Khamis, 12 September 2013

Akhlak Wanita Solehah


SMAHADZIR

AKHLAK atau moral tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap insan di muka bumi ini. Seseorang insan itu dapat kita bezakan dengan melihat kepada tingkahlaku serta amalan yang juga mencerminkan akhlaknya. Baik atau buruk akhlak seseorang insan itu bergantung kepada apa yang dikerjakannya. Jika amalan yang dikerjakan itu baik, maka baiklah akhlaknya. Tetapi jika sebaliknya, maka tercelalah akhlaknya. Malah, akhlak diperlukan supaya dapat mengatur hidup yang lebih baik.

Dengan adanya akhlak, seseorang insan itu dapat mengangkat darjatnya dalam kalangan masyarakat terutamanya dapat memelihara darjat agamanya itu sendiri. Selain itu, dapat menjalankan rutin seharian mengikut garis panduan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t seperti yang termaktub di dalam Al-Quran dan al-hadis. Agama Islam merangkumi akidah, syariat dan roh akhlak. Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak lagi bernyawa. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Islam itu akhlak yang baik,” dan sabda baginda lagi, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.”

Pengertian Akhlak

Akhlak dari segi bahasa adalah berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam: 4)

Akhlak dari segi istilah adalah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ahli falsafah Islam yang terkenal Ibn Miskawaih mentakrifkan: “Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.”

Menurut Imam Ghazali r. a. ada mengatakan bahawa akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Menurut Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan as-sunnah yang menjadi pegangan hidup bagi setiap umat Islam bagi segala urusan di dunia mahupun di akhirat. Kedua-dua sumber ini berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t serta berpandukan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, akhlak dapat didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkahlaku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Kategori Dan Skop Akhlak

Akhlak dalam Islam dapat dikategorikan kepada dua iaitu: Akhlak mahmudah yang merupakan akhlak yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan akhlak dari segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia tidak kira kecil mahupun besar sesuatu perkara itu. Ini dapat diperlihatkan seperti beriman kepada Allah s.w.t, sabar, memelihara pancaindera dari perkara-perkara keji, serta lain-lain sifat yang menggambarkan akhlak mahmudah.

Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t sebagai contoh melaksanakan perintahNya seperti yang telah digariskan dalam Al-Quran dan al-hadis iaitu sebagai seorang insan beragama Islam diwajibkan supaya mengerjakan solat.

Namun begitu, masih ada akhlak yang berlawanan dengan akhlak terpuji ini iaitu akhlak mazmumah seperti yang kita sedia maklum sebagai akhlak yang keji dan cela. Akhlak mazmumah yang disebutkan di sini adalah segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak seperti mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu sama ada dari segi penyembahan mahupun kepercayaan. Sifat mazmumah pula dikatakan sebagai sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t serta meninggalkan suruhan-Nya.

Skop akhlak pula terbahagi kepada empat iaitu: Akhlak dengan Allah s.w.t merupakan beriman, beribadah, mengesakan, takut, cinta, redha dan ikhlas, bertaubat serta bersyukur kepada Allah. Kita sebagai Muslim wajib mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan serta terhindar daripada sifat-sifat kekurangan.

Namun, kita juga bukan sekadar mempercayai bahawa adanya Allah tetapi perlu tunduk dan patuh dengan segala suruhan-Nya serta meningggalkan laranga-Nya. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk tunduk dan beribadah kepada-Ku.” (Surah al-Zariyat: 56)

Selain itu, perasaan takut itu wajib ada dalam diri kita terhadap Allah. Perasaan ini terbahagi kepada dua iaitu takut den bertakwa kepada Allah dengan menjalankan perintah-Nya. Seterusnya, takut kerana seksaan azab api neraka yang telah dijanjikan oleh-Nya kepada manusia yang mengingkari suruhun-Nya.

Malah, kita diperintahkan supaya mencintai Allah s.w.t dengan cara mentaatiNya, mendahulukan perintah-Nya dari perintah hawa nafsu kita yang selalu mengejar duniawi sampaikan mengabaikan amalan yang akan kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kepercayaan kepada qadak iaitu jangka yang tertentu dan qadar iaitu ketentuan Allah mewajibkan kita supaya redha dan ikhlas dalam menerimanya. Sama ada suka mahupun tidak sesuatu yang telah ditetapkan itu, ketentuan Allah itu pasti akan terjadi juga.

Kembali kepada Allah iaitu kembali taat kepada Allah s.w.t dengan cara bertaubat kepadaNya setelah terpesong dari landasan yang sepatutnya menjadi garis panduan dalam kehidupan kita di muka bumi ini. Fitrah manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan demi kesalahan sehingga terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Namun, sebelum terlambat mohonlah keampunan kepadaNya kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Akhir sekali, bersyukurlah ke atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita dengan menggunakan segala nikmat itu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t seperti menggunakan nikmat tubuh badan yang sihat untuk terus melakukan ibadah fardhu ain dan berusaha memperbanyakkan amal ibadah sunat.

Akhlak manusia kepada Rasulullah s.a.w. merupakan beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu percaya bahawa baginda adalah utusan dari Allah kepada kita dan kita wajib mengikuti sunnahnya. Barang siapa yang melanggar atau tidak mahu mengikuti sunnah baginda, maka terbatallah akidahnya. Kita juga wajib mencintai baginda serta memuliakannya dengan berselawat ke atasnya, serta memuliakan keluarga dan para sahabat baginda seperti sabdanya yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang diantara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhlak manusia sesama manusia terdiri daripada akhlak kita dengan diri sendiri iaitu kita perlu mempunyai iman yang mantap dan akhlak yang mulia dan segera menunaikan perintah Allah dan mempelajari ilmu pengetahuan.

Akhlak kita terhadap ibu bapa pula merupakan satu ibadah dengan mentaati mereka sementara mereka masih hidup seperti bercakap dengan menggunakan bahasa yang indah serta berlemah-lembut dalam pertuturan. Jangan kita lupa untuk taat kepada mereka walaupun mereka telah tiada di muka bumi ini lagi. Kita sebagai seorang anak boleh mendoakan mereka, menziarahi kubur dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.

Akhlak kepada anak-anak merupakan peranan ibu bapa dalam mendidik mereka supaya mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Ibu bapa juga merupakan contoh ikutan kepada anak-anak mereka dari segi perbuatan, pertuturan dan akhlak.

Akhlak suami isteri berperanan dalam pembangunan institusi kekeluargaan. Keutamaan tanggungjawab isteri adalah melaksanakan peranan khusus, sesuai dengan tabiat kewanitaannya seperti mengurs rumah tangga, mendidik anak-anak dan seumpanya. Manakala, si suami berperaan dalam mencari nafkah untuk menyara keluarganya, memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak dari cabaran sebarang kesulitan. Kerjasama kedua-dua pihak ini dapat memberi kesan yang baik untuk melahirkan anak-anak yang soleh juga dapat merasakan kenikmatan di dalam kehidupan berkeluarga.

Akhlak kepada guru juga penting kerana guru ialah orang yang memberikan ilmu pengetahuan kepada kita dan kita perlu mneghormatinya. Ini dapat dibuktikan lagi apabila martabat seorang guru diangkat oleh Allah. Dengan kata lain, sekiranya kita menyakiti perasaan guru itu, kita tidak dapat keberkatan terhadap ilmu yang telah kita pelajari.

Akhlak manusia kepada masyarakat atau jiran menjadi satu kewajipan ke atas manusia Muslim. Mewujudkan hubungan baik sesama jiran adalah digalakkan dalam agama Islam. Perhubungan ini boleh dijalinkan seperti mengamalkan sikap ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat. Ini kerana jiran merupakan peranan penting sehingga kadangkala melebihi peranan keluarga kita sendiri yang berada jauh daripada kita.

Akhlak dengan alam pula di mana Allah telah menganugerahkan segala isi alam ini kepada manusia supaya manusia dapat menjalankan tugas sebagai khalifah di dunia dengan lebih baik. Ia juga melatih manusia itu untuk menjadi seorang insan yang prihatin terhadap alam sekeliling dalam memelihara alam ini dari kemusnahan mahupun kerosakan. Sebagai contoh, badan-badan yang berkaitan perlu memelihara haiwan liar dari terus menjadi buruan manusia yang tidak bertanggungjawab supaya dapat memelihara populasinya.

Pembentukan Akhlak

Iman, ilmu dan amal merupakan faktor penting dalam pembentukan akhlak. Pembentukan akhlak ini perlulah melalui beberapa peringkat seperti: Sebelum berumah tanggga merupakan titik permulaan dalam pembentukan akhlak. Pembentukan keluarga yang baik dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek duniawi mahupun ukhrawi. Oleh itu, sebelum melangkah ke alam berumah tangga kita perlu membuat pilihan terlebih dahulu terhadap pasangan hidup sama ada calon isteri mahupun suami.

Syarat-syarat yang telah digariskan sebagai panduan bagi pemilihan pasangan dalam Islam adalah seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau memilih yang beragama, itulah pilihan yang terbaik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semasa perkahwinan, suami isteri haruslah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya. Perasaan kasih sayang hendaklah sentiasa dipupuk kerana dengan adanya perasaan ini, kehidupan berumah tangga akan lebih tenang dan tenteram. Malah, perceraian dapat dielakkan juga. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, diberi galakan untuk selalu memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada bayi di dalam kandungan. Dengan cara ini, jiwa bayi yang masih kosong itu telah diisi dengan sesuatu yang bermakna dan dalam masa yang sama proses pembentukan akhlak yang mulia juga telah terjadi tanpa kita sedari.

Kanak-kanak juga perlu diberikan pendidikan yang seimbang seperti pendidikan keimanan yang menjadi asas utama. Pendidikan ini memerlukan ibu bapa dalam memberikan panduan dalam memupuk keimanan dalam diri anak-anak. Mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya menyembah Allah yang Esa dengan cara mengajar anak-anak untuk menunaikan solat fardhu sejak mereka kecil lagi.

Remaja menurut kamus dewan bermaksud dewasa atau sudah akil baligh yang membolehkan mereka berfikir dengan menggunakan kewarasan akal sebelum melakukan sesuatu tindakan itu. Zaman remaja merupakan masa yang paling mencabar dan di sinilah iman, ilmu dan akhlak sangat diperlukan. Jika iman tidak diisi sepenuhnya dalam jiwa golongan remaja, mereka barangkali terjerumus dalam persekitaran dunia yang tidak sihat ini. Mereka mungkin boleh terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti lumba haram, pergaulan bebas dan banyak lagi. Sekiranya iman itu ada dalam jiwa setiap remaja, perkara seperti ini dapat dibendung daripada berlaku serta agama Islam akan terpelihara.

Pelaksanaan ibadat penting dalam Islam bukan sahaja sebagai bukti kepatuhan kepada Allah s.w.t tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang Muslim apabila ibadah itu dilaksanakan mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Antara ibadah utama adalah: Penghayatan Al-Quran dapat mendidik dan melembutkan hati serta menjadi panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan berdasarkan cara hidup Islam. Dengan adanya penghayatan ini juga, manusia dapat memahami peranan yang sebenar disebalik kejadian sesuatu perkara yang Allah telah jadikan. Contohnya, peranan kejadian manusia di muka bumi ini adalah supaya manusia beribadah kepada Allah s.w.t.

Penghayatan rukun-rukun Islam terdiri daripada lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah yang membawa maksud meyakini bahawa tiada tuhan yang boleh disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan-Nya kepada kita. Solat fardhu pula dapat mendisiplinkan kita dalam menepati waktu. Zakat diwajibkan kepada kita bertujuan untuk membersihkan diri dari dosa serta mengangkat nilai individu dan masyarakat ke darjat yang lebih tinggi.

Ibadah puasa melatih kita untuk menahan lapar dan dahaga juga melatih kita untuk melawan nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang ditetapkan. Haji diwajibkan kepada semua manusia akan tetapi ia lebih tertumpu kepada insan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ia bertujuan mendidik jiwa kita supaya sentiasa berkorban, berjimat dan memupuk nilai kasih sayang kerana Allah s.w.t

Mengerjakan amalan sunat dapat membantu dalam menyempurnakan amalan fardhu. Sebagai contoh, solat sunat dapat menampung solat fardhu yang kadang kala kita lalai dalam mengerjakannya kerana sibuk dengan duniawi. Istiqamah dalam beramal membawa erti kepada amalan yang dilakukan itu biarlah sedikit tetapi istiqamah berlawanan dengan amalan yang dilakukan banyak hari ini tetapi semakin hari semakin berkurangan.

Rasulullah s.a.w. sebagai Uswah Hasanah adalah baginda menjadi contoh ikutan kepada Muslim kerna keperibadian baginda yang terpuji. Baginda yang bersifat maksum, tidak mempunyai sifat-sifat yang tercela. Malah, akhlak baginda adalah akhlak yang mulia. Mencontohi para sahabat kerana mereka mendapat bimbingan secara langsung daripad Nabi berbanding dengan kita yang hanya mengikutnya berdasarkan sunnahnya.

Muhasabah diri adalah dengan memerhatikan kekurangan yang ada dalam diri kita dan berusaha untuk mengatasi kekurangan itu dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Didikan dan latihan merujuk kepada akhlak iaitu akhlak seseorang itu dapat dibentuk sekiranya diberi didikan dan mendapat latihan yang secukupnya daripada pendidik yang berkualiti. Namun begitu, haruslah kita ingat bahawa pendidikan itu bermulanya dari rumah yang sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa.

Cabaran Pembentukan Akhlak

Masih ada cabaran yang menjadi penghalang dalam pembentukan akhlak ini terdiri daripada cabaran dalaman dan luaran. Cabaran dalaman iaitu melalui serangan pemikiran seperti apa yang telah dilakukan oleh orang Barat dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan mengakatakan bahawa tidak ada agama yang berperanan dalam memperbaiki atau mengubah tamadun.

Manakala melalui syaitan dan hawa nafsu pula ialah hasutan atau godaan daripada syaitan yang menghalang manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dengan menghasut untuk melakukan sebarang bentuk kejahatan. Akhir sekali, lemahnya jiwa merupakan cabaran yang paling besar kerana apabila manusia dilanda kelemahan iman, ia akan mudah terjerumus ke dalam konteks dosa dan melakukan perkara-perkara keji.

Cabaran luaran seperti perancangan penjajah dan salibiah dalam menjatuhkan umat Islam dengan hanya meletakkan segelas arak dengan wanita cantik cukup untuk melalaikan umat Islam. Manakala, adat meletakkan mas kahwin yang tinggi iaitu tidak mengikut cara Nabi telah menyukarkan kembali pihak lelaki dan akibatnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti penzinaan.

Jalan Penyelesaian

Jika seseorang itu beriman, ia dapat memahami siapa penciptanya, tujuan dan peranan ia diciptakan, serta ke mana ia akan pergi. Kepentingan mengenali semua ini adalah untuk memahami tujuan peranan penciptaannya, justeru ia akan tahu menilai dirinya dan menjadikan potensi dirinya untuk melakukan kebaikan bukan kepada dirinya sahaja tetapi terhadap orang lain juga.

Manakala, ibadat pula menjadi banteng pertahanan untuk menangkis godaan syaitan serta hawa nafsu. Ibadah yang sempurna lahir dari iman yang mantap kepada Allah s.w.t. Akhir sekali, ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak. Anak adalah amanah Allah yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Oleh itu, bimbingan dan didikan agama perlu diberikan agar anak-anak dapt menjadi seorang insan yang berjaya dari segi akhlaknya.

Sesungguhnya pembentukan akhlak perlu dititik beratkan dalam kehidupan setiap Muslim. Dengan adanya akhlak, seseorang itu akan dipandang mulia terutamanya di sisi masyarakat setempat. Jika kita beramal dengan akhlak yang mulia, maka kita akan dapat menikmati keindahan kehidupan ini. Malah, ia dapat menaikkan darjat agama Islam pada pandangan mata agama-agama lain.

Menjadi Manusia Mulia

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barangsiapa ingin menjadi orang yang paling mulia, hendaklah ia bertakwa kepada Allah s.w.t. Barangsiapa ingin menjadi menjadi orang yang paling kuat, hendaklah ia bertawakal kepada Allah s.w.t. Barangsiapa ingin menjadi orang paling kaya, hendaklah ia menjadikan sesuatu yang ada di tangan Allah lebih percaya daripada yang berada di tangannya.” 

Dalam hadis ini Rasullullah s.a.w menunjukkan jalan kemuliaan serta jalan kebenaran yang pelbagai maksud kandungannya. Baginda menunjukkan bahawa jalan menuju kemuliaan dengan bertakwa kepada Allah. Takwa kepada Allah s.w.t merupakan pintu segala larangan. Manusia menjadi mulia kerana beberapa keutamaan serta ia diangkat kerana kebiasaannya melakukan perkara-perkara ini. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai perkara-perkara yang bernilai tinggi dan mulia serta Dia membenci perkara-perkara yang hina.” 

Kekuatan berada dalam kebenaran dan kebenaran mempunyai kemuliaan kerana Allah s.w.t, tidak menerima kezaliman bagi diri-Nya, sedangkan Dia berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia menjadi Penjaminnya. Apabila Islam (besandarkan Al-Quran dan sunah Rasul) telah menganjurkan setiap Muslim perlu meraih segala kekuatan, maka sesungguhnya ia teah menggambarkan (disamping mempercayai dan bertawakal penuh kepada Allah) semua jalan ke arah perkara tersebut seperti bekerja, berusaha dan bergerak. 

Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu.” (Surah al-Anfaal: 60)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang beriman kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman yang lemah di setiap kebaikan. Bergegaslah (untuk menjadi tamak) atas segalasesuatu yang berguna bagi kamu serta mintalah pertolongan Tuhanmu dan janganlah kamu lemah.” 

Kekayaan dan harta yang dapat menakluk kebaikan serta mengawasi kemakrufan juga merupakan salah satu sebab wujudnya kekuatan dan kemuliaan iaitu kekuatan bagi Islam dan kemuliaan bagi orang-orang Muslim. Oleh itu jalan untuk menuju ke sana (sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w) bukanlah dengan kesombongan dan bukan pua dengan menakluki keseluruhannya atau mengikut hawa nafsu.

Akan tetapi jalannya (sesuai dengan sabda yang indah itu) dengan menjadikan kepercayaan seorang hamba terhadap sesuatu yang berada di tangan Allah itu lebih kuat daripada yang berada di tangannya sendiri. Dengan itu, yang dikategorikan sebagai percaya adalah kepercayaan kepada Allah dan yakin erhadap kekuasan-Nya serta terhadap bimbingan kemuliaan-Nya. 

Dengan demikian, iman adalah jalan menuju ke rah kemuliaan. Ia adalah satu-satunya jalan menuju kesana (kemuliaan) . Maka barangsiapa beriman kepada Allah, menganut Islam dengan segala niat serta perbuatannya berdasarkan wahyu dan jalan keimanan, nescaya ia akan dimuliakan di dunia dan akhirat kelak. 

Allah s.w.t telah berfirman dalam kitab-Nya: “Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang beriman tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.” (Surah al-Munaafiquun: 8)

Harta Yang Paling Baik

Dari Rasulullah s.a.w, bahawa baginda bersabda: “Celakalah bagi emas! Celakalah bagi perak! Celakalah bagi emas! Celakalah bagi perak!” Rasulullah s.a.w ditanya oleh para sahabatnya: “Harta apakah yang kami peroleh?” Baginda menjawab: “Lisan yang berzikir, hasil yang bersyukur dan isteri yang menentukan agama kalian.” 

Dari Abu Dzar al-Ghiffari r.a., bahawa ia berkata pada hari ketika seluruh anugerah diperintahkan untuk dinafkahkan dalam bentuk sedekah dan untuk memenuhi keperluan keluarga: “Sesungguhnya sahabat baikku menyuruhku untuk memilih antara emas atau perak yang berada padanya yang merupakan titipan sahabatnya. Kemudian ia menemui pemiliknya di jalan Allah.” 

Dalam hadis yang mulia ini Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa salah satu konsep dasar Islam adalah terdiri di atas dasar cinta dan persaudaraan. Dalam ajaran Islam harta mempunyai peranan penting dalam kehidupan sosial yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu yang memberikan faedah kepada umum bagi golongan orang Islam. Peranan tersebut menolak dalam menguasai harta bagi glongan tertentu serta menolak eksploitasi mereka terhadap beberap sumber umum. 

Tidak diragukan lagi, bahawa mengutamakan dan mengumpul harta menjadi sebab utama lumpuhnya pusingan ekonomi secara kebiasaannya yang bertempatkan daam aspek sosial yang menhendaki kegunaan yang meluas. Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksaan yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam mereka, perut dan punggung mereka (lalu dikatakan ) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kau simpan untuk kamu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah: 34-35)

Hikmah yang terkandung dalam pengharaman mengumpulak harta dan segala kesan negatif yang timbul dari mencintai kekayaan di antara orang-orang kaya, adalah sebagaiman yang difirmankan Allah s.w.t dalam kitab-Nya: “Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu...” (Surah Al-Hasyr: 7)

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Andainya aku seperti seseorang yang mempunyai emas, nescaya perkara tersebut menyenangkanku tidak ebih dari tiga malam. Apabila aku mempunyai sedikit emas tersebut, maka aku khususkankan untung hutang.” 

Walaupun demikian, Rasulullah s.a.w tidak berhenti untuk meyeru kepada orang-orang Islam agar menafkahkan harta mereka pada jalan yang benar iaitu jalan yang sesuai dengan kandungaan Islam yang diserukan di dalam Al-Quran. Baginda membenci perbuatan mengumpulkan harta, baik harta itu miliknya sendiri, milik keluarga, para sahabat terdekat atau milik kumpulan orang-orang Islam. 

Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) . sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Surah Ali ‘Imraan: 92)

Dalam beberapa kejadian dalam perjalanan hidup Rasulullah s.a.w, terdapat banyak cerita yang meriwayatkan keteguhan Rasul pada konsep-konsep yang telah baginda lakukan. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w pergi menziarahi puterinya, Fathimah r. a kemudian baginda melihat di tangan Fathimah terdapat gelang dari perak. Lalu baginda pulang tanpa masuk terlebih dahulu.

Perbuatan baginda telah membuatkan Fathimah sedih hingga ia menangis. Fathimah mengirim surat untuk bertanyakan apa yang menyebabkan sehingga baginda s.a.w berbuat demikian. Setelah ia mengetahui bahawa baginda marah disebabkan gelang yang dilihatnya, maka ia bergegas megirimkan gelang tersebut kepada baginda untuk dijual dan wangnya disedekahkan. Kemudian baginda baginda s.a.w pergi menemui Fathimah, seraya berkata dengan kelembutan: Sesungguhnya kamu telah berbuat kebaikan. 

Menurut Rasulullah s.a.w, perlu adanya perbezaan antara menumpuk yang diharamkan dengan menyimpan yang rasional untuk inventasi. Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang hidup secara berhemat, nescaya Allah memperkayanya. Barangsiapa yang hidup dengan menhambur-hamburkan harta, nescaya Allah memfakirkannya.” 

Betapa mulia dan zuhudnya Rasulullah s.a.w, di mana baginda bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku menawarkan kepadaku supaya Dia menjadikan lembah Mekah menjadi emas. Lalu aku berkata: Tidak, wahai Tuhanku akan tetapi jadikanlah aku lapar satu hari dan kenyang satu hari. Adapun hari di mana aku lapar, maka aku merendahkan diri dan memohon kepada-Mu. Sedangkan hari di mana aku kenyang, maka aku memuji-Mu.” 

Saling Mengasihi Dan Mencintai

Dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: “Perumpamaan orang-orang yang beriman daam saling mengasihi, saling mencintai dan saling menolong di antara mereka adalah seperti satu tubuh yang apabila satu anggota tubuhnya sakit, terasalah semua anggota tubuh yang lainnya (ikut sakit) sehingga tidak dapat tidur atau sehingga demam panas.” 

Dengan seruan ini Rasulullah mengajak umat Islam untuk saling mengasihi, saling menolong dan saling menyayangi sehingga seruan tersebut menjadikan urusan mereka seperti satu tubuh. Keadaan mereka dalam persaudaraan sebagaimana keadaan pada tubuh yang apabila salah satu bahagian tubuh mengeluh, maka anggota tubuh lain akan merasa kesakitannya dan menolong untuk menanggung serta mengatasi penyakit tersebut. 

Rasulullah s.a.w menyarankan kepada umatnya supaya bersatu dan bersepakat sehingga mereka menjadi kuat. Tidak ada jalan untuk menuju kepada bersatu melainkan dengan pemerhatian yang bijaksana berdasarkan unsur yang berbeza, dimulai dengan tujuan yang sebenar lantas mepersiapkan alirannya. 

Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..” (Surah Ali Imran: 103)

Allah berfirman dalam surah yang lain: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara kerana itau damaikanlah antara kedua saudaramu...” (Surah Al-Hujuraat: 10)

Allah berfirman pula: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa serta janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran...” (Surah Al-Maidah: 2)

Firman-Nya pula dalam surah yang lain: “Muhammad itu adlah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhdap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...” (Surah Fath: 29)

Dalam ayat-ayat ini dan ayat-ayat yang lain masih banyak contoh tentang golongan yang bersatu. Bagaimana yang dikehendaki umat Islam secara berperingkat yang mengarah kepada nilai-nilai tersebut. 

Bolehkah umat Islam membangunkan kasih sayang mereka dan saling tolong-menolong dalam kalangan mereka? Sememangnya dalam satu tubuh yang di dalamnya terdapat perasaan dan anugerah dengan wahyu Ilahi dan fitrah yang diilhamkan kepada umat manusia. Rasulullah s.a.w telah menggambarkan jalan yang terang tentang perkara tersebut. Baginda menggambarkannya dengan perbuatan dan ucapannya. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu dan berburuk-sangka kerana sesungguhnya berburuk-sangka itu adalah sedusta-dustanya percakapan. Janganah kalian mengintai kesalahan orang lain, mencari-cari kesalahan orang dengan saling berlumba, saling menghasut, saling membenci dan saling membelakangi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Antara orang Muslim yang bersatu dengan yang lainnya adalah bersaudara. Oleh itu janganlah menganiayanya, merendahkannya dan menghinanya. Cukuplah dianggap kejahatan sesorang yang menghina saudaranya yang Muslim adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” 

Baginda bersabda pula: “Mancaci-maki orang Muslim adalah satu sifat fizaikal dan membunuhnya adalah satu kekufuran.” Termasuk dari sabda Rasulullah s.a.w juga: “Barangsiapa yang besa di dalam keperluan saudaranya, maka Allah berada di dalam keperluannya. Barangsiapa yang meringankan kesulitan seorang musim, maka Allah akan menghilangkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang berada dalam kesuitan dunia, nescaya Allah s.w.t memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup aib sesorang Muslim di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah berada dalam pertolongan hamba-Nya selama hamba-Nya berada dalam pertolongan saudaranya.” 

Setiap hadis ini telah menjelaskan jalan yang tebaik bagi sikap saling membantu, mencintai dan saling mengasihi. Ini adalah jalan untuk orang-orang musim bersatu dengan lebih kukuh. Mereka bersama-sama bernaung di bawah satu bendera iaitu dengan menggambarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya, kalian tidak akanmasuk ke syurga sehingga kalian beiman. Kalian tidak akan beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu perbuatan yang bila kalian lakukan suatu perbuatan yang bila kalian lakukan nescaya kalian saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” 

Hasad Dengki Pada Dua Perkara

Dari Abu Hurairah r. a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada hasad dengki melainkan dalam dua perkara:

  1. Seorang lelaki yang diajarkan A-Quran oleh Allah s.w.t kemudian ia membacanya pada tengah malam dan siang, lalu jiran tetangganya mendegar bacaan itu seraya berkata: Semoga aku dikurniakan anugerah seperti polan sehingga aku dapat mengamalkan seperti yang dilakukan polan.
  2. Seorang lelaki yang dianugerahkan harta oeh Alah s.w.t di mana ia menghabiskan ahhartanya di jaan yang berhak. Lalu seorang lelaki berkata: Semoga aku dikurniakan anugerah seperti polan sehingga aku dapat mengamalkan seperti yang dilakukan polan.”

Perasaan hasad dengki dalam jiwa dapat mananam permusuhan, memutuskan tali kasih sayang dan membina jalan kebencian di antara manusia. Hasad dengki juga dapat menghancurkan rasa cinta, bersatu dan persaudaraan. Oleh itu, Rasulullah bersabda: “Hasad dengki memakan kebaikan, sebagaimana ayam memakan kayu.” 

Baginda s.a.w juga memberi wasiat kepada orang-orang yang beriman dengan sabdanya: “Janganlah kalian saling berhasad dengki, saling memutuskan silaturrahim, saling membenci dan saling membelakangi, Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan-Nya.”

Secara umum, kata-kata hasad dengki terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

  1. Bentuk hasad dengki yang dilarang dan dibenci iaitu membenci beberapa nikmat yang terdapat pada orang lain dan berbangga apabila nikmat tersebut terdapat pada dirinya. 
  2. Bentuk hasad dengki yang terdapat pada hadis Rasulullah s.a.w di atas iaitu hasad dengki dalam bentuk saingan yang tidak sampai kepada bentuk hasad dengki yang dibenci. Sesungguhnya bentuk hasad dengki ini hanya sebuah harapan terhadap anugerah yang dikurniakan Allah kepada sebahagian hamba-Nya. Ia mencintai anugerah orang dan berharap agar anugerah tersebut tetap ada padanya tanpa pengurangan. 

Tidak ada yang lebih mulia, lebih baik dan lebih utama daripada pengharapan seseorang serta berupayauntuk meraih sesuatu yang dicapai oleh orang-orang soleh iaitu berupaya menghiasi diri dengan ilmu, menghafal dan mengetahui kandungan Al-Quran serta membacanya di tengah malam dan siang. Perkara seperti ini adalah anugerah yang sangat besar. Jiran tetangga dan orang yang berhak iri hati dan berharap tanpa harus terjerumus ke dalam bentuk hasad dengki yang dilarang. 

Seorang hamba yang beriman hendaklah meluruskan niat dan amalnya hanya kerana Allah s.w.t, ini menjadikan padangan dan tujuannya juga hanya kerana Allah s.w.t, ini menjadikan padangan dan tujuannya juga hanya kerana Allah s.w.t serta inginkan kebaikan dalam setiap urusan yang dinyatakan dan disembunyikan.

Setiap urusan hendaklah dimulai dan diakhiri serta mengikut padangan yang digariskan oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda: “Perumpamaan umat ini seperti perumpamaan empat orang:

  1. Seorang lelaki yang dikurniakan harat dan ilmu oleh Allah s.w.t kemudian dia beramal dengan ilmu untuk hartanya yang dinafkahkan kerana hak. 
  2. Seorang lelaki yang dikurniakan ilmu namun tidak dikurniakan harta kemudian ia berkata: Andaikan aku memiliki seperti yang dilakukannya. Maka dalam pahala, keduanya adalah sama. 
  3. Seorang lelaki yang dikurniakan harta namun tidak dikurniakan ilmu kemudian ia menafkahkan harata di jalan yang tidak hak. 
  4. Seorang lelaki yang tidak dikurniakan ilmu dan harta kemudian dia berkata: Andainya aku memilik seperti ini, nescaya aku beramal seperti yang dilakukannya. Maka dalam dosa, keduanya adalah sama. 

Amar Makruf Nahi Munkar

Dari Hudzaifah bin al-Yaman r. a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi jiwaku dalam genggaman-Nya sesungguhnya kalian beramal makruf dan nahi munkar atau hampir saja Allah mengirimkan azab kepada kalian dari sisi-Nya kemudian kamu memohon kepada-Nya, nescaya Dia tidak mengabulkan untuk kalian.”

Dalam hadis yang mulia ini Rasulullah s.a.w menyarankan kepada umatnya agar selalu menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Baginda bersumpah lepada mereka dengan nama Tuhanmu bahawa jika mereka tidak melakukan sesuatu yang diperintahkan, maka Allah s.w.t hampir menghukum mereka akibat perbuatan tersebut (tidak melakukan sesuatu yang diperintahkan). Apabila mereka berdoa pada-Nya, nescaya Dia tidak akan mengkabulkan permintaannya. Perkara ini disebabkan kerana mereka mengabaikan perintah-Nya. 

Mengajak kepada kebaikan, menyuarakan kebenaran, membanteras kejahatan dan kemungkaran, bertentangan dengan larangan merupakan keutamaan yang paling agung dan berguna bagi golongan orang-orang yang beriman. Semua itu merupakan kunci pengamanan yang menjamin individu dalam golongan tersebut dapat berjalan di atas jalan yang benar, dapat menghindar dari terjadinya penyelewangan sehingga dapat menjaga kebenaran dan mengurangkan insan yang jahat dan batil. Demikian itu adalah keredaan Allah s.w.t. 

Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya dengan memerintahkan umat Muslim iaitu: “Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imran: 104)

Allah s.w.t berulang kali menggambarkan bahawa orang-orang yang beriman adalah menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan Dia telah menjanjikan rahmat untuk mereka. Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali Imraan: 110)

Bukan hanya azab yang menunggu bagi orang yang melanggar perintah, akan tetapi doa mereka juga tidak termakbul meskipun mereka memohon setelah itu. Inilah keburukan yang akan menimpa seorang hamba. Berlindunglah di bawah naungan Yang Maha Pewaris merupakan suatu kenikmatan, baik di awal ataupun di akhir. Apabila seseorang hamba telah diharamkan doanya, nescaya ia terlalu dan teramat rugi juga telah kehilangan dunia dan akhirat serta tidak memiliki penolong di hari kiamat. 

Memiliki Kekuatan

Dari al-Baihaqi, dengan sanad yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Abdullah bin Amru, sesungghunya bagi setiap orang yang bekerja terdapat kekuatan dan bagi setiap kekuatan ada masanya (waktu). Maka barangsiapa dalam masanya ia berpegang teguh kepada sunah, nescaya ia bahagia dan barangsiapa dalam masanya ia berpegang teguh kepada bidaah nescaya ia merugikan.” 

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap amal perbuatan terdapat kekuatannya dan bagi setiap kekuatan ada masa surutnya. Maka barangsiapa yang dalam masanya ia berpegang teguh kepada sunahku, nescaya ia mendapatkan petunjuk dan barangsiapa yang dalam masanya ia berpegang teguh kepada selain Sunahku nescaya ia akan hancur.” 

Sesungguhnya nasihat ini berkaitan dengan Abdullah yang menbebankan dirinya secara berlebihan dalam inbadat dan solat tahajud. Kemudian Rasulullah s.a.w menasihatinya agar mengurangkan mal dan sederhanakan urusan agama dan dunia. Perkara ini berkaitan dengan firman Allah s.w.t dalam Al-Quran: “Allah tidak membenai seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Firman-Nya pula: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dengan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah: 185)

Maksud ayat ini ialah bahawa setiap orang yang bekerja atau setiap pekerjaan untuk membangkitkan cita-cita yang harus diperoleh, akitiviti, kekuatan, kegigihan dan semangat di dalamnya terdapat jiwa yang tidak memperdulikan sumbangan kebendaan, tidak bosan dari dinamik (kemajuan), akitiviti dan kegigihan. 

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa mengadakan sunah atau yang baik, maka baginya pahala atas jalan yang ditempuhinya ditambah dengan pahala orang yang mergerjakannya. Barangsiapa yang mengadakan sunah atau jaan yang buruk, maka baginya dosa kerana jalan buruk yang ditempuhnya ditambah dosa orang yang mengerjakannya.” 

Dari keterangan di atas kita dapat memahami bahawa manusia kadang-kala memulakan pekerjaan atau ibadat ketika dalam keadaan yang kuat, bertenaga dan bersungguh-sungguh. Kemudian setelah itu ia menjadi lemah sehingga anugerah-Nya berkurang secara sedikit demi sedikit. Pada ketika itu, adakalanya ia berpegang teguh dengan petunjuk istiqamah atas jaan yang lurus dan meneruskan usahanya yang baik meskipun kuantitinya sedikit, maka ia tergolong orang-orang yang menang dan bahagia atau ia mengatur sendiri aktivitinya dan menolak petunjuk yang mulia dengan meninggalkan perbuatan yang baik malah lebih kepada kebatilan, maka ia tergolong orang yang merugikan dan rosak. 

Dari hadis ini kita dapat memahami bahawa sikap bersederhana adalah lebih baik dan utama bagi seseorang yang beriman daripada melakukan aktiviti secara berlebihan yang disebabkan penurunan mutu atau menghentikan usahanya seketika. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w memberikan nasihat, baginda bersabda: “Sesungguhnya agama ini (Islam) adalah kuat, maka masuklah ke dalamnya degan keramahan.” 

Baginda bersabda lagi: “Perbuatan yang lebih dicintai Allah adalah perbuatan yang berterusan, meskipun sedikit.” Dari hadis ini semoga kita dapat memahami bahawa sikap bersederhana adalah lebih bermanfaat dalam segala urusan, baik agama mahupun duni daripadasikap yang melampaui batas atau berlebihan, Sesungguhnya sikap bersederhana dapat membantu seseorang dalam menjaga kekuatan dan memperjuangkan persiapan diri. Sedangkan sikap melampaui batas, kadang-kala membuatkan seseorang dihadapkan dengan perasaan lemah, bosan atau memerlukan waktu istirehat setelah melakukan suatu pekerjaan. 


Dalam penjelasan kandungan hadis tersebut, Ibnu Qayyim berbicara dalam kitab Madarij As-Sa’likin, iaitu: “Syaitan mencium hati seseorang hamba dan mengujinya. Apabia di dalam hati tersebut terdapat potensi untuk melakukan bidaah dan berpotensi untuk menhindari kesempurnaan dalam mematuhi sunah, maka syaitan akan mengeluarkan hamba tersebut dari jagaan bidaah. Namun apabila syaitan meihat di dalam hati seorang hamba terdapat ketamakan terhadap sunah di mana tidak ada kesempatan untuk memutuskan antara keduanya, maka syaitan menyuruhnya berijtihad, berbuat zalim kepada dirinya dan melampaui batas kesederhanaan. Syaitan terus menghasut agar melakukan perintahnya sehingga mengeluarkan hamba tersebut dari batas kewajaran sekali gus syaitan telah menyalurkan keinginannya.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan