Sesungguhnya ramai belum sedar
bahawa terdapat beberapa perkara dalam agama lain yang belum betul-betul umat Islam
fahami. Adalah amat penting untuk seseorang MUSLIM memahami benar-benar
mengenai landas-landas agama lain kerana ia adalah pendinding kita kemudian
hari. Kali ini penulis tertarik ingin mengulas mengenai Kosher dan Trefa.
Kosher adalah istilah bagi
diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah Halal bagi
umat Islam. Begitu juga dengan istilah Trefa, ia adalah serupa istilahnya
dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa
peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa
makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh
dimakan oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya, terdapat beberapa
makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak
boleh dimakan oleh orang Yahudi.
Sepertimana Halal dalam Islam yang
berlandaskan Al-Quran peraturan Kosher adalah berlandaskan dalam kitab Torah
atau Pentateuch, iaitu Leviticus. Leviticus merupakan buku ketiga dalam
kitab Torah atau Pentateuch daripada lima buku kesemuanya.
Sepertimana dalam firman Allah s.w.t
dalam surah Surah al-Baqarah, ayat 172.
‘Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah
dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan
bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.’
Antara petikan ayat dalam kitab
Leviticus yang menjadi panduan orang Yahudi dalam peraturan Kosher adalah, ‘Adonai said to Moses and Aaron, ‘Tell the
people of Isra’el, ‘These are the living creatures which you may eat among all
the land animals.’
* Adonai adalah nama lain bagi
Yahweh iaitu nama Tuhan orang Yahudi.
Persamaan
Halal dan Kosher
Terdapat beberapa perkara yang
boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:
1. Memakan Babi Dan Produk Daripada Babi Tidak Boleh Dimakan
Islam: Mengenai larangan
memakan Babi bagi umat islam terdapat dalam Al-Quran (Al-Baqarah ayat 173): Allah
berfirman, ‘Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika
disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.‘
Yahudi: Mengenai larangan memakan
Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus (11:7): ‘And the pig, because it parts the hoof
and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.’
Babi adalah binatang paling taboo
dalam kedua-dua agama samawi ini.
2. Larangan
Memakan Haiwan Dua Alam
Islam dan Yahudi sama-sama
melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu. Penyu
adalah haiwan dua alam (amphibia) dan ia adalah haram dimakan oleh org Islam
dan Yahudi.
3. Larangan Memakan Serangga
Islam dan Yahudi sama-sama
melarang penganutnya memakan serangga. Walau bagaimanapun, belalang juta
diharuskan memakannya dalam Islam. Bagi lebah pula, dilarang memakannya
namun madu daripada lebah adalah Halal dan Kosher.
Madu adalah Halal dan Kosher meskipun
lebah adalah Haram dan Trefa.
4. Binatang Buas Dan Mencakar
Islam dan Yahudi melarang
penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau, beruang atau dan
sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang, burung hantu, tikus
dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah s.a.w: ’Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai
taring adalah haram dimakan.’ (Hadis riwayat Muslim dan Tarmudzi)
Semua binatang yang mempunyai
kuku atau cakar tajam seperti helang, rajawali dan sebagainya. Nabi s.a.w telah
melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.’ (Hadis riwayat Muslim)
Perbezaan Halal Dan Kosher
1. Arak
Islam: Arak diharamkan
sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika
memasak.
Yahudi: Arak adalah kosher
dalam peraturan Yahudi.
Arak adalah haram di sisi agama
Islam tetapi Kosher bagi agama Yahudi.
2. Makanan Laut
Islam: Makanan laut adalah
halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.
Yahudi: Haiwan laut jenis
ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala
jenis kerang, tiram, ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh
orang Yahudi.
3. Campuran Susu dan Daging
Islam: Islam tidak ada
peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh
itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.
Yahudi: Orang Yahudi
dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.
4. Haiwan Ternak
Islam: Islam menghalalkan
semua binatang ternak seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah
ayat 1: ’Dihalalkan bagimu binatang
ternak.’
Yahudi: Orang Yahudi dibenarkan
memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap
jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna (haiwan
ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3: ’You may eat any animal that has a split hoof completely
divided and that chews the cud.’
Oleh itu, binatang seperti unta
tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna
dengan cernaan dua kali (haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki
yang tidak terbelah dua. Leviticus 11:4: ’There
are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat
them. The camel, though it chews the cud, does not have a split hoof;
it is ceremoniallyunclean for you.’
Unta Halal bagi orang Islam tetapi
tidak Kosher bagi orang Yahudi.
5. Penyembelihan
Islam: Sembelihan dalam Islam
dikenali sebagai Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau
yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan
haiwan tersebut dengan menyebut lafaz ‘Bismillah, Allahu Akbar’. Lafaz akan
disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.
Meminum darah haiwan adalah haram
di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah
dibersihkan sepenuhnya. Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain
boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi atau Kristian). Akan tetapi,
kebiasaannya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas
daripada negara Islam.
Yahudi: Sembelihan dalam Yahudi
dikenali sebagai Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau
yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan
haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah
cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja meskipun
menyembelih melebihi seekor haiwan.
Meminum darah haiwan adalah haram
di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah
dibersihkan sepenuhnya.
Yahudi yang tinggal berjauhan
dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain
agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang
membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.