SMAHADZIR
SEJARAWAN
sains kerap mensejajarkan kemasyhuran Nasirudin Al-Tusi dengan Thomas Aquinas.
Betapa tidak, Al-Tusi memang seorang saintis agung yang dilahirkan di dunia
Islam pada abad ke 13 Masehi. Sumbangannya bagi perkembangan ilmu pengetahuan
moden begitu luar biasa. Hidupnya didedikasikan untuk pengembangan ilmu
pengetahuan dan kemajuan peradaban Islam.
Al-Tusi juga dikenali sebagai
ilmuan serba boleh. Beragam ilmu pengetahuan dikuasainya seperti astronomi,
biologi, kimia, matematik, falsafah, kedoktoran hingga ilmu agama Islam. Ilmuan
asal Parsi ini bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad ibn Muhammad ibnu Al-Hasan
Nasiruddin Al-Tusi. Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1201 di kota Tus yang
terletak dekat Meshed, Parsi – sekarang sebelah timur laut Iran.
Beliau begitu tersohor. Tidak
hairanlah jika Al-Tusi memiliki banyak nama antara lain Muhaqqiq Al-Tusi,
Khuwaja Tusi dan Khuwaja Nasir. Beliau dilahirkan awal abad ke 13 Masehi,
ketika dunia Islam sedang mengalami masa-masa sukar. Pada era itu, kekuatan
tentera Mongol yang begitu ganas terus menginvansi wilayah kekuasaan Islam.
Satu demi satu, kota-kota Islam dihancurkan dan jatuh ke tangan bangsa Mongol.
‘Pada masa itu dunia diliputi
kecemasan,’ ujar J J O’Connor dan E F Robertson. Hal itu membuatkan rasa
selamat dan ketenangan para ilmuan terusik, sehingga sukar untuk mengembangkan
pengetahuannya. Dihadapkan pada situasi sukar seperti itu, Al-Tusi juga tidak
dapat mengelak. Al-Tusi tetap belajar dengan segala keterbatasan yang dihadapi.
Ayahnya adalah guru pertama baginya. Sejak usia remaja, Al-Tusi digemblengkan
ilmu agama oleh ayahnya yang berprofesyen sebagai seorang pakar hukum di
Sekolah Imam Keduabelas. Selain digembleng ilmu agama di sekolah itu, Al-Tusi
juga mempelajari beragam topik ilmu pengetahuan lainnya dari bapa saudaranya.
Menurut O’Connor dan Robertson,
pengetahuan tambahan yang diperoleh dari bapa saudaranya itu begitu berpengaruh
pada perkembangan intelektual Al-Tusi. Pengetahuan pertama yang diperolehinya
dari bapa saudaranya itu antara lain ialah ilmu logika, fizik, dan metafizik.
Beliau begitu tertarik pada aljabar dan geometri. Ketika menginjak usia
13 tahun, keadaan keamanan kian tidak menentu. Pasukan Mongol di bawah pimpinan
Jengis Khan yang ganas dan kejam mulai bergerak dari China ke wilayah barat.
Sebelum tentera Mongol menghancurkan kota kelahirannya, dia sudah mempelajari
dan menguasai beragam ilmu pengetahuan.
Untuk menimba ilmu lebih banyak
lagi, Al-Tusi berhijrah dari kota kelahirannya ke Nishapur – sebuah kota yang
berjarak 75 km di sebelah barat Tus. Di kota itulah, beliau menyelesaikan
pendidikan falsafah, kedoktoran dan matematik. Dia sungguh beruntung, kerana
boleh belajar matematik dari Kamaluddin ibn Yunus. Kariernya mulai berkembang
di Nishapur. Bakatnya kian berkilat, sehingga beliau mulai dikenali sebagai
seorang sarjana yang hebat.
Pada tahun 1220, invasi tentera
Mongol telah sampai ke Tus dan kota kelahiran Nasiruddin itu pun dihancurkan.
Ketika situasi keamanan tidak menentu, penguasa Ismailiyah Nasiruddin
Abdurrahim mengajak ilmuan ini untuk bergabung. Tawaran itu tidak
disia-siakannya. Nasiruddin pun bergabung menjadi salah seorang pegawai di
Istana Ismailiyah. Selama mengabdi di istana itu, beliau mengisi waktunya
dengan menulis beragam karya yang penting tentang logika, falsafah, matematik
serta astronomi. Karya pertamanya adalah buku Akhlag-i Nasiri yang
ditulisnya pada tahun 1232.
Pasukan Mongol yang dipimpin
oleh Hulagu Khan cucu Jengis Khan pada tahun 1251 akhirnya menguasai istana
Alamut dan menghancurleburkannya. Nyawa Al-Tusi selamat, kerana Hulagu ternyata
sangat menaruh minat terhadap ilmu pengetahuan. Hulagu yang dikenali bengis dan
kejam memperlakukannya dengan penuh hormat. Dia pun diangkat Hulagu menjadi
penasihat di bidang ilmu pengetahuan.
Meski telah menjadi penasihat
pasukan Mongol, sayangnya Al-Tusi tidak mampu menghentikan ulah dan kebiadaban
Hulagu Khan yang membumihanguskan metropolis intelektual dunia, Baghdad pada
tahun 1258. Lebih-lebih lagi, waktu itu Dinasti Abbasiyah berada dalam
kekuasaan Khalifah Al-Musta’sim yang lemah. Terbukti, tentera Abbasiyah tidak
mampu membendung gempuran pasukan Mongol.
Meski tidak mampu mencegah
terjadinya serangan bangsa Mongol, paling tidak Nasiruddin boleh menyelamatkan
dirinya dan masih berkesempatan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan yang
dimilikinya.
‘Hulagu sangat bangga kerana
berjaya menakluk Baghdad dan lebih bangga lagi kerana ilmuan terkemuka seperti
Al-Tusi boleh bergabung bersamanya,’ ujar O’Connor dan Robertson dalam tulisannya
tentang sejarah Al-Tusi.
Hulagu juga amat senang, ketika
Nasirrudin mengungkapan rancangannya untuk membina sebuah observatorium
di Malagha. Waktu itu, Hulagu telah menjadikan Malagha yang berada di wilayah
Azerbaijan sebagai ibu kota pemerintahannya. Pada tahun 1259, Al-Tusi pun mulai
membina observatorium yang megah. Jejak dan bekas binaan observatorium
itu masih ada hingga sekarang.
Observatorium
Malagha mulai beroperasi pada tahun 1262. Pembinaan dan operasi observatorium
itu melibatkan sarjana dari Parsi dibantu pakar astronomi dari China.
Tekonologi yang digunakan di observatorium itu terbilang canggih pada
zamannya. Beberapa peralatan dan teknologi penguak luar angkasa yang digunakan
di observatorium itu ternyata merupakan penemuan Nasiruddin, salah
satunya adalah kuadran azimuth. Selain itu, dia juga membina sebuah
perpustakaan di observatorium tersebut. Koleksi bukunya lengkap, terdiri
dari beragam ilmu pengetahuan. Di tempat itu, Al-Tusi tidak hanya mengembangkan
bidang astronomi saja. Dia turut mengembangkan ilmu matematik serta falsafah.
Di observatorium yang
dipimpinnya itu, Al-Tusi berjaya membuat tabel pergerakan planet yang
lengkap. Sumbangan lainnya yang amat penting bagi perkembangan astronomi adalah
buku Zij-i Ilkhani yang ditulis dalam bahasa Parsi dan diterjemahkan
dalam bahasa Arab. Buku itu disusun setelah 12 tahun memimpin obeservatorium
Malagha. Selain itu, Al-Tusi juga berjaya menulis buku terkemuka lainnya
berudul Al-Tadhkira fi’ilm Al-hay’a (Memoir Pakar Astronomi).
Nasiruddin mampul memodifikasi model semesta episiklus Ptolomeus dengan
prinsip-prinsip mekanik untuk menjaga keseragaman pusingan benda-benda langit.
Beliau meninggal dunia pada 26 Jun 1274 di Baghdad. Meski begitu, jasa dan
sumbangannya dalam pengembangan ilmu pengetahuan masih tetap dikenang.
Karya Dan
Pencapaian Besar
Selama mendedikasikan hidupnya
dalam pengembangan ilmu pengetahuan, Nasiruddin Al-Tusi telah menulis beragam
buku yang mengupas bermacam ilmu pengetahuan. Di antara buku yang berjaya
ditulisnya itu antara lain ialah buku Tajrid-Al-’Aqaid, sebuah kajian
tentang Ilmu Kalam; serta Al-Tadhkirah fi’ilm Al-hay’ah, sebuah memoir
tentang ilmu astronomi.
Buku tentang astronomi yang
ditulis Nasiruddin itu banyak mendapat komentar dari para astronomi. Komentar-komentar
itu dibukukan dalam sebuah buku yang berjudul Sharh Al-Tadhkirah (Sebuah
Komentar atas Al-Tadhkirah) yang ditulis oleh Abd Al-Ali ibn Muhammad ibn
Al-Husayn Al-Birjandi dan Nazzam Nishapuri. Selain itu, Nasiruddin juga menulis
buku yang berjudul Akhlaq-i-Nasri yang mengupas tentang etika. Buku
lainnya yang terbilang populer adalah Al-Risalah Al-Asturlabiyah (Risalah
Astrolabe). Buku ini mengupas tentang peralatan yang digunakan dalam
astronomi. Di bidang astronomi, Nasiruddin juga menulis risalah yang amat
populer yakni Zij-i ilkhani (Ilkhanic Tables). Beliau juga
menulis Sharh Al-Isharat, sebuah kritikan terhadap hasil kerja Ibnu
Sina.
Selama tinggal di Nishapur,
Nasiruddin memiliki reputasi yang cemerlang, sebagai ilmuan yang berbeza dari yang
lain. Pencapaian mengagumkan yang berjaya ditorehkan Nasiruddin dalam bidang
matematik adalah pembuatan rumusan sinus untuk segitiga, yakni; a atau sin A =
b atau sin B = c atau sin C.
Sumbangan
Bidang Sains
Beliau menulis beragam buku
yang mengupas tentang astronomi. Al-Tusi juga membina sebuah observatorium
yang mampu menghasilkan tabel pergerakan planet secara lengkap. Model
sistem plenaterium yang dibuatnya diyakini paling maju pada zamannya. Dia juga
berjaya menemui sebuah teknik geometrik yang dikenali sebagai Al-Tusi-couple.
Sejarah juga mencatatkan, Al-Tusi sebagai pakar astronomi pertama yang
mengungkapkan bukti observasi empiris tentang pusingan bumi.
Beliau juga turut memberi
sumbangan dalam pengembangan ilmu hayat atau biologi. Beliau menulis secara
luas tentang biologi. Al-Tusi menempatkan dirinya sebagai perintis awal dalam
evolusi biologi. Dia memulai teorinya tentang evolusi dengan alam semesta yang
terdiri dari elemen-eleman yang sama dan mirip. Menurutnya, kontradiksi
internal mulai kelihatan dan sebagai sebuah hasil, beberapa zat mulai
berkembang lebih cepat dan berbeza dengan zat lain. Dia menjelaskan bagaimana
elemen-elemen berkembang menjadi mineral kemudian tanaman, kemudian haiwan dan
kemudian manusia. Dia juga menjelaskan bagaimana variabiliti heriditi merupakan
faktor penting dalam evolusi biologi makhluk hidup.
Al-Tusi turut mengungkapkan
versi awal tentang hukum kekekalan massa. Inilah salah satu sumbangannya yang
paling penting dalam ilmu kimia. ‘Zat dalam tubuh tidak boleh sepenuhnya
menghilang. Zat itu hanya mengubah bentuk, kedudukan, komposisi, warna dan
bentuk lainnya yang berbeza. Selain menghasilkan rumus sinus pada segitiga,
Al-Tusi juga seorang pakar matematik pertama yang memisahkan trigonometri
sebagai disiplin ilmu yang terpisah dari matematik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan