buat pertama kali dilancarkan di bawah pemerintahan Khalifah Umar yang diketuai oleh al-Ala bin al-Hadrami, menentang tentera Parsi. Tetapi serangan laut ini dilakukan tanpa mendapat restu dari Khalifah Umar. Zaman penguasaan laut tentera Islam dalam erti kata yang sebenarnya bermula dalam masa pemerintahan Khalifah Uthman.

Panglima laut Islam yang pertama ialah Abdullah bin Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan ke atas beberapa sasaran tentera Rom. Serangan tentera Islam selanjutnya dilancarkan oleh Muawiyah dan Abdullah yang melancarkan serangan ke atas Cyprus dalam tahun 28 Hijrah dan Laut Mediterranian secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh Islam. Hakam telah dilantik oleh Khalifah Uthman sebagai gabenor di Bahrain dan diarahkan supaya menyediakan kelengkapan angkatan tentera laut untuk menyerang India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana, Bahroch dan sebagainya. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengelepalai satu pasukan tentera laut untuk menyerang Dabul pelabuhan Sind.

Keadaan Sosial

Khulafa al-Rasyidin menjadi contoh dan teladan yang terbaik pada zaman mereka. Kerana mereka hidup dalam keadaan sederhana dan jujur Mereka tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran. Mereka tinggal di dalam rumah yang kecil dan bekerja sendiri untuk mencari rezeki. Mereka tidak memakai pengawal keselamatan sehingga ada di antara mereka yang mati ditikam.

Mereka tidak berasa malu untuk melakukan kerja kebajikan dan bercampur gaul dengan masyarakat biasa. Pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk menerima pengaduan seluruh rakyat tanpa mengira miskin, kaya, cantik, berpangkat, hodoh atau hina. Mereka hanya mengambil sedikit sahaja dari baitulmal untuk kegunaan mereka.

Hati mereka dikhususkan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah s.w.t. Mereka berpakaian dalam keadaan yang paling ringkas. Pakaian orang Arab Badwi ialah memakai pakaian yang berjubah panjang dan tali pinggang yang diperbuat daripada kulit. Pada jubah mereka terdapat bulu unta. Di medan peperangan mereka memakai serban sepertimana yang dipakai oleh kebanyakan orang Arab.

Kedudukan wanita pada zaman Khulafa al-Rasyidin amat mulia di mana mereka amat berhak untuk mewarisi harta ibu bapa dan suami. Mereka juga diberi hak untuk menerima atau menolak calon suaminya. Mereka juga bebas bergerak dalam masyarakat dalam keadaan memelihara akhlak Islam seperti menutup aurat dan sebagainya malah mereka turut serta dalam peperangan. Poligami dikatakan wujud tetapi dalam keadaan yang terhad. Sistem perhambaan terus menerus dihapuskan pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Pentadbiran Cukai

Sumber pendapatan negara Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah sama dengan zaman Rasulullah s.a.w. yang bergantung kepada zakat, jizyah, kharaj, ghanimah dan fay. Hasil pendapatan negara pada zaman Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar tidaklah sebesar mana. Tetapi pada zaman Khalifah Umar pendapatan negara bertambah besar dalam kadar yang amat pesat sekali yang tidak dapat dihabiskan. Jesteru itu satu sistem pemungutan hasil diperlukan untuk mengemaskinikan pentadbiran hasil pendapatan negara.

Sejak itu Khalifah Umar memberikan perhatian yang khusus dan serius di dalam pentadbiran pemungutan cukai berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar. Jenis cukai yang baharu juga telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar seperti usyr. Ia adalah sejenis cukai yang dikenakan kepada saudagar-saudagar yang bukan beragama Islam. Kadar yang dikenakan ialah 10% ke atas barang dagangan mereka.

Baitul-Mal

Hailani Muji Tahir di dalam bukunya Baitul-Mal: Institusi Kewangan Negara Islam, menjelaskan bahawa institusi kewangan Islam dalam bentuk baitul-mal secara mushafi ditubuhkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. Ini tidak pula bererti bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar tidak terdapat sebarang institusi kewangan.

Sebenarnya secara tidak mushafi institusi kewangan dalam bentuk baitul-mal telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Abu Bakar. Tetapi baitul-mal dalam erti kata yang sebenarnya belum lagi wujud kerana hasil negara Islam belum berkembang. Di mana kita dapati sumber pendapatan negara dalam bentuk zakat, jizyah dan lain-lainya tidak disimpan lama.

Dalam erti kata lain pendapatan negara Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Abu Bakar dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah faktor terpenting mengapa institusi kewangan dalam bentuk baitul-mal tidak timbul pada zaman mereka. Pengluasan jajahan takluk Islam begitu mendadak sekali pada zaman Khalifah Umar di segenap penjuru alam. Implikasi dari penaklukan ini mendatangkan hasil dalam bentuk wang.

Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan telah dikemukakan oleh Khalid bin Walid kepada Khalifah Umar agar menubuhkan satu institusi kewangan negara yang bertanggungjawab menguruskan harta negara Islam. Pada masa itu perbendaharaan ini dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudianya dikenali sebagai baitul-mal.

Institusi Baitul-Mal kemudiannya berkembang luas sehingga setiap wilayah Islam menubuhkan baitul-mal sendiri sebagai cawangan baitul-mal yang yang berpusat di Madinah. Sejak itulah baitul-mal berfungsi sebagai agen yang menguruskan harta negara Islam dan membelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara Islam selaras dengan akidah, syariah, dan akhlak.

Sumber dan rujukan:

  1. Awasim min al-Qawasim, al-Qadhi Abu Bakar ibn Arabi, tahqiq; Muhibbudin al-Khatib
  2. Shamsuddin M.D, Hj Mohd Rashad (2003). Khulafa’Rasyidin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
  3. Aziz, Dr Mukhtar (2005). Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: PT Ictiar Baru Van Hoeve.
  4. Syakir, Mahmud(2004). Biografi Gemilang Khalifah Uthman Bin Affan Dzin Nurain. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
  5. Semit, Syed Ahmad(1995). Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga. Singapura: Pustaka Islamiyah Pte Ltd.
  6. Quthud, Muhammad Ali (1984). Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
  7. Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn Bhd.
  8. Syed, Syed Ahmad Semait (1995), Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga, Singapura, Pustaka Islamiyah Pte Ltd.
  9. Ash, Prof. T.M Hasbi Ash Shiddiey, Sedjarah Dan Pengantar Ilmu Al-Quran / Tafsir (cetakan ke-5 1972), Jakarta, Penerbit Bulan Bintang.

2 ulasan:

  1. DEKLARASI PERANG PENEGAKKAN DINUL ISLAM
    DISELURUH DUNIA
    Bismillahir Rahmanir Rahiim
    Dengan Memohon Perlindungan dan Izin
    Kehadirat Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
    Rabb Pemelihara dan Penguasa Manusia,
    Raja Manusia yang Berhak Disembah Manusia.
    Rabb Pemilik Tentara Langit dan Tentara Bumi


    Pada Hari Ini : Yaumul Jum'ah 6 Jumadil Akhir 1436H
    Markas Besar Angkatan Perang
    Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu

    Mengeluarkan Pengumuman kepada
    1. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Afrika
    2. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Eropa
    3. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia
    4. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia Tenggara
    5. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Amerika
    6. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Australia
    7. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Utara
    8. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Selatan
    9. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) diseluruh Dunia

    PENGUMUMAN DEKLARASI PERANG SEMESTA
    Terhadap Seluruh Negara yang Tidak
    Menggunakan Hukum Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah SAW.
    Perang Penegakkan Dinuel Islam ini Berlaku disemua Pelosok Dunia.

    MULAI HARI INI
    YAUMUL JUM'AH 6 JUMADIL AKHIR 1436H
    BERLAKULAH PERANG AGAMA
    BERLAKULAH PERANG DINUL ISLAM ATAS DINUL BATHIL
    BERLAKULAH HUKUM PERANG ISLAM DISELURUH DUNIA
    MEMBUNUH DAN TERBUNUH FISABILILLAH

    "Dan BUNUHLAH mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan USIRLAH mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.”
    (Q.S: al-Baqarah: 191-193).

    BUNUH SEMUA TENTARA , POLISI, INTELIJEN , MILISI SIPIL ,HAKIM DAN
    BUNUH SEMUA PEJABAT SIPIL Pemerintah Negara Yang Memerintah dengan Hukum Buatan Manusia (Negara Kufar).

    BUNUH SEMUA MEREKA-MEREKA MENDUKUNG NEGARA-NEGARA KUFAR DAN MELAKUKAN PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM.
    JANGAN PERNAH RAGU MEMBUNUH MEREKA sebagaimana mereka tidak pernah ragu untuk MEMBUNUH, MENGANIAYA DAN MEMENJARAKAN UMMAT ISLAM YANG HANIF.

    INTAI, BUNUH DAN HANCURKAN Mereka ketika mereka sedang ada dirumah mereka jangan diberi kesempatan lagi.
    GUNAKAN SEMUA MACAM SENJATA YANG ADA DARI BOM SAMPAI RACUN YANG MEMATIKAN.

    JANGAN PERNAH TAKUT KEPADA MEREKA, KARENA MEREKA SUDAH SANGAT KETERLALUAN MENENTANG ALLAH AZZIZUJ JABBAR , MENGHINA RASULULLAH SAW, MENGHINA DAN MEMPERBUDAK UMMAT ISLAM.
    BIARKAN MEREKA MATI SEPERTI KELEDAI KARENA MEREKA ADALAH THOGUT DAN PENYEMBAH THOGUT

    HANCURKAN LULUHKAN SEMUA PENDUKUNG PEREKONOMIAN NEGARA-NEGARA KUFAR
    DARI HULU HINGGA HILIR


    HANYA SATU UNTUK KATA UNTUK BERHENTI PERANG,
    MEREKA MENYERAH DAN MENJADI KAFIR DZIMNI.
    DAN BERDIRINYA KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH.
    KHALIFAH IMAM MAHDI.

    Kemudian jika mereka berhenti dari memusuhi kamu, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
    Maha Penyayang.

    Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.
    Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu),
    maka tidak ada permusuhan (lagi),
    kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
    Al-Baqarah : 192-193

    SAMPAIKAN PESAN INI KESELURUH DUNIA,
    KEPADA SEMUA ORANG YANG BELUM TAHU ATAU BELUM MENDENGAR

    MARKAS BESAR ANGKATAN PERANG
    KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
    PANGLIMA ANGKATAN PERANG PANJI HITAM
    Kolonel Militer Syuaib Bin Sholeh

    BalasPadam
  2. assalamualaikum... maaf bertanya tuan pernah dengar tak tentang sistem protokol zaman Khalifah Ar-Rasyidin?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA