Khamis, 27 Disember 2012

BIODATA PENGARANG

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM atau nama penanya SMAHADZIR, SMSI dan IBNU IBRAHIM AT-TAWARI dilahirkan pada 22 Januari 1961 di Sungai Tawar, Kedah. Beliau memulakan alam persekolahannya di SK Tawar, Baling, Kedah (1968), SK Kota Bukit, Sik, Kedah (1969-1972), SM Sultan Abdul Halim (SMSAH), Jitra, Kedah (1974-1978), Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam, Selangor (1979-1982) - Diploma Kajian Seni Reka Perindustrian dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (1984-1988) - Sarjana Muda Linguistik. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) dan beberapa buah syarikat penerbitan swasta. 

Beliau juga merupakan Tokoh Penggiat Seni Budaya Negeri Selangor 2022 (Kategori Penyelidik Seni Budaya dan Puisi Melayu Tradisional), Naib Pengerusi Persatuan Puisi Melayu Tradisional Malaysia (PUTRA), Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera & Budaya (PPSB)/PLKN, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, mantan Setiausaha Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), EXCO dan Penyelidik Budaya Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). 

Sebagai seorang yang aktif dalam bidang budaya, beliau sering dijemput sebagai penceramah dan pembimbing bengkel pengucapan awam, bengkel penulisan teks ucapan, bengkel apresiasi puisi moden dan tradisional, hakim sayembara mendeklamasi puisi, pidato, bercerita, tarian tradisional, teater kanak-kanak, nyanyian lagu-lagu patriotik, dan pantun peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA), Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) jabatan-jabatan kerajaan, swasta, dan lain-lain lagi. Penglibatan beliau dalam bidang Puisi Melayu Tradisional bermula sejak tahun 2005 apabila dilantik menjadi Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) (2005-2013), iaitu salah satu modul khas dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di kesemua kem PLKN di seluruh Selangor. Beliau terlibat sebagai penceramah dan pembimbing modul program tersebut dan telah mengetengahkan puisi sebagai teras program khususnya puisi moden dan puisi tradisional. Secara tidak langsung, penyebaran dan pemasyarakatan puisi moden dan tradisional pada masa itu berkembang, dan telah melahirkan ramai bakat muda dan tenaga pengajar yang berketerampilan dalam bidang puisi. 

Beliau banyak mengendalikan bengkel pengucapan awam, penulisan teks ucapan, lokakarya apresiasi puisi tradisional dan moden di sekolah (rendah dan menengah) dan institusi pengajian tinggi, termasuk institusi pendidikan guru, kolej dan universiti. Turut menerima undangan mengendalikan bengkel pengucapan awam, penulisan teks ucapan, dan lokakarya puisi tradisional dan moden daripada pelbagai agensi atau jabatan kerajaan seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Merlimau, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Perpustakaan Daerah Kuala Langat, Jabatan Pendidikan Daerah dan Negeri dan banyak lagi. 

Beliau juga seringkali diundang menjadi hakim pertandingan, sama ada di peringkat sekolah atau institut pengajian tinggi (IPT), peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau merupakan hakim Pertandingan Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kategori Syair selama lima tahun berturut-turut (2014-2018), hakim untuk pertandingan yang sama di peringkat negeri seperti Pulau Pinang (2016), Negeri Sembilan (Sajak dan Syair 2019), Selangor (Sajak dan Syair 2017-2020), Wilayah Persekutuan (Sajak dan Syair 2019), Perak (Sajak dan Syair 2016-2019), Kedah (2016-2017), Terengganu (2017), Pahang (2018), Hakim Sayembara Penyampaian Syair Peringkat Politeknik Malaysia (Politeknik Jitra, September 2017), Hakim Sayembara Penyampaian Syair Peringkat Politeknik Malaysia (Politeknik Sultan Haji Amad Shah, Kuala Lipis, Pahang 2019), Hakim Sayembara Penyampaian Syair sempena Festival Citra Siswa (Universiti Teknologi Petronas (UTP), 2018), Hakim Sayembara Syair sempena Karnival Bahasa dan Sastera Peringkat IPT anjuran Universiti Malaya (UM: 2017) dan lain-lain lagi. 

Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei, makalah, puisi, skrip drama radio, skrip drama pentas dan novel. Karya-karya beliau telah dibukukan dalam 19 buah antologi cerpen persendirian, 34 buah novel, 12 buah antologi cerpen bersama, 35 buah antologi sajak bersama, 18 buah antologi cerita rakyat, 17 buah antologi cerpen bersama diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, 16 buah buku kanak-kanak, 15 buah buku umum, 6 buah buku motivasi bersama dan 64 buah buku berunsur agama, sejarah dan konspirasi. Setakat ini beliau telah menghasilkan 140 buah rencana/makalah, 159 buah cerpen dan 86 buah puisi yang tersiar di pelbagai media. 

Antara kejayaan beliau dalam bidang penulisan ialah puisi beliau Diari Lama dan Kita Umpama Sehelai Daun telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan tahun 2010 dan 2015, dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung dan antologi Kuingin Berterima Kasih. Manakala novel beliau Lestari Bukit Menghijau telah terpilih untuk Edisi Pelajar Novel Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia kegunaan tahun 2011 bagi para Pelajar Tingkatan Dua Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Zon Timur (Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan). Cerpen Cinta Kak Ngah Beralih Arah telah memenangi Hadiah Penghargaan Sastera Utusan Melayu/Public Bank 1996, anjuran Utusan Melayu Sdn Bhd, Syair Anak Bertuah Bentala Merdeka telah memenangi hadiah utama dalam Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) 1999, dan cerpen Bintang Kemerlap di Puncak Grande Bibliotheque telah memenangi hadiah pertama Sayembara Cerpen Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000). Novel beliau Putat Ugai telah memenangi tempat ketiga Sayembara Menulis Novel & Skrip Drama Kanak-kanak dan Remaja 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (Kategori Novel Kanak-kanak). Puisi Terengganu Bentala Berbudi pula telah memenangi tempat kedua dalam Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu 2013, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT). Manakala skrip drama pentas Tokek telah memenangi hadiah penghargaan Sayembara Menulis Karya Kreatif Kanak-kanak dan Remaja 2015 kategori Skrip Drama Pentas Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penceramah, Pembimbing dan Fasilitator

  1. Penceramah dan pembimbing Bengkel Deklamasi Puisi sempena Seminar Hari Puisi Nasional Kali Ke-16 2004 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam anjuran Kerajaan Negeri Selangor – 17-20 Disember 2004
  2. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penghayatan Puisi Moden dan Puisi Melayu Tradisional (Sajak, Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di Kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negeri Selangor setiap bulan selama 2 hari sejak tahun 2005 sehingga tahun 2017
  3. Penceramah Motivasi Remaja Berbudaya sempena Kem Padu Remaja pada 18-21 April 2006 di Kem El-Azhar, Pantai Morib anjuran Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Langat
  4. Penceramah Motivasi Budaya sempena Kem Warisan Semarak Budaya Peringkat Negeri Selangor (Daerah Hulu Langat) di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat pada 17-19 April 2007 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
  5. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Menjana Remaja Berbudaya Positif Sebagai Generasi Merdeka anjuran SMK Bukit Kemuning pada 29 Ogos 2007
  6. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-50 anjuran Panitia Sejarah SMK Bukit Kemuning, Shah Alam pada 30 Ogos 2007
  7. Penceramah dan pembimbing Bengkel Teknik Bercerita Cerita Rakyat anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 23 Oktober 2007
  8. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di sekolah Menengah Sainjs Banting, Selangor pada 25-26 Oktober 2007
  9. Penceramah Puisi Melayu Tradisional sempena Aktiviti Kokurikulum Persatuan Seni, Budaya dan Bahasa anjuran SMK Banting, Telok Datok, Banting, pada 16 April 2008
  10. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif bertemakan Kesihatan Persekitaran sempena Hari Keluarga Ana Edar Sdn Bhd Peringkat Kebangsaan 2010 di The Legend Cherating Beach Resort, Pahang pada 18-20 April 2010 anjuran Ana Edar Sdn Bhd
  11. Penceramah Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam dan Gurindam) Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 2010 pada 20-21 Mei 2010
  12. Penceramah jemputan Bengkel Asas Apresiasi Puisi Melayu Tradisional anjuran E-Sastera dan Kerajaan Negeri Selangor 2011 pada 12-13 April 2011
  13. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif Cerpen dan Puisi sempena Trans Cameron Highland Pahang pada 21-27 Mei 2011 anjuran PMKLWP, Persatuan Mendaki Malaysia
  14. Pembentang Resolusi di Konvensyen Pemikir Muda, UITM Shah Alam, yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri 2012.
  15. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Institut Perguruan Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur 2011 & 2012.
  16. Penceramah dan pembimbing Bengkel Lagu dan Puisi Sekolah Menengah Taman Melati dan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2010 – 2012.
  17. Panel Bicara Pengalaman Penghayatan Puisi Melayu Tradisional dan Moden di Majlis Duo Selebriti Kolej Zaaba, Universiti Malaya 2012.
  18. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penghayatan Puisi Menusuk Jiwa Kolej Politeknik Metro, Kuantan, Pahang yang dirasmikan oleh Dato’ Haji Abu Bakar Bin Ahmad, Pengarah Politeknik Metro Kuantan, 20/3/2013.
  19. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan dan Persembahan Pantun dan Sajak di Festival Bahasa Kolej Cempaka Wanita Antarabangsa (Cempaka International Ladies College) Sepang yang dirasmikan oleh Dato Professor Dr. Wira Latif bakar, Ketua Satu GAPENA, 27/6/2013.
  20. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penghayatan Puisi di LHDN Kuala Lumpur, Jalan Duta, Oktober 2013.
  21. Penceramah dan pembimbing Bengkel Dekon Puisi Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2014.
  22. Penceramah dan pembimbing Bengkel Puisi Melayu Tradisional SMK Taman Melati, Kuala Lumpur, Februari – April 2014.
  23. Penceramah dan pembimbing Sayembara Genta Puisi anjuran Jabatan Penjara Malaysia, 2-5 September 2014.
  24. Penceramah dan pembimbing Bengkel Dendangan Syair dan Seloka Sekolah Kebangsaan Convent 1, Bukit Nanas, Kuala Lumpur, 7-10 Oktober 2014.
  25. Penceramah dan Fasilitator Bengkel Genta Puisi 2 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 13 – 17 Oktober 2014.
  26. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan dan Persembahan Puisi Melayu Tradisional dan Moden di Festival Bahasa Kolej Cempaka Wanita Antarabangsa (Cempaka International Ladies College) Sepang yang dirasmikan oleh Dato Professor Dr. Wira Latif bakar, Ketua Satu GAPENA, 30 Oktober – 1 November 2014.
  27. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Cerpen sempena Sayembara Genta Puisi 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia pada 6-8 November 2014 di Auditorium DBP
  28. Penceramah dan Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) Kumpulan 1, siri 12 2015, PLKN dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 12 – 13 Januari 2015.
  29. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2015.
  30. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Kolej Kedua Belas, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2015.
  31. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar  pada 18-19 April 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Parlimen Kampar, Perak
  32. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional SM Convent Bukit Nanas, 20-30 April 2015.
  33. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Cerpen sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang di Dewan Kompleks Cahaya, USM pada 18-20 Mei 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  34. Penceramah bengkel Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Ikatan Seniman Perpaduan Negara ISPEN, 28 Jun 2015.
  35. Penceramah dan pembimbing Bengkel Deklamasi Puisi IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur, 15-21 Ogos 2015.
  36. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Sayembara Genta Puisi 2015 di Penjara Kajang pada 29 Sept-2 Okt 2015 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  37. Penceramah Bengkel Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional Siri 2 Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 23 Oktober 2015.
  38. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Festival Puisi Warisan 2015 pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
  39. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) sempena Festival Puisi Warisan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  40. Penceramah dan pembimbing Bengkel Dekon Puisi Kolej Pertama, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2016.
  41. Penceramah dan pembimbing Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur, 25-27 Mac 2016.
  42. Penceramah dan pembimbing Bengkel Cerpen dan Puisi Sekolah-sekolah Menengah sempena Pesta Buku Antarabangsa 2016 di Dewan B, MAEPS, Serdang pada 29 April – 9 Mei 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  43. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional di SK Saujana Utama 30 Mac – 15 Jun 2016.
  44. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, November 2015– Mac 2016.
  45. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Cerpen Ivovasi sempena Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan 2016 anjuran Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa) di Politeknik Merlimau, Melaka pada 2-4 April 2016
  46. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Cerpen Remaja anjuran Persatuan Mahasiswa Tanah Merah Kelantan (PERMATA) pada 6-8 April 2016
  47. Penceramah dan pembimbing Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda dan Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Pusat Teknologi Tinggi, Jerantut (ADTEC), 8-10 April 2016.
  48. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Apresiasi Puisi Tradisional 2016 anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Banting pada 12-13 April 2016
  49. Penceramah dan pembimbing Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur, 22-24 April 2016.
  50. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penyampaian Pantun Harta Intelek pada 26-28 April 2016 anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  51. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Untuk Guru-guru MRSM sempena Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Guru-guru MRSM pada 11-12 Mei 2016 di Institut Semarak FELDA, Bandar Baru Bangi anjuran bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  52. Penceramah dan pembimbing Bengkel Pantun sempena Pertandingan Pantun Wirasa UiTM 2016 anjuran Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14-15 Mei 2016
  53. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) pada 16-17 Mei 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting Baru, Kuala Langat, Selangor
  54. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Pertandingan Syair  Antara Para Pelajar Sekolah Pulau Pinang 2016 pada 19 Mei 2016 di Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM)
  55. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan pada 20-21 Ogos 2016 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama SK Seri Bintang Utara, Cheras, Selangor
  56. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat DUN Nusajaya pada 27 Ogos 2016 di SMK Medini, Nusajaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama SMK Medini, Nusajaya, Johor
  57. Penceramah dan pembimbing Bengkel Genta Puisi I sempena Sayembara Genta Puisi 2016 di Penjara Kajang 27-30 September 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Penjara Malaysia
  58. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Peringkat Daerah Manjung 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Manjung dengan kerjasama PIBG SMK Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak pada 17-18 Oktober 2016
  59. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penyampaian Sajak sempena Pertandingan Deklamasi Puisi, Menulis Sajak, Pidato dan Lagu-lagu Puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) anjuran Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (KopLLM) pada 3-5 November 2016
  60. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penyampaian Pantun sempena Pertandingan Pantun Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bahasa dan Persuratan 2016 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) pada 15-16 November 2016
  61. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi Melayu Tradisional) di Resort Sungai Duyong, Melaka anjuran Institut Sejarah dan Patriotisme Melaka dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26-27 November 2016
  62. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Pantun, Nazam, Seloka) sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016, Temu Puisi Putrajaya: Mencorak Peradaban Melayu-Islam dan Sejagat pada 29 Nov- 1 Dis 2016 anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PEWIRA), MOSTI, IPG Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPWP, Putrajaya di Dewan 9, PICC, Putrajaya
  63. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Kursus Perkembangan Guru & Staf dan Perancangan Strategik 2017 pada 28 November 2016 anjuran SK Setiawangsa, Kuala Lumpur (Sekolah Berprestasi Tinggi)
  64. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi Tradisional Melayu – Pantun, Nazam dan Seloka) anjuran Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Perak (PESINAR) pada 27-28 Disember 2016
  65. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang dengan kerjasama Aspirasi Majumas Sdn Bhd pada 11-12 Januari 2017 di Hotel Pasadena, Cameron Highland
  66. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif bertemakan Budaya Kerja Cemerlang sempena Kursus Budaya Kerja Cemerlang Berteraskan Nilai Spiritual, Kredibiliti, Integriti dan Prihatin anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Al-Fateh Properties dan Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd pada 6-8 Februari 2017 di Hotel The Zone, Kuala Lumpur
  67. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) bertemakan Capai Kegemilangan Penuhi Impian anjuran Kolej UNITI, Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pujangga Gemilang Resources pada 8-9 Mac 2017
  68. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPNWPKL, SK Seri Bonus, 29 Mac 2017.
  69. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPNWP Putrajaya, SK Putrajaya Precint 11 (3), 5 April 2017.
  70. Penceramah dan pembimbing Bengkel Pengucapan Awam & Penulisan Teks Ucapan anjuran Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (KopLLM) pada 11-12 April 2017 di Hotel Bangi-Putrajaya
  71. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif Genre Cerpen anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor pada 13 April 2007 di Kem Sungai Sembilang, Jeram, Selangor
  72. Penceramah dan pembimbing Bengkel Puisi Bahasa Melayu sempena Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) anjuran SK Telok Panglima Garang pada 26 April 2017
  73. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Pahang, SMK Cedung Jaya, Maran, 4 Mei 2017.
  74. Pembimbing Bengkel Puisi Melayu Tradisional Peringkat Sekolah Menengah di Karnival Citra Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolej Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah, 5 Mei 2017.
  75. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda Peringkat Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Selangor, SK Taman Desaminium, Selangor, 9 Mei 2017.
  76. Penceramah dan fasilitator Bengkel Puisi Melayu Tradisional di Acara Atas Pentas anjuran Variasi Performing Arts dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan Singapura, Taman Warisan Melayu, Singapura, 14 Mei 2016.
  77. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Pahang, SMK Gali, Raub, 6 Julai 2017.
  78. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi pada 26 September 2017 anjuran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  79. Pembimbing Bengkel Dendangan Syair Peringkat IPGKPI Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaaan, 23 Oktober 2017.
  80. Penceramah Bengkel Penghayatan Puisi di Program Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, Hotel De Palma, Shah Alam, 5-6 September 2017.
  81. Pembimbing Santai Puisi dan pemudah cara Sembang Santai Bahasa Melayu Kalangan Warga Antarabangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara Malaysia, 28 Oktober 2017.
  82. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Perpustakaan IPG Kampus Darul Aman, Jitra pada 29 April 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama IPG Kampus Darul Aman (IPGKDA), Jitra
  83. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Pusat Sumber SK Paya Kemunting, Jitra, Kedah pada 30 April 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Darerah Kubang Pasu dan SK Paya Kemunting, Jitra, Kedah
  84. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Bicara Karya Bersama Sasterawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan pada 31 Mac 2018 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar anjuran Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  85. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di SK Kampung Bahru, Jalan Datuk Abdul Razak, Kuala Lumpur anjuran SK Kampung Bahru dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 25 April 2018
  86. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair) anjuran SK Saujana Utama (Sekolah Kluster Kecemerlangan) pada 15 Mei 2018
  87. Penceramah dan pembimbing Puisi Kolej Kediaman Ke-12, Universiti Malaya sempena Manifestasi Puisi 2018, Disember 2017 – Mac 2018.
  88. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Sesi 2017/2018, di Dewan Konvensyen E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 3 April 2018 anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  89. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis, Pahang sempena Festival Deklamasi Puisi Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018 pada 26-27 September 2018 anjuran Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  90. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Al-Biruni SMK Seri Bera, Pahang pada 29 Oktober 2018 anjuran SMK Seri Bera dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Bera, Pahang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  91. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, Perak pada 9 Mac 2019 anjuran SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, dan Jabatan Pendidikan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  92. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Peringkat Daerah Batu Pahat 2019 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mac 2019 di Astana Ma’wa, SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor
  93. Penceramah dan pembimbing Bengkel Penghayatan Pantun anjuran Syahida Hassan Enterprise di Tempurung Kitchen, Shah Alam pada 23 Mac 2019
  94. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) pada 29 Mac 2019 di Astana Ma’wa SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama SMK Dato Sulaiman dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  95. Penceramah dan pembimbing Bengkel Kesusasteraan Melayu Komunikatif: Puisi Moden dan Puisi Melayu Tradisional pada 24 April 2019 di SMK Mahmud Mahyiddin, Kelantan anjuran Persatuan Penulis dan Budayawan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  96. Penceramah dan pembimbing Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional: Syair pada 25 April 2019 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur
  97. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Penulisan Kreatif Cerpen sempena Program Transformasi Sekolah (TS25) di Dewan Kuliah Masjid Jamek, Tangkak, Johor pada 13 Mei 2019 anjuran Panitia Bahasa Melayu SK Bandar Tangkak, Johor dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  98. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Penulisan Kreatif Sajak (Puisi Moden) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor pada 21 Jun 2019
  99. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Penulisan Cerpen anjuran Majlis Perbandaran Daerah Kuala Langat Selangor (MPKL) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Seri Jugra, Telok Datok, Banting, Selangor pada 12-13 Februari 2022
  100. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam, Seloka) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Sekolah Menengah Bandar Banting, Kuala Langat, Selangor pada 21-22 Mac 2022
  101. Penceramah dan pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam, Seloka) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Kolej Vokasional Banting, Kuala Langat, Selangor pada 3-4 Mei 2022

Jemputan Media

  1. Temubual di rancangan Apa Khabar Selangor secara langsung di tvselangor.com 2010.
  2. Temubual bicara Puisi Melayu Tradisional (Nazam dan Gurindam) di rancangan Nukilan terbitan radio Ikim.Fm, 24 Mei 2014.
  3. Temubual secara langsung bagi membantu promosi acara Festival Puisi Tradisional Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar di rancangan Radiofm.perak, 28 Julai 2014.
  4. Temubual bicara Puisi Melayu Tradisional (Syair dan Seloka) di rancangan Nukilan terbitan radio Ikim.Fm, 21 Jun 2014.
  5. Temubual secara langsung Apresiasi Syair di Salam.fm, RTM, Angakasapuri, 10 April 2015.
  6. Temubual secara langsung bagi mempromosi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) selenggara Persatuan Penggiat Bahasa, Sastera & Puisi Negeri Selangor (PUSPA) di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1 2015.
  7. Temubual secara langsung bagi mempromosi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) anjuran Persatuan Penggiat Bahasa, Sastera & Puisi Negeri Selangor (PUSPA) di rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah, 22 Julai 2015.
  8. Jemputan bual bicara di MySuaraFM.Net dalam segmen MY Suara Gen Y isu Penglibatan Orang Muda dalam Bidang Puisi Tradisional Melayu 16 Ogos 2015.
  9. Temubual secara langsung bagi mempromosi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) anjuran Persatuan Puisi Melayu Tradisional Malaysia (PUTRA) di rancangan Warna Pagi, IKIM.fm, 24 September 2016.
  10. Temubual secara langsung perihal cabaran sebagai Penceramah dan Pembimbing Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional di rancangan Assalamualaikum, TVAl-Hijrah, 26 November 2016.

Hakim Pertandingan Puisi Moden dan Tradisional

  1. Ketua Hakim Pertandingan Syair anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Langat di Dewan Jugra Telok Datok, Banting, Selangor pada 12 Mei 2005
  2. Hakim Deklamasi Puisi Merdeka peringkat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2005 di Dewan Kuliah B, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor pada 11 Jun 2005
  3. Ketua Hakim Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan Pelajar Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Langat pada 31 Ogos 2006 anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Langat di Pentas Ampitheatre, Pantai Morib
  4. Hakim Pertandingan Bintang Keroncong Remaja Peringkat Negeri Selangor Bagi Daerah Kuala Langat 2007 di Ampoint Bandar Sungai Emas, Banting pada 29 Januari 2007 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor
  5. Hakim Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Peringkat Negeri Selangor 2007 pada 6 September 2007 di Dewan Kenanga Petaling Jaya anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan  Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Petaling
  6. Hakim Pertandingan Cerita Rakyat Peringkat Negeri Selangor 2007 pada 30 Oktober 2007 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
  7. Hakim Deklamasi Puisi Merdeka Kebangsaan peringkat Majlis Amanah Raya (MARA), di Kolej MARA Banting pada 19 Jun 2009.
  8. Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Melaka 2011 pada 18 Mac 2011
  9. Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Akademi Sastera Alam Siber E-Sastera 2011 pada 23 April 2011.
  10. Hakim Sayembara Deklamasi Puisi kategori terbuka anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan E-Sastera 2011 pada 15 Mei 2011
  11. Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Alam kategori sekolah menengah peringkat Kuala Lumpur, anjuran Kolej Kelima Universiti Malaya dan Karangkraf 2011 pada 16 Jun 2011
  12. Hakim Pertandingan Lagu dan Puisi Sekolah Menengah Peringkat Akhir Selangor 2012 pada 25 Jun 2012
  13. Hakim Pertandingan Lagu dan Puisi Sekolah Menengah Peringkat Daerah Negeri Selangor di Dewan Utama SMK Seksyen 7, Shah Alam, pada 4 April 2013.
  14. Hakim Pertandingan Seuntai Ilham Pesta Pantun Antara Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan 2014 pada 12 April 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustraka (DBP)
  15. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak Pewaris Melayu anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 20 Mei 2014.
  16. Hakim Pertandingan Dekon Sajak peringkat saringan, separuh akhir dan akhir anjuran Jabatan Penjara Malaysia 5 September 2014.
  17. Hakim Pertandingan Pantun anjuran Jabatan Kimia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 30 Oktober 2014.
  18. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir Pertandingan Syair sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar  pada 18-19 April 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Parlimen Kampar, Perak
  19. Hakim Pertandingan Sajak dan Syair Sekolah Menengah peringkat Kuala Lumpur, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan, 27 April 2015.
  20. Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga Jabatan Pelajaran Wilayah, 28 Julai 2015
  21. Hakim Pertandingan Berbalas Pantun sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 17 Ogos 2015
  22. Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak anjuran Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Selangor, 26 Ogos 2015.
  23. Hakim Pertandingan Genta Puisi Kategori Penyampaian Syair anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 21 Oktober 2015.
  24. Hakim Pertandingan Puisi Patriotik Artistik anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, 14 November 2015.
  25. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir sempena Festival Puisi Warisan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  26. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam, 14 April 2016.
  27. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Kategori Sekolah Menengah Peringkat Putrajaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, SMK Putrajaya Presint 8 (1), 21 April 2016.
  28. Hakim Penyampaian Pantun Harta Intelek pada 23-24 April 2016 anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  29. Hakim peringkat saringan Pertandingan Deklamasi Sajak Kanak-kanak (10-12 tahun) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Pesta Buku Antarabangsa, Dewan Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, 27 April 2016.
  30. Hakim peringkat saringan Pertandingan Deklamasi Sajak Remaja (13-21 tahun) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Pesta Buku Antarabangsa, Dewan Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, 28 April 2016.
  31. Hakim Pertandingan Puisi Remaja Peringkat Saringan dan Akhir (Kategori Penyampaian Syair) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 pada 29 April – 9 Mei 2016 di Menara DBP anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  32. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, SMK Si Rusa, Port Dickson, 10 Mei 2016.
  33. Ketua Hakim (Saringan, Separuh Akhir dan Akhir) Pertandingan Pantun Wirasa UiTM 2016 anjuran Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14-15 Mei 2016
  34. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir Pertandingan Syair  Antara Para Pelajar Sekolah Pulau Pinang 2016 pada 19 Mei 2016 di Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM)
  35. Hakim Pertandingan Syair Antara Pelajar Sekolah Pulau Pinang 2016 pada 20 Mei 2016 di Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Pulau Pinang (USM)
  36. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir sempena Karnival Tautan Bahasa Jalinan Kasih pada 5-6 Ogos 2016 di UiTM, Puncak Alam anjuran bersama SK Saujana Utama, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), ITBM dan UiTM Puncak Alam
  37. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir sempena Festival Ekspresi Bakat Peringkat Kebangsaan 2016 pada 19-21 Ogos anjuran SK Seri Bintang Utara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, IPG Kampus Ilmu Khas dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  38. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir Antara Pelajar Sekolah Menengah sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat DUN Nusajaya (22-24 September 2016) di SMK Medini, Nusajaya, Johor pada 27 Ogos 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama SMK Medini, Nusajaya, Johor
  39. Hakim Sayembara Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka Peringkat Saringan  sempena Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Peringkat Daerah Manjung 2016 pada 17-18 Oktober 2016 di UNIKL MIMET, Lumut, Perak
  40. Ketua Hakim Pertandingan Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Peringkat Akhir Daerah Manjung 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Manjung dengan kerjasama PIBG SMK Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak pada 17-18 Oktober 2016
  41. Hakim Pertandingan Dendangan Syair Peringkat Selangor Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan Perpustakaan Selangor, pada 27 Oktober 2016.
  42. Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Saringan di Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, PPD Daerah Padang Terap dan SMK Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, 2 November 2016.
  43. Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Sekolah Rendah Peringkat Akhir di Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, PPD Daerah Padang Terap dan SMK Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, 3 November 2016.
  44. Hakim Pertandingan Dendangan Syair Kategori Sekolah Menengah Peringkat Akhir di Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, PPD Daerah Padang Terap dan SMK Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, 3 November 2016.
  45. Ketua Hakim Peringkat Saringan dan Akhir Pertandingan Pantun Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bahasa dan Persuratan 2016 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) pada 15-16 November 2016 di Auditorium PPAS
  46. Ketua Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi, Menulis Sajak, Pidato dan Lagu-lagu Puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) anjuran Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (KopLLM) pada 3-5 November 2016
  47. Hakim Pertandingan Dekon Peringkat Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan JPS, Dewan Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, 12 April 2017
  48. Hakim Pertandingan Puisi Artistik dan Dendangan Syair Peringkat IPT anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya, 23 April 2017.
  49. Hakim Pertandingan Puisi Artistik dan Dendangan Syair Peringkat Sekolah Menengah di Karnival Citra Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolej Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah, 6 Mei 2017.
  50. Hakim Puisi dan Lagu di Karnival Kokurikulum Peringkat Kuala Lumpur anjuran JPN WPKL Zon Keramat, 20 Julai 2017.
  51. Hakim Pertandingan Pidato Peringkat Akhir Kategori Sekolah Rendah Piala Pusingan Ketua Pengarah Institut Perguruan Kampus Pengajian Islam, Bangi, 10 Ogos 2017.
  52. Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan KPM, Pusat Digital, 21 Ogos 2017.
  53. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017 (Kategori Penyampaian Syair) pada 22 Ogos 2017 di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa Pustaka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  54. Hakim Pertandingan Dendangan Syair Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Selangor 2017 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Awam Selangor, 11 Oktober 2017.
  55. Hakim Pertandingan Dendangan Syair Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKPI anjuran IPGKPI dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 31 Oktober 2017
  56. Hakim Pertandingan Penyampaian Syair Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2018 pada 28 April 2018 di Dewan SK Dato Panglima Bukit Gantang, Taiping, Perak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama.
  57. Hakim Pertandingan Syair Peringkat Saringan dan Akhir Kategori Lelaki IPTA dan Sekolah Menengah sempena Festival Citra Siswa 2018 pada 15 September 2018 di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)
  58. Hakim Pertandingan Syair Peringkat Saringan dan Akhir pada 26-27 September 2018 di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis, Pahang sempena Festival Deklamasi Puisi Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018 anjuran Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  59. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir pada 30 Mac 2019 di Astana Ma’wa SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama SMK Dato Sulaiman dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  60. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Peringkat Saringan dan Akhir di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, Perak pada 10 Mac 2019 anjuran SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, bersama Jabatan Pendidikan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  61. Hakim Pertandingan Sahiba dan Puisi Remaja Sekolah-sekolah Menengah Daerah Seremban 1 Kategori Penyampaian Syair 2019 pada 9 April 2019 di SMK Dato Shahardin, Labu, Negeri Sembilan
  62. Hakim Sayembara Deklamasi Sajak dan Syair Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2015 pada 15 Jun 2015  di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa Pustaka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  63. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Bengkel Deklamasi Puisi IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur, 15-21 Ogos 2015.
  64. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Sayembara Genta Puisi 2015 di Penjara Kajang pada 29 Sept-2 Okt 2015 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  65. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Bengkel Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional Siri 2 Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 23 Oktober 2015.
  66. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Festival Puisi Warisan 2015 pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
  67. Hakim Pertandingan Cerpen di Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) sempena Festival Puisi Warisan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  68. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Bengkel Dekon Puisi Kolej Pertama, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2016.
  69. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur, 25-27 Mac 2016.
  70. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Bengkel Cerpen dan Puisi Sekolah-sekolah Menengah sempena Pesta Buku Antarabangsa 2016 di Dewan B, MAEPS, Serdang pada 29 April – 9 Mei 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  71. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional di SK Saujana Utama 30 Mac – 15 Jun 2016.
  72. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, November 2015– Mac 2016.
  73. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Cerpen Ivovasi sempena Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan 2016 anjuran Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa) di Politeknik Merlimau, Melaka pada 2-4 April 2016
  74. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Cerpen Remaja anjuran Persatuan Mahasiswa Tanah Merah Kelantan (PERMATA) pada 6-8 April 2016
  75. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda dan Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Pusat Teknologi Tinggi, Jerantut (ADTEC), 8-10 April 2016.
  76. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Apresiasi Puisi Tradisional 2016 anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Banting pada 12-13 April 2016
  77. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur, 22-24 April 2016.
  78. Hakim Pertandingan Penyazmpaian Puisi Tradisional (Pantun) sempena Bengkel Penyampaian Pantun Harta Intelek pada 26-28 April 2016 anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  79. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Untuk Guru-guru MRSM sempena Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Guru-guru MRSM pada 11-12 Mei 2016 di Institut Semarak FELDA, Bandar Baru Bangi anjuran bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  80. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional (Pantun) sempena Bengkel Pantun sempena Pertandingan Pantun Wirasa UiTM 2016 anjuran Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14-15 Mei 2016
  81. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) pada 16-17 Mei 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting Baru, Kuala Langat, Selangor
  82. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Pertandingan Syair  Antara Para Pelajar Sekolah Pulau Pinang 2016 pada 19 Mei 2016 di Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM)
  83. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan pada 20-21 Ogos 2016 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama SK Seri Bintang Utara, Cheras, Selangor
  84. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat DUN Nusajaya pada 27 Ogos 2016 di SMK Medini, Nusajaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama SMK Medini, Nusajaya, Johor
  85. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional sempena Bengkel Genta Puisi I sempena Sayembara Genta Puisi 2016 di Penjara Kajang 27-30 September 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Penjara Malaysia
  86. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Peringkat Daerah Manjung 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Manjung dengan kerjasama PIBG SMK Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak pada 17-18 Oktober 2016
  87. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi Moden sempena Bengkel Penyampaian Sajak sempena Pertandingan Deklamasi Puisi, Menulis Sajak, Pidato dan Lagu-lagu Puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) anjuran Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (KopLLM) pada 3-5 November 2016
  88. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional di Program Bengkel Penyampaian Pantun sempena Pertandingan Pantun Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bahasa dan Persuratan 2016 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) pada 15-16 November 2016
  89. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi Melayu Tradisional) di Resort Sungai Duyong, Melaka anjuran Institut Sejarah dan Patriotisme Melaka dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26-27 November 2016
  90. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Pantun, Nazam, Seloka) sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016, Temu Puisi Putrajaya: Mencorak Peradaban Melayu-Islam dan Sejagat pada 29 Nov- 1 Dis 2016 anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PEWIRA), MOSTI, IPG Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPWP, Putrajaya di Dewan 9, PICC, Putrajaya
  91. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Kursus Perkembangan Guru & Staf dan Perancangan Strategik 2017 pada 28 November 2016 anjuran SK Setiawangsa, Kuala Lumpur (Sekolah Berprestasi Tinggi)
  92. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi Tradisional Melayu – Pantun, Nazam dan Seloka) anjuran Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Perak (PESINAR) pada 27-28 Disember 2016
  93. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang dengan kerjasama Aspirasi Majumas Sdn Bhd pada 11-12 Januari 2017 di Hotel Pasadena, Cameron Highland
  94. Hakim Pertandingan Penulisan Rencana sempena Bengkel Penulisan Kreatif bertemakan Budaya Kerja Cemerlang sempena Kursus Budaya Kerja Cemerlang Berteraskan Nilai Spiritual, Kredibiliti, Integriti dan Prihatin anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Al-Fateh Properties dan Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd pada 6-8 Februari 2017 di Hotel The Zone, Kuala Lumpur
  95. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) bertemakan Capai Kegemilangan Penuhi Impian anjuran Kolej UNITI, Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pujangga Gemilang Resources pada 8-9 Mac 2017
  96. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPNWPKL, SK Seri Bonus, 29 Mac 2017.
  97. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPNWP Putrajaya, SK Putrajaya Precint 11 (3), 5 April 2017.
  98. Hakim Pertandingan Penulisan Rencana sempena Bengkel Pengucapan Awam & Penulisan Teks Ucapan anjuran Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (KopLLM) pada 11-12 April 2017 di Hotel Bangi-Putrajaya
  99. Hakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Bengkel Penulisan Kreatif Genre Cerpen anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor pada 13 April 2007 di Kem Sungai Sembilang, Jeram, Selangor
  100. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Moden sempena Bengkel Puisi Bahasa Melayu sempena Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) anjuran SK Telok Panglima Garang pada 26 April 2017
  101. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Pahang, SMK Cedung Jaya, Maran, 4 Mei 2017.
  102. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Puisi Melayu Tradisional Peringkat Sekolah Menengah di Karnival Citra Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolej Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah, 5 Mei 2017.
  103. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Muda Peringkat Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Selangor, SK Taman Desaminium, Selangor, 9 Mei 2017.
  104. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Puisi Melayu Tradisional di Acara Atas Pentas anjuran Variasi Performing Arts dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan Singapura, Taman Warisan Melayu, Singapura, 14 Mei 2016.
  105. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) di Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan JPN Pahang, SMK Gali, Raub, 6 Julai 2017.
  106. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi pada 26 September 2017 anjuran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  107. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Dendangan Syair Peringkat IPGKPI Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaaan, 23 Oktober 2017.
  108. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penghayatan Puisi di Program Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, Hotel De Palma, Shah Alam, 5-6 September 2017.
  109. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Moden sempena Program Santai Puisi dan pemudah cara Sembang Santai Bahasa Melayu Kalangan Warga Antarabangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara Malaysia, 28 Oktober 2017.
  110. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Perpustakaan IPG Kampus Darul Aman, Jitra pada 29 April 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama IPG Kampus Darul Aman (IPGKDA), Jitra
  111. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Pusat Sumber SK Paya Kemunting, Jitra, Kedah pada 30 April 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Darerah Kubang Pasu dan SK Paya Kemunting, Jitra, Kedah
  112. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Bicara Karya Bersama Sasterawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan pada 31 Mac 2018 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar anjuran Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  113. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di SK Kampung Bahru, Jalan Datuk Abdul Razak, Kuala Lumpur anjuran SK Kampung Bahru dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 25 April 2018
  114. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair) anjuran SK Saujana Utama (Sekolah Kluster Kecemerlangan) pada 15 Mei 2018
  115. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Moden sempena Program Puisi Kolej Kediaman Ke-12, Universiti Malaya sempena Manifestasi Puisi 2018, Disember 2017 – Mac 2018.
  116. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Sesi 2017/2018, di Dewan Konvensyen E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 3 April 2018 anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  117. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis, Pahang sempena Festival Deklamasi Puisi Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018 pada 26-27 September 2018 anjuran Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  118. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di Dewan Al-Biruni SMK Seri Bera, Pahang pada 29 Oktober 2018 anjuran SMK Seri Bera dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Bera, Pahang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  119. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, Perak pada 9 Mac 2019 anjuran SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor, dan Jabatan Pendidikan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  120. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) Peringkat Daerah Batu Pahat 2019 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mac 2019 di Astana Ma’wa, SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor
  121. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Penghayatan Pantun anjuran Syahida Hassan Enterprise di Tempurung Kitchen, Shah Alam pada 23 Mac 2019
  122. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) pada 29 Mac 2019 di Astana Ma’wa SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama SMK Dato Sulaiman dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  123. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Moden dan Tradisional sempena Bengkel Kesusasteraan Melayu Komunikatif: Puisi Moden dan Puisi Melayu Tradisional pada 24 April 2019 di SMK Mahmud Mahyiddin, Kelantan anjuran Persatuan Penulis dan Budayawan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  124. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Tradisional sempena Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional: Syair pada 25 April 2019 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurHakim Pertandingan Penulisan Cerpen sempena Lokakarya Penulisan Kreatif Cerpen sempena Program Transformasi Sekolah (TS25) di Dewan Kuliah Masjid Jamek, Tangkak, Johor pada 13 Mei 2019 anjuran Panitia Bahasa Melayu SK Bandar Tangkak, Johor dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  125. Hakim Pertandingan Penyampaian Puisi Moden sempena Lokakarya Penulisan Kreatif Sajak (Puisi Moden) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor pada 21 Jun 2019
  126. Hakim Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Langat anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Bilik Mesyuarat MPKL pada 23 Februari 2020
  127. Hakim Pertandingan Dendangan Syair Alam Maya Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 17 Jun 2020 di Tingkat 29, Menara DBP, Kuala Lumpur
  128. Ketua Hakim Pertandingan Akhir Penulisan Cerpen sempena  Lokakarya Penulisan Cerpen anjuran Majlis Perbandaran Daerah Kuala Langat Selangor (MPKL) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Seri Jugra, Telok Datok, Banting, Selangor pada 12-13 Februari 2022
  129. Ketua Hakim Pertandingan Akhir Penyampaian Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam, Seloka) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Sekolah Menengah Bandar Banting, Kuala Langat, Selangor pada 21-22 Mac 2022
  130. Ketua Hakim Pertandingan Akhir Penyampaian Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam, Seloka) anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT) di Dewan Kolej Vokasional Banting, Kuala Langat, Selangor pada 3-4 Mei 2022
  131. Ketua Hakim Akhir Pertandingan Penyampaian Sajak Peringkat Sekolah-sekolah Rendah Daerah Miri Sarawak Secara Online 2022 pada 23 Julai 2022

  Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional

  1. Jemputan persembahan deklamasi puisi Merdeka di Ambang Merdeka Negeri Pahang, Dataran Pahang 2005.
  2. Jemputan persembahan deklamasi puisi Merdeka di Majlis penutup Bulan Bahasa Negeri Pahang 2007.
  3. Jemputan persembahan deklamasi puisi Hari Pekerja dan Bulan Bahasa di Rancangan Hujung Minggu Malaysia RTM, Angkasapuri 2009.
  4. Jemputan persembahan deklamasi puisi bahasa sempena Majlis Perasmian dan Makan Malam Seminar Manuskrip Antarabangsa di Univeristi Malaya 2009.
  5. Jemputan persembahan deklamasi puisi Majlis Malam Penghargaan Zaen Kasturi anjuran PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka dan YADIM 2010.
  6. Jemputan persembahan deklamasi puisi Majlis Sambutan Malam Patriot Peringkat Majlis Belia Malaysia 2010.
  7. Jemputan deklamasi puisi Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia, JLKN Ayer Keroh Melaka 2010.
  8. Jemputan persembahan deklamasi puisi di bengkel dan deklamasi puisi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 2010
  9. Jemputan deklamasi puisi Majlis Baca Puisi Afghanistan PENA 2010.
  10. Jemputan deklamasi puisi merdeka di Rancangan Suara Anak Merdeka anjuran RTM dan Asyik.fm, Bentong Pahang 2010.
  11. Jemputan deklamasi puisi merdeka Majlis Anugerah Dekan UNIKL 2010.
  12. Jemputan deklamasi puisi Ibu dan Anak Yatim di Majlis Makan Malam Amal KRIS MEDIA Singapura, Hotel Hyatt 2010.
  13. Jemputan deklamasi puisi di Seminar Pengukuhan Jatidiri Bangsa anjuran GAPENA dan Polis Bukit Aman Malaysia, Hotel Intercontinental 2011.
  14. Jemputan deklamasi puisi Malam Penghayatan Puisi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dewan Eksperimental UIA 2011
  15. Jemputan deklamasi puisi Majlis Meraikan Pesara Tentera anjuran KEMENTAH, Kem Sungai Besi 2011.
  16. Jemputan deklamasi puisi Majlis Baca Naskhah NUMERA anjuran Permodalan Nasional Berhad 2011.
  17. Jemputan deklamasi puisi Majlis Jamuan Raya anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia 2011.
  18. Jemputan deklamasi puisi Majlis Syarahan Umum Merdeka, Auditorium Utama UniKL 2011.
  19. Jemputan deklamasi puisi Pertemuan Penyair Nusantara, Hotel Palembang, Indonesia 2011.
  20. Jemputan deklamasi puisi Santai Seni Budaya anjuran Persatuan Ulama Malaysia, Plaza Alam Sentral 2011.
  21. Jemputan deklamasi puisi Malam Puisi Patriotik anjuran PENA dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2011.
  22. Jemputan deklamasi puisi Hari Puisi Sedunia anjuran E-Sastera dan Kerajaan Kelantan 2011.
  23. Jemputan deklamasi puisi Sayembara Deklamasi Puisi anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan E-Sastera 2011.
  24. Jemputan deklamasi puisi Malam Pesta Puisi Sehijau Bumi Tuhan anjuran Kolej Kelima Universiti Malaya dan Karangkraf 2011.
  25. Jemputan deklamasi puisi Majlis Malam Amal Bila Bumi Merintih anjuran UPSI, GAPENA dan RTM 2011.
  26. Jemputan deklamasi puisi Majlis Malam Warisan Melayu anjuran Kolej Ke-12 Universiti Malaya dan GPMS 2011.
  27. Jemputan persembahan deklamasi Puisi Berkumpulan Malam Tangisan Gaza anjuran GAPENA dan IKIM.FM 2012.
  28. Jemputan persembahan deklamasi puisi di Rumah Walikota Sumatera Barat Indonesia 2012.
  29. Jemputan deklamasi puisi di Institut Seni Indonesia Padang, Sumatera Barat, Indonesia 2012.
  30. Jemputan deklamasi puisi di Sambutan Hari Guru Sekolah Taman Melati, Kuala Lumpur, 2012.
  31. Jemputan deklamasi puisi di Majlis Duo Selebriti Kolej Zaaba, Universiti Malaya 2012.
  32. Jemputan persembahan Penyampaian Puisi Tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Majlis Perasmian Hari Puisi Nasional ke-15 anjuran GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka, dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka 2012.
  33. Jemputan persembahan Penyampaian Puisi Tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bicara Pengalaman Penghayatan Puisi Melayu Tradisional dan Moden di Majlis Duo Selebriti Kolej Zaaba, Universiti Malaya 2012.
  34. Jemputan persembahan Penyampaian Puisi Tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Bengkel Penghayatan Puisi Menusuk Jiwa Kolej Politeknik Metro, Kuantan, Pahang yang dirasmikan oleh Dato’ Haji Abu Bakar bin Ahmad, Pengarah Politeknik Metro Kuantan, 20/3/2013.
  35. Jemputan persembahan Penyampaian Puisi Tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Bengkel Penulisan dan Persembahan Pantun dan Sajak di Festival Bahasa Kolej Cempaka Wanita Antarabangsa (Cempaka International Ladies College) Sepang yang dirasmikan oleh Dato Professor Dr. Wira Latif bakar, Ketua Satu GAPENA, 27/6/2013.
  36. Jemputan persembahan deklamasi puisi di Konvensyen Perdana Pendidikan Nasional di Dewan Merdeka PWTC yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Majlis Permuafakatan Melayu dan GAPENA, 27/8/2013.
  37. Jemputan persembahan deklamasi puisi Hingga Hujung Nyawa di Perhimpunan Deklamator dan Penyair, Melaka 26 September 2014.
  38. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Puisi Melayu Tradisional SMK Taman Melati, Kuala Lumpur, Februari – April 2014.
  39. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Sayembara Genta Puisi anjuran Jabatan Penjara Malaysia, 2-5 September 2014.
  40. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair) di Program Bengkel Dendangan Syair dan Seloka Sekolah Kebangsaan Convent 1, Bukit Nanas, Kuala Lumpur, 7-10 Oktober 2014.
  41. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Genta Puisi 2 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 13 – 17 Oktober 2014.
  42. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Penulisan dan Persembahan Puisi Melayu Tradisional dan Moden di Festival Bahasa Kolej Cempaka Wanita Antarabangsa (Cempaka International Ladies College) Sepang yang dirasmikan oleh Dato Professor Dr. Wira Latif bakar, Ketua Satu GAPENA, 30 Oktober – 1 November 2014.
  43. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Penulisan Cerpen sempena Sayembara Genta Puisi 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia pada 6-8 November 2014 di Auditorium DBP
  44. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam, seloka dan gurindam) di Program  Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) Kumpulan 1, siri 12 2015, PLKN dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 12 – 13 Januari 2015.
  45. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2015.
  46. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair) di Program  Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Kolej Kedua Belas, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2015. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam, seloka dan gurindam) di Program  Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar  pada 18-19 April 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Parlimen Kampar, PerakJemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional SM Convent Bukit Nanas, 20-30 April 2015.
  47. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bengkel Penulisan Cerpen sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang di Dewan Kompleks Cahaya, USM pada 18-20 Mei 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  48. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional Ikatan Seniman Perpaduan Negara ISPEN, 28 Jun 2015.
  49. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Deklamasi Puisi IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur, 15-21 Ogos 2015.
  50. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam, seloka dan gurindam) di Program  Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Sayembara Genta Puisi 2015 di Penjara Kajang pada 29 Sept-2 Okt 2015 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  51. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bengkel Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional Siri 2 Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 23 Oktober 2015.
  52. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Pantun, Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Festival Puisi Warisan 2015 pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
  53. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program  Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) sempena Festival Puisi Warisan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24-26 November 2015 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  54. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bengkel Dekon Puisi Kolej Pertama, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur, Januari – Mac 2016.
  55. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) di Program Bengkel Penulisan Cerpen Ivovasi sempena Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan 2016 anjuran Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa) di Politeknik Merlimau, Melaka pada 2-4 April 2016
  56. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) sempena Bengkel Penulisan Cerpen Remaja anjuran Persatuan Mahasiswa Tanah Merah Kelantan (PERMATA) pada 6-8 April 2016
  57. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) sempena Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda dan Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Negeri Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Pusat Teknologi Tinggi, Jerantut (ADTEC), 8-10 April 2016.
  58. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam, seloka dan gurindam) sempena Lokakarya Apresiasi Puisi Melayu Tradisional (Syair, Nazam, Gurindam dan Seloka) sempena Program Apresiasi Puisi Tradisional 2016 anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Banting pada 12-13 April 2016
  59. Jemputan penyampaian puisi tradisional (syair, nazam dan gurindam) sempena  Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja, Sesi Penulisan Kreatif (Puisi Melayu Tradisional) Peringkat Wilayah Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM dan JPN, Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur, 22-24 April 2016.
  60. Jemputan persembahan syair ‘Ceritera Selangor Negeri Jauhari’ di Program Rentak Selangor 2021 anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) di Inap Desa Kampung Haji Dorani, Sabak Berenam, Selangor pada 3 Disember 2021
  61. Jemputan persembahan syair, nazam dan gurindam sempena Penganugerahan Tokoh Penggiat Seni Budaya (Kategori Penyelidik Seni Budaya dan Puisi Tradisional Melayu) di Festival Nasi Ambeng Selangor 2022, pada 22 Ogos 2022 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Selangor (JKKNS), Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor.
  62. Jemputan persembahan syair irama Selendang Delima, Batu Belah, Mayang dan Dodoi, nazam Hati Mulia irama Melaka dan gurindam Kasih Ayah dan Ibu irama Kedah Perlis sempena Jelajah Seni Budaya di Balai Rakyat Taman Taman Berjaya Sabak Bernam anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor pada 28 Ogos 2022.


Isnin, 24 Disember 2012

Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2012


Memenangi hadiah pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2012


Bersama isteri bergambar di Kraftangan Malaysia Jalan Conlay pada 21 Disember 2012



Hadiah Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2012 di sampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Dato Seri Kamarudin Siarah

Berikut adalah esei yang mendapat tempat pertama tersebut:


Keunggulan Kraf Malaysia Menjana Ekonomi
Dan Menjadi Lambang Budaya

HASIL kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Manakala keluaran kraf tangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional. Kraf tangan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraf tangan juga termasuk semua barangan seni yang menjadi tarikan masyarakat atau mempunyai tarikan unsur tradisional yang menunjukkan proses pembentukan. Pembentukan yang dimaksudkan di sini ialah pembentukan dengan menggunakan kemahiran tangan dan boleh juga meliputi penggunaan mesin atau alat-alat yang ada.
Menurut Ismail Ibrahim (2007), seni kraf mempunyai aturan dalam penghasilannya. Pengamal kraf disebut tukang, bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki sejak turun-temurun. Penghayatan seni kraf mengambil kira aspek berikut; pertama adalah pengetahuan dan pengalaman tukang dan kedua, kemahiran tukang dalam mengaplikasikan teknik penghasilannya.
Justeru, kraf wajar mencagunkan keindahan, kehalusan dan keaslian yang tersembunyi malah motif-motif disampaikan adalah satu cerminan terhadap nilai kepercayaan dan adat budaya masyarakat juga lambang budaya bangsa mereka. Kraf tangan mempunyai tiga ciri utama iaitu hasil keluaran, kepercayaan budaya dan agama serta keperluan tradisional. Ketig-tiga ciri ini digabungjalinkan untuk mewujudkan satu nilai estetika tersendiri yang amat tinggi harganya.

Dimensi Baru Budaya Kraf

Sejarah telah mencatatkan bahawa pelbagai seni kraf tradisional giat berkembang mulai abad kesembilan belas terutamanya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Pada zaman ini, tukang-tukang kraf bekerja dan tinggal dalam pekarangan istana atau kediaman orang-orang besar. Mereka mahir dalam bidang tenunan, pertukangan emas, perak dan ukiran kayu.
Sayangnya, ketinggian mutu dan kehalusan seni kraf mereka bukan untuk dipamerkan ketika itu sehinggalah negara mengalami perubahan politik dalam separuh pertama abad kedua puluh. Hasil kraf yang diimport semakin mudah diperolehi menyebabkan meningkatnya persaingan. Ditambah dengan berkurangnya naungan pihak istana, tukang kraf tiada pilihan melainkan bekerja sendiri. Sehinggalah lahirnya kesedaran bahawa budaya kraf perlu dipelihara, usaha memperkenalkan dimensi baru dalam berkraf telah digiatkan.
            Kraf dihasilkan dari alam semula jadi yang terhampar luas di sekeliling kehidupan masyarakat. Rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi masyarakat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan dari kayu, buluh, rotan, ribu-ribu, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan untuk produk kraf tangan. Produk-produk ini mempunyai pasaran yang luas pada masa kini sama ada untuk pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa.

Kraf Sebagai Penjana Ekonomi

Di Kampung Sungai Odak, Cameron Highlands, terdapat seorang penduduk yang menjadikan hasil kraf tangan sebagai sumber pendapatan menyara penghidupan keluarganya. Lioh A/L Panjang menggunakan kreativitinya dalam menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan bahan dari hutan iaitu buluh. Pokok buluh yang telah ditebang akan dilukis dan diukir menggunakan kreativiti beliau sendiri lalu terhasillah tabung buluh, bakul, bekas pensel dan pelbagai lagi. Menariknya di sini, kemahiran yang beliau miliki datang dari diri beliau sendiri dan faktor alam semula jadi. Bukan itu sahaja, beliau juga tidak pernah menghadiri mana-mana kelas kraf tangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Hasil kreativiti beliau telah dijual di bengkel kraf tangan yang terletak di simpang masuk ke Kampung Sungai Odak dan juga di Cameron Highlands. Produk kraf tangan ini lazimnya dijual dengan harga sekitar RM4.00 hingga RM20.00. Selain menghasilkan kraf tangan yang diperbuat daripada buluh, beliau juga membuat lukisan yang berkonsepkan kehidupan Orang Asli. Menurut beliau, kehidupan Orang Asli adalah sesuatu yang membanggakan beliau, unik dan menjadi lambang budaya bangsanya sejak turun temurun. Bagi beliau, budaya milik Orang Asli itu perlu dipaparkan dalam media lukisan untuk tatapan masyarakat dari kaum lain kerana tidak semua orang tahu tentang kehidupan sebenar Orang Asli. Dengan menghasilkan lukisan berkenaan, beliau harap ramai orang akan mengenali kehidupan Orang Asli secara tidak langsung.
Manakala seorang lagi petugas Atendan Perpustakaan Desa Tiang @ Teng Bukap, iaitu Limis Jingut juga telah menjadikan kraf sebagai penyumbang pendapatan sampingan atau penjana ekonomi kepada keluarganya. Beliau menghasilkan kraf tangan yang cukup unik dan menarik berasaskan surat khabar lama. Dari helaian bahan bacaan terbabit, beliau mampu menghasilkan bakul-bakul unik dalam tempoh masa dua hingga tiga jam. Ketika ditanya mengenai minatnya itu, anak jati Kampung Sira Tiang Bukap itu berkata, membuat bakul kertas tidaklah sesukar mana, ia perlu sedikit ketelitian dan kesabaran. Menurutnya, dia tidak pernah menghadiri mana-mana kursus kraf tangan sebelum ini sebaliknya ilmu itu hanya diperolehnya melalui salah seorang kenalan.
Selain helaian surat khabar katanya, lidi penyapu, gunting, gam dan barangan terpakai seperti tin ataupun bekas-bekas kecil (untuk dijadikan acuan) juga diperlukan sebelum proses menganyam dimulakan. Mula-mula setiap helai surat khabar dipotong empat mengikut jumlah yang diperlukan. Langkah seterusnya, lidi diletakkan di atas keratan surat khabar terbabit kemudian digulung kemas dan digam. Buat semula langkah yang sama sehingga jumlah gulungan kertas mencukupi untuk menghasilkan saiz bakul yang dikehendaki. Setelah semuanya siap, lidi yang terdapat di dalam gulungan perlu ditanggalkan bagi memudahkan kertas dibentuk. Untuk membuat permukaan bakul, gulungan kertas perlu dianyam secara bersilang dan diletakkan di bawah acuan yang digunakan. Gulungan-gulungan yang terlebih daripada acuan kemudiannya dibengkokkan ke atas untuk dijadikan tiang dinding bakul.
Gulungan kertas yang masih ada kemudiannya disusun rapat secara berselang sehinggalah saiz yang dikehendaki mencukupi, kemudian dimatikan dengan cara menyelit hujung gulungan pada celah-celah anyaman. Untuk membuat gagang pula, kertas surat khabar akan digulung kemas bersama dawai mengikut saiz yang bersesuaian. Menurut Limis Jingut, bakul yang telah siap perlu diwarna menggunakan cat minyak (biasanya warna coklat) agar strukturnya menjadi keras. Selain dijadikan hiasan atau untuk membawa benda-benda ringan, bakul yang berasaskan bahan terpakai ini kata beliau lazimnya digunakan oleh anak-anak kecil di majlis-majlis perkahwinan (flower girls).
Sementara itu Roselind Ulau Ngau yang merupakan salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran Pekan Kecil Tiang Bukap berketurunan Bidayuh pula giat dengan usahanya dalam pembuatan kraf yang berasaskan manik yang dipanggil ‘Belanyat’ sejak lebih 10 tahun yang lalu. Kraf tangan yang berasaskan manik ini sering dipakai oleh wanita Bidayuh sebagai salah satu daripada aksesori pakaian tradisional mereka. Roselind Ulau Ngau mula membuat Belanyat sejak remaja lagi ketika masih menuntut di salah sebuah sekolah menengah di Miri, Sarawak.
‘Belanyat’ kecil mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan, manakala yang besar pula memakan masa selama sebulan. Setelah siap, Belanyat kecil akan dijual dengan harga RM190.00 manakala yang besar pula berharga RM900.00. Beliau sering mendapat tempahan daripada pemilik-pemilik kedai kraf tangan di Kuching. Dalam tempoh sebulan, beliau boleh menjual lima Belanyat kecil dan dua Belanyat besar. Untuk menghasilkan Belayat, beliau akan membeli manik-manik yang berharga RM40 hingga RM60 sebakul mengikut saiz tempahan. Hasil daripada titik peluh Roselind, beliau mampu meraih keuntungan sebanyak RM3,000 sebulan. Wanita gigih ini memberitahu, pendapatan yang diperoleh sudah cukup untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Di pasaran global juga kraf dari negara kita boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa. Hakikat ini telah dibuktikan oleh seorang pereka bentuk Malaysia yang berpangkalan di Paris apabila batik rekaannya dipakai oleh menteri wanita Perancis. Pereka bentuk dari Muar yang bernama Ng Swee Kuang itu telah mengeluarkan jenama Paris ‘Ornel’ Soie’ berasa sangat teruja apabila Menteri Ekonomi, Industri dan Kerjaraya Perancis Christine Lagarde dengan begitu megah sekali memakai pakaian batik rekaannya di majlis persidangan APEC di Singapura dan semasa menemui para pembesar asing di Paris.
Ng Swee Kuang yang tinggal di Paris sejak lebih 20 tahun, mempunyai sebuah butik di jalan utama di ibu negara Perancis itu dan rekaannya telah dijual di seluruh dunia di dalam segmen mewah Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Bakat dan kemahirannya mengendalikan pelbagai jenis bahan mendapat sanjungan Presiden Nasional Persatuan Ahli Kraftangan Terbaik Perancis, Olga Saurat.
Kes-kes yang dipaparkan di atas adalah empat dari ribuan kes yang menjadi bukti bahawa kraf mampu memberikan pendapatan atau penjana ekonomi kepada sesiapa saja yang mengusahakannya. Jika dilakukan secara kecil-kecilan, pendapatannya tentunya kecil tetapi jika dilakukan secara besar-besaran tentulah pulangannya juga akan menjadi besar. Realitinya, industri kraf telah berupaya menjadi penjana ekonomi sekali gus menampung keperluan pekerjaan bagi masyarakat. Statistik menunjukkan bahawa bidang kraf tekstil dan pelbagai cabangnya menyumbang kepada pendapatan tertinggi setiap tahun, diikuti oleh kraf hasil rimba, logam, tanah dan aneka kraf.

Peluang Menjana Ekonomi

Apa yang penting ialah masyarakat perlu rajin mencari peluang untuk menjana ekonomi dan pendapatan. Rezeki dari rimba yang melimpah-ruah di depan mata jika tidak digarap dengan sempurna tidak ada maknanya. Ia perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguhnya agar menjadi suatu produk berupa kraf tangan yang boleh dipasarkan kepada orang ramai. Kemahiran dan ketekunan serta kesabaran luar biasa diperlukan bagi menghasilkan kraf buatan tangan yang bermutu hingga menjadi sumber pendapatan bagi menyara hidup.
Di samping itu, pada zaman mutakhir ini, seni reka kraf juga perlu disuntik elemen inovasi, moden, bernilai komersial dan mampu diterima di pasaran global. Contohnya, batik yang dulunya sekadar kain basahan semata-mata kini perlu dihasilkan secara komersial dengan seni dinamik untuk kelengkapan rumah, hiasan dinding, beg adangan, pemegang periuk dan lain-lain lagi. Hasil kraf yang kegunaannya hanya terbatas sebagai keperluan seharian seperti tempurung, bemban, tembikar, buluh, rotan, ribu-ribu, mengkuang, pandan dan sebagainya perlu diberi nafas baru.
Usaha meningkatkan nilai warisan perlu dijalankan menerusi daya cipta karya seni yang indah dan bermutu agar terjalin kesinambungan budaya kraf masa lalu. Semuanya ini perlu direalisasikan kerana industri kraf sekarang sudah berdiri sebagai salah satu industri sebenar, berdaya maju, mantap, padu dan berdiri teguh di pasaran tempatan dan antarabangsa. Jadi ia perlu disarati ciri-ciri kecantikan, mutu dan etnik tersendiri memandangkan hasil kraf adalah lambang jiwa sesebuah negara, mencerminkan suatu cara hidup dan ciri-ciri abadi masyarakatnya.
Dalam aspek penghasilan kraf sebagai penjana ekonomi pula, kita dapati, usaha pengisian serta peluang di sebalik ‘pelan tranformasi ekonomi’ yang dilaung-laungkan kerajaan diumpamakan seperti berada di halaman rumah setiap rakyat yang hanya menunggu waktu sahaja untuk direbut. Ini kerana kerajaan sudah menggariskan pelbagai perancangan serta peluang yang hanya bergantung kepada sikap dan minat rakyat untuk menyertainya secara gigih bagi meraih pendapatan lumayan.
Dalam bidang kraf contohnya, banyak projek kraf yang telah dibangunkan oleh kerajaan dalam hasrat mengembangkan punca pendapatan atau sebagai penjana ekonomi kepada masyarakat. Antara projek yang telah dibangunkan ialah tenunan di daerah Pekan, Pahang, batik di Kota Bharu, Kelantan, hasil rimba atau ukiran kayu di Temerloh, Pahang, kraf buluh dan bemban di Serian, Sarawak dan lain-lain lagi. Seramai 691 usahawan kraf telah berjaya dibangunkan melalui projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan ia juga memberi peluang pekerjaan kepada 3,165 orang. Untuk satu daerah, biasanya ada tiga hingga lima pengusaha. Kerajaan melalui organisasi yang telah dipertanggungjawabkan iaitu Kraftangan Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa mencari usahawan yang berpotensi untuk dimajukan secara lebih bersistematik.

Kraf Lambang Budaya Negara

Sesungguhnya negara kita kaya dengan identiti seni dan warisan yang unik, malah jelas dalam mengetengahkan hasil kerja tangan rakyatnya. Kraf tangan pula adalah satu kesenian warisan turun-temurun yang sehingga hari ini masih dilakukan dan menjadi sumber pendapatan sesetengah penduduk di negara kita. Kraf tangan dilihat sebagai satu simbol atau identiti negara Malaysia pada pandangan negara luar kerana memiliki unsur-unsur tradisional dan keunikan estetika seni yang mencerminkan rakyat Malaysia sendiri. Ini bermakna kraf telah menjadi lambang budaya negara kerana nilai dan imej penciptaannya terselit unsur-unsur budaya sesuatu kaum yang menghasilkannya.
Kalau kita kembali kepada sejarah, kita dapati bahawa di negara kita, hasil kraf tangan telah bermula sejak zaman berzaman dan diperturunkan kepada generasi ke generasi dan menjadi satu kemahiran sesuatu kaum atau bangsa. Kajian menunjukkan bahawa kegiatan pengeluaran barangan kraf tangan ini dahulu berkaitan dengan kepercayaan agama, tradisi sesuatu puak atau kaum. Pada kebiasaannya, kegiatan-kegiatan seperti ini tidak mementingkan soal ekonomi atau harga kepada hasil tersebut sebaliknya lebih mementingkan aspek kepuasan kepada penciptanya dan juga keindahan kepada produk yang dihasilkan.
Namun kini, produk kraf telah dikomersialkan sehingga ke pasaran dunia dan rata-rata pengusahanya menikmati hasil pulangan yang membanggakan. Ada pengusaha kraf yang bergelar jutawan dan mampu pula menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. Ini membuktikan bahawa industri kraf tidak lagi berlegar di sekitar kampung sahaja tetapi telah tersebar ke serata pelosok dunia sehingga mampu pula memberi sumbangan ekonomi yang membanggakan kepada penggiatnya.
Manakala sebagai usaha untuk memelihara ketinggian mutu seni kraf negara supaya ia kekal menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat, satu skim yang diberi nama Adiguru Kraf telah dimulakan pada tahun 1986. Skim ini antara inisiatif Kraftangan Malaysia di bawah Program Pemuliharaan Kraf untuk memastikan warisan seni kraf turun temurun ini dapat dikekal dan dilestarikan. Adiguru Kraf ialah seseorang, baik lelaki atau perempuan yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai tokoh atau master craftsman.
Mereka yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum dinobatkan sebagai Adiguru Kraf. Antaranya mempunyai pengetahuan serta kemahiran tinggi dalam bidang kraf, ahli atau pakar dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia. Kriteria lain ialah seseorang itu perlu memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan dan mempunyai daya kreatif dan inovasi yang tinggi dalam memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang diusahakan. Setakat ini, seramai 24 orang pengusaha kraf telah dipilih untuk Skim Adiguru Kraf. Di bawah program ini juga, tokoh kraf ini boleh melatih dan memindahkan pengetahuannya kepada anak-anak muda yang berlatih dengannya.

Karyawan Kraf Dan Intensif Kerajaan

Yang jelasnya, dewasa ini tidak dapat dinafikan bahawa hasil kraf telah mampu menjana ekonomi dan menjulang pendapatan masyarakat. Produk-produk kraf yang mendapat pasaran telah memberi pulangan hasil termasuk pendapatan yang lebih tinggi kepada individu yang terlibat. Usaha ini juga telah menghasilkan kelompok karyawan kraf negara yang mampu mengeksport produk ke pasaran negara-negara ASEAN dan dunia keseluruhannya. Seterusnya produk-produk yang berjati diri Malaysia ini telah menjadi lambang budaya negara di mata dunia.
Di negara kita, kerajaan telah menyediakan pelbagai strategi penambahbaikan struktur penjanaan ekonomi rakyat seperti di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hari ini Pelan Tranformasi Ekonomi yang menyediakan pelbagai ruang, telah digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan pastinya mampu merubah kehidupan seluruh rakyat termasuk di luar bandar. Dalam soal ini, industri kraf merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi masyarakat sasaran. Kita dapati pengusaha-pengusaha kraf telah mampu mengubah corak hidup mereka yang dulunya miskin tetapi kini sudah ada yang hidup mewah hasil dari kraf yang mereka usahakan.
Dewasa ini seni kraf bukan sahaja warisan yang dipelihara kerana nilai estetikanya tetapi telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sosio ekonomi usahawan industri tersebut. Bermula hanya sebagai industri desa, seni kemahiran tradisi ini banyak menggunakan hasil alam termasuk rotan di samping seramik, tekstil (songket dan batik) dan logam seperti tembaga dan sebagainya, kini industri ini telah menjengah pasaran global dan menjulang nama Malaysia di mata dunia antarabangsa.
Industri kraf telah diberi pelbagai intensif oleh kerajaan dalam usaha mengembangkannya ke pasaran dunia sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi bukan saja pengusahanya tetapi juga ekonomi negara. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengusaha kraf negara dijaga seperti ‘menatang minyak yang penuh’. Pelbagai bantuan dihulurkan kepada pengusaha kraf bagi memastikan minat serta kemahiran mereka tidak ‘luntur dek hujan dan tidak lekang dek panas’. Bentuk bantuan bagaimanapun berbeza mengikut saiz perusahaan kraf dan bantuan untuk pengusaha kecil lazimnya ialah dari segi menyediakan bengkel, rekaan dan promosi. Bagi pengusaha besar pula, bantuan lebih difokuskan kepada aspek pemasaran termasuk penyertaan dalam program promosi kerana pihak berkenaan tidak mempunyai masalah dalam kemampuan pengeluaran.

Sumbangan Industri Kraf

Sumbangan industri kraf amat besar kepada negara. Selain dari kejayaannya menambah pendapatan dan peluang pekerjaaan kepada rakyat Malaysia juga telah berjaya meningkatkan perkembangan industri pelancongan. Ramai pelancong yang datang ke negara ini terpikat kepada hasil seni kraf lalu menjadikannya sebagai bahan yang mesti dibawa pulang ke negara mereka sebagai cenderamata atau kenangan. Ada juga pelancong menjadikan kraf kita sebagai bahan koleksi peribadi.
Berdasarkan statistik Kajian Industri Kraf 2007, jualan kraf tangan bagi kategori hutan mencecah RM58.9 juta manakala yang berasaskan bukan hutan pula RM10.9 juta. Kini terdapat 50 pengusaha barangan kraf yang telah membuka kilang sendiri yang menyediakan barangan kraf dengan peralatan yang canggih dan barangan kraf yang dihasilkan turut diedar di dalam dan luar negara dan ia agak memberangsangkan dari jumlah pendapatan pada tahun 2007.  
Barangan kraf tangan juga telah memberi banyak sumbangan dari segi jumlah pelancong yang datang ke dalam negara kita. Industri pelancongan dan industri kraf tangan adalah saling berhubungan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Barangan kraf tangan yang dieksport ke luar negara contohnya ke negara Eropah telah menyebabkan nama Malaysia dikenali dan mendorong para pelancong datang ke negara kita untuk melihat sendiri produk tersebut dihasilkan.
Kraf tangan yang berasaskan hutan merupakan sesuatu yang berpotensi tinggi dalam menjana pendapatan pengusaha. Terdapat 6,200 pengusaha industri kraf di seluruh negara dan 60 peratus adalah pengusaha berasaskan industri rimba. Pulangan yang lumayan sebagai pengusaha berasaskan rimba ini menyebabkan ramai pengusaha kraf tangan lebih gemar untuk menceburi bidang berasaskan hutan berbanding dengan batik dan tenunan iaitu dianggarkan 40 peratus pengusaha barangan kraf tangan di Malaysia menjalankannya. Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira RM73 juta disumbangkan oleh industri kraf tangan kepada Malaysia bagi pasaran domestik dalam tempoh sembilan bulan tahun 2010.
Malah jumlah pendapatan ini bertambah dari tahun ke tahun sehinggakan kita menyaksikan penganjuran berprestij Hari Kraf Kebangsaan kali ke sembilan pada tahun 2011 dengan memilih ‘Kraf Menjana Ekonomi’ sebagai tema. Tema dipilih selaras dengan peranan industri kraf yang menjadi salah satu daripada sumber pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Kesimpulan

Keunggulan kraf Malaysia bukan saja telah menjulang nama negara di mata dunia dan menjadi lambang budaya bangsa tetapi juga telah menjadi salah satu elemen penjana ekonomi yang kukuh dewasa ini. Kini industri kraf telah berdaya maju setanding dengan lain-lain industri. Usaha-usaha bersifat komersial di samping pengekalan aktiviti pembangunan sosio-ekonomi sering dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab demi kesejahteraan hidup masyarakat penggiat kraf. Segala penghasilan produk kraf merupakan salah satu daripada usaha ke arah memenuhi kehendak pasaran import selain mengutamakan nilai-nilai seni budaya tempatan yang seterusnya menyumbang ke arah pembentukan jatidiri budaya bangsa dan negara. Kraf tangan adalah suatu warisan peninggalan nenek moyang kita yang perlu diteruskan dari satu generasi ke generasi lain agar tidak pupus ditelan zaman yang serba ‘plastik’ dan canggih ini.





Isnin, 10 Disember 2012

Lim Swee Tin Pernah Ditawarkan Ke SMSAH


SMAHADZIR

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah (SMSAH). Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama.


Penulis bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin di Bilik Mesyuarat Dato' Sagor, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak

Saya mengenali Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin agak rapat sejak dilantik sebagai Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera Budaya (PPSB) anjuran PLKN, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan DBP. DBP sering mengadakan majlis pemantapan kepada semua fasilitator dan di sinilah bermulanya hubungan akrab saya dengan beliau. Lim Swee Tin memang seorang penyair yang mudah mesra lagi molek pekertinya terutama dalam melantunkan bahasa Melayu ke telinga pendengar.

Saya akui Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin merupakan deklamator yang hebat. Gaya deklamasi beliau menggambarkan pengalaman beliau hampir empat dekad sebagai penyair dan deklamator puisi adalah hasil seorang insan yang benar-benar mencintai dan menjiwai puisi. Mendengar dan menghayati album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah karya Lim Swee Tin ini sudah cukup memberi kesan yang mendalam bahawa Lim seorang penyair yang serius menekuni bidang yang amat dicintainya.

Setakat ini belum ditemui penyair yang menekankan album deklamasi puisi secara perseorangan. Sebanyak 16 puisi yang dipilih oleh Lim daripada buku kumpulan puisi Mencari Indah (2009) merupakan puisi-puisi terbaik beliau. Malah 25 buah puisi yang terkandung di dalam buku Mencari Indah adalah puisi-puisi terbaik beliau yang sarat dengan mesej dan begitu menyentuh perasaan ketika menghayati bait-bait perkataan dengan intonasi yang cukup hebat.

Kehebatan Lim Swee Tin mendeklamasi puisi diakui oleh Arbak Othman yang menyatakan bahawa cara beliau meletakkan suaranya mengikut rentak yang betul pada kata-kata yang memerlukan kesan penerimaan yang bersentuh rasa dan minda. Kadang-kadang ada gegaran yang memacu kata-kata untuk dapat segera menghantar maksud tertentu ke sudut hati dan perasaan pendengar.

Justeru, album deklamasi puisi ini menepati kenyataan Arbak Othman bahawa puisi-puisi Lim Swee Tin mampu menggugah perasaan dan minda orang yang mendengar dan menghayatinya. Nyatalah album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah ini cukup lengkap dan sempurna sebagai bahan rujuk untuk peminat-peminat puisi mempelajari bagaimana menjadi seorang deklamator yang baik. Album ini juga cukup berguna bagi membantu guru-guru Komsas mempraktikkan seni mendeklamasi puisi di dalam kelas.

Kelainan di dalam album deklamasi puisi ini ialah Lim Swee Tin turut menyanyikan sendiri dua buah puisinya iaitu Mencari Indah dan Kita Masih Punyai Malam Untuk Bermimpi. Melodi kedua-dua puisi ini telah digubah oleh Iedet. Setelah didengar beberapa kali, nyata melodi lagu ini sedap didengar dengan kekuatan baik-baik puisi yang puitis. Usaha Lim Swee Tin menyanyikan lagu daripada puisinya sendiri haruslah dipuji. Mungkin dengan cara ini, beliau dapat menghayati puisi yang dihasilkannya.

Namun begitu, alangkah eloknya jika kedua-dua puisi yang dilagukan oleh Lim Swee Tin itu dinyanyikan oleh penyanyi profesional. Nama-nama penyanyi seperti, Zubir Ali, Ramli Sarip, Suhaimi Mior Hassan dan Waheeda adalah penyanyi lagu puisi yang sudah tentu akan menjadikan melodi dan puisi tersebut lebih kuat dan puitis didengar. Secara tidak langsung juga lagu-lagu ini sudah pasti cepat sampai kepada pendengar kerana populariti penyanyi tersebut. Dan berkemungkinan juga lagu-lagu ini boleh meletup di hati pendengar.
Tetapi suara Lim Swee Tin lebih sesuai sebagai deklamator dan bukannya sebagai penyanyi. Ini diakui oleh Prof. Rahman Shaari yang menyatakan bahawa deklamasi Lim Swee Tin jelas kerana dia membawa makna yang ketara. Gayanya sejauh ini ialah gaya pendidikan, yang bererti Lim Swee Tin tidak akan berpuas hati jika pengajaran yang terkandung dalam puisinya tidak dihadam oleh penonton.

Selain itu, terkesan juga usaha Lim Swee Tin untuk menimbulkan ‘senyuman’ apabila tiba pada kata-kata yang menandakan kemesraan. Perubahan mimik daripada wajah masam ke wajah manis dan sebaliknya, secara terancang ini, agak jarang-jarang kita temukan dalam deklamasi orang lain. Lim Swee Tin juga tidak lokek untuk bersuara nyaring pada tempat-tempat yang memerlukan kenyaringan. Gaya mesra Lim Swee Tin memberikan peluang untuk dia menyebarkan suaranya kepada hadirin. Jika dia mempunyai peminat, itulah hasil kejayaannya menyebarkan suara yang terbina gaya mesra penonton.

Bagi saya, Lim Swee Tin adalah seorang penyair dan deklamator yang mempunyai aura dalam kesusasteraan Melayu. Usaha beliau merakamkan deklamasi puisi merupakan satu yang baik dan terpuji kerana mengangkat martabat dan memperkayakan khazanah sastera.

Lim Swee Tin merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dilahirkan di Bachok Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim Swee Tin cenderung menulis puisi. Karya awalnya terbit pada tahun 1973. Beliau juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah ‘Eva’ (1981), ‘Akrab’ (1985), ‘Menyusur Musim’ (1991), ‘Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), ‘Masih’ (1997), ‘Sebuah Fragmen Cinta’ (1998) dan ‘Nyanyian Sepi’ (puisi dwibahasa, 2000).

Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi ‘Akrab’. Hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.

Puisi beliau yang berjudul ‘Ketika Kami Bercerita Tentangnya’ telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi ‘Anak Bumi Tercinta’ yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.

Sejak kecil beliau membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan.

Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima.

Lim Swee Tin menjawat jawatan Guru Sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978.

Lim Swee Tin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Hamzah, alma matternya sehingga tahun 1988. Pada tahun 1988, Lim Swee Tin mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Lim Swee Tin ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan sehingga tahun 1996. Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh M.A-nya pada tahun 1999.

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coret pantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969 apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah).

Melalui kajian ke atas kedua-dua teks puisi ini, Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.

Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973.

Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an.

Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.

Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya (secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan Wayang Gedek sejak turun temurun). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.

Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi.

Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.

Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media, sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’. Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’.

Beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskhah puisi ‘Kuala Lumpur: Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan Melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.

Lim Swee Tin berumahtangga pada tahun 1977. Isteri beliau, Selina S.F. Lee, seorang guru juga merupakan penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Mereka kini dikurniai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha 1 selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu.

Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Antara aktiviti beliau ialah menemui pengarang-pengarang ternama mutakhir Indonesia selain berdiskusi dengan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Beliau juga berkesempatan mengikuti HISKI 111 di Malang, Indonesia.

Pada tahun 1994 – 1997 Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, Lim Swee Tin kerap diundang membentangkan kertas kerja. Antaranya sempena Bulan Bahasa Melayu Singapura 1996, 1997,1998 dan 1999, Hari Sastera Malaysia, Hari Puisi Nasional dan Pertemuan Sasterawan Nusantara X/Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di Johor Bahru, 1999 di samping mengelolakan majlis-majlis kesusasteraan serta acara-acara baca puisi; antaranya pada Kongres Bahasa Melayu Sedunia 1995, dan lain-lain lagi. Beliau mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggarakan sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu.

Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century: Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Ahad, 9 Disember 2012

Pendukung Dan Pengamal LGBT Islam: Jangan Jahil Hukum Agama


Dalam khazanah fiqh Islam, perbuatan homoseksual (gay dan lesbian) sering disebut sebagai al-faahisyah (dosa besar) yang sangat menjijikkan dan bertentangan dengan fitrah serta tabiat manusia. Oleh kerana itu para ulama sangat mengutuk, mengecam dan mengharamkannya.

Kalau ditelusuri secara gramatikal (bahasa) tidak ada perbezaan penggunaan kata antara homoseksual gay dan lesbian. Dalam bahasa Arab kedua-duanya dinamakan al-liwath. Pelakunya dinamakan al-luthiy. Namun Imam al-Mawardi membezakannya. Beliau menyebut homoseksual sesama lelaki dengan liwat dan lesbian dengan sihaq atau musaahaqah. (Lihat: al-Hawi al-Kabir karya al-Mawardi,  j.13, h. 474-475)

Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebutkan bahawa penetapan hukum haramnya perbuatan homoseksual adalah ijma’ (kesepakatan) ulama, berdasarkan nas-nas Al-Quran dan al-Hadis. (al-Mughni, j.10, h. 155). Imam al-Mawardi berkata, ’Penetapan hukum haramnya perbuatan homoseksual menjadi ijma’ dan itu diperkuatkan oleh nas-nas Al-Quran dan al-Hadis.’ (Kitab al-Hawi al-Kabir, j.13, h. 475)

Mereka dalam hal ini berbeza pendapat mengenai jenis dan bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelakunya. Ia timbul kerana perbezaan dalam menginterpretasi dalil-dalil yang bersumber dari Al-Quran, al-Hadis dan athar. Ayat-ayat di dalam surah al-A’raf: 80-84 dan Hud: 77-83 secara jelas mengandungi kutukan dan larangan Allah s.w.t terhadap pelaku perbuatan homoseksual. Ia juga diperkuatkan oleh hadis-hadis berikut:

Hadis riwayat Ibn Abbas: 
’Sesiapa sahaja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya’. (riwayat Abu Dawud 4/158, Ibn Majah 2/856, al-Tirmizi 4/57 dan al-Daruquthni 3/124)

Hadis Jabir: 
’Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth.’ (riwayat Ibnu Majah: 2563, 1457. Al-Tirmizi berkata: Hadis ini hasan gharib, al-Hakim pula berkata, hadis ini sahih isnadnya)

Hadis Ibn Abbas: 
’Allah melaknat sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)’. (riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra IV/322 No. 7337)

Perbezaan athar (sama ada dengan kata atau perbuatan) para sahabat adalah dalam menentukan jenis hukuman yang dikenakan kepada pelaku. Antara perbezaannya adalah; membakarnya dengan api, menindihnya dengan dinding, dijatuhkan dari tempat yang tinggi sambil melemparnya dengan batu dan ditahan di tempat yang paling busuk sampai mati.

Para ulama fiqh setelah bersepakat tentang haramnya perbuatan homoseksual (gay dan lesbian), mereka berbeza pendapat mengenai hukuman yang selayaknya dijatuhkan kepada pelaku. Perbezaan bersangkutan dengan dua keadaan;

  • Pertama: perbezaan sahabat dalam menentukan jenis hukuman, sebagaimana tersebut di atas.

  • Kedua: perbezaan ulama dalam mengkategorikan perbuatan tersebut, apakah dikategorikan zina atau tidak? Perbezaan itu memberi implikasi terhadap kadar atau jenis hukuman yang dikenakan. 

Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) berpendapat: perbuatan homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina dengan alasan:

  • Pertama: kerana tidak adanya unsur (kriteria) kesamaan antara keduanya. Unsur mempersia-siakan anak dan ketidakjelasan nasab (keturunan) tidak didapati dalam perbuatan homoseksual.

  • Kedua: perbezaan jenis hukuman yang dilakukan oleh para sahabat (sebagaimana di atas). Berdasarkan kedua alasan ini, Abu Hanifah berpendapat bahawa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah). (al-Hidayah Syarhul Bidayah 7/194-196, Fathul Qadir, j.11, h. 445-449 dan al-Mabsuth, j.11, h. 78-81)

Menurut Muhammad Ibn al-Hasan al-Syaibani dan Abu Yusuf (murid Abu Hanifah): perbuatan homoseksual dikategorikan sebagai zina, dengan alasan adanya beberapa unsur kesamaan antara keduanya seperti:

  • Pertama, syahwat pelaku disalurkan.
  • Kedua, tercapainya kenikmatan (kerana zakar dimasukkan ke lubang dubur).
  • Ketiga, tidak diharuskan dalam Islam.
  • Keempat, menumpahkan (mempersia-siakan) air mani.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Muhammad Ibn al-Hasan dan Abu Yusuf berpendapat bahawa hukuman terhadap pelaku homoseksual sama seperti hukuman yang dikenakan kepada penzina, iaitu: kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rejam (dilempari dengan batu sampai mati), kalau ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat dan diasingkan selama satu tahun. (al-Hidayah Syarhul Bidayah 7/194-196, Fathul Qadir j. 11, h. 445-449 dan al-Mabsuth, j.11, h. 78-81)

Menurut Imam Malik, perbuatan homoseksual dikategorikan zina dan hukuman yang setimpal untuk pelakunya adalah direjam, sama ada pelakunya muhshan (sudah menikah) atau ghair muhshan (bujang). Beliau sependapat dengan Ishaq bin Rahawaih dan al-Sya’bi. (Minahul Jalil, j. 19 h. 422-423)

Menurut Imam Syafi’i, perbuatan homoseksual merupakan hubungan seksual terlarang dalam Islam. Hukuman untuk pelakunya: kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rejam. Kalau ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. Hal tersebut sama dengan pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Atha’ bin Abi Rabah, al-Nakha’i, al-Hasan dan Qatadah. (al-Majmu’j. 20, h. 22-24 dan al-Hawi al-Kabir, j. 13, h. 474-477)

Menurut Imam Hanbali, perbuatan homoseksual dikategorikan zina. Mengenai jenis hukuman yang dikenakan kepada pelakunya beliau mempunyai dua riwayat (pendapat):

Pertama, dihukum sama seperti penzina, kalau pelakunya muhshan (sudah menikah) maka dihukum rejam, jika pelakunya ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. (pendapat inilah yang paling kuat).
Kedua, dibunuh dengan direjam, sama ada itu muhshan atau ghair muhshan. (al-Furu’, j. 11 h. 145-147, al-Mughni, j. 10, h. 155-157 dan al-Inshaf j. 10, h. 178)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa di antara landasan hukum yang mengharamkan perbuatan homoseksual dan lesbian adalah ijma’. Ijma’ merupakan kesepakatan para mujtahid (ahli ijtihad) setelah wafatnya Rasulullah s.a.w terhadap sesuatu isu hukum dalam sesuatu masa. Jadi yang menentukan sesuatu hukum sudah menjadi ijma’ atau belum adalah para mujtahid (ahli ijtihad) yang berkepakaran dalam bidangnya, bukannya orang-orang sembarangan yang tidak diketahui keilmuannya.

Haramnya homoseksual (gay dan lesbian) ini, sudah menjadi ijma’ (kesepakatan) ulama Islam. Ertinya, tiada seorang di kalangan mereka yang berselisih pendapat. Oleh itu, mustahil kita akan temui mana-mana ulama yang berpendapat tentang kehalalannya. Ia sudah menjadi ketentuan hukum sejak zaman Nabi, para sahabat dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Justeru, ia tidak boleh dirungkai lagi dengan apa juga alasan dengan sekadar justifikasi rasional atas nama perjuangan hak asasi manusia yang batil. 

Insaflah wahai pengamal dan pendukung kumpulan ini yang beragama Islam!

Wallahu a’lam.

Berhati-hati Dengan Penulis Lesbian Penyokong Homoseks


SMAHADZIR

Sewaktu puteri ke 4 saya membeli dan membawa pulang buku yang berjudul The Enchantress Of Florence tulisan Salman Rushdie, saya jadi terfikir betapa generasi remaja sekarang kurang peka dengan penulis-penulis ‘sampah’ yang dikutuk seluruh dunia Islam kerana menghina Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w. Walaupun The Enchantress Of Florence tidak menghina Islam dan Salman Rushdie dikatakan penulis yang kaya dengan diksi dan personafikasi yang menarik namun karyanya The Satanic Verses yang menghina Islam tidak boleh diterima oleh fikiran yang waras. Lantaran The Satanic Verses, saya terus menolak beliau kendati beliau seorang penulis yang hebat. Begitu juga dengan Irshad Manji, rakan baik Salman Rushdie yang dikatakan ‘hebat’ itu.


Irshad Manji (kiri) bersama idolanya Salman Rushdi penulis novel haram ‘The Satanic Verses’

Baru-baru ini Irshad Manji dalam rangka lawatan ke Indonesia dan Malaysia untuk mempromosikan ‘buku sampah’ terbarunya yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu berjudul Allah, Liberty And Love: Satu Keberanian Mendamaikan Iman Dan Kebebasan, telah menjadi satu tajuk yang hangat di dada media negara kita. Namun yang hairannya, ramai remaja termasuk orang-orang tertentu yang menerima penulis Irshad Manji ini sebagai ‘hebat’ dan diterima pula karyanya di tengah masyarakat kita. Selain itu beliau juga telah dijemput oleh sebuah universiti untuk berbicara dalam sebuah forum ilmiah.

Dalam kerangka worldview Islam, sangat mudah bagi seorang Muslim untuk memahami dan menangani kes Irshad Manji. Irshad Manji adalah lesbian, dan dia begitu bangga dalam mempromosikan kelesbiannya. Beliau juga sangat bersahabat bahkan menyokong pandangan dan sikap Salman Rushdie, seorang yang sangat biadab dalam melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.


Buku Irshad Manji yang berjudul Allah, Liberty And Love: Satu Keberanian Mendamaikan Iman Dan Kebebasan

Dengan logik sederhana sekali, kita boleh mengatakan bahawa mengundang seorang lesbian seperti Irshad Manji untuk berbicara di universiti atau lain-lain forum ilmiah adalah sangat dangkal dan tidak intelek. Kecuali, jika Irshad Manji berceramah di komuniti lesbian dan rumah-rumah pelacuran. Mengapa? Di dalam Islam, orang yang melakukan dosa, tetapi mengakui perbuatannya dosa, masih jauh lebih baik daripada seorang yang menghalalkan, apatah lagi bangga dengan perbuatan dosanya.

Seorang pelacur atau perasuah masih terbuka pintu taubat baginya jika dia sedar bahawa yang dia lakukan adalah salah dan dia mahu bertaubat secara bersungguh-sungguh. Tetapi, ini berbeza sama sekali dengan pelacur atau perasuah yang berbangga dengan tindakannya; atas dasar kononnya dia telah menyenangkan dan membantu orang lain. 

Dengan kebanggaan sebagai lesbian, Irshad Manji sebenarnya sama kedudukannya dengan penzina. Bahkan, lebih dari itu, dia bangga berbuat zina. Dalam buku terbaru yang dipromosikan kali ini, dia banyak mengungkapkan kebanggaannya sebagai seorang lesbian. Dia juga tak malu mengatakan siapa pasangan hidupnya (entah sebagai suami atau isteri). Bahkan, kata-kata yang digunakan beliau dalam pelbagai bahagian buku ini sangat lucah, jauh dari nuansa akademik.

Di dalam buku ini, misalnya, Irshad Manji menulis, bahawa dia menerima satu soalan daripada seorang yang tak menyebutkan namanya (tanpa nama): ‘Mantan-saudari se-Islam, Irshad: Apa agama pasangan lesbian anda? Yahudi?’

Irshad Manji menjawab: ‘Aku bertemu pasanganku di gereja Anglikan, ketika menghadiri upacara ritual sebagai sebahagian daripada kajianku untuk program TV baru. Berkaitan pertanyaanmu, aku meminta dia berterus terang mengenai agamanya. Aku menuntut kebenaran. Jawapan dia, ‘Panggil saja aku Shlomo.’ Aku masih menyesuaikan diri.’

Ada lagi soalan seorang yang ditulis identitinya oleh Irshad Manji sebagai ‘Mo’. Orang ini bertanya: ‘Kami pasti menendang pantatmu ke neraka, biar kamu merasakan api neraka membakarmu hidup-hidup. Kau memang sepalsu neraka, jangan muncul lagi dengan buku-buku bodohmu tentang Islam. (Mo). Jawab Irshad Manji: ‘Biar aku betulkan, Mo. Aku ini sepalsu ‘neraka,’ tapi pantatku harus ditendang ‘ke neraka’ - yang menurut penjelasanmu, adalah tujuan yang ‘palsu’? Mahu cuba lagi?’

Melalui pelbagai bahagian dalam buku ini, Irshad Manji sangat jelas mempromosikan gagasan lesbiannya. Misalnya, pandangannya tentang pemahaman terhadap kisah kaum Luth dalam Al-Quran, dia menulis: ‘Nah sekali lagi, patahkan keyakinan dengan ayat-ayat Al-Quran sederhana yang mendorongmu untuk tidak terlalu berlebihan dengan ayat-ayat yang tersirat. Kisah Nabi Luth dalam Islam tergolong dalam perkara yang tersirat. Kau merasa yakin kalau surah ini mengenai homoseksual, tapi mungkin saja mengenai lelaki ‘lurus’ dirogol oleh lelaki ‘lurus’ lain sebagai gambaran atas kekuasaan dan kawalan. Tuhan menghukum kaum Nabi Luth kerana memotong jalur perdagangan, mengumpul kekayaan, dan berlaku tidak hormat terhadap orang luar. Perkosaan antara lelaki boleh jadi merupakan dosa sengaja (the sin of choice) untuk menimbulkan ketakutan di kalangan pengembara. Aku tidak tahu apakah aku benar. Namun demikian, menurut Al-Quran, kau pun tidak boleh pasti sama ada kau benar. Nah, kalau kau masih beria-ia untuk mengutuk homoseksual, bukankah kau justeru yang mempunyai agenda gay? Dan sementara kau begitu, kau tidak menjawab soalan awalku: ‘Ada apa dengan hatimu yang sesat?’

Sukar dinafikan, membaca buku Irshad Manji yang terbaru ini, juga buku sebelumnya, memang jauh dari kesan dan bahasa akademik. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan kejiwaan seorang lesbian yang banyak mengalami penderitaan semasa kecilnya?

Wallahua’lam. Yang jelas, seorang beridentiti ‘SR’ menulis surat kepada Irshad Manji - yang juga dimuatkan di dalam buku Irshad Manji sendiri: ‘Hello Cik Irshad sang Lesbian Feminis Liberal. Aku seorang Muslim moderat yang berpendidikan, dan aku rasa kamu ini berkhayal demi kemasyhuran dan ketamakan. Nah, ini judul yang bagus dan boleh kamu pertimbangkan untuk buku-bukumu selanjutnya: ‘Bagaimana aku boleh memperbodohkan Barat agar berfikir homoseksualiti diterima dalam Islam.’ Satu lagi, ‘Bagaimana menjual dirimu pada syaitan.’

Membaca buku Irshad Manji, juga sikap dan akhlaknya, nampaknya diperlukan pendekatan - bukan hanya analisis kritis atas isi bukunya tetapi juga pendekatan mental dan jiwa atau psikologi! Akhirnya kita berdoa agar tidak ada ORANG MALAYSIA YANG BODOH DAN TERIKUT-IKUT UNTUK MEMPROMOSI DAN MENJUAL ‘BUKU SAMPAH’ IRSHAD MANJI INI. Kita juga berdoa agar TIADA ORANG MALAYSIA YANG MENYOKONG LESBIAN DAN HOMOSEKSUAL SEPERTI YANG DIPERJUANGKAN LGBT.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA