Ahad, 7 November 2010

Ahmad Jais Yang Saya Kenali

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

Mendapat tugasan untuk membuat kajian tentang Datuk Ahmad Jais merupakan sesuatu yang memang ditunggu-tunggu. Tugasan ini bukanlah sebuah tugasan budaya tetapi atas permintaan sebuah penerbitan untuk mendokumentasikan segala hasil karya, khidmat bakti dan perjuangan Datuk Ahmad Jais dalam bidang seni suara sejak lama. Saya selaku seorang penulis dan penyelidik budaya menganggap tugasan ini enteng sementelahan Datuk Ahmad Jais memang agak rapat dengan saya. Sebelum ini saya pernah mewawancara beliau untuk Anugerah Tokoh Budayawan Selangor suatu ketika dulu. Kebetulan saya juga amat meminati suara Datuk Ahmad Jais dan boleh dikatakan semua lagu beliau ada dalam simpanan minda saya. Lantaran itu, segalanya telah memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

Antara lagu-lagu Datuk Ahmad Jais yang masih saya ingat ialah Berilah Jawapan, Berpisah Jauh, Budi Setahun Segunung Intan (berduet dengan Kartina Dahari), Bukti Jadi Sejarah, Dewi Rindu, Dikau Sumber Ilhamku, Doa Ikhlas Mereda Tangisan, Hujan Semalam, Jauh-jauh, Jumpa Mesra (berduet dengan S. Effendi), Kau Pergi Tanpa Relaku, Kembali Untukku, Lagu Rindu, Lambaian Terakhir, Menanti Di Esok Hari, Mungkin Bersama, Nikmat Hujan, Potong Padi, Rayuan Hasratku, Rindulah Rindu, Si Baju Merah, Si Buyung, Sumpah Setia, Tak Kusangka, Tari Inang Pulau Kampai, Untuk Bungamu, Waspada, Tiada Maaf Bagimu, Jangan Ditanya Bila Kuberdua, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Kucupan Azimat, Gelisah, Azizah, Bahtera Merdeka, Berpisah Jauh, Budi Setahun Segunung Intan (berduet dengan Kartina Dahari), Bungaku Puja Dipetik Orang, Di Ambang Sore, Gelisah, Juwitaku Sayang (berduet dengan Datin Rafeah Buang), Ke Mana Di Mana, Lembaran Terakhir, Selamat Tinggal Bungaku, Takwa Iman, Umpan Jinak Di Air Tenang dan banyak lagi.

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh-yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan juga majlis-majlis formal yang lain.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji sebanyak RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada tahun 1959 dan 1960. Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang juara. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang. Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais juga pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (berduet bersama Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada tahun 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 buah lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006. Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. Antara filem yang beliau pernah bintangi ialah filem Aksi Kuching (1966), Dara Kula (hitam putih, awal 70-an) dan Si Badul (warna, 1978). Sementara anugerah yang pernah beliau raih ialah Juara Lagu Asli 1959 & 1960, Juara Lagu Pop 1961, Juara Lagu Asli 1962, Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002, Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.

Berikut ini adalah antara lagu-lagu Ahmad Jais yang masih diminati ramai:


Sumpah Setia

La la la la

Jangan layukan bunga di hati
Jangan surutkan lautan bahagia
Dikala dinda menghilang diri
Jangan hilangkan harapan kanda

Kanda memuja sekuntum bunga
Kanda perlukan cahaya cinta
Menanti embun pagi yang akan tiba
Menyegarkan bunga yang sedang kupuja

(korus)

Ribut memukul di dalam hati

Dinda hanyutkan ikatan asmara
Sudah nasibku menimpa diri
Dindaku pergi jauh di mata

Kanda umpama berlian terbuang
Ada cahaya tiada berharga
Cinta meminta damai dan tenang
Sumpah setia janji bahagia

Sejak Kita Berpisah

Sejak kita berpisah
Terapung di laut duka
Jiwa hampa
Kerna hati luka

Jiwa di saat kenangan
Tak dapatku rela
Sudah nasib diriku
Nan celana

Hati pedih
Kau kurindu setelah kau pergi
Harapanku
Mungkin dikau jadi kembali

Air mata berlinang
Mengingat sesal kudatang
Berkumandang
Suaramu yang riang

Sejak kita berpisahan
Hatiku tak tenang
Nan laksana suria silau
Waktu petang

Fikiranku selalu saja ingat kepadamu
Mari manis lekas datang kepadaku


Berpisah Jauh

Sedih sanubariku
Terbayang di saat berpisah
Hujan yang menyiram di alam
Seakan samalah berduka

Bidukmu berlalu
Menuju ke pulau cita-cita
Tinggallah hanya aku yang bermain
Di bayangan impian saja

(korus)

Oh alangkah pilu rasa hati
Kiniku sunyi
Tak berteman lagi sayang
Bandingmu sukar diganti
Payah dicari

Harapan kupinta
Gembiralah engkau di sana
Di pangkuan kasih ibunda sayang
Padaku kau lupakan jangan

Bunga Kupuja Dipetik Orang

Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasibku malang
Bungaku puja dipetik orang

Namunku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman

(korus)

Sungguh kasihan

Bunga bermadu
Ditinggalkan kumbang
Sesudah layu
Apakah ini suratan
Dirimu sayang
Setelah layu
Tiada yang mahu

Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana


Dewi Hati

Jelingan matamu
mencengkam dikalbu
Renungmu nan manis
menawan hatiku

Duhai dewi hati
kau cantik jelita
menawan disukma
di dalamnya jiwa

(korus)

Ooooh... hmmm...

Hatiku terpesona
oleh budimu nan ayu
marilah wahai dewiku
hidup bersama disampingku

Kau umpama rembulan
yang tinggi di awan
tapiku tak berdaya
hendak mencapainya


Gelisah


Gelisah (3X)

Gelisah menanti dinda
Di ambang bahgia
Mungkinkah khabaran cinta
Akan menjelma

(korus)

Rindu hati ku tiada terkira
Atau impian yang menggoda

Gelisah inikah dia
Getarannya jiwa
Bergema menyiksa dada
Aku derita

Mungkinkah kita dapat bersua
Menjalinkan kasih mesra
Dialam nyata

Harapan Kecewa

Bila kukenang kurenung
Remuk rendam rasa tak tertanggung
Harapan bahagia nan menggunung
Terhampar hanyut terapung

Harapan untuk bersama
Mendirikan istana asmara
Berpadu kasih erat dan setia
Kiranya tak terlaksana

(korus)

Harapanku kecewa

Dalam manis madu kata-kata
Dengan pujukan yang hanya dusta
Aku terpedaya

Alam sekeliling membisu
Tak sepatah kata nan merayu
Hanya kau menanggung derita pilu
Tak seorang pun yang tahu


Indahnya Dunia Hati Ku

Sungguh indahnya dunia hati ku kini
Tiada mendung hitam yang menghalang
Langit pun terang penuh bintang
Memberi sinar padaku

Duhai kau bintang berikanlah ku ilham
Untuk ku cipta madah dan irama
Semuga insan 'kan bersama
Merasa apa yang ku rasa

Kau sungguh mulia juga sungguh berbakti
Kepada insan di dunia ini
Kalau kau tiada takkan indah
Kepada bulan yang bercahya

Walau demikian Tuhan lebih berkuasa
Kepada semua yang ada di dunia
Duhai kau bintang berjanjilah
Berikan ku selalu cahaya
Berikan ku selalu cahaya


Ingin Bersua

Kenapa aku berpisah
Darimu wahai adinda
Hatiku teringat saja
Tak dapat kau hendak kulupa

Ku pergi untuk pertiwi
Tinggal dinda yang dikasihi
Janganlah bersedih hati
Ku disini selalu mengingati

(korus)

Aku ingin bersua
Walaupun sekelip mata
Tapi kini tak berdaya
Kerna tugas yang masih ada

Padaku jangan dilupa
Tak lama akan kembali
Bersabarlah oh dinda
Untuk kita bertemu lagi


Jangan Ditanya Bila Ku Berdua


Jangan ditanyakan
Siapa yang ku puja
Jangan ditanyakan
Bila ku berdua

Itu hanya masa
Yang menentukannya
Itu kan rahsia
Untuk hati hamba

(korus)

Walau demikian
Masanya kan tiba
Siapa kah si dia
Itu 'kan ku buktikan

Jangan ditanyakan
Siapa yang ku puja
Jangan ditanyakan
Bila ku berdua


Kecewa Juga Sudahnya

Tak guna lagi dikenang
Pada kasih yang kecewa
Janji menjadi mainan
Berkata di bibir saja

Padanya jangan dirindu
Kasih yang telah berubah
Tak guna dikenang selalu
Kelak jiwa kan merana

(korus)

Bunga tak sekuntum
Air juga sering berubah
Panas tak setahun
Redup juga bergilir masa

Usahlah dikenang lagi
Yang patah akan berganti
Berjanji seribu kata
Kecewa juga sudahnya


Kucupan Azimat

Terimalah ucapan berpisah
Selamat tinggal kasihku
Kanda 'kan pergi ke medan berjuang
Kerana bangsa dan nusa

Terima airmata kenangan
Tanda cinta dan ingatan
Pergi kerana seruan negara
Mempertahankan Malaysia

(korus)

Malam perpisahan ini mungkin terakhir
Maaf segala batin zahir
Izinkanlah kanda menyentuhi bibirmu
Kucupan azimat bagiku

Selamat tinggal wahai kasihku
Doakanlah kanda pergi
Sentiasa berbakti sampai kembali
Kepada kasih bersama


Lambang Bahagia

Doaku dinda
Semoga kau bahagia
Ku berada di rantau hiba
Kesepian

Berilah tabah
Untuk menyirami jiwa
Suratmu kan kusanjung dinda
Sentiasa

(korus)

Kau ziarahilah tempat kita bertemu
Semoga menghilang rindu
Andai kita tak lagi bertemu
Dengarkanlah rayuanku

Doaku dinda
Agar bertemu semula
Tercapai segala cita dinda
Selamanya

Lembaran Terakhir

Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri

Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya

(korus)

Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan

Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanya bingkisan kelana


Lima Tahun Ku Cari

Lama kucari
Lima tahun jadi kelana
Tak putus asa
Walaupun merana jua

Satu ketika
Dewi asmara akan menjelma
Hasrat tak sia-sia
Biar ku tetap mengalah

(korus)

Nuraini dewi
Dikau beri harapanku kini
Nuraini sayang
Kau berikan cinta abadi

Puspita hati
Kau umpama bintang nan cemerlang
Lima tahunku cari
Kini hati tak bimbang


Menanti Di Ambang Syurga

Duhai kasih pujaan kekanda
Dengar ku mengeluhkan rindu
Merayu setiapnya waktu, sayang
Padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
Hajatku kini telah terganggu
Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang
Tinggallah ku menanggung rindu

(korus)

Tapi ku kan tetap bersama
Namun hatiku takkan bertukar
Walau laut jiwaku terkorban, sayang
Pada Tuhan -saja- kuserahkan

Namun ku takkan putus asa
Duhai kasih pujaan kekanda
Di dunia kita tak berjumpa, sayang
Ku menanti di ambang syurga


Mengapa Tiada Maaf

Katakan salahku padamu
Hingga dikau pergi
Hanyalah ku ingin dikau sadar
Sampai hari ini ku tetap menunggu

Misalkan kau jelak bahagia
Daku turut gembira
Tetapi bila kau setiap hari
Selalu teringat akan diriku

(korus)

Mengapa tidak kau maafkan
Mengapa ku bertanya
Mengapa tiada maaf dari mu
Ku tak pasti hatimu padaku

Katakan salahku padamu
Hingga dikau pergi
Hanyalah ku ingin dikau sadar
Mengapa tiada maaf darimu

Mengapa tidak kau maafkan
Mengapa ku bertanya
Mengapa tiada maaf dari mu
Ku tak pasti hatimu padaku

Katakanlah sayang
Salahku padamu
Hingga dikau pergi

Hanyalah ku ingin dikau sadar
Mengapa tiada maaf darimu


Pergi Tanpa Kata

Wahai adikku
Mengapa pergi jauh dariku
Tidakkah engkau nanti merindu
Pada diriku

Mengapa dinda
Kau pergi tanpa sepatah kata
Tidakkah kita kan menderita
Dilamun duka

(korus)

Aku menanti setiap hari
Daku merindu sepenuhnya hati

Jangan kau pergi
Meninggalkan aku sendiri
Temankan hatiku yang sepi
Di kala sunyi

Rindulah Rindu

Rindulah rindu
Duhai puspita
Kenangkanlah teruna yang jauh
Dari pandangan mata

Senyumlah senyum
Semanis madu
Ingatlah hai dara yang kupuja
Sematkan di hatimu

(korus)

Walau jauh kupuja

Dalam mimpi atau jaga
Parasmu menawan bak bulanan
Mengambang di angkasa

Senyumlah senyum
Rindulah rindu
Bila perasaan datang mengganggu
Dara rindulah rindu

(ulang dari korus)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan