Ahad, 7 November 2010

SATU KAJIAN TENTANG KENTUT

SMAHADZIR

Kentut merupakan satu perkara yang tak dapat lari dari kita. Setiap hari kita akan kentut tanpa kira masa. Amatlah mustahil jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tak pernah kentut. Put, pus, puuuuuuuttttttt, pooot, preet, prengg, pisshh, creett dan pelbagai bunyi lagi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walau bagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Terasa lega bila angin dari perut itu dapat dilepaskan. Dalam kalangan kaum lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesies. Bagi lelaki kentut itu sesuatu yang kelakar dan boleh menghasilkan gelak ketawa atau senyum lebar jika kena pada tempatnya. Bagi perempuan pula boleh mengobarkan api kemarahan jika dia dituduh kentut terutama di khalayak ramai. Baiklah, di sini disediakan beberapa soalan lazim mengenai kentut.

Dari Mana Datangnya Gas Kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah Yang Membuatkan Kentut Busuk?

Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa Kentut Menghasilkan Bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur (juboq atau pungkoq). Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan atau satu keadaan yang tak dapat dikawal.

Kenapa Kentut Yang Busuk Selalunya Lebih Panas Dan Senyap Daripada Kentut Biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor di dalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, silent but deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Dalam Sehari Berapa Kalikah Seseorang Itu Kentut?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa Lama Tempoh Yang Diambil Untuk Kentut Kita Dihidu Oleh Orang Lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa Ada Sela Masa 13-20 Saat Antara Pelepasan Dan Pengesanan Bau Oleh Hidung?

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah Benar Sesetengah Orang Tak Pernah Kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati. (Saya pernah dengar kentut orang mati)

Adakah Orang Lelaki Kentut Lebih Banyak Dari Orang Perempuan?

Tidak, orang perempuan kentut lebih kurang bilangannya berbanding dengan orang lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang perempuan itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Jadi, saya nak nasihatkan orang perempuan supaya kenyut-kentutlah selalu, jangan simpan kentut.

Adakah Kentut Orang Lelaki Lebih Teruk Baunya Dari Kentut Orang Perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan bahawa kandungan kentut orang perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi kedua-duanya.

Bilakah Seorang Lelaki Itu Kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya pada waktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa Kekacang Membantu Seseorang Itu Kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai di usus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah Betul Kentut Boleh Menyalakan Api?

Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar ke dalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan yang amat berbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, pada hari kematian anda nanti orang akan ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah Orang Mencari Rezeki Dengan Kentut?

Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas di mana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adakah Kura-Kura Kentut?

Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan Apakah Yang Mempunyai Pengeluaran Kentut Yang Paling Tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan Kita Menelan Asap Dan Mengeluarkan Semula Melalui Kentut?

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah Kita Meninggalkan Kesan Kuning Atau Coklat Pada Seluar Setelah Kita Kentut?

Boleh! Ianya dipanggil 'seni kentut' (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

1. Pengentut menghidap cirit-birit

2. Pengentut cuba kentut dengan sekuat hati (Awas! - Buasir)

3. Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut sama ada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah Kita Boleh Tahu Benda Yang Hendak Keluar Itu Adalah Gas Dan Bukannya Tahi Cair?

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah Dengan Menghidu Bau Kentut Orang Lain, Kentut Kita Akan Menjadi Lebih Busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah Kentut Mampu Membunuh?

Menurut kajian perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia Kedua, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1,000-2,000 orang telah mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20,000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah Yang Menyebabkan Rasa Pedih Selepas Kentut?

Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah Kita Menyimpan Gas Kentut Dalam Balang Atau Bekas Plastik?

Ini memerlukan eksperimen dan perlu dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila dapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena pelempang, itu adalah salah anda sendiri.

Jika Kita Berada Di Angkasa Lepas Tanpa Sebarang Pakaian, Adakah Dengan Kentut Kita Boleh Bergerak Ke Hadapan?

Ya! Kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah Yang Membaca Artikel Ini Juga Kentut?

Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa atau pangkat mereka. Mereka tetap kentut.

Adakah Pelik Bagi Seseorang Itu Suka Akan Kentut?

Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika Kita Kentut Dalam Kolam, Adakah Airnya Akan Tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Jika ianya gas, ia akan keluar dalam bentuk buih dan meresap ke dalam udara. Kalau yang keluar itu berbentuk cecair, memang sah kolam itu sudah tercemar dan perlu dibersihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan