SMAHADZIR
KESEMPATAN
menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pasti menjadi antara detik paling manis dan
berharga dalam diri penulis dan sesiapa saja yang bergelar jemaah umrah atau
haji. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamu Allah, beribadat sambil menyelami
keistimewaan destinasi idaman umat Islam ini. Sudah pasti, pengalaman penulis
yang mengunjungi Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah merupakan sesuatu
yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Penulis dan isteri sewaktu dalam perjalanan ke Masjid
Nabawi di Madinah
Sebelum ini
penulis hanya mendapat maklumat tentang dua kota suci ini melalui bahan-bahan
informasi dan juga melalui rakan-rakan yang pernah ke sini suatu ketika dulu.
Ada maklumat tentang sebelum kota suci ini dibangunkan, ada maklumat yang
penulis garap dari pelbagai buku, amat jauh berbeza dengan apa yang dilihat
sendiri. Itulah yang dirasai penulis.
Lapangan Terbang Abu Dhabi - moden dan menyediakan banyak kemudahan kepada
para pelanggan. Dua jam di sini tidak memungkinkan penulis berjaya menyelusuri
setiap pojoknya dengan sempurna
Tanggal 29 Mei 2012 merupakan
hari yang begitu bermakna dalam hidup penulis suami isteri. Sejak awal pagi
lagi isteri penulis sudah tidak berenggang dengan bagasi yang akan dibawa ke
Tanah Suci. Penerbangan dijadualkan jam 8.30 malam dan kami diminta supaya
berkumpul di Aras 5 KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada kami
di KLIA nanti oleh pihak pengurusan Muhammadiyah Travel & Tour Sdn Bhd.
Setibanya di Jeddah atau Madinah, khabarnya rombongan kami akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah atau
Mekah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang telah ditetapkan.
Tong-tong air zam-zam disediakan dipelbagai tempat untuk kegunaan para
jemaah
Penulis merafak rasa syukur
yang tidak terhingga ke hadirat Allah Azzawajalla kerana dengan izin-Nya,
penulis diberi kesempatan menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah sebelum hayat
di penghujung usia. Penulis bersama isteri bertolak dari KLIA pada tanggal 29
Mei 2012, singgah di Abu Dhabi selama 2 jam sebelum meneruskan penerbangan ke
Jeddah, Madinah dan Mekah. Sewaktu di Abu Dhabi, penulis sempat merakamkan
suasana moden lapangan terbang Abu Dhabi yang begitu menakjubkan. Namun, hanya
sekitar 2 jam tidak memungkinkan penulis menyelongkar keindahan dan kemodenan
lapangan terbang ini secara menyeluruh.
Betapa indah dan damainya Raudhah, dirakamkan penulis sewaktu bahagian ini
mahu ditutup untuk tujuan pembersihan
Sesungguhnya, hasrat penulis mahu
menunaikan umrah bermula pada penghujung tahun 2011 namun tidak tertunai
disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun tertunai juga
akhirnya. Setelah berbincang dengan pihak Muhammadiyah Travel & Tours Sdn
Bhd yang berpejabat di Nilai, Negeri Sembilan, penulis suami isteri terus
membuat tempatan dan pada tanggal 29 Mei 2012 kami diizinkan Azwajalla meninggalkan
Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Dari situ kami menaiki pesawat Etihad
menuju ke Abu Dhabi pada jam 8.30 malam. Pemergian kami diiringi oleh doa restu
anak-anak cucu, rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara.
Di hadapan Kaabah - Baitullah
Suasana di salah satu jalan di kota Mekah
Jeddah
Sewaktu tiba di Jeddah terasa begitu gembira kerana ini merupakan kali pertama kami tiba di Jeddah. Sebelum berangkat ke Tanah Suci ini penulis telah menyelongkar sedikit khazanah ilmu berkenaan dengan Jeddah. Menurut maklumat yang penulis dapati, terdapat dua riwayat mengenai nama ‘Jeddah’. Yang pertama riwayat menyatakan bahawa nama ‘Jeddah’ bermakna ‘tepi pantai’ kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Riwayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan ‘jaddah’, perkataan Arab yang bermaksud ‘nenek’.
Mihrab Masjid Nabawi
Mengikut cerita rakyat masyarakat Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat 21.492° N 39.19° E. Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan ‘Jeddah’ sempena nama beliau. Makam yang dikatakan makam Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi.
Salah satu sudut di Raudhah – di sinilah tempat yang selalu menjadi tempat
solat Rasulullah s.a.w. Penulis berkesempatan bersolat di sini dan selalunya
menjadi tempat yang paling digemari para jemaah sehingga ada yang sanggup
menolak orang lain semata-mata untuk mendapatkan tempat di sini
Suasana di hadapan Baitullah ketika ibadah tawaf dilakukan
Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w
sebaik baginda berhijrah ke Madinah
Bandar raya Jeddah mempunyai beberapa pantai persendirian, termasuk Durrat Al-Arus, Crystal Resort, FAL, Al-Remal, Shums, Bait Albahar, Salhia, Sheraton Abhur dan Al-Nakheel Village. Kesemua resort ini mempunyai tarikan hidupan laut dan kehidupan terumbu Laut Merah.
Bersolat di Masjid Qiblatain. Kita bersatu dalam satu agama, satu
kepercayaan dan satu akidah. Innamalmukminunaikhwakth
Masjid Tan’im atau Masjid Siti Aisyah
Semasa Perang Dunia Pertama, Sharif Mekah yang menjadi wakil kepada kerajaan Uthmaniah di tanah Arab memberontak menentang kerajaan Uthmaniah dan menuntut satu kebebasan untuk negara Arab yang bersatu yang merentasi Aleppo di Syria hingga ke Aden di di Yemen. Selepas Perang Dunia Pertama, Putera Ibn Sa’ud yang berasal daripada wilayah Najd menawan Mekah dalam tahun 1924, dan bandar-bandar Madinah dan pelabuhan Jeddah dan mengguling-kan Sharif Mekah Hussein Bin ‘Ali Al Hashem. Hussein melarikan diri ke Cyprus sebelum berhijrah dan menetap di Amman, Jordan di mana warisnya mengasaskan keluarga diraja Hashimiyah Jordan yang menjadi Raja Jordan. Dalam tahun 1926, Raja Ibn Sa’ud mengambil gelaran Sultan Hijaz di samping gelaran Sultan Najd.
Suasana di Masjidil Haram di kota Mekah
Masjidil Haram dalam proses pembesaran
Pengangkutan udara Jeddah dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz. Salah sebuah terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badawi. Terminal ini direka untuk mengendalikan lebih daripada 2 juta jemaah yang menggunakan terminal ini semasa musim haji. Pelabuhan Jeddah pula adalah pelabuhan ke-30 paling sibuk dalam kategori kendalian kontena dan mengendalikan sebahagian besar kendalian laut komersial Arab Saudi.
Suasana di salah satu sudut di Masjidil Haram
Dari Jeddah kami dibawa pula ke kota Madinah. Penulis dan isteri tiba di kota Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah dengan selamat dan ditempatkan di Hotel Durrat Fayroz yang jaraknya sekitar 80 meter dari Masjid Nabawi. Madinah merupakan kota suci kedua bagi umat Islam selepas Mekah. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang enam jam. Rasa letih dalam penerbangan Etihad dari Abu Dhabi masih belum lenyap namun terasa segar oleh alam sekitar Tanah Arab yang begitu asing bagi diri penulis.
Air zam-zam diedarkan secara percuma kepada para
jemaah
Masjid Quba’ dilihat dari bahagian sisi
Masjid Qiblatain terletak di bahagian barat laut Madinah
Madinah
Kalau sebelum ini kota Madinah
dilahap penulis melalui bahan bacaan seperti buku dan majalah tetapi kini diri
penulis sendiri dipeluk akrab kota bersejarah ini. Madinah atau Madinah
al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di
wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah mempunyai penduduk lebih dari
900,000 orang. Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas
peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi)
ataupun al-Madinah al-Munawwarah (Kota Yang Bercahaya) sementara
perkataan Madinah bermaksud ‘bandar atau kota’.
Di Masjid Quba’ juga ramai dengan para jemaah. Penulis hanya berada di
masjid ini sekitar setengah jam sahaja kerana selepas itu dibawa ke sebuah
ladang kurma yang letaknya tidak berapa jauh dari sini
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesar-kan oleh Khalifah Al-Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba’.
Para jemaah sedang bersolat di Masjid Qiblatain
Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Mekah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Masjid Qiblatain masjid dua kiblat
Suasana dalam Masjid Qiblatain
Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembaga-an itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
Masjid Saidina Ali
Pemandangan dari luar Masjid Nabawi. Kali pertama penulis merakamkan objek
ini dengan perasaan yang sungguh syahdu, terharu dan diulit ketenangan jiwa
Suasana pada waktu malam di pekarangan Masjid Nabawi
Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupa-kan Gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
Maqam Ibrahim dilihat dari atas
Maqam Ibrahim
Yang jelasnya, tatkala
melemparkan mata pandang menyeluruhi juzuk kota Madinah ini, terkenang
kehebatan, kecekalan, ketabahan dan kesungguhan baginda Junjungan dalam
menyebarkan syiar Islam di kalangan masyarakat sehingga gah seluruh dunia. Di
sini juga terdapat Masjid Nabawi yang tersergam indah dan mendamaikan perasaan.
Mengerjakan ibadah tawaf ketika berihram
Alhamdulillah penulis dan
rakan-rakan umrah yang lain begitu semangat dan teruja apabila melihat dengan
mata sendiri (ayn al-yaqin), kota
Madinah yang mempunyai seribu satu makna bagi umat Islam. Seawal Maghrib sudah
ada ikhwah yang menempah tempat di Raudhah
dari saf belakang dan mara ke depan sedikit demi sedikit sehinggalah azan
Isyak.
Suasana sesak di Maqam Ibrahim
Makam Rasulullah s.a.w bersebelahan dengan Makam Saidina Abu Bakar dan
Makam Saidina Umar dilihat dari jauh
Namun penulis dan isteri lebih
memilih untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan
bersolat di Masjid Nabawi; sabda Rasulullah s.a.w: ‘Pahala sembahyang di masjidku
ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid
kecuali di Masjidil Haram.’
Salah satu sudut di kota Madinah
Memang indah, damai dan
menenangkan fikiran. Terkenang pelbagai peristiwa sejarah yang berlaku di sini.
Banyak sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat di kota ini yang
penulis telah rakamkan dalam kotak benak sejak sekian lama.
Suasana di kota Madinah menjelang petang
Masjid Nabawi
Mahu bersolat di Masjid Nabawi
ini memang telah lama menjadi hasrat yang terpendam bagi penulis. Beberapa hari
sebelum bertolak ke Tanah Suci ini penulis telah beberapa kali bermimpi
bersolat di Masjid Nabawi. Justeru tatkala kali pertama melihat Masjid Nabawi
ini dengan mata kepala penulis sendiri, beberapa titik air mata mengalir tanpa
dapat ditahan-tahan. Betapa besar dan agung kuasa-Nya memberi kesempatan dan
kudrat kepada penulis untuk mendirikan solat di masjid ini.
Antara bangunan-bangunan yang terdapat di kota Madinah.
Masjid an-Nabawi atau
Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci bagi kita umat Islam. Di sini
juga terdapat Makam Rasullullah s.a.w. Masjidil Haram merupakan
masjid paling suci dan Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling
suci bagi kita umat Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah s.a.w,
bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas
peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masehi. Masjid pertama yang didirikan
oleh Rasullullah s.a.w semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Suasana tidak terlalu sesak dengan kenderaan di kota Madinah
Rasulullah s.a.w telah
mendirikan Masjid Nabawi atas asas takwa. Masjid ini terletak kira-kira 597
meter dari aras laut. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah
menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar, sesuai dengan
peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.
Suasana di hadapan Perkuburan Baqi
Tanah tapak masjid ini berasal
daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim iaitu Suhail dan
Sahl. Rasulullah s.a.w kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi
dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya
dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih
untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah s.a.w
keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah, orang ramai bereut-rebut
mengheret tali unta Rasulullah s.a.w untuk membawa baginda sebagai tetamu ke
rumah masing-masing.
Alhamdulillah penulis dan rakan-rakan umrah yang lain begitu semangat dan teruja apabila melihat dengan mata sendiri (ayn al-yaqin), kota Madinah yang
mempunyai seribu satu makna bagi umat Islam
Namun demikian Rasulullah s.a.w menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu, sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Insya-Allah, di sinilah tempatnya’. Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622 Masehi) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w di kota Madinah.
Suasana di hadapan Masjid Nabawi di kota Madinah
Buah kurma yang masih muda dan menghijau di atas pokok
Menurut catatan sejarah, awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 meter × 50 meter, dengan tinggi bumbung sekitar 3.5 meter. Keempat-empat dinding sisi masjid ini dibuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebahagian atapnya dibiarkan terbuka. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa cahaya penerang pada malam hari. Hanya pada waktu Isya, diberikan sedikit cahaya penerang dengan membakar jerami.
Unta-unta yang terdapat di sebuah ladang unta di Madinah, salah sebuah
ladang unta yang dilawati penulis sewaktu berada di Madinah
Buah kurma yang masih muda dan menghijau di atas pokok
Setelah itu berkali-kali masjid ini diubahsuai, dibina semula dan diperluaskan. Renovasi yang pertama dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 17 Hijrah, dan yang kedua oleh Khalifah Utsman bin Affan pada tahun 29 Hijrah. Pada zaman moden, Raja Abdul Aziz pemimpin Kerajaan Arab Saudi telah meluaskan masjid ini menjadi 6,024 m² pada tahun 1372 Hijrah. Perluasan ini kemudiannya diteruskan oleh penerusnya, Raja Fahd pada tahun 1414 Hijrah, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100,000 m², ditambah dengan tingkat atas yang mencapai luas 67,000 m² dan pelataran masjid yang boleh digunakan untuk solat seluas 135,000 m². Masjid Nabawi kini boleh menampung kira-kira 535,000 jemaah.
Ini adalah sebuah tempat di sisi Masjid Quba’. Suasana sibuk dengan gelagat
manusia sewaktu berkunjung ke mana-mana sahaja di Madinah. Ada yang
menjual dan ada yang membeli. Semuanya dengan ragam tersendiri
Keutamaan Masjid Nabawi telah
dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana diterima dari Jabir r.a yang
bermaksud: ‘Satu kali solat di masjidku ini, lebih besar pahalanya
dari seribu kali solat di masjid yang lain, kecuali di Masjidil Haram. Dan satu
kali solat di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu kali solat di masjid
lainnya.’ (Riwayat Ahmad, dengan sanad yang sah)
Pelbagai jenis kurma dijual di sebuah kedai kurma di Madinah
Diterima dari Anas bin
Malik bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang bermaksud: ‘Barangsiapa
melakukan solat di masjidku sebanyak empat puluh kali tanpa luput satu kali
solat pun juga, maka akan dicatat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari
siksa dan terhindarlah ia dari kemunafikan.’ (Riwayat
Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang sah)
Buah kurma yang masih muda
Dari Sa’id bin Musaiyab, yang diterimanya dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang bermaksud: ‘Tidak perlu disediakan kenderaan, kecuali buat mengunjungi tiga buah masjid: Masjidil Haram, masjidku ini, dan Masjidil Aqsa.’ (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)
Buah kurma Ajwa yang paling mahal harganya –
sekitar 100 – 120 riyal sekilogram
Berdasarkan hadis-hadis
ini maka Kota Madinah dan terutama Masjid Nabawi selalu ramai dikunjungi oleh umat Islam yang
sedang melaksanakan ibadah haji atau umrah sebagai amalan
sunah.
Raudhah
Syukur kerana penulis juga
telah diizinkan Allah s.w.t bersolat di Raudhah. Raudhah
bermaksud taman dan merujuk kepada hadith Rasulullah s.a.w. ‘Apa yang ada di
antara minbar dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman
syurga.’ Kawasan Raudhah dikenali di dalam Masjid Nabawi dengan warna
permaidaninya yang berbeza dengan permaidani biasa yang berwarna merah. Penulis
mengambil peluang keemasan berada di Raudhah dengan pelbagai bentuk ibadah seperti
solat sunat, bacaan al-Quran dan zikir. Adab-adab di Raudhah perlu diberi
perhatian seperti tidak bersikap kasar terhadap saudara-saudara lain, memberi
ruang kepada saudara-saudara yang beribadat, beribadat dengan ikhlas dan
khusyuk dengan pengharapan ingin beribadat kepada Allah s.w.t.
Buah kurma yang hampir masak
bergayutan di pokok
Doa-doa yang dipanjatkan dari
Raudhah ini diyakini akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Raudhah terletak di
antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah s.a.w. Diterima dari Abu
Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): ‘Tempat yang
terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara
taman-taman syurga, sedang mimbarku itu terletak di atas
kolamku.’ (Riwayat Bukhari)
Ada pokok yang rendah dan ada yang tinggi.
Suasana ini dapat dilihat di sebuah ladang kurma di Madinah
Suasana ini dapat dilihat di sebuah ladang kurma di Madinah
Rasulullah s.a.w. dimakamkan
di tempat baginda wafat, yakni di tempat yang dahulunya adalah bilik Ummul
Mukminin Aisyah r.a, isteri baginda Rasulullah s.a.w. Kemudian
berturut-turut dimakamkan pula dua sahabat terdekat baginda di tempat yang
sama, iaitu Abu Bakar Al-Shiddiq dan Umar
Al-Khattab. Kerana perluasan-perluasan Masjid Nabawi, ketiga-tiga makam
itu kini berada di dalam masjid, yakni di sudut tenggara (kiri depan) masjid.
Aisyah sendiri, dan ramai lagi sahabat yang lain, dimakamkan di pemakaman
umum Baqi. Dahulu terpisah cukup jauh, kini dengan perluasan masjid, Baqi
terletak bersebelahan dengan halaman Masjid Nabawi.
Sejenis kurma yang terdapat di kedai kurma
Ziarah penulis dan rakan-rakan
umrah yang lain bermula dengan kunjungan ke Masjid an-Nabawi atau lebih
dikenali sebagai Masjid Nabi. Masjid yang dibina pada 622 Masehi ini, iaitu
selepas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Madinah adalah
masjid kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah. Di
sinilah dimakamkan Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar
as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab. Dalam masjid ini, setiap amalan yang
dilakukan akan digandakan 1,000 kali. Dalam masjid inilah terletaknya Raudhah
yang penulis telah jelaskan di atas tadi.
Seorang penjual kurma sedang menunjukkan tanda bagus kepada penulis
menjelaskan bahawa kurma yang dijualnya semuanya bagus dan berkualiti
Meskipun terpaksa bersesak-sesak
dengan jemaah lain, penulis dan isteri tetap bersemangat dan tidak melepaskan
peluang menunaikan ibadat di kawasan Raudhah kerana ia salah satu kawasan yang sangat
mustajab untuk berdoa. Penulis juga tidak melepaskan peluang menyampaikan salam
di makam Rasulullah s.a.w. Air zam-zam dari Masjidil Haram turut disediakan di
masjid ini. Terasa tenang dan damai fikiran apabila bersolat di sini.
Bagaikan segala masalah hidup melenyap dan terbang entah ke mana. Semoga segala
dosa-dosa penulis diampunkan Allah s.w.t dan putih bersih segala kamar hati
yang selama ini sarat dengan mazmumah.
Kelihatan parit-parit kecil digali di sekitar pokok bagi proses pengaliran
air
Penulis dan rakan-rakan umrah
yang lain kemudiannya mengunjungi Tanah Perkuburan Baqi, kawasan makam untuk
penduduk Madinah sejak zaman jahiliyah sehingga kini. Di sini ada makam Saidina
Uthman bin Affan, isteri baginda Rasulullah s.a.w iaitu Siti Aisyah, Ummu
Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah al-Qibtiyah. Selain itu,
putera dan puteri Rasulullah s.a.w juga dikuburkan di sini.
Buah kurma yang sudah masah di atas pokok
Makam Rasulullah s.a.w Dan Sahabat
Sukar untuk menghampiri makam
baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat kerana kawasan ini ditutup dan
dikawal rapi oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Makam Rasulullah s.a.w terletak di
sudut timur Masjid Nabawi, dahulu dinamakan Maqshurah. Setelah Masjid Nabawi
dibesarkan, makam itu termasuk di dalam bangunan masjid. Makam Rasulullah s.a.w
itu sendiri dibatasi oleh pagar yang penuh dengan lukisan kaligrafi dan
pintunya dilapisi emas. Namun begitu pihak berkuasa Arab Saudi menjaga ketat
dengan pagar betis di sekeliling Makam Rasulullah sehingga penulis hanya mampu
berdoa dari jarak lima meter. Pada bangunan ini terdapat empat buah
pintu iaitu:
- Pintu sebelah kiblat dinamakan pintu At-Taubah.
- Pintu sebelah timur dinamakan pintu Fatimah.
- Pintu sebelah utara dinamakan pintu
Tahajjud.
- Pintu sebelah barat ke Raudah (sudah
ditutup).
Dalam ruangan ini terdapat 3
buah makam iaitu makam Rasulullah s.a.w, makam Abu Bakar As-Siddiq dan makam Umar
ibnul Khattab.
Pokok-pokok kurma menjulang tinggi di sebuah ladang kurma di Madinah
Lawatan seterusnya ke Masjid Quba’,
masjid pertama didirikan oleh Rasulullah s.a.w ketika sampai di Madinah. Menurut
catatan sejarah, penduduk Quba’ adalah kumpulan pertama yang menyambut ketibaan
Rasulullah s.a.w di Madinah ketika penghijrahan baginda dari Mekah. Jarak
masjid ini dari kota Madinah hanya sekitar tiga kilometer sahaja.
Sebuah ladang kurma di Madinah dilihat dari pintu masuk
Masjid Quba’ letaknya sekitar
dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad
s.a.w sebelum baginda tiba
di Madinah melakukan berhijrah dari Mekah. Masjid Quba’
kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan
masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan
beribadah kepada Allah s.w.t.. Rumah Saidina Ali terletak di belakang
Masjid Quba’, dan menurut catatan sejarah Nabi Muham-mad akan
mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali. Masjid Quba’
disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas
takwa.
Kilang cetak Al-Quran di Madinah
Suasana di sebuah ladang kurma di Madinah
Suasana di sebuah ladang kurma di Madinah tak ubah seperti berada di ladang
kelapa sawit di Malaysia
Ibadat tawaf di Baitullah
Semasa hayatnya, Nabi Muhammad
s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba’ dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis
Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba’ dengan
menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa
Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba’ pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki
tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.
(Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119.
Muslim: Haji: 2478, 2483)
Sepanjang
masa kelihatan ramai jemaah melakukan ibadah sunat tawaf
Betapa tenang dan damainya hati dapat bersujud di hadapan Kaabah yang
sekian lama menjadi dambaan hati. Ramai jemaah kelihatan beribadah dengan penuh
pasrah dan kusyuk memohon keredhaan-Nya
Telah diriwayatkan juga bahawa
Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba’
pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala
ibadat Umrah.
Sejak zaman Nabi Ibrahim a.s hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. belum
mempunyai sempadan dinding tertentu, hanya rumah-rumah yang ada di sekitarnya
saja yang merupakan semapadan Masjidil Haram. Tempat tawaf belum begitu luas
kerana pengunjungnya hanya terdiri dari orang Arab, demikian juga pada masa
Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat Abu Bakar.
Penulis sempat merakamkan suasana di Lapangan Terbang Jeddah sebelum bas
pengangkutan tiba untuk membawa para jemaah ke Mekah atau Madinah
Masjid Quba’ mempunya
dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan
solat ditempatkan di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan
kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga
sebuah perpustakaan. Enam buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk
utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini.Masjid ini mempunyai
empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini
mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh
dibuka dan ditutup.
Sebelum pulang ke tempat
penginapan, penulis dan rakan-rakan umrah yang lain menyusuri Masjid Qiblatain
yang mempunyai dua kiblat. Kiblat pertama menghadap Masjid al-Aqsa di
Baitulmaqdis sebelum diperintahkan Allah s.w.t untuk menukar kiblat ke arah
Kaabah sehinggalah hari ini.
Di Lapangan Terbang Jeddah sebelum berangkat ke Madinah
Rasulullah s.a.w menerima
wahyu daripada Malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah
Mekah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya,
turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di
Masjidil Haram. Maka, baginda mengubah arah kiblat menghala ke Mekah. Perubahan
arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu
berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.
Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah
Sejarah awal pentadbirannya terletak di bawah Khalifah Umar al-Khatab, kemudian diserahkan kepada pemerintahan Khilafah Uthmaniah dengan penyeliaan Sultan Sulaiman yang bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian terhadap masjid bersejarah itu.
Suasana sibuk di Lapangan Terbang Jeddah
Jabal Thur banyak menyimpan sejarah pahit getir Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh umat manusia. Dalam kisah Hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Rasulullah s.a.w telah diperitahkan oleh Allah s.w.t untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Mekah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar pula
menyusul kemudian. Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah bersamaan (9
September 622) Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah
meninggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah
Masjid Qiblatain mampu
menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah pada satu masa. Antara imam dan
khatibnya termasuk Sheikh Salleh bin Awad al-Mughamisi, Sheikh Muhammad Khalil,
Sheikh Muhammad Ayub dan Sheikh Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman.
Jalan yang menghala ke arah Jabal Thur
Pembesaran masjid berlaku pada
1543 apabila Sultan Sulaiman diarah melakukan pembesaran masjid bagi menampung penulis
dan rakan-rakan jemaah semakin bertambah. Pada 1987 projek pembesaran masjid
dilakukan mengikut keperluan semasa tanpa mengubah struktur binaan asal. Namun,
masjid lama dirobohkan bagi memberi nafas baru bagi menyerlahkan seni bina
Islam.
Jabal Thur – di sinilah letaknya Gua Thur yang menjadi tempat Rasulullah
s.a.w dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dari buruan kaum Quraisy. Pintu timur Gua Thur atau Ghar
al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m X 3.5
m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu di sebelah barat dan sebelah timur.
Pintu di sebelah baratlah yang digunakan oleh baginda Nabi Muhammad s.aw dan
Saidina Abu Bakar untuk masuk. Pintu gua barat tingginya hanya 1 meter
sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi
membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki atau pelawat yang
berhasrat masuk ke Gua Thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan
masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, Al-Nasai, Ibnu Majah dan Hakim, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud: ‘Sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di Masjid Qiblatain, maka Allah memberikan ganjaran pahalanya seperti pahala mengerjakan satu umrah.’ Justeru, tidak hairanlah masjid itu menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh pelosok dunia.
Sebuah ladang unta yang dilawati penulis
Selepas lebih kurang 30 minit berada di masjid ini termasuk bersolat sunat, penulis dan rakan-rakan umrah yang lain mengunjungi sebuah ladang kurma yang letaknya tidak berapa jauh dari situ. Di ladang ini, penulis sempat menikmati jus kurma asli secara percuma. Dari jauh pokok kurma kelihatan seperti pokok kelapa sawit. Ada pelbagai jenis kurma dijual di pasar raya dalam kawasan ladang kurma berkenaan, termasuk kurma Nabi atau kurma Ajwa yang tinggi khasiatnya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Selain kurma, pelbagai jenis kekacang, kismis dan coklat turut dijual. Penulis sempat membeli beberapa jenis kurma, coklat dan kekacang untuk anak cucu dan rakan taulan di tanah air.
Di sini dipanggil Jabal Magnet
Cuaca mulai panas dan terik
kerana bulan Mei merupakan permulaan musim panas di sini. Namun penulis
begitu bersemangat untuk melihat sistem tanaman kurma yang begitu terkenal di
sini. Ladang kurma yang terletak di Sumur Usman merupakan salah sebuah kawasan
penanaman kurma yang sangat terkenal dengan hasil-hasil kurmanya yang bermutu
tinggi. Rasanya tanah di sini memang sesuai dengan pokok kurma. Sebab itu pokok
kurma yang tumbuh amat subur dan kehijauan dedaunannya jelas menggambarkan
betapa suburnya tanaman ini.
Bangunan Jabal Omar di kota Mekah
Menurut catatan sejarah, Sumur Ar-Rumah atau Sumur Usman merupakan punca air atau sumber air Madinah yang dibeli oleh Saidina Usman dengan harga yang sangat mahal ketika itu sebagai wakaf untuk kaum Muslimin sebagai menyahut seruan dan saranan Rasulullah s.a.w ketika itu yang mana pahala dan syurga sebagai balasannya.
Sebuah ladang unta di mana susu unta dijual. Harganya sekitar
lima riyal bagi satu botol kecil
Ketika ini, ramai pengunjung
di pasar raya kurma di ladang ini yang menempatkan pelbagai jualan hasilan
kurma. Tetapi harga yang ditawarkan di sini agak tinggi berbanding harga di
pasar kurma Madinah kerana di sana banyak persaingannya. Pasar Kurma atau Souq
Tumur cukup terkenal sebagai tempat pupular untuk membeli aneka jenis kurma
sewaktu penulis berkunjung ke Madinah.
Masjid Hudaibiyah yang baru
Tapak tinggalan masjid lama di Hudaibiyah
Sungguhpun
begitu, bagi para jemaah yang ditawarkan untuk ke Ladang Kurma, sebaiknya jika
ke sana jangan lekas membeli kurma yang terdapat di ladang kurma ini kerana
harga kurma di sini jauh lebih mahal berbanding di Pasar Kurma. Contohnya kurma
Ajwa (atau lebih dikenali sebagai Kurma Nabi) di Ladang Kurma dijual dengan
harga SR 70.00 sedangkan kalau ke Pasar Kurma, kurma yang sama harganya hanya
SR 50.00 saja.
Syukur kerana penulis diizinkan
Allah s.w.t bersolat
sunat dan berdoa di Hijir Ismail |
Suasana sesak dengan para jemaah yang ingin menyentuh Hajar Al-Aswad
Kurma dan air zam-zam selalu identik dengan ole-ole ibadah umrah dan haji. Kurma yang paling terkenal adalah kurma Madinah. Selain kerana bentuknya yang lebih besar, isi buahnya kenyal dan kering, menambah atribut rasa manis kurma Madinah. Seperti namanya, kurma ini memang berasal dari Madinah, kota pengeluar kurma terbesar di Arab Saudi.
Menurut sejarah, pada hari Sabtu 29 Syawal 802 Hijrah, terjadi kebakaran di
Masjidil Haram. Banyak tiang dan ukiran yang amat berharga terbakar. Kerosakan
itu diperbaiki oleh Sultan Farouk bin Barquk dari Mesir dimulai tahun 979
Hijrah yang atapnya pada awalnya dari kayu jati ditukar kepada kubah-kubah
batu. Pada 1072 Hijrah diadakan lagi perbaikan oleh Gabenor Jeddah, Sulaeman
Bey.
Penulis
dapati, setiap jemaah dari segala penjuru dunia yang bertandang ke Tanah Suci
khususnya, kelihatan menjinjing buah cokelat kehitam-hitaman ini sebagai salah
satu ole-ole mereka. Tidak terlalu sukar untuk mendapatkan kurma Madinah.
Sewaktu berada di Madinah, pergi saja ke Pasar Kurma (Madinah Dates Market).
Letaknya pasar ini tepat di pusat kota, arah selatan Masjid Nabawi. Hanya
berjarak sekitar setengah kilometer dari Masjid Nabawi, Pasar Kurma berada di
kawasan yang bernama Qurban.
Seorang jemaah sedang menyentuh Hajar Al-Aswad
Pasar Kurma Madinah yang
dibina pada 1982 oleh kerajaan Arab Saudi, dibuka mulai pukul 08.00 pagi sampai
pukul 22.00 malam waktu setempat. Kita boleh membeli aneka kurma di sini, baik
kurma murni mahupun olahan. Ada puluhan jenis. Sebut saja apa isi kurma yang
anda mahukan - kurma isi kacang, kismis, biskuit selai kurma, dan tentunya (buah)
kurma Madinah yang terkenal – semuanya ada di sini.
Hajar Al-Aswad dijaga oleh pihak berkuasa Arab Saudi
Hotel Al-Haram di kota Mekah
Bukan rasa ataupun bentuk yang
menjadikan Kurma Ajwa diincar para pembeli, melainkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w
yang berbunyi: ‘Barang siapa pada waktu pagi makan tujuh butir Kurma Ajwa, pada
hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.’ Hadis yang terdapat dalam
kumpulan Shahih Bukhari inilah yang membuatjan kurma berwarna agak kehitaman
dan berkulit keriput tersebut menjadi incaran para jemaah.
Hajar Al-Aswad yang menjadi impian umat Islam untuk menyentuhnya
Mengikuti teori ekonomi, Kurma
Ajwa merupakan kurma dengan harga paling mahal dibandingkan kurma jenis
lainnya. Menyesuaikan ukuran buah, Kurma Ajwa dijual dengan harga 60 - 80 riyal
untuk sekilogram. Berkaitan kualiti buah, di bawah Kurma Ajwa, ada jenis Kurma
Ambhar. Untuk satu kilogram kurma ini, pembeli harus mengeluarkan wang antara
35 - 40 riyal, bergantung kepada saiz buahnya. Kalau kurma-kurma jenis lain
boleh dirasa sebelum beli, jangan harap kita boleh merasa Kurma Ajwa dan Kurma
Ambhar.
Bir Ali – di sinilah tempat miqat bagi jemaah yang datang dari Madinah
Hal yang sudah pasti, bila kita
ingin membeli kurma sebagai ole-ole, penulis mencadangkan supaya belilah di
Madinah. Alasannya tidak lain kerana kurma yang dijual lebih murah di Madinah berbanding
yang dijual di Mekah. Selisih harga untuk satu kilogram kurma di Madinah dengan
di Mekah boleh mencapai setengah kali ganda. Contohnya Kurma Ajwa berukuran
kecil berharga sekitar 60 riyal di Madinah, sedangkan di Mekah paling murah sekitar
100 riyal sekilogram. Contoh lain - Kurma Safawi di Madinah hanya berharga 15
riyal sekilogram, sedangkan di Mekah dijual dengan harga paling murah 20 riyal.
Pintu
Kaabah jelas kelihatan
Penulis pernah diberitahu oleh
seorang rakan bahawa kurma Nabi di Malaysia berharga sekali ganda berbanding di
Tanah Suci iaitu sekitar RM120 sekilo. Disebabkan faktor kesukaran
mendapatkannya selain harganya yang mahal membuatkan rakan penulis itu sering memesan
apabila ada rakan-rakan ke sini.
Taktaka Restoren di Jalan Al-Rusayfah – salah sebuah restoren keluarga yang
terdapat di kota Mekah
Bangunan Abraj Al-Bait di kota Mekah dilihat dari jauh
Sekitar 30 minit di Pasar
Kurma, bas membawa rombongan umrah kami balik ke hotel. Penulis dan rakan-rakan
jemaah yang lain sampai sebelum Zohor. Sempatlah kami berkemas dan bersiap-siap
untuk Zohor. Sayang untuk dilepaskan setiap waktu di Masjid Nabawi. Masjid
utama orang Islam selepas Masjidil Haram di Mekah. Madinah bumi yang tenang dan
mendamaikan perasaan. Serasa seperti tidak mahu meninggalkan bumi anbiya ini
namun ia sesatu yang mustahil kecuali mati di sini. Semoga Allah Azzawajalla memberi
penulis kesempatan untuk ke bumi suci ini lagi.
Penulis
di hadapan Masjid Terapung Jeddah
Khandak Atau Masjid Khamsah
Khandak dari segi bahasa
bererti parit. Khandak terletak di daerah Gunung Sila. Di daerah ini terdapat
lima buah masjid, iaitu Masjid Abu Bakar Ash-Shiddiq, Masjid Umar
Al-Khaththaab, Masjid Ali bin Abi Thalib, Masjid Salman Al-Farisi dan Masjid
Alfath. Dalam sejarah Islam, yang dimaksudkan khandak adalah peristiwa penggalian parit pertahanan sehubungan
dengan peristiwa pengepungan kota Madinah oleh kafir Quraisy bersama
dengan sekutu-sekutunya dari Yahudi Bani Nadlir, Bani Ghathfan dan
lain-lain lagi.
Sewaktu di Terminal Haji Lapangan Terbang Jeddah pada hari terakhir
Sewaktu Rasulullah s.a.w
mendengar kafir Quraisy bersama sekutu-sukutunya akan menggempur kota Madinah,
maka baginda bermusyawarah dengan para sahabat, bagaimana cara menghadapi
serangan tersebut. Pada waktu itu sahabat baginda iaitu Salman Al-Farisi
memberikan saranan supaya Rasulullah s.a.w membuat benteng pertahanan berupa
parit. Usul tersebut diterima oleh Rasulullah s.a.w membuat benteng pertahanan
berupa parit, usul tersebut diterima oleh Rasulullah s.a.w. Maka digalilah
parit pertahanan tersebut di bawah pimpinan baginda sendiri.
Dalam penerbangan Etihad dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Abu Dhabi ke Kuala Lumpur
Peristiwa pengepungan kota Madinah ini terjadi pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Peninggalan Perang Khandak yang ada sehingga sekarang hanyalah berupa lima buah pos yang dulunya berjumlah tujuh, yang menurut sebahagian riwayat tempat tersebut adalah bekas pos penjagaan pada peristiwa Perang Khandak dan sekarang dikenali dengan nama Masjid Sab’ah atau Masjid Khamsah.
Penulis di hadapan Laut Merah
Bukit Uhud
Destinasi seterusnya ialah
Bukit Uhud, bukit paling penting dalam sejarah Islam. Bukit Uhud
atau lebih terkenal dengan sebutan Jabal Uhud adalah bukit yang mencintai kita
dan kita mencintainya. Begitu Rasulullah s.a.w bersabda soal Jabal Uhud, bukit
kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para syuhada di Madinah. Ziarah ke Jabal
Uhud telah menjadi menu penting bagi segenap jemaah haji atau umrah ketika
berada di kota suci Madinah, dari mana pun mereka berasal.
Isteri penulis di sisi Masjid Terapung Jeddah dan tepian Laut Merah
Bukit Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslimin dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir hayat. Jabal Uhud atau Bukit Uhud tidaklah begitu besar, tingginya sekitar 1,050 meter sahaja. Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibina oleh Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilalui oleh jemaah yang masuk ke Madinah mahupun yang menuju kota Mekah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua-dua kota suci ini.
Masjid Terapung di Jeddah
Jabal Uhud adalah sebuah bukit batu yang berwarna kemerah-merahan. Melihatnya mengingatkan kita kepada perjuangan dan darah para syuhada. Di Jabal Uhud atau Bukit Uhud inilah pertarungan spiritual dan politik dalam makna yang sebenarnya. Ketika itu pasukan Islam diberi pilihan antara kesetiaan kepada agama dan kecintaan kepada harta. Melihat lokasi dan bukit yang mengelilinginya, kita akan terbayangkan bagaimana sukarnya medan perang ketika itu. Bukit batu, panas terik, dan keberanian pada syuhada memang merupakan sesuatu yang perlu menjadi iktibar kita.
Isteri penulis dan anak angkat kami Cikgu Sharazi Zul di Masjid
Terapung di Jeddah
Menurut catatan sejarah,
Perang Uhud terjadi pada tanggal 15 Syawal 3 Hijrah. Peperangan itu dipicu
keinginan balas dendam kafir Quraisy usai kekalahan mereka dalam Perang Badar.
Atas perintah Rasulullah s.a.w, maka barisan pasukan Muslim pun menyongsong
kaum kafir tersebut di luar kota Madinah. Strategi pun disusun. Sebanyak 50
pasukan pemanah ditempatkan di atas Jabal Uhud dengan perintah untuk melakukan
serangan apabila kaum Quraisy menyerbu, terutama pasukan berkudanya.
Penulis bersama isteri di Masjid Terapung di Jeddah
Maka perang pun berkobar.
Dalam perang yang dahsyat itu pasukan Muslimin sebenarnya sudah memperolehi
kemenangan. Akan tetapi mereka kemudiannya diserang semula oleh tentera
Quraisy, kerana pasukan pemanah terpancing oleh umpan musuh yang menyebarkan
kemewahan dunia melalui harta rampasan perang seperti senjata yang bertebaran.
Isteri penulis selepas melakukan ibadat tawaf dan solat sunat di Baitullah
Kaabah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. Menziarahi Baitullah
atau Kaabah ini pula menjadi impian ibadah penulis sejak lama
Bersama syuhada yang lain (68
orang mujahid), jenazah mereka dimakamkan berhampiran Jabal Uhud. Komplek
pemakaman itu sendiri nampak sangat sederhana, hanya dikelilingi pagar setinggi
1.75 meter. Dari luar hanya kelihatan jeruji agar jemaah boleh menjengukkan
sedikit kepala ke dalam. Tetapi di dalam kawasan pemakaman yang dikelilingi
pagar itu tidak ada tanda-tanda khusus, seperti batu nisan, yang menandakan ada
makam di sana. Konon, Bukit Uhud ikut menangis atas peristiwa Perang Uhud yang
menelan banyak korban di pihak mujahid Islam.
Suasana di hadapan Baitullah ketika ibadah tawaf dilakukan
Lantaran kecintaan Rasulullah
s.a.w kepada para syuhada Perang Uhud, terutama Hamzah, mendorong baginda
senantiasa berziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun. Langkah baginda
kemudian juga diikuti oleh beberapa sahabat sesudah baginda wafat. Bahkan
dikisahkan bahawa Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar selalu mengingatkan
Rasulullah s.a.w jika perjalanannya telah mendekati Bukit Uhud.
Penulis di sebuah ladang unta
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
”Mereka yang dimakamkan di Uhud tidak memperolehi tempat lain kecuali rohnya
berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurgawi. Burung
itu memakan makanan dari taman syurga, dan tidak pernah kehabisan makanan. Para
syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara
kami bahawa kami sudah berada di syurga.” Maka Allah
berkata, ”Aku yang akan memberi khabar kepada mereka.”
Penulis di sebuah ladang unta yang sempat dilawati di Mekah
Maka dari situ kemudiannya
turun ayat yang berbunyi, ”Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di
jalan Allah itu meninggal dunia.” (surah 3:169). Hingga kini,
Jabal Uhud atau Bukit Uhud menjadi tempat yang penting untuk diziarahi oleh
para jemaah haji atau umrah. Di tempat ini, biasanya ramai mutawwif yang memandu memimpin doa.
Penulis bersama isteri di sebuah ladang unta di Mekah
Hudaibiyah
Penulis juga tidak ketinggalan
melawat Hudaibiyah. Di sepanjang perjalanan ke Hudaibiyah penulis memandang ke
kiri dan kanan laluan untuk melihat suasana di luar dari Kota Mekah. Sepanjang
perjalanan sejauh 25 km itu dipenuhi oleh padang pasir dan bukit-bukit batu. Kelihatan
banyak rumah dibina berhampiran dengan bukit-bukit tersebut. Kebanyakan rumah
berbentuk kotak dan sangat ringkas binaan luarannya. Rumah-rumah ini dicat
dengan warna putih atau warna coklat tanah atau dibiarkan tanpa cat, warna bata
biasa sahaja. Mungkin ini kawasan perkampungan masyarakat berpendapatan
rendah di Arab Saudi.
Isteri penulis sebuah ladang unta di Mekah
Penulis dan rakan-rakan umrah
yang lain tiba di Hudaibiyah kira-kira 45 minit kemudian. Jalan raya yang baik
dan tanpa kesesakan menjadikan perjalanan ini cepat dan selesa. Hudaibiyah
merupakan tempat berlangsungnya Perjanjian Hudaibiyah di antara Rasullullah
s.a.w dan kaum Quraish. Kesan tinggalan sejarah yang masih terdapat di sini
ialah tapak masjid lama dan telaga Rasulullah s.a.w. Di sini penulis telah memasang
niat untuk melakukan umrah memandangkan Hudaibiyah merupakan salah miqaat umrah
di luar tanah haram Mekah.
Runtuhan masjid lama di Hudaibiyah
Seterusnya penulis dan rakan-rakan umrah yang lain dibawa melawat ladang unta yang juga terletak di Hudaibiyah. Di sini terdapat berpuluh-puluh ekor unta. Beberapa orang jemaah mengambil kesempatan membeli susu unta yang baru diperah. Memandangkan penulis amat meminati susu, penulis turut membeli susu tersebut.
Bekas runtuhan masjid lama di Hudaibiyah
Angin padang pasir yang
bertiup begitu kencang dan penulis terpaksa menutup muka untuk mengelakkan
pasir memasuki mata. Kami seterusnya ke destinasi berikutnya iaitu Two
Holy Mosques Museum yang menempatkan pelbagai khazanah kebesaran Islam semenjak
zaman Rasullullah s.a.w lagi.
Sepanjang
masa kelihatan ramai jemaah melakukan ibadah sunat tawaf
Semua bahan bersejarah untuk
Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi dihimpunkan di sini. Ada pintu
Kaabah tahun 1045 Hijrah, salinan asal Al-Quran tulisan tangan rasm Othmani
dari zaman Saidina Othman bin Affan, dinding telaga zamzam tahun 1299 Hijrah
dan lain-lain lagi. Ada juga demonstrasi membuat kelambu Kaabah
oleh beberapa orang lelaki. Kelihatannya begitu rumit mereka menjahit tulisan
ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan benang emas di atas kain berwarna hitam.
Sepanjang masa kelihatan ramai jemaah melakukan ibadah sunat tawaf dan
solat sunat tawaf
Selesai
lawatan tersebut, kami bertolak pulang ke Hotel Durrat Fayroz untuk
membersihkan diri sebelum masuknya waktu solat Zohor.
Isteri penulis di hadapan Kaabah
Syukur
kepada Allah kerana sewaktu berada di Tanah Suci ini penulis diberikan Allah
kesihatan yang baik. Sepanjang masa penulis rasa segar dan bugar. Begitu juga
dengan isteri penulis. Sewaktu di Mekah, penulis sempat melawat Masjid Namirah.
Di tengah-tengah Padang Arafah rupanya terdapat sebuah masjid yang bernama
Masjid Namirah. Namirah adalah nama seorang wanita yang bersedia mengabdikan
diri menjaga masjid tersebut sampai akhir hayatnya. Di tempat ini juga wanita
tersebut dikuburkan. Sewaktu Rasulullah s.a.w melakukakan haji wada’ baginda
melakukan solat Zuhur dan Asar dengan jama’
takdim di masjid ini.
Penulis
di hadapan Kaabah selepas menyelesaikan sunat tawaf dan solat sunat tawaf
Masjid Tan’im
Penulis
di hadapan Kaabah
Jabal Nur Dan Gua Hira
Isteri penulis di Masjidil Haram
Menuai Kenangan Beribadah Di Kota Mekah
Banyak perubahan telah berlaku
di kota Mekah kini berbanding sekitar tahun 1987 dulu. Menurut rakan penulis
yang pernah datang ke sini, kota Mekah ketika itu masih di kelilingi bukit
berbatu. Menurut beliau, di sebelah rumah kelahiran Rasulullah
s.a.w ada Jabal Kubis. Rumah penduduk Mekah berselerakan di atas bukit berbatu
di sekitar Masjidil Haram. Malah, kedai emas dan pelbagai barangan cenderamata
memenuhi setiap ruang di sekeliling Masjidil Haram.
Isteri penulis di Masjidil Haram sebaik selesai solat Zuhur
Setiap lorongnya berbukit dan
bertangga. Peniaganya sama ada di kedai kecil atau di kaki lima, tidak
jemu-jemu menggamit jemaah yang berpeluang membeli-belah selepas solat. Jemaah
pula tidak sukar mencari makanan Asia kerana ada pendatang dari Thailand dan
Indonesia yang menjual makanan tradisional seperti nasi lemak. Kebanyakan kedai
dibuka lewat petang dan keadaan begitu meriah pada sebelah malam. Aktiviti
jual beli ini berhenti sama sekali ketika waktu solat. Pemilik kedai membiarkan
kedai terdedah tanpa sekelumit perasaan ia akan diceroboh pencuri ketika menunaikan
solat fardu.
Pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab r.a tahun 17 Hijrah baginda mengadakan
beberapa perubahan kerana banjir besar di sekitar Mekah sehingga menimbulkan
kerosakan Masjidil Haram
Penulis
di hadapan Kaabah selepas menyelesaikan sunat tawaf dan solat sunat tawaf
Kedatangan rakan penulis itu
sekitar 10 hari terakhir Ramadhan. Katanya, suasana di Mekah sesak dengan
jemaah dan kenderaan awam yang masih boleh melewati jalan raya di sekitar Masjidil
Haram. Air dalam plastik bertulis sumbangan Raja Arab Saudi, dicampakkan
kepada orang ramai yang berulang-alik ke masjid. Jemaah turut mengerumuni lori
membawa roti untuk mendapat bekalan yang diberikan percuma. Ramai jemaah umrah
berkampung di sekitar kawasan Masjidil Haram. Ada juga yang membawa dapur
sendiri untuk memasak. Banyak beg dilihat dirantai pada pagar masjid
menandakan ada pemilik yang bermusafir di situ.
Penulis
di hadapan Kaabah selepas menyelesaikan sunat tawaf dan solat sunat tawaf
Namun, ketika penulis dan rakan-rakan umrah yang lain menyertai rombongan umrah ini, penulis dapat saksikan banyak perubahan besar telah berlaku di Tanah Suci Mekah. Penempatan murah seperti apartmen, rumah penduduk Mekah termasuk pendatang di bukit-bukit sekitarnya sudah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan penginapan bertaraf hotel kepada jemaah yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.
Ibadah tawaf sedang dilakukan para jemaah
Selain istana Raja Arab Saudi
yang tersergam indah, kini sudah ada mercu tanda baru iaitu menara jam
tertinggi di dunia yang terletak di Zam-Zam Tower. Di situ juga terletak
Kompleks Abraj Al-Bait yang menempatkan Hotel Mekah Raffles Centre, kompleks
membeli-belah, medan selera yang hanya kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram. Tidak
ramai yang tahu, pembinaan menara jam ini turut membabitkan rakyat Malaysia.
Isteri penulis di kaki Jabal Rahmah atau Bukit Arafat
Penempatan murah yang ada dan itu pun terpaksa bersaing ketika ini, hanya ada di belakang Hotel Hilton yang menunggu masa untuk dirobohkan. Bagi jemaah yang menginap di situ, peluang mendengar azan agak tipis kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Bagi mereka yang tinggal di Zam-Zam Tower pula, suara azan disambung terus ke dalam bilik hotel.
Penulis dan isteri di Bukit Arafat atau Jabal Rahmah tempat di mana pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa yang berpisah selama 200 akibat diturunkan ke dunia setelah tergoga dengan hasutan iblis
Masjid Kuching yang terletak
di sebelah Gaza dan Samiyah sudah pun diruntuhkan bagi projek pembangunan dan
pelebaran Masjidil Haram. Bagi memberikan laluan pembangunan, kerajaan
melaksanakan penempatan semula penduduk Mekah di luar kota mengikut pelan
perumahan yang lebih terancang. Mereka diberikan imbuhan besar menggantikan
tanah diambil demi pembangunan sekitar Masjidil Haram.
Isteri penulis di Bukit Arafat atau Jabal Rahmah
Kemasukan jemaah ke Tanah Suci dikawal menerusi sistem muassasah dalam usaha membendung kebanjiran pendatang tanpa izin. Projek pembangunan dan pelebaran Masjidil Haram dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi menampung kemasukan jemaah umrah dan haji yang terus bertambah.
Penulis di hadapan Bukit Uhud. Jabal
Uhud atau Bukit Uhud tidaklah begitu besar, tingginya sekitar 1,050 meter
sahaja. Berlokasi
sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah
Bagi Kerajaan Arab Saudi yang
berpegang kepada mazhab Wahabi, keutamaan lebih kepada kemudahan ibadat yang
dituntut kepada umat Islam. Warisan sejarah yang berkaitan dengan perkembangan
Islam dan kehidupan Rasulullah s.a.w banyak dimusnahkan kerana perbuatan memuja
tempat bersejarah itu dianggap bidaah. Demi tuntutan pelebaran Masjidil Haram,
rumah Siti Khatijah yang juga tempat tinggal Rasulullah s.a.w diruntuhkan dan
dibina tandas perempuan. Pasar Zin yang dulu sibuk dengan kegiatan
membeli-belah dan di situ ada satu tempat dikenal pasti sebagai tempat turunnya
surah Al-Fatihah, juga lenyap tanpa kesan.
Penulis di hadapan Kaabah di Masjidil Haram
Masjid Jin dan Masjid Kuching
yang boleh dijadikan tarikan sejarah juga sudah menyembah bumi. Hanya rumah
kelahiran Rasulullah s.a.w saja yang masih utuh dan ada ura-ura juga akan
dirobohkan. Telaga Zam-zam yang terletak di kawasan Kaabah dan mempunyai ruang
untuk jemaah menikmati airnya juga ditutup dalam usaha melebarkan ruang tawaf.
Air zam-zam kini dialirkan menerusi paip khas ke luar kota Mekah. Di situlah
air zam-zam dikumpulkan untuk dibekalkan kepada orang ramai.
Syukur kepada Allah kerana penulis dan isteri dapat merakamkan wajah Jabal Uhud yang terpasak teguh di muka bumi. Jabal Uhud adalah sebuah bukit batu
yang berwarna kemerah-merahan. Melihatnya mengingatkan kita kepada
perjuangan dan darah para syuhada. Di Jabal Uhud atau Bukit Uhud inilah
pertarungan spiritual dan politik dalam makna yang sebenarnya
Banyak
terowong baru dan jalan bawah tanah dibina untuk mengatasi kesesakan di
Masjidil Haram. Perubahan ini memudahkan orang ramai berjalan ke Masjidil
Haram tanpa dihalang kenderaan. Kawasan dataran di Masjidil Haram masih menjadi
tumpuan penduduk Arab di luar kota berkampung. Di tempat umum itu ada notis
yang meminta orang ramai menyimpan barangan sendiri jika tidak mahu ia
dialihkan oleh pihak berkuasa ketika membuat kerja pembersihan.
Penulis di Jabal Uhud
Selain mempunyai ruang tawaf
yang luas dan boleh dilakukan di tingkat atas, jemaah juga menikmati kemudahan
yang selesa mengerjakan sai dari Safa ke Marwah dengan ruang yang luas dan
dibina tiga tingkat.
Penulis di hadapan Kaabah di Masjidil Haram
Bagaimanapun, dalam pesat
membangun itu, ada beberapa perkara yang terlepas pandang iaitu kekurangan
tandas untuk jemaah melepaskan hajat dan mengambil wuduk. Ada jemaah terpaksa
menggunakan air zam-zam untuk berwuduk. Ada sesetengahnya mengambil tindakan
pulang ke hotel bagi urusan itu kerana tidak sanggup berdepan dengan kesesakan
dalam tandas yang terhad.
Suasana di hadapan Baitullah ketika ibadah tawaf dilakukan
Perjalanan meredah terik matahari menuju ke Masjidil Haram. Inilah jalan yang dilalui penulis sepanjang berada di kota Mekah. Setiap kali masuk waktu
solat, jalan inilah yang ditapaki penulis menuju ke Baitullah untuk mengadap
Khalik
Penulis juga berkesempatan
menziarahi Padang Arafah. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas
yang terletak di sebelah timur luar kota suci Mekah, di sinilah
umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan
salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi
Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas
sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu
kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah.
Ruang lobbi Hotel Saraya Ajyad yang menjadi tempat penginapan
penulis di Mekah
Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada penulis mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan telah dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Suasana dalam Masjidil Haram
Perjalanan Umrah
Setelah selesai urusan
pendaftaran masuk di hotel penginapan di Mekah, kami bergegas ke Masjidil Haram
untuk menunaikan umrah. Penulis dilanda keharuan apabila melihat Kaabah untuk
pertama kali di hadapan mata. Selama lebih 50 tahun menghadap kiblat, kini
Baitullah tersergam indah di hadapan mata. Hati siapa tidak terharu. Kami
bertawaf 7 kali keliling Kaabah. Kemudian kami bersai’e, iaitu berjalan kaki
antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali diikuti dengan bertahlul (bergunting
rambut) tanda selesai umrah.
Penulis di hadapan Masjidil Haram
Urusan umrah pertama itu
selesai dalam tempoh 3 jam. Syukur! Walaupun pada ketika itu jam 2.00 pagi,
namun orang tetap ramai dan dari pelbagai negara. Yang jelas, ada yang datang
dari Iran, Turki, Syria, Indonesia dan India. Tidak kira siang atau malam, jemaah
umrah tetap ramai dan Masjidil Haram dibanjiri insan serata alam. Penulis
betul-betul teruja dengan senario itu. Islam itu indah!
Dari bahagian atas dapat dirakamkan suasana jemaah di Masjid Nabawi
Walaupun penat, tetapi hati
penulis puas. Tambahan pula menikmati makanan yang disediakan pengendali
katering rakyat Indonesia. Menunya hampir sama seperti menu yang biasa kita
makan – nasi campur, sambal goreng, sambal tumis semuanya ada! Setelah berehat
di hotel, penulis dan isteri ke Masjidil Haram semula untuk beriktikaf sambil membaca
Quran, bersolat sunat atau berdoa di hadapan Kaabah. Walaupun berjam-jam
menghadap Kaabah, tetapi tidak berasa bosan. Hati rasa tenang dan syahdu.
Penulis dan rakan-rakan jemaah sewaktu bersolat sunat ihram di Bir Ali
Pada keesokan harinya, penulis dan rakan-rakan umrah yang lain dibawa melawat ke Jabal Nur, tempat Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi sebelum berhijrah. Kami juga melawat Jabal Rahmah, tempat Nabi Adam bertemu semula dengan Siti Hawa. Cuaca memang panas, menghampiri 50 darjah Celcius. Seterusnya kami dibawa ke Jabal Thur, tempat wahyu pertama dan melawat ke Muzium Mekah. Di situ ada Quran besar tulisan tangan, replika pintu Kaabah dan Maqam Ibrahim. Terdapat banyak gambar sekitar Masjidil Haram dan Kaabah sejak beratus tahun lalu.
Isteri penulis di hadapan Masjidil Haram
Kami juga dibawa melawat ke
ladang ternakan unta. Kami diberitahu bahawa unta ialah haiwan ajaib, di mana
setelah makan, haiwan itu boleh berjalan tanpa makan lagi selama 40 hari. Susu
unta memang pekat. Hati unta juga dijual dan dikatakan boleh merawat pelbagai
penyakit.
Penulis berkesempatan bersolat di atas bumbung Masjid Nabawi
Selama 3 hari di Mekah, diisi
dengan pelaksanaan umrah dan beribadah di Masjidil Haram. Penulis bersyukur
kerana berpeluang mengucup Hajar al-Aswad, walaupun terpaksa berhimpit-himpit
agak lama. Gembira juga melihat berpuluh-puluh ribu jemaah bergerak
beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram setiap kali waktu solat. Pintu Masjidil
Haram sungguh banyak dan kita boleh tersesat jika silap pintu dan mungkin
hilang kasut kerana Masjidil Haram sungguh besar. Penulis dan isteri tidak
jemu-jemu minum air zam-zam yang sungguh banyak diletakkan di dalam dan di
pekarangan masjid. Memang menyegarkan badan dan kisah tentang khasiat air zam-zam
telah banyak diperkatakan. Kisah seorang pesakit kanser yang kronik yang sembuh
sepenuhnya kerana mengamalkan minum air zam-zam memang benar-benar terjadi.
Penulis di hadapan Bukit Pemanah
Melihat kehadiran orang yang begitu ramai, penulis kagum sekali. Itu baru umrah, kalau musim haji, tentulah jauh lebih ramai. Melihat begitu ramai yang beriktikaf dan beribadah di Masjidil Haram, membuatkan penulis bersemangat untuk mengisi masa di sana.
Kenangan
penulis bersama isteri di makam para syuhada Perang Uhud. Sebak di hati
mengenangkan para syuhada yang sanggup berkorban nyawa demi menegakkan
kebenaran Islam. Di sini juga dimakamkan syuhada bapa saudara Rasulullah s.a.w
iaitu Hamzah yang dibunuh oleh hamba Hindun isteri Abu Jahal
Jam 3.00 petang bas bertolak ke Bi’r Aliyy untuk para jemaah berniat umrah. Bas yang penulis dan rakan-rakan umrah yang lain naiki meninggalkan Bi’r Aliyy selepas masuk waktu Asar. Perjalanan diisi dengan talbiyah di samping tazkirah dan berhenti di Wadi Qadid yang menjadi tempat persinggahan Rasulullah s.a.w dalam perjalanan hijrah. Di sini penulis dan rakan-rakan umrah yang lain menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jama’ takhir. Bas meneruskan perjalanan sehingga sampai di Hotel Saraya Ajyad. Selesai check in dan makan malam, sekitar jam 12.00 tengah malam kami meneruskan perjalanan ke Kaabah untuk menyelesaikan ibadah umrah.
Isteri penulis di makam para syuhada Perang Uhud
Alhamdulillah sepanjang
perjalanan menyucikan jiwa di Tanah Suci, satu perjalanan yang sangat singkat
tetapi cukup bermakna. Perjalanan ini mengajar erti ukhuwwah dan gambaran kepada kehidupan yang sebenar. Para tetamu
Allah berlumba-lumba melakukan amal ibadah untuk menghampirkan diri kepada
Allah s.w.t dan alhamdulillah penulis dapat mengambil banyak pengajaran dari
apa yang dilalui.
Penulis dan Cikgu Sharazi Zul di sebuah ladang kurma - seorang guru bahasa
Inggeris yang baik dan berbudi bahasa
Masjidil Haram
Sungguh mendamaikan perasaan
tatkala menjejakkan kaki ke pekarangan Masjidil Haram di Mekah. Masjidil Haram
adalah masjid yang paling tua di muka bumi ini. Sejarahnya sejajar dengan
sejarah Kaabah. Masjid ini mempunyai bentuk yang unik, hanya merupakan lapangan
di sekitar Kaabah.
Isteri penulis di sebuah pasar kurma
Sejak zaman Nabi Ibrahim a.s
hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. belum mempunyai sempadan dinding tertentu, hanya
rumah-rumah yang ada di sekitarnya saja yang merupakan semapadan Masjidil
Haram. Tempat tawaf belum begitu luas kerana pengunjungnya hanya terdiri dari
orang Arab, demikian juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat Abu Bakar.
Penulis dan isteri di sebuah ladang kurma
Pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab
r.a tahun 17 Hijrah baginda mengadakan beberapa perubahan kerana banjir besar
di sekitar Mekah sehingga menimbulkan kerosakan Masjidil Haram. Baginda
mengambil langkah-langkah seperti:
- Membeli beberapa buah rumah yang ada di
sekitar masjid.
- Membina dinding untuk menjadi sempadan
masjid.
- Membina beberapa buah pintu.
- Menyediakan lampu-lampu di masjid untuk digunakan pada malam hari.
Setelah selesai membeli pelbagai jenis kurma di pasar kurma
Setelah selesai pembinaan
masjid, Khalifah Umar membina pula empangan yang besar untuk mencegah banjir
dan mengalihkan saluran dari Mudda’a ke Wadi Ibrahim. Pada tahun 26 Hijrah perluasan
masjid yang dilakukan pada masa Khalifah Umar Al-Khatab difikirkan belum
mencukupi, justeru Khalifah Utsman bin Affan memperluaskan lagi masjid tersebut.
Pada zaman Walid bin Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah sekitar tahun
88-96 Hijrah, zaman ini terkenal dengan keamanan dan kemakmuran. Baginda juga
tidak pernah meninggalkan perhatiannya terhadap penyempurnaan Masjidil Haram
sehingga membawa kepada pengubahsuaian yang lebih sempurna.
Isteri penulis dan sahabatnya Norlela di hadapan Masjid Quba’.
Pada binaan Masjidil Haram
terdapat pilar-pilar yang berukiran indah dan tidak mengalami perubahan
sehingga zaman Khalifah Abu Ja’far tahun 139 Hijrah. Pada hari Sabtu
29 Syawal 802 Hijrah, terjadi kebakaran di Masjidil Haram. Banyak tiang dan
ukiran yang amat berharga terbakar. Kerosakan itu diperbaiki oleh Sultan Farouk
bin Barquk dari Mesir dimulai tahun 979 Hijrah yang atapnya pada awalnya dari
kayu jati ditukar kepada kubah-kubah batu. Pada 1072 Hijrah diadakan lagi
perbaikan oleh Gabenor Jeddah, Sulaeman Bey.
Lagi salah satu sudut Masjid Quba’ yang sempat dirakam oleh penulis
Perbaikan itu tidak hanya
meliputi bahagian dalam Masjidil Haram tetapi juga di bahagian luar. Banyak
rumah yang diwakafkan untuk kediaman jemaah haji yang datang tiap tahun dari
Mesir. Pada tanggal 19 Rabiutstsani tahun 1374 Hijrah atau 1955 Masehi, dimulai
pembinaan Masjidil Haram Mekah. Pembinaan itu tidak hanya merupakan
penyempurnaan yang telah ada tetapi merupakan tambahan binaan baru.
Penulis bersama sahabat jemaah sebaik selesai solat di Masjid Quba’
Binaan masjid baru itu dibuat
seluruhnya dari beton, dinding luarnya dari batu marmar dan menaranya sebanyak
tujuh buah menjulang tinggi. Binaan tersebut bertingkat tiga dan di bawah tanah
terdapat ruangan yang luas hampir seluas masjid itu, juga digunakan untuk solat.
Selain dari ruangan itu terdapat pula terowong untuk menyalurkan banjir dari
sebelah timur menembus ke sebelah barat masjid.
Penulis
di sebuah rangkaian kedai yang menjual pelbagai jenis makanan sebaik sahaja
selesai solat di Masjid Nabawi. Di sini menjadi tumpuan para jemaah kerana
berdekatan dengan Masjid Nabawi
Masjidi Haram dikelilingi oleh
jalan-jalan raya dan lapangan serta bangunan bertingkat untuk tempat letak
kenderaan. Luas Masjidil Haram sekarang ialah 160,168 meter persegi dan boleh
menampung 500,000 orang jemaah.
Kaabah
Allah s.w.t telah berfirman: ’Allah
telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadahan dan urusan
dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan haram, hayda, qalaid (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu
bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’ (surah Al-Maidah:
97).
Penulis
di sebuah rangkaian kedai makanan
Kaabah dibina oleh Nabi
Ibrahim a.s bersama puteranya Nabi Ismail a.s, dan dibantu oleh para Malaikat. Kaabah
dinamakan demikian kerana binaannya yang persegi empat. Dalam bahasa Arab
setiap rumah persegi empat dinamakan Kaabah. Kaabah ini pada zaman Nabi Ibrahim
a.s berketinggian 9 hasta, lebar bahagian selatan 20 hasta, bahagian utara 22
hasta, panjang sebelah timur 32 hasta dan panjang di sebelah barat 31 hasta. Waktu
itu Kaabah belum beratap dan juga belum sempurna pintunya.
Penulis di Perkuburan Baqi – jelas bahawa di tanah perkuburan Islam hanya terdapat batu nisan dan bukannya binaan berupa marmar atau lain-lain binaan
yang tidak dibenarkan syarak
Kaabah sebagaimana binaan lain
di Mekah selalu mengalami kerosakan, tentu memerlukan perbaikan-perbaikan. Perbaikan
pada zaman Nabi Ibrahim a.s dilakukan oleh kabilah Amaliqah dan kabilah Jurhum.
Sejak nenek Nabi Muhammad s.a.w yang keempat iaitu Qusay Bin Kila, atap Kaabah terdiri
dari kayu dum dan daun-daun kurma.
Unik dan indahnya seni bina di Masjid Nabawi
Penulis bersama rakan-rakan jemaah di hadapan Masjid Nabawi
Pintu Kaabah
Pintu Kaabah dibuat dari emas tulen,
di mana sejak berabad yang lalu pintu Kaabah memang masih berbentuk lama. Pada
tahu 1363 Hijrah atau tahun 1943 Masehi, pintu Kaabah telah dibaiki oleh Raja
Abdul Aziz, namun tanpa menggunakan emas. Kemudian pada tahun 1977 Masehi iaitu
pada zaman Raja Khalid bin Abdul Aziz mulai timbul ilham diadakannya pembauran.
Ilham itu timbul pada bulan Jamadil Akhir tahun 1397 Hijrah ketika Raja Khalid
bin Abdul Aziz berkunjung dan bersolat dalam Kaabah.
Penulis bersama beberapa orang jemaah sewaktu dalam perjalanan ke
Perkuburan Baqi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi
Selepas itu Raja Khalid
memerintahkan supaya membaharui pintu Kaabah tersebut. Pembikinan pintu Kaabah
dari emas itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga Badr yang sudah
berpengalaman 80 tahun dan terkenal. Dalam melaksanakan tugas ini Ahmad Ibrahim
yelah dibantu oleh seorang jurutera binaan terkenal yang bernama Munir Al-Jundi
dan seorang seorang penulis khat Arab terkenal serta pakar ukiran yang bernama
Abdur Rahman Amien.
Di dalam Masjid Nabawi bersama anak angkat penulis – Sharazi Zul yang
menjadi teman baik sewaktu di Madinah dan Mekah
Hajar Al-Aswad
Syukur kepada Allah s.w.t
kerana penulis dapat mencium Hajar al-Aswad. Hukum mencium Hajar al-Aswad
adalah sunat bagi lelaki dan harus bagi perempuan pada setiap permulaan
pusingan tawaf. Bagi mereka yang berpakaian ihram diingatkan tidak mencium Hajar
al-Aswad atau memegang kelambu Kaabah kerana ianya disapu dengan minyak wangi yang
boleh menyebabkan orang yang mengerjakan umrah atau haji melanggar perkara yang
dilarang ketika umrah. Orang yang mencium Hajar al-Aswad mendapat
kelebihan sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang
mafhumnya pada hari akhirat nanti Hajar al-Aswad akan mempunyai mata dan mulut
dan ia akan menjadi saksi bagi mereka yang menciumnya dengan kebenaran.
Penulis bersama
sahabat Yahidin di dalam Masjid Nabawi sebaik selesai solat subuh
Bangunan-bangunan yang terdapat di kota Madinah. Jalan ini merupakan jalan
menuju ke Masjid Nabawi dari hotel penginapan penulis di Madinah
Sewaktu mencari tempat di Raudhah
Lampu hijau boleh dijadikan
panduan. Jika jemaah berniat selepas lampu hijau dan keluar sebelum sempat ke
Hajar al-Aswad maka tawafnya tidak sah. Selepas dua atau tiga pusingan,
jemaah perlu mencari barisan untuk mencium Hajar al-Aswad, sebaik-baiknya
ketika barisan sampai di Hijir Ismail dan elakkan masuk dalam barisan di
kawasan Hajar al-Aswad dan multazam
kerana jemaah akan menerima tekanan kesan dari asakan di kawasan Hajar al-Aswad
dan multazam. Insya-Allah dengan cara
ini kita dapat mencium Hajar al-Aswad tanpa menyakiti jemaah yang lain.
Jalan menuju ke Masjid Nabawi
Hajar Aswad termasuk di antara
tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t di muka bumi. Menurut sejarahnya batu ini
ketika diturunkan dari syurga berwarna putih berkilat kemudian kerana kederhakaan
anak-anak Adam, batu ini makin hitam dan makin hitam. Dan sejarah batu ini
sangat panjang sepanjang sejarah Kaabah. Di antara peristiwa penting
berkenaan dengan batu ini adalah yang terjadi pada tahun 16 sebelum Hijrah
(606 Masehi) iaitu ketika suku Quraisy melakukan pemugaran Kaabah. Pada ketika
itu hampir saja terjadi pertumpahan darah yang hebat kerana ada empat kabilah
dalam suku Quraisy sudah saling bertegang leher mempertahankan pendapat
masing-masing dalam perselisihan tentang siapa yang berhak mengangkat dan
meletakkan batu ini pada tempatnya setelah pemuguran selesai.
Penulis bersama Yahidin dari Pucong di hadapan Masjid Nabawi
Penulis bersama sahabat Yahidin dari Pucong
dan seorang jemaah rakyat Arab Saudi di hadapan Masjid Nabawi
Penulis bersama Yahidin di hadapan Masjid Nabawi
Kisah inilah yang mengilhami
sebahagian orang bahawa peletakan batu tertentu (misalnya batu pertama) pada
suatu bangunan memiliki nilai yang sangat penting dan berharga kerana berkaitan
perjalanan sejarah kehidupan. Selain batu yang terdapat pada Kaabah
Al-Musyarrafah ini tidak ada batu lain yang boleh dicium dan dibacakan takbir
atasnya oleh manusia. Sudut hitam Hajar Aswad merupakan yamin Allah s.w.t di
bumi. Dengannya Dia menyalami hamba-Nya sebagaimana seseorang bersalaman dengan
saudaranya.
Kelihatan isteri penulis bersama Yahidin dan isterinya Norlela yang menjadi
sahabat kami sewaktu di Tanah Suci - semasa menunggu bas yang akan membawa para jemaah ke Madinah di terminal haji Lapangan Terbang Jeddah
Rasulullah s.a.w. mengatakan, ’Sesungguhnya pada Hajar Aswad itu terdapat tujuh puluh malaikat, yang tengah memohonkan ampun kepada Allah untuk orang-orang Islam dan Mukmin dengan tangan-tangan mereka, seraya rukuk, sujud dan bertawaf.’
Suasana di terminal haji Lapangan Terbang Jeddah
Air Zam-Zam
Di Tanah Suci ini, air zam-zam
merupakan minuman yang sentiasa saja boleh diminum secara percuma. Sumbernya sekitar
20 meter ke kiri dari Masjidil Haram ada seperti terowong ke bawah. Di situlah
sumber air zam-zam itu berada. Sekarang sudah ditutup dan dipagar dengan kaca
tebal yang di dalamnya sudah dipasang paip-paip moden untuk mengalirkan air
zam-zam itu ke tempat-tempat yang sudah ditentukan. Pada masa jahiliah dulu, air
zam-zam dipanggil syabba’ah (yang
mengeyangkan), dan diyakini bahawa ia adalah sebaik-baik penolong bagi
keluarga.
Menurut sejarah, pada hari Sabtu 29 Syawal 802 Hijrah, terjadi kebakaran di
Masjidil Haram. Banyak tiang dan ukiran yang amat berharga terbakar. Kerosakan itu diperbaiki oleh Sultan Farouk bin Barquk dari Mesir dimulai tahun 979 Hijrah yang atapnya pada awalnya dari kayu jati ditukar kepada kubah-kubah batu. Pada 1072 Hijrah diadakan lagi perbaikan oleh Gabenor Jeddah,
Sulaeman Bey
Air zam-zam memiliki nilai
yang sangat tinggi bagi umat Islam kerana ini adalah air barokah, air yang diberikan oleh Allah Yang Maha Pemurah sehingga
dapat diminum untuk tujuan apa saja. Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w
dan baginda tidak menyatakan sesuatu kecuali wahyu dari Allah: ’Air
zam-zam boleh diminum untuk tujuan apa saja.’
Multazam
adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajar Al-Aswad dan pintu Kaabah.
Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab untuk berdoa. Menurut
sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat
melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Air zam-zam rasanya agak lain
dari air biasa namun demikian yang penting adalah sejarah kewujudannya. Sewaktu
Nabi Ismail a.s dan ibunya (Siti Hajar) ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di
lembah itu, setelah kehabisan persediaan air untuk minum maka Siti Hajar pergi
ke Bukit Shafa mencari-cari mata air tetapi yang dicari tidak ada. Kemudian
pergilah Siti Hajar ke Bukit Marwah tetapi juga tidak mendapat mata air. Berlari-lari
antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali namun tidak berhasil juga.
Penulis sewaktu di Lapangan Terbang Abu Dhabi
Tiba-tiba Siti Hajar mendengar
suara yang tidak ada wujudnya. Siti Hajar berkata: ’Aku mendengar suaramu, tolonglah
aku jika engkau punya kebaikan.’ Malaikat Jibril menampakkan diri dan memukul
tanah yang akhirnya memancarlah sumber air. Siti Hajar segera mengempang, menyekat atau membendung seraya
berkata ’zamzam-zamzam’, kerana bimbang air itu mengalir ke tempat lain. Di
tempat mata air inilah akhirnya disebut telaga zam-zam.
Para jemaah akan mengambil kesempatan membeli belah sebaik selesai solat
terutama sewaktu pulang ke hotel penginapan
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‘Andaikata Siti Hajar membiarkan air itu mengalir nescaya telaga itu menjadi
mata air yang mengalir.’ Dengan air zam-zam itulah Siti Hajar dan puteranya
Nabi Ismail a.s dapat menyambung hidupnya. Keistimewaan telaga zam-zam ini antara
lain meskipun airnya setiap hari diambil beribu-ribu liter, namun tidak pernah
berkurangan.
Menjelang tengah hari tetapi masih ramai lagi jemaah
yang bertawaf mengelilingi Kaabah
Maqam Ibrahim
Maqam Ibrahim, merupakan
sebuah batu yang ditutup dengan kaca dan dibuat runcing tirus di bahagian
atapnya. Di batu tersebut terdapat bekas telapak kaki (atsar) Ibrahim a.s.
Allah s.w.t menjadikan maqam itu sebagai salah satu tanda di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya. Ketika Allah s.w.t menyuruh Ibrahim a.s menyeru kepada manusia
agar mereka mengerjakan haji, maka dia (Ibrahim) berdiri di atas maqam itu.
Sepanjang masa kelihatan ramai jemaah melakukan ibadah sunat
tawaf
Lalu maqam itu menjadi tinggi
sehingga melebihi gunung-gunung dan kelihatan menonjol di antara apa saja yang
ada di bawahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata, ’Wahai umat manusia, penuhilah
panggilan Tuhanmu.’ Kemudian manusia pun memenuhi panggilan Tuhannya, seraya
berseru, ’Labbaik Allahumma Labbaik’ (Ya Allah, kami datang memenuhi panggilan-Mu,
ya Allah). Di atas maqam itu terdapat bekas dua telapak kaki Nabi Ibrahim
sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.
Suasana di Kota Mekah pada waktu tengah hari
Nabi Ibrahim memandang ke
kanan dan ke kiri seraya berkata, ‘Penuhilah panggilan Tuhanmu.’ Ketika
selesai melakukan itu, baginda meletakkan maqam itu sebagai kiblat. Selanjutnya,
baginda melakukan solat menghadap ke arahnya (menghadap pintu Kaabah). Dengan
demikian, jadilah ia kiblat hingga masa yang dikehendaki Allah s.w.t.
Antara keunikan Masjid Nabawi
Berikutnya, Nabi Ismail mengerjakan solat menghadap ke arahnya (menghadap pintu Kaabah). Di antara maqam Ibrahim a.s dan Hajar Aswad hingga ke telaga zam-zam, terdapat kubur sembilan puluh sembilan orang nabi, mereka datang untuk menunaikan ibadah haji, kemudian mereka dikuburkan di sana. Batu itu adalah pengganjal kaki Nabi Ibrahim a.s sewaktu membina Kaabah. Jadi Maqam Ibrahim itu bukanlah kubur Nabi Ibrahim. Maqam Ibrahim adalah salah satu di antara tempat yang mustajab untuk berdoa.
Di sinilah muadzin Masjid Nabawi mengalunkan azan
Multazam
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa
multazam ialah kawasan antara Hajar
al-Aswad dan pintu Kaabah merupakan kawasan dimakbulkan doa. Cara terbaik untuk
berdoa di multazam ialah dengan
meletakkan pipi dengan tangan memegang dinding. Kawasan multazam agak mudah untuk didekati sama ada jemaah lelaki mahupun perempuan.
Bagi jemaah perempuan, kawasan untuk berdoa ialah antara Hajar al-Aswad dengan
pintu, manakala kawasan pintu diberi kepada jemaah lelaki.
Keindahan dan keunikan Masjid Nabawi sukar ditandingi oleh mana-mana masjid di dunia
Hijir Ismail
Hijir Ismail merupakan
sebahagian dari kawasan Kaabah. Mereka yang beribadat di dalamnya samalah
seperti beribadat dalam Kaabah. Sekarang jarang sekali orang awam
dapat masuk ke dalam Kaabah. Kawasan Hijir Ismail merupakan salah satu tempat
yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sekiranya jemaah masuk ketika waktu sibuk,
memadailah berdoa sahaja di dalamnya seperti selepas Maghrib atau selepas Subuh.
Sebaliknya sekiranya terdapat ruang bolehlah mengerjakan solat sunat secara
ringkas supaya jemaah-jemaah lain juga berpeluang untuk berdoa dan beribadat di
Hijir Ismail.
Salah sebuah lampu candeliar yang terdapat di Masjid Nabawi
Sewaktu
di Masjidil Haram, di hadapan Kaabah melakukan tawaf sunat, penulis dan isteri
diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bersolat sunat di ruang Hijir Ismail.
Penulis berasa amat bersyukur walaupun dalam kesesakan para jemaah di samping
ditolak dengan kasar oleh para jemaah yang lain, penulis dan isteri dapat juga
mencelah dan akhirbnya berjaya melakukan solat sunat di Hijir Ismail.
Di bawah kubah yang berwarna hijau inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
Di
Masjidil Haram ini penulis melakukan banyak tawaf sunat. Selepas sahaja solat
Subuh, selepas berdoa, terus penulis bangun menuju ke dataran berhampiran
Kaabah. Dengan niat tawaf sunat, penulis dan isteri mulai berjalan tawaf
pusingan pertama. Walaupun pergerakkan penulis amat terbatas, Allah ss.w.t
tetap memberikan kemudahan dan melapangkan jalan untuk penulis dan isteri
bertawaf. Dalam lautan manusia yang ramai dan sesak, kadang-kadang terasa sakit
pinggang mulai mendera, penulis dan isteri mampu melakukan tawaf dengan
berjalan perlahan-lahan hingga selesai 7 pusingan.
Masjid Nabawi mempunyai ruang sekeliling yang luas dan lebar untuk para jemaah bersantai dan juga bersolat
Penulis
suka berjalan secara perlahan-lahan sambil membaca doa. Doa-doa yang penulis
baca kebanyakkannya adalah doa untuk anak-anak. Untuk mudah mengingati bilangan
pusingan tawaf, setiap pusingan tawaf doanya khas untuk seorang anak. Kebetulan
anak penulis seramai 7 orang dan begitu juga dengan bilangan tawaf iaitu 7
pusingan.
Beginilah suasana yang boleh dilihat di hadapan Masjid Nabawi di
kota Madinah
Selesai
sahaja pusingan ke 7, terus penulis dan isteri bergerak ke belakang untuk
melakukan solat sunat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim. Selesai solat di
belakang Makam Ibrahim, penulis berdoa dan bergerak sedikit untuk mencari
tempat mustajab doa di Multazam.
Suasana di hadapan Masjid Nabawi di kota Madinah
Penulis
pernah berjalan mengikut arus manusia yang sedang tawaf, bergerak menghampiri
Kaabah. Masa ini penulis tidak perlu lagi menjaga bahu apabila berjalan
mengelilingi Kaabah seperti bertawaf, kerana penulis bukan berada dalam waktu
tawaf, maka penulis dapat menyusup antara manusia menghampiri Kaabah. Kerana
ramainya manusia, tanpa penulis sedari, penulis dapat menghampiri dinding
Kaabah, dan memegang dinding Kaabah, mengusap batu-bata dinding Kaabah. Dalam
arus manusia bergerak itu, penulis dapat menghampiri Hajar Aswad, tetapi
penulis tidak berani untuk mengucupnya, kerana melihat ramainya orang yang
tolak-menolak terutama para jemaah dari iran dan Tunisia yang berbadan besar
dan kasar.
Suasana di hadapan Masjid Nabawi di kota Madinah pada waktu malam
Semasa
bertawaf, walaupun kelihatan sesak dengan manusia, penulis dan isteri sentiasa
dapat menjarakkan diri dari bersentuhan tanpa sengaja dengan lelaki atau
perempuan. Memang selama di Masjidil Haram penulis berwuduk bertaqlid dengan
mazhab Imam Malik yang mengatakan tidak batal jika bersentuh antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram tanpa diiringi nafsu syahwat. Akan tetapi perlu
difahami bahawa keharusan bertaqlid dengan mazhab-mazhab lain itu terdapat
beberapa syarat yang wajib dipatuhi supaya perkara yang ditaqlidkan itu sah dan
boleh diamalkan.
Masjid Qiblatain dari salah satu sudut yang sempat dirakam penulis
Jika
seorang yang bermazhab Syafi’e bertaqlid dengan mazhab Imam Malik, maka
terlebih dahulu hendaklah dia mengetahui perkara-perkara yang hendak
ditaqlidkan itu. Umpamanya jika bertaqlid dalam perkara tidak membatalkan wuduk
jika bersentuhan antara lelaki dan perempuan, maka hendaklah dia mengetahui
syarat-syarat sah wuduk dan mengamalkan perkara-perkara wajib dalam wuduk yang
terdapat dalam mazhab Imam Malik, baharulah bertaqlid dalam perkara yang tidak
membatalkan wuduk iaitu dalam perkara bersentuh dengan wanita bukan mahram
tanpa syahwat. Apabila bertaqlid mazhab lain tidaklah bertaqlid dalam perkara
wuduk itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang betul.
Pemandangan dari luar Masjid Nabawi. Kali pertama penulis merakamkan objek
ini dengan perasaan yang sungguh syahdu, terharu dan diulit ketenangan jiwa
Penulis
terus bergerak mengelilingi Kaabah dalam jarak 1 meter sahaja dari dinding
Kaabah. Mungkin kerana kesesakan di kawasan tawaf, maka di kawasan berhampiran
dinding ini agak lapang dan mudah untuk penulis bergerak hinggalah penulis
dapat menyusur di tepi dinding tembok Hijir Ismail. Penulis melihat-lihat di
manakah pintu untuk masuk ke dalam kawasan Hijir Ismail ini. Terdapat ramai
anggota polis di kawasan ini. Polis yang berpakaian seragam sentiasa saja
mengawasi para jemaah, mereka akan menghalang sebaik mungkin para jemaah yang
melakukan perkara-perkara bidaah yang dilarang oleh Islam.
Pemandangan dari luar Masjid Nabawi menjelang petang
Dengan
tolakkan arus manusia, tiba-tiba penulis dan isteri dapat masuk ke dalam
kawasan Hijir Ismail melalui pintu pepenjuru bertentangan Hajar Aswad (180
darjah dari Hajar Aswad). Penulis dan isteri terdorong masuk dalam kesesakan
yang amat mencabar. Bila penulis mendongak, penulis melihat pancuran emas.
Subhanallah, tadi hati terdetik untuk masuk, rupanya Allah s.w.t telah kabulkan
hajat itu.
Lagi salah satu sudut Masjid Quba’ yang sempat dirakam oleh penulis
Pancuran Emas (Diperbuat Dari Emas Tulen)
Mizab
adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung
Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat, di bawahnya
adalah di antara tempat paling mustajab untuk berdoa.
Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w
sebaik baginda berhijrah ke Madinah
Dengan berwuduk dari hotel penginapan dan bersolat dua rakaat di Masjid Quba' ganjaran pahalanya satu umrah, begitu yang disabdakan baginda Junjungan
Penulis
berdoa agar Allah s.w.t sentiasa menyampaikan hajat penulis dengan memberikan
kemudahan dan melapangkan jalan. Memang penulis tidak sangka dan masih lagi
tidak percaya yang penulis dan isteri boleh bersujud di kawasan Hijir Ismail
itu.
Masjid Quba' dari sisi
Multazam
adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah.
Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab untuk berdoa. Menurut
sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat
melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama dibina
oleh Rasulullah s.a.w
oleh Rasulullah s.a.w
Bagi
penulis, dapat bersolat di kawasan-kawasan mustajab untuk berdoa itu adalah
nikmat kerana orang lain ramai berhajat tetapi jarang berkesampaian. Sedangkan
penulis dan isteri, telah diberikan peluang tersebut.
Para jemaah sedang bersolat di Masjid Qiblatain
Lagi salah satu sudut Masjid Quba’ yang sempat dirakam oleh penulis
Tawaf Sunat
Kesempatan berada di Tanah Suci
telah penulis isikan dengan memperbanyakkan tawaf sunat. Tawaf adalah ganti
kepada solat tahiyyatul masjid. Bagi
jemaah lelaki, waktu yang terbaik untuk tawaf ialah sekitar 20 minit sebelum
masuk waktu solat kerana pada waktu ini jemaah perempuan sudah mula keluar
sebagai persediaan solat. Bagi jemaah perempuan dinasihatkan supaya keluar dari
kawasan tawaf sebaik sahaja azan dilaungkan dan menuju ke kawasan solat perempuan.
Masjid Qiblatain dari salah satu sudut yang berjaya dirakam penulis
Berdasarkan pemerhatian
penulis terdapat jemaah perempuan yang masih bertawaf selepas azan dan cuba
solat di kawasan jemaah lelaki. Pada waktu selepas Maghrib kebiasaannya jemaah
yang bertawaf lebih ramai berbanding pada waktu Zohor dan Asar.
Indahnya senibina Masjid Qiblatain dari salah satu sudut yang sempat
dirakam penulis
Saf Pertama
Sabda Rasulullah s.a.w
mafhumnya: “Sekiranya anda mengetahui tentang kelebihan berada di saf pertama
nescaya anda akan mengundi.” Pelaksanaan secara realiti hadith ini dapat
dilihat di Masjidil Haram. Bayangkan sekiranya barisan pertama saf ialah 20
orang tetapi yang ingin berada di saf pertama 40 orang. Ini menyebabkan saf-saf
awal sangat rapat. Sebaik-baiknya bagi jemaah lelaki solat di dataran putih
pada setiap waktu solat. Apa yang penulis perhatikan ada jemaah yang datang
lewat tetapi ingin berada di saf hadapan, biasanya jemaah ini akan diusir oleh
polis yang bertugas.
Masjid Qiblatain terletak di bahagian barat laut dari Madinah, di Jalan Khalid
bin Walid, sempena kehebatan pahlawan Islam tersohor pada zaman Rasulullah. Kini, Masjid Qiblatain mempunyai pelbagai kemudahan prasarana
sesuai sebagai pusat tumpuan jemaah dari dalam dan luar negara
Penulis juga mendapati banyak
kesalahan telah dilakukan oleh para jemaah sama ada jemaah lelaki atau
perempuan seperti:
- Jemaah perempuan berada dalam
saf lelaki
- Jemah perempuan tidak menutup
aurat seperti tidak memakai sarung kaki atau terkeluar rambut sedangkan
menutup aurat menjadi salah satu syarat sah tawaf
- Jemaah lelaki yang berpakaian
ihram tetapi nampak pusat. Tawafnya juga tidak sah
- Jemaah yang berpakaian ihram
menghulurkan tangannya untuk disapu minyak wangi semasa jemaah bersedekah
minyak wangi
- Perbuatan bergantung,
mengusap pada kelambu Kaabah, menangis-menangis merupakan perbuatan yang
tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w.
- Jemaah lelaki bertawaf dalam keadaan ihram tetapi memakai setokin atau khuf
Mekah Tower dirakamkan dari dekat
Perjalanan Pulang 11 Jun 2012
Hiba hati kerana terpaksa
meninggalkan Tanah Suci. Semoga Allah Azzawajalla memberi peluang kepada
hamba-Nya ini untuk menjadi tetamu-Nya dalam waktu yang terdekat. Bas penulis
dan rakan-rakan umrah yang lain meninggalkan hotel sejurus azan Asar dengan
meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan, walaupun
perkenalan dengan sebahagian jemaah hanya dalam masa lebih kurang sembilan
hari, namun ianya merupakan satu pertemuan keimanan yang tidak boleh dilupakan.
Moga-moga pertemuan ini termasuk dalam hadith: ”Tujuh golongan yang mendapat
perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan
perlindungan-Nya, antaranya dua lelaki yang bertemu kerana Allah dan berpisah
kerana Allah.”
Bukit Pemanah yang menyimpan seribu satu peristiwa sejarah Islam
Semoga penulis dan rakan-rakan
umrah yang lain mendapat umrah yang mabrurah,
dan pengampunan dari-Nya. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang
kita bersama. Ini sahaja yang penulis mampu bantu, semuanya dengan izin Allah
s.w.t, semoga Allah s.w.t mempertemukan kita pada pertemuan yang lain.
Sekiranya kita ditakdirkan tidak bertemu di dunia ini, semoga kita semua
dihimpunkan di bawah panji Allah s.w.t di akhirat nanti.
Muka bumi Mekah dipenuhi berbagai jenis bukit dan batu kerikil serta pasir
Apa yang penting ialah
kesinambungan setelah kita kembali ke tanah air. Kalau di Mekah dan Madinah
kita boleh bangun awal pagi, banyak beribadat, datang awal ke masjid untuk
solat berjemaah dan sebagainya mampukah kita meneruskannya di tanah air?
Mekah Tower dirakamkan dari jauh. Bangunan ini dibina oleh sebuah syarikat
pembinaan Malaysia
Marilah sama-sama kita berdoa
semoga Allah s.w.t memberi kekuatan kepada kita semua sebagaimana doa yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada Saidina Muaz bin Jabal r.a: “Ya Allah bantulah
daku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadat dengan cara
yang terbaik.”
Al-Burk - pintu Kaabah
‘Ya Allah ya Tuhan kami, bantulah kami untuk meneruskan ibadat-ibadat yang kami dapat lakukan di Tanah Suci-Mu. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang ikhlas. Ya Allah, bantulah kami untuk menjauhkan perbuatan maksiat sebagaimana Engkau jauhkan antara langit dan bumi. Ya Allah, kami mohon redha-Mu dan syurga-Mu dan kami mohon perlindungan dari kemurkaan dan azab neraka-Mu. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.’