“SAYA redha. Saya redha,” ucap seorang perempuan sambil terisak-isak. Usianya sekitar tiga puluhan. Kerudung hitam itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.
“Saya redha, Pak! Semua ini demi bangsa dan negara.”
Terus saja kata-kata itu keluar dari mulutnya sambil menyalami tetamu dan saudara mara yang berdatangan. Kebanyakan tetamu yang datang memakai seragam hijau dengan kasut hitam berkilat, tidak lupa kain putih berbalut menghias di lengan kanann. Maklumlah, ini hari pemakaman seorang perajurit perang.
Perempuan itu, Milah namanya. Tiga bulan ini sedang mengandung benih sahabatku, Imran. Aku masih ingat betul bagaimana keceriaan Imran sewaktu mendapat khabar kehamilan isterinya. Ketika itu kami sedang bertugas di Sipadan dan Lilitan, sebuah pulau di sempadan Filipina. Rasanya baru semalam saja.
Perempuan itu, Milah namanya. Tiga bulan ini sedang mengandung benih sahabatku, Imran. Aku masih ingat betul bagaimana keceriaan Imran sewaktu mendapat khabar kehamilan isterinya. Ketika itu kami sedang bertugas di Sipadan dan Lilitan, sebuah pulau di sempadan Filipina. Rasanya baru semalam saja.
“Woi, isteriku hamil... isteriku hamil, Rodi!” kata Imran sambil melonjak-lonjak di atas kasurnya.
“Wah... hebat sekali kau. Baru tiga bulan hidup berdua, sudah kau hamilkan pula anak orang.”
“Berkat usaha dan doa, Rodi. Kalau kau mahu, kahwin dulu. Nanti aku beri doa-doa tu!”
“Kalau aku kahwin, aku pasti dapat anak kembar empat sekali gus!” gurauku.
“Ha.. ha.. ha... ha..” kami berdua tertawa bersama sambil berangkulan erat. Dia benar-benar sahabatku.
“Ayuh bangun! Ayuh bangun!” suara komandan garang sambil memukul-mukulkan tongkat kayu ke pintu khemah. Mengejutkan, membuyarkan segala lamunan.
“Cepat sedikit! Matahari sudah mulai tinggi!” ujarnya lagi tidak sabar.
Bergegas semua perajurit berpakaian lengkap dengan senjata masing-masing dan berlari menuju barisan di kawasan lapang berpasir. Pagi ini kami akan melakukan operasi secara besar-besaran. Akibat kematian salah seorang anggota tentera semalam, komandan memutuskan untuk memburu pengganas di kawasan sempadan Filipina. Benar-benar operasi besar. Hampir seluruh kekuatan pasukan dan persenjataan dilibatkan. Namanya, ‘Operasi Ganas 2’.
“Aku sendiri sebenarnya belum lagi dapat mengusir kantukku. Semalam, tidur tidak berapa nyenyak. Semuanya demi bangsa dan negara...” Ucapan Milah semalam terngiang-ngiang terus dalam benakku. Entahlah, sebaik pulang dari pemakaman terus saja kata-kata itu memenuhi benak.
Barisan kata ini memang bukanlah pertama kalinya kudengar. Terlahir dalam keluarga besar tentera membuatku tidak asing lagi dengannya. Ayahku, dua tahun lalu meninggal, adalah anak dari seorang panglima perang angkatan ‘45 dengan puluhan bintang jasa perang. Setiap kali sebelum berangkat tidur malam, selalu berkisah padaku tentang kepahlawanan datuk pada masa lalu dalam mengusir penjajah. Nah, di hujung ceritanya keluarlah kata-kata itu, “Semuanya demi bangsa dan negara.” Kata-kata yang pula menginspirasikan aku untuk masuk ke bidang ketenteraan selepas sekolah menengah. Bulat sudah tekadku kala itu, demi bangsa dan negara.
“Apakah benar, kami di sini demi bangsa dan negara? Apa benar Imran mati demi bangsa dan negara?” kembali tanyaku dalam hati. Ketika itu barisan tentera sudah mulai bergerak menyusuri padang ilalang menuju hutan yang dicurigai seperti tempat persembunyian para pengganas.
“Lalu, para pengganas itu mati demi apa?” batinku bertanya lagi.
Tidak habis fikir aku dibuatnya. Dulu, zaman datuk mungkin lebih enak, lebih jelas soalnya. Musuh kami adalah bangsa asing yang memang berniat menjajah dan menjarah negeri ini.
“Tapi, sekarang kami hadapi adalah orang dari bangsa sendiri. Mereka dianggap pengganas kerana tidak puas hati dengan pembunuhan yang dilakukan oleh orang kafir terhadap orang Islam yang tidak berdoa. Mereka menuntut bela di atas kematian saudara-saudara Islam mereka di Palestin, Iraq, Afghanistan, Acheh dan sebagainya. Sebab itulah mereka mengganas. Mereka hanya membunuh pelancong Barat yang datang untuk bercuti di pulau-pulau ini!” bisik suara hatiku lagi.
“Ayuh cepat jalan, jangan berkhayal,” sebuah hentakan kecil di pundak membuyarkan lamunanku. Buru-buru kugegaskan langkahku mengikuti barisan.
“Meniarap! Meniarap!” jerit komandan tiba-tiba.
“Musuh ada di sektor timur, di rerimbunan pohon!” katanya lagi.
Mulailah asas tembok terjadi. Semua saling berlarian menyusun posisi. Menyembunyikan diri ala kadarnya di sebalik semak-samun untuk berusaha melepaskan tembakan ke arah musuh. Semakin seru ditingkah desingan peluru yang tidak lagi jelas siapa sebenarnya yang disasar.
“Allah! Allahhuakbar!!!!” jerit lantang dari arah kumpulan pengganas. Tidak sempat kukenali wajahnya. Selain tubuh yang membungkus mukanya, rerimbunan pohon pula menghalangi.
“Allahhhuakbar, jangan biarkan agama kita ditindas,” sambung kelompok yang lain.
“Hah, apa lagi ni?” aku semakin bingung.
“Allah? Islam? Ditindas? Apa pula ini?” berbagai pertanyaan mulai merasuki otakku.
Bagaimana tidak? Bukankah aku di sini justeru untuk mengamankan negara ini, menjaga kemerdekaannya. Aku di sini tidak pernah minta imbalan apa pun. Kedudukan, pangkat, bahkan harta tidak ada sangkut pautnya denganku. Hanya demi negeraku-lah aku di sini berada.
Lantas, “Siapa yang menindas, tertindas dan untuk apa?” hatiku bertanya lagi.
Gara-gara kebingungan ini, tidak sempat kumuntahkan satu biji peluru pun dari senjataku. Jari telunjukku tidak bersedia di picunya. Hanya kugenggam saja. Bahkan, kerananya juga aku tidak sempat mencari perlindungan. Malahan berdiri dan kudongakkan kepalaku hanya sekadar mencari si empunya suara tadi. Ingin kutemui segera demi memuaskan semua persoalan yang kini berkecamuk dalam diri.
Gara-gara kebingungan ini, tidak sempat kumuntahkan satu biji peluru pun dari senjataku. Jari telunjukku tidak bersedia di picunya. Hanya kugenggam saja. Bahkan, kerananya juga aku tidak sempat mencari perlindungan. Malahan berdiri dan kudongakkan kepalaku hanya sekadar mencari si empunya suara tadi. Ingin kutemui segera demi memuaskan semua persoalan yang kini berkecamuk dalam diri.
Belum lagi segala pertanyaan itu terjawab, tiba-tiba kurasakan nyeri di dada kiriku. Aku terdiam mematung. Perlahan kuberanikan tangan kananku meraba bekas sakit itu.
“Basah, seragamku basah oleh darah...,” batinku berkata.
Nyeri itu bergerak cepat menguasai bahagian dalam tubuhku, merangsek kesedaranku. Semua terasa buram tiba-tiba, seperti siluet saja. Aku terjatuh telentang di tanah yang masih basah oleh embun pagi. Diam saja sambil merasakan nyeri. Minta tolong hanyalah sia-sia. Rakan lain pun pasti sedang kebingungan menghadapi lawan yang bak siluman, tidak ada habisnya. Satu hilang, ada lagi yang muncul dari balik rerimbunan pohon. Entahlah, jangan-jangan mereka memang anak dari pohon-pohon ini. Keturunan sah tanah ini.
Tiba-tiba sesuatu menyilaukan mataku. Matahari sudah mulai tinggi rupanya. Sayang, kicauan burung tidak ikut datang bersamanya. Walau demikian, tidak mengurangi pesonanya. Damai sekali rasanya. Membuatku memejamkan mata perlahan. Dengan terpejam kucuba nikmati hangatnya sinar dan ilusi kicau burung. Tenang dan tidak lagi digelayuti berbagai fikiran.
Sekarang, hanya satu ada dalam benakku. Impian sebuah negeri di sebalik matahari sana. Sebuah negeri yang damai. Tanpa bendera untuk dibela dan tanpa senjata pemusnah sesama. Di sana, pastilah tidak ada tentera. Sehingga tidak perlu lagi rentetan kisah ‘demi bangsa dan negara’ terus bergulir ke generasi lainnya.
Mungkinkah?
Sementara di medan pertempuran, entah sudah berapa banyak peluru muntah. Suara erangan lawan atau kawan tidak lagi dipedulikan. Setiap orang sedang bergulat mencari tempat selamat untuk badan sendiri. Kalut, yang penting tembakkan saja ke hadapan. Kena syukur - tidak kena ya tembak lagi saja terus. Hanya ada satu pegangan, bunuh atau terbunuh. Hancur sudah segala strategi yang disusun semalaman.
“Ah sudahlah. Setidak-tidaknya ketika ini negeri itu ada dalamku, walau hanya untuk berapa detik lagi,” hiburku untuk diri sendiri.
Matahari mulai berpindah ke ufuk barat, medan pertempuran sunyi senyap. Hanya kelihatan beberapa orang penduduk setempat dengan kaki setengah berjingkat mengais rezeki dari tubuh yang tidak lagi bernyawa.
Menggerayangi saku bahkan menelanjanginya, berusaha ‘menyelamatkan’ barang yang tersisa untuk melanjutkan hidupnya. Sebenarnya memang barang-barang itu tidak lagi berguna bagi mereka yang telah mati, fikir mereka.
Di sisa medan pertempuran itu pula, seorang pemuda setempat bertelanjang dada terbongkok-bongkok di antara mayat perajurit celoreng dengan senyum tenang menghias di wajahnya. Nanang Misuari, hanya itu saja yang tertulis di dada tubuh kaku itu.
“Ah.. masa bodohlah!” katanya dalam hati. Semua yang ada pada mayat segera diambilnya. Baju, seluar, belati, tali pinggang dan apa saja.
Keceriaan berpindah kepada pemuda yang kini tidak bertelanjang dada lagi. Seragam berlubang di dada lengkap dengan noda darah kini menutupi tubuh kurusnya.
“Setidak-tidaknya, rezeki hari ini mampu menghidupkan keluargaku selama seminggu. Bagus juga kalau terus ada pertempuran begini tiap hari, boleh jadi kaya aku,” gumamnya dengan senyum tersungging sambil terus melangkah pulang ke arah matahari terbenam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan