Khamis, 4 Julai 2013

Abu Nasr Mansur (Penemu Hukum Sinus)

SMAHADZIR

SEWAKTU masih bersekolah di bangku sekolah menengah, tentu anda pernah mempelajari istilah sinus dalam mata pelajara matematik. Sinus adalah perbandingan sisi segitiga yang ada di depan sudut dengan sisi miring. Hukum sinus itu ternyata dicetuskan oleh seorang pakar matematik Islam pada awal abad ke-11 Masehi. Pakar matematik itu bernama Abu Nasr Mansur ibnu Ali ibnu Iraq atau akrab disapa dengan panggilan Abu Nasr Mansur (960 Masehi - 1036 Masehi). Bill Scheppler dalam karyanya yang bertajuk Al-Biruni: Master Astronomier and Islam Scholar of the Eleventh Century, mengungkapkan bahawa Abu Nasr Mansur merupakan seorang pakar matematik Islam dari Parsi.

‘Dia dikenali sebagai penemuan hukum sinus,’ ujar Scheppler. Pakar sejarah matematik John Joseph O’Connor dan Edmund Frederick Robertson menjelaskan bahawa Abu Nasr Mansur dilahirkan di kawasan Gilan, Parsi pada tahun 960 Masehi. Hal itu tercatat dalam The Regions of the World, sebuah buku geografi Parsi bertarikh 982 Masehi.

Keluarganya ‘Banu Iraq’ menguasai wilayah Khawarizm (sekarang, Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan). Khawarizm merupakan wilayah yang berdampingan dengan Laut Aral. ‘Dia menjadi seorang raja dalam bidang politik,’ ujar O’Cornor dan Robertson. Di Khawarizm itu juga, Abu Nasr Mansur menuntut ilmu dan berguru dengan seorang pakar astronomi dan pakar matematik Islam terkenal iaitu Abu’l-Wafa (940 Masehi - 998 Masehi). Otaknya yang pintar membuatkan Abu Nasr dengan mudah menguasai matematik dan astronomi. Kehebatannya itu juga menurun pada muridnya yakni Al-Biruni (973 Masehi - 1048 Masehi).

Ketika itu, Al-Biruni tidak hanya menjadi muridnya saja, tetapi juga menjadi koleganya yang sangat penting dalam bidang matematik. Mereka bekerjasama menemui rumus-rumus serta hukum-hukum yang sangat luar biasa dalam matematik. Kolaborasi dua ilmuwan itu telah melahirkan sederet penemuan yang sangat hebat dan bermanfaat bagi peradaban manusia.

Perjalanan kehidupan Abu Nasr dipengaruhi oleh situasi politik yang kurang stabil. Akhir abad ke-10 Masehi hingga awal abad ke-11 Masehi merupakan period rusuhan yang hebat di dunia Islam. Waktu itu, terjadi perang saudara di kota beliau menetap. Pada era itu, Khawarizm menjadi sebahagian dari wilayah kekuasaan Dinasti Samaniyah. Perebutan kekuasaan di antara dinasti-dinasti kecil di wilayah Asia Tengah itu membuatkan situasi politik menjadi kurang menentu.

Pada 995 Masehi, kekuasaan Banu Iraq digulingkan. Waktu itu, Abu Nasr Mansur menjadi raja. Tidak jelas apa yang terjadi pada Abu Nasr Mansur di negara itu, namun yang pasti muridnya Al-Biruni berjaya melarikan diri dari ancaman perang saudara itu. Setelah peristiwa itu, Abu Nasr Mansur bekerja di istana Ali ibnu Ma’mun dan menjadi penasihat Abu’l Abbas Ma’mun. Kehadiran Abu Nasr membuatkan kedua penguasa itu berjaya.

Ali ibnu Ma’mun dan Abu’l Abbas Ma’mun merupakan pendukung ilmu pengetahuan. Keduanya mendorong dan mendukung Abu Nasr mengembangkan ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau menjadi ilmuwan paling terkenal di istana itu. Karya-karyanya sangat dihormati dan dikagumi.

Abu Nasr Mansur menghabiskan sisa hidupnya di istana Mahmud di Ghazna. Beliau meninggal dunia pada tahun 1036 Masehi di Ghazni, sekarang Afghanistan. Meski begitu, karya dan sumbangannya bagi pengembangan sains tetap dikenang sepanjang masa. Dunia Islam moden tidak boleh melupakan ilmuwan Islam yang satu ini.

Sumbangan Abu Nasr Mansur

Abu Nasr Mansur telah memberikan sumbangan yang penting dalam dunia ilmu pengetahuan. Sebahagian karya Abu Nasr berfokus pada bidang matematik, tetapi beberapa tulisannya juga membahas masalah astronomi. Dalam bidang matematik, dia memiliki begitu banyak karya yang sangat penting dalam trigonometri. Abu Nasr berjaya mengembangkan karya-karya matematik, astronomi, geografi dan pakar astrologi Romawi bernama Claudius Ptolemaeus (90 SM – 168 SM).

Dia juga mempelajari karya pakar matematik dan pakar astronomi Yunani tersohor iaitu Menelaus of Alexandria (70 SM – 140 SM). Abu Nasr mengkritik dan mengembangkan teori-teori serta hukum-hukum yang telah dikembangkan ilmuwan Yunani itu. Kolaborasi Abu Nasr dengan Al-Biruni begitu terkenal. Abu Nasr berjaya menyelesaikan sekitar 25 karya besar bersama Al-Biruni. ‘Sekitar 17 karyanya hingga kini masih bertahan. Ini menunjukkan bahawa Abu Nasr Mansur adalah seorang pakar astronomi dan pakar matematik yang luar biasa,’ ujar pakar sejarah matematik John Joseph O’Connor dan Edmund Frederick Robertson

Dalam bidang matematik, Abu Nasr memiliki tujuh buah karya, sedangkan bakinya dalam bidang astronomi. Semua karya yang masih bertahan telah diterbitkan, telah dialihbahasakan ke dalam bahasa Eropah, dan ini memberikan beberapa indikasi betapa sangat pentingnya karya ilmuwan Islam itu.

Secara khusus Abu Nasr mempersembahkan sebanyak 20 buah karya kepada muridnya Al-Biruni. Salah satu karya besar saintis Islam ini adalah komentarnya dalam The Spherics of Menelaus. Peranannya sungguh besar dalam pengembangan trigonometri dari perhitungan Ptolemy dengan penghubung dua titik fungsi trigonometri yang hingga kini masih tetap digunakan. Selain itu, dia juga berjasa dalam mengembangkan dan mengumpulkan tabel yang mampu memberi solusi angka yang mudah untuk masalah khas spherical astronomiy (bentuk astronomi).

Abu Nasr juga mengembangkan The Spherics of Menelaus yang merupakan sebahagian penting, sejak karya asal Menelaus Yunani punah. Karya Menelaus berasal dari asas solusi angka Ptolemy dalam masalah bentuk astronomi yang tercantum dalam risalah Ptolemy bertajuk Almagest.

‘Karyanya di dalam tiga buku: buku pertama mempelajari kandungan atau kekayaan bentuk segitiga, buku kedua meneliti kandungan sistem paralel lingkaran dalam sebuah bola atau bentuk mereka memotong lingkaran besar, buku ketiga memberikan bukti dalil Menelaus,’ jelas O’Cornor dan Robertson. Pada karya trigonometrinya, Abu Nasr Mansur menemui hukum sinus sebagai berikut:

a atau sin A = b atau sin B = c atau sin C.

‘Abu’l-Wafa mungkin menemui hukum ini pertama dan Abu Nasr Mansur mungkin belajar dari dia. Pastinya kedua-duanya memiliki prioriti kuat untuk menentukan dan akan hampir pasti tidak pernah diketahui dengan kepastian,’ ungkap O’Cornor dan Robertson. O’Cornor dan Robertson juga menyebutkan satu nama lain, yang disebut sebagai orang ketiga yang kadang-kadang disebut sebagai penemu hukum yang sama, seorang pakar astronomi dan pakar matematik Islam dari Parsi, Al-Khujandi (940 Masehi - 1000 Masehi).

Namun, kurang beralasan jika Al-Khujandi disebut sebagai penemu hukum sinus, seperti yang ditulis oleh Samso dalam bukunya Biography in Dictionary of Scientific Biography (New York 1970-1990). ‘Dia adalah seorang pakar astronomi praktis yang paling utama, yang tidak peduli dengan masalah teoritis,’ katanya. Risalah Abu Nasr membahas lima fungsi trigonometri yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk astronomi. Artikel menunjukkan perbaikan yang diperoleh Abu Nasr Mansur dalam penggunan pertama sebagai nilai radius. Karya lain Abu Nasr Mansur dalam bidang astronomi meliputi empat karya dalam menyusun dan mengaplikasi astrolab.

Al-Biruni, Saksi Kehebatan Abu Nasr

Hakikatnya, dia adalah murid sekaligus kawan bagi Abu Nasr Mansur. Namun, dia lebih terkenal dibandingkan gurunya. Meski begitu, Al-Biruni tidak pernah melupakan jasa Abu Nasr dalam mendidiknya. Kolaborasi kedua-dua ilmuwan dari abad ke-11 Masehi itu sangat dihormati dan dikagumi.

Abu Nasr telah ‘melahirkan’ seorang ilmuwan yang sangat hebat. Sejarawan sains Barat, George Sarton begitu mengagumi kiprah dan pencapaian Al-Biruni dalam beragam disiplin ilmu. ‘Semuanya pasti sepakat bahawa Al-Biruni adalah salah seorang ilmuwan yang sangat hebat sepanjang zaman,’ ujar Sarton.

Bukan tanpa alasan bila Sarton dan Sabra meletakkannya sebagai seorang ilmuwan yang agung. Hakikatnya, Al-Biruni memang seorang saintis yang sangat fenomenal. Sejarah telah mencatatkan bahawa Al-Biruni sebagai sarjana Islam pertama yang mengkaji dan mempelajari tentang selok belok India dan tradisi Brahminical. Dia sangat intens mempelajari bahasa, teks, sejarah, dan kebudayaan India.

Kerja keras dan keseriusannya dalam mengkaji dan mengeksplorasi beragam aspek tentang India, Al-Biruni pun dinobatkan sebagai ‘Bapa Indologi’ - kajian tentang India. Tidak hanya itu, ilmuwan dari Khawarizm, Parsi itu juga telah dinobatkan sebagai ‘Bapa Geodesi’. Di era keemasan Islam, Al-Biruni ternyata telah meletakkan dasar-dasar satu cabang keilmuan tertua yang berhubungan dengan lingkungan fizikal bumi. Selain itu, Al-Biruni juga telah dinobatkan sebagai ‘pakar antropologi pertama’ di seantero jagat. Sebagai ilmuwan yang menguasai beragam ilmu, Al-Biruni juga menjadi pelopor dalam berbagai kaedah pengembangan sains.


Sejarah sains telah mencatatkan bahawa ilmuwan yang hidup di era kekuasaan Dinasti Samaniyah itu merupakan salah seorang pencetus kaedah saintifik eksperimental. Al-Biruni juga tidak hanya menguasai beragam ilmu seperti; fizik, antropologi, psikologi, kimia, astrologi, sejarah, geografi, geodesi, matematik, farmasi, kedoktoran, serta falsafah. Dia juga turut memberikan sumbangan yang begitu besar bagi setiap ilmu yang dikuasainya itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan