SMAHADZIR
DI ANTARA perang yang dilancarkan musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model pakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model atau fesyen pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin. Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis dan ketat. Bahkan sebahagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita, meski di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w mengkhabarkan bakal munculnya pakaian seperti ini di akhir zaman, baginda s.a.w bersabda, yang ertinya: ‘Dua (jenis manusia) dari ahli neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyang pundaknya dan berlenggak lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapat wanginya, dan sungguh wangi syurga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.’ (hadis riwayat: Muslim: 3/1680).
Termasuk dalam kategori ini adalah pakaian sebahagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bahagiannya, sehingga ketika duduk kelihatan auratnya.
Di samping itu, yang mereka lakukan juga termasuk yang menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model atau fesyen serta busana bejat yang mereka buat. Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian; seperti gambar penyanyi, kumpulan-kumpulan pemuzik, botol dan cawan arak, juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, atau lambang-lambang kelab-kelab dan organisasi-organisasi bukan Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dalam bahasa asing.
Semoga Allah s.w.t senantiasa menjaga diri kita, sehingga diri kita senantiasa berada dalam kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan