SMAHADZIR
DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim,
menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. Sebenarnya
hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup
meninggalkan cakap bohong?”
“Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas
itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam,
dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,
berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia
sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah s.a.w.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah s.a.w.
lelaki itu berkata di dalam hatinya: “Berat juga aku hendak meninggalkan apa
yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.”
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat,
hati kecilnya terus mengejek. “Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu
nanti apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. Sanggupkah engkau berbohong
kepadanya” bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia
teringat segala pesan Rasulullah s.a.w dan setiap kali pulalah hatinya berkata:
“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah s.a.w bererti aku telah mengkhianati
janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima
hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan... sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah s.a.w. itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.”
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya
lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut
hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia
telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah s.a.w. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang
soleh dan mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan