SMAHADZIR
UTHMAN BIN AFFAN merupakan salah seorang
sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku
pertelingkahan di kalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran.
Disebabkan oleh itu Saiyidina Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran
daripada Hafsa. Selepas itu Saiyidina Uthman bin Affan telah
memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk
yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Saiyidina Uthman.
Salinan Mushaf Saiyidina Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat
jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.
Latar Belakang
Saiyidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah
keluarga Quraish yang kaya di Mekah beberapa tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau ialah salah seorang daripada orang
yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat
dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah
ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Mekah ke Madinah.
Khalifah Uthman bin Affan dilahirkan semasa
Rasulullah s.a.w berumur 5 tahun. Beliau telah memeluk agama Islam melalui
perantaraan Abu Bakar. Beliau adalah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w
yang rapat dan dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga terkenal
sebagai seorang dermawan yang banyak mengorbankan harta untuk kepentingan
Islam. Beliau menyertai semua peperangan pada zaman Nabi kecuali Perang Badar.
Beliau merupakan seorang juru tulis wahyu. Beliau telah diberikan gelaran
Zun-Nurain kerana memperisterikan 2 orang puteri Rasulullah s.a.w iaitu Rokiah
dan Ummi Khalsum.
Pelantikan
Saiyidina Uthman Sebagai Khalifah
Saiyidina Uthman dilantik sebagai khalifah selepas
kematian Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar yang telah ditikam sempat
menamakan 6 orang sahabatnya iaitu Saiyidina Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin
Auf, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Abu
Waqqas untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai bakal khalifah dalam
tempoh 3 hari. Anak Khalifah Umar turut disenaraikan sebagai pemilih tetapi
tidak dibenarkan untuk dipilih.
Akhirnya pemilihan tersebut tertumpu kepada
Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali sahaja setelah calon yang lain
menarik diri. Dengan kebijaksanaannya sebagai pengerusi pemilihan, Abdul Rahman
bin Auf telah melakukan tinjauan dari kalangan sahabat dan umat Islam dan
mendapati bahawa Saiyidina Uthman lebih popular kerana ciri Saiyidina Uthman
sebagai pemimpin yang lembut, bertoleransi, pemaaf, mudah berbicara dan mendapat
sokongan penuh dari kalangan keluarganya iaitu Bani Ummaiyah. Dengan itu,
beliau telah dilantik sebagai khalifah umat Islam yang ketiga.
Perkembangan Islam
Semasa Pemerintahan Saiyidina Uthman
Saiyidina Uthman menjadi khalifah selepas
Saiyidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah
selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa
pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara,
dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan
bahawa Saiyidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru
Islam.
Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman
manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga
berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al-Quran yang dimulakan oleh
Saiyidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita
gunakan Mushaf Uthmani. Seorang sahabat Nabi dermawan, semasa di Madinah
membeli telaga air dari Yahudi dan mewakafkan ianya untuk keperluan masyarakat
Islam.
Pandangan Ahli
Sunah Mengenai Saiyidina Uthman
Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau
mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza (beliau
digelar Zun Nurain). Saiyidina Uthman merupakan salah seorang sahabat yang
dijanjikan syurga.
Pandangan Syiah
Mengenai Saiyidina Uthman
Golongan Syiah percaya
bahawa Saiyidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah
memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka
percaya bahawa Saiyidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam
melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.
Saiyidina Uthman Tokoh Saudagar Dan Peniaga Paling Berjaya
Pada zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat
beberapa orang sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan
kekayaan mereka untuk membela agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang
paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Selain daripada
beliau ialah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain
lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman r.a baik sebelum memeluk Islam
mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang
paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasulullah s.a.w yang banyak mengorbankan
harta bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman bin Affan r.a adalah Khalifah Islam
yang ketiga selepas Saiyidina Umar Al-Khattab r.a Beliau telah memerintah
Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masehi 644 hingga 655
Masehi. Beliau memperoleh gelaran ‘Zun Nurain’ yang ertinya yang memiliki dua
orang cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya
dengan dua orang puteri baginda iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan
sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w telah mengahwinkannya
pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah
s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman r.a. Tatkala isterinya yang kedua itu pula
meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah berkata kepadanya, ‘Jika ada anak
perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau kuambil sebagai menantu.’
Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang
masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras
sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w, iaitu puak Ummaiyah.
Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman bin Affan termasuk orang kelima
diajak oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk
Islam, Saiyidina Uthman r.a termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah
s.a.w kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya. Memang sesungguhnya
Saiyidina Uthman bin Affan r.a terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat
tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu.
Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah
s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda Rasulullah
s.a.w untuk dikahwinkan dengan puteri-puteri baginda seorang demi seorang
selepas meninggal dunia seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi
akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, ‘Malaikat sangat
malu kepadamu hai Uthman.’
Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para sahabat baginda dalam berpakaian yang biasa sahaja,
tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman r.a akan datang
mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai
menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat itu.
Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Aku bermohon kepada Tuhanku supaya tidak
ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan
ke dalam neraka.’ Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman r.a
kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan
Saiyidina Uthman adalah temanku di dalam syurga.’
Saiyidina Uthman
Turut Berhijrah Ke Abyssinia
Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang
dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat
terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut
melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman r.a berserta isterinya adalah
termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak
pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau
sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama
Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah
buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah
untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telah pun lebih dahulu berhijrah di kota
tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman r.a pun
mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi seorang
saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikit pun bagi
menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi
menegakkan kesucian agama Islam.
Membeli Telaga Bir
Ruma
Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan
Saiyidina Uthman bin Affan terhadap Islam. Pada zaman permulaan perjuangan
Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu
Saiyidina Uthman bin Affan telah membeli sebuah telaga yang bernama Bir Ruma
dan seorang Yahudi. Pada sewaktu itulah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Barangsiapa
yang antara kamu yang membeli telaga Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi
keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air telaga tersebut maka orang yang
berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam
syurga.’
Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa
sempit sebab semakin ramai orang yang bersolat di dalamnya, maka dengan spontan
Saiyidina Uthman membeli lima buah rumah yang sederet di samping masjid untuk
dipecah dan dibuka, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih
luas dan besar lagi. Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman
bin Affan r.a juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w.
dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga
pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam
Hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah
menghairankan kiranya beliau tergolong dalam salah seorang yang paling diredhai
oleh Rasulullah s.a.w pada waktu wafat baginda.
Pemalu Dan Warak
Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman r.a
ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat
waraknya, kuat beribadat dan amat takwa kepada Allah, dia mengerjakan segala
perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap
tahun beliau menunaikan ibadah haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau
berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau
sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbang rasa dan
kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah
dan sangat takut akan kemurkaan Allah s.w.t, bila beliau mendengar bacaan
Al-Quran darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa
takutnya.
Saiyidina Uthman bin Affan r.a telah dipilih sebagai
khalifah apabila Saiyidina Umar Ibnul Khattab meninggal dunia apakala beliau
menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada Abdul Rahman bin Auf yang bertindak
sebagai orang tengah. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik
menjadli khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Saiyidina Uthman bin Affan
seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam
menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar
dan Saiyidina Umar r.a yang menjadi khalifah sebelum daripadanya. Mereka
kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya.
Pada masa zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin
Affan, keadaan pemerintahan Islam dan dari semasa ke semasa mula menjadi
bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal.
Orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada zaman beliaulah bermulanya
zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang
baharu.
Dalam zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin Affan
orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang
menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat
perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman
Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak
menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada
orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga
melanggar hukum Allah.
Tegahan Dihapuskan
Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul
keluar meninggalkan bandar Madinah bermastautin di wilayah-wilayah yang baharu
diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh
Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat
tidak dibenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu
diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman r.a
tegahan itu dihapuskan.
Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat
terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam
khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk
mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan
dengan Saiyidina Umar r.a yang sangat mengambil berat tentang kedudukan
wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman bin Affan
inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.
Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian
Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan
hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas sesiapa juga yang
bersalah yang melanggar larangan agama Islam.
Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak
mendatangkan hasil yang baik, berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh
Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa pemerintahannya dan ini menyebabkan
fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai. Satu
perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman
ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh
kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan
terutama salah seorang keluarganya yang bernama Marwan bin Hakkam.
Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur
tangan dalam pemerintahan serta pelantikannya ke atas ramai anggota keluarganya
dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati
orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu daripada perkara-perkara itu ialah
keputusan membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam bin Abi Al-As dan beberapa orang
keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah keluar
dari Madinah kerana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w dan Saiyidina
Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta beliau
membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan
permintaannya itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar r.a dan Saiyidina Umar
r.a dia tidak dibenarkan juga kembali.
Apabila Saiyidina Uthman dilantik menjadi khalifah,
bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah, bukan setakat itu sahaja namun
apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama
Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di
Madinah. Sementara pelantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al-Hakam yang
bernama Marwan menjadi menteri kepadanya itu dikecam hebat juga oleh
orang-orang Islam.
Membantah
Pelantikan
Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah
membantah pelantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman.
Mengenai kembalinya bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu
sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w.
dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian. Selain daripada itu
orang-orang Islam merasa tidak puas hati juga terhadap pemecatan yang dilakukan
oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman
Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum
keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah,
pusat pemerintahan Islam pada masa itu.
Sementara di lain-lain wilayah Islam tidak sunyi
juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tidak puas
hati terhadap Saiyidina Uthman r.a. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula
menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di
Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh Islam yang bernama
Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah
membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman r.a dengan tujuan untuk
memecahbelahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seorang sahabat yang terkenal bernama Abu Zar
Al-Ghifari juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman r.a dengan
membuat cabaran ke atas khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa
itu sebagai wakil khalifah memerintah kota Damsyik. Di negeri Syam Abu Zar
Al-Ghifari telah termakan hasutan dan Abdullah bin Saba lalu menentang Muawiyah
kerana menurut pendapatnya pernah Muawiyah mendakwa bahawa harta Baitul-mal
semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan orang-orang Islam seolah-olah
dia bercadang tidak akan membahagikan harta Baitul-mal tersebit kepada orang
ramai.
Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah bin Saba
kepada sahabat terkenal iaitu Abu Zar Al-Ghifari yang memang berjiwa militan
dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar Al-Ghifari itulah maka
akhirnya Saiyidina Uthman bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu
Zar Al-Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat yang bernama
Raudah. Di tempat pembuangannya itu Abu Zar Al-Ghifari terus-menerus juga
membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman r.a hingga akhir hayatnya beliau
meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan
secara gigih oleh Abdullah bin Saba untuk memecahbelahkan umat Islam telah
mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah berjaya
mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah
dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada
menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a. Di Mesir
Muhammad bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah menyokong
gerakan Abdullah bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya
dengan Saiyidina Ali r.a iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali bin Abu
Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar r.a iaitu Asma binti Umais ibu
Muhammad bin Abu Bakar.
Penentangan Keras
Muhammad bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan
Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan bin Hakkam dari
Madinah kepada Abdullah bin Saba, Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad
bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada
golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-golongan yang menentang
Khalifah Uthman bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah
itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan
mereka kepada khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu
tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh khalifah maka mereka pun melakukan
kepungan terhadap istana Khalifah Uthman bin Affan.
Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka
akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman bin Affan yang terkenal
kerana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama
Al-Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh
tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan tersebut disanggah
oleh isteri Saiyidina Uthman yang bernama Naelah dan kena pada jari tangannya
lalu putus. Akhirnya Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35
Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang
mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.
Keyakinan Khalifah
Uthman Bin Affan
Khalifah Uthman bin Affan yakin sungguh-sungguh
bahawa Zat Yang Maha Suci, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidaklah mungkin
akan ingkar janji-Nya. Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Siapakah orangnya yang
(mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang
ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda
banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu semua dikembalikan.’ (surah
Al-Baqarah 2:245)
Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Wahai orang-orang
yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan
kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman
kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama
Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik
bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Dengan itu)
Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam
taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu
di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.’
(surah As-Saff 61:10-12)
Oleh kerana manfaat memberi sedekah sama ada sedekah
wajib ataupun sedekah sunat adalah cukup besar maka janganlah kita abaikan
sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Latihlah diri kita untuk
mengeluarkan zakat dan juga bersedekah. Jangan tangguh-tangguh untuk
bersedekah, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita
akan rugi kerana rezeki yang datang daripada Allah s.w.t itu kita tidak tahu
dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak
disangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah s.w.t untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya.
Firman Allah s.w.t maksudnya: ‘Dan sesiapa yang
bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah
telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.’ (surah
At-Talaaq 65:2-3)
Seharusnya juga kita mengambil pengajaran daripada
firman Allah seperti berikut:
- ‘Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat)
kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.’ (surah Ali’ Imraan 3:92)
- ‘Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang
baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertakwa.’ (surah Ali’ Imraan 3:133)
- ‘Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan
harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya
- menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.
Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa)
dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi
Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu
kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka
membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu
dakwakan itu)?’ (surah Ali’ Imraan 3:180)
Kata-Kata Hikmah
Khalifah Uthman Bin Affan
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara
terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada
perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi
masih melakukan dosa.
- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan
yakin, tetapi masih mengingat selain-Nya.
- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai
musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
Khalifah Ketiga,
Malaikat Berasa Malu Kepadanya
Sejarah telah mencatatkan bahawa A’ishah melaporkan:
Rasulullah s.a.w sedang duduk di bawah rumahnya dengan paha atau betisnya
terdedah. Abu Bakar meminta izin untuk masuk ke rumah dan telah diizinkan
sedangkan Rasulullah s.a.w yang berada dalam kedudukan demikian dan beliau
datang dan berbicara dengan baginda. Kemudian Umar meminta izin untuk masuk.
Dia telah diberikan izin datang dan berbicara dengan Rasulullah s.a.w masih
dalam kedudukan tadi. Kemudian Uthman bin Affan meminta izin dan Rasulullah
s.a.w bangun dan pakaiannya itu dibetulkan.
Dia kemudian diizinkan dan datang dan berbicara
dengan Rasulullah s.a.w. Setelah beliau telah pergi, A’ishah berkata, ’Abu
Bakar masuk dan anda tidak membetulkan pakaian untuk dia atau bimbang tentang
dia dan Umar datang dan anda tidak membetulkan pakaian untuk dia dan tidak
bimbang tentang dia tetapi bila Uthman bin Affan datang, anda luruskan
pakaian!’ Rasulullah s.a.w berkata, ‘Patutkah saya tidak segan dengan seorang
lelaki yang malaikat sangat malu dengannya?’ (hadis riwayat Muslim).
Sirah Saiyidina
Uthman
Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah Islam
yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau
dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura). Nama beliau
yang sebenarnya ialah Saiyidina Uthman bin Affan bin Abul-As yang mana beliau
dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad s.a.w berumur 5 tahun. Saiyidina Uthman
merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut,
pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang
terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau diberikan gelaran ‘al-Ghani’. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan
hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan
Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan
1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam
menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saiyidina Uthman
telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk
digunakan oleh umat Islam secara percuma.
Saiyidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang
bertakwa dan bersikap warak. Tengah malamnya tidak pernah disia-siakan. Beliau
memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau
menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir, dari matanya mengalir air mata
terharu. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan
umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman bin Affan telah melaksanakan
hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke Madinah.
Perjalanan Kepada
Islam
Era sebelum Islam memerintah, orang Arab menyembah
berhala dan hidup dalam keadaan jahiliyyah
seperti menanam anak perempuan hidup-hidup dan menumpahkan darah yang jumlahnya
bukan sedikit walaupun tanpa alasan. Semangat perkauman antara kabilah sangat
kuat, dan menjadikan tuan menghina dan menzalimi hamba mereka. Perempuan
diperlakukan dengan kejam, dianggap sebagai objek pemuas nafsu lelaki. Mereka semata-mata
hidup untuk melahirkan anak dan kegunaan peribadi.
Sebagai pemuda yang penuh dengan kekuatan, Uthman
bin Affan menjelajah ke banyak tempat untuk berdagang. Kerana itu dia mendapat
kesempatan untuk mengenali berbagai orang dari berbagai bangsa dan belajar
banyak tentang pelbagai kepercayaan lain, yang berbeza dengannya. Pandangannya
tentang berhala dan gaya hidup orang Arab berubah ketika dia mengetahui tentang
Kristian dan Yahudi.
Satu hari ketika Uthman bin Affan kembali ke Mekah
setelah selesai berdagang, dan ketika itu orang berbicara tentang Muhammad bin
Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad
memperkenalkan dirinya sebagai Nabi, kepada semua orang diseru untuk menyembah
hanya satu Tuhan yakni Allah s.w.t yang layak disembah dan tidak harus
dikaitkan dengan apa pun.
Muhammad meminta mereka untuk meninggalkan kebiasaan
menyembah semua berhala dan beribadah kepada Allah s.w.t saja. Meskipun Arab
mengetahui Allah, dakwah Muhammad nampaknya aneh, kerana mereka telah sejak
lama menyembah Tuhan lain selain Allah.
Uthman bin Affan mengetahui tentang Muhammad dengan
sangat baik. Muhammad adalah seorang yang luar biasa yang sangat baik
keperibadiannya. Walaupun dia tidak segera menerima kepercayaan Islam, ia tidak
menentang Muhammad atau Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin Quraisy. Dia
ingat akan pengalaman yang diperolehi dalam perjalanannya berdagang, dia
mendengar cendekiawan Kristian dan Yahudi berbicara tentang kedatangan Nabi
akhir di tanah Arab.
Apabila Uthman bin Affan mendengar tentang Nabi
akhir dari Kristian dan orang-orang Yahudi, beliau berharap bahawa nabi yang
mereka cakapkan akan memimpin Arab ke dalam jalan terang dan lurus. Dia
berfikir tentang apa yang Kristian dan Yahudi bicarakan dan akhirnya dia
memutuskan untuk mengunjungi salah seorang temannya, Abu Bakar, untuk
mengetahui tentang kepercayaan baru ini.
Dia tahu bahawa Abu Bakar telah menerima Islam dan
dia sangat rapat dengan Muhammad. Abu Bakar menjelaskan banyak hal tentang
Islam. Dia mengatakan bahawa orang Islam diminta untuk beribadah kepada Allah
saja dan untuk melepaskan dari menyembah Tuhan palsu atau berhala. Kemudian Abu
Bakar mengundang dia untuk memeluk agama Islam. Uthman bin Affan merasa bahawa
Islam adalah agama yang benar dari Allah dan segera masuk Islam atas undangan
Abu Bakar. Setelah itu, Uthman bin Affan bertemu Nabi dan menyatakan bahawa dia
menerima Islam dengan penuh keikhlasan.
Uthman bin Affan digelarkan ‘Zun Nurain’ yang
bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah s.a.w iaitu
Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah s.a.w
telah menikahkan beliau dengan puteri baginda iaitu Ummi Kalthum. Saiyidina
Uthman berkahwin sebanyak tujuh kali selepas kematian Ummi Kalthum dan semua
anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti
Furaifisha. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar
al-Khattab yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah
oleh jawatankuasa syura yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a.
Kedermawanan
Saiyidina Uthman
Dalam tahun kesembilan hijrah, Rasulullah s.a.w
telah mendapat berita bahawa Rom sedang merancang untuk memusnahkan negara
Islam yang baru muncul. Baginda seterusnya mengarahkan kaum Muslimin untuk
melengkapi diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar
kerana pada tahun itu, kaum Muslimin nampaknya kekurangan sumber tanaman, dan
mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat panas. Mereka tidak memiliki
kelengkapan yang cukup seperti tentera, kerana sebahagian besar Muslimin
terdiri dari golongan yang miskin.
Situasi ini tidak menghentikan usaha Rasulullah
s.a.w. Baginda mendesak para sahabat mempersiapkan diri untuk berperang. Setiap
sahabat mencuba segala yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan Muslimin.
Perempuan menjual perhiasan emas dan permata yang mereka miliki untuk membantu
persiapan perang. Walaupun ratusan sahabat yang sedia untuk masuk ke medan
perang, mereka kekurangan banyak perkara yang diperlukan untuk berperang,
seperti kuda, unta, dan bahkan pedang. Rasulullah s.a.w mengatakan kepada
mereka bahawa ini adalah persoalan yang hidup atau mati untuk negara Islam yang
baru. Rasulullah s.a.w lantas membuat pengumuman yang jelas: ‘Barangsiapa yang
menyediakan kelengkapan untuk para perajurit, akan diampuni segala dosa oleh
Allah s.w.t.’
Uthman bin Affan sewaktu mendengar ucapan Rasulullah
s.a.w, dia menyiapkan dua ratus ekor unta berpelana untuk melakukan perjalanan
ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan dengan 200 pauns emas sebagai sumbangan.
Dia menyumbangkan 1,000 dinar dan meletakkannya ke atas riba Rasulullah s.a.w.
Lagi dan lagi Uthman bin Affan memberi sumbangan dengan menambah 900 ekor unta
dan 100 ekor kuda, selain wang yang dihulurkan dengan ikhlas. Melihat
kedermawanan Uthman bin Affan, Rasulullah s.a.w membuat pernyataan berikut:
’Daripada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membahayakan Uthman bin Affan
walaupun apa yang dilakukannya.’
Kepimpinan Dan
Sejarah Pentadbiran
Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan
Khalifah Uthman bin Affan selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertama
zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula
ialah tahap atau zaman ‘Fitnatul-Kubra’
iaitu zaman fitnah.
Zaman Keamanan Dan
Keagungan Islam
Banyak jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan
oleh Khalifah Uthman bin Affan dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam.
Ini termasuklah kejayaannya dalam:
1. Bidang
Ketenteraan
Khalifah Uthman bin Affan banyak melakukan perluasan
kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat
dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom
Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah
baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya,
Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga
bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi
menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara yang telah
dibuka melalui angkatan tentera ini.
2. Pembukuan
Al-Quran
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam
terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya
perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka
mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka
mempelajari Al-Quran. Banyak terdapat perbezaan bacaan yang membawa kepada
salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini
banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam
menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.
Oleh itu Khalifah Uthman bin Affan telah mengadakan
satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk
seluruh umat Islam. Khalifah Uthman bin Affan telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana
Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke
hari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah
ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan
Islam.
3.
Pembesaran Masjid Nabawi
Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi
dengan jemaah yang semakin ramai. Oleh itu Khalifah Uthman bin Affan telah
membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan
tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.
4.
Menyebarkan Dakwah Islam
Khalifah Uthman bin Affan sering berdakwah di penjara
dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar
hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar ke serata
negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai
pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf
solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan
hukum-hukum.
Detik-Detik
Pemilihan, Kelebihan Dan Pemberontakan
Khilafah menurut makna bahasa merupakan mashdar dari
fi’il madhi khalafa, bererti: menggantikan atau menempati tempatnya. Makna
khilafah adalah orang yang datang setelah orang lain lalu menggantikan
tempatnya. Dalam kitab Mu’jam Maqayis
al-Lughah dinyatakan, khilafah dikaitkan dengan penggantian kerana orang
yang kedua datang setelah orang yang pertama dan menggantikan kedudukannya.
Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar
umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya,
lalu menggantikan posisinya (Kitab Tafsir
Ath-Thabari, juz: hal: 199).
Pengertian Khalifah
Dari Sudut Istilah
Menurut Imam al-Baidhawi, khilafah adalah pengganti
bagi Rasulullah s.a.w. oleh seseorang dari beberapa orang dalam penegakan
hukum-hukum syariah, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib diikuti oleh
seluruh umat (Hasyiyah Syarah
ath-Thawali’, hal. 225).
Menurut Ibn Khaldun, khilafah adalah pengganti
seluruh (urusan umat) sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam
kemaslahatan-kemaslahatan mereka baik ukhrawiyah,
mahupun duniawiyah yang kembali
kepada kemaslahatan ukhrawiyah (Kitab
al-Muqaddimah, hal: 166 & 190).
Menurut Syah Waliyullah ad-Dahlawi: Khalifah adalah
kepimpinan umum untuk menegakkan agama dengan menghidupkan ilmu-ilmu agama,
menegakkan rukun-rukun Islam, melaksanakan jihad, melaksanakan peradilan,
menegakkan hudud dan juga sebagai pengganti dari Rasulullah s.a.w. (Lihat dalam
kitab Iklil al-Karamah fi Tibyan Maqashid
al-Imamah, oleh: Shadiq Hasan Khan, hal. 23).
Konsep Khalifah
Menurut Afzalur Rahman dalam bukunya, Ensiklopedia Sirah, perkataan khalifah
terdiri daripada tiga maksud yang berbeza.
- Merujuk kepada tanggungjawab terhadap kuasa yang dikurniakan oleh
Allah s.w.t. Dalam hal ini seluruh keturunan nabi Adam a.s. merupakan
khalifah di muka bumi.
- Merujuk kepada orang yang mengetuai kerajaan Allah s.w.t dan
menggunakan segala kuasa khalifah di bawah syariat yang diturunkan oleh
Allah s.w.t melalui Rasul-Nya. Dalam hubungan ini hanya orang yang
benar-benar beriman yang dapat dipanggil sebagai khalifah Allah di bumi
ini.
- Merujuk kepada penggantian seseorang atau umat yang mempunyai kuasa
oleh seseorang atau umat lain.
Dua makna yang pertama berasal daripada perkataan
khalifah yang bererti wakil, manakala yang ketiga adalah digunakan dalam erti
kata mengambil alih atau mewarisi daripada seseorang atau satu-satu umat.
Tegasnya, pengertian khalifah yang dinyatakan di dalam ayat yang telah
dicatatkan di atas merujuk kepada kekuasaan kerajaan yang ikhlas dan
benar-benar percaya kepada kerajaan Allah s.w.t serta mengendalikan urusan
negara selaras dengan syariat yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Orang yang memahami istilah khalifah yang dinyatakan
dengan maksud kekuasaan semata-mata mungkin akan membuat kesimpulan yang salah tentang
institusi khalifah. Prinsip khalifah seperti yang dijelaskan ini sebenarnya
telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran: Maksudnya: ‘Allah
menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat
Nabi Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang
yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa’ (surah al-Nur, 24:55).
Ayat di atas menjelaskan tentang tiga asas utama khalifah
dalam Islam;
- Negara Islam diketuai oleh orang yang bergelar khalifah.
- Gelaran khalifah diberi kepada seluruh masyarakat Islam bukan kepada
mana-mana individu, kumpulan atau keluarga.
- Prinsip khalifah hanyalah untuk orang yang beriman kepada Allah s.w.t
dan mengerjakan amalan kebajikan. Dalam perkataan yang lain orang yang
benar-benar baik dan bertakwa. Golongan ini benar-benar bebas daripada
tuhan-tuhan yang lain serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan
penuh keikhlasan dan mengakui-Nya sebagai Tuan, Raja dan Pemilik kerajaan.
Orang seperti ini adalah khalifah yang sebenarnya seperti yang dijanjikan
di muka bumi ini dan bukannya orang yang mengabdikan dirinya di bibir
mulut sahaja sedangkan amalan kebajikannya kosong. Orang yang seperti ini
tidak layak menjadi khalifah dan janji Allah s.w.t itu tidak sesuai
untuknya.
Ciri-Ciri Khalifah
Konsep khalifah menurut Islam adalah berasaskan
kepada tiga prinsip yang utama iaitu:
- Tauhid (Keesaan Allah),
- Risalah (Kenabian) dan Khalifah
- Wakil atau pengganti
Ianya mengakui realiti alam yang kekal iaitu ia
dicipta, dipelihara dan ditadbirkan oleh Allah Yang Satu, Yang merupakan
Pencipta, Pengawal serta Raja kepada seluruh makhluk. Dialah sahaja yang berhak
menerima ketaatan daripada seluruh makhluk termasuk manusia. (Abu A’la Maududi,
1977: 8)
Pada masa yang sama hukum-hukum dan kehendak-Nya
disampaikan melalui Rasul-rasul-Nya di dalam bentuk Kitab yang menerangkan
hukum dengan interpretasi serta contoh-contoh yang disampaikan oleh Rasul-rasul
melalui contoh-contoh mereka daripada segi kata-kata dan perbuatan, yang
akhirnya membentuk satu model sistem kerja. Khalifah bererti wakil manusia
bertindak sebagai seorang wakil Allah di dunia dan menjalankan perintah Allah
melalui kuasa yang diamanahkan oleh Allah kepadanya dalam batas-batas yang
ditentukan oleh-Nya. Khalifah menggambarkan empat syarat penting sebagai fungsi
wakil.
- Pertama: Kuasa yang sebenarnya berada di tangan Allah;
- Kedua: Manusia hanyalah semata-mata pentadbir hokum-Nya;
- Ketiga: Pentadbiran hukum-hukum-Nya mestilah selaras dengan
batas-batas yang telah ditetapkan-Nya;
- Keempat: Dalam mentadbir hokum-Nya manusia akan melaksanakan
kehendak-Nya dan memenuhi tujuan-Nya. Oleh itu pelantikan manusia sebagai
khalifah yang diwujudkan dalam kerajaan Allah adalah untuk memenuhi tujuan
dan objektif-Nya di dalam batas-batas yang telah ditentukan-Nya. (Abul
A’la Maududi, 1979: 42)
Menurut Abu A’la Maududi lagi, seluruh manusia
diberi kuasa sebagai khalifah, bukan hanya satu kelas atau kumpulan manusia yang
tertentu sahaja. Sesiapa sahaja yang bersedia untuk menerima syarat-syarat
khalifah, akan memikul tanggungjawab khalifah untuk seluruh masyarakat.
Ini merupakan titik permulaan demokrasi Islam yang
setiap ahlinya menikmati hak-hak dan kuasa sebagai khalifah Allah s.w.t. Pada
masa yang sama semua rakyat akan menikmati hak ini secara saksama, tanpa
sebarang perbezaan. Agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan
urusan-urusan negara akan dibentuk melalui persetujuan rakyat.
Berdasarkan kepada fakta inilah bolehlah disimpulkan
bahawa kuasa seorang khalifah akan menjadi kuasa yang diamanahkan kepada orang
yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan atau kekuasaan. Berdasarkan
perbincangan di atas jelaslah menggambarkan bahawa seorang khalifah itu mestilah
seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan
menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan seorang khalifah yang
tiada tolok bandingnya ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda
adalah merupakan seorang negarawan yang sempurna sama ada sebagai seorang
pemimpin masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin politik, pendidik
(guru), perancang ekonomi, ketua rumah tangga mahupun sebagai seorang sahabat.
Kaedah Pemilihan
Khalifah
Di antara kaedah pemilihan khalifah selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. ialah:
1. Cara
Perundingan Beramai-ramai
Cara ini adalah mengadakan perundingan atau
persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku
seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Saiyidina Abu
Bakar telah dilantik melalui bai’at
yang dilakukan melalui dua peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Bai’at
Khas di Balai Saqifah Bani Sa’adah, manakala peringkat kedua dikenali sebagai
Bai’at Am, iaitu diadakan di Masjid Nabi.
2. Usul Dari
Seorang Calon
Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah
diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini
berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah
menyusulkan nama Saiyidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam
sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.
3. Usul Dari
Sekumpulan Calon
Khalifah Uthman bin Affan dilantik melalui ‘syura’ di mana Khalifah Uthman bin Affan
adalah salah seorang dari anggota majlis pelantikan khalifah. Khalifah Umar
telah mencalonkan enam orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah.
Keenam-enam orang yang dimaksudkan ialah Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina
Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam
dan Saad bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan
selewat-lewatnya tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar.
4. Usul Oleh
Sekelompok Masyarakat
Saiyidina Ali bin Abu Talib telah dilantik secara
paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah
Khalifah Uthman bin Affan dan akhirnya membunuh Khalifah Uthman bin Affan.
Saiyidina Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara
ketika itu.
Syarat Kelayakan
Khalifah
- Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti
beragama Islam.
- Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya
melakukan ijtihad ke atas
masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum
perundangan Islam.
- Mesti adil iaitu istiqamah
dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari
segi syarak atau akidah.
- Mesti kifayah atau
berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan
undang-undang.
- Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
- Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
- Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.
Sejarah Pelantikan
Sebagai Khalifah
Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat
itu, yang terdiri daripada Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi
Talib, Saad bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf
mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau
berada di luar Madinah. Mesyuarat diadakan di rumah al-Mansur bin Mukhramah
atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagai ’Majlis Syura’, dan berlangsung
dalam tempoh waktu yang panjang tanpa keputusan yang muktamad.
Untuk mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin
Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saad bagaimanapun, masing-masing
mencalonkan Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali, lalu keputusan belum
tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saiyidina Umar. Abdul Rahman
mengambil langkah terakhir dengan memilih Saiyidina Uthman bin Affan, dan
demikian, secara majoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Saiyidina
Uthman bin Affan terpilih sebagai khalifah yang baru.
Selepas itu, para sahabat tadi melahirkan ikrar
kesetiaan melalui ‘bai’ah’, dengan meletakkan
tangan setiap orang di atas tangan Khalifah Uthman bin Affan, dengan jemaah
Muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah
seorang anggota ‘Majlis Syura’ dan juga salah seorang golongan ‘al-Asyaratu’l Mubasyarah’, akan tetapi
beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar
Madinah.
Kelebihan Khalifah
Uthman Bin Affan
Hadis Abu Musa Al-Asy’ariy r.a katanya: ‘Ketika
Rasulullah s.a.w sedang menguis tongkatnya di atas tanah yang berair di dalam
salah sebuah kebun atau taman di Madinah datang seseorang ingin menemui
Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata: Bukakanlah pintu dan sampaikan
kepadanya khabar gembira tentang Syurga, aku terus pergi dan mendapati orang
itu adalah Abu Bakar.’
‘Aku mempersilakan beliau masuk dan menyampaikan
pesanan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang seorang lagi meminta supaya dibukakan
pintu. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikan khabar gembira
kepadanya mengenai Syurga. Aku pergi untuk membukanya dan mendapati orang itu
adalah Umar lalu aku menpersilakannya masuk dan menyampaikan pesan Rasulullah
s.a.w.’
‘Kemudian datang lagi seseorang meminta supaya
dibukakan pintu, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan bersabda: Bukakanlah pintu dan
sampaikanlah khabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya.
Aku pergi menemui orang itu, ternyata beliau adalah Uthman bin Affan, maka aku
bukakan pintu untuknya dan sampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata:
Ya Allah, berilah aku kesabaran. Hanya Allah-lah tempat meminta pertolongan.’
Jasa-Jasa Khalifah
Uthman Bin Affan
Antara jasa-jasa Khalifah Uthman bin Affan yang
tercatat dalam sejarah Islam ialah:
- Menumpaskan gerakan pemberontakan wilayah-wilayah yang telah
ditakluki pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seperti Khurasan,
Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijan.
- Meneruskan gerakan penaklukan dan perkembangan Islam. Pada zamannya
tertakluklah daerah-daerah Jurjan, Talkan dan Balkh, sampai dapat
melampaui Sungai Jihun (Amu Dada). Demikian juga pulau-pulau Cyprus dan
Rhodes.
- Menyalin semula Al-Quran menurut dialek yang betul.
Pemberontakan Pada
Khalifah Uthman
Zaman pemerintahan Khalifah Uthman dapat dibahagikan
kepada dua peringkat: sepanjang enam tahun yang pertama suasananya aman tenteram,
tetapi sepanjang enam tahun yang terakhir timbul huru-hara dan pemberontakan
terhadap pemerintahannya. Mengkaji faktor-faktor yang mencetuskan pemberontakan
itu kita tidaklah dapat menyalahkan Khalifah Uthman sahaja, malah penting juga
disebutkan peranan-peranan yang dimainkan oleh pembantunya Marwan Al-Hakam,
Abdullah bin Tsaba’dan Muawiyah bin Abu Sufyan sendiri pada waktu-waktu
akhimya.
Tentang faktor Khalifah Uthman sendiri, sikapnya
yang terlalu penyantun dan pemaaf itulah yang banyak memuncakkan merebaknya
perlakuan jenayah. Para opportunis
tidak lagi gentar kepadanya lantaran segeranya Khalifah Uthman mengampunkan
kesalahannya, malah ada yang terus terlepas dari penjara. Sikap ini mungkin
sesuai bagi seorang pendidik, tetapi tidak selayaknya menjadi pakaian setiap
masa bagi seorang pemimpin. Kelemahan-kelemahan seperti ini diperburukkan lagi
oleh keengganannya untuk mendengar teguran-teguran yang dihadapkan kepadanya
tentang polisi-polisi pentadbirannya.
Pernah suatu ketika Saiyidina Ali bin Abu Talib
mengirim puteranya Hassan untuk tujuan tersebut, tetapi lantaran sering sangat
mendatanginya, Khalifah Uthman lalu menempelak: ‘Bapamu berpendapat bahawa
orang tidak tahu apa yang dia tahu. Kami lebih tahu tentang apa yang kami
lakukan dan tinggalkanlah kami ini.’ Sehubungan dengan sikapnya juga ialah
dasarnya yang tidak sejalan dengan Khalifah Umar yang dulunya melarang para
sahabat meninggalkan Madinah, demi mengelakkan perpecahan umat. Hikmat
larangannya ialah agar mereka tidak mempengaruhi penduduk-penduduk tempatan
dengan pengalaman-pengalaman peribadi mereka bersama Rasulullah s.a.w, yang
dengan cara ini pengaruhnya dapat ditanam.
Tetapi Khalifah Uthman mengubah polisi ini, maka
mulailah wujud susun lapis masyarakat kepada yang berada dan yang kurang
berada. Tidak cukup setakat itu sahaja, wang Baitul-Mal telah dihamburkan
semahu-mahunya saja di samping memberi kebebasan kepada gabenor-gabenor
mengatur masalah kewangan sendiri. Pernah Khalifah Uthman memberi hadiah
400,000 dirham kepada Abdullah bin Khalid, seorang Bani Ummaiyah. Demikian juga
diberinya 100,000 dirham kepada Al-Hakam Abul-Ass, seorang keturunan Ummaiyah
yang pernah diusir oleh Rasulullah s.a.w. Sikapnya yang boros ini sering
dikaitkan dengan sifat dermawannya, tetapi masalahnya kedermawanan ini
melibatkan wang negara.
Tidak hairanlah jika kerananya timbul kegelisahan
rakyat terhadap cara pentadbirannya. Kegelisahan tersebut mungkin tidak
serancak mana tanpa penglibatan Marwan Al-Hakam, sepupunya yang dilantik
sebagai pembantunya atau penasihatnya. Maka atas nasihat Marwan Al-Hakam
dilantik tokoh-tokoh dari keluarga Bani Ummaiyah saja sambil melucutkan
tokoh-tokoh lantikan Khalifah Umar dulu. Dengan itu terlucutlah Abu Musa
As-Shaari yang warak itu sebagai Gabenor Basrah dengan digantikan oleh Abdullah
bin Amir, anak sebagai Gabenor Basrah digantikan oleh Abdullah bin Amir, anak
saudara Khalifah Uthman yang baru berusia 25 tahun. Gabenor Mesir Amru
ibnul-Ass digantikan oleh Abdullah bin Sarah, saudara sesusu Khalifah Uthman.
Sedangkan Gabenor Sham yang seketurunan dengannya
iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan dikekalkan jawatannya, malah bidang kuasanya
diluaskan sehingga meliputi kawasan Hems dan Palestin. Dan banyaklah lagi
berlaku pemecatan-pemecatan yang kemudiannya diserahkan kepada suku-sakatnya;
suatu amalan nepotisme yang membawa keruntuhannya sendiri. Kiranya amalan
seperti inilah yang akhirnya menimbulkan gerakan-gerakan penentangan dari
wilayah-wilayah yang jauh.
Semarak Kemarahan
Masyarakat
Api kemarahan yang sedia menyala akan terus menggila
jika dicurahkan minyak ke atasnya. Demikianlah peranan yang dimainkan oieh
Abdullah bin Tsaba’, seorang Yahudi yang pura-pura memeluk Islam. Berkat
kelicinannyalah yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi suasana sehingga bibit
kemarahan yang baru bertunas itu terus menanjak naik bagai tidak dapat
ditahan-tahan lagi. Sesungguhnya Abdullah bin Tsaba’ telah memberi sumbangan
yang tersangat besar dari segi:
- Membentuk kesatuan yang padu dalam kalangan penentang-penentang
Khalifah Uthman, yang mana sebelumnya mereka adalah bercerai-berai dan
terpancar-pancar.
- Menabur fikiran-fikiran yang sesat serta hadis-hadis palsu dalam
menguatkan idea ‘Ahlul-bait’
(keluarga Rasulullah s.a.w) yang mana menjadi asas kepada pemikiran Syiah.
Peranan Abdullah bin Tsaba’ itu kemudiannya membawa
kejayaan yang besar disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah:
- Kegagalan Khalifah Uthman sendiri berbanding dengan
khalifah-khalifah sebelumnya.
- Naluri masyarakat yang sekian lama menyokong ‘Ahlul bait’ (keluarga Rasulullah s.a.w) serta mengangkat
mereka sebagai pemimpin.
- Keistimewaan Saiyidina Ali yang sudah, terkenal, baik sebagai
pahlawan perang, mahupun sebagai ahli ilmu.
- Perasaan umum bahawa Saiyidina Ali telah disingkirkan dari haknya
sebagai khalifah.
- Sokongan dari orang-orang Parsi yang telah memeluk Islam atau
pura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk menghancurkannya dari dalam.
Di Parsi terdapat teori ‘Hak Suci Raja-Raja’ (Divine Right) yang menganggap bahawa
keluarga raja adalah suci dan mereka saja yang berhak memerintah. Wujudnya
pemikiran seperti ini cukup membantu dalam menjayakan teori ‘Wisayah’ Abdullah bin Tsaba’; bahawa
Rasulullah s.a.w telah pun mewasiatkan kepada Saiyidina Ali sebagai
penggantinya.
Hasil dari peranannya itu Abdullah bin Tsaba’ telah
berjaya mengumpulkan penyokong-penyokongnya seperti Ammar bin Yasir, Abu Zar
Al-Ghifary dan Abdullah bin Masud. Dan untuk menghangatkan lagi api tersebut,
ditulisnya surat-surat palsu atas nama tokoh-tokoh sahabat. Misalnya melalui
seorang lelaki kulit hitam ditulisnya surat kepada Gabenor Mesir Abdullah bin
Sarah atas nama Khalifah Uthman bin Affan agar membunuh pemberontak dari Mesir
itu termasuk pemimpinnya Muhammad bin Abu Bakar.
Kepada para pemberontak dihasutnya melalui siaran
suratnya atas nama Saiyidina Ali agar bangun menentang Khalifah Uthman. Malah
Abdullah bin Tsaba’ juga menggunakan nama Aishah r.a. sehingga Marwan sendiri
menganggap yang Aishah turut terlibat dalam mengeruhkan suasana. Demikianlah
peranan Abdullah bin Tsaba’ sehingga akibatnya pemberontak-pemberontak yang
sedia mendidih semangatnya itu tidak kuasa lagi menahan perasaan mereka lalu
terus mengepung rumah Khalifah Uthman. Dalam suasana yang kritikal ini,
beberapa orang sahabat termasuk Ali cuba menjadi orang tengah atau pengawal
pintu rumah Khalifah Uthman.
Jemaah-jemaah haji yang tidak begitu ramai itu juga
turut menahan permberontakan ini. Sepatutnya dalam waktu-waktu seperti ini Bani
Ummaiyah serta Muawiyah khususnya datang segera membantunya, tetapi malangnya
mereka lebih senang bersikap berkecuali dalam hal ini. Sikap seperti inilah
yang rupanya mempercepatkan pemberontakan tersebut mencapai matlamatnya.
Demikianlah yang terjadi, setelah 22 hari dikepung, akhirnya Khalifah Uthman
telah dibunuh oleh mereka ketika sedang membaca Al-Quran, iaitu dalam usia 82
tahun.
Khalifah Uthman Bin
Affan Menjadi Sasaran Fitnah
Rasulullah s.a.w berasa sempit dadanya melihat
keadaan masyarakat Jahiliyyah yang penuh rencam perangai mereka yang jelas
menunjukkan kebodohan pemikiran manusia kala itu. Baginda s.a.w bersendirian di
Gua Hira’ memikirkan tentang keadaan masyarakatnya ketika itu yang dibina
dengan semangat kesukuan dan kepuakan, merendah-rendahkan orang lain, judi,
penzinaan, peperangan yang sangat mudah tercetus hasil semangat kepuakan yang
menjahanamkan.
Hadirnya Rasulullah s.a.w di tengah masyarakat
setelah menerima wahyu mengubah segala-galanya. Jika sebelumnya, bangsa Rom dan
Parsi yang telah maju ke hadapan ketika itu melihat bangsa Arab sebagai bangsa
yang tiada nilai sedikit pun untuk dijajah, bangsa hina, bodoh pemikirannya,
lintang-pukang sistem kehidupannya, sehinggakan bertawaf dalam keadaan bogel!
Namun Allah s.w.t memuliakan mereka dengan Islam, bahasa mereka luas
dipergunakan di seluruh pelosok dunia, tamadun mereka memasuki buku-buku
sejarah sehingga sekalian alam mengetahui tentang mereka, begitu Islam
memuliakan manusia.
Kata Saiyidina Umar al-Khatab: ‘Dahulunya kita
adalah bangsa yang hina, kemudian Allah s.w.t memuliakan kita dengan Islam,
jika kita ingin mencari kemulian yang selainnya (Islam), maka Allah s.w.t pasti
akan menghina kita.‘ (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala Sahihain) Semangat asabiyyah (kepuakan) dihakis dan digantikan dengan semangat
persaudaraan yang kukuh, semangat yang berpaksikan cinta Ilahi, bukan sogokan
material keduniaan. Firman Alah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan ingatlah akan nikmat
Allah ke atas kamu, ketika kamu (pada zaman Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka
Allah menyatukan hati-hatimu, maka kalian, dengan nikmat Allah menjadi orang
yang bersaudara.’ (surah Ali ‘Imran: 103)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: ‘Dan Allah yang
menyatukan hati mereka (orang yang beriman), walaupun kamu membelanjakan
seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan
hati-hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka.’
(surah Al-Anfal: 63)
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, bermula lembaran
persengketaan sesama Muslim, sehinggalah ianya memuncak ketika Khalifah Uthman
bin Affan menjadi khalifah umat Islam, pelbagai fitnah dilemparkan oleh
golongan syaitan manusia, fitnah munafik yang dikepalai oleh Abdullah bin Tsaba’
demi memecah-belahkan kaum Muslimin, perbalahan para sahabat diidamkan munafik,
gembira bukan kepalang mereka melihat kaum Muslimin bersengketa, pembunuhan
yang sangat terancang dilakukan ke atas Khalifah Uthman bin Affan. Di situlah
titiknya tercetus peperangan Jamal antara tentera yang dikepalai Saiyidina Ali
r.a berhadapan dengan tentera Aishah r.a, disusuli peperangan Siffin antara
tentera Saiyidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a, para sahabat yang terlibat dalam
peperangan tersebut, semuanya merasakan mereka berada di kedudukan yang benar
dan segalanya dilakukan demi membela darah syahid Khalifah Uthman bin Affan
al-Affan.
Ibn Umar menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w
sedang bercerita tentang fitnah, kemudian lalu di hadapan kami seorang lelaki,
kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Suatu hari kelak, akan dibunuh lelaki yang
sentiasa merasa cukup ini secara zalim.’ Ibn Umar berkata, ‘Aku melihat lelaki
yang lalu itu ialah Saiyidina Uthman bin Affan.’ (Riwayat Tirmidzi dan al-Hakim
dan disepakati oleh al-Zahabi).
Kata-kata Rasulullah s.a.w ini benar-benar berlaku
ke atas Khalifah Uthman bin Affan r.a, beliau dibunuh secara zalim, namun
kekallah kemuliaannya di sisi Allah s.w.t sebagai seorang yang syahid. Beraneka
fitnah dilontarkan demi memburukkan Khalifah Uthman bin Affan r.a, antaranya;
- Dituduh melakukan bid’ah mengumpulkan dan membukukan Al-Quran,
membakar mushaf yang lain
- Memukul ‘Ammar sehingga pecah ususnya
- Dipukul Ibn Mas’ud sehingga patah rusuknya
- Membatalkan sunnah meng-qasar-kan solat ketika musafir
- Tidak menyertai peperangan Badar
- Tewas dan lari dari medan Uhud
- Tidak hadir ketika perjanjian Bai’ah al-Ridhwan, dan pelbagai lagi
Sehinggalah surat palsu ciptaan munafik keparat yang
disandarkan kepada Saiyidina Ali, Talhah, dan al-Zubair yang kononnya
mengarahkan mereka untuk mencetuskan pemberontakan ke atas Khalifah Uthman bin
Affan bahkan dibunuh jika enggan melepaskan jawatan khalifah kaum Muslimin.
Sesungguhnya, semua fitnah tersebut adalah batil
Tuduhan yang tiada asal-usul, menyeleweng daripada cerita sebenar. Entah
bagaimana dan di mana diperolehi cerita Khalifah Uthman bin Affan memukul Ibn
Mas’ud dan ‘Ammar, jika benar sekalipun, bagaimana ‘Ammar masih boleh terus
hidup ketika ususnya telah pecah?
Khalifah Uthman bin Affan membersihkan mushaf yang lain adalah demi menjadikan
ketidakcelaruan umat mentelaah Al-Quran, maka disatukan dan kita menggelarnya
sebagai Mushaf Uthmani, hal pengumpulan Al-Quran telah pun dilakukan pada zaman
pemerintahan Khalifah Abu Bakar lagi setelah melihat ramainya huffaz Al-Quran syahid dalam peperangan,
bagaimana usaha murni sebegini dianggap bid’ah
dan batil?
Tidak disetainya Badar kerana di bawah jagaannya,
anak Rasulullah s.a.w, Ruqayyah yang sedang sakit, Rasulullah s.a.w menyebut
bahawa Saiyidina Uthman bin Affan mendapat pahala mereka yang syahid di Badar,
kekalahan dan larinya dari medan Uhud telah Allah s.w.t ampuni, bagaimana
mungkin ditimbulkan semula oleh mereka?
Bai’ahnya diwakilkan dengan tangan Rasulullah s.a.w
ketika peristiwa Bai’ah al-Ridhwan, ketidakhadirannya kerana diperintah oleh
Rasulullah s.a.w untuk mengawasi kota Mekah. (riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Sahabat).
Setelah semua hujah fitnah mereka dipatahkan,
hasilnya, sepucuk surat palsu yang disandarkan kepada Saiyidina Ali bin Abu
Thalib, jatuhkan Khalifah Uthman bin Affan! Cetuskan pemberontakan! Perangai
yang sungguh keji dan syaitan ditunjukkan oleh munafik, padanlah Allah s.w.t
menjanjikan mereka dengan neraka yang paling bawah!
‘Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan di
neraka yang paling bawah (paling dahsyat azabnya) maka kamu sekali-kali tidak
akan mendapati penolong bagi mereka.’ (surah al-Nisa’: 145)
Bagaimana seorang insan yang dijanjikan syurga oleh
Rasulullah s.a.w boleh difitnah sedemikian teruk, telah disebut ketika hayat
baginda s.a.w, bahawa Khalifah Uthman bin Affan akan mati sebagai seorang
syahid. Sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda berada di atas Bukit Uhud bersama
dengan Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, dan Khalifah Uthman bin Affan,
tiba-tiba Uhud bergegar, sabdanya: ‘Tetaplah wahai Uhud! (berhenti dari
bergoncang) sesungguhnya di atas engkau seorang nabi, seorang yang membenarkan
dan dua orang syahid.’
Kata Ibn Hajar al-Asqolani ketika menceritakan
tentang Khalifah Uthman bin Affan di dalam kitabnya, al-Isobah: ‘Sesungguhnya telah datang riwayat yang mutawatir bahawa Rasulullah s.a.w
memberi khabar gembira kepada Khalifah Uthman bin Affan dengan syurga.’
Khalifah Uthman bin Affan r.a sangat bersabar dengan
tuduhan ke atas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya
menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan
pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan
kekacauan demi menjahanamkan Islam.
Khalifah Uthman bin Affan sangat terkenal dengan
sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah: ‘Adakah patut aku tidak berasa
malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?’ (Sahih Muslim)
Para sahabat mempertahankan kebenaran Khalifah
Uthman bin Affan sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga pada ketika itu juga
beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama Muslim, rela
dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan
mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn
Ali, Abu Hurairah untuk pulang ke rumah masing-masing, darahnya sanggup
ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah.
Zaid bin Tsabit datang menemui Khalifah Uthman bin
Affan: ‘Sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu.
Mereka berkata, jika engkau hendak (kami mempertahankan engkau), sesungguhnya
kami adalah Ansarullah! Namun Khalifah Uthman bin Affan menolaknya, katanya,
‘Aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah. (Tahanlah diri kalian daripada
menghunuskan pedang peperangan).’ (hadis riwayat Ibn ‘Asakir)
Ketika harinya dibunuh, Khalifah Uthman bin Affan
seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang
terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak
pernah memakainya ketika Jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi
berbuka puasa bersama Rasulullah s.a.w, Khalifah Umar al-Khatab dan Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).
Pemberontak yang terdiri daripada perancang
pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta
dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan,
mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing
setelah diperintahkan oleh Khalifah Uthman bin Affan, pintu rumahnya dibakar,
diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!
‘Aku tidak akan menanggalkan pakaian (jawatan
khalifah) yang telah Allah s.w.t pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada di
kedudukanku sekarang sehingga Allah s.w.t memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina
ahli syaqa’ (orang yang dijanjikan
kecelakaan oleh Allah).’
Demikian kata Khalifah Uthman bin Affan sebagaimana
yang diriwayatkan di dalam Tarikh
al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum Muslimin. Akhirnya
beliau dibunuh, ditetak perutnya, mengalir darah syahid, menitis darah di mushaf yang berada di tangannya.
Bergelap dunia Islam tanpa khalifah, akhirnya
Saiyidina Ali bin Abu Thalib diangkat menjadi khalifah menggantikan Khalifah
Uthman bin Affan, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dalam keadaan yang
sangat susah, ketika pemberontak bersenang-lenang di tengah masyarakat Muslim.
Fitnah tersebar, Ummu al-Mukminin, Aishah, yang
berada di Mekah menjadi gundah-gulana dengan hal yang menimpa dunia Islam,
beliau merasakan perlu melakukan sesuatu demi menebus darah khalifah yang
ditumpahkan secara zalim, dikumpulkan kekuatan tentera, turut bersamanya dua
orang sahabat yang turut dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w, al-Zubair ibn
‘Awwam, dan Talhah ibn ‘Ubaidillah, mereka mara menuju ke kota Basrah, bukan
untuk menafikan pemerintahan Saiyidina Ali, tetapi dengan maksud yang satu,
iaitu mencari kesepakatan dengan kepimpinan Saiyidina Ali untuk membela darah
Khalifah Uthman bin Affan.
Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai, mereka tidur
dan berehat dengan keadaan yang sangat tenang pada malam setelah kesepakatan
tercapai, pemberontak yang turut berada di dalam tentera Saiyidina Ali sudah
merasa tidak senang dengan kesepakatan tersebut, ini kerana ia membawa maksud,
tidak lama lagi, pedang-pedang kebenaran akan dihalakan ke tengkuk mereka pula,
akhirnya kesepakatan itu dicemari lagi oleh keparat munafik yang menyerang
secara sembunyi tentera ‘Aishah dan juga tentera Saiyidina Ali, sehingga
‘Aishah menyangka Saiyidina Ali belot! Mereka menyerang kita pada waktu malam!
‘Ali juga menyangka sedemikian ke atas ‘Aishah! (al-Bidayah wa al-Nihayah: Ibn Kathir)
Tercetuslah peperangan yang dinamakan sebagai
peperangan Jamal antara tentera Aishah dan tentera Saiyidina Ali, kedua-dua
pihak berasa sedih dan sesak dada mereka dengan hal yang berlaku ini, kaum
munafikin bergembira bertepuk tangan, Talhah gugur syahid dalam peperangan ini,
Saiyidina Ali menangisinya, disapu wajah Talhah yang dipenuhi tanah. ‘Alangkah
bagusnya jika aku mati dua puluh tahun dahulu sebelum berlakunya hal ini,’ kata
Saiyidina Ali. (al-Awasim min al-Qawasim,
tahqiq Muhibbudin al-Khatib)
Kesan fitnah pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan
ini berentetan sehingga tercetusnya pula peperangan Siffin antara tentera
Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah, yang merupakan Gabenor Syam yang sangat
berwibawa, beliau dilantik ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.
Saiyidina Ali menuntut bai’ah - janji setia - ke atas pemerintahannya dari Mu’awiyyah,
namun beliau enggan memberikan bai’ah
sehingga darah Khalifah Uthman bin Affan dibela, bunuh dahulu pembunuh Khalifah
Uthman bin Affan! Atau serahkan sahaja tengkok pemberontak itu kepada kami!
Bukan Saiyidina Ali tidak berusaha mencari dan
menegakkan hukuman ke atas pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan, tetapi kerana
bukti yang sangat kurang kerana penjahat sebenar sangat pandai berselindung
bertopengkan Muslim, kemungkinan yang berlaku apabila bunuh seorang pencetus
kekacauan, tiada lagi jalan untuk menutup fitnah, ditakuti tersalah menjatuhkan
hukuman, maka kekacauan yang lebih besar di dalam dunia Islam akan berlaku dan
tidak mampu lagi dibendung.
Hal ini hampir sahaja berjaya dilakukan, namun,
akibat tercetusnya peperangan Jamal yang dicetuskan oleh pemberontak yang
bersembunyi di dalam tentera Saiyidina Ali, menyebabkan kesukaran untuk
dihadapkan penjahat sebenar ke muka pengadilan.
Hasilnya tercetuslah peperangan antara dua pasukan
tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, masing-masing merasakan mereka
berada di kedudukan yang benar demi menuntut bela ke atas darah Khalifah Uthman
bin Affan. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengelakkan tercetusnya peperangan,
mereka berdua adalah dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.
Namun alangkah sedihnya hari ini kedengaran suara
sumbang mereka yang cuba mencemari sejarah Islam, mentohmah para sahabat,
mencaci Mu’awiyah yang enggan berbai’ah kepada Saiyidina Ali, sehinggakan
berperang dengan kepimpinan Saiyidina Ali, sedang Rasulullah s.a.w melarang
daripada mencaci para sahabatnya!
Sabda baginda; ‘Jangan kamu mencaci para sahabatku!
Demi jiwaku yang berada di tangan Allah, walaupun kamu membelanjakan harta di
jalan Allah emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, nescaya tidak sama dengan seorang
pun daripada mereka atau separuh sekalipun.’
Hari ini banyak kedengaran suara sumbang golongan
yang merendah-rendahkan sekalian sahabat yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sedang
perbalahan mereka para sahabat adalah atas dasar ijtihad, mereka tetap digelarkan sebagai Mukmin.
Firman Allah s.w.t: ‘Jika ada dua kelompok dari kaum
Mukminin bertelagah, maka damaikanlah keduanya dengan adil dan saksama,
sesungguhnya Allah sangat suka orang yang adil.’ (surah al-Hujurat: 9)
Para ulama ada yang menyatakan kedua-dua mereka
berada di kedudukan yang betul, ada yang menyatakan Saiyidina Ali berada di
kedudukan yang betul dan Mu’awiyyah tersalah ijtihad di dalam hal ini, sebahagian ulama pula menyebut bahawa
mereka yang tidak terbabit langsung di dalam peperangan ini adalah yang paling
betul. (Minhaj Sunnah: Ibn Taimiyyah)
Walau bagaimanapun, kekallah kemuliaan para sahabat
di sisi Allah s.w.t, mereka bertelagah, namun di hati mereka sesak dengan hal
yang ditelagahkan, jiwa mereka saling mencintai. Pelbagai tohmahan kedengaran
sehingga hari ini, perdamaian yang dicapai antara Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah
dalam peristiwa tahkim dingkari,
timbul pula satu puak yang tidak berpuas hati dengan perdamaian tersebut,
berpecah mereka yang tidak berpuas hati itu menubuhkan satu puak baru yang
digelari sebagai Khawarij, habis sekalian sahabat dikafirkan.
Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Orang yang dibunuh dan
membunuh, kedua-duanya di dalam neraka.’ Sahabat bertanya, ‘Orang yang membunuh
di dalam neraka, bagaimana orang yang dibunuh juga dimasukkan ke neraka?’ Sabda
baginda, ‘Sesungguhnya dia juga berusaha untuk membunuh saudaranya.’ (sahih
Bukhari)
Mereka menganggap kedua-dua puak Mukmin yang
bertelagah dimasukkan ke dalam neraka, sesungguhnya ini adalah kefahaman yang
batil! Mentakwil nas secara batil. Bagaimana Saiyidina Ali dan Aishah boleh
dikatakan akan dihumban ke dalam neraka kerana berperang di peperangan Jamal?
Bagaimana Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah dikatakan akan dicampak ke dalam neraka
kerana bersengketa di peperangan Siffin?
Sedang mereka telah dijanjikan syurga oleh
Rasulullah s.a.w? Kerana itu para ulama menyatakan dosa perbalahan mereka
dibebankan ke atas bahu pencetus huru-hara. Kepalanya ialah Abdullah bin Tsaba’.
Ketahuilah, mereka para sahabat saling mencintai antara satu sama lain, tidak
pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk bersengketa, lebih-lebih lagi
untuk berbunuhan! Mereka tidak termasuk di dalam hadis yang dinyatakan di atas
tadi.
Demikian kucar-kacir dunia Islam ketika itu,
semuanya bermula dari pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan, beliau tidak
bersalah, beliau dizalimi, porak-peranda kaum Muslimin. Semoga ini menjadi
iktibar kepada kita, sentiasalah kita mencintai dan menyayangi sekalian
sahabat, berimanlah kita dengan firman Allah: ‘Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu berita perkhabaran dari orang fasik, maka selidikilah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa kamu
mengetahui keadaannya yang sebenar, menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan
itu.’ (surah al-Hujurat: 6)
Demikian sejarah hitam dalam dunia Islam, yang
kesannya berlarutan sehingga hari ini. Pengasas Syiah yakni Abdullah ibn Tsaba’
yang mencetuskan huru-hara di dalam dunia Islam, kononnya menzahirkan sokongan
dan kecintaan kepada Saiyidina Ali r.a, sehinggalah hari ini, golongan ini
terus mendakwa hal yang sama, kejahatan dan kezaliman Syiah sama ada di Syria
dan di mana jua, bukanlah hal yang baru, tetapi bermula sejak tertubuhnya
fahaman ini.
Kata al-Imam at-Tabari: ‘Telah berlaku pada hari
Jumaat, 18 Zulhijjah tahun 35 hijrah, hari musibah terbesar dalam Islam,
pembunuhan si syahid yang dizalimi, Khalifah Uthman bin Affan Zun-Nurain, Allah meninggikan
martabatnya di dunia yang kekal abadi, pada hari tersebut, lahirnya Syiah dari
perut Ibn Tsaba’, Yahudi yang berpura-pura Islam, si hitam yang menzahirkan
Islam dan berlakunya kejadian berdarah di atas tangannya.‘ (Tarikh at-Tabari juzuk 4 m/s 416)
Fitnah Pembunuhan
Khalifah Uthman Bin Affan
Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda
malapetaka yang hebat. Sasaran fitnah tersebut adalah Saiyidina Uthman ra.
hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji
datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang
yang datang hendak umrah pada bulan Rejab.
Saiyidina Ali bin Abi Thalib r.a bermati-matian
membela Saiyidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saiyidina Ali
menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka,
‘Saiyidina Uthman telah membakar mushaf-mushaf,
solat tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk
kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi
muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Ummaiyah (golongannya)
melebihi orang lain.’
Pada hari Jumaat, Saiyidina Uthman berkhutbah dan
mengangkat tangannya seraya berkata, ‘Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat
kepada-Mu. Aku bertaubat atas perbuatanku.‘
Saiyidina Ali r.a menjawab, ‘Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan
yang ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama kesahihannya. Adapun
solat yang tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di
Mekah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu solatnya tidak
diqasar.’
Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk
ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba
miliknya sendiri. Khalifah Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun
mengangkat pimpinan dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana
mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut.’
‘Rasulullah s.a.w juga pernah melakukan ini hal yang
demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Ummaiyah, kerana Rasulullah
s.a.w sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah
seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Ummaiyah ke
dalam syurga.’
Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam
pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan
merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan
dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka yang memburukkan Saiyidina
Uthman. Mereka juga menuntut agar Saiyidina Uthman dibunuh.
Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya,
sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan
atas diri Saiyidina Uthman, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya.
Peristiwa inilah yang disebut dengan ‘Al-Fitnah
al-Kubra’ yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.
Kronologi Fitnah
Kebanyakan fitnah pada zaman pemerintahan Khalifah
Uthman bin Affan dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Tsaba’
iaitu seorang Yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam menentang
Islam dari dalam di mana dia telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh
dengan cuba menguasai dan menghasut penduduk di tiga buah negeri utama iaitu
Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir.
Banyak fitnah dan pengkhianatan yang dilakukan dengan
matlamat yang besar iaitu menghancurkan Islam itu sendiri daripada terus
berkuasa walaupun mereka bergerak atas alasan untuk memastikan gabenor yang
dilantik oleh Khalifah Uthman bin Affan mesti berlaku adil. Beberapa pertukaran
gabenor selari dengan kehendak penduduk terpaksa dilakukan oleh Khalifah Uthman
bin Affan hasil desakan penduduk tempatan yang termakan dengan racun fitnah
yang dilakukan oleh Ibnu Tsaba’ itu.
Khalifah Uthman bin Affan melakukannya bukanlah
kerana beliau takut atau terlalu berlembut dengan permintaan pemberontak itu
tetapi bertujuan untuk memastikan keamanan negara tidak terjejas dan cubaan
untuk membunuhnya dapat dilambatkan. Ini adalah kerana Khalifah Uthman bin
Affan begitu yakin dengan dua buah hadis Rasulullah s.a.w di mana yang pertama
menyatakan bahawa beliau antara dua sahabat yang paling hampir dengan Nabi akan
mati syahid dan hadis kedua Nabi meminta agar beliau menjaga amanah
pemerintahan dengan baik dan jangan sekali-kali mematuhi tuntutan munafik yang
cuba melucutkan amanah tersebut.
Kemuncak kepada fitnah itu berlaku apabila masuknya
tahun 35 Hijrah sehingga Khalifah Uthman bin Affan sendiri memberitahu kepada
para Muslimin tentang perancangan jahat golongan Khawarij dan pengikut Abdullah
bin Tsaba’. Para sahabat meminta agar mereka dibunuh kerana memberontak
terhadap khalifah tetapi Khalifah Uthman bin Affan melarangnya kerana mengikuti
jejak langkah Rasulullah s.a.w yang menegah daripada membunuh golongan munafik
di mana dibimbangi musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh sahabatnya
sendiri.
Fitnah terbesar ialah apabila serombongan penduduk
Mesir sekitar seribu orang di samping rombongan dari Kufah dan Basrah yang
datang ke Madinah bertujuan meminta Khalifah Uthman bin Affan supaya menukar Gabenor
Mesir lalu beliau bersetuju untuk melantik Muhammad bin Abu Bakar. Ketika
pulang kira-kira tiga hari perjalanan dari Madinah maka rombongan dari Mesir
terlihat seorang hamba suruhan berkulit hitam melintasi mereka dalam keadaan
tergesa-gesa lalu mereka meminta agar hamba itu berhenti untuk disoal.
Hamba itu menjelaskan segala tujuannya untuk ke
Mesir bagi menyampaikan surat yang didakwa daripada Khalifah Uthman. Apabila
surat yang mempunyai cop mohor Khalifah Uthman itu dibaca oleh Muhammad bin Abu
Bakar lalu rombongan ini terkejut besar apabila melihat isi surat itu di mana
antara lainnya meminta agar Gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi
gabenor serta mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya
serta membatalkan surat pelantikan Muhammad bin Abu Bakar sebagai gabenor yang
baru.
Selepas itu rombongan dari Mesir ini dengan perasaan
yang begitu marah terhadap Khalifah Uthman bin Affan berdasarkan kepada isi
kandungan surat tersebut lalu mereka kembali semula ke Madinah. Setelah
menerangkan tentang surat tersebut maka Saiyidina Ali dan beberapa orang
sahabat terus menemui Khalifah Uthman bin Affan di mana beliau bersumpah serta
menafikan penulisan surat tersebut dan ia merupakan antara usaha jahat pihak
Ibnu Tsaba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cop mohornya.
Saiyidina Ali dan para sahabat mengakui kebenaran
Khalifah Uthman bin Affan ditambah lagi kedatangan rombongan dari Mesir
disusuli pula oleh ketibaan Khawarij dari Kufah dan Basrah sedangkan mereka
telah berpisah dan sudah pasti tidak akan mengetahui isi surat tersebut
melainkan perkara ini telah dirancang terlebih dahulu sebelum mereka pulang
dari Madinah sebelum ini.
Surat layang ini digunakan sepenuhnya dalam
menjatuhkan Khalifah Uthman bin Affan terutama keadaan Madinah yang sememangnya
pada waktu itu begitu kurang penduduknya terutama golongan lelaki kerana ramai
di kalangan mereka sedang keluar berperang, ada juga pergi berdakwah dan tidak
kurang yang ke Mekah menunaikan haji. Jumlah yang ada begitu sedikit berbanding
puak Khawarij seramai 3 ribu orang.
Setelah melihat keadaan Madinah yang begitu tegang
maka Khalifah Uthman bin Affan telah mengutuskan surat bagi meminta bantuan
para Muslimin terutama di Mesir, Kufah dan Basrah untuk datang ke Madinah bagi
mengusir puak Khawarij. Para Muslimin begitu bersemangat dan bersedia untuk
membantu Khalifah Uthman bin Affan yang kini dikepung di Madinah bermula 8
Zulkaedah tahun 35 Hijrah.
Pada hari Jumaat pertama selepas pengepungan Madinah
oleh Khawarij maka Khalifah Uthman bin Affan bangun membaca khutbah di masjid
yang turut dihadiri oleh puak pemberontak Khawarij di mana dalamnya beliau
telah melaknat puak yang memberontak itu. Puak Khawarij begitu marah lalu
mereka menghalau para Muslimin dari masjid dengan melontar batu sehingga
Khalifah Uthman bin Affan sendiri terpaksa dipapah ke rumahnya kerana terkena
lontaran batu itu.
Khalifah Uthman bin Affan yang tahu tentang Muslimin
bersedia berperang dengan pemberontak lalu mengutuskan utusan untuk menegah
para Muslimin daripada berperang. Malah semasa dikepung Khalifah Uthman bin
Affan yang ditemani oleh hampir 700 orang sahabat tetap menegah para sahabat
daripada berperang dengan pemberontak.
Pertemuan terakhir Khalifah Uthman bin Affan dengan
para Muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan di mana beliau menyeru
agar mereka bersabar. Selepas itu Khalifah Uthman bin Affan terus terkepung di
dalam rumahnya sehingga keputusan air. Ketika Saiyidina Ali dan isteri nabi
Ummu Habibah meminta kebenaran daripada pemberontak untuk memberi air kepada
Khalifah Uthman bin Affan maka ia ditolak mentah-mentah oleh pemberontak
Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya
selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Khalifah Uthman bin Affan terutama
mereka bimbang tibanya bantuan tentera Muslimin. Serangan awal mereka ialah
dengan membakar pintu dan atap rumah Khalifah Uthman bin Affan di mana beberapa
orang yang berada dalam rumah itu berusaha memadamkan api sedangkan Khalifah
Uthman bin Affan sedang sembahyang.
Para Muslimin yang bertindak mengawal rumah Khalifah
Uthman bin Affan mula bertempur dengan pemberontak di mana dua orang Muslimin
gugur syahid iaitu Mughirah dan Aslami. Melihat perkara itu lalu Khalifah
Uthman bin Affan memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah
masing-masing. Para Muslimin akur dengar perintah khalifah tersebut.
Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35
Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Khalifah Uthman bin
Affan iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari
ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca Al-Quran agar beliau mati syahid dalam
keadaan berpuasa dan membaca Al-Quran.
Pemberontak meminta agar 3 orang daripada kalangan
mereka untuk masuk membunuh Khalifah Uthman bin Affan secara bergilir tetapi
ketiga-tiganya keluar dari rumah khalifah tanpa membunuhnya apabila mendengar
nasihat Khalifah Uthman bin Affan antaranya bahawa mereka bertiga merupakan
antara orang yang pernah didoakan oleh Rasulullah s.a.w dan mereka bukanlah
pembunuhnya.
Selepas itu 3 pimpinan Khawarij masuk di mana
Ghafiqi telah memukul Khalifah Uthman bin Affan dengan besi dan menyepak
Al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di
tangan Khalifah Uthman bin Affan sehingga darah yang mengalir dari muka
Khalifah Uthman bin Affan terkena ayat 137 surah al-Baqarah yang berbunyi:
maksudnya: ‘Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah
Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’
Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke
arah Khalifah Uthman bin Affan tetapi isterinya Nailah menahannya sehingga
pedang itu telah memutuskan jari isteri Khalifah Uthman bin Affan itu. Sudan
yang hilang perikemanusian terus menetak Khalifah Uthman bin Affan beberapa
kali sehingga beliau gugur syahid.
Dua anak Khalifah Uthman bin Affan iaitu Najih dan
Sobih turut gugur syahid dibunuh oleh pembunuh ayah mereka. Kewafatan Khalifah
Uthman bin Affan sebelum Maghrib hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam
usia 83 tahun. Jasad enam orang termasuk jenazah Khalifah Uthman bin Affan
dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala tiga mayat
pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing.
Para Muslimin begitu sedih dengan kewafatan Khalifah
Uthman bin Affan dan para sahabat melaknat para pemberontak yang melakukan
kekacauan dan pembunuhan kejam itu.
Pembunuhan
Saiyidina Uthman
Saiyidina Uthman r.a syahid dibunuh oleh
pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35
Hijriah, Saiyidina Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk
Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai
oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana
ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan
Khulafa’ar-Rasyidin.
Saiyidina Uthman
Syahid
Anas bin Malik meriwayatkan hadis berikut:
‘Rasulullah s.a.w pernah naik Gunung Uhud dengan Abu Bakar, Umar, dan Uthman
bin Affan. Gunung menggocangkan mereka. Rasulullah s.a.w berkata (kepada
gunung), Teguhlah wahai Uhud! Untuk anda ada Nabi, seorang Siddiq, dan dua
orang syahid.’ (hadis riwayat Bukhari)
Dasar Pemerintahan
Khalifah Uthman Bin Affan
Saiyidina Uthman merupakan khalifah yang ketiga di
mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun.
Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun
ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Antara dasar
pemerintahan Khalifah Uthman ialah:
Melantik Pegawai
Dari Kaum Keluarga Sendiri
Khalifah Uthman bin Affan banyak melantik keturunan
Ummaiyah memegang jawatan penting dalam pentadbirannya. Di antaranya
termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai Setiausahanya, Said bin al-As sebagai
Gabenor Kufah, Abdullah bin Amir sebagai Khalifah Basrah, Abdullah bin Saad bin
Abi Sarrah sebagai Gabenor Mesir dan sebagainya. Bagi Khalifah Uthman bin
Affan, keturunan Ummaiyah sememangnya terkenal dengan pengalaman mereka di
dalam bidang pentadbiran di samping mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.
Bagi Saiyidina Uthman juga, kedua-dua faktor ini tidak sahaja dapat melancarkan
pentadbiran, malah akan mengelakkan berlakunya penyelewengan.
Membina Dan
Menguatkan Angkatan Tentera Laut
Khalifah Uthman bin Affan banyak membelanjakan wang
negara bagi mengukuhkan kedudukan angkatan tentera laut khususnya di Mesir dan
Syria. Angkatan tentera laut hanya diwujudkan pada zaman Saiyidina Uthman. Hal
ini tentu memerlukan banyak belanja. Kebetulan gabenor di kedua-dua tempat ini
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Gabenor Mesir adalah Abdullah
bin Said bin Abi Sarrah manakala Gabenor Syria ialah Muawiyah bin Abu Sufian.
Akibatnya, timbul tuduhan yang mengatakan Saiyidina Uthman menggunakan wang
tersebut untuk kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri.
Memperkenalkan
Dasar Pertukaran Tanah
Khalifah Uthman bin Affan telah memperkenalkan satu
dasar baru iaitu Dasar Pertukaran Tanah di Iraq dengan tanah di Hijaz dan
Yaman. Melalui dasar ini, mereka yang memiliki tanah di Hijaz dan Yaman boleh
menukarkannya dengan yanah sawafi
(terbengkalai) di Iraq yang terkenal dengan kesuburannya. Tujuan Saiyidina
Uthman adalah untuk membalas jasa golongan tentera. Peluang ini terbuka luas
kepada sesiapa sahaja yang memiliki tanah di kedua-dua tempat tersebut. Di
antara mereka yang menikmatinya termasuklah Talhah bin Ubaidullah, Marulan bin
al-Hakam dan Ashath bin Qais al-Kindi.
Memihak Kepada
Quraisy
Khalifah Uthman bin Affan telah menggubal dasar yang
dibuat oleh Khalifah Umar dengan memberikan kuasa pemilikan tanah kepada orang
Quraisy. Said bin al-As, Gabenor Iraq (Kufah) telah mengisytiharkan bahawa
tanah-tanah sawad di Iraq adalah
kepunyaan kaum Quraisy. Dalam hal ini, Saiyidina Uthman telah berdiam diri
seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan Said. Hal ini
menimbulkan kemarahan orang bukan Quraisy terutamanya golongan ahl al-ayyam yang kemudiannya dikenali
sebagai al-Qurra. Sebelum
pengisytiharaan ini, merekalah diberi kuasa untuk mengerjakan tanah-tanah
tersebut.
Penghijrahan Bebas
Khalifah Uthman bin Affan juga telah merombak dasar
penghijrahan yang dibuat oleh Khalifah Umar. Khalifah Uthman bin Affan
membenarkan para sahabat berhijrah ke luar dari Semenanjung Tanah Arab. Hal ini
menyebabkan ramai tokoh yang berhijrah ke luar terutamanya ke kawasan baru yang
dibuka atau ditakluki, khususnya di Mesir, Syria dan Iraq.
Khalifah Umar melarang penghijrahan ini kerana
bimbang mereka akan terpengaruh dengan kebudayaan asing dan kemewahan hidup
sedangkan bagi Khalifah Uthman bin Affan, penghijrahan ini boleh menyebabkan
proses penyebaran Islam berjalan dengan lebih lancar.
Menerbitkan Naskhah
Tunggal Al-Quran
Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah Islam
agak luas. Hal ini menyebabkan wujudnya perbezaan bacaan atau sebutan Al-Quran
antara satu tempat dengan tempat yang lain. Mereka membaca loghat masing-masing
disebabkan mereka gagal menguasai nahu Arab dengan baik. Khalifah Uthman bin
Affan akhirnya telah bertindak menerbitkan naskhah tunggal Al-Quran yang
dikenali sebagai ‘Mushanf Uthmani’ dan dihantar ke setiap wilayah Islam. Beliau
juga memastikan agar Al-Quran dibaca mengikut loghat Quraisy kerana ia
diturunkan dalam bahasa Quraisy. Naskhah-naskhah lain telah dikumpul dan
dibakar.
Nabi Muhammad s.a.w telah menyatakan bahawa
sekiranya kita sebagai umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan hadis nescaya
kita tidak akan tersesat ke lembah kejahatan dan kejahilan. Al-Quran merupakan
kalam Allah dan kitab suci umat Islam yang akan Allah pelihara sehingga kiamat.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w dahulu, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur
melalui wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail dan ayat-ayat Al-Quran
yang diturunkan itu ditulis pada kulit binatang, tulang, pelepah tamar, dan
diukir di batu.
Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam dan
merupakan pegangan dan panduan hidup umat Islam mempunyai pelbagai
keistimewaan. Al-Quran merangkumi pelbagai aspek misalnya peristiwa yang telah
berlaku dan akan berlaku, ilmu perundangan, akhlak, akidah, dan sebagainya. Malah,
tidak dapat disangkal lagi bahawa bahasa Al-Quran merupakan bahasa yang sangat
indah dan tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ini dan kita tidak
akan pernah jemu membacanya.
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu
Bakar telah dilantik untuk menjadi khalifah dan semasa pemerintahan beliau
peperangan telah berlaku dan mengakibatkan ramai sahabat yang menghafal
Al-Quran mati syahid. Lantas, Saiyidina Abu Bakar telah menghasilkan satu suhuf yang mengandungi ayat-ayat
Al-Quran. Usaha penulisan Al-Quran dijalankan sekali lagi semasa pemerintahan
Khalifah Uthman bin Affan kerana berlaku perselisihan faham mengenai cara
pembacaan Al-Quran antara umat Islam yang telah disampaikan oleh Huzaifah.
Selesai dalam penghasilan salinan Al-Quran kepada beberapa naskhah, Khalifah
Uthman bin Affan telah menghantar setiap satu salinan naskhah tersebut dan
bersama-sama salinan tersebut adalah guru yang akan mengajar cara membaca
Al-Quran yang betul.
Hasil daripada tindakan Khalifah Uthman bin Affan itu
telah dapat menyatukan umat Islam dan jasa beliau adalah amat besar kepada
seluruh umat Islam.
Lemah-lembut Dalam
Pentadbiran
Khalifah Uthman bin Affan adalah seorang khalifah
yang lemah-lembut berbanding dengan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bersimpati
dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan kesalahan seseorang. Misalnya,
Saiyidina Uthman telah menggunakan ‘diyad’
(wangnya sendiri) untuk membayar ‘diat’
(hutang darah) berhubung dengan pembunuhan Khalifah Umar. Beliau juga telah
memaafkan kesalahan Jundah al-Azdi yang telah dikenakan hukum bunuh oleh kadi
Kufah. Sikapnya yang lemah-lembut ini mungkin dipengaruhi oleh sesiapa yang
agak tua, iaitu 70 tahun ketika mula memerintah.
Faktor Yang
Mempengaruhi Kekacauan
a.
Perbalahan
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, telah
berlaku pelbagai perbalahan di mana ia bukan sahaja melibatkan penduduk di
Semenanjung Tanah Arab, tetapi juga penduduk di luar Semenanjung Tanah Arab.
Misalnya, perbalahan telah berlaku di antara Arab Utara (Mudar, Qais) dan Arab
Selatan (Rabi’ah, Yaman), antara Quraisy dan Yanan, antara Bani Hasyim dan Bani
Ummaiyah, antara penduduk Hijaz dan luar Hijaz dan sebagainya. Akibatnya,
keadaan politik di Semenanjung Tanah Arab semakin tidak stabil sehingga menimbulkan
pelbagai kekacauan.
b. Dasar
Penghijrahan
Khalifah Uthman bin Affan telah mengubah dasar
penghijrahan yang dibuat oleh Khalifah Umar di mana beliau membenarkan umat
Islam berhijrah ke wilayah baru yang dikuasai di Mesir, Syria dan Iraq.
Tindakan beliau telah membolehkan kebanyakan orang Arab yang berhijrah itu
hidup dalam kemewahan di tengah-tengah kesusahan penduduk tempatan. Akibatnya,
wujud jurang ekonomi antara pendatang baru dan penduduk tempatan sehingga
mencetuskan peperangan.
c. Munculnya
Golongan Pemegang Amanah (Ahl Al-Ayyam)
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan,
beliau telah mengambilalih tanah sawafi
yang diusahakan oleh golongan ahl
al-ayyam dan diserahkan kepada kaum Quraisy. Tindakan ini telah menimbulkan
kemarahan golongan ahl al-ayyam dan
kemarahan mereka memuncak apabila Saiyidina Uthman memperkenalkan dasar
pertukaran hak milik tanah yang berada di Iraq dengan tanah-tanah di luar Iraq.
Hal ini menyebabkan golongan yang menikmatinya hanya
mereka yang memiliki tanah di kawasan tersebut sahaja. Akibat dari rasa tidak
puas hati, ahl al-ayyam telah bangun
menentang Saiyidina Uthman sehingga mencetuskan kekacauan politik.
Usia Dan Sifat
Khalifah Uthman bin Affan kerap terlalu bersimpati
dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang yang telah melakukan
kesalahan yang dirasakan boleh dimaafkan. Usianya yang lanjut iaitu 82 tahun
semasa kemuncak kekacauan berlaku telah menambahkan lagi sifat lembutnya.
Sikapnya ini telah dipergunakan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan
kekacauan.
Sikap Memihak
Kepada Ketua Kabilah
Bagi mengukuhkan kedudukannya, Saiyidina Uthman
telah bersikap memihak kepada ketua-ketua kabilah di mana mereka telah
ditawarkan kepada jawatan-jawatan penting. Antara mereka termasuk juga bekas murtad.
Sebagai contoh, Ash’ath bin Qais al-Kindi telah dilantik sebagai Gabenor
Azrabaijan.
Membenar Para
Sahabat Berhijrah ke Luar Hijaz
Khalifah Uthman bin Affan juga membenarkan para
sahabat berhijrah ke luar Hijaz yang sebelum ini dilarang oleh Khalifah Umar.
Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan kemewahan dan kebendaan.
Melantik Keluarga
Ke Jawatan Penting
Dalam menjalankan pentadbiran, Khalifah Uthman bin
Affan telah dituduh mengamalkan dasar nepotisme, iaitu mengutamakan
keluargannya dalam menentukan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran
kerajaan. Misalnya, Saiyidina Uthman telah melantik Marwan bin Hakam sebagai
Setiausaha, Abdullah bin Amir sebagai Gabenor Basrah, Abdullah bin Saad sebagai
Gabenor di Mesir dan sebagainya. Dasar ini telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan umat Islam.
Menggunakan Wang
Baitul-Mal
Khalifah Uthman bin Affan dituduh menyalahgunakan
kekayaan negara dan harta rampasan perang. Hal ini berpunca dari tindakan
beliau yang tidak mahu mendengar pandangan sahabatnya, dalam soal pembahagian
harta-benda Baitul-Mal. Khalifah Uthman bin Affan beranggap tidak menjadi satu
kesalahan jika beliau menggunakan Baitul-Mal yang berlebihan untuk dirinya dan
keluarganya dengan alasan beliau telah banyak mengorbankan harta dan wang untuk
perjuangan Islam. Namun, hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan rakyat jelata.
Membebaskan
Ubaidullah Dari Qisas
Ubaidullah bin Umar sepatutnya dijatuhkan hukuman qisas kerana membunuh Hurmazan dan
Jafainah. Tetapi Saiyidina Uthman telah menyelamatkan Ubaidullah dengan
menganggapkan dirinya sebagai wali kepada Hurmazan dan dua orang lagi yang
telah dibunuh oleh Ubaidullah itu dengan membayar dilab dari wangnya sendiri kepada Baitul-Mal. Tindakan Saiyidina
Uthman telah tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan orang Islam termasuk
Saiyidina Ali bin Abu Talib.
Memaafkan Jundab
al-Azdi
Khaalifah Uthman bin Affan telah memaafkan Jundab
al-Azdi yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh Gabenor di Kufah, iaitu al-Walid
bin Uqibah. Hal ini telah menyebabkan suasana Kufah semakin buruk di mana
Jundab telah menggunakan peluang tersebut untuk menghuru-harakan keadaan di
Kufah. Akhirnya, al-Walid telah difitnah dan dipecat dari jawatannya.
Kegagalan Meluaskan
Jajahan Taklukan
Semasa Saiyidina Uthman menjadi khalifah, beliau
tidak berjaya meluaskan wilayahnya. Peluasan wilayah hanya dapat dilakukan
semasa peringkat awal pemerintahannya. Kegagalan tersebut telah memberi kesan
kepada ekonomi negara Islam lebih-lebih lagi di Kufah. Ekonomi di Kufah menjadi
semakin tidak stabil akibat pertambahan penduduk di bawah dasar penghijrahan
bebas.
Pemusnahan Salinan
Al-Quran
Khalifah Uthman bin Affan juga ditentang akibat
tindakannya yang memusnahkan salinan Al-Quran yang ditulis dalam pelbagai
loghat dan menerbitkan salinan yang standard yang dikenali sebagai ‘Mushaf
Uthmani’. Walaupun usaha beliau baik, namun golongan tertentu menganggapnya
sebagai usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya dalam bidang keagamaan.
Keengganan Menerima
Nasihat Dan Melepaskan Jawatan Khalifah
Polisi pentadbiran Saiyidina Uthman telah
menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu. Akibatnya, sahabat beliau
telah menasihatinya supaya mengubah polisi pentadbiran. Walau bagaimanapun,
beliau tidak menerima nasihat tersebut, malah Saiyidina Uthman juga telah
diminta untuk melepaskan jawatan khalifahnya tetapi juga ditolak oleh Saiyidina
Uthman. Akibatnya, berlakulah pelbagai kekacauan bagi menentang Saiyidina
Uthman.
Pengaruh Luar
Pengaruh luar turut menyebabkan kekacauan berlaku.
Misalnya, Abdullah bin Tsaba’ dikatakan cuba memecahbelahkan umat Islam. Beliau
telah menghasut umat Islam supaya menentang Saiyidina Uthman dengan
memperkembangkan fahaman qisayah yang
menyatakan jawatan khalifah adalah menjadi warisan dan hak Bani Hasyim.
Pengingkiran Abu
Dzar al-Ghifari
Abu Dzar al-Ghifari adalah sahabat Rasulullah s.a.w.
Beliau telah mengkritik politik pentadbiran Khalifah Uthman bin Affan dan
gabenor-gabenor yang hidup mewah. Akibatnya, Saiyidina Uthman telah
menyingkirkan Abu Dzar al-Ghifari ke sebuah kampung kecil. Hal ini kemudiannya
dieksploitasikan oleh sesetengah golongan untuk menentang pemerintahan Islam.
Memanggil al-Hakam
bin al-As
Khalifah Uthman bin Affan juga dikecam kerana
memanggil semula bapa saudaranya iaitu al-Hakam bin al-As bersama keluarganya
ke Madinah padahal beliau telah dihukum buang daerah oleh Rasulullah s.a.w
kerana kebiadapannya yang dilakukan terhadap baginda Nabi. Tindakan Saiyidina
Uthman seolah-olah mengingkari perintah Rasulullah s.a.w. Isu ini kemudiannya
dieksploitasikan untuk menentang Khalifah Uthman bin Affan.
Detik-Detik
Pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan
Nailah Binti Furaifisha adalah isteri terakhir
Khalifah Uthman bin Affan. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah
sebelum memeluk agama Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar. Nailah
berkahwin dengan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 29 Hijrah. Apabila
Khalifah Uthman bin Affan dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan
penting dipegang oleh keturunan Ummaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin
al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan
negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat
Islam.
Pada suatu hari, Marwan memberitahu ada sekumpulan
orang di sebalik pintu rumah Uthman. Khalifah Uthman bin Affan membenarkan
Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang itu. Marwan mengeluarkan
kata-kata kesat berbunyi, ‘Kamu semua datang merebut kerajaan daripada tangan
kami. Keluarlah kamu daripada pihak kami. Demi Allah, sekiranya kamu
membangkang kami, pasti kamu semua akan menghadapi kesulitan dan tidak suka
pada akibatnya.’
Perbuatan Marwan mengeluarkan ucapan kasar kepada
kumpulan orang yang berkunjung ke rumah Khalifah Uthman bin Affan menimbulkan
kemarahan Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Saiyidina Ali bergegas ke rumah
Khalifah Uthman bin Affan dan berjumpa dengannya. Saiyidina Ali berkata kepada
Khalifah Uthman bin Affan dengan nada marah, ‘Kenapa kamu mengizinkan Marwan berkata
apa sahaja kepada kumpulan orang yang datang tadi? Demi Allah, Marwan tidak
layak diminta pandangan tentang agama atau dirinya sekalipun.’
Nailah yang terkejut mendengar kata-kata Saiyidina
Ali terus berlari mendapatkan suaminya yang masih duduk membatu selepas
Saiyidina Ali meninggalkan rumah itu.
‘Aku dengar kata-kata Saiyidina Ali yang dia tidak
akan berjumpa kamu lagi kerana kamu mengikut kata-kata Marwan.’ Berkata
Khalifah Uthman bin Affan kepada isterinya, ‘Apa pendapat kamu tentang hal ini?’
Nailah memberikan pendapatnya, ’Takutlah kepada
Allah kerana tidak sekutu baginya. Ikutlah sunah kedua-dua sahabat kamu iaitu
Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Sekiranya kamu mengikut kata Marwan,
nescaya dia akan membunuh kamu. Marwan adalah orang yang tidak memiliki maruah
di sisi Allah, apatah lagi rasa takut dan cinta. Hantarlah utusan berjumpa
dengan Saiyidina Ali bagi berdamai kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kamu. Dia tidak layak dimusuhi.’
Khalifah Uthman bin Affan segera menghantar seorang
utusan kepada Saiyidina Ali tetapi Saiyidina Ali menolak kedatangannya lalu
berkata: ‘Aku telah memberitahu Khalifah Uthman bin Affan bahawa aku tidak akan
kembali lagi.’
Dalam tahun 35 hijrah, satu rombongan penduduk Mesir
sekitar 1,000 orang telah datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Khalifah
Uthman bin Affan. Tujuan mereka ialah meminta Khalifah Uthman bin Affan
menggantikan Gabenor Mesir. Khalifah Uthman bin Affan bersetuju dengan
permintaan mereka lalu melantik Muhammad bin Abu Bakar. Mereka pulang dengan
hati yang gembira.
Namun demikian, ketika berada tiga hari perjalanan
dari Madinah, mereka terserempak dengan hamba kulit hitam menaiki unta dengan
tergesa-gesa melintas di hadapan mereka. Mereka menahan unta tersebut kerana
mengesyaki ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
‘Anda mahu ke mana dengan tergesa-gesa?’ soal salah
seorang ahli rombongan Mesir itu.
‘Aku adalah pembantu Khalifah Uthman bin Affan yang
diutus bagi menemui Gabenor Mesir,’ jawab hamba itu dengan pantas.
‘Kamu utusan siapa?’ tanya ahli rombongan itu lagi
untuk kepastian.
‘Aku pembantu Khalifah Uthman bin Affan,’ jawab
hamba itu dengan gagap dan ragu dan kadangkala dia menjawab: ’Aku pembantu
Marwan.’
Mereka mengeluarkan surat dari beg bawaan hamba itu
lalu diserahkan kepada Muhammad bin Abu Bakar untuk membacanya. Semua ahli
rombongan terkejut apabila mendengar isi surat yang bercop mohor Khalifah
Uthman bin Affan meminta agar Gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi
gabenor. Kemudian dia mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan
bersamanya dan membatalkan surat pelantikannya sebagai gabenor yang baru.
Rombongan itu menjadi marah lalu berpatah balik ke
Madinah untuk menunjukkan surat itu kepada Saiyidina Ali. Saiyidina Ali bersama
beberapa orang sahabat bertemu dengan Khalifah Uthman bin Affan untuk meminta
kebenaran tentang surat itu. Khalifah Uthman bin Affan menafikan menulis surat
itu dan bersumpah dengan nama Allah.
Kemudian mereka menjalankan penyiasatan dan
terbongkarlah rahsia, Marwan yang menulis surat itu. Mereka meminta Khalifah
Uthman bin Affan menyerahkan Marwan kepada mereka namun beliau tidak bersedia
melakukannya. Mereka mengepung rumah khalifah dan menghalang bekalan air ke rumahnya.
Mereka mengepung rumahnya selama 30 hari dan mula kedengaran berita ada orang
ingin membunuhnya. Saiyidina Ali meminta anaknya, Hasan dan Husain dan beberapa
orang sahabat mengawal pintu rumah Khalifah Uthman bin Affan daripada
dicerobohi oleh pihak pemberontak Mesir.
Cubaan menyerbu masuk ke rumah Khalifah Uthman bin
Affan digagalkan oleh Hasan dan Husain serta sahabat menyebabkan pihak
pemberontak mencari jalan lain untuk masuk ke dalam rumah khalifah untuk
membunuhnya. Akhirnya tiga orang pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah
Khalifah Uthman bin Affan melalui atap rumah. Ghafiqi terus memukul Khalifah
Uthman bin Affan dengan besi dan menyepak Al-Quran yang dibaca oleh Khalifah
Uthman bin Affan. Khalifah Uthman bin Affan tidak melepaskan Al-Quran dari
tangannya dan darah menitis dari mukanya lalu jatuh ke atas muka surat Al-Quran
yang terbuka itu.
Kemudian Sudan pula menghampiri Khalifah Uthman bin
Affan, lalu dilibas pedangnya ke arah khalifah itu tetapi Nailah menahannya
sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya. Sudan yang hilang peri kemanusiaan
terus menetak Khalifah Uthman bin Affan beberapa kali sehingga khalifah gugur
syahid.
Najih, anak Khalifah Uthman bin Affan terus menerkam
ke arah Sudan lalu membunuhnya. Kemudian Qatirah, seorang lagi ahli pemberontak
membunuh Najih. Para pemberontak cuba menganiaya mayat Khalifah Uthman bin
Affan, namun jeritan tangisan Nailah mengejutkan Hasan dan Husain yang mengawal
di pintu hadapan.
Mereka meluru masuk untuk melihat apa yang berlaku.
Mereka sedih melihat Khalifah Uthman bin Affan mati terbaring bersama anaknya
dan mereka gagal menghalang pembunuhan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan
meninggal dunia pada 8 Zulhijah 35 Hijriah. Khalifah Uthman bin Affan
menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak
itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.
Perang Saudara
Islam Pertama
Perang saudara Islam yang pertama (656–661), juga
disebut sebagai Fitnah Pertama (Fitnat
Maqtal Uthman - Fitnah Pembunuhan Ustman), adalah perang saudara besar
pertama pada sewaktu Kekhalifahan Islam. Peperangan ini diakibatkan kerana
pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan.
Fitnah ini dimulai dengan serangkaian pemberontakan
terhadap Khalifah Ali ibn Abi Talib, yang diakibatkan oleh pembunuhan terhadap
khalifah sebelumnya iaitu Utsman bin Affan. Hal ini berlangsung sepanjang Ali
memerintah dan diakhiri dengan pengangkatan Muawiyah sebagai khalifah
menggantikan putera Saiyidina Ali yang bernama Hasan bin Ali yang menjadi
khalifah selama beberapa bulan menggantikan Khalifah Ali yang meninggal dunia.
Muawwiyah menandatangani perjanjian damai dengan Hasan bin Ali dan Muawwiyah
mendirikan Dinasti Ummaiyah yang berkuasa selama beberapa abad di Semenanjung
Arab.
Doa Khalifah Uthman
Bin Affan
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Milik-Nya-lah
kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang-orang yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah orang yang rugi.’ (surah az-Zumar: 63).
Menurut ayat di atas, Khalifah Uthman bin Affan
telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, apakah yang dimaksudkan dengan
‘kunci-kunci langit dan bumi’? Rasulullah s.a.w menjawab, ‘bahawa kunci-kunci
itu adalah dibukakan kekayaan langit dan bumi.’ Jadi bayangkan apa yang ada di
langit dan bumi.
Khalifah Uthman bin Affan adalah antara sahabat Rasulullah
s.a.w yang terkaya. Beliau mengamalkan doa ini. Pernah dikisahkan pada zaman
dahulu, terdapat satu gerombolan unta yang membawa barang-barang dagangan
Khalifah Uthman bin Affan r.a. Diriwayatkan bilangan unta sebanyak 1,000 ekor
semuanya. Kemudian unta-unta tersebut dibawa ke pintu hadapan kawasan Madinah.
Ramailah saudagar dan pemborong jualan keluar Madinah untuk melihat
barang-barang dagangan tersebut.
Mereka bertanya, ‘Barangan milik siapakah ini? Kami
ingin membeli untuk berjual beli di Madinah.’ Pembawa unta itu menjawab,
‘Kesemua barang ini milik Khalifah Uthman bin Affan r.a. Jika kamu mahu
membeli, berurus niagalah dengan beliau.’
Dipendekkan cerita, lalu berlangsunglah proses tawar
menawar dalam urusan jual beli ini. Akhirnya saudagar yang paling kaya di situ
menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak tidak sampai 10 dirham. Lalu
Khalifah Uthman bin Affan berkata, ‘Jika hanya dengan ini tawaranmu, maka aku
lebih rasa beruntung berniaga dengan Allah.’
Dibacakan ayat surah al-baqarah ayat 261 yang
bermaksud: ‘Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta-harta di jalan Allah
serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap
tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang
Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.’
Subhanallah, itulah ganjaran yang Allah s.w.t
kurniakan kepada mereka yang menafkahkan harta ke jalan Allah. Asalnya sebutir
benih, kemudian dicambahkan kepada hampir 700 biji, malah lebih lagi dari itu.
Semuanya dengan izin Allah.
Lalu Khalifah Uthman bin Affan r.a. memerintahkan
kepada pembawa-pembawa unta untuk memberikan kesemua harta dagangan tersebut
kepada setiap fakir miskin di kota itu. Jangan tinggalkan walau satu pun.
Begitulah betapa kayanya Khalifah Uthman bin Affan, kekayaannya membawa kepada
sifat pemurahnya memahami erti berurusan dengan Allah.
Hadis qudsi
yang bermaksud: ‘Kamu berkehendak, Aku pun berkehendak. Semua yang berlaku di
dalam dunia ini adalah dengan kehendak-Ku. Kalau kamu serahkan kehendak kamu
dan mengikuti kehendak-Ku, maka Aku akan menuruti kehendakmu. Tetapi jika
sebaliknya, kamu tidak mengikuti kehendak-Ku, maka kamu akan menghadapi
kesusahan untuk mencapai kehendakmu itu. Tawakal kepada Allah.’
Pengumpulan Dan
Penulisan Al-Quran Zaman Khalifah Uthman Bin Affan
Peringkat ketiga penghimpunan Al-Quran berlaku pada
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a dan beliau sendirilah yang
mengarah melakukannya. Usaha pengumpulan dan penulisan semula Al-Quran ini
menjadi suatu yang serius sekali pada zaman pemerintahan beliau. Isu-isu yang
timbul pada zaman tersebut telah menyebabkan mushaf Al-Quran yang sempurna itu ditulis kesemuanya semula dalam
bentuk naskhah Al-Quran yang lengkap. Faktor-faktor yang mendorong kepada
pengumpulan semula Al-Quran pada tahap ketiga ini ialah seperti berikut:
- Wujudnya mushaf peribadi
para sahabat
- Perbezaan qiraat yang
membawa pertikaian umat Islam
Kedua-dua sebab di atas telah mencetuskan idea
kepada berlakunya pengumpulan dan penulisan Al-Quran pada peringkat ketiga ini.
1.
Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat
Mushaf Khalifah Abu Bakar tersimpan
di bawah jagaan Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab. Selain daripada mushaf tersebut, terdapat juga di
kalangan para sahabat lain yang menulis Al-Quran untuk rujukan dan simpanan
mereka sendiri. Antara mushaf-mushaf
yang masyhur ialah mushaf Abdullah
bin Mas’ud, mushaf Ubai bin Kaab, mushaf Abu Musa Al-Asyari dan lain-lain
lagi.
Sesetengah mushaf
yang ditulis adalah untuk tujuan peribadi. Al-Quran yang mereka tulis itu ada
yang ditambah dengan catatan mereka sendiri tentang maksud atau peringatan
mengenai sesuatu ayat. Ada juga di antara mushaf
itu yang terputus dan tidak lengkap susunan ayat-ayat atau surah-surahnya.
Perkara sedemikian berlaku kerana tempoh penurunan
Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. yang mengambil masa selama 23 tahun. Oleh
yang demikian, tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan penurunan
ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. Ada juga yang tidak sempat
memperolehinya secara terus daripada Rasulullah s.a.w. atau para sahabat yang
lain. Maka setelah selesai penulisan semula Al-Quran, Khalifah Uthman bin Affan
r.a. mengarahkan semua mushaf lain
dimusnahkan bagi menyatukan umat Islam di bawah satu mushaf sahaja.
Ini dibuktikan melalui Anas bin Malik, beliau
menceritakan bahawa: ‘Setelah selesai (Khalifah Uthman bin Affan) menulis
Al-Quran, beliau telah menulis surat kepada para sahabat yang menjadi wakil
beliau di setiap pelosok; ‘Aku telah melakukan begitu dan begini (mengumpul dan
menulis keseluruhan Al-Quran), setelah itu aku musnahkan mushaf yang aku ada, maka kamu juga hendaklah musnahkan mushaf yang ada pada kamu.’ (Surur
Shihabuddin An-Nadawi. Ilmu Tajwid
Menurut Riwayat Hafs An-Asim. m.s. 25)
2. Perbezaan
Qiraat Membawa Pertikaian Umat Islam
Pengumpulan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan r.a. adalah berbeza daripada pengumpulan pada zaman Khalifah Abu Bakar
r.a. Ini disebabkan permasalah yang timbul juga berbeza antara dua zaman
tersebut.
Pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan,
Islam telah tersebar luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah
termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam telah hidup di pelbagai
tempat di pelosok dunia, sama ada di kota mahupun di desa. Di setiap wilayah
dan daerah terdapat seorang ‘qari’
dari kalangan sahabat yang masyhur mengajarkan Al-Quran kepada penduduk
setempat. Bacaan mereka menurut kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. Di antara para
sahabat yang masyhur itu ialah:
- Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin Al-Khattab
mengajar penduduk Mekah dan Madinah.
- Khalifah Uthman bin Affan dan Abu Darda’ mengajar bacaan Al-Quran
kepada penduduk Syam (Syria).
- Saiyidina Umar bin Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Khalifah Uthman bin
Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa Al-Asy’ari juga mengajar
kaedah bacaan Al-Quran kepada penduduk Basrah.
- Manakala penduduk Kufah juga mengambil kaedah bacaan
daripada Abdullah bin Mas’ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman
bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit.
Kesemua kaedah bacaan dan cara penyampaian para
sahabat ini berbeza antara satu sama lain. Mereka hanya mengajar qiraat yang mereka tahu sahaja, di
samping itu mereka tidak mengajar qiraat
yang tujuh kepada penduduk tempatan. Tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan rujukan
sekiranya mereka menghadapi masalah. Ekoran daripada keadaan itu, timbul
perbezaan bacaan atau sebutan di kalangan penduduk pelbagai wilayah tersebut.
Mengikut satu riwayat, perbezaan kaedah bacaan itu membawa ke kancah
pertentangan dan perpecahan.
Diriwayatkan dari Abu Qilabah, ia
berkata: ’Pada masa Khalifah Uthman bin Affan r.a., seorang guru mengajar qiraah kepada seorang murid. Sementara
seorang guru lain mengajar murid yang lain pula. Kemudian apabila setiap murid
tadi bertemu, mereka akan bertengkar dan pertengkaran itu memuncak sehingga
melibatkan guru masing-masing, sehingga di antara mereka saling kafir
mengkafir.’
Maka peristiwa itu sampai kepada Khalifah Uthman bin
Affan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 24 Hijrah. Insiden itu telah membuatkan
Khalifah Uthman bin Affan r.a terfikir dan tergerak untuk mengatasi
permasalahan itu sebelum ia merebak dengan lebih luas.
Manakala pada tahun 25 Hijrah telah berlaku pula
perbalahan yang hebat di kalangan Muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan.
Seterusnya mendatangkan masalah dan berlakunya perselisihan dari segi pembacaan
Al-Quran.
Mengikut satu riwayat; Pada masa pemerintahan
Al-Walid bin Uqba, Yazid bin Muawiyah bersama Huzaifah berada di dalam sebuah
masjid. Tiba-tiba seorang pegawai berkata: ‘Sesiapa yang mengikut bacaan Abu
Musa pergilah berhampiran pintu kinda.
Dan sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah ke sudut berhampiran rumah
Abdullah.’
Mereka tidak sepakat membaca surah al-Baqarah ayat
196. Huzaifah menjadi sangat marah, matanya sangat merah lalu bangun dan
membuka qamis-nya sehingga ke
pinggang, walaupun pada waktu itu beliau berada di masjid, beliau berkata:
‘Adakah sesiapa yang akan menemui Amirul Mukminin atau aku sendiri akan pergi?’
Keadaan yang tidak sihat itu telah disampaikan oleh
Huzaifah bin Al-Yaman kepada Khalifah Uthman bin Affan r.a. Huzaifah telah
mencadangkan supaya Khalifah Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan
kaum Muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf
agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tentang bacaan tersebut.
Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu
Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dibantu
oleh beberapa sahabat yang lain yang terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Said
bin Al-As dan Abdul Rahman bin Harith. Jawatankuasa ini dipanggil ‘Panitia
Empat.’ Tiga dari kalangan mereka adalah dari kalangan Muhajirin (Quraisy),
kecuali Zaid bin Thabit seorang sahaja dari kalangan kaum Ansar.
Tugas Panitia Empat ini ialah menyusun dan menyalin
lembaran-lembaran suhuf yang diambil
dari simpanan Saiyidatina Hafsah untuk dijadikan beberapa mushaf yang lain. Khalifah Uthman bin Affan berkata kepada tiga
orang Quraisy itu: ’Bila kamu berbeza pendapat dengan Zaid bin Thabit mengenai
sesuatu daripada Al-Quran, maka tulislah dengan bahasa Quraisy, kerana Al-Quran
diturunkan dalam bahasa Quraisy.’
Mereka melaksanakan perintah itu dengan baik. Penyalinan
semula kepada beberapa mushaf laki
ini mengambil masa selama lima tahun, bermula dari tahun 25 Hijrah sehingga ke
tahun 30 Hijrah. Setelah kerja menyalin semula Al-Quran kepada beberapa mushaf, Khalifah Uthman bin Affan
mengembalikan semula mushaf yang asal
itu kepada Saiyidatina Hafsah. Seterusnya khalifah menghantar mushaf-mushaf yang baru tersebut ke
pelbagai wilayah, dan memerintahkan agar semua mushaf yang lain dibakar.
Jumlah Naskhah
Mushaf Uthmani Dan Ciri-cirinya
Jawatan kuasa Penulisan Semula Al-Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit telah menyusun dan menyalin semula sebanyak enam mushaf. Jumlah ini adalah mengikut
pendapat yang muktamad. Abu Amr Ad-Dani menyatakan jumlah naskhah Mushaf
Uthmani itu ada enam. Ianya dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq dan
satu lagi di Madinah.
Manakala Jalaluddin As-Suyuti pula
menyatakan jumlah naskhah Mushaf Khalifah Uthman bin Affani yang dikirim itu
ada lima iaitu untuk Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq, Madinah. Dan beliau
menambah, ada satu lagi mushaf
sebagai simpanan Khalifah Uthman bin Affan yang dinamakan ‘Al-Mushaf Al-Imam.’
Dinamakan sebagai Mushaf Imam kerana mushaf
tersebut adalah mushaf pertama yang
ditulis. Daripada Mushaf Imam itulah dibuat salinan mushaf-mushaf yang lain.
Mushaf tersebut bukan sahaja dikirim
dan dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah tersebut, bahkan
dihantar seorang imam (qari) yang
adil dan mutaqin di dalam bacaan
Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:
- Abdullah bin As-Saib r.a dihantar ke Mekah
- Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a dihantar ke Syam
- Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi r.a dihantar ke Kufah
- ‘Amar bin Qais r.a dihantar ke Basrah
- Zaid bin Thabit r.a di Madinah.
Apa yang perlu kita ketahui ekoran daripada Mushaf
Khalifah Uthman bin Affani yang berasal daripada beberapa naskhah itu telah
berkembang percetakannya dengan pesat. Naskhah-naskhah Al-Quran yang dicetak
kemudian ini digelar ‘Al-Quran Mushaf Uthmani’ atau ‘Al-Quran Rasm Uthmani’
sebagai memperingati jasa beliau yang amat agung itu.
Antara ciri utama Mushaf Uthmani ialah ia ditulis
bersesuaian dengan perbezaan bacaan ‘Tujuh Qiraat.’ Ia juga meliputi ciri-ciri
Al-Quran yang dibaca oleh Rasululah s.a.w di hadapan Malaikat Jibril a.s pada
tahun terakhir hayat baginda.
Kelebihan Dan
Keistimewaan Mushaf Uthmani
Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat
dicungkilkan dan diberi perhatian. Antara keistimewaan Mushaf Uthmani ialah:
1. Bersifat
Tauqifi Daripada Rasulullah s.a.w.
Mushaf Uthmani merupakan satu kaedah yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat secara langsung. Ini bermakna mushaf ini sebenarnya datang daripada
Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para
sahabat melainkan perintah wahyu daripada Allah s.w.t.
Kenyataan ini dibuktikan dengan firman Allah s.w.t
yang bermaksud: ‘Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut
kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).’ (surah Al-Najm: 3 – 4)
2. Mushaf
Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dan
mendapat ganjaran pahala bagi yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat
ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Para ulama telah bersepakat
mengatakan bahawa rukun bacaan Al-Quran yang betul ada tiga perkara iaitu
hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani, sama ada yang dihantar ke Madinah, Mekah,
Kufah, Basrah, Syam ataupun mushaf yang disimpan oleh Khalifah Uthman bin Affan
iaitu Mushaf al-Imam.
Selain daripada itu, bacaan Al-Quran hendaklah mutawatir iaitu sampai sanad-nya kepada Rasulullah s.a.w serta
bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab. Seharusnya kita
ingat bahawa pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan itu ditolak.
3. Meliputi
Tujuh Huruf
Satu lagi faktor yang sangat penting sehingga
menjadikan Mushaf Uthmani itu perlu itu perlu diberi keutamaan ialah kerana
kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikan
ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat
yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.
Terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan tujuh
huruf, dan pelbagai pendapat ulama mengenai maksudnya. Antara hadis yang
menunjukkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf ialah sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ‘Jibril a.s. telah mengajar kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa
mengulanginya dan aku sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya ia
menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.’
Salah satu pendapat yang disepakati oleh para ulama
ialah tujuh huruf bacaan itu merangkumi perselisihan nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada muzakkar atau muannath, perselisihan pada cara i’rab, perselisihan
pada tasrif, perselisihan sama ada mendahulukan atau mengakhirkan
sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu
huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah
sama ada tebal, nipis, tashil, isymam dan
sebagainya.
4.
Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir
Terdapat satu lagi faktor yang penting yang
membuktikan bahawa Mushaf Uthmani sangat diutamakan dalam penulisan Al-Quran,
iaitu ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah
s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s.
Semasa Rasulullah s.a.w melakukan semakan terakhir
Al-Quran di hadapan Malaikat Jibril a.s, salah seorang daripada sahabat Nabi
iaitu Zaid bin Thabit turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila beliau diberi
tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan Al-Quran pada masa khalifah Abu
Bakar r.a dan Khalifah Uthman bin Affan r.a, maka beliau menulis dengan
berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.
Sebab itulah Zaid tidak menulis ayat yang tidak
dibentangkan semasa pembentangan terakhir dalam suhuf atau mushaf, kerana
beliau menganggap ayat itu telah di-nasakh-kan.
Perbezaan
Pengumpulan Al-Quran Zaman Khalifah Abu Bakar Dan Khalifah Uthman
Terdapat perbezaan di antara pengumpulan Al-Quran
yang dilakukan pada zaman Khalifah Abu Bakar dengan pengumpulan Al-Quran yang
dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Daripada perbincangan sebelum ini,
dapatlah disimpulkan bahawa pengumpulan yang dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar
as-Siddiq r.a adalah memindahkan ayat-ayat Al-Quran daripada pelepah tamar,
kepingan-kepingan batu, kulit-kulit dan tulang-tulang binatang ke dalam satu mushaf.
Ayat-ayat Al-Quran disusun dalam surah-surah yang
tertentu setelah diperiksa dengan begitu teliti dan sempurna, di samping
membuang ayat-ayat yang telah di-mansukh-kan.
Manakala faktor yang mendorong kepada pengumpulannya pula ialah kekhuatiran
terhadap kehilangan para penghafaz Al-Quran, kerana ramai di kalangan mereka
yang gugur syahid di dalam peperangan al-Yamamah.
Pengumpulan yang dibuat pada zaman Khalifah Uthman
bin Affan pula adalah untuk memperbanyakkan salinan mushaf yang telah dikumpulkan oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq
untuk dikirimkan ke merata tempat wilayah Islam. Adapun faktor yang membawa
kepada usaha pengumpulannya ialah untuk menghapuskan perselisihan faham kaum
Muslimin tentang perbezaan qira’ah
dalam membaca Al-Quran. Ekoran daripada pengumpulan menjadikan Al-Quran dalam
satu mushaf yang lengkap yang
dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan inilah adanya Al-Quran yang
seperti mana yang ada pada kita sekarang ini.
Inilah perbezaan pengumpulan yang dilakukan oleh
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Uthman bin Affan. Manfaatnya dapat
kita kecapi sehingga ke hari ini. Namun apa yang perlu diketahui ialah salinan
Mushaf Uthmani tidak berbaris dan tidak bertitik.
Kemajuan Umat Islam
Zaman Khalifah
Kemajuan tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah
s.a.w tidak dapat di bandingkan dengan kemajuan yang dicapai oleh
pemimpin-pemimpin lain. Oleh sebab itulah segala yang ditinggalkan oleh baginda
diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda iaitu Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq,
Saiyidina Umar al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi
Talib.
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ini meneruskan
corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh baginda dan melakukan banyak
perubahan dalam melaksanakan sistem Islam. Pelantikan sahabat-sahabat baginda
dilakukan dengan mengunakan sistem syura
iaitu sistem yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana setiap sahabat
baginda yang dilantik hendaklah melaksanakan pemerintahan seperti yang
ditunjukan dan dilakukan oleh baginda berdasarkan Al-Quran dan tidak mengikut
hawa nafsu semata-mata.
Oleh sebab itu sahabat-sahabat mengunakan
gelaran-gelaran tertentu, misalnya Saiyidina Abu Bakar mengunakan gelaran
‘khalifah’, Saiyidina Umar al-Khattab mengunakan gelaran ‘Amirul Mukminin’ dan
Saiyidina Ali bin Abi Talib mengunakan gelaran ‘Imam.’ Selain itu mereka telah
mencapai pelbagai kemajuan dan kejayaan berdasarkan apa yang di tinggalkan oleh
Rasullulah s.a.w. Mereka telah meletakan Islam adalah kuasa yang disegani dan
dihormati oleh masyarakat lain.
Kemajuan Tamadun
Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Pelantikan beliau sebagai khalifah di-baiah oleh lebih kurang 300 orang yang
berlangsung di Masjid Nabawi. Semasa pemerintahan beliau dalam masa lebih
kurang 2 tahun tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan kerana timbul
pelbagai masalah iaitu masalah riddah
dan nabi-nabi palsu.
Ini kerana golongan riddah ini tidak mahu mengeluarkan zakat kepada baitul-mal manakala masalah nabi-nabi
palsu ditimbulkan oleh individu-individu yang mengaku diri mereka sebagai nabi
antaranya ialah Musallamah al-Kazzab di Yamamah, al-Aswad Qais bin Yagus di
Yaman, Tulailah bin Khawailid al-Asady di Bazaakhah dan Malik bin Nuwairah di
Battah.
Oleh sebab itu beliau telah menubuhkan 11 pasukan
tentera bagi menghapuskan pemberontakan tersebut sehinggalah mereka dapat
disatukan. Selain itu beliau meneruskan usaha Rasulullah s.a.w mengirim tentera
di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke Qudha’ah dan Abna di Syria dengan
melindungi orang-orang Islam dari ancaman Rom dan Parsi.
Pengumpulan Al-Quran dilakukan setelah menerima
pandangan beliau yang bimbang pihak penghafaz Al-Quran yang semakin kecil
bilanganya disebabkan ramai di antara mereka yang telah syahid di medan
peperangan.
Beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan
rakyat sehingga beliau telah memperuntukan sebanyak 600 dirham setahun untuk di
belanjakan kepada rakyat dan negara. Sementara itu dalam soal pertadbiran
wilayah beliau membahagikan Semenanjung arab kepada Madinah, Mekah, Taif,
Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal di mana setiap
wilayah tersebut di lantik seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada
pertadbiran khalifah yang berpusat di Madinah dalam mengendalikan urusan
kebajikan rakyat, pengurusan zakat, menjalankan keadilan, kehakiman dan menjadi
imam.
Setelah pasti negara Islam dalam kaadaan stabil
beliau mengalihkan perhatian kepada dasar-dasar luar. Walaupun dalam jangka
masa yang singkat beliau nyata dapat meletakan asas-asas yang kukuh dan
demokratik terhadap pemerintahan Madinah. Ini memudahkan peganti-peganti beliau
untuk meneruskan dasar-dasar tersebut.
Kemajuan Tamadun
Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
Beliau juga dilantik sebagai khalifah melalui sistem
syura di mana beliau telah
dipersetujui olah seluruh kaum Muslimin. Beliau telah menggunakan gelaran
Amirul Mukminin. Sempena pelantikan dirinya, beliau telah berjanji akan menjaga
orang ramai dengan penuh kejujuran. Beliau adalah seorang yang sederhana dalam
urusan hidupnya seharian tetapi dapat dedikasikan sepenuh tenaga dalam
menjalankan tugas sebagai pemimpin.
Dalam pertadbiranya beliau mengikut sepenuh polisi
yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya. Justeru itu tidak hairanlah beliau
dapat melaksanakan pemerintahanya dalam masa lebih kurang 10 tahun dengan
mencapai kecemerlangan dalam semua dasar-dasar di samping dapat dapat
mengukuhkan kedudukan kaum Muslimin di Madinah. Oleh itu ramai pengkaji sejarah
mengakui zaman pemerintahan beliau sangat menyerlah sehingga dikenali sebagai ‘Golden Age.’ Terdapat pelbagai kemajuan
yang dicapai oleh beliau antaranya ialah:
1.
Pendidikan
Beliau telah menubuhkan ‘kuttab’ di mana pendidikan yang dititik beratkan ialah membaca dan
menulis, membaca Al-Quran dan menghafalnya, belajar mengambil wuduk, solat dan
puasa. Selain itu beliau juga memperkenalkan mata perlajaran berenang, memanah,
menunggang kuda, serta menghafal syair, madah dan peribahasa.
Sementara itu pula di peringkat yang lebih tinggi
diajar Al-Quran dan hadis, tafsir serta pelajaran yang berhubung dengan tasyri. Beliau juga mewajibkan umat
Islam merpelajari sekurang-kurangnya 5 surah daripada Al-Quran iaitu surah
Al-Baqarah, Al-Nisa, Al-Maidah, Al-Haj dan Al-Nur kerana surah-surah itu
mengandungi perintah-perintah dan arahan-arahan Allah s.w.t.
Beliau juga mewajibkan menghafal Al-Quran. Selain
itu beliau juga mengutuskan beberapa orang sahabat seperti Abu Darda, Abdul
Rahman bin Maqal dan Abdul Rahman bin Ghuman ke wilayah-wilayah lain sekitar
Madinah untuk mengajar bagi membolehkan penduduknya bermuamalat secara Islam.
Sementara itu Abu Sufyan ditugaskan untuk mengajar Al-Quran kepada orang-orang Badwi.
2. Politik
Gerakan untuk memperluaskan wilayah berlaku dengan
pesat dan berjaya hingga meliputi Afrika Utara, Asia Timur dan Khurasan. Bagi
memudahkan pentadbiranya beliau telah membahagikan kapada lapan wilayah iaitu
Madinah, Mekah, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Di mana setiap
wilayah ditadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh seorang setiausaha (al-khatib), ketua tentera, pemunggut
cukai (sahib al-Kharaj), pegawai
polis, pegawai perbendaharan dan hakim. Walau bagaimanapun ada wilayah yang
ditadbir terus oleh beliau dari Madinah.
Sistem politik yang pada zaman Khulafa’ Al-rasyidin
ialah dilakukan mengikut beberapa cara dan sistem. Misalnya khalifah yang
dilantik adalah berdasarkan pemilihan orang ramai melalui sistem syura. Mereka adalah terdiri daripada
orang yang benar-benar berkelayakan memegang jawatan berkenaan. Seorang
khalifah yang dilantik hendaklah meliputi orang Islam yang mempunyai akhlak
yang mulia, beriman, cekap, adil serta tabah dalam menghadapi segala cabaran yang
datang.
Tugas sebagai seorang khalifah kepada sesebuah
negara Islam adalah menjalankan tanggungjawab seperti melaksanakan hukum-hakam
yang dikehendaki oleh Islam. Selain itu mengawal keamanan kesejahteraan serta
keselamatan negara. Melaksanakan bentuk pertadbiran yang adil bagi menjamin
hak-hak terhadap individu dan masyarakat.
Bentuk pentadbiran yang dilakukan adalah berdasarkan
Al-Quran dan as-sunnah. Sementara itu
masjid dijadikan pusat pentadbiran di samping menjadi pusat ibadat dan
perkembangan kegiatan dakwah Islamiah. Dasar pemerintahan adalah berdasarkan musyawarah dan mendapat persetujuan
ramai. Khalifah yang dilantik dengan persetujuan ramai dari kalangan orang yang
berkelayakan yang mempunyai sifat-sifat amanah, bijak, adil, dan bertakwa kepada
Allah s.w.t. Oleh itu apabila khalifah dilantik mereka hendaklah menjalankan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi, menyusun pentadbiran dengan lebih tersusun
dan mengadakan berbagai usaha untuk kesejahteraan rakyat.
Bagi memudahkan pertadbiran negara mereka telah
membahagikan negara kepada beberapa wilayah dan melantik seorang gabenor untuk
mentadbir wilayah-wilayah tersebut. Untuk menjamin kesejahteran, keselamatan
dan keamanan negara dari ancaman musuh, pertahanan negara diperkuatkan dengan
melatih anggota tentera dengan pelbagai teknik peperangan.
3.
Menubuhkan Jabatan
Memandangkan negara Islam semakin meluas dengan
pengaruhnya dan hasil perhatian Khalifah Umar terhadap keperluan rakyat,
masyarakat dan negara, beliau telah menubuhkan satu institusi baru iaitu
‘Dewan’ atau dikenali sebagai ‘Jabatan.’ Sejarah telah mencatatkan Khalifah
Umar adalah orang yang pertama meletakan asas bagi sistem pentadbiran yang
lebih tersusun dengan memperkenalkan sistem jabatan.
Hari ini sistem-sistem ini diikuti dengan meluas di
seluruh dunia malah masyarakat Barat pun turut meniru sistem-sistem tersebut
pada abad ke-19 dan 20 dan digunakan sampai hari ini. Antara jabatan-jabatan
tersebut adalah:
- Jabatan Tentera
- Jabatan Ganjaran dan Pengagihan
- Jabatan Cukai
- Jabatan Pos
Beliau mendapat idea untuk menubuhkan
jabatan-jabatan tersebut dicadangkan oleh Hisyam bin al-Qalid bin al-Mughirah
dan seorang dari pemimpin Parsi yang menganut agama Islam setelah melihatnya
pernah dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah Parsi yang berjaya menyelesaikan
banyak masalah yang timbul di Parsi.
Khalifah Umar turut memberi perhatian serius
terhadap kepada Jabatan tentera (Dewan al-Junud). Ini disebabkan sebahagian
besar masyarakat terlibat dalam aktiviti ketenteraan sama ada secara tetap atau
sukarela. Unit-unit tentera terdiri dari pasukan berkuda, berjalan kaki,
perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.
Di dalam melaksanakan sistem-sitem ini agar berkesan
pusat-pusat tentera didirikan di Madinah, Basrah, Mushal, Fustat, Damsyik, Jordan
dan Palestin. Mereka bertugas bukan sahaja untuk memastikan negara Islam tidak
diserang tetapi juga menghapuskan apa saja pemberontakan yang timbul di dalam
negara. Pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Qaid, Amir dan ketua turus
angkatan tentera.
Banyak kemudahan yang disediakan seperti rumah-rumah
untuk tentera yang dibina di Kufah, Basrah, dan Fustat. Manakala gaji yang
diperuntukan untuk seorang tentera ialah sebanyak 600 dirham setahun di samping
elaun dan sumbangan kepada setiap anggota tentera dan kerluarga mereka dan
setiap satu bala tentera akan disertai oleh seorang pegawai tentera yang turut
merangkap sebagai seorang akauntan, qadi,
dan doktor. Contohnya semasa berlakunya peperangan Qasidiah, Abdul Rahman bin
Rabitah ditugaskan sebagai seorang qadi
sementara itu Ziyad bin Abu Sufyan ditugaskan sebagai seorang akauntan.
4. Sosial
Secara keseluruhanya hasil daripada pungutan cukai
yang sistematik dapat membantu khalifah menyediakan pelbagai kemudahan asas
kepada rakyat seperti sistem peparitan, jalan raya dan perigi. Manakala sistem Usyur juga diperkenalkan, hasilnya
masyarakat Islam pada zaman Saiyidina Umar telah dapat menikmati satu tahap
yang lebih sempurna dan selesa dan membanggakan masyarakat Islam.
Sementara itu rakyat diberi kebebasan untuk menganut
agama dan kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga boleh
memberi dan berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama. Sementara itu khalifah
bertindak adil terhadap individu dan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan,
dan darjat.
Kaum dan kabilah yang hidup dalam negara Islam
diperdamaikan supaya mereka hidup sebagai satu ummah. Jurang perbezaan antara
orang miskin dan orang kaya dirapatkan supaya mereka sama-sama menikmati hasil
kekayan negara. Sementara orang-orang yang lemah didalam masyarakat seperti
anak-anak yatim, wanita dan orang-orang tua dibantu supaya mereka dapat
menjalani kehidupan yang sempurna dan harmoni.
Kemajuan Tamadun
Zaman Khalifah Uthman Bin Affan
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan tidak
banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kebanyakan perkara yang dilakukan
mengikut apa yang ditinggalkan oleh khalifah sebelumnya. Walau bagaimanapun
sumbangan yang paling besar adalah beliau telah melakukan perubahan dengan
melaksanakan sistem penulisan Al-Quran yang lebih sistematik.
Beliau telah melaksanakan sistem ini kerana
disebabkan pada masa itu ramai orang Islam iaitu terdiri daripada
penghafal-penghafal Al-Quran telah berpindah ke negeri yang baru dibuka oleh
orang-orang Islam seperti di Mesir, Syria, Iraq, Armenia dan Azerbaijan. Oleh
itu timbul masalah dalam pembacaan dan sebutan Al-Quran sebagaimana yang di
sebut oleh Huzaifah al-Yaman seorang pegawai tentera Islam di Armenia kepada
Khalifah di Madinah.
Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan Zaid
bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith
supaya membukukan Al-Quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan
pembaca yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah, Basrah,
Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan oleh beliau di
Madinah, tujuannya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk
kegunaan khalifah.
Semua orang Islam di wilayah-wilayah Islam
diperintahkan membaca Al-Quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. Sumbangan
beliau terhadap perkara ini sangat berharga dari dulu hingga sekarang, di mana
sistem pembacaan masih diikuti oleh umat Islam pada masa kini.
Melalui pembacaan Al-Quran orang Islam dapat
membangunkan diri, masyarakat, negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
hamba Allah s.w.t. Selain itu Al-Quran dapat menbentuk peribadi yang baik dan
akhlak yang mulia serta terpuji. Ilmu yang diperolehi daripada Al-Quran dapat
digunakan untuk memajukan alam dan mengambil manfaat daripadanya untuk mencapai
keamanan dan kesejahteraan hidup.
Apabila seseorang itu berilmu dia akan dapat
mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t yang akan menbentuk diri kepada
ketakwaan dan keimanan yang tinggi kepada-Nya. Dengan memahami isi kandungan
Al-Quran seseorang dapat menangkis gejala-gejala buruk seperti pecah amanah,
penyelewengan, permusuhan kaum, penyalahan kuasa, jenayah dan mementingkan diri
sendiri.
Kemajuan Tamadun
Zaman Khalifah Ali Bin Abi Talib
Pemerintahan beliau masih mengikut dasar-dasar
pemerintahan terdahulu di mana beliau juga dilantik mengikut sistem syura. Semasa pemerintahan Khalifah Ali
tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau sibuk
menghapuskan pemberontakan yang timbul. Pemberontakan ini timbul kerana ada
pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka yang terlibat dalam
pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan.
Beliau masih meneruskan cara pemerintahan yang
dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. pemerintahan beliau masih berpegang
teguh kepada Al-Quran dan al-sunnah di mana perkara-perkara yang dilaksanakan
adalah tidak mengikut pandangan diri sendiri tetapi menerima pandangan orang
lain melalui sahabat –sahabat ataupun pandangan masyarakat Islam. Beliau
sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan orang lain dan
mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dan memberi bantuan sekiranya
terdapat orang Islam yang di dalam kesusahan. Beliau juga mengambil berat
tentang masyarakat yang bukan beragama Islam.
Ekonomi
Pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin baitul-mal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan
kewangan negara. Di sinilah terkumpulnya harta-harta yang diperolehi oleh
negara untuk merancang kegiatan okonomi. Sumber ekonomi pada zaman ini
berasaskan zakat, kharaj, jizyah, al-fai,
dan ghanimah. Harta-harta tersebut
menjadi sumber pendapatan utama negara dan ia ditakbirkan mengikut sistem
ekonomi Islam. Dalam menguruskan harta-harta tersebut Khulafa’ Al-Rasyidin
tidak mengunakan harta dalam baitul-mal
untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi mereka lebih rela hidup zuhud dan
sederhana walaupun mampu hidup mewah.
Kesimpulan
Pemerintahan yang dibawa oleh Rasullalah s.a.w
adalah corak pemerintahan yang telah membawa masyarakat Islam mencapai tamadun
pertama di dunia. Tidak ada tamadun yang dapat menandingi tamadun yang dicapai
oleh orang Islam. Ini kerana tamadun Islam yang dicapai adalah berpandukan
kalam Allah s.w.t iaitu Al-Quran dan as-sunnah.
Tambahan pula apa yang ditunjukan oleh Al-Quran adalah bersesuaian dengan
fitrah alam ciptaan-Nya.
Kebanyakan cara-cara pemerintahan orang Islam di
dalam mencapai tamadun dunia ditiru oleh bangsa lain di dalam mencapai tamadun
mereka. Misalnya kebanyakan ilmu-ilmu yang dicapai oleh orang Islam telah
ditiru oleh mereka dan mengunakan ilmu-ilmu tersebut untuk mencapai tamadun
mereka. Malah ahli-ahli cendekiawan asing mengakui tamadun moden terbaik adalah
tamadun yang telah dicapai oleh orang Islam dan ia tidak dapat dinafikan lagi
tetapi ada orang-orang Barat masih mengakui tamadun mereka adalah tamadun
terbaik.
Tuduhan Dan Jawapan
Fitnah Terhadap Khalifah Uthman Bin Affan
Sewaktu dilantik menjadi khalifah, Khalifah Uthman
bin Affan bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar tetapi perubahan masyarakat begitu cepat menyebabkan beliau
menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh-musuh Islam terhadap beliau yang
akhirnya membawa kepada pembunuhan ke atasnya.
Tuduhan 1 -
Mengamalkan Dasar Nepotisme
Khalifah Uthman bin Affan dituduh bersikap nepotisme
atau memihak kepada kaum keluarganya dalam pelantikan jawatan-jawatan seperti
Gabenor Mesir yang dipegang oleh Amru bin al-As telah digantikan dengan
Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat Khalifah Uthman bin Affan.
Jawapan
Pelantikan pegawai dan gabenor yang dibuat oleh
Khalifah Uthman bin Affan di kalangan keluarganya berdasarkan kebolehan dan
kepimpinan mereka. Selain Abdullah, Al-Walid bin Uqbah bin Sa’id bin al-As,
Gabenor Kufah, Abdullah bin Amir, Gabenor Basrah dan Marwan bin Al-Hakam,
setiausaha negara; mereka ini adalah sepupu Khalifah Uthman bin Affan. Khalifah
Uthman bin Affan melantik keluarganya menjadi pegawai kerajaan dan ada juga
kewajaran kerana mereka boleh dipercayai.
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin,
kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa seperti zaman Bani
Ummaiyah. Banyak perkara pentadbiran di peringkat wilayah diselesaikan oleh
gabenor di wilayah tersebut tanpa merujuk kepada khalifah. Tambahan pula usia
Khalifah Uthman bin Affan telah lanjut tentulah memerlukan gabenor yang boleh
dipercayai untuk mengelakkan banyak masalah yang timbul.
Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik
atau ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti mereka akan dipecat seperti yang
berlaku ke atas al-Walid. Seandainya Khalifah Uthman bin Affan bersifat taksub
kepada kaum keluarganya tentulah beliau menghalang pemecatan al-Walid kerana
beliau mempunyai kuasa untuk tujuan tersebut.
Tuduhan 2 – Gabenor
Mesir Tidak Adil
Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat
Khalifah Uthman bin Affan dituduh sebagai gabenor yang tidak adil kerana
memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera yang baru
berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana
memaksa penduduk Mesir untuk membayar cukai yang lebih dan tidak membahagikan
harta rampasan perang seperti yang dilakukan oleh khalifah-khalifah yang
terdahulu, ada juga yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah seorang
bekas murtad.
Jawapan
Tuduhan terhadap Gabenor Mesir iaitu Abdullah bin
Sa’d bin Abi Sarah tidak sepatutnya diterima begitu sahaja tanpa mengkaji
secara mendalam situasi yang dihadapi oleh beliau ketika itu. Semasa beliau
dilantik menjadi gabenor, Mesir menghadapi ancaman tentera laut Byzantine.
Untuk menyekat serangan tersebut beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera
laut.
Angkatan tentera laut baru dibina pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Pembinaan angkatan tentera laut
memerlukan perbelanjaan yang besar. Tindakan beliau tidak mengagihkan harta
rampasan perang juga mempunyai tujuan yang sama. Tambahan pula kedudukan
ekonomi lembab berbanding masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
Khalifah Uthman bin Affan juga terpaksa mengenakan
kadar cukai yang tinggi di kalangan rakyatnya untuk menambah pendapatan negara
sekali gus dapat membangun angkatan tentera laut yang memerlukan perbelanjaan
yang besar untuk membeli kelengkapan peralatan perang.
Tuduhan 3 - Memihak
Kepada Quraisy Dan Bekas Murtad
Jawapan
Kedudukan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah sebagai
bekas murtad tidak perlu diungkitkan lagi kerana beliau sudah lama bertaubat.
Rasulullah s.a.w sendiri telah memaafkannya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar,
kejujuran dan keikhlasan mereka masih diragui tetapi ianya telah hilang pada
zaman Khalifah Umar.
Khalifah Uthman bin Affan melantik ramai di kalangan
pegawainya terdiri daripada bekas murtad kerana kebolehan mereka. Misalnya,
Asy’ath bin Qais al-Kindi salah seorang ketua kaum murtad yang terdiri daripada
suku kaum Kindah, telah dilantik menjadi tentera dan Gabenor Azerbaijan.
Tuduhan 4 - Hidup
Boros Dan Menggunakan Harta Baitul-Mal
Khalifah Uthman bin Affan juga dituduh sebagai
khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak yang dikatakan
diambil dari baitul-mal. Beliau juga
dituduh membelanjakan wang itu untuk diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai
contoh beliau memberi kuasa kepada Gabenor Mesir, Abdullah bin Sa’d bin Abi
Sarah, menggunakan 1/5 daripada harta rampasan perang di Tripoli. Kesannya,
penduduk Mesir marah dan memberontak.
Jawapan
Tuduhan Khalifah Uthman bin Affan seorang yang boros
dan menggunakan harta baitul-mal
adalah palsu kerana beliau terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Semenjak
zaman Jahilliyah lagi. Pada zaman Rasulullah s.a.w beliau telah menderma
sebanyak 100 unta dan 1,000 dinar. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau banyak
memberi hartanya kepada keluarganya.
Khalifah Uthman bin Affan juga tidak perlu mengambil
wang daripada baitul-mal kerana
beliau seorang yang kaya. Pelantikan beliau sebagai khalifah menyebabkan
aktiviti perniagaannya terhenti supaya beliau dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap tugasnya sebagai seorang khalifah. Oleh kerana beliau tidak
mempunyai masa untuk mengurus hartanya beliau telah memberikan harta tersebut
kepada kaum keluarganya.
Mengenai 1/5 harta rampasan perang yang diberi
kepada Abdullah iaitu Gabenor Mesir bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk
menampung perbelanjaan tentera laut dan membayar gaji pegawai kerajaan.
Tambahan pula, Khalifah Uthman bin Affan mempunyai hak untuk mendapatkan 1/5
daripada harta rampasan perang seperti yang terdapat dalam Al-Quran surah
al-Anfal bagi kegunaan awam.
Tuduhan 5 -
Membenarkan Sahabat Memiliki Harta Di Iraq
Khalifah Uthman bin Affan dituduh memberi tanah dan
ladang kepada para sahabat dan ketua-ketua kabilah. Tanah tersebut dikenali
sebagai tanah Sawafi iaitu tanah yang
tiada bertuan yang dahulunya diuruskan oleh golongan Ahl al-Ayyam. Beliau juga
dituduh membenarkan para sahabat nabi berhijrah keluar daripada Hijjaz.
Jawapan
Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khatab, tanah-tanah Sawafi ditadbir oleh golongan Ahl
al-Ayyam iaitu masyarakat Islam yang menyertai ekspedisi ketenteraan di Iraq.
Mereka terdiri daripada kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad. Pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w diberi peluang
mendapatkan saham mereka melalui penyertaan mereka dalam ekspedisi tersebut
iaitu melalui skim pertukaran tanah yang disediakan oleh khalifah.
Melalui skim ini sahabat yang memiliki tanah
dibenarkan menukar tanah mereka dengan tanah yang terdapat di Iraq. Misalnya,
Talhah bin Ubaidilah merupakan bekas tentera Iraq telah menukarkan tanahnya di
Khaibar dengan tanah Sawafi di
Nashstaj di Iraq.
Mereka yang terlibat dalam skim ini bukan sahaja
terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar tetapi juga bekas murtad seperti
Asy’ath bin Qais. Tambahan pula para sahabat mendapat tanah bukan secara
percuma tetapi melalui skim pertukaran tanah. Tindakan Said mengisytiharkan
tanah Iraq menjadi kepunyaan kaum Quraisy kerana mengenang jasa dan kedudukan
kaum Quraisy yang sentiasa dipandang tinggi oleh oleh masyarakat pada masa itu.
Dengan mengendalikan tanah-tanah di Iraq mereka
dipandang dan dihormati. Sebelum ini hampir semua pemimpin yang dilantik sama
ada dalam tentera atau pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Quraisy.
Tuduhan 6 -
Membakar Naskhah Al-Quran
Khalifah Uthman bin Affan juga dituduh mencemar
kesucian Al-Quran kerana bertindak membakar naskhah Al-Quran.
Jawapan
Untuk mewujudkan sebuah Al-Quran yang standard dan
seragam, Khalifah Uthman bin Affan telah melantik sebuah jawatankuasa bagi
mengkaji naskhah Al-Quran yang ditulis dan disebarkan. Hasil kajian didapati
Al-Quran ditulis dalam pelbagai loghat tempatan dan tersebar di wilayah-wilayah
Islam. Keadaan ini menyulitkan masyarakat Islam. Khalifah Uthman bin Affan
memutuskan hanya perlu wujud satu bentuk Al-Quran sahaja iaitu mengikut loghat
Quraisy yang dikenali sebagai Masyaf Uthmani. Lain-lain Al-Quran dibakar untuk
menjaga kesucian Islam.
Kesimpulan
Jika dilihat keseluruhan tuduhan-tuduhan yang dibuat
ke atas Khalifah Uthman bin Affan kebanyakannya bertumpu kepada sikap dan
tindakannya secara kebetulan berketurunan Bani Ummaiyah. Setiap tindakan
dianggap salah oleh musuh-musuh Bani Ummaiyah.
Tuduhan yang serupa juga berlaku terhadap Muawiyah
dan pemimpin-pemimpin Bani Ummaiyah. Keadaan ini berbeza pada zaman Rasulullah
s.a.w dan Khalifah Abu Bakar kerana mereka memandang tinggi dengan menghormati
kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani Ummaiyah terutama dalam bidang
pertabiran. Terbukti ramai di kalangan mereka dilantik memegang jawatan penting
negara pada kedua-dua zaman tersebut.
Fitnah dan Hasutan
Dalam Sejarah Pemerintahan Empayar Islam
Sejarah kejatuhan dan keruntuhan negara atau empayar
Islam sepanjang zaman di mana-mana sahaja adalah berpunca daripada faktor
fitnah, hasutan dan adu domba sesama sendiri. Penghasutnya adalah bijak pandai
daripada kalangan mereka, termasuk golongan yang mendakwa dirinya sebagai ahli agama.
Hukum-hakam agama adalah alat yang paling berkesan bagi maksud tersebut.
Perkataan hasut membawa erti cocoh, acum, batu api,
agitasi dan sebagainya. Dalam bahasa agama disebut fitnah. Semuanya memberi
maksud tuduhan jahat yang diada-adakan atau memanjangkan berita buruk yang
tidak benar bertujuan kecelakaan dan kemusnahan. Hasutan fitnah ini sudah wujud
sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi yang dikepalai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.
Pada zaman Khulafa Rasyidin pula hanya Khalifah Abu
Bakar as-Siddiq sahaja yang mati dalam keadaan biasa. Tiga khalifah yang lain,
Khalifah Umar, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Thalib
semuanya syahid dibunuh oleh penjahat-penjahat yang menerima hasutan.
Peristiwa Majlis Tahkim yang berslogankan tidak ada
hukum melainkan daripada hukum Allah adalah peristiwa pembohongan dan
penyalahgunaan agama yang paling ketara. Amru Ibnul As mewakili pihak Muawiyah
bin Abu Sufian berjaya menggunakan helah politik bagi memperdaya Abu Musa
al-Asyaari yang mewakili pihak Khalifah Ali bin Abi Thalib.
Khalifah Ali bin Abi Thalib amat kecewa dan kesal
dengan perundingan itu dan merasai dirinya dan orang ramai tertipu dengan
slogan tersebut. Beliau memberi komentar dengan ucapannya yang masyhur:
‘Kata-kata itu benar, tetapi maksudnya adalah batil.’
Berikutan daripada peristiwa Tahkim itulah akhirnya
Khalifah Ali bin Abi Thalib dibunuh, runtuhnya kerajaan Khulafa Rasyidin,
lahirnya kelompok politik (firqah)
dalam masyarakat Islam dan lahirnya kerajaan Ummaiyah, iaitu kerajaan Islam
yang sah yang diterima oleh majoriti umat Islam pada waktu itu.
Perang Jamal (36H/656M) merupakan perang saudara
pertama dalam masyarakat Islam yang dicetuskan oleh segelintir penghasut yang
tidak senang dengan pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Peperangan ini
yang berlaku di sekitar bandar Basrah telah mengorbankan kira-kira 10,000 umat
Islam. Antaranya ialah Talhah bin Ubaidullah dan az-Zubir bin al-Awwam, dua
sahabat termulia dan terkemuka di sisi Rasulullah s.a.w dan antara sepuluh sahabat
yang dijanji mendapat syurga.
Saiyidatina Aisyah, isteri Nabi, juga terlibat dalam
peperangan ini yang berakhir dengan kekalahan dan ditawan oleh Khalifah Ali bin
Abi Thalib. Dia dilayan baik oleh Khalifah Ali bin Abi Thalib dan kemudiannya
dihantar balik ke Madinah. Setahun kemudian, berlaku pula Perang Siffin antara
Khalifah Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abi Sufian. Muawiyah kalah dalam
peperangan ini, tetapi menang di meja perundingan.
Amru Ibn al’As bagi pihak Muawiyah telah membuat
helah politik mengajak pengikut-pengikutnya menjulang Al-Quran di hujung pedang
menyeru gencatan senjata dan kembali berhukum dengan hukum Allah. Orang ramai
tertipu dengan helah tersebut. Banyak tragedi yang menyayat hati berlaku
selepas itu. Antaranya yang paling sedih ialah peristiwa pembunuhan ramai
sahabat Rasulullah s.a.w terkemuka, termasuk dua cucunya Hasan dan Husein,
putera-putera Siti Fatimah binti Rasulullah s.a.w. Kesan buruknya berlarutan
sehingga hari ini.
Semua permusuhan dan pembunuhan adalah atas nama
Islam. Masing-masing dilemparkan tuduhan kononnya tidak melaksanakan keputusan
dan pentadbiran menurut ajaran Islam sebenar. Khalifah Uthman bin Affan dituduh
mengamalkan kronisme dan nepotisme serta menyalahgunakan wang negara
(baitul-mal). Khalifah Ali bin Abi Thalib yang merupakan sepupu dan menantu
Rasulullah s.a.w sendiri pun terpalit dengan tuduhan seumpama itu seperti
kononnya beliau terlibat dengan pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan
menyokong pemberontak. Kesannya Khalifah Khalifah Ali bin Abi Thalib
kemudiannya syahid dibunuh oleh pembunuh upahan Khawarij.
Muawiyah kemudiannya berjaya mendirikan kerajaan
Islam yang baru di atas keruntuhan kerajaan Khulafa Rasyidin. Pusat
pentadbirannya berpindah dari Madinah ke Damsyik (Syria). Kerajaan Ummaiyah
juga tidak terlepas daripada gerakan penghasutan dan agitasi daripada
musuh-musuh politiknya sesama Islam. Musuh paling utama ialah Khawarij dan
Syiah. Gerakan perseteruannya paling keras dan amat sengit. Orang ramai keliru
dengan propaganda mereka, kerana pemimpin mereka adalah terdiri daripada
sahabat-sahabat yang hafaz Al-Quran dan banyak menyimpan hadis.
Akhirnya, setelah kira-kira 90 tahun memimpin negara
Islam, kerajaan dari keluarga Ummaiyah pula menerima nasib yang sama seperti
kerajaan Khulafa Rasyidin. Kerajaan ini digulingkan oleh keluarga Bani
Abbassiyah dan golongan Syiah secara paksa hasil daripada gerakan mereka yang
sangat lama.
Kerajaan Abbassiyah yang berpusat di Baghdad (Iraq)
ditubuhkan selepas keruntuhan kerajaan Umaiyyah dan kerajaan-kerajaan Islam
lain yang didirikan kemudian juga tidak terlepas daripada kejadian-kejadian
yang sadis dan kejam. Ramai khalifah, gabenor dan ulama dibunuh dengan zalim
dan menyayat perasaan.
Ajaran Islam adalah jelas. Islam tiada cacat
celanya. Yang cela adalah penganutnya yang terpesong. Allah s.w.t memerintahkan
umat Islam supaya menyatukan barisan dan menghindar diri daripada perpecahan.
Ditegah sama sekali benci-membenci, cerca-mencerca, pulau-memulau dan
menumpahkan darah. Malangnya perintah seumpama itu tidak dipatuhi. Umat Islam
terus-menerus berkelompok dan bercerai-berai. Paling malang apabila hukum-hukum
agama dijadikan senjata bagi maksud tersebut.
Berlakunya demikian adalah kerana kesilapan mereka
yang terlibat terutama para penyokong yang fanatik dan ketidakfahaman ajaran
Islam sebenar, atau kerana kedegilan sebilangan mereka dan keingkaran terhadap
ajaran agama, atau kerana desakan politik dan kumpulan, atau menjaga
kepentingan keduniaan melebihi segala-galanya. Walau bagaimanpun, kita wajar
berlapang dada dan menghormati ‘ijtihad’
yang dilakukan oleh para Khalifah Rasyidin dan para sahabat dalam menangani
permasalahan pada ketika itu. Cuma penerimaan masyarakat, rakyat serta
penyokong terhadap keputusan ketua menyebabkan tindakan dan fahaman yang
berbeza-beza telah diambil.
Perselisihan Yang
Merugikan Umat Islam
Sebelum Saiyidina Uthman bin Affan dibunuh, beliau
sempat membaca surah-surah dari Al-Quran. Dan riwayat menyatakan Saiyidina
Uthman mati dibunuh dalam keadaan sedang membaca Al-Quran. Baju yang dipakai
oleh Saiyidina Uthman semasa beliau dibunuh dan jari-jari isteri Saiyidina
Uthman yang putus akibat ditetak oleh pemberontak semasa mempertahankannya
dibawa oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Nu’man bin Basyir ke
Syam dan dipersembahkan kepada Gabenor Syam. Ketika itu, jawatan Gabenor Syam
dipegang oleh Muawiyyah bin Abi Sufian, yang juga merupakan sepupu kepada
Saiyidina Uthman bin Affan.
Kemudian, Muawiyyah meletakkan baju yang berdarah
dan jari-jari isteri Saiyidina Uthman tadi di atas mimbar masjid supaya dapat
dilihat oleh penduduk Syam. Melihat keadaan ini, semua penduduk Syam menangis
mengenangkan peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman. Lalu, penduduk Syam yang
tidak berpuas hati menggesa khalifah mengambil tindakan Qisas terhadap pembunuh
Saiyidina Uthman.
Ketika itu, jawatan khalifah yang kosong diganti
oleh Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Apabila Saiyidina Ali diangkat menjadi
khalifah, beliau dituduh lambat mengambil tindakan terhadap pemberontak yang membunuh
Saiyidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan bulan
berlalu, Khalifah Ali masih belum mengambil tindakan. Namun, hakikatnya bukan
begitu. Saiyidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi beliau berijtihad
bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan
ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
‘Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah.’
Saiyidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam
menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu dijalankan. Selain itu,
Saiyidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang baru
dipegangnya. Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba.’
Dia menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam mengatakan bahawa Saiyidina
Ali bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman.
Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap
pembunuh Saiyidina Uthman.
Di Madinah pula, timbul cerita mengatakan bahawa
Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu membai’ah dan mengakui Saiyidina Ali
sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Rasulullah
s.a.w untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah al-Bahili dan
Abu Dharda r.a. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah. Setibanya
mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, ‘Wahai Muawiyah! Mengapakah
kamu tidak mahu bai’ah dan mengakui
Saiyidina Ali sebagai Khalifah yang keempat? Lupakah kamu tentang siapakah
Saiyidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Saiyidina Ali bin Abi Thalib
merupakan orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih
awal dari bapa kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saiyidina Ali itu merupakan
sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah s.a.w?’
‘Wahai Muawiyah, jangan kamu lupa siapa sebenarnya
Saiyidina Ali, dan dengan segala keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya
dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai’ah kepadanya?’
Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu
Muawiyah menjawab: ‘Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak
mengakui Saiyidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah
dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak
mengambil tindakan terhadap pembunuh Saiyidina Uthman. Aku tidak berpuas hati
pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti
dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana
Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang yang baik dan dia tidak patut
dibunuh.’
Namun jawapan yang diberikan tidak mampu menenangkan
keadaan. Fitnah dan khabar angin terus menular. Akhirnya, apabila mendengar
bahawa Muawiyah tidak mahu membai’ah kepadanya, lalu Saiyidina Ali bersama
dengan angkatan perang yang terdiri daripada 150,000 orang tentera menuju ke
Syam.
Setelah menerima berita mengatakan terdapat angkatan
perang dari Madinah sedang menuju ke Syam, lalu Muawiyah mengutuskan angkatan
perangnya dengan kekuatan 130,000 orang tentera. Akhirnya kedua-dua angkatan
perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Dan di sinilah
terjadinya pertumpahan darah besar yang tercetus sesama umat Islam. Ramai dari
kalangan sahabat di mana di dalam dada mereka tersemat 30 juzuk Kalam Ilahi
gugur di dalam peperangan ini. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini
yang diriwayatkan di dalam sejarah ialah az-Zubair, Talhah dan ‘Ammar bin Yasir
r.a.
Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: ‘Apabila pintu yang kukuh itu dirobohkan, akan bermulalah fitnah yang
besar di alam Islam ini.’ Lalu Saiyidina Umar al-Khattab bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, ‘Ya Rasulullah, siapakah pintu yang kukuh itu?’ Baginda s.a.w
bersabda, ‘Engkau.’
Sesungguhnya, terbukti kebenaran sabda Rasulullah
s.a.w. Bermula dari pembunuhan Saiyidina Umar al-Khattab, pelbagai fitnah yang
timbul, dan dalang yang berada di belakang fitnah ini adalah munafik, yang
mengaku Islam tetapi sebenarnya berpura-pura masuk Islam dengan tujuan untuk
merosakkan Islam.
Imam Al-Lalika’i meriwayatkan di dalam as-Sunnah (no. 2359) bahawa Imam Abu
Abdillah Ahmad bin Muhammad al-Hanbal Rahimahullah berkata, ‘Jika kau melihat
seorang berbicara buruk tentang sahabat, maka ragukanlah keislamannya.’
Apabila kita menulusuri Peristiwa Perang Siffin,
jangan sesekali timbul di benak kita mengatakan Muawiyah seorang sahabat yang
jahat. Di sini dikongsikan dua buah hadis untuk renungan kita bersama. Daripada
Ummu Haram binti Milhan, dia berkata: ‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
‘Tentera yang mengangotai angkatan laut Islam yang pertama, mereka semuanya
wajib masuk syurga.’ Lalu aku bertanya kepada Rasulullah, ‘Ya Rasulullah,
adakah aku berada bersama dalam angkatan laut Islam yang pertama ini?’
Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya, kamu bersama di dalamnya.’ Kemudian, baginda
s.a.w bersabda, ‘Tentera yang mula-mula terlibat di dalam perang di bandar
Qaisar, mereka itu diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.’ Kemudian aku bertanya
kepada Rasullulah, ‘Adakah aku terlibat di dalam pasukan perang ini ya
Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Tidak.’ (hadis sahih riwayat
al-Bukhari)
Keterangan:
Ummu Haram merupakan ibu saudara kepada Anas Bin
Malik, khadam kepada Rasulullah s.a.w. Namanya tercatat di dalam sejarah
sebagai wanita yang banyak berkorban di dalam perjuangan Islam. Semasa hadis
ini dikeluarkan, tentera Islam hanya terdiri daripada tentera darat. Armada
laut Islam yang pertama dibentuk semasa pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab
sebagai Khalifah, di mana angkatan ini belayar ke Cyprus untuk melebarkan
empayar Islam ke sana. Ummu Haram ada bersama di dalam peperangan ini, dan
panglima perang yang mengepalai armada laut Islam yang pertama ini adalah
Muawiyah bin Abu Sufian r.a. Selain itu, isterinya juga turut terlibat di dalam
perang ini.
Di dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w
pernah mendoakan Muawiyah bin Abi Sufian, ‘Ya Allah, ajarkan Muawiyah al-Kitab
dan selamatkan dirinya dari siksa api neraka.’ (Hadis riwayat Ahmad (IV/127)
dan Ibnu Hibban (566))
Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa Muawiyah
merupakan sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. Selain
itu, Rasulullah s.a.w juga telah memilih Muawiyah sebagai katibun wahyu. Hal ini membuktikan bahawa ternyata Muawiyah
mempunyai kemuliaan dan keistimewaan. Jika tidak, mana mungkin Rasullullah
s.a.w memilih beliau untuk menulis wahyu yang Allah turunkan kepada baginda.
Ibnu Katsiir berkata di dalam al-Ba’its al-Hatsits (hal. 182), ‘Adapun perselisihan mereka
selepas wafatnya Rasulullah s.a.w, yang di antara perselisihan tersebut, ada
yang terjadi tanpa didasari oleh kesengajaan seperti peristiwa Jamal, ada di
antaranya yang terjadi kerana faktor ijtihad
seperti peristiwa Siffin. Ijtihad itu
boleh salah dan boleh benar. Namun, pelakunya dimaafkan jika ia salah, bahkan
ia mendapat satu pahala. Adapun ijtihad
yang benar, maka ia mendapat dua pahala.’
Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran, ‘Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’ dan orang-orang yang menurut (jejak
langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan
mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.’ (surah at-Taubah; 100)
Syiah Terus
Melebarkan Fitnah
Antara sahabat Rasulullah yang menjadi mangsa
kutukan dan cercaan mereka ini ialah salah satunya Penulis Al-Quran, Muawiyah
bin Abi Sufyan serta keturunannya termasuk Yazid bin Muawiyah. Mereka yang
menghina dan mengkafirkan sahabat ini tidak lain adalah mereka yang terdoktrin
dengan doktrin Syiah. Antara dakwaan mereka terhadap keluarga Muawiyyah ialah
Yazid bin Muawiyyah yang membunuh cucunda Rasulullah s.a.w. Benarkah dakwaan
ini?
Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Saiyidina
Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di
kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka,
selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan yang baik di antara mereka
dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa
daripada kalangan Bani Ummaiyah.
Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca
daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan
kebatilan. Sebenarnya kita tidak hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan
cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi
(pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.
Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan
saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah sama
ada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di
hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat disimpulkan
daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang
terdapat di dalamnya.
Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya
hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua
keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam
kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti
individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a
boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang
yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.
Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang
terhormat dan mulia seperti Saiyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik
ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang
dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali
jika diterima bahawa Saiyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain
sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.
Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang
bernama Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husain ini turut serta di dalam jihad
yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam
kerajaan pimpinannya.
Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta
sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:
1. Hubungan
Baik Antara Muawiyah Dan Saiyidina Hasan Dan Husain
Ibnu Katsir menulis, ‘Pada zaman pemerintahannya,
Saiyidina Muawiyah melayan Saiyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan
menghadiahkan kepada mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari
beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua.’
(Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8
m/s 50).
Ibnu Abil Hadid menulis, ‘Muawiyah memberikan habuan
terutama kepada Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid
pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu
dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin
Ja’afar (ipar Saiyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya).’ (Syarah Nahjul Balaghah).
Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu
dirham itu, Saiyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan
hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Saiyidina Husain menerimanya dengan
gembira sekali.
Saiyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah
seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan
Saiyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau
memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Saiyidina
Hasan, Saiyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap
tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m/s
150-151)
Pernah pada sutu ketika Saiyidina Hasan telah
dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain
pula Saiyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m/s
137).
Pernah Saiyidina ‘Aqil (abang Saiyidina Ali r.a)
memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan
menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus
memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m/s 223).
Saiyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh
Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah
menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukan-nya)
pada hari itu juga. Pada suatu ketika pernah Saiyidatina Aisyah berhutang
sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun
menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu. Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas
kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima
oleh Aisyah dengan gembira sekali.
Pernah Saiyidina Hussain dan Abdullah bin Ja’far
At-Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan
daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka.
Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Saiyidina Hassan,
Abdullah bin Ja’far At Thayyar, Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Zubair
sebanyak seratus ribu dirham.
Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Saiyidina
Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah
kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah bin Abbas, ‘Semoga Allah tidak
menyedihkan dan menyusahkan hatimu atas kematian Hassan ini.’ Ibnu Abbas lantas
menyahut, ‘Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah
memanjangkan umurmu.’ (Al-Bidayah Wa An Nihayah,
jilid 8 m/s 136 – 138.)
2. Menyandang
Jawatan Istimewa Dalam Kerajaan Muawiyah
Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang
jawatan istimewa (seperti qadi dan
lain-lain) di dalam pemerintahan Muawiyah.Di Madinah, Marwan bin Al-Hakam
adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadi (hakim) di Madinah. Oleh itu,
Marwan telah melantik Abdullah bin Al-Harith bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul
Muttalib sebagai qadi di Madinah.
Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadi yang mula-mula dilantik di Madinah.
Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqat-nya: daripada Abi Al-Ghaits, katanya: ‘Aku mendengar Abu
Hurairah berkata, ‘Setelah Marwan Al-Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak
Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah
bin Al-Harith sebagai qadi di
Madinah. Abu Hurairah berkata, ‘Itulah qadi
yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah).’ (Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m/s 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m/s 12 di
bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.
3. Qustam
Bin Abbas Dan Saiyidina Hassan Ikut Serta Dalam Jihad Yang Dilancarkan Oleh
Muwiyah Zaman Pemerintahannya
Qustam bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil
Rasullullah s.a.w. Beliau adalah saudara sesusu dengan Saiyidina Husin bin Ali.
Beliau telah pergi ke Khurasan zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad.
Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di
dalam peperangan itu ialah Said bin Uthman bin Affan. Akhirnya beliau telah
mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.
Demikian tersebut di dalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m/s 101, Nasabu quraisyin, m/s 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m/s
292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil
Hadid, jilid 5, m/s 72.
Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa
Saiyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan zaman
pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan rela
hati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam
jihad itu.
Ibn Katsir menulis, ‘Setelah Saiyidina Hassan
meninggal dunia, Saiyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi
Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah.
Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Konstantinopel di bawah
pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 Hijrah.’ (Al-Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m/s 151). Perkara yang sama
termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni
Asakir, jilid 4, m/s 311, Tazkirah Husain bin Ali.
4. Hubungan
Persemendaan Di Antara Bani Ummaiyah Dan Bani Hasyim
Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani
Ummaiyah terjalin semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke
zaman-zaman pemerintahan Bani Ummaiyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah
dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.
Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak
lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh
Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman
Jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan
Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sendiri masih gagal mencabut sampai ke
akar umbinya. Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh
dirujuk dan dianggap muktabar sama
ada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui
kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.
Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di
antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan perseteruan
di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama
lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat.
Rasulullah s.a.w sendiri sebagai orang yang paling
terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat
orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan,
iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Ummaiyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri, jilid 5, m/s 1,
Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, m/s
166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, m/s
191, Al-Mustadrak, jilid 3, m/s 96, Mumtahar Al-Amal, jilid 1 m/s 9).
Aban, anak Saiyidina Uthman kemudiannya berkahwin
dengan Ummi Kulthum binti Abdullah bin Ja’far, cucu saudara Saiyidina Ali
sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m/s
86).
Sakinah, anak perempuan Saiyidina Husain dan cucu
kepada Saiyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin
Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az-Zubairi,
jilid 4, m/s 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah,
m/s 94, Jamharatu Ansabil Arab, jilid
1, m/s 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid
6, m/s 349).
Cucu Saiyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan
Saiyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Saiyidina Uthman yang lain
bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari perkahwinan
itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi
janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, m/s 348, Al-Ma’arif, m/s 93, Nasabu
Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu
At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m/s 203, Nasikuh
At Tawarikh, jilid 6, m/s 534).
Kemudian cucu Saiyidina Hassan iaitu anak Saiyidina
Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman.
Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang
dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya
dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu
Quraisyin, jilid 2, m/s 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m/s 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m/s 438).
Cucu saudara Saiyidina Ali iaitu Ramlah binti
Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada
Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri
kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian. (Kitabu Al-Muhabbar, m/s 449).
Ramlah anak perempuan Saiyidina Ali sendiri telah
berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu
Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj. (Nasabu
Quraisyin, m/s 45, Jamharatu Ansabil Arab, m/s 87).
Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna
pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, m/s 52, Jamharatu Ansabil Arab, m/s 228.
Selain daripada cicit kepada Saiyidina Ali, Hafisah
binti Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid
bin Abdul Malik bin Marwan dan meninggal dunia sebagai isterinya. Ibunya ialah
Lubabah binti Abdullah bin Abbas. (Thobaqat
Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘Umdatu
At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m/s 70).
Hasil perkahwinan Saiyidina Husain dengan Laila
binti Abi Muruah bin Urwah bin Masud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang
dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di
Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah binti Abu Sufian bin Harb bin
Ummaiyah. Ini bererti Saiyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila,
iaitu isteri kepada Saiyidina Husain itu. (Nasabu
Quraisyin, m/s 57, Tarikh Khalifah
bin Khayyat, jilid 1, m/s 255).
Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada
hubungan persemendaan di antara Bani Ummaiyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah
mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang
direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini
telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga
akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan
seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara
mereka seperti yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang
memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.
5. Ahlil
Bait Berimamkan Pemimpin Dari Kalangan Bani Ummaiyah Dalam Sembahyang
Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi pihak
Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima waktu di masjid. Di antara ahli
jamaah yang berimamkan beliau ialah Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husain.
Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam
riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa
Saiyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan
secara berjemaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad
Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang
yang ditunaikan secara berjemaah itu sebagai menyangkal dakwaan
setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjemaah dengan Marwan
secara taqiyyah, kemudian mengulangi
sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.
Perhatikan riwayat ini:
Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada
ayahnya, katanya, ‘Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang
Marwan.’ Ja’far berkata, ‘Kerana itu ayahnya ditanya: ‘Tidakkah mereka
bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?’ Beliau menjawab, ‘Tidak! Demi
Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah
dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu.’ (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m/s 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m/s 258).
Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghir mengemukakan riwayat tentang selalunya Saiyidina
Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m/s 57).
Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad
Al-Baqir tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang
dengan berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Ummaiyah. Beliau
berkata, ‘Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin
Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah.’ (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m/s 158).
Kitab-kitab Syiah pula menjadi saksi di dalam
perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu
Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang
dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu
bermaksud: Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya: ‘Hasan dan
Husain selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam.
Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, ‘Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang
semula apabila pulang ke rumah?’ Beliau menjawab, ‘Tidak! Demi Allah mereka
tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan.’ (Biharu Al-Anwar, Al-Majlisi, jilid 10, m/s 139-141).
Selain daripada sembahyang fardu yang lima itu,
pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Ummaiyah juga mengimamkan sembahyang
jenazah daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini
tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al-Isti’aab,
Al-Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.
Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika
menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta
menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin
Al-Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m/s 86). Selain itu beliau juga pernah
menyembahyangkan jenazah anak saudara Saiyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar
At Thoyar. (Al-Isobah, jilid 2, m/s
281, Al-Isti’aab, jilid 2, m/s 287
dan Usdu Al-Ghobah, jilid 3, m/s 135)
Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan
Bani Ummaiyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana
sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Saiyidina Uthman bin Affan telah
mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah s.a.w dan juga bapa
saudara kepada Saiyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al-Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, m/s
162, Al-Isti’aab, jilid 3, m/s 100).
Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di
antara Bani Ummaiyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan
dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan
berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan
di antara mereka, itu adalah permusuhan pada zaman Jahiliyyah tetapi setelah
kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala pada zaman Jahiliyyah itu
terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan
Semesta Alam.
Perkembangan
Tamadun Islam Zaman Khalifah
Sistem pemerintahan Islam merupakan sebuah sistem
yang terbaik, diakui oleh ramai pakar sejarah sebagai sebuah sistem yang telah
berjaya mewujudkan sebuah tamadun masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari
segi fizikal tetapi juga dari segi akidah, akhlak, pentadbiran, ekonomi dan
lain-lain lagi.
Masyarakat Mekah
Dan Madinah Sebelum Kedatangan Islam
Kota Mekah dan Madinah terletak di daerah Hijaz,
Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua-dua kota ini menjalani kehidupan
berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan Islam,
kota Mekah merupakan pusat ibadat dan perdagangan.
Kedudukannya yang strategik dan terdapat sumber air
dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan
kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib
sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian
yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua-dua kota ini dirakam
oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran.
Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang
unik dalam sejarah tamadun manusia. Pada tahun 610 Masehi agama Islam
diturunkan kepada masyarakat Mekah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar
luas ke kota Madinah. Bermula dari sewaktu itu, masyarakat kota-kota tersebut
mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna. Sebelum kedatangan
Islam, penduduk kota Mekah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai
golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Mekah pada tahun 440 Masehi.
Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup berpuak-puak
merenggangkan hubungan sesama mereka.
Pauk Abdul Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah
dan puak Abdul Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan
anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan
kuasa dan pengaruh di Kota Mekah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang
berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al-Fijr adalah bukti
permusuhan mereka.
Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4,000-5,000
orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika
Baitul Muqadis ditakluk oleh tentera Kristian. Puak Yahudi bersatu walaupun
mereka terdiri daripada beberapa puak. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan
yang bermusuhan di kalangan suku-suku hasil daripada adu domba daripada puak
Yahudi. Permusuhan di antara suku Arab Aus dengan Khazraj berlarutan sehingga
tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara
ini berlarutan sekian lama.
Agama Dan
Kepercayaan
Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala.
Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang
diletakkan di sekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap
hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Mekah
menjadi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy
terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.
Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara
kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan Tuhan
iaitu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa-bangsa lain
termasuk orang Arab. Penganut Kristian di Madinah memusuhi orang-orang Yahudi
yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a.s. Kedatangan orang Yahudi dan Kristian
di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan di kalangan orang Arab.
Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan
ketuhanan.
Moral Dan Akhlak
Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan
tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah
keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh
kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap
suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan.
Sesiapa yang menang dalam apa-apa pertaruhan
termasuk perjudian dipuja secara lisan dan tulisan pada kain dan digantung di
dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan
dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan
melibatkan wanita dan sajian minuman keras.
Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila
mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang
Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat
dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan
mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut
oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan
amalan kerohanian dan kehidupan.
Sistem Ekonomi
Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga
dan pedagang. Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui
pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi
penggerak kepada kehidupan masyarakatnya.
Sistem perdagangan bebas diamalkan secara riba di
pasar yang dibina khas menjadikan kota Mekah sebagi pusat tumpuan para pedagang
dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai
diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi
memastikan perdagangan di kedua-dua pihak mendapat keuntungan.
Pengisytiharan bulan-bulan haram pada musim haji
juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang
segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Mekah juga mengamalkan
cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan
pada musim panas mereka berdagang ke utara (Syam). Kegiatan ekonomi tanpa
sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani
kehidupan yang mewah.
Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi
memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir
bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran
agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat
yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup
dalam kemiskinan.
Sistem Politik
Masyarakat Mekah ditadbir secara langsung oleh
peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua
yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan
kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik
berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, keberanian dan kebijaksanaan.
Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang
berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan
gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan
jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar
kepimpinan mereka. Golongan kaya Mekah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku.
Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya.
Golongan ini menggunakan Mala’ untuk
menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah
menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahanan Kota Makakh.
Selepas kematiannya, jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan
suku-suku yang lemah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib
mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakan di antara golongan kaya dan
miskin.
Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh orang
Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka
menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau
bagaimanapun, setelah berlakunya Perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan
mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela
masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj pun berlaku.
Ilmu Pengetahuan
Masyarakat Mekah kebanyakannya tidak menguasai
ilmu-ilmu yang boleh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang-pedagang asing yang
berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk
berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen
yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada
merekodkan bahawa terdapat kira-kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.
Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri
daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu
pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walau
bagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu
keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung
dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta
pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada
konsep tersebut.
Kesimpulan
Masyarakat kota Mekah dan Madinah menjalani
kehidupan secara sempurna. Mereka adalah golongan yang bijak, kuat, gigih dan
sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih
jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan
penduduk di kota-kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk
bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama
Islam didapati melengkapi ketidaksempur-naan kehidupan mereka.
Kaitan Ummah Dengan
Politik Islam Di Madinah
Pembentukan ummah
mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan
terbentuknya ummah, Madinah telah
muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah
kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan
Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Rasulullah
s.a.w menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan
ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.
Pembentukan ummah
Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam.
Sebagai satu ummah semua penduduk
Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di
samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain.
Rasulullah s.a.w dengan jelas menyebutkan bahawa
sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat
akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang
Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan
kemenangan tentera Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang
Quraisy.
Pembentukan ummah
juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum
ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk
menerima Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang
ada pada Rasulullah s.a.w telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju
untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam.
Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi
menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang
sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath.
Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih
pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melaga-lagakan di antara kedua-dua
puak tersebut.
Pembentukan ummah
juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang
kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan
agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan
banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Rasulullah s.a.w di Madinah, penganut Islam
telah meningkat lebih daripada 100,000 orang.
Hal ini terbukti semasa Rasulullah s.a.w mengerjakan
ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah
baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan
yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Rasulullah s.a.w di Mekah.
Piagam Madinah
Pada masa ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah
terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang
Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar dan
orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Mekah pula digelar Muhajirin.
Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.
Antaranya ialah Bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj
sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang
Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman
mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut
dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya.
Orang-orang Munafik selalu menjadi musuh dalam
selimut. Di samping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekah sentiasa
membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara
Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
a. Huraian Mengenai
Piagam Madinah
Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan
peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin
iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk
Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain
itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia
berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah
evolusi amalan perlembagaan di negara itu.
b. Beberapa
Aspek Utama Piagam Madinah
- Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang
wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam
dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk
diselesaikan. Walau bagaimanapun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk
menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
- Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu ummah yang tidak
terpengaruh dengan apa-apa elemen yang tidak baik dari luar.
- Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan
bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa-apa serangan musuh.
- Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi.
- Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan
tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
- Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi
perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ianya mempunyai
beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
- Penerimaan Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah
menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang
mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa
untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul dari masa ke semasa.
- Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak
bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya
mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti
terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua Hakim yang akan
memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa
ketua-ketua kaum berkenaan.
- Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka
secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah
membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
- Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku
bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
- Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua
penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh
orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum
Quraisy Mekah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
- Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah
telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah.
Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung
Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai
ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
- Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan
keselamatan negara.
- Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh
membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan
mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
- Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh mengganggu
penganut-penganut agama lain. Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang
Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada
orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan
akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh
dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam
memeluk agama Islam.
- Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung
mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara
Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum
ini, ketiga-tiga perkara ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.
- Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin.
Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas
dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman
telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke
atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy Mekah dalam
Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka
dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud
dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
berkerjamasa dengan Quraisy Mekah dalam Perang Khandak.
Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar
berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Dengan tergubalnya
Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang
menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama
tujuh abad.
Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana
piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang
mempunyai penduduk berbilang bangsa.
Struktur
Pemerintahan
Nabi Muhammad s.a.w dalam keluarga ternama
masyarakat Quraisy iaitu keturunan Bani Hashim. Setelah baginda dilantik
menjadi Rasul Allah pada 610 Masehi, Nabi Muhammad s.aw mendapat tentangan yang
hebat dari masyarakat Quraisy Mekah. Penentangan demi penentangan menyebabkan
baginda terpaksa berhijrah ke Madinah seterusnya mengasaskan sistem
pemerintahan negara Islam pertama di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w telah
mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar
penting antaranya membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada empat
perkara iaitu:
- Menghapuskan semangat Assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah
mengikut akidah Islam.
- Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam
hidup bermasyarakat.
- Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam
pentadbiran.
- Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.
Pembentukan Ummah
Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil langkah awal
dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep Pembentukan Ummah.
Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah
perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa
sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk Islam.
Setelah itu tiada lagi perkara menuntut bela dan
hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyyah. Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan
Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya
dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu
sama lain.
Mempertahankan
Negara
Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Rasulullah
s.a.w dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan
peraturan dan undang-undang yang tertinggi di Madinah. Piagam Madinah
menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang
perlu dipatuhi dan dihormati.
Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar
negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Piagam Madinah
menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah
terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada
serangan musuh luar.
Musyawarah Dalam
Pentadbiran
Baginda berjaya memperkenalkan Sistem Syura (musyawarah) dalam semua bidang
terutamanya bidang politik dan ekonomi. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan
terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan
permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi
perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh
semasa perang.
Rasulullah s.a.w juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan
persaudaraan antara golongan Ansar dan golongan Muhajirin dan juga mendamaikan
permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah. Baginda juga
mengadakan musyawarah dengan para
sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Mekah bagaimana umat Islam dapat
menghadapi serangan orang-orang Quraisy.
Membina Angkatan
Tentera Islam
Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera
Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada
ancaman terutamanya dari kaum musyrikin.
Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
terbahagi kepada, pertama disertai oleh Nabi Muhammad yang dipanggil ‘ghazwah’ dan kedua ekspedisi ketenteraan
yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dikenali sebagai ‘sariyah’. Nabi Muhammad s.a.w telah menyertai sebanyak 27 kali
ekspedisi ketenteraan.
Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan
umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri
peperangan menghadapi serangan orang Musyrikin Mekah dalam beberapa siri
peperangan seperti Perang Badar, Uhud dan Khandak. Nabi Muhammad s.a.w telah
menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua
dan pemimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.
Membina Masjid
Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah Nabi
yang dikenali sebagai Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan pusat
penyebaran Islam. Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga
digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid
al-Nabawi juga berfungsi sebagai mengajar, membimbing, memberi nasihat kepada
orang-orang yang baru menganuti Islam.
Ciri-Ciri
Kepimpinan Rasulullah
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabiulawal
bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17
Ramadan (16 Ogos 610 Masehi) iaitu surah al-Alaq dan dilantik secara mushafi sebagai nabi ketika berusia 40
tahun 6 bulan.
Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara
iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan
secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin
sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta
berjaya membina sebuah negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai
contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam Al-Quran.
Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin
masyarakat dan negara yang disegani.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Pemimpin Agama
Baginda Rasulullah s.a.w berakhlak mengikut ajaran
yang diajar dalam Al-Quran. Sebagai seorang pendakwah, baginda menunjukkan
sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh
kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap
bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka
berkomplot untuk membunuh baginda.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh
dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun
dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t. Baginda telah menentukan
beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat
(solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan
serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al-Quran dan hadis. Dalam amanat
terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada Al-Quran dan hadis.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Pemimpin Politik
Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia iaitu sahifah Madinah.
Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila
berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Mekah yang
hampir menumpahkan darah iaitu:
- Meletakkan semula batu hitam atau Hajar al-Aswad dipenjuru Kaabah.
- Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj Arab Madinah
melalui perjanjian Aqabah satu dan dua.
- Diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui Sahifah
Madinah.
- Mengadakan hubungan diplomatik, contohnya menghantar perwakilan
Islam ke Habsyah dan Mesir.
- Memperkenalkan Sistem Syura untuk membuat keputusan dalam semua
bidang secara kolektif.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Pemimpin Tentera
Rasulullah s.a.w menunjukkan mutu kepimpinan yang
tinggi dalam bidang ketenteraan dan baginda telah menjadi pemimpin dalam 27
ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Akidah, syariat dan akhlak yang mulia
menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah
disyariatkan oleh Allah s.w.t. baginda sentiasa mengamalkan sifat amanah dan
tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Baginda juga sentiasa adil
kepada kawan sama ada kawan atau musuh, contohnya membahagikan harta rampasan
perang secara adil kepada kawan-kawan yang menyertai peperangan dan tidak
melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau
kaum-kaum yang lemah. Baginda juga telah berjaya merangka taktik dan strategi
ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam. Selain itu
baginda juga telah memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
- Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaan-Nya.
- Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah dan berperang.
- Melarang bertindak kejam terhadap tawanan dan musuh yang telah mati.
- Melarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua.
- Melarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
- Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
- Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
- Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
- Patuh kepada ketua.
- Tidak boleh lari dari medan peperangan.
- Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Pemimpin Masyarakat
Baginda talah berjaya menyatukan masyarakat Madinah
yang berbilang agama dan keturunan. Juga menyatukan umat Islam melalui
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah
dan bantu membantu kea rah kebaikan. Selain itu baginda juga telah berjaya
mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam
Madinah.
Antara lain perubahan yang baginda telah lakukan
ialah:
- Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
- Menaikkan taraf wanita.
- Menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui Konsep Ummah
contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi (di peringkat awal
tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah).
- Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan
adat masing-masing.
- Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan
masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah, ketua suku
Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan.
Setelah terbukti kesalahan Bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menentukan
hukuman kerana baginda lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Ketua Hakim
Baginda s.a.w. menjalankan kewajipan sebagai ketua
hakim yang adil dan saksama di dalam beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh
mana hakim. Sebagai contoh: ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda
menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan
walaupun pencuri tersebut adalah Fathimah anak yang paling baginda sayangi.
Kepemimpinan Nabi
Sebagai Perancang Ekonomi
Baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi
menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja
keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda juga
berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.
Kesimpulan
Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja mempunyai
ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda
juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan
yang lebih baik dan teratur.
Institusi Khalifah
Institusi Khalifah wujud selepas kewafatan baginda
Rasulullah s.a.w. Profesor K. Ali dalam bukunya yang berjudul A Study of Islamic History telah mengambarkan
tentang sejarah perkembangan tamadun Islam zaman Khulafa al-Rasyidin dengan
cemerlang. Menurut beliau, institusi khalifah bermula dengan pelantikan
Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah s.a.w sebagai ketua
negara Islam. Pemilihan ini adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh umat
Islam. Rasulullah s.a.w tidak menamakan seorang pun sebagai pengganti untuk
memimpin umat Islam selepas baginda wafat.
Ini merupakan satu masalah yang besar ketika itu.
Umat Islam ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan Ansar
menyokong Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin menyokong Saiyidina Abu Bakar
as-Siddiq dan golongan Bani Hasyim mencadangkan Saiyidina Ali bin Abi Talib.
Walau bagaimanapun perpaduan umat Islam tetap
terpelihara. Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah yang pertama. Ia
diperkukuhkan lagi dengan lafaz (bai’ah) dalam himpunan ramai di masjid Madinah.
Sistem Pelantikan
Sistem pelantikan khalifah dianggap sebagai sesuatu
yang sangat menarik. Ini kerana terdapat dua peringkat lantikan. Pertama
pelantikan khalifah yang baru dan lafaz taat setia dari semua para sahabat.
Seseorang khalifah yang terpilih biasanya dicalonkan oleh seorang atau lebih
daripada sahabat. Majlis Syura mencalon dan melantik secara langsung dan
sebulat suara.
Sesiapa sahaja di dalam Majlis Syura boleh
menyanggah sebarang pencalonan. Tetapi ia mesti menerima keputusan majoriti.
Jika terdapat ahli yang tidak menyetujui pelantikan ia mesti mengangkat lafaz
ikrar bersama. Sistem pelantikan Khulafa al-Rasyidin menampakkan satu
kecenderungan iaitu kecenderungan yang lebih berbentuk demokrasi dan republik.
Di mana sentimen perkauman dapat dihapuskan.
Tugas Khalifah
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua
Negara Islam melalui sistem pelantikan yang telah dibincangkan terlebih dahulu.
Ia bebas dari sebarang kawalan dalam perlembagaan atau badan politik. Namun
demikian tidak bererti ia bebas dari melakukan sesuka hati dan mempunyai kuasa
yang tidak tebatas. Kerana Al-Quran dan sunah adalah merupakan panduan yag
membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah.
Khulafa al-Rasyidin amat bebeza dari Rasulullah
s.a.w dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan. Namun
demikian mereka mempunyai tugas keagamaan yang tersendiri (menjadi imam di
dalam sembahyang, membaca khutbah). Mereka juga bertugas sebagai ketua panglima
tentera. Mereka bertanggungjawab melantik penglima-panglima tentera dan
menghantar pesukan-pasukan tentera keluar negeri untuk menentang musuh-musuh
Islam. Kadang-kadang mereka sendiri yang memimpin tentera apabila berperang.
Sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam peperangan Qadisiyah.
Majlis Syura adalah tempat rujukan kepada Khulafa
al-Rasjidin sebelum mendapat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan
panglima-panglima tentera dan serangan-serangan ke atas musuh. Mereka sekali
gus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Di peringkat wilayah jawatan hakim
disandang gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka.
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin antara tugas
kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan.
Tetapi mulai zaman Khalifah Umar perpisahan antara jawatan pentadbiran dengan
jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari pertambahan
keluasan wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan bertambahnya beban dalam kadar
di luar keupayaan bagi menghauskan jawatan itu disandang oleh gabenor.
Justeru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik
oleh Khalifah Umar untuk mengatasi masalah ini. Khulafa al-Rasyidin juga
mempunyai tanggungjawab untuk menyelia dan mengurus pemungutan hasil dalam
negeri, pembinaan infrastruktur seperti pembinaan hasil tali-tali air dan
sebagainya. Dalam banyak hal Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar kerapkali
berbincang terlabih dahulu dengan Majlis Syura sebelum melakukan sesuatu
tindakan.
Tugas Majlis Syura
Majlis Syura adalah merupakan satu badan perundingan
yang dianggotai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang terdekat. Majlis inilah
yang menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh Khalifa al-Rasyidin dalam
urusan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Penubuhannya adalah sebagai
pematuhan kepada perintah Al-Quran sendiri.
Di antara ayat yang menjelaskan hal ini ialah: ‘Maka
disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah meeka menjauhkan
diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi
mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila
kamu telah membulat tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesunguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.’
Merujuk kepada Majlis Syura bukan sahaja dilakukan
oleh Khulafa al-Rasyidin, malah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang dari masa
ke semasa sentiasa mendampingi para sahabat setianya dan berunding dalam banyak
perkara dalam melakukan suatu tindakan khususnya perkara yang tidak dijelaskan
oleh Al-Quran.
Di dalam penubuhan Majlis Syura dijelaskan oleh
Profesor K. Ali tidak terdapat sebarang formula. Juga tidak mempunyai satu
jumlah tetap tentang jumlah ahlinya. Biasanya golongan sahabat Muhajirin
menjadi teras kepada Majlis Syura dan disertai juga oleh sahabat dari golongan
Ansar. Malah sesiapa juga boleh menjadi ahlinya berdasarkan keperluan semasa.
Di mana pernah dikatakan rakyat biasa dan tetamu yang menziarahi Madinah pernah
diundang untuk menyertai mesyuarat majlis tersebut.
Mesyuarat diadakan di Masjid Nabawi. Apabila ia
hendak diadakan pengumuman disampaikan kepada semua ahli majlis tersebut.
Nasihat Majlis Syura diutamakan oleh Khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran negara Islam khusus di dalam memilih panglima
tentera, gabenor, pegawai kanan, kadar ckai yang harus dikenakan,
jawatan-jawatan baru yang harus diwujudkan dan sebagainya. Majlis Syura sama
sahaja kedudukanya dengan khalifah dari segi syariah di mana mereka berada di bawah
titah perintah Al-Quran dan Sunah.
Pentadbiran Wilayah
Khalifah Umar disifatkan oleh Profesor K. Ali
sebagai pengasas pentadbiran politik negara Islam dalam erti kata yang
sebenarnya. Di bawah pemerintahannya negara Islam dibahagikan kepada lapan wilayah
untuk memudahkan pentadbiran iaitu Mekah, Madinah, Syiria, Jazirah, Basrah,
Kufah, Mesir, dan Palestin. Setiap wilayah ini diketuai oleh seorang gabenor
yang menjalankan tugas yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar
di Madinah.
Pegawai-pegawai lain juga dilantik diwilayah-wilayah
tersebut di bawah penyelian gabenor. Setiap pegawai yang dilantik seperti Amil
untuk memungut hasil negara diberikan senarai tugas dan tanggungjawab serta
batas-batas kekuasaan masing-masing. Harta mereka disenaraikan oleh gabenor
untuk mengelakkan penyelewengan kuasa rasuah dan sebagainya.
Jika setelah memegang jawatan itu dalam jangka masa
tertentu didapati harta mereka luar biasa jumlahnya ia akan dirampas oleh
Khalifah Umar. Khalifah Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru bin
As. Kadi yang dilantik oleh Khalifah Umar ditetapkan jumlah gajinya dan
ditetapkan juga tugas-tugasnya di samping sebagai hakim dan pengurusan
pentadbiran kehakiman, ia juga mengurushan urusan wakaf seperti masjid, madrasah
dan sebagainya. Terdapat jawatan lain pada zaman Khalifah Umar iaitu kitab Al-Diwan dan Sahib Baitulmal, yang
pertama menguruskan tentera dan kedua menguruskan kewangan.
Polis
Tanggungjawab memelihara keselamatan awam negara
Islam atau tugas-tugas polis dipikul bersama oleh masyarakat awam secara umum.
Namun demikian, Khalifah Umar telah memperkenalkan pasukan kawalan malam dan
rondaan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali sistem polis diperkenalkan.
Tentera
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin tentera terbahagi
kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki,
pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang Seorang
ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Dari segi
persenjataan pula tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin memakai perisai,
pedang dan lembing atau tombak dan panah.
Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi,
pasukan berjalan kaki memakai seluar dan kasut sepeti orang Afghanistan dan
Punjab. Dijelaskan oleh Profesor K. Ali, pakaian tentera Eropah pada hari ini
meniru pakaian tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Semasa peperangan
gendang digunakan. Pusat-pusat kem tentea yang terbesar pada zaman Khulafa
al-Rasyidin ialah Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan Mansurah.
Khulafa al-Rasyidin juga berusaha bagi memberikan
segala kemudahan bagi keselesaan tentera Islam. Perhatian khusus diberikan bagi
memastikan kesihatan tentera Islam berada di paras yang memuaskan. Berek
tentera Islam dikatakan luas dan selesa dan dibina di tempat-tempat yang
terjamin kesihatan alam sekitar. Setiap tentera diletakkan di bawah jagaan
doktor untuk menjaga kesihatannya.
Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji dari zakat
dan cukai. 600 dirham adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa
setahun. Keluarga tentera juga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma.
Selepas berlaku sesuatu perperangan harta rampasan peperangan juga dibahagikan
kepada mereka iaitu sebanyak 4/5.
Tentera Laut
Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi
amat masyhur sebagai pusat perdagangan antarabangsa, yang menjadi perantara
antara Eropah dengan timur. Dari segi geogrfi sendiri menunjukan ia dikelilingi
oleh Laut Merah, Laut Hindi dan Teluk Parsi. Bangsa Arab kesimpulanya adalah
bangsa perdagangan dan pelayaran.
Terbukti bahawa masyarakat Arab telah pun menguasai
laut sekali gus menguasai ilmu pelayaran. Dilaporkan Profesor K. Ali bahawa
umat Islam telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah ke
Habsyah dalam tahun ke-6 setelah seruan Islam dijalankan oleh Rasulullah s.a.w.
yang berjumlah 15 orang itu, tiba ke Habsyah melalui jalan laut ialah dengan
menumpang dua kapal dagangan Arab yang kebetulan hendak berniaga ke Habsyah.
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin wilayah Islam semakin
bertambah luas sampai ke Mesir, seluruh Teluk Parsi dan sebagainya. Pada zaman
merekalah umat Islam menguasai pelabuhan seperti Oballah di Teluk Parsi yang
sibuk disinggahi oleh pedagang yang membawa barang dagangan ke India dan China.
Begitu juga umat Islam kemudianya menguasai Laut Merah dan Laut Mediterranian.
Untuk meluaskan lagi menentang kekuasaan Rom dan sebagainya.
Pada mulanya Khalifah Umar sendiri enggan untuk
menggunakan angkatan tenteranya melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang
menguasai laut ketika itu. Cadangan itu pernah dikemukakan oleh Mua’wiyah
ketika menjadi gabenor di Syria dan menghadapi serangan tentera Rom dari laut.
Tetapi Khalifah Umar mengubah fikiranya apabila
negara Islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir. Jalan darat bukan sahaja
jauh tetapi memakan masa yang amat panjang. Oleh itu beliau telah menggali
terusan sejauh 69 batu dari Sungai Nil ke Laut Merah. Sebanyak 20 buah kapal
boleh belayar di terusan tersebut membawa makanan dari Mesir ke Laut Merah dan
sampai di Madinah dengan selamat.
Dilaporkan oleh Profesor K. Ali bahawa serangan
tentera Islam melalui laut buat pertama kali dilancarkan di bawah pemerintahan
Khalifah Umar yang diketuai oleh al-Ala bin al-Hadrami, menentang tentera
Parsi. Tetapi serangan laut ini dilakukan tanpa mendapat restu dari Khalifah
Umar. Zaman penguasaan laut tentera Islam dalam erti kata yang sebenarnya
bermula dalam masa pemerintahan Khalifah Uthman.
Panglima laut Islam yang pertama ialah Abdullah bin
Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan ke atas beberapa sasaran
tentera Rom. Serangan tentera Islam selanjutnya dilancarkan oleh Muawiyah dan
Abdullah yang melancarkan serangan ke atas Cyprus dalam tahun 28 Hijrah dan
Laut Mediterranian secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh Islam. Hakam telah
dilantik oleh Khalifah Uthman sebagai gabenor di Bahrain dan diarahkan supaya
menyediakan kelengkapan angkatan tentera laut untuk menyerang India. Beberapa
pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana, Bahroch dan
sebagainya. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengelepalai satu pasukan
tentera laut untuk menyerang Dabul pelabuhan Sind.
Keadaan Sosial
Khulafa al-Rasyidin menjadi contoh dan teladan yang
terbaik pada zaman mereka. Kerana mereka hidup dalam keadaan sederhana dan
jujur Mereka tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran.
Mereka tinggal di dalam rumah yang kecil dan bekerja sendiri untuk mencari
rezeki. Mereka tidak memakai pengawal keselamatan sehingga ada di antara mereka
yang mati ditikam.
Mereka tidak berasa malu untuk melakukan kerja
kebajikan dan bercampur gaul dengan masyarakat biasa. Pintu rumah mereka
sentiasa terbuka untuk menerima pengaduan seluruh rakyat tanpa mengira miskin,
kaya, cantik, berpangkat, hodoh atau hina. Mereka hanya mengambil sedikit
sahaja dari baitulmal untuk kegunaan
mereka.
Hati mereka dikhususkan untuk beribadat dan berbakti
kepada Allah s.w.t. Mereka berpakaian dalam keadaan yang paling ringkas.
Pakaian orang Arab Badwi ialah memakai pakaian yang berjubah panjang dan tali
pinggang yang diperbuat daripada kulit. Pada jubah mereka terdapat bulu unta.
Di medan peperangan mereka memakai serban sepertimana yang dipakai oleh
kebanyakan orang Arab.
Kedudukan wanita pada zaman Khulafa al-Rasyidin amat
mulia di mana mereka amat berhak untuk mewarisi harta ibu bapa dan suami.
Mereka juga diberi hak untuk menerima atau menolak calon suaminya. Mereka juga
bebas bergerak dalam masyarakat dalam keadaan memelihara akhlak Islam seperti
menutup aurat dan sebagainya malah mereka turut serta dalam peperangan.
Poligami dikatakan wujud tetapi dalam keadaan yang terhad. Sistem perhambaan
terus menerus dihapuskan pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
Pentadbiran Cukai
Sumber pendapatan negara Islam pada zaman Khulafa
al-Rasyidin adalah sama dengan zaman Rasulullah s.a.w. yang bergantung kepada
zakat, jizyah, kharaj, ghanimah dan fay. Hasil pendapatan negara pada zaman
Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar tidaklah sebesar mana. Tetapi pada zaman
Khalifah Umar pendapatan negara bertambah besar dalam kadar yang amat pesat
sekali yang tidak dapat dihabiskan. Jesteru itu satu sistem pemungutan hasil
diperlukan untuk mengemaskinikan pentadbiran hasil pendapatan negara.
Sejak itu Khalifah Umar memberikan perhatian yang
khusus dan serius di dalam pentadbiran pemungutan cukai berdasarkan
prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu
Bakar. Jenis cukai yang baharu juga telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar
seperti usyr. Ia adalah sejenis cukai
yang dikenakan kepada saudagar-saudagar yang bukan beragama Islam. Kadar yang
dikenakan ialah 10% ke atas barang dagangan mereka.
Baitul-Mal
Hailani Muji Tahir di dalam bukunya Baitul-Mal: Institusi Kewangan Negara Islam,
menjelaskan bahawa institusi kewangan Islam dalam bentuk baitul-mal secara mushafi
ditubuhkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. Ini tidak pula bererti bahawa
pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar tidak terdapat sebarang
institusi kewangan.
Sebenarnya secara tidak mushafi institusi kewangan dalam bentuk baitul-mal telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah
Abu Bakar. Tetapi baitul-mal dalam
erti kata yang sebenarnya belum lagi wujud kerana hasil negara Islam belum
berkembang. Di mana kita dapati sumber pendapatan negara dalam bentuk zakat, jizyah dan lain-lainya tidak disimpan
lama.
Dalam erti kata lain pendapatan negara Islam pada
zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Abu Bakar dibelanjakan sepenuhnya tanpa
ada lebihan. Inilah faktor terpenting mengapa institusi kewangan dalam bentuk baitul-mal tidak timbul pada zaman
mereka. Pengluasan jajahan takluk Islam begitu mendadak sekali pada zaman
Khalifah Umar di segenap penjuru alam. Implikasi dari penaklukan ini
mendatangkan hasil dalam bentuk wang.
Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan
telah dikemukakan oleh Khalid bin Walid kepada Khalifah Umar agar menubuhkan
satu institusi kewangan negara yang bertanggungjawab menguruskan harta negara
Islam. Pada masa itu perbendaharaan ini dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudianya dikenali sebagai baitul-mal.
Institusi Baitul-Mal kemudiannya berkembang luas
sehingga setiap wilayah Islam menubuhkan baitul-mal
sendiri sebagai cawangan baitul-mal
yang yang berpusat di Madinah. Sejak itulah baitul-mal
berfungsi sebagai agen yang menguruskan harta negara Islam dan membelanjakan
untuk kepentingan rakyat dan negara Islam selaras dengan akidah, syariah, dan
akhlak.
Sumber dan rujukan:
- Awasim min al-Qawasim, al-Qadhi Abu Bakar ibn Arabi, tahqiq;
Muhibbudin al-Khatib
- Shamsuddin M.D, Hj Mohd Rashad (2003). Khulafa’Rasyidin. Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
- Aziz, Dr Mukhtar (2005). Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: PT Ictiar
Baru Van Hoeve.
- Syakir, Mahmud(2004). Biografi Gemilang Khalifah Uthman Bin Affan
Dzin Nurain. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
- Semit, Syed Ahmad(1995). Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga.
Singapura: Pustaka Islamiyah Pte Ltd.
- Quthud, Muhammad Ali (1984). Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga.
Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
- Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn Bhd.
- Syed, Syed Ahmad Semait (1995), Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga,
Singapura, Pustaka Islamiyah Pte Ltd.
- Ash, Prof. T.M Hasbi Ash Shiddiey, Sedjarah Dan Pengantar Ilmu
Al-Quran / Tafsir (cetakan ke-5 1972), Jakarta, Penerbit Bulan Bintang.
DEKLARASI PERANG PENEGAKKAN DINUL ISLAM
BalasPadamDISELURUH DUNIA
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Dengan Memohon Perlindungan dan Izin
Kehadirat Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
Rabb Pemelihara dan Penguasa Manusia,
Raja Manusia yang Berhak Disembah Manusia.
Rabb Pemilik Tentara Langit dan Tentara Bumi
Pada Hari Ini : Yaumul Jum'ah 6 Jumadil Akhir 1436H
Markas Besar Angkatan Perang
Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Mengeluarkan Pengumuman kepada
1. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Afrika
2. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Eropa
3. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia
4. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia Tenggara
5. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Amerika
6. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Australia
7. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Utara
8. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Selatan
9. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) diseluruh Dunia
PENGUMUMAN DEKLARASI PERANG SEMESTA
Terhadap Seluruh Negara yang Tidak
Menggunakan Hukum Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah SAW.
Perang Penegakkan Dinuel Islam ini Berlaku disemua Pelosok Dunia.
MULAI HARI INI
YAUMUL JUM'AH 6 JUMADIL AKHIR 1436H
BERLAKULAH PERANG AGAMA
BERLAKULAH PERANG DINUL ISLAM ATAS DINUL BATHIL
BERLAKULAH HUKUM PERANG ISLAM DISELURUH DUNIA
MEMBUNUH DAN TERBUNUH FISABILILLAH
"Dan BUNUHLAH mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan USIRLAH mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.”
(Q.S: al-Baqarah: 191-193).
BUNUH SEMUA TENTARA , POLISI, INTELIJEN , MILISI SIPIL ,HAKIM DAN
BUNUH SEMUA PEJABAT SIPIL Pemerintah Negara Yang Memerintah dengan Hukum Buatan Manusia (Negara Kufar).
BUNUH SEMUA MEREKA-MEREKA MENDUKUNG NEGARA-NEGARA KUFAR DAN MELAKUKAN PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM.
JANGAN PERNAH RAGU MEMBUNUH MEREKA sebagaimana mereka tidak pernah ragu untuk MEMBUNUH, MENGANIAYA DAN MEMENJARAKAN UMMAT ISLAM YANG HANIF.
INTAI, BUNUH DAN HANCURKAN Mereka ketika mereka sedang ada dirumah mereka jangan diberi kesempatan lagi.
GUNAKAN SEMUA MACAM SENJATA YANG ADA DARI BOM SAMPAI RACUN YANG MEMATIKAN.
JANGAN PERNAH TAKUT KEPADA MEREKA, KARENA MEREKA SUDAH SANGAT KETERLALUAN MENENTANG ALLAH AZZIZUJ JABBAR , MENGHINA RASULULLAH SAW, MENGHINA DAN MEMPERBUDAK UMMAT ISLAM.
BIARKAN MEREKA MATI SEPERTI KELEDAI KARENA MEREKA ADALAH THOGUT DAN PENYEMBAH THOGUT
HANCURKAN LULUHKAN SEMUA PENDUKUNG PEREKONOMIAN NEGARA-NEGARA KUFAR
DARI HULU HINGGA HILIR
HANYA SATU UNTUK KATA UNTUK BERHENTI PERANG,
MEREKA MENYERAH DAN MENJADI KAFIR DZIMNI.
DAN BERDIRINYA KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH.
KHALIFAH IMAM MAHDI.
Kemudian jika mereka berhenti dari memusuhi kamu, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.
Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu),
maka tidak ada permusuhan (lagi),
kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah : 192-193
SAMPAIKAN PESAN INI KESELURUH DUNIA,
KEPADA SEMUA ORANG YANG BELUM TAHU ATAU BELUM MENDENGAR
MARKAS BESAR ANGKATAN PERANG
KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
PANGLIMA ANGKATAN PERANG PANJI HITAM
Kolonel Militer Syuaib Bin Sholeh
assalamualaikum... maaf bertanya tuan pernah dengar tak tentang sistem protokol zaman Khalifah Ar-Rasyidin?
BalasPadam