SMAHADZIR
SEORANG telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah
menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya.
Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun
pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada
orang itu.
Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,
“Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai
tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?” Seorang dari kaum Ansar telah
menyahut, “Wahai Rasulullah s.a.w., saya sanggiup melakukan seperti kehendak
tuan itu.”
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya
dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, “Lihatlah bahawa orang
ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik
layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa
melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di
rumah kita.”
Lalu isterinya menjawab, “Demi Allah! Sebenarnya daku
tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya
mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?”
Orang Ansar itu pun berkata, “Kalau begitu engkau
tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka.
Apabila saya duduk berbuAl-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang
sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil
berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui
bahawa saya tidak makan bersama-samanya.”
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh
keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar
semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.
Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, meskipun
mereka berada dalam kesusahan.” (Al-Hasy: 9)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan