i
DALAM suasana yang dingin digerimis semburan salji dari langit, dada masing-masing laksana diledak api neraka. Panas dan menggelagak. Berita yang mereka dengar begitu menyemarakkan api marah yang menggelecak. Benarkah apa yang telah mencecah gegendang telinga mereka itu?
“Sungguh, aku tidak berkata dusta!”
“Teruskan!”
“Ini cerita benar, berlaku di depan mataku sendiri.”
“Bagaimana?”
“Mereka adalah penyokong kuat kita pada mulanya. Dua orang penulis - penulis alat, murtad tetapi berani dan amat diperlukan dalam usaha-usaha kita menyebarkan doktrin. Seorang lagi paderi, pendokong fahaman zionis yang kental semangat juangnya. Mereka telah ditembak mati dalam satu forum antarabangsa di kota Hanover!”
“Tiga sekali dihapuskan?”
“Ya, ketiga-tiganya sekali!”
“Kenapa paderi itu dibunuh pula?”
“Dia juga telah menyangkal doktrin kita pada saat-saat akhir!”
“Hanya kerana itu saja dia dibunuh?”
“Ya!”
Semua menggeleng-geleng, semuanya kesal dengan apa yang terjadi.
“Aku rasa wajar kerana paderi itu telah menidak serta menafikan segala doktrin penulis alat!”
“Seharusnya tidak berlaku begitu kerana forum itu adalah sebuah forum bertaraf antarabangsa. Apa salahnya pilih waktu lain yang lebih sesuai? Huh, ini sangat memalukan!”
Diam sejenak.
“Kita harus ingat, perjuangan kita masih jauh lagi. Kenapa semudah itu penyokong kuat kita dibunuh?”
Serasa mereka seakan ingin bertempik menghamburkan kemarahan yang menggelecak dalam dada.
Diam sejenak lagi.
“Hanya sedikit saja doktrin kita telah berjaya merosakkan akidah, pegangan, kepercayaan dan ekonomi orang Islam. Sedangkan ramai lagi Muhammad Al-Fateh yang tidak kelihatan di mata, ribuan malah jutaan jumlahnya sedang berjihad menyekat dakyah kita. Ini yang sewajarnya kita ingat dan sedar. Mulai saat ini, kita harus memperhebatkan usaha untuk terus memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar!”
“Ya, kita mesti perhebatkan usaha!”
Semua menyokong dan berpautan tangan untuk merealisasikan usaha-usaha bejat tersebut.
“Tetapi, bagaimana cerita sebenar yang berlaku di kota Hanover itu?”
“Begini ceritanya....”
ii
Pagi tenang. Kota Hanover, Jerman diapung kelam kerana gumpalan awan tebal menyelimuti seluruh ruang langitnya. Ketika itu seluruh juzuk tidak terkecuali, semuanya basah lencun dijujuhi hujan lebat sejak awal malam santak ke pagi. Udara sejuk yang berlegar lebih mencokotkan tulang temulang.
ii
Pagi tenang. Kota Hanover, Jerman diapung kelam kerana gumpalan awan tebal menyelimuti seluruh ruang langitnya. Ketika itu seluruh juzuk tidak terkecuali, semuanya basah lencun dijujuhi hujan lebat sejak awal malam santak ke pagi. Udara sejuk yang berlegar lebih mencokotkan tulang temulang.
Hujan yang menjujuh lebat bermula dari 31 Mei santak 2 Jun namun tidak menghalang forum gah Sastera, Kebebasan Media Massa dan Hak Asasi Manusia Dalam Masyarakat Islam diteruskan. Ramai pendengar yang hadir dari serata dunia. Namun begitu, tiada seorang pun ulama Islam yang dijemput sebagai penceramah. Mereka yang dijemput sekadar tiga orang itu penulis alat, penulis murtad dan seorang paderi.
Penceramah pertama sering saja tersenyum sejak forum bermula. Tubuhnya kelihatan gagah, suaranya petah dan lancar. Sewaktu dijemput memberi ceramah, dia bangun seperti seorang pejuang bertaraf dunia. Dengan megah membentang kertas kerja yang berjauk ‘Bahasa Puisi dan Teks Undang-undang’. Perlu diketahui, penceramah ini seorang perempuan. Di dalam dadanya telah dinyalakan api dendam terhadap islam sejak Perang Salib. Kekalahan Tentera Norman di tangan tentera mujahid Salahuddin al-Ayyubi begitu bersemarak dalam jiwanya dengan kemarahan.
“Siapa namanya?”
“Nirsin Amilsat!”
“Teruskan.”
Kemarahan dan api dendamnya itu tidak berupaya dipadamkan walau oleh jujuh hujan yang lebat di kota Hanover. Susur galur leluhurnya dari Negara Hsedalgnab.
“Bukankah negara itu agama rasminya Islam?”
“Ya!”
“Habis, adakah dia Islam?”
“Entah! Barangkali tidak Islam!”
“Rasionalnya?”
“Tak mungkin seorang Islam akan sanggup menjadi penulis alat kita!”
“Belum tentu …. wang berupaya mengubahnya!”
“Yang penting, dia sudah berjaya sebagai penulis alat tajaan kita. Sama ada dia Islam atau tidak, setiap usahanya telah dibayar dan dia sendiri tidak pernah merungut tentang bayaran!”
Senyum memurup di bibir masing-masing. Bangga dan lega. “Baiklah, teruskan cerita!”
Di Negara Hsedalgnab yakni tanah tumpah darahnya, dia begitu dimusuhi. Bukan kerana apa, tetapi kerana mainan tintanya itu yang menghodohkan dirinya sehingga dia dimusuhi begitu sekali. Pemerintah beberapa buah negara telah menghalalkan darahnya menyebabkan dia melarikan diri mencari perlindungan. Sekarang dia memegang pasport perlindungan Jerman dan namanya jelas tercatat sebagai Nirsil Amilsat.
Di satu sudut ruang forum, seorang lagi pemceramah. Dia seorang lelaki bertubuh sasa, bekas pensyarah di Universiti Harehak yang kini berlindung di Jerman juga selepas diputuskan oleh Mahkamah Risem yang dia telah murtad dan wajib dipisahkan dengan anak isteri.
“Siapa dia?”
“Susur galur Arab jati.”
“Teruskan!”
Dia dan Nirsin Amilsat ini bertemu di Hanover sebagai penceramah juga tetapi tiba-tiba saja menentang banyak hujah yang disampaikan oleh Nirsin Amilsat. Itu yang menghairankan ramai pendengar terutama penyokong kita.
Tidak dapat dipastikan, apakah tindakan penentangan dan penafian itu bertitik tolak daripada keinsafan atau nasionalisme. Tetapi yang jelas, dia menjadi buruan di negaranya sendiri iaitu Risem kerana telah dituduh menghina agama islam dan berfahaman anti al-Quran. Dalam pasport perlindungan Jerman, tercatat namanya sebagai Dr Diez Uba Rsan.
“Barangkali dia sudah insaf lalu kembali semula kepada doktrin Islam dan mulai menyerang kita dari dalam!”
“Entahlah ….. tapi jika mahu menganggap dia sudah insaf, Dr Diez Uba Rsan belum pernah menyatakan dia telah meninggalkan pemikiran yang menyokong kita itu. Pemikiran itulah yang membuatkan dia diputuskan oleh Mahkamah Risem sebagai murtad. Masih ada teman-teman yang rapat menganggap kenyataan yang telah dikeluarkannya ekoran keputusan mahkamah bahawa dia masih beragama Islam. Dia sudah bertaubat namun pihak pendakwa yang membawa kes itu ke mahkamah masih menganggap dia murtad dan mereka menuntut lelaki bertubuh sasa itu bertaubat secara terbuka di hadapan khalayak ramai sebagai membuktikan kebenarannya.
“Adakah dia lakukan itu?”
“Tidak! Dr Diez Uba Rsan tidak pernah melafazkan ungkapan taubat di hadapan khalayak ramai.”
Semua tersenyum lagi. “Hmmmm… bermakna dia masih setia kepada perjuangan kita!” Senyuman kian lebar. “Teruskan!”
Di sudut yang lain pula, duduk segak Dr Behar Irtim. Dia ini seorang paderi dari Gereja Eagelical di Beitlehem, Palestin. Waktu itu dia duduk di sisi Dr Idgam Afirash yang merupakan seorang pemegang ijazah kedoktoran Islam Politik dari Jerman. Mereka ini penyokong kuat Nirsin Amilsat.
Setelah forum berjalan hampir setengah jam dan jelas Dr Diez Uba Rsan menentang fakta-fakta bentangan Nirsin Amilsat, dua penceramah lain mulai tidak senang dengan keadaan tersebut. Masing-masing menjegilkan biji mata ke arah doktor dari Negara Risem itu. Mereka menganggap dia sudah hipokrit dan wajar ditentang secara berhujah juga.
Hujan di luar dewan forum terus menjujuh laksana simbahan dari kolong atap sempit. Curahannya membuak-buak, tidak langsung memberi ruang walau sekumin kepada matahari untuk bersinar dan bertandang memburaikan kedinginan.
Ketika itulah Nirsin Amilsat bangun lagi untuk mempertahankan dakwaannya. Dia mulai dengan membaca ‘Pengisytiharan Dunia Terhadap Hak-Hak Asasi Manusia’ dengan lantang dan penuh bersemangat.
Ketika itulah Nirsin Amilsat bangun lagi untuk mempertahankan dakwaannya. Dia mulai dengan membaca ‘Pengisytiharan Dunia Terhadap Hak-Hak Asasi Manusia’ dengan lantang dan penuh bersemangat.
Tepukan gemuruh dari hadirin gesit bergema menambahkan lagi semangat membara di dadanya.
Nirsil Amitsat seterusnya membandingkan fasal pengistiharan itu dengan teks Al-Quran dan hadis yang daif, maudhuk lagi tidak dapat dipastikan dari mana puncanya. Lancang sekali mulutnya. Para pemerhati yang kebanyakkannya penyokong kita dari Barat terus bersorak riang, bergemuruh dan menggegarkan ruang dewan forum.
“Syabas! Syabas Nirsin!” laung mereka hampir serentak dan seirama, gemuruh mengapung seluruh juzuk.
“Jika dalam pengistiharan hak asasi manusia ini telah memperuntukkan setiap orang manusia berhak bekerja, tetapi kenapa agama Islam melarang wanita bekerja, belajar dan memilih teman hidup?” Nirsin Amilsat begitu bersemangat sekali membidas seraya melirik sinis ke wajah Dr Diez Uba Rsan. Itu merupakan hujah penghinaannya yang pertama setelah isi-isi pengistiharan hak asasi manusia yang dibacanya tadi disangkal hebat oleh doktor dari Negara Risem itu.
Dr Diez Uba Rsan mengangguk-angguk seraya tersenyum nipis. Semua mata para hadirin segera tertumpu kepadanya bagaikan tidak sabar mahu mendengarnya mengeluarkan hujah balas. Dia sekedar diam dan bersahaja menulis sesuatu di atas meja. Sebenarnya Dr Diez Uba Rsan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyangkal semua dakwaan perempuan celupar tersebut. Apa yang telah dikatakan oleh Nirsin Amilsat itu sebenarnya penuh dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah yang amat keji. Wajarlah darahnya dihalalkan oleh ramai pemimpin negara Islam sekitar Negara Hsedalgnab. Dr Diez Uba Rsan bagaikan diresapi semangat nasionalisme yang memuncak ketika itu namun disabarkan hati.
“Jika Barat membezakan antara puak fundamentalis dengan agama Islam, tetapi saya menganggap kedua-duanya itu sama saja. Tiada beza langsung!” Nirsin Amilsat meneruskan hujah penghinaannya.
Tepukan kian bergemuruh menenggelamkan jujuh hujan dan tempik guruh yang berdentum di luar. Bibir Nirsin Amilsat memurup senyum lebar, lebih sinis dirasakan oleh Dr Diez Uba Rsan. Laungan-laungan memuji perempuan itu semakin menyemarakkan lagi rasa marah yang menyala dalam dada.
Lantaran gerapak tepukan dan laungan demi laungan memuji Nirsin Amilsat dari para hadirin, Dr Diez Uba Rsan tidak dapat menahan sabarnya lagi. Jengkel menggulati cepu kepala. Bagai dicucuk jarum peniti di punggung, dia gesit bangun lalu mulut pun memuntah lancar. “Tidak seorang pun yang boleh menuduh saya menentang kebebasan saudari!” ujarnya dengan suara yang pebuh semangat. “Saya sendiri tertindas sebenarnya. Saya sendiri tidak dapat mengeluarkan pandangan seperti saudari. Dengan yang demikian, nampaknya saya seorang sajalah yang berdiri di dalam forum ini yang layak untuk menyatakan bahawa apa yang telah saudari sebutkan tadi semuanya palsu, dusta dan bohong belaka!”
Semua diam. Pemerhati Barat dan hadirin yang lain membisu seolah-olah disergap kelu. Nirsin Amilsat sendiri kelihatan terkedu.
Dr Diez Uba Rsan tersenyum nipis. “Sesungguhnya apa yang saudari katakan tadi bukan sekadar penuh dengan kepalsuan, pendustaan dan pembohongan tetapi juga sarat dengan prejudis, fitnah dan tak masuk akal langsung. Saudari sebenarnya terlalu jahil tentang Islam. Saudari cuma berlagak seperti seorang yang arif tetapi sebenar dalam dada saudari nol dengan Islam. Saya ingin bertanya… berapa jutakah yang saudari telah dapat daripada fundamentalis Barat hasil dari usaha memburuk-burukkan Islam yang dibuat oleh saudari itu?”
Berjenak-jenak ruang forum jadi khali. Para pemerhati dari Barat bagaikan tersentak dengan ungkapan berani yang mencerlus keluar dari bibir dr Diez Uba Rsan itu. Masing-masing mencerlung tunak-tunak ke arahnya. Ada yang mengetap-ngetap bibir, ada yang menggumpal-gumpal penumbuk dan ada juga yang terhenyak di muka kerusi. Namun begitu muka msing-masing merah padam. Nirsin Amil mengerut kening, turut mencerlung ke arah doktor dari Negara Risem tersebut dengan api marah yang marak menyala. Sejurus kemudian, dia pura-pura tersenyum namun dapat dilihat jelas riak kehambarannya.
“Kenapa diam?“ Dr Diez Uba Rsan menyiramkan minyak ke dalam api yang sedang menyala. “Barangkali saudari bersetuju dengan saya!” tokoknya lagi bernada sinis.
Nirsin Amilsat gesit mencebek. “Bersetuju dengan anda? Saya tidak pernah berkata bahawa saya bersetuju dengan anda!“ ujarnya dengan nada yang angkuh.
Nirsin Amilsat gesit mencebek. “Bersetuju dengan anda? Saya tidak pernah berkata bahawa saya bersetuju dengan anda!“ ujarnya dengan nada yang angkuh.
“Alasan yang rasional harus saudari jelaskan supaya hadirin tahu!” cabar Dr Diez Uba Rsan.
Nirsin Amilsat terdiam seraya mencari-cari alasan yang dimahukan. Namun begitu, sebelum dia bersuara, Dr Diez Uba Rsan sudah bersuara lebih awal.
“Saudari telah bertindak dengan teks hak asasi manusia seakan-akan sebuah teks suci yang turun dari langit malah seolah-olah lebih suci dari Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Itu yang dapat saya katakan setelah mendengar hujah-hujah yang saudari katakan tadi. Dalam soal ini saya tertanya-tanya sendiri, kenapa saudari tidak langsung mahu mengkritik perlaksanaan negara-negara Barat terhadap hak asasi manusia yang berat sebelah itu? Barangkali saudari lupa apa yang telah berlaku kepada masyarakat awam Bosnia, Kosovo, Chenchen, Rohingya, Sudan, Afrika dan banyak lagi atau saudari sengaja buat-buat lupa demi menutup mata terhadap kenyataan yang sebenar.” Dr Diez Uba Rsan tersenyum sinis sambil menyeluruhi para hadirin di hadapannya.
Nirsin Amil masih terkial-kial untuk mencari hujah yang mampu diperdengarkan kepada khalayak.
“Saya dapat rasakan yang saudari seolah-olah takut hendak mengakuinya! Betul begitu?“ Dr Diez Uba Rsan kian menyemarak api kemarahan.
Nirsin Amilsat benar-benar rasa kekok sekali berhadapan dengan soalan tersebut. Benarkah aku takut mengakuinya atau aku memang sengaja mahu mendiamkan diri supaya tidak dituduh belot?
“Jadi seorang penulis mesti berani, perlu ada pendirian yang tegas dalam apa juga persoalan. Ingat, penulis adalah suara masyarakat. Saudari tidak boleh berkecuali walaupun bergelar penulis alat propaganda fundamentalis Barat. Lebih-lebih lagi dalam soal agama. Saudara jangan semudah untuk membuat tanggapan yang prejudis lagi penuh pembohongan terhadap sesebuah agama terutama agama yang ada kitab, ada nabi yang dilantik khas oileh Tuhan!” Suara Dr Diez Uba Rsan terus galak bergema.
Kepala Nirsin Amilsat bagaikan dipalu dengan kayu beluti oleh tempelakan demi tempelakan. Dia terkedu namun masih mampu melirik wajah Dr Behar Irtim dan Dr Idgam Afirash seolah-olah memohon sokongan dari kedua-dua sahabatnya itu. Namun begitu, mereka sekadar mengangguk-angguk, gontai.
“Para hadirin boleh fikirkan sendiri, apakah masuk akal, pada waktu Notgnithhieh (seorang pembentang kertas kerja bebas sebelum itu) bercakap tentang agama Islam sebagai sebuah agama peradaban, pencetus tamadun umat yang hebat, sedangkan saudari pula bercakap tentang Islam sebagai sebuah agama yang membawa kepada kemunduran tetapi mengaku pula bahawa Islam pernah mendirikan peradaban yang besar beberapa kurun dulu. Pelik dan sungguh menghairan bagaimana seorang penulis yang bijak seperti saudari boleh berputar belit hanya dalam masa beberapa saat saja seolah-olah saudari seorang manusia yang tak mempunyai pendirian langsung. Dalam soal ini saya tidak teragak-agak untuk mangatakan bahawa saudari ini lebih layak tulis puisi atau menyanyi di tepi jalan sambil menadah tempurung kepada orang ramai yang lalu lalang. Sesungguhnya saudari tak layak langsung jadi seorang penulis novel atau jadi penceramah di forum-forum antarabangsa seperti ini!” Dr Diez Uba Rsan terus menempelak panjang lebar dengan wajah yang puas.
Nirsin Amilsat semakin gelisah dengan suasana. Mata para pemerhati Barat dan hadiri yang memenuhi ruang dewan forun bagaikan memandang sinis ke arahnya kerana sekian lama membiarkan diri ditempelak tanpa sebarang hujah membela diri. Ketika itu daging punggungnya yang lebar itu terasa bagaikan dipanggang di bawah api.
“Saudari telah meletakkan semua teks dalam raga yang sama!” Dr Diez Uba Rsan kian galak bersuara. Begitu bersemangat sekali lebih-lebih lagi kala melihat Nirsin Amilsat bagaikan pacat terkena abu. Bergelinyang di atas kerusi serba tak kena. “Saudari bukan saja meletakkannya dalam raga yang sama malah mentafsirkannya tanpa ada sedikit pun kesedaran yang boleh membeza-bezakannya! Apa ini? Apa maknanya ini? Hanya budak-budak hingusan saja yang layak berkelakuan begitu. Saudari sebagai seorang penulis yang gah di seluruh pelusok dunia sewajarnya dapat berfikir secara matang lagi hebat dalam soal ini tetapi sebaliknya. Amat malu saya apabila dijemput datang ke sebuah forun bertaraf antarabangsa seperti ini tetapi hanya untuk mendengar celoteh seorang penceramah yang tolol lagi dungu seperti saudari!”
Pemerhati Barat semakin menyinga di tempat duduk masing-masing. Semuanya bagaikan diamuk marah yang menggila. Nirsin Amilsat cuba mendamaikan hatinya sendiri dengan melangut muka ke sana ke mari. Jelas rona merah padam menyerlah. Namun di renungan mata, bergemercikan api dendam yang belum pudar. Tiba-tiba segesit tindak gumpalan penumbuk menyergap muka meja, serentak suaranya menhambur geram, “Saya tetap akan meneruskan perjuangan menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan ke atas kaum wanita di negara saya. Saya tak peduli apa orang lain kata dan saya tetap menuduh bahawa Islam sebagai agama yang bertanggung jawab ke atas segala angkara yang berlaku terhadap wanita terutama di negara saya yang agama rasminya Islam itu!”
Para pemerhati Barat dan hadirin mula bertepuk kembali. Lebih menggerutup dan bergemuruh bagaikan dewan forum mahu runtuh kerananya. Dr Zied Uba Rsan tersenyum nipis. Terjeda dengan sorak tempik yang bersimpongang memenuhi kawasan sekitar. Derau hujan di luar seolah-olah mematikan diri ketakjuban dengan bingar suara di dalam ruang forum.
“Nirsin Amit seorang wanita yang berani!!!!”
“Syabas Nirsin!!!”
“Kami bersama anda, Nirsin!!!”
Laungan demi laung terus bergema berjenak-jenak lamanya.
Dr Zied Uba Rsan menggeleng-geleng geram.
“Seorang perempuan yang berani menhentak meja dengan tangan sendiri begitu adalah perempuan yang boleh dipercayai!!!“ laung mereka lagi.
Tiba-tiba Dr Idgam Afirash bingkas bangun mematikan semua suara yang bersipongang tadi. Mata para hadirin masing-masing mulai tertumpu kepadanya. Sejurus kemudian bibirnya terus bersuara, “Baiklah saudari Nirsin! Setelah saya mendengar segala hujah saudari dan membandingkan pula dengan hujah Dr Zied Uba Rsan, saya dapati banyak perbezaan dari segi kebernasan isi dan fakta yang ketara antara keduanya.”
Nirsin Amilsat tersenyum lebar kerana rakan sekongkolnya itu sudah mulai mahu bersuara. Tentu sekali akan menyokongnya. Begitu yang berlegar dalam kotak benaknya kala itu.
“Sebagai kesimpulan yang dapat saya buat ialah saya berpendapat lebih baiklah saudari Nirsin Amilsat membaca pusi saja. Benar seperti apa yang telah dikatakan oleh Dr Zied Uba Rsan tadi bahawa saudari hanya layak baca puisi atau menyanyi di depan khalayak ramai sambil menadah sebiji tempurung. Ini adalah kerana, saudari tidak patut mencipta pengucapan mewakili orang Islam untuk merelakan kehendak fundamentalis barat!”
Kata-kata begitu membuatkan muka Nirsin Amilsat pucat mendadak. Apa makna ini? Dr Idgam Afirash sudah belot? Sial !!!!. Semua hadirin turut terkesima. Masing-masing bagaikan terpukau. Nampaknya, Nirsin Amilsat sudah gagal dalam menegakkan hujahnya.
Nirsil Amilsat memandang ke arah Dr Behar Irtim pula. Dia amat berharap agar rakannya yang tinggal satu itu akan membelanya. Berjenak-jenak matanya terpaku pada wajah doktor itu, seolah-olah merayu simpati. Dr Behar Irtim terkesan lalu perlahan-lahan bangun. Senyuman Nirsin Amilsat kembali berbunga. Dalam waktu-waktu terhenyak begini sokongan teman sekongkol memang amat diperlukan.
“Tidak ada bezanya antara orang Kristian dan orang Islam dari segi sejarah di negara-negara Arab!“ ujar Dr Behar Irtim memulakan hujahnya.
Diam. Seluruh ruang dewan forum jadi sepi. Masing-masing memasang telinga untuk mendengar suara doktor itu lebih jelas.
“Tetapi, apa yang saya lihat, Barat menyokong perpecahan antara mereka di samping memberi sokongan kepada puak fundamentalis demi kepentingan mereka!“ ujar Dr Behar Irtim lagi seraya melirik wajah Nirsin Amilsat. Dia cuba memurupkan senyum namun tidak dibalas oleh Nirsin Amilsat. Sejurus kemudian dia mengalihkan pula pandangannya ke arah para pemerhati Barat yang masih mendiamkan diri bagaikan tidak sabar mendengar dia menyambung hujah.
“Tuan-tuan semua! Sesungguhnya saya amat bersimpati dengan saudari Nirsin Amilsat yang tertindas di negara tumpah darahnya sendiri. Dengan rasa simpati itulah saya memaksa telinga saya selama lebih empat puluh lima minit untuk mendengar cakap kosong yang tidak ada kena mengena langusng dengan sebarang ilmu pun. Rugi besar saya pada forum ini!”
Nirsin Amilsat terus terduduk. Kata-kata paderi itu ternyata tidak menyebelahinya juga. Marahnya mendadak menyuar membuar. Api yang menyala tiba-tiba dimarakkan pula oleh suara Dr Idgam Afirash.
“Saya percaya, masalah dan penindasan yang dihadapi oleh saudari itu membuatkan saudari mencari scapegoat terhadap masalah yang dihadapi. Malangnya saudari telah memilih cara yang merelakan Barat iaitu dengan menyerang Islam. Pada pendapat saya, dalam hal ini saudari sepatutnya menuduh kerajaan negara saudari sendiri yang bertanggung jawab. Bukannya agama Islam secara keseluruhan. Setahu saya yang sudah banyak membuat kajian mendalam tentang Islam, agama itu tidak pernah sekali-kali mahu menindas kaum wanita yang lemah seperti saudari. Saudari boleh rujuk fakta sejarah silam. Agama Islamlah yang pertama sekali mengharamkan pembunuhan terhadap kanak-kanak perempuan seperti yang diamalkan pada zaman jahiliah, pengharaman terhadap hamba abdi, memberi taraf yang sama kepada kaum lelaki dan perempuan sehingga orang perempuan pun boleh berjuang di medan perang, memberi taraf sama rata kepada semua manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan yang saudari tidak membuat kajian yang lengkap lagi benar sebelum menjadi seorang penulis dan penceramah sebuah forum bertaraf antarabangsa. Tidak syak lagi, semua hujah saudari tadi bersifat prejudis, buruk sangka, fitnah dan penuh dengan pembohongan yang amat memalukan!”
Forum terpaksa diberhentikan kerana nIrsin Amilsat tiba-tiba saja menjerit-jerit, memaki hamun tanpa jelas sebarang butir kalimat. Pemerhati Barat mengetap bibir kegeraman. Darah dalam diri masing-masing menggelegak dan menggelecak. Wajah Dr Zied Uba Rsan, Dr Behar Irtim dan Dr Idgam Afirash ditenung tunak-tunak seolah-olah mahu diganyang ketika itu juga. Huh, menolong anjing tersepit!!
Forum terpaksa diberhentikan kerana nIrsin Amilsat tiba-tiba saja menjerit-jerit, memaki hamun tanpa jelas sebarang butir kalimat. Pemerhati Barat mengetap bibir kegeraman. Darah dalam diri masing-masing menggelegak dan menggelecak. Wajah Dr Zied Uba Rsan, Dr Behar Irtim dan Dr Idgam Afirash ditenung tunak-tunak seolah-olah mahu diganyang ketika itu juga. Huh, menolong anjing tersepit!!
“Pembelottttttttt!!!”
Tiba-tiba satu tempikan menyergah dari hadapan pintu masuk ke ruang dewan forum.
Siapa dia? Kenapa menempik begitu? Semua para hadirin memanjangkan leher masing-masing macam zirafah mencari anak hilang untuk melihat suara siapa gerangan yang bertindak begitu.
“Kamu memang pembleot yang busuk!!!!”
Menempik lagi.
Seorang lelaki agam gesit tindaknya, menerpa, menerkam dan merempuh ke hadapan pentas forum. Dia bertopeng, wajah sekadar mengelihkan biji mata. Semua hati yang hadir berdetak kecut dan menggelugut. Lelaki itu akas mengacunglan otomatic short gun di tangan kanan.
Melihat suasana tersebut, masing-masing meniarap cepat. Serantak itu juga berpuluh-puluh das letusan terhambur membingitkan telinga. Api yang keluar dari muncung senjata bagai ledakan lahar gunung berapi. Kerusi dan meja roboh, tiga tubuh tersungkur. Gempar mengapung dan nafas tercungap cangip.
Penulis alat, penulis pelarian dan paderi tersebut terkulai di atas kerusi masing-masing berlatarkan belakang pentas forum. Darah yang mengalir dari kepala yang berkecai seinci demi seinci hampir memenuhi lantai simen di sekitar tempat mereka terbunuh.
Para hadirin melopong, maisng-masing terpempan dengan kejadian yang tidak disangka itu. Pembunuhan yang berlaku terlalu gesit. Sejurus kemudian mereka berdiri, terjengket-jengket mengekor seorang lelaki mendesit ke sebuah Cardilac hitam di tepi jalan lalu meluncur laju entak ke mana. Orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian jadi panik kemudian terus bubar kerana masing-masing takut untuk menjadi saksi atas segala kejadian.
Kenapa dia membunuh?
Siapa dia?
Persoalan itu tidak mampu dijawab kecuali oleh orang yang tahu.
iii
Tatkala ini panas amat terik di tepian Selat Bosphorus yang satu ketika dulunya pernah menjadi laluan para da’i. Terik yang amat dan sungguh setelah lebih tiga bulan hujan cuma berjerebu dan gerimis kecil bagai rontokan salji. Tidak langsung memberi ruang kepada gumpalan awan bergomol pekat untuk memburaikan titis airnya ke muka bumi. Angin yang berhimpang begitu membahang dan menggusur kepanasan dan ianya mampu melengaskan setiap tubuh yang berada di bawah sinarannya.
iii
Tatkala ini panas amat terik di tepian Selat Bosphorus yang satu ketika dulunya pernah menjadi laluan para da’i. Terik yang amat dan sungguh setelah lebih tiga bulan hujan cuma berjerebu dan gerimis kecil bagai rontokan salji. Tidak langsung memberi ruang kepada gumpalan awan bergomol pekat untuk memburaikan titis airnya ke muka bumi. Angin yang berhimpang begitu membahang dan menggusur kepanasan dan ianya mampu melengaskan setiap tubuh yang berada di bawah sinarannya.
Selat Bosphorus!
Terik mentari seolah-olah mahu mengontangkan wajah ayumu berterusan. Terjahlah, simbahlah dada bumi ini semahu-mahumu. Kontangkanlah segala apa yang kamu mahu. Di sini, di tepian Selat Bosphorus ini, berdiri gagah seorang mujahid dengan misi dan visi dendamnya. Da keazaman, ada iltizam yang membatu dan ada semangat yang tidak mudah terkucur oleh terik matahari. Meski berbahang dan memijar di luar tetapi di dalam tubuhnya mengalir darah yang meruap mendidih, berpestaan dan tidak mampu disejukkan oleh apa sekali pun.
Dia seorang mujahid. Darah Muhammad Al-Fateh, warisan amalan Jalaluddin Ar Rumi, jihad putera Salehuddin al-Ayyubi, ttisan amalan Syamsuddin al-Wali - menyirap, menyapa dan membara dalam dadanya. Akanku hapuskan setiap penghina agamaku!!
Dia seorang mujahid. Darah Muhammad Al-Fateh, warisan amalan Jalaluddin Ar Rumi, jihad putera Salehuddin al-Ayyubi, ttisan amalan Syamsuddin al-Wali - menyirap, menyapa dan membara dalam dadanya. Akanku hapuskan setiap penghina agamaku!!
Angin panas terus berhimpang galak. Terik matahari terus menerjah bagaikan mahu membakar bumi. Simbahannya begitu rakus dan ganas. Iklim Mediterranean di Selat Bosphorus tidak sesegar musim dingin jika mentari memijar begini. Utuh Makam Abu Ayyub an-Ansari dalam terjahan panas yang terus-terusan buas dan rakus itu tidak sedikit pun mampu menggugah malah membuat api marah lebih bersemarak menggelodak dalam jiwa.
Rumeli Hissari yang dibina oleh arkitek bertakwa Marmar Sinan tidak sedikit pun pudar kendati terik mentari tidak menunjukkan tanda-tanda akan mereda.
Masruq Ajda’ al Hamdani menatap akhbar al-Adab keluaran 16 Jun dari Kaherah. Marahnya kian menyala dalam rongga dada.
Masruq Ajda’ al Hamdani menatap akhbar al-Adab keluaran 16 Jun dari Kaherah. Marahnya kian menyala dalam rongga dada.
“Aku bencikan penghiaan terhadap agamu yang suci!”
“Maksudmu?”
“Itu… itu forum di Hanover itu… Bukan penghinaan namanya?” Dia membuka semula akhbar Al-Adab di tangan. “Lihat ini, inilah penghinaan paling licik dan busuk yang dilakukan oleh mereka terhadap agama Islam!“ ujarnya dengan wajah yang lebih jerau terbakar.
“Dia sudah pun dihalau dari negerinya sendiri. Ramai pemimpin Islam telah menghalalkan darahnya!”
“Itu aku tahu!”
“Negara-negara Barat tidak saja memberi perlindungan kepada penulis dan pengarang yang dibenci serta ditentang oleh umat Islam kerana menghina agama seperti mereka tetapi ada sebab, kepentingan politik dan agama di sebalik perbuatan tersebut!”
“Itu juga aku tahu!”
“Habis, apa tindakanmu sekarang?”
Masruq Aqjda’ al-Hamdani tersenyum nipis. Kumis dan janggut tebal dielus-elus dan mengangguk kasar serentak membetulkan serban yang terdohok di dahi.
“Tugasku semakin senang sekarang kerana hanya seorang saja yang tinggal!”
“Tiga lagi?”
“Sudah terbunuh di dalam dewan forum!”
“Tapi yang tinggal itu cukup licik, dilindung oleh negara besar!”
“Aku tidak gentar!”
Khali sejenak. Masruq Ajda’ al-Hamdani tersenyum lagi. Labih bersemangat dan meyakinkan.
“Dr Diez Uba Rsan, Dr Behar Irtim dan Dr Idgam Afirash sudah ditembah sebaik forum selesai. Mereka dibunuh kerana belot. Dalam negara sendiri menghina Islam, setelah diberi perlindungan kembali menyokong ajaran islam lalu dihapuskan.”
“Apakah itu wajar?”
“Fundamentalis Barat tidak pernah mengenal wajar atau tidak, adil atau tidak malah merekalah yang sebenarnya pengganas!”
“Hmmm… begitu! Barangkali dibunuh oleh mujahid Islam…”
Masruq Ajda’ al-Hamdani tersenyum dan menggeleng. “Begitu sangkaan ramai orang. Sebenarnya mereka telah dibunuh oleh fundamentalis Barat itu sendiri.”
Masruq Ajda’ al-Hamdani tersenyum dan menggeleng. “Begitu sangkaan ramai orang. Sebenarnya mereka telah dibunuh oleh fundamentalis Barat itu sendiri.”
“Begitu licik tektik mereka mengkelabui mata masyarakat dunia!”
“Ya, secara tidak langsung dunia Barat akan menuduh bahawa Islam itu agama militan, agama fundamentalis dan agama terroris yang tiada langsung toleransi malah sukakan keganasan dan pembunuhan!”
“Sekarang yang tinggal hanyalah Nirsin Amilsat. Bagaimana dengan perempuan celupar lagi biadap itu?”
Masruq Ajda’ al-Hamdani menarik nafas panjang dan lega, menolak akhbar Al-Adab ke sisi lalu menyahut, “Perempuan itu? Tangan ini yang akan menghapuskannya!”
Bahang panas Selat Bosphorus terus menggelecak. Tiada tanda-tanda akan mereda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan