SMAHADZIR
Tuhan,
malam ini terasa panjang dengan derai air mata,
hatiku terasa jelu kerana derita yang mendera,
kutahan derita malam ini sambil menghitung bintang,
cinta membuat hati terasa terpotong-potong,
jika di sana ada bintang yang menghilang,
mataku terpendar mencari bintang yang datang,
andai tidak kuingat jalinan antara kita,
ya Tuhan,
ringankanlah kerinduan yang mendera,
doa kupanjatkan dan Engkau mendengarnya.
BAGAI terngiang gurindam itu di kuping. Katanya, itu gurindam lara cetusan seorang wanita, seorang isteri kepada Yazid bin Sinan setelah bertahun terpisah lantaran suami diutus Khalifah Malik bin Marwan ke Yaman - menjadi nyanyian saban detik di pusara gemulah kekasihnya, suaminya, mujahidnya.
Ribuan marhalah dari tanah kelahiran, sebuah pusara kejur khali. Pusara mujahid berbangsa Melayu, laksana Abu Ayub al-Ansari, syahid di medan perjuangan bersama mujahid-mujahid Islam lain. Persis sebuah ilusi, sebuah mimpi, sebuah igauan ngeri yang tidak terduga. Namun itulah hakikatnya sebuah kehidupan yang berlari di atas garisan sunnan al-khawn, sudah ditentukan Khalik. Saya meyakini masyi’atullah dan fitratullah dari-Nya sepolos nurani.
Bibit kemesraan lebih memurup antara kami. Serasa ada wayu syahdu membelai menyuar rasa hati ke puncak menara azan Al-Malwiyya setinggi 50 meter cetusan ilham Khalifah Al-Mutawakkil. Awan gemawan putih serlah di langit Samarra persis merestui. Di qala’ah Imam Hassan al-Askan dan Halimah Khatun, taklimat padat diri masing-masing polos terluah. Memeterai janji dalam wasilah perhubungan lebih murni pada hari akhir misi lawatan. Najaf dan Kufah menyimpan asrar cinta mulus kami.
Seperti kata Sasterawan Negara, A. Samad Said dalam Lantai T. Pinkie; ‘Perang luka itu lambat sembuhnya’, amat mencabuh fikiran saya. Pelmacam bayangan pilu dan luka masih bergentayangan menjerba cepu kepala. Sukar mahu melenyap.
Kendati sudah lebih dua minggu saya meninggalkan tanah Kosovo Polje, yang pernah di puncak gemilang era Raja Dusan kurun 14 dulu, kerana menyertai misi perubatan sukarela Malaysia setelah berkhidmat dengan ICNA Albania Helping Hand. Pertubuhan itu mengendalikan dua buah hospital masing-masing di Kukes dan Tirana serta tiga unit perubatan bergerak. Semakin cuba dilupakan, semakin meroyak perasaan. Jelu saya mengenangkan derita hidup saudara seagama lantaran dendam membara tidak berkesudahan manusia berhati haiwan.
Memang tidak mudah melupakan. Tugas merawat dan memberi ubat telah bertukar menjadi tugas mendengar keluhan, rintihan, berkongsi penderitaan hidup dan pencurah kasih sayang. Kebanyakan mereka konservatif tetapi ramai gadis kelihatan sakit dari segi psikologi, memerlukan bantuan segera selain perubatan. Kesengsaraan zahir batin yang ditanggung tidak mampu digambarkan dengan kata-kata ibarat berat mata memandang berat lagipundak memikul.
Ramai kehilangan anak dan suami akibat dibunuh puak Serb selain ada ahli keluarga yang masih hilang, tidak diketahui hidup atau mati. Mereka memiliki segala-galanya sebelum perang; rumah besar, kenderaan, binatang ternakan dan harta hasil titik keringat tulang empat kerat kini tinggal kenangan. Semuanya lenyap dan tidak mungkin dapat dikembalikan dalam waktu yang singkat.
Hidup di khemah pelarian, semuanya amat berbeza dan tiada yang sempurna. Hidup beratapkan kanvas dan beralaskan tanah dalam musim panas yang mencecah 34 darjah Celsius tidak pernah terlintas dalam diri setiap rakyat Kosovo. Tidak juga termimpikan akan dihalau dari tanah air sendiri seperti itu. Memang menghenyak kehidupan di sini terutama bila hujan lebat menjujuh dan panas garing membahang. Kami tiba dua minggu selepas Operation Allied Force dilancarkan NATO ke atas Yugoslavia, menyuar sinar ceria kepada pelarian kembali ke tanah kelahiran tercinta.
Sepanjang jalan ke Prizren, sebelum kami tiba ke khemah pelarian Elbasan lebih kurang 250 km dari Tirana di Albania, kesepian begitu menyayat hati. Saya persis terlempar di sebuah dunia kontradiksi, gersang dan apa yang dikelih mata hanyalah puing-puing batu, kayu dan kerangka-kerangka rumah rentung.
Di kiri kanan jalan raya pula kedai-kedai yang runtuh bukannya akibat serangan jet pengebom F-16 atau meriam Serbia tetapi oleh bahan letupan atau rempuhan jentolak, meninggalkan segala isi; katil, pinggan mangkuk, kain baju dan sebagainya berselerakan di tengah-tengah peluru mortar serta longgokan sarung-sarung mesiu pembunuh.
Bila kedua biji mata saya tertampan pada satu timbunan jauh di tengah runtuhan itu, bayangan yang kemudiannya dapat dikenali sebagai mayat manusia, barulah saya dijerba sedar tentang kengerian yang terpampang mula menyelubungi perasaan. Pada saat penemuan yang memilukan itu, saya sedar, satu-satunya bunyi selain dari rengsa nafas yang jelu mencangip ialah bunyi dengung ribuan lalat berterbangan mengerumuni mayat-mayat saudara-saudara Islam saya, menyerang, memamah, melulum luka-luka di kepala, dada, perut - masih lembab oleh aliran darah dan bauran salji.
Di setiap pojok yang kami lewati, terdedah satu lagi tablo maut yang amat menjelukan. Ramai mayat kejur berlonggok-longgok setelah dibunuh beramai-ramai tanpa belas. Yang lainnya terbaring kejur berselerak dengan sebahagian anggota terpisah dari badan. Ada yang berkecai seolah-olah tembikai disergap mesiu canggih.
Di sebatang lorong berdebu pinggir sebuah tembok di mana lebih kurang sembilan mayat lelaki terguling kaku, terdapat mayat dua orang gadis - kedua-duanya belasan tahun, terbaring menelentang dalam pakaian kain kapas dengan kaki terbuka lebar. Masing-masing ditembak di kening. Tidak jauh dari mereka, dua mayat wanita tua dan tiga mayat gadis sunti, tertimbus tindih menindih.
Di atas tanah bersebelahan mereka pula terbaring mayat seorang bayi yang masih memakai kain lampin dengan kesan hitam pekat menembusi dada. Tidak jauh dari situ, setimbun sarap kumuh yang telah diranapkan jentolak. Di tengah timbunan sarap tersebut terjulur kepala bayi yang telah ditanam, mata berlubang kerana dimakan semut.
Mengikut laluan jentolak yang telah meranapkan satu deretan rumah kediaman, melalui timbunan lebih banyak lagi mayat, melewati rangka bangkai empat ekor kuda serta meminggir rumah-rumah yang seolah-olah diruntuhkan satu penumbuk padu, akhirnya kami menemui satu blok bangunan dua tingkat yang juga telah berkecai sama sekali.
Di sana jelas kelihatan satu kawah besar telah digali selebar lebih 80 kaki persegi dan diisi semula dengan batu dan tanah merah, kemudian dipadatkan oleh roda-roda besar jentolak. Sepasang mayat yang terjulur keluar dari tanah yang dipadatkan itu membuktikan kawasan tersebut adalah tanah perkuburan besar bagi mereka yang terkorban sepanjang kezaliman dan keganasan berlaku.
Di tengah-tengah runtuhan sebuah rumah, berdiri seorang wanita separuh umur, tidak dapat mengawal perasaan. Mayat suami dan dua anak lelakinya telah ditemui mati tersepit di celah timbunan mayat-mayat di sebatang lorong. Sebuah trak telah melanyak mayat-mayat tersebut.
Dua orang anak lelakinya ditemui tidak lagi berupa mayat manusia, sebahagian tubuh telah hancur seolah-olah dicincang rakus. Sambil menggerumuk dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri, wanita itu menggeru; “Suamiku sudah tiada, anak-anakku sudah hilang! Oh Tuhan! Kenapakah kamu biarkan hamba-Mu begini?”
Hari pertama bertugas di khemah pelarian, saya dapat rasakan betapa penderitaan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam saya ini telah menyerap sebuah rasa cinta mendalam terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang berat di pundak. Sesungguhnya, saya sedang berjihad dan berdakwah di sisi saudara-saudara seagama selebihnya saya sedang berada dekat dengan-Nya. Saya redha dan ikhlas polos.
Berlangsunglah kehidupan di bumi Kosovo hari demi hari. Di sini, saya melihat segala penderitaan dan kemelaratan yang menghenyak etnik Islam Albania. Mereka dizalimi, diseksa, dihina zahir dan batin. Anak-anak muda dibunuh dengan kejam. Gadis-gadis diperkosa dengan biadap. Ayah ibu mereka dihalau dari tanah air sendiri. Mertabat dan maruah umat Islam Kosovo diinjak-injak di bawah tapak kaki.
Namun, segala jelu dan pedih itu tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus menabur bakti kepada bumi Kosovo dan agama Islam. Saya berpegang kepada firman Allah SWT, ‘Bandingkan orang-orang mukmin tentang kemesraan dan kasih sayang mereka adalah umpama satu tubuh. Apabila sebahagian anggota tubuh sakit maka keseluruhan tubuh merasa sakit atau demam dan berjaga’. Saya semakin menghargai hidup dan seluruh keabadian yang selama ini menjadi milik agama saya yang suci dan murni.
“Kami takkan menyerah kalah, apalagi berpaling dan melarikan diri dari medan perjuangan. Kami yakin, Allah sentiasa bersama jihad kami. Kami mesti teruskan perjuangan kerana inilah kehendak Allah demi agama-Nya, Omar!” ujar Afijete Mehmeti, suatu petang sewaktu datang mendapatkan rawatan dari khemah saya.
Dia Kosovar jati, salah seorang pejuang pemisah Kosovo dari Opterusa yang dianggap pemberontak oleh Serb. Afijete sudah tua dan sebelah kaki telah kudung terkena serpihan mortar ketika kampung halaman di Brestovsc musnah dibedil tentera Serb. Seluruh ahli keluarganya tuntas termasuk anak lelaki sulung yang menurutnya kalau masih hidup tentu sebaya saya.
Mudah mesra dan saya memanggilnya dengan panggilan bapa. Dia fasih berbahasa Inggeris, Indo-Eropah dan sedikit bahasa selatan Slavic, pernah bertugas sebagai pakar ekonomi di Mitrovica sebelum tragedi penghapusan etnik meletus. Dialah yang menjadi juru bahasa kalau kami ingin berhubung dengan pesakit-pesakit yang lain.
Satu senja bening, sewaktu pulang dari menyertai klinik bergerak di Peja (sebuah kampung di pendalaman Kosovo), Afijete datang ke khemah rawatan kami bersama seorang pesakit muda. Umur lingkungan 30-an, berkeadaan separuh hilang akal. Keliling mata sembab, wajah agak cengkung tetapi kejelitaan masih serlah.
Namun di tangan kanan tergenggam erat sebuah buku berkulit warna jerau.
Namun di tangan kanan tergenggam erat sebuah buku berkulit warna jerau.
Melihat keadaannya, tentu sekali kerana kejutan perang, fikir saya. Bukan sesuatu yang luar biasa suasana begitu di sini, namun kata-kata Afijete sedikit mengejutkan; “Dia memerlukan bantuan psikologi terutama kasih sayang dan harapan selepas mengalami tekanan perasaan!”
Kerana pesakit itu wanita, tugas diambil oleh Dr. Zaza. Sebagai ketua misi perubatan, rakan saya itu memang pakar psikologi, arif mempraktikkan ilmu di dada. Namun dengan wanita itu dia seolah-olah kecewa dan berasa gagal dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
“Terlalu sukar untuk menjawab segala pertanyaan tapi saya yakin dia alami fobia! Barangkali juga skizofrenia!” Begitu kata Dr. Zaza sebaik Afijete dan wanita tersebut meninggalkan khemah rawatan. Nampak benar wajahnya pudar.
“Barangkali ada peristiwa yang terlalu membekas!” balas saya seraya mengeluh panjang. Keluhan yang lahir lantaran pelbagai derita ditemui depan mata sejak di sini.
Entah kenapa, malam itu mata saya sukar mahu dilelapkan walau sepicing. Nyedar tidur nyalar tergugah. Wajah wanita itu getol amat mengusik, galak mengirap bagaikan ada sesuatu yang menghela saya supaya menyelongkarnya. Kebetulan, kedudukan khemah Afijete (dia tinggal bersama Afijete) bersetentang dengan khemah kami mengizinkan saya melihatnya saban waktu, pagi dan petang.
Walau dalam jarak lebih kurang 100 meter, jelas dia nyalar saja termenung dengan buku di tangan tidak pernah berenggang, kadang-kadang menggerumuk tepian khemah. Segalanya kian menggelodar hati ingin menyelusurinya lebih dekat. Kendati tugas memberi rawatan terlalu sendat, setiap waktu ada saja pesakit yang datang mendapatkan rawatan, kesempatan terluang juga suatu malam. Sebaik selesai solat maghrib, saya mendatangi Afijete di khemahnya untuk mendalami kisah diri wanita itu dengan lebih lanjut.
Walau dalam jarak lebih kurang 100 meter, jelas dia nyalar saja termenung dengan buku di tangan tidak pernah berenggang, kadang-kadang menggerumuk tepian khemah. Segalanya kian menggelodar hati ingin menyelusurinya lebih dekat. Kendati tugas memberi rawatan terlalu sendat, setiap waktu ada saja pesakit yang datang mendapatkan rawatan, kesempatan terluang juga suatu malam. Sebaik selesai solat maghrib, saya mendatangi Afijete di khemahnya untuk mendalami kisah diri wanita itu dengan lebih lanjut.
“Namanya Valbano, Omar! Berasal dari Krushae Madhe!” jelas Afijete setelah agak lama juga mendiamkan diri. “Dia anak angkat saya, dulu pelajar syariah di Mesir. Pulang berjuang bersama kami di Opterusa setelah seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan kampung halaman lenyap disergap mesiu-mesiu pembunuh Serb. Valbano sebatang kara, Omar!”
Saya mendadak jelu. Rasa pedih menyucuk-nyucuk. Ke mana lagi dia harus mengadu. Tentunya dia tidak punya sesiapa lagi kalau tidak dijadikan anak angkat oleh Afijete. Derita benar hidup Valbano, fikir saya. Mengirap saja wajahnya yang cengkung itu menyerlahkan lara diri.
Biji mata saya berkelintar setiap pojok khemah Afijete mencarinya namun wanita itu tiada. Saya mendadak dijerba tanda tanya. Ke mana dia pergi senja-senja begini? Pertanyaan mahu diterjah keluar namun terbantut oleh suara Afijete.
“Bantulah dia, Omar! Kembalikan ketenangan fikirannya. Dia umpama srikandi bangsa kami. Jiwa perjuangannya luhur, semangatnya kental cuma perasaannya amat terdera!” cerlusan dengan harapan menggunung Afijete persis dijerba gelisar. Wajah pudar mendadak. Melalui pintu khemah yang terkuak lebar, dia melemparkan pandangan keluar, seolah-olah ada sesuatu yang payah untuk dicerluskan dari kerongkongan.
Saya bagaikan dapat merasa henyakan derita yang ditanggung Valbano. Tidak seperti pelarian-pelarian yang lain, wanita itu jarang bergaul dan nyalar bersendirian. Kadang-kadang sehari suntuk saya tidak melihat kelibatnya. Dia juga seperti tidak pedulikan lagi soal kehidupan sekeliling sedang pelarian-pelarian yang lain seolah-olah tidak sabar menunggu penghantaran pulang ke kampung halaman masing-masing oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
“Bantulah dia, Omar! Kembalikan ketenangan fikirannya!” suara Afijete mencerlus lagi, lunak merayu.
Saya sekadar mengeluh berat dan rengsa. Terlalu sukar untuk meluahkan jawapan penyedap telinga Afijete. Seperti kata Dr. Zaza tempoh hari, Valbano sukar mahu bercakap, tentu sekali sukar juga diajak berkisah soal diri. Kalau begitu keadaannya, bagaimana mahu memahami perasaanya apalagi mahu membantu menyelesaikan keruwetan fikiran yang dihadapi. Begitu saya memutuskan.
Suasana diam. Afijete bangun perlahan, mencapai tongkat sisi kanan lalu gontai melangkah ke pintu khemah. Di renung langit cerah tenang, setenang bumi Kosovo yang sudah kematian bingar mesiu pembunuh. Kerdip buruj cantik berselerakan. Gumpal awan jelas putih. Saya segera mendekat.
“Boleh saya tanya bapa sesuatu?” soal saya sewaktu tangan kanan di pundak kirinya.
“Apa dia, Omar?” Afijete tidak menoleh.
“Errr, mana… mana Valbano, bapak?” suara saya tersekat-sekat di halkum. Saya bimbang dianggap bertandang semata-mata kerana wanita itu, kendati memang itu realitinya.
Afijete tidak menjawab sebaliknya menuding jari gabai ke jihat tenggara. Saya dihenyak persoalan lagi. Setahu saya, jihat itu tidak ada khemah sesiapa, sekadar belukar berbukit kecil. Hari pula sudah menjengah pusat malam. Kenapa wanita itu pergi ke sana?
Lagipun, para pelarian tidak dibenarkan keluar dari kawasan berpagar selepas waktu maghrib. Bagaimana pula Valbano dapat keluar tanpa disedari sesiapa? Pelbagai pertanyaan menyerbu menghentam benak saya. Amat membuncah.
“Tiada siapa pun dapat menghalang pemergian dia ke tempat itu, Omar! Dia keluar awal pagi, tanpa makan, tanpa minum, kadang-kadang tidur di sana!”
“Errr, seorang diri?” saya meneguk liur berkali-kali.
“Tidak, Omar!” Afijete menjawab tenang. “Dia sering ditemani sebuah buku sirah Salahuddin al-Ayyubi pemberian suami!”
Bibir saya kejur berjenak-jenak. “Saya amat keliru, bapak!” mencerlus juga sejurus kemudian dengan dahi berkerut seribu.
“Apa yang mengelirukan kamu?” Afijete tersenyum nipis.
“Saya tak faham langsung apa yang sudah berlaku sebenarnya!”
“Tidak ada apa yang perlu kamu risaukan, Omar!”
“Saya bukan risau, bapa! Tapi, saya keliru sebab jihat yang bapa tunjuk itu sekadar kawasan belukar berbukit!” saya menegakkan hakikat. “Jadi, buat apalah dia ke sana malam-malam begini?”
“Di mana lagi seorang balu akan memanjat doa kudusnya kalau tidak di pusara gemulah suami!”
“Maksud bapa, pusara suaminya ada di sana?” saya tercolek ingin pasti.
Afijete pantas mengangguk. “Kehilangan suami tersayang telah mengubah hidupnya secara total, Omar! Dulu, dia seorang wanita periang dan mudah senyum tapi kini… kamu pun sudah lihat, bukan? Itulah Valbano. Tapi, jangan terkejut. Kamu harus berbangga, Omar! Suaminya seorang pemuda Melayu dari Malaysia, bernama Sharfik… dari negara asal kamu.”
Penjelasan ringkas Afijete itu membeliakkan biji mata saya tanpa sedar. Sharfik? Pemuda Melayu dari Malaysia? Lopong mulut saya mendadak, sukar dikacip. Terkesip-kesip dan selepas beberapa minit kemudiannya, saya meninggalkan khemah tersebut dalam rasa yang terlalu payah hendak diyakini. Benarkah segala cerita Afijete itu? Apakah segala ceritanya sekadar rekaan dalam usaha mahu memerangkap saya?
Saya cuba bertanya dari pelarian-pelarian lain keesokan hari namun gagal. Tidak ada seorang pun yang mengenali Valbano secara dekat. Kebanyakan mereka datang dari pelbagai tempat dan kampung. Lantaran itu, gejolak hati saya kian membuar. Saya bertekad mencari jawapan benar dari mulut Valbano sendiri. Namun usaha tersebut juga gagal kerana wanita itu tidak lagi kelihatan termenung dengan buku berkulit jerau di tangan depan khemah Afijete.
Petang yang bercuaca agak gobar, selepas saya menyelesaikan dua tiga tugas rawatan, saya keluar dari khemah. Kebetulan tidak ramai pesakit, saya memohon keizinan dari Dr. Zaza untuk merayau sekitar kawasan perkhemahan.
“Seorang?”
“Lebih selesa!” saya tersengih.
“Nak ke mana?” tanya doktor lewat 40-an itu agak ragu-ragu dengan permintaan saya.
“Nak jalan-jalan makan angin!” gurau saya.
“Jangan makan banyak sangat nanti kembung! Susah pula kami dibuatnya nanti!” gurau balas Dr. Zaza mengisyaratkan keizinan.
Saya gesit senyum. Sambil mengucapkan terima kasih saya terus mengatur langkah bersemangat melalui bahagian belakang kawasan perkhemahan menuju ke jihat tenggara. Dalam kepala, ingin mencari Valbano. Saya ingin mencari kebenaran segala cerita Afijete.
Beberapa minit saja saya sudah melewati beberapa daik, sebuah gumpung kecil, denai-denai sempit belukar kecil pepohon persis larch. Di situ saya disambut hening. Tiada ceridau atau gelicau unggas seperti di tanah air sendiri. Sekadar hubub silir lunak dingin menyapa tubuh. Barangkali semua makhluk Allah di situ sudah berhijrah ke negara lain yang lebih aman dan harmoni, fikir saya.
Sewaktu menyusur satu kawasan bukit kecil dipenuhi pokok-pokok gondol seolah-olah musim rontok, mendabak pandangan mata saya tertancap pada kelibat seseorang. Panahan gesit menghunjang kepada seorang wanita sedang duduk hongoh melutut bagai bermeditasi hadapan dua batu nesan (bukan batu nesan biasa berukir cantik tetapi sekadar batu sungai, bukit atau gunung yang dijadikan batu nesan). Saya tergegau mendadak dan tergamam sejenak. Secara spontan, terpancang keyakinan di benak bahawa wanita yang sedang menadah tangan di pusara tersebut ialah Valbano. Siapa lagi kalau tidak dia.
Untuk lebih meyakinkan lagi, saya segera meminggir dan berselindung di sebalik sebatang pokok gondol tidak jauh dari situ. Saya mengintai dan tunak mencerlung tanpa kejip. Benarlah dia Valbano. Dia kelihatan baru saja selesai berdoa dengan kedua belah tapak tangan diraupkan ke muka. Kendati dalam jarak yang agak jauh juga tetapi jelas saya lihat matanya merah, ada rembesan air di pipi. Beberapa minit kemudian, Valbano bangkit, mengatur langkah perlahan dan gontai sekali meninggalkan kawasan pusara.
Saya yang masih terintai-intai di batang pokok gondol itu pantas diundang tanda tanya. Apa yang sengoti dilakukan? Dalam tertanya-tanya itu, serasa kaki saya bagai dihela-hela oleh satu rasa keinginan yang amat galak, lantas mengekorinya.
“Assalamualaikum, Val!” sapa saya dalam gecar dan gegap sebaik tiba hampir di belakangnya.
“Assalamualaikum, Val!” sapa saya dalam gecar dan gegap sebaik tiba hampir di belakangnya.
Dia tersentak dengan sapaan, gesit menoleh serentak lirih menjawab salam saya. Perlangkahan dimatikan, memanah busar mata ke wajah saya dengan tunak namun jelas suram dan lelah. Apakah dia benar-benar alami sakit jiwa yang parah? Tidak, saya yakin itu. Balasan kepada salam saya tadi telah membuktikan.
Tidak mungkin seseorang yang mengalami gangguan psikologi yang parah dapat menjawab salam dengan lunak begitu. Dia sekadar alami sedikit gangguan fikiran lantaran henyakan cabuh perang. Demikian saya memutuskan. Setelah beberapa jenak melabuhkan pandangan mata di wajah saya, dia berpaling semula dan terus melangkah. Saya segera menguntit. Tiba di sebuah gon kecil yang hanya ditumbuhi rumput-rumput hijau perang, sekali lagi saya menghampirinya.
“Saya Omar! Saya mahu berkenalan dengan kamu, Val!” Saya bersuara agak gementar. Memang, dada saya cukup berdebar menggigir mendepani situasi itu. Namun, semangat untuk mengenali dia lebih dalam telah memaksa saya melupakan segala debaran yang mengencang.
Dia tidak berkata walau sepatah sebaliknya meneruskan perjalanan.
“Saya berasal dari Malaysia. Satu negara dengan aruah suami kamu - Sharfik!” saya bersuara lagi. Entah kenapa desakan perasaan dalam diri begitu bersemarak untuk mengorek asrar dirinya.
Nyata, Valbano terjeda dengan perkataan Malaysia dan nama suaminya dari bibir saya. Langkahnya segera mati. Gesit berpaling, menyeluruhi saya dari atas ke bawah dengan sepasang mata mengesip-ngesip namun tetap suram dan pudar. Beberapa saat kemudian, senyum mulai memurup nipis di bibir.
Saya berasa amat lega dengan suasana tersebut. Sambil menarik nafas panjang, keyakinan terus menebar ke seluruh juzuk hati. Valbano tidak mengalami gangguan psikologi yang parah seperti disangkakan. Saya cuba menyelongkar asrar dirinya kendati agak sukar pada mulanya namun akhirnya lembut juga hati Valbano.
Kemesraan terus berputik dan riang mengalir lunak antara kami berdua persis juraian salji yang merencung tenang dari langit dan mesra menyatukan antara asrar di bumantara dengan keheningan daun-daun hijau di setiap pojok mandala bumi.
Kemesraan terus berputik dan riang mengalir lunak antara kami berdua persis juraian salji yang merencung tenang dari langit dan mesra menyatukan antara asrar di bumantara dengan keheningan daun-daun hijau di setiap pojok mandala bumi.
Saya dan Valbano duduk di atas sebatang pokok tumbang, merentang satu kawasan tanah berlekuk. Sambil dibuai asyik pawana dingin membelai, mendepani jihat perkhemahan pelarian sebangsa, dengan tenang Valbano terus menyingkap segala kisah diri yang selama ini menjadi asrar yang kejap melingkar dalam lipatan sejarah hidup:
“Val, aku mahu menjadi Abu Ayub al-Ansari. Dia sahabat Junjungan, lahir di Madinah, syahid dalam perjalanan menuju medan perjuangan. Jasad di kubur tepian kota, Kota Istanbul, Kota Konstantinopel - ribuan batu dari tanah kelahiran.”
Jelu. Sesungguhnya, citamu sudah tercapai, sayang! Jasadmu kini telah menjadi baja, terus menerus menembunkan pepohonan, menyuburkan bentala berdarah ini dengan jasa luhurmu menegakkan kalimatullah - agama Allah!
* * *
“Val, aku mahu menjadi Abu Ayub al-Ansari. Dia sahabat Junjungan, lahir di Madinah, syahid dalam perjalanan menuju medan perjuangan. Jasad di kubur tepian kota, Kota Istanbul, Kota Konstantinopel - ribuan batu dari tanah kelahiran.”
Jelu. Sesungguhnya, citamu sudah tercapai, sayang! Jasadmu kini telah menjadi baja, terus menerus menembunkan pepohonan, menyuburkan bentala berdarah ini dengan jasa luhurmu menegakkan kalimatullah - agama Allah!
Jelu kian membuncah bersama silir karar membelai dua nesan kejur. Naung redup pohonan kendati gondol, seredup dua kelopak digenangi air bening. Sharfik, aku datang lagi bersama air mawar, bersama gerbak doa, buat gemulahmu. Ini watas perpisahan, lawang perbezaan dua jagat ciptaan Khalik dan aku terhenyak di sini.
Lajur waktu mendatang tidak langsung memberiku erti damai. Nyalar saja mataku ditipu oleh layar kemesraan silam. Betapa kita bahagia di riak tenang Selat Bosphorus, dulunya laluan da’i, pernah sujud kepada mulus polos jihad putera kebanggan-Nya - Muhammad al-Fateh.
Lajur waktu mendatang tidak langsung memberiku erti damai. Nyalar saja mataku ditipu oleh layar kemesraan silam. Betapa kita bahagia di riak tenang Selat Bosphorus, dulunya laluan da’i, pernah sujud kepada mulus polos jihad putera kebanggan-Nya - Muhammad al-Fateh.
Bagaimana harus aku melupakan:
“Apa yang kau cari di sini, Sharfik?” suaraku bening dalam silir dingin Selat Bosphorus. Musim cuti semester kami begitu indah dengan wisata.
“Aku mencari kilau permata yang hilang, sinar intan yang pudar, merlip mutiara yang lenyap dan menggali rahsia keagungan serta kemegahan yang terpendam di sini!”
“Apa maksudmu?”
“Jejak jihad Sultan Usman yang sedikit tidur waktu malam, menghayati kemerduan irama syair Jalaluddin ar-Rumi, seniman sensitif dengan Tuhan. Aku rindukan bait-baitnya yang mendidik jiwa, mengajak insan bertakwa kepada Yang Esa. Selebihnya, mahu melepa erat renjana cinta kita pada keindahan senibina Humeli Hissari ukiran hati arkitek bertakwa Marmar Sinan!”
“Kau temui pencarianmu?”
Sharfik mengeluh berat dan rengsa. “Aku sendiri tidak tahu di mana Muhammad al-Fateh telah menitipkan wasiatnya. Di mana tempat ibadah dan menyerah Sultan Murad yang berkuasa kepada Yang Maha Esa. Kepada siapa warisan amalan Jalaluddin ar-Rumi telah dipusakakan!”
Dia pemuda Melayu kental jihad Islamnya, murup subur malah suar melangit. Bongkah cekal waris mujahid kersani. Waja diri seteguh Bilal. Pelajar bijak di Institut Latihan Imam dan Khatib Al-A’zamiyyah. Pertemuan pertama dengan Sharfik di Madain bersaksi Iwan Kisra, kota zaman Raja Parsi. Aku antara segerombolan pelajar syariah Universiti Kaherah. Menyertai misi lawatan sambil belajar tajaan universiti. Begitu mengidam menziarahi maqam dua sahabat Junjungan - Salman al-Farisi dan Hyzaifah al-Yaman.
Sharfik juru tunjuk sukarela, fasih berkisah perkembangan Islam era pimpinan Saad Abi Waqqas, Masehi 637 di Panorama Al-Qadisiyah. Mengusai jerba sentak kami melihat pusu dan buru manusia di Al-Qadiriah. Rupanya mereka menziarahi maqam Syeikh Abdul Qadir al-Jalani.
“Mislah di tubuh kamu imbas pemuda Iraq!” suaraku mencerlus di pekarangan Masjid Al-Kabir, dibina Khalifah Al-Mus’tasim (221-227H).
“Saya menghormati budaya tempatan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!” dalam senyum, tenang Sharfik menjawab. “Dan kamu sendiri tentunya bukan gadis tempawan dari bumi bekas Khalifah Umar Abdul Aziz, umarak idola dan mentor saya kan?”
“Tekaan kamu tidak tersasar malah jitu sekali kerana saya tidak arif mendalam khalifah itu!”
“Kamu kerugian besar!” Sharfik senyum. “Dia umarak berwibawa, tinggi ilmu, kuat mujahadah dan bertakwa. Dapat kamu bayangkan; serigala dan kambing boleh hidup sekandang musim pemerintahannya!”
Aku terlunga dan terjeda seraya mengangkat kening.
“Tapi, kamu antara insan paling beruntung!” Sharfik cepat memujuk pula kala melihat wajahku berubah pudar. “Bumi tempat kamu mengaut ilmu adalah bekas bumi mujtahid, mujaddid dan ulama agung; Imam Syafi’e, Imam Sayuti, Imam Ahmad ar-Rifa’i, Syeikh Ahmad Badawi, Zunnun al-Misri juga Sayidah Nafisah dan ramai lagi!”
“Saya ke Mesir kerana menyahut seruan Baginda, ‘Tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahad!”
“Syabas! Langkah kaki kamu sudah melepasi tembok besar negeri itu!”
“Jadi, kamu tahu dari mana asal saya?”
“Wilayah Balkan, bukan?”
Aku dijerba sentak dengan tekaannya. “Jitu tekaan kamu.”
“Ini bukan satu tekaan sembarangan.Wajah kamu serlah menjelaskan jawapan,”
Aku mengangguk iya. “Asal saya Krushae Madhe pinggir Orahovac di Kosovo!”
Aku mengangguk iya. “Asal saya Krushae Madhe pinggir Orahovac di Kosovo!”
“Yang penting kita seagama. Innamalmukminunaikhwah. Islam kita bertapak pada tunjang yang sama cuma berbeza mazhab, Maliki dan Syafi’e. Itu saja!”
Bibit kemesraan lebih memurup antara kami. Serasa ada wayu syahdu membelai menyuar rasa hati ke puncak menara azan Al-Malwiyya setinggi 50 meter cetusan ilham Khalifah Al-Mutawakkil. Awan gemawan putih serlah di langit Samarra persis merestui. Di qala’ah Imam Hassan al-Askan dan Halimah Khatun, taklimat padat diri masing-masing polos terluah. Memeterai janji dalam wasilah perhubungan lebih murni pada hari akhir misi lawatan. Najaf dan Kufah menyimpan asrar cinta mulus kami.
Air mataku terlalu murah, menjujuh lebat di maqam Saidina Ali mengiring detik perpisahan namun Sharfik cepat mendamai cabuh jiwa; “Val, ‘siapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah, maka sesungguhnya dia telah mencapai darjat iman yang akmal!” Sabda Junjungan riwayat Abu Daud itu bekal kami. Mendamai gejolak rindu berjauhan - dia di Iraq sedang aku di Mesir. Begitu agung kekuasaan Tuhan, walau berbeza bangsa, berbeza warna kulit, kami diketemukan juga seterusnya menjalin sebuah percintaan yang terus menggerbak hari ke hari.
Kecintaan mendalam terhadap sesama manusia seagama membuatkan Sharfik meninggalkan pengajian tahun akhir. Dia menghilang dari Iraq tanpa berita. Perhubungan kami menjadi khali buat beberapa lama. Cuma sebuah buku berkulit jerau sirah Salahuddin al-Ayyubi dan selembar surat ringkas tulisan tangannya dikirim dari Jordan buatku sebagai peneman kesepian.
Val,
Val,
Mendengar dan melihat tanah Islam cuba diinjak musuh Allah dan penderitaan insan seagama yang lara di tanah air sendiri, membuatkan hidupku tidak aman. Rasa marah dan geramku berpestaan menggelecak ruang dada. Aku tidak sanggup melihat itu semua. Relakan hubungan kita diam sejenak. Ada tugas jihad yang menggamit - tugas membebas tanah Islam dari diinjak kaki musuh Allah itu. Doakan keselamatan diriku. Sekiranya aku tidak lagi wujud di dunia ini, redhakan. Redhakan sebuah kehilangan demi agama suci.
Sirah Salahuddin al-Ayyubi untukmu sebagai teman kala rindu dengan huraian Lane-Poole yang menjadi turus teguh terpancang pada api jihadku yang menyuar. Ini jamung penyuar semangat jihadku:
‘Bunga kesateriaan telah diambil. Raja Bait Al-Maqdis, saudaranya Reginald of Chatillon, Joscelin of Courlenay, Humprey of Toron, Masters of the Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar lain telah ditawan. Para kesateria Palestin yang lain berada dalam tawanan tentera Islam. Sesiapa yang masih hidup dari kalangan orang kebanyakan telah menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah tiga puluh tentera Kristian yang ditawan, diikat dengan tali khemah. Orang-orang terkorban bertimbun-timbun seperti batu bata di samping salib-salib patah, kepala-kepala yang berkecai bertaburan atas tanah bagaikan buah tembikai yang baru diketam.’
Dan ini, kupetik sebuah syair dari Diwam al-Imam As-Syafi’ e untukmu, Val.
Aku cinta golongan soleh,
Sekalipun aku bukan di kalangan mereka,
Mudah-mudahan dengan mereka aku mendapat syafa’ at,
Aku benci sesiapa yang jual belinya maksiat,
Sekalipun kami pada barangan yang sama.
Demikian warkah Syarfik untukku.
“Apa khabarmu sejak perpisahan ini, Val?” Pertanyaan dari bibir Sharfik pada pertemuan pertama selepas menghilangkan diri. Sharfik mendatangiku di Mesir. Kala itu aku sudah pun menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di kota Kaherah.
Sekalipun aku bukan di kalangan mereka,
Mudah-mudahan dengan mereka aku mendapat syafa’ at,
Aku benci sesiapa yang jual belinya maksiat,
Sekalipun kami pada barangan yang sama.
Demikian warkah Syarfik untukku.
“Apa khabarmu sejak perpisahan ini, Val?” Pertanyaan dari bibir Sharfik pada pertemuan pertama selepas menghilangkan diri. Sharfik mendatangiku di Mesir. Kala itu aku sudah pun menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di kota Kaherah.
“Terjahan bahang mentari rindu amat memijar, Sharfik!”
“Kini aku sudah kembali kepadamu!”
“Ke mana kau menghilang selama ini?”
“Mengotakan impian jihadku, Val!”
“Di mana?”
“Di mana-mana saja kedapatan intifada perjuangan menjulang agama Allah! Citaku hanya satu, Val! - membebaskan bumi umat Islam, biar dianggap terroris, militan atau fundamentalis, itu satu penghormatan!”
Aku diam namun murup rasa bangga dengan jiwa jihadnya.
“Doamu tentu sekali telah mengembalikan aku di sini!”
“Tidak pernah aku lupakan itu dalam setiap solat, Sharfik! Kepada siapa lagi harus aku mengadu kalau tidak kepada-Nya!”
“Lalu menyuar kemenangan dalam jihad kami bersama Hamas dan Hizbullah di Palestin, Mujahiddin di Afghanistan, mengkucur keringat di kem Al-Qaeda bersama legasi Osama Ben Laden dan menentang Eritria di Sudan!”
“Lagi?”
“Melenyapkan beberapa orang anggota SPLA pimpinan John Garang di Sudan Selatan, menjulang senjata bersama pasukan elit Maktab Khadamat juga mencurah sokongan padu kepada jihad legasi as-Syahid Abdullah Yusoff Azzam di Peshawar!” Senyum Sharfik puas. Ada semangat tidak takut mati bergemercikan pada wajah.
“Aku bersyukur kepada-Nya!” aku turut tersenyum, seraya menadah polos.
Hubungan kami terus erat selepas itu.
Suatu hari, kami telah mendapat berita bumi Kosovo disergap cabuh. Lebih mengharukan, kampung halamanku di Krushae Madhe telah rentung dibakar tentera Serb. Ayah, ibu dan sanak saudaraku turut kecundang di dalam tragedi ngeri tersebut. Aku dihenyak derita yang amat pedih namun Sharfik pencegat semangat.
Kami terus pulang ke Kosovo dengan semangat yang menyuar untuk berjuang di jalan Allah. Disambut Afijete Mehmeti dan terus bersama pejuang-pejuang pemisah di Opterusa. Kami dinikahkah di Masjid Kukes seminggu selepas menjulang senjata setelah dinasihati Afijete. Dia tidak mahu jihad Islam dicemari.
Kami terlalu muda, katanya. Kami akur dalam hasrat ikatan itu akan berpanjangan ke anak cucu. Biar keadaan sekeliling cabuh dan gawat, aku telah memancang tekad untuk berjuang bersama Sharfik dan lain-lain pejuang.
“Kolam air mata ini sudah kering, Fik! Aku tidak punya sesiapa lagi di dunia ini. Hanya kau, suamiku!”
“Usah merintih, sayang! Kita harus selesaikan tugas yang sudah kita bina. Pejuang berjiwa besar tidak mudah menyerah kalah. Penderitaan bukan halangan ke arah menegakkan perjuangan. Ingat Val, rintihan orang yang sakit dicatat sebagai tasbih, jeritannya sebagai tahlil, cangip nafasnya umpama sedekah, tidurnya ibadat manakala kegelisahannya dari satu bahagian ke bahagian yang lain bagaikan jihad di jalan Allah dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat!”
“Bagaimana kalau kamu kecundang?”
“Aku rela, Val! Aku rela asal zuriat kita dan tanah saudaraku ini tidak kecundang. Jika masyi’ atullah dan fitratullah mahukan aku kecundang, aku mahu kecundang sebagai syuhada. Biar darahku kucur, Val! Biar dagingku ini diseligi terkucar dan tulang-temulangku kucel lunyai namun merunduk sujud kepada musuh Allah itu tidak sekali!”
“Kalau begitu, aku ingin bersamamu, Fik! Menjadi Ummu Salim atau Aisyah dalam jihad Uhudmu!”
“Jangan Val! Jangan...”
“Kenapa? Kenapa tidak boleh membantumu dalam jihad ini? Apa kau sudah lupa laman at-Taubah ayat 71 *?”
“Bukan begitu, Val! Seperti ungkapan Panglima Thariq bin Ziyad; ‘ Apa yang aku ajak akulah yang paling dahulu melaksanakannya dan detik mendepani musuh, akulah yang paling di hadapan!”
“Habis, bagaimana dengan tugasku?”
“Zuriat kita di dalam rahimmu itu kian membesar, sayang! Tugasmu menjaganya dengan sempurna. Dia bakal menjadi waris penyambung jihad ini!”
Dia mujahid kesayanganku. Polos jihadnya mohon diredhai. Aku yakin, cita-cita luhurnya bersama pejuang yang lain untuk menghalau musuh-musuh agama Allah diberkati dan direstui. Dan zuriat kami tentunya akan mengusung usia remaja menjadi putera atau puteri dengan harmoni di tanah ibunda sendiri.
Namun segalanya hanya impian semata. Suatu petang yang cabuh telah menghancurkan. Kala itu kami di kubu pertahanan. Tiba-tiba suasana menjadi bingar dengan dentuman mesiu pembunuh Serb. Bersipongang dan menggerutup. Masing-masing digamam sentak. Sharfik gesit mencapai senjata lalu buru-buru keluar untuk menyaksikan apa yang terjadi.
Ketika itu juga aku bersama beberapa orang pejuang yang lain turut menguntit. Sewaktu kami keluar, di jihat masyrik lebih kurang dua kilometer dari kubu, kepulan asap bolong kelihatan memenuhi ruang cakerawala. Tahulah kami perkampungan tersebut sedang dimusnahkan.
Di sebuah gon kecil pinggiran kubu, kami melihat onggok-onggok asap legam terus gagah bergomol-gomol menerobos gumpalan awan gemawan yang berkeromok di langit. Aku di sisi Sharfik, tidak berdaya membendung jujuhan air mata. Terbayang perkampungan Krushae Madhe yang sudah lenyap bersama insan-insan tersayang, segalanya menyuar kelir amarah yang menggelecak.
“Perjuangan kita menuntut keimanan, cekal jiwa dan redha Allah!” tiba-tiba suara Sharfik meletus gerah serentak menarik pencekah senjata. Rumah peluru diamati dalam gelocak geram. Pin peletup bom tangan yang tergantung di keliling pinggang gesit dikemaskan. “Hari ini akan menjadi bukti pembelaan ke atas kematian saudara-saudara kita!” laungnya menyuar semangat pejuang-pejuang yang lain.
Ketika itu juga beberapa buah pesawat pengesan Serb menggerutup rendah di atas kepala kami. Aku dan beberapa rakan yang lain gesit tempiar mencari tempat perlindungan tetapi Sharfik teguh di situ, tanpa gelentar, tanpa gelugut walau gelogok mesiu dari pesawat-pesawat itu berkesiuran menjunam menusuk muka tanah.
Sebuah pesawat berjaya dirobek peluru dari senjata mujahid itu lalu menghasilkan gegar dentum mengguruh namun beberapa butir peluru musuh yang menghujan telah menebuk kepalanya. Sharfik tersungkur menggapai citanya sebagai syuhada. Aku nekad meluru cuba membantu tetapi terhalang oleh junaman ribuan tembaga pembunuh di sekitar diri dan hingga kini geruanku masih bersipongang di ruang ingatan. Geruku itu meletus mengiring kehilangan mujahid tersayang.
Sungguh, aku tidak berdaya berbuat apa-apa melainkan menanggung rasa jelu yang amat menghenyak. Walau rakan-rakan pejuang yang lain sering memberi semangat supaya aku tabah menerima jerbaan takdir namun amat sukar untuk menerima kenyataan ini lebih-lebih lagi zuriat di dalam kandunganku turut menyusul bapanya.
Perasaan dan bayangan yang kacau, lara dan menghenyak itulah yang nyalar menyerbu mengganggu, membuatkan aku merasa kehilangan seluruh keyakinan hidup. Segala kekuatan dan semangatku terus luntur oleh igauan-igauan yang pedih dan bayangan wajah Sharfik serta zuriat dambaan kami nyalar cagun bersama-samanya. Sungguh aku lara dengan takdir ini.
Namun percayalah, aku selalu berdoa kepada Allah semoga direstui perjuangan dan dianugerahkan kembali suar turus semangatku untuk meneruskan cita-cita luhur gemulah Sharfik. Dia amat mencintai saudara-saudara seagama di sini dan seluruh yang bernama keadilan Islam sejagat. Tapi, aku sendiri tidak pasti, apakah akan terlaksana segala harapan menggunung itu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Demikian sedikit tetapi amat mengesankan rentetan sejarah diri dan hidup Valbano. Segala penceritaannya hari itu, terakam erat di cepu kepala. Kisahnya seolah-olah menyedarkan saya akan rasa keterlibatan sesama Islam supaya mengasihi saudara seagama setara mengasihi diri sendiri, menyedari hakikat kejadian diri yang serba kekurangan; fana, ajaz, jahal, maut dan karahah yang dimiliki perlu nyalar diingatkan. Diri ini tidak punya qudrat, ilmu, hayat, iradat juga lima belas lagi sifat-sifat akmal milik-Nya.
* * *
Demikian sedikit tetapi amat mengesankan rentetan sejarah diri dan hidup Valbano. Segala penceritaannya hari itu, terakam erat di cepu kepala. Kisahnya seolah-olah menyedarkan saya akan rasa keterlibatan sesama Islam supaya mengasihi saudara seagama setara mengasihi diri sendiri, menyedari hakikat kejadian diri yang serba kekurangan; fana, ajaz, jahal, maut dan karahah yang dimiliki perlu nyalar diingatkan. Diri ini tidak punya qudrat, ilmu, hayat, iradat juga lima belas lagi sifat-sifat akmal milik-Nya.
Kesementaraan milik mutlak hamba-Nya, milik saya, milik semua makhluk. Muda akan tua bila tiba ketika. Tua akan bertemu hayat akhir alam lahud. Begitu juga kaya - boleh menjadi papa dengan masyi’atullah dan fitratullah. Semuanya tidak baqa dan akan fana.
Saya menjangkakan kemesraan dan keramahan Valbano akan lebih subur dan mekar selepas itu namun hampa. Dia tetap menyendiri dan nyalar termenung seperti dulu seolah-olah tidak pernah bertemu dengan saya. Pelik sungguh saya memikirkan. Malah kadang-kadang dilihat bercakap seorang diri, kemudian tersenyum dan menangis. Afijete turut gelisar dengan keadaan. Tubuh Valbano juga kian kurus kedengking dan kelibatnya turut jarang dikelih sekitar khemah pelarian dan kerap pula ditemui pasukan peronda berteleku di pusara gemulah suami.
Sesungguhnya, kami tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk membantu Valbano. Walaupun saya nyalar ke pusara itu untuk memberi nasihat dan harapan hidup masa depan yang lebih bermakna kepadanya. Namun, segala niat dan usaha polos saya menabrak jalan buntu. Mulutnya terkacip kejur kepada semua suara yang bertamu. Valbano bagaikan tidak kenal saya lagi.
Hari demi hari, setelah lebih enam bulan berkhidmat di sana, akhirnya tugas kami pun berakhir. Sewaktu segala persiapan pulang ke tanah air selesai, kami berehat di ruang hadapan khemah rawatan. Beberapa orang pelarian datang bersalaman dan mengucapkan selamat pulang.
Masing-masing mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala pengorbanan kami membantu mereka. Kala itulah tiba-tiba suara bingar meletus bersipongang. Penghuni dua tiga khemah pelarian berhampiran pintu pagar kawalan seolah-olah disentak tragedi yang tidak wajar. Kami segera bergegas ke arah itu untuk melihat apa yang terjadi.
“Omarrrrrr!!!!”
Sewaktu warawiri dalam cengang sekitar pintu pagar pengepung kawasan perkhemahan, tiba-tiba terdengar nama saya dilaung. Nada cemas begitu serlah. Tercangak-cangak saya mencari.
“Omarrrr! Omarrrrrr!!!!!” Laungan bersipongang lagi.
Gesit saya menoleh. Dalam jarak lebih kurang 50 meter, konia mata saya terpempan Afijete buru-buru terjengket-jengket, serba tidak kena menghayun tongkat di tangan dengan wajah sebam mendekati. Cerlungannya tunak menusuk anak mata saya.
“Ada apa, bapa?” tanya saya tidak sabar.
“Val… Val… Val, Omar!” cangip Afijete seperti menghambat.
“Kenapa dengan Val?” saya dijerba persoalan mendadak, gesit bahu orang tua bekas pejuang itu saya hinggut.
“Err…err… dia… dia ditemui mati di sana, Omar!!” lirih sedih suaranya. Telunjuk gabai rengsa jitu menuding jihat tenggara.
Laksana halilintar berdentum membelah gunung, seluruh juzuk dada terasa seperti diledak kejutan yang mendadak. Jantung akas bergelentar. Diri menggigir. Nano saya sejenak. Kemamar. Kelinglungan. Libang libu. Entah apa lagi. Pelbagai perasaan menyerbu menghenyak. Setelah bertafakur sejenak, barulah saya berupaya mengatur langkah, kendati amat rengsa, menguntit Afijete bersama beberapa orang rakan yang lain ke jihat tersebut.
Tiba di sana, di atas pusara yang basah itu, tubuh Valbano kelihatan terbujur mendakap nesan kejur. Tangan masih erat menggenggam buku sirah Salahuddin al-Ayyubi. Saya berteleku melihat matanya, tertutup rapat dan pada juzuk wajah cengkung wanita itu bagaikan terpancar sinar karar persis tidak kembali kerana bahana penghapusan etnik. Di sekitar juzuk pusara, gerbak kasturi seolah-olah buar mengapung mengecai segala lara. Realitinya; kembang lara Valbano telah berakhir di atas pusara Sharfik - kekasihnya, suaminya, mujahidnya.
Sewaktu mayatnya ditandu ke khemah rawatan, tanpa sedar, tersedu saya menahan air mata yang menjujuh deras.
Rujukan:
Kosovo Polje - dalam bahasa Serb bermaksud lembah burung hitam. Gelaran ini bagi mengingati kekalahan mereka di dalam Perang Kosovo Polje kepada Empayar Islam Othmaniyah, Turki pada 28 Jun 1398 dan memerintah mereka selama 5 abad.
*At-Taubah ayat 71 bermaksud: ‘Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong kepada yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah.’
Rujukan:
Kosovo Polje - dalam bahasa Serb bermaksud lembah burung hitam. Gelaran ini bagi mengingati kekalahan mereka di dalam Perang Kosovo Polje kepada Empayar Islam Othmaniyah, Turki pada 28 Jun 1398 dan memerintah mereka selama 5 abad.
*At-Taubah ayat 71 bermaksud: ‘Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong kepada yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan