Rabu, 28 Februari 2024

SAJAK-SAJAK TERENGGANU

 
SAJAK-SAJAK INI DICIPTA SEMASA BERCUTI DI TERENGGANU

sajak:
BERHARIAN DI TERENGGANU
 
berharian di Terengganu
kususun aksara mesra
ziarahi saudara lama
puluhan tahun tidak berjumpa
menanyakan khabar
takdir kita berbeza
kurniaan Allah yang Esa
 
Pantai-pantai gemerisik ria
menyambut kehadiran
perantau dari jauh
indahnya pulau seberang
megahnya kuala dan sungai
meriahnya kota dan desa
sajian menyelera
menggugah deriarasa
 
berharian di Terengganu
tiada lagi penyu menangis
deru ombak yang banyak cerita
kesiur angin yang banyak bicara
membelai kenangan bersama
sudah kutitipkan pesan
pada awan dan cakerawala
pada bukit dan riak samudera
teruskan budayamu
untuk dinikmati warga dunia
lestarikan budi indahmu
untuk ceria sesama bangsa
 
berharian di Terengganu
adalah semarak rindu
yang kutinggalkan dulu
kini kukutip kembali
gerbak kembang yang pernah layu
 
SMAHADZIR
Kemaman, Terengganu
 
 
sajak:
PANTAI TELUK MAK NIK
 
ombak bergulung
merayap ke dada pantai
Pantai Teluk Mak Nik
pagi masih menyimpan embun
bergayutan di hujung ilalang
mentari masih suam
kunikmati sajian alam indah tiada bandingan
kudengar suara debur gelombang
berkecai di bibir pantai
kulepaskan pandangan
jauh ke hujung lautan
betapa luas alam semesta
ombak bergulung putih
berlarian dan mengejar
camar bertenggek menanti habuan
terbang antara kolek nelayan
hinggap di pilar takdir
yang entah bagaimana
 
SMAHADZIR
Pantai Teluk Mak Nik,
Kemaman, Terengganu
 
 
 
sajak:
PANTAI CHERATING
 
Pantai Cherating
halus pasirmu
di antara celahan jari kaki
melekat rasa kasih dan rindu
gerbak laut ke hidung
dibelai desir ombak mencecah
sudah lebih 30 tahun
meninggalkan mesramu
di gebar sepi
 
Pantai Cherating
setiap butir pasir jatuh
dari renjisan tangan
adalah kenangan
cengkerang yang kutemui
adalah tembang sendu
sepanjang gigi pantai
burung-burung yang terbang
berkilau bak sinar lautan
membawa harapan seorang pengembara
yang menyusuri hujung laut
di sini jejak kaki meninggalkan bekas
sebuah mandala
yang menyimpan
seribu memorabilia
 
SMAHADZIR
Pantai Cherating, Kuantan
Pahang
 
 
sajak:
SEPETANG DI PANTAI TELUK CHEMPEDAK
 
selalu terbayang
indahnya dalam sanubari
Pantai Teluk Chempedak
terbias debur rindu
ingin mendakap kembali
pesona nan membiru
arca agung cakerawala harmoni
tembang ombak merdu
memarak cinta
di sini tercurah bahagia nurani
di hamparan pasir putih bersilau
kuselam di palung pantaimu
menyepi di naung ketapang rimbun
menikmati dahaga petang
di bawah terik mentari
dibuai angin selatan
berhubub membelai
 
SMAHADZIR
Pantai Teluk Chempedak,
Kuantan, Pahang
 
 
sajak:
LAUT ADALAH HIDUP
 
laut adalah hidup
tempat anak-anak bernafas
menggantung rezeki
hidup yang dimainkan para penguasa
pantai ialah pelukannya
ombak adalah persoalan hidup
selepas mentari menggaringkan tubuh
pulau-pulau bak pintu rumah besar
terbuka kala tengkujuh meradang
jeti kayu menanti di tepian  pantai
adalah muara terakhir
tempat memunggah rezeki hidup
lebih memilih menyenangkan orang tengah
pemeras dan penjarah
keringat dan airmata
mulut-mulut kecil yang sedang menanti
dengan jiwa utuh dan pasrah
akan membahagi nasi dan ikan
di dapur-dapur bertungku usang
mereka adalah pencari kesenangan
namun takdir masih berteguh
mengunci pintu dan tingkap
kesenangan masih bungkam
 
SMAHADZIR
Kuantan, Pahang
 
 
sajak:
TEPIAN PANTAI MENATAP LAUT
 
kukagumi lukisan biru tak terbatas
bagaikan terlepas semua beban - bebas
kicuh ombak dendangkan nyanyian damai
kesiur angin menyentuh bak belaian
nikmati suasanamu hadirkan ketenangan
birumu - pesona kehangatan
dalam ricuh suara pengunjung
biru lautmu bersama gelora kecil
terus berdesir
bersenandung bersama pasir
yang membentang di tebing landai
 
SMAHADZIR
Pantai Sura, Dungun,
Terengganu
 
 
sajak:
SENANDUNG OMBAK PANTAI SURA
 
sesekali menghempas
pasir dan kerikil kecil beralih
begitu mudahnya berubah
seindah pantai memutih
bertukar suasana
bak cinta dan kasih mengalir
dan membelai selembar perasaan
pelukan hangat antara laut dan darat
jauh di awan, seekor helang tinggi
mengintai ikan-ikan di gigi air
yang kukuh berjuang
menentang serkap jaring dan pukat
dalam angin yang bertiup kencang
melayah menyergap mangsa
begitulah cinta nan membara
senandung ombak Pantai Sura
seperti mahu membela
bersama pasirnya
lembut dan hangat
dipahat alam, melewati badai
pertembungan pasti semarak
antara tenang dan pongah
 
SMAHADZIR
Pantai Sura, Dungun,
Terengganu
 
 
sajak:
KUKELILING MANDALAMU TERENGGANU
 
sepanjang hari ini
kukeliling mandalamu Terengganu
dari selatan ke utara
Pantai Sura yang damai
Rantau Abang nan hening
Pantai Pandak yang menyendiri
Paka Kemaman Dungun dan Marang
terserlah tenang dan damai
kusisipkan budayamu pada lembar puisi
kata-kata kenangan menjadi diksi
segalanya adalah kenangan
yang terbungkus kemas
prasasti ingatan
yang abadi
 
Pantai Batu Buruk
meriahnya para pengunjung
Pantai Teluk Ketapang
anginnya membelai mesra
Pantai Kelulut
celup tepungnya menggugah selera
Chendering dan Rusila
Kuala Terengganu masih menggoda
bak dara pingitan tersenyum manja
mandalamu Terengganu
begitu mesra menggamit
tak terasa lelah yang menjelma
keringat yang mencurah
dibayar cinta berharga
ranahmu adalah budi
buat warga merdeka
 
SMAHADZIR
Marang, Terengganu
 
 
sajak:
LAUT KUALA TERENGGANU
 
laut nan tenang berombak perlahan
jika diperhatikan terasa nyaman
masa terhenti seketika detik umpama tiada
dek leka di alunan ombak perlahan
tiupan bayu laut ke muara pantai.
 
laut nan tenang usah diperlekehkan
seribu satu hidupan merayap perlahan
khazanah laut tenang yang disangkakan aman
menelan perlahan sesuatu yang datang.
 
laut Kuala Terengganu
nan tenang usah dikocakkan
kerana setenangnya kan berkocak juga
lontaran batu menerjah perlahan
namun kocakan di permukaan akan berterusan.
 
laut nan tenang
jangan disangka tak bergelombang.
 
SMAHADZIR
Kuala Terengganu, Terengganu
 

 
sajak:
BERSAMAMU
 
bersamamu dalam bias batas
antara syurga dan neraka
dalam nikmat sementara
persenggamaan gelora rindu
sungguh menyakitkan
laksana di panggang gejolak
api yang menggunung
 
SMAHADZIR
Pantai Teluk Ketapang,
Terengganu
 
 
sajak:
PANTAI TELUK KETAPANG
 
di Pantai Teluk Ketapang
dakapan Tok Jembal
Lautan China Selatan
sauh cinta berlabuh
bahtera cinta berlayar
jalur panjang ini tiada berhujung
jalan jauh ini tiada bertepi
laut biru nan indah
tiada ada yang berubah
seperti setianya cinta kita
sejak remaja
 
SMAHADZIR
Pantai Teluk Ketapang,
Terengganu
 
 
sajak:
KOSONG DAN SEPI
 
wangi tanah gerbak angin
seperti sarat simpati
cinta lebih aman di keteduhan
dedaun kian mengering
burung dan unggas terbang menjauh
mentari terlalu membahang
apa yang dapat kubisikkan
hujan bingar menjujuh
malam terlalu gelintin
jalanku terhalang
bebatuan keras
kini segalanya tiada lagi
kosong dan sepi
 
SMAHADZIR
Marang, Terengganu
 
 
sajak:
PUISI DI BATU NESAN
 
menjujuh airmata
membasahi bunga-bunga kemboja
yang layu bergelentangan
sirna sudah
kasih dan sayang
dan segala pesona
cinta bersama
 
kutuliskan puisi di batu nisan
dengan aksara pilu
tak dapat lagi menahan ingatan
yang kian berterbangan
dibawa langkisau jauh
kenangan menjadi genangan kolam
resah sendu
melenyapkan semua impian
 
SMAHADZIR
Marang, Terengganu
 
 
sajak:
AKSARA CINTA
 
kuhias aksara cintaku
dengan sinar
bak kejora kemerlap
agar mampu mencerahi jalanmu
sewaktu langit temaram
pada senja ini
kugantungkan aksaraku
di bingkai pagi
sewaktu tak satu pun bintang
mengerdip bersinar
kerana dilahap mentari
 
SMAHADZIR
Marang, Terengganu
 
 
sajak:
BERBISIK PADA LAUT
 
bisikku pada laut:
kalau tidak kerana mentari
takkan ada waktunya siang
kalau tidak kerana isteri
takkan ada kasih dan sayang
cinta sudah terpahat
tiada yang lebih pilu
selain dari berjauhan
 
bisikku lagi pada laut:
ombak takkan berderu
di pantai ini jika tiada rindu
takkan ada jejakku
kala ombak menderu
hati takkan berdetak sendu
andai tiada kata bermadu
 
SMAHADZIR
Marang, Terengganu
 
 
sajak:
DI PANTAI BATU BURUK
 
di sini, dalam ombak
berdesir menggugah pepasir pantai
kami saling bertaut
antara dua mata cinta
dua hati saling bersatu
menjangkau hujung usia
sebelum waktunya
berpisah tiba
 
SMAHADZIR
Pantai Batu Buruk, Terengganu
 
 
sajak:
SETELAH KUDAKAP TAJALLI-MU
 
Dari mujahadahku
dari takhalli dan tahalliku
kudakap tajalli-Mu
datang sendiri tanpa usaha lagi
sifatnya zauk
bak manisnya gula
rasa bertuhan, dilihat dan diawasi
hatiku celik, hidup, nampak dan terasa besar-Nya
ingatan rindu hanya pada-Nya
tenggelam dalam kebesaran-Nya
cintaku tidak putus-putus lagi
tiada lagi payah
setelah kudakap tajalli-Mu
 
SMAHADZIR
Banting, Selangor


Sabtu, 17 Februari 2024

PERCUTIAN DI BALI, INDONESIA

 
13 Februari 2024, saya, isteri dan puteri bongsu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Kuta, Bali dengan penerbangan Air Asia QZ551 tepat jam 2.00 petang. Tiba di ruang ketibaan antarabangsa, Mas Arif (pemandu pelancong) sudah menunggu dengan ‘nama saya’ di tangannya. Memang sejak di KLIA lagi kami sudah diberitahu oleh pihak ‘travel agensi’ bahawa Mas Arif akan menunggu kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan seterusnya akan bersama kami selama 5 hari 4 malam di Bali ini.

Lapangan terbang ini dikenali juga dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar. Untuk percutian kali ini saya memilih pakej peribadi (Bali-Nusa Dua-Nusa Penida) iaitu hanya kami bertiga saja dengan seorang pemandu pelancong yang akan bersama sepanjang 5 hari 4 malam kami berada di Bali. Sengaja saya pilih pakej ini kerana serasa lebih selesa tanpa orang lain bersama yang kadang-kadang banyak sangat kerenah yang boleh menyebabkan keselesaan percutian tergganggu. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai merupakan lapangan terbang utama di Bali, sekitar 13 kilometer di selatan Denpasar. Ngurah Rai adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Lapangan terbang itu dinamakan sempena Gusti Ngurah Rai I, seorang pahlawan Bali yang meninggal dunia pada tanggal 20 November 1946 dalam pertempuran menentang Belanda di Marga, Tabanan. Semasa Revolusi Indonesia pada tahun 1946, Belanda mengalahkan Indonesia dengan membunuh Ngurah Rai dan lain-lain pejuang. Pada tahun 2018, lapangan terbang ini menawarkan perkhidmatan kepada 23,779,178 penumpang kerana Bali merupakan salah sebuah destinasi teratas di dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai juga telah dianugerahkan gelaran lapangan terbang ketiga terbaik dunia berdasarkan perkhidmatan dan jumlah penumpang.

****

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, kami bertiga terus dibawa berkeliling bandar Denpasar sebelum ke hotel penginapan iaitu Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian Sunset Road. Denpasar adalah ibu negeri Bali. Dari sedikit maklumat yang sempat ditelusuri, nama Denpasar ni khabarnya berasal dari kata-kata Bali ‘den’, maknanya utara dan ‘pasar’, yang bermakna pasar yang menjadikan kota itu sebagai kota pasar. Di bandar ini banyak tempat menarik seperti kuil, istana, muzium dan juga pantai yang indah. Denpasar juga terkenal dengan hasil karya batik yang dibuat daripada kain kapas tulen dengan corak, gaya dan citarasa Bali. Ia dijadikan kain sarung bagi wanita, lelaki, kemeja lelaki serta seluar.

Denpasar berkeluasan lebih dari 120 kilometer persegi dan jumlah penduduknya sekitar 930,280 orang. Kumpulan etnik di sini terdiri daripada orang Bali, Jawa, China dan Sasak. Agama utama yang diamalkan di Denpasar adalah Hindu, diikuti oleh Islam dan Protestanisme. Masyarakat di sini menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa utama untuk komunikasi bersama bahasa Inggeris kerana terdapat ramai pelancong dari negara-negara barat yang mengunjungi Bali. Disebabkan pertumbuhan pelancongan yang pesat di Bali, Denpasar juga menerima ramai pelawat sepanjang tahun.

Lebih kurang dua jam sekitar Denpasar, kami dibawa ke Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian yang terletak di Jalan Legian, Gg. Troppozone, Lingkungan Pelasa, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali. Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian ini bertaraf 4 bintang, bernuansa ceria dan unik, ideal untuk ahli perniagaan dan keluarga. Hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan berdekatan dengan berbagai destinasi wisata seperti Legian, Pantai Kuta dan Seminyak. Hotel ini juga menyediakan berbagai layanan dan fasiliti seperti  restoran, perawatan tubuh dan ruang pertemuan.

****

Hotel penginapan kami… Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian yang terletak di Jalan Legian, Gg. Troppozone, Lingkungan Pelasa, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali…

****

Selepas bersarapan di Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian, pemandu pelancong kami (Mas Arif) sudah menunggu di pekarangan hotel untuk membawa kami ke destinasi pertama iaitu ke Tohpati Village. Dari Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian sekitar 15 minit saja untuk sampai ke Tohpati Village, sebuah ‘Pusat Seni Batik Art Village’ yang terkenal di Bali. Sengaja kami memilih untuk melawat tempat ini kerana saya amat berminat dengan batik terutama batik buatan tangan.

Tohpati Village hanya berjarak sekitar 12 kilometer dari Kuta, dan terkenal dengan pusat tenun batik di Bali. Batik di sini dibuat secara tradisional iaitu dengan cara mencanting dan melukis. Pengkaryanya menggunakan titikan dan garis dari lilin untuk mencorakkan sesebuah karya di atas kain. Sangat menakjubkan kala melihat para pengkaryanya menghasilkan karya mereka. Serasa saya, tidak sah kalau datang ke Bali tetapi tidak mengunjungi tempat ini terutama bagi peminat budaya dan juga hasil karya seni tradisional.

Hakikatnya Tohpati Village adalah rumah industri batik, kita pasti akan merasakan sensasi luar biasa pada indera lantaran banyaknya warna, corak dan aroma batik yang sebenarnya. Hanya melalui kunjungan ke sini dan sedikit studi, jenis rekabentuk dan asal-usulnya akan dapat digarap buat menyaratkan minda dengan maklumat untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Begitulah yang saya sering lakukan jika berkunjung ke mana-mana. Saya akan cuba mendapatkan sebanyak yang boleh maklumat tentang sesuatu perkara sebagai sajian minda saya.

Pada hari ini, banyak maklumat tentang batik di Tohpati Village ini disampaikan oleh Mas Arif. Menurut beliau, contoh awal batik telah ditemui di Timur Jauh, Timur Tengah, Asia Tengah dan India sejak lebih dari 2000 tahun yang lalu. Boleh dibayangkan bahawa daerah-daerah ini berkembang secara mandiri, tanpa pengaruh dari perdagangan atau pertukaran budaya. Namun, kemungkinan besar kraftangan itu menyebar dari Asia ke pulau-pulau di Kepulauan Melayu dan barat ke Timur Tengah melalui jalur karavan.

Setahu saya, batik telah digunapakai di China pada awal Dinasti Sui (581-618 Masehi), iaitu batik sutera dan ini juga telah ditemui di Nara, Jepun dalam bentuk layar dan dianggap berasal dari penggal Nara (710-794 Masehi). Kemungkinan besar ini dibuat oleh seniman China. Ia dihiasi dengan pohon, binatang, pemain seruling, adegan berburu dan gunung-ganang.

Batik juga wujud di India iaitu lukisan dinding di Gua Ajunta menggambarkan penutup kepala dan pakaian yang dipercayai adalah batik. Di Jawa dan Bali, reruntuhan candi berisi tokoh-tokoh yang pakaiannya bermotifkan batik. Pada tahun 1677 terdapat bukti perdagangan eksport yang cukup besar, sebahagian besar sutera dari China ke Jawa, Sumatera, Persia dan Hindustan. Di Mesir, linen dan kain wol dengan pola putih di atas tanah biru, merupakan batik tertua dan berasal dari abad ke-5 Masehi. Ia dibuat di Mesir, mungkin Syria. Di Afrika tengah, proses pencelupan batik menggunakan ubi kayu dan pasta beras telah wujud selama berabad-abad dalam suku Yoruba di Nigeria Selatan dan Senegal.

Indonesia, khususnya pulau Jawa, merupakan daerah di mana batik telah mencapai puncak pencapaian terbesarnya. Belanda membawa tukang Indonesia untuk mengajar kraftangan kepada warden Belanda di beberapa kilang di Belanda pada tahun 1835. Swiss menghasilkan batik imitasi pada awal 1940-an. Bentuk pencetakan blok lilin dikembangkan di Jawa menggunakan topi.

Pada awal 1900-an Jerman telah mengembangkan penghasilan besar-besaran batik. Ada banyak contoh bentuk batik ini serta hasil karya tangan di berbagai belahan dunia ketika ini. Komputerisasi teknik membatik merupakan perkembangan yang sangat baru. 

Itulah antara serba ringkas yang sapat saya katakan tentang batik. Kerana terlalu meminati batik, dua tiga helai baju batik telah menjadi milik saya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Meski harganya agak mahal berbanding harga di Malaysia, tetapi saya berpuas hati sebab corak batik di sini berbaza total ketimbang corak batik di Malaysia. Indonesia mempunyai gaya persembahan dan rekabentuk corak batik tersendiri, begitu juga Malaysia. Masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam mengetengahkan budaya bangsa kepada khalayak.

****

Selepas lebih kurang dua jam di Tohpati Village, kami dibawa pula ke Pura Puseh Batuan Temple iaitu sebuah tempat bersejarah yang menampilkan candi Hindu di Kampung Batuan. Candi ini rekabentuknya sangat indah, unik dan sarat dengan ornamen Bali. Atap binaan candi ini dibuat dari ijuk pokok aren berwarna hitam. Berlokasi strategik di tepi jalan utama dari Denpasar ke Ubud. Selama lebih dari seribu tahun, Kampung Batuan telah menjadi kampung seniman dan para pengkarya, legenda tua dan kisah-kisah misteri. 

Pura Puseh Batuan Temple didirikan pada tahun 944 Isaka (1020 Masehi). Hampir 1,000 tahun. Pura Batuan adalah kategori Pura Puseh berdasarkan konsep ‘Tri Kayangan atau Tri Murti’ yang diajarkan oleh Mpu Kuturan sekitar abad ke-10 kepada masyarakat Hindu Bali ketika itu. Tri Kayangan atau Tri Murti termasuk 3 pura iaitu: 

1.         Pura Kampung sebagai tempat pemujaan Dewa Brahma (Sang Pencipta)
2.         Pura Puseh untuk memuja Dewa Wisnu (Pemelihara)
3.         Pura Dalem untuk memuja Dewa Siwa (Penghancur) 

Menurut Mas Arif, Pura Puseh Batuan Temple ini adalah salah sebuah pura kampung paling populer dan indah yang merupakan sebahagian dari tiga pura besar yang disebut Tri Kayangan, dan dirancang oleh arkitektur Bali dengan gerbang terbelah, batu penjaga, kuil jerami, dan ukiran yang unik. Masyarakat tempatan menyebut tempat ini sebagai Pura Puseh Batuan, landmark utama Kampung Batuan, yang terkenal dengan seni dan lukisan tradisional Bali. Tempat ini juga adalah salah satu dari tiga kuil kampung yang didedikasikan untuk dewa-dewa triniti Hindu.

Pura Puseh Batuan Temple memiliki kompleks kuil yang megah, terletak di dalam kompleks seluas 0.65 hektar. Motif batu pasir dan arkitektur candi tradisional Bali yang terpelihara dengan baik adalah daya tarik utamanya. Pura Puseh Batuan Temple juga diunggulkan oleh tiga kawasan meliputi Nista Mandala (kawasan luar), Madya Mandala (kawasan tengah) dan Utama Mandala (kawasan pura utama). Pintu masuk candi kelihatan seperti gapura yang terbelah seolah-olah dulunya merupakan satu gapura yang terbelah menjadi dua bahagian. Gerbang ini mengarah ke halaman yang memiliki taman dan patung yang dipasang di berbagai lokasi.

Dari halaman, ada gerbang lain yang dibentang oleh lengkungan berukir rumit dengan relief bas di sisipannya dan terjalin dengan tanaman merambat dan pintu tertutup. Untuk masuk ke tempat suci perlu melalui dua gerbang. Tempat suci adalah tempat para dewa bertakhta selama waktu festival, melalui undangan khas untuk ‘turun ke dunia ini’. Para dewa yang diundang selama festival dipuja dengan pengabdian dan persembahan yang mendalam.

Sewaktu ditanya Mas Arif tentang sejarah Pura Puseh Batuan Temple ini, beliau tidak teragak-agak mengatakan bahawa nama ‘Batu’ atau ‘Baturan’ yang disebutkan di sini mendorong penduduk kampung untuk bercanda tentang menjadi ‘keras seperti batu’ atau ‘memakan batu’ kerana batu bermakna ‘batu’ dalam bahasa Bali. Tetapi itu berkemungkinan besar mengacu pada tradisi megalitik purba di mana batu berdiri berfungsi sebagai tempat pertemuan dan tempat upacara untuk pemujaan roh leluhur. Kerana Batuan menjadi pusat di mana pendeta Buddha dan Brahmana menyebar ke pusat pengadilan utama di Bali selatan, kampung ini memiliki jumlah Brahmana yang tidak biasa.

Masyarakat setempat sangat cakna terhadap penjagaan dan pelestarian arkitektur candi dan lingkungannya. Tidak semua binaan yang ada merupakan binaan tua di sini, ada beberapa binaan yang mengalami renovasi, pembaharuan dan perubahan dari abad ke-10 sehingga abad ke-13 dan juga abad ke-18 Masehi. Struktur dan asas candi ini sangat kukuh dan kuat. Ia memiliki ornamen asli Bali yang mendambakan keindahan di setiap binaan di kawasan pura ini. Beberapa ornamen merupakan refleksi dari cerita epik Ramayana dan setiap binaan suci memiliki fungsi falsafah yang berbeza. 

Menurut Mas Arif, di kawasan parkir pura, berdiri sebuah binaan purba yang disebut Wantilan. Tempat ini digunakan sebagai ruang pertemuan dan untuk berlatih segala jenis tarian Bali seperti Tarian Gambuh, Tarian Pendet, dan lain-lain lagi. Sebelum kita memasuki pura ada beberapa penduduk tempatan di Wantilan akan meminjamkan kita ‘kamben’ (pakaian tradisional Bali). Wajib bagi para pengunjung memakai ‘kamben Bali’ untuk menunjukkan rasa hormat terhadap kesucian ‘Pura Puseh Kampung Batuan’.

Semuanya percuma, kita tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Tetapi, masyarakat setempat mengharapkan setiap pelancong yang berkunjung ke candi ini dapat menyumbangkan wang dalam jumlah berapa saja untuk menyokong kos penjagaan candi. Di sini disediakan kotak sumbangan ynag para pengunjung. Setiap sumbangan yang kita berikan harus dilandasi dengan rasa keikhlasan, di mana masyarakat Bali mengenalinya dengan sebutan ‘medan punia’.

Di halaman tengah pura terdapat sebuah binaan atau bale panjang yang disebut Bale Agung dan Bale Kulkul (sebiji gong yang dibuat dari kayu atau buluh). Banyak patung penjaga bersaiz raksasa. Fungsi Kori Agung adalah pintu tempat keluar masuknya para dewa yang dilambangkan dengan patung kecil bernama Pratima. Di sebelah Kori Agung terdapat dua pintu kecil sebagai tempat keluar masuknya orang ke halaman utama pura. Di halaman utama pura ada sekitar tiga tingkat Meru dan Bale Pengiyasan sebagai simbol Pura Besakih, ada juga sebuah binaan yang disebut Padmasana sebagai tempat pemujaan kepada Sang Hyang Widhi, satu-satunya Dewa Hindu Bali.

Pura Puseh Batuan Temple tidak hanya memancarkan getaran spiritual yang tinggi, tetapi juga mewakili nilai-nilai sejarah. Kita boleh melihat di dalamnya terdapat banyak peninggalan purba yang menakjubkan dari zaman prasejarah. Bagaimana pengaruh budaya Hindu di Bali yang menjadikan batu alam di pura ini sebagai tempat pemujaan, baik kepada leluhur mahupun pemujaan Dewata Hindu. Kita juga akan takjub terhadap beberapa patung purba dan unik di sini. Berdasarkan jumlah arca yang terdapat di Pura Puseh ini, dapat dikumpulkan menjadi beberapa jenis iaitu Patung Dwarapala, Patung Perwujudan, Patung Haiwan, Sosok Status Memegang Ayam, Lingga, Syaitan (Waktu), dan banyak lagi.

****

Setelah puas di Pura Puseh Batuan Temple,  kami dibawa pula ke Rice Terrace di Tegallalang, terletak di Dusun Ceking, Kecamatan Tegallalang, Kabupaten Gianyar. Datang ke sini membuatkan saya terkenang kembali zaman kecil-kecil dulu di Kedah, di mana lingkungan hidup saya adalah bendang. Tetapi rupa bentuk bendang di Tegallalang agak berbeza kerana bendang di sini berupa teres-teres yang dipotong dari bukit dan diairi untuk tanaman padi. Manakala bendang di Kedah berupa hamparan rata tanah yang diairi untuk tanaman padi. 

Di Rice Terrace Tegallalang ini kita dapat berastirahat sembari menikmati kedamaian suasana ikonik Bali, teres sawah padi yang menghijau meliputi lereng bukit dan pohon kelapa melambai-lambai ditiup pawana. Kampung Tegallalang yang terletak di gaung sungai Bukit Ubud terkenal dengan teres sawah padinya. Bendang berteres ini adalah antara pemandangan yang sering dirakamkan gambarnya di Bali. Sedut udara yang segar, renung menembusi kabus yang meliputi gunung dan berteduh di bawah pokok kelapa sambil menikmati suasana kampung bersama anak dan isteri adalah antara aktiviti saya di sini.

Menurut Mas Arif, teres sawah padi ini berusia lebih 2,000 tahun. Para petani menggunakan alatan tangan klasik untuk membentuk teres seperti tangga di lereng gunung ini. Diperkukuhkan oleh tembok penahan, teres ini ialah sistem yang direka untuk memanfaatkan air yang mengalir turun dari puncak gunung. Padi ialah tanaman yang penting di Bali, ia merupakan makanan ruji dan teras upacara keagamaan. Pengurusan dan penanamannya diatur oleh pihak penguasa pusat kampung serta mengikut kalendar agama dan musim.

Kampung Tegallalang menjadi sesak kerana kampung ini digemari ramai. Untuk menyaksikan pemandangan yang indah dan kurang sesak, kita boleh pergi ke sebelah tepi teres tersebut. Kita juga boleh melihat pemandangan yang mengagumkan dari kafe di puncak bukit. Jika bercadang nak bersiar-siar sambil berjalan kaki, pastikan memakai kasut getah kerana ada bahagian jalan yang berair dan berlumpur.

Kampung Tegallalang turut terkenal dengan kesenian dan cenderahati kayu buatan tangan. Terdapat sebilangan peniaga yang menjual kraf tangan di bahu jalan dan kita boleh melihat-lihat barangan tempatan di kampung sekitarnya. Terletak di tengah-tengah Bali, Kampung Tegallalang sejauh 10 minit saja pemanduan dari Ubud.

****

Makan tengah hari di Kintamani (Gunung Batur)

****

Kintamani merupakan sebuah tempat yang berhawa dingin seperti di Kundasang, Bukit Fraser, Genting Highland atau Cameron Highland di Malaysia.

Kintamani terletak di Kabupaten Bangli, memang tersohor dengan kearifan tempatan berbalut keindahan. Bagaimana tidak, jika majoriti orang mengenali Bali sebagai syurga pantai dan laut tetapi di Kintamani kita akan merasa suasana yang berbeza, yang tidak dibatasi oleh pantai-pantai seperti umumnya di Bali. Kintamani adalah satu-satunya wilayah di Pulau Bali yang merupakan daerah dataran tinggi dengan sejuknya hawa pergunungan. Di sini kita boleh menyaksikan keindahan Gunung Batur dan Danau Batur. Belum lagi kampung-kampung wisata dengan berbagai kearifan tempatan masyarakat di dalamnya yang sangat rugi jika tidak disinggahi. Bercakap tentang keindahan alam Kintamani rasanya belum lengkap kalau kita tidak mengenali sejarah yang membalutinya.

Sebagaimana tempat-tempat lain di Pulau Bali, Kintamani juga menyimpan jejak sejarah dan budaya yang menarik. Sejarah tersebut berkembang menjadi kearifan tempatan masyarakat setempat. Kintamani adalah kampung yang menyimpan jejak kerukunan dan harmonisasi kehidupan masyarakat tiga agama berbeza iaitu Hindu, Islam dan Konfusius China. Bukti kerukunan tersebut masih boleh dilihat hingga sekarang visualisasi Pura Batur.

Sewaktu menjejakkan kaki di Pura Batur kita akan menyaksikan sendiri bagaimana tempat tersebut didominasi oleh warna merah dan patung naga yang ditempatkan pada sisi kiri dan kanan. Ditambah dengan bau dupa yang menyengat ketika kita memasuki wilayah pura tersebut. Berbagai cerita melatarbelakangi kisah di Pura Batur yang merupakan pura kedua terbesar selepas Pura Besakih. Menurut Mas Arif, disebutkan bahawa di Danau Batur di Kintamani terdapat salah sebuah pura yang masuk ke dalam pura kayangan jagat.

Berbagai sumber menyebutkan bagaimana asal mula atau sejarah Kintamani yang kini cukup populer sebagai wisata alam di Bali. Berdasarkan dari berbagai sumber tersebut diketahui bahawa asal nama Kintamani adalah Cintamani dengan berbagai versi cerita yang menyertainya. Kintamani adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Bangli. Kintamani juga merupakan kawasan wisata pemandangan alam di Bali, Indonesia yang terkenal.

Sumber-sumber yang menyebut tentang Danau Batur adalah Lontar Kesmu Dewa, Lontar Usana Bali, dan Lontar Raja Purana Batur. Disebutkan bahawa Pura Batur sudah ada sejak masa Mpu Kuturan, iaitu abad ke-10 sehingga permulaan abad ke-11. Luasnya kawasan dan banyaknya ‘pelinggih’ menandakan bahawa Pura Batur adalah ‘penyiwi raja-raja’ yang berkuasa di Bali, sekaligus merupakan Kayangan Jagat.

Di Pura Batur yang diistanakan adalah Dewi Danu yang disebutkan dalam Lontar Usana Bali yang terjemahannya seperti berikut: ‘Adalah ceritera, terjadi pada bulan Marga Sari (bulan ke V) waktu Kresna Paksa (Tilem) tersebutlah Betara Pasupati di India sedang memindahkan Puncak Gunung Maha Meru dibahagi menjadi dua, dipegang dengan tangan kiri dan kanan lalu dibawa ke Bali digunakan sebagai ‘sthana’ Putra dia iaitu Betara Putrajaya (Hyang Maha Dewa) dan puncak gunung yang dibawa tangan kiri menjadi Gunung Batur sebagai ‘sthana’ Betari Danuh, kedua-duanya itulah sebagai ulunya Pulau Bali. Kedua-dua gunung ini merupakan lambang unsur Purusa dan Pradana dari Sang Hyang Widhi. Pura Batur merupakan tempat Pemujaan masyarakat Hindu di seluruh Bali khususnya Bali Tengah, Utara dan Timur memohon keselamatan di bidang persawahan. Sehingga pada ketika puja wali yang jatuh pada Purnamaning ke X (kedasa) seluruh masyarakat terutama pada semua ‘kelian subak, sedahan-sedahan’ datang ke Pura Batur mengaturkan ‘Suwinih’. Demikian jika terjadi bencana hama.’

****

Dari Kintamani, kami dibawa pula ke Coffee Plantation Bali Pulina untuk mengecapi kopi luwak yang terkenal di Bali. Coffee Plantation Bali Pulina berlokasi di Jalan Raya Pujung Kaja, Sebatu, Kecamatan Tegallalang, Gianyar, Bali.

Bagi penggemar kopi seperti saya yang tidak ada masalah jika perlu mengeluarkan wang lebih untuk menikmatinya, memang sesuailah datang ke sini kerana di sini kita boleh menikmati hidangan kopi di antara yang termahal di dunia. Kopi yang dihidangkan di sini jika kita menikmatinya di negara Eropah, kita akan dikenakan caj sekitar RM 120 sehingga RM 200 secawan. Hidangan kopi ini merupakan Kopi Luwak atau dalam erti lainnya adalah Kopi Musang. Ia dinamakan sedemikian kerana memang mempunyai perkaitan dengan musang. Musang sangat menggemari buah kopi dan apabila najisnya dikeluarkan, ia di dalam bentuk biji kopi.

Biji kopi ini kemudiannya dikutip dan dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang dijadikan biji kopi luwak. Selepas itu, biji kopi luwak ini akan melalui proses untuk dijadikan serbuk kopi,  sama seperti proses penghasilan serbuk kopi yang lain.

****

Puas menikmati kopi luwak di Coffee Plantation Bali Pulina, Mas Arif membawa kami ke Tegenungan Waterfall (Air Terjun Tegenungan) pula… terletak di Kampung Kemenuh, Kecamatan Sukawati, Kabupaten Gianyar, berjarak sekitar 30 km dari Denpasar. Air terjun ini memiliki ketinggian 15 meter. Meski tidak begitu tinggi, kelajuan airnya sangat deras. Airnya juga bersih dan bening. Menurut Mas Arif, air terjun ini berasal dari Sungai Tukad Petanu. Tempat ini sering digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem seperti melompat dari puncak air terjun dan bermandi-manda.

Sebagai objek wisata yang berlokasi tidak jauh dari Ubud, Air Terjun Tegenungan ini sudah sangat populer di telinga pelancong asing. Tidak hanya daya tariknya yang sangat memukau, tetapi juga dikenali sebagai tempat wisata yang masih kental dengan budaya, sejarah dan kesenian. Alam semulajadi di sini juga masih asri, tidak banyak disentuh oleh unsur-unsur pembangunan moden dan sudah pastilah oksigen di sini begitu nyaman dan amat menyegarkan.

Saya memang sukakan keindahan alam semulajadi. Sebab itu saya memilih lokasi ini dalam pakej percutian ini. Air Terjun Tegenungan memiliki ketinggian sekitar 15 meter dengan kolam yang boleh digunakan untuk aktiviti berenang. Hanya terdapat tali pembatas yang tidak boleh dilewati oleh para pengunjung ketika berada di lokasi kolam, iaitu titik di mana air terjun tepat jatuh ke kawasan kolam.

Bagi saya, lokasi Air Terjun Tegenungan ini sangat sesuai untuk destinasi wisata keluarga juga sebagai wisata alam. Ini kerana terdapat banyak sekali fasiliti yang boleh menggembirakan anggota keluarga seperti ayunan berhampiran lokasi air terjun, gazebo, spot selfie, kantin, dan penjual cenderamata. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pelancong ketika berada di lokasi air terjun, seperti berenang, merakam gambar, spot selfie dan sebagainya.

Kata Mas Arif, jangan takut berenang di Air Terjun Tegenungan ini kerana sebahagian besar kawasan kolamnya tidak dalam. Cuma jangan sampai melewati batas larangan berupa tali yang sudah dipasang pihak pengelola, dan jangan mandi ketika hujan lebat. Untuk kreativiti rakaman gambar, yang berpadu dengan keindahan alam, berbalut dengan suasana kebahagiaan, adalah rangkaian momen yang tidak boleh dilepaskan begitu saja oleh kamera kita. 

Itulah antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pelancong ketika berada di sini. Tentang sejarahnya pula, menurut Mas Arif, nama Tegenungan muncul sekitar tahun 1998. Nama asalnya ialah Air Terjun Srongsongan. Nama Tegenungan lahir disebabkan lokasi air terjun ini boleh diakses salah-satunya melalui daerah Tegenungan. Selain nama Tegenungan, lokasi air terjun ini sering disebut juga sebagai Air Terjun Blangsinga. Kerana lokasi wisata ini boleh diakses melalui daerah Banjar Blangsinga.

Terdapat kisah misteri yang berkembang dan diyakini oleh masyarakat sekitar kawasan wisata Air Terjun Tegenungan ini. Air Terjun Tegenungan ini diyakini sebagai sebuah ‘Griya Niskala’ yang bermakna rumah pedanda ghaib. Pedanda adalah salah satu sebutan untuk pendeta yang ada di Bali. Pura Beji Tirta Merta yang jaraknya sekitar 80 meter dari lokasi air terjun ini dianggap sebagai bukti bahawa lokasi air terjun ini adalah sebuah Griya Niskala. Pura Beji Tirta Merta dikenali juga dengan lima pancuran air bening, serta diyakini sebagai lokasi tirta  suci untuk pura kayangan.

****

Makan malam di hotel penginapan… Hotel Swiss Bell Express Legian Kuta…

****

Hari ini merupakan hari ketiga kami di Bali. Jadual hari ini berupa lawatan Nusa Dua-Uluwatu-Jimbaran. Sebaik selesai bersarapan pagi di Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian, kami terus dibawa ke Puja Mandala.

Bali memang terkenal sebagai pulau dengan pemandangan indahnya yang menjadi tujuan wisata kegemaran. Selain itu keberagaman budayanya yang unik juga tidak kalah menarik dari wilayah yang dikenali sebagai Pulau Dewata ini. Selain dikenali dengan sebutan Pulau Dewata, Bali juga memiliki julukan lain iaitu Pulau Seribu Pura. Ini merupakan cerminan dari majoriti penduduknya yang beragama Hindu, sehingga di setiap sudut wilayah dapat ditemui binaan pura sebagai tempat peribadatan.

Meski majoriti beragama Hindu, masyarakat Bali memiliki sikap toleransi yang tinggi dengan masyarakat beragama lain. Kerukunan antara umat beragama di Bali ini dapat dilihat secara nyata di Puja Mandala. Puja Mandala adalah sebuah pusat peribadatan dengan lima rumah ibadah berbeza yang berada di dalam satu kawasan kompleks. Tempat ini berlokasi di Nusa Dua, Bali. Dengan jarak sekitar 23 km dari pusat Kota Denpasar atau sekitar 12 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai.

Puja Mandala berasal dari kata ‘puja’ yang bererti pemujaan dan ‘mandala’ adalah kawasan. Sehingga Puja Mandala boleh diertikan sebagai kawasan pemujaan. Lima rumah ibadah yang disebutkan itu, antara lain adalah Masjid Agung Ibnu Batutah, Gereja Katolik Paroki Maria Bunda Segala Bangsa, Vihara Buddha Guna, Gereja Kristian Protestan Bukit Doa dan Pura Jagat Natha.

Dari Puja Mandala kami ke Tanjung Benoa Watersport di Jalan Segara Geni, Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung. Tanjung Benoa adalah sebuah kampung yang terkenal dengan wisata baharinya. Secara geografi, daerah ini terletak di hujung barat daya pulau Bali.
Tanjung Benoa termasuk tempat yang beruntung kerana memiliki pantai yang sangat menarik. Bibir pantai Tanjung Benoa memiliki laut yang selamat, nyaman dan indah. Karang lautnya masih lestari, sehingga ombak akan pecah di luar, sebelum menyentuh bibir pantai. Lantaran itu, di pantai Tanjung Benoa dikenali istilah ‘laut cetek’ dan ‘laut dalam’. Maknannya, pada laut cetek ini semua aktiviti sukan air boleh dilakukan.

Di samping aspek positifnya, pesisir Tanjung Benoa juga memiliki kekurangan berkaitan dengan pasang-surutnya air laut yang banyak bergantung kepada keadaan alam. Di sini dikenali dengan istilah pasang purnama dan pasang tilem. Jika kena pengaruh bulan mati (tilem), atraksi wisata laut baru boleh diteruskan di atas pukul 11.00 pagi hingga petang. Sebaliknya, kalau terkena pengaruh pasang purnama (bulan penuh), pelancong boleh memulai aktiviti wisata laut sejak pagi hari, sekitar pukul 09.00 hingga petang hari.
Selain memiliki warisan kekayaan dalam bentuk pesisir pantai yang indah, nyaman dan selamat, kawasan ini sekarang sedia bersaing dengan kawasan eksklusif di sebelahnya iaitu BTDC (Bali Tourism Development Corporation) milik kerajaan.

Menurut Mas Arif, sejarah Tanjung Benoa Watersport bermula pada awal 80-an, ketika di kawasan BTDC dibina 14 hotel, masyarakat dan para perancang kawasan Tanjung Benoa pernah dihenyak tanda tanya: ‘Kampung Tanjung Benoa ni nak diapakan?’ Berangkat dari tanda tanya ini, muncullah berbagai usulan, terutama untuk memanfaatkan wilayah ini sebagai penyangga BTDC. Sebagai daerah penyangga, pada awalnya Tanjung Benoa dinilai hanya sesuai dibina perumahan untuk menampung ribuan kakitangan hotel yang bekerja di kawasan BTDC. Selain itu, pesisir kawasan Tanjung Benoa juga dirancangkan sebagai tempat untuk berbagai aktiviti wisata air.

Waktu terus berlalu, hingga dua puluh tahun kemudian, kawasan ini berkembang pesat. Tanah yang telah dikuasai pelabur kemudiannya dibina hotel-hotel yang menjadi saingan BTDC. Di sini boleh kita temui beberapa hotel dari kelas biasa, satu bintang hingga empat bintang. Manakala atraksi wisata air berkembang amat pesat sejak terbinanya BMR tahun 1985 oleh Ir. I Ketut Widia.

Di sebalik sisi positif perkembangan Tanjung Benoa, ternyata muncul masalah akibat kurang kendalian pembinaan sehingga mencagunkan kekumuhan di kawasan ini. Masyarakat di lingkungan Tanjung Benoa membina berbagai fasiliti kepariwisataan sekehendak hati, hampir sama dengan yang terjadi di Kuta, Candidasa, Lovina, Seminyak dan Legian. Akibatnya, kekumuhan wilayah yang berkembang tanpa terkendali tidak mampu dihindari. Mereka tidak lagi mengikuti norma-norma aturan seperti yang ditetapkan jirannya, kawasan BTDC.

Nasib baik, para pengusaha yang ada di lingkungan Tanjung Benoa cepat sedar, kemudian mereka membentuk Jawatankuasa Tanjung Benoa tahun 1996. Tujuannya, selain untuk promosi bersama agar Tanjung Benoa Bali sebagai resort wisata makin dikenali, jawatankuasa juga mengelola dan mengatur lingkungan sekitarnya. Masalah sampah dan kebersihan jadi sasaran utama pihak jawatankuasa, sehingga mampu mengubah suasana kumuh menjadi Tanjung Benoa yang bersih dan segar. Lalu, dibentuklah pasukan Green Team di hotel masing-masing.

Jawatankuasa juga mengusulkan kepada kerajaan, agar secepatnya dibuat jalan untuk pejalan kaki di sepanjang jalan utama Tanjung Benoa. Sekarang di sepanjang Jalan Pratama, selain bersih kerana penanganan Green Team yang profesional, jalan kecil juga memberikan keselesaan bagi pejalan kaki. Meski demikian, kesedaran pengusaha di kawasan ini belum menyatu bulat. Dari ratusan pengusaha yang ada, hanya 24 syarikat yang secara sukarela bergabung dalam Jawatankuasa Tanjung Benoa. Empat tahun kemudian, tepatnya tahun 2000, Pentadbir Kabupaten Badung telah menyusun Rancangan Tata Binaan dan Lingkungan (RTBL) Pesisir Pantai Tanjung Benoa. RTBL ini selanjutnya dijadikan pedoman di dalam menata pesisir pantai Tanjung Benoa, baik oleh masyarakat mahupun jawatankuasa.

Pesisir pantai Tanjung Benoa mencakup tujuh lingkungan atau banjar, enam di antaranya termasuk wilayah Kelurahan Tanjung Benoa (Banjar Kerta Pascima, Anyar, Tengah, Purwa Santi, Panca Bhineka, dan Banjar Tengkulung), manakala Banjar Terora termasuk wilayah Kelurahan Benoa. Luas keseluruhannya 400,39 hektar, 226,64 hektar di antaranya adalah luar wilayah Banjar Terora. Dengan demikian luas wilayah Tanjung Benoa sekitar 173,75 hektar.

Dulu, masyarakat Tanjung Benoa hanya mengandalkan hasil pertanian lahan kering dengan tanaman kedelai, ubi kayu dan sejenisnya dan juga menanam rumput laut. Tetapi sejak berkembangnya sektor pelancongan di kawasan ini, kehidupan masyarakat bertambah makmur. Pendapatan mereka juga semakin meningkat.

****

Dari Tanjung Benoa Watersport di Jalan Segara Geni, kami dibawa ke Pantai Tanah Barak  pula. Menurut Mas Arif, Pantai Tanah Barak menjadi salah satu objek wisata populer yang wajib dikunjungi ketika berada di Pulau Bali. Pantai Tanah Barak sering disebut juga Pantai Tanah Barak berlokasi di Kampung Kutuh, Badung. Ternyata Kampung Kutuh tidak hanya memiliki Pantai Pandawa saja, tetapi ada juga Pantai Tanah Barak. Lokasi kedua-dua pantai ini bersebelahan dan memiliki akses yang sama untuk sampai. 

Pantai ini juga merupakan pantai eksotik dengan pasirnya yang putih, batu karang yang unik dan ombak yang tenang. Sewaktu kami sampai, meskipun hari sudah meninggi tetapi belum ramai pengunjung yang datang sehingga kami dapat merasakan suasana pantai seakan-akan pantai itu milik kami yang punya. 

Di sebelah Pantai Tanah Barak atau Pantai Tanah Barak terletak Pantai Pandawa dan Pantai Green Bowl. Dari Pantai Tanah Barak kita boleh terus berjalan kaki menyusur sampai ke Pantai Pandawa. Kalau dari Pantai Kuta, perjalanan akan memakan masa sekitar 45 minit, tetapi jika kita berangkat dari Garuda Wisnu Kencana, kita hanya perlu sekitar 20 minit perjalanan saja. Jika berada di sekitar Denpasar, kita boleh melalui jalan tol Bali Mandara dan mengambil jalan Nusa Dua. Selepas itu, berbelok ke arah kanan menuju Puja Mandala Nusa Dua dan terus di jalan utama hingga nampak petunjuk menuju Pantai Tanah Barak.

Keunikan Pantai Tanah Barak atau Pantai Tanah Barak ini terletak pada pasir putihnya yang lembut dan air laut yang biru jernih. Keindahan ini juga dipadukan dengan bukit kapur tinggi yang mengelilingi pantai. Bebatuan besar tersebar di sepanjang pantai, memberikan nuansa aksesori semulajadi. Kita juga boleh menikmati pemandangan alam sambil duduk santai di atas bebatuan tersebut.

Sewaktu perjalanan menuju pantai, kita juga boleh menikmati keindahan Tanah Barak. Akses ke pantai ini harus melalui tebing kapur yang membelah bukit yang mencipta ‘spot foto’ yang sangat diminati pengunjung akhir-akhir ini. Kata Mas Arif, ada beberapa aktiviti yang boleh lakukan sewaktu berada di Pantai Tanah Barak, di antaranya aktiviti fotografi, berenang, berjemur macam Mat Saleh, snorkeling dan menikmati suasana matahari terbenam.

Kewujudan tebing kapur yang tinggi sangat sesuai untuk melakukan fotografi. Pengunjung boleh menjadikannya sebagai latar belakang foto ‘prewedding’ atau untuk keperluan media sosial. Untuk aktiviti berenang, pantai dengan pasir putih, air biru, dan ombak yang tenang pastinya akan menggoda pengunjung untuk berenang. Tetapi perlu berhati-hati dan tidak berenang terlalu jauh ke tengah laut. Kalau nak berjemur macam Mat Saleh atau nak bermain pasir pula, inilah pantai yang sesuai. Bagi peminat aktiviti snorkeling, air laut di sini tenang dan jernih. Waktu terbaik untuk menikmati pantai ini adalah waktu hampir senja, terutama ketika matahari hampir terbenam. Pemandangan langit senja sangat indah dan mempersonakan di sini.

****

Dari Pantai Tanah Barak kami dibawa ke Nusa Dua untuk makan tengah hari. Nusa Dua merupakan sebuah tanjung yang terletak di tenggara pulau Bali. Jaraknya sekitar 40 kilometer dari Denpasar. Menurut Mas Arif, Nusa Dua juga merupakan lokasi Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Perubahan Iklim 2008 yang berlangsung antara 3-14 Disember 2007 dan menjadi tempat Penyelenggaraan Pertandingan Ratu Cantik tertua di dunia iaitu Miss World tahun 2013.

Menurut Mas Arif lagi, Nusa Dua ini juga merupakan salah sebuah pantai yang unik di Bali. Pantai ini memiliki dua karang yang terpisah. Dahulu kala ada cerita rakyat Bali mengatakan bahawa Nusa Dua adalah buatan seorang kesatria sakti yang bernama Kebo Iwa. Dengan kekuatan Kebo Iwa menyebabkan seorang raja yang berkuasa keturunan terakhir Dinasti Warma Dewa iaitu Sri Astasura Bumi Banten menginginkan Kebo Iwa untuk menjadi salah satu patihnya di wilayah Blahbatuh, yang juga dikenali dengan sebutan Raja Bezahulu. (‘Beza’ diertikan sebagai kekuatan yang berbeza).

Kebo Iwa diangkat menjadi Patih kerajaan dan ketika itu dia mengucapkan janji bahawa selagi dia masih bernafas, Bali tidak akan dikuasai oleh sesiapapun. Dengan sokongan dari Patih Kebo Iwa yang luar biasa kuatnya, Sri Astasura Bumi Banten menyatakan bahawa kerajaannya tidak akan dapat ditundukkan oleh kerajaan Majapahit yang mahu menawan kerajaan di Bali. Adapun kerajaan Majapahit waktu itu dipimpin oleh Raja Tri Bhuwana Tungga Dewi, dengan patihnya yang paling terkenal dengan Sumpah Palapanya (sumpah untuk tidak menikmati kenikmatan dunia bila seluruh wilayah nusantara belum dipersatukan di bawah panji Majapahit) yang bernama Gajah Mada.

Kerana kehebatannya, Kebo Iwa dapat menahan serbuan pasukan Majapahit yang hendak menakluk Bali. Semua kapal perang Majapahit ditenggelamkan jika berada di Selat Bali. Maha Patih Majapahit pun mengatur muslihat. Dalam muslihat yang diatur, Gajah Mada memberikan pujian kepada baginda Sri Astasura Bumi Banten dan Patih Kebo Iwa tanpa menimbulkan sedikitpun kecurigaan. Lantas, Raja Majapahit memujuk Patih Kebo Iwa supaya melakukan perjalanan ke Majapahit bagi menikahi wanita terhormat lagi jelita pilihan raja yang berasal dari Lemah Tulis.

Menanggapi tawaran dari Majapahit, Patih Kebo Iwa yang setia terhadap rajanya, memohon petunjuk dan persetujuan dari baginda Sri Astasura Bumi Banten. Baginda Raja menyetujuinya tanpa rasa curiga. Sebelum pergi ke Majapahit, Patih Kebo Iwa terlebih dahulu melakukan upacara keagamaan di Pura Uluwatu, untuk meminta kekuatan dari Sang Hyang Rudra. Dan Sang Hyang Rudra memenuhi permintaan Kebo Iwa, dengan memberikan dua ketul batu, mengakibatkan meningkatnya kekuatan dan kesaktian menjadi sangat luar biasa. 

Salah satu dari batu tersebut dibawa ke kampung Bezahulu di mana tempat mereka dilahirkan dan seketul lagi akan di bawa ke Majapahit, namun dalam perjalanan ke tanah Jawa tiba-tiba batu itu pecah menjadi dua dan jatuh di pinggir pantai. Kemudian batu tersebut menjadi tempat kehidupan masyarakat sehingga lama kelamaan batu tersebut semakin membesar sehingga terjadilah nusa yang dipanggil Nusa Dua. Itulah awal mula cerita pantai Nusa Dua.

Nusa Dua sendiri terletak di hujung selatan Pulau Bali. Jaraknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, sekitar 8 km, atau sekitar tiga puluh minit perjalanan. Nusa Dua memiliki kawasan lahan sekitar 350 hektar. Lahan kering dan tidak produktif ini diakuisisi oleh kerajaan Indonesia pada tahun 70-an, kemudian dikembangkan menjadi sebuah projek pariwisata prestisius dengan rancang bina yang komprehensif dan berpadu sebagai resort wisata budaya. 

Pada tahun 1970 kerajaan telah menetapkan sebuah syarikat konsultan Perancis, iaitu Centrale Societe pour l’peralatan Touristique outre-Mer (SCETO) untuk menyusun rancangan induk bagi pengembangan pariwisata di Bali secara berkesinambungan. Rancangan SCETO diusulkan kompleks resort mandiri di tepi laut, terpisah dari pusat penduduk utama untuk meminimumkan kesan pariwisata terhadap budaya Bali. Kawasan yang  diusulkan adalah Nusa Dua. Ini adalah salah satu keunikan resort wisata Nusa Dua, yakni dibina terpisah dari Kampung Bualu sebagai lokasi utama dari resort ini. Resort dengan konsep wisata budaya ini mendapat gelaran sebagai salah satu dari enam resort terbaik dunia.

****

Selepas makan tengah hari di Nusa Dua, kami dibawa pula ke Pandawa Beach atau Pantai Pandawa yang berlokasi di Kuta Selatan, Kabupaten Badung. Pantai Pandawa terletak di sebalik perbukitan dan sering disebut sebagai Pantai Rahsia (Secret Beach). Di sekitar pantai ini terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya dipahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam-enam patung tersebut secara berurutan (dari kedudukan tertinggi) diberi penjelasan nama Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa.

Selain untuk tujuan wisata dan sukan air, pantai ini juga dimanfaatkan untuk budidaya rumput laut kerana kontur pantai yang landai dan ombak yang tidak sampai sehingga ke garis pantai. Ramai pelancong yang melakukan paralayang dari Bukit Timbis hingga ke Pantai Pandawa. Menurut Mas Arif, kawasan pantai ini juga sering digunakan sebagai lokasi pengambilan gambar untuk sinetron FTV.

Menurut Mas Arif lagi, lantaran makin bertambahnya minat pelancong berkunjung ke Pantai Pandawa maka pantai ini telah mengalami perubahan dan perbaikan sarana juga prasarana yang sangat drastik, dengan harapan pada masa mendatang Pantai Pandawa akan menjadi salah satu pilihan pantai terbaik di Pulau Bali, sejajar dengan pantai yang terlebih dahulu terkenal seperti Pantai Kuta ataupun Pantai Sanur.

Menurut Mas Arif seterusnya, Pantai Pandawa yang dibuka sejak tahun 2010. Sejarah dan mitos pantai ini dikaitkan dengan kisah Mahabharata iaitu Pandawa Lima yang beranggotakan Yudhistira, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Kononnya Pandawa Lima telah terkurung dalam Goa Gala-Gala. Lalu mereka menyelamatkan diri dengan membuat sebuah terowong yang berhujung pada sebuah hutan belantara. Kemudian Pandawa Lima mendirikan sebuah kerajaan yang bernama Amertha. Yudistira dipercayai oleh empat pandawa lainnya untuk memimpin kerajaan tersebut.

Kisah tersebut akhirnya menjadi asal muasal dinamakan Pantai Pandawa yang diresmikan pada 27 Disember 2012. Kemudian, Pandawa Lima dalam kisah Mahabharata diabadikan dalam bentuk patung yang berjejer di tebing batu kapur yang sudah dilubangi. Jika kita berkunjung ke Pantai Pandawa, Roosterfish Beach Club boleh menjadi salah satu pilihan tepat untuk bersantai menikmati suasana. Pantai Pandawa kini telah masuk ke dalam daftar pantai yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke Bali. Pantai ini memiliki panoroma yang sangat indah dan menawan.

Pasir putih yang bersih dan air laut berwarna hijau kebiruan sangat disukai oleh pelancong. Selalu mereka memutuskan untuk berenang di pantai ini. Bukan itu saja, pantai yang terletak di timur ini juga membuatkan para pelancong sering menikmati keindahan matahari terbit pada pagi hari. Berbeza dengan pantai lain yang umumnya hanya menikmati suasana alam kala matahari terbenam. Di pantai sejuta pesona ini juga kita boleh melihat aktiviti petani rumput laut di sepanjang pantai juga aktiviti paralayang dan motor trail di atas bukit.

****

Dari Pandawa Beach kami dibawa ke Melasti Beach pula. Sesungguhnya Bali memiliki banyak pantai indah yang sudah dikenali dunia. Tidak sedikit pelancong tempatan mahupun mancanegara yang bercuti ke Bali untuk menikmati keindahan pantainya. Tidak hairanlah jika Bali sering menjadi tujuan percutian yang menyeronokkan. Salah sebuah pantai yang menjadi andalan Pulau Dewata ini adalah Pantai Melasti.

Pantai Melasti menjadi daftar pilihan di antara pantai-pantai populer di Bali. Pantai ini berlokasi di Kampung Ungasan, Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung. Pantai ini menawarkan keindahan pantai yang memikat lengkap dengan sejarahnya. Wisata Pantai Melasti memiliki keindahan pasir putih sebagai daya tarik utama pantai ini. Pantai Melasti juga tidak kalah mempesonakan ketimbang pantai-pantai indah yang ada di Bali seperti Pantai Kuta, Pantai Patitenget, Pantai Pandawa dan lain-lain lagi.

Selain itu, Pantai Melasti juga memiliki sejarah yang unik. Nama Pantai Melasti ini diambil dari kebiasaan masyarakat setempat yang kebanyakannya beragama Hindu melakukan upacara Melasti atau pembersihan di pantai ini. Melasti menjadi salah satu jenis upacara adat masyarakat Hindu yang dilakukan sebelum Hari Raya Nyepi.

Menurut Mas Arif, awalnya pantai ini terletak di sebalik ketinggian bukit batu kapur hingga membuatkan pantai ini jarang dijamah oleh pelancong. Pantai Melasti mulai dikenali masyarakat luas selepas pembinaan akses jalan menuju ke pantai ini. Proses pembinaan jalan menuju pantai ini tergolong sukar kerana harus membelah bukit batu kapur yang menjulang tinggi. Selepas dilakukan rekonstruksi, membuatkan kawasan wisata pantai ini kelihatan lebih indah. Pantai Melasti memiliki akses jalan yang cukup mencabar adrenalin, kerana lokasinya yang berada di sebalik bukit. Sepanjang perjalanan menuju pantai ini, akan melalui jalan berliku, dan menurun hingga menanjak.

Meski memiliki akses jalan yang cukup memacu adrenalin, namun keadaan jalan menuju pantai ini kini sudah selesa. Sehingga membuatkan perjalanan menuju lokasi terasa lebih nyaman, kita boleh menggunakan kenderaan berupa motor mahupun kereta. Pelbagai fasiliti penunjang juga tersedia di Pantai Melasti, seperti tandas, ruang ganti pakaian, warung jajan, kawasan parkir yang luas dan yang lainnya masih dalam proses pengembangan.

Namun begitu, apa yang dapat saya katakan tentang Pantai Melasti ini ialah potensi alam, potensi budaya dan potensi buatan merupakan daya tarik utama pelancong berkunjung ke sini. Potensi alam yang terdapat di Pantai Melasti iaitu berupa pantai dan keindahan bebatuan karang yang menjulang tinggi serta gulungan ombak dengan gelombang yang tinggi. Panorama pantai yang terdapat di Pantai Melasti, mempunyai keunikan tersendiri di mana keunikan itu merupakan hamparan pasir putih yang masih semulajadi, terdapatnya anjungan yang menjorok ke tengah laut dan urugan bebatuan kapur sebagai pencegahan abrasi pasang surut air laut. 

Pantai Melasti juga memiliki potensi budaya yang menjadi daya tarik wisata. Terdapatnya Pura Segara yang merupakan tempat suci bagi masyarakat Kampung Ungasan. Pura Segara dulunya digunakan sebagai tempat sembahyang bagi penganut agama Hindu di Kampung Ungasan, upacara keagamaan sering dilakukan di Pura Segara seperti upacara melasti, upacara pakelem, upacara nganyud ka pasih dan upacara piodalan. Pantai Melasti merupakan kawasan suci bagi masyarakat Kampung Ungasan, kerana dulunya Pantai Melasti telah dijadikan sebagai tempat untuk upacara melasti.  

Potensi buatan yang terdapat di Pantai Melasti, dapat dilihat dari segi akses jalan masuk ke pantai. Di mana pembelahan tebing yang dilakukan oleh pihak Bendesa dan dibantu oleh masyarakat tempatan sebagai pelabur dalam pembuatan akses jalan. Potensi ini telah menjadi sebuah daya tarik wisata di mana tebing dikorek dan dijadikan akses jalan yang melingkar. Bukan hanya akses jalan, pembinaan anjungan juga berpotensi sebagai daya tarik wisata di mana hanya di Pantai Melasti saja yang terdapat anjungan menjorok ke laut dengan gelombang pasang air laut yang tinggi. 

****

Dari Pantau Melasti kami dibawa ke Uluwatu Temple pula untuk menikmati Kecak dan Fire Dance (Tarian Kecak dan Api).

Uluwatu Temple atau Kuil Uluwatu merupakan salah sebuah kuil tertua di Bali, terletak di cenuram berbatu, suasana yang menakjubkan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sebalik lautan. Uluwatu Temple yang mendamaikan ini terletak di dalam persekitaran semula jadi yang amat menakjubkan. Diukir daripada batu karang hitam, kuil ini terletak di puncak cenuram setinggi 250 kaki (76 meter), menghadap ke arah Laut Jawa. 

Menurut Mas Arif, Uluwatu Temple adalah antara kuil yang tertua di Bali, dibina seawal abad ke-10. Ini antara kayangan jagat atau ‘kuil arah’, di Bali yang bermaksud, menurut kepercayaan agama Hindu, fungsinya adalah untuk menjaga Bali daripada roh-roh jahat. Kuil ini mempunyai kepentingan agama khususnya: Dhang Hyang Dwijendra, seorang penziarah yang mengasaskan bentuk semasa Hindu-Dharma pada abad ke-15, meluangkan hari-hari terakhirnya di sini. Dipercayai bahawa beliau mencapai tahap ‘moksa’, atau perpaduan dengan tuhan, ketika bertafakur di tempat ini. 

Terletak di hujung selatan Bali, Kuil Uluwatu dikelilingi oleh rupa bumi berbatu yang berceranggah dan kering berbanding bahagian lain di pulau ini. Saya amat mengagumi pemandangan dramatik tanjung tinggi yang berceranggah pada kedua-dua belah cenuram dan melihat matahari terbenam di sebalik lautan. Di bawah cenuram, kelihatan ramai peluncur ombak sedang menikmati luncuran di salah sebuah tempat peluncuran yang terkenal di Bali. Jika kita berminat menyertai mereka, kita boleh menyewa papan luncur dan menuruni tangga menuju ke pantai kecil. Pada waktu petang, kita juga boleh makan-makan di salah sebuah warung (restoran) yang terdapat di sepanjang puncak cenuram dan nikmati pemandangan bulan terbit dari sebalik lautan.

Kuil Uluwatu terletak berhampiran Kampung Pecatu, di daerah Kuta Selatan, sejauh lebih kurang 19 batu (30 kilometer) dari selatan Denpasar. Cara paling mudah untuk ke kuil ini adalah memandu kereta atau menunggang motosikal sewa, atau upah pemandu untuk membawa kita. Pesan Mas Arif, jangan lupa pakai pakaian yang sopan ketika melawat pekarangan kuil. Jika kita tidak memakai pakaian yang sesuai, kita boleh menyewa sepasang sarung di pintu masuk. Berhati-hati dengan monyet yang cukup cekap meragut harta benda pelawat, terutamanya cermin mata hitam.

Tentang sejarahnya, menurut Mas Arif, Kuil Uluwatu ini lebih dikenali sebagai Pura Luhur Uluwatu. Perlu diingatkan bahawa daripada semua kuil Bali, Kuil Uluwatu ini adalah salah satu daripada 9 teratas. Perkataan tinggi bermaksud sesuatu yang berasal dari Tuhan, ‘ulu hujung bumi’ dan ‘watu rock’ dalam dialek lama. Kuil ini juga adalah yang terbesar yang berada di Pulau Bali dan salah satu yang tertua. Dari gunung ke gunung sentiasa di atas tebing 70 meter dari aras laut.

Legenda mengatakan bahawa kuil ini dibina di tepi tebing setinggi 70 meter dan berasal dari ketuhanan. Kuil Uluwatu adalah sebahagian daripada bot membatu Dewi Danu dan Dewi Air. Terdapat bukti bahawa kuil ini telah wujud lama. Tetapi ia telah diperluaskan kira-kira 1,000 tahun dahulu oleh seorang bijak pandai dari Pulau Jawa yang dikenali sebagai Dhang Hyang Dwijwndra. Juga di sinilah tempat berakhirnya perjalanan rohaninya. Dan kepercayaan mengatakan bahawa dia mencapai titik kerohanian tertinggi dengan dewa-dewa dan bahawa kilat membuat dia hilang sepenuhnya.

Kajian arkeologi mengenai sisa-sisa batu yang ditemui untuk pembinaan kuil ini mengesahkan bahawa ia adalah dari abad ke-XNUMX. Sejujurnya, sukar untuk memahami sejarah kuil ini. Mungkin kerana tiada rekod yang jelas dalam buku dan daripada sedikit yang ada, ia hanya menimbulkan kekeliruan. Tetapi sangat menarik untuk menyelami sejarahnya.

****

Di Kuil Uluwatu saya dapat menyaksikan Tarian Kecak dan Api. Hakikatnya, budaya Indonesia sangatlah beragam jenisnya, bahkan keanekaragamannya telah terkenal sehingga ke berbagai belahan dunia. Berbicara mengenai tarian tradisional Indonesia, semuanya memiliki sejarah dan nilai luhur masing-masing. Salah satu seni tari yang dimiliki dan perlu dilestarikan adalah Tarian Kecak dan api. Tarian ini mempunyai cerita, sejarah, juga filosofi tarian khasnya.

Menurut Mas Arif, Tarian Kecak dan Api memang berasal dari Pulau Bali. ‘Cak, Cak, Cak’ itulah suara khas yang akan kita dengar ketika menyaksikan persembahan tarian ini. Tarian Kecak dan api ini merupakan sebuah seni drama tari yang dipersembahkan oleh 50 sehingga 150 orang penari. Sesuai dengan namanya, tarian ini terdiri dari para penari yang sebahagian besar adalah lelaki yang duduk bersila membentuk sebuah lingkaran. Pakaian yang dipakai berupa kain sarung dan kain kotak yang memiliki warna hitam putih seperti papan catur yang diikatkan melingkar ke pinggang penari.

Bagi orang yang berwisata atau bertempat tinggal di Bali, tentunya sudah tidak asing lagi dengan Tari Kecak dan Api ini. Tarian ini yang dipersembahkan ketika ada acara, meraikan tetamu ataupun lainnya. Rupanya menarik simpatik para penonton atau pengunjung yang datang menyaksikannya. Namun, di sebalik kepopuleran tarian ini, tersimpan sebuah asal, sejarah, makna, serta beberapa estetika yang digunakan dalam tarian ini.

Menurut Mas Arif, tarian ini disebut juga dengan nama Tarian Api atau Tarian Cak. Tarian ini adalah tarian pertunjukan hiburan besar-besaran. Tarian ini dipentaskan oleh beberapa penari laki-laki, dengan memakai kain penutup kotak-kotak berwarna hitam putih seperti bentuk papan catur. Tarian ini dipersembahkan tanpa menggunakan iringan alat muzik tetapi kadang-kadang diiringi oleh gamelan, dengan duduk secara berbaris membentuk pola lingkaran dan diiringi seruan irama berbunyi ‘cak, cak, cak’ seraya mengangkat kedua-dua tangan. Tarian ini juga merupakan salah satu tarian keramat. Kelihatan penari seperti terbakar api, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kesakitan dan tidak terbakar seolah-olah mereka menjadi kebal terhadap api.

Selain Tarian Api atau Tarian Cak, Tarian Kecak juga dikenali dengan sebutan Tarian Sanghyang yang ditampilkan ketika adanya upacara keagamaan. Pada ketika itu, para penari umumnya akan kemasukan roh halus, dan dapat berinteraksi dengan para leluhur atau dewa yang telah disucikan. Penari ini dijadikan sebagai media untuk penyampaian pesan dari para leluhur atau dewa. Ketika kerasukan, mereka akan melakukan tindakan di luar dugaan. Contohnya, melakukan beberapa gerakan yang berbahaya mahupun mengeluarkan suara yang jarang sekali mereka keluarkan.

Menurut Mas Arif, Wayan Limbak merupakan seorang tokoh pencipta Tarian Kecak dan Api. Pada tahun 1930, beliau memperkenalkan tarian ini ke berbagai buah negara, dengan dibantu oleh seorang pelukis dari Jerman yang bernama Walter Spies. Para penari laki-laki yang menari, akan menyeru kata berbunyi ‘cak, cak, cak’. Dari seruan tersebutlah nama Tarian Kecak tercipta.

Tidak hanya menyeru kata itu, para penari ini juga diiringi dengan alunan muzik berupa suara kerincingan. Suara itu muncul dari kerincing yang diikatkan pada kaki penari yang berlakon sebagai Dewa Ramayana. Di dalam lingkaran tersebut, para penari kemudiannya akan beraksi dengan memainkan sejumlah tarian yang diambil dari beberapa episod cerita Ramayana yang berusaha untuk menyelamatkan Shinta dari tangan jahat Rahwana. Menurut Mas Arif lagi, sebab mengapa Walter Spies membantu Wayan Limbak mencipta tarian ini, ialah kerana beliau sangat tertarik dengan kesenian tradisional Tarian Kecak dan Api. Beliau juga mempunyai ketertarikan dengan sejumlah ritual tradisional yang masih kental di Bali.

Mulanya, tarian ini hanya ditampilkan di beberapa buah kampung saja, dengan salah sebuah kampung iaitu Kampung Bona di Gianyar. Seiring berjalannya waktu, persembahan ini semakin berkembang sehingga ke semua daerah yang berada di Pulau Bali. Tidak hanya itu, tarian ini juga dijadikan sebagai pertunjukan andalan ketika adanya kegiatan besar. Misalnya festival yang sering kali dilakukan oleh pihak swasta mahupun kerajaan.

Tarian Kecak dan Api, juga merupakan salah satu mahakarya seni Bali berupa tarian dan drama muzikal. Persembahan ini sering dilakukan di tempat terbuka dengan diiringi hembusan udara menjelang matahari terbenam. Pada umumnya persembahan ini diadakan di atas tebing yang menghadap ke laut, cerita yang dipaparkan sepenuhnya bergantung pada cahaya semulajadi hari itu juga. Bermula ketika senja, cerita berterusan hingga kegelapan, sehinggalah ke waktu hanya ada cahaya yang datang dari obor buluh yang berkedip-kedip.

Ketika para penari memasuki pentas persembahan, awal kisah pun bermula. Kemudian, diteruskan dengan agedan penculikan Shinta oleh Rahwana. Kemudian, Rahwana akan bertarung menentang Jatayu serta Hanoman untuk menyelamatkan Shinta. Di dalam proses penyelamatan itu, Hanoman mengacau tempat penyekapan Shinta dengan cara membakar. Akan tetapi, Hanoman terkepung oleh perajurit Rahwana dan hampir saja terbakar. Awalnya, Rama mengalami kekalahan. Tetapi hal tersebut tidak membuatkan usaha Rama surut dalam proses menyelamatkan permaisurinya, iaitu Shinta.

Raja Rama pun berdoa dengan kesungguhan hati dan kembali berusaha semula untuk membawa kembali permaisuri tersebut. Hingga akhirnya, Rama pun berjaya mendapatkan Shinta dalam keadaan yang selamat. 

Dari kisah inilah, terdapat makna Tarian Kecak dan Api yang cukup mendalam iaitu adanya kepercayaan terhadap kekuatan Tuhan. Hakikat itu dicerminkan pada tindakan Rama ketika meminta pertolongan kepada Dewata. Hal seperti inilah yang memberikan pengajaran bahawa tarian ini dipercayai sebagai ritual untuk mendatangkan dewi yang sanggup mengusir segala marabahaya, sama ada bencana mahupun penyakit yang menimpa masyarakat. Sementara itu terdapat pesan moral berupa, Tarian Kecak yang mencerminkan perilaku Rama kepada permaisuri kesayangannya iaitu Shinta, dan Burung Garuda yang rela mengorbankan sayapnya demi Shinta.

Selain pesan moral tersebut, terdapat beberapa pesan moral lainnya. Di antaranya, walaupun tidak diiringi dengan muzik mahupun alunan gamelan, Tarian Kecak dan Api tetap nampak indah dan kaya estetika. Gerakan yang dibuat oleh para penari, tetap seirama. Itulah yang menjadikannya bernilai seni tinggi dan disukai oleh para pelancong. Meskipun para pelancong yang datang melihat pertunjukan kesenian tradisional berupa Tarian Kecak dan api tidak beragama Hindu, akan tetapi mereka merasa terhibur melihat persembahan tarian ini.

Dalam Tarian Kecak dan Api, terdapat adegan di mana Rama meminta pertolongan pada Dewata. Ini membuktikan bahawa Rama mempercayai adanya kekuatan Tuhan untuk menolong dirinya. Tarian ini juga dipercayai sebagai salah satu ritual memanggil dewi yang dapat mengusir penyakit dan melindungi masyarakat dari kekuatan jahat yang datang. Dewi yang umumnya dipanggil dalam ritual ini iaitu Dewi Suprabha atau disebut juga Dewi  Tilotama.

Selain itu Tarian Kecak dan api ini mempunyai cerita yang cukup mendalam dan menyampaikan beberapa pesan moral bagi para penontonnya. Misalnya, kesetiaan Shinta terhadap suaminya iaitu Rama, serta Burung Garuda yang rela mengorbankan sayapnya demi menyelamatkan Shinta dari cengkaman Rahwana. Dari cerita inilah, kita juga diajarkan agar tidak mempunyai sifat buruk seperti Rahwana yang memiliki sifat serakah dan suka mengambil hak milik orang lain secara paksa. 

****

Selepas menyaksikan Tarian Kecak dan Api, kami dibawa ke Pantai Jimbaran untuk menikmati hidangan makan malam di Restoran Seafood Sunset. Jimbaran adalah tempat masyarakat tempatan dan juga para pelancong yang datang bercuti ke Bali menikmati sensasi makan ikan bakar di pinggir Pantai Jimbaran. Tempat ini disebut Jimbaran Seafood kerana semua makanan laut yang ada di sini adalah hasil tangkapan nelayan tempatan. Nelayan-nelayan inilah yang menyokong dan mengisi keperluan makanan laut untuk restoran yang ada di sepanjang Pantai Jimbaran.

Jimbaran terletak di sebuah teluk yang disebut Jimbaran Bay, tepatnya di Kampung Kedonganan. Kedonganan adalah nama sebuah kampung nelayan di mana mata pencarian mereka adalah menangkap ikan di sekitar Teluk Jimbaran. Jimbaran Bay adalah sebahagian dari Kuta Selatan dan jaraknya tidak jauh dari Pantai Kuta, sekitar 15-25 minit dari Pantai Kuta menggunakan kereta. Makanan laut hasil tangkapan nelayan setempat antara lain ialah ikan, udang, ketam, lobster, sotong, clam, calamari, squid calamari, jumbo prawn, red snapper, garupa, white snapper, king fish, baronang, dan lain-lain lagi. 

Bermula sekitar 30 tahun lalu ketika para pelancong yang berjalan kaki menyusuri dan menikmati Pantai Jimbaran singgah dan berehat sejenak sembari membeli ikan untuk dibakar oleh para nelayan setempat kemudian seiring berkembangnya zaman, tempat ini menjadi ikon dan perniagaan kulinari yang sangat terkenal di Bali. Jimbaran sekarang telah disulap dan berubah wajah menjadi tempat perniagaan dengan restoran moden dan terkenal di Bali. Ada puluhan restoran tradisional dan moden di sepanjang Pantai Jimbaran yang sekarang disebut sebagai Jimbaran Seafood Dine.

****

Hari ini adalah hari keempat kami di Bali. Selepas bersarapan pagi di hotel, tepat jam 6.30 pagi kami terus dibawa ke Jeti Sanur. Sanur menyerlahkan keindahan pesisir pantai Bali yang amat menakjubkan. Seperti potongan keindahan loka yang nyata, Sanur dianugerahi pantai berpasir putih lengkap dengan alam bawah lautnya yang jernih dan asri. Kalau datang ke Sanur, amat perlu menjelajah pantai dan merasakan sensasi keramahan warga tempatan dengan budayanya yang masih terjaga kental.

Menurut Mas Arif, Sanur memiliki banyak kisah sejarah dan hakikat itu terbukti lewat sebuah catatan bertulis tentang kewujudan Pulau Bali, iaitu Prasasti Blanjong. Prasasti Blanjong berbentuk pilar batu setinggi 177cm ditemui para arkeologi berhampiran Sanur Kauh sekitar tahun 913 Masehi, dipercayai dibuat oleh seorang Raja Bali yang bernama Sri Kesari Warmadewa dan dipercayai bahawa prasasti ini mencatatkan sejarah bertulis tertua Pulau Bali. Kita boleh melihat prasati ini di Pura Blanjong.

Pantai Sanur juga menjadi saksi bisu pendaratan pasukan tentera di Bali pada tahun 1906 ketika Perang Puputan. Dalam perang tersebut, seluruh rakyat Bali yang dipimpin oleh Raja Badung VII iaitu I Gusti Ngurah Made Agung, memilih untuk melestarikan tradisi puputan atau perang habis-habisan menantang Belanda.

Masyarakat tempatan bali menganggap Sanur seperti syurga pantai eksotik yang wajib didatangi, mulai dari Pantai Sanur, Pantai Karang, Pantai Semawang atau Pantai Batu Jimbar. Bukan hanya untuk bermain air di pantai, kita boleh mencuba sensasi menanam terumbu karang di Pantai Mertasari yang biasanya dikenali dengan sebutan ‘sea walker’. Jika sudah puas bermain di pantai, kita boleh singgah ke Taman Werdhi Budaya Art Centre dan Cultural Village Kertalangu yang sedia menyuguhkan ragam budaya Bali yang masih terjaga autentik.

Lantaran terletak sangat berdekatan dengan pesisir pantai, makanan khas dari Sanur tentunya ragam olahan makanan laut yang menggoda. Bukan hanya aneka menu makanan laut yang dibakar dengan bumbu rempah, tetapi ada juga sajian sup kepala ikan dan ikan cakalang goreng yang rasanya dijamin memuaskan. Selain olahan makanan laut, ada juga santapan tradisional jempolan seperti sate plecing, nasi campur Men Weti atau Warung Mak Beng yang populer dalam kalangan pelancong, serta Kedai Kopi Nusantara yang menyajikan berbagai kopi khas Indonesia, seperti kopi Bali, kopi Sumatera, kopi khas dari Wamena dan kopi khas Mandailing.

****

Dari Pantai Sanur, kami dibawa pula ke Kelingking Beach atau Pantai Kelingking. Pantai ini juga merupakan salah sebuah destinasi wisata yang terletak di Pulau Nusa Penida Barat, lebih tepatnya di Dusun Karang Dawa, Kampung Bunga Mekar, Kecamatan Nusa Penida, Bali. Menurut Mas Arif, nama Pantai Kelingking ini diambil kerana rupa pantai ini sekilas seperti jari kelingking walaupun ada juga yang menyebutnya mirip T-rex.

Pantai Kelingking menawarkan destinasi wisata dengan keindahan tebing dan pantai bagi para pelancong. Pelancong tempatan dan mancanegara yang datang mengunjungi pantai ini biasanya melakukan swafoto yang menampilkan keindahan Pantai Kelingking dari atas tebing. 

Selain berswafoto dari atas tebing, pengunjung juga boleh memilih untuk turun ke bawah tebing dan menikmati secara langsung keindahan Pantai Kelingking. Air berwarna biru kehijauan yang jernih dan bersih semakin menambah keindahan visual pantai ini. Namun perlu dicatatkan, jika kita ingin mengunjungi Pantai Kelingking atau lebih tepatnya ingin turun ke Pantai Kelingking, ada beberapa perkara yang perlu disediakan. Lantaran kedudukan pantai ini berada di bawah tebing. Tentunya memerlukan usaha yang lebih jika ingin menikmati keindahan Pantai Kelingking ini secara langsung.

Jika semua persiapan sudah lengkap, kita boleh dengan selamat turun dan merasakan secara langsung keindahan salah satu pantai tersembunyi Indonesia ini. Tentunya semua perjuangan kita akan dibayar lunas dengan keindahan yang disajikan oleh Pantai Kelingking ini.
Kerana Daratan Bali dan Pulau Nusa Penida tempat Pantai Kelingking berada dipisahkan oleh laut, maka kita harus menyeberang terlebih dahulu untuk boleh sampai ke Pantai Kelingking. 

Untuk menuju ke Pulau Kelingking dan bersantai di Pantai Kelingking, kita boleh menggunakan pengangkutan laut seperti bot laju dan juga perahu tradisional. Menurut Mas Arif, terdapat beberapa titik penyeberangan menuju Pulau Nusa Penida iaitu Pelabuhan Pantai Sanur, Dermaga Serangan Denpasar, Pantai Kusamba Klungkung dan Pelabuhan Padang Bai Karangasem.

Pelancong banyak memilih penyeberangan melalui Pelabuhan Pantai Sanur menggunakan bot laju kerana Pelabuhan Pantai Sanur berada di Bali selatan yang banyak terdapat hotel penginapan dan jika melakukan penyeberangan dari pelabuhan Pantai Sanur harga tiket relatif lebih murah iaitu sekitar 100,000 – 120,000 rupiah. Selain menggunakan bot laju, helikopter juga adalah pilihan kedua yang biasanya dipilih oleh pelancong untuk menuju ke Pulau Kelingking lebih-lebih lagi jika ada halangan dalam menggunakan pengangkutan laut.

Sebaik sahaja sampai ke Pulau Nusa Penida, kita harus menaiki pengangkutan darat pula seperti motor atau kereta untuk sampai ke Pantai Kelingking. Kita boleh sampai ke Pantai Kelingking dalam masa 35 minit dengan menyewa motor yang disediakan oleh jasa penyewa dari warga tempatan dengan harga sewaan sekitar 70,000 rupiah perharinya manakala untuk kereta sekitar 600,000 rupiah perhari termasuk pemandunya sekali.

Untuk harga tiket masuk menuju Pantai Kelingking awalnya tidak berbayar. Lantaran untuk menjaga keselamatan, kebersihan dan keasrian pantai ini, kampung adat dan pemerintah setempat memungut biaya sebesar 5,000 rupiah untuk sekali masuk. Tetapi jika kita datang membawa motor, kita akan dikenakan kos tambahan parkir sebanyak 5,000 rupiah dan untuk kereta dikenakan kos sebanyak 10,000 rupiah.

Jika nak berkunjung ke Pantai Kelingking ini, waktu yang tepat adalah pagi hari sekitar pukul 7.00 kerana belum dipadati oleh pelancong lebih-lebih jika memasuki musim cuti yang pasti akan sangat ramai sekali. Hakikatnya, Kelingking Beach Nusa Penida Bali adalah destinasi wisata pantai yang menyajikan keelokan alam yang akan membuatkan kita merasa kagum terhadap alam yang diciptakan oleh Tuhan. Walaupun hanya boleh menikmati pantai ini dari atas tebing kerana ada akses jalan yang sukar untuk menuju ke bawah, hal ini pastinya tidak akan mengurangi rasa takjub kita, Insya-Allah. 

Pantai Kelingking juga adalah tempat yang memiliki ‘spot’ yang cukup dikenali untuk ‘diving’ kerana menyajikan pemandangan yang sangat langka. Spot ini dinamakan sebagai Manta Point. Manta Point ini dikenali kerana adanya ikan Manta (ikan pari paling besar di dunia). Para menyelam boleh berenang bebas di sini bersama dengan ikan Manta yang sudah langka. Hal ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan.

Perkara yang wajar kita jadikan pertimbangan untuk mengunjungi Pantai Kelingking adalah pemandangannya yang tidak akan membuat bosan kerana masih sangat semulajadi. Kita dapat bercuti di tempat ini untuk menenangkan jiwa dari berbagai aktiviti rutin yang melelahkan. Sayangnya, di tempat ini fasilitinya masih belum cukup lengkap iaitu kita tidak boleh menyewa penginapan. Tetapi kita masih boleh menginap di sini dengan menggunakan khemah. Pastinya kita akan merasa sangat puas menikmati pantai paling mempesona yang terbentang luas ini.

****

Nusa Penida - makan tengah hari.

Pulau Nusa Penida merupakan sebahagian dari Kabupaten Klungkung di Bali. Sejarah Pulau Nusa Penida bermula pada abad ke-10. Tulisan-tulisan paling awal tentang Nusa Penida memang telah ditemui di Pilar Belanjong, yang berasal dari tahun 914 Masehi. Pilar ini memuatkan prasasti yang menyebutkan bahawa ekspedisi tentera Raja Bali pertama, Sri Kesari Warmadewa, menakluk Nusa Penida.

Masyarakat Nusa Penida sebenarnya mampu menentang Raja-raja Bali yang banyak mengatur ekspedisi tentera lainnya. Namun, pada separuh kedua abad ke-17, Pulau Nusa Penida ditakluk oleh ekspedisi Dinasti Gelgel. Raja terakhir Nusa Penida iaitu Dalem Bungkut, terkorban dalam pertempuran yang berlaku.

Nusa Penida kemudiannya menjadi sebahagian dari Istana Klungkung, salah satu dari sembilan kerajaan di Bali. Selepas integrasi Bali ke Hindia Belanda pada tahun 1908 yang kemudiannya menjadi Indonesia, Nusa Penida tetap melekat pada Kabupaten Klungkung.
Sebuah peta Belanda yang dibuat pada tahun 1900 menyebut Nusa Penida sebagai Pulau Bandit. Kenapa? Kerana dulu Kabupaten Klungkung pernah mendeportasi penjahat, penentang politik dan ahli ilmu hitam ke Nusa Penida. Ini mungkin asal reputasi pulau yang sangat buruk. Mungkin juga asal muasal legenda yang mengelilingi sejarah Nusa Penida. Bagaimanapun, reputasi buruk ini telah berjaya menjaga pulau pariwisata untuk waktu yang sangat lama.

Nusa bermakna ‘pulau’ dan penida bermakna ‘pendeta’ dalam bahasa Bali. Jadi Nusa Penida secara harfiah bermakna pulau pendeta. Lebih baik dari Pulau Bandit, nama yang diberikan oleh Belanda pada tahun 1900. Reputasi dan aroma penjelajahan di sekitar Nusa Penida juga terinspirasi dari komik strip yang dibuat oleh kartunis Bob de Moor dan diterbitkan di Journal of Tintin pada tahun 1950. Komik strip tersebut menyelusuri pengembaraan Georges Barelli yang mendarat di Nusa Penida selepas pengembaraan yang panjang. Sampul album dan judulnya ialah ‘Pulau Penyihir Berbicara Sendiri’.

Menurut legenda, raja terakhir Bali iaitu Dalem Bungkut, telah menjadi pemimpin dunia lain yang ditakuti iaitu Ratu Gede Mas Mecaling, Dewa Agung Bertaring Emas. Menurut legenda lain, Mecaling tinggal di Bali, di kampung kecil Batuan, sebelum diasingkan ke Nusa Penida kerana ilmu hitamnya. Bagaimanapun, dia masih ditakuti oleh sebahagian orang Bali yang tidak berani menyebut namanya dengan kuat.

Mecaling adalah seorang penyihir yang kuat. Dia secara teratur mengirimkan penyakit dan wabak kepada orang Bali sebagai balas dendam. Suatu hari ketika orang Bali sedang merayakan Nyepi dengan penuh kegembiraan, Mecaling memutuskan untuk menipu mereka. Dia pergi ke Bali dengan wujud Barong, pemimpin pasukan iblis. Dan pasukan iblisnya menghancurkan segalanya di Bali. Sejak itu, Tahun Baru Bali iaitu Nyepi, menjadi hari hening, tidak ada yang bersuara atau bersuka-ria, untuk membodohi syaitan jika mereka kembali. Inilah sebabnya mengapa penduduk Nusa Penida mengikuti tradisi Nyepi dengan ketat.

Keesokan harinya, orang-orang Bali yang ketakutan pergi kepada seorang pendeta. Pendeta tersebut memanggil Barong supaya mengirim Mecaling kembali ke Nusa Penida. Imam besar kerajaan Gelgel kemudiannya datang ke Nusa Penida untuk membersihkan roh-roh gelap dan menghalau Mecaling. Namun Mecaling belum hilang keseluruhan dan Pura Ped Temple tetap mempertahankan semangatnya. Kerana itu, kuil ini menjadi sumber kekuatan bagi mereka yang mengamal ilmu hitam. Tetapi juga tempat ziarah bagi mereka yang mencari perlindungan dari kejahatan dan penyakit.

Ada juga ritual khusyuk yang harus dilakukan setiap orang Hindu di Bali sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Selama berziarah ke Pura Pura Ped di Nusa Penida, ia harus mencari keseimbangan antara yang negatif dan yang positif. Itulah satu-satunya cara untuk mencapai ketenangan dan harmoni.

****

Selepas makan tengah hari di Nusa Penida, kami terus ke Pantai Permata atau Diamond Beach. Pantai Permata ini adalah objek wisata bahari yang terletak di Kampung Pejukutan, Kecamatan Nusa Penida, Kabupaten Klungkung. Menurut Mas Arif, pantai ini dinamakan Diamond Beach kerana di sini terdapat tebing-tebing batu karst yang mengelilingi sekitar pantai. Tebing batu karst yang runcing tersebut kelihatan seperti hamparan permata, lebih-lebih lagi jika terkena pancaran sinar matahari, tebing-tebing itu bersinar dan menyilaukan bak permata. Oleh kerana itu pantai ini dinamakan Diamond Beach atau Pantai Permata.

Ada banyak kegiatan menarik yang boleh dilakukan oleh para pelancong ketika mengunjungi pantai ini. Pengunjung boleh menikmati suasana Diamond Beach sambil melihat keindahan alam di sana. Selain itu, pelancong tentu juga boleh bergambar ria di Diamond Beach kerana di pantai ini terdapat spot-spot foto yang amat menarik. Lebih-lebih lagi, perpaduan antaran warna lautan, pasir, dan tebing akan menambah kesan yang sangat bagus.

Diamond Beach Nusa Penida dapat diakses buat pertama kalinya sejak akhir 2018, ketika jalan setapak yang menuju ke bawah diukir dan dibentuk agar para pelancong boleh menuju ke bawah di sisi tebing. Di mana sebelumnya para pelancong hanya boleh menikmati keindahan pantai dari atas saja sebelum akses jalan dibina. Walaupun jalanan masih setapak dengan pagar keselamatan tetapi kita dapat sampai ke dasarnya dengan selamat jika kita berjalan dengan berhati-hati. Di bahagian bawah Diamond Beach Nusa Penida ada hamparan pasir putih yang sempurna, dan airnya berwarna pirus cerah sehingga hampir kelihatan seperti ‘listerine’. Tetapi batu besar berbentuk berlian adalah ikon yang benar-benar membezakan pantai ini dan menjadikannya salah sebuah pantai paling luar biasa di dunia, menurut pengamatan saya. 
 
Seperti pantai-pantai pada umumnya, terdapat daya tarik Diamond Beach yang membuatkan saya dan para para pelancong yang lain betah berada lama-lama di sini. Beberapa perkara yang sangat memikat hati saya ialah pantai ini masih terasa sangat semulajadi dengan warna air lautnya yang biru dan indah.  Terletak pada deretan pantai-pantai lainnya dan harus dikunjungi sewaktu kita datang bercuti ke Nusa Penida.

Daya tarik kedua adalah pasir pantainya sangat putih dan bersih membuatkan para pengunjung semakin betah. Kita boleh bermain pasir di pantai ini bersama keluarga dan anak-anak sehingga suasana akan terasa sangat menyenangkan. Menariknya, pantai ini dikelilingi oleh tebing batu karst. Batu karst adalah bentuk permukaan bumi yang ‘closed depression’ atau depresi tertutup, ‘drainase’ permukaan, serta gua. Untuk pantai yang dikelilingi dengan tebing batu karst ini akan terasa sangat semulajadi.

Tebing batu karst tersebut menjulang tinggi bahkan boleh dijadikan sebagai ‘spot foto’ yang sangat baik. Akan tetapi, kerana bebatuan tersebut cukup terjal dan curam maka untuk melakukan aktiviti tersebut harus penuh waspada dan mengutamakan keselamatan. Selain pemandangan tebing batu karst, ternyata masih ada ‘spot foto’ yang amat memukau iaitu pemandangan bukit hijau yang jika dipadukan dengan tebing batu karst, laut, serta awan dan langit akan membuat hasil gambar semakin menakjubkan. Lebih-lebih lagi jika kita mengambil gambar dari arah atas menggunakan ‘drone’ maka seluruhnya akan kelihatan sangat sempurna.

****

17 Ferbuari 2024, selepas bersarapan di hotel, kami dibawa ke Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Ngurah Rai untuk pulang ke Malaysia.

Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali merupakan perusahaan retail, bergerak  di bidang  pariwisata  yang  menjual  produk  ole-ole  khas  Bali. Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali  dibina  pada  tahun  2000  yang pusatnya  beralamat  di  Obyek  Wisata  Tanah  Lot,  Kediri,  Tabanan,  Bali. Pemilik Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali bernama Anak Agung Mira Darini atau dikenali juga dengan panggilan Ibu Agung. Awalnya Ibu Agung merupakan seorang suri rumah, tetapi Ibu Agung ingin  mempunyai  perusahaan  untuk  menjadikan  pegangan  hidupnya.  Awal berdirinya  Agung  Bali  Oleh-Oleh  Khas  Bali  iaitu  dimulai  dari  tahun 1996, Ibu Agung menjual beberapa handycraft seperti surfing kayu di daerah objek  wisata  Tanah  Lot  dengan  bermodalkan  meja  kecil  yang  ukurannya hanya    2x3    meter  sahaja.  Di sanalah Ibu Agung  menjaja produk   dagangannya.

Kesehariannya di dalam menjual produk dagangan inilah yang membuatkan Ibu Agung memiliki idea dan keinginan untuk membina kedai yang menjual berbagai ole-ole khas Bali. Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali menjual berbagai macam ole-ole khas Bali seperti baju barong, kain pantai, handycraft, dan berbagai camilan khas  Bali.  Kedai ini  memiliki  produk  kaos  kartun  Bali  yang prosesnya terus dari kilang Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali. Ini merupakan ciri khas Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali.

Semakin  lama  perusahaan  yang  dimiliki  oleh  Ibu  Agung  semakin berkembang,  kini  Agung  Bali  Oleh-Oleh  Khas  Bali  sudah  memiliki cabang perusahaan iaitu pada tahun 2010 telah mengembangkan usahanya dengan membuka cawangan di Jalan Sunset Road, No. 18x, Kuta, Bali dan  juga di  Jalan Dewi Sri, No. 18x, Kuta, Bali pada tahun 2016. Kini Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali sudah memiliki 300 orang pekerja di seluruh  outlet  yang  dimilikinya.