SMAHADZIR
KETIKA membaca Al-Quran kita dapat mencari dalam berbagai ayat yang memberikan berita gembira kepada lelaki yang beriman dengan bidadari yang sangat cantik dan berbagai kenikmatan lainnya atas pasangan atau bidadari tersebut.
Namun bagaimana dengan kaum perempuan, apakah mereka mempunyai teman atau pasangan selain suaminya kerana sebahagian besar pernyataan mengenai pahala di akhirat ditujukan kepada lelaki yang beriman? Apakah pahala bagi perempuan yang beriman lebih sedikit daripada yang diperoleh lelaki yang beriman?
Tidak ada keraguan sedikit pun bahawa pahala di akhirat nanti tiada berbeza diberikan kepada lelaki dan perempuan. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
1. ‘Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu baik lelaki mahupun perempuan.’ (surah Al Imran: 195)
2. ‘Dan barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.’ (surah An Nahl: 97)
3. ‘Dan barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang beriman, mereka itu akan masuk syurga.’ (surah An Nisa’: 124)
4. ‘Sesungguhnya laki-laki dan perempuan muslim lelaki dan perempuan yang beriman … hingga… Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.’ (surah Al Ahzab: 35)
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t menyebutkan, yang bermaksud:
1. ‘Mereka lelaki dan perempuan, masuk syurga bersama-sama, ‘Mereka dan isteri-isteri mereka terdapat di tempat yang teduh.’ (surah Yasiin: 56)
2. ‘Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri isteri kamu digembirakan.’ (surah Al Zuhruf: 70)
Allah s.w.t juga menyebutkan bahawa Dia akan menciptakan perempuan dengan penciptaan khusus: ‘Sesungguhnya kami menciptakan mereka (para bidadari) dengan penciptaan yang khusus dan kami jadikan mereka perawan.’ (surah Al Waqiah: 35-36)
Keterangan di atas menyebutkan bahawa Allah s.w.t akan menciptakan kembali perempuan yang sudah tua menjadi bidadari, dan membuat mereka perawan, begitu juga lelaki yang sudah tua akan diciptakan kembali menjadi pemuda dan beberapa hadis ditunjukkan bahawa perempuan yang masih hidup mempunyai kelebihan dari bidadari kerana peribadatan dan kepatuhan mereka.
Oleh kerana itu perempuan yang beriman akan memasuki syurga sebagaimana lelaki yang beriman. Jika seseorang perempuan mempunyai sejumlah suami setelah kahwin cerai dan dia masuk bersama mereka dan akan memilih yang berkelakuan paling baik. Wallahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan