SMAHADZIR
BUNGA kesateriaan telah diambil. Raja Bait Al-Maqdis, saudaranya Reginald of Chatillon, Joscelin of Courlenay, Humphrey of Toron, Masters of the Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar lain telah ditawan. Para kesateria Palestin yang lain berada dalam tawanan tentera Islam. Sesiapa yang masih hidup dari kalangan orang kebanyakan telah menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah tiga puluh tentera Kristian yang ditawan, diikat dengan tali khemah. Orang-orang terkorban bertimbun-timbun seperti batu bata di samping salib-salib patah, kepala-kepala yang berkecai bertaburan atas tanah bagaikan buah tembikai yang baru diketam.
Hujan tiba-tiba jatuh seluruh juzuk Ramallah persis menyambut huraian Lane - Poole yang mengiang di telinga. Terbayang kemenangan Salahuddin Al-Ayyubi menghancurkan tentera Salib sekitar bandar Tiberias di bawah bukit bakau Hiththin pada Sabtu, 24 Rabiul-Akhir 583 Hijrah.
Hidup Ehud Barak!
Hidup Ehud Barak!!
Hidup Ehud Barak!!!
Pedih buar cagun. Bandar Ramallah bagai dijerba gebar udam dengan kemenangan itu. Siapa pun yang menang, harapan untuk hidup dalam negara sendiri tetap kabur. Dia terhenyak di muka jendela melihat anak-anak bangsanya bagai gelandangan melarat setelah maruah agama dan negara diinjak-injak di bawah tapak kaki.
Hujan terus jatuh.
Jenuh memanah renung menyeluruhi suasana hidup anak bangsa, dia membelek semula al-Quds di sisi. Memang hari itu akhbar popular tersebut sarat dengan berita kemenangan Parti Buruh. Wajah pekat Yahudi Ehud Barak tersengeh bangga kerana berjaya mengalahkan pemimpin Likud, Benjamin Netanyahu, terpampang besar semakin menambahkan rasa dendam yang bergejolak berpestaan menggerutup ruang dada.
Memang dia wajar pedih sungguh. Jalan perdamaian masih temaram, belum ada tanda-tanda ke arah perlaksanaan total. Dia yakin itu. Untuk apa dia perlu memahat tugu harapan kepada Ehud Barak, bukankah hati Yahudi itu sama saja. Selagi nama Thariq bin Ziyad atau Salahuddin Al-Ayyubi masih wujud, selagi itulah kebencian mereka murup. Musnah Andalusia, ranap Sicilia dan kehencuran Norman menambah dendam bersemarak. Lebih-lebih lagi tertegak megah panji Allah Muhammad di Bait Al-Maqdis buar menokok rasa jelu dendam bergejolak. Itu semua luka Perang Salib, 27 Rajab 583 Hijrah, meroyak menyiat dada santak kini.
Dia masih di muka jendela. Bagai mengiang pula suara-suara gerapak penyokong Barak menjulang kemenangan Parti Buruh. Sipongang menyelusup ke seluruh juzuk Israel. Mendadak dia rasa terbalun beluti di kepala. Tidak wujud negara Yahudi itu jika pemimpin Islam berteguh dengan firman dan sunah. Jelu yongyat mengenang kesilapan lama. Pemimpin Arab silam terlalu lembut, tertelan gula-gula Yahudi dan berpakat sulit dengan ejen British T.E. Lawrence mengguling Kerajaan Islam Uthmaniyah. Licik Lawrence of Arabia itu sekongkol anak-anak Sharif Hussein - Ali, Zaid, Abdullah dan Faisal memberontak di tanah Hijjaz. Ottoman Empire tersungkur. Hasilnya Syria dan Lubnan di bawah Perancis, Palestin dan Iraq dijajah British.
Akibat lebih memedihkan, British menjadikan Palestin negara Yahudi Israel, orang Islam kehilangan kiblat pertama Baitulmaqdis dan masjid ketiga mulia, Masjid Al-Aqsa. Santak kini ratusan ribu rakyat Palestin telah dibunuh Yahudi keparat itu setelah tanah dan harta mereka dirampas. Sungguh menggelegak dada mengenangkan. Darah buar mendidih. Tak semena-mena gumpal penumbuk gesit menyergap muka jendela. Abu Eisha mendadak tersentak, tergamam jola setagal. Figura Afif Saleh nyata berubah jerau. Marah sungguh.
Suasana jadi diam. Masing-masing berpandangan. Lidah kedua-duanya kejur. Abu Eisha bagaikan dapat menerka apa yang berselirat dalam kotak benar Afif Saleh. Barangkali rakan karib itu dijerba tragedi pedih tahun 1986. Ayah tersayang, Khalil al-Wazir dibunuh kejam di Tunis. Dikhabarkan, pembunuh orang kanan Ketua PLO Yasser Arafat itu Ehud Baraklah, kini sudah menggantikan Netanyahu sebagai Perdana Menterai Israel.
Memang Barak itu cukup licik. Sebagai komander pasukan elit unit khas Sayeret Matkal, pernah menyamar wanita, bersama beberapa anggota menyelusup masuk ke Labenon lalu membunuh tiga pegawai kanan PLO tahun 1973. Dia sendiri tidak pernah melupakan, Barak itu ketua turus tentera kala kemuncak kebangkitan intifada menentang pendudukan Israel. Askar-askarnya dengan kejam mematahkan tangan dan kaki anak-anak muda Palestin yang membaling batu. Yitzhak Rabin selaku jeneral kala itu, konco Barak paling zalim. Bagaimana mahu disisihkan terus dari diri, dua saudara turut terkorban di Jabal Abu Gneim angkara Yahudi itu.
“Aku mahu menuntut bela!” Afif Saleh tiba-tiba bersuara. Ngeluyur benak Abu Eisha gesit bebar. Terkesima dia.
“Palestin tak akan wujud kembali selagi Yahudi tak terhapus!” suara Afif Saleh terus lancar gerah, beraduk semangat dendam menyala.
“Mahu menuntut bela?” Abu Eisha bagai kurang percaya. “Apa maksud kau?”
“Aku akan membunuh!” tegas Afif Saleh waras dan tegas.
“Membunuh siapa?”
Afif Saleh membiarkan gerapak hujan menggomol. Ramallah terus pudar, setiap juzuk.
“Membunuh siapa?” Abu Eisha mendesak.
“Siapa saja yang menghalang kewujudan Negara Palestin.”
“Kerana Allah atau kerana dendam?”
Afif Saleh mendadak kelu. Wajah Abu Eisha dicerlung tunak. Sukar mencerlus jawapan tepat. Kematian Khalil al-Wazir di Tunis lebih menggelodar dendam. Yang nyata, Ehud Barak itu sudah korbankan ramai pejuang Palestin. Sukar dimaafkan.
“Ingat Afif! Parti Buruh Barak sudah memeterai perjanjian damai Oslo dengan kita!”
“Kau juga harus ingat, kerjaya tentera Barak banyak dicemari pembunuhan dan penindasan berdarah pejuang kita!”
Giliran Abu Eisha pula terkedu. Tidak mahu menafikan.
“Aku sekadar mengingatkan. Tangan Jeneral Ehud Barak lebih banyak bergelumang darah rakyat Palestin berbanding orang lain di Israel!”
Abu Eisha mengeluh berat.“Aku yakin, Buruh dan Barak akan menyegerakan rundingan damai!”
“Keyakinan kau atas dasar apa?” Afif Saleh tersenyum nipis tetapi menyemarak sinis.
“Arafat sendiri dan pemimpin PA menyokong Barak. Merayu rakyat Israel mengundi untuk keamanan!” Abu Eisha menjawab waras.
“Jangan berlagak tidak tahu Abu! Barak dengan Netanyahu sama saja. Sekadar muka berbeza, hati dan pendirian tetap sama, tetap Yahudi yang kononnya bangsa mulia pilihan Allah!”
“Jelaskan!”
“Ingat Abu! Dulu, Netanyahu menentang perjanjian ‘wilayah untuk keamanan’ Oslo bila mengetuai barisan pembangkang waktu pemerintahan Rabin.”
“Tapi dia bersetuju melaksanakan perjanjian tu, bukan?”
“Semata-mata memenangi sokongan pengundi berpendirian sederhana. Bila menang tahun 1996, apa dia melaksanakan segala persetujuan?”
Abu Eisha terdiam. Benar kata Afif Saleh itu. Selepas berkuasa, Netanyahu nyalar saja melengah-lengahkan kehendak perjanjian Oslo, mengundurkan tenteranya dari Tebing Barat dan menggantung begitu saja perjanjian susulan tajaan Amerika Syarikat. Pendirian Netanyahu juga tak pernah berganjak, menentang penuh pembentukan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, impian utama Palestin dalam proses damai. Barangkali Ehud Barak itu juga akan menari tarian sama dengan Netanyahu. Bunga-bunganya sudah berkudup - sekadar tidak menolak negara merdeka dan menyeru perjanjian Oslo dilaksanakan tetapi terus menentang pemulangan semula semua tanah Palestin yang dijarah sejak 1967 terutama di Baitulmaqdis Timur atas alasan keselamatan. Apa ertinya ini ? Sesak nafas Abu Eisha melihat dua pelakun handalan ini berperanan di pentas tontonan khalayak.
“Tak kira Barak atau Netanyahu, Buruh atau Likud, perbezaan cuma cara bertindak, terus atau lebih demokratik. Yujuan di hati tetap sama. Negara Palestin merdeka tak akan wujud!”
Abu Eisha membiarkan Afif Saleh memurup perasaan. Memang anak jantan Khalil al-Wazir itu kental semangat jihat dalam dada. Pendokong cita-cita Hamas nombor wahid. Sekali tidak tunduk dengan Arafat. Pernah menyandang senjata Hizbullah di Lubnan, Syria dan Iran. Pengalaman hidup dalam kancah perang membuatkan diri tidak gentar mati. Refleksi juang Osama Ben Laden terpancang kukuh dan sukar digoyah.
“Apa fikiranmu kalau aku menuntut bela!”
“Seorang?”
“Ramai rakanku dari Hamas tak pernah berkata tidak!”
“Kerana Allah atau dendam?” Abu Eisha mendesak.
“Jangan bunuh semangatku dengan soalan itu!”
“Bukan begitu maksudku, Afif! Perjuangan Salman Al-Farisi, Muhammad Al-Fateh, Jalaluddin Ar-Rumi, Syamsuddin Al-Wali atau juga Salehuddin Al-Ayyubi, semuanya kerana Allah. Terpancang dari keimanan yang teguh!”
“Aku tahu itu. Sari intifada kami.”
Tok! Tok! Tok!
Berdetak ketukan di pintu serentak salam lunak terlancar. Afif Saleh dan Abu Eisha berpandangan. Salam dibalas kala menguak daun pintu. Tiga lelaki agam tercegat di situ. Pakaian masing-masing ala Taleban, kuyup lencun bahagian bawah namun riak bertiga nampak mesra. Setagal tangan berjabat dan dipelawa duduk. Abu Eisha segera dikenalkan satu persatu. Tahulah dia, Umar, Afdhal dan Hajib itu anggota Hamas, rakan pejuang Afif Saleh.
“Kita harus bertolak sekarang!” Tidak terlalu lama untuk Umar bersuara, separuh berbisik. Wajah Abu Eisha dicuplik renung beriak bimbang.
“Dia penyokong kita!” Afif Saleh akas terkesan. “Tak perlu dicurigai. Pernah bersama Mujahiddin di Afghanistan. Dua tahun di Sudan bersama mujahid Islam menentang Eritria dan membunuh beberapa anggota SPLA pimpinan John Garang di Sudan Selatan.”
Taklimat ringkas melegakan. Umar, Afdhal dan Hajib gesit mengangguk yakin. Abu Eisha tersenyum, bauk lebat dielus-elus tenang, murup rasa bangga dengan penjelasan Afif Saleh.
“Yahudi semakin menjarah. Kiryat Arba sebelah Hebron di Selatan Tebing Barat sudah dirampas. Orang kita diusir setelah kediaman diranap jentolak. Barak seolah tunggul!” Umar meneruskan. Nada gerah beraut dendam. Setagal kemudian gesit bangun. “Ayuh kita bergerak sekarang!”
“Termasuk aku, “Abu Eisha turut bangkit.
“Faham moto jihat kami?” Umar menduga.
Abu Eisha mengangguk. “Jika usaha membebaskan bumi umat Islam dianggap tindakan terroris, militan atau fundamentalis, itu satu penghormatan.”
Umar tersenyum, tangan segera berjabat erat. “Ingat, ini jihat fisabilillah. Sasaran pertama penempatan Yahudi di Yitzhar, Itamar dan Ariel. Kita berpecah di Semenanjung Ghaza. Sebahagian ke Ashkelon. Bersatu di Ashdod. Misi akhir Tel Aviv.”
Masing-masing mengangguk akur. Bagai terbayang dalam kepala, misi ini Syahid Pertama + Syahid Kedua. Sicilia yang terpadam dilupakan dari peta Negara-negara Islam perlu dilukis semula. Bangsa Norman wajid dihapuskan. Andalusia - Syurga Yang Hilang mesti dirampas kembali. Kaum Nasrani wajar dilenyapkan. Biar tuntas.
Hujan Ramallah kian galak jujuh. Langkah lima mujahid meredah terus. Kerana Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan