SMAHADZIR
SEORANG ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih badahnya, untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudukk
zahir dan batin,”
Isam bertanya, “Bagaimana wudukk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, ”Wudukk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wuduk dengan air,”
Sementara wudukk batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara:
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riyak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki,”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid,
aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah s.w.t.,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal
mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik,”
“Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama
30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan