Isnin, 15 November 2010

Enjin Canggih Berbahan Bakar Gula

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM


SEWAKTU mendengar istilah sperma, mungkin yang ada dalam benak anda adalah cairan kental yang menjijikan. Tetapi sejujurnya, tahukah anda apa itu sperma? Yang pasti, substansi pembuat manusia ini tidaklah mungkin perkara yang biasa saja. Manusia yang sempurna sudah pasti dibuat dengan menggunakan komponen yang sempurna juga. Dengan kata lain, sperma pastilah sebuah wujud yang sempurna, yang menunjukkan kewujudan Penciptanya Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.


Sperma adalah sel yang dihasil oleh organ kelamin laki-laki dan bertugas membawa maklumat genetik laki-laki ke sel telur dalam tubuh wanita. Tahukah anda, bagaimana struktur sperma yang sebenarnya?


Bila diamati lebih dekat, sperma kelihatan seperti sebuah enjin yang khusus direkabentuk untuk mengangkut muatan genetik. Bahagian hadapan sperma tertutup oleh pelindung. Terdapat sebuah lapisan pelindung lain di bawah lapisan pertama tersebut, dan di bawah lapisan kedua ini terdapat kargo muatan yang dibawa oleh sperma tersebut.


Dalam muatan ini terdapat 23 kromosom yang dimiliki oleh laki-laki. Segala maklumat mengenai tubuh manusia, bahkan hingga selok-beloknya yang paling kecil, tersimpan dalam kromosom ini. Agar seorang anak manusia terbentuk, 23 kromosom dalam sperma harus bersatu dengan 23 kromosom dalam sel telur ibu. Dengan cara demikian, bahan asas pertama manusia berupa 46 kromosom akan terbentuk.


Sistem pelindung pada kepala sperma tersebut akan melindungi muatan berharga ini dari segala mara bahaya sewaktu perjalanannya. Tetapi, rekabentuk pada sperma tidak terbatas sampai di sini. Terdapat enjin yang bertenaga sangat kuat di bahagian tengah sperma. Bahagian belakang enjin tersebut dihubungkan dengan ekor sperma.


Daya yang dihasilkan oleh enjin ini memutar ekor bagaikan baling-baling dan memungkinkan sperma meluncur dengan cepat. Kewujudan enjin pendorog ini tentunya memerlukan bahan bakar yang memungkinkannya bekerja. Keperluan ini telah diperhitungkan, dan bahan bakar paling produktif untuk enjin tersebut, iaitu gula fruktosa, telah tersedia dalam bentuk cairan yang melingkupi sperma.


Dengan cara demikian, bahan bakar untuk enjin tersebut telah tersedia di sepanjang perjalanan yang akan ia tempuh. Dengan rekabentuk yang sempurna ini, sperma bergerak cepat dan terus mengarah ke sel telur. Ketika ukuran panjang sperma dan jarak perjalanan yang ia tempuh tersebut kita cermati, akan kelihatan bahawa sperma layaknya sebuah enjin berkecepatan tinggi.


Pembuatan enjin-enjin ajaib ini dilakukan dengan cara yang sangat pakar. Di dalam tiap testis, yang merupakan pusat pengeluaran sperma dalam organ persenyawaan lelaki, terdapat tabung mikroskopis dengan panjang keseluruhan mencapai 500 meter. Proses pengeluaran di dalam tabung-tabung kecil ini seperti sistem perakitan menggunakan tayar berjalan pada kilang moden.


Bahagian pelindung, enjin, dan ekor sperma dipasang satu per satu secara bergantian. Yang muncul sebagai hasilnya adalah sebuah keajaiban teknik yang luar biasa. Kita hendaknya berfikir sejenak menghadapi kenyataan ini. Bagaimana sel-sel yang tidak memiliki kemampuan berfikir ini mengetahui bagaimana menyediakan sperma dalam bentuk yang tepat, padahal mereka sama sekali tidak mengetahui selok-belok tubuh wanita?


Bagaimana mereka belajar membuat pelindung, enjin dan ekor yang akan diperlukan oleh sperma ketika berada dalam tubuh perempuan? Dengan kecerdasan apakah mereka dapat merakit komponen-komponen ini dalam urutan yang benar? Bagaimana mereka tahu bahawa sperma akan memerlukan fruktosa? Bagaimana mereka belajar membuat sebuah enjin yang bergerak dengan bahan bakar fruktosa?


Hanya ada satu jawapan terhadap semua persoalan ini. Sperma dan air mani yang mereka tempati diciptakan secara khusus oleh Allah s.w.t demi kelestarian umat manusia. Profesor Cevat Babuna, bekas dekan Fakulti Kedoktoran, Ginekologi dan Kebidanan, Universiti Istanbul, menjelaskan rekabentuk khusus pada sperma ini seperti berikut:


‘Sel-sel sperma dibuat dalam tubuh lelaki. Tetapi fungsi sperma ini dilakukan dalam tubuh perempuan. Dan semenjak dunia ini dimulai, dengan kata lain dalam sejarah umat manusia, tidak ada sperma yang berkesempatan kembali pulang ke tubuh lelaki setelah melaksanakan tugasnya dalam tubuh perempuan, dan kemudian berkata pada sel-sel yang telah membuatnya tentang apa yang telah mereka lakukan, kesukaran apa yang mereka hadapi, atau apa tugas mereka. Jadi kalau begitu, bagaimana sel sperma memiliki struktur yang sangat berbeza dengan semua ribuan jenis sel yang ada dalam tubuh? Bagaimana sel sperma mengetahui bahawa ia akan mengangkut muatan genetik yang ia ambil dari tubuh lelaki ke tubuh lain yang kemudian akan menjadikannya hidup, sehingga bahagian kepala, yakni bahagian depannya, harus memiliki pelindung? Bagaimana sel sperma mengetahui bahawa ia akan menembusi membran sel sehingga ia juga membawa sejumlah senjata kimia yang dipasang di sebalik pelindungnya? Jadi, anda tahu bahawa adalah mustahil semua struktur pada sel ini, tugas yang ia lakukan, berbagai peristiwa yang ia alami adalah sebuah kebetulan, ia melaksanakannya secara kebetulan, bahkan ia secara sedar melaksanakan semua ini berulang-ulang. Ini adalah bukti paling jelas bagaimana Allah s.w.t, Sang Pencipta, telah memberinya tugas ini, dan bagaimana ia melakukannya dengan cara yang paling sempurna.’


Perancangan menakjubkan dalam rekabentuk sperma itu sendiri adalah sebuah keajaiban penciptaan. Sebenarnya, Allah s.w.t telah memberikan perhatian khusus pada penciptaan air mani tempat sperma itu berada dalam Al-Quran: ‘Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan hari berbangkit? Maka terangkanlah kepada-Ku tentang nutfah yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya atau Kamikah yang menciptakannya?’ (surah al-Waaqi’ah, 56:57–59)


Perlumbaan Seru


Sekitar 250 juta sperma pada satu waktu dikirimkan ke rahim perempuan. Angka ini sengaja dibuat tinggi, sebab setelah sperma-sperma ini memasuki tubuh perempuan mereka mendapati diri mereka berhadapan dengan bahaya mematikan. Terdapat campuran pekat asid di dalam organ persenyawaan perempuan yang menghalangi pertumbuhan bakteria.


Campuran asid ini juga mematikan bagi sperma. Dalam beberapa minit saja, dinding rahim diliputi jutaan sperma yang mati. Beberapa jam kemudian, sebahagian besar dari 250 juta sperma tersebut akan mati. Senyawa asid ini, yang sangat penting bagi kesihatan perempuan, sungguh ampuh sehingga dengan mudah mampu membunuh semua sperma yang memasuki rahim. Pada peristiwa ini, persenyawaan tidak dapat terjadi, dan ras manusia akan punah.


Akan tetapi Allah s.w.t, yang menciptakan sperma, juga menciptakan pencegahan melawan bahaya yang akan ditemui sperma dalam rahim perempuan. Pada ketika sperma sedang dihasilkan dalam tubuh lelaki, senyawa basa ditambahkan pada cairan yang berisi sperma tersebut. Senyawa ini menurunkan pengaruh asid dalam rahim perempuan. Oleh sebab itu, sejumlah sperma berjaya memasuki rahim perempuan dan berjaya mencapai pintu masuk ke tuba fallopi.


Semua sperma tersebut bersama-sama pergi menuju arah yang sama, yakni menuju sel telur. Tetapi, bagaimana mereka dapat mencari arah yang tepat ini. Bagaimana mereka mengetahui tempat sel telur, yang tidak lebih besar daripada setitik debu?


Sperma mampu mencari jalan ke arah telur akibat adanya satu sistem lain yang tercipta sempurna yang ikut berperanan. Telur melepaskan zat kimia untuk menarik perhatian sperma, yang berada sekitar 15 cm darinya, ke arah telur tersebut. Sperma ini bergerak lurus ke arah telur setelah menangkap isyarat kimia tersebut. Ringkasnya, sel telur yang sama sekali tidak mengenali sperma tersebut, dan belum pernah berhubungan dengan mereka sebelumnya, memanggil sperma ini untuk datang padanya, dan melakukan penyatuan. Penyatuan satu sel sperma dengan sel telur ini dikenali dalam dunia kedoktoran dan biologi sebagai pembuahan, persenyawaan atau fertilisasi.


Dua sel, yang sama sekali belum pernah kenal, mampu untuk saling berkomunikasi. Ini adalah satu bukti lagi bahawa telur dan sperma diciptakan dalam bentuk paling ideal satu sama lain. Begitulah, bahkan sekadar penyatuan sperma dan telur hanya mungkin terjadi kerana adanya suatu perencanaan dan rekabentuk sempurna oleh Allah; Dialah Pencipta Yang Maha Perkasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan