SUDAH bertahun lamanya hasrat itu mekar bersemi, subur berlangsung dalam dirinya dan saban detik juga azamnya bergejolak untuk merangkul wira-wati itu sebagai suri hidupnya. Wirawati itu ialah Li Ra Azmira, punya wajah yang ayu, citra watak mempersonakan.
Li Ra Azmira itu adalah wirawati pujaannya yang sering menjadi heroin dalam setip filem-filem box office, bagaikan mengundang gemilang cinta di puncak persada jiwa, menggerutup ruang dada dengan kadang-kadang menghenyak seluruh minda. Dia amat terpesona, mengagumi dan memuja wirawati tersebut dan kalau boleh ingin berperanan sebagai hero di sampingnya.
Sukmanya lebih meronta-ronta tatkala melihat Li Ra Azmira menerima pujian demi pujian, kalungan demi kalungan, anugerah demi anugerah, sanjungan demi sanjungan dan sebagainya dari para peminat seluruh tanah air. Dia terus dibuai asyik, keseronokan yang tidak berpenghujung kala mengenangkan wirawati itu.
Kadang-kadang pula jengkel rasa hatinya melihat hero yang memegang peranan utama di samping Li Ra Azmira tersenyum megah sewaktu diserbu oleh bondong-bondong peminat terutamanya golongan remaja. Ego kelakiannnya rasa tercabar bagaikan mahu menyisihkan hero itu dari pujaan khalayak. Dia jadi cemburu dan jiwanya beron-takkan.
Kadang-kadang pula jengkel rasa hatinya melihat hero yang memegang peranan utama di samping Li Ra Azmira tersenyum megah sewaktu diserbu oleh bondong-bondong peminat terutamanya golongan remaja. Ego kelakiannnya rasa tercabar bagaikan mahu menyisihkan hero itu dari pujaan khalayak. Dia jadi cemburu dan jiwanya beron-takkan.
Itu wirawati pujaanku, kekasih yang kupuja bertahun-tahun. Lewat surat yang saban waktu kuutuskan kepadanya, sudah berbakul-nakul kutitipkan ungkapan cinta syahdu buatnya. Walau tiada sebarang balasan setakat ini, namun hatiku tidak pernah berganjak untuk terus memuja dan menyintainya. Cinta dan kasih sayangku terus teguh terpasak dalam sanubari, sukar dirobohkan. Segalanya kental, tidak mudah gontai walau dimamah pelbagai halangan dan cemuhan.
Begitu dia melaungkan ungkapan-ungkapan itu kala jiwanya dilanda cemburu sewaktu melihat wirawati pujaannya itu bergambar atau berlakun dengan lelaki lain.
Begitu dia melaungkan ungkapan-ungkapan itu kala jiwanya dilanda cemburu sewaktu melihat wirawati pujaannya itu bergambar atau berlakun dengan lelaki lain.
“Kau jangan mimpi yang bukan-bukan, Yusof!”
“Atau kau yang cemburu... ”
“Buat apa aku nak cemburukan kau?”
“Kerana aku memuja wirawati itu!”
“Itulah yang menghimbau aku untuk bersuara!”
“Kerana apa?”
“Kau harus sedar siapa diri kau yang sebenar!”
“Memang aku tak pernah lupa diriku sendiri…”
“Bukan itu maksudku!”
“Habis, apa maksudmu?”
“Diri kau itu sekadar seniman jalanan, mana bisa berganding dengan Li Ra Azmira. Kau harus sedar itu, Yusof!”
“Buruk sangatkah aku ini?”
“Bukan soal buruk atau tidak, seniman atau tidak tetapi kau seharusnya ukur baju di badan sendiri. Status atau kedudukan antara kau dan dia jauh panggang dari api, umpama langit dengan bumi. Kau itu seniman sengkek di tepi jalan sedangkan dia seniwati pujaan jutaan peminat seluruh negara!”
“Huh, lagi-lagi itu juga yang kau sebut!”
“Ini realiti, Yusof!”
“Peduli apa dengan reality, bukankah aku ini seorang lelaki?”
“Semua orang tahu yang kau adalah seorang lekaki!”
“Jadi, apa salahnya seorang lelaki memuja seorang perempuan? Bukankah itu sudah hukumnya alam?”
“Kau tu seniman jalanan yang tak ubah seekor kucing kurap di pandangan matanya,”
“Balik-balik itu juga yang kau sebut. Aku muak tahu tak? Hei, Dani! Cinta tak pernah pandang itu semua, tahu? Dia sekadar seorang perempuan yang telah dicipta untuk seorang lelaki. Apa kelebihannya sampai tak layak untuk aku mencintainya?”
“Kau terlalu prejudis, Yusof! Memang seorang perempuan dicipta untuk seorang lelaki tetapi bukan semua cinta seorang perempuan dicipta untuk seorang lelaki! Kau harus akui hakikat itu!”
“Ahhhhhh perempuan, bagiku, perempuan itu walau siapa pun dia, sekadar rimbun yang rendang. Di pangkalnya berbanir dan di situlah berdendangnya dia!”
“Jangan keluarkan puisi basimu itu, Yusof! Aku sudah terlalu jelak mendengarnya. Setiap kali aku memberimu alasan supaya tidak memuja dan mencintai Li Ra Azmira, kau pasti akan mengeluarkan puisi itu. Kau sudah gilakah, Yusof?”
“Kau jangan terlalu mudah menuduh sembarangan, Dani! Kalau aku gila, sudah lama aku ditempatkan di hospital bahagia, tidak pun di pusat rawatan mental. Hei Dani, aku masih siuman!”
“Tapi, kadang-kadang akal kau di luar kawalan rasional dan kau persis seorang gila!”
“Kau sepatutnya dengar dulu puisiku sehingga tamat sebelum membuat sebarang persepsi. Menuduh tanpa sebab yang jelas umpama berburuk sangka dan berburuk sangka itu adalah mukadimah kepada fitnah. Begitu kata Imam Ghazali dan kau tahu apa hukumnya orang yang membuat fitnah?”
Dani mengeluh panjang dan rengsa dengan gelagat Yusof. Rakannya itu terlalu tegar dengan kata hati sendiri. Amat sukar untuk diluahkan sebarang nasihat.
“Dengar puisi ini Dani! Seorang perempuan - di tangan Wim Umboh sekadar jadi Pengantin Remaja. Shakespeare sekadar menyutera Romeo Juliet. Dalam diri Christine Hakim sekadar lahir Tjut Nyak Dien. Berbeza Gustave Flaubert yang meluahkan Madame Bovary yang senafsu senafas Lady Chatterley setara Medusa. Ha… apa lebihnya dia? Aku sendiri tidak pernah menyamakannya laksana Salvador Dali!”
“Dengar puisi ini Dani! Seorang perempuan - di tangan Wim Umboh sekadar jadi Pengantin Remaja. Shakespeare sekadar menyutera Romeo Juliet. Dalam diri Christine Hakim sekadar lahir Tjut Nyak Dien. Berbeza Gustave Flaubert yang meluahkan Madame Bovary yang senafsu senafas Lady Chatterley setara Medusa. Ha… apa lebihnya dia? Aku sendiri tidak pernah menyamakannya laksana Salvador Dali!”
“Kau terlalu memuja Daeng Ramliakil sehingga puisinya kau simpan dalam dada seterusnya kau luahkan untuk wirawati itu. Sepatutnya, kau cipta sebuah puisi sendiri,”
“Seorang pelukis seperti aku berhak untuk meminati penyair seperti Daeng Ramliakil, Dani! Memang dia seorang penyair yang bagus. Daeng Ramliakil itu penyair idolaku… setiap karya-karyanya menjadi koleksi peribadiku dan tiada salahnya aku membaca puisi-puisi idolaku itu di mana saja yang aku suka!”
“Sudahlah, Yusof! Aku tak ingin lagi berbicara dengan kau. Kau memang seorang seniman yang degil lagi ketegar!”
Yusof sekadar tersenyum tenang. Dia anggap semua itu satu cabaran. Kental cinta dan kasihnya kepada wirawati pujaan tidak pernah mencair dengan apa juga cemuhan dan tuduhan malah semakin utuh dan galak bergejolak.
Li Ra Azmira itu memang seorang gadis tempawan, masih muda belasan tahun namun cukup gah. Pada wajah ayunya ada cita watak hebat memukau. Riak senyumannya menggoda sesiapa saja melihatnya. Bangun tubuhnya mengndang kagum, anggun, roman bujur sireh persis Rene Russo kalau tersenyum. Memang wajarlah Yusof begitu memuja kendati dalam diam.
Sungguh, Yusof memang meminati wirawati itu. Bukan memuja seorang peminat terhadap seorang penyanyi tetapi puja seorang kekasih. Perasaan cinta itu sudah acap diluahkan sehingga teman-teman pelukis yang lain naik jelak.
“Angau kau sudah terlalu teruk, Yusof! Sudah mencapai tahap kritikal!” ujar Hadi suatu hari.
“Kau pun sama juga dengan Dani, tak habis-habis menuduh aku yang bukan-bukan!” Yusof kurang senang. Kala itu mereka berdua sedang menyiapkan potret tempahan masing-masing di ruang Pasar Budaya.
“Ini realiti yang harus kau terima!”
“Katalah apa saja yang kau suka, aku tak kisah langsung malah aku akan anggap semua itu sebagai satu cabaran yang cuba mahu melunturkan kekentalan rasa cinta dan kasih sayangku kepadanya!”
“Banyakkan mengucap, Yusof! Ingat Tuhan banyak-banyak dan Insya-Allah, aku yakin, syaitan yang ada dalam badan kau tu akan lari ketakutan! Bila syaitan sudah tiada, kau akan sedar kembali bahawa apa yang impikan sekarang ini adalah sebuah ilusi yang tak mungkin menjadi realiti,”
“Jadi, kau menuduh aku ni gila?”
“Lebih kurang begitulah, Yusof!”
“Alasannya?”
“Ciri-ciri itu sudah ada dalam diri kau. Hanya orang gila saja yang sanggup memuja begitu. Seharusnya, Li Ra Azmira itu sekadar dipuja sebagai seorang penyanyi pujaan oleh seorang peminat dan bukannya memujanya sebagai seorang kekasih yang mahu dijadikan suri rumah tangga! Bila kau begitu, sudah pastilah sesiapa pun akan menganggap kau sudah gila!”
“Memang aku gila, Hadi! Memang aku gila! Aku gilakan Li Ra Azmira!”
“Cermin diri kau dulu, Yusof!”
“Apa kekuranganku sehingga kau sanggup berkata begitu?”
“Banyak, Yusof! Kekurangan kau terlalu banyak jika mahu dibandingkan dengan dia!”
“Antaranya?”
“Kau tiak dia kenyalang!”
“Aku sudah muak dengan alasan itu, Hadi!”
“Binalah dunia seni kau terlebih dahulu, Yusof! Bina biar tersohor seperti dia atau setidak-tidaknya seperti Ibrahim Hussein, Pak Hussein Anas, Amron, Jaafar Taib, Raja Idris atau sebagainya. Kala itu kau sudah mampu menyaingi kepopularitinya. Itulah waktu yang paling sesuai untuk kau mencurahkan segala isihati yang terpendam itu!”
“Kau yakin dengan cara itu aku boleh memilikinya?”
“Belum tentu juga, Yusof!”
“Pulak… habis?”
“Habis bererti tamat. Kau tidak akan berjaya memilikinya sampai kiamat!”
“Jangan kau cabar aku, Hadi!”
“Ini bukan satu cabaran, Yusof! Tapi adalah satu kenyataan yang terpaksa kau hadapi. Kau dan Li Ra Azmira itu umpama hidup di dalam sebuah dunia kontradiski yang nyata kontras!”
“Buktinya?”
“Lihat apa yang ada di dalam poketmu sekarang!”
Yusof segera menyeluk poket baju dan seluarnya.
“Apa yang ada?”
Yusof menggeleng perlahan. “Sekadar abuk itu pun tak berupaya lekat di tapak ta-nganku!”
“Itulah realiti dan kontradiksinya antara kalian berdua!”
Yusof terdiam dan terkedu. Perlahan-lahan direnung dirinya dari atas ke bawah. Dapat dirasakan dirinya terlalu kerdil dan naif ketika itu. Poketnya nihil. Wang simpanan di bank juga kosong.
Selama dia menjadi seorang pelukis jalanan, pendapatannya sekadar mampu untuk membayar sewa bilik dan mengisi perutnya setiap hari di kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Dia hanya menggunakan perkhidmatan bas mini untuk ke sana ke mari kerana itulah saja pengangkutan yang termurah.
Dia tidak mampu membeli sebuah Kancil mahupun sebuah Kriss Modennas sedangkan Li Ra Azmira sudah bergaya dengan kereta Honda Vitec 1.8 perak metalik berkilat cantik.
Arghhhhhhhhhh!!! Yusof mengeluh panjang dan rengsa dan sejak itulah dia kembali memikirkan semua kata-kata sahabatnya.
Pagi masih damai. Pekarangan Pasar Budaya belum lagi disarati para pengunjung. Selepas minum segelas teh tarik dan sekeping roti canai di kedai mamak berhampiran, Yusof termenung di gerai lukisnya. Pandangan matanya merenung jauh ke arah aliran air Sungai Kelang yang mengalir malas di hadapan Kompleks Dayabumi.
* * *
Pagi masih damai. Pekarangan Pasar Budaya belum lagi disarati para pengunjung. Selepas minum segelas teh tarik dan sekeping roti canai di kedai mamak berhampiran, Yusof termenung di gerai lukisnya. Pandangan matanya merenung jauh ke arah aliran air Sungai Kelang yang mengalir malas di hadapan Kompleks Dayabumi.
Fikirannya melayang entah ke mana, terlalu jauh sehingga mampu mencapai puncak rambulan di persada langit. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus termenung begitu asyik sekali. Tiba-tiba wajah Li Ra Azmira menjelma dalam pandangannya.
Dia sendiri tidak faham kenapa dia merenda impian cinta itu untuk penyanyi genit tersebut. Ini bukan cinta monyet seperti yang pernah dilalui sewaktu zaman persekolahan menengah dulu. Cinta yang ada kini adalah cinta sejati, lahir dari seluruh nubari yang mulus abadi.
Alangkah anehnya keikhlasan cinta ini. Bagi Yusof, keikhlasan itu adalah titik aswad yang satu. Tidak ada calar dan tidak ada waktu untuk dia menebarkan jaring-jaring kepalsuan di pesisir zaman. Realitinya begitulah…
“Kalian tidak boleh menghalangku dari memuja dan mencintai Li Ra Azmira!!!!” tiba-tiba hatinya membentak keras. Kala itu juga wajah Dani dan Hadi yang sering mencabarnya gesit terbayang di ruang mata. “Hati di dalam dada kita adalah hak masing-masing. Penentuan jalan hidupnya juga menjadi hak peribadi sendiri. Kalian tidak ada hak untuk mengarah aku. Aku berhak buat apa yang aku suka. Kalau hatiku mencintai Li Ra Azmira, apa hak kalian untuk menghalangnya? Apa hak kalian untuk menentangnya?”
Yusof kembali tersenyum.
Ya, aku harus berdiri sebagai seorang lelaki yang punya pegangan sendiri. Aku bukan seekor kerbau yang hanya ditarik ke sana ke mari setelah hidung tercucuk. Walaupun aku kerbau, tetapi biarlah menjadi seekor kerbau yang bebas, yang mampu membuat keputusan sendiri!
Jelak merenda impian, Yusof kembali memulakan tugas-tugas hariannya. Ruang Pasar Budaya sudah kelihatan riuh rendah dengan para pengunjung. Di setiap juzuk, mereka berkumpul dan bersimpang siur dengan tujuan tersendiri. Yusof cekat dan usil jejarinya melorek sapuan pastel ke helaian sugar paper. Potret seorang ibu dan anaknya mahu disiapkan hari itu juga. Setelah selesai, potret itu dibiarkan di atas stand untuk pa-meran puluhan pasang biji mata para pengunjung Pasar Budaya.
Menjelang tengah hari, Yusof kembali melorek hasil karya dengan sapuan oil paint pula. Pemandangan sebuah perkampungan nelayan Pantai Timur menjadi tumpuan mindanya. Beberapa buah perahu dengan sekumpulan nelayan sedang memunggah hasil tangkapan yang diperolehi dari perut laut di pinggiran jeti sungguh indah dan mempersonakan.
“Boleh lukis wajah saya?”
Pertanyaan yang mencerlus tiba-tiba dari seorang pengunjung mematikan tarian jari jemarinya di kanvas. Gesit dia melangut. Hari itu memang patut dia terkesima. Matanya mengesip-ngesip menyeluruhi wajah gadis yang di hadapannya sekarang.
“Boleh abang lukiskan wajah saya?” gadis itu bertanya lagi.
Yusof bagaikan disergap mimpi yang tidak terduga kiranya yang bertanya itu adalah wirawati pujaannya. Li Ra Azmira tersenyum manis.
“Boleh abang lukis wajah saya?” pertanyaan mencerlus lagi.
Yusof bagaikan kematian kata-kata. Lidahnya terasa terpotong pendek. Dia kemamar. Dia kelinglungan berjenak-jenak. Mata jeli Li Ra Azmira terus melirik dengan senyuman menggoda lantas membibitkan rasa cinta yang membuncah dalam jiwa.
“Saya mahu abang lukis wajah saya! Ini gambarnya!” wirawati pujaan terus bertanya seraya membuka tas tangan kulit berjenama mahal. Dari tas tangan hitam dia mengeluarkan sekeping potret bersaiz poskad lalu dihulurkan kepada Yusof.
Tergigil-gigil Yusof menyambut potret tersebut. Tangan Li Ra Azmira tiba-tiba tersentuh jari kelingkingnya. Ketika itu juga dirasakan ada wayu dingin menyelinap ke dalam singgahsana hatinya yang sukar untuk ditafsirkan maknanya.
Tergigil-gigil Yusof menyambut potret tersebut. Tangan Li Ra Azmira tiba-tiba tersentuh jari kelingkingnya. Ketika itu juga dirasakan ada wayu dingin menyelinap ke dalam singgahsana hatinya yang sukar untuk ditafsirkan maknanya.
“Berapa harganya, bang?” tanya Li Ra Azmira dengan mesra.
“Errr… har… har… harga… errr… ” serba salah Yusof mahu menerangkannya. Seboleh-bolehnya dia mahu menyatakan percuma saja namun bibirnya seolah-olah terkacip.
“Soal harga tidak menjadi masalah pada saya… errr, yang penting abang dapat siapkannya secepat mungkin!”
“Errr, bila… bila Li… Li Ra mahu potret ini?” Yusof memberanikan dirinya bertanya walaupun debaran di dadanya kala itu begitu menggerutup.
“Err, kalau boleh minggu depan!” jawab Li Ra Azmira. “Boleh abang siapkan minggu depan?”
“Boleh… tentu saja boleh! Tapi, macam mana abang nak hubungi Li Ra bila gambar ni dah siap nanti?”
Li Ra Azmira tersenyum manis. “Ini kad saya. Alamat dan nombor telefonnya ada di situ. Err, abang boleh telefon saya atau sampaikan mesej kalau saya tak ada!”
Yusof masih lagi menggigir biarpun wirawati pujaan sudah lebih dua jam meninggalkan pekarangan Pasar Budaya. Dia bagaikan bermimpi. Digenyeh-genyeh biji matanya berkali-kali. Diamati gambar Li Ra Azmira yang masih tergenggam di tangannya. Wajah itu sungguh ayu sekali.
Yusof masih lagi menggigir biarpun wirawati pujaan sudah lebih dua jam meninggalkan pekarangan Pasar Budaya. Dia bagaikan bermimpi. Digenyeh-genyeh biji matanya berkali-kali. Diamati gambar Li Ra Azmira yang masih tergenggam di tangannya. Wajah itu sungguh ayu sekali.
Ya, aku tidak bermimpi! Aku tidak bermimpi!!
Yusof mulai sedar yang dia sebenarnya tidak bermimpi. Kedatangan wirawati pujaannya tadi bukannya di alam mimpi tetapi di alam realiti.
“Aku cinta padamu Li Ra!” bisik hati Yusof seraya mencium gambar itu berkali-kali. “Gambar ini akan menjadi kenangan abadiku. Gambar ini akan kutunjukkan kepada seisi dunia bahawa pada suatu ketika dulu Li Ra Azmira pernah datang menemuiku dan menghulurkan gambar ini kepadaku sebagai kenangan!”
“Hei, Yusof! Apalah hal tersengih-sengih ni?” Hadi terkesan sengihan pada wajah Yusof sejak lama. “Bila lagi kau nak siapkan potret wirawati pujaan kau tu?”
Yusof tidak menjawab sebaliknya mulai menggarap potret tersebut dengan sapuan arkrilik. Dia cuba melakukan sesuatu yang terbaik pernah dihasilkannya selama ini. Dia mahu, hasilnya nanti berupaya memuaskan hati Li Ra Azmira.
Biar gadis itu terpesona dengan keunikan hasil karyanya. Biar gadis itu terpikat dengan bakat semula jadi yang ada padanya. Bakat melukis bukannya semua orang ada. Anugerah Allah yang agung ini hanya ada pada insan berjiwa seni lagi kreatif sepertinya dan rakan-rakannya yang lain.
Saban hari cinta di dada Yusof semakin murup subur. Setiap hari menatap gambar Li Ra Azmira membuatkan rasa kasihnya tidak berupaya lagi mahu dibendung. Ianya meronta-ronta, menggelodak seluruh jiwa nubari lebih-lebih lagi dia melirik wajah wirawati itu ke kanvas. Sentuhan jejari kasar namun lunak seraya meladeni kelestarian raut wajah wirawati tersebut penuh aspirasi.
Yang pasti, dia mahu wajah Li Ra Azmira itu tergarap sempurna. Memang dia punya bakat menilai kecantikan seseorang gadis lantaran anugerah Tuhan yang unik itu. Ikon itu tercipta persisi gambar di tangan dalam masa tiga hari tiga malam tanpa sedar waktu-waktu yang dilewati. Segalanya tercipta semata-mata untuk Li Ra Azmira seorang!
“Hellooooo! Hellooooo, assalamualaikum!”
* * *
“Hellooooo! Hellooooo, assalamualaikum!”
“Walaikummussalam… errr…!”
“Boleh saya bercakap dengan Li Ra?”
Diam.
“Errrr… boleh saya bercakap dengan Li Ra Azmira?”
“Ya, bercakap! Errr… siapa di sana?”
“Errr, saya! Saya… errr… seniman jalanan yang telah kamu temui di Pasar Budaya tempoh hari!” “Tentang apa ya?”
“Tentang potret yang ditempah …. ”
“Oh ya… baru saya ingat! Err, sudah siap ke belum?”
“Tentulah sudah… kalau tidak buat apa saya menghubungi kamu!”
“Terima kasih… tentu cantik! Err, berapa harga yang perlu saya bayar di atas usaha dan tenaga abang itu?”
“Berapa yang kamu sanggup?”
“Abang harus tetapkan sendiri harganya! Saya ini bukannya pakar penilai sesebuah karya lukisan!”
“Harganya memang mahal… ”
“Berapa?”
“Sabar dulu, Li Ra! Jangan tergopoh-gopoh sangat…”
“Maaf, saya tidak boleh berbual terlalu lama kerana banyak lagi panggilan yang saya tunggu,”
“Tentunya dari para peminat!”
“Itu bukannya sesuatu yang penting bagi saya! Errr, saya menunggu panggilan dari para promoter, para pengarah dari syarikat perfileman, para pengiklan yang mahukan khidmat saya sebagai pelaris hasil barangan mereka, para pengubah lagu yang mahukan saya menyanyikan lagu ciptaan mereka dan sebagainya!”
“Oh, begitu! Errr, biarlah saya berterus terang saja… sebenarnya panggilan saya ini untuk memberitahu kamu bahawa potret kamu itu sudah siap dan sekarang menunggu kamu untuk mengambilnya!”
“Saya tahu tapi, berapakah harga yang perlu saya jelaskan untuk potret itu?”
“Cukup kalau dibayar dengan sebuah jawapan pasti!”
“Jawapan pasti?”
“Ya, jawapan pasti!”
“Hei, apa maksudnya hah?”
“Bagaimana seorang seniman jalanan seperti saya harus memenangi hati seorang wirawati pujaan khalayak seperti kamu?”
“Errr, saya masih kurang faham?”
“Sebenarnya, harga potret itu cuma perlu dibayar dengan ungkapan ‘aku cinta padamu’!”
“Ungkapan itu untuk kamu?”
“Ya, untuk saya!”
“Hei, apa ni? Kamu sudah gilakah?”
“Kenapa? Salahkah kamu membayar harga potret itu dengan sebuah cinta … cinta untuk saya?”
“Kamu ini benar-benar sudah gila agaknya!”
“Memang saya gila, Li Ra! Saya gilakan kamu!”
“Barangkali gila seorang peminat kepada seorang penyanyi pujaannya, begitu?”
“Tidak!! Gila seorang lelaki bergelar seniman jalanan kepada seorang gadis yang bergelar wirawati pujaan!”
Diam.
“Kamu sudi menerima cinta suci ini?”
Diam lagi.
“Jawablah Li Ra! Apakah kamu sudi menerima cinta saya yang tulus ini?”
“Kamu harus suluh dirimu sendiri sebelum mengeluarkan kata-kata begitu!”
“Sudah berpuluh-puluh kali saya suluh!”
“Apa yang kamu nampak?”
“Seperti biasa saja…. mmmmm… seorang lelaki yang cukup segala sifat dan wajar untuk mencintai seorang gadis seperti kamu!”
“Bukan itu maksud saya!”
“Habis?”
“Suluh dirimu, wajahmu dan yang paling utama ialah suluh poketmu dahulu! Pastikan adakah ianya benar-benar berisi penuh! Saya tak mahu mengunyah debu, pasir dan batu sebagai makanan harian!”
“Saya kurang mengerti!”
“Orang bangang, bodoh, tolol dan dungu saja yang tak faham bahasa kiasan!”
“Apa maksudmu, Li Ra?”
Klik!!
“Li Ra!! Hello… hello Li Ra!!!”
Fikiran Yusof jadi kelut, rusuh dan kacau tidak keruan. Dia tidak mengerti kenapa sudah lebih dua bulan dia harus menatap potret Li Ra Azmira hasil tangannya itu. Kenapa wirawati pujaannya masih belum datang lagi untuk mengambil potret tersebut? Bukankah harganya tidak mahal, sekadar dibayar dengan sebuah rasa cinta? Argh, barangkali dia terlalu sibuk dengan urusan hiburan sehingga tidak punya waktu yang terluang untuk datang ke Pasar Budaya ini!
* * *
Fikiran Yusof jadi kelut, rusuh dan kacau tidak keruan. Dia tidak mengerti kenapa sudah lebih dua bulan dia harus menatap potret Li Ra Azmira hasil tangannya itu. Kenapa wirawati pujaannya masih belum datang lagi untuk mengambil potret tersebut? Bukankah harganya tidak mahal, sekadar dibayar dengan sebuah rasa cinta? Argh, barangkali dia terlalu sibuk dengan urusan hiburan sehingga tidak punya waktu yang terluang untuk datang ke Pasar Budaya ini!
“Kau telah menakutkan dia, Yusof!” tukas Dani.
“Apa yang telah aku lakukan padanya sehingga dia jadi takut begitu? Seingat aku, aku tidak buat apa-apa pun!”
“Huh, itu kata kau! Yang sebenarnya kau memang telah menakutkan dia!”
Yusof diam.
“Kau harus ingat Yusof! Perempuan itu dijadikan Tuhan sebagai insan yang lemah, mempunyai rasa takut yang lebih dari kaum lelaki!”
“Habis?”
“Kau tak seharusnya terlalu cepat meluahkan kata-kata cinta sebegitu rupa sehingga membuatkan dia rasa takut!”
“Apa yang dia nak takutkan? Aku bukannya nak makan dia!”
“Benar, kau memang tak akan makan dia tapi kegelojohan kau umpama seekor anaconda yang mampu menelannya!”
Yusof terkedu.
Hari demi hari. Jiwa Yusof semakin memberontak kerana menyesali keterlanjuran diri. Sepatutnya dia tidak terlalu gesit meluahkan isi hati melalui telefon. Sewajarnya dia bersabar dulu, perhubungan lebih intim boleh dipupuk selepas ini. Bukankah potret itu merupakan langkah pertama untuk mencipta perhubungan yang seterusnya? Aduh, betapa bodohnya aku!!
* * *
Hari demi hari. Jiwa Yusof semakin memberontak kerana menyesali keterlanjuran diri. Sepatutnya dia tidak terlalu gesit meluahkan isi hati melalui telefon. Sewajarnya dia bersabar dulu, perhubungan lebih intim boleh dipupuk selepas ini. Bukankah potret itu merupakan langkah pertama untuk mencipta perhubungan yang seterusnya? Aduh, betapa bodohnya aku!!
“Wirawati pujaanmu itu tak akan datang lagi, Yusof! Percayalah kataku!” ujar Hadi suatu pagi beberapa bulan kemudian. “Potret itu akan menjadi usang di tanganmu dan aku syorkan supaya kau jadikan ianya sebuah koleksi peribadi untuk tatapan anak cucumu akan datang!”
Dia mengeluh berat dan rengsa. “Salah aku juga, aku terlalu cepat mencurahkan isi hati!”
“Kenapa sekarang baru kau sedar akan keterlanjuran itu?”
“Sebagai manusia biasa yang kerdil lagi naif, aku bisa melakukan kesilapan!”
“Bagus kalau kau sudah sedar seka-rang! Kesilapan itulah yang membuatkan keadaan ini berlaku!”
“Tapi aku yakin, suatu hari nanti Li Ra akan datang juga untuk bertemu denganku. Waktu itu, dia akan mencurahkan rasa cintanya padaku!”
“Jangan bermimpi lagi, Yusof!”
“Kenapa kau terlalu cemburu sangat denganku, Hadi? Selama ini kau memang banyak menghalang aku...”
“Siapa kata aku cemburu? Aku tak sedikit pun cemburu, Yusof! Ini sebuah realiti yang harus kau hadapi!”
“Apa maksudmu, Hadi?”
“Kau sekadar seorang seniman yang terlalu kerdil, terlalu naif dan terlalu melarat, Yusof! Kau umpama seekor belibis kurus yang hanya layak merona cinta indah terhadap rambulan di gigi alun!”
“Huh, lagi-lagi itu yang kau sebut!”
“Ini hakikat yang tak dapat kau sembunyikan, Yusof!”
“Aku tak faham!”
“Kau lihat paparan di majalah ini dan baca berita sensasi yang tertulis!” ujar Hadi seraya menghulurkan majalah Hiburan Sensasi kepadanya.
Yusof segera menyambut majalah tersebut. Gesit dibaca dengan dada yang mengge-lepar cemas tidak keruan. ‘LI RA AZMIRA - PENYANYI DAN PELAKON PUJAAN RAMAI, MENGAKHIRI ZAMAN GADISNYA DENGAN DATUK USFAN, SEORANG TOKOH KORPORAT’
“Huh, keparat!!!!!!!!”
Laungan itu sekadar mampu meledak dalam dadanya saja. Yusof merasakan dunia tiba-tiba saja gelintin serentak melirik senyuman wirawati pujaan yang melorek manis di atas kanvas. Hatinya menjadi jelu.
“Terimalah hakikat ini, Yusof! Li Ra Azmira itu bukan sekadar wirawati pujaan sikerdil macam kita. Kau harus sedar itu!”
Yusof tidak mampu bersuara lagi. Dunia sekeliling dirasakan amat gelintin. Betapa cinta yang telah disemai dan dibaja sekian lama untuk wirawati itu kini sudah hancur berkecai. Segalanya lantaran wang yang menjadi matlamat. Dia kembali merenung dirinya. Benarlah seperti kata Hadi. Benarlah seperti kata Dani. Dia tidak punya apa-apa selain dari bakat melukis yang tidak seberapa.
Tiak ingin terbang seiring kenyalang, manakan termampu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan