SMAHADZIR
SEMASA menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al-Mubarak
tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah s.a.w.
berpesan kepadanya: “Wahai Abdullah, apabila engkau kembali ke Baghdad,
pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku
dan katakan Allah s.w.t. telah redha kepadanya.”
Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada
syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai
mengerjal kan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal
Majusi.
“Wahai Bahramal Majusi, boleh aku tahu apa kebaikan yang
pernah engkau lakukan?” tanya Abdullah setelah bertemu dengan orang yang
dimaksudkan.
“Baru sebentar tadi aku pinjamkan wang kepada orang
dengan faedah yang sedikit.”
“Itu haram hukumnya, ada yang lain?”
“Ya, aku ada empat anak lelaki dan empat anak perempuan.
Maka aku telah mengahwinkan sesama mereka dengan mengadakan jamuan yang besar.”
“Itu juga haram, ada yang lain?”
“Ya, aku ada seorang anak perempuan yang cantik dan tiada
tandingannya. Itu sebabnya aku bernikah dengannya dengan belanja perkahwinan
yang besar. Lebih seribu orang Majusi menghadirnya.”
“Itu juga haram...”
“Oh, baru aku teringat. Seminggu lepas, sewaktu aku
sedang tidur bersama anakku pada waktu malam, datang seorang wanita yang sama
agamanya dengan kamu. Dia datang dan pergi beberapa kali. Aku syak dia seorang
pencuri. Maka aku cuba mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah wanita
tersebut, kelihatan empat anak perempuannya sedang kelaparan.”
“Mereka bertanya, “Ibu adakah makanan untuk kami malam
ini?”
Ibunya lalu menjawab, “Aku malu untuk meminta kepada
selain Allah s.w.t. Tambahan pula kepada musuh Allah s.w.t., orang Majusi itu.”
“Wanita tersebut sedih hingga mengalirkan air mata. Aku
tidak tergamak melihat keadaan mereka. Lantas aku pulang dan membawa makanan
yang banyak. Semua makanan itu aku serahkan kepada wanita malang itu. Mereka
sangat gembira dan aku rasa puas hati.”
“Inilah kebaikan yang telah kau lakukan hingga aku
bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Dan Rasulullah s.a.w. sudah berpesan
kepadaku agar menyampaikan salam kepadamu. Dia juga memberitahu bahawa Allah s.w.t.
telah redha kepadamu, beritahu Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan