SMAHADZIR
SYEIKH
TAQIYUDDIN AN-NABHANI (1909-1977) adalah seorang qadi (hakim), penyair,
sasterawan dan salah seorang ulama terkemuka dalam Daulah Utsmaniyah. Nama
penuhnya ialah Syeikh Muhammad Taqiyyuddin bin Ibrahim bin Musthafa bin Ismail
bin Yusuf An-Nabhani. Beliau dilahirkan di daerah Ijzim, Syeikh An-Nabhani
dinisbahkan kepada kabilah Bani Nabhan yang termasuk orang Arab, penghuni
padang sahara di Palestin. Mereka bermukim di daerah Ijzim yang termasuk
wilayah Haifa di Palestin Utara.
Pendidikan
Syeikh
Taqiyyuddin mendapat didikan ilmu syariah dan agama di rumah, daripada ayah dan
datuknya. Ayahnya seorang syeikh yang faqih
fid din (arif dalam agama) serta seorang pengajar ilmu-ilmu syariah di
Kementerian Pendidikan Palestin. Datuknya telah mengajar hafalan Al-Quran
sehingga beliau hafal kitab suci tersebut seluruhnya sebelum baligh. Ibunya
juga menguasai beberapa cabang ilmu syariah, yang diperolehi dari ayahnya,
Syeikh Yusuf bin Ismail bin Yusuf An-Nabhani.
Di samping
itu, Syeikh Taqiyyuddin juga mendapat pendidikan di sekolah-sekolah negeri
ketika beliau bersekolah di sekolah rendah di daerah Ijzim. Pertumbuhan Syeikh Taqiyyuddin
dalam suasana keagamaan yang kental seperti itu, ternyata mempunyai pengaruh
yang besar dalam pembentukan keperibadian dan pandangan hidupnya. Beliau telah
hafal Al-Quran seluruhnya dalam usia yang amat muda, iaitu di bawah usia 13
tahun.
Kemudian
Syeikh Taqiyyuddin berpindah ke sebuah sekolah menengah di Akka untuk
melanjutkan pelajarannya. Sebelum menamatkan persekolahannya di Akka, beliau
telah bertolak ke Kaherah untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar,
hasil dorongan datuknya, Syeikh Yusuf An-Nabhani.
Syeikh
Taqiyyuddin kemudiannya meneruskan pelajarannya di Tsanawiyah Al-Azhar pada
tahun 1928 dan pada tahun yang sama, beliau meraih ijazah dengan keputusan yang
cemerlang. Lalu beliau melanjutkan pelajarannya di Kulliyah Darul Ulum yang
ketika itu merupakan cawangan Universiti Al-Azhar.
Di samping
itu, beliau banyak menghadiri halaqah-halaqah
ilmiah di Universiti Al-Azhar yang dihadiri oleh Syeikh-Syeikh Universiti
Al-Azhar, seperti Syeikh Muhammad Al-Hidlir Husain sebagaimana yang pernah
disarankan oleh datuknya. Hal itu dimungkinkan kerana sistem pengajaran lama
Al-Azhar membolehkannya.
Meskipun
Syeikh Taqiyyuddin menghimpun sistem Universiti Al-Azhar lama dengan Darul
Ulum, akan tetapi beliau tetap memperlihatkan keunggulan dan keistimewaan dalam
kesungguhan dan ketekunan belajar. Beliau telah menarik perhatian kawan-kawan
dan pensyarah-pensyarahnya kerana kecermatannya dalam berfikir dan kuatnya
pendapat serta hujah yang beliau lontarkan dalam perdebatan-perdebatan dan perbincangan-perbincangan
fikriyah, yang diselenggarakan oleh
lembaga-lembaga ilmu yang ada ketika itu di Kaherah dan di negeri-negeri Islam
lainnya.
Syeikh
Taqiyyuddin menamatkan kuliahnya di Darul Ulum pada tahun 1932. Pada tahun yang
sama beliau menamatkan pula kuliahnya di Al-Azhar Asy-Syarif menurut sistem
lama, di mana para mahasiswanya boleh memilih beberapa orang Syeikh Al-Azhar
dan menghadiri halaqah-halaqah mereka
mengenai bahasa Arab, dan ilmu-ilmu syariah seperti fiqh, ushul fiqh, hadis,
tafsir, tauhid (ilmu kalam) dan yang sebagainya.
Dalam
forum-forum halaqah ilmiah tersebut,
An-Nabhani dikenali oleh kawan-kawan dan sahabat-sahabat terdekatnya dari
kalangan cendekiawan Universiti Al-Azhar sebagai seseorang dengan pemikiran
yang genius, pendapat yang kukuh, pemahaman dan pemikiran yang mendalam, serta
berkemampuan tinggi untuk menyakinkan orang dalam perdebatan-perdebatan dan
perbincangan-perbincangan fikriyah.
Demikian juga beliau sangatlah bersungguh-sungguh, tekun, dan bersemangat dalam
memanfaatkan waktu bagi menimba ilmu.
Kerjaya
Setelah
menyelesaikan pengajiannya, Syeikh Taqiyyuddin kembali ke Palestin untuk
bekerja di Kementerian Pendidikan Palestin sebagai seorang guru di sebuah
sekolah menengah kerajaan di Haifa. Di samping itu, beliau juga mengajar di
sebuah Madrasah Islamiyah di Haifa.
Pada tahun
1940, Syeikh Taqiyyuddin dilantik sebagai Musyawir (Pembantu Qadi) dan beliau
terus memegang jawatan ini hingga tahun 1945, yakni ketika beliau dipindahkan
ke Ramallah untuk menjadi qadi di Mahkamah Ramallah sehingga tahun 1948.
Selepas itu,
beliau keluar dari Ramallah menuju Syam akibat jatuhnya Palestin ke tangan
Yahudi. Pada tahun 1948 itu pula, sahabatnya Ustaz Anwar Al-Khatib mengirim
surat kepada beliau memintanya kembali ke Palestin untuk dilantik sebagai qadi
di Mahkamah Syariyah Al-Quds. Syeikh Taqiyyuddin mengabulkan permintaan itu dan
kemudian beliau dilantik sebagai qadi di Mahkamah Syariyah Al Quds pada tahun
1948.
Pada tahun
1951, Syeikh Taqiyyuddin menziarahi kota Amman untuk menyampaikan
ceramah-ceramahnya kepada para pelajar Madrasah Tsanawiyah di Kulliyah Ilmiyah
Islamiyah. Fenomena ini terus berlangsung sehingga awal tahun 1953, ketika
beliau mulai sibuk dalam Hizbut Tahrir yang telah beliau rintis antara tahun
1949 hingga 1953.
Sejak remaja,
Syeikh Taqiyyuddin sudah memulai kegiatan politiknya kerana pengaruh datuknya,
Syeikh Yusuf An-Nabhani. Pengalaman itulah yang membolehkannya mendirikan parti
politik Islam, Parti Hizbut Tahrir di Al-Quds pada tahun 1953. Syeikh Taqiyyuddin
meninggal dunia pada tahun 1398 Hijrah bersama tahun 1977 Masehi dan dikuburkan
di Perkuburan Al-Auza’i di Beirut.
Sumbangan Kepada Islam
Syeikh
Taqiyyuddin telah meninggalkan kitab-kitab penting yang boleh dianggap sebagai
kekayaan pemikiran yang tidak ternilai harganya. Karya-karya ini menunjukkan
bahawa Syeikh Taqiyyuddin An-Nabhani merupakan seorang yang mempunyai pemikiran
bijak dan beranalisis yang cermat. Karya-karya Syeikh Taqiyyuddin yang paling
terkenal dan yang memuatkan pemikiran dan ijtihad beliau antara lain termasuk:
1.
Nizhamul
Islam
2.
At
Takattul Al Hizbi
3.
Mahafim
Hizbut Tahrir
4.
An
Nizhamul Iqthishadi fil Islam
5.
An
Nizhamul Ijtima’i fil Islam
6.
Nizhamul
Hukm fil Islam
7.
Ad
Dustur
8.
Muqaddimah
Dustur
9.
Ad
Daulatul Islamiyah
10. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah (3
jilid)
11. Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir
12. Nazharat Siyasiyah li Hizbit Tahrir
13. Nida’ Haar
14. Al Khilafah
15. At Tafkir
16. Ad Dusiyah
17. Sur’atul Badihah
18. Nuqthatul Inthilaq
19. Dukhulul Mujtama’
20. Inqadzu Filisthin
21. Risalatul Arab
22. Tasalluh Mishr
23. Al Ittifaqiyyah Ats Tsana’iyyah Al
Mishriyyah As Suriyyah wal
24. Yamaniyyah
25. Hallu Qadliyah Filisthin ala Ath
Thariqah Al Amrikiyyah wal
26. Inkiliziyyah
27. Nazhariyatul Firagh As Siyasi Haula
Masyru’ Aizanhawar.
Semua ini
belum termasuk ribuan risalah (nasyrah)
mengenai pemikiran, politik dan ekonomi, serta beberapa kitab yang dikeluarkan
atas nama anggota Hizbut Tahrir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan