Isnin, 11 Disember 2023

HARI KEEMPAT: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapan pagi di hotel, rombongan delegasi Selangor terus ke Bandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, Kota Bandung. Program hari ini lebih kepada program penandatangani MOU persefahaman budaya antara Selangor dan Dinas Pendidikan Indonesia.

 

Dinas Pendidikan Indonesia diwakili oleh Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung, Drs H. Bambang Ariyanto, M. PD selaku KABID PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Jajang Hermawan, S.PD, M. M. PD selaku KASI Kurikukum PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Pengawas Dinas Pendidikan Kota Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 209 Antapani, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 025 Cikutra, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 064 Padasuka, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 244 Guruminda, Bandung, dan Kepala Sekolah SD Negeri 190 Cisaranten Kidul, Bandung.

 

 

Bandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, Kota Bandung

 

Manakala delegasi Selangor diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, Encik Ahmad Nazmi bin Razali, Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Seksyen Sektoral, Puan Dr Nadia Widyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Awaludin bin Md Jahid, Setiausaha Eksekutif, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Encik Nuar bin Md Diah, Setiausaha Pertubuhan Media Negeri Selangor, dan Cikgu Zarina Selamat dari Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat.

 

Program dimulai dengan persembahan pembukaan berupa Tarian Jaipong oleh pelajar SDN 264 Padasuka. Menurut guru pembimbing SDN 264  Padasuka, Tarian Jaipong adalah sejenis tarian yang berasal dari daerah Jawa Barat. Tarian Jaipong mulanya berkembang di daerah Karawang dan Bandung. Tarian ini merupakan gabungan dari beberapa kesenian tradisional seperti Wayang Golek, Pencak Silat dan Ketuk Tilu. Tarian Jaipong akhirnya terkenal kerana gerakan-gerakannya yang sangat energik, unik dan sederhana.

 

 

Tarian Jaipong oleh pelajar SDN 264 Padasuka

 

Tarian Jaipong dicipta oleh seniman asal Karawang dan Bandung iaitu Gugum Gumbira dan H. Suanda sekitar tahun 1975. Perhatian kedua-dua seniman ini pada kesenian rakyat yang salah satunya adalah Ketuk Tilu membuatkan mereka mengetahui dan mengenali perbendaharan pola-pola gerak tari tradisi yang ada pada Keliningan atau Bajidoran atau Ketuk Tilu.

 

Gerak-gerak bukaan, pencugan, nibakeun dan beberapa ragam gerak mincid dari beberapa kesenian di atas pada akhirnya memberikan Gugum Gumbira dan H. Suanda inspirasi untuk mengembangkan tarian atau kesenian yang kini dikenal dengan nama Jaipongan. Hingga kini, meskipun banyak hiburan moden yang bermunculan, kesenian tradisional Jaipongan masih tetap diminati dan menjadi hiburan yang menarik bagi masyarakat. Lantaran kerana diminati masyarakat, tarian ini menjadi salah satu ikon untuk mempromosikan kekayaan daerah Jawa Barat.

 

 

Salah seorang penari Tarian Jaipong SDN 264 Padasuka

 

Berbeza dengan tarian tradisional lain, Tarian Jaipong memiliki ciri khas terutama pada gaya kaleran yakni keceriaan, erotisme, humanism, semangat, spontan dan kesederhanaannya. Ciri khas Tarian Jaipong ini tercermin dalam pola penyajian tariannya, ada yang diberi pola (ibing pola) seperti seni Jaipongan yang berkembang di Bandung. Selain itu, iringan alat muzik degung menambahkan lagi suasana ceria sehingga ramai orang akan ikut menari sewaktu menonton tarian ini.

 

A person standing on a stage with a microphone and a microphone

Description automatically generated 

Ucapan alu-aluan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung

 

Acara seterusnya ialah ucapan alu-aluan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung. Dalam ucapannya, beliau menerangkan tentang tujuan Pendidikan Nasional Indonesia yang tercantum dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 iaitu mencerdaskan kehidupan bangsa dan mengembangkan sumber daya manusia. Di antaranya ialah manusia yang beriman, bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa; berbudi pekerti luhur; memiliki pengetahuan; keterampilan; kesihatan jasmani dan rohani; berkeperibadian yang baik; mandiri serta rasa tanggungjawab kemasyarakatan serta kebangsaan.

 

Menurut beliau, pendidikan di Indonesia telah menempati salah satu unsur yang sangat penting dalam pembangunan. Dalam menghadapi perkembangan baik nasional mahupun antarabangsa yang demikian mengglobal dan semakin kompleks, maka menuntut tersedianya sumber daya manusia yang berkualiti. Pendidikan merupakan bidang yang harus mampu mencipta kualiti sumber daya manusia yang unggul.

 

A group of women holding flags

Description automatically generated 

Para pelajar SDN Bandung bangga mengibarkan bendera Selangor sebagai tanda persahabatan

 

Pada tingkat nasional, program yang dilaksanakan mengacu kepada 4 program strategik iaitu peningkatan mutu pendidikan, peningkatan pemerataan pendidikan, peningkatan efisiensi pendidikan dan relevansi pendidikan sesuai dengan tuntutan dan keperluan masyarakat. Selain itu, program rintisan Wajib Belajar Pendidikan Dasar 9 Tahun merupakan program strategik yang terus diusahakan penuntasannya secara nasional.

 

Pada tingkat regional, Provinsi Jawa Barat merupakan daerah yang pertama kali mencanangkan pencapaian matlamat Indeks Pembangunan Manusia (IPM) 90 Tahun pada 2023. Provinsi Jawa Barat telah menetapkan tindakan di sektor pendidikan. Tindakan tersebut antara lain mengenai usaha peningkatan Angka Partisipasi Sekolah (APS), Harapan Lama Sekolah (HLS) dan Angka Rata-rata Lama Sekolah dalam rangka peningkatan (IP) Indeks Pendidikan (IP).

 

A group of people in clothing

Description automatically generated 

Persefahaman dua budaya serumpun dapat diterapkan melalui program ini

 

Berdasarkan Undang-Undang Nombor 12 Tahun 2008 tentang perubahan kedua terhadap Undang-Undang Nombor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah disebutkan bahawa pendidikan merupakan salah satu bidang pemerintahan yang wajib dilaksanakan oleh Kabupaten atau Kota. Berkenaan dengan kewajiban tersebut Pemerintah Kota Bandung telah menetapkan kekuasaan daerah sebagai daerah autonomi yang ditetapkan dalam Peraturan Daerah Kota Bandung Nombor 02 Tahun 2001 tentang Kekuasaan Daerah Kota Bandung sebagai Daerah Autonomi.

 

Selain itu asas hukum untuk menyelenggarakan pemerintahan dan pelaksanaan pembangunan, telah ditetapkan juga Peraturan Daerah Kota Bandung Nombor 08 Tahun 2016 tentang Pembentukan dan Susunan Organisasi Dinas Daerah Kota Bandung. Dan Peraturan Wali Kota Bandung Nombor 1380 Tahun 2016 tentang kedudukan, susunan organisasi, tugas dan fungsi serta tata kerja dinas pendidikan.

 

Selaras dengan tuntutan perkembangan pada masa mendatang, Pemerintah Kota Bandung telah mencanangkan rancangan pembangunan jangka menengah yang tertuang dalam Peraturan Kota Bandung Nombor 2 Tahun 2019 Tentang Rencana Pembanguan Jangka Menengah Daerah (RPJPD) Tahun 2018-2023. Dalam RPJMD tersebut ditegaskan bahawa visi pembangunan Kota Bandung yang akan dicapai adalah ‘terwujudnya kota Bandung yang nyaman, unggul, sejahtera, dan agamis.’

 

 

Kumpulan dua pelajar dari dua negara serumpun dapat disatukan dengan penuh muhibah

 

Program pembangunan daerah merupakan program atau agenda strategik ketua daerah pada penggal RPJMD yang akan menjadi prioriti atau matlamat utama selama lima tahun yang secara langsung didedikasikan untuk mencapai sasaran daerah. Dalam implementasinya program pembangunan daerah dilaksanakan dalam penyelenggaraan urusan yang menjadi kekuasaan daerah. 

 

Dalam ucapan balas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, telah melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak Dinas Pendidikan Kota Bandung menerima kehadiran degelasi dari Selangor seterusnya menandatangani MOU yang bakal diadakan.

 

 

Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, telah melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak Dinas Pendidikan Kota Bandung menerima kehadiran degelasi dari Selangor 

 

Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah, program silang budaya antara Selangor dan Indonesia ini merupakan satu kaedah untuk merapatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negeri ini dalam aspek kesenian dan budaya. Menurut beliau, pertukaran dan perkongsian mengenai budaya negeri masing-masing merupakan usaha penting dalam memastikan keakraban negara serumpun dapat diperkukuhkan.

 

Tuan Borhan Aman Shah yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan menegaskan bahawa dari segi hubungan dua hala ini, salah satu elemen yang penting ialah hubungan antara masyarakat. Inisiatif sebegini adalah salah satu cara bagaimana kifa hendak merapatkan hubungan tersebut. Kalau hubungan antara kedua-dua masyarakat itu baik, perselisihan dan perbezaan itu kita boleh raikan dan cari jalan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala. Demikian mukadimah beliau sewaktu menyampaikan ucapan balas.

 

 

Kumpulan Seri Kenchana berjaya memeriahkan suasana persembahan di Bandung Creative Hub

 

Program silang budaya ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Selangor termasuk persembahan cempuling oleh 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Kuala Langat, enam ahli Kumpulan Muzik Asli Kencana Kuala Selangor dan wakil-wakil rasmi kerajaan negeri. Menurut Borhan Aman Shah lagi, persembahan cempuling yang merupakan seni muzik tradisional masyarakat Jawa di Selangor, mempunyai kelainan berbanding persembahan masyarakat Jawa di Indonesia.

 

Walaupun dari komuniti Jawa, namun persembahannya ada sedikit kelainan di Selangor ini. Kelainan ini yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat di Indonesia. Dan pastinya juga Selangor ingin melihat dengan dekat persembahan masyarakat di Indonesia. Tujuan melibatkan anak-anak murid sekolah rendah ini ialah bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang warisan budaya nenek moyang dan memastikan persembahan ini berterusan untuk generasi akan datang. Program yang berlangsung selama lima hari itu turut memfokuskan kepada beberapa acara lain dalam usaha mengukuhkan lagi keakraban antara dua negara. 

 

 

Persembahan angklung oleh murid-murid SDN 244 Guruminda

 

Acara seterusnya ialah persembahan angklung oleh murid-murid SDN 244 Guruminda. SDN 244 Guruminda merupakan Sekolah Penggerak Ngamumule Budaya Sunda. Visi SDN 244 Guruminda ialah mewujudkan warga sekolah yang berakhlakul karimah, berprestasi, dan mengamalkan nilai-nilai Pancasila dalam kehidupan. Indikator pencapaian visi ditunjukkan dengan berakhlakul karimah, insan yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang diimplementasikan dalam kehidupan sehari-hari, insan yang menjadi suri teladan bagi dirinya, keluarganya dan lingkungannya, dan panutan yang dapat menjadi figur, pencerah, penasihat bagi orang-orang di sekitarnya. Juga insan yang memiliki kelebihan yang berbeza sesuai dengan potensinya sama ada keagamaan, pengetahuan dan teknologi, seni, mahupun olahraga. Termasuk mengamalkan nilai-nilai Pancasila dalam kehidupan, insan yang mampu menjalankan enam dimensi profil pelajar Pancasila.

 

Manakala misinya pula ialah melaksanakan program pembiasaan keagamaan melalui kegiatan berdoa sebelum dan sesudah belajar, membaca asmaul husna, hafalan surah-surah pendek, baca tulis Al-Quran, solat wajib berjemaah, solat duha, kultum, pesantren Ramadhan, kegiatan hari besar keagamaan dengan mengundang ustaz-ustaz yang baik. 

 

 

Antara guru-guru dari SDN 244 Guruminda yang datang memberi sokongan di Bandung Creative Hub

 

Juga melaksanakan program yang menggali idea, kreativiti, inovasi dan amalan baik yakni MTQ, MHQ, pildacil, amalan solat, azan, kaligrafi, qasidah, cerdas cermat. Proses pembelajaran dan asesmen dengan media IT, angklung, degung, tari, pencak silat, senam kreasi, atletik, dan futsal. Selain mengimplementasikan kearifan budaya Sunda dengan program ngamumule budaya Sunda, yakni: berbahasa dan berpakaian nyunda setiap hari Khamis, berkesenian Sunda (tarian Sunda, kawih pupuh, upacara adat Sunda), tatakrama Sunda, makanan Sunda, olahraga dan permainan tradisional Sunda.

 

Persembahan ketiga berupa suling oleh para pelajar SDN 209 Antapani. Menurut guru pengiring SDN 209 Antapani, suling berasal dari daerah Jawa Barat. Instrumen muzik yang dibuat dari buluh ini tergolong dalam jenis instrumen muzik tiup atau biasa dikenali sebagai aerophone. Ciri khas sebuah suling adalah adanya lubang kecil pada bahagian tubuhnya yang berfungsi sebagai tempat mengatur nada yang diinginkan oleh pemainnya.

 

 

Persembahan suling oleh para pelajar SDN 209 Antapani

 

Suling di Indonesia umumnya menggunakan do, re, mi, fa, sol, la, si sebagai tangga nadanya. Di Indonesia sendiri, instrumen muzik suling yang dimainkan dengan cara ditiup ini sangat populer dan dikenali sebagai pengiring muzik dangdut, iaitu muzik yang asli berasal dari Indonesia. Suara dari alat muzik tiup yang dibuat dari buluh ini juga dapat menghasilkan suara yang meliuk sehingga sangat sesuai dijadikan sebagai iringan muzik dangdut yang identik dengan liukan nada atau cengkok.

 

Suling dipercayai ada semenjak zaman purba lagi. Hakikat itu disokong oleh penemuan berupa beberapa suling peninggalan manusia purba Neanderthal. Peninggalan tersebut dipercayai berumur sekitar 40,000 tahun. Berbeza dengan suling zaman sekarang yang dibuat dari buluh, pada zaman purba dulu ia dicipta dengan menggunakan tulang haiwan sebagai bahan utamanya.

 

 

Suling yang digunakan oleh para pelajar SDN 209 Antapani

 

Manusia purba Neanderthal memiliki pemikiran yang sudah maju dan tidak sama dengan manusia purba lainnya yang hanya tahu makan dan bertahan hidup saja. Bahkan, beberapa ilmuwan percaya bahawa mereka memiliki kemampuan berfikir yang tidak kalah majunya dengan manusia moden zaman sekarang. Dengan penemuan suling berbahan tulang haiwan tersebut menandakan bahawa manusia purba ini telah memiliki kebudayaan yang tinggi.

 

Di Indonesia, alat muzik yang dimainkan dengan cara ditiup ini sangatlah terkenal seantero Indonesia. Biasanya alat muzik berukuran kecil ini dibuat dari buluh yang akan dilubangi sehingga menghasilkan bunyi yang diinginkan. Bahan pembuatannya yakni buluh, sangat mudah ditemui di Indonesia. Dari waktu ke waktu suling mengalami perkembangan nada hingga tercapailah nada suling seperti sekarang ini.

 

Persembahan yang keempat merupakan persembahan gabungan dari Kumpulan Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat dan Kumpulan Sri Kenchana, Kuala Selangor. Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang telah menyampaikan lagu Kabare dan lagu Kita Sekampung manakala Kumpulan Seri Kenchana menyampaikan lagu Lemak Manis, lagu Pantun Budi dan Joget Selangor. Sewaktu lagu Joget Selangor dipersembahkan, ketua Kumpulan Seri Kenchana iaitu Zaidi Mokhtar telah mengajak semua yang ada supaya turut menari bersama. Akibatnya semua hadirin telah menyambut ajakan beliau dan suasana menjadi lebih meriah.

 

 

Persembahan gabungan dari Kumpulan Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat dan Kumpulan Sri Kenchana, Kuala Selangor

 

Persembahan seterusnya ialah Tarian Kreasi para pelajar SDN 064 Padasuka diikuti persembahan Kaulinan Barudak dan Pencak Silat dari SDN 5, Cikutra, Bandung. Menurut guru pengiring SDN 5 Cikutra, sebelum teknologi secanggih seperti sekarang, ragam permainan tradisional menjadi kegemaran masyarakat. Di Tanah Sunda, permainan tradisional dikenali dengan istilah kaulinan barudak Sunda. Kaulinan yang ertinya permainan, berasal dari kata ulin (main). Manakala barudak memiliki makna kanak-kanak. Secara tradisi, permainan ini sudah ada sejak zaman dahulu kala lagi. 

 

Beberapa kaulinan barudak Sunda memiliki keunikan tersendiri yang menjadikannya berbeza dengan jenis-jenis permainan tradisional di daerah lain. Permainan Sunda memiliki nilai yang kolektif, kerana pelaksanaannya selalu melibatkan banyak orang. Selain untuk hiburan, permainan Sunda berhubungan dengan aspek sosial, pendidikan, dan kreativiti motorik. Permainnya cenderung memanfaatkan tempat yang luas, sehingga memiliki nilai ekonomi yang tinggi.

 

 

Persembahan Tarian Kreasi para pelajar SDN 064 Padasuka

 

Selain itu, yang paling menarik dari kaulinan barudak Sunda adalah penggunaan nyanyian berbahasa Sunda atau kakawihan dalam beberapa jenis permainan. Namun kini, akibat kemunculan game online, beberapa permainan tradisional di Sunda semakin jarang dimainkan. Meski ada juga yang masih wujud, jumlahnya juga sudah tidak seberapa. 

 

Dalam persembahan ini beberapa kulinak barudak Sunda telah ditunjukkan oleh para pelajar SDN 5 Cikutra iaitu jaleleja, perepet jengkol, congklak, cingciripit, endog-endogan, dan oray-orayan. Lagu jaleleja memiliki dua unsur yang kuat, merupakan lagu rakyat masyarakat Sunda dan telah dinyanyikan oleh kanak-kanak Sunda sejak tahun 1960 lagi. Perepet jengkol pula merupakan salah satu kaulinan Sunda yang mampu melatih keseimbangan para pemainnya. Selain itu perepet jengkol juga dapat melatih ketangkasan, keakraban dan kerjasama berpasukan antara para pemain.

 

 

Aksi Pencak Silat dari salah seorang pelajar SDN 5, Cikutra, dalam persembahan Kaulinan Barudak

 

Manakala kaulinan Sunda congklak merupakan satu kaulinan yang berasal dari kepercayaan kuno Timur Tengah. Permainan ini dibawa ke daratan Afrika dan menyebar ke negara Asia termasuk Indonesia melalui para pedagang. Kaulinan cingciripit pula berasal dari daerah Jawa barat dan dimainkan dengan cara bernyanyi. Sewaktu permainan dilakukan oleh para pemain, cingciripit harus berkumpul membentuk lingkaran. Salah seorang pemain harus membuka telapak tangan dan pemain yang lainnya meletakkan salah satu telunjuk di atasnya.

 

Permainan endog-endogan pula merupakan salah satu kaulinan Sunda yang tidak sukar untuk dimainkan. Kaulinan ini hanya menggunakan salah satu anggota tubuh iaitu tangan. Manakala permainan oray-orayan pula merupakan permainan yang banyak ditemui di daerah Jawa barat. Orayorayan boleh dimainkan oleh lima orang atau lebih. Pemain yang berada di hadapan ertinya kepala oray.

 

 

Permainan endog-endogan

 

Persembahan yang seterusnya ialah Tembang Sunda ‘Bangbung Hideung’ oleh para pelajar SDN 5, Cikutra, Bandung. Menurut guru pengiring SDN 5 Cikutra, tembang Bangbung Hideung ini menyimpan banyak misteri kerana dianggap mengandungi perkara yang mistik, lebih-lebih lagi jika didengar oleh orang-orang yang memiliki ilmu kebatinan yang kuat. 

 

Tidak boleh sembarangan orang mendengar lagu ini, para pesinden atau penyanyi yang akan menyanyikan lagu ini perlu mengadakan sebuah ritual khusus yang disebut sebagai nyambat makhluk ghaib. Beberapa orang yang mendengar lagu ini akan mengalami kerasukan.

 

Nama Bangbung Hideung sebenarnya adalah nama sejenis binatang. Bangbung Hideung bererti Kumbang Hitam. Haiwan tersebut dipercayai menjadi penolak bala. Alunan muziknya yang dianggap memiliki aura mistik mempengaruhi orang-orang yang memiliki ilmu kebatinan yang kuat. 

 

 

Persembahan Tembang Sunda ‘Bangbung Hideung’ oleh para pelajar SDN 5, Cikutra

 

Lagu ini boleh didengar di acara-acara tertentu seperti majlis pernikahan, khitanan, juga di acara wayang golek. Penggunaan lagu ini merupakan sebuah bentuk rasa syukur kepada Tuhan dan sikap menghargai roh leluhur masyarakat etnik Sunda yang sedang mengadakan acara tersebut. Selain itu, penggunaan lagu Bangbung Hideung yang bermakna kesedihan dilantunkan di acara yang menggembirakan sebagai bentuk kebahagiaan yang pada akhirnya menjadi sebuah kesedihan. 

 

Untuk persembahan seterusnya, SDN 209 Antapani telah menyampaikan sebuah Tarian Kreasi manakala SDN 025 Cikutra mempersembahkan Paskibra. Menurut guru pengiring SDN 025 Cikutra, Paskibra atau Pasukan Pengibar Bendera adalah pasukan yang memiliki tugas utama iaitu tugas mengibarkan bendera. Paskibra hanya dalam tingkatan sekolah atau berbentuk ekstrakurikuler. Hal ini berbeza dengan Paskibraka yang merupakan Pasukan Pengibar Duplikat Bendera Pusaka biasanya digunakan sewaktu upacara peringatan proklamasi Kemerdekaan Indonesia. 

 

 

Persembahan Tarian Kreasi dari para pelajar SDN 209 Antapani

 

Tugas utama Paskibra adalah untuk mengibarkan bendera merah putih sewaktu upacara pada hari Isnin atau sewaktu memperingati hari besar Indonesia, seperti hari pendidikan nasional, HUT RI, hari pramuka dan sebagainya. Selain itu, Paskibra juga bertugas untuk mengatur kelancaran upacara bendera di setiap sekolah. Tugas paskibra ini hanya pada lingkup sekolah saja. 

 

Manakala tugas utama Paskibraka adalah untuk mengibarkan dan menurunkan Sang Saka Merah Putih. Anggota Paskibraka biasanya merupakan siswa SMA atau setaraf dari seluruh Indonesia kelas 10 atau 11. Anggota Paskibraka adalah putera-puteri terbaik bangsa, kader pemimpin bangsa yang direkrut atau dipilih secara bertahap dan berjinjang melalui sistem serta mekanisme pendidikan latihan. 

 

Paskibraka pertama kali dibentuk ketika menjelang peringatan HUT RI ke-2 pada 17 Ogos 1946 oleh Major Husein Mutahar. Major Husein Mutahar merupakan seorang ajudan Presiden Soekarno. Pada waktu itu, ajudan Major Husein Mutahar diberi tugas untuk mempersiapkan upacara bendera di Istana Presiden Gedung Agung, Yogyakarta. 

 

 

SDN 025 Cikutra mempersembahkan Paskibra.

 

Selepas mendapat tugas tersebut, Major Husein Mutahar melantik lima orang pemuda sebagai perwakilan daerah untuk melakukan pengibaran bendera pusaka merah putih. Di mana kelima-lima pemuda tersebut terdiri dari tiga perempuan dan 2 orang laki-laki.

 

Nama Paskibraka dulunya ialah Pasukan Pengerek Bendera Pusaka. Namun, penggunaan nama tersebut hanya bertahan sehingga tahun 1972 saja. Selepas itu, pada tahun 1973 berubah menjadi Pasukan Pengibar Bendera Pusaka (Paskibraka). Nama Paskibraka masih digunakan hingga sekarang. Nama tersebut merupakan usulan dari orang kepercayaan Major Husein Mutahar yang bernama Idik Sulaeman. 

 

Pada tahun 1950 sewaktu ibukota negara Indonesia kembali ke Jakarta, Major Mutahar tidak lagi bertugas menangani pengibaran bendera pusaka. Namun, tahun 1967 sewaktu Presiden Republik Indonesia dipegang oleh Soeharto, Major Husein Mutahar kembali dipercayai untuk menjalankan tugas dalam mempersiapkan upacara bendera HUT RI.

 

 

Paskibra SDN 025 Cikutra sewaktu di luar persembahan

 

Pada waktu itu, Major Husein Mutahar dan Idik Sulaeman merumuskan formasi 17-8-45 yang mana formasi tersebut diambil dari tanggal kemerdekaan Indonesia. Kemudian formasi 17-8-45 dibahagi menjadi 3 kumpulan. Ketiga-tiga kumpulan tersebut adalah Kumpulan 17 yang bertugas menjadi pengiring atau pemandu. Kumpulan 8 bertugas sebagai kumpulan inti pembawa dan penggerak bendera. Manakala Kumpulan 45 bertugas sebagai pengawal. Formasi tersebut masih digunakan hingga kini. Adapun tugas anggota Paskibra adalah mengibarkan Bendera Pusaka setiap kali upacara berlangsung, baris-berbaris, mengatur kelancaran upacara bendera di sekolah dan juga menjadi petugas upacara di sekolah. 

 

Persembahan terakhir berupa Tarian Nusantara yang dipersembahkan oleh para pelajar SDN 064 Padasuka, Bandung. Tarian ini merupakan gabungan tarian-tarian Papua, Kalimantan, Jawa Tengah, Jawa Barat, Jakarta dan Sulawesi.

 

Acara kemuncak ialah menandatangani memorandum persefahaman budaya atau MOU antara Dinas Pendidikan Indonesia yang diwakili oleh Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung, Drs H. Bambang Ariyanto, M. PD selaku KABID PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Jajang Hermawan, S.PD, M. M. PD selaku KASI Kurikukum PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Pengawas Dinas Pendidikan Kota Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 209 Antapani, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 025 Cikutra, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 064 Padasuka, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 244 Guruminda, Bandung, dan Kepala Sekolah SD Negeri 190 Cisaranten Kidul, Bandung.

 

 

Persembahan Tarian Nusantara yang dipersembahkan oleh para pelajar SDN 064 Padasuka

 

Manakala delegasi Selangor diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, Encik Ahmad Nazmi bin Razali, Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Seksyen Sektoral, Puan Dr Nadia Widyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Awaludin bin Md Jahid, Setiausaha Eksekutif, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Encik Nuar bin Md Diah, Setiausaha Pertubuhan Media Negeri Selangor, dan Cikgu Zarina Selamat dari Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat.

 

 

Ahmad Nazmi bin Razali, Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bertukar MOU dengan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung

 

Selesai majlis di sini, para delegasi Selangor terus dibawa ke Jakarta untuk menginap di Hotel Santika Premiere Jakarta, Jalan K.S. Tubun, Slipi, Kecamatan Palmerah, Jakarta Barat. Dalam perjalanan ke Jakarta, delegasi Selangor singgah sebentar di Monumen Perjuangan Rakyat Jawa Barat. Bentuk monumen ini hampir menyerupai Monumen Bambu Runcing di Surabaya. Monumen ini merupakan sebuah muzium, di dalamnya terdapat tujuh buah diorama yang menceritakan tentang sejarah perjuangan rakyat

 

Jawa Barat untuk kemerdekaan. Di sini juga ada ruang perpustakaan dan ruang audiovisual jika ingin lebih mendalam mengenali sejarah Jawa Barat. Lokasinya di Jalan Dipati Ukur, Lebakgede, Kecamatan Coblong, Bandung, Jawa Barat.

 

Seterusnya ke Muzium Mandala Wangsit Siliwangi. Menurut Dadang Dabot, di sini banyak tersimpan koleksi senjata bersejarah yang pernah digunakan oleh Pasukan Kodam Siliwangi. Senjata yang disimpan di sini tidak hanya senjata tentera tetapi juga beberapa senjata tradisional yang masih dijaga dengan baik sehingga kini. Berlokasi di Jalan Lembong, Braga, Kecamatan Sumur, diresmikan oleh Kolonel Ibrahim Adjie pada tahun 1966... 

 

 

Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah bertukar MOU dengan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung

 

Tidak ketinggalan, delegasi Selangor singgah sebentar di Gedung Indonesia Menggugat yang dibina pada tahun 1907. Menurut Dadang Dabot, awalnya merupakan rumah warga Belanda sebelum berubah fungsi menjadi Mahkamah Pengadilan Pemerintahan Kolonial Belanda yang digunakan untuk mengadili para pejuang kemerdekaan, termasuk di antaranya Soekarno, Maskoen, Sastromolejono dan juga Sartono. Nama ‘Indonesia Menggugat’ dikenali lantaran peristiwa bersejarah sewaktu Soekarno diadili dan memberontak melalui pembelaan dengan judul ‘Indonesia Menggugat’.

 

Pembelaan tersebut kemudiannya menggegarkan pemerintahan Belanda waktu itu dan menjadi salah satu peristiwa bersejarah yang dikenang hingga kini. Meskipun telah berusia tua, bangunan bersejarah ini masih berdiri kukuh dan selepas beberapa kali berubah fungsi, kini objek wisata sejarah di Bandung ini kerap dijadikan sebagai tepat penyelenggaraan berbagai kegiatan dan acara seni, sosial dan lain-lain lagi.

 

   

Awaludin Md Jahid, Setiausaha Ekskutif Majlis Kebudayaan Negeri Selangor turut bertukar MOU

 

Delegasi Selangor tiba di Jakarta sekitar jam 7.00 malam dan menginap di Hotel Santika Premiere Jakarta, Jalan K.S. Tubun, Slipi, Kecamatan Palmerah, Jakarta Barat.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan