SETIAP hari berlaku percanggahan pemikiran sesama manusia di seluruh
dunia, sebahagian besarnya mengenai persoalan agama, negara dan bangsa.
Menonton berita dunia di televisyen atau membaca akhbar, percanggahan pemikiran
ini, begitu nyata. Di Barat cara pelaporan beritanya adalah berbeza berbanding
di Timur berikutan kecenderungan pemikiran yang berbeza meskipun daripada
sumber berita yang sama.
Percanggahan pemikiran juga berkisar kepada persoalan maruah, hak,
hidup-mati dan maju-mundur sesuatu bangsa. Fenomena percanggahan pemikiran
diwarisi pelbagai golongan manusia ini, jika dianggap penyakit, ia
dikategorikan sebagai jenis kronik. Kebanyakan pemikiran manusia yang berbeza
dari segi latar belakang ini tidak akan dapat disatukan untuk mencapai
kesepakatan tulen – ibarat minyak dan air.
Semua ini juga berpunca daripada perbezaan tamadun dan akar umbi
budaya, cara berfikir serta cara hidup, diperkuatkan lagi dengan kepercayaan
beragama dan kedudukan sosio-ekonomi, selain pendedahan kepada dunia luar.
Tentulah sukar menyamakan pemikiran anak-anak yang bergelumang dengan senjata
dan melihat kematian di depan mata hampir setiap hari kerana berjuang bagi
membebaskan negaranya dengan pemikiran anak-anak yang dibesarkan dengan
permainan video, komputer canggih dan telefon bimbit.
Percanggahan pemikiran sentiasa berlaku di kalangan pemimpin di dalam
sesebuah negara dan organisasi atau ketua kerajaan berbeza negara dan agama,
sesama golongan intelek, malah sesama rakyat atas isu ideologi dan isu besar
dan kecil lain.
Pertelagahan pemikiran berlaku atas pelbagai faktor termasuk pertikaian
atas sesuatu kepentingan, kesan kian ramai manusia berpelajaran atau juga
disebabkan kebodohan yang tidak boleh diajar, mungkin disebabkan taksub. Ia
berlaku atas kepentingan strategik, isu politik, ekonomi, agama, maruah, soal
wilayah/sempadan dan sebagainya. Di Malaysia, percanggahan pemikiran juga wujud
berikutan kesan kemasukan budaya luar sama ada dari negara maju atau daripada
sistem ortodoks Islam. Tidak kurang juga percanggahan pemikiran berlaku akibat
salah faham, kekeliruan tafsiran atau disengajakan.
Pertelagahan pemikiran berlaku atas pelbagai faktor termasuk pertikaian
atas sesuatu kepentingan, kesan kian ramai manusia berpelajaran atau juga
disebabkan kebodohan yang tidak boleh diajar, mungkin disebabkan taksub. Ia
berlaku atas kepentingan strategik, isu politik, ekonomi, agama, maruah, soal
wilayah atau sempadan dan sebagainya.
Di Mekah boleh dikatakan setiap masa menjadi tempat pertembungan
pemikiran dan pendapat manusia membabitkan semua golongan umat Islam. Di situ
mereka bertemu walau pun dari segi realitinya di kalangan umat Islam sendiri,
masing-masing mempunyai pemikiran agama yang belum mampu dirungkai. Cuma,
mereka tidak bertelagah secara terbuka, walaupun sesama mereka mempunyai
pemikiran berbeza. Ini mungkin disebabkan matlamat mereka berada di Tanah Suci
adalah sama iaitu untuk beribadat. Bagi jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah
haji atau umrah di Mekah, mereka juga mewakili pelbagai kelompok berbeza di
segi pemikiran politik.
Apa pun, pembentukan persepsi terhadap sesuatu bangsa yang menganut
Islam yang dibentuk di Mekah menerusi pemerhatian sikap, perbuatan dan tingkah
laku umat Islam ini, tetap tidak baik untuk Islam. Dalam politik, semua ini
adalah ciri-ciri konflik yang lazim dalam sistem demokrasi. Dalam politik juga,
konflik adalah percaturan individu atau kumpulan untuk sesuatu tujuan.
Disebabkan Malaysia diramal mengadakan pilihan raya umum ke-13, konflik
menjadi alat politik. Dalam keadaan hari ini, konflik sengaja dicipta untuk
menarik perhatian. Biasanya ia menjadi senjata parti pembangkang untuk meraih
simpati. Cuma, perkara yang dibangkitkan pembangkang tidak mencapai tahap
percanggahan pemikiran. Isu remeh temeh pembangkang berkisar kepada topik
menghentam peribadi bukan soal idea.
Setakat ini pembangkang tidak memberi idea kepada idea transformasi
yang diutarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Idea transformasi
ini jarang disentuh pembangkang atas beberapa alasan. Ia mungkin disebabkan
pembangkang tidak dapat mencari kelemahan pendekatan itu, tidak faham terhadap
transformasi kerajaan atau sukar mencari alasan untuk menghentam secara
intelektual untuk membentuk percanggahan pemikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan