SMAHADZIR
‘PELOPOR Ilmu Embriologi Moden’,
begitulah doktor Islam terkemuka di abad ke 13 itu dijuluki. Beliau memiliki
nama lengkap sebagai Amin Al-Dawla Abu al Faraj ibnu Muwaffaq Al-Din Ya’qub
ibnu Ishaq Ibnu Al-Quff. Beliau dilahirkan di Karak, sekitar 10 batu sebelah
timur Laut Mati (sekarang Jordan) tahun 630 Hijrah atau 1233 Masehi. Ayahnya
adalah seorang yang memegang kedudukan tinggi atau pejabat istana pada era
kekuasaan kekhalifahan Islam di Karak dan Suriah. Ketika masih muda, Ibnu
Al-Quff berhijrah bersama keluarganya dari Karak ke Sarkhad, di laut selatan
Suriah, lalu ke Damaskus sewaktu kekuasaan Dinasti Ayyubiah yang didirikan oleh
Salahudin Al-Ayubi.
‘Mungkin Ibnu Al-Quff berada di
Damaskus pada 1260 Masehi, sewaktu Mongol menyerang kota itu,’ ujar Dr Sami K
Hamarneh dalam karyanya The Physician, Therapist and Surgeon Ibn Al-Quff
(1233-1286): An Introductory Survey of His Time, Life and Works. Ayahnya
memiliki teman rapat seorang doktor dan sejarawan iaitu Ibnu Abi Usaibia. Ibnu
Abi Usaibia menjadikan Ibnu Al-Quff sebagai muridnya dan mengajarnya ilmu
kedoktoran. Ibnu Abi Usaibia memiliki risalah biografi yang tidak ternilai dan
menjadi sumber maklumat utama tentang kehidupan Ibnu Al-Quff.
Selain itu, Ibnu Al-Quff juga
berguru dengan Ibnu Nafis, seorang doktor Islam terkemuka. Menimba ilmu dari
dua orang doktor hebat tersebut membuatkan Ibnu Al-Quff menjelma sebagai doktor
yang masyhur. Beliau dikenali sebagai salah seorang doktor hebat pada abad ke
13 Masehi yang mendapat perlindungan penguasa Suriah. Menurut catatan sejarah, Ibnu
Al-Quff memiliki wajah yang tampan, pendiam dan pintar. Beliau juga merupakan
seorang anak yang giat belajar. Selain menguasai ilmu kedoktoran, dia juga
pakar dalam bidang matematik, fizik dan falsafah. Setelah menyelesaikan
pengajiannya, dia bekerja sebagai doktor bedah tentera.
Dia bekerja di benteng Ajlun di
Jordan untuk beberapa tahun. Kemudian meneruskan kehidupannya di Damaskus
sembari mengajar ilmu kedoktoran. Sebagai seorang doktor bedah tentera, dia
melakukan pembedahan besar yang membuatkan dia menjadi pakar dalam beberapa
jenis pembedahan. Dalam bukunya yang terkenal tentang ilmu kedoktoran, gurunya,
Ibnu Abi Usaibia memberikan penjelasan pada karyanya yang terkemuka itu. Dia
menyusun sejumlah risalah, meliputi sebuah risalah penting dalam bidang
pembedahan dan sebuah komentar populer dalam Aphorisms karya
Hippocrates. Ibnu Al-Quff meninggal dunia di Damaskus pada 685 Hijrah atau 1286
Masehi.
Sumbangan
Ibnu Al-Quff adalah seorang
ilmuan Islam yang produktif. Beliau menulis sejumlah buku yang membahaskan
beberapa aspek ilmu kedoktoran, falsafah dan ilmu alam. Di antara sederet karya
yang ditulisnya, ada dua buku kedoktoran yang sangat berpengaruh, yakni buku Al-Umda
fil Harahat, tentang pembedahan dan Jami Al-Gharadh fi Hifz Al-Sihha,
tentang embriologi dan kesihatan. Buku Al-Umda fil Harahat adalah salah
satu dari keseluruhan bukunya dalam bidang pembedahan. Buku itu menjelaskan
masalah pembedahan dalam bentuk teori dan amalan. Pembahasannya begitu lengkap
dan terperinci, kerana dibahas dalam 20 bab tersendiri.
Buku itu menunjukkan betapa
Ibnu Al-Quff tidak hanya menguasai bidang anatomi, penyakit-penyakit,
pengubatannya, dan beberapa jenis pembedahan. Ibnu Al-Quff juga memiliki taraf
pengetahuan yang luar biasa dan menunjukkan tingkat penguasaannya sebagai
doktor terkemuka pada abad ke 13 Masehi. Hampir 700 tahun lalu, Ibnu Al-Quff
menulis secara bab lengkap mengenai ubat yang digunakan untuk meredakan rasa
sakit sewaktu pembedahan dan menjelaskan cara penggunaan opium (afune),
hyoscine dan atropine alkaloids (al-banj).
‘Dan anda harus tahu bahawa
untuk membantu mengurangi rasa sakit itu ada dua jenis, benar atau tidak benar.
Yang dahulu adalah menentang penyebab sakit... Berkaitan dengan jenis yang
tidak benar seperti anestetik (yang menyebabkan matirasa), hal ini merupakan
salah satu keperluan pakar bedah pada situasi itu. Pereda rasa sakit
pertama, salah satu jenis yang benar adalah bermanfaat dengan konsekuensi yang
baik. Berkaitan dengan pereda rasa sakit kedua, walaupun pereda rasa sakit
terjadi, dan kemampuan untuk menyembuhkan dapat dilakukan, kerana banyak
mengurangi rasa sakit, ia melemahkan kekuatan dan membekukan substansi yang
menyebabkan rasa sakit dan perbaikan pada organ, sehingga pakar bedah
seharusnya tidak menggunakannya kecuali dalam peristiwa yang besar,’ ujar Ibnu
Al-Quff dalam bukunya Al-Umda fil Jarahat.
Tidak hanya itu, Ibnu Al-Quff
merupakan salah seorang ilmuan Islam hebat dengan penemuan pentingnya tentang
hubungan jantung dengan sistem vascular (pembuluh darah). Dia pertama kali
membuktikan hubungan antara pembuluh darah arteri dan vena, untuk menjelaskan
pembuluh kapiler dan membahas katup jantung dan fungsinya. ‘Ketika saya melihat
pembahasan Ibnu Al-Quff pada bidang anatomi dan fisiologi dari pembuluh arteri
dan vena, saya menemui pernyataan yang menunjukkan suatu pemerhatian baru dan
spekulasi yang paling penting dalam sejarah fisiologi. Saya kagum membaca
penjelasan tentang pori-pori yang unik, tidak boleh dilihat dengan mata biasa,’
ujar Hamraneh.
Menurut Hamraneh, ibnu Al-Quff
tercatat sebagai doktor perintis yang mampu menghubungkan antara pembuluh darah
arteri dan pembuluh darah vena di seluruh bahagian tubuh. Di abad ke 13 Masehi,
beliau telah mampu menjelaskan kewujudan pembuluh-pembuluh yang sangat kecil yang
menghubungkan pembuluh arteri dan pembuluh vena dan membentuk jaringan. Fakta
dan kebenaran yang ditemui Ibnu Al-Quff itu baru diketahui doktor di Eropah
empat abad kemudian. ‘Anatomis asal Itali, Marcello Malpighi (1628-1694) yang
menemui kembali pencapaian Ibnu Al-Quff dengan bantuan mikroskop,’ jelas Dr
Hamraneh.
Ibnu Al-Quff merupakan orang
pertama yang menjelaskan hubungan pembuluh darah arteri dan vena dengan aliran
darah dari awal ke akhir pada pembuluh kapiler tipis yang ‘tidak boleh dilihat
dengan mata biasa’. Arteri mengalirkan darah dari jantung ke seluruh bahagian
tubuh pada sebuah jaringan berakhir pada arteri kecil dari awal pembuluh vena.
Dia juga tercatat sebagai doktor yang pertama kali menjelaskan fisiologi katup
jantung, jumlahnya dan petunjuk di mana sewaktu katup tersebut terbuka dan
tertutup. Katup jantung tertentu terbuka ke dalam untuk membolehkan masuk dan
mencegah keluar aliran darah, dan lainnya terbuka keluar untuk membolehkan
keluar dan mencegah masuknya aliran darah.
Embriologi
Moden
Ibnu Al-Quff tidak hanya
berjaya membuktikan adanya hubungan antara pembuluh darah arteri dan vena,
serta proses sirkulasi darah. Ibnu Al-Quff juga menjelaskan masalah embrilogi
moden sesuai dengan yang tercantum dalam Al-Quran. Ezzat Abouleish dalam
karyanya Contributions of Islam to Medicine, menjelaskan Ibnu Al-Quff
mengembangkan embriologi. Menurut Abouleish, penjelasan Al-Quff tentang
embriologi dan perinatologi dalam karyanya berjudul Al-Jami terbukti lebih
lengkap.
‘Pembentukan awal adalah buih
yang merupakan tahap enam sehingga tujuh hari pertama, pada hari ke- 3 hingga
16 secara bertahap membentuk gumpalan dan pada hari ke-28 sampai 30 menjadi
sebuah gumpalan kecil daging. Pada hari ke-38 sampai 40, kepala muncul terpisah
dari bahu dan lengan. Otak dan jantung yang diikuti dengan hati terbentuk
sebelum organ lainnya,’ ujar Ibnu Al-Quff seperti dikutip Abouleish.
Al-Quff menambahkan bahawa
janin mengambil makanan dari ibunya untuk membesar. Beliau menambahkan, ada
tiga selaput yang menutupi dan melindungi janin. Pertama menghubungkan pembuluh
darah arteri dan vena dengan sesuatu di rahim ibunya melalui tali pusar.
‘Melalui pembuluh vena, janin bayi mendapatkan makanan untuk keperluan
nutrisinya. Sementara pembuluh arteri membawa udara,’ ujar Al-Quff. Pada akhir
bulan ketujuh, jelas Al-Quff, semua organ telah selesai. Setelah kelahiran,
tali pusat bayi dipotong pada jarak empat jari luasnya dari badan, dan terikat
dengan baik, dengan benang yang lembut.
Wilayah yang dipotong ditutupi
dengan filamen atau kawat pijar basah dalam minyak zaitun dengan sebuah ubat
penahan darah untuk mencegah pendarahan yang menitis. ‘Setelah kelahiran, bayi
dirawat oleh ibunya dengan air susu ibu yang merupakan nutrisi paling baik.
Kemudian bidan meletakkan bayi tidur dalam bilik gelap yang tenang. Menyusui
bayi dilakukan dua hingga tiga kali setiap hari. Sebelum menyusui, payudara ibu
harus ditekan dua atau tiga kali untuk membuang susu yang ada di puting susu,’
ujar Al-Quff. Begitulah, sumbangan para doktor Islam dalam mengembangkan dan
meletakan kajian embriologi moden.
Maha Benar Allah dengan segala firmanNya.
BalasPadamkebenaran al Qur'an dalam hal penjelasan tentang konsep embriologi memperjelas bahwa al Quran bukanlah buatan Nabi Muhammad SAW yang dikategorikan Nabiyyil Ummiyyi melainkan benar benar firman Allah SWT yang kebenarannya baru terungkap ratusan tahun setelah diturunkannya kepada Nabi Muhammad di abad ke 7 M.