Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Sesungguhnya kaum muslimin dewasa ini telah ditimpa oleh
cubaan yang besar. Musibah-musibah telah mengepung mereka dari segala penjuru.
Kebanyakan kaum muslimin pun telah terjerumus di dalammya. Kemungkaran di
mana-mana dan manusia pun telah terang-terangan berbuat maksiat tanpa ada rasa
takut dan malu. Sebabnya ialah sikap suka meremehkan terhadap agama Allah s.w.t
dan tidak adanya pengagungan terhadap hukum dan ajaran-Nya serta lalainya
kebanyakan dari orang-orang yang soleh untuk menegakkan syari’at Allah s.w.t
dan amar makruf dan nahi mungkar.
Sesungguhnya tiada pilihan bagi kaum muslimin
dari bencana dan musibah ini kecuali dengan taubat yang benar kepada Allah s.w.t
dan mengagungi segala perintah dan larangannya. Mencegah tangan-tangan yang
jahil dan memberikan sanksi kepada mereka.
Sesungguhnya musibah yang terbesar yang jelas
dewasa ini ialah apa yang dilakukan oleh para pedagang kerosakan dan agen-agen
kekejian serta penyebar kemungkaran di kalangan kaum mukminin: dengan menerbitkan
majalah-majalah keji yang menentang Allah s.w.t dan Rasul-Nya pada perintah dan
larangan-Nya. Majalah-majalah ini mencantumkan di dalam halaman-halamannya
gambar-gambar telajang dan wajah-wajah yang menggoda yang membangkitkan nafsu
syahwat, dan mengajak kepada kerosakkan.
Telah dibuktikan dengan penelitian yang dalam
bahawa majalah-majalah ini mencakup kaedah-kaedah yang banyak dalam
mengiklankan kejahatan dan maksiat serta membangkitkan nafsu syahwat dan
pelampiasannya kepada apa yang diharamkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Seperti
yang dipaparkan di bawah ini:
1. Gambar-gambar seksi di cover majalah
dan di dalamnya.
2. Wanita-wanita dengan seluruh perhiasaannya
yang mengoda dan mengghairahkan.
3. Ucapan-ucapan yang kotor, untaian puisi dan
kalimat yang jauh dari etika malu dan kemuliaan yang menghancurkan akhlak dan
merosakkan umat.
4. Cerita-cerita roman yang keji, dan
berita-berita artis dan aktor, penari, penyanyi dan pelakon laki-laki dan
wanita dari kalangan orang-orang yang suka berbuat maksiat.
5. Dalam majalah-majalah ini terdapat seruan
yang terang-terangan untuk
mempertontonkan kecantikan kepada orang lain, bersolek dan
bercampurbaurnya antara laki-laki dan wanita serta pengoyakkan hijab.
6. Pameran busana-busana seksi yang menutup
tetapi hakikatnya telanjang kepada kaum wanita mukminin untuk mengajak mereka
kepada telanjang dan buka-bukaan serta menyerupai para pelacur dan pelaku
maksiat.
7. Dalam majalah ini terdapat rangkulan, pelukan
dan ciuman antara laki-laki dan wanita.
8. Di dalam majalah-majalah ini terdapat
perkataan-perkataan yang bergejolak yang membangkitkan nafsu seksual yang mati
pada jiwa para pemuda dan pemudi, sehingga mendorong mereka dengan segala
kekuatan untuk menempuh jalan kesesatan, melencong dan jatuh di dalam
perzinaan, perbuatan dosa, berkasih-kasihan dan cinta yang menggebu-gebu.
Entah berapa banyak majalah yang beracun ini
disenangi oleh para pemuda dan pemudi, sehingga mereka binasa kerananya dan
keluar dari batas-batas kefitrahan dan agama. Dan sungguh majalah ini telah
merubah hukum-hukum agama dan dasar-dasar kefitrahan yang lurus pada pemikiran
kebanyakan manusia disebabkan oleh tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran yang
disebarkannya.
Kebanyakan manusia telah berani melakukan
maksiat, dosa-dosa besar (zina), dan melampaui hukum-hukum Allah s.w.t
disebabkan oleh kecenderungan kepada majalah-majalah ini dan penguasaannya
terhadap akal dan pemikiran mereka. Walhasil: sesungguhnya majalah-majalah ini
dasarnya adalah perdagangan terhadap tubuh wanita yang dibantu oleh syaitan dengan
segala faktor yang memikat dan segala sarana yang menggoda dengan tujuan
menyebarkan ajaran ibahiyah (menghalalkan seluruh yang haram),
merobek-robek kehormatan, dan merosakkan para wanita kaum mukminin, dan merubah
masyarakat Islam menjadi kumpulan binatang yang tidak mengenal ma’ruf
(kebaikan) dan tidak mengingkari kemungkaran, dan tidak menegakkan syari’at
Allah s.w.t yang suci sedikit pun, bahkan kepala pun tidak diangkat terhadap
ajaran ini.
Seperti keadaan kebanyakan masyarakat, bahkan
perkaranya sampai kepada bersenang-senang dua jenis insan (laki-laki dan
wanita) dengan cara telanjang bulat, yang mereka namakan ‘kota telanjang,’
semoga Allah s.w.t melindungi kita dari fitrah yang terbalik dan keterjerumusan
di dalam apa yang telah diharamkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Inilah dan berdasarkan kepada yang telah
disebutkan di atas, tentang realiti majalah-majalah ini dan kesan-kesannya
serta tujuannya yang keji dan kerana banyaknya berita yang datang kepada mata
kita dari kalangan orang-orang yang mempunyai ghairah (kecemburuan) terhadap
agama dari kalangan ulama dan penuntut ilmu serta seluruh kaum muslimin tentang
bersebarnya penayangan majalah-majalah ini di kedai-kedai buku dan pusat-pusat
membeli-belah serta tempat-tempat perniagaan, maka sesungguhnya saya melihat
gejala ini sebagai berikut:
1. Wajar diharamkan menerbitkan majalah-majalah
hina seperti ini baik majalah-majalah umum atau khusus dengan pakaian-pakaian
wanita. Barang siapa yang melakukan itu, maka dia mendapat bahagian dari firman
Allah s.w.t: Maksudnya: ‘Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita)
perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi
mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.’ (surah An Nur: 19).
2. Wajar diharamkan bekerja di organisasi
majalah-majalah ini dari segi mana pun, baik tugasnya di bahagian pentadbiran
atau redaksi atau percetakkan atau pengedaran. Kerana perbuatan itu termasuk ke
dalam menolong dalam perbuatan dosa dan kebatilan serta kerosakan. Allah s.w.t
berfirman: Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t sesungguhnya Allah s.w.t
amat berat siksa-Nya.’(surah Al Maidah: 2).
3. Wajar diharamkan mengiklankan majalah-majalah
ini dan memasarkannya dengan sarana apa pun, kerana hal itu merupakan
indikasi-indikasi terhadap kejahatan dan dakwah kepadanya. Sungguh telah tetap
dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: ‘Barang siapa yang mengajak
kepada kesesatan maka mendapatkan dosa seperti dosa orang yang mengikutinya
tanpa dikurangi dosanya dari dosa-dosa orang yang mengikutinya itu sedikit pun
‘ (Muslim dalam Sahih Muslim).
4. Wajar diharamkan menjual majalah-majalah ini
dan penghasilan yang diperolehinya dari majalah ini adalah penghasilan yang
haram. Barang siapa yang pernah melakukan hal ini maka haruslah dia bertaubat
kepada Allah s.w.t dan keluar dari penghasilan yang keji ini.
5. Wajar diharamkan kepada kaum muslimin untuk
membeli majalah-majalah ini dan menyimpannya disebabkan kerana di dalamnya
terdapat dosa dan kemungkaran. Sebagaimana membeli majalah itu adalah
memperlariskan jualan majalah-majalah ini dan mengangkat pendapatan mereka dan
menyokong mereka untuk mengeluar dan memasarkannya. Seseorang muslim wajib
waspada terhadap keluarganya baik laki-laki atau wanita dari mendapatkan
majalah-majalah ini demi menjaga mereka dari bencana dan terpengaruh dengannya.
Seseorang muslim harus mengetahui sesungguhnya dia adalah khalifah dan akan
ditanya tentang kepemimpinannya pada hari kiamat.
6. Seseorang muslim wajib memejamkan matanya
dari melihat majalah-majalah yang merosakkan itu demi ketaatan kepada Allah s.w.t
dan Rasul-Nya dan demi menjauhi bencana dan tempat-tempatnya. Rasulullah s.a.w
telah bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan itu mengalir di tubuh anak adam seperti
mengalirnya darah.’ Imam Ahmad berkata: ‘Entah berapakah suatu pandangan yang
menimbulkan bencana di hati orang yang melihat itu.’ Maka barang siapa yang
bergantung dengan apa yang terdapat di dalam majalah-majalah itu dari gambar-gambar
dan yang lainnya telah merosakkan hati dan kehidupannya serta memalingkannya
kepada hal-hal yang tidak bermanfaat baik dunia mahupun akhirat. Kerana,
baiknya hati dan kehidupannya hanya disebabkan oleh kebergantungan dengan Allah
s.w.t dan mengibadatinya, lazatnya bermunajah kepadanya dan ikhlas serta
penuhnya kecintaannya kepada Allah s.w.t.
7. Barang siapa yang dipilih Allah s.w.t menjadi
pemimpin di negeri Islam mana pun wajib memberikan nasihat kepada kaum muslimin
dan menjauhkan mereka dari kerosakan dan pelakunya dan menjauhkan mereka dari
segala yang membahayakan di dalam agama dan dunia mereka. Di antaranya melarang
majalah-majalah yang merosakkan ini untuk disebar dan jual-belikan. Dan menahan
kerosakannya dari mereka. Tindakan ini merupakan menolong Allah s.w.t dan
agama-Nya dan merupakan sebab kemenangan dan kejayaan menguasai bumi
sebagaimana firman Allah s.w.t: ‘Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang
menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka
bumi, nescaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, menyuruh berbuat
yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah
kembali segala urusan.’ (Al Hajj: 40-41).
Dan segala puji bagi Allah s.w.t semesta alam dan selawat dan salam
atas Rasulullah s.a.w kita dan keluarganya dan para sahabatnya serta
orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari kiamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan