Isnin, 29 April 2013

CATATAN KEMBARA MENYELUSUR SUMATERA UTARA


 SMAHADZIR

Sekitar jam 13.40 tengah hari (WIB), penulis dan isteri berserta rakan-rakan dari Akademik Fotografi Multimedia dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKN) bertolak dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia QZ-8055 ke Lapangan Terbang Polonia di Medan, Indonesia. Cuaca amat bersahabat dan setelah tiba di terminal Polonia di Medan, rombongan kami dibawa menaiki bas PT Tritura Jaya Tour & Travel dengan Encik Sidek sebagai pemandu pelancong, ke Restoran Lubuk Idai untuk menjamu selera sebelum memulakan perjalanan menyelusuri tanah Sumatera Utara.



Bersama Encik Sidek, pemandu pelancong PT Tritura Jaya Tour & Travel. 

Setelah menjamu selera, kami terus ke Parapat, melalui Tebing Tinggi dan Permatang Siantar. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam menyelusuri jalan kecil yang begitu macet (sesak) dengan pelbagai kenderaan termasuk MRT (motor roda tiga). Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Simalungun untuk membeli makana ringan. Menurut Encik Sidek, pemandu pelancong kami yang begitu mesra dan ramah, kebanyakan penduduk di sekitar perkampungan yang kami lawati terdiri dari etnik Batak. Sepanjang kiri kanan jalan menuju ke Parapat, boleh dikatakan etnik Batak menguasai 90% penduduknya yang rata-rata miskin (meski miskin tetapi mementingkan pendidikan dan rajin bekerja, kuat semangat dan tekal pendirian, tidak mudah dipengaruhi persepsi luar). Kebanyakan mereka beragama Kristian dan kita boleh melihat gereja berdiri tegak di sepanjang jalan di celah-celah rumah penduduk.




Bersama isteri di Parapat View Hotel Parapat tepian Danau Toba


Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatera Utara, Indonesia. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Menurut Encik Sidek, orang Batak terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah Batak digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak.



Di hadapan Rumah Adat Batak di Kampung Tomok, Pulau Samosir

Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Gereja HKBP (Huria Kristian Batak Protestan) merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di Indonesia.


Penerbangan AirAsia QZ-8055 di Lapangan Terbang Polonia, Medan


Daerah asal kediaman orang Batak dikenali sebagai Daratan Tinggi Karo, Kangkat Hulu, Deli Hulu, Serdang Hulu, Simalungun, Toba, Mandailing dan Tapanuli Tengah. Daerah ini dilalui oleh rangkaian Bukit Barisan di daerah Sumatera Utara dan terdapat sebuah tasik besar dengan nama Danau Toba. Dilihat dari wilayah pentadbiran, mereka mendiami beberapa kabupaten iaitu Kabupaten Karo, Simalungun, Dairi, Tapanuli Utara, dan Asahan.



Istana Maimun

Dalam kehidupan dan pergaulan sehari-hari, orang Batak menggunakan beberapa loghat, iaitu loghat Karo yang digunakan oleh orang Karo; loghat Pakpak yang digunakan oleh Pakpak; loghat Simalungun yang digunakan oleh Simalungun; loghat Toba yang digunakan oleh orang Toba, Angkola dan Mandailing. Orang Batak juga mengamalkan sistem gotong-royong kuno dalam hal bercucuk tanam. Dalam bahasa Karo aktiviti itu disebut raron, sedangkan dalam bahasa Toba disebut marsiurupan. Sekelompok jiran atau saudara dekat bersama-sama mengerjakan tanah dan masing-masing anggota secara bergiliran.





Di Air Terjun Sipiso-piso, Desa Tongging

Dalam tradisi suku Batak, mereka hanya boleh menikah dengan orang Batak yang berbeza marga. Jika ada yang menikah dia harus mencari pasangan hidup dari marga lain selain marganya. Apabila yang menikah adalah seseorang yang bukan dari suku Batak maka dia harus diambil oleh salah satu marga Batak (berbeza suku). Acara tersebut diteruskan dengan proses perkahwinan yang dilakukan di gereja kerana majoriti penduduk Batak beragama Kristian. Kelompok kekerabatan suku bangsa Batak tinggal di daerah perkampungan yang disebut Huta atau Kuta menurut istilah Karo. Biasanya satu Huta didiami oleh keluarga dari satu marga.



Penulis di hadapan Air Terjun Sipiso-piso, Desa Tongging


Masyarakat Batak bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun selepas kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil mangungkal holi.



Di Desa Tongging menikmati penghujung Danau Toba


Kebanyakan orang Batak kini adalah penganut agama Kristian dengan sebuah golongan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Seorang pendakwah Jerman terkenal ialah Ludwig Ingwer Nommensen.



Air Terjun Sipiso-piso, Desa Tongging


Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia. Selain dari beragama Kristian, ada juga yang beragama Parmalim. Menurut Encik Sidek, Parmalim adalah nama sebuah kepercayaan atau mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu agama yang utama dianut di wilayah Sumatera Utara. Agama Parmalim adalah agama asli suku Batak. Agama ini merupakan sebuah kepercayaan ‘Terhadap Tuhan Yang Maha Esa’ yang tumbuh dan berkembang di Sumatera Utara sejak dahulu kala. ‘Tuhan Debata Mulajadi Nabolon’ adalah pencipta manusia, langit, bumi dan segala isi alam semesta yang disembah oleh ‘Umat Ugamo Malim’ (Parmalim).



Ketua Rumah Adat Batak berusia lebih 98 tahun, punya 2 isteri dan anak 11 orang - hebat orang tua ni....


Awalnya, Parmalim adalah gerakan spiritual untuk mempertahankan adat istiadat dan kepercayaan kuno yang terancam disebabkan agama baru yang dibawa oleh Belanda. Gerakan ini lalu menyebar ke tanah Batak menjadi gerakan politik atau ‘Parhudamdam’ yang menyatukan orang Batak menentang Belanda. Gerakan itu muncul sekitar tahun 1883 atau tujuh tahun sebelum kematian Sisingamangaraja XII, dengan pelopornya Guru Somalaing.


Bahagian belakang Sinabung International Hills Hotel, Berastagi

Nama Parmalim itu berasal dari dua perkataan, iaitu par dan malim. Par dalam bahasa Batak Toba merupakan awalan aktif yang bermakna orang yang mengerjakan atau menganut sesuatu. Manakala malim sendiri berasal dari kata bahasa masyarakat di pesisir pantai yang beragama Islam, baik Melayu ataupun Minangkabau, yang bererti penganut agama Islam.

Satu perkara yang penulis rasa agak menerujakan ialah huruf B1 dan B2 di sepanjang jalan menuju ke Parapat. B1B2 merupakan huruf singkat untuk babi panggang (B1) dan anjing panggang (B2). Kami tiba di Parapat dan terus dibawa ke Parapat View Hotel untuk akomodasi dan makan malam. Menginap di Parapat View Hotel bertaraf tiga bintang ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pengangkutan ke Pulau Simosir. Namun yang lebih menerujakan ialah situasi hotel ini yang berhadapan dengan Danau Toba, memberikan satu suasana yang begitu mendamaikan lebih-lebih lagi tatkala menerima semilir pawana petang yang berpuput dari tengah tasik.



Di Danau Toba

Sebagai penulis, perkara pertama yang dilakukan ialah merakamkan keindahan dan suasana damai ini ke dalam bentuk puisi. Berikut adalah puisi pertama secara spontan yang terhasil di sini:

Puisi:
Kala Menanti Senja Di Danau Toba

Kebiruan air yang mengalir, tasik biru ini disebut Toba,
mesranya dalam semilir angin melambai dan mencium pipi,
selembut telapak tangan isteri yang manja di malam pengantin,
tasik ini tak pernah mati, mengalir dan membawa seribu makna,
manusia yang datang dengan sejuta rencam perasaan yang membelit kalbu,
ada airmata yang mengalir kala melihat sejuk damainya kebiruan air,
bergelombang kecil menghanyutkan nestapa dan lara ke hujung horizon alam,
di sini ada resah yang tenggelam, ada gundah yang terpempan,
ada rezeki yang melimpah, ada harapan yang pasrah.

Tasik ini hidup bersama air yang dicintai tanpa mencintai,
kerana cinta bukanlah dengan air mata tetapi kudrat yang nyata,
gemercikan air yang berenang melantun tebing,
bagaikan belaian kasih pemecah kesunyian,
ada unggas yang berterbangan dari seratus bukit penjaga Danau Toba,
mengelilingi tasik, berdiri gagah perkasa menambah keindahan alam Sumatera.

Bayu belai rindu, dalam dakapan dingin malam,
melarutkan semua rasa yang ada bersama isteri tercinta,
bersama derasnya pengharapan, penantian, mengasak kerikil penantian,
biarlah rasa bermuara bak pantai memeluk ombaknya,
melepaskan rindu dalam kebersamaan kasih setia,
di tepian Danau Toba kala menanti senja.

Di sini aku ingin melepaskan jerih renyah kehidupan,
yang membelit dan merajalela,
inginku benamkan segala resah ke dasar danau,
biar dibalut selut dan pepasir damai,
sebelum subuh menggamit hari.

SMAHADZIR
Danau Toba, Sumatera
25 Mei 2013




Bahagian belakang Sinabung International Hills Hotel, Berastagi

Sebenarnya banyak lagi puisi yang berjaya digarap tetapi penulis tidak berhasrat untuk memaparkannya di ruangan ini. Biarlah puisi-puisi itu menjadi koleksi peribadi hasil dari kembara menerokai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Bermalam di Parapat View Hotel sungguh mendamaikan perasaan. Dari tingkap bilik tidur, kita akan disajikan dengan panorama malam yang amat indah. Sinaran lampu dan cahaya bulan dan bintang berkilauan menyinari permukaan tasik begitu menggoda perasaan. Feri-feri penumpang, kolek-kolek penangkap ikan dan kapal-kapal pesiaran kecil bersimpang-siur meredah kepekatan malam di atas permukaan tasik memberikan satu suasana yang aktif dalam usaha manusia mencari penghidupan tersendiri. Dapat penulis katakan bahawa Danau Toba bukan saja sebuah tasik pelancongan tetapi juga tasik untuk manusia menggarap rezeki.




Bahagian belakang Sinabung International Hills Hotel, Berastagi

Besoknya, sekitar jam 9.00 pagi, penulis, isteri dan rakan-rakan yang lain bergerak ke Pulau Samosir. Menurut apa yang penulis dapati dari seorang kakitangan yang penulis temui di tepian kolam mandi Parapat View Hotel, ada empat cara yang boleh dipilih untuk perjalanan menuju Pulau Samosir yang berjarak 176 km dari kota Medan dengan waktu sekitar 4 jam. Tiga cara dengan melintasi Danau Toba, satu cara melalui jalan darat. Paling mudah masuk ke Pulau Samosir melalui Pelabuhan Ajibata di Prapat menuju Kampung Tomok di Samosir sekitar 45 minit menumpang feri. Feri ini boleh mengangkut kenderaan roda empat.




Bahagian belakang Sinabung International Hills Hotel, Berastagi

Cara lainnya adalah melalui Simanindo-Tigaras. Pelabuhan Simanindo berada di Samosir, sementara Tigaras berada di Simalungun. Boleh juga melalui Pelabuhan Muara di Tapanuli Utara menyeberang dengan feri ke Nainggolan di Samosir. Satu-satunya jalur darat melalui Jalan Tele yang menghubungkan Samosir dengan Kabupaten Humbang Hasundutan dengan melintasi Jambatan Tano Ponggol buatan kolonial Belanda. Sudah tentulah rombongan kami memilih jalan air untuk ke Pulau Simosir.




Bahagian hadapan Sinabung International Hills Hotel, Berastagi

Dengan bot pelancong kami menuju ke Kampung Tomok untuk ke Pulau Samosir. Tempat wisata pertama yang dituju ialah Perkuburan Raja Batak Sidabutar, Rumah Adat Batak Toba, Patung Sigali-gale dan pasar tempatan yang menjual beraneka jenis produk kraftangan masyarakat Batak termasuk pakaian.

Sejarah Tano Ponggol Melahirkan Pulau Samosir

Sepanjang bot meredah alun Danau Toba ke Pulau Samosir, Encik Sidek menceritakan tentang Tano Ponggol. Kata beliau, Tano Ponggol tidak asing lagi bagi masyarakat yang berasal dari Kabupaten Samosir. Tano Ponggol dalam bahasa tempatan disebut Tano Magotap, yang memisahkan Pulau Samosir dengan Pulau Sumatera yang terletak sebelah Barat Pulau Samosir, Kabupaten Samosir, Wilayah Sumatera Utara.



Di pasar buah Berastagi, kuda pelancong menunggu pelanggan

Sebutan Tano Ponggol atau Tano Magotap dilatarbelakangi sejarahnya. Konon sebelum masa penjajahan Hindia Belanda, Pulau Samosir bersatu dengan Sumatera dan pada masa itu belum ada kata pulau tetapi hanya Samosir. Sekitar tahun 1900-an, waktu itu Indonesia masih dijajah Belanda termasuk Samosir, dan pada waktu itu yang berkuasa di pemerintahan Hindia Belanda adalah Ratu Willhelmina (pengakuan orang tua dulu yang ikut dalam kerja paksa menggali Tano Ponggol).

Sekitar 1905, pemerintah Hindia Belanda memerintahkan tentera Belanda yang ada di Sumatera Utara, supaya melakukan kerja paksa menggali tanah sepanjang 1.5 km dari hujung lokasi Tajur hingga ke Sitanggang Bau. Kerja paksa atau rodi (istilah tempatan) sangat menyedihkan. Bekerja tanpa gaji, dikawal ketat dan dengan ancaman senjata api yang diarahkan ke arah kepala para pekerja.




Di pasar buah, Berastagi

Kurang lebih 3 tahun dipaksa bekerja, Danau Toba sebelah utara dan sebelah selatan akhirnya bersambung dan tidak ada lagi daratan yang menghubungkan Samosir dengan Sumatera. Maka muncullah kata sebutan baru iaitu hasil kerja paksa disebut Tano Ponggol dan Samosir menjadi Pulau Samosir yang dikelilingi Danau Toba, dihubungkan oleh jambatan dengan pulau Sumatera. Jambatan ini dinamakan Jambatan Tano Ponggol.

Dalam sebuah tulisan, dikatakan bahawa Tano Ponggol diresmikan pada tahun 1913 oleh kerajaan Belanda iaitu Ratu Willhelmina, dan Tano Ponggol disebut Terusan Willhelmina. Demikian pengakuan orang-orang tua yang dipaparkan dalam tulisan tersebut, yang turut serta dalam kerja paksa pada ketika itu. Namun demikian, kebenarannya masih perlu ditelusuri lebih dalam lagi.



Sebuah bot pelancong sedang belayar ke Kampung Tomok, Pulau Samosir

Sejak kemerdekaan hingga tahun 1980-an, Tano Ponggol adalah tempat yang popular sebagai tempat transit perdagangan hasil bumi dari Samosir seperti bawang, kacang (hasil utama ketika itu) dengan tujuan kota dagang kecil iaitu Haranggaol setiap hari Isnin dan Tigaras setiap hari Jumaat, dengan kenderaan tasik (seperti kapal atau solu-solu penumpang Tomok - Ajibata sekarang). Lalu-lalang kapal melalui Tano Ponggol juga dimanfaatkan masyarakat sekitar untuk berdagang jagung bakar.

Tidak dijelaskan apa yang menjadi latarbelakang Tano Ponggol ketika itu. Namun mungkin, salah satu kemungkinan yang boleh kita fikirkan, alasan penggalian terusan Tano Ponggol mirip dengan alasan pembinaan Terusan Suez atau Terusan Panama.



Di pasar buah, Berastagi

Pulau Samosir, Keindahan Pulau Di Danau Toba

Menurut Encik Sidek, Pulau Samosir adalah sebuah pulau vulkanik di tengah Danau Toba di wilayah Sumatera Utara. Letaknya di ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut seluas 630 km2. Pulau Samosir tercatat sebagai peringkat lima dunia pulau terbesar di tengah tasik. Semakin unik lagi kerana pulau di tengah Danau Toba ini memiliki dua tasik di atasnya yakni Tasik Aek Natonang di Desa Tanjungan dan Tasik Sidihoni dengan Pulo Pearung di tengahnya terdapat di Huta Panrnakohan Lumban Suhi.




Di bilik Hotel Grand Antares, Medan


Sebenarnya ada dua keajaiban yang ada pada daerah terkenal ini. Pertama, Pulau Samosir merupakan pulau di tengah Danau Toba, sedangkan Danau Toba sendiri berada di Pulau Sumatera. Oleh kerana itu, Pulau Samosir terkenal dengan sebutan pulau di dalam pulau, iaitu Pulau Samosir di dalam Pulau Sumatera. Keajaiban kedua, terdapat pula tasik di dalam tasik yang tepatnya terletak di Pulau Samosir. Sidihoni dan Aek Natonang, sebutan untuk tasik di dalam tasik. Atau dengan kata lain, terdapat tasik di dalam tasik yang juga berada di pulau dalam pulau.



Di bilik Hotel Grand Antares, Medan


Penulis mengenali Danau Toba sejak di bangku sekolah lagi. Khabarnya Danau Toba sangat cantik dan mempersonakan. Memang begitulah hakikatnya. Danau Toba memang cantik dan mengghairahkan. Laksana Tasik Banding atau Tasik Kenyir yang menyimpan pelbagai khazanah air dan ia juga menjadi sumber rezeki warga tempatan.

Akses menuju Pulau Samosir ditempuh kurang lebih 30 minit menggunakan kapal yang banyak tersedia di tempat wisata Danau Toba. Biasanya awak-awak kapal memutarkan lagu-lagu khas Batak yang alunannya merdu, sesekali teringat lagu lama Ernie Johan, Teluk Bayur yang gah sekitar tahun 60-an, kala itu penulis masih lagi di bangku sekolah menengah.



Makan malam di Restoran Dapoer Podjok, Jalan Gelugor, Medan

Gunung Toba yang berada di bawah dasar Danau Toba dikatakan akan meletus bila-bila masa sahaja. Gunung Toba sehingga kini masih memiliki anak, dikatakan bahawa Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak merupakan anak Gunung Toba.

Pulau Samosir diyakini sebagai daerah asal orang Batak. Sebabnya, di pulau berpenduduk sekitar 131,000 orang ini tepatnya di Pusuk Buhit Kecamatan Sianjur Mulamula merupakan perkampungan pertama kelompok masyarakat Batak. Di perkampungan ini terdapat cagar budaya berupa Rumah Si Raja Batak.




Makan malam di Restoran Dapoer Podjok, Jalan Gelugor, Medan


Di Pulau Simosir, objek pelancongan terkenal adalah Sigale-gale. Sigale-gale adalah patung yang boleh menari-nari. Khabarnya, dahulu Patung Sigale-gale ini digerakkan oleh kekuatan mistik, namun era moden kini Sigale-gale digerakkan oleh manusia, jadi kalau di Pulau Jawa ianya semacam wayang atau wayang kulit di Kelantan. Di pusat pelancongan Sigale-gale ini juga ada beberapa buah rumah adat kuno, yang hampir mirip dengan rumah adat Minangkabau.

Asal Usul Patung Sigale-gale

Di pekarangan objek wisata Sigale-gale, Encik Sidek menceritakan kepada penulis bahawa dahulu kala ada seorang raja yang sangat bijaksana. Baginda tinggal di wilayah Toba. Raja ini hanya memiliki seorang anak, namanya Manggale. Pada zaman tersebut sering terjadi peperangan antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain. Raja ini menyuruh anaknya supaya ikut berperang melawan musuh yang datang menyerang wilayah mereka. Pada waktu peperangan berlangsung, anak Raja yang nyata tidak berpengalaman itu telah terkorban dalam pertempuran tersebut.


Bersarapan pagi di Hotel Grand Antares, Medan

Baginda raja sangat sedih mengenangkan satu-satunya anaknya sudah tiada, lalu baginda pun jatuh sakit. Melihat situasi baginda raja yang semakin hari semakin kritis, penasihat kerajaan memanggil tabib untuk mengubati penyakit baginda. Dari beberapa orang tabib yang dipanggil mengatakan bahawa baginda sakit kerana kerinduan kepada anaknya yang sudah meninggal dunia. Tabib mengusulkan kepada penasihat kerajaan agar dipahat pada batang kayu, jadikan sebuah patung yang menyerupai wajah Manggale, dan saranan dari tabib ini pun dilaksanakan di sebuah hutan.





Bersarapan pagi di Hotel Grand Antares, Medan

Patung yang dipahat itu pun selesai dilaksanakan. Penasihat kerajaan mengadakan satu upacara untuk pengangkatan Patung Manggale ke istana kerajaan. Tabib mengadakan upacara ritual, meniup sordam dan memanggil roh anak baginda raja (Manggale) untuk dimasukkan ke dalam tubuh patung tersebut. Patung ini diangkut dari sebuah pondok di hutan dan diiringi dengan suara sordam dan gondang sabangunan. Setelah rombongan ini tiba di istana kerajaan, baginda raja tiba-tiba pulih dari penyakit kerana baginda melihat patung tersebut persis seperti wajah anaknya. Inilah asal usul patung Sigale-gale yakni patung putera seorang Raja yang bernama Manggale.
                   
Setelah puas berdarmawisata di sini, rombongan kami menyelusur tepian pantai Pulau Simosir untuk melihat pemandangan cantik pesisir hotel yang kebanyakannya milik orang Eropah. Kemudian kami terus ke Kedai Batik/Telekong Wajir di Jalan Kolonel Sungiono, Parapat untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Berastagi.




Di lobi Hotel Grand Antares, Medan


Selepas melihat panorama indah di setiap pelosok Pulau Samosir dan makan tengah hari di Kedai Batik/Telekong Wajir di Jalan Kolonel Sungiono, kami berangkat pula ke Berastagi melalui Simarjarunjung atau disering disebut sebagai ring road of Lake Toba. Dalam perjalanan ini kami singgah di Rest House Ginger Tea untuk menikmati minuman panas. Penulis dan isteri mencuba kopi campuran herba yang agak keras dan menyakitkan anak tekak. Seterusnya kami juga singgah di Panorama Tanjung Onta dan diteruskan ke Desa Tongging untuk menikmati keindahan Air Terjun Sipiso-piso dan penghujung Danau Toba. Sebelum tiba di Berastagi, kami singgah di sebuah perkampungan masyarakat Batak.



Bot pelancong Kampung Tomok

Agak menakjubkan di sini kerana terdapat beberapa buah rumah tradisi masyarakat Batak yang unik lagi tersendiri. Sebuah rumah tradisional Batak yang berusia lebih 200 tahun kami tandangi, melihat sebuah keluarga besar, diketuai seorang lelaki tua berumur sekitar 98 tahun, memiliki dua isteri dan tinggal bersama 8 keluarga (sekitar 48 orang anggota keluarga). Mereka tinggal di rumah lama ini bersama, menikmati kehidupan yang sederhana tanpa elektrik, tanpa televisyen, radio dan lain-lain lagi kemudahan awam. Rumah tradisi ini merupakan objek wisata dan sering dilawati para pelancong termasuk pelancong dari Eropah. Kebanyakan pelancong Eropah akan bermalam di rumah ini bersama ahli-hali keluarga Batak yang lain semata-mata untuk merasai sendiri kehidupan di sini.

Hari hampir senja sewaktu kami tiba di Berastagi. Setelah check-in di Sinabung International Hills Hotel, penulis terus mandi membersihkan diri dan bersolat jamak Maghrib dan Isya. Sekitar jam 8.00 malam kami dibawa ke Rumah Makan Muslim, di No. 84, Jalan Haranggoal, Berastagi untuk makan malam.




Di lobi Hotel Grand Antares, Medan 


Berastagi Menggamit Perasaan

Kata Encik Sidek pemandu pelancong kami, Berastagi letaknya tidak berapa jauh dari kota Medan. Berastagi merupakan sebuah nama yang tersohor di kalangan para pelancong. Berastagi dianugerahi alam yang indah, udara yang sejuk, serta hasil bumi berupa markisa dan buah limau yang manis.

Berastagi, perjalanan dari kota Medan memakan waktu sekitar 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan peribadi. Dengan pengangkutan awam boleh ditempuh dalam waktu 3 jam, kerana jarak perjalanan kota Medan menuju Berastagi kurang lebih berjarak 80 km. Di sepanjang perjalanan kita dapat menikmati pemandangan yang sangat indah. Di kiri dan kanan jalan kita boleh melihat pemandangan kebun teh dan tembakau, dan aktiviti seharian masyarakat Sumatera Utara.




Di Danau Toba


Sebelum memasuki Berastagi kita akan melewati ladang halia. Di sini banyak sekali kawasan perkebunan kebun teh dan tembakau, banyak pasar tradisional di sekitar kebun halia ini. Aktiviti peniaga dan pembeli di pasar layak untuk dirakam ke dalam gambar, dan masyarakatnya juga sangat ramah dengan kedatangan pelancong dan wisatawan yang melihat. Selepas itu penulis dan rombongan pun meneruskan perjalanan ke Berastagi. Di sini terasa udara semakin sejuk dan dingin. Ingin rasanya singgah di kedai kopi tepian jalan untuk menikmati kopi dan pemandangan di sekitar pergunungan ini.



Di Danau Toba


Berastagi merupakan daerah yang sangat indah, daerah yang terletak di Sumatera Utara yang mempunyai ketinggian 1,400 meter di atas permukaan laut. Udara di sini sangat bersih dan sejuk, kerana dikelilingi oleh pergunungan dan hutan -hutan yang sangat indah. Tidak terasa perjalanan selama satu setengah jam menjadi sangat menyenangkan. Dari atas perbukitan penulis dapat menikmati pemandangan yang hijau dan dapat melihat Gunung Berapi Sinabung dan Sibayak. Gunung Berapi Sibayak dikatakan masih aktif hingga sekarang dan mempunyai ketinggian 2,000 meter. Kedudukan Gunung Sibayak ini tidak jauh dari Berastagi.




Di Danau Toba

Tidak hanya itu, Berastagi sangat terkenal dengan sayur dan buah-buahannya. Buah yang sangat terkenal di sini ialah buah markisa. Markisa Berastagi sangat terkenal hingga ke seluruh pelosok Indonesia, dan banyak dibuat saripati sirap. Dikatakan orang bahawa di Berastagi, kalau kita tidak menikmati buah markisa memang kurang lengkap rasanya, apalagi cuaca dingin dan sejuk sangat mendorong kita untuk memakan lebih banyak makanan terutamanya buah-buahan.


Tidak hairanlah, bagi para pelancong yang datang ke Sumatera akan memilih Berastagi sebagai daerah wisata yang utama. Berastagi juga menjadi eskapisme penduduk kota Medan waktu hujung bulan. Dengan 1-2 jam perjalanan dari ibu kota Sumatera Utara ini, penulis dan rombongan sudah dapat menghirup sejuknya udara khas pergunungan. Memang begitu adanya, Berastagi terletak di antara dua buah gunung berapi yakni Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak.




Di Danau Toba

Berastagi menjadi salah satu primadona Dataran Tinggi Karo. Terletak pada ketinggian 1,300 mdpl, Berastagi mempunyai udara yang sangat bersih dan sejuk. Lebih-lebih lagi, hasil bumi yang ada di Berastagi terkenal seantero Indonesia. Di sini penulis dapat menikmati sirap markisa Berastagi yang dikatakan mesti dirasa oleh setiap pelancong yang datang ke sini. Rasanya sungguh manis dan segar.

Oleh kerana itulah, Pasar Buah Berastagi selalu dikunjungi ramai pengunjung. Transaksi jual beli terjadi hampir tiap waktu. Seringkali, para pelancong asyik membuang masa untuk berlama-lama di Berastagi sebelum menuju ke kota Medan, atau arah sebaliknya iaitu Danau Toba. Apalagi, mereka boleh meronda sekeliling pasar menggunakan kuda pelancong dengan bayaran sekitar Rp 30,000 sahaja.



Di Danau Toba

Selain pasar buah, Berastagi juga mempunyai beberapa buah destinasi wisata yang patut dikunjungi para pelancong. Yang pertama adalah Air Terjun Sipiso-piso. Dari kejauhan, penulis sudah boleh melihat air terjun yang cantik ini. Untuk mencapai permukaan air terjunnya, kita harus menuruni lembah melalui anak tangga yang jumlahnya ratusan. Memenatkan juga, maklumlah penulis sudah tua, tidak mampu lagi menapak anak tangga, namun sepadan dengan pemandangan landskap hijau yang sangat indah di pandangan mata. Serasa melenyap segala lelah apabila dapat mencecah airnya yang bening dan sejuk.

Untuk melihat panorama maksimum Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung, penulis dan rombongan telah mendatangi Bukit Gundaling. Selain itu, kawasan Tongging adalah tempat yang tepat untuk melihat tasik terbesar di Indonesia iaitu Danau Toba. Pemandangan yang ditawarkan Tongging seringkali diambil gambarnya oleh para jurugambar profesional termasuk salah seorang rakan baik penulis iaitu saudara Sharudin Jauhar, Pengarah Akademik Fotografi Multimedia. Sharudin begitu teruja dengan keindahan panorama di sini. Danau Toba yang sangat luas itu dikelilingi bukit-bukit berwarna hijau terang, seperti gambaran di benak kita akan dataran Norway. Sebab itulah ia menjadi objek yang getol dirakam Sharudin Jauhar ke dalam karyanya.




Di Danau Toba

Penulis ingin menyarankan, jika pembaca melewati Berastagi ketika dalam perjalanan dari Medan menuju Danau Toba, atau dari Parapat ke Medan, jangan sia-siakan kesempatan ini. Turunlah dari kenderaan, dan nikmati keindahan kota Berastagi yang mempersonakan ini. Berastagi adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Karo, Sumatera Utara.

Aktiviti ekonomi di Berastagi terpusat pada pasar sayur dan buah-buahan, dan pada pariwisata. Etnik yang dominan di daerah ini adalah Batak Karo. Di Berastagi juga terdapat banyak tempat yang boleh dilawati jika kelapangan masa seperti Gundaling, Pasar Buah Berastagi, Desa Peceren, Tasik Lau Kawar yang terletak di kaki Gunung Sinabung, Kuil Lumbhini, replika Swedagon Wat Vietnam, Air Terjun Sikulikap, Muzium Pusaka Karo, Gereja Inkulturatif Karo Santo Fransiskus Asisi, Rumah Gugung (Rumah Adat Karo) dan lain-lain lagi.



Di Danau Toba

Bermalam di Sinabung International Hills Hotel yang bertaraf empat bintang sangat mendamaikan. Suasana di sini agak sejuk kerana geografinya berada di tanah tinggi seperti Cameron Highland di Malaysia. Cuma pada sebelah paginya agak berbeza dengan hotel-hotel di Malaysia kerana sarapan paginya perlu dipesan melalui kakitangan yang bertugas. Kalau di Malaysia, aneka jenis makanan akan dihidangkan secara buffet dan pelanggan boleh menikmatinya dengan bebas. Walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar dan bagi penulis jika masuk kandang kambing menguaklah dan jika masuk kandang harimau maka mengaumlah.

Penulis dan rakan-rakan rombongan yang lain bertolak ke Medan sebaik selesai sarapan pagi dan singgah sebentar di Pasar Buah Berastagi. Ramai rakan yang mengambil kesempatan untuk memmbeli buah di sini dan tidak kurang juga yang cuba menunggang kuda yang banyak disediakan di sini. Bayaran sekitar 30,000 rupiah dikenakan setiap kali menunggang kuda.




Di Danau Toba

Menuju ke Medan kami melalui jalan berliku Bandar Baru, Sibolangit Nature Reserve dan Sembahe. Acara untuk mengunjungi Istana Maimun, Istana Sultan Deli, Masjid Raya Al-Mashun yang suatu ketika dahulu merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara, dan Kota Tua Kesawan terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Di Medan, kami makan tengah hari di Restoran Dapoer Podjok di Jalan Gelugor dan kami tiba di Hotel Grand Antares bertaraf empat bintang di No 328, Jalan Sisingamangaraja sekitar jam 2.00 petang. Berehat dan mandi sebentar sebelum rombongan kami dibawa ke Pasar Ikan Lama dan Medan Mall kerana ada antara kami yang ingin membeli-belah. Di sini, isteri penulis menghamburkan wang yang dibawa dari Malaysia dengan membeli pakaian untuk anak-anak, telekong dan juga sedikit kuih-muih.


                                                           Di Danau Toba


Membeli Belah Di Kota Medan

Medan adalah ibu kota daerah Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah bandar terbesar di Sumatera. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara. Penduduk asal bandar ini adalah orang Melayu, tetapi kini bandar ini merupakan bandar pelbagai kaum yang menarik. Majoriti penduduk bandar Medan sekarang adalah suku Mandailing dan suku Jawa, namun terdapat juga kaum India dan Cina.

Medan berkembang dari sebuah kampung yang bernama Kampung Medan Puteri yang didirikan oleh Guru Patimpus sekitar tahun 1590-an. Disebabkan kedudukannya yang berada di Tanah Deli, Kampung Medan Puteri juga sering dikenali sebagai ‘Medan-Deli’. Lokasi asli Kampung Medan Puteri adalah sebuah tempat pertemuan Sungai Deli dengan Sungai Babura.



Di Danau Toba

Penguasa Aceh pada masa itu, Sultan Iskandar Muda, mengirimkan panglimanya, Gocah Pahlawan Gelar Laksamana Khoja Bintan untuk menjadi wakil Kerajaan Aceh di Tanah Deli, barulah Kerajaan Deli mulai berkembang. Perkembangan ini ikut mendorong pertumbuhan dari segi penduduk mahupun kebudayaan Medan.

Medan tidak mengalami perkembangan pesat hingga tahun 1860-an, ketika penguasa-penguasa Belanda mulai membebaskan tanah untuk perkebunan tembakau. Dengan cepatnya, Medan menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan, sekali gus menjadi daerah yang paling mendominasi perkembangan di bahagian barat Indonesia.



Di Danau Toba

Belanda menguasai Tanah Deli sejak tahun 1658, selepas Sultan Ismail, penguasa Kerajaan Siak Sri Indrapura, memberikan beberapa bekas tanah kekuasaannya: Deli, Langkat dan Serdang. Pada tahun 1915, Medan menjadi ibu kota wilayah Sumatera Utara secara rasmi, dan pada tahun 1918 ia menjadi sebuah bandar.
            
Kedudukan kota Medan adalah 3º30’ - 3º43’ LU dan 98º35’ - 98º44’ BT. Permukaan tanahnya cenderung miring ke utara dan berada pada ketinggian 2.5 meter - 37.5 meter di atas permukaan laut. Lapan batang sungai melintasi kota ini, iaitu Sungai Belawan, Sungai Badra, Sungai Sikambing, Sungai Pulih, Sungai Babura, Sungai Deli dan Sungai Sulang-Saling atau Sungai Sei Kera.


Di Danau Toba


Medan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah utara dan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, selatan dan timur. Bandar ini menjadi bandar induk dari beberapa buah bandar satelit di sekitarnya seperti Kota Binjai, Lubuk Pakam, Deli Tua dan Tebing Tinggi.
Sejak tahun 1990, penduduk Medan mengalami kenaikan yang cukup nyata hingga ke tahun 2001. Berdasarkan banci penduduk, bilangan penduduk bertumbuh daripada 1,730,725 orang pada tahun 1990 menjadi 1,926,520 orang pada tahun 2001. Medan mempunyai banyak universiti yang hebat, termasuk Universiti Sumatera Utara (USU), Universiti Negeri Medan (UNIMED), Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), dan Nomensen.



Di Danau Toba

Salah satu kawasan perindustrian yang menyiapkan kemudahan pelaburan yang lengkap adalah ‘Kawasan Industri Medan’. Ia terletak di Kelurahan Mabar Kecamatan Medan Deli yang termasuk dalam WPP B. Luas kawasan perindustrian ini lebih kurang 514 hektar. Pengurusan KIM menyediakan hampir seluruh kemudahan untuk mendokong proses pengeluaran dan pengedaran seperti jaringan jalan raya yang menghubungkannya dengan pelabuhan Belawan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, pusat-pusat perdagangan yang ada di Medan, serta terminal pengantar daerah. Juga disediakan tenaga elektrik, air, telekomunikasi, oksigen dan nitrogen, unit pengolahan limbahan besar dan jaminan keselamatan berusaha.



Di Danau Toba

Pengurusan KIM juga sedia membantu mendapatkan izin berusaha yang ditentukan dengan pinjaman dan tempoh pembayaran yang telah dipiawai: sederhana, murah, cepat dan pasti. Harga tanah kilang dan keperluan lainnya seperti pejabat-pejabat dipastikan lebih murah sehingga dapat menekan pinjaman pelabuhan yang harus dikeluarkan. Sehingga kini, berbagai jenis perusahaan industri melabur di kawasan ini, baik yang besar, sedang mahupun kecil.



Di Danau Toba

Keunikan Medan terletak pada beca motornya yang boleh ditemui hampir di seluruh Medan. Berbeza dengan beca biasa (becak dayung), beca motor boleh membawa penumpang ke semua tempat di dalam bandar. Selain itu juga terdapat bemo yang berasal dari India. Bemo beroda tiga, kuat bergerak dan boleh membawa 11 orang penumpang. Bemo kemudian digantikan oleh bajaj yang juga berasal dari India. Di Medan, ia dikenali dengan nama toyoko. Sekarang khabarnya, toyoko akan digantikan dengan kenderaan baru, iaitu Kancil, kenderaan antik cilik lincah. Selain kenderaan-kenderaan tersebut, dalam bandar juga tersedia pengangkutan awam berbentuk bas mini (dipanggil angkot atau oplet) dan teksi.



Di Danau Toba

Kereta api menghubungkan Medan dengan Tanjungpura di sebelah barat laut, Belawan di sebelah utara, dan Binjai, Tebing Tinggi dan Pematang Siantar di tenggara. Pelabuhan Belawan pula terletak sekitar 20 kilometer di utara bandar raya. Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, yang terletak tepat di pusat bandar, menghubungkan Medan dengan bandar-bandar besar lainnya di Indonesia, Singapura serta Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh di Malaysia. Sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru di Kuala Namu, Deli Serdang sedang dalam perancangan.


 Masjid Raya al-Mashun

Lebuh raya tol, jalan bebas halangan Belmera menghubungkan Medan dengan Belawan dan Tanjung Morawa. Pembinaan lebuh raya tol Medan-Lubuk Pakam dan Medan-Binjai juga sedang dirancangkan. Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia merupakan salah satu pintu gerbang utama Indonesia. Lapangan terbang ini melayani penerbangan ke bandar-bandar besar di Indonesia, seperti Jakarta, Batam; Kuala Lumpur, Georgetown dan Ipoh di Malaysia; Singapura; dan Taipei di Taiwan.

Akibat letaknya yang sangat dekat dengan pusat bandar, sekitar 2 km, lapangan terbang ini menyebabkan bangunan-bangunan di Medan dibatasi jumlah tingkatnya. Terdapat beberapa buah bangunan tinggi di Medan yang melanggar peraturan ini. Selain itu, lapangan terbang ini juga dikatakan sudah atau hampir melebihi muatannya. Sejak pemberian izin penerbangan diringankan di Indonesia pada tahun 2000, jumlah penerbangan di Polonia meningkat tinggi.


Depan bilik di Hotel Parapat View, Parapat 

Oleh kerana itu, lapangan terbang ini dalam beberapa tahun ke depan akan dipindahkan ke Kuala Namu, daerah Kabupaten Deli Serdang. Pada masa ini, kerajaan wilayah Sumatera Utara dengan Kerajaan Pusat masih terus mencari pelabur-pelabur yang ingin bekerjasama membina lapangan terbang tersebut.


Penulis dapati ada banyak bangunan lama di Medan yang masih menyisakan senibina khas Belanda. Contohnya bangunan Balai Bandar lama; Pejabat Pos Medan; Menara Air (yang merupakan ikon bandar Medan); dan Titi Gantung: sebuah jambatan di atas landasan kereta api. Selain itu, masih ada beberapa bangunan bersejarah, antara lain ialah Istana Maimun, Masjid Raya Medan dan juga rumah Tjong A Fie di kawasan Jalan Jeneral Ahmad Yani (Kesawan).



 Pasar tempatan Berastagi


Daerah Kesawan yang menyisakan bangunan-bangunan lama (misalnya bangunan PT. London Sumatera) dan artifak-artifak tua seperti yang biasa ditemui di Pulau Pinang dan Ipoh kini telah disulap menjadi sebuah pusat menjual makanan yang dikunjungi ramai pada malam hari.

Beberapa buah bandar di Asia telah mendorong pembentukan Persatuan Bandar Bersaudara, antara bandar Medan dengan: George Town, Malaysia (1984); Ichikawa, Jepun (1989); dan Kwangju Korea Selatan (1997). Berbagai kerangka kerjasama antara bandar bersaudara, kenyataannya terus berkembang dalam bidang-bidang yang semakin luas, baik sosial mahupun pendidikan.



Pasar tempatan Berastagi


Menjamu Selera Di Kota Medan

Kata pemandu pelancong kami Encik Sidek, destinasi percutian di Medan, Indonesia bukanlah pilihan rakyat Malaysia kerana tiada lokasi membeli-belah seperti di Bandung mahupun Jakarta. Itu pendapat beliau namun bagi penulis Medan juga merupakan pusat membeli-belah sekiranya ada keinginan atau kemampuan. Bagi penulis, setakat mahu membeli belah, di mana-mana pun boleh berbuat demikian. Di Kuala Lumpur sendiri, kita boleh jadikan destinasi membeli-belah yang berbaloi sekiranya kita mahu. Banyak tempat di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai produk untuk membeli-belah. Begitu juga di Medan. Penulis lihat, banyak pusat membeli-belah atau kedai-kedai yang menawarkan pelbagai barangan untuk dibawapulang ke Malaysia seperti pakaian, batik, cenderamata dan sebagainya.




Rumah Adat Batak

Yang menarik bagi penulis, Medan bukan saja destinasi parawisata dan pusat membeli-belah tetapi juga syurga makanan nusantara. Buat sesiapa sahaja yang pernah ke Medan, anda pastinya tahu bahawa kota ini dikenali sebagai destinasi kuliner atau dalam bahasa Indonesianya, ‘Wisata Kuliner.’ Kalau anda tidak tahu, pasti anda hanya akan jadikan kota ini sebagai tempat persinggahan sebelum atau selepas ke Danau Toba sahaja. Bagi yang sedar julukan wisata kuliner tersebut pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan kuliner ala Indonesia yang terkenal dan disediakan di Medan.





Rumah Adat Batak


Kata Encik Sidek, untuk mereka yang gemar menikmati makanan ketika bercuti, beliau mencadangkan kota Medan sebagai salah satu destinasi percutian yang patut dilawati tahun 2013 ini. ‘Percayalah, abang pasti tidak akan kecewa. Kalau abang suka ke Pulau Pinang bagi menjamu selera dengan nasi kandar dan kue tiaw gorengnya, Medan juga bakal memberi kepuasan yang sama. Paling penting, buka selera dan minda abang untuk mencuba makanan negara ini,’ kata beliau kepada penulis sewaktu berbual di lobi Hotel Grand Antares.



Lapangan Terbang Polonia, Medan

‘Seperkara lagi, jangan terlalu memikirkan tentang berat badan. Sesekali tiada salahnya manjakan diri dengan makanan yang enak-enak,’ kata beliau lagi. Sewaktu penulis berkunjung ke sini, malangnya penulis tidak sempat menikmati pelbagai hidangan menyelerakan. Dari petang sehingga ke malam, penulis dan isteri juga rakan-rakan rombongan yang lain hanya sempat membeli-belah di Pasar Ikan Lama dan Medan Mall saja. Maka gagallah penulis memburu makanan yang dicadangkan oleh Encik Sidek.



Lapangan Terbang Polonia, Medan

Namun begitu, sepanjang penulis berada di kota Medan, penulis dapati banyak makanan yang disediakan sesuai dengan selera penulis. Soal makanan adalah sesuatu yang penulis paling cerewet. Sewaktu penulis di Hong Kong suatu ketika dulu, soal makananlah yang menjadikan penulis berasa serik hendak ke sana lagi. Di Middle Kingdoms, Tsim Sha Shui, penulis dihidangkan masakan yang berasaskan daging babi. Sebab itu sehingga sekarang apabila teringatkan Hong Kong, selera penulis lenyap mendadak.




Panorama Danau Toba dari depan bilik di Hotel Parapat View, Parapat

Kata Encik Sidek, salah satu makanan yang enak di kota Medan ialah bakso atau mi sup daging. Hidangan ini memang banyak tersedia di kota Medan, mahupun di seluruh Indonesia. Namun, terdapat sebuah warung yang menyediakan kedua-dua hidangan ini dengan rasa yang cukup lazat iaitu Bakso Methodist atau juga dikenali sebagai Bakso Bang Iwan yang terletak di Jalan Cik Diktiro. Ramuan mi dan bakso yang disediakan cukup mewah. Boleh pilih sama ada mahu daging, urat atau perut babat. Atau boleh juga dicampurkan kesemuanya. Sambal hijau yang disediakan juga terbaik. Semangkuk bakso dan mi sup di sini berharga di antara Rp20,000 ke Rp30,000.





Makan tengah hari di Restoran Lubuk Idai, Medan

Selain itu terdapat juga makanan yang dipanggil tauhu isi oleh warga tempatan. Hidangan ini boleh dinikmati pada waktu pagi mahupun petang hari. Tauhu goreng bersalut tepung ini mempunyai inti yang terdiri daripada taugeh, lobak merah dan bawang putih yang ditumis. Cukup enak dimakan ketika masih panas. Selain dicicah dengan sos istimewa, penulis juga menikmatinya dengan seulas cili padi (pedasnya sampai berasap telinga).



Makan tengah hari di Restoran Lubuk Idai, Medan


Ujar Encik Sidek lagi, satu lagi makanan yang terkenal di Medan ini ialah sate memeng. Kalau di negara kita Malaysia, Sate Haji Samuri terutamanya di pekan Kajang paling popular kerana isinya yang lembut dan kuahnya yang disediakan dengan sambal tumis. Jika berada di Medan, kita boleh nikmati sate memeng yang mempunyai rasanya yang sedikit berbeza. Boleh pilih daging ayam, daging lembu dan juga daging kambing. Menurut penduduk tempatan, rasa sate memeng ini tidak jauh berbeza dengan sate-sate yang lain. Tetapi kelazatan kuah kacangnya yang sukar ditandingi. Rempah ratusnya secukup rasa. Menurut Encik Sidek, dalam sehari tuan punya warung menggunakan 70 kilogram daging untuk membuat sate.



Di atas bot pelancong ke Kampung Tomok, Pulau Samosir


‘Kalau abang rajin merayau sekitar kota Medan, abang tentunya akan melangkah ke daerah Setia Budi. Di sini terkenal dengan mi Aceh. Dalam banyak-banyak restoran atau warung yang tersedia, Mi Aceh Titi Bobrok merupakan restoran paling popular,’ ujar Encik Sidek lagi kepada penulis. Bagi penulis, hidangan mi Aceh di sini menjadi sebutan ramai kerana rasanya yang lazat. Dilihat sekali imbas, hidangan ini tidak jauh bezanya dengan mi goreng mamak atau mi goreng biasa. Namun kenyataannya, tekstur mi ini sedikit berbeza, sedikit halus daripada mi kuning di negara kita. 



Di atas bot pelancong ke Kampung Tomok, Pulau Samosir

Tentang rasa, penulis rasa hidangan ini dimasak menggunakan pelbagai rempah. Ini kerana, kata Encik Sidek, sebaik sahaja mi Aceh Titi Bobrok berada di dalam mulut, rasa rempah-ratusnya jelas terasa. Selain itu, ia juga mempunyai rasa pedas. ‘Kalau abang tidak tahan pedas, baik pesan awal-awal tidak mahu yang pedas. Antara menu yang boleh dipesan ialah mi Aceh basah daging, mi goreng daging, mi Aceh basah udang dan mi Aceh kepiting (ketam). Harganya tidak mahal, sekitar Rp6000 ke Rp30,000 sahaja,’ ujar Encik Sidek seterusnya. 





Di Kampung Tomok, Pulau Samosir 

Manakala sup sum sum atau daging bakar pula tidak banyak bezanya dengan yang ada di Malaysia. ‘Kalau abang suka menikmati sup untuk hidangan makan tengah hari, saya cadangkan abang mencuba sup sum sum atau di Malaysia dipanggil sup gearbox di mana-mana restoren,’ kata Encik Sidek sebelum mengakhiri perbualan dengan penulis.




Di Kampung Tomok, Pulau Samosir


Kempunan Ke Istana Maimun

Sewaktu di Medan juga penulis kempunan kerana tidak dapat melawat Istana Maimun. Ini kerana ada sebuah majlis perkahwinan anak raja yang akan berlangsung di istana ini jadi istana bersejarah ini terpaksa ditutup kepada para pelancong. Namun begitu, maklumat tentang istana ini telah penulis korek dari Encik Sidek, pemandu pelancong kami yang begitu fasih dan kaya maklumat tentang negaranya.

Kata beliau, Istana Maimun adalah istana kebesaran Kesultanan Deli dengan warna kuningnya (kuning merupakan warna kerajaan Melayu) dan khas gaya seni bina Melayu di pesisir timur. Ia merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Medan, ibu kota Sumatera Utara, Indonesia. Istana ini sebenarnya dirancang oleh seorang arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Ia mempunyai keluasan 2,772 meter persegi di pusat Kerajaan Deli, sekarang Jalan Brigjen Katamso, Medan, dan mempunyai 30 buah bilik. Binaan Istana Maimun menarik minat ramai pelancong kerana ia mempunyai binaan yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, dari kebudayaan Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali.




Di Desa Tongging


Ketika ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga-keluarga sultan. Ruangan pertemuan, gambar-gambar keluarga kerajaan Deli, perabot rumah Belanda kuno dan pelbagai senjata, terbuka bagi para pelancong dan pelawat yang ingin mengunjunginya. Di istana ini juga terdapat Meriam Puntung yang merupakan peninggalan sejarah daripada kerajaan Deli.

Sebuah blok dari istana Maimun ke arah timur, berdiri Masjid Raya dengan arkitek yang menawan merupakan daya tarik bagi wisatawan yang berkunjung ke Medan dan sangat mengagumkan. Istana Maimun merupakan salah satu istana yang paling indah masih ada di Indonesia. Arkitektur yang unik dan rekabentuk dalaman istana ini memberikan karakter yang khas.




Di Desa Tongging


Istana Maimun terdiri dari dua tingkat yang dibahagi menjadi tiga bahagian, iaitu bangunan utama, sayap kiri, dan sayap kanan. Di depan, sekitar 100 meter, berdiri Masjid Al-Maksum yang dikenali sebagai Masjid Raya Medan. Di ruang tamu (balairung) penulis dan rakan-rakan rombongan menghadapi singgahsana yang didominasi oleh warna kuning. Kristal menyalakan lampu singgahsana, bentuk pengaruh budaya Eropah. Pengaruh yang sama muncul pada perabot istana seperti kerusi, meja, bilik air, almari dan pintu, menuju ke balairung. Ruangan seluas 412 meter persegi digunakan untuk upacara penobatan Sultan Deli atau majlis tradisional lainnya. Balairung juga digunakan sebagai tempat sultan menerima pujian dari sanak saudara dan keluarga pada hari cuti Islam.



Di lobi Hotel Grand Antares, Medan


Menurut Encik Sidek, jumlah bilik di istana ini adalah 40 buah, 20 bilik di tingkat atas, takhta Sultan dan 20 bilik di tingkat bawahnya, tidak termasuk 4 bilik mandi, setor, dapur, dan penjara di tingkat bawah. Menarik jika kita mengamati rekabentuk arkitektur istana. Perpaduan antara tradisi Islam dan kebudayaan Eropah berani dilaksanakan. Selain balairung itu, asas bangunan juga menunjukkan pengaruh Eropah. Beberapa bahan bangunan yang diimport dari Eropah, seperti ubin lantai, marmar, dan teraso.



Di lobi Hotel Grand Antares, Medan


Pola arkitektur Belanda dengan pintu dan jendela lebar dan tinggi, serta pintu bergaya Sepanyol menjadi sebahagian dari Istana Maimun. Senibina Belanda juga mempengaruhi juga prasasti marmar di depan tangga, terutama marmar yang ditulis dengan huruf Latin dalam bahasa Belanda.


Danau Toba


Pengaruh Islam kelihatan dalam bentuk kurva atau arcade di beberapa bahagian atap istana. Kurva yang berbentuk kapal terbalik yang dikenali dengan nama Persia Curve sering dijumpai pada bangunan di kawasan Timur Tengah, Turki, dan India. Istana Maimun merupakan salah sebuah bangunan paling indah di Medan. Lokasinya mudah dicapai, baik dari Lapangan Terbang Polonia (sekitar 10 km) dan Pelabuhan Belawan (sekitar 28 km). Bangunan bersejarah ini dibuka kepada umum setiap hari dari pukul 08.00 hingga 17.00 waktu Indonesia.



Legenda dua beradik di Rumah Adat Batak

Dewasa ini Sultan tidak lagi memiliki kekuasaan politik. Namun, garis kejayaan takhta masih terus bersinambungan. Sultan yang terakhir, Tengku Mahmud Aria Lamanjiji adalah pada tahun 2005 ketika baginda hanya berkuasa selama lapan tahun. Ayahanda baginda, Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azmi Perkasa, Sultan Mahmud III Otteman Ma’amun Padrap Perkasa Alam Shah al-Haj terkorban dalam kemalangan kapal terbang ketika melakukan kerja amal di Aceh pada tahun yang sama. Sultan muda sekarang tinggal bersama ibunya di pulau lain.



Isteri penulis di hadapan papan tanda Objek Wisata Patung Sigale-gale


Di sebalik kemegahannya, ternyata Istana Maimun menyimpan sebuah legenda yang terkenal. Ada sebuah kisah tentang kewujudan meriam di halaman Istana Maimun. Meriam Puntung namanya. Konon, dahulu ada seorang puteri kesultanan Deli yang bernama Puteri Hijau, baginda sangat cantik sehingga memikat hati raja dari Aceh. Diringkaskan cerita, raja Aceh pun jatuh cinta kepada Puteri Hijau, raja menginginkan puteri menjadi pendamping hidupnya, namun puteri menolaknya.




Rumah Adat Batak - rumah lelaki tangganya luar

Akhirnya raja Aceh pun marah, dan melakukan penyerbuan ke atas Deli. Tentera Istana Maimun dipimpin oleh abang Puteri Hijau. Sewaktu penyerbuan, terjadi sebuah keajaiban, adik laki-laki Puteri Hijau berubah menjadi sebuah meriam yang telah melepaskan peluru terus menerus. Namun Aceh tetap memenangi pertempuran tersebut dan raja Aceh dapat membawa lari Puteri Hijau. Sewaktu hendak berlayar ke Selat Melaka, satu kejadian aneh telah terjadi, tiba-tiba ada seekor naga telah menghancurkan kapal raja Aceh dan mengambil Puteri Hijau. Konon naga itu adalah jelmaan abang Puteri Hijau. Legenda Meriam Puntung seolah-olah telah melekat dalam diri masyarakat setempat, sehingga memudahkan penulis mendapatkannya dari Encik Sidek.




Tugu Tiga Panah Berastagi


Selamat Tinggal Sumatera Utara

Pada 28 hb April 2013, selepas bersarapan pagi di Hotel Grand Antares, penulis dan rakan-rakan rombongan pun bergerak pulang ke Malaysia melalui penerbangan QZ-8054. Sekitar jam 8.20 tengah hari kami berkumpul di lobi hotel sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Polonial. Selamat tinggal Sumatera Utara khususnya kota Medan, Parapat, Pulau Simosir, Danau Toba, Patung Sigale-gale, Simarjarunjung, Sari Budolok, Sipiso-piso, Berastagi, Lubok Pakan, Tebing Tinggi, dan Permatang Siantar. Insya-Allah pada lain kesempatan, jika diizinkan Allah Azzawajalla, penulis akan datang lagi untuk menikmati keindahan di sini.


2 ulasan:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    BalasPadam
  2. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    BalasPadam