Selasa, 18 Oktober 2011

Tarikan 3 Pekan

SMAHADZIR

KETINGGALAN 40 tahun. Itu kesimpulan penulis sebaik tiba di Donsao, sebuah pekan di Laos dalam kembara ke kawasan Segi Tiga Emas meliputi Thailand, Myanmar dan Laos. Tiada bangunan konkrit di sini, hanya deretan kedai diperbuat daripada bambu dan beratap rumbia, tak ubah seperti Pekan Tuaran di Sabah, empat dekad lalu. Kedai berkenaan menjual pelbagai jenis produk seperti pakaian, rantai kunci, beg pakaian, pelekat magnet peti sejuk, tas tangan serta makanan dan minuman yang kebanyakannya dibawa masuk dari Thailand.

Jangan terkejut melihat bangkai ular tedung selar gergasi dalam bekas kaca berair menunggu dijadikan hidangan buat pengunjung. Air dalam bekas itu turut dijual, kononnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin. Penulis bersama rakan menaiki bot pelancong dari Mae Sai ke Donsao menyeberangi Sungai Khong, tanpa perlu melalui pos pemeriksaan imigresen. Untuk makluman, sungai adalah nadi pengangkutan Segi Tiga Emas.

Kami turut menelusuri Sungai Khong untuk melihat pemandangan sekitar kawasan Segi Tiga Emas termasuk perumahan daif di tebing sungai, tugu serta pusat perjudian. Pengembaraan seterusnya dari Mae Sai ke Tachileik di Myanmar menggunakan van. Perjalanan hanya 30 minit, tetapi pemeriksaan imigresennya ketat hingga penulis nyaris tidak dapat masuk kerana borang khas ketibaan ke Thailand dari Malaysia ditampal dalam pasport pula tertanggal. Cari punya cari, nasib baik dokumen itu ada dalam van yang dinaiki.

Lega kerana dibenarkan memasuki negara Junta Tentera itu. Di Tachileik, kebanyakan barangan yang diniagakan juga dari Thailand dan urus niaga dalam mata wang Baht dibenarkan sama seperti di Donsao. Orang Islam seperti Melayu Champa dan Thailand turut berniaga di pekan ini. Seronok melihat motosikal yang dipasang treler dijadikan pengangkutan utama termasuk mengangkut barang dari Thailand untuk diniagakan di Myanmar, jelas menggambarkan tahap sosio ekonomi penduduk di sini masih rendah.

Sebelum memasuki Donsao, konvoi kami yang menggunakan van bertolak dari Universiti Mae Fah Luang (MFU), Chiang Rai ke Mae Sai yang mengambil masa dua jam. Di Mae Sai, kami melawat sekitar pekan yang kaya dengan pelbagai tinggalan sejarah seperti tokong purba, arca gajah dan berhala Buddha berwarna kuning keemasan. Di sini juga ada Muzium Candu mempamerkan pelbagai khazanah mengenai bahan itu namun pengunjung tidak dibenar merakamkan gambar. Kerajaan Thailand serius memerangi dadah termasuk memusnahkan penanaman kanabis di Mae Sai, mengambil iktibar Perang Candu Kedua pada 1856-1858 yang memberi pengajaran mengenai bahaya candu.

Chiang Mai mempunyai pelbagai daya tarikan pelancong seperti Menara Jam Chiang Mai berwarna kuning keemasan yang kemudian bertukar kepada pelbagai warna setiap jam 9 malam antaranya hijau, ungu, merah dan putih kristal, selain ada Bazar Malam. Pikap atau lori kecil antara pengangkutan penting di sini, sama seperti Kota Belud di Sabah. Di Chiang Rai pula, ada Masjid Darun Aman untuk memudahkan umat Islam di utara Thailand beribadah dengan kebanyakan penganut Islam di situ dari etnik Chin Haw yang mirip puak Hui di China.

Penulis turut sempat singgah di Chiang Mai yang mempunyai pelbagai daya tarikan seperti menara jam kuning keemasan yang bertukar kepada pelbagai warna setiap jam 9 malam antaranya hijau, ungu, merah dan putih kristal, selain ada Bazar Malam. Pikap atau lori kecil antara pengangkutan penting di sini, sama seperti Kota Belud.

Begitulah catatan ringkas kembara penulis di Segi Tiga Emas. Terasa bagai dibawa kembali ke zaman retro era 70-an ketika berada di Donsao sebelum melangkah ke dalam `muzium hidup’ di Mae Sai yang penuh dengan tinggalan sejarah, manakala Tachileik pula umpama pekan lama Goshen di Kota Marudu.



4 ulasan:

  1. Salam. Kami akan ziarah masyarakat Islam chiangmai pd 12 mei. Pd 13mei cadangan nak pergi ke chiangrai dan golden triangle. Nak masuk sekejap ke Laos dn tak tahu lagi nak bermalam dimana. Setelah membaca blog Tuan tearing in nak ziarah masyarakat Islam di Taichilek. Bagaimana caranya yg paling mudah, dari chiangmai atau chiangrai. Mungkin blh bermalam disini. Kami 4 org, semuanya Ustaz Dari Uia. Kami akan kembali ke kl jam 4.45 ptg 13 me I.

    Harap dpt pencerahan dari tuan

    Jazakallaahu khairan

    Saudaramu sesama Islam
    Mohd Nasir
    019-2126127

    BalasPadam
  2. Adakah perlu ambil visa utk keep Taicilek nak masuk ke Myanmar

    BalasPadam
  3. Adakah perlu ambil visa utk keep Taicilek nak masuk ke Myanmar

    BalasPadam
  4. Salam. Kami akan ziarah masyarakat Islam chiangmai pd 12 mei. Pd 13mei cadangan nak pergi ke chiangrai dan golden triangle. Nak masuk sekejap ke Laos dn tak tahu lagi nak bermalam dimana. Setelah membaca blog Tuan tearing in nak ziarah masyarakat Islam di Taichilek. Bagaimana caranya yg paling mudah, dari chiangmai atau chiangrai. Mungkin blh bermalam disini. Kami 4 org, semuanya Ustaz Dari Uia. Kami akan kembali ke kl jam 4.45 ptg 13 me I.

    Harap dpt pencerahan dari tuan

    Jazakallaahu khairan

    Saudaramu sesama Islam
    Mohd Nasir
    019-2126127

    BalasPadam