Khamis, 12 September 2013

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib


SMAHADZIR

SAIYIDINA ALI BIN ABI THALIB ialah khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu kepada Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dilahirkan di Mekah pada tahun 598. Bapa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, Abu Thalib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saiyidina Ali Bin Abi Thalib merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masehi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.

Semasa berlakunya Perang Badar, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Mekah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Usman dan Saiyidina Abdul Rahman Bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah s.a.w, kekasih yang amat mereka cintai. Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 Masehi, Saiyidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib terus menerima Saiyidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya pelantikan Saiyidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi Khalifah Keempat

Pada tahun 656 Masehi, khalifah ketiga Islam iaitu Saiyidina Uthman Bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saiyidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saiyidina Ali Bin Abi Thalib

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh Saiyidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah s.a.w iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama.

Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair Bin Al-Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali Bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman Bin Affan. Hanya saja Ali Bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali Bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saiyidina Uthman. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kuffah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saiyidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saiyidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saiyidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saiyidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas.

Bagi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saiyidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menyiasat kematian Saiyidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Saad ibn Abi Waqqash, dan Usamah ibn Zaid.

Kesepakatan Pemilihan Khalifah

Sejarah telah mencatatkan bahawa sewaktu Khalifah Uthman Bin Affan meninggal dunia, warga Madinah dan tiga pasukan dari Mesir, Basrah dan Kuffah bersepakat memilih Ali Bin Abi Thalib sebagai khalifah baru. Menurut riwayat, Ali Bin Abi Thalib sempat menolak pelantikan itu. Namun semua mendesak beliau untuk memimpin umat. Pembaiatan Ali Bin Abi Thalib pun berlangsung di Masjid Nabawi. Nama beliau sebenarnya ialah Ali Bin Abi Thalib Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf. Ali Bin Abi Thalib dilahirkan pada tahun 602 Masehi atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib merupakan sepupu dan merupakan menantu Rasulullah s.a.w melalui pernikahannya Fatimah.

Ali Bin Abi Thalib adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Ali Bin Abi Thalib telah dididik di rumah Rasulullah s.a.w dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri jahiliyah. 

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib adalah salah seorang sahabat paling dekat dengan Rasulullah s.a.w. Sewaktu kecil, Nabi Muhammad s.a.w diasuh oleh Abi Thalib, bapa saudaranya yang juga ayah kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Setelah berumah tangga dan melihat Abi Thalib hidup kekurangan, Nabi Muhammad s.a.w memelihara Ali Bin Abi Thalib di rumahnya. Ali Bin Abi Thalib dan Zaid Bin Haritsah - anak angkat Nabi Muhammad s.a.w, adalah orang pertama yang memeluk Islam setelah Khadijah. Mereka selalu solat berjamaah. 

Kecerdasan dan keberanian Ali Bin Abi Thalib sangat menonjol dalam lingkungan Quraisy. Sewaktu masih kanak-kanak, Ali Bin Abi Thalib telah menentang tokoh-tokoh Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali Bin Abi Thalib tidur di tempat tidur Nabi Muhammad s.a.w serta memakai baju labuh yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. 

Pakar Tempur Di Medan Perang

Di medan perang, Ali Bin Abi Thalib adalah pakar tempur yang sangat disegani. Baik di Perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin sering dipuji setelah beliau berjaya menjebol gerbang benteng Khaibar yang menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah haji, Ali Bin Abi Thalib ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan baik. 

Mengenai kecerdasannya, Nabi Muhammad s.a.w pernah memuji Ali Bin Abi Thalib dengan kata-kata: ‘Saya adalah ibukota ilmu dan Ali Bin Abi Thalib adalah gerbangnya.’ Kefasihan bicara Ali Bin Abi Thalib dipuji oleh banyak kalangan. Rasulullah s.a.w kemudiannya menikahkan Ali Bin Abi Thalib dengan puteri bongsunya, Fatimah Az-Zahra. Setelah Fatimah Az-Zahra wafat, Ali Bin Abi Thalib menikah dengan Ashma’, janda yang dua kali ditinggal mati suaminya, yakni Jaafar Bin Abi Thalib dan Khalifah Abu Bakar. 

Sebagai khalifah, beliau mewarisi pemerintahan yang sangat kacau. Juga ketegangan politik akibat pembunuhan Uthman. Keluarga Ummaiyyah menguasai hampir semua kerusi pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada, hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa Al-Asyari saja yang bukan dari keluarga Ummaiyyah. Mereka menuntut Ali Bin Abi Thalib untuk mengadili pembunuh Khalifah Uthman. Tuntutan demikian juga banyak diajukan oleh tokoh lainnya seperti Saidatina Aisyah, juga Zubair dan Thalhah - dua orang pertama yang masuk Islam seperti Ali Bin Abi Thalib. 

Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sukar bagi Khalifah Ali Bin Abi Thalib untuk menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali Bin Abi Thalib telah memecat jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan Bani Ummaiyyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Bani Ummaiyyah. Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah menambahkan lagi semangat kebencian Bani Ummaiyyah terhadap Khalifah Ali Bin Abi Thalib. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali Bin Abi Thalib terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. 

Beberapa orang menuding Ali Bin Abi Thalib terlalu dekat dengan para pembunuh itu. Ali Bin Abi Thalib menyebut pengadilan sukar dilaksanakan sebelum situasi politik reda. Ali Bin Abi Thalib bermaksud menyatukan negara lebih dahulu. Untuk itu, beliau mendesak Muawiyyah Bin Abu Sufyan - Gabenor Syam, yang juga pimpinan keluarga Ummaiyyah untuk segera berbaiat kepadanya. Muawiyyah menolak berbaiat sebelum pembunuh Uthman dihukum. Bahkan Muawwiyah menyiapkan pasukan dalam jumlah besar untuk menentang Ali Bin Abi Thalib. Ali Bin Abi Thalib pun siap menggempur Muawiyyah.

Sejumlah sahabat penting seperti Mughairah, Saad Bin Abi Waqqash dan Abdullah Bin Umar menyarankan kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib agar menunda serangan itu. Begitu juga sepupu Ali Bin Abi Thalib, Ibnu Abbas. Tetapi Ali Bin Abi Thalib berkeras, sehingga Ibnu Abbas mengkritiknya. Ali Bin Abi Thalib segera menyusun pasukan. Beliau berangkat ke Kuffah, wilayah yang masyarakatnya menyokong Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Beliau meninggalkan ibu kota Madinah sepenuhnya, bahkan seterusnya, untuk langsung memimpin perang. Hal yang tidak lazim dilakukan para pemimpin negara. Setahun sudah berlalu, pembunuh Uthman masih belum dihukum. 

Mengundang Kritikan

Langkah ini makin mengundang kritik dari kelompok Aisyah. Aisyah, Thalhah dan Zubair lalu memimpin 30 ribu pasukan dari Mekah. Pasukan Ali Bin Abi Thalib yang awalnya diarahkan ke Syam terpaksa dibelokkan untuk menghadapi Aisyah. Terjadilah peristiwa menyedihkan itu, peperangan antara kaum Muslim. Aisyah memimpin pasukannya dalam tandu tertutup di atas unta. Banyak pasukan juga mengendarai unta. Maka perang itu disebut Perang Jamal (Unta). Sekitar 10 ribu orang terkorban dalam perang sesama Muslim ini. Aisyah tertawan setelah tandunya penuh dengan anak panah. Zubair terkorban dibunuh di Waha Al-Sibak. Thalhah terluka di kaki dan meninggal dunia di Bashrah. 

Kesempatan ini pun dimanfaatkan oleh Muawiyyah. Beliau menggantungkan jubah Uthman yang berlumuran darah serta potongan jari isteri Uthman, di Masjid Damaskus untuk mengetepikan Ali Bin Abi Thalib. Muawiyyah berjaya menarik Amru Bin Ash ke pihaknya. Amru seorang politikus ulung yang sangat disegani. Beliau diiming-imingi menjadi Gabenor Mesir. Abdullah, anak Amru yang soleh, menyarankan ayahnya untuk menolak ajakan Muawiyyah. Namun Muhammad - anaknya yang suka berpolitik - menyarankan Amru mengambil kesempatan. Amru tergoda. Beliau menyokong Muawiyyah untuk menjadi khalifah tandingan. 

Kedua-dua pihak bertempur di Shiffin, hulu Sungai Eufrat di perbatasan Iraq-Syria. Puluhan ribu Muslim terkorban. Di pihak Ali Bin Abi Thalib, korban sebanyak 35 ribu manakala di pihak Muawiyyah seramai 45 ribu. Dalam keadaan terdesak, pihak Muawiyyah bersiasat. Atas usulan Amru, mereka mengikat Al-Quran di hujung tombak dan mengajak untuk ‘berhukum pada Al-Quran’. (Majlis Tahkim).

Pihak Ali Bin Abi Thalib berpecah. Sebahagian berpendapat, seruan itu harus dihormati. Yang lain menyebut itu hanyalah cara Muawiyyah untuk menipu dan menghindari kekalahan. Ali Bin Abi Thalib tetap mengalah. Kedua-dua pihak berunding. Amru Bin Ash di pihak Muawiyyah, Abu Musa - yang dikenali sebagai seorang soleh dan tidak suka berpolitik - di pihak Ali Bin Abi Thalib. Keduanya sepakat untuk ‘menurunkan’ Ali Bin Abi Thalib dan Muawiyyah. Namun Amru kembali mengingkari kesepakatannya. 

Situasi yang tidak menentu itu menimbulkan kemarahan Hurkus - komandan pasukan Ali Bin Abi Thalib yang berasal dari keluarga Tamim. Hurkus adalah seorang yang lurus, berwawasan sempit dan keras. Caranya memandang masalah selalunya ‘hitam- putih’. Dia menganggap Muawiyyah mahupun Ali Bin Abi Thalib telah melanggar hukum Allah. ‘Laa hukma illallah (tiada hukum selain Allah),’ serunya. Pelanggar hukum Allah boleh dibunuh, demikianlah pendapatnya. 

Kelompok Hurkus segera menguat. Orang-orang menyebut kelompok radikal ini sebagai ‘Khawarij’ (barisan yang keluar). Mereka menyerang dan bahkan membunuh orang-orang yang berbeza pendapat dengannya. Pembunuhan berlangsung di beberapa tempat. Mereka berfikir, negara baru akan dapat ditegakkan jika tiga orang yang dianggap penyebab masalah yakni Ali Bin Abi Thalib, Muawiyyah dan Amru dibunuh. 

Hujaj bertugas membunuh Muawiyyah di Damaskus, Amru Bin Abu Bakar bertugas membunuh Amru Bin Ash di Mesir dan Abdurrahman bertugas membunuh Ali Bin Abi Thalib di Kuffah. Muawiyyah yang kini hidup dengan pengawalan ketat seperti seorang raja selamat dari pembunuhan tersebut dan hanya terluka.

Amru Bin Abu Bakar tersilap dalam menjalankan tugasnya, beliau membunuh imam yang menggantikan Amru Bin Ash. Di Kuffah, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sedang berangkat ke masjid ketika diserang dengan pedang. Dua hari kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu terjadi pada Ramadhan 40 Hijrah bersamaan 661 Masehi. Berakhirlah model kepemimpinan Islam untuk negara yang dicontohkan Rasulullah s.a.w. Muawiyyah lalu menggunakan model ‘kerajaan’. Ibu kota pun dipindahkan dari Madinah ke Damaskus.

Perang Jamal

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36 Hijrah atau Disember 657 Masehi yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepadaKhalifah Ali Bin Abi Thalib. Peperangan tersebut berlaku Ali Bin Abi Thalib menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman Bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil.

Ali Bin Abi Thalib yang dikenali dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitulmal. Di samping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali Bin Abi Thalib. Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berjaya mengumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali Bin Abi Thalib.

Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali Bin Abi Thalib turut mengerahkan pasukannya. Kedua-dua pasukan saling berhadapan. Ali Bin Abi Thalib terus berusaha memujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rancangan berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis sewaktu bersama Rasulullah s.a.w dan berperang melawan pasukan kafir. Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali Bin Abi Thalib itu tidak berjaya menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali Bin Abi Thalib, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tidak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali Bin Abi Thalib. Pasukan Ali Bin Abi Thalib berjaya mengalahkan pasukan yang diketuai oleh Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali Bin Abi Thalib memaafkan mereka yang sebelum ini menghunuskan pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirimkan kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali Bin Abi Thalib berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali Bin Abi Thalib yang oleh Rasulullah s.a.w disebut sebagai poros kebenaran.

Politik Khalifah Ali Ibn Abi Talib

* Memecat gabenor 

Apabila Ali dilantik menjadi khalifah, beliau cuba mengembalikan pemerintahan Islam kepada dasar asalnya. Namun, perkara ini kurang disenangi oleh orang ramai khususnya mereka yang dari keluarga Bani Umaiyah kerana mereka berada di tempat yang penting dalam jabatan kerajaan pada ketika itu. Oleh sebab itu, Khalifah Ali telah memecat para gabenor yang dilantik oleh uthman, termasuk beberapa orang gabenor dan melantik penggantinya. Antara gabenor yang dipecat oleh Khalifah Ali adalah Mu’awiyah, gabenor di Syam. Malangnya, gabenor-gabenor yang dilantik oleh Khalifah Ali terpaksa kembali ke Madinah kerana tidak dapat memasuki wilayah-wilayah yang ditugaskan kepada mereka.

* Bayt al-Mal

Memberikan kaum Muslimin bantuan yang diambil daripadaBayt al-Mal seperti yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar As-Siddiq. Pemberian dilakukan sama rata tanpa mengira sahabat yang lebih dahulu memeluk Islam atau sebaliknya. Khalifah Ali telah membuat penyusunan semula dalam bidang kutipan hasil pendapatan negara. Sebelum ini, tanah-tanah yang belum diterokai adalah bebas daripada dikenakan cukai. Namun, selepas itu ia tergolong di antara barangan bercukai. Tanah Bars telah dikenakan cukai pada kadar 4000 dirhams pada setiap tahun. Ketika zaman Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w kuda tidak dikenakan cukai. Namun, pemikiran Khalifah Ali dalam pembiakan kuda-kuda adalah perlu untuk tujuan ketenteraan.

Maka, beliau mengecualikan kuda daripada dikenakan zakat. Walaupun beliau amat ketat dalam hal ehwal kutipan hasil pendapatan negara tetapi kebajikan golongan miskin dan yang tidak berupaya telah dikecualikan daripada cukai. Khalifah Ali juga turut mengatur semula corak pemerintahan untuk mengembalikan kepentingan dan kemaslahatan ummah.
* Pusat pemerintahan di Kuffah

Seterusnya Ali meninggalkan kota Madinah dan menjadikan Kuffah sebagai pusat pemerintahan. Hal demikian kerana, Kuffah merupakan tempat pertemuan berbagai jenis bangsa dan tempat pertemuan pedagang-pedagang dari India, Persia, Yaman, Iraq dan Syam. Malah, Kuffah juga merupakan pusat kebudayaan dan berkembangan pendidikan seperti bahasa, Qiraat, Biografi, Puisi dan Sejarah. Oleh sebab itu, Kuffah amat sesuai dijadikan pusat ibu kota pada zaman pemerintahan Ali.

* Ketenteraan

Khalifah Ali merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam ketenteraan. Beliau menubuhkan banyak jawatan tentera di sepanjang sempadan Syria. Jawatan-jawatan ini membuktikan halangan yang kuat dalam cara Mu’awiyah ketika beliau menyerang Iraq. Tambahan pula, beliau membina kubu-kubu kuat untuk Penbendaharaan Negara dan wanita serta kanak-kanak kerana kaum pemberontak yang melampau. Antara kubu kuatnya adalah Kubu Astakhar. Selain itu, beliau juga telah membina jambatan yang sangat penting bagi menyeberangi sungai Faraat yang membuktikan menjadi satu sempadan dalam operasi ketenteraan.

Kata-Kata Hikmah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib

  • Perkara yang patut ade pada kepimpinan ialah sikap berlapang dada.
  • Orang yang bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruahnya dirinya.
  • Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.
  • Seseorang hamba itu begitu jauh dari Allah s.w.t apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.
  • Takutlah kamu dalam melakukan maksiat kepada makluk Allah s.w.t kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya.
  • Memberikan hujjah kepada si jahil adalah mudah pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujah tersebut. 
  • Letakkan rahsiamu pada seseorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah di maklumkan kepada seribu orang.
  • Jadikanlah umur ibarat wang yang diberikan kepadamu sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.
  • Orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.
  • Orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada didalam lubangnya dua kali.
  • Orang yang paling di kasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu.
  • Menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar menghadapi kemiskinan ialah sifat mulia redha dengan apa yang ada manakala sabar menghadapi kehinaan adalah suatu kelemahan.
  • Sanggup menanggung kesusahan adalah kubur sagala keaiban.
  • Berbuat baiklah kamu kepada keturunan orang lain nescaya terjaga keturunan kamu.
  • Apabila seseorang mukmin barasa malu kepada saudaranya maka ketahuillah bahawa dia telah berpisah darinya.
  • Hendaklah engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar. Tidak beradap sopan denganmu dan menyatakan kesalahanmu dan janganlah engkau memuji sesiapa yang menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu pengampu.
  • Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut.
  • Pilihlah untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah seorang yang adil dan janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim.
  • Cabutlah kejahatan daripada dada (hati) orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan daripada dadamu terlebih dahulu.
  • Menunaikan amanah adalah kunci rezeki.

Ali Bin Abi Thalib Pahlawan Islam Terbilang

Sejarah telah mencatatkan bahawa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah s.a.w serta yang paling dicintai oleh Rasullullah s.a.w bahkan beliau juga seorang manusia luar biasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorang pun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Mula Memeluk Islam

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib termasuk ahli keluarga Rasulullah s.a.w. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali Bin Abi Thalib menjawab, ‘Apa perlunya aku benmesyuarat dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?

Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah s.a.w. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah s.a.w., isterinya Siti Khadijah, Ali Bin Abi Thalib dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah s.a.w. pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah s.a.w. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.

‘Saya rasa tidak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan menolongku?’

Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali Bin Abi Thalib yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, ‘Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu,’ lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Thalib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pernah benkata, ‘Aku telah menyembah Allah s.w.t lima tahun sebelum disembah sesiapa pun dari ummat Muhammad ini.’

Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik pernah berkata, ‘Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abi Thalib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.’

Abu Thalib, bapa saudara Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Thalib itulah atas fikiran. Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Jaafar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali Bin Abi Thalib. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abi Thalib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib banyak mengambil tabiat Rasulullah s.a.w. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya.

Demikian akrabnya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan Rasulullah s.a.w. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah s.a.w. baik pada waktu suka mahupun pada waktu susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah umat Islam.

Menyelamatkan Diri

Tatkala Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah s.w.t bagi menyelamatkan dirinya dari rancangan pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya kemudian hari.

Setelah Rasulullah s.a.w. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah s.a.w. telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, demikian sabdanya, ‘Wahai Ali Bin Abi Thalib, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di akhirat.’

Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah s.a.w. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi.

Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah s.a.w. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Rasulullah s.a.w. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah s.a.w. bersama Saiyidina Ali Bin Abi Thalib seraya baginda bersabda, ‘Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali Bin Abi Thalib yang luka.

Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali Bin Abi Thalib dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.

Tetap Di Samping Rasulullah

Dalam apa juga peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah s.a.w. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.

Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali Bin Abi Thalib kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, ’Tidakkah engkau rela hai Ali Bin Abi Thalib, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa?’

Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Perkataan Rasulullah s.a.w itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda ’Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya’.

Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai pula oleh Allah dan Rasul-Nya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w. lantas mencari-cari Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.

Nyatalah bahawa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tidak ada di situ kenana ketika itu Ali Bin Abi Thalib mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul ‘Panggillah Ali Bin Abi Thalib ke mari menjumpai saya.’ Saiyidina Ali Bin Abi Thalib yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah s.a.w. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu.

Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abi Thalib.

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi.

Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah s.w.t turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tidak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan menunggang kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, ‘Siapa di antara kalian yang berani berlawan dengan aku, silakan!’

Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali Bin Abi Thalib yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah s.a.w. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali Bin Abi Thalib, ‘Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, izinkanlah saya.’

Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menahannya dengan sabdanya, ‘Duduklah engkau hai Ali Bin Abi Thalib! Tidakkah engkau tahu dia Amru.’

Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa.

Namun begitu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap juga mengatakan, ‘Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhirnya Rasulullah s.a.w. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu.

Sebelum Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah s.a.w. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah s.w.t untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali Bin Abi Thalib bertopeng besi lalu disoalnya: ‘Siapa engkau, hai pahlawan?’

Jawapnya, ‘Ali Bin Abi Thalib!’

Tanya Amru lagi, ‘Ali Bin Abi Thalib, anak Abdul Manaf?’

Jawab Ali Bin Abi Thalib, ‘Ali Bin Abi Thalib, anak Abu Thalib.’

Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali Bin Abi Thalib ‘Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah bapa-bapa saudaramu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku.’

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib lalu menjawab, ‘Tetapi aku, demi Allah, tidak benci menumpahkan darahmu.’

Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah beliau hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib lalu berkata, ‘Macam mana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.’

Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya, dicincangnya mukanya supaya tidak boleh lari. Kemudian beliau mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali Bin Abi Thalib Maka Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pun membalas menetak bahu Amru. Beliau tersungkur rebah serta mati di situ juga.

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib lantas memekikkan takbir, ‘Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.

Tugasan Yang Berat

Rasulullah s.a.w. selalu memilih Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah s.a.w. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu.

Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengutuskan pula Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib yang telah mereka kenal sebagai ‘Harimau Padang Pasir’ itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka.

Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu.

Setelah Rasulullah s.a.w. membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, ‘Sejahteralah penduduk Hamdan.’

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang pakar dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai kepakaran yang cukup mengenai hal pengadilan ini.’

Mendengar perkataan Saiyidina Au itu segeralah Rasulullah s.a.w. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah s.a.w. sendiri sambil bersabda, ’Ya Allah, bukalah dada Ali Bin Abi Thalib untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan’.

Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad s.a.w. itu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mahupun pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab selalulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib diajak bermesyuarat dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al-Khattab biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib diajaknya berunding.

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pada zaman hidupnya Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah.

Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasulullah s.a.w.Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah s.a.w.

Pada mulanya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah s.a.w. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar pun selaku pemerintah umat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib di dalam permesyuaratan penting.

Apakala Saiyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar Walaupun diketahui bahawa Umar Al-Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sukar-sukar bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al-Khattab tidak suka merundingkan soal-soal yang sukar tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib .

Setelah kematian Saiyidina Umar Al-Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa’n Namun begitu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah.

Pandangan Berubah

Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu.

Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menuduh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman.

Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan supaya menjaga keselamatan Khalifah.

Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali Bin Abi Thalib mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman beliau telah memukul anaknya Hasan serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman.

Saiyidina Ali Bin Abi Thalib akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah s.a.w. sudah berselerak di pelosok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja. Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w., Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar Al-Khattab Tetapi keadaan masyarakat dan umat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam.

Cita-cita Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk membawa kembali dasar pemerintahan umat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan dan Umar telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman yang menuduhnya bertanggungjawab dalam peristiwa pembunuhan itu.

Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu perbalahan yang sengit antara dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antara sesama umat Islam.

Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Sedang Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali Bin Abi Thalib dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

Sejarah Islam

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad Bin Abdullah atau Rasulullah s.a.w di Gua Hira’, Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang. Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masehi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 Masehi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia Pertama, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi. Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masehi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah Bin Abdul Muttalib meninggal dunia semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah Binti Wahab meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun.

Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Thalib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.

Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan di Gua Hira’.

Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah. Pada tahun 622 Masehi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam terkorban. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.

Khulafa Al-Rasyidin

  • 632 Masehi - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah Al-Kazzab.
  • 633 Masehi - Pengumpulan Al-Quran bermula.
  • 634 Masehi - Kewafatan Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635 Masehi - Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636 Masehi - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637 Masehi - Mesir ditawan.
  • 638 Masehi - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640 Masehi - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644 Masehi - Saiyidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saiyidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645 Masehi - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646 Masehi - Kempen menentang Byzantium.
  • 647 Masehi - Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan dan diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantium. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648 Masehi - Pemberontakan menentang pemerintahan Saiyidina Uthman.
  • 656 Masehi - Saiyidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kuffah. Perang Siffin meletus.
  • 659 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia kerana dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Saiyidina Hasan (cucu Rasulullah s.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 umat Islam menggantikan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.
  • 661 Masehi - Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saiyidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saiyidina Hasan di Kuffah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saiyidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Ummaiyyah) dari Daulah Ummaiyyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dan lain-lain.

Kerajaan Bani Ummaiyyah

  • 661 Masehi - Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
  • 670 Masehi - Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677 Masehi - Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas  Konstantinopel.
  • 680 Masehi - Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saiyidina Hussein.
  • 685 Masehi - Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700 Masehi - Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711 Masehi - Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712 Masehi - Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713 Masehi - Penaklukan Multan.
  • 716 Masehi - Serangan ke atas Konstantinopel.
  • 717 Masehi - Umar Bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725 Masehi - Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749 Masehi - Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kuffah, Iraq di tangan tentera Abbasiyyah.
  • 750 Masehi - Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah

  • 752 Masehi - Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
  • 755 Masehi - Pemberontakan Abdullah Bin Ali Bin Abi Thalib. Pembunuhan Abu Muslim.
  • 756 Masehi - Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
  • 763 Masehi - Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
  • 786 Masehi - Harun Al-Rashid menjadi Khalifah.
  • 792 Masehi - Serangan ke atas selatan Perancis.
  • 800 Masehi - Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
  • 805 Masehi - Kempen menentang Byzantium. Penawanan Pulau Rhodes  dan Cyprus.
  • 809 Masehi - Kematian Harun Al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
  • 814 Masehi - Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.
  • 1000 Masehi - Masjid Besar Cordoba siap dibina.
  • 1005 Masehi - Multan dan Ghur ditawan.
  • 1055 Masehi - Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
  • 1085 Masehi - Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
  • 1091 Masehi - Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
  • 1095 Masehi - Perang Salib pertama berlaku.
  • 1099 Masehi - Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
  • 1144 Masehi - Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
  • 1187 Masehi - Salahuddin Al-Ayyubi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
  • 1194 Masehi - Tentera Muslim menawan Delhi, India.
  • 1236 Masehi - Tentera Kristian tawan Cordova (di Sepanyol).
  • 1258 Masehi - Tentera Mongol menyerang dan memusnah-kan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah - Seljuk.
  • 1260 Masehi - Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Mekah dan Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Empayar Turki Uthmaniyyah

  • 1243 Masehi - Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
  • 1299 Masehi - Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
  • 1301 Masehi - Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
  • 1345 Masehi - Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
  • 1389 Masehi - Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
  • 1402 Masehi - Timurlane, Raja Tartar (Mongol) telah berjaya menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
  • 1451 Masehi - Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi pemerintah.
  • 1453 Masehi - Konstantinopel ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Berakhirnya Empayar Byzantium.
  • 1520 Masehi - Sultan Sulaiman Al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
  • 1526 Masehi - Perang Mohacs
  • 1529 Masehi - Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
  • 1571 Masehi - Perang Lepanto berlaku.
  • 1641 Masehi - Pemerintahan Sultan Muhammad IV
  • 1683 Masehi - Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
  • 1687 Masehi - Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
  • 1703 Masehi - Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
  • 1774 Masehi - Perjanjian Kucuk Kaynarca.
  • 1792 Masehi - Perjanjian Jassy.
  • 1793 Masehi - Sultan Selim III mengumumkan ‘Pentadbiran Baru’.
  • 1798 Masehi - Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
  • 1804 Masehi - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
  • 1815 Masehi - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
  • 1822 Masehi - Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
  • 1826 Masehi - Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
  • 1829 Masehi - Perjanjian Adrianople.
  • 1830 Masehi - Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
  • 1841 Masehi - Konvensyen Selat.
  • 1853 Masehi - Bermulanya Perang Crimea.
  • 1856 Masehi - Berakhirnya Perang Crimea.
  • 1876 Masehi - Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
  • 1878 Masehi - Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
  • 1908 Masehi - Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda telah ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah pun dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
  • 1912 Masehi - Perang Balkan pertama.
  • 1913 Masehi - Perang Balkan kedua.
  • 1914 Masehi - Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
  • 1919 Masehi - Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
  • 1923 Masehi - Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisyti-harkan sebagai sebuah Republik.
  • 1924 Masehi - Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Khulafa Al-Rasyidin

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifahsebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat iaitu:

  1. Saiyidina Abu Bakar, 632-634 Masehi
  2. Saiyidina Umar Al-Khatab, (Umar Al-Farouk) 634-644 Masehi
  3. Saiyidina Uthman Affan, 644-656 Masehi
  4. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, 656-661 Masehi

Selepas kematian Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib dan Umar Bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.

Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib

Setelah ayahnya, Ali Bin Abi Thalib, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali Bin Abi Thalib telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Umar Bin Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar Al-Farouk, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar Al-Farouk (Saiyidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah.

Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin. Namun begitu para ulama bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saiyidina Abu Bakar menimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan  Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saiyidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saiyidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sebagai khalifah kerana Saiyidina Ali Bin Abi Thalib antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib membaiahkan Saiyidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saiyidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al-Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantium. Beliau meninggal dunia pada tahun 634.

Khalifah Umar Al-Khatab

Semasa pemerintahan singkat Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar merupakan penasihat Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 Masehi. Dengan itu Saiyidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Semasa pemerintah Saiyidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi  (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin,  Syria,  Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantium (Rom Timur). Pada tahun  638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Saiyidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kuffah dibina. Saiyidina Umar meninggal dunia pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah.

Khalifah Uthman Affan

Saiyidina Uthman menjadi khalifah selepas Saiyidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Saiyidina Uthman meninggal dunia pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.

Khalifah Ali Bin Abi Thalib

Pada tahun 656 Masehi, khalifah ketiga Islam iaitu Saiyidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan pengikut Aishah Binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

Garis Masa Khulafa Al-Rasyidin

Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemerintahan khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.

Kronologi Khulafa Al-Rasyidin

  • 632 Masehi - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Abu Bakar  dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
  • 633 Masehi - Pengumpulan Al-Quran bermula.
  • 634 Masehi - Kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar Al-Khatab  dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
  • 635 Masehi - Penawanan Madain.
  • 636 Masehi - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637 Masehi - Mesir ditawan.
  • 638 Masehi - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640 Masehi - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644 Masehi - Saiyidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saiyidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645 Masehi - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646 Masehi - Kempen menentang Byzantium.
  • 647 Masehi - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantium. Empayar Parsi ditumpaskan.
  • 648 Masehi - Pemberontakan menentang pemerintahan Saiyidina Uthman.
  • 656 Masehi - Saiyidina Uthman meninggal dunia akibat dibunuh. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kuffah. Perang Siffin meletus.
  • 659 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menawan kembali Hijaz  dan  Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai  khalifah Damsyik.
  • 661 Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Muawiyah mengasas-kan Kerajaan Bani Ummaiyyah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan