SMAHADZIR
Untuk pengetahuan para pembaca,
daerah Kuala Langat, Selangor mempunyai tiga buah pantai yang boleh dikunjungi para
pelancong. Pantai Morib adalah yang terkenal dengan keindahan pantai dan
suasana senjanya yang mampu menarik ramai lagi pelancong untuk ke sini. Dua buah
lagi pantai baru yang turut menarik pengunjung ialah Pantai Kelanang dan Pantai
Tanjung Rhu, Pulau Carey.
Sekiranya anda mencari satu
kawasan yang jauh dari kesibukan dan kebisingan kota, Pantai Morib merupakan
pilihan yang bijak. Sebagai salah sebuah kawasan beristirehat pantai di daerah
Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang
datang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang ingin melepaskan
diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh dan strategik.
Penulis bersama Pakar Motivasi Dr H M Tuah Iskandar di Pantai Morib.
Jika anda berkelapangan terutama kala musim cuti, datanglah ke Pantai Morib - Banting, Selangor. Di sini anda boleh menginap di Hotel Impian, Morib Gold Coast Resort, dan banyak lagi hotel-hotel barget yang terdapat di sekitar pantai dan juga pekan Banting. Jika anda ingin merasa kehidupan kampung bolehlah menginap di pelbagai homestay yang terdapat di sekitar Kampung Kanchong Darat dan juga Kampung Endah.
Mungkin ramai yang masih tidak
tahu bahawa Pantai Morib telah diberi sentuhan landskap yang baru dan cantik
sejak 2010 oleh kerajaan Barisan Nasional waktu itu. Mungkin ada juga orang
Banting sendiri belum berkesempatan melihat perubahan landskap yang dibuat oleh
pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat ini. Pantai Morib terletak mengadap Selat
Melaka dan jaraknya dari Banting sekitar 15 kilometer dan dari Kuala Lumpur
hanya memakan masa satu jam lebih sahaja.
Landskap yang menjadi ikon Pantai Morib sekarang. Di atas usaha pihak berkuasa tempatan, pesisir Pantai Morib berwajah baru mulai tahun 2010 yang lalu. Semoga keadaan ini dapat bertahan lama. Sama-samalah kita menjaga kebersihan Pantai Morib, Banting
Selangor.
Sekiranya anda datang ke Pantai
Morib ini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar, berehat,
main layang-layang (layang-layang ada banyak dijual di sini), mencari maklumat
sejarah Pantai Morib, mencari siput laut, belajar seni landskap, jogging,
memancing di pesisir pantai, mandi-manda (kawasan berpasir agak terhad), melihat
matahari terbenam, BBQ dan bermain golf. Jadi, bersiap-siaplah dengan
kelengkapan yang sewajarnya sebelum datang ke sini.
Sepanjang pesisir pantai, anda
boleh menyusurinya hingga ke Pantai Kelanang yang juga merupakan sebuah pantai
baru yang cantik dan damai. Di pantai ini juga anda boleh bermandi-manda selain
dari berkelah dan berehat.
Keindahan Pantai Morib memang
tidak dapat dinafikan. Selain dari menjadi pusat percutian pantai, di sini juga
merupakan tempat aktiviti budaya. Festival Budaya peringkat negeri Selangor
yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor sering diadakan di sini.
Boleh dikatakan bahawa Pantai Morib banyak menjadi saksi penganjuran pelbagai
program budaya baik di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun negara.
Selain itu Pantai Morib juga menyimpan
pelbagai sejarah negara. Pada 9 September 1945, satu pasukan tentera India dari
Batalion ke-46 tentera marin British telah mendarat di kawasan tersebut bagi
mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Dicatatkan
juga dalam sejarah bahawa Pantai Morib pernah menjadi petempatan tentera Jepun dan
British sewaktu zaman Perang Dunia Kedua dulu.
Tempat berehat di Pantai Morib.
Yang jelasnya ialah suatu masa
dahulu, Pantai Morib pernah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang popular di
kalangan pelancong asing mahupun tempatan. Pintu Gerbang ke Pantai Morib masih
sama seperti dahulu, tidak ada apa-apa perubahan. Jika sudah dimakan hari maka
pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat akan mengecatnya semula. Seingat penulis,
sejak lebih 10 tahun yang lalu pintu gerbang ini tidak berubah. Ini mengimbau
kenangan silam di Pantai Morib sejak ianya dibuka kepada umum.
Tebing pantai Morib yang diperbaiki dengan kemasan ruang pejalan kaki yang kemas dan
tersusun rapi.
Datanglah ke Pantai Morib sewaktu air berbani. Kata orang kala air berbani, banyak hidupan air yang boleh ditangkap sama ada dengan menggunakan jaring, pancing, kelong mahupun perangkap ketam. Jika air surut, anda boleh mencari pepahat atau kepah di gigi pantai.
Replika burung Camar putih di Pantai Morib.
Namun begitu, tiada banyak aktiviti rekreasi yang boleh dibuat jika anda datang ke Pantai Morib ketika air pasang. Namun, apabila air surut, seseorang perlu berjalan di atas pasir yang rata dan landai sejauh 400 meter dari pantai untuk sampai ke gigi air. Sesiapa yang berminat menambah koleksi cangkerang laut, inilah masanya!
Gerai-gerai baru yang menjual makanan ringan, cederamata, permainan
kanak-kanak termasuk layang-layang.
Terdapat dua buah penginapan yang paling hampir dengan pantai. Sementara Hotel Sri Morib menambah nilai penginapannya dengan akses ke kelab golf, Hotel Impian pula merangkaikan tarikan penginapannya dengan pakej kursus selain kolam renang yang besar. Apa yang jelas, kebersihan Pantai Morib kekal terjaga. Biarpun airnya belum tentu menjanjikan warna kebiruan, ia masih lagi menjadi tumpuan pengunjung dalam kumpulan teman mahupun bersama keluarga untuk mandi-manda.
Ini pula sudut maklumat mengenai siput yang ada didapati di pantai ini. The Gastrapods...
kalau nak tahu, bacalah.
Kemudahan lain yang terdapat di Pantai Morib termasuklah sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).
Salah satu landskap yang terdapat di Pantai Morib
Perjalanan untuk sampai ke Pantai
Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North
Klang Valley Expressway via Klang.
Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga ke Banting sebelum tiba ke Pantai
Morib. Untuk sampai ke Pantai Morib dengan menaiki bas, anda cuma perlu menaiki
bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang. Setibanya di Banting,
anda boleh menaiki bas Sepang ke Pantai Morib ataupun menyewa teksi di
perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting.
Terima kasih atas ulasan yg lengkap ttng pantai morib.
BalasPadamminta prhatian n mintak tolong...hehe....
BalasPadamjabatan ade buat family day utk ke gold coast morib esok tp transport xsedia...so kne pndai2 la prgi sndiri...boleh tlg x cmne ye nk gi sana kalau dr KL SENTRAL? sy ingt mula2 nk amik KLIA Transit..ke LCCT...pastu dr LCCT 2 cmne nk ke gold coast morib dgn bajet yg tersangat 'BAJET'? tolong saya....huk...huk...
Bismillah,
BalasPadamAktiviti dan panorama yang cukup indah di Bukit Jugra,
Jom singgah:
http://nurfarah911.blogspot.com/2015/03/keindahan-menarik-sekitar-banting.html