Sabtu, 26 Februari 2011

Langkah-Langkah Bagi Mengendalikan Sisa Domestik Secara Bertanggungjawab

SYED MAHADZIR

PADA zaman yang serba maju ini, penghasilan sisa domestik juga telah meningkat hari demi hari. Secara purata boleh dikatakan bahawa setiap individu menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari. Peningkatan penghasilan sisa domestik ini telah menyumbang kepada masalah tapak pelupusan, pencemaran sampah dan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu penghasilan sisa polisterin dan plastik adalah sangat membimbangkan. Penghasilan sisa-sisa ini boleh menyumbangkan keburukan kepada alam sekitar dan hidupan.

Menurut kajian, masalah sisa domestik ini biasanya meningkat sejajar dengan jumlah komuniti bersama-sama dengan perkembangan teknologi dan modenisasi. Jadi amat sukar untuk meramalkan dunia yang moden ini tanpa sisa domestik terutamanya plastik dan ia merupakan bahagian penting dalam gaya hidup seseorang kerana penggunaannya yang pelbagai iaitu daripada peralatan dapur sehinggalah kepada peralatan permainan, bekerja, perubatan dan sebagainya. Permintaan yang tinggi terhadap bahan plastik, polisterin dan sebagainya menjadi punca terhadap masalah pembuangan dan pencemaran sisa domestik.

Bahan sisa domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Bahan toksid ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa bencana alam kepada dunia. Bahan buangan toksid ini mudah terbakar, menghakis, beracun dan bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan separa pepejal.

Selain itu terdapat banyak jenis buangan toksid yang terdiri daripada sisa minyak seperti minyak hidraulik dan minyak gerundi serta bahan buangan kimia organik yang mengandungi halogen atau sulfur yang berupaya melarutkan bahan lain seperti trikloroetilena, tetrakloraetilena, kloroform, kloroetana, gendkleno dan freons. Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis sisa buangan pepejal seperti sisa-sisa makanan, sampah sarap dan benda-benda terpakai daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan kawasan-kawasan awam, barang-barang buangan pukal seperti rangka atau bingkai, barang-barang elektronik, perabot dan tayar buruk, bahan buangan daripada perlombongan dan kuari, bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan-bangunan, sisa buangan taman dan sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir, lembu, sekam padi dan sekam kayu.

Bahan sisa domestik ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran terbahagi kepada dua iaitu pencemaran faktor semula jadi dan pencemaran faktor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendiri seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan tsunami.

Manakala pencemaran faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara iaitu gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerubu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Selain itu, pencemaran air iaitu melalui pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba dan pembuangan sampah. Manakala pencemaran tanah berlaku melalui pembuangan sisa industri terutama karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur yang menyebabkan ketidaksuburan tanah akibat daripada peningkatan kekonduksian tanah yang tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.

Pembuangan sisa domestik telah mengganggu keseimbangan semula jadi dan menimbulkan pelbagai masalah kepada dunia. Sisa domestik juga wujud daripada pembuangan bahan-bahan buangan dari kilang seperi minyak, sisa toksid dan sisa-sisa kilang. Kilang-kilang tersebut tidak memikirkan kesan yang akan dialami jika membuang sisa-sisa toksid di merata tempat. Melalui bahan sisa domestik ini boleh berlaku pencemaran air, tanah dan udara.

Sebagai contoh, sisa domestik ini boleh mencemarkan tanah. Tanah yang telah tercemar tidak sesuai untuk menjalankan pertanian kerana bahan toksid atau kimia boleh membunuh tumbuhan yang ditanam dan habitat yang hidup di kawasan tersebut. Di samping itu, bahan sisa domestik yang lain ialah sisa penyembelihan dan najis binatang, bahan buangan daripada pasar, pencerobohan rizab sungai dengan pelbagai aktiviti dan perlombongan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sifat kepentingan diri sendiri manusia.

Melalui bahan sisa domestik wujud hujan asid melalui pencerapan air-air yang bertoksid dan kimia atau melalui pengabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Apabila gas sulfur dioksida (SO2) dan oksida nitrogen (NOX) dilepaskan ke udara, ia mempunyai tindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan turun bersama hujan dan menimpa kehidupan di bumi. Hujan asid ini boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan air serta menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.

Selain itu, asid tersebut meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah kurang dan menjadikannya tidak subur. Penyaluran terus sisa kumbahan domestik ke dalam laut atau sungai boleh menyebabkan peningkatan dalam jumlah kandungan bahan organik yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan bakteria, di samping meninggalkan kesan bau busuk serta perubahan warna.

Terdapat banyak kesan yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar melalui bahan sisa domestik. Kesan utama ialah mengancam kesihatan manusia iaitu melalui pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simpton-simpton kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia.

Jika pencemaran toksid itu terbiar di kawasan pertanian atau tanah ia akan menyebabkan tanah tidak subur dan membunuh binatang dan haiwan yang hidup di kawasan tersebut. Kesan seterusnya ialah mengancam tumbuhan dan binatang, tumpahan minyak ke dalam laut menyebabkan banyak organisma laut di perairan cetak mati. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan minyak ini turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.

Amalan pengendalian sisa domestik secara bertanggungjawab yang boleh dilakukan termasuklah mengitar semula, pembakaran sisa dan pelupusan di tanah isian. Pemilihan kaedah pengendalian sisa domestik ini dibuat oleh kerajaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketersediaan kewangan, keadaan geologi dan ketersediaan tanah dengan kewujudan badan-badan domestik yang menitikberatkan pengitaran semula dan pemerolehan semula.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi rawatan terma dalam pelupusan sisa di Malaysia merupakan suatu pilihan yang munasabah, memandangkan ia berlandaskan konsep pengitaran semula dan berupaya menangani masalah-masalah alam sekitar yang dikaitkan dengan penggunaan tanah isian.

Kaedah loji mesra alam iaitu melupuskan semua sisa yang digunakan secara menyeluruh, tidak menghasilkan furan mahupun dioksin, menghasilkan tenaga daripada sisa untuk boleh digunakan bagi tujuan lain dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sisa domestik iaitu sisa daripada aktiviti pembinaan dan sisa makanan yang terhasil semasa proses pembinaan dan operasi akan dikendalikan mengikut cara pengendalian yang efektif dan dilupuskan di tapak pelupusan yang diiktiraf.

Seterusnya sisa minyak pelincir dan sisa minyak yang dihasilkan dari kerja-kerja pembaikpulih perlu dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations, 2005 dan dilupuskan di Kualiti Alam melalui kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Kaedah lain yang dapat mengatasi buangan domestik ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air sisa domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Kita harus sedar bahawa di negara kita Malaysia, penggunaan polisterin dan beg plastik sangat meluas. Boleh dikatakan setiap kafetaria, kedai serbaguna, kedai runcit, restoran, warung, gerai makan, kantin malah di pasar-pasar raya juga menggunakan bahan tersebut secara meluas. Kini, Malaysia merupakan negara yang membangun dari segi pembangunan dan ekonomi. Dalam era membangun ini, penghasilan sisa domestik agak membimbangkan dan penjanaannya yang meningkat dari hari ke hari di kawasan bandar mahupu luar bandar. Pembangunan yang pesat ini dan pertambahan penduduk yang tinggi di Malaysia menjadi punca utama kepada permasalahan ini.

Polisterin dan beg plastik diperbuat daripada bahan yang berasaskan petroleum seperti styrene dan benzin yang mana bahan yang tidak dapat hancur dan reput tanpa dikenakan tindakan kimia terhadapnya. Oleh itu, jika polisterin dilupuskan di kawasan pelupusan sampah, ia akan kekal berada dalam bentuk asal sehingga beratus-ratus tahun. Polisterin dan beg plastik juga mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa sekitar 500 tahun untuk reput dan kemudiannya akan bertukar menjadi toksik. Ia juga membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

Penggunaan polisterin dan beg plastik semakin popular kerana kelebihan yang ada padanya iaitu tahan lama, kukuh dan mudah digunakan. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada polisterin dan beg plastik sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan dan sebagainya walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari bahaya polisterin dan beg plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya. Penghasilan polisterin dan beg plastik yang dijanakan oleh setiap individu mahupun unit kediaman memberi kesan yang mendalam terhadap sosial mahupun ekonomi.

Kebanyakan pengguna yang gemar membuang polisterin dan beg plastik merata-rata tempat dan dibawa oleh angin meninggalkan pemandangan yang kurang enak di taman-taman, tasik, sungai dan sebagainya. Apabila hujan pula, ia akan menakungkan air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kini boleh dikatakan beribu-ribu tan polisterin dan beg plastik bertebaran di dalam laut setiap tahun. Polisterin dan beg plastik yang berada di lautan akan terurai apabila ia terdedah kepada hujan dan matahari serta kondisi-kondisi persekitaran sekali gus menunjukkan pencemaran global akan berterusan pada masa depan. Polisterin dan beg plastik yang terurai akan mengeluarkan kimia toksik seperti bisphenol A dan PS oligomer yang boleh menjejaskan fungsi hormon haiwan.

Yang jelasnya, penghasilan sisa domestik ini adalah berpunca daripada aktiviti harian dari satu komuniti penduduk. Dengan pertambahan penduduk setiap tahun, penghasilan sisa domestik akan meningkat dari masa ke semasa. Dengan itu, Malaysia mengalami masalah untuk melupuskan sampah di mana kawasan pelupusan sampah sudah berkurangan dengan penghasilan sampah yang meningkat setiap tahun. Di samping itu juga, masalah kewangan juga berlaku disebabkan oleh penghasilan sampah yang meningkat dan perlu menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk melupuskannya.

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah tegas perlu diambil untuk mengurangkan kadar penghasilan sisa domestik terutama sekali polisterin dan beg plastik yang memberi impak yang besar dan boleh menjejaskan alam sekitar. Terdapat pelbagai impak terhadap penjanaan sisa domestik seperti kesan terhadap manusia, alam sekitar, ekonomi dan sebagainya. Jadi, kita haruslah mengambil jalan yang terbaik untuk memastikan penghasilan dapat dikurangkan ataupun dengan kaedah lain supaya kesan penjanaannya tidak membahayakan alam sekitar dan sebagainya. Pengurusan sisa domestik yang betul merupakan langkah yang terbaik untuk memastikan impak dapat dikurangkan. Antaranya adalah konsep 4R & 2C iaitu rethink (fikir semula), reduce (kurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula), composting (pengkomposan) dan closing the loop (melengkapkan kitaran sumber asli)

Pengendalian sisa domestik juga perlu diuruskan oleh satu organisasi yang beroperasi mengawal kebersihan kawasan alam sekitar sama ada di bandar atau luar bandar, kawasan perumahan, kawasan perindustrian, taman, hutan, jalan raya dan kawasan yang ada populasi. Pengendalian sisa domestik yang berkesan akan mengurangkan pencemaran terutamanya pencemaran air, udara dan mewujudkan persekitaran yang sempurna. Dengan pengendalian sisa domestik secara bertanggungjawab dan sempurna maka ia akan menjana suasana yang bersih, selamat dan terkawal.

Operasi pemungutan dan pengendalian sisa domestik bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan bagi sesebuah kawasan. Bagi mencapai tahap pengendalian yang optimum, beberapa aspek perlu diambil kira. Antara aspek-aspek yang perlu diambi kira ialah:

  1. Penggunaan bekas penyimpanan yang seragam supaya pemungutan lebih efisyen
  2. Menggalakkan kitar semula bahan buangan
  3. Pemungutan dilakukan bergantung kepada jumlah janaan sesebuah kawasan
  4. Penggunaan sistem pemungutan yang sesuai dan merekabentuk laluan bagi pemungutan optimum
  5. Menyediakan pekerja yang secukupnya dan mengamalkan cara kerja secara giliran

Namun begitu terdapat juga kelebihan dan kekurangan dalam kaedah-kaedah pengendalian sisa domestik. Sebagai contoh, kaedah guna semula seperti penggunaan semula botol kaca dapat mengurangkan kapasiti pembuangan sisa domestik. Tetapi, kajian mendapati banyak tenaga diperlukan bagi botol kaca yang diguna semula berbanding tenaga yang digunakan pada peringkat permulaan pembuatan botol kaca. Tenaga banyak digunakan dalam proses pembersihan dan pensterilan botol kaca yang diguna semula.

Menurut kajian yang telah dilaksanakan, kitar semula hanya berjaya sekiranya terdapat pemberian insentif atau faedah. Contohnya, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan-peraturan yang menetapkan pengusaha-pengusaha menggunakan bahan kitar semula dalam produk atau barangan. Seperti di Amerika syarikat, Mercury-Containing and Rechargeable Battery Management Act telah dikuatkuasakan pada tahun 1996. Akta ini merupakan langkah yang dilaksanakan untuk mengitar semula bateri nikel kadmium (Ni-Cd) yang boleh dicas semula dan juga dilaksanakan bagi meminimakan penggunaan bateri merkuri.

Di Taiwan, 18 barangan kitar semula termasuk botol, tayar, tin aluminium, bateri merkuri, bekas racun perosak, bateri plumbum, bekas ubat-ubatan, bekas plastik dan lain-lain disenaraikan dalam Regulatory Plan for General Waste Recycling. Daripada perspektif polisi, ia telah mempertikaikan bahawa kitar semula bukanlah pilihan kaedah yang terbaik di mana pemasaran untuk barangan kitar semula adalah tidak menentu dan tidak memenuhi kehendak pasaran.

Manakala kaedah pengkomposan melibatkan kaedah semulajadi dalam menguraikan bahan-bahan organik seperti sisa makanan dan sisa kebun. Dalam kaedah semulajadi, mikroorganisma akan bertindakbalas dengan bahan-bahan organik. Proses penguraian semulajadi ini dinamakan sebagai pengkomposan dan produk akhir daripada proses ini adalah baja kompos, di mana ia boleh digunakan semula untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan.

Kaedah baja kompos dapat menggunakan sepenuhnya sisa makanan dan sisa kebun sebagai baja daripada ia dihantar dan dilupuskan di tapak pelupusan. Kajian mendapati bahawa sisa domestik daripada negara membangun adalah lebih sesuai digunakan untuk pengkomposan kerana ia tinggi dengan kandungan bahan organik daripada sisa domestik negara maju. Sistem pengkomposan boleh dilaksanakan dalam pelbagai skala seperti di belakang rumah (skala kecil) atau pengkomposan berpusat (skala besar).

Proses pengkomposan ini selalunya dilakukan di belakang rumah. Walau bagaimanapun, kebanyakan loji berpusat pengkomposan sisa domestik yang dilaksanakan secara mekanikal di negara-negara ASEAN yang besar tidak berfungsi secara efektif atau ditutup kerana kekurangan pasaran baja kompos serta kelemahan operasi dan penyelenggaraan fasiliti.

Di samping itu kaedah insinerator merupakan proses oksidasi yang menggunakan suhu yang tinggi di mana ia dapat menurunkan sisa organik dan sisa yang mudah terbakar kepada bahan inorganik dan bahan tidak terbakar. Kaedah ini memberi kesan yang signifikan dalam penurunan kapasiti dan berat sisa. Proses ini selalunya digunakan bagi merawat sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula, digunakan semula atau dilupuskan di tapak pelupusan. Pembebasan bahan-bahan daripada insinerator ke udara merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Walaupun sisa perubatan dirawat dengan menggunakan insinerator, kaedah-kaedah rawatan alternatif yang lain boleh digunakan bagi menggantikan kaedah ini. Ini adalah kerana insinerator merupakan sumber kepada gas rumah hijau dan bahan-bahan toksik seperti dioksin dan logam berat.

Kaedah pemulihan atau recovery merupakan satu kaedah di mana sisa-sisa yang dibuang digunakan untuk membina produk-produk baru dengan kepelbagaian penggunaan. Di Hong Kong, proses pemulihan berkait rapat dengan penjanaan tenaga baru daripada sisa. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kaedah ini kurang berjaya kerana kekurangan sokongan daripada komuniti masyarakat dan agensi-agensi yang terlibat. Di Taiwan, ‘Projek Sisa Kepada Tenaga’ telah dilaksanakan untuk sisa tayar yang dilupuskan. Walau bagaimanapun panduan strategik yang stabil adalah perlu sebagai rujukan untuk kaedah pemulihan sisa kepada tenaga.

Kaedah tapak pelupusan pula dipercayai merupakan sumber kepada bahan organik lengai atau volatile organic compounds dan juga sebagai punca penghasilan kuantiti besar gas metana dan air larut-resap atau leachate. Bahan kimia toksik ini perlu diuruskan dengan baik supaya bahan pencemar tidak masuk ke dalam air bawah tanah. Tapak pelupusan perlu diuruskan secara sistematik bagi meminimakan kesan pencemaran.

Konklusinya, kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan kesejahteraan hidup generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar setiap individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita melihat sisa domestik sebagai satu tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Hakikatnya, kita semua harus bertanggungjawab mengendalikan sisa domestik secara lebih berhemah agar alam sekitar kita berkekalan bersih, nyaman dan segar untuk didiami.

75 ulasan:

  1. terima kasih sebab isi yang diberi sememangnya memberi bayak input kepada saya sebagai pelajar

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Usaha yg sgt baik. Teruskan.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. penulisnya adlah org kg sy rupanya...sgt bermanfaat kepada pelajar terutamanya

    BalasPadam
  6. penulisnya adlah org kg sy rupanya...sgt bermanfaat kepada pelajar terutamanya

    BalasPadam
  7. terima kasih kepada pengarang kerana saya dapat menyiapkan tugas saya di semster 4 (DIPLOMA)

    BalasPadam
  8. terima kasih kepada pengarang kerana saya dapat menyiapkan tugas saya di semster 4 (DIPLOMA)

    BalasPadam
  9. Terima kasih.Sy dapat menyiapkan kerja kursus saya dgn mnggunakan maklumat ini.

    BalasPadam
  10. Terima kasih.Sy dapat menyiapkan kerja kursus saya dgn mnggunakan maklumat ini.

    BalasPadam
  11. Terima kasih.Sy dapat menyiapkan kerja kursus saya dgn mnggunakan maklumat ini.

    BalasPadam
  12. Terima kasih.Sy dapat menyiapkan kerja kursus saya dgn mnggunakan maklumat ini.

    BalasPadam
  13. Terima kasih ia memberi banyak maklumat kepada anak saya dan diri saya

    BalasPadam
  14. Terima kasih ia memberi banyak maklumat kepada anak saya dan diri saya

    BalasPadam
  15. Saya seorang warganegara malaysia tapi saya tak faham

    BalasPadam
  16. Langkah langkah yg baik dan bermanfaat

    BalasPadam
  17. Terima kasih untuk maklumat👆...ia senangkan untuk membuat karangan ...

    BalasPadam
  18. boleh tak pecahkan kpd bbrpa bahagian
    susahnya nk baca klw mcm ni
    panjang laa
    murid pun jadi mls nk baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak tu.. saya ni nak cari bahan rujukan for my assignment GEOGRAFI tapi kalua Panjang macam ni. boleh nak baca cumanya ambil masa la.. tambahan pulak dengan tulisannya yang halus nih. overall karanngan dia memang mantap.

      Padam
  19. bagus,ini memudahkan tugas pelajar :D

    BalasPadam
  20. made ni bushi malairen diamdiam la md jibai

    BalasPadam
  21. bodo la bukan nk buat bahagia demi bahagian dh mcm karangan dh ....bosan dohhh baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalut
      Memang dah cam ni dah
      Nak buat pa dah
      Aku nak buat projek sekolah dia bgi aku ini,panjang gilerrrrr. Tercabut mata aku baca ni ahh.

      Padam
  22. sangat tidak membantu kerana ia seperti novel.AKU BENCI NOVEL

    BalasPadam
    Balasan
    1. HDHJBHBAHJCBDJHCBJHFVBVEBVYUBWTFBHBDBVBVBFNBIFNUDBN

      Padam
    2. aku x benci novel tapi aku benci karangan yang telampau panjang tho

      Padam
  23. Terima kasih bagi info yang berfaedah mudah saye buat laporan

    BalasPadam
  24. Terima kasih...sebab saya x faham apa satu...dah la panjang

    BalasPadam
  25. terima kasih teruskan usaha anda

    BalasPadam
  26. Tq for this!! Ez for me to take some information!!

    BalasPadam
  27. Sangat baik utk maklumat anak sy tingkatan 3 nak siapkan kerjalapangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya form 1 dah kena buat kerja lapangan sisa domestik....

      Padam
    2. skskskkskksks betul tu kan best start waktu form 3 je

      Padam
  28. terima kasih atas artikel yang sgt menarik

    BalasPadam
  29. Sedara Adam. Memang la panjang. Nak jadikan bhn rujukan jgn ambik sejibik dari artikel. Itu plagiat namanya

    BalasPadam
  30. Anak saya ni kena wat keje geo form 3....tapi bila anak saya baca artikel2 ni dya ssh nk fhm kn ayat kat atas tu...dya kata lngkh2 x yah wat dlm karangan pnjng2...

    BalasPadam
  31. Harap anda membalas comment saya ni...��������

    BalasPadam
  32. info ini sungguh berguna 👍🏻👍🏻👌🏻

    BalasPadam
  33. Ini sangat menyusahkan saya utk melakukan kerja lapangan geografi saya

    BalasPadam
  34. Ini sangat memudahkansaya utk melakukan kerja lapangan geografi saya

    BalasPadam
  35. Ini sngt memydah kan saya untuk membuat kerja lapangan geografi

    BalasPadam
  36. Memang lah artkel ni panjang.Tuan punya artikel ni susah2 buat artikel ni untuk bagi anda paham dengan banyak maklumat yand dia bagi.Siapa yg x paham tu,bukanlah silap tuan tu buat tapi silap diri sendiri kerana malas nak baca atau TOO LAZZY for your information.Thx tuan kepada artikel ni, walaupun saya x paham mane tapi siap juga kerja khusus Geografi form 1.Im very gratefull of your work!keep the good work and ignore the bad word.Thats all from me.THX AGAIN!

    BalasPadam
  37. Kelaskan beberapa bahagian susah kalau nak Cari macam ni , tapi info dia berguna jugak

    BalasPadam
  38. Kalau buat karangan ni ok jugak bolehlah 🤭😊

    BalasPadam
  39. Saya tak faham pun sebenarnya tapi tak pe bolehlah ambik karangan sikit2 Tu😆😆

    BalasPadam
  40. Bolehlah buat karangan sikit2 Tu 😆😆

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA