Nazam
Kisah Muhammad
SMAHADZIR
Awal Bismillah pembuka bicara
Kisah Muhammad insan istimewa
Pembawa khabar berita gembira
Kepada makhluk seluruh dunia
Muhammad itu nabi terakhir
Orangnya benar tiada mungkir
Menyuruh kita semua berfikir
Ingat Allah dengan berzikir
Muhammad itu yatim piatu
Tiada ayah dan tiada ibu
Di Gua Hira’ menerima wahyu
Beriman kepada Allah yang satu
Memang banyak dugaan diterima
Menyebar kebenaran serata buana
Sepanjang masa dicaci dihina
Disekat oleh musuh durjana
Muhammad itu orangnya tabah
Tidak mudah menyerah kalah
Sudah tercatat dalam sejarah
Setiap masa dilindungi Allah
Agama Islam cepat berkembang
Serata dunia dengan gemilang
Walau ditentang walau dihalang
Oleh manusia berhati walang
Jasa Muhammad sangat mulia
Membawa manusia masuk ke syurga
Yang jahat masuk neraka
Semuanya dalam kehendak-Nya jua
NAZAM:
Nazam Elok Pekerti
SMAHADZIR
Elok bicara bersih
hati harum bakti
Sepanjang
hidup kita akan dipandang tinggi
Cantik wajah
kaya harta perangai keji
Semua
sahabat akan lari membawa diri
Wahai
saudara jangan bongkak bangga diri
Sepanjang hidup
tidak berkat akan dibenci
Molek
perangai tingkah laku buat jasa
Dengan
ikhlas semua orang akan suka
Cantik
tingkah jangan dengki iri hati
Sepanjang hidup
akan dipuji sana sini
Wahai
saudara buat kebaikan sepanjang masa
Jangan lalai
nanti dapat balasan seksa
Ingatlah
nasihat ayah ibu penuh harapan
Anaknya jadi
insan mulia orang berkenan
Jangan jadi
anak derhaka orang cerca
Nanti
dibenci seluruh jiwa akan merana
Guru mengharap
muridnya jadi orang berbudi
Belajarlah
dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati
Wahai anak
dengarlah nasihat ini setiap masa
Hidup
bahagia dipandang mulia tidak kecewa
Wahai
saudara jangan mudah cepat kalah
Ingatlah
selalu Tuhan bersama hamba yang tabah
Wahai
saudara ingat pesan buat amalan
Kalau sesat
cepat pulang ke pangkal jalan
Wahai
saudara ingat nasihat buat azimat
Supaya hidup
diberkati Tuhan akan selamat
NAZAM:
Muhammad
Pesuruh Allah
SMAHADZIR
Dengarlah ini kisah berperi
Kisah berlaku di sebuah negeri
Masyarakatnya hidup tidak berbudi
Diutuskan Allah seorang nabi
Masyarakat jahiliyah tidak berbudi
Anak perempuan dibunuh diri
Arak dan zina senang sekali
Dilakukan orang setiap hari
Seorang nabi diutuskan datang
Membawa masyarakat ke jalan terang
Perangai jahat perlu dibuang
Jangan diikut syaitan yang malang
Nabi diutus bernama Muhammad
Kepada manusia membawa rahmat
Dapat hidayah sekelian umat
Supaya hidup mendapat berkat
Nabi Muhammad orang yang sabar
Melaungkan kalimah Allah Huakbar
Tidak terselindung segala asrar
Ikhlas membawa risalah yang benar
Nabi Muhammad hatinya lurus
Merendah diri berpakaian lusuh
Sentiasa berperang melawan musuh
Tidak bimbang diancam rusuh
Nabi Muhammad jiwanya ikhlas
Budi diberi tak minta dibalas
Rajin berusaha tidaklah culas
Dengan amanah tanggungjawab digalas
Sidiq, amanah, tabligh, fatonah
Milik seorang manusia tabah
Tidak hirau dicaci seranah
Itulah Muhammad Pesuruh Allah
NAZAM:
Nazam
Cinta Remaja
SMAHADZIR
Untuk remaja
yang dilanda cinta
Harapkan
bahagia tiada duka
Mendamba kekasih
di depan mata
Jangan lupa syaitan
menggoda
Cintai pasangan
berpada-pada
Agar hati tak
lalai dari-Nya
Cukup katakan
kau akan setia
Buktikan diri
dengan bertakwa
Jika jujur akan
bahagia
Allah tahu apa
di dada
Mulut boleh
berdusta, berkata ia
cinta sejati
dekat dengan-Nya
Jika rindu semarak
membara
Niat hati untuk
meminangnya
Itulah jalan paling
mulia
Jika tak mampu,
mari berpuasa
Berhati-hati
panggilan dosa
Nanti tak dapat
bau syurga
Jika hatimu
ganas bergejora
Dekatkan hati
sujud pada-Nya
Jangan diikut
kehendak nafsu
Ingin selalu bahagiakan
ibu
Pandang ke depan
mohon restu
Jangan esok
penuh terharu
Jaga cintamu
dengan takwa
Jalan terbaik
menuju bahagia
Jangan dibiar
syaitan menggoda
Kelak dirimu
dipandang hina
Cinta itu
anugerah Allah
Untuk hamba-Nya
yang pasrah
Jangan cepat
mengaku kalah
Kepada syaitan
musuh terserlah
NAZAM:
Nazam
Sebelum Tidur
SMAHADZIR
Dengarlah tuan sebuah nazam sebelum tidur
Jangan kita berhati sombong, bongkak dan takbur
Harta melimpah wang berjuta tidak bermakna
Jika perangai terlalu buruk pasti dihina
Orang baik jiwanya ikhlas budinya tinggi
Sering tersenyum mudah memberi tidak dibenci
Jangan jadi sombong diri enau di belukar
Orang keji hidup pasti mendapat sukar
Jadilah mulia penuh takwa orang budiman
Hidup pasti tidak kecewa sentiasa aman
Selalu ingat hidup ini satu anugerah
Buat amalan taat hukum suruhan Allah
Selalu bersyukur amalan zikir jangan dilupa
Akhirat nanti akan mendapat ganjaran syurga
Sepanjang masa ingat nabi ingat Allah
Supaya hidup dalam bahagia mendapat berkah
Solat lima waktu tiang agama Islam
Jadi penyuluh dalam gelap di waktu malam
Ingat pesan kalau memberi hati ikhlas
Ada imbalan akhirat nanti Allah membalas
Ini nazam sebelum tidur sebagai nasihat
Buat baik sepanjang hayat mendapat berkat
Kalau hidup tiada muafakat kera sumbang
Umpama pokok tidak kukuh bakal tumbang
Kepada Allah tempat bergantung mohon rezeki
Rajin berusaha hidup senang orang tak keji
NAZAM:
Nazam
Anak Berguna
SMAHADZIR
Sedari kecil engkau dibedung
Sakit demammu air mata dibendung
Ibu bapamu laksana payung
Tempat kasih anak berlindung
Kasih ibumu hendaklah dijunjung
Sangatlah susah ibu mengandung
Jasa ibumu perlu disanjung
Kelak hidupmu membawa untung
Kasih ayahmu kasih sejati
Curah padamu sepenuh hati
Engkau umpama intan baiduri
Nasihat ayahanda jangan ingkari
Cinta ibumu melangit tinggi
Nasihat ibumu perlu peduli
Jangan melawan ibu sendiri
Nanti hidupmu dirundung rugi
Pesan ayah jangan dilupa
Nasihat ibu laksana permata
Perlu disemat di dalam dada
Untuk kebahagiaan di hari muka
Anak adalah intan berharga
Bagai cahaya penerang gelita
Jangan jadi anak derhaka
Tidak mencium harumnya syurga
Jadilah anak mengenang budi
Ibu dan ayah jangan sakiti
Kenanglah jasa budi dan bakti
Walau berada di tempat tinggi
Nasihat ini bukan jenaka
Buat pedoman di hari muka
Jadilah anak orang berguna
Jauhi perkara yang Allah murka
NAZAM:
Nazam
Merempuh Cabaran
SMAHADZIR
Untuk hidup senang bahagia perlukan bekal
Cari ilmu pengetahuan itu dibuat tangkal
Cabaran ditempuh hati cekal jiwa tabah
Musuh menyerang masalah datang tidak gelabah
Sayang kasih flora fauna menghiasi alam
Kelak jadi cahaya terang penyuluh malam
Sahabat handai sanak saudara jiran tetangga
Berbuat baik sesama kita hidup bahagia
Kalau hidup penuh dengki dan hati iri
Kelak nanti diri sendiri dipasung rugi
Aneka ragam hati manusia keliling kita
Kalau tabah tetap sabar hidup selesa
Syaitan iblis sering menggoda mengajak cela
Kalau diikut hidup bahagia rosak binasa
Hati suci jiwa bersih kerana Allah
Orang kasih hidup beruntung banyak faedah
Cari ilmu buat bekalan hari mendatang
Kelak nanti bahagia menjelma hidup senang
Ilmu pengetahuan perlu dicari sepanjang masa
Hidup senang mahligai jaya orang pun suka
Kalau suka berlagak pandai orang benci
Kelak rugi yang malu diri sendiri
Untuk hidup senang lenang tanpa masalah
Segala cabaran juga halangan mesti diredah
Jangan takut dilambung ombak badai mengganas
Cerna akhlak hati ikhlas peribadi bernas
NAZAM:
Nazam
Nasihat Saudara
SMAHADZIR
Dengarlah saudara
nazam ini
Nazam pedoman
seikhlas hati
Perihal hidup
kita ini
Aneka dugaan harus
hadapi
Selama hidup
hendaklah setia
Supaya orang
sentiasa percaya
Buat baik
sesama manusia
Dosa serakah sisihkan
saja
Bila berjanji
jangan menipu
Nanti sahabat
menjadi seteru
Patuhi masa
tepatkan waktu
Pasti dirindu
dikenang selalu
Jangan sekali
mencari musuh
Tiada guna menempa
gaduh
Lenyapkan semua
perangai angkuh
Kelak
persahabatan menjadi rapuh
Walaupun kaya janganlah
sombong
Sesama manusia
perlu ditolong
Kemiskinan
sahabat dapat dibendung
Di akhirat
nanti mendapat untung
Nazam ini
seikhlas hati
Harap semua
dapat fahami
Nasihat baik
tulus dan suci
Ingat selalu
jangan dinafi
Hidup tenang
fikiran sihat
Selalu bertaubat
ucap selawat
Agar hidup beroleh
manfaat
Akhirat nanti
mendapat rahmat
Ingatlah selalu
kepada Allah
Jernihkan hati,
kuat dan tabah
Kepada Yang Esa
kita berserah
Salah dan dosa
jangan ditambah
Wahai saudara rajinlah
beribadat
Janganlah lupa laksanakan
solat
Banyakkan juga amalan
berzakat
Untuk bekalan hari
akhirat
Muhasabah untuk
membersih diri
Banyak berdoa ke
hadrat Ilahi
Tenang dan
damai setiap hari
Semoga hidup
selalu diberkati
Carilah ilmu
yang bermanfaat
Janganlah
menyerah sebelum dapat
Gunakanlah ilmu
secara tepat
Agar berguna untuk
masyarakat
Jangan lupa
mengucap takbir
Juga berdoa
dalam berzikir
Jangan dihina miskin
dan fakir
Semoga bahagia
di hari akhir
Sampai di sini nazam berhenti
Salah dan silap mohon dimaafi
Jika mmasih dikurniakan rezeki
Lain kali berjumpa lagi
NAZAM:
Nazam
Nasihat Guru
SMAHADZIR
Inilah nasihat
daripada guru
Dengarlah
engkau wahai muridku
Sematkan selalu
dalam hatimu
Jadikan pedoman
sepanjang waktu
Hendaklah gigih
mencari ilmu
Dengarlah segala
nasihat guru
Penuhkan ilmu
di dalam dadamu
Barulah hidup
menjadi maju
Taburkan bakti
berbuat kebajikan
Berikan
pertolongan sesama insan
Kelak di
akhirat peroleh balasan
Mendapat rahmat
daripada Tuhan
Rajin bersolat
tiang agama
Amalan wajib
soal utama
Jangan dibenci
para ulama
Kelak hidupmu
jadi sempurna
Patuhlah kepada
arahan guru
Nescaya selamat
akan hidupmu
Jika temui
jalan yang buntu
Kepada guru
minta dibantu
Bila sudah
berilmu tinggi
Jangan sombong
dan bongkak diri
Kelak dirimu
akan dibenci
Sepanjang hayat
akan dikeji
Jadilah orang
berakhlak mulia
Nescaya
dikasihi semua manusia
Jikalau akhlak
rosak binasa
Kelak hidup
menjadi hina
Bila penuh ilmu
di dada
Ikhlaslah
membantu sesama kita
Susah senang
jangan dikira
Di sisi Allah
tersedia pahala
Amal ibadat
jangan lupakan
Barulah hidup
dikasihi Tuhan
Jikalau ibadat
selalu diabaikan
Ibarat hidup
dalam kegelapan
Bila harta
banyak dicari
Jangan sampai
lupakan diri
Bantu membantu
sesama sendiri
Insya-Allah
hidup akan diberkati
Nasihat ini
dari gurumu
Ikhlas kami
memberi ilmu
Supaya hidupmu
disarat restu
Tenang bahagia
sejahtera selalu
NAZAM:
Nazam
Nasihat Untuk Anak
SMAHADZIR
Ingatlah wahai anakku
sekalian
Dunia ini hanya
persinggahan
Janganlah anakku
salah haluan
Agar tak sesat
di perjalanan
Tuntutlah ilmu
untuk duniamu
Sebagai bekalan
di perjalananmu
Jangan lupa
pesanan agamamu
Sebagai tujuan
akhir hidupmu
Pelajari
sepenuhnya ilmu agama
Sebagai pedoman
hidup di dunia
Ilmu agama
membimbing kita
Pasti diredhai
Allah Taala
Al-Quran dan
hadis amanah rasulmu
Pelajarilah bersungguh
janganlah jemu
Agar dapat
mengenal Penciptamu
Semoga mendapat
syafaat Rasulmu
Al-Quran itu
kalam tersurat
Di dalamnya
sarat dengan tersirat
Maka
pelajarilah ia dengan cermat
Semoga anakku
dapat makrifat
Pelajarilah
ilmu tentang kehidupan
Agar tak salah
dalam penentuan
Agar selamat
sampai tujuan
Tidak tersasar
di tengah jalan
Hadapanmu
anakku ada dua jalan
Semuanya
menjanjikan kesenangan
Hanya dirimu
yang menentukan
Ke mana haluan
nak diarahkan
Janganlah
engkau bermalas-malasan
Manfaatkanlah
waktumu untuk kebaikan
Masa mudamu
jangan sia-siakan
Agar hari tuamu
tiada penyesalan
Hidup ini hanya
sementara
Manfaatkanlah
sebaik-baiknya
Kelak apabila
tiba masanya
Semua akan
kembali pada-Nya
Berusaha dan
bertakwalah dengan khidmat
Hindarilah
olehmu perbuatan maksiat
Agar hidupmu
tiada melarat
Dunia akhirat
beroleh nikmat
NAZAM 1:
Nazam
Hidup Damai
SMAHADZIR
Hidup damai
indah sekali
Janganlah
sampai kita nodai
Sesama umat saling
hormati
Demi keamanan
di negeri ini
Begitu juga kita
seagama
Hendaklah
selalu bekerjasama
Apabila ada
pendapat berbeza
Sebaiknya dibincang
secara bersama
Pandanglah Islam
secara keseluruhan
Janganlah
sampai ada perpecahan
Apabila hendak
mencari kebenaran
Kembalilah pada
hadis Al-Quran
Iman itu
bagaikan akarnya
Islam itu
umpama batangnya
Tauhid itu
ibarat daunnya
Makrifat pula itulah
buahnya
Bila buah sudah
kau dapat
Maka kupaslah
dengan cermat
Agar mendapat
rasa yang lazat
Memberi nikmat
dalam ibadat
Ingatlah wahai saudara
sekalian
Belajar agama
jangan sembarangan
Kenali perintah
juga larangan
Agar benar
dalam amalan
Wahai saudaraku
sekalian
Benahilah diri masih
berkesempatan
Taubat bertakwa
kepada Tuhan
Selagi hayat di
kandung badan
Mulailah dari
dalam rumahmu
Hormatilah
kedua orang tuamu
Terutama kepada
dia ibumu
Kerana dia yang
melahirkanmu
Patuhilah akan segala
perintahnya
Janganlah
engkau suka membantahnya
Apalagi sampai
menyakiti hatinya
Kerana redha
Allah pada redhanya
Hormatilah juga
para gurumu
Dengan ikhlas
membimbing dirimu
Pelajari dengan
sunguh segala ilmu
Apa yang telah
diajarkan padamu
Sebagai umat
beragama
Hidup damai
tujuan utama
Apabila ada
masalah sesama
Perlu diselesaikan
sebaik-baiknya
Belajar agama
hendaklah teliti
Maka kau harus
berhati-hati
Apa pelajari
dengan bukti
Agar mendapat
ilmu sejati
Carilah guru yang
ahlinya
Agar kau dapat
memahaminya
Tanpa guru yang
membimbingnya
Boleh sesat
pada akhirnya
NAZAM 1:
Nazam
Nasihat Remaja
SMAHADZIR
Janganlah
sia-siakan masa remajamu
Dengan pergaulan
yang tidak menentu
Kelak besar
tanggungjawabmu
Dalam membina
rumah tanggamu
Hendaklah
remaja persiapkan diri
Sebelum menjadi
suami isteri
Berumah tangga bukannya
mimpi
Berakhir
tatkala terbangun pagi
Rumah tangga
ibarat bahtera
Matlamatnya sampai
pantai bahagia
Suami itu
adalah nakhodanya
Isteri pula
juru mudinya
Kalau nakhoda
kuranglah faham
Dalam membentuk
arah haluan
Tatkala badai
datang menghentam
Alamatlah kapal
akan tenggelam
Bila isterimu
berbuat salah
Tegurlah ia dan
nasihatilah
Bimbinglah
isteri ke jalan Allah
Agar rumah
tangga tidak terbelah
Suami fahami
ilmu agama
Untuk diajar
pada keluarganya
Anak isteri adalah
amanah-Nya
Sangatlah besar
tanggungjawabnya
Suami perlu bimbing
keluarganya
Untuk bertakwa
pada Azzawajalla
Janganlah
sampai mengabaikannya
Sebab di
akhirat akan ditanya
Jadilah isteri
yang solehah
Perintah suami jangan
dibantah
Kerana suami
adalah khalifah
Tidak membawamu
ke jalan salah
Bila jadi isteri
solehah
Bertakwa selalu
kepada Allah
Pada suami
berbuat baiklah
Rumah tangga
akan sakinah
Bila ada masalah
di rumahmu
Jangan
diceritakan pada rakanmu
Hendaklah
bersabar dengan ikhlasmu
Mohonlah
hidayah dari Tuhanmu
Jauhi maksiat
ajakan syaitan
Nanti rumah
tangga jadi berantakan
Taat laksanakan
perintah Tuhan
Insya-Allah
hidupku akan diperkenan
Ingat ini
nasihat berguna
Untuk remaja
mencorak hidupnya
Janganlah leka
janganlah lena
Agar hidupmu
jadi sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan